Content uploaded by Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
Author content
All content in this area was uploaded by Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin on Oct 09, 2022
Content may be subject to copyright.
324
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
KEPENTINGAN ILMU DAKWAH TERHADAP PENDAKWAH
KONTEMPORARI MENURUT PERSPEKTIF MUHAMMAD
AL-GHAZALI: SATU ANALISIS
THE IMPORTANCE OF DAKWAH KNOWLEDGE TOWARDS
CONTEMPORARY PREACHERS ACCORDING TO THE PERSPECTIVE
OF MUHAMMAD AL-GHAZALI: AN ANALYSIS
Saifulazry Mokhtar1
Azmin Pullong2*
Mohd Nur Hidayat Hasbollah3
Sharifah Darmia Sharif Adam4
1 Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia,
(E-mel: saifulazry.mokhtar@ums.edu.my)
2 UiTM Cawangan Sabah, Kampus Tawau, Malaysia,
(E-mel: azminpullong@uitm.edu.my)
3 Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia,
(E-mel: mnhidayath_h@ums.edu.my @ums.edu.my)
4 Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia,
(E-mel: shdarmia@ums.edu.my)
Article history
To cite this document:
Received date
:
20-6-2022
Mokhtar, S., Pullong, A., Hasbollah, M. N. H., &
Adam, S. D. A. (2022). Kepentingan Ilmu Dakwah
Terhadap Pendakwah Kontemporari Menurut
Perspektif Muhammad Al-Ghazali: Satu Analisis.
Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED), 7(47), 324 - 337.
Revised date
:
21-6-2022
Accepted date
:
19-9-2022
Published date
:
6-10-2022
___________________________________________________________________________
Abstrak: Aktiviti dakwah adalah satu amalan mulia yang dituntut oleh Allah SWT dan
disarankan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan. Walaupun ia merupakan satu sunnah yang
sangat diutamakan, namun masyarakat seringkali memandang enteng dalam pelaksanaanya.
Sebagai seorang pendakwah yang berkaliber, beliau perlulah terlebih dahulu menyiapkan diri
dan mendalami ilmu dakwah sebelum melaksanakan tuntutan mulia tersebut serta memastikan
dakwah yang dilaksanakan tersebut tepat dan berkesan. Justeru, kajian ini dijalankan adalah
bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan ilmu dakwah terhadap pendakwah masa kini
menurut perspektif Muhammad al-Ghazali dalam Kitab Fiqh al-Sirah. Kajian ini menggunakan
kaedah analisis dokumen iaitu merujuk kepada Kitab Fiqh al-Sirah karangan Muhammad al-
Ghazali. Hasil dapatan kajian menemukan tujuh kepentingan ilmu dakwah yang harus
diketahui oleh pendakwah masa kini iaitu seseorang yang berketurunan mulia, mempunyai sifat
sabar yang tinggi, seorang yang bijak dan pintar, mempunyai sumber kewangan yang baik,
mempunyai akhlak yang mulia, bersikap peramah dan berhati luhur serta memperbanyakan
waktu muhasabah diri. Dengan mengaplikasikan kaedah dan manhaj dakwah yang disarankan
oleh Muhammad al-Ghazali sudah pasti aktiviti dakwah yang dijalankan oleh seseorang
pendakwah itu akan membuahkan hasil seperti yang diidamkan. Semoga dengan penerapan
rekayasa dakwah ini dapat dijadikan sebagai menu utama dalam landskap dakwah masa kini.
325
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
Kata Kunci: Dakwah, ilmu dakwah, kepentingan ilmu, Muhammad al-Ghazali, pendakwah
Abstract: Dakwah activity is a noble practice that is commanded by Allah SWT and it is
recommended by the Prophet PBUH to be practiced. Although it is a sunnah that is a priority,
the community often takes it lightly in its implementation. As a preacher of his caliber, he must
first prepare himself and deepen the knowledge of dakwah before carrying out the noble claim
as well as ensuring that the dakwah carried out is accurate and effective. Thus, this study is
aimed at highlighting the importance of dakwah knowledge towards the present preacher
according to the perspective of Muhammad al-Ghazali in the Book of Fiqh al-Sirah. This study
uses the method of document analysis which refers to the Book of Fiqh al-Sirah by Muhammad
al-Ghazali. The findings of the study found seven importance of dakwah knowledge that should
be known by the preacher today, namely a person who is of noble descent, has a high level of
patience, is smart and smart, has good financial resources, has good morals, is friendly and
virtuous and increases the time of self-reliance. By applying the methods and manhaj of dakwah
recommended by Muhammad al-Ghazali, it is certain that the dakwah activities carried out by
a preacher will bear fruit as desired. Hopefully, with the application of the dakwah engineering,
this can be used as the main menu in the current dakwah landscape.
Keywords: Dakwah, dakwah knowledge, importance of knowledge, Muhammad al-Ghazali,
preacher
___________________________________________________________________________
Pendahuluan
Dalam era teknologi masa kini, terdapat pelbagai platform yang dapat digunakan untuk
berhubung antara satu sama lain. Kepelbagaian dan kecanggihan aplikasi teknologi juga telah
menjadi elemen dalam menyebarkan sesuatu maklumat dengan cepat, pantas serta menjimatkan
masa. Bidang dakwah juga tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan teknologi ini sebagai
medium perantaraan risalah islamiah. Dewasa ini, peningkatan golongan agamawan yang
menggunakan aplikasi WhatsApp, Facebook, Instagram, Tik Tok dan sebagainya dalam
menyebarkan dakwah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan (Ismail, 2022). Fenomena ini
tampak lebih nyata apabila negara dilanda pandemik Covid-19 yang memaparkan keupayaan
masing-masing dalam menguasai teknologi terkini. Para pendakwah seolah-olah berlumba-
lumba dalam menjalankan aktiviti dakwah secara online tanpa memikirkan kepentingan ilmu
dakwah yang perlu mereka kuasai terlebih dahulu. Kerakusan mereka dalam meneroka
teknologi serta menyebarkan maklumat telah memberikan impak yang negatif terhadap
masyarakat, seterusnya mencalarkan nama baik bagi mereka yang bergelar ‘ustaz’. Para
pendakwah kini lebih mengejar populariti daripada menyampaikan risalah Islam kerana dakwah
dan kandungan ceramah golongan asatizah ‘segera’ dan ‘selebriti’ ini masih terbelakang dengan isu
dan permasalahan yang sering dibangkitkannya amat cetek dan tidak membina kesedaran jiwa
Muslim yang sihat (Abdul Hamid, 2020).
Pada hakikatnya, ilmu dakwah adalah suatu aset yang sangat penting dalam kelengkapan diri
seorang pendakwah. Melaksanakan dakwah tanpa mengenal dan menguasai ilmu dakwah
adalah satu perbuatan yang sia-sia. Menguasai ilmu dakwah juga menjadi intipati utama dalam
keberkesanan sesuatu dakwah yang akan dijalankan oleh seseorang. Oleh hal demikian, setiap
pendakwah perlulah terlebih dahulu mengetahui dan menguasai selok belok ilmu dakwah
sebagai panduan dalam melaksanakan aktiviti dakwah. Menurut Ismail (2015), pentingnya
seseorang Mukmin itu menuntut ilmu secara tersusun dan teratur supaya ilmu itu benar-benar
memberi kefahaman mendalam dan tidak mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.
326
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
Matlamat sebagai seorang pendakwah juga perlu dititikberatkan dalam diri kerana ia dapat
menepis segala fitnah dan thomah mereka yang ingkar dengan seruan agama. Menurut Md Arof
(2021), mengadakan program realiti TV untuk mencungkil pendakwah muda adalah antara
langkah bijak dalam persaingan dengan golongan artis pada hari ini. Namun, apa yang
membimbangkan, golongan lebih mengutamakan populariti berbanding dengan mesej dakwah
yang disampaikan. Apabila nama seseorang pendakwah tersebut telah mula meniti bibir
masyarakat, maka mereka mula meletakkan harga dalam setiap kali program yang dijalankan
(Yusoh, 2021). Oleh itu, sebagai seorang pendakwah yang mendukung tanggungjawab rasul
dan nabi seharusnya mengetahui dan menguasai ilmu dakwah secukupnya sebelum
melaksanakan tuntutan dakwah. Kepentingan ilmu dakwah terhadap para pendakwah telah
dikemukankan oleh Muhammad al-Ghazali dalam kitab karangan beliau iaitu Fiqh al-Sirah.
Justeru, pengkaji akan mengupas dan membincangkan kepentingan-kepentingan ilmu dakwah
terhadap pendakwah kontemporari sebagai rujukan asas para pendakwah sebelum terjun ke
berdakwah ke dunia nyata.
Tinjauan Literatur
Kajian mengenai pemikiran dan ketokohan Muhammad al-Ghazali telah dijalankan oleh
beberapa sarjana sejak dahulu lagi. Muhammad al-Ghazali merupakan seorang ulama dan
pemikir Islam yang terkemuka. Beliau telah banyak membicarakan isu-isu penting berkaitan
dengan kemunduran umat Islam dan cara bagaimana mengatasinya serta mengisyaratkan
bahawa krisis yang melanda umat Islam kini menerusi krisis pemikiran (Ghazali,1999). Selain
itu, terdapat juga kajian berkaitan dengan Muhammad al-Ghazali sebagai seorang pendakwah
dan konsep tajdid sebagai usaha-usaha ke arah menjiwai ilmu Islam dan membersihkannya
daripada kesilapan-kesilapan yang menyelubunginya agar ia kembali suci dan murni (Abidin,
1993) dan melihat pemikiran menerusi karya beliau yang berkaitan dengan tafsir (Iwanebe,
(2014). Terdapat juga sarjana yang menjalankan kajian terhadap konsep ibadat, ilmu
pengetahuan, kedudukan wanita, perihal al-Quran dan juga al-Sunnah (Zuhdi, 1993), sejarah
Islam, isu akidah, politik, nasionalisme dan ekonomi serta beberapa permasalahan sosial yang
sering berlaku pada umat Islam (Ismail,1993). Manakala bagi Sallehuddin, (1994) pula
mengupas serta mengulas bentuk-bentuk pemikiran Muhammad al-Ghazali yang bernilai
positif dan negatif serta penglibatan Muhammad al-Ghazali dalam gerakan dakwah yang
menyeru kepada pembinaan semula tamadun umat Islam dalam politik, ekonomi, sosial budaya
dan sebagainya.
Menurut Darwis, (2019), buku Kaifa Nafham al-Islam dikarang oleh al-Ghazali bertujuan
kerana beliau bimbang dengan kehidupan realiti umat Islam yang tidak memahami tuntutan
utama dalam ajaran Islam. Ia berdasarkan kepada merosotnya pengamalan akhlak islamiah
dalam kehidupan, hubungan sosial yang semakin rengang, keadaan politik yang tidak menentu,
masalah ekonomi yang meruncing dan sebagainya. Sebagai seorang Muslim, kita perlulah
kembali kepada fitrah asal kejadian sepertimana yang di sarankan oleh Allah SWT. Dalam
kajian yang dijalankan oleh Mokhtar dan rakan-rakan (2014) pula berkaitan dengan ketokohan
Muhammad al-Ghazali dan penglibatannya dalam bidang dakwah islamiah mendapati
Muhammad al-Ghazali merupakan tokoh pendakwah ulung antarabangsa yang cemerlang
dalam konteks menjayakan dakwah kontemporari, sama ada yang berhubungkait dengan
persediaan pendakwah, pendekatan dan juga media pelaksanaan dakwah serta masalah dakwah
dan solusi yang dapat digunapakai oleh pendakwah pada masa akan datang.
327
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
Kajian berkaitan dakwah turut dijadikan sebagai menu utama dalam menyorot literatur artikel
ini. Dalam pemerhatian yang dijalankan, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh para
sarjana berkonsepkan dakwah. Kajian dakwah menerusi bidang keusahawanan misalnya telah
dijalankan oleh Maidin dan rakan-rakan (2021) dimana ia bertujuan untuk meninjau usaha
dakwah memperkasa bidang keusahawanan agar umat Islam sentiasa bermotivasi dalam bidang
keusahawanan. Hasil dari kajian beliau mendapati pemahaman tuntutan dakwah Islam
berkaitan dengan jihad ekonomi, ibadat zakat, amalan sedekah, pementoran, etika dan akhlak
dalam perniagaan, serta melazimkan zikir dan doa harian dilihat ada hubungannya, dan dapat
dikaitkan dengan aplikasi motivasi dakwah dalam bidang keusahawanan, dan ia menjadi
langkah positif ke arah pembentukan usahawan-usahawan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Manakala dalam kajian Mokhtar dan rakan-rakan (2021a) pula membicarakan berkaitan
Dakwah Bil Akhlak Kontemporari: Satu Pendekatan Dalam Konsep Keusahawanan Islam yang
bertujuan untuk melihat dakwah bil akhlak kontemporari seseorang usahawan dapat memenuhi
konsep keusahawanan Islam serta bentuk-bentuk akhlak yang dikehendaki oleh Islam bagi
seseorang usahawan. Hasil kajian beliau mendapati pendekatan dakwah bil akhlak
kontemporari sangat memberikan kesan positif terhadap konsep keusahawanan Islam dengan
mengaplikasikan akhlak-akhlak yang murni seperti jujur, benar, amanah, bertanggungjawab,
ikhlas, menepati janji, sabar, adil, berilmu pengetahuan, bersyukur, optimis dan berserah diri
kepada Allah SWT sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa hidup
baginda.
Selain itu, terdapat juga kajian yang berkaitan dengan implementasi dakwah terhadap
masyarakat dan media kontemporari masa kini. Dalam kajian Mokhtar dan rakan-rakan (2021b)
mengupas berkaitan dengan Implementasi Dakwah terhadap Etnik Sungai di Sabah: Satu
Analisis Awal. Kajian tersebut bertujuan untuk melihat landskap kehidupan etnik Sungai, reaksi
etnik Sungai terhadap ajaran Islam, faktor-faktor etnik Sungai memeluk Islam dan
implementasi dakwah yang sesuai dilaksanakan terhadap etnik Sungai di Sabah. Hasil dapatan
tersebut menunjukkan bahawa kaedah mendekati etnik Sungai dengan penuh hikmah seperti
mendalami landskap kehidupan seharian mereka, mujadalah, dakwah bil lisan dan dakwah cAm
merupakan implementasi dakwah yang berkesan. Kaedah pendekatan dakwah yang sesuai
dapat menarik minat etnik Sungai untuk mendalami agama Islam dengan lebih mendalam.
Menerusi kajian terhadap Prospek dan Cabaran Implementasi Dakwah dalam Media
Kontemporari: Satu Analisis pula bertujuan untuk menganalisis prospek dan cabaran
implementasi dakwah menerusi media kontemporari sebagai kayu ukur kepada kejayaan
dakwah masa kini. Tahap keterbergantungan yang tinggi terhadap media massa telah memberi
satu tamparan hebat kepada para pendakwah untuk menyebarkan risalah yang benar dan
menangkis segala bentuk penyebaran maklumat palsu khususnya yang berkaitan dengan Islam
(Mokhtar & rakan-rakan, 2021c). Hasil kajian tersebut mendapati terdapat pelbagai prospek
dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pendakwah masa kini seperti menyiapkan diri mereka
dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat, menyekat kemunculan
ustaz dan ustazah ‘maggi’, kebanjiran maklumat berkaitan isu-isu agama dan sebagainya.
Kajian berkaitan dengan konsep dakwah dalam sajak turut dibahaskan oleh Mokhtar dan rakan
-rakan (2021d). Kajian tersebut bertujuan untuk melihat nilai moral dalam sajak “Ke Makam
Bonda” dari aspek bahasa, nilai dan struktur menerusi teori relevans. Selain itu, kajian tersebut
turut melihat hubungan antara bahasa, nilai dan struktur dalam bait-bait sajak tersebut dikaitkan
dengan unsur-unsur dakwah sehingga ia mendatangkan kesedaran kepada pendengar. Hasil
kajian tersebut mendapati penggunaan bahasa, penerapan nilai serta penyusunan struktur yang
sistematik apatah lagi diimplementasikan sajak tersebut ke genre lagu bercorakkan nasyid
328
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
tradisional menambahkan lagi tahap penghayatan pendengar terhadap mesej yang disampaikan.
Kesan pengadaptasian tersebut telah mendatangkan impak yang positif kepada masyarakat
sehingga ia menjadi alunan irama yang tenang di dengar dan meninggalkan kesan nasihat dan
mesej dakwah yang sangat berguna.
Selain kajian konsep dakwah dalam sajak, terdapat juga kajian berkaitan dengan Rekayasa
Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah Menerusi Kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban. Menurut Mokhtar dan rakan-rakan (2021e), kajian tersebut
bertujuan untuk melihat rekayasa dakwah dalam kalangan mahasiswa di Universiti Malaysia
Sabah menerusi kursus umum universiti iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP) dari
sudut penerimaan dakwah dan keselesaan mereka dalam menerima teguran dan nasihat. Hasil
dapatan kajian tersebut mendapati majoriti mahasiswa sangat bersetuju dengan pendekatan dan
rekayasa dakwah yang diaplikasikan oleh pensyarah dalam kursus Penghayatan Etika dan
Peradaban. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang diselitkan dengan unsur-unsur dakwah
membolehkan mahasiswa dapat menerima ilmu dengan mudah dan santai serta meninggalkan
kesan positif dalam kehidupan mereka.
Dalam kajian Hajimin dan rakan-rakan (2021) pula mengupas berkaitan dengan Gerakan
Dakwah dan Impaknya Terhadap Peningkatan Komposisi Muslim di Sabah. Kajian beliau
tersebut bertujuan mengkaji proses dakwah dan impaknya terhadap perubahan komposisi
Muslim di negeri Sabah. Hasil kajian beliau mendapati usaha dakwah yang dilakukan di Sabah
merupakan antara faktor utama kepada perubahan komposisi Muslim di Sabah. Malah ia lebih
jelas lagi pada tahun 1967 sehingga tahun 1976 di bawah gerakan dakwah Pertubuhan Islam
Seluruh Sabah (USIA) pimpinan Tun Datu Mustapha. Justeru, usaha dakwah di bawah
pimpinan Tun Datu Mustapha telah diiktiraf sebagai satu era dimana berlaku perubahan drastik
komposisi Islam daripada 38.7% pada tahun 1967 kepada 53% pada tahun 1976. Kajian
terhadap Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
Terhadap Banduan di Penjara Sandakan: Satu Tinjauan turut dijalankan oleh Mokhtar dan
rakan-rakan (2019). Kajian tersebut berobjektifkan untuk mengenal pasti pendekatan
pelaksanaan dakwah JHEAINS di Penjara Sandakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa
pendekatan dakwah yang digunakan oleh JHEAINS dan pihak Penjara Sandakan untuk
mendidik dan mentarbiah banduan ialah melalui Dacwah bi al-Nafs, Dacwah Fardiyyah,
Dacwah bi al-Ḥāl dan Dacwah al-cĀm. Strategi pelaksanaan dakwah yang dijalankan oleh
JHEAINS terhadap banduan penjara ini memberi implikasi yang besar khususnya kepada
pegawai penjara dan para pendakwah dalam menyebarkan dakwah Islamiah dalam kalangan
banduan multietnik.
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kajian analisis dokumen atau kajian ke
perpustakaan. Pengkaji merujuk kitab Fiqh al-Sirah yang digunakan sebagai data primer dalam
kajian ini. Kitab Fiqh al-sirah adalah sebuah karangan Muhammad al-Ghazali yang
membicarakan sirah dakwah yang telah ditempuhi oleh Rasulullah SAW semasa hayatnya.
Saranan dan kupasan Muhammad al-Ghazali terhadap kepentingan ilmu dakwah kepada para
pendakwah kontemporari dalam kitab tersebut dijadikan sebagai menu utama dalam kajian ini.
Idea Muhammad al-Ghazali tersebut akan dikaitkan dengan realiti kehidupan pendakwah masa
kini bagi melihat sejauh mana ilmu dakwah tersebut sesuai direalisasikan dalam landskap
dakwah. Selain itu, pengkaji turut melakukan tinjauan terhadap artikel, buku, makalah dan yang
berkaitan dengan ilmu dakwah terutama buku-buku berkaitan sirah dakwah dan Muhammad al-
Ghazali. Data-data berkaitan dengan ilmu dakwah akan dianalisis untuk melihat pemikiran
329
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
dakwah Muhammad al-Ghazali secara lebih jelas khususnya dalam kepentingan ilmu dakwah
terhadap para pendakwah kontemporari. Dengan fenomena pegangan pendakwah kini yang
seringkali terumbang ambing, maka penguasaan kepentingan ilmu dakwah perlu diaplikasikan
dalam diri pendakwah sebagai indikator untuk menggapai kejayaan dakwahnya.
Biodata Muhammad al-Ghazali
Sebelum meneruskan kupasan berkaitan pandangan Muhammad al-Ghazali terhadap
kepentingan ilmu dakwah kontemporari, terlebih dahulu kita mengenali dan mengetahui sedikit
sebanyak biodata Muhammad al-Ghazali sebagai panduan dan rujukan khalayak pembaca.
Menurut Ghazali (2001), Muhammad al-Ghazali al-Saqa telah dilahirkan pada 5 Zulhijjah
1335H bersamaan 22 September 1917 di Kampung Nakala al-cInab, daerah Ayta al-Barud di
Bahira, Mesir. Al-Ghazali telah dibesarkan dalam landskap sebuah keluarga yang sangat
berpegang teguh dengan tuntutan agama. Memandangkan kecenderungan bapanya yang terarah
bidang kesufian, beliau telah menamakan anaknya dengan Muhammad al-Ghazali sempena
mengambil nama Hujatul Islam Abu Hamid al-Ghazali. Muhammad al-Ghazali telah
menunjukkan minat dalam pendidikan sejak kecil lagi. Sejarah menunjukkan beliau sudah mula
mengukir ciri-ciri keilmuan yang unggul dengan kelebihan dan kemampuannya menghafaz al-
Quran ketika berumur 10 tahun. Beliau telah mendapat pendidikan rendah dan menengah di
kolej agama Iskandariah, Mesir. Seterusnya, beliau menyambung pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi iaitu ke Universiti al-Azhar pada tahun 1937 di Fakulti Usuluddin dalam bidang
Dakwah dan Bahasa Arab (Zainal Abidin, 1993).
Sejarah mencatatkan bahawa Muhammad al-Ghazali telah lama bergiat dalam gerakan Islam,
namun beliau tidak pernah melibatkan diri dan menganggotai dalam mana-mana pertubuhan
Islam. Namun, bermulanya tahun 1937, Muhammad al-Ghazali telah mula menceburkan diri
dengan gerakan Ikhwan al-Muslimin sebagai ahli gerakan di bawah pimpinan Syeikh Hasan al-
Banna (Ghazali, 1999). Sejak dari itu, beliau telah bergiat cergas dalam aktiviti dakwah dan
beliau banyak mengambil pemikiran, pengalaman dan didikan dari Syeikh Hasan al-Banna.
Muhammad al-Ghazali telah menyifatkan Hasan al-Banna sebagai seorang pendorong dan
pembimbingnya dalam medan dakwah. Menurut Ghazali (2001), pertama kali Muhammad al-
Ghazali berjumpa dengan Syeikh Hasan al-Banna adalah ketika beliau menjadi penuntut di
Kolej Agama Iskandariah.
Menurut Zuhdi (1993), pada tahun 1943 Muhammad al-Ghazali telah menerima ijazah Diploma
Pendidikan yang menyamai ijazah M.A dari Fakulti Bahasa Arab dan Kesusateraan, Universiti
al-Azhar dan ijazah Pengkhususan Dakwah dari Fakulti Usuluddin. Sesuai dengan
kedudukannya sebagai seorang siswazah Usuluddin, beliau telah dilantik sebagai imam dan
khatib di Masjid al-cAtabah al-Khadura’, Kaherah. Bermula dengan kedudukan tersebut,
Muhammad al-Ghazali terus menduduki dari satu jawatan ke satu jawatan di bawah
Kementerian Wakaf. Sehingga pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai ketua Pengarah
Dakwah dan Bimbingan. Kemudiannya beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Wakaf
Mesir. Dengan kecemerlangan akademik dan sahsiah yang dipamerkan, Muhammad al-Ghazali
telah dilantik sebagai seorang pendidik dan pensyarah di Universiti al-Azhar. Beberapa tahun
kemudian, beliau telah dianugerahkan gelaran profesor oleh pihak Universiti al-Azhar dan
beliau turut menerima anugerah al-Malik Faisal Award atas segala usaha cemerlang beliau
dalam bidang akademik yang diceburinya. Anugerah kewangan yang diterima daripada Award
ini telah diperuntukkan untuk memperbesarkan lagi perpustakaan peribadi di rumahnya bagi
kemudahan rujukan pakar dan ilmuan.
330
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
Menurut Ismail (1993), Muhammad al-Ghazali juga pernah menyuarakan perasaan tidak puas
hati dengan tampuk pemerintahan Mesir di suatu masa dahulu. Beliau pernah mengkritik sikap
ulama-ulama al-Azhar dan tidak menyetujui beberapa aliran al-Wahabi. Natijah dari krisis
beliau dengan pemerintah tersebut, beliau telah di penjarakan sebanyak dua kali iaitu pada tahun
1948 dan 1965. Muhammad al-Ghazali telah di penjara pada tahun 1949 di Penjara Tur,
semenanjung Sinai. Di dalam penjara ini, beliau telah bertemu dengan Yusuf al-Qardawi.
Menurut al-Qardawi, al-Ghazali pernah menjadi imam, khatib dan mengajar kami di dalam
penjara bersama-sama Sayid Sabiq (Ghazali, 2001). Beliau juga telah menjadi ketua kepada
penghuni penjara pada ketika itu setelah Bahi Khuli berpindah ke Penjara Kaherah. Pada tahun
1949 juga, Muhammad al-Ghazali telah di keluarkan dari penjara dan kalimah yang pertama
terpancar dari mulutnya ialah berdakwah untuk membela Islam dan kemuliaannya.
Ketika usia Muhammad al-Ghazali melewati akhir tujuh puluhan, beliau masih menonjolkan
kewibawaan dirinya sebagai ilmuwan Islam yang aktif, malah menjadi salah seorang pakar
rujuk ulama di Kaherah. Walaupun terdapat kritikan-kritikan terhadap sikap dan pendirian
beliau yang tidak menyenangkan, namun ia tidak pernah melumpuhkan semangat dan
keyakinan kita terhadap kredibiliti al-Ghazali dalam merealisasikan keunggulan Islam yang
dilalui oleh umat Islam dari semasa ke semasa. Menurut Ghazali (1999), Muhammad al-Ghazali
telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Riyadh, Saudi Arabia pada 9 Mac 1996,
selepas diserang sakit jantung secara mengejut ketika sedang memberi ceramah di seminar
“Islam dan Barat”, ketika berumur 78 tahun . Beliau telah di makamkan di perkuburan al-Baqic,
Madinah al-Munawarah berdekatan dengan makam anak Nabi Muhammad iaitu Ibrahim, dan
Imam Malik bin Anas. Makam beliau terletak kira-kira 15 meter daripada Masjid al-Nabawi.
Jenazah Muhammad al-Ghazali telah disembahyangkan oleh Syeikh Huzaifi di Masjid al-
Nabawi. Allah telah memuliakannya sehingga beliau di makamkan berhampiran dengan
makam nabi Muhammad SAW. Pernah seorang penggali kubur bertanya, siapakah yang
bernasib baik akan dikebumikan di tempat yang mulia berhampiran dengan Masjid Rasulullah
SAW, lalu mereka memberitahu penggali kubur tersebut bahawa orangnya ialah Muhammad
al-Ghazali (Don & Mokhtar, 2009).
Jadual 1: Ringkasan Biodata Muhammad al-Ghazali
Perkara
Huraian
Nama Penuh
Muhammad al-Ghazali (sempena nama Hujatul Islam
Abu Hamid al-Ghazali)
Gelaran
Al-Saqa’ (tempat kelahiran)
Tarikh lahir
22 September 1917 (5 Zulhijjah 1335H)
Tempat kelahiran
Kampung Nakala al-cInab, daerah Ayta al-Barud di
Bahira, Mesir
Adik beradik
7 orang, anak pertama
Keadaan keluarga
Sangat berpegang teguh dengan ajaran agama
Keupayaan
Menghafaz al-Quran ketika umur 10 tahun
Pendidikan awal
Keluarga dan belajar di kampung
Pendidikan rendah dan menengah
Kolej Agama Iskandariah, Mesir
Pendidikan tinggi
• Fakulti Usuluddin (Dakwah dan Bahasa Arab)
• Penerima Diploma Pendidikan yang menyamai M.A
dari Fakulti Bahasa Arab dan Kesusasteraan,
Universiti al-Azhar, Mesir
331
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
Pekerjaan
• Imam dan khatib di Masjid al-cAtabah al-Khadura’,
Kaherah
• Ketua Pengarah Dakwah dan Bimbingan
• Timbalan Menteri Wakaf Mesir
• Pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir
• Menjadi pensyarah pinjaman di Universiti Umm al-
Qura (Mekah)
• Pensyarah di Universiti Qatar
• Pensyarah di Universiti al-Amir cAbdul Qadir di
Algeria
• Rektor di Institut Antarabangsa Pemikiran Islam
(IIIT) (Kaherah)
• Merupakan seorang pemidato yang hebat
• Menjadi pakar rujuk ulama di Kaherah
Pengiktirafan
• Anugerah Profesor dari Universiti al-Azhar
• Anugerah Malik Faisal Award
Anak didikan
Syeikh Hassan al-Banna
Sifat
Tegas, lantang bersuara, sentiasa menyebarkan risalah
kebenaran
Cabaran yang dihadapi
Pernah dipenjara selama 2 kali (Penjara Tur dan Penjara
Kaherah)
Meninggal dunia
9 Mac 1996 (Riyadh, Saudi Arabia) kerana serangan
jantung. Jenazah di makamkan di tanah perkuburan al-
Baqic, Madinah
Sumber:Kajian Penyelidikan (2022)
Kepentingan ilmu dakwah terhadap pendakwah kontemporari
Dalam kitab Fiqh al-Sirah, Muhammad al-Ghazali telah mensasarkan beberapa kepentingan
dan keutamaan yang diperlukan oleh seseorang pendakwah masa kini. Di antara kepentingan
ilmu dakwah terhadap pendakwah masa kini adalah seperti berikut :
Seseorang yang berketurunan mulia
Aspek pertama yang ditekankan oleh Muhammad al-Ghazali terhadap kepentingan ilmu
dakwah masa kini adalah seseorang yang berketurunan mulia atau mempunyai salasilah
keluarga yang baik. Apabila seseorang pendakwah atau pemimpin masyarakat itu terdiri
daripada kalangan orang yang bersifat dan berakhlak mulia serta dihormati di dalam
masyarakat, sudah pasti apa sahaja yang akan dibicarakannya akan mendapat sambutan dan
perhatian dari masyarakat. Jika pendakwah tersebut datangnya daripada golongan orang yang
tidak begitu terkenal atau daripada keturunan yang rendah, maka sudah tentu dia kurang
mendapat sambutan malah dipandang rendah pula oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh sebab
itu, soalan yang mula-mula sekali diajukan oleh Maharaja Hercules kepada Abu Sufyan ketika
Rasulullah SAW mengutusnya dengan sepucuk surat yang bertujuan menyeru Hercules dan
kaumnya kepada agama Islam dengan katanya: “Bagaimana dengan kedudukan
keturunannya?”. Lalu Abu Sufyan pada ketika itu belum lagi memeluk Islam menjawab : “Dia
adalah daripada sebaik-baik keturunan kami”. Apabila segala soalan telah dikemukakan oleh
Hercules dan segala jawapannya telah didengar, lalu beliau terus menerangkan rahsia soalan-
soalan yang diajukan tentang diri Muhammad SAW. itu dengan katanya: “Aku bertanya kamu
tentang keturunannya, memang aku menyangka bahawa dia adalah daripada semulia-mulia
332
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
keturunan kamu. Demikianlah Allah SWT tidak akan memilih seorang nabi melainkan daripada
keluarga yang mulia dan keturunan yang baik”.
Islam sememangnya tidak pernah menilai sesuatu pekerjaan kerana mulia keturunan, akan
tetapi tidak salah sekiranya terkumpul dua kemuliaan pada diri seseorang iaitu mulia keturunan
dan mulia pula pekerjaannya. Malah dengan itu akan menjadi lebih mulia dan tersanjung serta
lebih dekat kepada kejayaan. Kepentingan ini ditekankan oleh Muhammad al-Ghazali kerana
pada kebiasaannya, masyarakat akan melihat susur galur sesebuah keluarga pendakwah terlebih
dahulu dalam menilai dan menerima apa yang akan disampaikan oleh seseorang pendakwah.
Sekiranya pendakwah tersebut bukan dari golongan yang berketurunan mulia dan baik sudah
tentu masyarakat tidak mahu mendengar dan menerima apa yang akan diserukan oleh beliau,
begitu juga sebaliknya. Bagi pendakwah yang lahir dalam kalangan mereka yang tidak
berketurunan mulia dan baik, mereka perlulah menanamkan sifat sabar yang tinggi serta sedia
menerima cemuhan masyarakat terhadapnya kerana hidayah itu milik Allah SWT.
Mempunyai sifat sabar yang tinggi
Muhammad al-Ghazali turut memberikan penekanan terhadap sifat sabar dalam setiap diri
pendakwah. Sejarah telah membuktikan bahawa ranjau kehidupan seorang pendakwah
bukanlah dihiasi dengan wangian kasturi tetapi ditaburi onak dan duri. Oleh itu, sebagai seorang
pendakwah kita seharusnya mempunyai sifat sabar yang tinggi dalam diri. Sesungguhnya
seorang pendakwah yang pernah menanggung derita keyatiman serta sengsara hidup pada masa
kecilnya akan menyebabkan dia lebih banyak mengenal erti hidup dan rasa perikemanusiaan
yang mendalam. Jiwanya penuh dengan rasa belas kasihan serta simpati terhadap anak-anak
yatim, golongan fakir dan miskin atau orang yang terseksa. Kerja-kerjanya lebih banyak
tertumpu ke arah berusaha membela nasib golongan-golongan ini agar segala bantuan dapat
disalurkan kepada mereka yang sepatutnya. Setiap pendakwah sangatlah perlu memiliki dalam
dirinya sifat perikemanusiaan yang mendalam sehingga dia dapat merasai penderitaan orang
lemah dan terlantar. Sedangkan perasaan seperti itu tidak mungkin dapat dihayati dengan
sebenarnya, seandainya dia sendiri tidak pernah mengalami dan melalui apa yang dirasai oleh
orang yang menderita.
Seorang yang bijak dan pintar
Selain itu, Muhammad al-Ghazali juga menyarankan agar seseorang pendakwah masa kini
perlu dalam kalangan mereka yang bijak dan pintar. Menurut Mokhtar dan rakan-rakan (2021b),
seorang pendakwah yang mahu menyampaikan dakwah Islam ini perlu mempunyai ilmu yang
dalam tentang Islam sebelum menyampaikan kepada pihak lain kerana ia adalah indikator
kepada kejayaan dakwah yang dijalankan. Menurut Muhammad al-Ghazali (1976) berpendapat
tidaklah layak untuk memimpin sesebuah gerakan dakwah melainkan orang yang bijak serta
pintar. Adapun orang yang bodoh dan sederhana daya fikirannya adalah tidak sesuai untuk
menduduki barisan pemimpin sama ada dalam bidang pemikiran mahupun dalam bidang
kerohanian. Bahkan sudah menjadi lumrah hidup bahawa orang yang bodoh dan berfikiran
tidak menentu serta penuh ragu-ragu dalam sikap dan pendiriannya, adalah sama sekali tidak
layak untuk menduduki kepimpinan dalam apa jua bidang sekalipun dalam kehidupan ini.
Pendapat dan pandangan Muhammad al-Ghazali tersebut jelas menunjukkan bahawa golongan
pendakwah masa kini perlulah mereka yang berada dalam kelompok orang yang bijak dan
pintar dalam menyesuaikan diri mereka ketika melaksanakan dakwah. Ini kerana, dakwah yang
dijalankan tersebut perlulah menggunakan hikmah dalam berkomunikasi, bijak mengatur kata-
kata serta memahami keadaan sekeliling dalam melaksanakan dakwah. Menurut Mokhtar dan
333
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
rakan-rakan (2021g), komunikasi dalam Islam hendaklah berlangsung secara penuh hikmah
iaitu dengan menggunakan perkataan atau perbuatan yang baik serta dapat diterima mudah oleh
penerima (komunikan). Selain itu, para pendakwah masa kini juga perlu berkomunikasi dalam
bentuk terancang dan teratur lebih mudah diterima oleh para pendengar (Mokhtar & rakan-
rakan, 2021g) serta perlu mengawal emosi dan hawa nafsu mereka dari menutur dan
mengeluarkan kata-kata yang kasar agar mesej yang disampaikan itu dapat diterima baik oleh
pendengar (Mokhtar & rakan-rakan, 2022). Dengan kebijakan dan kepintaran pendakwah
mengekploitasi dakwahnya dengan baik dan teratur, sudah tentu mereka akan menempa
kejayaan yang gemilang dlam dakwahnya.
Mempunyai sumber kewangan yang baik
Muhammad al-Ghazali turut mengutamakan sumber kewangan yang baik dalam melaksanakan
urusan dakwah. Beliau berpendapat, sebaiknya seorang pendakwah perlu bergantung hidup atas
hasil usahanya sendiri atau melalui mana-mana sumber kewangan yang baik dan mulia, bukan
dengan jalan meminta-minta dan jalan yang buruk lagi menghinakan. Sesungguhnya para
pendakwah yang benar dan mulia masing-masing melepaskan diri mereka daripada hidup di
atas hasil sedekah dan pemberian orang lain. Di mana lagi akan wujudnya kemuliaan diri
mereka di sisi masyarakat sekiranya mereka sendiri menghina diri mereka dengan melakukan
perbuatan yang hina iaitu meminta-meminta, sekalipun ia tidak dilakukan secara terbuka dan
terus terang. Oleh itu, apabila kita mendapati orang yang mendakwa dirinya sebagai pendakwah
sedangkan kerjanya adalah mengumpul kekayaan daripada harta orang dengan berbagai gaya
dan tipu helah, maka dapatlah kita simpulkan bahawa dia sebenarnya telah meletakkan dirinya
dalam kehinaan, lebih-lebih lagi pada pandangan masyarakat dan jiran tetangganya. Dia juga
termasuk dalam golongan yang mendapat kemurkaan Allah SWT.
Hal ini dapat kita lihat berdasarkah sirah para anbia suatu ketika dahulu di mana mereka
kebanyakannya adalah dalam kalangan bangsawan. Mereka menegakkan agama Allah SWT
dengan usaha hasil tangan mereka sendiri tanpa meminta ihsan dari orang lain. Dewasa ini,
terdapat juga beberapa pendakwah yang telah mengaplikasikan ilmu dakwah ini dalam kancah
dakwahnya seperti Ustaz Ebit Liew, Ustaz Tido dan sebagainya. Secara umumnya, apabila
dibuat perbandingan antara pendakwah yang mempunyai sumber kewangan yang baik dengan
mereka yang tidak mempunyai sumber kewangan yang baik sudah tentu pengikut akan lebih
tertumpu kepada golongan pendakwah yang mempunyai sumber kewangan yang baik tersebut.
Ini jelas menunjukkan bahawa, para pendakwah masa kini perlu melengkapkan diri mereka
secara keseluruhannya agar perjalanan dakwah yang dilalui tersebut menghasilkan buah yang
di idam-idamkan.
Mempunyai akhlak yang mulia
Seterusnya, Muhammad al-Ghazali turut menuntut para pendakwah kontemporari agar
memiliki akhlak yang mulia. Sesungguhnya seorang pendakwah yang lurus tingkah lakunya
serta berakhlak mulia pada masa mudanya, merupakan faktor pendorong yang amat besar bagi
kejayaannya di dalam dunia dakwah. Begitu juga dalam usahanya memperbaiki akhlak dan
memerangi kemungkaran. Ini adalah kerana tidak ada orang yang mencela dan mengkritik
kelakuannya secara peribadi di dalam masyarakat sebelum dia menjalani tugas sebagai
pendakwah. Sedangkan berapa banyak kita lihat hari ini mereka yang bangun melaksanakan
dakwah terutama dari segi pemulihan akhlak, di mana mereka menghadapi halangan dan
tentangan dari orang ramai. Ini disebabkan sebahagian besarnya berpunca daripada tingkah laku
mereka yang buruk dan budi pekerti yang tidak lurus itu disebut-sebut kembali. Malah segala
keburukan masa lalunya itu menimbulkan kecurigaan orang ramai tentang kebenaran apa yang
334
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
di bawa oleh pendakwah seperti ini. Mereka mungkin akan dituduh bahawa di sebalik dakwah
ini tersembunyi sesuatu tujuan tertentu.
Adapun seorang pendakwah yang baik budi pekerti pada masa mudanya, maka sudah tentu dia
akan selalu terhormat dan dihormati, tidak terdedah kepada celaan dan kritikan musuh tentang
masa silamnya. Musuh tidak dapat menggunakan sejarah masa lalunya untuk menyekat
kemasyhurannya dan mempengaruhi orang ramai supaya memperkecil-kecilkan dakwahnya.
Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menerima taubat orang yang benar-benar bertaubat dengan
penuh kejujuran dan keikhlasan serta bersedia menghapuskan kesalahan-kesalahan masa lalu
dengan kebajikan-kebajikan yang dilakukan sekarang. Akan tetapi orang yang seperti ini
tidaklah sama kejayaannya dalam berdakwah berbanding dengan orang yang sejarah hidupnya
baik dan lurus serta namanya harum sejak mula lagi dalam masyarakat.
Bersikap peramah dan berhati luhur
Sebagai seorang pendakwah, kita juga perlu memiliki sikap peramah dan berhati luhur dalam
diri. Muhammad al-Ghazali mengatakan bahawa pengalaman seorang pendakwah yang pernah
mengembara, suka bergaul dengan orang ramai, selalu mengambil tahu tentang keperluan,
keadaan dan masalah-masalah hidup yang dihadapi oleh mereka adalah sebesar-besar faktor
bagi kejayaan dakwahnya. Adapun orang yang bergaul dengan orang ramai melalui buku-buku
karangannya atau menerusi tulisan-tulisan rencananya sahaja, tanpa ikut bergaul secara
langsung ditengah-tengah masyarakat yang masing-masing mempunyai matlamat dan tujuan
hidup yang berbeza-beza adalah tidak sama. Golongan pendakwah seperti ini sebenarnya akan
ragu-ragu dan terumbang-ambing dalam dakwahnya. Mereka tidak akan mendapat perhatian
orang ramai, isi dakwahnya tidak didengar malah tidak diterima sama sekali. Ini kerana mereka
sebenarnya jahil akan keadaan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang
mereka dakwahkan itu. Oleh itu, siapa yang akan berdakwah kepada orang yang kuat beragama,
maka dia hendaklah bergaul dengan mereka di masjid-masjid dan majlis-majlis yang diadakan
di dalam masyarakat mereka. Sesiapa yang akan berdakwah kepada kaum buruh dan peladang,
maka hendaklah dia hidup bersama mereka di kampung-kampung dan kilang-kilang mereka,
makan bersama dan berbual mesra dengan mereka dalam masyarakatnya. Sesiapa yang hendak
memuliakan sistem pergaulan di kalangan masyarakat, maka dia harus bergaul dengan mereka
di kedai-kedai, pasar-pasar, kilang-kilang dan sebagainya.
Begitulah seterusnya mereka yang ingin mengubah suasana politik, hendaklah dia bergaul
dengan para ahli politik, mengenal pasti struktur organisasinya, mendengar ceramah-
ceramahnya, mengetahui perancangan dan strategi partinya, kemudian mempelajari lingkungan
dan persekitaran hidup masyarakatnya, mengetahui latar belakang pendidikan serta budaya
yang mereka anuti seterusnya aliran pemikiran yang mereka perjuangkan. Dengan cara
demikian akan mengetahui bagaimana sebaiknya cara untuk menghadapi mereka agar segala
yang disampaikan dapat diterima dengan senang hati. Juga dapat menggunakan pendekatan
yang sesuai sehingga tidak menimbulkan sebarang tentangan daripada mereka disebabkan
tekanan jiwa dan perasaan. Inilah sepatutnya yang ada pada seorang pendakwah dengan
memiliki pengalaman hidup, mempunyai pengetahuan yang cukup tentang urusan anggota
masyarakatnya, sehingga dapat merealisasikan firman Allah SWT “Serulah ke jalan Tuhanmu
dengan bijaksana dan nasihat-nasihat yang baik” (Al-Quran, al-Naḥl 16:125). Menurut
Mokhtar dan rakan-rakan (2021d), berdakwah tidak semestinya dilakukan secara alunan suara
bahkan ia boleh dilakukan dengan cara tanpa suara dan ini termasuk dalam konteks berdakwah
dengan cara lemah lembut atau secara hikmah. Pendekatan hikmah juga didefinisikan sebagai
percakapan yang sedikit tetapi memberi maksud yang dalam kepada penerima dakwah
335
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
(Mokhtar & rakan-rakan, 2021b) dan ia bergantung sepenuhnya kepada situasi dan keadaan
pendakwah pada masa itu (Mokhtar & rakan-rakan, 2021c).
Memperbanyakan waktu muhasabah diri
Dalam mencapai nilai kebahagiaan hidup, seseorang itu perlu kepada konsep muhasabah diri
kerana kehidupan ini hanya sementara dan tidak kekal selamanya (Mokhtar & rakan-rakan,
2021f). Memperbanyakan waktu muhasabah diri juga menjadi salah satu keperluan dalam
penguasaan ilmu dakwah (Muhammad al-Ghazali, 1976). Setiap pendakwah hendaklah dari
masa ke semasa meluangkan beberapa waktu tertentu untuk berkhalwat diri, dalam usaha
menghubungkan ruhnya dengan Allah Yang Maha Agung, serta membersihkan jiwanya
daripada kekotoran pekerti yang keji dan juga kehidupan yang berkecamuk di sekelilingnya. Di
mana usaha-usaha khalwat seperti ini mendorong pendakwah agar memperhitung dirinya
sendiri sama ada telah berlaku kecuaian dalam tugasnya menegakkan kebenaran. Ia juga
bertujuan untuk mengembalikan diri terhadap Allah SWT memohon sebarang kesalahan dan
kesilapan dalam menyebarkan risalah Islam tersebut. Pendakwah juga bimbang sekiranya
niatnya terpesong dari arah tujuan asalnya, atau tersisih daripada jalan yang bijaksana, atau
tersalah jalan, cara, metode, atau tenggelam bersama-sama masyarakat ketika melaksanakan
dakwah islamiah. Dalam dunia maya ini, sering berlakunya perbalahan dan pertelingkahan
sehingga melupakan kewajipan mengingati Allah, mendekatinya dan mengingati akhirat,
syurga dan neraka, mengingati mati dan penderitaannya dan sebagainya.
Oleh kerana itu, solat tahajjud dan qiamullail merupakan perintah wajib bagi diri Rasulullah
SAW dan suatu ibadah sunat bagi umatnya. Orang yang paling penting bagi mengutamakan
amalan sunat ini adalah para pendakwah yang menyeru orang ramai supaya kembali kepada
Allah SWT, melaksanakan hukum syariatnya serta rindukan syurganya. Sesungguhnya dalam
berkhalwat, bertahajjud dan qiamullail di malam yang hening itu mempunyai suatu kelazatan
dan kemanisan yang tidak mungkin dapat dirasai melainkan mereka yang telah dimuliakan
Allah SWT dengan melakukannya. Justeru cukuplah bagi kita untuk menerima arahan Allah
yang ditujukan kepada rasulnya. Firman Allah SWT dalam surah al-Muzammil ayat 1-7 yang
bermaksud: “Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk bersembahyang)
pada malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), iaitu seperdua atau kurangilah daripada
seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu, dan bacalah al-Quran itu perlahan-
lahan. Sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. sesungguhnya
bangun pada waktu malam yang tepat (untuk khusyuk) dan bacaan pada waktu itu lebih
berkesan”.
Kesimpulan
Dengan berpandukan kitab Fiqh al-Sirah ini, pengkaji merasakan bahawa perlunya seseorang
pendakwah itu untuk meneliti dan mengambil saripati daripada apa yang terkandung di
dalamnya. Ia bertujuan untuk melahirkan para pendakwah yang berkaliber serta menepati
perjuangan sirah Rasulullah SAW. Walaupun masa telah lama berlalu, namun sirah Rasulullah
SAW. ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’. Pendakwah seharusnya pandai
menghubungkan strategi perjuangan Rasulullah SAW dengan apa yang dilalui pada masa kini.
Secara ringkasnya, kajian sirah nabi ini adalah untuk melahirkan aspek-aspek kemanusiaan
secara keseluruhan yang tercermin dalam qudwah yang paling sempurna dan terbaik.
Umpamanya, jika anda seorang pembuka kota, ambillah pengajaran yang dilakukan oleh
Rasulullah selepas kemenangan di Badar, Hunain dan pembukaan Mekah. Sekiranya anda
mengalami kegagalan, ambillah pengajaran dalam perang Uhud yang mana baginda berada di
antara sahabatnya yang telah syahid dan mengalami kecederaan. Jika anda seorang guru,
336
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
lihatlah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah di Suffat dalam Masjid Nabawi dan jika
anda seorang pelajar, maka gambarkanlah anda berada di antara Jibrail yang menyampaikan
wahyu kepada nabi. Jika anda seorang hakim, ikutilah penyelesaian Rasulullah SAW. dalam
meletakkan Hajar al-Aswad. Dengan mengimplementasikan ilmu dakwah tersebut dalam
perjuangan, sudah tentu kejayaan dan kecemerlangan dakwah akan dikecapi. Semoga para
pendakwah kontemporari dapat menjadikan bahan ini sebagai satu usaha untuk menggapai
kegemilangan khususnya dalam gerakan dakwah yang dijalankan.
Penghargaan
Manuskrip ini diterbitkan melalui sebahagian dari dana Geran Penerbitan dari Global Academic
Excellence (M) Sdn Bhd iaitu Kod Geran TLS2109 yang bertajuk Modern Trends in Social
Sciences.
Rujukan
Al-Qur’an.
Abdul Hamid, U. R. (2020). Komentar: Pendakwah ‘Selebriti’ Dan ‘Ustaz Segera’ – Apa
Sebenarnya Peranan Mereka?. 9 Januari 2020.
https://berita.mediacorp.sg/komentar/komentar-pendakwah-selebriti-dan-ustaz-segera-
apa-sebenarnya-134021. Tarikh Capaian, 3 Julai 2022.
Darwis, M. (2019). Metode Pemahaman Islam Muḥammad al-Ghazali (Kajian Analisis Kitab
Kaifa Nafham al-Islam). Tadabbur: Jurnal Peradaban Islam.Vol. 1, No. 1, 150-170.
Don, A.G. & Mokhtar, S. (2009). Kajian Pemikiran Dakwah Muhammad al-Ghazali Kitab Fiqh
al-Sirah. Bangi: Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ghazali, M. R. (1999). Syeikh Muhammad al-Ghazali: Sejarah Hidup dan Pemikiran. Johor:
Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.
Ghazali, M. R. (2001). Tema-Tema Besar Pemikiran Muhammad al-Ghazali. Afkar-Jurnal
Akidah dan Pemikiran Islam, 2(1), 123–140.
Hajimin, M. N. H. H., Muis, A., M. R. A., Mokhtar, S., Othman, I. W., Esa, M. S., Ationg, R.,
& Hamid, J. A. (2021). Gerakan Dakwah dan Impaknya Terhadap Peningkatan Komposisi
Muslim di Sabah. International Journal of Law Government and Communication, 6 (23),
125-139.
Ismail, I. (1993). Shaykh Muhammad al-Ghazali dan Sumbangan dalam Pemikiran Islam.
Simposium Falsafah III. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi:UKM.
Ismail, M.A. (2022). Cari Ilmu Sumber Sahih. 19 Februari 2022. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/addin/2022/02/811914/cari-ilmu-sumber-sahih. Tarikh
Capaian, 3 Julai 2022.
Ismail, N. H. (2015). Pendakwah Perlu Berilmu, Bukan Berasaskan Populariti. Berita Harian.
5 Disember 2015.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2015/12/102334/pendakwah-perlu-
berilmu-bukan-berasaskan-populariti. Tarikh Capaian, 3 Julai 2022.
Iwanebe, F.Y. (2014). Paradigma dan Aktualisasi Interpretasi dalam Pemikiran Muḥammad al-
Ghazali. Hunafa: Jurnal Studia Islamika. Vol. 11, No.1, Jun 2014: 1-22.
Maidin, I., Mokhtar, S., Othman, I. W., & Moharam, M. M. (2021). Peranan Motivasi Dakwah
Dalam Bidang Keusahawanan: Satu Tinjauan Awal. International Journal of Accounting,
Finance and Business (IJAFB), 6 (37), 157 - 169.
337
Volume: 7 Issues: 47 [September, 2022] pp. 324 - 337
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED)
eISSN: 0128-1755
Journal website: www.jised.com
DOI: 10.55573/JISED.074731
Md Arof, F. (2021). Cabaran Ulama Muda dalam Berdakwah. Utusan Malaysia. 28 November
2021. https://www.utusan.com.my/gaya/agama/2021/11/cabaran-ulama-muda-dalam-
berdakwah. Tarikh Capaian, 3 Julai 2022.
Mokhtar, A.A., Choirin, M., Muhammad, Z. F., & Shahar, A.F.M. (2014). Fikrah Dakwah
Shaykh Muhammad al-Ghazali: Tumpuan dalam Kitab Fi Mawkib al-Da’wah dan Ma’a
Allah: Dirasat fi al-Da’wah wa al-Du’at. International Research Management and
Innovation Conference 2014 (IRMIC2014). 340-365.
Mokhtar, S., Hajimin, M. N. H. H., Muis, A. M. R. A., Othman, I. W., Esa, M. S., Ationg, R.,
& Lukin, S. A. (2021g). Analisis Prinsip-Prinsip Komunikasi Islam dalam Kitab Al-Quran.
International Journal of Law, Government and Communication, 6 (23), 140-156.
Mokhtar, S., Mohd Shah, M. K., Ramlie, H., Othman, I. W., Ationg, R., Esa, M. S., Marinsah,
S. A. (2021e). Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa Di Universiti
Malaysia Sabah Menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. International Journal
of Education, Psychology and Counselling, 6 (39), 178-193.
Mokhtar, S., Muda, N., Othman, I. W., & Esa, M. S. (2021d). Nilai Moral Dalam Sajak ‘Ke
Makam Bonda’ Oleh Usman Awang: Satu Analisis Bahasa, Nilai Dan Struktur Serta
Kaitannya Dengan Konsep Dakwah. International Journal of Education, Psychology and
Counseling, 6 (41),76-91.
Mokhtar, S., Othman, I. W., & Thia, K. (2021f). Implementasi Konsep al-Falah dalam Aspek
Keusahawanan Islam Menurut Perspektif al-Qurtubi: Satu Analisis. International Journal
of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6 (37), 144 - 156.
Mokhtar, S., Othman, I. W., Ationg, R., & Esa, M. S. (2021b). Implementasi Dakwah Terhadap
Etnik Sungai di Sabah: Satu Analisis Awal. Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED), 6(40), 164 - 178.
Mokhtar, S., Othman, I. W., Moharam, M. M., & Maidin, I. (2021a). Dakwah Bil Akhlak
Kontemporari: Satu Pendekatan dalam Konsep Keusahawanan Islam. International
Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6 (37), 111 - 123.
Mokhtar, S., Ramlie, H., Januin, J., Jawing, E., & Abang Muis, A. M. R. (2022). Analisis
Persamaan dan Perbezaan Prinsip Komunikasi dalam Kitab al-Quran dan Veda.
International Journal of Education, Psychology and Counseling, 7 (45), 152-165.
Mokhtar, S., Thia, K. & Ramlie, H. A. (2019). Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwan Agama
Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Terhadap Banduan di Penjara Sandakan: Satu Tinjauan.
Jurnal al-Hikmah, 11(2) 2019: 68-87.
Mokhtar, S., Thia, K., Othman, I. W. & Moharam, M. M H. (2021c). Prospek dan Cabaran
Implementasi Dakwah dalam Media Kontemporari: Satu Analisis. 5th International
Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021, 03 - 05 August 2021,
408-418. Proceedings ICTLD2021/e-ISBN 978-967-25529.
Muhammad al-Ghazali. (1976). Fiqh al-Sirah. Dar Ihya’ al-Thurath al-cArabi.
Salehuddin, M.R. (1994). Polemik Pemikiran Shaykh Muhammad al-Ghazali. Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi.
Yusoh, M. D. (2021). Fenomena Pendakwah Berbayar. Sinar Harian. 21 Jun 2021.
https://www.sinarharian.com.my/article/146568/KHAS/Pendapat/Fenomena-pendakwah-
berbayar. Tarikh Capaian, 3 Julai 2022.
Zainal Abidin, A. (1993). Isu-isu Umat Islam Menurut Pemikiran al-Shaykh Muhammad al-
Ghazali:Satu Tinjauan. Simposium Falsafah III. Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi:UKM.
Zuhdi, M. (1993). Pemikiran Syekh Muhammad al-Ghazali:Satu Tinjauan Ringkas. Simposium
Falsafah III. Fakulti Syariah, Akademik Islam, Universiti Malaya, Pantai Dalam:UM.