Available via license: CC BY 4.0
Content may be subject to copyright.
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 47
INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW,
GOVERNMENT AND COMMUNICATION
(IJLGC)
www.ijlgc.com
PERANAN MEDIA DIGITAL DALAM DAKWAH
KONTEMPORARI BAGI MEMBENTUK KESEPADUAN
NASIONAL MASYARAKAT DI MALAYSIA
THE ROLE OF DIGITAL MEDIA IN CONTEMPORARY DAKWAH TO CREATE
NATIONAL UNITY OF SOCIETY IN MALAYSIA
Saifulazry Mokhtar1, Kasoma Thia2*, Mohd Sohaimi Esa3*, Mohd Azri Ibrahim4, Mohd Nasrun Mohd
Talib5
1
Pusat Pena taran Ilmu dan Baha sa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: saifulazry.mokhtar@ums.edu.my
2
Sekolah Menengah Kebangsaa n Tebobon, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Email: kasomathia77@gmail.com
3
4
5
Pusat Pena taran Ilmu dan Baha sa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: msohaimi@ums.edu.my
Pusat Pena taran Ilmu dan Baha sa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: mohdazri@ums.edu.my
Pusat Pena taran Ilmu dan Baha sa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: MU1921015T@student.ums.edu.my
*
Corresponding Author
Article Info:
Article history:
Received date: 15.12.2022
Revised date: 15.01.2023
Accepted date: 20.02.2023
Published date: 01.03.2023
To cite this document:
Mokhtar, S., Thia, K., Esa, M. S.,
Ibrahim, M. A., Talib, M. N. M.
(2023). Peranan Media Digital Dalam
Dakwah Kontemporari Bagi
Membentuk Kesepaduan Nasional
Masyarakat Di Malaysia.
International Journal of Law,
Government and Communication, 8
(31), 47-60.
Abstrak:
Seruan dakwah terhadap kehidupan bermasyarakat perlu dijalankan oleh setiap
Muslim. Kaedah dan manhaj dakwah yang diaplikasi oleh seseorang Muslim
itu perlulah menepati citarasa golonga n Ma d’u serta sesua i dengan
perkembangan globalisasi kini. Pendekatan dakwah kontemporari perlu
diketengahkan bagi mewujudkan hubungan baik dalam membentuk satu
kesefahaman antara etnik, sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia.
Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat peranan media
digital dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum untuk saling
menerima pandangan dan buah fikiran masyarakat lain dalam sesuatu perkara.
Selain itu, kajian ini juga turut melihat faktor-faktor yang menjadi kekangan
kepada media kontemporari dalam membentuk kesepaduan nasional di
Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu melihat
kajian-kajian lepas berkaitan dengan peranan media digital dan dakwah
kontemporari dalam membentuk kesepaduan nasional masyarakat di Malaysia.
Hasil kajian menda pati terdapat empat peranan media digital dalam dakwah
kontemporari iaitu menjangkau bilangan pendengar yang lebih banyak,
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 48
DOI: 10.35631/IJLGC.831004.
This work is licensed under CC BY 4.0
serampang dua mata dalam kalangan masyarakat, berkongsi dan bertukar
pendapat dengan individu dari pelbagai latar belakang dan dakwah
kontemporari mudah diterima oleh golongan saudara baharu. Dari aspek
kekangan media digital dalam dakwah kontemporari pula, pengkaji menemui
empat kekangan utama dalam membentuk kesepaduan nasional iaitu ketiadaan
peranti dalam mengakses media massa, kurang pengetahuan dalam cara
penggunaan teknologi, kandungan video yang terlalu bebas serta fakta agama
yang salah dan tidak tepat. Oleh itu, pada pendakwah seharusnya menyiapkan
diri terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam kancah dakwah agar
usaha dakwah yang dijalankan tersebut mencapai matlamat dengan jayanya .
Kata Kunci:
Dakwah, Dakwah Kontemporari, Kesepaduan Nasional, Masyarakat, Media
Digital, Teknologi
Abstract:
The call of dakwah towards community life should be carried out by every
Muslim. The methods and manhaj dakwah applied by a Muslim must be in line
with the tastes of the Mad'u group a nd in accordance with the current
development of globalization. Contemporary preaching approach should be
highlighted to establish good relations in forming an inter-ethnic
understanding, in line with the plural society in Malaysia. Therefore, this study
was carried out to look at the role of digital media in uniting the multi-racial
community to accept the views and thoughts of other communities in a
particular matter. In addition, this study also looked at the factors that constrain
contemporary media in shaping national cohesion in Malaysia. This study uses
the method of document analysis which is to look at past studies related to the
role of digital media and contemporary preaching in shaping the national
cohesion of society in Malaysia. The findings found that there are four roles of
digital media in contemporary preaching which is to reach a greater number of
listeners, two-pronged among the community, sha re and exchange opinions
with individuals from various backgrounds and contemporary preaching is
easily accepted by new brothers. In terms of digital media constraints in
contemporary preaching, the researchers found four main constraints in
shaping national cohesion, namely the absence of devices in accessing mass
media, lack of knowledge in the use of technology, overly free video content
and incorrect and inaccurate religious facts. Therefore, the preacher should
prepare himself before venturing into the dakwah so that the dakwah effort is
achieved successfully.
Keywords:
Dakwah, Contemporary Preaching, National Unity, Society, Digital Media,
Technology
Pengenalan
Di zaman era modenisasi ini, memang sukar untuk manusia berpisah dengan teknologi tidak
kira umur, jantina mahupun pekerjaan yang dilakukan (Manap & rakan-rakan, 2016). Setiap
orang mempunyai sekurang-kurangnya satu gajet tidak kira telefon bimbit, komputer riba
ataupun televisyen. Hal ini kerana, kebanyakkan sumber untuk memperolehi data, maklumat
terkini dan rujukan lebih mudah didapati dengan menggunakan hujung jari sahaja iaitu dengan
menggunakan gajet elektronik. Sejajar dengan itu, penggunaan media juga semakin meningkat
dengan pantas. Oleh itu, ramai yang mengambil kesempatan dengan menggunakan media
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 49
sosial ini sebagai satu saluran untuk mengembangkan bisnes sedia ada. Ada segelintir juga
yang mengambil peluang ini dengan berkongsi ilmu sebagai guru menggunakan platform
seperti YouTube dan TikTok. Ini memudahkan pencarian sumber rujukan dan cara jalan
penyelesaian kepda suatu masalah. Selain guru-guru juga, para ahli agamawan turut mengambil
inisiatif ini untuk mengembangkan dan berkongsi dakwah mereka secara atas talian. Kadang-
kadang memang sukar bagi sesetengah orang yang sudah biasa dengan cara lama dan ingin
menggunakan cara dan pendekatan baharu. Penggunaan teknologi beserta dengan penggunaan
media sosial ini sememangnya memudahkan pekerjaan seseorang itu. Namun, jika digunakan
dengan melulu, penggunaan media sosial ini boleh membawa kepada keburukan.
Lebih-lebih lagi ketika pandemik ini, kebanyakkan orang cuba mempraktikkan penggunaan
media sosial ini memandangkan ramai yang berada di rumah dan melayari media sosial. Oleh
kerana perintah berkurung dan peraturan SOP dilaksanakan, sebarang bentuk aktiviti yang
melibatkan perkumpulan beramai-ramai tidak dibenarkan. Ini termasuklah acara ibadah di
tempat ibadah. Masjid, gereja, tokong, dan kuil semuanya perlu mematuhi syarat SOP yang
mengehadkan bilangan orang di tempat ibadah pada satu-satu masa (Sinar Harian, 2020).
Sebarang aktiviti keagamaan adalah dilarang ketika waktu PKP ini. Ini menyebabkan ramai
yang tidak puas hati kerana perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan untuk datang ke tempat
ibadat beramai-ramai untuk mempelajari ilmu agama seperti ceramah, tazkirah, forum, diskusi
dan sebagainya. Penggunaan media dalam dakwah juga mampu membantu dalam
pembentukan kesepaduan nasional masyarakat di Malaysia. Menurut Baharuddin (2011),
kesepaduan nasional bermaksud kesatuan komuniti yang pelbagai dimana rakyatnya yang
berbilang bangsa, agama dan budaya tinggal dalam sebuah negara yang aman dan harmoni.
Misi utama dalam kesepaduan nasional ini adalah bertunjangkan perpaduan yang terbentuk
dari kesefahaman masyarakat, menerapkan nilai bersatu padu, mengetepikan sikap
mementingkan budaya sendiri, berganding bahu dalam segenap aktiviti masyarakat serta
menangkis perbezaan fahaman budaya, agama dan kepentingan peribadi.
Kajian Literatur
Dalam era teknologi terkini, keterlibatan masyarakat lebih terarah dan cenderung terhadap
penggunaan media sosial untuk berhubung, berkomunikasi, menjalankan transaksi apatah lagi
dalam konteks menuntut ilmu. Dengan berpaksikan kepada teknologi sebagai medium
perantaraan, ia telah mengarahkan manusia untuk mempelajari dan menguasai ilmu berkaitan
teknologi komunikasi tersebut. Hal ini telah menarik minat para pengkaji untuk melaksanakan
kajian terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dari segenap sudut. Tekonologi
canggih yang dimaksudkan dalam perbincangan ini adalah media sosial. Kemunculan media
sosial dewasa ini telah meninggalkan impak yang positif dan negatif bergantung kepada niat
dan tujuan penggunaannya. Penyalahgunaan media sosial dalam kehidupan akan menyebabkan
berlakunya perpecahan dan perbalahan berlaku sesama umat jika terus dibiarkan. Oleh itu, Nor
Jefri dan rakan-rakan (2019) telah menjalankan kajian untuk memberi penerangan dan
penjelasan tentang penggunaan media sosial dalam masyarakat Islam dengan berhujahkan
kepada hadis Nabi SAW dalam kupasan beliau terhadap media sosial, pembentukan
masyarakat, asas pembinaan masyarakat Islam dan media dan identiti budaya.
Media massa juga dikenali sebagai media baharu iaitu istilah yang digunakan merangkumi
digital, komputer, atau jaringan teknologi informasi dan komunikasi di akhir abad ke-20. Media
baharu adalah media yang terbentuk daripada interaksi antara manusia dengan komputer dan
internet secara khususnya seperti laman web, blog, online social network, online forum dan
lain-lain yang menggunakan komputer sebagai medianya (Khasbullah & rakan-rakan, 2019).
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 50
Menurut Adam dan rakan-rakan (2015) persoalan berkaitan media yang berfungsi sebagai
medium penyebaran dakwah ini perlu dibincangkan secara lebih terperinci. Justeru, beliau
menjalankan kajian bagi mengenalpasti kegunaan media ini dalam penyampaian maklumat
berkaitan agama di Malaysia di samping menganalisis penggunaan media baharu yang sering
digunakan oleh masyarakat Malaysia. Menurut Zakaria dan Mohamad (2016), media
merupakan satu saluran yang membawa kepada perjalanan maklumat daripada satu sumber
kepada satu sumber yang lain. Manakala berdakwah menerusi media telah wujud sejak dari
zaman Rasulullah SAW namun melalui wasilah yang berbeza berbanding pada masa kini.
Pengaplikasian media kontemporari ini dalam konteks dakwah boleh diklasifikasikan sebagai
salah satu daripada rekayasa dakwah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kepada
pendakwah kerana beliau berjaya mentransformasikan dakwah dalam bentuk teknologi
(Mokhtar & rakan-rakan, 2021d)
Dengan melihat kerancakan penggunaan media sosial sebagai medium dakwah dan penularan
dakwah bebas tanpa terkawal melalui media sosial yang dikhuatiri boleh mengundang
kekeliruan, terpedaya, penyebaran ajaran sesat dan fahaman ekstremisme. Masyarakat
bimbang dengan kesahihan kandungan mesej dakwah dan belum berpuashati dengan kualitinya
lantas Mohamed Mokhtar dan Hassan (2021) menjalankan kajian terhadap Penggunaan Media
Sosial Sebagai Medium Dakwah Islam dalam Kalangan Penduduk Kampung Beserah,
Kuantan, Pahang untuk mengenal pasti penggunaan media sosial untuk tujuan berdakwah.
Dalam kajian Mokhtar dan rakan-rakan (2021a) adalah bertujuan untuk menganalisis prospek
dan cabaran implementasi dakwah menerusi media kontemporari sebagai kayu ukur kepada
kejayaan dakwah masa kini. Tahap keterbergantungan yang tinggi terhadap media massa telah
memberi satu tamparan hebat kepada para pendakwah untuk menyebarkan risalah yang benar
dan menangkis segala bentuk penyebaran maklumat palsu khususnya yang berkaitan dengan
Islam. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai prospek dan cabaran yang perlu dihadapi oleh
pendakwah masa kini seperti menyiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam teknologi maklumat, menyekat kemunculan ustaz dan ustazah ‘maggi’, kebanjiran
maklumat berkaitan isu-isu agama dan sebagainya.
Menurut Haronzah dan rakan-rakan (2019), Facebook merupakan antara media sosial yang
terkenal dan mempunyai ramai pengguna dari pelbagai negara di seluruh dunia serta
mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Beliau turut menyentuh berkaitan
dengan asal usul Facebook, kebaikan dan keburukan dan peranannya sebagai medium untuk
menyampaikan dakwah Islam juga dijelaskan serta pengaruh Facebook terhadap remaja Islam.
Kajian Mokhtar dan rakan-rakan (2022a) pula bertujuan untuk melihat bagaimana aplikasi
Facebook dapat dijadikan sebagai platform dalam membentuk kesepaduan nasional di Sabah.
Hasil dapatan kajian beliau menemui, Facebook dapat dijadikan sebagai platform dalam
membentuk kesepaduan nasional di Sabah menerusi penyertaan dalam pertandingan atas talian,
melaksanakan tayangan video dan iklan yang berunsurkan kaum masing-masing serta
kerjasama kerajaan negeri Sabah dalam mengetengahkan Facebook kepada masyarakat
tempatan khususnya dalam aspek pekerjaan dan organisasi. Kajian ini turut menemui beberapa
kesan penggunaan Facebook sebagai alat kesepaduan nasional di Sabah, cabaran dalam
menggunakan Facebook serta cadangan penggunaan Facebook sebagai alat kesepaduan
nasional di Sabah.
Dalam memastikan pembentukan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia,
implementasi konsep hikmah adalah satu pendekatan terbaik (Yasin & rakan-rakan, 2015).
Konsep ini boleh diamalkan secara inklusif dalam semua aspek kehidupan sama ada menerusi
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 51
tingkah laku, komunikasi, bermeditasi dan sebagainya. Kajian Awang dan Mohd Khambali
(2015) pula melihat pengaruh media terhadap memberi kefahaman nilai-nilai agama Islam
dalam kalangan Saudara Baru pra konversi ketika terlibat dalam dialog kehidupan. Hasil kajian
beliau mendapati, pemahaman terhadap agama Islam yang tercipta hasil daripada penglibatan
Saudara Baru pra konversi dalam dialog kehidupan mencetuskan satu paradigma untuk mereka
meneroka agama Islam dengan lebih mendalam. Menurut Razali dan rakan-rakan (2019), di
sebalik kemajuan internet dan media massa, media sosial mampu memberi impak negatif
kepada semua penggunanya menurut kaca mata Islam. Hasil dapatan kajian beliau mendapati
media sosial mampu mempengaruhi perkembangan fizikal, akademik dan akhlak bagi
seseorang individu. Hubungan sesama ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan sebaya boleh
terjejas dan tiada persefahaman akibat penyalahgunaan media sosial. Imej dan maruah negara
juga turut menjadi taruhan kepada negara lain.
Menurut Mokhtar dan rakan-rakan (2021b), saranan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), walaupun dalam tempoh PKP proses PdP bagi pelajar perlu diteruskan
dengan berbantukan Teknologi Maklumat bagi memastikan proses Pengajaran dan
Pembelajaran untuk semua pelajar dapat diteruskan sekalipun negara mengalami pandemik
Covid-19 ataupun pandemik lain yang bakal datang. Walau bagaimanapun, terdapat sembilan
implikasi positif PdPr menerusi online seperti lebih baik dilaksanakan PdPr online dari tiada
kelas, ibu bapa banyak membantu pelajar dalam PdPr, pelajar dapat mengaplikasikan teknologi
dalam pendidikan dengan baik dan sebagainya. Selain itu, kajian turut mendapati lapan bentuk
implikasi negatif dalam PdPr secara atas talian berdasarkan kepada maklum balas guru-guru di
sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu iaitu pelajar tidak mempunyai kemudahan secukupnya
untuk turut serta dalam PdPr kerana tidak mempunyai gajet, tidak mempunyai data yang
mencukupi, jaringan telekomunikasi yang tidak menentu serta masalah sosio ekonomi keluarga
(Mokhtar & rakan-rakan, 2022b). Kaedah pembelajaran interaktif perlu diterapkan dalam
setiap mata pelajaran termasuklah Pendidikan Islam di sekolah menengah (Moharam & rakan-
rakan, 2021). Mata pelajaran Pendidikan Islam amat memerlukan pendekatan kaedah interaktif
kerana mempunyai topik-topik pengajaran yang memerlukan huraian rinci dalam pemahaman
pelajar dan mampu memberi kefahaman yang gitu kepada pelajar secara langsung kerana
pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari secara praktikal dan amali.
Metodologi Kajian
Kajian berkaitan Peranan Media Digital dalam Dakwah Kontemporari bagi Membentuk
Kesepaduan Nasional Masyarakat di Malaysia adalah satu kajian yang menggunakan kaedah
analisis dokumen. Kajian ini akan merujuk kepada kajian-kajian lepas berkaitan dengan
peranan media digital atau media massa, implementasi dakwah kontemporari serta kajian yang
menjurus kepada kesepaduan nasional masyarakat di Malaysia berdasarkan kepada artikel-
artikel jurnal, buku-buku, coretan akhbar dan sebagainya. Saranan dan dapatan lepas akan
diulas dan disepadukan dalam konteks melihat bagaimana media digital dapat
digabungjalinkan menerusi dakwah kontemporari untuk membentuk kesepaduan nasional
masyarakat multietnik di Malaysia.
Hasil Dapatan dan Perbincangan
Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa peranan media digital yang dapat membentuk
kesepaduan nasional dalam kalangan masyarakat di Malaysia iaitu;
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 52
Menjangkau Bilangan Pendengar yang Lebih Banyak
Dakwah kontemporari melalui media massa sering digunakan kerana ia merupakan salah satu
yang dapat membantu membangunkan kesepaduan nasional masyarakat. Hal ini kerana, media
massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi informasi dan komunikasi dimana ia
berperanan sebagai perolehan sumber maklumat dan juga penyampai saluran maklumat kepada
masyarakat. Seperti yang kita maklum, dalam arus kemodenan pada zaman kini, dakwah
kotemporari boleh di dapati melalui tiga jenis media iaitu media elektronik seperti televisyen,
radio, video dan filem dan media cetak seperti majalah akhbar, buku-buku dan sebagainya serta
media online iaitu media internet, media siber dan internet. Menjangkau bilangan pendengar
yang lebih banyak dengan hanya menggunakan peralatan elektronik seperti telefon pintar,
televisyen dan radio untuk memperolehi sumber dan mendengar maklumat-maklumat terutama
sekali berkaitan dakwah kontemporari amatlah sesuai bagi para pendakwah yang ingin
melakukan dakwah kotemporari dalam membentuk kesepaduan nasional masyarakat kerana
mereka boleh menyampaikan dakwah atau ceramah mereka melalui platform-platform media
sosial seperti Instagram, Facebook, majalah, akhbar dan sebagainya. Dakwah kotemporari
melalui media massa ini dapat membantu kesemua pendengar dari pelbagai negeri untuk
menerapkan semangat-semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat walaupun berlainan
bangsa dan agama agar perpaduan nasional dalam negara dapat dimantapkan lagi.
Di samping itu, corak dakwah juga berubah seiring dengan arus kemodenan yang kian
berkembang. Hal ini kerana, kebanyakkan pendakwah telah cuba mengaplikasikan media
sosial sebagai medium dan platform untuk berdakwah. Pendakwah yang mahir dalam teknologi
pada masa kini seringkali menyampaikan dakwah kepada masyarakat berbantukan media
massa kerana penggunaan medium ini dilihat lebih berkesan dan mudah diakses oleh
masyarakat setempat. Salah satu contoh dakwah yang digunakan melalui media massa adalah
melalui penulisan jurnal (Don & Mohd. Nasir, 2012). Dalam fenomena penularan Covid-19
kini, para pendakwah sekali lagi menjadikan media massa sebagai medium utama dalam
menyampaikan ilmu-ilmu keagamaan kepada masyarakat. Kepelbagaian medium media massa
yang digunakan tersebut merupakan bukti bahawa penguasaan ilmu teknologi maklumat juga
telah menular dalam kalangan pendakwah. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
oleh pihak kerajaan Malaysia ini telah menyebabkan banyak aktiviti-aktiviti harian masyarakat
tidak dapat dijalankan seperti sediakala. Oleh sebab itu, terdapat beberapa pendakwah yang
menyuarakan pendapat mereka walaupun negara terlibat dengan PKP, namun pelaksaan
dakwah tidak akan terhenti dan perlu diteruskan menerusi kecanggihan teknologi masa kini.
Melalui media massa juga, masyarakat dapat berhubung dan berkomunikasi antara satu sama
lain serta dapat mendengar setiap ceramah dan aktiviti dakwah yang disampaikan oleh
pendakwah untuk membentuk kesepaduan nasional masyarakat di Malaysia. Dalam erti kata
lain, melalui maklumat yang diperolehi di media massa ia dapat membantu untuk
perkembangan dalam negara dari segi kesepaduan nasional dalam masyarakat serta
memelihara integriti nasional. Hubungan manusia dengan media massa juga adalah untuk
mempercepatkan penyampaian dakwah kontemporari kepada masyarakat agar masyarakat
cepat mendapat maklumat yang penting dimana dapat membantu memberi kesedaran dalam
pembentukan kesepaduan nasional. Media massa juga dapat menjadi penyampai kepada
masyarakat di negara Malaysia agar masyarakat sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu dalam
negara terutama sekali dalam perpaduan dalam negara untuk membentuk negara yang aman
dan damai. Media massa juga dapat membantu agar komunikasi dalam kalangan masyarakat
lebih efisien serta dapat menghubungkan sesiapa sahaja bagi mendapatkan maklumat-
maklumat yang tepat dan sahih.
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 53
Serampang Dua Mata Dalam Kalangan Masyarakat
Aktiviti dakwah ini perlu dilakukan oleh setiap penganut agama Islam dan tidak hanya
dikhususkan kepada ahli agamawan Islam sahaja. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah
negara yang beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya ataupun masyarakat
majmuk, maka pengaplikasian aktiviti dakwah menerusi dakwah kontemporari ini menjadi
serampang dua mata kepada masyarakat di Malaysia. Walaupun penganut agama majoriti yang
berada di Malaysia adalah agama Islam, namun bilangan penganut agama Buddha, Hindu dan
Kristian juga tidak boleh diabaikan. Oleh itu, dengan menjadikan media massa sebagai medium
dalam penyampaian seruan dakwah kepada masyarakat Islam khususnya, etika komunikasi
perlulah dititik beratkan dalam setiap pengucapan yang dibicarakan. Para pendakwah perlulah
sentiasa menjaga tutur kata dalam setiap ucapan atau komen tanpa mengaibkan mana-mana
agama lain. Ini kerana, peranan media massa dalam dakwah kontemporari ini termasuk dalam
komunikasi bi al-Hal sekiranya dilaksanakan secara tulisan manakala dari segi ucapan
dikategorikan sebagai komunikasi bi al-Lisan (Mokhtar & rakan-rakan, 2021c). Para
pendakwah juga seharusnya faham dan mengetahui bahawa berdakwah tidak semestinya
diungkap dengan alunan suara bahkan ia boleh dilakukan dengan cara tanpa suara iaitu
menerusi konteks berdakwah dengan cara lemah lembut (Mokhtar & rakan-rakan, 2021e) dan
(Mokhtar & rakan-rakan, 2021f).
Sebagai seorang pendakwah, kita seharusnya perlu berfikiran bijak dan rasional dalam
menggunakan pendekatan yang berkesan agar menghasilkan natijah yang baik (Mokhtar &
rakan-rakan 2019). Para pendakwah juga perlu tahu bahawa implementasi dakwah secara
media digital ini bukan hanya tertumpu kepada golongan Islam semata-mata sebagai
penggunanya tetapi ia turut dapat diakses oleh golongan bukan Islam. Oleh itu, pendakwah
perlulah mengetahui golongan manakah yang menjadi sasaran mereka dalam seruan yang
dijalankan. Sekiranya golongan sasaran dakwah tersebut ditujukan kepada orang Islam
sepenuhnya, maka penggunaan dalil al-Quran dan hadis sangat berkesan dalam seruan yang
dijalankan. Namun, sekiranya golongan sasaran dakwah tersebut dikhususkan kepada ajakan
kepada golongan bukan Islam untuk mengenali Islam, maka pendekatan menggunakan kaedah
yang lebih kreatif perlu diaplikasikan. Antara pendekatan dakwah yang sesuai digunakan
kepada golongan bukan Islam adalah menggesa mereka menggunakan akal fikiran dengan
memerhatikan kelemahan makluk yang dicipta Allah bagi membuktikan kehebatan Pencipta.
Al-Quran menyuruh manusia agar menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk
membuat pemerhatian terhadap kejadian alam, manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
sebagai satu indikator kepada kekuasaan Allah SWT. Pemerhatian secara menyeluruh ini dapat
melembutkan hati manusia dalam menerima Islam serta meyakini keEsaan Allah SWT sebagai
pencipta dan tuhan sekalian alam. Kaedah dakwah seperti ini pernah dilakukan oleh Nabi
Ibrahim AS seperti yang tercatat di dalam al-Quran.
Seterusnya para pendakwah juga boleh mengemukakan persoalan-persoalan mengenai isu
ketuhanan sebagai cergas minda dalam memulakan seruan dakwah islamiah. Pelaksanaan
kaedah dakwah seperti ini bukan hanya sesuai ditanya kepada orang Islam semata-mata tetapi
juga kepada golongan bukan Islam. Sekiranya persoalan ini dapat dijawab dengan jujur dan
ikhlas, sudah pasti hakikat kebenaran akidah tersebut adalah sepertimana yang dibawa oleh
ajaran Islam. Walau bagaimanapun, para pendakwah perlu mempunyai ilmu yang mendalam
dalam bidang agama bagi menjawab pertanyaan berkaitan agama Islam oleh penganut lain
yang bukan Islam. Persediaan ilmu agama yang mantap akan dapat mematahkan hujah pihak
bukan Islam serta dapat menarik minat mereka untuk terus mendekati Islam. Antara
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 54
pendakwah kini yang berkaliber dan boleh dijadikan contoh kepada pendakwah-pendakwah
lain adalah seperti Dr. Zakir Naik, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ebit Liew dan sebagainya. Oleh
itu, masyarakat seharusnya cakna dengan dakwah dan maklumat yang mereka perolehi dari
media digital yang ada. Masyarakat jangan mudah menerima sebarang info dan maklumat
berkaitan dengan agama tanpa meneliti dan memastikan maklumat tersebut benar-benar sahih.
Ini kerana, dunia globalisasi kini terlalu luas dan tanpa sedar boleh jadi maklumat dan info
berkaitan dengan hal-hal agama ini telah dimanipulasikan oleh musuh-musuh Islam serta cuba
menyesatkan faham masyarakat Islam. Tuntasnya, pendakwah kontemporari perlulah cakna
tentang selok belok teknologi agar usaha dakwah di media sosial akan menjadi antara salah
satu cara dakwah yang paling efektif serta dapat membentuk kesepaduan nasional masyarakat
Islam di Malaysia.
Berkongsi dan Bertukar Pendapat dengan Individu dari Pelbagai Latar Belakang
Selain itu, peranan media dalam dakwah kontemporari ialah mampu berkongsi dan bertukar
pendapat dengan lebih ramai individu dari pelbagai latar belakang, bangsa, agama dan budaya.
Pembangunan dakwah menerusi multimedia dalam segi sosial telah terbukti dapat
mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat Islam Malaysia, sama ada mereka berada di
dalam negara atau berada di luar negara. Menurut al-Edrus dan Solehan (2009), melalui media
digital juga masyarakat mampu memberi dan menerima pandangan orang lain, saling nasihat
menasihati serta saling tegur menegur antara satu sama lain dan ini telah membentuk
kesepaduan nasional yang diidamkan. Melalui media, seorang pendakwah mampu berkongsi
pendapat dengan seorang individu yang datang dari latar belakang berbeza dengannya.
Perbezaan ini mungkin datang dari perbezaan agama, bangsa, budaya, adat mahupun umur.
Sebagai contoh, seorang pendakwah dari Kedah mampu berkongsi dan bertukar pendapat
dengan seorang pendakwah dari Sabah. Mereka dapat melakukan perkara ini tanpa perlu
membazirkan wang ringgit ataupun masa untuk melancong ke negeri tersebut semata-mata
untuk bertukar pendapat. Mereka boleh bertukar pendapat dengan mudah hanya dengan
bantuan media digital seperti YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.
Apabila seseorang itu secara sukarela ingin bertukar pendapat dengan orang lain, secara tidak
langsung mereka telah mewujudkan suasana hormat menghormati sesama sendiri. Oleh itu,
individu dari agama lain juga boleh bertukar pendapat tanpa ada wujudnya perasaan benci,
marah dan diskriminasi. Mereka boleh bertukar pendapat yang bermanfaat secara aman. Ini
sekali gus dapat membentuk kesepaduan nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Seterusnya, dengan bantuan media digital juga, seorang yang masih baharu dalam bidang
dakwah boleh minta pendapat dengan seorang yang lebih arif tanpa berjumpa secara
bersemuka. Semua ini dapat dilakukan dengan bantuan media. Sama ada dengan meninggalkan
komen di bawah siaran yang lebih arif, ataupun dengan menghantar mesej peribadi melalui
akaun media sosialnya. Dengan itu, pendakwah yang lebih arif ini dapat menyampaikan
mesejnya kepada golongan yang lebih besar yang mungkin di luar kawasan penyampaiannya.
Para pendakwah juga boleh menjadikan pendakwah-pendakwah lain sebagai contoh ikutan
dalam proses mentebarkan seruan dakwah islamiah.
Dakwah Mudah Diterima oleh Golongan Saudara Baharu
Tahap kemajuan dan kecanggihan teknologi kini telah membuka ruang dan peluang kepada
seluruh lapisan masyarakat untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan berinteraksi tanpa
sempadan. Kebesasan capaian ini turut memberi ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan
maklumat agama secara mudah dan efisien dengan hanya melalui media digital. Pendekatan
dakwah menerusi media digital ini adalah sejajar dengan corak penerimaan masyarakat di era
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 55
kini yang memerlukan mekanisme baharu untuk mendalami ilmu agama sebagai persiapan diri
sebelum melangkah kea lam kematian. Sebagai contoh yang boleh diambil adalah melalui
YouTube yang merupakan medium paling mudah untuk masyarakat rujuk dan ia juga menarik
minat semua peringkat umur masyarakat dalam menerima ilmu dakwah tersebut. Generasi Y
dan Z yang kini lebih minat dengan elemen video yang dilimpahi visual dan idea kreatif dan
inovatif yang disuntik dalam klip video tersebut semestinya menarik minat generasi tersebut
untuk menonton. Walau bagaimanapun, kredibiliti sumber maklumat daripada YouTube ini
tidak semestinya sahih dan tepat maklumatnya dan masyarakat Islam khususnya perlu
memastikan sama ada maklumat tersebut tepat berdasarkan kepada al-Quran dan hadis.
Malaysia yang terkenal dengan pelbagai bangsa dan agama ini, sudah pasti memerlukan
kepelbagaian kaedah dalam dunia dakwah. Proses penyampaian dakwah yang dijalankan
secara atas talian atau menerusi media digital perlulah bersifat ‘lembut’ agar seruan dakwah
tersebut sampai kepada masyarakat. ‘Lembut’ di sini bermaksud kaedah penyampaiannya para
pendakwah perlulah penuh berhikmah dan tidak menyentuh sensitiviti kaum sehingga boleh
menyebakan perpaduan antara masyarakat terjejas. Pada masa ini, ramai saudara baharu yang
sudah memeluk agama Islam dan mempelajari agama Islam hasil daripada pendedahan dakwah
yang berleluasa melalui media digital. Jika dibandingkan zaman dahulu dan kini, saudara
baharu yang memeluk agama Islam pada masa dahulu sudah pasti akan mendalami ilmu agama
daripada tok guru mereka secara bersemuka di pondok atau madrasah. Tetapi pada zaman kini,
golongan saudara baharu lebih mudah mempelajari ilmu agama menerusi media digital apabila
semuanya boleh didapati dihujung jari. Melalui media massa, segala ilmu yang dicari dapat
diperoleh dengan mudah. Tambahan lagi ketika musim PKP ini, masyarakat digalakkan untuk
duduk di rumah bagi mengelakkan jangkitan wabak Covid-19 dan ini menyebabkan saudara
baharu yang memeluk agama Islam perlu meneroka ilmu agama berpaksikan media digital.
Masyarakat hari ini sangat gemar bergantung kepada keupayaan internet melalui media sosial
untuk mendapatkan pengetahuan, kepercayaan, persoalan hidup dan nilai-nilai agama melalui
forum keagamaan. Segala persoalan yang bermain di kepala boleh diajukan terus kepada para
panel kerana pihak media turut menyediakan platform untuk para penonton menelefon dan
berkomunikasi dengan para panel bagi merungkai persoalan yang dihadapi. Dengan
pendekatan ini, dakwah yang disampaikan melalui media televisyen, YouTube live dan
Facebook live akan lebih dekat kepada penonton walaupun secara realitinya penonton berada
di rumah dan bukannya di lapangan agar dapat mengelakkan wabak Covid-19 ini berleluasa.
Pembelajaran secara maya juga dilihat lebih mudah kerana seseorang itu tidak perlu untuk
keluar mencari para ustaz dan ustazah untuk menerima ilmu. Saudara baharu yang memeluk
Islam akan mendapati bahawa mudahnya Islam untuk diamalkan. Perpaduan antara bangsa
juga terjamin kerana walaupun saudara baharu menukar agamanya kepada agama Islam, tetapi
bangsanya tetap sama. Pendedahan dakwah Islamiah yang lembut dan bersifat tidak memaksa
ini akan membuatkan golongan lain berlapang dada dengan penerimaan dakwah melalui media
digital.
Ringkasan bagi dapatan kajian berkaitan peranan media digital yang dapat membentuk
kesepaduan nasional dalam kalangan masyarakat di Malaysia adalah seperti rajah 1 berikut.
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 56
Rajah 1: Ringkasan Peranan Media Digital
Sumber: Kajian Penyelidikan 2023
Kekangan Media Digital dalam Dakwah Kontemporari bagi Membentuk Kesepaduan
Nasional
Implementasi dakwah kontemporari melalui saluran media digital merupakan satu pelantar
yang amat efektif dan berguna demi membentuk kesepaduan nasional masyarakat di Malaysia.
Kebolehan dan kecanggihannya untuk menghubungkan semua orang serta kepantasannya
untuk menghantar maklumat memudahkan lagi dakwah kontemporari untuk dilaksanakan oleh
para pendakwah. Namun demikian, dalam mengaplikasikan media digital ini dalam dakwah
kontemporari, masih terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh para pendakwah dan
perlu kepada penelitian yang lebih rinci bagi memastikan kandungan dakwah yang
disampaikan tersebut diterima oleh masyarakat. Di antara kekangan media digital dalam
dakwah kontemporari bagi membentuk kesepaduan nasional di Malaysia adalah;
Kurang Kemahiran dan Ilmu ICT
Antara kekangan yang dihadapi dalam menjadikan media digital sebagai platform dalam
dakwah kontemporari adalah, kurang kemahiran dan ilmu ICT. Disebabkan peranan media
yang memerlukan serba sedikit kecekapan dalam peralatan teknologi, masih ramai pendakwah
yang menempuhi kesulitan dalam proses mengintegrasikan media digital dalam dakwah
kontemporari. Perisian dan aplikasi sudah tentu diperlukan untuk menjalankan dakwah melalui
media internet. Perisian-perisian ini mungkin rumit untuk digunakan oleh seseorang yang
kurang mahir dalam cara kegunaan ICT. Oleh itu, hal ini akan menjadi satu cabaran kepada
para pendakwah untuk meluangkan masa mempelajari kemahiran ini dan mengaplikasikannya
dalam dakwah kontemporari. Proses mempelajari satu perisian bagi seseorang yang kurang
mahir dalam bidang ICT bukanlah senang kerana mereka haruslah mempelajari perisian ini
sehingga mahir dan dapat menggunakannya dengan cekap agar dakwah yang dilakukan dapat
disampaikan dengan lancar. Pengetahuan mengenai ICT juga menjadi satu cabaran kerana
terdapat etika dan norma yang perlu dipatuhi ketika menggunakan media sosial atau internet.
Peranan
Media
Sosial
Seram pang dua
mata dalam
kalangan
masyarakat
Berkongsi dan
Bertukar
Pendapat dengan
Individu dari
Pelbagai Latar
Belakang
Dakwah Mudah
Diterim a oleh
Golongan
Saudara Baharu
Menjangkau
Bilangan
Pendeng ar yang
Lebih Banyak
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 57
Etika tersebut haruslah ditaati agar dapat menarik lebih minat ramai masyarakat untuk
mendengar dakwah yang disampaikan. Tambahan pula, dengan penggunaan internet, para
pendawah juga terdedah terhadap isu keselamatan siber. Maka, etika ketika berada di media
sosial perlulah dipatuhi agar segala maklumat diri dan akaun kita terhindar dari para
penggodam.
Kandungan Video Yang Terlalu Bebas
Di samping itu, kandungan video yang terlalu bebas di internet turut menjadi salah satu dari
kekangan media digital dalam membentuk kesepaduan nasional. Internet mempunyai banyak
kemampuan dan potensi sebagai satu pelantar bagi menjalankan aktiviti dakwah. Namun
demikian, kandungan negatif yang banyak dalam internet menjadikannya sebagai satu cabaran
bagi para pendakwah. Peralihan media seiring dengan perkembangan teknologi membawa
kepada penggantian media dari media cetak seperti majalah dan akhbar kepada internet. Media-
media cetak tersebut dapat dikawal oleh para penerbit dan kandungan yang negatif dapat ditapis
keluar. Hal ini berfaedah bagi pembaca agar hanya dapat kandungan yang berilmu dan
bermanfaat. Walau bagaimanapun, internet merupakan satu media yang sukar untuk dikawal
dan kandungan yang dimuat naik tidak dapat disekat. Hal ini mengakibatkan perleluasaan
kandungan negatif di internet yang semakin tepu. Misalnya seperti video-video lucah, video
yang menunjukkan keganasan dan maklumat-maklumat palsu. Perkara ini merupakan suatu
ancaman bagi perkembangan dakwah kerana penyebaran kandungan negatif mengakibatkan
pendakwah sukar untuk menyebarkan beritanya secara meluas. Kandungan negatif ini akan
merosakkan masyarakat dari segi mental dan mengakibatkan dakwah kontemporari sukar
untuk disebarkan dan ia akan menjejaskan kesepaduan nasional dalam masyarakat.
Penyebaran Ajaran Agama Yang Salah
Kekangan seterusnya yang dihadapi oleh pendakwah adalah cabaran atas penyebaran ajaran
agama yang salah. Penggunaan ICT melibatkan pengunaan internet secara meluas yang
memberi akses terhadap maklumat dari negara asing yang dapat diintegrasikan dalam media
tempatan. Internet penuh dengan maklumat dan dari maklumat-maklumat tersebut ada
maklumat yang menunjukkan nilai kehidupan yang negatif atau bertentangan dengan ajaran
Islam. Misalnya normalisasi pakaian yang mendedahkan atau gejala seksual dalam kalangan
masyarakat. Pengaruh negatif budaya asing ini mengancam ajaran Islam dan mampu
mengundang masalah sosial dalam masyarakat. Penyebaran ajaran yang salah juga dapat
mengakibatkan dakwah yang ingin disampaikan tidak tepat dan mampu dieksploitasi oleh
fahaman serong dari ajaran Islam sebenar. Cabaran seperti ini menyebabkan dakwah melalui
media digital seperti internet tidak efektif, malahan akan membawa kesan negatif terhadap
masyarakat. Oleh hal demikian, pengguna internet sendiri haruslah bijak menapis maklumat
yang mereka memperolehi agar tidak mengikut ajaran yang sesat dan perlu merujuk kepada
sumber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan (A. Manaf, 2018).
Ketiadaan Peranti Untuk Akses Media Digital
Kekangan terakhir dalam menjadikan media digital sebagai medium dakwah kontemporari
adalah ketiadaan peranti untuk akses media digital. Antara cabaran dan masalah media digital
dalam dakwah kontemporari adalah pengorbanan kewangan untuk menjalankan aktiviti
dakwah melalui penggunaan media internet. Dakwah kontemporari melalui media internet
dapat dilaksanakan melalui aplikasi seperti Facebook, YouTube dan sebagainya dimana
kemudahan ini dapat digunakan secara percuma. Suatu perkara yang penting adalah para
pendakwah dan masyarakat perlu mempunyai telefon pintar atau komputer untuk
melaksanakan dakwah dan menerima kandungan dakwah tersebut (Had, 2014). Namun
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 58
demikian, peralatan-peralatan elektronik lain diperlukan demi memberi dakwah dengan jelas
dan berkualiti. Tambahan pula, dakwah melalui media digital mempunyai satu lapisan
tambahan untuk dilaksanakan, berbanding dengan memberi dakwah secara bersemuka di mana
tidak ada kos yang diperlukan, dakwah melalui media internet memerlukan para pendakwah
untuk menambah kos tambahan bagi peralatan elektronik serta bil internet. Peralatan elektronik
yang berkualiti juga penting bagi seseorang pendakwah demi menyajikan dakwah yang
menarik kepada pendengar. Kualiti peralatan elektronik yang rendah akan menyebabkan
kesukaran untuk menarik perhatian para pendengar dan secara tidak langsung, kesulitan ini
akan mengurangkan keberkesanan dakwah yang dilaksanakan. Oleh itu, ternyatalah peralatan
elektronik menjadi salah satu keperluan dalam dakwah kontemporari bagi merealisasikan
masyarakat yang mempunyai tahap kesepaduan nasional unggul.
Kesimpulan
Tuntasnya, media memainkan peranan penting dalam menjalankan dakwah kotemporari.
Peranan yang dimainkan oleh media adalah membolehkan dakwah tersebut menjangkau
sebilangan besar pendengar dan mampu memberikan kesedaran kepada mereka yang
mempunyai pegangan agama yang berlainan. Berdakwah melalui media digital ini
memudahkan proses menyebarkan risalah Islam kerana wujudnya laman sesawang yang boleh
diakses oleh sesiapa sahaja. Namun begitu, mereka perlu berhati-hati dengan kandungan yang
mereka mendengar itu sahih ataupun tidak. Dengan wujudnya pelantar untuk berkomunikasi
seperti Facebook dan YouTube, perkongsian pendapat dan persoalan dilakukan dengan mudah
dan cepat, sekiranya tidak mempunyai gangguan internet. Pengguna media digital juga
memperoleh informasi yang lebih mendalam terhadap sesebuah agama dengan mudah dan
senang berhubung dengan pendakwah menerusi media sosial dan tidak perlu menetapkan
tarikh perjumpaan secara bersemuka. Walau bagaimanapun, para pendakwah perlulah
menguasai ilmu ICT terlebih dahulu sebelum melaksanakan dakwah kontemporari kerana ia
dapat menutup jurang dan tanggapan buruk golongan bukan Islam terhadap pendakwah. Jika
kita tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang ini, sudah pasti kita akan diperkotak
katikkan oleh segelintir masyarakat. Oleh itu, penggunaan media digital dalam dakwah
kontemporari yang tepat dan baik akan dapat membentuk kesepaduan nasional masyarakat di
Malaysia.
Rujukan
A. Manaf., A. M. (2019). Dakwah Melalui Media Baharu di Malaysia: Peluang atau Cabaran?.
Jurnal al-Hikmah, 10(1) 2018: 119-128.
Adam, F., Ali, A. H., Mohamed Anuar, M. & Engku Ali, E.M.T. (2015). Cabaran Media Baru
sebagai Medium Pembelajaran Agama dan Penyelesaiannya dari Perspektif Islam.
Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. Vol. 9, Feb. 2015. 10-19.
Al-Edrus, S. M. D., & Solehan, M. L. (2009). Peranan ICT dalam Penyebaran Dakwah dalam
Era Globalisasi. Seminar Kebangsaan Dakwah Islamiah di IPT dan Komuniti, Dewan
Tunku Ibrahim Ismail, UTHM.
Awang, A., & Mohd Khambali, K. (2015). Pengaruh Media dalam Dialog Kehidupan:
Perspektif Pengalaman Saudara Baru. Malaysian Journal of Communication. Jilid
31(2) 2015: 47-60.
Baharuddin, S. A. (2011). Kesepaduan dalam Kepelbagaian: Perpaduan di Malaysia sebagai
work-in progress., https://www.academia.edu/1955448/Kesepaduan_dalam
Kepelbagaian_Perpaduan_di_Malaysia_sebagai_work_in_progress. Diakses pada 28
November 2022.
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 59
Don, A.G., & Mohd. Nasir, B., (2012). Cabaran Dakwah di Malaysia Sebelum dan Selepas
Merdeka. Jurnal al-Hikmah, 4.15-22.
Had, A. (2014). Dakwah melalui internet di Malaysia: Masalah dan cabaran. Kertas yang
dibentangkan di Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014: Perspektif Multi-
disiplin, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia.
Haronzah, M. F., Mani, I., & Wan Embong, W. H. (2019). Media Sosial dan Facebook Menurut
Islam. Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19). 15hb.
Disember 2019. DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program
anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM. 257-276.
Khasbullah, S.N.A., Mahiyaddin, R. & Che Ani, S. (2019). Penggunaan Media Baharu Sebagai
Medium Penyampaian Agama Islam. Persidangan Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu
Nusantara 2019 ke-3 Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Selangor. 22 Oktober 2019.
e-ISBN: 978 967 2122 78 4. 271-282.
Manap, J., Hamzah, M. R., Amin, A. S., Nurul Nabila Mohd Izani, N. N., Idris, F., Hamjah, S.
H., Tambi, N., Che Kasim, A., Sarnon, N. H., Nen, S., Nor Jana Saim, N. J. (2016).
Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z. International
Conference on Social and Economic Development (ICSED) 2016, 1-3 November 2016,
Universiti Malaysia Terengganu.
Mohamed Mokhtar, M.M., & Hassan, H. (2021). Penggunaan Media Sosial Sebagai Medium
Dakwah Islam dalam Kalangan Penduduk Kampung Beserah, Kuantan, Pahang.
International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC) Copyright ©
Universiti Malaysia Pahang Press ISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815
(ONLINE) IJHTC Issue 11, Vol 1 July 2021. 90-107.
Moharam, M.M.H., Mokhtar, S., & Thia, K. (2021). Pendekatan Kaedah Interaktif dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Abag ke-21 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Prosiding 5th International Conference on
Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021. 03 – 05 August 2021. 79-88.
Mokhtar, S., Hajimin, M. N. H. H., Muis, A. M. R. A., Othman, I. W., Esa, M. S., Ationg, R.,
& Lukin, S. A. (2021c). Analisis Prinsip-Prinsip Komunikasi Islam dalam Kitab al-
Quran. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC). Vol.
6. Issue 23. April 2021. 140-156.
Mokhtar, S., Muda, N., Othman, I. W., & Esa, M. S. (2021e). Nilai Moral Dalam Sajak ‘Ke
Makam Bonda’ Oleh Usman Awang: Satu Analisis Bahasa, Nilai dan Struktur Serta
Kaitannya dengan Konsep Dakwah. International Journal of Education, Psychology
and Counseling, 6 (41), 76-91.
Mokhtar, S., Othman, I. W., Moharam, M. M., & Maidin, I. (2021f). Dakwah Bil Akhlak
Kontemporari: Satu Pendekatan dalam Konsep Keusahawanan Islam. International
Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6 (37), 111 - 123.
Mokhtar, S., Othman, I. W., Ramlie, H. A., & Ariffin @ Eduny, S. (2022b). Implikasi PdPr
Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-
Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah. International Journal of
Education, Psychology and Counseling, 7 (45), 96-111.
Mokhtar, S., Shah, M. K. M., Ramlie, H., Othman, I. W., Ationg, R., Esa, M. S. & Marinsah,
S. A. (2021d). Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah Menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. International
Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC). Volume 6, Issue 39 (May
2021). 178-193.
Volume 8 Issue 31 (March 2023) PP. 47-60
DOI 10.35631/IJLGC.831004
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 60
Mokhtar, S., Sharif Adam, S. D., Othman, I. W., & Esa, M. S. (2022a). Facebook: Satu
Platform Dalam Membentuk Kesepaduan Nasional di Sabah. Journal of Islamic, Social,
Economics and Development (JISED), 7(47), 295 - 308.
Mokhtar, S., Thia, K. & Ramlie, H. (2019). Pendekatan Dakwah JHEAINS terhadap Banduan
di Penjara Sandakan: Satu Tinjauan Awal. Jurnal al-Hikmah. 11(2). 68-87.
Mokhtar, S., Thia, K., Othman, I.W., & Moharam, M.M.H. (2021a). Prospek dan Cabaran
Implementasi Dakwah dalam Media Kontemporari: Satu Analisis. Prosiding 5th
International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021. 03 –
05 August 2021. 408-418.
Mokhtar, S., Thia, K., Othman, I.W., & Moharam, M.M.H. (2021b). Prospek Pengajaran dan
Pembelajaran Online Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik
Covid-19 di Sandakan, Sabah: Cabaran dan Signifikan. Prosiding 5th International
Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021. 03 – 05 August
2021. 348-359.
Nor Jefri, N. I., Shaharin, N. S., & Jasmi, K. A. (2019). Media Sosial dan Pembentukan
Masyarakat Menurut Islam. Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019
(SSTM’19). 15hb. Disember 2019. DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga,
UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM. 157-176.
Razali, N.A., Hera, N., & Jasmi, K. A. (2019). Media Sosial dan Impak Negatif Menurut Islam.
Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19). 15hb. Disember
2019. DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran
Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM. 33-48.
Sinar Harian. (2020). Perkara dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang PKPB.
https://www.sinarharian.com.my/article/81448/berita/nasional/perkara-dibenarkan-
dan-tidak-dibenarkan-sepanjang-pkpb. Diakses pada 28 November 2022.
Yasin,R., Abdullah, M. R. T., Ab. Ghani, S., Shahril, M. I. & Syed Ali, S.K. (2015). Pendekatan
Hikmah Dalam Pembentukan Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia. The
Malaysian Journal of Social Administration. 9(1): 29-44.
Zakaria, N. & Mohamad, A.D. (2016). Media sebagai Wasilah Dakwah. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia. 92-99.