April 2025
·
24 Reads
Sains Malaysiana
ABSTRAK Kadar sara diri (SSL) beras Malaysia hanya kira-kira 56%, jadi untuk mengekalkan kestabilan sosial dan ekonomi negara, pelbagai inisiatif telah diambil untuk meningkatkan hasil padi. Penanaman padi di kawasan tanah terbiar yang biasanya kurang subur boleh membantu meningkatkan produktiviti padi tetapi adalah penting untuk mengenal pasti genotip yang beradaptasi dengan baik di tanah kurang subur selain melakukan perawatan tanah. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti genotip padi yang mempunyai adaptasi yang tinggi terhadap tanah yang kurang subur. Prestasi morfo-agronomi 58 genotip padi moden dan tradisional telah dinilai di plot padi di Kompleks Rumah Tumbuhan, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi dua musim penanaman. Kaedah amalan pengurusan plot adalah berdasarkan kepada 'Rice Check' oleh Jabatan Pertanian, Malaysia. Dalam kedua-dua musim penanaman, perbezaan yang signifikan antara genotip diperhatikan bagi kesemua tujuh ciri. Kesemua ciri mempunyai nilai keterwarisan (H) yang tinggi (0.79 < H ≤ 1.00), kecuali kandungan klorofil (CC) pada musim I (H = 0.51). Memandangkan pengaruh genetik lebih mendominasi persekitaran, ciri dengan nilai keterwarisan yang tinggi boleh digunakan untuk pemilihan langsung. Bagi kawasan kurang subur, genotip tradisional menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding genotip moden daripada segi hasil bijian (GY), panjang panikel (PL) dan bilangan panikel (PN), namun mempunyai hari berbunga (DTF) yang lebih panjang dan lebih tinggi dalam kedua-dua musim penanaman. Selain itu, hubungan korelasi positif yang signifikan diperoleh antara ciri GY dengan PN (r=0.40 dan 0.58, p<0.01) dan PL (r=0.45, p<0.001) untuk kedua-dua musim penanaman. Lima puluh lapan genotip (58) padi telah dikelompokkan kepada 8 kluster berdasarkan tujuh ciri yang dikaji pada kedua-dua musim penanaman. Genotip tradisional seperti Towuti, Pongsu Seribu, Ulat Kuning, Huma Kuning Lenggong dan Lumut boleh digunakan sebagai induk untuk membangunkan genotip padi baharu dengan semua ciri unggul seperti hasil tinggi, adaptasi yang baik dalam tanah kurang subur atau sistem penanaman input rendah, berketinggian sederhana dan tempoh matang yang lebih singkat dengan mengacukkan genotip ini dengan genotip moden yang matang awal dan berketinggian sederhana. ABSTRACT Malaysia's rice self-sufficiency rate (SSL) is only approximately 56%, so to maintain social and economic stability in the nation, numerous initiatives have been undertaken to boost rice yield. Planting rice in the wasteland areas that are typically less fertile can help to increase rice productivity, but it is crucial to identify genotypes that are well-adapted to less fertile soil. This research aimed to identify rice genotypes that are highly adaptable in less fertile soil. The morpho-agronomic performance of 58 modern and traditional rice genotypes was evaluated in paddy plots at the Greenhouse Complex, Universiti Kebangsaan Malaysia for two planting seasons. The plot management practices were conducted in accordance with the 'Rice Check' guidelines established by the Department of Agriculture, Malaysia. In both growing seasons, significant differences between genotypes were observed for all seven traits. All traits exhibited high heritability (H) values (0.79 < H ≤ 1.00), except for chlorophyll content (CC) in season I (H = 0.51). Considering that genetic influences predominate over environmental ones, traits with high heritability values can be used for direct selection. Under low