Mahyuddin Fakulti’s scientific contributions

What is this page?


This page lists works of an author who doesn't have a ResearchGate profile or hasn't added the works to their profile yet. It is automatically generated from public (personal) data to further our legitimate goal of comprehensive and accurate scientific recordkeeping. If you are this author and want this page removed, please let us know.

Publications (3)


kitab al-barakat al-makkiyyah pasak 2017
  • Article
  • Full-text available

November 2019

·

24,820 Reads

Muhammad Musa Al-Ruhani Al-Bazi

·

·

Mahyuddin Fakulti

·

[...]

·

Maulana Muhammad

Sejarah dan ulasan kritis kitab Al-Barakat al-Makkiyah fi 'l-Salawat al-Nabawiyyah.karangan al-Allamah al-faqih al-Muhaddis abstrak Kemuliaan Nabi Muhammad SAW sentiasa menjadi perhatian para ulama dahulu dan sekarang. Mereka mengkaji dari kitab-kitab turas Islam untuk mengetahui nama-nama Nabi Muhammad SAW dan menyebutnya dalam amalan bersalawat kepada Baginda SAW. al-Allamah al-Faqih al-Muhaddis Muhammad Musa al-Ruhani al-Bazi merupakan seorang ulama dari Pakistan didapati telah mengarang sebuah kitab selawat berjudul al-barakat al-makkiyah fi 'l-salawat al-nabawiyyah yang mengadungi 805 nama nama nabi hasil penelitiannay daripada pelbagai sumber islam. Penulisan ini mengaplikasikan kajian sejarah dan analisa kandungan. Hasil dapatan mendapati bahawa Muhammad Musa al-Ruhani al-Bazi merupakan seorang ulama muktabar. Kitab al-barakat al-makkiyah fi 'l-salawat al-nabawiyyah adalah kitab yang baik, jelas dan tidak bertentangan dengan pegangan akidah dan tasawwuf Ahl al-Sunnah wa al-Jama ' ah. Kata kunci: Nabi Muhammad, Selawat, al-barakat al-makkiyyah Latar belakang penulis Penulis kitab al-barakat al-makkiyyah ini ialah Shaykh Maulana Muhammad Musa al-Ruhani al-Bazi. Lahir pada tahun 1935M di Pakistan dan meninggal pada tahun 19 Oktober 1998 pada umur 63 tahun di perkuburan Mayani sahib, Lahore,Pakistan. Beliau belajar di Madrasah Qasim al-'Ulum Multan, Pakistan dnegan beberapa guru ternama

Download

Kajian Tariqah pengukuhan 2015

November 2019

·

481 Reads

Abstrak Tasawwuf dan tareqat sering disalah fahami oleh masyarakat islam kontemporari. Kedua-dua istilah tersebut difahami secara negatif dan tidak menyumbang kepada kemajuan masyarakat. Juteru itu, pejelasan secara sejarah dan konseptual adalah penting untu melihat asala usul ilmu tasawwuf dan amalan tareqat sufi yang wujud dalam islam dan di Malaysia secara umum. Huraian ini mengunakan pendekatan sejarah. Hasilnya didapai ilmu tasawwuf dan amalan tareqat sufi mempunyai sandaran yang kuat daripada sumber islam. Ia adalah sangat diperlukan oleh masyatakat untuk memperkukuhakan melalui pengamalan shariat Islam Perkataan tareqat diambil daripada kalimah Arab 'taraqa'. Kata nama mufradnya ialah tariqatan atau tareqat, manakala kata jamaknya ialah turuq dan tara'iq.Ia mempunyai beberapa bentuk dan wazan yang boleh membawa kepada pengertian yang luas. Secara literalnya, ia memberikan beberapa makna iaitu, jalan, cara, metod, sistem, aliran, haluan, tempat lalu,ketua kaum mulia, goresan, garis, hal, perjalanan taifah sufiyyah, tingkatan, tradisi, kebiasaan (Muhammad Idris,1350H).Secara umumnya walaupun terdapat pelbagai makna tareqat tetapi apabila ia dikaitkan dengan ilmu tasawwuf, ia membawa makna yang lebih khusus iaitu pengamalan dan jalan rohani yang memerlukan kepimpinan shaykh murshid, mujahadah dan riyadah yang bersungguh sungguh. Ia merupakan medium untuk merealisasikan pengertian dan matlamat tasawwuf. Dari segi istilah, berapa definasi telah diberikan oleh para ulama' tasawwuf berdasarkan kefahaman mereka daripada pelbagai sudut pehenomena amalan tareqat. Contohnya Syaikh al-Jurjani, tareqat ialah perjalanan khusus bagi orang-orang yang menuju kepada Allah dengan mengharungi pelbagai rintangan dan peningkatan rohani dalam pelbagai maqam. Syakh Amin al-Kurdi Tareqat ialah pengamalan yang selari dengan Shariat , berpegang dengan azimah dan menjauhi sifat mengambil mudah (tasahul) dalam beramal seperti menjauhi segala perkara yang dilarang secara zahir dan batin, menjunjung segala perintah dengan kemampuan yang ada atau menjahui perkara yang diharam , dan dibenci, berlebihan dalam perkara mubah (harus), menunaikan segala kewajipan dan sunat-sunat dengan segala kemampuan dibawah bimbingan seorang Arif yang telah mencapai peringkat rohani yang tinggi (al-Jurjani 1987; al-Kurdi 1984) Abdul Wahab al-Sha c rani mendefinasikan tareqat sebagai jalan untuk beramal dengan kandungan shariat. Ia adalah intipati tersembunyi dalam shariat seumpama pati dalam susu.Shaikh Islam Negeri Kedah Wan Sulaiman Wan Sidek, mendefinasikan tareqat sebagai pengamalan dan Ibadah yang selari dengan Shari'ah yang suci. Imran Abu Amar Jalan atau pertunjuk dalam melaksanakan sesuatu Ibadah sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan yang dicontohi Baginda serta dikerjakan oleh para sahabatnya, Tabi c in, Tabi c Tabi c in dan tersusun turun temurun sampai kepada