Majoriti masyarakat Islam pada hari ini melihat dimensi wakaf dalam sudut yang sangat terhad kepada amalan keagamaan semata-mata. Keadaan ini tidak menghalang berlakunya peningkatan dalam amalan berwakaf seperti wakaf tanah, wakaf tunai, hotel wakaf, saham wakaf, hospital wakaf dan universiti wakaf. Walau bagaimanapun ekonomi umat Islam di Malaysia masih lagi tidak mencapai tahap yang membanggakan. Isu kepercayaan masyarakat terhadap institusi agama seperti institusi pengurusan wakaf masih lagi diperdebatkan. Sehubungan dengan itu, tahap kefahaman masyarakat terhadap definisi waqaf serta hubungannya dengan kepercayaan terhadap institusi pengurusan waqaf perlu dikaji. Metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif dan regrasi . Borang soal selidik telah diedarkan di kalangan masyarakat Malaysia di mana sebanyak 500 data telah diperolehi dan dianalisa. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat terhadap konsep waqaf berada di tahap tinggi dengan nilai min = 4.07 dan sisihan piawai = 0.915. Kajian juga mendapati terdapat pengaruh hubungan yang signfikan antara kefahaman masyarakat terhadap definisi wakaf dengan kepercayaan terhadap organisasi pengurusan wakaf. Dapatan daripada kajian ini boleh menjadi rujukan ramai pihak dalam membantu meningkatkan lagi kredibiliti, imej dan pembangunan institusi wakaf pada masa hadapan. The majority of Muslims today view the dimension of waqf in a very limited angle to purely religious practices. This situation does not prevent an increase in waqf practices such as land wakaf, cash wakaf, wakaf hotels, wakaf shares, wakaf hospitals and wakaf universities. However, the economy of Muslims in Malaysia has not yet reached a level of pride. The issue of community trust in religious institutions such as waqf management institutions is still being debated. In this regard, the level of community understanding of the definition of waqf and its relationship with the belief in waqf management institutions need to be studied. The research methodology used is based on descriptive and regression quantitative methods. Questionnaires were distributed among the Malaysian community where a total of 500 data were obtained and analyzed. The results of the study found that the level of community understanding of the concept of waqf is at a high level with a mean value = 4.07 and standard deviation = 0.915. The study also found that there is a significant relationship between the community's understanding of the definition of wakaf with the belief in the organization of wakaf management. The findings from this study can be a reference for many parties in helping to further enhance the credibility, image and development of waqf institutions in the future.