ABSTRAK Kajian ini dijalankan di kawasan tanih ultrabes di Selaru dan Felda Rokan Barat, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebanyak lapan belas sampel tumbuhan dan substratnya telah diambil bagi menentukan kandungan logam berat Ni, Co, Cr, Mn dan Fe di dalam tanih dan tumbuhan. Tiga bahagian tumbuhan iaitu akar, batang dan daun telah dianalisis secara penghadaman basah manakala tanih pula telah dianalisis kandungan logam berat tersedia dan jumlah dengan kaedah pengekstrakan berjujukan. Kandungan logam berat di dalam larutan ekstrak tanih dan tumbuhan ditentukan menggunakan Spektrofotometer Serapan Atom Nyalaan. Hasil kajian menunjukkan kandungan jumlah logam berat Ni, Cr, Co, Mn and Fe dalam tanih masing-masing adalah 84.13-740.36 mg/kg bagi Ni, 23.51-135.53 mg/kg bagi Co, 188.23-848.92 mg/kg bagi Cr, 245.00-545.33 mg/kg bagi Co dan 1176.77-1243.90 mg/g bagi Fe. Kandungan kebiodapatan logam berat dalam tanih adalah 0.09-6.32 mg/kg bagi Ni, 0-0.51 mg/kg bagi Co, 0 mg/kg bagi Cr, 7.78-21.07 mg/kg bagi Mn dan 2.23-4.47 mg/kg bagi Fe. Berdasarkan BAC, Mn dan Fe adalah logam yang banyak dikesan di dalam bahagian tumbuhan berbanding dengan logam lain. Kata kunci: Logam berat; pengambilan tumbuhan; tanih ultrabes; terung pipit (Solanum torvum) ABSTRACT This study was carried out at an ultrabasic area, Selaru and Felda Rokan Barat, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Eighteen samples of plant and its substrates were collected for determination of heavy metal contents such as Ni, Co, Cr, Mn and Fe in soils and plants. The plants were separated into three different portions i.e. root, stem and leaf and extracted for their heavy metal content by wet digestion method whereas the soil's heavy metal available and total content were extracted by sequential extraction. Heavy metals content in soil and plant extract was determined using Flame Atomic Absorption Spectrophotometer. The result showed that total content of heavy metals for Ni, Cr, Co, Mn and Fe was at 84.13-740.36 mg/kg, 23.51-135.53 mg/kg, 188.23-848.92 mg/kg, 245.00-545.33 mg/kg and 1176.77-1243.90 mg/kg, respectively. Bio-available heavy metals content in soil is at 0.09-6.32 mg/kg for Ni, 0-0.51 mg/kg for Co, 0 mg/kg for Cr, 7.78-21.07 mg/kg for Mn and 2.23-4.47 mg/kg for Fe. Based on BAC, Mn and Fe were detected to have a high concentration in plant parts compared to other heavy metals. Keyword: Heavy metal; plant uptake; terung pipit (Solanum torvum); ultrabasic soil