Abstrak Tinjauan literatur menunjukkan bahawa persekitaran stesenkerja yang tidak ergonomik merupakan antara penyebab utama kepada masalah stres di tempat kerja. Penyelidikan ini bertujuan mengkaji perhubungan di antara faktor stesenkerja ergonomik dan akibat stres. Sampel seramai lima ratus operator pengeluaran telah dipilih daripada sebelas organisasi perkilangan elektronik yang berdaftar dengan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCD dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata berkadaran. Kaedah soal selidik telah digunakan dalam proses pengumpulan data kajian ini. Penemuan utama menunjukkan rekabentuk stesenkerja ergonomik merupakan strategi penting dalarn meminimumkan stres dalam organisasi. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan kesemua faktor stesenkerja ergonomik mempunyai kekuatan hubungan yang signifikan dengan stres. Di antara kesemua faktor tersebut, faktor kesihatan mempunyai hubungan paling kuat dengan kesan stres di tempat kerja. Ini diikuti oleh faktor sistem pengudaraan, tempoh masa bekerja, kedudukan tubuh badan, rekabentuk ruang kerja, sistem kerja syif, pencahayaan, peralatan, kerusi dan sistem akustik. Secara keseluruhan, penemuan penyelidikan ini amat bermakna kepada organisasi yang ingin memastikan sumber manusia mereka sihat dan berdaya saing sejajar dengan aspirasi pembangunan modal insan yang dinamik. Kata kunci: ergonomik, korelasi, perkilangan, stesenkerja, stres Pendahuluan Stres di tempat kerja dikatakan boleh menjejaskan prestasi keseluruhan organisasi melalui kadar ketidakhadiran yang tinggi, ketidakpuasan hati dikalangan tenaga kerja, pusingganti buruh yang tinggi dan kehilangan pekerja terbaik serta peningkatan besar dalam kos pengambilan dan latihan semula. Isu sebegini bukan sahaja menjadi masalah individu tetapi merupakan masalah organisasi dan negara keseluruhannya (McHugh dan Brennan,1994). Apabila pekerja mendapat kecederaan kesan daripada stres, ia boleh menjejaskan prestasi kerja dan memberi impak terhadap produktiviti organisasi dan negara. Situasi ini jelas ditunjukkan dalam tinjauan literatur bahawa kedua-dua pembolehubah (stesenkerja ergonomik dan stres di tempat kerja) memberi kesan terhadap kos dan produktiviti organisasi (Dwyre dan Ganster, 199 l; Hendrick, 2003; Joseph, 2003). Persekitaran stesenkerja yang ergonomik sebenarnya memberi kesan ke atas sumber manusia sama ada secara psikologi ataupun fisiologi (Hagg, 2003; Piko, 2006). Masalah psikologi dan fisiologi ini meningkatkan tahap stres dan seterusnya menjejaskan produktiviti organisasi. Apabila pekerja berasa stres dan keadaan terus berulang semasa mereka melakukan tugas, maka kecenderungan mereka mendapat kecederaan atau kemalangan adalah tinggi. Manshor et. al. (2003) menegaskan bahawa stres di tempat keda boleh menyebabkan peningkatan kadar kecederaan dan kemalangan di negara-negara yang sedang membangun. Menurut Shahnavaz (1996), aplikasi ergonomik amat diperlukan di negara-negara yang sedang membangun kerana masalah persekitaran kerja yang buruk, kelemahan mengatasi isu kecederaan di tempat kerja dan ketidakselesaan, yang kesemua ini menyebabkan peningkatan kecederaan dan kadar kemalangan. Apa yang boleh diperkatakan di sini ialah persekitaran kerja perlu disesuaikan dengan individu. Kesesryian inilah yang dikenali sebagai kesesuaian persekitaran-individu (trterson-environment fi-P-E rtt). Jika berlaku ketidaksepad anan (misfit) antara persekitaran dengan individu, ia boleh mencetuskan kesan fisiologi, psikologi dan kelakuan negatif yang dikenali sebagai ketegangan (Jamieson dan Graves, 1998). Stres boleh dilihat sebagai kesan daripada ketidaksesuaian antara individu dan persekitaran. Oleh itu, semakin besar jurang antara individu dengan persekitaran, maka lebih signifikan pengalaman stres yang dialami oleh individu (Ivancevich et. al.,1982).