Kaum Bani Israil dan Peristiwa Anak Lembu Emas, Surah al-Baqarah (2: 51-57), Siri 10 merupakan siri buku tafsir al-Quran bersempena dengan Program Budaya al-Quran yang dilaksanakan oleh Pusat Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Peristiwa penyembahan anak lembu merupakan peristiwa yang besar penyembahan berhala yang pernah berlaku kepada kaum Bani Israil. Justeru, Allah SWT menceritakan kisah
... [Show full abstract] tersebut buat pengajaran kepada umat manusia bahawa tidak ada tuhan yang sebenarnya layak untuk disembah melain Allah satu-satunya. Buku ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk mengupas tafsiran ayat surah al-Baqarah (2: 51-57) daripada kitab tafsir turath Islam. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat enam pengajaran penting yang boleh diambil hasil daripada perbincangan ayat dan tafsirannya. Pengajaran tersebut ialah sifat Yahudi yang sangat mudah kufur kepada Tuhan, dosa penyembahan berhala merupakan dosa yang besar, perintah Allah SWT memberikan kebaikan kepada umat manusia, zat Allah SWT tidak boleh dilihat di dunia, pemberian nikmat yang banyak belum tentu menjamin keimanan seseorang, al-Kam‘at dan al-Ajwa merupakan anugerah Allah SWT untuk merawat penyakit mata dan keracunan, serta sahabat Rasulullah SAW memiliki karekter yang tinggi berbanding semua sahabat para nabi sebelumnya baginda SAW.