Content uploaded by Rohaidah Haron
Author content
All content in this area was uploaded by Rohaidah Haron on Jul 24, 2024
Content may be subject to copyright.
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 47
JURNAL PENGAJIAN MELAYU
e-ISSN: 2735-1904
VOL. 34, ISSUE 2, 47–64
https://doi.org/10.22452/jomas.vol34no2.4
PENGUASAAN BAHASA MELAYU PELAJAR ASING
DI UNIVERSITI MALAYA: ANALISIS FAKTOR
JANTINA DAN TAHAP PENGAJIAN
Norfaizal JAMAIN1
Akhmad MANSUR2
Rohaidah HARON3
1,2,3Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
nfaiz@um.edu.my
akhmadmansur@um.edu.my
eyda1826@um.edu.my
Received: 24th July 2023
Accepted: 11th September 2023
ABSTRAK
Kajian penguasaan bahasa Melayu terhadap faktor jantina dan tahap pengajian pelajar asing di universiti
masih kurang kerana banyak kajian yang dilakukan lebih tertumpu kepada pelajar tempatan. Selain itu,
tumpuan kajian lebih kepada penelitian faktor luaran berbanding faktor dalaman pelajar. Oleh itu, kajian ini
bertujuan untuk menganalisis penguasaan bahasa Melayu pelajar asing berdasarkan faktor jantina dan tahap
pengajian pelajar asing Ijazah Tinggi di Universiti Malaya. Bagi menghuraikan objektif yang telah ditetapkan,
instrumen ujian penilaian digunakan bagi meneliti skor ujian pencapaian bahasa Melayu. Data yang diperoleh
dianalisis dengan memperincikan nilai purata di samping menganalisis perbandingan antara dua faktor
perbezaan pelajar. Selepas itu, data akan meneliti korelasi dan kesan pengaruh faktor pemboleh ubah. Hasil
kajian mendapati, tidak terdapat perbezaan penguasaan bahasa Melayu antara pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan kerana memperoleh nilai signifikan p = 0.845, manakala tahap pengajian pula, nilai signifikan
yang diperoleh ialah p = 0.287. Bagi kesan pengaruh terhadap penguasaan bahasa Melayu, kedua-dua faktor
tersebut hanya menyumbang 0.80% dan 0.10% sahaja. Kajian dapat menjelaskan bahawa faktor jantina dan
tahap pengajian pelajar tidak memberikan kesan yang ketara terhadap penguasaan bahasa Melayu pelajar
asing di Universiti Malaya. Kajian ini diharap dapat menyumbang kepada penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar asing, khususnya di Universiti Malaya. Oleh itu, pelajar yang mempunyai latar belakang
peribadi yang berbeza boleh mempelajari bahasa Melayu tanpa sebarang halangan walaupun mempunyai
perbezaan faktor peribadi. Cadangan kajian lanjutan adalah dengan meneliti faktor peribadi seperti masa
pembelajaran di luar kelas dan motivasi yang boleh mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu.
Kata kunci: penguasaan; jantina; tahap pengajian; pelajar asing; bahasa kedua.
Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Asing di Universiti Malaya: Analisis Faktor Jantina dan Tahap Pengajian
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 48
MALAY LANGUAGE PROFICIENCY OF FOREIGN STUDENTS AT UNIVERSITI MALAYA: ANALYSIS OF
GENDER FACTORS AND LEVEL OF STUDY
ABSTRACT
Malay language proficiency studies on gender and level of study of foreign students at the university are still
lacking as many studies are done more focused on local students. In addition, the focus of the study was
more on researching external factors than on students' internal factors. Therefore, this study aims to analyze
the Malay language proficiency of foreign students based on gender factors and the level of study of foreign
students of higher degree at the Universiti Malaya. To describe the objectives set, assessment test
instruments are used to examine the scores of the Malay language achievement test. The data obtained were
analyzed by detailing the average value while analyzing the comparison between the two factors of student
difference. After that, the data will examine the correlation and effect of the influence of variable factors. As
a result, there was no difference in Malay language proficiency between male and female students due to
the significant value of p = 0.845, while the level of study, the significant value obtained was p = 0.287. As for
the impact of the influence on Malay language proficiency, both factors contributed only 0.80% and 0.10%.
Studies can explain that the gender and level of study factors of students do not have a significant impact on
the Malay language proficiency of foreign students at the University of Malaya. It is hoped that this study will
contribute to the proficiency of the Malay language among foreign students, especially those studying at the
Universiti Malaya. Therefore, students with different personal backgrounds can learn the Malay language
without any obstacles despite the differences in personal factors. The recommendation of further study is to
examine personal factors such as learning time outside the classroom and motivas that can influence Malay
language proficiency.
Keywords: mastery; gender; level of study; foreign learner; second language
Pengenalan
Pemerolehan dan pembelajaran bahasa merupakan proses kompleks yang melibatkan beberapa faktor.
Faktor-faktor ini berada dalam diri pelajar sama ada dari segi jantina, umur dan latar belakang pendidikan
(Ellis, 2006). Faktor ini tidak boleh berubah kerana faktor-faktor tersebut akan menentukan bentuk
penguasaan bahasa yang dipelajari sama ada mahir atau lemah dalam komunikasi. Aspek perbezaan jantina
antara faktor yang seiring dengan faktor lain seperti umur dan latar belakang pendidikan yang mempengaruhi
proses pemerolehan bahasa. Terdapat kepentingan yang meletakkan peranan jantina sebagai faktor utama
pemerolehan bahasa seperti yang telah dibuktikan dalam kajian Baher & Maclntyre (2000), Rafek et al. (2015)
dan Habler et al. (2019). Namun begitu, terdapat juga penyelidikan mengatakan bahawa faktor jantina
bukanlah syarat yang diperlukan untuk pemerolehan bahasa. Hal ini dibuktikan oleh kajian Amadi (2019),
Bataineh, (2019) serta Muhammad Akram & Mamuna Ghani (2013). Tambahan pula, faktor jantina antara
lelaki dan perempuan dilengkapi dengan kecenderungan lain yang akan membantu pelajar mempelajari
bahasa dengan lebih cepat dan mudah seperti strategi pembelajaran, bahan pengajaran, motivasi dan faktor
sosial. Jantina sering dikaitkan dengan faktor biologi terhadap penguasaan bahasa kedua pelajar. Faktor
biologi tidak boleh diubah kerana faktor ini merupakan sifat yang dimiliki sejak azali (Ozfidan & Burlbaw,
2019). Banyak kajian yang dilakukan dengan meneliti hubungan antara jantina dengan penguasaan kosa kata,
jantina dengan strategi pembelajaran, jantina dengan motivasi dan faktor persekitaran (Bai, 2018). Tannen
(1996) menjelaskan, terdapat perbezaan ciri-ciri pertuturan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan
seperti kelancaran, jumlah kosa kata dan kedinamikan interaksi. Dengan kata lain, perbezaan jantina
memberikan pandangan dan tanggapan yang berbeza terhadap penutur melalui interaksi komunikasi. Oleh
Norfaizal JAMAIN, Akhmad MANSUR, Rohaidah HARON
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 49
itu, kajian ini akan menganalisis hubungan penguasaan bahasa Melayu terhadap jantina sebagai pemboleh
ubah akan memberi dapatan berkaitan faktor perbezaan pelajar terhadap penguasaan bahasa Melayu.
Selain faktor jantina, terdapat faktor lain yang boleh mempengaruhi penguasaan bahasa kedua
pelajar seperti latar belakang pendidikan atau tahap pengajian. Ellis (2006) menegaskan bahawa tahap
pengajian yang dimiliki oleh pelajar boleh menyumbang kepada kefahaman pelajar semasa mempelajari
bahasa kedua. Perkara ini dipersetujui oleh Nikolov & Djigunović (2006) dengan menjelaskan, pendedahan
awal bahasa kedua yang dipelajari memberi kelebihan kepada pelajar untuk memahami rumus-rumus
tatabahasa. Pendedahan awal yang dimaksudkan ialah mempunyai asas pengetahuan bahasa kedua pada
peringkat kanak-kanak atau semasa berada di sekolah rendah dan menengah sebelum melanjutkan pelajaran
ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Alahmadi et al. (2018) tahap pengajian semasa mempelajari bahasa
kedua boleh mempengaruhi pemahaman pelajar kerana pelajar mendapat pendedahan awal berkaitan
bahasa yang dipelajari. Dalam hal ini, latar belakang pendidikan lebih merujuk kepada tahap pengajian yang
diambil di universiti sama ada pada tahap Ijazah Sarjana atau tahap Ijazah Kedoktoran semasa mempelajari
bahasa Melayu.
Pembelajaran bahasa Melayu untuk pelajar asing boleh menjadi proses kompleks yang dipengaruhi
oleh pelbagai faktor. Faktor-faktor ini mempengaruhi pemahaman dan penguasaan bahasa baharu pelajar.
Perkara ini boleh dikategorikan kepada aspek peribadi, sosial, kognitif dan pengajaran. Bagi faktor peribadi,
perbezaan pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Faktor-faktor seperti
umur, kebolehan kognitif, motivasi dan gaya pembelajaran menyumbang kepada pemerolehan bahasa
pelajar. Pelajar yang lebih muda umumnya mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk memperoleh
sebutan seperti penutur natif, manakala pelajar yang lebih berusia mungkin bergantung pada corak bahasa
sedia ada, yang boleh menyebabkan gangguan bahasa (Kasai, 2004).
Selain faktor peribadi, terdapat faktor sosial persekitaran pelajar yang boleh mempengaruhi cara dan
gaya pembelajaran bahasa Melayu. Pelajar mempunyai peluang untuk mempelajari bahasa Melayu melalui
interaksi dengan penutur natif. Pelajar yang bijak akan menggunakan peluang berkomunikasi bersama
masyarakat dengan menggunakan bahasa Melayu. Pelajar akan mempunyai pemahaman yang lebih tinggi
kerana pembelajaran bahasa Melayu berlaku secara semula jadi. Walaupun pelajar berkenaan mendapat
pendidikan formal secara terhad, namun pergaulan bersama masyarakat sekeliling membantu untuk
bertutur dan memahami penggunaan bahasa Melayu dengan lebih baik dan teratur.
Walau bagaimanapun, pengalaman masa lalu yang negatif atau kaedah pembelajaran yang berkesan
boleh mewujudkan halangan untuk pelajar mempelajari bahasa Melayu. Kurang bimbingan daripada guru
semasa mempelajari bahasa kedua juga memberi kesan kepada pengalaman untuk mempelajari bahasa
kedua yang lain. Kualiti pengajaran bahasa adalah penting dalam memudahkan pembelajaran bahasa kedua
(Mady & Seiling, 2017). Kaedah pengajaran yang berkesan, seperti pendekatan komprehensif dan
komunikatif, dapat menyediakan banyak peluang kepada pelajar untuk berlatih dan menggunakan bahasa
dalam situasi kehidupan yang sebenar. Kurikulum yang direka dengan baik yang memenuhi keperluan dan
tahap kemahiran pelajar juga boleh meningkatkan pemahaman dan penguasaan bahasa (Giraldo, 2018).
Sementara itu, jumlah dan kualiti pendedahan pelajar terhadap bahasa boleh mempengaruhi
pembelajaran bahasa Melayu. Pelajar yang mempunyai banyak peluang untuk mendengar dan membaca
dalam pelbagai konteks boleh mengembangkan pemahaman yang lebih mendalam tentang tatabahasa dan
penggunaannya (Nation, 2015). Kebolehan pelajar mendapat bahan bacaan secara fizikal dan sumber dalam
talian boleh menyumbang kepada pengalaman pembelajaran bahasa Melayu yang lebih holistik. Keseluruhan
persekitaran yang mempunyai sokongan pembelajaran untuk pelajar asing boleh memainkan peranan dalam
Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Asing di Universiti Malaya: Analisis Faktor Jantina dan Tahap Pengajian
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 50
proses pembelajaran bahasa Melayu. Sumber rujukan, program bahasa Melayu, penglibatan penutur natif
yang mesra dan aktif dapat memupuk suasana positif serta menggalakkan perkembangan bahasa Melayu.
Kajian lepas penguasaan bahasa Melayu lebih kepada penelitian terhadap faktor luaran berbanding
faktor dalaman yang berhubungan dengan penguasaan bahasa semasa mengikuti kursus bahasa Melayu.
Terdapat faktor dalaman dan faktor luaran yang membolehkan penutur memperoleh bahasa Melayu.
Keadaan sosial dianggap sebagai faktor luaran yang mempengaruhi peluang untuk pelajar mendengar dan
bertutur dalam bahasa kedua serta mengembangkan kemahiran bahasa yang dimiliki (Alharbi, 2017). Faktor
dalaman merujuk kepada usia, jantina, motivasi, sikap dan latar belakang pendidikan. Sementara itu faktor
luaran merujuk kepada faktor yang berada di luar diri pelajar yang membantu kepada penguasaan bahasa
yang dipelajari seperi buku rujukan, persekitaran dan tenaga pengajar. Faktor dalaman dan luaran
merupakan indikator perbezaan pelajar seperti yang dijelaskan oleh Ellis (1994). Faktor-faktor ini perlu
diambil kira sebagai penyumbang kepada kefahaman pelajar semasa mempelajari bahasa kedua, sama ada
bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Pembelajaran bahasa kedua untuk pelajar asing ialah proses yang dipengaruhi oleh gabungan faktor
peribadi, sosial, kognitif dan pengajaran oleh guru. Menyedari dan menangani faktor-faktor ini dapat
membantu guru dan pelajar mengoptimumkan pengalaman pembelajaran bahasa dan meningkatkan
pemahaman dan penguasaan bahasa Melayu. Penting untuk mewujudkan persekitaran yang memupuk
motivasi, memberikan pendedahan bahasa yang mencukupi dan menyokong pelajar sepanjang perjalanan
pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Sorotan Literatur
Jantina dan penguasaan bahasa kedua merujuk kepada hubungan antara jantina dan keupayaan pelajar
untuk memperoleh dan menggunakan bahasa Melayu. Walaupun penyelidikan telah meneliti hubungan ini,
namun dapatan kajian tidak konklusif disebabkan skop dan aspek penelitian yang berbeza-beza merentasi
bahasa, konteks, dan tahap kemahiran. Beberapa kajian menunjukkan bahawa perbezaan jantina mungkin
wujud dari segi strategi pembelajaran bahasa, motivasi, dan corak penggunaan bahasa (Andrade, 2006). Hal
ini kerana faktor jantina dan latar belakang pendidikan juga memainkan peranan penting dalam pemerolehan
bahasa Melayu. Oleh itu, jantina sahaja tidak boleh dianggap sebagai peramal muktamad penguasaan bahasa
Melayu. Pemahaman holistik tentang pelbagai faktor diperlukan untuk menganalisis hasil penguasaan
bahasa Melayu secara komprehensif. Penyelidikan yang telah dijalankan menghasilkan gambaran tentang
cara dan amalan pembelajaran pelajar dalam membentuk keinginan dan tindakan untuk mempelajari bahasa
kedua.
Keperluan mengkaji penguasaan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, khususnya
daripada aspek jantina dan tahap pengajian ini dilakukan atas sebab kurangnya kajian yang memfokuskan
aspek tersebut. Kajian sedia ada lebih kepada pelajar tempatan sama ada pelajar Cina, pelajar Tamil dan
pelajar Bumiputera yang meneliti faktor perbezaan pelajar berbanding pelajar asing. Selain itu, kurang kajian
yang melihat faktor tahap pengajian pelajar asing untuk menguasai bahasa Melayu. Kajian-kajian yang telah
dilakukan lebih kepada kemahiran pelajar, pembinaan modul dan penerangan pengajaran bahasa Melayu.
Namun, masih kurang kajian yang meneliti hubungan penguasaan bahasa Melayu terhadap jantina dan tahap
pengajian pelajar asing terutamanya di peringkat universiti.
Terdapat kajian yang semakin meningkat dalam bidang penyelidikan penguasaan bahasa Melayu dan
hubungannya dalam pelbagai konteks. Kajian yang telah dilakukan merangkumi aspek kemahiran bertutur
pelajar asing oleh Siti Saniah Abu Bakar (2013), perancangan penguasaan kosa kata bahasa Melayu pelajar
antarabangsa oleh Nor Sahara Mesman et al. (2023). Selain itu, kajian juga melibatkan pembinaan semula
Norfaizal JAMAIN, Akhmad MANSUR, Rohaidah HARON
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 51
kurikulum Bahasa Melayu Asas bagi pelajar antarabangsa oleh Muhammad Fawiz Bakri et al. (2020) serta
analisis kesalahan penulisan Bahasa Melayu pelajar antarabangsa oleh Nurul Ain Alizuddin & Nik Nur Athirah
Nik Mohd Arif (2021). Kajian-kajian yang telah dilakukan lebih kepada kemahiran pelajar, pembinaan modul
dan penerangan pengajaran bahasa Melayu. Namun, masih kurang kajian yang meneliti hubungan
penguasaan bahasa Melayu terhadap jantina dan tahap pengajian pelajar asing terutamanya di peringkat
universiti.
Oleh itu, beberapa orang pengkaji telah menjalankan kajian berkaitan penguasaan bahasa Melayu
seperti Nor Sahara Mesman et al. (2023) yang memberi tumpuan kepada bentuk penguasaan kosa kata
bahasa Melayu pelajar antarabangsa semasa pembelajaran dalam talian. Hasil kajian mendapati pelaksanaan
pembelajaran menyumbang kepada min = 4.10 yang berada pada tahap tinggi. Seterusnya untuk strategi
pembelajaran pula ialah min = 4.22 pada tahap tinggi dan cabaran pembelajaran min = 3.88 berada pada
tahap sederhana tinggi. Analisis korelasi Pearson mendapati hubungan yang signifikan antara pelaksanaan
dengan memperoleh nilai r =0.636, p < 0.005, strategi pembelajaran dengan r = 0.326, p < 0.005, dan cabaran
pembelajaran dengan r = 0.268, p < 0.005. Kajian tersebut bertujuan untuk melihat implikasi kepada
keupayaan pelajar antarabangsa untuk merancang dan membina strategi pembelajaran untuk menguasai
kosa kata bahasa Melayu. Namun, aspek jantina dan tahap pengajian juga perlu diteliti bagi menilai sejauh
mana kedua-dua faktor ini memberi kesan kepada keupayaan pelajar mempelajari bahasa Melayu.
Sementara itu, kajian Amirul Mukminin Mohamad (2023) yang meneliti perbandingan penguasaan
kosa kata antara pelajar prasiswazah dan pascasiswazah pelajar asing melalui ujian kosa kata bahasa Melayu.
Hasil kajian mendapati, pelajar prasiswazah mempunyai daya ingatan yang lebih baik berbanding dengan
pelajar pascasiswazah. Hal ini dibuktikan dengan nilai min yang diperoleh oleh pelajar prasiswazah dengan
tinggi iaitu min = 49.44 dan pelajar pascasiswazah memperoleh nilai min = 33.63. Kajian yang dilakukan
dengan melihat perbandingan tahap pengajian antara pelajar Ijazah Dasar atau prasiswazah dengan pelajar
Ijazah Tinggi atau pascasiswazah. Oleh itu, kajian ini lebih menumpukan pelajar yang berada pada tahap yang
sama, iaitu pelajar Ijazah Tinggi antara pelajar Ijazah Sarjana dengan pelajar Ijazah Kedoktoran sahaja.
Kajian Qadir et al. (2021) menjelaskan pelajar pascasiswazah mempunyai kebimbangan ketika
menulis karangan dalam bahasa Inggeris kerana tahap penguasaan yang masih lemah setelah melalui proses
pembelajaran bahasa Inggeris. Kebimbangan ini disumbangkan oleh faktor jantina, umur dan kebolehan
pelajar untuk memahami bahasa Inggeris. Kegagalan pelajar untuk mengatasi kebimbangan diri boleh
menjejaskan keputusan akhir pencapaian bahasa Inggeris. Namun, kajian ini tidak memberikan analisis
secara komprehensif tentang tahap pendidikan yang boleh mempengaruhi kebimbangan penulisan dalam
kalangan pelajar. Walaupun kajian yang dilakukan adalah terhadap bahasa Inggeris, namun perkara yang
sama juga boleh berlaku untuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan bahasa
kedua oleh pelajar.
Begitu juga kajian yang dilakukan oleh Irma Mahad et al. (2021) yang bertujuan untuk mengenal pasti
perbezaan sikap dan motivasi antara jantina murid sekolah yang mempelajari bahasa Melayu. Kajian tersebut
menjelaskan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap pembelajaran bahasa Melayu yang diajarkan
secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sampel kajian yang terdiri
daripada pelajar tempatan mendapati, pelajar tetap mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi untuk
mempelajari bahasa Melayu walaupun diajarkan secara dalam talian.
Seterusnya, Mulyono et al. (2020) yang meneliti perkara berkaitan kegelisahan yang dihadapi pelajar
semasa mempelajari bahasa kedua di sekolah berdasarkan faktor jantina dan tahap pengajian. Hasil kajian
mendapati kegelisahan pelajar tidak dipengaruhi oleh faktor jantina dan tahap pengajian. Kajian tersebut
menjelaskan bahawa semua pelajar mempunyai tahap kegelisahan kognitif, iaitu pemikiran yang boleh
Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Asing di Universiti Malaya: Analisis Faktor Jantina dan Tahap Pengajian
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 52
mempengaruhi tingkah laku. Selain itu, bagi tahap pengajian pula, pelajar sekolah menengah lebih gelisah
semasa mempelajari bahasa kedua berbanding dengan pelajar di universiti.
Selain itu, kajian lepas yang melibatkan faktor luaran telah dilakukan oleh Mohamad Rofian Ismail et
al. (2020) terhadap penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Hasil kajian mendapati buku panduan yang digunakan oleh pelajar boleh menambah pengetahuan selain
menjadi rujukan kepada pelajar dan dibantu oleh guru. Wulandari et al. (2020) yang menerangkan faktor
dalaman dan luaran terhadap pembelajaran bahasa Inggeris telah menerangkan bahawa terdapat tiga faktor
yang boleh mempengaruhi tahap kesukaran pembelajaran, iaitu pengajaran oleh guru, media dan keadaan
bilik darjah. Hal ini menjelaskan bahawa guru perlu memainkan peranan dengan menggunakan media
sebagai alat bantu pengajaran bagi merangsang minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris.
Kajian oleh Amadi (2019) yang melihat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
dalam kemahiran membaca. Hasil kajian mendapati faktor jantina bukan penentu kepada minat membaca
dalam kalangan pelajar. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai minat dan motivasi tinggi ketika
membaca. Walaupun begitu, data menunjukkan bahawa nilai purata kemahiran membaca pelajar
perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki dengan memperoleh nilai purata 3.33 berbanding pelajar
lelaki yang hanya memperoleh nilai min 3.13. Kajian tersebut menjelaskan bahawa kaedah pengajaran yang
melibatkan pelbagai aktiviti seperti fonik sintetik boleh menimbulkan minat membaca dalam kalangan
pelajar.
Azizah Rajab et al. (2018) telah menjalankan kajian berkaitan kejutan budaya yang dihadapi oleh
pelajar antarabangsa semasa melanjutkan pengajian di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa jantina
pelajar tidak menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap perubahan budaya yang terdapat di Malaysia.
Hal ini menjelaskan bahawa, pelajar boleh menerima budaya yang berlainan daripada budaya di negara asal
pelajar. Dari aspek tahap pengajian pula, pelajar berstatus prasiswazah dan pascasiswazah juga tidak
memberikan kesan terhadap kejutan budaya kerana kedua-dua tahap pengajian ini mudah menyesuaikan
diri dengan budaya di tempat baharu.
Berdasarkan sorotan kajian yang dilakukan, banyak kajian yang telah dijalankan lebih kepada
penguasaan bahasa Melayu secara menyeluruh tanpa melibat kepada faktor perbezaan pelajar seperti
jantina dan tahap pengajian. Kajian-kajian lebih menjurus kepada kemahiran berbahasa, penggunaan
teknologi dalam pengajaran dan permasalahan peribadi seperti kejutan budaya. Selain itu, kajian terhadap
pelajar asing berkaitan faktor jantina dan tahap pengajian juga dilihat kurang dan tidak mendapat perhatian
para pengkaji terutamanya untuk bahasa Melayu. Banyak kajian yang dilakukan lebih kepada penguasaan
bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Tambahan pula, faktor perbezaan pelajar ini dilihat antara penyumbang
kepada penguasaan pelajar berkaitan bahasa Melayu yang dipelajari. Justeru, kajian ini akan menganalisis
faktor-faktor perbezaan pelajar yang memfokuskan dari aspek jantina dan tahap pengajian yang masih
kurang dilakukan. Sedangkan faktor-faktor ini sangat penting kepada pelajar yang ingin mempelajari bahasa
Melayu sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran yang membawa kepada
penguasaan bahasa Melayu.
Kajian ini telah menetapkan dua objektif yang utama. Objektif yang pertama, iaitu dengan
menganalisis penguasaan bahasa Melayu pelajar asing berdasarkan faktor jantina antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan Ijazah Tinggi. Seterusnya, objektif yang kedua adalah menganalisis penguasaan bahasa
Melayu pelajar asing berdasarkan faktor tahap pengajian antara pelajar Ijazah Sarjana dan pelajar Ijazah
Kedoktoran di Universiti Malaya.
Norfaizal JAMAIN, Akhmad MANSUR, Rohaidah HARON
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 53
Metodologi Kajian
Matlamat utama penyelidikan adalah untuk memastikan bahawa setiap penemuan kajian adalah sah dan
boleh dipercayai. Kajian berbentuk kuantitatif ini dijalankan mengikut proses yang sistematik dan
berstruktur. Setiap elemen penyelidikan dipenuhi seperti teknik, instrumen, prosedur dan analisis data bagi
mengelakkan ralat dan keraguan yang akhirnya dapat mencapai objektif kajian.
Kajian ini meneliti satu daripada proses pelajar semasa memperoleh bahasa kedua, iaitu Model
Pemerolehan Bahasa Kedua oleh Ellis (1994). Model ini bertujuan untuk menganalisis hubungan antara hasil
pembelajaran dengan faktor perbezaan pelajar. Ellis (1994) menjelaskan matlamat pemerolehan bahasa
kedua ialah kecekapan linguistik dan komunikasi oleh pelajar. Antara perkara penting dalam pemerolehan
bahasa kedua, iaitu dengan mengambil kira faktor-faktor perbezaan pelajar dalam mencapai kejayaan
pembelajaran bahasa. Bagi tujuan ini, penyelidik mesti melihat aspek perbezaan pelajar dengan mengumpul
dan menganalisis bahasa kedua pelajar berdasarkan kepada hasil pencapaian (Ellis, 1994).
Dalam model tersebut, terdapat satu proses yang dilalui oleh setiap pelajar untuk mempelajari
bahasa kedua, iaitu faktor perbezaan pelajar. Faktor perbezaan ini boleh terdiri daripada jantina, umur,
motivasi, latar belakang pendidikan, sosioekonomi, pendidikan ibu bapa dan banyak lagi. Ellis (2005)
menjelaskan bahawa setiap pelajar tidak mempunyai persamaan antara satu sama lain semasa mempelajari
bahasa kedua. Perkara ini menyebabkan perbezaan penguasaan bahasa yang membawa kepada keyakinan
untuk bertutur. Semakin banyak pengetahuan bahasa yang dimiliki, semakin mahir pelajar untuk menguasai
kemahiran bahasa sama ada bertutur atau menulis (Tanaka & Ellis, 2003). Oleh itu, dua faktor perbezaan
pelajar iaitu faktor jantina dan tahap pengajian dijadikan pemboleh ubah bebas terhadap penguasaan bahasa
Melayu pelajar Ijazah Tinggi dalam kajian ini. Proses pelajar untuk menguasai bahasa Melayu dapat dijelaskan
berdasarkan rajah 1 di bawah, iaitu:
Rajah 1
Model Pemerolehan Bahasa Kedua Ellis (1994)
Perbezaan Individu
(pelajar)
Hasil
Pembelajaran
Strategi
Pembelajaran
Jantina
Tahap
Pengajian
Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Asing di Universiti Malaya: Analisis Faktor Jantina dan Tahap Pengajian
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 54
Populasi dan Sampel Kajian
Fakulti Bahasa dan Linguistik menawarkan kursus Bahasa Malaysia Asas kepada semua pelajar asing yang
melanjutkan pengajian di Universiti Malaya. Jabatan Bahasa-bahasa Malaysia dan Linguistik Terapan diberi
tanggungjawab untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini. Setiap pelajar
asing sama ada pelajar Ijazah Dasar atau Ijazah Tinggi perlu lulus kursus Bahasa Malaysia Asas sebagai syarat
pengijazahan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Berdasarkan data yang diperoleh, jumlah
pelajar yang mendaftar kursus Bahasa Malaysia Asas pada semester dua sesi 2021/2022, adalah seramai 350
orang. Daripada jumlah tersebut seramai 128 (N=128) atau 36.57 peratus pelajar diambil sebagai sampel
kajian, iaitu pelajar yang mengambil kursus Bahasa Malaysia Asas pada siri satu. Selaras dengan pendapat
yang dikemukakan oleh Stratton (2021) yang menyatakan bahawa saiz sampel yang optimum boleh
mengurangkan ralat pensampelan dan boleh mengurangkan bias hasil penyelidikan.
Subjek Kajian
Jadual 1 merujuk kepada maklumat jantina, bilangan dan peratus subjek kajian yang terlibat dalam kajian
penguasaan bahasa Melayu. Analisis berbentuk statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis maklumat
berkaitan subjek kajian. Data dianalisis bagi menentukan bilangan dan peratus pelajar daripada segi jantina
dan tahap pengajian. Subjek kajian yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada pelajar asing yang
mengambil kursus Bahasa Malaysia Asas siri satu pada semester dua sesi pengajian 2021/2022. Pelajar yang
mengambil kursus Bahasa Melayu merupakan pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan asas berkaitan
bahasa Melayu. Pelajar yang mempunyai asas dan sijil Bahasa Melayu semasa di peringkat Ijazah Dasar diberi
pengecualian daripada mengambil kursus Bahasa Malaysia Asas di peringkat Ijazah Tinggi. Berdasarkan
analisis berkaitan maklumat subjek kajian, seramai 128 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Daripada
jumlah tersebut, 78 orang (60.90%) merupakan pelajar lelaki dan baki 50 orang (39.10%) merupakan pelajar
perempuan, iaitu:
Jadual 1
Profil Jantina Subjek Kajian
Item Kategori Bilangan Peratus (%)
Jantina
Lelaki
78
60.90
39.10
Perempuan 50
Jumlah 128
100
Jadual 2 merujuk kepada bilangan subjek kajian mengikut tahap pengajian yang terlibat dalam kajian
ini. Dapat diperhatikan bahawa, seramai 84 (65.60%) orang ialah pelajar yang sedang melanjutkan pengajian
pada tahap Ijazah Sarjana berbanding 44 (34.40%) orang ialah pelajar pada tahap Ijazah Kedoktoran, iaitu:
Norfaizal JAMAIN, Akhmad MANSUR, Rohaidah HARON
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 55
Jadual 2
Profil Tahap Pengajian Subjek Kajian
Item
Kategori
Bilangan
Peratus (%)
Tahap
pengajian
Ijazah Sarjana
84
65.60
Ijazah
Kedoktoran
44
34.40
Jumlah
128
100
Instrumen Kajian
Ujian penilaian merupakan salah satu instrumen yang boleh guna oleh pengkaji bagi meneliti perkara
berkaitan penilaian bahasa secara keseluruhan (Read & Chapelle, 2001). Oleh itu, satu instrumen berkaitan
Ujian Penilaian Bahasa Melayu dibentuk bagi mendapatkan markah pencapaian kursus Bahasa Malaysia Asas.
Kertas ujian yang terdiri daripada tiga bahagian yang utama, iaitu karangan, kefahaman dan tatabahasa serta
kemahiran bahasa. Kandungan soalan merangkumi perbualan harian, pembentukan ayat mudah, susunan
semula perkataan-perkataan menjadi ayat yang betul dan pilihan jawapan. Setiap soalan dibentuk
berdasarkan buku rujukan pengajaran bahasa Melayu yang digunakan di dalam kelas semasa sesi pengajaran,
iaitu buku Efektif Bahasa Melayu Asas oleh Mat Zaid Hussein et al. (2017).
Penyediaan kertas ujian telah dilakukan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak
fakulti. Kertas ujian telah disemak oleh penyelaras kursus dan guru bahasa Melayu yang berpengalaman.
Setelah kertas ujian selesai disemak oleh pakar instrumen, segala cadangan, teguran dan penambahbaikan
terhadap instrumen kajian dilakukan sebelum kertas ujian diuji kepada sampel kajian. Kesemua bahagian
soalan ini bertujuan untuk menilai keupayaan pelajar berkaitan bahasa Melayu setelah selesai melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang telah berlangsung selama dua minggu. Dalam tempoh dua minggu
tersebut, pelajar akan melalui proses pembelajaran bersemuka selama 20 jam, manakala 20 jam lagi ialah
pembelajaran kendiri.
Prosedur Kajian
Bagi mendapatkan data yang empirikal dan deskriptif, Ujian Penilaian Bahasa Melayu perlu mendapat
kebenaran daripada pihak pengurusan Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Setelah kebenaran
diperoleh, pelajar diberi penerangan berkaitan tujuan kajian ini dijalankan. Pelajar yang tidak mahu terlibat
dalam kajian dibenarkan untuk menarik diri daripada terlibat sebagai subjek kajian. Selain itu, sekiranya
terdapat pertanyaan, subjek kajian dibenarkan bertanya kepada pengkaji dan penyelaras kursus. Cara
menjawab soalan ujian adalah dengan menggunakan platform secara dalam talian, iaitu Spectrum di bawah
kendalian Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Subjek kajian perlu mendaftar masuk dengan menggunakan
akaun pelajar. Sekiranya terdapat gangguan teknikal semasa menjawab soalan ujian, pelajar dibenarkan
untuk menjawab semula soalan ujian.
Tempoh masa menjawab soalan ujian adalah selama dua jam sahaja. Setelah tempoh masa
menjawab telah tamat, jawapan pelajar akan dimuat turun dan direkodkan secara manual. Kertas jawapan
pelajar akan ditanda dan direkodkan berdasarkan bilangan subjek kajian yang mengambil bahagian.
Kemudian kertas soalan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan yang telah ditetapkan. Sebelum
melaksanakan kajian sebenar, kajian rintis dilakukan terlebih dahulu. Segala kekurangan dan kelemahan
semasa kajian rintis dilaksanakan akan dinilai dan ditambah baik agar tidak berlaku gangguan semasa kajian
Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Asing di Universiti Malaya: Analisis Faktor Jantina dan Tahap Pengajian
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 56
sebenar dilaksanakan. Terdapat kemungkinan gangguan internet semasa subjek kajian menjawab soalan
ujian penilaian bahasa Melayu. Oleh itu, kerjasama dilakukan bersama Pusat Teknologi Maklumat (PTM)
untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, kajian rintis dilakukan bagi menguji kebolehpercayaan instrumen
dan prosedur kajian. Berdasarkan analisis data kajian rintis, nilai alpha Cronbach yang diperoleh ialah 0.71.
Menurut Bond & Fox (2007) sesuatu item yang memperoleh nilai antara 0.70 hingga 0.89, maka ujian
tersebut berada pada tahap tinggi dan boleh diterima.
Dapatan dan Perbincangan
Setelah selesai proses merekodkan dan menanda kertas ujian, data yang diperoleh dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 26.0. Analisis ini bertujuan untuk
meneliti purata (M) dan sisihan piawai (SP) terhadap perbezaan skor pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
Selain itu kaedah yang sama juga digunakan untuk meneliti perbezaan penguasaan berdasarkan jantina dan
tahap pengajian subjek kajian. Seterusnya ujian sampel -t bebas digunakan untuk menganalisis perbandingan
purata antara dua faktor untuk mengetahui perbezaan penguasaan bahasa Melayu berdasarkan objektif
yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, bagi menentukan perbezaan antara faktor-faktor, nilai signifikan
atau p yang ditetapkan ialah <0.05 (p < 0.05) pada aras ke ertian 95.00 peratus.
Seterusnya bagi meneliti korelasi dan kesan pengaruh faktor pemboleh ubah bebas terhadap skor
ujian penilaian bahasa Melayu pelajar asing, analisis korelasi dan regresi dilakukan untuk mengkaji kesan
sumbangan faktor jantina dan tahap pengajian terhadap penguasaan kosa kata bahasa Melayu. Korelasi
Pearson dengan nilai (r) adalah untuk melihat hubungan linear antara dua pemboleh ubah atau lebih (Mohd
Majid, 2009). Kajian ini mengguna pakai jadual korelasi daripada Mohd Yusri Ibrahim (2010) bagi
menerangkan hubungan korelasi antara pemboleh ubah iaitu ujian penilaian, jantina dan tahap pengajian.
Jadual 3 menunjukkan nilai pekali korelasi dengan hubungan interpretasi antara pemboleh ubah.
Dapat dijelaskan bahawa nilai yang berada pada 0.00 hingga 0.20 mempunyai tahap hubungan yang sangat
lemah, nilai 0.21 hingga 0.40, hubungan yang lemah, nilai 0.41 hingga 0.70, mempunyai hubungan
interpretasi tahap sederhana. Seterusnya nilai pekali korelasi 0.71 hingga 0.90 menunjukkan hubungan yang
kuat dan nilai 0.91 hingga 1.00 pula mempunyai hubungan interpretasi yang sangat kuat. Selain itu, analisis
regresi linear digunakan untuk meramalkan nilai pemboleh ubah berdasarkan nilai pemboleh ubah yang lain.
Jadual 3
Jadual Hubungan Korelasi
Hubungan Interpretasi
Pekali Korelasi (r)
Sangat lemah
0.00 – 0.20
Lemah
0.21 – 0.40
Sederhana
0.41 – 0.70
Kuat
0.71 – 0.90
Sangat kuat
0.91 – 1.00
Norfaizal JAMAIN, Akhmad MANSUR, Rohaidah HARON
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 57
Dapatan dan Perbincangan
Dapatan kajian merupakan hasil yang diperoleh daripada kajian yang telah dijalankan. Penyelidikan
kuantitatif ini adalah satu daripada pendekatan empirikal yang memberi tumpuan kepada mengumpul dan
menganalisis data untuk membuat perbincangan dan kesimpulan pada akhir kajian.
Penguasaan Bahasa Melayu Antara Jantina
Jadual 4 menunjukkan keputusan nilai skor purata ujian penilaian bahasa Melayu. Hasil analisis menunjukkan
bahawa pelajar lelaki memperoleh nilai min = 80.03 dan nilai sisihan piawai ialah 13.71. Perbezaan sebanyak
0.49 daripada pelajar perempuan yang memperoleh nilai skor purata 80.52 dan sisihan piawai 14.25. Hasil
analisis ujian -t sampel bebas yang dilakukan menunjukkan, tidak terdapat perbezaan penguasaan bahasa
Melayu antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan kerana nilai p (0.845), t (126) = -0.196 melebihi daripada
nilai signifikan yang ditetapkan iaitu p < 0.05. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara penguasaan bahasa Melayu antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan
yang mempelajari bahasa Melayu di Universiti Malaya.
Jadual 4
Keputusan Perbezaan Skor Mengikut Jantina Pelajar
Skor Markah n Min SP
Perbezaan
Min
t Dk Signifikan
Subjek
Kajian
Lelaki
78
80.03
13.71
0.49 -0.196 126 0.845
Perempuan
50
80.52
14.25
Nota: p <0.05
Jadual 5 merujuk kepada hubungan faktor jantina terhadap penguasaan bahasa Melayu pelajar asing.
Dapat diperhatikan bahawa terdapat hubungan korelasi yang sangat lemah, iaitu nilai r = 0.17, F (1,126) =
0.038 dan nilai signifikan ialah p = 0.845 (> 0.05). Oleh yang demikian, tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara penguasaan bahasa Melayu pelajar antara lelaki dan pelajar perempuan. Selain itu, daripada
aspek kesan pengaruh jantina pula, nilai R2 yang diperoleh ialah -0.008. Hal ini memberi interpretasi bahawa
faktor jantina pelajar menyumbang 0.80 peratus terhadap perkembangan penguasaan bahasa Melayu
pelajar asing. Baki peratusan disumbangkan oleh faktor-faktor lain yang tidak terlibat dalam skop kajian ini.
Faktor jantina menyumbang kesan pengaruh yang kecil kerana kurang daripada kadar nilai 0.2 (Cohen, 1988).
Jadual 5
Keputusan Regresi Faktor Jantina Pelajar Asing
Hubungan Pengaruh Jantina Terhadap Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Asing
r
R2
F
p
Penguasaan bahasa Melayu
dan tahap pengajian
0.17 0.008 0.038 0.845b
b: Peramal (constant), jantina
Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Asing di Universiti Malaya: Analisis Faktor Jantina dan Tahap Pengajian
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 58
Kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan bahasa Melayu
mengikut jantina antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Kedua-dua jantina mampu menguasai
bahasa Melayu dengan masa dan usaha yang diperuntukkan dalam kelas pengajaran dan pembelajaran.
Dalam kajian ini, pelajar asing Ijazah Tinggi yang datang ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Melayu
berbeza dalam penguasaan bahasa Melayu berdasarkan jantina. Penguasaan bahasa Melayu boleh menjadi
cabaran bagi pelajar asing, terutamanya dengan perbezaan tatabahasa dan sebutan (Siti Saniah Abu Bakar,
2013).
Dalam suasana kelas pembelajaran, pelajar lelaki dan pelajar perempuan boleh mempelajari dan
menguasai bahasa Melayu dengan berkesan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan dalam
gaya dan strategi pembelajaran bahasa kedua (Alhaysony, 2017). Oleh itu, adalah penting untuk memberikan
sokongan yang sama kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan untuk mempelajari bahasa Melayu. Hal ini
termasuklah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif, menyediakan sumber rujukan seperti
bahan pembelajaran dan sokongan untuk pembelajaran bahasa tanpa mengira jantina. Llach & Gallego
(2012) menjelaskan perbezaan jantina antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan disebabkan oleh
pemilihan gaya pembelajaran disebabkan kekuatan deria. Pelajar boleh menerima input bahasa disebabkan
kekuatan deria yang terdapat dalam diri, iaitu pendengaran, sentuhan dan visual. Pelajar yang mempunyai
kekuatan visual akan lebih memilih pembelajaran melalui saluran visual seperti membaca bahan berbentuk
gambar rajah. Begitu juga kepada pelajar yang mempunyai kelebihan daripada aspek lisan. Oleh itu, pelajar
tersebut akan melakukan perbincangan, perbualan bersama rakan atau penutur natif untuk memahami
bahasa Melayu dengan lebih baik.
Penguasaan Bahasa Melayu Mengikut Tahap Pengajian
Jadual 6 menerangkan perbezaan keputusan ujian penilaian kursus Bahasa Malaysia Asas mengikut tahap
pengajian pelajar, iaitu Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. Analisis menunjukkan bahawa pelajar yang
berada pada tahap Ijazah Sarjana memperoleh nilai min sebanyak 81.17 dengan nilai sisihan piawai 12.87.
Berbanding pelajar pada tahap Ijazah Kedoktoran yang memperoleh nilai min sebanyak 78.41 dan nilai
sisihan piawai ialah 15.60. Perbezaan skor min ialah sebanyak 2.76. Seterusnya hasil ujian -t sampel bebas
menjelaskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar pada tahap Ijazah Sarjana dan
Ijazah Kedoktoran kerana nilai yang diperoleh ialah p (0.287), t (126) = 1.069, melebihi daripada nilai
signifikan yang ditetapkan p < 0.05.
Jadual 6
Keputusan Perbezaan Skor Mengikut Tahap Pengajian Pelajar
Skor Markah n Min SP
Perbezaan
Min
t dk Signifikan
Subjek Kajian
Ijazah Sarjana 84 81.17 12.87
2.76 1.069 126 0.287
Ijazah
Kedoktoran
44 78.41 15.60
Nota: p <0.05
Jadual 7 merujuk kepada hubungan faktor tahap pengajian pelajar dengan penguasaan bahasa
Melayu pelajar asing Ijazah Tinggi. Analisis yang dilakukan menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang
sangat lemah kerana memperoleh nilai r = 0.095, F (1,126) = 1.143 dan nilai signifikan pula ialah p = 0.287
(>0.05). Oleh itu, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan bahasa Melayu pelajar dengan
tahap pengajian semasa melanjutkan pengajian di Universiti Malaya. Dari aspek kesan pengaruh, tahap
Norfaizal JAMAIN, Akhmad MANSUR, Rohaidah HARON
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 59
pengajian hanya menyumbang 0.10 peratus sahaja kerana nilai R2 yang diperoleh ialah 0.001. Hal ini
menjelaskan bahawa, tahap pengajian tidak memberikan kesan yang begitu besar terhadap penguasaan
bahasa Melayu pelajar kerana kurang daripada nilai 0.2.
Jadual 7
Keputusan Regresi Faktor Tahap Pengajian Pelajar Asing
Hubungan pengaruh tahap pengajian terhadap penguasaan bahasa Melayu pelajar asing
R
R2
F
p
Penguasaan bahasa Melayu dan tahap pengajian
0.095 0.001 1.143 0.287b
b: Peramal (constant), tahap pengajian
Analisis yang diperoleh menunjukkan tahap pengajian semasa berada di Universiti Malaya tidak
mempengaruhi pemerolehan, pembelajaran dan pemahaman berkaitan bahasa Melayu yang dipelajari.
Pelajar Ijazah Tinggi lazimnya memiliki tahap penguasaan tertentu dalam bahasa kedua terutamanya bahasa
Inggeris sebelum kemasukan ke Universiti Malaya. Penguasaan bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing
boleh berbeza-beza bergantung kepada tahap pengajian (Rintaningrum & Aldous, 2017).
Oleh itu, daripada aspek latar belakang pendidikan pelajar atau tahap pengajian secara amnya
mempunyai penguasaan bahasa yang baik, yang membolehkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan
dengan guru dan rakan sebaya. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Melayu mungkin terhad kerana
sering berinteraksi dengan pelajar asing yang tidak bertutur dalam bahasa Melayu. Hal ini boleh menjelaskan
bahawa tahap pengajian sama ada Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran tidak mempengaruhi penguasaan
bahasa Melayu pelajar asing. Hasil daripada kajian ini, dapat dijelaskan bahawa faktor jantina dan tahap
pengajian tidak membezakan pencapaian penguasaan pelajar asing. Akhir sekali, adalah penting untuk
menyediakan peluang yang sama rata kepada pelajar asing dalam mempelajari dan menguasai bahasa
Melayu.
Kesimpulan
Kajian ini telah menjelaskan bahawa faktor perbezaan pelajar, iaitu jantina dan tahap pengajian pelajar tidak
mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Dapat dirumuskan bahawa faktor
jantina dan tahap pengajian pelajar dalam penguasaan bahasa Melayu memberi kesan yang minima terhadap
pengetahuan bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini telah menjelaskan kelompangan kajian dengan menjadikan
pelajar asing sebagai sampel kajian berbanding kajian-kajian lepas yang lebih memfokuskan pelajar
tempatan. Sementara itu, faktor dalaman yang merupakan faktor perbezaan pelajar memainkan peranan
yang relevan dalam kecenderungan jantina antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan serta tahap pengajian
untuk menguasai bahasa Melayu.
Faktor perbezaan pelajar yang dijelaskan menunjukkan jantina terhadap penguasaan bahasa Melayu
merangkumi interaksi komunikasi yang kompleks antara identiti individu dan kebolehan pelajar
menggunakan bahasa Melayu yang dipelajari. Kajian ini menghasilkan dapatan yang holistik kerana
perbezaan jantina tidak mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu. Secara umumnya, pelajar perempuan
menunjukkan penguasaan bahasa Melayu yang lebih baik berbanding pelajar lelaki. Namun dari segi nilai
signifikan pula, hal ini menunjukkan sebaliknya kerana memperoleh nilai p = 0.845 yang menjelaskan bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Kajian ini selari
Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Asing di Universiti Malaya: Analisis Faktor Jantina dan Tahap Pengajian
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 60
dengan Lam et al. (2012) yang menjelaskan pelajar perempuan sering menunjukkan kesediaan yang lebih
besar untuk terlibat dalam komunikasi, bekerjasama dalam aktiviti kumpulan dan menyatakan emosi.
Walau bagaimanapun, perbezaan ini tidak mutlak dan variasi individu adalah penting kerana pelbagai
faktor termasuk latar belakang budaya, peluang pendidikan dan motivasi yang memainkan peranan penting
dalam pemerolehan bahasa. Penguasaan bahasa Melayu bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk
kualiti pengajaran, pendedahan kepada bahasa sasaran, dedikasi dan usaha individu yang dapat
menggantikan pengaruh yang berkaitan dengan jantina. Oleh itu, jantina boleh menjadi aspek yang relevan
untuk dipertimbangkan dalam kajian bahasa, yang harus dikaji bersamaan dengan faktor sosiobudaya,
psikologi dan kontekstual yang lain untuk memberikan pemahaman yang komprehensif mengenai
pemerolehan dan kecekapan bahasa Melayu.
Selain faktor jantina, terdapat satu lagi faktor, iaitu tahap pengajian pelajar yang boleh memberikan
kesan terhadap penguasaan bahasa Melayu. Pelajar Ijazah Sarjana dilihat lebih cemerlang berbanding pelajar
Ijazah Kedoktoran kerana memperoleh nilai min yang lebih tinggi. Namun begitu, nilai signifikan yang
diperoleh menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara dua kategori tahap
pengajian ini kerana memperoleh nilai p = 0.287. Oleh itu, kajian ini tidak menemui perbezaan penguasaan
antara pelajar Ijazah Sarjana dan pelajar Ijazah Kedoktoran. Hal ini menjelaskan bahawa pelajar yang berada
pada tahap pengajian yang berbeza boleh menguasai bahasa Melayu.
Tahap pengajian pelajar dan penguasaan bahasa Melayu ialah faktor yang saling berkaitan dengan
memberi kesan yang ketara terhadap perjalanan akademik. Tahap pengajian merujuk kepada tahap
pendidikan yang dicapai oleh pelajar seperti sekolah rendah, sekolah menengah, sarjana muda dan peringkat
siswazah. Pelajar yang pernah belajar bahasa kedua seperti bahasa Inggeris merasakan lebih mudah untuk
belajar bahasa kedua yang lain kerana pemindahan kemahiran dan strategi (Ellis, 2006). Perkara ini boleh
mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu yang dipelajari berdasarkan tahap pengajian pelajar. Pelajar
Ijazah Tinggi yang mengikuti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran memerlukan kemahiran lanjutan untuk
terlibat dalam penyelidikan, bekerjasama dengan sarjana antarabangsa atau belajar bahasa Melayu.
Kesimpulannya, penguasaan bahasa Melayu berkaitan dengan keupayaan pelajar untuk memahami,
bercakap, membaca dan menulis dengan bahasa kedua yang dipelajari. Hubungan antara jantina dan tahap
pengajian pelajar dalam penguasaan bahasa Melayu adalah kompleks. Penyelidikan dalam bidang ini telah
menunjukkan hasil yang berbeza-beza bergantung kepada konteks dan metodologi tertentu yang digunakan.
Namun begitu, kajian ini hanya memperincikan dua faktor perbezaan pelajar yang meneliti penguasaan
bahasa Melayu pelajar Ijazah Tinggi. Terdapat faktor lain yang boleh diteliti seperti umur, bidang pengajian,
motivasi dan sosioekonomi pelajar dalam kajian pada masa akan datang.
Norfaizal JAMAIN, Akhmad MANSUR, Rohaidah HARON
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 61
Rujukan
Alahmadi, A., Shank, A. C., & Foltz, A. (2018). Vocabulary learning strategies and vocabulary size: Insights
from educational level and learner styles. Vocabulary Learning and Instruction, 7(1), 1-21.
https://doi.org/10.7820/vli.v07.1.2187-2759
Alharbi, A. G. (2017). Social language strategies of Saudi students in an English as a second language context
(Issue April). RMIT University.
Alhaysony, M. (2017). Language learning strategies use by Saudi EFL Students: The effect of duration of
English language study and gender. Theory and Practice in Language Studies, 7(1), 18.
https://doi.org/10.17507/tpls.0701.03
Amadi, E. A. (2019). Gender differences and interest in reading: Examining the literacy acquisition of Nigerian
learners of English as a second language. European Journal of English Language Teaching, 4(3), 115–
124. https://doi.org/10.5281/zenodo.815631
Amirul Mukminin Mohamad. (2023). Ujian ‘5 Minit Kosa Kata’ – Perbandingan ingatan kosa kata bahasa
Melayu antara pelajar prasiswazah dan pelajar pascasiswazah asing UKM. International Conference on
Business Studies and Education (ICBE),1-11. https://www.icbe.my/wp-content/uploads/2023/04/3-
1.pdf
Andrade, M. S. (2006). International students in English-speaking universities: Adjustment factors. Journal of
Research in International Education, 5(2), 131–154. https://doi.org/10.1177/1475240906065589
Azizah Rajab, Hamidah Abdul Rahman, Roziana Shaari, Faizah Mohamad Nor, Nursyazwin Mansor, &
Noorazwin Abdul Jalil. (2018). Tahap kejutan budaya pelajar antarabangsa di institut pengajian tinggi
awam. Prosiding Persidangan Serantau Sains Sosial Dan Kemanusiaan 2018, 230–240.
Baher, S. C., & Maclntyre, P. D. (2000). The role of gender and immersion in communication and second
language orientations. Language Learning, 50(June), 311–341.
Bai, Z. (2018). An Analysis of English vocabulary learning strategies. Journal of Language Teaching and
Research, 9(4), 849–855. https://doi.org/: http://dx.doi.org/10.17507/jltr.0904.24
Bataineh, K. B. Al. (2019). English language learning beliefs of Jordanian students: The effect of gender.
International Journal of English Linguistics, 9(2), 219–228. https://doi.org/10.5539/ijel.v9n2p219
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human sciences
(3rd Edition). Psychology Press. https://doi.org/https://doi.org/10.4324/9781315814698
Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences. In Biometrics (2nd ed.). Lawrence
Erlbaum Associates. https://doi.org/10.2307/2529115
Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Asing di Universiti Malaya: Analisis Faktor Jantina dan Tahap Pengajian
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 62
Ellis, E. M. (2006). Language learning experience as a contributor to ESOL teacher cognition. Tesl-Ej, 10(1), 1–
20.
Ellis, R. (1994). The study of second language acquisition. Oxford University.
Ellis, R. (2005). Principles of instructed language learning. System, 33(2), 209–224.
https://doi.org/10.1016/j.system.2004.12.006
Ellis, R. (2006). Individual differences in second language learning. In The Handbook of Applied Linguistics (pp.
525–551). https://doi.org/10.1002/9780470757000
Giraldo, F. (2018). Language assessment literacy: Implications for language teachers. Profile: Issues in
Teachers’ Professional Development, 20(1), 179–195. https://doi.org/10.15446/profile.v20n1.62089
Habler, F., Schwind, V., & Henze, N. (2019). Effects of smart virtual assistants ’ gender and language. In
Proceedings of Mensch Und Computer 2019, July, 469–473. https://doi.org/10.1145/3340764.3344441
Irma Mahad, Ugartini Magesvaran, & Intan Nur Syuhada Hamzah. (2021). Sikap dan motivasi murid sekolah
rendah terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 1(Mei), 16–28. https://doi.org/10.6007/ijarbss/v12-i6/14201
Kasai, C. (2004). The age factor in second language acquisition. The Modern Language Journal, 16(1), 47–61.
https://doi.org/10.2307/329171
Lam, S. F., Jimerson, S., Kikas, E., Cefai, C., Veiga, F. H., Nelson, B., Hatzichristou, C., Polychroni, F., Basnett,
J., Duck, R., Farrell, P., Liu, Y., Negovan, V., Shin, H., Stanculescu, E., Wong, B. P. H., Yang, H., &
Zollneritsch, J. (2012). Do girls and boys perceive themselves as equally engaged in school? The results
of an international study from 12 countries. Journal of School Psychology, 50(1), 77–94.
https://doi.org/10.1016/j.jsp.2011.07.004
Llach, M. P. A., & Gallego, M. T. (2012). Vocabulary knowledge development and gender differences in a
second language. Estudios de Lingüística Inglesa Aplicada, 12, 45–75.
Mady, C., & Seiling, A. (2017). The coupling of second language learning motivation and achievement
according to gender. Theory and Practice in Language Studies, 7(12), 1149.
https://doi.org/10.17507/tpls.0712.01
Mat Zaid Hussein, Samsur Rijal Yahaya, Ahmad Sabri Abdul Samat, Norizah Hassan, & Norfaizal Jamain.
(2017). Efektif bahasa Melayu asas. UM Press.
Mohamad Rofian Ismail, Ahmad Redzaudin Ghazali, Khairatul Akmar Abdul Latif, Fahed Maromar, & Saupi
Man. (2020). Faktor luaran dan hubungannya terhadap pencapaian ujian pengesanan dan jantina
pelajar dalam kemahiran menulis bahasa Arab di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Al-Irsyad: Journal
of Islamic and Contemporary Issues, 5(2), 367–376. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v5i2.103
Norfaizal JAMAIN, Akhmad MANSUR, Rohaidah HARON
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 63
Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Yusri Ibrahim. (2010). Analisis data penyelidikan untuk pendidikan dan sains sosial. Bandar Ilmu.
Muhammad Akram, & Mamuna Ghani. (2013). Gender and language learning motivation. Academic Research
International, 4(2), 536–540.
Muhammad Fawiz Bakri, Zulkifli Osman, Anida Sarudin, & Husna Faredza Mohamed Redwan. (2020). Analisis
keupayaan pelajar dalam pembinaan semula kurikulum bahasa Melayu asas bagi pelajar antarabangsa
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(1), 65–76.
Mulyono, H., Liestyana, A. R., Warni, S., Suryoputro, G., & Ningsih, S. K. (2020). Indonesian students’ anxiety
to write in English as a foreign language across gender and educational levels. Problems of Education in
the 21st Century, 78(2), 249–262. https://doi.org/10.33225/pec/20.78.249
Nation, P. (2015). Principles guiding vocabulary learning through extensive reading. Reading in a Foreign
Language, 27(1), 136–145. http://nflrc.hawaii.edu/rfl
Nikolov, M., & Djigunović, J. M. (2006). Recent research on age, second language acquisition, and early
foreign language learning. Annual Review of Applied Linguistics, 26(January 2006), 234–260.
https://doi.org/10.1017/S0267190506000122
Nor Sahara Mesman, Nur Hidayah Rashidi, Diana Jumadi, & Muhammad Fawiz Bakri. (2023). Perancangan
penguasaan kosa kata bahasa Melayu pelajar antarabangsa semasa mengikuti pembelajaran dalam
talian. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(4), 301–309.
https://doi.org/https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.25
Nurul Ain Alizuddin, & Nik Nur Athirah Nik Mohd Arif. (2021). Analisis kesalahan bahasa dalam penulisan
bahasa melayu pelajar antarabangsa. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal,
4(1), 113–127. http://journal.al-qiyam.net/index.php/my1/article/view/103
Ozfidan, B., & Burlbaw, L. M. (2019). A Literature-based approach on age factors in second language
acquisition: Children, adolescents, and adults. International Education Studies, 12(10), 27.
https://doi.org/10.5539/ies.v12n10p27
Qadir, S. M., Bostanci, H., B., & Kurt, M. (2021). Writing apprehension among english as a foreign language
postgraduate students. SAGE Open, 11(2). https://doi.org/10.1177/21582440211007121
Rafek, M., Ramli, N. H. L., & Hassan, J. (2015). Language and gender: Fear of evaluation in second language
learning. Proceeding of the 3rd Global Summit on Education GSE 2015, 8(1), 531–540.
https://doi.org/10.6007/ijarbss/v8-i1/3825
Read, J., & Chapelle, C. A. (2001). A framework for second language vocabulary assessment. Language
Testing, 18(1), 1–32. https://doi.org/10.1177/026553220101800101
Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Asing di Universiti Malaya: Analisis Faktor Jantina dan Tahap Pengajian
Jurnal Pengajian Melayu, VOL. 34, ISSUE 2, 2023 64
Rintaningrum, R., & Aldous, C. (2017). The Influence of student background characteristics on proficiency in
English as a foreign language : Indonesian context. Sosial Humaniora, 10(2), 112–128.
https://doi.org/http://iptek.its.ac.id/index.php/jsh/article/view/3068
Siti Saniah Abu Bakar. (2013). Kekangan pelajar asing dalam menggunakan kemahiran bertutur bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(1), 52–62. https://doi.org/10.1007/s00405-015-3791-6
Stratton, S. J. (2021). Population research: Convenience sampling strategies. Prehospital and Disaster
Medicine, 36(4), 373–374. https://doi.org/10.1017/S1049023X21000649
Tanaka, K., & Ellis, R. (2003). Study-abroad, language proficiency and learner beliefs about language learning.
JALT Journal, 25(1), 63. https://doi.org/10.37546/jaltjj25.1-3
Tannen, D. (1996). Researching gender-related patterns in classroom discourse. Teachers of English to
Speakers of Other Languages, Inc., 30(2), 341–344.
Wulandari, C., Surtikanti, M. W., & Agung, A. S. S. N. (2020). A case study of internal and external factors on
the difficulties in learning English. JOEEL: Journal of English Education and Literature, 1(2), 43–48.
https://doi.org/10.38114/joeel.v1i2.81