KHALID ISMAIL’s scientific contributions

What is this page?


This page lists works of an author who doesn't have a ResearchGate profile or hasn't added the works to their profile yet. It is automatically generated from public (personal) data to further our legitimate goal of comprehensive and accurate scientific recordkeeping. If you are this author and want this page removed, please let us know.

Publications (1)


FALSAFAH LOGIK ARISTOTLE: IMPLIKASI, REAKSI DAN INTERAKSI TERHADAPNYA DALAM DUNIA KEINTELEKTUALAN ISLAM: History and Philosophy of Aristotle’s Logic: Implications, Reactions and Interactions in The World of Islamic Intellectuality
  • Article

June 2021

·

377 Reads

·

4 Citations

MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)

MUHAMMAD HAZIM MOHD AZHAR

·

KHALID ISMAIL

Falsafah logik disinonimkan sebagai metodologi akal dalam keupayaan berfikir seorang insan. Secara tidak langsungnya, ia menjadi suatu abstrak sejak kewujudan manusia pertama lagi kerana ia saling bergantungan antara kedua-duanya. Manakala penataan dan pembukuan falsafah logik secara sistematik dikatakan telah dimulai oleh seorang tokoh falsafah Yunani yang terkenal iaitu Aristotle sehinggakan beliau digelar sebagai "Guru Pertama" dan seterusnya mempengaruhi budaya intelek serta tamadun manusia. Bahkan penataan dan pembukuan tersebut turut melebar ke wilayah keilmuan Islam lalu diindetifikasikan sebagai ilmu mantik. Melalui kaedah sorotan pensejarahan dan klasifikasi deskriptif, kajian ini menekankan berkenaan sejarah perkembangan falsafah logik gagasan Aristotle yang bermula sebelum kelahiran beliau sehinggalah pengaruh beliau tersebar masuk ke dunia Islam melalui aktiviti dan gerakan penterjemahan serta meninjau reaksi para intelek Muslim berdasarkan beberapa klasifikasi disiplin ilmu Islam. Kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa tokoh atau aliran yang bersikap terbuka dan mesra dengan falsafah logik Aristotle, tetapi ada juga yang menentang keras terhadapnya. Manakala reaksi al-Ghazali yang bersifat wasatiyyah menerimanya tetapi perlu melalui proses penyaringan dan Islamisasi. Reaksi al-Ghazali tersebut menyebabkan falsafah logik berasimilasi dengan pelbagai disiplin ilmu Islam. Interaksi sebegini secara tidak langsung mengambarkan Islam menganjurkan sikap keterbukaan dalam meraikan ilmu walaupun ia datang dari bukan Islam dan dalam masa yang sama tetap teguh menjaga prinsip-prinsip ajaran agama. Pengkaji juga turut menyentuh beberapa hujah sokongan dan kritikan-kritikan yang dikemukakan ketika mana para cendekiawan berinteraksi dengan ilmu mantik. Reaksi dan metode interaksi mereka perlulah ditekuni dan dinilai seterusnya diadun situasi masa kini dalam usaha pembinaan wacana keilmuan dunia Islam yang lebih mekar.

Citations (1)


... Without reason and a true system of thought, humans are unable to distinguish and filter and sift between right and wrong, or between good and bad things. In fact, the nature of humans originally did not have knowledge and did not know anything (Khalid, et. al. 2021). There is no denying that the usul fiqh scholars also apply the al-qiyas method in establishing laws. Imam al-Shafi'i himself has put the al-qiyas method in the discipline of usul al-fiqh on fiqh problems that do not have qati'i evidence or are clear from the Qur'an and hadith. In fact, al-Shafi'i is also said to have applied the al-ist ...

Reference:

Imam Al-Shafi'i's Standing On The Use Of Reason Through Al-Qiyas And Al-Istihsan In The Determination Of Law
FALSAFAH LOGIK ARISTOTLE: IMPLIKASI, REAKSI DAN INTERAKSI TERHADAPNYA DALAM DUNIA KEINTELEKTUALAN ISLAM: History and Philosophy of Aristotle’s Logic: Implications, Reactions and Interactions in The World of Islamic Intellectuality
  • Citing Article
  • June 2021

MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)