November 2023
·
267 Reads
·
2 Citations
Pembangunan jati diri insan melalui sistem pendidikan formal merupakan sebahagian indikator utama ketamadunan sesebuah negara. Justeru, sistem pendidikan dan struktur kurikulum yang komprehensif dan mapan adalah sangat penting. Dalam tradisi Islam, usrah adalah di antara metode pendidikan yang sering digunakan sebagai pelengkap pendidikan formal bagi membangunkan jati diri pelajar. Dalam konteks ini pelbagai variasi metode usrah telah berkembang di seluruh dunia sesuai dengan keperluan semasa. Sehubungan itu, kajian ini dikemukakan bagi membincangkan metode Usrah Rabbani yang telah dipraktikkan sebagai mekanisme pemantapan jati diri siswa di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Sebagai Institusi Pengajian Tinggi Islam yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Kelantan, metode Usrah Rabbani telah dibangunkan selari dengan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) dengan matlamat melahirkan generasi Rabbani. Berasaskan metode analisis tekstual, kajian ini mendapati kurikulum Usrah Rabbani mengandungi wacana 91 Nas al-Quran, 23 topik hadith, 16 topik sejarah Islam dan 11 topik pemikiran Islam. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati kombinasi kurikulum metode Usrah Rabbani adalah sangat relevan dengan keperluan pemantapan jati diri siswa masa kini. Oleh demikian, metode Usrah Rabbani yang didasari DPRK layak diiiktiraf di antara model terbaik dalam konteks pembangunan jati diri siswa di peringkat institusi pengajian tinggi. Kata Kunci: Usrah Rabbani; Modul; Pemantapan; Jati diri; Siswa