December 2021
·
171 Reads
ABSTRAK Kepimpinan instruksional merupakan gaya kepimpinan paling asas yang perlu dikuasai oleh pemimpin di sekolah. Hal ini kerana kepimpinan instruksional dikatakan mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pembelajaran pelajar, kompetensi pengajaran guru dan seterusnya prestasi sekolah. Gaya kepimpinan instruksional dilihat masih relevan berdasarkan kemunculan pelbagai model kepimpinan instruksional sejak empat dekad. Sehingga kini, model kepimpinan instruksional yang dipelopori oleh sarjana barat telah merentas sempadan benua termasuklah di Malaysia. Namun, adakah model-model kepimpinan instruksional acuan barat yang menjadi rujukan kebanyakan pemimpin pendidikan di Malaysia benar-benar memenuhi konteks pendidikan negara kita? Umum mengetahui bahawa model-model kepimpinan instruksional barat dibina berorientasikan persekitaran dan budaya di Barat dan Eropah. Oleh yang demikian, tujuan artikel berformatkan kertas konsep ini akan menyelusuri keperluan membangunkan satu model watan kepimpinan instruksional acuan Malaysia berdasarkan tinjauan literatur. Dengan memilih literatur terdahulu dari tahun 2000 sehingga 2020, pengkaji akan menganalisis model-model kepimpinan instruksional yang dibangunkan oleh sarjana tempatan dengan memberikan fokus kepada elemen-elemen yang dicadangkan. Hasil penelitian ini diharapkan dapat membantu pengkaji merumuskan elemen-elemen utama dalam model kepimpinan instruksional yang dicadangkan. Seterusnya dapatan ini dijangkakan akan dapat membantu pengkaji membuat pertimbangan dalam pemilihan isu-isu yang akan menjadi jurang dalam kajian ini. Kata kunci: kepimpinan instruksional, model, watan, isu-isu, permasalahan kajian, jurang kajian ABSTRACT Instructional leadership is the most basic style of leadership that school leaders need to master. This is because instructional leadership is deemed to have a significant relationship to student learning, teacher teaching competence, and hence school performance. Instructional leadership styles are still seen to be relevant based on the emergence of various instructional leadership models over the past four decades. The evolution of the instructional leadership model pioneered by western scholars has crossed continental borders to include Malaysia. However, do the Western instructional leadership models that form the reference for most educational leaders in Malaysia meet the educational context of our country? It is common knowledge that western instructional leadership models are environmentally and culturally oriented to the West and European nations. Therefore, the purpose of this concept paper, in article format, is to explore the need to develop a Malaysian model of instructional leadership, based on literature reviews. By reviewing the literature from 2000 to 2020, the researcher will analyze the instructional leadership models developed by local scholars, focusing on the proposed elements. The results of this study are expected to help the researcher formulate the main elements of the proposed instructional leadership model. Subsequently, these findings are expected to help researchers form judgments concerning the selected issues covered in this study.