Yazid Isa’s scientific contributions

What is this page?


This page lists works of an author who doesn't have a ResearchGate profile or hasn't added the works to their profile yet. It is automatically generated from public (personal) data to further our legitimate goal of comprehensive and accurate scientific recordkeeping. If you are this author and want this page removed, please let us know.

Publications (2)


Cabaran dan usaha pengintegrasian pengetahuan budaya arab dalam pengajaran bahasa arab: Challenges and efforts in integrating arab cultural knowledge arabic in language teaching
  • Article
  • Full-text available

December 2024

·

58 Reads

ATTARBAWIY Malaysian Online Journal of Education

Yazid Isa

·

Ibrahim Abdullah

·

Mohd Shahzuwan Abdul Razak

Pengintegrasian pengajaran budaya dalam pengajaran bahasa sangat penting bagi membantu meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konteks sosial dan budaya yang terdapat dalam bahasa Arab itu sendiri. Akan tetapi, guru bahasa Arab menghadapi cabaran dalam merancang dan melaksanakan pengajaran bahasa Arab yang memfokuskan kepada elemen budaya Arab seperti halangan bahasa, silibus dan latar belakang ekonomi pelajar yang terdiri daripada kepelbagaian latar belakang budaya, etnik dan jantina yang berbeza. Kajian ini bertujuan untuk memperincikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengintegrasikan pengetahuan budaya Arab dalam pengajaran bahasa Arab dan menghuraikan beberapa cadangan yang boleh dilakukan oleh guru bahasa Arab bagi menangani masalah dan cabaran tersebut. Metodologi kajian ini menggunakan protokol temu bual separa berstruktur bersama 5 orang pakar bahasa Arab iaitu Pensyarah Institut Pendidikan Guru dan Guru Cemerlang Bahasa Arab (GCBA) di zon tengah Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan antara cabaran yang dihadapi oleh guru bahasa Arab dalam mengintegrasikan pengetahuan budaya Arab dalam pengajaran bahasa Arab ialah keterbatasan guru dalam mengajarkan aspek budaya, kekurangan bahan pengajaran budaya dan penerimaan pelajar terhadap pengajaran budaya. Bagi menangani cabaran ini, beberapa cadangan telah dicadangkan antaranya penghasilan bahan pengajaran yang memfokuskan kepada budaya Arab, latihan pengajaran budaya dalam kalangan guru bahasa Arab dan penganjuran aktiviti dan program berunsurkan budaya Arab di sekolah. Diharapkan kajian ini dapat memberikan panduan kepada pihak sekolah, pihak kementerian dan guru bahasa Arab untuk menambah baik kualiti dan amalan pengajaran bahasa Arab melalui pemahaman budaya yang lebih mendalam.

Download

Kajian Rintis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan I’rab Al- Asma' Dalam Kalangan Pelajar Bahasa Arab di UiTM: A Pilot Study of Factors Affecting the Mastery of I'rab Al-Asma' Among Arabic Students at UiTM

June 2024

·

42 Reads

·

1 Citation

ATTARBAWIY Malaysian Online Journal of Education

I’rab merupakan salah satu subtopik Nahu Bahasa Arab untuk mengetahui baris akhir bagi suatu perkataan Bahasa Arab. Tujuan kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik terhadap faktor-faktor yang boleh mempengaruhi penguasaan I’rab Al-Asma’ dalam kalangan pelajar Bahasa Arab di UiTM. Kajian ini merupakan sebuah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk menguji kebolehpercayaan menerusi SPSS 29.0. Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Bahasa Arab UiTM daripada semester enam. Pemilihan sampel kajian dibuat menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Bagi tujuan kesahan instrumen kajian, pengkaji memilih pakar Bahasa Arab yang berpengalaman lebih dari lima (5) tahun dalam bidang Bahasa Arab daripada Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (IPT). Seterusnya, pengkaji menggunakan Cronbach Alpha bagi menjelaskan kebolehpercayaan semua item kajian bagi setiap faktor yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa darjah kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi faktor motivasi adalah 0.891, faktor minat bersamaan dengan 0.958, faktor sikap adalah 0.921 dan faktor persepsi bersamaan dengan 0.884. Manakala bagi nilai Cronbach Alpha secara keseluruhan kajian ini adalah 0.976. Implikasi kajian menunjukkan bahawa instrumen soal selidik dalam kajian ini adalah sah dan nilai dapatan realibiliti dan validitinya boleh digunakan dan dipanjangkan untuk kajian sebenar. Manakala item dalam instrumen ini juga boleh dipakai oleh pengkaji lain sebagai alat instrumen kajian yang valid dan sah.

Citations (1)


... Kajian oleh Muslihah et al. (2024) pula menumpukan kepada penguasaan i'rab al-Asma' dalam kalangan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kajian ini mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi penguasaan i'rab al-Asma' termasuklah latar belakang pendidikan, motivasi pelajar serta pendekatan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah. ...

Reference:

CHALLENGES AND STRATEGIES FOR MASTERING THE ARABIC LANGUAGE IN THE ISLAMIC STUDIES DIPLOMA PROGRAM: A STUDY AT UniSHAMS
Kajian Rintis Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penguasaan I’rab Al- Asma' Dalam Kalangan Pelajar Bahasa Arab di UiTM: A Pilot Study of Factors Affecting the Mastery of I'rab Al-Asma' Among Arabic Students at UiTM

ATTARBAWIY Malaysian Online Journal of Education