Mudah Alih’s scientific contributions

What is this page?


This page lists works of an author who doesn't have a ResearchGate profile or hasn't added the works to their profile yet. It is automatically generated from public (personal) data to further our legitimate goal of comprehensive and accurate scientific recordkeeping. If you are this author and want this page removed, please let us know.

Publications (1)


Penggunaan Teknologi Mudah Alih: Peralihan Tumpuan untuk Membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sistem Pendidikan Bahasa Melayu
  • Article
  • Full-text available

December 2018

·

2,033 Reads

·

1 Citation

·

·

·

[...]

·

Aras Tinggi

ABSTRAK Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi yang saban hari mengalami revolusi turut mempengaruhi perkembangan dunia pendidikan kini. Guru sebagai individu yang bertanggungjawab mengajar dan membimbing murid di dalam bilik darjah perlu melakukan anjakan paradigma berkaitan pedagogi yang dilaksanakan. Guru seharusnya bijak mengimbangi antara kandungan pengetahuan atau ilmu yang ingin disampaikan dan kemudiannya digabungjalin dengan kemahiran-kemahiran lain khususnya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dengan menggunakan teknologi mudah alih. Penggunaan teknologi mudah alih kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dunia dalam apa jua urusan. Justeru, sistem pendidikan mampu menawarkan peluang dan ruang untuk membudayakan pemikiran aras tinggi dengan menjadikan teknologi mudah alih sebagai peranti yang mendekatkan dan pemudahcara bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid yang terdiri daripada generasi Z. ABSTRACT The rapid growth of information and communication technology has also affected the current education world. Teachers as individuals in charge of teaching and guiding pupils in the classroom need to undertake a paradigm shift related TO pedagogy conducted. Teachers should be wise in balancing between the content of knowledge or information to be conveyed and then combine it with other skills, especially the skill of high-level thinking (KBAT) by using mobile technology. The use of mobile technology is now increasingly gaining attention in the world community in all matters. Hence, the educational system is able to offer chances and opportunities to embrace high-level thinking by making mobile technology a device that brings about and facilitates teachers to deliver knowledge and skills to pupils of generation Z. PENGENALAN Haluan sistem pendidikan lokal mahupun global yang menjadikan teknologi mudah alih sebagai wahana membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi (seterusnya KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sewajarnya dilihat sebagai trend terkini dalam pedagogi Bahasa Melayu. Penggunaan teknologi mudah alih ini perlu dilihat sebagai cabaran kepada guru dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu di samping memastikan murid mempelajari dan menguasai kemahiran berbahasa iaitu kemahiran bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Guru juga berperanan penting dalam memastikan kemenjadian murid pada akhir PdPc sebagai produk akhir yang mampu bersaing dan mampu mengadaptasikan dan mengaplikasikan penguasaan ilmu dalam persekitaran di luar bilik darjah (Mohd Salmi Osman, Maria Chong Abdullah, Abdul Aziz Ismail & Samsilah Roslan, 2015). Bahkan, transformasi peralihan dan kebergantungan kepada teknologi mudah alih amat bertepatan dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (seterusnya KPM) yang menetapkan bahawa pembudayaan KBAT dalam PdPc sebagai satu agenda yang perlu dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia bermula pada tahun 2013 hingga 2025 (KPM, 2013).

Download

Citations (1)


... According to Zulkifli et al. (2018), there are three main factors that can influence students' capability to answer higher-order thinking skills questions, namely their attitude, learning materials, and teachers' teaching approach. The statement, hence, suggests that the instillation of higher-order thinking skills is closely associated with the teachers' teaching strategy (Marzni et al., 2018). However, a study by Irma-Ain and Zolkepeli (2017) have found that mathematics teachers in Malaysia are less skilled in applying strategies for the usage and learning of higher-order thinking skills in teaching and learning. ...

Reference:

HOTS in Quadratic Equations: Teaching Style Preferences and Challenges Faced by Malaysian Teachers
Penggunaan Teknologi Mudah Alih: Peralihan Tumpuan untuk Membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sistem Pendidikan Bahasa Melayu