Hashim Musa’s scientific contributions

What is this page?


This page lists works of an author who doesn't have a ResearchGate profile or hasn't added the works to their profile yet. It is automatically generated from public (personal) data to further our legitimate goal of comprehensive and accurate scientific recordkeeping. If you are this author and want this page removed, please let us know.

Publications (23)


The Counsel of Al-Raniri To the Malay Rulers: A Legacy Still Very Relevant Today
  • Conference Paper
  • Full-text available

September 2016

·

137 Reads

·

Hashim Musa

Two advices of Nurud’din Al-Raniri to the Sultan of Aceh in his Bustanu al-Salatin are chosen to relate their relevance to current condition in the country: Nasihat (1): Sayogianya bagi segala raja minta pengajar daripada segala masyaikh seperti kelakuan Raja Harun ar-Rasyid, dan mengambil insaf akan dirinya daripada mendengar nasihat itu. Dan jangan ia lalai dengan dunia yang fana ini. In this advice, al-Raniri insisted that all rulers need to heed wise counsels of their ministers and advisers, and not to be carried away in their decision, by the priorities of worldly gain, and that rulers need to be surrounded by wise and learned advisers who can give appropriate opinions based on their deep knowledge, expertise and wide experience, given without fear or favour. On the other hand, ill advices have brought catastrophe to the country, in the forms of economic disaster, disunity, and political turmoil and social unrest, as currently prevalent. Nasihat (2): Wajib atas segala hamba Allah mengerjakan amar bi’l-ma`ruf wa’n-nahi `ana’l-munkar. Dan tersangat wajibnya atas segala raja-raja dan segala orang yang berpenguasaan. In this advice, al-Raniri emphasized that it is incumbent upon everyone more so among those in power, to advocate good deeds and prevent evil deeds. If this is not done, then there will be abuse of power and trust by those who are in authority. This paper will analyse several other advices of al-Raniri, a legacy that are considered to be relevant to the current economic and political condition prevalent in the country, and a general discussion of their relevance and application will be done.

Download

The Ryukyu/Okinawa Findings and The Reassertion of The Legacy of Hang Tuah As Malaysian National Hero and Saviour

September 2016

·

4,145 Reads

The recent publication of the book Hang Tuah: Catatan Okinawa (2015: Hashim Musa & Rohaidah Kamaruddin), proving the existence of a historical Hang Tuah has rekindled the interest of Malaysian political leaders to reassert the role of Hang Tuah as a Malaysian national hero and savior. His praiseworthy character was highlighted, firstly as a valiant warrior and defender of the sovereignty and dignity of the Malaccan Sultanate and the Malay people, as well as a brilliant diplomat, conversant in 12 languages and also as a maritime entrepreneur involved in expanding the Malay maritime trades. His absolute loyalty, sense of responsibility and self-sacrifice towards his King and his people, are seen to be the much-needed attributes to be imbibed into the Malay society in particular and the Malaysian nation at large. For that purpose all the 4000 delegates of UMNO 2015 Annual Convention were supplied with free copies of the book and an exhibition of the character of Hang Tuah as the national hero was highlighted during the 2-day UMNO 2015 Annual Convention and also during the 3-day Malaysian 2015 Annual Book Fair. This paper will analyze the Ryukyu/Okinawa findings of primary evidences of the existence of a historical Hang Tuah and the impact of his brilliant legacy among the current Malaysian political leadership.


Language as A Medium of Solidarity: The Case of Malay Language in Forging Solidarity and Patriotism Among Malaysians

Malaysia is a nation state with a plural society in terms of race, culture, creed and language. Hence the questions of national integration and solidarity are critical issues in the effort of national development towards a developed status by 2020 as proposed by the government. This paper will focus discussion on the concepts of Malaysian nation state, national integration and solidarity, and will propose several strategies towards developing national integration and solidarity, namely 1) empowering Malay language as the language of education and higher learning, and 2) instilling the spirit of patriotism among Malaysians by making Malaysia as their homeland. Paul Kennedy’s modelity of development in his Preparing for the Twenty-first Century (1994: 334-335), is used to evaluate Malaysia’s viability of achieving the developed status as targeted.


Bustan Al-Salatin Karya Nurud’din Ar-Raniri: Pelopor Memartabatkan Bahasa Melayu Bahasa Asia Tenggara

November 2015

·

12,548 Reads

·

1 Citation

Kertas kerja ini akan menelusuri karya tulisan Syeikh Nurud’din ar-Raniri, iaitu seorang ilmuwan berketurunan India yang lahir di Randir, Gujarat, India. Fokus utama pengkaji ialah melihat kepada karya utama beliau yang tersohor, iaitu Bustan al-Salatin yang merupakan sebuah naskhah ketatanegaraan dengan struktur penulisan yang unik dan tersendiri. Ia terdiri daripada tujuh bab dan mempunyai 60 fasal kesemuanya. Kandungannya menceritakan kepelbagaian ilmu, iaitu dari ilmu tasawuf sehinggalah ilmu kepustakaan Melayu seperti perubatan dan firasat yang mengetengahkan keintelektualan Melayu sebenar. Menariknya naskhah ini, ia juga kaya dengan cerminan adat dan budaya Melayu yang dapat dipraktikkan oleh golongan raja dan diperturunkan kepada pembesarnya dan juga rakyatnya. Kertas kerja ini akan menghuraikan kandungan teks yang terdapat dalam Bustan al-Salatin Bab ke-3 (MS UM 41) dengan tumpuan khusus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian anekdot atau cerita-cerita yang dikemukakan oleh Syeikh Nurud’din ar-Raniri sebagai inti sari mesej dan nasihat kepada Sultan Aceh. Ini memperlihatkan cara pengarang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa komunikasi, bahasa penyatu dan juga sebagai bahasa utama alam Melayu dalam menyampaikan bentuk pengajaran dan nasihat kepada Sultan Aceh supaya mentadbir urus negara secara adil dan bijaksana.


Ketokohan Hang Tuah dan Misinya Ke Negeri Siam

November 2015

·

1,520 Reads

Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan secara ringkas ketokohan watak Hang Tuah dalam masyarakat Melayu. Juga akan dihuraikna misinya ke negeri Siam atas perutusan Sultan Melaka untuk menubuhkan hubungan dipomatik dan membeli gajah, seperti yang tersebut dalam Hikayat Hang Tuah. Kaedah kajian ialah analisis kandungan teks karya Hikayat Hang Tuah naskhah suntingan Kassim Ahmad (1966) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Penemuan kajian ialah bahawa Hang Tuah dengan watakanya yang cemerlang telah menjadi tokoh wira bangsanya sepanjang zaman. Ini digambarkan dengan jelas dalam misinya ke negeri Siam. Dengan ilmu, kebijaksanaan diplomasi dan kepetahan berbahasa, Hang Tuah dapat mengatasi pelbagai cabaran semasa di negeri Siam. Juga dengan sifat keperwiraan dan keberaniannya, Hang Tuah dapat mengalahkan pendekar Samurai Jepun yang cuba membunuhnya dan merempuh istana Raja Siam dan membunuh baginda. Ini telah menawan hati Raja Siam Phra Chau sehingga mendapat pujian dan anugerah daripada Baginda. Seterusnya angkatan laut Hang Tuah juga dapat menewaskan angkatan laut Jepun yang menyerang mereka ketika belayar balik ke Melaka. Iktibar daripada kisah keistimewaan peribadi Hang Tuah yang dilukiskan oleh pengarangnya dengan pelbagai episod yang menakjubkan mungkin dalam bentuk simbol, untuk mengajar orang Melayu sehingga ke akhir zaman, bagaimana hendak menangani cabaran dan rintangan, iaitu dengan ilmu, akal yang bijak, kefasihan berkomunikasi dan kearifan diplomasi, kehalusan budi bahasa dan ketekalan adat susila, keberanian, keperwiraan, dan kecekalan menghadapi musuh.


Takrifan Dan Penghuraian Pemaknaan Kata Kunci Dalam Pembentukan Komponen Teras Hati Budi Melayu

October 2015

·

4,683 Reads

Kata kunci boleh didefinisikan sebagai sejumlah perkataan dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang sangat kuat mempengaruhi pembentukan fikiran konsepsi masyarakat itu tentang kewujudan, alam, realiti dan kehidupan mereka. Kata kunci boleh juga terdiri daripada sejumlah perkataan atau rangkai kata yang terpenting dalam sesuatu teks yang boleh membentuk satu medan semantik berpusatkan satu kata fokus. Analisis kata kunci bertujuan untuk menemukan konsep asas yang mendasari teks dan juga pemikiran pengarang. Dalam artikel ini, akan diketengahkan kajian hati budi Melayu atau “Malay psyche” yang telah jalankan dan dihuraikan oleh Hashim bin Musa (2008) yang telah menubuhkan 26 komponen teras hati budi dan diwariskan daripada satu generasi ke satu generasi. Teras hati budi Melayu merupakan pemusatan utama struktur keperibadian sosial kebanyakan orang Melayu secara arus perdana yang terbentuk akibat daripada pengalaman asasi dan cara hidup yang dikongsi bersama dan membentuk jati diri mereka. Selain itu, penginterpretasian dan penjelasan berhubung makna setiap istilah atau disebut kata kunci yang menunjangi keseluruhan komponen itu akan membantu masyarakat mengetahui bahawa fungsi sesuatu istilah atau ungkapan itu sebagai cerminan hati budi masyarakat Melayu mencakupi segala aspek dalam sesuatu bahasa. Kandungan 26 komponen hati budi ini yang ditunjangi oleh sejumlah kata kunci akan dibincangkan secara mendalam dalam kertas kerja ini.


Warisan Budaya Maritim Melayu dan Penjelajahan Kapal Ghali Hang Tuah sebagai Odessey Melayu yang Agung

January 2015

·

4,383 Reads

Kertas ini akan membincangkan secara ringkas kemunculan peradaban Melayu silam yang berasaskan budaya maritim, khususnya yang berkaitan dengan kemunculan kerajaan-kerajaan maritim dan penggunaan kapal besar. Satu jenis kapal besar yang paling banyak digunakan ialah kapal ghali (galleys), iaitu kapal perang utama kesultanan Melayu Melaka di bawah perintah Laksamana Hang Tuah. Berdasarkan Karya Agung Melayu Hikayat Hang Tuah, kapal ghali utama (flagship) “Mendam Berahi” telah dibina oleh tukang kapal Melaka untuk pelayaran mula-mula ke Majapahit dan seterusnya telah menjelajah ke Bentan, Lingga, Palembang, Jayakarta, Aceh, Brunei, Siam, Sri Langka (Sailon), Benua Keling, Benua China, Mesir, Jeddah dan juga ke Benua Rum (Istanbul). Dalam penjelajahan itu Hang Tuah dan orang-orangnya telah mengharungi pelbagai pengalaman, memperoleh pelbagai artifak seperti senjata meriam, pemuras, istinggar, dan terlibat dalam beberapa pertempuran laut antaranya dengan orang Feringgi (Portugis), orang Jepun yang bermukim di Kemboja, orang Brunei dan lain-lain. Kisah dan kejadian dalam Hikayat Hang Tuah ini mungkin cetusan pemikiran kreatif dan imaginatif penulisnya, namun kehebatan penceritaan dan pengesahan tentang penjelajahan dan ketokohan adiwira Melayu ini, menghampiri sehebatnya kisah penjelajahan Odysseus dalam mitos Yunani The Odyssey, yang menjadikan penjelajahan Hang Tuah sebagai satu warisan budaya maritim Melayu yang agung, yang perlu ditonjolkan demi penyemarakan yakin diri dan rasa kebanggaan terhadap warisan budaya bangsa sendiri.


Penyemarakan Semangat Patriotisme dan Integrasi Nasional Melalui Bahasa Dari Sudut Unsur Budaya Melayu

January 2015

·

3,756 Reads

Kertas kerja ini akan menelusuri kedudukan bahasa bukan setakat alat komunikasi tetapi elemen pembentuk jati diri dan maruah masyarakatnya, pemupuk semangat kekitaan (esprit de corps) dan integrasi nasional, mencerminkan kehalusan dan ketinggian budi pekerti, alat pencatat, perakam, penyebar dan pewaris khazanah ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan sesuatu budaya bangsa yang diperturunkan dari generasi ke generasi, wadah dan wahana pembentukan negara bangsa dan peradaban serta budaya masyarakatnya. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan Malaysia milik sepunya rakyat Malaysia sebagai wadah dan wahana ilmu pengetahuan, sains, teknologi, pendidikan, persuratan dan pentadbiran bagi negara Malaysia dapat mengolah, membentuk dan mewarnakan seluruh pencapaian, kemajuan dan ketinggian peradaban Malaysia dalam acuan budayanya sendiri, iaitu budaya negara bangsa Malaysia, bukan negara bangsa Inggeris, Cina atau Jepun. Ini akan menyemai dan menyemarakkan semangat patriotisme, iaitu rasa bangga dan kasih akan negara Malaysia, sebagai tanah air tempat tumpah darah rakyat jelata Malaysia. Satu bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia akan menimbulkan integrasi nasional dari segi budaya kerana bahasa Melayulah yang akan mengungkapkan semua unsur budaya dan pembangunan peradaban Malaysia.


Bentuk Interaksi Sosial Budaya dalam Hubungan Diplomatik pada Zaman Kesultanan Melayu

January 2015

·

2,200 Reads

·

1 Citation

Interaksi sosial budaya merupakan suatu tindakan atau pendekatan yang diambil oleh sesebuah pihak untuk menjalinkan hubungan dengan pihak lain, terutamanya dari aspek budaya. Pada zaman pemerintahan kesultanan Melayu, aspek ini sangat dititikberatkan. Hal ini kerana, kejayaan interaksi sosial budaya ini sudah pasti akan membawa kepada kelancaran sesebuah hubungan. Lazimnya, penghantaran utusan, kiriman warkah, dan bingkisan hadiah menjadi medium utama dalam menjayakan interaksi sosial budaya. Kaedah kualitatif yang digunakan dalam kajian ini telah berhasil menemui bentuk interaksi sosial budaya dalam karya agung Melayu seperti Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Antara bentuk interaksi sosial budaya yang ditekankan dalam kajian ini ialah bentuk interaksi sosial budaya dengan menggunakan kaedah akulturasi dan asimilasi budaya. Bentuk interaksi sosial budaya ini telah berjaya membawa kerajaan Melayu seperti kerajaan Melaka ke mercu kegemilangan pemerintahan dan menjadi role-model kepada kerajaan Melayu lain.


Interpretasi Makna Kata Kunci Dalam Konteks Hati Budi Melayu Demi Pelestarian Budaya dan Masyarakat Yang Dinamik

November 2014

·

1,619 Reads

Kata kunci merupakan satu elemen penting dalam sesebuah teks. Kata kunci boleh didefinisikan sebagai sejumlah perkataan dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang sangat kuat mempengaruhi pembentukan fikiran konsepsi masyarakat itu tentang kewujudan, alam, realiti dan kehidupan mereka. Kata kunci boleh juga terdiri daripada sejumlah perkataan atau rangkai kata yang terpenting dalam sesuatu teks yang boleh membentuk satu medan semantik berpusatkan satu kata fokus. Analisis kata kunci bertujuan untuk menemukan konsep asas yang mendasari teks dan juga pemikiran pengarang. Dalam artikel ini, akan diketengahkan kajian hati budi Melayu atau “Malay psyche” yang telah jalankan dan dihuraikan oleh Hashim bin Musa (2008) yang telah menubuhkan 26 komponen teras hati budi dan diwariskan daripada satu generasi ke satu generasi. Teras hati budi Melayu merupakan pemusatan utama struktur keperibadian sosial kebanyakan orang Melayu secara arus perdana yang terbentuk akibat daripada pengalaman asasi dan cara hidup yang dikongsi bersama dan membentuk jati diri mereka. Kandungan 26 komponen hati budi ini ditunjangi oleh sejumlah kata kunci yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini. Konsep keperibadian sosial yang biasa untuk kumpulan sosial dan seterusnya membentuk identiti mereka, adalah secara prinsipnya berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Erich Fromm (1942: Appendix, 1-2), yang menegaskan bahawa: The social character comprises only a selection of traits, the essential nucleus of the character structure of most members of a group which has developed as the result of the basic experiences and mode of life common to that group... Character in the dynamic sense of analytic psychology is the specific form in which human energy is shaped by the dynamic adaptation of human needs to the particular mode of existence of a given society. Charactrer in its turn determines the thinking, feeling, and acting of individuals. (Keperibadian sosial hanya terdiri daripada satu pilihan sifat, yang menjadi nukleus struktur keperibadian kebanyakan ahli kumpulan yang telah berkembang sebagai hasil daripada pengalaman asas dan cara hidup biasa bagi kelompok itu... Keperibadian dalam erti kata yang dinamik dalam bidang psikologi analitikal ialah bentuk khusus yang mana tenaga manusia dibentuk daripada penyesuaian dinamik daripada keperluan manusia kepada mod tertentu tentang kewujudan sesuatu masyarakat. Fikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu akan ditentukan melalui keperibadian itu sendiri).


Citations (5)


... Banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuh untuk memastikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa penghubung dan bahasa ilmu dalam kalangan penggunanya. Hal ini sangat penting untuk membina kekuatan dalam dan keyakinan yang tinggi dalam membentuk jati diri, maruah dan kebanggaan masyarakat penuturnya (Rozita Che Rodi, & Hashim Musa, 2014). Oleh hal yang demikian, maka pemupukan rasa kecintaan oleh pencinta bahasa, para pelajar dan pengajar serta para penyelidik, serta usaha berterusan daripada semua pihak diyakini mampu membawa bahasa Melayu kembali bersaing dan hidup subur di bumi Thai, malah mampu menjadi bahasa Asean terpenting suatu hari nanti. ...

Reference:

Analisis Pemetaan Sematik Unsur Flora dan Fauna dalam Pantun Melayu : Satu Tinjauan Awal
Bahasa Melayu Bahasa Negara Bangsa Malaysia

... For instance, one-third of the papers we ruled out was conducted outside of the country but are written by researchers who have a liation with research institutions in the country (e.g., Eriksson Non-English language native countries have long been using their native languages in scienti c writings (Reimer et al., 2019). This includes Malaysia, which actively promotes the use of the Malay language (Bahasa Melayu (BM)) as the main communication medium, including the scienti c language (Musa et al., 2014). With WoS not recognizing scienti c reports in BM (e.g., Sains Malaysiana, Pertanika), plenty of coral reef related knowledge in Malaysia may be side-lined. ...

Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau Ini

... Islam represented the most correct Islamic times since it was founded by prophets. It differs from western understandings that regard tradition as a negative thing (Rodi, 2014). 3. The source of this knowledge is in line with the concept of neo-sufism that combines aspects of faith, syllabus and shariah in a balanced way. ...

Konsep Kebenaran Ilmu dalam Bahasa Melayu Berpaksikan Pandangan Islam yang Sejagat

... The arts of a race need to be strengthened and cultivated in the younger generations as they will inherit the art forms of their own race. Other than that, Muhammad, Musa and Rodi (2015) had researched on the interaction of the social culture as an approach by a party to forge diplomatic ties with other parties. This research proves that cultures are able to provide a positive impact to both parties. ...

Bentuk Interaksi Sosial Budaya dalam Hubungan Diplomatik pada Zaman Kesultanan Melayu

... In the Malay society, a person who embraces traditions, including literary arts, is called budiman (a wise person or a sage), one who is courteous, disciplined, principled, wise, and kind (Musa et al., 2012). In recent decades, however, the use of Malay proverbs by the Malaysian society, in particular, the young generation, has begun to erode. ...

Hati Budi Melayu: Kajian Keperibadian Sosial Melayu Ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang

GEMA Online Journal of Language Studies