Conference PaperPDF Available

(WCIT'24) Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia

Authors:
  • Universit Sultan Azlan Shah

Abstract

Dalam perbahasan fiqah Islam, para ilmuan berbeza pandangan dalam menentukan hukum jual beli emas perhiasan, sama ada ia masih terikat dengan syarat-syarat barangan ribawi ataupun tidak. Dalam konteks kehidupan beragama, fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa adalah antara rujukan utama yang perlu dirujuk, terutamanya dalam isu-isu yang terdapat perbezaan pendapat padanya. Uniknya di Malaysia, terdapat dua institusi fatwa yang berpengaruh dalam mengeluarkan fatwa iaitu (1) Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (JMMKBHEUIM) di bawah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dan (2) 14 jabatan mufti negeri yang diketuai oleh mufti yang berbeza. Justeru, artikel ini berhasrat untuk membandingkan fatwa-fatwa berkaitan hukum jual beli emas perhiasan yang dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia. Kajian ini sepenuhnya berasaskan kepada reka bentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan datanya pula bersandarkan kepada kaedah analisis dokumen menerusi pembacaan terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia. Maklumat yang diperoleh seterusnya dianalisis melalui pendekatan analisis tematik (thematic analysis) dan analisis perbandingan (comparative analysis) dengan menjuruskan kepada hukum jual beli emas perhiasan. Hasil kajian bagi artikel ini mendapati bahawa sekurang-kurangnya terdapat sembilan fatwa berkaitan hukum jual beli emas perhiasan telah dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia. Kesemua fatwa yang ditemui bukanlah dalam kategori fatwa rasmi yang diwartakan dan kesemua fatwa tersebut berpandangan bahawa jual beli emas perhiasan dengan wang kertas tidak terikat dengan syarat-syarat barangan ribawi. Namun begitu, terdapat terdapat perbezaan cara penghujahan di sebalik fatwa yang telah dikeluarkan. Secara zahirnya, semua fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia dilihat cenderung untuk memberi kemudahan kepada penjual dan pembeli emas perhiasan untuk tidak terikat dengan syarat-syarat barangan ribawi, sekali gus mengeluarkan ramai masyarakat daripada dihukum terlibat dengan dosa riba.
E-PROCEEDINGS BOOK
WCIT2024
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
Text copyright@2024
By
Universiti Sultan Azlan Shah
All rights reserved. No part of this book may be reproduced or utilized in any
form or by any means, electronic or mechanical, including photography,
regarding, or by any information storage and retrieved system, without
permission in writing from the publisher.
Published by
Penerbit USAS Press
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan, 33000
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
e-PROCEEDINGS BOOK
WCIT2024
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
29 - 31 JULY 2024
CASUARINA@MERU, IPOH, PERAK, MALAYSIA
Organized by
Universiti Sultan Azlan Shah
(Sultan Azlan Shah University) Bukit Chandan
33000 Bandar DiRaja Kuala Kangsar Perak, Malaysia
eISSN: 3030-5861
CONFERENCE CHAIR :
Prof. Dato’ Dr. Wan Sabri Wan Yusof
PAPER SELECTION AND REVIEWER
PANEL:
Assoc. Prof. Dr. Zatul Karamah Ahmad
Baharul Ulum (Head)
Dr. Mohd Fuad Mokhtar
Dr. Mariani Omar
Dr. Masitah Ab. Jalil
Dr. Asmawati Sajari
Dr. Aida Hartini Nan
Dr. Abdul Ghaffar Samae
Dr. Affa Mohammed Saeed Osman
Tuan Haji Tajul Azli Sahadan
Suzaihan Sulaiman
Fauwaz Ebau
Sharifah Nurulhuda S Ab Latif
Suzwani Ismail
Ainul Mardhiah Zabidi
EDITORS :
English
Nur Hazwani Yussof
Noor Aishah Idrishah
Nor Izzati Md Jaafar
Nurzatul Shazreena Zainol Abidin
Malay
Hawa Alias
Ahmad Abdul Rahman
Mohd Afiq Shafirin Abd Aziz
Nurul Wardah Nazifah Razali
Arabic
Rahimah Abd Rahman
DIRECTOR :
Prof. Dato’ Dr. Ahamed Kameel Mydin Meera
DEPUTY DIRECTOR :
Assoc. Prof. Dr. Hj Anas Md Yusof
EDITOR-IN-CHIEF :
Zurul Na’im Zainol Rashid
LAYOUT & COVER DESIGN
Nuryazin Ahmad
Badiohissam Badiozaman
PUBLISHED in MALAYSIA by UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH,
KUALA KANGSAR, PERAK, MALAYSIA, 2024
MANAGING EDITOR :
Ilyani Abd Khalid
ii
TABLE OF CONTENT
PREFACE vii
e-PROCEEDINGS BOOK WCIT2024
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
MALAY
Amalan Pemakanan dalam Kalangan Prasiswazah di Universiti
Amalan Zikir terhadap Tarekat Naqshabandiyyah Sheikh Nazim Haqqani
Analisa Faktor Permasalahan Pengurusan Pertukaran Jantina Pesakit Disorder of
Sex Development (DSD) Muslim di Malaysia
Analisis Penguasaan Ilmu Qiraat terhadap Pelajar Diploma Tahfiz Al-Quran Wa Al-
Qiraat di Negeri Perak
Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang
Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia
Faktor Pemilihan Bidang Usuluddin (Hadis) dalam Kalangan Mahasiswi Universiti
Sultan Azlan Shah
Faktor-Faktor Kegagalan Penggunaan Buku Teks Yayasan Islam Kelantan (YIK)
dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP): Satu Analisis Kajian Kes
Faktor-Faktor Kelulusan Perkahwinan Bawah Umur Mengikut Seksyen 8 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002: Analisis Kajian Kes
di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, Kelantan
Faktor-Faktor Kelulusan Permohonan Poligami dalam Kalangan Suami yang tidak
Berkemampuan: Analisis Kajian Kes di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu,
Kelantan
Faktor-Faktor Penarikan Semula Kes Perceraian di Mahkamah Rendah Syariah
Kelantan: Analisis Kajian Kes
Hidrogen Hijau sebagai Sumber Tenaga dari Perspektif Maqasid Syariah
Hubungan Keberkesanan Audit Dalaman dengan Tadbir Urus di Sektor Kerajaan
Isu-Isu Pendidikan Pelajar Masyarakat Orang Asli di Sekolah Menengah Agama
Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah, Kg. Kenang Sungai Siput, Perak
Kajian Kefahaman Akidah dalam Kalangan Para Pelajar Sekolah Menengah Agama
Orang Asli Nurul Hidayah, Kg. Kenang Sungai Siput, Perak
Kesan Positif melalui Kesedaran terhadap Hak-Hak Isteri Selepas Bercerai
Kesan Teknologi Perniagaan dalam Talian terhadap Minda Pelajar: Kertas Konsep
1
11
18
31
37
45
51
65
78
91
106
112
120
128
136
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
iii
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization | WCIT2024
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia
37
Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas
Perhiasan yang Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia
Comparative Analysis of Fatwas Relating to the Rule of Buying and Selling Gold
Jewelry Issued by Fatwa Institutions in Malaysia
Mohd Farouq Nukman bin Zamri (Corresponding Author)
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah,
33000 Kuala Kangsar, Perak.
farouqnukman@usas.edu.my
Mohamad Rizal, M. N.
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah,
33000 Kuala Kangsar, Perak.
rizal@usas.edu.my
Abdul Manan bin Ismail
Fakulti Syariah & Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Nilai, Negeri Sembilan.
manan@usim.edu.my
Abstrak
Dalam perbahasan fiqah Islam, para ilmuan berbeza pandangan dalam menentukan hukum jual beli
emas perhiasan, sama ada ia masih terikat dengan syarat-syarat barangan ribawi ataupun tidak. Dalam
konteks kehidupan beragama, fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa adalah antara rujukan
utama yang perlu dirujuk, terutamanya dalam isu-isu yang terdapat perbezaan pendapat padanya.
Uniknya di Malaysia, terdapat dua institusi fatwa yang berpengaruh dalam mengeluarkan fatwa iaitu
(1) Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
(JMMKBHEUIM) di bawah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dan (2) 14
jabatan mufti negeri yang diketuai oleh mufti yang berbeza. Justeru, artikel ini berhasrat untuk
membandingkan fatwa-fatwa berkaitan hukum jual beli emas perhiasan yang dikeluarkan oleh
institusi fatwa di Malaysia. Kajian ini sepenuhnya berasaskan kepada reka bentuk kualitatif. Kaedah
pengumpulan datanya pula bersandarkan kepada kaedah analisis dokumen menerusi pembacaan
terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia. Maklumat yang diperoleh
seterusnya dianalisis melalui pendekatan analisis tematik (thematic analysis) dan analisis
perbandingan (comparative analysis) dengan menjuruskan kepada hukum jual beli emas perhiasan.
Hasil kajian bagi artikel ini mendapati bahawa sekurang-kurangnya terdapat sembilan fatwa berkaitan
hukum jual beli emas perhiasan telah dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia. Kesemua fatwa
yang ditemui bukanlah dalam kategori fatwa rasmi yang diwartakan dan kesemua fatwa tersebut
berpandangan bahawa jual beli emas perhiasan dengan wang kertas tidak terikat dengan syarat-syarat
barangan ribawi. Namun begitu, terdapat terdapat perbezaan cara penghujahan di sebalik fatwa yang
telah dikeluarkan. Secara zahirnya, semua fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia
dilihat cenderung untuk memberi kemudahan kepada penjual dan pembeli emas perhiasan untuk tidak
terikat dengan syarat-syarat barangan ribawi, sekali gus mengeluarkan ramai masyarakat daripada
dihukum terlibat dengan dosa riba.
Kata kunci: Barangan Ribawi; Emas Perhiasan; Fatwa; Institusi Fatwa; Jabatan Mufti Negeri
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization | WCIT2024
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia
38
Pendahuluan
Dalam perbahasan fiqah Islam, para ilmuan berbeza pandangan dalam menentukan hukum jual beli
emas perhiasan, sama ada ia masih terikat dengan syarat-syarat barangan ribawi ataupun tidak. Dalam
konteks kehidupan beragama, fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa adalah antara rujukan
utama yang perlu dirujuk, terutamanya dalam isu-isu yang terdapat perbezaan pendapat padanya.
Secara umumnya, Malaysia mempunyai sistem institusi fatwa yang unik. Hal ini kerana
terdapat dua institusi fatwa yang berpengaruh dalam mengeluarkan fatwa iaitu (1) Jawatankuasa
Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (JMMKBHEUIM) di bawah
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) dan (2) 14 jabatan mufti negeri yang
diketuai oleh mufti yang berbeza (Mamat et al., 2013; Rosele & Haji Abdullah, 2021). Secara lebih
terperinci, pihak yang mempunyai autoriti untuk mengeluarkan fatwa adalah jabatan mufti negeri
berbanding JMMKBHEUIM yang hanya mengeluarkan pandangan hukum tanpa melalui proses
pengeluaran dan pewartaan fatwa (Salleh et al., 2017).
Selanjutnya, menurut Kasan (2006), fatwa yang dikeluarkan oleh jabatan mufti negeri pula
boleh dikelaskan kepada tiga kategori iaitu:
1. Fatwa rasmi yang diwartakan dan mempunyai keterikatan undang-undang.
2. Fatwa yang tidak diwartakan dan tidak berkuat kuasa ke atas mana-mana pihak.
3. Pandangan peribadi mufti dan tidak dianggap sebagai fatwa berdasarkan peruntukan di
Malaysia serta dikenali sebagai irsyad fatwa.
Walau bagaimanapun, artikel ini berhasrat untuk mengenal pasti semua jenis fatwa atau
pandangan hukum berkaitan hukum jual beli emas perhiasan yang dikeluarkan oleh JMMKBHEUIM
dan jabatan mufti negeri, sama ada fatwa yang diwartakan, tidak diwartakan mahupun sekadar irsyad
fatwa. Seterusnya, perbandingan terhadap fatwa-fatwa yang ditemui akan dilakukan untuk mencari
titik persamaan dan perbezaan yang wujud.
Metodologi Kajian
Kajian ini sepenuhnya berasaskan kepada reka bentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan data bagi
kajian ini pula adalah bersandarkan kepada kaedah analisis dokumen menerusi pembacaan terhadap
fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia. Data-data tersebut diperolehi melalui laman
sesawang e-fatwa.gov.my, laman sesawang rasmi jabatan mufti negeri seluruh Malaysia dan pihak
jabatan mufti negeri.
Sekurang-kurangnya satu sampel fatwa dari setiap lima bahagian geografi di Malaysia
dikumpul iaitu (1) utara Semenanjung Malaysia, (2) tengah Semenanjung Malaysia, (3) selatan
Semenanjung Malaysia, (4) timur Semenanjung Malaysia dan (5) Malaysia Borneo. Semua data yang
diperoleh seterusnya dianalisis melalui pendekatan analisis tematik (thematic analysis) dan analisis
perbandingan (comparative analysis) dengan menjuruskan kepada hukum jual beli emas perhiasan.
Analisis Perbandingan Fatwa Berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang dikeluarkan
oleh Institusi Fatwa di Malaysia
Melalui pencarian dalam laman sesawang e-fatwa.gov.my dan laman sesawang rasmi jabatan mufti
negeri seluruh Malaysia, kajian telah menemui tujuh fatwa berkaitan jual beli emas perhiasan yang
dikeluarkan oleh JMMKBHEUIM dan lima jabatan mufti negeri di Malaysia. Lima jabatan mufti
negeri yang dimaksudkan adalah (1) Jabatan Mufti Negeri Perlis, (2) Jabatan Mufti Negeri Kedah,
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization | WCIT2024
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia
39
(3) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, (4) Jabatan Mufti Negeri Johor dan (5) Jabatan Mufti
Sarawak.
Adapun fatwa daripada sembilan jabatan mufti negeri yang lain tidak ditemui. Sembilan
jabatan mufti negeri yang dimaksudkan adalah (1) Jabatan Mufti Pulau Pinang, (2) Jabatan Mufti
Negeri Perak, (3) Jabatan Mufti Negeri Selangor, (4) Jabatan Mufti Negeri Sembilan (5) Jabatan
Mufti Negeri Melaka, (6) Jabatan Mufti Negeri Pahang, (7) Jabatan Mufti Negeri Terengganu, (8)
Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan (9) Jabatan Mufti Sabah.
Maklumat yang diperoleh melalui laman sesawang e-fatwa.gov.my dan laman sesawang rasmi
jabatan mufti negeri seluruh Malaysia ini telah mewakili sampel bagi beberapa bahagian geografi di
Malaysia iaitu (1) Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Jabatan Mufti Negeri Kedah mewakili bahagian
utara Semenanjung Malaysia, (2) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mewakili bahagian tengah
Semenanjung Malaysia yang juga merupakan Wilayah Persekutuan Malaysia, (3) Jabatan Mufti
Negeri Johor mewakili bahagian selatan Semenanjung Malaysia, dan (4) Jabatan Mufti Sarawak
mewakili Malaysia Borneo.
Walau bagaimanapun, tiada sampel fatwa bagi jabatan mufti negeri di bahagian timur
Semenanjung Malaysia ditemui. Justeru, beberapa jabatan mufti negeri di bahagian timur
Semenanjung Malaysia telah dihubungi untuk mendapatkan maklumat sama ada terdapat fatwa
berkaitan hukum jual beli emas perhiasan mahupun tidak. Hal ini kerana antara cabaran pengkaji
dalam menjalankan kajian ini adalah terdapat beberapa laman sesawang jabatan mufti negeri tidak
dikemas kini dengan baik. Hasilnya, kajian telah memperoleh fatwa yang telah dikeluarkan oleh
Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan berkaitan isu ini. Secara
zahirnya, terdapat kemungkinan tujuh lagi jabatan mufti negeri yang tidak ditemui fatwa mereka
berkaitan hukum jual beli emas perhiasan, turut mempunyai fatwa berkaitan isu tersebut namun tidak
dikemas kini dalam laman sesawang mereka.
Berikut adalah perincian sembilan fatwa berkaitan jual beli emas perhiasan yang dikeluarkan
oleh JMMKBHEUIM dan tujuh jabatan mufti negeri di Malaysia.
Jadual 1: Fatwa Berkaitan Jual Beli Emas Perhiasan
Bil.
Fatwa
Tahun
Keputusan
Fatwa
Perincian
Sumber
Rujukan
1.
Keputusan
Muzakarah
Fatwa
Kebangsaan
(JMMKBHE
UIM)
2011
“Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas
yang bercirikan item ribawi, seperti emas
jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak
termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah
terkeluar daripada ‘illah ribawi.”
(Jabatan
Kemajuan
Islam
Malaysia, t.th.)
2.
Jabatan
Mufti Negeri
Perlis
2019
“Emas di dalam syariat Islam adalah barangan
ribawi. Adapun barangan kemas emas perhiasan
916 / 22 karat dan ke bawah; hukum pertukaran
yang berbeza berat (tafadhul) di antara
pelanggan dengan kedai atau kedai dengan
pengilang adalah diharuskan disebabkan upah
pemprosesan dan tempaan, keperluan
meringankan kesukaran transaksi dan meraikan
‘uruf tijari (realiti amalan semasa).”
(Jabatan Mufti
Negeri Perlis,
2021)
3.
1993
“Sah menjual barang hiasan yang dibuat
daripada emas dan perak secara tangguh.”
(Jabatan
Kemajuan
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization | WCIT2024
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia
40
Jabatan
Mufti Negeri
Kedah
Islam
Malaysia, t.th.)
Tiada
Tarikh
“Jawatankuasa berpendapat bahawa muamalat
jual beli emas dan perak dengan bayaran
tangguh telah berlaku di dalam masyarakat
dengan lumrah dan muamalat boleh dikatakan
sebagai perkara yang dihajati dan tiada pula
mengakibatkan penipuan atau lain-lain
perbuatan yang menyebabkan perseteruan
bahawa menjual barang-barang kemas emas dan
perak dengan bayaran ringgit, wang kertas atau
duit syiling dengan bertangguh atau beransur-
ansur adalah sah iaitu berdasarkan keapda
pendapat ulama seperti di dalam (ii) di atas:
[Qaul yang kedua, ‘illah riba kedua-dua logam
itu (emas dan perak) ialah penguasaan atau
kekuatan harga dan nilai (ghalabah al-
thamaniah) qaul ini adalah qaul yang masyhur
di sisi Imam Malik dan Imam Syafie. ‘Illah di
sisi mereka berdua ini tertentu semata-mata
kepada emas dan perak, mata wang syiling
(fulus) terkeluar daripadanya sekalipun ia laku
seperti lakunya emas dan perak kerana harga dan
nilai baginya adalah perkara yang mendatang
(tori’). Dengan itu, tiada riba pada wang-wang
syiling juga wang-wang kertas.].”
(Jabatan Mufti
Negeri Kedah,
t.th.)
4.
Pejabat
Mufti
Wilayah
Persekutuan
2023
“Emas perhiasan atau emas yang ditempa tidak
lagi dianggap sebagai wang pertukaran maka ia
terkeluar daripada illah item ribawi. Justeru,
urusniaga emas perhiasan secara trade-in adalah
dibenarkan berdasarkan sebahagian pandangan
fuqaha yang menyatakan emas perhiasan bukan
item ribawi. Maka, pandangan tersebut dipilih
untuk diaplikasikan dalam transaksi emas
perhiasan tanpa terikat dengan syarat-syarat jual
beli yang bercirikan item ribawi.”
(Muhammad
Fathi Noordin,
2023)
5.
Jabatan
Mufti Johor
2010
“Urus niaga jual beli emas secara ansuran atau
hutang yang dikendalikan oleh Koperasi
Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad
(KPMNJ) adalah harus mengikut hukum
syara’.”
(Al Irsyad
Jabatan Mufti
Johor, t.th.)
6.
Jabatan
Mufti Negeri
Terengganu
2024
“Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas
yang bercirikan item ribawi, seperti emas
jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak
termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah
terkeluar daripada ‘illah ribawi.”
(Syed
Hadzrullathhfi,
2024)
7.
Jabatan
Mufti Negeri
Kelantan
2012
“Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas
yang bercirikan item ribawi, seperti emas
jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak
termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah
terkeluar daripada ‘illah ribawi.”
(Jemaah
Ulama’ Majlis
Agama Islam
Kelantan,
2012)
8.
Jabatan
Mufti
Sarawak
2014
“Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas
yang bercirikan item ribawi, seperti emas
jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak
termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah
terkeluar daripada ‘illah ribawi.”
(Jabatan
Kemajuan
Islam
Malaysia, t.th.)
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization | WCIT2024
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia
41
Berdasarkan Jadual 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa semua fatwa yang dikeluarkan oleh
JMMKBHEUIM dan jabatan mufti negeri di Malaysia memilih pandangan yang membenarkan jual
beli emas perhiasan secara ansuran. Selain itu, tiada fatwa berkaitan hukum jual beli emas perhiasan
ini dikategorikan sebagai fatwa rasmi yang diwartakan. Ia hanya sekadar fatwa yang tidak diwartakan
atau irsyad fatwa sahaja.
Walaupun semua fatwa yang ditemui memilih pandangan yang membenarkan jual beli emas
perhiasan secara ansuran, namun begitu terdapat perbezaan dalam cara penghujahan mereka di
sebalik pandangan yang telah dipilih seperti berikut:
Jadual 2: Cara Penghujahan Fatwa
No.
Jabatan Mufti Negeri
Cara Penghujahan Fatwa
1.
MJFK, Jabatan Mufti Negeri Perlis,
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
Jabatan Mufti Negeri Terengganu,
Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan
Jabatan Mufti Sarawak
Berpendapat bahawa emas perhiasan tidak termasuk dalam
kategori barangan ribawi.
Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan memperincikan penghujahan ini dengan
menyatakan bahawa emas perhiasan mempunyai upah
tempaan.
Tambahan daripada itu, Jabatan Mufti Negeri Perlis juga
menguatkan penghujahan mereka dengan menyatakan
terdapat keperluan meringankan kesukaran transaksi dan
meraikan ‘uruf tijari (realiti amalan semasa).
2.
Jabatan Mufti Negeri Kedah
Berpendapat bahawa duit kertas tidak termasuk dalam
kategori barangan ribawi.
Selain itu, fatwa ini juga mengambil kira realiti berikut:
1) Muamalat jual beli emas dan perak dengan bayaran
tangguh telah berlaku di dalam masyarakat dengan lumrah.
2) Boleh dikatakan sebagai muamalat yang dihajati oleh
masyarakat.
3) Tidak mengakibatkan penipuan atau lain-lain perbuatan
yang menyebabkan perseteruan.
3.
Jabatan Mufti Negeri Johor
Tidak menyatakan cara penghujahan fatwa.
Berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2, didapati bahawa semua fatwa berkaitan jual beli emas
perhiasan yang telah diperoleh adalah tidak selari dengan pandangan jumhur ulama. Menurut Rafiq
Yunus (1997) dan Saddam Abdul Qadir (2003), terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan ulama
berkaitan hukum jual beli emas perhiasan. Pandangan pertama adalah pandangan jumhur ulama yang
berpendapat jual beli emas perhiasan secara bertangguh adalah haram kerana emas perhiasan masih
termasuk dalam kategori barangan ribawi, manakala pandangan kedua adalah pandangan Ibn
Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim yang berpendapat jual beli emas perhiasan secara bertangguh adalah
harus kerana emas perhiasan tidak lagi termasuk dalam kategori barangan ribawi.
Justeru, fatwa yang dikeluarkan oleh JMMKBHEUIM, Jabatan Mufti Negeri Perlis, Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Jabatan Mufti Negeri Kelantan dan
Jabatan Mufti Sarawak adalah selari dengan pandangan kedua iaitu pandangan Ibn Taimiyyah dan
Ibn al-Qayyim. Ibn al-Qayyim (1977) menjelaskan proses tempaan yang telah dilakukan terhadap
emas perhiasan merubah statusnya daripada barangan ribawi kepada komoditi biasa. Perkara ini juga
telah dinyatakan dalam penghujahan fatwa atau pandangan hukum daripada Jabatan Mufti Negeri
Perlis dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Realiti semasa juga turut menyokong pandangan ini
apabila harga emas perhiasan biasanya akan susut nilai sehingga 20 peratus tatkala dijual kembali
(Asmadi Mohamed Naim, 2017).
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization | WCIT2024
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia
42
Jabatan Mufti Negeri Kedah pula bersendiri dalam mengemukakan cara penghujahan fatwa
mereka dengan menyatakan wang kertas tidak termasuk dalam kategori barangan ribawi dan
menyamakan wang kertas dengan fulus. Mereka mengatakan pandangan ini adalah pandangan yang
masyhur di sisi Imam Malik dan Imam Syafie. Selain itu, Muhammad Tawfiq Ramadan al-Buti (1998)
menyatakan pandangan menyamakan wang kertas dengan fulus ini juga disokong oleh sebahagian
ulama semasa seperti Sheikh Muhammad ‘Ulaysy, Sheikh Ahmad Ridha al-Barelwi al-Hindi, Sheikh
Sulaiman Khalil al-As’aradi, Dr. Mahmud al-Khalidi, Sheikh Ahmad al-Khatib, Sheikh Ahmad
Khatib al-Jawi dan Sheikh Muhammad Sulaiman al-Asyqar. Adapaun Jabatan Mufti Negeri Johor
tidak memberi sebarang justifikasi di sebalik pandangan membenarkan jual beli emas perhiasan
secara bertangguh.
Hasilnya, kajian merumuskan hukum jual beli emas perhiasan secara bertangguh dalam
konteks kehidupan semasa (proses jual dan beli menggunakan wang kertas sebagai perantara) boleh
dibahagikan kepada tiga pandangan:
1. Pandangan pertama: Haram kerana emas perhiasan dan wang kertas adalah barangan ribawi.
2. Pandangan kedua: Harus kerana emas perhiasan adalah komoditi biasa.
3. Pandangan ketiga: Harus kerana wang kertas tidak termasuk dalam kategori barangan ribawi.
Adapun dalam konteks fatwa berkaitan hukum jual beli emas perhiasan yang dikeluarkan oleh
institusi fatwa di Malaysia, hanya pandangan kedua dan pandangan ketiga yang telah dipilih untuk
diutarakan dan dipraktikkan kepada masyarakat awam.
Kesimpulan
Didapati sekurang-kurangnya terdapat sembilan fatwa berkaitan hukum jual beli emas perhiasan telah
dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia. Kesemua fatwa yang telah ditemui bukanlah dalam
kategori fatwa rasmi yang diwartakan dan kesemua fatwa tersebut berpandangan bahawa jual beli
emas perhiasan dengan wang kertas tidak terikat dengan syarat-syarat barangan ribawi. Namun
begitu, terdapat perbezaan cara penghujahan di sebalik fatwa yang telah dikeluarkan.
Kajian ini tidak memperincikan perbahasan berkaitan pandangan manakah yang lebih kuat
dari segi dalil dan cara penghujahannya. Namun begitu, secara zahirnya semua fatwa yang
dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia yang ditemui, kelihatannya cenderung untuk memberi
kemudahan kepada penjual dan pembeli emas perhiasan untuk tidak terikat dengan syarat-syarat
barangan ribawi, sekali gus mengeluarkan ramai masyarakat daripada dihukum terlibat dengan dosa
riba.
Hal ini selari dengan ciri-ciri fatwa yang berkualiti, antaranya adalah fatwa yang
mengutamakan prinsip kemudahan berbanding menyusahkan dan mengambil kira kepelbagaian
kelompok masyarakat yang mempunyai perbezaan dari segi pemikiran, budaya, kemampuan fizikal
dan tahap pegangan mereka terhadap agama (Ismail, 2020).
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization | WCIT2024
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia
43
Rujukan
Al Irsyad Jabatan Mufti Johor. (n.d). Mohon fatwa mengenai urusniaga jual beli emas secara
ansuran/hutang. Retrieved May 19, 2024, from
https://said.johor.gov.my/perkhidmatan/paparan_detail_fatwa.php?id=279
Asmadi Mohamed Naim. (2017). Q&A Muamalat: Pencerahan 48 Kekeliruan Isu Jual Beli Semasa.
Petaling Jaya: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Ibn al-Qayyim, Muhammad. (1977). I’lam al-Muwaqqi’in: Tahqiq Muhammad Muhyiddin Abd
Hamid (Jil. 2). Beirut: Dar al-Fikr.
Ismail, A. M. (2020). Fatwa sebagai mekanisme pencegahan penularan pandemik Covid-19: Fatwa
as preventive mechanism of containing the spread of Covid-19 pandemic. Journal of Fatwa
Management and Research, 22(1), 14–25. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol22no1.321
Jabatan Mufti Negeri Kedah. (n.d). Himpunan Fatwa 2 Negeri Kedah Darul Aman. Jabatan Mufti
Negeri Kedah & Majlis Agama Islam Negeri Kedah.
Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2021). Himpunan Keputusan Fatwa Negeri Perlis: Tahun 2018-2020.
Jabatan Mufti Negeri Perlis & Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (t.th.). Parameter Pelaburan Emas. Retrieved May 19, 2024, from
http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10283
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (t.th.). Menjual Barang Hiasan Daripada Emas dan Perak.
Retrieved May 19, 2024, from http://e-smaf.islam.gov.my/e-
smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10665
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (n.d). Parameter Pelaburan Emas. Retrieved May 19, 2024, from
http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/16018
Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan. (2012). Fatwa Tahun 2012: Hukum Jual Beli Emas
dan Pelaburannya. Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 3/1/2012.
Kasan, H. (2006). Prosedur Mengeluar dan Menguatkuasa Fatwa di Semenanjung Malaysia. Jurnal
Undang-Undang dan Masyarakat, 10, 2-3. https://journalarticle.ukm.my/1678/
Mamat, Z., Mohamad, M. N., & Omar, H. H. (2013). Pengurusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa Fatwa Negeri: Satu Analisis Persamaan dan Perbezaan
Fatwa Tahun 2000-2009. International Journal of Management Studies, 20(2), 145–166.
https://e-journal.uum.edu.my/index.php/ijms/article/view/10401
Muhammad Fathi Noordin. (2023, Februari 10). Irsyad Hukum Siri ke-753: Hukum Jual Beli Emas
Perhiasan Secara Trade-in. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5528-irsyad-al-
fatwa-siri-ke-753-hukum-jual-beli-emas-perhiasan-secara-trade-in
Muhammad Tawfiq Ramadan al-Buti. (1998). Al-Buyuc al-Sya’icah wa Athar Dawabit al-Mabic cala
Syarciyyatiha. Damsyik: Dar al-Fikr.
7th World Conference on Islamic Thought & Civilization | WCIT2024
TOGETHER WE STAND: MUSLIMS AND GLOBAL HUMANITY
Analisis Perbandingan Fatwa berkaitan Hukum Jual Beli Emas Perhiasan yang Dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Malaysia
44
Rafiq Yunus. (1997). Ahkam Bayc wa Syira’ Huli al-Zahab wa al-Fiddah. Majallah Jamicah al-Malik
cAbd al-cAziz: al-Iqtisad al-Islamiy, 9, 37-68.
https://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id=3093552
Rosele, M. I., & Haji Abdullah, L. (2020). Analisis terhadap fatwa-fatwa zakat syarikat di Malaysia:
An analysis of zakah on company fatwa’s in Malaysia. Journal of Fatwa Management and
Research, 23(1), 1–12. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol23no1.211
Saddam Abdul Qadir. (2003). Bayc al-Zahab wa al-Fidhah wa Tatbiqatuhu al-Mucasirah fi al-Fiqh
al-Islamiy. [Tesis Sarjana yang tidak Diterbit]. Al-Jamicah al-Urduniah.
Salleh, M. K. M., Samuri, M. A. A., & Kashim, M. I. A. M. (2017). Konflik di antara fatwa dan
keputusan panel syariah dalam kes muamalat di mahkamah Malaysia. Islamiyyat: The
International Journal of Islamic Studies, 39(2), 113-124.
https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/article/view/22609
Syed Hadzrullathhfi. (2024, 11 Jun). Memohon Maklumat Fatwa atau Pandangan Hukum Berkaitan
Jual Beli Emas Perhiasan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu. Surat
Rasmi: Jabatan Mufti Negeri Terengganu, JMN.TR.610/1/8/9 JLD. 5(32).
... Walau bagaimanapun, jika diteliti terhadap cara penghujahan di sebalik pandangan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah (JMNK), kelihatannya cara penghujahan mereka sedikit berbeza dengan cara penghujahan lima jabatan mufti negeri yang lain dan keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI. Adapun Jabatan Mufti Negeri Johor tidak menyatakan sebarang penghujahan di sebalik pandangan mereka dalam isu ini (Farouq Nukman et al., 2024). Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis cara penghujahan JMNK berkaitan hukum urusniaga emas perhiasan secara bertangguh. ...
Conference Paper
Full-text available
Sekurang-kurangnya terdapat sembilan pandangan telah dikeluarkan oleh institusi fatwa di Malaysia berkaitan hukum urusniaga emas perhiasan secara bertangguh. Kesemua pandangan tersebut telah memilih pandangan membenarkan urusniaga emas perhiasan menggunakan duit kertas dilakukan secara bertangguh. Walau bagaimanapun, jika diteliti terhadap cara penghujahan di sebalik pandangan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah (JMNK), kelihatannya cara penghujahan mereka sedikit berbeza dengan cara penghujahan institusi fatwa di negeri-negeri lain. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis pandangan JMNK berkaitan urusniaga emas perhiasan secara bertangguh. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan kaedah pengumpulan datanya pula adalah bersandarkan kepada kaedah analisis dokumen menerusi pembacaan terhadap pandangan yang telah dikeluarkan oleh JMNK dan bahan-bahan rujukan akademik yang lain seperti artikel jurnal dan fatwa antarabangsa. Maklumat yang diperoleh seterusnya dianalisis melalui pendekatan analisis tematik dengan menjuruskan perbincangan terhadap cara penghujahan JMNK berkaitan hukum urusniaga emas perhiasan secara bertangguh. Kajian ini menyimpulkan bahawa cara penghujahan JMNK di sebalik keharusan urusniaga emas perhiasan secara bertangguh dengan menyatakan duit kertas tidak termasuk dalam kategori barangan ribawi tidak sekadar berbeza dengan keputusan jabatan mufti negeri-negeri lain di Malaysia dan keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI sahaja, bahkan ia juga berbeza dengan pandangan kebanyakan ilmuan Islam semasa dan resolusi majlis fatwa antarabangsa. Implikasi di sebalik pengkategorian duit kertas sebagai fulus dalam konteks hukum berkaitan urusniaga emas, ia tidak sekadar mengharuskan urusniaga emas perhiasan secara bertangguh sahaja, bahkan ia turut terpakai dalam apa jua urusniaga melibatkan segala bentuk emas secara bertangguh, sama ada emas tersebut berbentuk jongkong, syiling, wafel dan lain-lain.
Article
Full-text available
Isu zakat syarikat merupakan antara isu yang menjadi perbahasan oleh intelektual Islam hari ini. Di Malaysia beberapa fatwa berkenaan zakat syarikat telah diputuskan. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis fatwa-fatwa zakat syarikat tersebut. Kajian ini penting untuk menjelaskan kedudukan zakat syarikat berasaskan fatwa-fatwa yang diputuskan serta menghubung jalinkan maklumat keputusan-keputusan fatwa tersebut. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan data-data perpustakaan (dokumentasi) digunakan sepenuhnya, data-data tersebut akan dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa fatwa zakat syarikat di Malaysia telah menyelesaikan isu-isu utama zakat syarikat seperti kedudukan syarikat sebagai pembayar zakat, hubungan syarikat dan pemegang saham dalam pembayaran zakat, kedudukan harta orang bukan Islam dalam syarikat serta kedudukan harta awam dalam syarikat.
Article
Full-text available
Fatwa merupakan salah satu mekanisme penting untuk mencegah penularan pandemik seperti Covid-19. Pandemik Covid-19 yang dikesan pada penghujung tahun 2019 telah membentuk norma dan kelaziman baharu dalam kehidupan manusia. Pencegahan terhadap penularan pandemik ini menuntut kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi fatwa. Artikel ini menganalisa kekuatan, ciri-ciri dan peranan yang ada pada sesuatu fatwa yang membolehkan ia berfungsi sebagai salah satu mekanisme pencegahan penularan pandemik Covid-19. Kaedah kualitatif melalui analisa dokumen khususnya penulisan dan fatwa para ulama menjadi asas penulisan ini. Hasil kajian mendapati bahawa fatwa sememangnya akan menjadi pemangkin dalam membantu pencegahan penularan Covid-19 jika sekiranya ia dikeluarkan dengan teliti dan cermat.
Article
Full-text available
Secara umumnya, terdapat dua institusi fatwa yang berpengaruh dan memainkan peranan dalam mengeluarkan fatwa di Malaysia iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditubuhkan pada peringkat Negeri-Negeri di Malaysia. Matlamat kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor persamaan dan juga perbezaan yang wujud dalam fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh kedua-dua institusi ini dari tahun 2000 hingga 2009 dari aspek penyelarasan fatwa. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam usaha menganalisis beberapa keputusan fatwa yang dikeluarkan oleh kedua-dua institusi fatwa untuk menyingkap persamaan dan perbezaan antara kedua-dua badan tersebut. Kata kunci: Institusi fatwa, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK), jawatankuasa fatwa negeri-negeri, penyelarasan fatwa.
Himpunan Keputusan Fatwa Negeri Perlis: Tahun 2018-2020. Jabatan Mufti Negeri Perlis & Majlis Agama Islam dan Adat
  • Jabatan Mufti
  • Negeri Perlis
Jabatan Mufti Negeri Perlis. (2021). Himpunan Keputusan Fatwa Negeri Perlis: Tahun 2018-2020. Jabatan Mufti Negeri Perlis & Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.
Parameter Pelaburan Emas
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (n.d). Parameter Pelaburan Emas. Retrieved May 19, 2024, from http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/16018
Menjual Barang Hiasan Daripada Emas dan Perak
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (t.th.). Menjual Barang Hiasan Daripada Emas dan Perak. Retrieved May 19, 2024, from http://e-smaf.islam.gov.my/esmaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10665
Prosedur Mengeluar dan Menguatkuasa Fatwa di Semenanjung Malaysia
  • H Kasan
Kasan, H. (2006). Prosedur Mengeluar dan Menguatkuasa Fatwa di Semenanjung Malaysia. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 10, 2-3. https://journalarticle.ukm.my/1678/
Irsyad Hukum Siri ke-753: Hukum Jual Beli Emas Perhiasan Secara Trade-in. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
  • Muhammad Fathi Noordin
Muhammad Fathi Noordin. (2023, Februari 10). Irsyad Hukum Siri ke-753: Hukum Jual Beli Emas Perhiasan Secara Trade-in. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5528-irsyad-alfatwa-siri-ke-753-hukum-jual-beli-emas-perhiasan-secara-trade-in
Konflik di antara fatwa dan keputusan panel syariah dalam kes muamalat di mahkamah Malaysia
  • M K M Salleh
  • M A A Samuri
  • M I A Kashim
Salleh, M. K. M., Samuri, M. A. A., & Kashim, M. I. A. M. (2017). Konflik di antara fatwa dan keputusan panel syariah dalam kes muamalat di mahkamah Malaysia. Islamiyyat: The International Journal of Islamic Studies, 39(2), 113-124.