April 2023
·
490 Reads
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji secara kuantitatif tahap pengetahuan mahasiswa FPPI terhadap konsep qada dan qadar, tahap kefahaman mahasiswa FPPI terhadap perbuatan manusia dalam konsep qada dan qadar dan tahap kefahaman mahasiswa FPPI terhadap ketentuan Allah dalam konsep qada dan qadar. Kajian ini diukur menggunakan kaca mata aliran Muktazilah dan Asyairah. Pengkaji menggunakan kaedah kajian deskriptif yang melibatkan frekuensi, peratusan dan min. Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soalan terbuka dalam soal selidik untuk mengetahui lebih mendalam mengenai kefahaman responden terhadap elemen-elemen yang dikaji. Hasil dapatan kajian ini didapati nilai min keseluruhan yang tinggi dan sederhana tinggi yang terdapat pada elemen-elemen memberi indikasi bahawa majoriti responden yang terdiri daripada mahasiswa FPPI cenderung kepada aliran Asya’irah.