ArticlePDF Available

REVEALING THE VEIL OF ALMS CULTURE AS AN APPROACH IN THE CONCEPT OF AL-FALAH ISLAMIC ENTREPRENEURSHIP

Authors:
  • SMK. TEBOBON, Kota Kinabalu

Abstract

Alms is one of the flexible and universal instruments of Islamic finance. It cannot be outlined and determined to whom to give and what form of alms is most suitable. Indeed, alms can be given in any form, to whom they are desired and can be carried out at anytime and anywhere. Alms is also one of the most demanded worships in Islam. This is clearly evidenced by the existence of verses of the Quran and hadiths that speak of the advantages of those who do alms. Alms is also a key indicator in the concept of al-Falah of Islamic entrepreneurship as applied by the Prophet PBUH and his companions. Thus, this study is aimed at revealing the veil of alms culture as one of the approaches in the concept of al-Falah Islamic entrepreneurship today. This study uses the method of analyzing documents by looking at the verses of the Quran and hadiths as well as past studies related to the concept of alms in the scope of Islamic entrepreneurship. The findings of the study found six forms of alms that have been used by Islam such as saying tasbih, tahlil and tahmid, doing good deeds and preventing disobedience, saying hello, working and providing nafkah to the family, easing the burden of others and visiting the sick. This study also discussed the priorities of those who are entitled to receive alms as well as the wisdom and advantages of those who give alms. Therefore, the cultural relationship of alms is very close to the concept of al-Falah in Islamic entrepreneurship and should be applied by every Muslim entrepreneur.
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 110
INTERNATIONAL JOURNAL OF
EDUCATION, PSYCHOLOGY
AND COUNSELLING
(IJEPC)
www.ijepc.com
MENYINGKAP TABIR BUDAYA SEDEKAH SEBAGAI SATU
PENDEKATAN DALAM KONSEP AL-FALAH KEUSAHAWANAN
ISLAM
REVEALING THE VEIL OF ALMS CULTURE AS AN APPROACH IN THE
CONCEPT OF AL-FALAH ISLAMIC ENTREPRENEURSHIP
Saifulazry Mokhtar1, Kasoma Thia2*, Mohd Sohaimi Esa3*, Mohd Azri Ibrahim4, Mohd Nasrun Mohd
Talib5
1
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: saifulazry.mokhtar@ums.edu.my
2
Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Email: kasomathia77@gmail.com
3
4
5
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: msohaimi@ums.edu.my
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: mohdazri@ums.edu.my
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: MU1921015T@student.ums.edu.my
*
Corresponding Author
Article Info:
Article history:
Received date: 15.12.2022
Revised date: 15.01.2023
Accepted date: 20.02.2023
Published date: 01.03.2023
To cite this document:
Mokhtar, S., Thia, K., Esa, M. S.,
Ibrahim, M. A., & Talib, M. N. M.
(2023). Menyingkap Tabir Budaya
Sedekah Sebagai Satu Pendekatan
Dalam Konsep Al-Falah
Keusahawanan Islam. International
Journal of Education, Psychology and
Counseling, 8 (49), 110-124.
DOI: 10.35631/IJEPC.849008
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 111
This work is licensed under CC BY 4.0
Pengenalan
Pengertian sedekah adalah amat luas maksudnya dan berbeza dengan apa yang difahami oleh
masyarakat menurut kebiasaan iaitu memberi seseorang makanan, pakaian atau wang ringgit.
Sebenarnnya makna sedekah adalah lebih luas dari pengertian tersebut iaitu meliputi segala
sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas, sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW
yang mencakupi apa sahaja bantuan, pertolongan dan sesuatu pemberian yang boleh
mengembirakan saudara mara, rakan taulan atau sesiapa sahaja yang dikenali atau yang tidak
dikenali. Konsep sedekah juga luas dan tidak hanya tertumpu kepada aspek fizikal sahaja
seperti wang dan harta sahaja sehingga senyuman yang diberikan dengan ikhlas juga disifatkan
sebagai salah satu sedekah
Istilah sedekah adalah berasal daripada kata kerja  dalam Bahasa Arab yang membawa
kepada empat pengertian iaitu benar, lurus, orang yang memiliki sifat-sifat terpuji yang
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 112
sempurna dan perkara yang diberikan kepada orang fakir kerana Allah SWT. Jadi dapat
disimpulkan bahawa sedekah merujuk kepada pemberian seseorang kepada seseorang lain
yang dalam kesusahan (fakir) dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari mereka
yang menerima sedekah tersebut. Seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’ ayat 8
yang bermaksud:
“Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim
serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu, maka
berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya, dan berkatalah kepada mereka
Dengan kata-kata yang baik.” (Surah al-Nisa’ 4:8)
Ayat di atas membuktikan bahawa pemberian sedekah kepada kaum kerabat dan fakir miskin
adalah sangat dituntut oleh Agama Islam. Perkataan sedekah berasal daripada perkataan al-
Shadaqah. Secara bahasanya bermaksud sesuatu yang dijadikan sedekah. Perkataan ini diambil
daripada perkataan sha-da-qa . Perkataan shadaqah  diambil dari perkataan al-Sidq
yang bermaksud benar kerana ia menunjukkan ibadah yang benar kerana Allah SWT. Menurut
al-Jurjani sedekah adalah pemberian yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain
hanya untuk mengharapkan pahala dari Allah SWT. Sedekah adalah harta yang dikeluarkan
oleh manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti zakat. Bezanya, sedekah
adalah sunat, manakala zakat adalah wajib.
Dari segi istilah pula, sedekah pada asalnya perkata bahasa Arab  yang bermaksud suatu
pemberian yang diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain secara spontan atau sukarela
tanpa dibatasi oleh waktu dan tempat. Sedekah juga boleh diertikan sebagai pemberian yang
diberikan oleh individu yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan bukannya kerana
dahagakan pujian masyarakat. Sebagai mana firman Alah dalam surah al-Nisa’ ayat 114 yang
bermaksud:
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan)
orang Yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di
antara manusia. dan sesiapa Yang berbuat demikian Dengan maksud mencari
keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala Yang amat besar.”
(Surah al-Nisa’ 4:114)
Tuntasnya, dapatlah dirumuskan di sini bahawa sedekah adalah sesuatu pemberian ikhlas sama
ada benda itu sesuatu yang disayangi atau tidak ataupun apa-apa juga bantuan, pertolongan dan
senyuman yang dilakukan dengan seikhlas hati dengan mengharapkan pembalasan dari Allah
SWT. Asas penting yang perlu ada dalam sedekah adalah keikhlasan dan bukan bergantung
kepada banyak mana sumbangan dan sedakah yang dihulurkan. Ini bererti setiap sesuatu
pemberian itu tidak memerlukan pembalasan dari mereka yang diberi atau mereka yang dibantu
dan setiap sedekah tersebut boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Amalan bersedekah juga
merupakan satu tambah nilai dalam catatan buku amalan kebajikan seseorang Muslim kerana
tidak ada kerugian dan berkurang sedikitpun harta orang yang bersedekah kerana Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta orang bersedekah”.
Oleh itu sebagai orang yang beriman perlulah kita sedar bahawa setiap rezeki yang dimiliki itu
harus disedekahkan kepada golongan yang memerlukan sebagai rasa syukur kepada Allah
SWT.
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 113
Kajian Literatur
Sebelum melangkah lebih jauh kepada perbincangan berkaitan dengan Menyingkap Budaya
Sedekah Sebagai Satu Pendekatan dalam Konsep al-Falah Keusahawanan Islam, terlebih
dahulu kita lihat kajian lepas berkaitan dengan budaya sedekah, konsep al-Falah serta
keusahawanan Islam. Sorotan literatur ini dilihat secara menyeluruh berdasarkan kepada kata
kunci dalam kajian yang dijalankan. Dalam kajian Osman dan rakan-rakan (2019),
menjalankan kajian terhadap kepentingan menerapkan amalan sedekah dalam kalangan
mahasiswa. Kajian tersebut mendapati amalan sedekah dalam kalangan mahasiswa ini
terlaksana disebabkan Penguasaan Ilmu Agama (92%), Ihsan (100%) dan Sosialisasi Agama
Ibu Bapa (99%). Kajian Othman dan rakan-rakan (2021b) pula dijalankan bagi mengenal pasti
pelbagai jenis program pembangunan kerajaan bagi menyokong usahawan, di samping
mewujudkan perusahaan yang kukuh dan berdaya saing. Kajian beliau turut membincangkan
berkaitan kepentingan Dasar Keusahawanan Negara dalam aspek cabaran budaya dan
memperkasa usahawan tempatan, integrasi teknologi dalam pembangunan keusahawanan dan
inisiatif ekosistem lestari.
Menerusi kajian Ripin dan Mansur (2010) pula bertujuan untuk mengkaji keusahawanan
menurut perspektif al-Quran yang meliputi aspek-aspek konsep, etika dan bidang
keusahawanan. Hasil kajian beliau mendapati keusahawanan merupakan salah satu bidang
yang dapat menjana ekonomi umat Islam dan ia perlu kepada garis panduan yang betul dalam
menjalankan aktiviti keusahawan sama ada dalam bidang pertanian, penternakan,
perlombongan, perikanan dan perusahaan. Bagi kajian Abd Muin dan rakan-rakan (2015) pula
bertujuan untuk mengenalpasti konsep dan amalan yang dipraktikkan dalam keusahawanan
sosial Islam. Hasil dari kajian yang dijalankan oleh mereka menunjukkan terdapat beberapa
konsep dan amalan yang perlu diutamakan dalam mencapai matlamat keusahawanan sosial
Islam berdasarkan kerangka Islam (akidah, syariah, dan akhlak). Kajian turut menemui sepuluh
jenis konsep dan enam bentuk amalan yang kerap dipraktikkan dalam keusahawanan sosial.
Dalam fenomena Pandemik Covid-19 banyak lapisan masyarakat terkesan dengan sumber
ekonomi dan pendapatan. Justeru, Mohamed & Mohd Shafiai (2021) telah menjalankan kajian
berkaitan dengan Peranan Pentadbiran Zakat, Infaq, Sedekah dan Wakaf Dalam Sekuriti
Makanan di Kalangan Golongan Rentan ketika Krisis. Hasil kajian beliau mendapati pihak
pentadbiran ZISWAF bertindak balas mengikut empat garis tindakan yang digunakan dalam
Program Tindak Balas Krisis Makanan Global iaitu bertindak dalam mengawal dan
menstabilkan harga, bertindak mengukuhkan stok penimbal, bertindak untuk mewujudkan
jaringan keselamatan makanan dan dapat bertindak merangsang tindak balas penawaran
bekalan dalam pertanian dalam memastikan hak golongan terkesan dibela. Kajian Abdullah
(2013) pula bertujuan untuk melihat peranan yang boleh disumbangkan oleh individu Muslim
melalui budaya infaq untuk dimanfaatkan, khususnya dalam pembangunan insan. Beliau
mendapati, elemen infaq seperti yang diutarakan oleh Islam merupakan sebahagian daripada
mekanisme terbaik yang boleh menyumbang kepada pembangunan insan secara holistik.
Amalan infaq yang dihayati tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial
yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim berdasarkan kepada kemampuan,
kepakaran, dan ketaqwaan yang dimiliki oleh setiap individu Muslim. Terdapat juga kajian
yang mengaitkan konsep dakwah dalam keusahawanan Islam yang dikaji oleh sarjana.
Kajian Maidin dan rakan-rakan (2021) meninjau usaha dakwah dalam memperkasa bidang
keusahawanan agar umat Islam sentiasa bermotivasi. Dapatan kajian beliau menunjukkan
terdapat beberapa bentuk motivasi dakwah yang menjadi pembakar semangat dalam aspek
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 114
keusahawanan Islam seperti jihad ekonomi, ibadat zakat, amalan sedekah, pementoran, etika
dan akhlak dalam perniagaan, serta melazimkan zikir dan doa harian merupakan langkah positif
ke arah pembentukan usahawan-usahawan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Manakala
dalam kajian Mokhtar dan rakan-rakan (2021b) pula bertujuan untuk melihat dakwah bil akhlak
kontemporari seseorang usahawan dapat memenuhi konsep keusahawanan Islam serta bentuk-
bentuk akhlak yang dikehendaki oleh Islam bagi seseorang usahawan. Hasil kajian mendapati
pendekatan dakwah bil akhlak kontemporari sangat memberikan kesan positif terhadap konsep
keusahawanan Islam dengan mengaplikasikan akhlak-akhlak yang murni seperti jujur, benar,
amanah, bertanggungjawab, ikhlas, menepati janji, sabar, adil, berilmu pengetahuan,
bersyukur, optimis dan berserah diri kepada Allah SWT sepertimana yang telah dilakukan oleh
Rasulullah SAW.
Sementara Moharam dan rakan-rakan (2021) pula menjalankan kajian bagi mengenalpasti
cabaran para keusahawanan tuisyen Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam menggunakan
kaedah interaktif bagi matapelajaran Pendidikan Islam. Hasil kajian mendapati terdapat tiga
bentuk cabaran utama para keusahawanan yang juga pengajar tuisyen PdP dalam menggunakan
kaedah interaktif iaitu pembelajaan kewangan, kemahiran ICT dan sosioekonomi pelajar.
Sementara kajian Othman dan rakan-rakan (2021a) pula membincangkan pengetahuan umum
dan pemahaman literasi pendidikan keusahawanan dalam era transformasi digital. Graduan
yang menghadapi krisis pengangguran pasca pandemik Covid-19 merupakan fokus utama
kajian. Kajian beliau juga turut membincangkan kerjasama dan komitmen industri antara
institusi pengajian tinggi sangat erat serta memberi banyak manfaat kepada graduan,
terutamanya dalam mengatasi krisis pengangguran siswazah Malaysia.
Selain itu, pengkaji turut melihat sorotan literatur berkaitan dengan konsep al-Falah yang
dijalankan oleh para sarjana. Kajian Mohktar dan rakan-rakan (2021a) bertujuan untuk melihat
saranan dan pandangan al-Qurtubi dalam konsep al-Falah menerusi aspek keusahawanan serta
mengaitkan pandangan tersebut dengan realiti kehidupan masyarakat hari ini. Dapatan kajian
beliau menemui lima konsep yang telah disarankan oleh al-Qurtubi bagi merealisasikan konsep
al-Falah dalam keusahawanan menurut kacamata Islam. Konsep al-Falah yang dimaksudkan
termasuklah al-Rizqun al-Halal, qanāᶜah, taufik, saᶜādah dan Jannah. Tambahan beliau lagi,
pelaksanaan konsep al-Falah perlulah dilunaskan selari dan sejajar dengan kelima-lima aspek
ini kerana tanpa adanya salah satu unsur tersebut dalam bidang keusahawanan, maka konsep
al-Falah tidak akan tercapai. Dengan sorotan literatur yang dijalankan, kaitan budaya sedekah
dengan konsep al-Falah keusahawanan Islam belum pernah dilaksanakan sebagai wadah
dalam kecemerlangan dan kejayaan seorang usahawan Muslim.
Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu melihat kepada ayat-
ayat al-Quran dan hadis serta kajian-kajian lepas berkaitan dengan konsep sedekah dalam Islam
dan kaitannya dengan skop keusahawanan Islam. Data-data diambil menerusi saranan al-Quran
dan hadis serta dikaitkan dengan konsep al-Falah menurut pandangan al-Qurtubi. Kupasan
data-data tersebut turut diperkukuhkan lagi dengan mengambil pandangan dan pendapat
sarjana-sarjana dalam kajian yang telah mereka jalankan sebelum ini. Dapatan kajian ini
dianalisis berdasarkan kepada konsep al-Falah yang dikemukakan oleh al-Qurtubi sebagai
indikator kepada kejayaan dalam sektor keusahawanan Islam.
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 115
Perbincangan
Sebelum mengupas lebih lanjut berkaitan dengan hubungkait konsep sedekah dengan konsep
al-Falah dalam keusahawanan Islam, terlebih dahulu kita lihat dan kupaskan berkaitan dengan
jenis-jenis sedekah yang dianjurkan oleh Islam. Dari kajian yang telah dijalankan, terdapat
berbagai-bagai jenis sedekah yang telah dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW untuk kaum
Muslimin. Amalan sedekah bukan hanya dihadkan kepada harta dan kebendaan semata-mata,
tetapi ia meliputi segala sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan
dari seseorang. Secara umumnya, sedekah boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sedekah
wajib dan sedekah sunat. Antara sedekah yang wajib bagi seseorang Muslim itu adalah sedekah
yang difardhukan oleh syariat ke atas harta (zakat), sedekah yang diwajibkan ke atas tubuh
badan bagi menampung kekurangan yang berlaku pada puasa fardu (zakat fitrah), sedekah yang
difardukan oleh seseorang ke atas dirinya dengan jalan nazar dan sedekah yang difardukan oleh
syariat ke atas seseorang bagi menunaikan hak Allah SWT (fidyah dan kifarah).
Para fuqaha telah bersepakat mengatakan bahawa istilah sedekah pada umumnya adalah
sedekah secara sukarela, kepada sesiapa sahaja dan di mana jua. Terdapat berbagai-bagai jenis
sedekah antaranya adalah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Sahih Bukhari dan Muslim
yang bermaksud: Rasulullah saw bersabda: Setiap sendi tubuh badan manusia itu menjadi
sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit, kamu melakukan keadilan diantara dua
orang yang berselisih faham adalah sedekah. Kamu membantu orang yang menaiki kenderaan
atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah.
Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat
adalah sedekah dan kamu membuang barang-barang yang menyakiti di jalan adalah sedekah”.
Rasulullah SAW menjelaskan kepada umatnya bahawa sedekah ini mempunyai bentuk-bentuk
yang luas dan tidak tertumpu kepada harta benda semata-mata. Ini kerana terdapat sahabat-
sahabat baginda yang sedih kerana tidak mempunyai harta yang banyak untuk bersedekah,
kerana mereka bukanlah tergolong dalam kalangan orang yang berada. Lalu Rasulullah
menjelaskan bahawa sedekah itu antaranya adalah seperti berikut:
Mengucap Tasbih, Tahlil, Tahmid dan Tafakkur
Rasulullah menggambarkan bahawa setiap kali seseorang Muslim itu mengucapkan tasbih,
tahlil, tahmid dan tafakkur ia termasuk dalam kategori sedekah. Ini kerana setiap lafaz tasbih,
tahmid, tahlil dan tafakkur mempunyai nilai disisi Allah SWT kerana hambanya sentiasa
mengingati, memuji dan mengagungkan Allah SWT pemilik sekalian alam. Bahkan zikir-zikir
lain juga boleh dikategorikan sebagai sedekah. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud: “Dari Aisyah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda bahawa
diciptakan dari setiap anak cucu adam tiga ratus enam puluh persendian. Maka barang siapa
yang bertakbir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu, duri atau tulang dari
jalan, amar maaruf nahi mungkar. Semuannya akan dihitung sejumlah tiga ratus eman puluh
persendian. Dan ia sedang berjalan pada hari itu, sedangkan ia dibebaskan diri dari api
neraka” (Riwayat Muslim). Berdasarkan hadis tersebut membuktikan bahawa dengan sekadar
bertasbih, tahmid dan tahlil sudah dikira sebagai sedekah. Menurut Hasbullah (2000), tafakkur
bererti berfikir atau merenung keindahan perbuatan Allah SWT, rahsia-rahsia kejadian dan
segala yang dikandung dalam alam raya ini, manfaat, nikmat dan rahsia-rahsianya yang
mengarah kepada suatu tujuan yang benar dan berguna sebagai bukti kekuasaan dan keagungan
Allah SWT. Oleh yang demikian maka mustahil kita sebagai hambanya tidak dapat melakukan
sedekah. Walaupun tidak mempunyai harta bertimbung tapi mampu bersedekah. Ini
membuktikan bahawa Allah SWT bersifat al-Rahman dan al-Rahim terhadap hambanya.
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 116
Dalam menggapai konsep al-Falah menerusi keusahawanan Islam, para usahawan perlulah
menjadikan amalan bersedekah sebagai salah satu dari santapan harian yang mesti dipenuhi.
Bersedekah dalam konteks mengucap tasbih, tahlil dan tahmid ini bukanlah suatu bentuk
sedekah yang sukar dilakukan oleh usahawan kerana ia tidak memerlukan modal yang besar
untuk dilaksanakan. Amalan bersedekah dengan cara ini hanya memerlukan kekuatan dan
kekentalan hati dalam beribadah kepada Allaw SWT. Dewasa ini, ramai dalam kalangan
usahawan yang telah menerapkan budaya sedekah ini dalam landskap perniagaan mereka
sehinggakan perniagaan mereka dikunjungi ramai pelanggan. Terdapat sesetengah usahawan
kini yang membuka rakaman bacaan ayat-ayat suci al-Quran, zikir-zikir munajat, tasbih, tahlil
dan tahmid dalam permis perniagaan yang dijalankan sebagai satu ‘pelaris’ kepada
perniagaannya. Fahaman ini sebenarnya telah terpesong dengan tuntutan asal bersedekah
kerana galakan bersedekah secara bertasbih, tahlil dan tahmid dituturkan oleh usahawan itu
sendiri dan menanam niat untuk beribadah kepada Allah SWT dan bukannya dijadikan sebagai
‘pelaris’ untuk menarik pelanggan hadir ke premis perniagaannya.
Melakukan Amal Maaruf dan Mencegah Kemungkaran
Melalui hadis di atas juga Rasulullah SAW menjelaskan melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran juga boleh dikategorikan sebagai sedekah. Amal makruf dan nahi mungkar
memerlukan pengorbanan seseorang individu kerana untuk merialisasikan kebaikan dan
mencegah kemungkaran bukan perkara yang mudah, ia memerlukan tenaga, pemikiran, waktu
dan sumber kewangan yang cukup. Menurut Mokhtar dan rakan-rakan (2021d), menerusi
praktikkan daripada amar makuf nahi mungkar ini juga diharapkan akan lahir peribadi-peribadi
yang cintakan kedamaian, keharmonian dan kasih sayang antara satu sama lain. Sebagai contoh
semasa Rasulullah menakluki Makkah dan merobohkan berhala yang berada disekeliling
Kaabah memerlukan tenaga dan kekuatan iman umat Islam. Malah jiwa juga turut terkorban.
Oleh yang demikian maka amal makruf dan nahi mungkar selayaknya diberikan pahala
sedekah. Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:
Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi
dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi
baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan
mereka: orang-orang yang fasik. (Surah Ali Imran 2:110)
Nabi Muhammad SAW turut mengajar umatnya agar melaksanakan amal makruf dan
mencegah kemungkaran sebagai salah satu bentuk sedekah. Dalam konteks mencapai al-Falah
menerusi keusahawanan Islam, para usahawan perlu mengaplikasikan sedekah ini dalam setiap
transaksi perniagaannya. Di antara cara dan kaedah sedekah ini diterapkan dalam
keusahawanan Islam adalah melalui sifat kejujuran seseorang usahawan itu sendiri. Sebagai
seorang usahawan Muslim, kita hendaklah bersifat jujur dengan perniagaan yang kita jalankan
bagi mendapat rahmat dan pahala dari Allah SWT. Para usahawan perlu mengelakkan sebarang
penipuan dalam urusan jual beli kerana sikap ini boleh menghilangkan keberkatan rezeki yang
kita perolehi. Bercakap benar serta jujur termasuk dalam sifat terpuji dan mahmudah yang perlu
ada dalam setiap diri seorang Muslim (Mokhtar & rakan-rakan, 2021c) dan setiap manusia
perlu menitipkan unsur-unsur jujur dan ikhlas dalam komunikasi yang digunakan pada setiap
ruang kehidupan (Mokhtar & rakan-rakan, 2022). Di antara perbuatan kemungkaran dalam
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 117
keusahawanan Islam adalah seperti mengubah tarikh luput barangan, meletakkan barangan
yang bagus di sebelah atas dan barangan tidah bagus di sebelah bawah, mengatakan barangan
baharu sahaja sampai sedangkan ia sudah lama dan sebagainya. Sekiranya seseorang usahawan
itu melakukan sifat terkeji ini dalam perniagaannya, maka nilai sedekah baginya sudah hilang
dan kemurkaan Allah SWT pula menghampirinya Menurut Mokhtar dan rakan-rakan (2021a),
Islam melarang keras umatnya untuk mendapatkan rezeki dari hasil kejahatan, kemaksiatan,
kekerasan, perjudian, pemalsuan dan perbuatanperbuatan yang jelas melanggar hak-hak
seorang Muslim. Menurut al-Qaraḍāwī (2001) dalam membincangkan soal nilai dan akhlak
dalam ekonomi Islam dengan mengatakan bahawa keusahawanan sebagai suatu bentuk ibadah
melalui aktiviti ekonomi dalam pelbagai sektor (pengeluaran dan perkhidmatan), yang
memberi manfaat kepada manusia untuk meningkatkan taraf atau keperluan kehidupan agar
menjadi lebih sempurna dan sejahtera mengikut neraca Ilahi.
Mengucap Salam
Setiap muslim digalakkan untuk mengucap salam dalam kehidupan seharian mereka. Hukum
memberi salam adalah sunat manakala menjawab salam adalah wajib. Ucapan salam juga
merupakan ucapan ahli syurga. Oleh yang demikian setiap Muslim yang mengucapkan salam
akan mendapat pahala sebagaimana pahala sedekah, seperti salam ketika bertemu, mengucap
salam kepada orang yang dikenali atau tidak merupakan sedekah. Ucapan salam yang betul
seperti,      dan jawab salam juga perlulah mengikut apa yang telah
disarankan oleh Rasulullah SAW iaitu  . Mengucapkan salam juga
termasuk dalam bentuk sedekah yang dipacu oleh Rasulullah SAW kepada umat manusia. Bagi
merealisasikan konsep al-Falah, para usahawan perlu menjadikan ucapan salam ini sebagai
salah satu indikator utama sebelum proses transaksi perniagaan dijalankan. Para usahawan
Muslim perlulah mengucapkan salam kepada pelanggan yang datang berkunjung ke premisnya
sama ada mereka ingin membeli ataupun tidak. Menurut Mokhtar dan rakan-rakan (2022),
seseorang individu yang baik sifatnya akan sentiasa menjaga ucapannya dalam segenap sudut
kehidupannya. Dalam hal ini, seseorang usahawan itu perlulah mengenali agama yang dianuti
oleh pelanggan tersebut agar mereka tidak salah dalam mengucapkan salam. Dengan
terbinanya nilai sedekah dengan memberi salam kepada pelanggan, maka sudah pasti konsep
al-Falah keusahawanan Islam dapat diteruskan kepada generasi akan datang.
Bekerja dan Memberi Nafkah kepada Keluarga
Keluarga merupakan golongan yang paling dekat dengan kita. Sebagai anggota keluarga jika
suami bekerja untuk menyara ahli keluarga merupakan sedekah, isteri yang bekerja dengan izin
suami dan membantu suami dalam urusan kewangan keluarga juga dinamakan sedekah. Malah
apa sahaja yang diberikan demi untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT kepada keluarga
terdekat yang terdiri daripada adik beradik, saudara mara malah jiran terdekat juga amat
digalakan dan lebih afdal. Pemberian sedekah ini akan mengukuhkan lagi hubungan
kekeluargaan seperti mana yang disarankan oleh Islam. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad
SAW yang bermaksud: “Dari al-Miqdan bin Ma’dikarib al-Zubaidi dari Rasulullah SAW
bersabda Tidaklah ada suatu pekerjaan yang paling mulia dilakukan oleh seorang hamba
melainkan pekerjaan yang dilakukan dari tangannya sendiri. Dan tidaklah seseorang
menafkahkan hartanya terhadap diri, keluarga, anak dan pembantunya melainkan akan
menjadi sedekah” (Riwayat Ibnu Majah).
Berdasarkan kepada hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa nilai sedekah itu turut meliputi
menyara ahli keluarga dan kaum kerabat terdekat. Ini bermaksud sedekah bukan hanya
diberikan kepada orang lain tetapi turut boleh diberikan kepada ahli keluarga. Sebagai seorang
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 118
usahawan, kita juga boleh mengadaptasi konsep sedekah ini dalam kehidupan bagi memastikan
matlamat al-Falah dalam keusahawanan Islam tercapai. Sedekah bukanlah memerlukan modal
yang besar untuk dilaksanakan tetapi ia mengikut kemampuan seseorang. Jika kita mempunyai
rezeki yang banyak dari hasil perusahaan kita, mungkin kita boleh bersedekah dengan kadar
yang banyak. Tetapi, jika hasil jualan kita tidak mencapai tahap mengembalikan modal, cukup
sekadar kita melakukan bentuk-bentuk sedekah yang lain. Memberi makan dan minum
walaupun sesuap nasi kepada anak-anak atau saudara mara terdekat juga sudah tergolong
dalam amalan sedekah.
Meringankan Beban Orang Lain
Rasulullah SAW turut mengajarkan kepada kita bahawa membantu orang lain dalam kesusahan
juga merupakan salah satu dari bentuk sedekah. Ini menunjukkan bahawa konsep sedekah itu
sebenarnya sangat luas dan bukan sepertimana yang kita sangkakan sebelum ini dengan
merujuk kepada sumber kewangan semata-mata. Di antara perkara-perkara yang termasuk
dalam meringankan urusan orang lain termasuklah menghantar jiran ke hospital, membuang
barang atau sampah yang menghalang jalan raya, membantu mereka yang memerlukan dan
sebagainya. Setiap manusia tidak mempunyai masalah yang sama dalam kehidupan mereka.
Ada kalanya seseorang itu memerlukan apa yang tidak kita perlukan dan begitu juga dengan
kita. Dalam hal ini, kita perlulah saling bantu membantu serta memudahkan urusan orang lain
kerana sikap ini merupakan suatu perkara yang dituntut dalam Islam. Oleh yang demikian, jika
ada seseorang yang datang menghampiri kamu untuk meminta hajat, maka segerakanlah
menghulurkan bantuan kepada mereka yang berada dalam kesusahan kerana setiap kali kita
memudahkan urusan orang lian, sudah pasti Allah SWT akan memudahkan urusan kita suatu
hari kelak.
Dengan perkembangan teknologi kini, budaya sedekah telah menjadi lebih mudah, cepat dan
pantas tanpa terikat dengan masa dan tempat. Jarak untuk bersedekah juga bukanlah
penghalang bagi kita di era globalisasi ini. Sebagai contoh melalui media massa banyak
memaparkan golongan yang memerlukan bantuan seperti pesakit kronik, fakir miskin, rumah
anak-anak yatim, maahad tahfiz dan sebagainya yang memerlukan bantuan kewangan, barang
keperluan dan tempat tinggal. Cara sedekah juga boleh dilakukan melalui aplikasi canggih
sama ada menerusi pesanan ringkas SMS, pemindahan wang ke akaun bank, melalui badan-
badan yang ditubuhkan oleh kerajaan dan NGO dan sebagainya. Rasulullah juga bersabda
bahawa setiap orang yang menyelesaikan kesusahan dan melepaskan saudara kita daripada
kesempitan, maka ia dikira sebagai sedekah sepertimana sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: Setiap muslim wajib bersedekah. Para sahabat bertanya, bagaimana kalau dia
tidak memiliki sesuatu? Nabi SAW menjawab, “Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk
kemanfaatan bagi dirinya lalu bersedekah”. Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak
mampu? ‘Nabi menjawab, “Menolong orang yang memerlukan yang sedang teraniaya.”
Mereka bertanya “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya? Nabi menjawab: Menyuruh
berbuat ma’ruf. Mereka bertanya: Bagaimana kalau dia tidak melakukannya? Nabi SAW
menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah” (Riwayat Imam Bukhari
dan Imam Muslim).
Jika dilihat dari sudut keusahawanan Islam, nilai sedekah ini sangat tinggi kedudukannya.
Sebagai seorang usahawan Muslim, kita perlulah bersiap sedia untuk membantu mereka-
mereka yang memerlukan sebarang bantuan sekadar yang kita mampu. Sebagai contoh, kita
sering melihat golongan gelandangan yang ada di sekitar bandar, kota, pekan dan sebagainya
yang berusaha mencari makanan di merata tempat untuk menyara hidupnya. Jadi, jika ada
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 119
usahawan yang berniaga di restoran, kedai makan, gerai makan dan sebagainya tidak ada
ruginya jika kita memberikan sedikit makanan kepada golongan tersebut untuk membantu
kelangsungan kehidupan mereka. Berkongsi-kongsi rezeki dengan orang lain kadang-kadang
lebih membawa erti dalam kehidupan kita dan akan diganjari pahala oleh Allah SWT. Dengan
menerapkan budaya sedekah ini dalam diri setiap usahawan Muslim, sudah pasti mereka akan
tergolong dalam usahawan yang mencapai konsep al-Falah keusahawanan Islam. Menurut
Siddiqi (1979) berdasarkan falsafah al-Quran, semua aktiviti manusia harus berpandukan ke
arah untuk mencapai kejayaan dalam kesejahteraan hidup di dunia dan juga akhirat.
Menziarahi Orang Sakit
Secara realitinya, setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak boleh hidup secara bersedirian
kerana naluri manusia memerlukan teman untuk berkongsi masalah. Oleh yang demikian
hubungan silatulrahim ini dapat dipupuk dengan amalan ziarah-menziarahi sama ada ketika
sihat atau ketika sakit. Menziarahi orang sakit dan mendoakan mereka adalah salah satu bentuk
sedekah yang sangat dituntut dalam Islam. Ini sebagainama hadis yang diriwayatkan oleh Iman
Ahmad yang bermaksud: Dari Abu Ubaidah bin Jarrah RA berkata, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda: barang siapa yang menginfakkan kelebihan hartanya di jalan Allah
akan melipatgandakannya dengan tujuh ratus (kali ganda). Dan barang siapa yang menginfak
untuk dirinya dan keluarganya, atau menjenguk orang sakit, atau menyingkirkan duri, maka
mendapat kebaikan dengan sepuluh kali ganda.
Berdasarkan kepada hadis tersebut jelas menggambarkan kepada kita bahawa nilai sedekah
yang dilakukan oleh seseorang Muslim dengan niat ikhlas kerana Allah SWT akan mendapat
ganjaran yang sangat mulia sehingga digandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali ganda.
Seseorang yang melepaskan ruang dan peluang untuk menambah nilai pahala sedekah ini
adalah sangat rugi. Tujuan utama sedekah ini adalah untuk menyucikan jiwa dan hati seseorang
yang selama ini seringkali lalai dan leka dengan perintah Allah SWT. Mentaliti dan pemikiran
umat Islam hari ini masih menghubungkaitkan sedekah dengan kebendaan semata-mata tanpa
melihat konsep sedekah secara umumnya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:
Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman
mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela)
orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali
sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, Allah akan membalas
ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi
sakitnya. (Surah al-Taubah:79)
Berdasarkan dalil al-Quran tersebut jelas membuktikan kepada umat Islam sebenarnya sedekah
bukan sahaja dalam bentuk kebendaan tetapi bagi yang tidak mampu mereka juga boleh
bersedekah dengan doa dan tenaga seperti menjadi sukarelawan, memberi senyuman,
mendamaikan dua orang yang berbalah dan sebagainya. Dalam konteks keusahawanan Islam
pula, mungkin kita tidak dapat selalu untuk menziarahi para pelanggan yang sakit dan tidak
sihat. Namun, sebagai seorang usahawan dan saudara seislam, kita perlulah panjatkan doa
kehadrat Allah SWT supaya mereka kembali sembuh seperti sediakala. Sikap dan amalan ini
turut tergolong dalam konsep sedekah yang menuju matlamat al-Falah keusahawanan Islam.
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 120
Ringkasan dapatan kajian bagi bentu-bentuk sedekah adalah seperti dalam rajah 1 berikut.
Rajah 1: Ringkasan Bentuk-bentuk Sedekah
Sumber: Kajian Penyelidikan 2023
Keutamaan Orang yang Berhak Menerima Sedekah
Kajian ini turut mengupas berkaitan dengan keutamaan orang yang berhak menerima sedekah
sebagai panduan dalam mencapai konsep al-Falah keusahawanan Islam. Pada hakikatnya,
sedekah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tetapi terdapat beberapa golongan yang lebih
utama dalam pemberian sedekah. Selain daripada melepaskan kesusahan mereka, pemberian
sedekah itu juga dapat merapatkan silatulrahim antara pemberi sedekah dengan pemerima
sedekah. Dalam kajian ini, pengkaji juga telah mengetengahkan golongan-golongan yang lebih
utama untuk menerima sedekah berdasarkan kepada al-Quran dan hadis. Golongan-golongan
tersebut adalah seperti berikut;
Saudara Terdekat
Saudara terdekat merujuk kepada orang yang mempunyai pertalian darah atau kekeluargaan
dengan kita seperti suami, isteri, anak-anak, adik beradik dan saudara mara. Dalam konteks
sedekah pemberi sedekah perlu mengutamakan keluarga terlebih dahulu jika kaum keluarga
kita mendapat kesusahan dan memerlukan pertolongan. Sebagai mana perintah Rasulullah
SAW kepada Abu Talhah RA dalam hadis, baginda yang bermaksud: “Sedekah kepada orang
miskin mendapat satu sedekah, dan sedekah kepada kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala
sedekah dan pahala menghubungkan silatulrahim (Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah,
Nasai)
Anak Yatim
Anak yatim bermaksud kanak-kanak yang kematian ibu atau bapa. Mereka ini termasuk dalam
golongan asnaf yang boleh menerima zakat. Malah sedekah juga mereka lebih diutamakan
berbanding dengan mereka yang masih mempunyai ibu atau bapa kerana mereka telah
Bentuk-bentuk
Sedekah
Melakukan
Amal Maaruf
dan Mencegah
Kemungkaran
Mengucap
Salam
Bekerja dan
Memberi
Nafkah kepada
Keluarga
Meringankan
Beban Orang
Lain
Menziarahi
orang sakit
Mengucap
Tasbih, Tahlil,
Tahmid dan
Tafakkur
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 121
kehilangan ketua keluarga yang sepatutnya menyara hidup mereka. Agama Islam sangat
mengambil berat tentang hal-ehwal anak-anak yatim ini kerana baginda Rasulullah SAW juga
merupakan anak yatim piatu. Setiap manusia diperintahkan untuk berlaku baik dan berlemah
lembut dengan mereka, malah dengan menggosok kepala anak yatim juga di beri ganjaran
pahala. Rasulullah SAW telah mengkhabarkan bahawa kedudukan yang mulia menanti mereka
yang berbuat baik kepada anak yatim. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83 yang
bermaksud:
"Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu
bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin”
(Surah al-Baqarah 2: 83)
Membantu anak yatim terutamanya mereka yang hidup susah merupakan sebaik-baik
pertolongan. Hukum sedekah kepada anak yatim adalah sunat malah lebih afdal jika anak yatim
itu dalam kalangan keluarga terdekat dan yang tidak mempunyai penjaga.
Orang Miskin
Menurut Imam Syafie maksud miskin ialah orang yang tidak mempunyai harta atau pekerjaan
dan orang yang mempunyai harta atau pekerjaan tetapi pendapatnnya kurang daripada ½
keperluannya dan tidak ada orang yang lain menanggung keperluannya. Oleh yang demikian
maka bersedekah kepada golongan ini lebih afdal dan mandapat ganjaran daripada Allah SWT.
Sedekah kepada golongan miskin ini bukan sahaja memberi wang ringgit tetapi lebih kepada
kepakaran atau kemahiran supaya mereka boleh berdikari dan menguruskan kewangan
keluarga. Antara kemahiran-kemahiran ini adalah seperti kemahiran jahitan, masakan,
pertanian dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa kebaikan apabila bersedekah kepada golongan
fakir dan miskin seperti dapat menghilangkan rasa kurang senang golongan miskin tehadap
golongan kaya dan berharta, dapat menimbulkan rasa kasih sayang dalam masyarakat Islam
serta mengelakkan perasaan dengki dan iri hati dan dapat menghilangkan kesusahan yang
dialami oleh orang miskin. Keadaan ini menggambarkan bahawa Islam itu indah dan sempurna.
Oleh yang demikian maka setiap orang Islam dituntut untuk bersedekah kepada siapa sahaja
tetapi yang lebih afdal ialah dengan meringankan beban golongan miskin.
Saudara Baharu (Muallaf)
Muallaf bermaksud orang yang baharu memeluk agama Islam. Sebagai mana yang kita ketahui
bahawa golongan ini juga merupakan salah satu asnaf yang telah dinyatakan dalam al-Quran
yang berhak memerima zakat yang wajib. Begitu juga dengan sedekah mereka juga
memerlukan bantuan kita kerana mungkin mereka sudah dibuang oleh keluarga, walaupun
dahulu golongan muallaf ini berharta. Tetapi kerana cintakan Islam mereka sanggup
meninggalkan segala-galanya demi untuk agama Islam yang suci ini. Namun, rutin kehidupan
lama sudah mereka tinggalkan sedikit demi sedikit disebabkan fahaman agama Islam yang
semakin kuat mempengaruhi mereka dari pelbagai aspek lebih-lebih lagi ajaran yang
bercanggah dengan agama Islam (Mokhtar & rakan-rakan, 2021e). Malah ada juga muallaf
yang kaya tetapi sebagai orang Islam kita perlu mengutamakan mereka dalam senarai penerima
sedekah kerana mereka berhak malah dalam al-Quran juga ada menyebut tentang golongan
muallaf ini sebagai penerima zakat dan sedekah. Pemberian sedekah merupakan satu tali
pengikat supaya mereka rasa diterima sebagai saudara sesama Islam. Oleh yang demikian maka
muallaf merupakan golongan yang perlu diutamakan dalam senarai menerima sedekah.
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 122
Ringkasan keutamaan bagi orang yang berhak menerima sedekah adalah seperti rajah 2 berikut.
Rajah 2: Ringkasan Keutamaan Orang Yang Berhak Menerima Sedekah
Sumber: Kajian Penyelidikan 2023
Kesimpulan
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan jelas menunjukkan bahawa budaya sedekah ini
sangat berkait rapat dengan konsep al-Falah dalam keusahawanan Islam. Dengan
melaksanakan budaya bersedekah dalam kehidupan, keberkatan dan nilai rezeki seseorang itu
akan bertambah serta perniagaan dan perusahaan yang dijalankan oleh seseorang usahawan itu
akan terus maju. Budaya sedekah yang diamalkan mengikut tatacara dan kehendak Islam sudah
pasti akan mendatangkan hasil yang berlipat ganda sepertimana yang telah di janjikan oleh
Allah SWT. Konsep al-Falah yang dibentuk oleh al-Qurtubi ini sememangnya sangat sesuai
untuk diaplikasikan oleh seluruh para usahawan dan ia sejajar dengan tuntutan agama. Semoga
dengan mengetahui dan memahami budaya sedekah ini dapatlah kita sama-sama
menerapkannya dalam kehidupan seharian agar seluruh hela nafas kita sewaktu di bumi ini
mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.
Keutamaan
Orang yang
Berhak
Menerima
Sedekah
Saudara
Terdekat
Anak
Yatim
Orang
Miskin
Saudara
Baharu
(Muallaf)
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 123
Rujukan
Al-Quran.
Abd Muin, M. A., Abdullah, S., & Bahari, A. (2015). Keusahawanan Sosial Islam: Konsep dan
Amalan. National Research Seminar 2015. 285-296.
Abdullah, S. (2013). Memperkasa Pembangunan Insan Melalui Amalan Infaq.
SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6(2)
November 2013.
Al-Qaraḍāwī, Yusūf. (2001). Dawr al-Qiyām wa al-Akhlāq fī al-Iqtiṣād al-Islāmī. Al-Qāhirah:
Maktabah Wahbah.
Hasbullah, A, R. (2000). Taqarrub Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT. Kuala Lumpur : al-
Hidayah Publishers.
Maidin, I., Mokhtar, S., Othman, I. W., & Moharam, M. M. (2021). Peranan Motivasi Dakwah
dalam Bidang Keusahawanan: Satu Tinjauan Awal. International Journal of
Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6 (37), 157 - 169.
Mohamed, A. I., & Mohd Shafiai, M. H. (2021). Peranan Pentadbiran Zakat, Infaq, Sedekah
dan Wakaf dalam Sekuriti Makanan di Kalangan Golongan Rentan ketika Krisis. Jurnal
Dunia Pengurusan. Vol. 3, No. 4, 37-55.
Moharam, M. M., Mokhtar, S., Othman, I. W., & Maidin, I. (2021). Cabaran Keusahawanan
Tuisyen Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kaedah Interaktif: Satu Tinjauan Awal.
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6 (37), 170 - 176.
Mokhtar, S., Hajimin, M. N. H. H., Muis, A. M. R. A., Othman, I. W., Esa, M. S., Ationg, R.,
& Lukin, S. A. (2021d). Analisis Prinsip-Prinsip Komunikasi Islam dalam Kitab al-
Quran. International Journal of Law, Government and Communication, 6 (23), 140-
156.
Mokhtar, S., Muda, N., Othman, I. W., & Esa, M. S. (2021c). Nilai Moral dalam Sajak ‘Ke
Makam Bonda’ Oleh Usman Awang: Satu Analisis Bahasa, Nilai dan Struktur serta
Kaitannya dengan Konsep Dakwah. International Journal of Education, Psychology
and Counselling (IJEPC). Vol. 6. Issue 41. (July 2021). 76-91.
Mokhtar, S., Othman, I. W., & Thia, K. (2021a). Implementasi Konsep al-Falah dalam Aspek
Keusahawanan Islam Menurut Perspektif al-Qurtubi: Satu Analisis. International
Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6 (37), 144 - 156.
Mokhtar, S., Othman, I. W., Ationg, R., & Esa, M. S. (2021e). Implementasi Dakwah Terhadap
Etnik Sungai Di Sabah: Satu Analisis Awal. Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED), 6(40), 164 - 178.
Mokhtar, S., Othman, I. W., Moharam, M. M., & Maidin, I. (2021b). Dakwah Bil Akhlak
Kontemporari: Satu Pendekatan dalam Konsep Keusahawanan Islam. International
Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6 (37), 111 - 123.
Mokhtar, S., Ramlie, H., Januin, J., Jawing, E., & Abang Muis, A. M. R. (2022). Analisis
Persamaan dan Perbezaan Prinsip Komunikasi dalam Kitab al-Quran dan Veda.
International Journal of Education, Psychology and Counseling, 7 (45), 152-165.
Osman, A.R., Hussin, Z., & Sulaiman, A.M. (2019). Analisis Faktor Keagamaan Terhadap
Amalan Bersedekah dalam Kalangan Mahasiswa Islam: Aplikasi Teknik Fuzzy Delphi.
Jurnal al-Hikmah,11(1) 2019: 97-117.
Othman, I. W., Mokhtar, S., Maidin, I., & Moharam, M. M. (2021b). The Relevance of The
National Entrepreneurship Policy (NEP) 2030 In Meeting the Needs and Strengthening
the Country’s Entrepreneurial Ecosystem: A Snapshot. International Journal of
Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6 (37), 79 - 100.
Othman, I. W., Mokhtar, S., Tham, A., & Yong, K. (2021a). The Significance of
Entrepreneurship Education Literacy in The Era of Digital Transformation: Graduates
Volume 8 Issue 49 (March 2023) PP. 110-124
DOI 10.35631/IJEPC.849008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 124
of The Post-Pandemic Covid-19 Unemployment Crisis. International Journal of
Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6 (37), 1 - 21.
Ripin, M. N., & Mansur, N. H. (2010). Keusahawanan Menurut Perspektif al-Quran.
Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository. pp. 1-9.
Siddiqi, M. N. (1979). The Economics Enterprise in Islam. Markazi Maktaba Islami: New
Delhi.
... A distinctive and important segment of the world economy is Islamic entrepreneurship. With its roots in Islamic ideas, it aims to strike a balance between the pursuit of profit and the accomplishment of Al-Falah, a notion that denotes success in both this life and the hereafter (Mokhtar et al., 2023;Molla, 2012). Islamic entrepreneurship differs from traditional business models because of its dual purpose, which gives it a sense of meaning that goes beyond purely materialistic gain. ...
Chapter
To address the high failure rate of Muslim enterprises caused by the absence of such models, this chapter discusses the crucial importance of sustainable business models in Islamic entrepreneurship. Islamic entrepreneurship is a specific type of business endeavor that needs a special strategy because it has the dual objectives of profitability and Al-Falah (success in this life and the afterlife). The failure rate of Muslim-owned firms is greater than usual because many of them find it difficult to remain profitable while upholding Islamic ideals. To solve this problem, this chapter examines how Islamic and Halal business owners might create and employ sustainable business strategies. It goes into detail on the fundamentals of Islamic entrepreneurship, the significance of sustainable business models, and the particular difficulties experienced by Muslim-owned enterprises. The chapter emphasizes the necessity for a change to sustainable business models that agree with Islamic values by conducting a thorough analysis of the common causes of these failures. It gives Islamic and Halal company owners a manual for understanding and successfully implementing these models, resulting in enterprises that are lucrative and favorably impacting society in accordance with the principles of Al-Falah. In the chapter on future trends and prospects in Islamic entrepreneurship, it is emphasized how important innovation and technology will be in determining this future. It goes into detail on the fundamentals of Islamic entrepreneurship, the significance of sustainable business models, and the challenges faced by Muslim-owned enterprises. The chapter emphasizes the necessity for a change to sustainable business models that agree with Islamic values by conducting a thorough analysis of the common causes of these failures. It gives Islamic and Halal company owners a manual for understanding and successfully implementing these models, resulting in enterprises that are lucrative and favorably impacting society in accordance with the principles of Al-Falah. In the chapter on future trends and prospects in Islamic entrepreneurship, it is emphasized how important innovation and technology will be in determining this future.
Article
Full-text available
Discipline of communication science emerges as an academic subject in the West and is relatively slow to develop in an Islamic perspective. The Holy Book of the Quran and the Book of Veda highlights an effective approach to communication, but not much has been studied. Thus, researchers have found that the lack of knowledge in the principles of Islamic communication and Veda has resulted in his appreciation of not being thorough in life. Researchers issued several principles of communication found in the Quran and the book of Veda as a guide to the development of Muslim and Buddhist communities. This study contributed to the new findings by presenting a comparison between the principles of Islamic communication in the Quran and the principles of communication found in the Eight Noble Roads through the book Veda. Some similarities between the two forms of communication principles will be expressed in this study and based on the verses of the Quran and the terminology found in the book Veda. Some similarities between the two forms of communication principles will be highlighted in this study and based on the verses of the Quran and the terminology found in the Book of Veda. The main findings in this study are four similarities to Islamic and Buddhist communication principles as well as ten differences in the principles of communication between the two books. Thus, the findings from this study can make a new contribution to the field of communication knowledge by highlighting the significant of the principles of Islamic and Buddhist communication that are more effective in life. Researchers hope that these findings will help the Muslim community and Buddhists to be more thorough in their speech to ensure a more peaceful and harmonious society in line with the plural society in Malaysia.
Article
Full-text available
Abstrak: Bidang keusahawanan adalah pemangkin kemampatan ekonomi negara. Ekonomi yang kukuh adalah nikmat kedua yang perlu disyukuri selepas nikmat keamanan. Dalam bidang keusahawanan dan dakwah, sejak zaman dahulu, kejayaan dakwah Islam itu sentiasa berhubungan dengan sokongan ahli-ahli korporat yang berjaya dalam bidang keusahawanan, dan mereka juga terdiri dari kalangan yang aktif berdakwah. Lantaran itu, kajian ini dilakukan untuk meninjau usaha dakwah memperkasa bidang keusahawanan agar umat Islam sentiasa bermotivasi dalam bidang keusahawanan. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kualitatif melalui tinjauan perpustakaan. Dapatan tinjauan awal menunjukkan, pemahaman tuntutan dakwah Islam berkaitan dengan jihad ekonomi, ibadat zakat, amalan sedekah, pementoran, etika dan akhlak dalam perniagaan, serta melazimkan zikir dan doa harian dilihat ada hubungannya, dan dapat dikaitkan dengan aplikasi motivasi dakwah dalam bidang keusahawanan, dan ia menjadi langkah positif ke arah pembentukan usahawan-usahawan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Kata Kunci: Jihad ekonomi, motivasi dakwah dan keusahawanan, dunia korporat dan pengurusan dakwah.
Article
Full-text available
Abstrak: Dakwah adalah satu tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh setiap manusia dalam segenap sudut kehidupan. Implementasi dakwah tidak hanya tertumpu kepada sesuatu aspek bahkan ia lebih bersifat universal. Dalam konteks dakwah, terdapat aneka bentuk medium yang dapat digunakan bagi menyebarkan risalah Islam dan salah satunya adalah menerusi dakwah bil akhlak kontemporari. Pendekatan ini juga sangat sesuai untuk dilaksanakan dalam konsep keusahawanan Islam kerana ia menggambarkan peribadi seseorang usahawan itu sendiri. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat dakwah bil akhlak kontemporari seseorang usahawan dapat memenuhi konsep keusahawanan Islam serta bentuk-bentuk akhlak yang dikehendaki oleh Islam bagi seseorang usahawan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dimana al-Quran dan al-Sunnah dijadikan sebagai indikator utama penerapan nilai-nilai akhlak dalam Islam. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan dakwah bil akhlak kontemporari sangat memberikan kesan positif terhadap konsep keusahawanan Islam dengan mengaplikasikan akhlak-akhlak yang murni seperti jujur, benar, amanah, bertanggungjawab, ikhlas, menepati janji, sabar, adil, berilmu pengetahuan, bersyukur, optimis dan berserah diri kepada Allah SWT sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan bertunjangkan kepada implementasi dakwah bil akhlak kontemporari ini, seseorang usahawan itu akan mudah didekati, dipercayai dan dikunjungi oleh pelanggan seterusnya dapat memperkembangkan lagi hasil perniagaan mereka ke serata tempat.
Article
Full-text available
Aspek keusahawanan merupakan satu elemen yang menjadi rebutan dalam pekerjaan dewasa ini. Dalam mengejar kemewahan dunia, manusia seringkali terlepas pandang dengan ketentuan dan tuntutan Ilahi. Mereka harus sedar bahawa matlamat utama dalam keusahawanan bukanlah kekayaan dan kemewahan, sebaliknya rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk melihat saranan dan pandangan al-Qurtubi dalam konsep al-Falah menerusi aspek keusahawanan serta mengaitkan pandangan tersebut dengan realiti kehidupan masyarakat hari ini. Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi analisis dokumen berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan konsep al-Falah dalam bidang keusahawanan. Dapatan kajian menemui lima konsep yang telah disarankan oleh al-Qurtubi bagi merealisasikan konsep al-Falah dalam keusahawanan menurut Islam. Konsep al-Falah tersebut termasuklah al-Rizqun al-Halal, qanāᶜah, taufik, saᶜādah dan Jannah. Bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam keusahawanan ini maka kita perlu mengaplikasikan konsep al-Falah dalam setiap transaksi perniagaan yang kita jalankan sama ada dari aspek perkataan, perbuatan dan sebagainya. Pelaksanaan konsep al-Falah tersebut perlulah dilunaskan selari dan sejajar dengan kelima-lima aspek tersebut kerana tanpa adanya salah satu unsur tersebut dalam bidang keusahawanan, maka konsep al-Falah tidak akan tercapai.
Article
Full-text available
Abstrak: Kewujudan platform tuisyen menyokong untuk melahirkan kualiti pelajar yang berterusan tanpa bergantung sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun, sejak pandemik Covid-19 melanda, proses PdP terjejas walaupun menggunakan teknologi kini seperti kaedah interaktif. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti cabaran para keusahawanan tuisyen PdP dalam menggunakan kaedah interaktif. Beberapa tenaga pengajar tuisyen dipilih secara rawak sebagai instrument kajian. Hasil kajian mendapati terdapat tiga cabaran utama para keusahawanan yang juga pengajar tuisyen PdP dalam menggunakan kaedah interaktif iaitu pembelajaan kewangan, kemahiran ICT dan sosioekonomi pelajar. Oleh itu, implikasi kajian ini dapat menambahbaik kerjaya keusahawanan tuisyen PdP dalam penggunaan kaedah interaktif bagi menjamin kualiti pelajar yang berterusan mengikuti proses PdP. Hal ini juga selaras dengan misi dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia dan menepati matlamat dalam industri revolusi 4.0 yang kini sedang diusahakan oleh negara mahupun diperingkat global.
Article
Full-text available
This paper established a snapshot on the relevance of the National Entrepreneurship Policy (NEP) 2030 in meeting the needs and strengthening the country's entrepreneurial ecosystem. In this context, the focus is to identify various types of government development programmes in support of entrepreneurs, while creating a strong and competitive enterprise. Among the topics discussed were related to the significance of National Entrepreneurship Policy such as (a) cultural challenges and empower local entrepreneurs, (b) technology integration in entrepreneurship development, and (c) initiative for sustainable ecosystem. The direction of the discussion is on the country's desire to realise superior entrepreneurship thus strengthening the entrepreneurial development ecosystem. In fact, the emphasis of government programme initiatives is focused on measuring results, intensifying collaboration across ministries, agencies and industries, enhancing the ability of entrepreneurs to be resilient, competitive and global in character and preparing entrepreneurs to be catalysts of trends and markets.
Article
Full-text available
In the context of Malaysian higher education institutions and in accordance with the Industrial Revolution 4.0, all corners of the world are predicted to enter the era of mega trends in which digital transformation pervades all aspects of life, necessitating adaptation by the younger generation. This paper discusses the general knowledge and understanding of entrepreneurship education literacy in the digital transformation era. Graduates facing the post-Pandemic Covid-19 unemployment crisis is the study's primary focus. The qualitative research methodology used is based on the inaugural background, so this paper puts the research lens on a selection of contemporary issues such as emphasis on the university to expose students to have more than one skill through entrepreneurship education, which refers to (i) soft skills as the basis of economic regeneration, (ii) entrepreneurial skills with the existence of new opportunities for entrepreneurs, and (iii) relevance of E-commerce with ICT and technical skills of graduates. Meanwhile, collaboration and industry commitment indicate intense cooperation between higher education institutions, thus providing many benefits to graduates, particularly in overcoming Malaysia's graduate unemployment crisis. Emphasising the importance of universities and industry working together to increase employment opportunities and graduate marketability, among the issues of concern are (i) involvement of the industry in HEIs, (ii) CEO@Faculty Programme, and (iii) 2u2i Programme and Industrial Training Policy.
Article
Full-text available
Kepelbagaian etnik di Malaysia menunjukkan munculnya aneka adat dan budaya yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Setiap etnik mempunyai adat dan ritual tersendiri dalam kehidupan mereka sama ada ia sejajar dengan kehendak Islam ataupun sebaliknya. Sebagai seorang pendakwah, kita seharusnya menggunakan implementasi dakwah yang penuh berhikmah agar seruan Islam yang dibawa mendapat tempat di hati mereka. Salah satu dari indikator kejayaan aktiviti dakwah adalah dengan mempunyai pengetahuan awal berkaitan landskap kehidupan mereka termasuklah etnik Sungai. Walaupun jumlah populasi mereka tidaklah seramai etnik yang lain, namun tanggungjawab menyeru mereka kepada Islam tidak boleh disisihkan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat landskap kehidupan etnik Sungai, reaksi etnik Sungai terhadap ajaran Islam, faktor-faktor etnik Sungai memeluk Islam dan implementasi dakwah yang sesuai dilaksanakan terhadap etnik Sungai di Sabah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk kajian lepas berkaitan dengan etnik Sungai serta menjalankan temu bual semi sturktur terhadap sembilan individu yang berbangsa Sungai sebagai pendokong kepada fakta yang diperolehi. Dapatan kajian mendapati kaedah mendekati etnik Sungai dengan penuh hikmah seperti mendalami landskap kehidupan seharian mereka, mujadalah, dakwah bil lisan dan dakwah cAm merupakan implementasi dakwah yang berkesan. Kaedah pendekatan dakwah yang sesuai dapat menarik minat etnik Sungai untuk mendalami agama Islam dengan lebih mendalam.
Article
Full-text available
Abstrak: Rekayasa bahasa dalam sebuah sajak sangat tinggi nilainya. Adakala bahasa yang dicoretkan dalam bait-bait sajak menjurus kepada makna tersurat dan tersirat. Pengolahan makna dan maksud bahasa tersebut sebenarnya bergantung kepada kefahaman pengarang sajak dan penghayatan oleh pendengarnya. Bahasa dalam sajak sememangnya mempunyai nilai moral yang berguna buat khalayak pembaca serta memacu ke arah penerapan nilai dakwah dalam kehidupan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat nilai moral dalam sajak "Ke Makam Bonda" dari aspek bahasa, nilai dan struktur menerusi teori relevans. Selain itu, pengkaji turut melihat hubungan antara bahasa, nilai dan struktur dalam bait-bait sajak tersebut dikaitkan dengan unsur-unsur dakwah sehingga ia mendatangkan kesedaran kepada pendengar. Hasil dapatan kajian mendapati penggunaan bahasa, penerapan nilai serta penyusunan struktur yang sistematik apatah lagi diimplementasikan sajak tersebut ke genre lagu bercorakkan nasyid tradisional menambahkan lagi
Article
Full-text available
Komunikasi adalah satu elemen penting dalam kehidupan manusia. Setiap manusia sudah pasti akan melakukan komunikasi sama ada secara lisan ataupun bukan lisan. Namun, ada dalam kalangan masyarakat hari ini tidak mengendahkan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi ketika berlangsungnya komunikasi. Mereka petah berkata-kata dan bebas berbicara sehinggakan menimbulkan fitnah serta penyebaran maklumat yang tidak benar dari fakta asal. Sepertimana yang selalu diingatkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, ‘tidak pasti jangan kongsi’. Berdasarkan kepada pernyataan inilah, satu analisis prinsip komunikasi dalam al-Quran perlu dilakukan bagi menzahirkan perintah Allah dalam etika berkomunikasi khususnya kepada umat Islam. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 19 corak komunikasi yang terdapat dalam al-Quran dan pengkaji telah mengklasifikasikan prinsip komunikasi tersebut kepada dua bentuk yang utama iaitu komunikasi bi al-Lisan dan komunikasi bi al-Hal. Dengan berteraskan kepada prinsip komunikasi ini dalam kehidupan, sudah pasti masyarakat akan hidup dalam aman dan harmoni selaras dengan kehendak Allah.