Conference PaperPDF Available

Pengaruh Tiktok Terhadap Toleransi Politik dalam Kalangan Orang Muda di Malaysia

Authors:

Abstract

ABSTRAK Dewasa ini aplikasi media sosial TikTok semakin menjadi pilihan masyarakat terutamanya golongan muda dalam mendapatkan maklumat semasa. Dapatan kajian menunjukkan jumlah pengguna TikTok di Malaysia pada awal tahun 2022 adalah seramai 14.59 juta yang merangkumi pengguna berusia 18 tahun ke atas. Pengaruh TikTok yang besar digunakan sebaik mungkin oleh pelbagai pihak termasuk parti politik bagi memenuhi agenda mereka. Melihat kepada perkembangan semasa, media sosial kini juga digunakan bagi tujuan toleransi politik. Makalah ini akan melihat bagaimana TikTok diguna pakai bagi tujuan tersebut terutamanya dalam kalangan orang muda. Kajian yang dilakukan akan menggunakan kaedah analisis kandungan ke atas kandungan video di dalam akaun TikTok ahli politik, aktivis, ahli akademik, artis dan mahasiswa yang berkaitan dengan toleransi politik bagi tempoh mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2022. Hasil tinjauan awal ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang berkepentingan dalam merangka strategi untuk meningkatkan lagi toleransi politik dalam kalangan masyarakat di negara ini. Kata Kunci: Media sosial, TikTok, toleransi politik, golongan muda PENGENALAN Perkembangan teknologi dan media massa kini banyak mempengaruhi dan memberi kesan kepada gaya hidup masyarakat. Kewujudan media baharu terutamanya rangkaian media sosial yang pelbagai seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya telah menjadikan pencarian dan perkongsian maklumat dalam kalangan masyarakat telah berubah daripada medium konvensional kepada digital. Media sosial kini menjadi pilihan untuk membina perhubungan di alam maya. Ia juga digunakan untuk pencarian, penyebaran dan perkongsian maklumat yang bersifat rencam
74
006-Pengaruh Tiktok Terhadap Toleransi Politik dalam Kalangan
Orang Muda di Malaysia
*Mohamad Afzanizzam Zahran
Pusat Pengajian Generik
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
Mohd Azmir Mohd Nizah
Pusat Pengajian Generik
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai
*E-mel: ramadhan3@gmail.com
ABSTRAK
Dewasa ini aplikasi media sosial TikTok semakin menjadi pilihan masyarakat terutamanya
golongan muda dalam mendapatkan maklumat semasa. Dapatan kajian menunjukkan jumlah
pengguna TikTok di Malaysia pada awal tahun 2022 adalah seramai 14.59 juta yang
merangkumi pengguna berusia 18 tahun ke atas. Pengaruh TikTok yang besar digunakan sebaik
mungkin oleh pelbagai pihak termasuk parti politik bagi memenuhi agenda mereka. Melihat
kepada perkembangan semasa, media sosial kini juga digunakan bagi tujuan toleransi politik.
Makalah ini akan melihat bagaimana TikTok diguna pakai bagi tujuan tersebut terutamanya
dalam kalangan orang muda. Kajian yang dilakukan akan menggunakan kaedah analisis
kandungan ke atas kandungan video di dalam akaun TikTok ahli politik, aktivis, ahli akademik,
artis dan mahasiswa yang berkaitan dengan toleransi politik bagi tempoh mulai 1 Januari
hingga 30 Jun 2022. Hasil tinjauan awal ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang
berkepentingan dalam merangka strategi untuk meningkatkan lagi toleransi politik dalam
kalangan masyarakat di negara ini.
Kata Kunci: Media sosial, TikTok, toleransi politik, golongan muda
PENGENALAN
Perkembangan teknologi dan media massa kini banyak mempengaruhi dan memberi kesan
kepada gaya hidup masyarakat. Kewujudan media baharu terutamanya rangkaian media sosial
yang pelbagai seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya telah menjadikan
pencarian dan perkongsian maklumat dalam kalangan masyarakat telah berubah daripada
medium konvensional kepada digital.
Media sosial kini menjadi pilihan untuk membina perhubungan di alam maya. Ia juga
digunakan untuk pencarian, penyebaran dan perkongsian maklumat yang bersifat rencam
75
termasuklah isu seperti toleransi. Toleransi bermaksud kesanggupan secara suka rela untuk
menerima perbezaan pendapat, fahaman ataupun perlakuan. Ia juga berkaitan dengan
kesediaan untuk memberi ruang kepada kumpulan atau fahaman yang tidak disukai iaitu
termasuklah kesaksamaan jantina, etnik, perundangan, sosial dan politik (Mohd Nizah et al.,
2021). Menurut Schwartz et al (1984), toleransi politik pula boleh difahami sebagai kesediaan
untuk membenarkan ekspresi idea atau kepentingan yang ditentang oleh seseorang. Selain itu,
sarjana terdahulu juga mendapati toleransi politik mempunyai hubung kait dengan proses
pendemokrasian yang melahirkan masyarakat yang toleran dan menjadi asas pembinaan
sesebuah negara bangsa.
Statistik Digital 2022 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menggunakan 15 platform
media sosial yang berbeza untuk memenuhi pelbagai tujuan mereka. Daripada keseluruhan
platform media sosial tersebut, Whatsapp merupakan platform media sosial yang paling banyak
digunakan (93.2%) diikuti oleh Facebook (88.7%) dan Instagram (78.3%). Sebanyak 53.8%
pengguna pula menggunakan aplikasi TikTok yang merupakan yang keenam paling banyak
digunakan. (Digital 2022: Malaysia DataReportal Global Digital Insights, 2022). Laporan
yang sama turut menyatakan bahawa jumlah pengguna TikTok di Malaysia pada Januari 2022
adalah seramai 14.59 juta orang merangkumi pengguna berusia 18 tahun ke atas. Ini
memberikan indikasi bahawa media sosial tidak boleh lagi diabaikan dalam agenda harian
kehidupan peribadi dan pendapat politik rakyat (Dilon, 2020).
Berdasarkan statistik yang telah dinyatakan, ia membuktikan bahawa media sosial
menjadi pilihan utama rakyat Malaysia terutamanya orang muda dalam melakukan
perhubungan, pencarian dan perkongsian maklumat. Maka kajian ini secara khusus ingin
mengkaji sama ada aplikasi TikTok mempunyai pengaruh terhadap isu toleransi politik dalam
kalangan orang muda di Malaysia atau sebaliknya.
METODOLOGI
Sepuluh akaun TikTok telah dipilih secara khusus sebagai sampel bagi kajian ini yang terdiri
daripada lima kumpulan yang mempunyai latar belakang profesion yang berbeza iaitu ahli
politik, aktivis, ahli akademik, artis dan mahasiswa. Setiap profesion akan diwakili oleh dua
sampel (rujuk Rajah 1). Justifikasi pemilihan individu-individu di atas adalah berdasarkan
jawatan dan keterlibatan mereka dalam isu-isu semasa yang bersifat lokal, nasional dan
antarabangsa. Kajian isi kandungan video di dalam akaun TikTok sampel akan melihat kepada
elemen atau isu yang dimuatkan di dalam video tersebut, bilangan tanda suka (like) dan
bilangan komentar yang diterima.
76
Bil
Kumpulan
Nama
Profesion/Jawatan
1.
Ahli Politik
YB Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman
Ahli Parlimen Muar dan Presiden Parti
Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)
2.
YB Wan Ahmad Fahysal
Wan Ahmad Kamal
Senator Dewan Negara, Timbalan
Menteri Perpaduan Negara dan Ketua
ARMADA Parti Peribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU)
3.
Aktivis
Thomas Fann
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih
dan Adil (BERSIH 2.0)
4.
Muhammad Faisal Abdul
Aziz
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM)
5.
Ahli
Akademik
Prof. Datuk Dr.
Shamrahayu Abdul Aziz
Pensyarah Undang-Undang Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
dan Penyandang Kursi Institusi Raja-
Raja Melayu Universiti Teknologi
MARA (UiTM)
6.
Prof. Madya Dr.
Sivamurugan Pandian
Pensyarah Sosiologi Politik Universiti
Sains Malaysia (USM) dan Ahli Pemikir
Kementerian Perpaduan Negara
7.
Artis
Faizal Tahir
Penyanyi, komposer dan penerbit
8.
Harith Iskandar
Pelakon dan pelawak
9.
Mahasiswa
Muhammad Aliff Naif
Mohd Fizam
Aktivis pelajar dan Presiden Kesatuan
Mahasiswa UIAM
10.
Muhammad Noraiman
Zulkifli
Aktivis pelajar dan Eksekutif Umum
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya
(KMUM)
Rajah 1: Senarai Pemilik Akaun TikTok
HASIL DAN PERBINCANGAN
Kajian ke atas isi kandungan klip video yang dimuat naik oleh sepuluh pemilik akaun TikTok
yang dipilih bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2022 (enam bulan) melihat kepada bilangan
pengikut (follower), jumlah video yang telah dimuat naik, jumlah tanda suka (like) dan
komentar yang diterima dan tema yang diketengahkan di dalam video tersebut (rujuk Rajah 2).
Bil
Pemilik Akaun
Bilangan
Pengikut
(Follower)
Bilangan
Video
Berkaitan
dengan
Toleransi
Politik
Bilangan
Komentar
1.
YB Syed Saddiq
Syed Abdul
Rahman
787700
13
13595
77
2.
YB Wan Ahmad
Fayhsal Wan
Ahmad Kamal
21000
34
1368
3.
Thomas Fann
64
3
1
4.
Muhammad
Faisal Abdul Aziz
1166
14
174
5.
Prof. Datuk Dr.
Shamrahayu
Abdul Aziz
350
9
26
6.
Prof. Madya Dr.
Sivamurugan
Pandian
32
0
0
7.
Faizal Tahir
567600
4
246
8.
Harith Iskandar
495900
5
5407
9.
Muhammad Aliff
Naif Mohd Fizam
10
0
0
10.
Muhammad
Noraiman Zulkifli
381
0
0
JUMLAH
1874203
82
20816
Rajah 2: Maklumat Isi Kandungan Akaun TikTok Bagi Tempoh 1 Januari hingga 30 Jun
2022
Berdasarkan perincian seperti di Rajah 2, sebanyak 406 klip video telah dimuat naik oleh
10 pemilik akaun sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2022. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak 82 klip video (20.2%) adalah berkaitan dengan toleransi politik. Kajian juga
mendapati sepanjang tempoh 1 Januari sehingga 30 Jun 2022, terdapat tiga (3) pemilik akaun
yang tidak memuat naik sebarang klip video berkaitan dengan toleransi politik iaitu Prof.
Madya Sivamurugan Pandian, Muhammad Aliff Naif Mohd Fizam dan Muhammad Noraiman
Zulkifli.
Pelakon dan pelawak Harith Iskandar memperoleh bilangan tanda suka (like) yang
tertinggi bagi perkongsian videonya iaitu sebanyak 404,240 dan yang terendah ialah Prof.
Madya Sivamurugan Pandian, Muhammad Aliff Naif Mohd Fizam dan Muhammad Noraiman
Zulkifli yang tidak memperoleh tanda suka disebabkan tiada sebarang video yang dimuat naik
dalam tempoh tersebut. Kajian juga mendapati YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
mempunyai bilangan pengikut yang paling ramai sebanyak 787,700 manakala Muhammad
Aliff Naif Mohd Fizam mempunyai bilangan pengikut yang paling sedikit iaitu 10.
78
Bil
Tema
Isi Kandungan Klip
Video
Bilangan
Video
Peratus
(%)
1.
Kenegaraan
Perjuangan bangsa
Melayu dan isu asabiyah.
1
1.22
2.
Perlembagaan
Persekutuan/Parlimen
Ulasan dan pandangan ke
atas peruntukan Bahasa
Melayu, Undang-Undang
Islam dan Raja-Raja
Melayu dan isu Ketuanan
Melayu.
17
20.7
3.
Hak Asasi Manusia
Mengandungi isu pilihan
raya negeri Johor, gesaan
orang muda untuk
keluar/pulang mengundi,
isu undi 18, isu lompat
parti, isu pendidikan, hak
penduduk Asal, isu
basikal lajak, isu hem dan
marijuana bagi tujuan
perubatan, kebajikan
nelayan, gaji minimum,
peranan anak muda dan
gerakan mahasiswa.
39
47.6
4.
Perpaduan
Memaparkan sambutan
perayaan yang dihadiri
oleh pelbagai kaum seperti
Hari Raya Aidilfitri dan
Tahun Baru Cina. Turut
mengandungi kerjasama
antara parti politik
Perikatan Nasional.
14
17.1
5.
Rasuah
Memaparkan gesaan
menghapuskan rasuah
dalam kalangan ahli
politik, calon pilihan raya
dan masyarakat.
2
2.44
6.
Ekonomi
Membincangkan krisis
makanan yang dihadapi
negara, isu keselamatan
makanan (food security)
dan keadaan semasa
ekonomi dunia.
2
2.44
7.
Sukarelawan dan
Kemanusiaan
Gerakan membantu
mangsa banjir, aktiviti
sukarelawan di rumah
7
8.5
79
orang-orang tua dan usaha
memperkasakan Kawasan
Rukun Tetangga (KRT).
JUMLAH
82
100
Rajah 3: Tema Berkaitan dengan Toleransi Politik yang Dimuat Naik
Sebanyak 82 klip video yang berkaitan dengan toleransi politik telah dimuat naik oleh
pemilik akaun sepanjang tempoh pemerhatian. Isi kandungan klip video tersebut boleh
dikelaskan kepada tujuh (7) tema iaitu Kenegaraan, Perlembagaan Persekutuan/Parlimen, Hak
Asasi Manusia, Perpaduan, Rasuah, Ekonomi dan Sukarelawan/Kemanusiaan.
Tema Kenegaraan memaparkan isu Perjuangan bangsa Melayu dan isu asabiyah. Tema
Perlembagaan Persekutuan/Parlimen membincangkan isu ulasan dan pandangan ke atas
peruntukan Bahasa Melayu, Undang-Undang Islam dan Raja-Raja Melayu dan isu Ketuanan
Melayu. Manakala tema Hak Asasi Manusia menyentuh tentang isu pilihan raya negeri Johor,
gesaan orang muda untuk keluar/pulang mengundi, isu undi 18, isu lompat parti, isu
pendidikan, hak penduduk Asal, isu basikal lajak, isu hem dan marijuana bagi tujuan perubatan,
kebajikan nelayan, gaji minimum, peranan anak muda dan gerakan mahasiswa. Tema
Perpaduan pula memaparkan sambutan perayaan yang dihadiri oleh pelbagai kaum seperti Hari
Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina. Terdapat juga kerjasama antara parti politik dalam
gabungan Perikatan Nasional. Tema Rasuah memaparkan gesaan untuk menghapuskan rasuah
dalam kalangan ahli politik, calon pilihan raya dan masyarakat.Tema Ekonomi menyentuh
krisis makanan yang dihadapi negara, isu keselamatan makanan (food security) dan keadaan
semasa ekonomi dunia dan tema terakhir iaitu Sukarelawan/Kemanusiaan menyentuh tentang
gerakan membantu mangsa banjir, aktiviti sukarelawan di rumah orang-orang tua dan usaha
memperkasakan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).
Bagi pecahan klip video dan peratusan bagi setiap tema, tema Kenegaraan satu (1) video
(1.22%), Perlembagaan Persekutuan/Parlimen 17 video (20.7%), Hak Asasi Manusia 39 video
(47.6%), Perpaduan 14 video (17.1%), Rasuah dua (2) video (2.44%), Ekonomi dua (2) video
(2.44%) dan Sukarelawan/Kemanusiaan tujuh (7) video (8.5%). Berdasarkan Rajah 3, ia
menunjukkan klip video di bawah tema Hak Asasi Manusia adalah yang paling banyak dimuat
naik manakala yang paling sedikit adalah tema Kenegaraan.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, penggunaan media sosial TikTok sebagai medium
penyampaian dan perkongsian maklumat berkaitan dengan isu toleransi politik adalah rendah.
Ini selari dengan Statistik Digital 2022 yang meletakkan TikTok di tangga keenam paling
banyak digunakan di negara ini. Ini berkemungkinan disebabkan faktor kewujudan platform
media sosial lain yang lebih awal muncul seperti Facebook dan Instagram yang kedua-duanya
juga memiliki pelbagai fungsi termasuklah perkongsian video. Selain itu, kajian terdahulu
mengenai pengaruh TikTok dalam kalangan generasi muda mendapati ia banyak digunakan
bagi tujuan pengiklanan produk dan perkhidmatan. TikTok menggalakkan pengguna
80
menghasilkan dan memuat naik video pendek antara 15 hingga 60 saat, memberi peluang
kepada semua orang untuk menikmati “15 saat kemasyhuran” mereka sendiri (Green et al.,
2022). Disebabkan itu, isi kandungan atau ‘konten’ dalam kebanyakan klip video yang
dikongsi oleh majoriti generasi muda lebih banyak berlegar dalam kerangka sesuatu yang
kurang serius seperti jenaka, luahan emosi, populariti dan sebagainya. Sebaliknya isu toleransi
politik merupakan isu yang serius yang memerlukan pemahaman dan penghayatan. Kajian
lanjut berkaitan dengan penggunaan TikTok sebagai kaedah menyemai semangat toleransi
dalam kalangan masyarakat amnya dan orang muda di Malaysia khasnya adalah disarankan.
RUJUKAN
Digital 2022: Malaysia DataReportal Global Digital Insights. (2022).
https://datareportal.com/reports/digital-2022-malaysia
Dilon, C. (2020). Tiktok Influences on Teenagers and Young Adults Students: The Common
Usages of The Application Tiktok. http://asrjetsjournal.org/
Green, D., Polk, X. L., Arnold, J., Chester, C., & Matthews, J. (2022). The Rise Of TikTok: A
Case Study Of The New Social Media Giant. Case Study Management and Economics
Research Journal, 1(1), 16. https://doi.org/10.18639/MERJ.2022.9900063
Mohd Nizah, M. A., Abu Bakar, A. R., & Abdul Azzis, M. S. (2021). Model Bersepadu
Toleransi Politik. 3rd Invention, Innovation and Technology Competition (ITeC),
8(October), 3338.
Schwartz, M. A., Sullivan, J. L., Pierson, J., & Marcus, G. E. (1984). Political Tolerance and
American Democracy. Contemporary Sociology, 13(2), 213.
https://doi.org/10.2307/2068925
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Article
Full-text available
This research paper is aimed at shedding light on the use of the mobile application Tiktok, it concluded that the use of the application, has had a very little negative impact on the main target user base. The research outlines to a certain degree some difficulties in the management of the application but in comparison with similar social media applications, they appear to be few. This research has concluded that the use of the application seems to be of more concern to spectators of the users than the actual users. This research has also been able to map out the spread of Tiktok over the past 3 years and how it has become a significant participant in the role of influencers, creating an entrepreneurial possibility with its growth. This research recommends further research into the use of popular social media apps and further monitoring of the expansion of the popularity of the usages of social media apps in general.
Article
Full-text available
This path-breaking book reconceptualizes our understanding of political tolerance as well as of its foundations. Previous studies, the authors contend, overemphasized the role of education in explaining the presence of tolerance, while giving insufficient weight to personality and ideological factors. With an innovative methodology for measuring levels of tolerance more accurately, the authors are able to explain why particular groups are targeted and why tolerance is an inherently political concept. Far from abating, the degree of intolerance in America today is probably as great as it ever was; it is the targets of intolerance that have changed.
Article
The COVID-19-induced lockdowns of 2020 caused millions of people to make greater use of social media platforms, including the TikTok mobile app. With over 800 million users globally and more than $1 billion in revenues in 2020, TikTok has emerged as a major player in the world of social media content. This case study explores how TikTok can improve its positioning as a mobile app for businesses and consumers. It also analyzes TikTok as a method of disruptive marketing. Additionally, this study evaluates how TikTok became a significant platform for social influencers. By serving its customers' needs for curated and concise video content, TikTok has created digital marketing opportunities, including branding, reach, sponsorships, and influencer capabilities. This study has significance for researchers and practitioners and broadens contemporary assumptions about strategic planning for social media platforms.