ArticlePDF Available

Abstract

Krisis Pandemik COVID-19 menyebabkan perubahan mendadak dan menjadi cabaran baharu terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan tinggi, termasuklah bidang Pengajian Islam. PdP dalam Pengajian Islam lebih sinonim dengan amalan PdP secara bersemuka meskipun Pendidikan 4.0 menekankan kaedah penyampaian yang transformatif dan pengaplikasian pentaksiran alternatif. Keupayaan bidang Pengajian Islam mengadaptasi ciri-ciri ini khususnya pentaksiran alternatif dianggap terhad dan kurang diyakini kerana umumnya masih ramai pensyarah yang selesa melaksanakan penilaian sumatif atau peperiksaan akhir. Artikel ini bertujuan menganalisis amalan pentaksiran alternatif dalam kursus-kursus yang ditawarkan oleh semua program prasiswazah Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia serta menganalisis bentuk-bentuk penilaian yang digunakan dalam PdP. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data dikumpulkan daripada analisis dokumen ke atas proforma kursus berdasarkan penawaran kursus pada sesi akademik 2018-2019 dan 2019-2020, kemudiannya dianalisis secara statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pentaksiran alternatif dalam pengajian Islam telah bermula pada sesi 2012-2013 namun jumlah kursusnya sangat sedikit dan tidak konsisten. Namun, dengan adanya pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dan Kerangka Pendidikan 4.0 UKM yang dilaksanakan pada tahun 2017 telah mendorong peningkatan bilangan kursus yang menggunakan penilaian berterusan pada sesi 2018-2019 dan 2019-2020. Kajian mendapati pelbagai kaedah penilaian yang memenuhi elemen Pendidikan 4.0 telah digunakan merangkumi pembelajaran berasaskan aktiviti, kerja lapangan, penulisan esei dan pembentangan, penganjuran seminar serta penggunaan teknologi digital. Hal ini menjelaskan bahawa amalan PdP Pendidikan 4.0 dalam bidang Pengajian Islam mampu dilaksanakan dan berpeluang dijalankan secara maksima khususnya dalam mengimplementasi kaedah pentaksiran alternatif yang sahih dan autentik. Ia juga memberi impak positif ke atas kemahiran insaniah pelajar dan pengalaman pembelajaran, selain mengurangkan kebergantungan pensyarah kepada peperiksaan akhir untuk mengukur hasil pembelajaran kursus.
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti
Kebangsaan Malaysia dalam mendepani Cabaran Pandemik COVID-19
Exploration of Alternative Assessment Practices in Islamic Studies at Universiti Kebangsaan
Malaysia in facing COVID-19 Pandemic
HaziyaH Hussin
najaH nadiaH amran
nur FarHana abdul raHman
‘adawiyaH ismail
zamzuri zakaria
ABSTRAK
Krisis Pandemik COVID-19 menyebabkan perubahan mendadak dan menjadi cabaran baharu terhadap amalan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di institusi pendidikan tinggi, termasuklah bidang Pengajian Islam. PdP dalam
Pengajian Islam lebih sinonim dengan amalan PdP secara bersemuka meskipun Pendidikan 4.0 menekankan kaedah
penyampaian yang transformatif dan pengaplikasian pentaksiran alternatif. Keupayaan bidang Pengajian Islam
mengadaptasi ciri-ciri ini khususnya pentaksiran alternatif dianggap terhad dan kurang diyakini kerana umumnya
masih ramai pensyarah yang selesa melaksanakan penilaian sumatif atau peperiksaan akhir. Artikel ini bertujuan
menganalisis amalan pentaksiran alternatif dalam kursus-kursus yang ditawarkan oleh semua program prasiswazah
Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia serta menganalisis bentuk-bentuk penilaian yang digunakan
dalam PdP. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data dikumpulkan
daripada analisis dokumen ke atas proforma kursus berdasarkan penawaran kursus pada sesi akademik 2018-2019
dan 2019-2020, kemudiannya dianalisis secara statistik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan
pentaksiran alternatif dalam pengajian Islam telah bermula pada sesi 2012-2013 namun jumlah kursusnya sangat
sedikit dan tidak konsisten. Namun, dengan adanya pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 dan Kerangka Pendidikan 4.0 UKM yang dilaksanakan pada tahun 2017
telah mendorong peningkatan bilangan kursus yang menggunakan penilaian berterusan pada sesi 2018-2019 dan
2019-2020. Kajian mendapati pelbagai kaedah penilaian yang memenuhi elemen Pendidikan 4.0 telah digunakan
merangkumi pembelajaran berasaskan aktiviti, kerja lapangan, penulisan esei dan pembentangan, penganjuran
seminar serta penggunaan teknologi digital. Hal ini menjelaskan bahawa amalan PdP Pendidikan 4.0 dalam bidang
Pengajian Islam mampu dilaksanakan dan berpeluang dijalankan secara maksima khususnya dalam mengimplementasi
kaedah pentaksiran alternatif yang sahih dan autentik. Ia juga memberi impak positif ke atas kemahiran insaniah
pelajar dan pengalaman pembelajaran, selain mengurangkan kebergantungan pensyarah kepada peperiksaan akhir
untuk mengukur hasil pembelajaran kursus.
Kata kunci: Pentaksiran alternative; pengajian Islam; Pendidikan 4.0; Pandemik COVID-19
ABSTRACT
The outbreak of COVID-19 pandemic has led to abrupt changes and new challenges to teaching and learning (TL)
practice at all levels of learning institutions. This includes tertiary Islamic studies courses, often associated with
face-to-face TL. This research aims to explore the implementation of TL which applies Education 4.0 characteristics
that emphasize on the use of alternative assessment. The capacity to incorporate Education 4.0 in TL practice of
Islamic studies courses is considered average. Only a few courses were adapted for the Education 4.0 characteristics
as many lecturers prefer conducting summative assessment. This study explored alternative assessment and analyzed
the different forms practised in Islamic studies courses at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) before the outbreak
of COVID-19 pandemic. This is a qualitative study using content analysis design. Data were collected from course
proforma of all courses offered for two academic sessions, 2018-2019 and 2019-2020. The data were analyzed
statistically and descriptively. The ndings show that the practice of alternative assessment in the studies courses was
initiated in the academic session 2012-2013. Yet the number of courses involved was small and inconsistent. Various
ISLĀMIYYĀT 43(1) 2021: 3 - 14
(https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2021-4301-01)
4
Islāmiyyāt 43(1(
initiatives introduced in the Malaysian Higher Education Plan for 2015-2025 and UKM Education 4.0 Framework in
2017 motivated some lecturers to apply alternative assessment in TL sessions. Additionally, various forms of alternative
assessment used by the lecturers included project-based activities, eldwork, essay writing, oral presentation, seminars
and online assessment using digital technology. This study underlines the importance of alternative assessment in
Islamic studies courses as it contributes to development of students’ generic skills and learning experience. Besides, it
reduces lecturers’ dependence on using nal examination to assess student performance for course learning outcomes.
Further, the implementation of alternative assessments portrays the exibility of Islamic studies courses in adapting to
current changes and challenges.
Keywords: Alternative assessment; Islamic studies; Education 4.0; COVID-19 pandemic
PENGENALAN
The Fourth Industrial Revolution (IR4.0) atau
Revolusi Industri 4.0 bermula pada tahun 2016
disebabkan peningkatan permintaan terhadap
automasi beserta rangkaian internet dan proses-
proses zikal yang lain, juga kemunculan sistem
berbentuk siber-zikal serta penemuan pelbagai
teknologi baharu selaras dengan perkembangan
pelbagai industri dan menjangkau peringkat
global (Mohd Fairuz 2017). Sehubungan dengan
itu, agenda Pendidikan 4.0 diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia sebagai respons terhadap
perkembangan tersebut. Pendidikan 4.0 ialah istilah
umum yang digunakan oleh ahli pendidikan untuk
mendeskripsi pelbagai cara bagi mengintegrasikan
teknologi siber dan teknologi automasi sama ada
secara zikal atau tidak ke dalam pembelajaran (Sigit
2018). Beberapa kriteria baharu digariskan dalam
pendidikan itu antaranya, menuntut kewujudan
kerangka kurikulum pengajian yang lentur dan
organik, menekankan penglibatan industri secara
aktif, penggunaan teknologi dalam pembelajaran
imersif, kemahiran abad ke-21, kaedah pengajaran
dan pembelajaran (PdP) transformatif bercirikan
eksibiliti dalam melahirkan graduan tersedia
masa hadapan yang adaptif. Ciri penting dalam
Pendidikan 4.0 juga ialah perlaksanaan pentaksiran
alternatif atau holistik. Pentaksiran alternatif
merupakan salah satu sistem pentaksiran baharu
yang digunakan untuk menilai kebolehan dan
pencapaian pelajar secara holistik dan auntentik
yang menjurus aspek “know-how” yang bukan
semata prestasi tertentu atau bukan berdasarkan
aspek penguasaan pengetahuan atau pengukuran
semasa peperiksaan. Pelajar mendemonstrasi
kebolehan mereka dalam melaksanakan tugasan dan
memperolehi maklumbalas menerusi pentaksiran
sahih, berasaskan portfolio, projek dan sebagainya.
Dalam pengajian ilmu Islam, guru menjadi
individu pusat dalam kegiatan pembelajaran
dan sumber pengetahuan di dalam kelas. Walau
bagaimanapun konteks pendidikan sekarang
menekankan pembelajaran berpusatkan pada murid.
Guru sebaliknya berfungsi sebagai fasilitator bagi
murid (Sigit 2018). Selain itu, tradisi pengajian Islam
juga bercirikan penggunaan teks ilmuan Islam klasik
dari Timur Tengah dalam Bahasa Arab di samping
pentaksiran berasaskan peperiksaan. Malahan sistem
pengajian tinggi Islam pernah dikritik dan dikatakan
mengamalkan sistem pengajian yang ketinggalan
zaman, bersifat tradisional dan tidak kondusif
dengan realiti semasa. Laporan Jabatan Pendidikan
Tinggi (2010) merumuskan beberapa isu antaranya
kurikulum pengajian tidak membantu kemahiran
teknologi maklumat, kurang menekankan aspek
keusahawanan, kurang merangsang kemahiran
komunikasi, berkiran kritis dan kreatif, bahkan
tidak membantu meningkatkan kemahiran pelajar
membaca dan memahami kitab primer yang klasik
(turath). Pelaksanaan kriteria Pendidikan 4.0 dalam
pengajian Islam khususnya di peringkat pendidikan
tinggi menghadapi dilema berkaitan kesesuaiannya
mengadaptasi ciri-ciri ini, apatah lagi IR4.0 ini
dikatakan menghakis nilai-nilai adab dan moral,
kemanusiaan dan keadilan (Banu Prasetyo & Umi
Trisyanti 2018) sedangkan nilai tersebut signikan
dalam pendidikan Islam. Ia juga dianggap merubah
paradigma tradisi pendidikan Islam seperti interaksi
akrab antara murid dengan guru yang menjadi
indikator keberhasilan proses pendidikan. Bagi
menangani isu ini, sistem pengajian tinggi Islam
perlu membuat semakan ke atas kurikulum dan
pendekatan pengajaran yang diamalkan termasuklah
bentuk pengukuran ke atas pencapaian pelajar.
Bidang Pengajian Islam di institusi pendidikan
tinggi (IPT) juga sewajarnya responsif dan proaktif
terhadap keperluan terkini pendidikan di era IR4.0
dan bersiap siaga dalam mendepani cabaran semasa
sama ada yang diduga atau tidak terduga seperti
pandemik COVID 19.
Transformasi pentaksiran merupakan satu
proses perubahan ke arah penambahbaikan PdP
(Mohd Huzaimi et al. 2020). Proses pentaksiran
penting sebagai kayu ukur keberhasilan dan
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia
5
kebolehan yang ditunjukkan ataupun dicapai oleh
pelajar. Melalui pentaksiran, objektif pembelajaran
kursus, tahap pengetahuan, kompetensi serta bakat
yang dicapai dan dipamerkan oleh pelajar dapat
diukur dan direkodkan (Gikandi et al. 2011).
Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan
menganalisis amalan pentaksiran alternatif dalam
program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan
Malaysia semasa awal pandemik COVID-19
berlaku serta menganalisis bentuk-bentuk penilaian
yang digunakan dalam PdP. Kajian ini juga
memperlihatkan keperluan pentaksiran alternatif
diamalkan dalam pengajian Islam, cabaran dalam
menjamin kesahihan dan kebolehpercayaan kaedah
pentaksiran ini.
ULASAN LITERATUR
Dalam menjelaskan tentang falsafah dan konsep
pendidikan dalam pengajian Islam, Sigit (2018)
mengemukakan ada dua makna yang dibincangkan
oleh sarjana-sarjana Muslim. Pertama, makna
yang lebih menampakkan Islam sebagai subject
matter dalam pendidikan justeru menjadikan
pendidikan sebagai proses pengalihan nilai-nilai
Islam daripada generasi tua kepada generasi muda
tanpa perlu menciptakan kondisi yang membuat
anak didik berkir kreatif dan progresif. Contohnya,
Muhammad Hamid al-Nashir dan Qullah Abdul
Qadir Darwis mendenisikan pendidikan Islam
sebagai proses pengarahan perkembangan manusia
dari aspek jasmani, akal, bahasa, tingkah laku,
dan kehidupan sosial keagamaan kepada kebaikan
yang menuju kesempurnaan. Omar Muhammad
al-Taumi al-Syaibani pula berpandangan bahawa
pendidikan Islam adalah usaha mengubah tingkah
laku individu dalam kehidupan peribadi atau
kehidupan kemasyarakatan dan kehidupan di alam
sekitarnya. Makna kedua pula lebih menempatkan
Islam sebagai perspektif dalam Pendidikan Islam. Ia
menghasilkan pendidikan sebagai suatu proses yang
menjadi sebahagian dari sistem kehidupan Islam,
bukanlah mata pelajaran yang harus diajarkan
kepada murid.
Hakikatnya, kedua-dua makna ini terpakai
dalam konteks pendidikan atau pengajian Islam
meskipun makna pertama lebih dominan dalam
sistem pendidikan negara kerana prosesnya diukur
dan ditaksir secara rasmi. Namun dari sudut
tujuan pendidikan dalam Islam, kedua-duanya
menfokuskan kepada usaha membangunkan potensi
dinamik dalam setiap diri manusia yang terletak
pada keimanan atau keyakinan, ilmu pengetahuan
(intelektual), akhlak dan pengalamannya sehingga
menjadi manusia muslim yang beriman dan
bertakwa kepada Allah SWT serta berakhlak mulia
dalam kehidupan (Sigit 2018). Bagi menentukan
tercapai atau tidak tujuan pendidikan tersebut, maka
proses pengukuran, pentaksiran dan penilaian perlu
dilakukan.
Pelaksanaan pentaksiran penting bagi mencapai
Falsafah Pendidikan Negara (Azizi & Kamisah
2018). Oleh itu, kesediaan terhadap perubahan
corak pentaksiran merupakan titik tolak kepada
transformasi pendidikan masa kini (Artika
Rasul t.th). Kesediaan pensyarah melaksanakan
pentaksiran alternatif adalah suatu elemen penting
dan ia dapat diukur melalui pengetahuan terhadap
amalan pentaksiran bilik darjah, kesedaran terhadap
kepelbagaian pelajar, reeksi, motivasi dan
pengurusan rekod (Marziah & Jamil 2014). Terdapat
dua jenis pentaksiran yang digunakan dalam proses
PdP iaitu penilaian sumatif dan formatif. Ujian
sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir
semester atau akhir tahun dengan peperiksaan atau
ujian formal. Ia adalah pentaksiran tradisional yang
dilakukan secara berasingan dan terpisah dari PdP
untuk menilai dan menghakimi tahap kejayaan
sesuatu proses yang telah sempurna dilaksanakan
(Mohd Haidzir & Norasmah 2019). Tujuan penilaian
sumatif juga adalah untuk mendapat maklumat
tentang kemajuan pelajar dan mengukur penguasaan
pelajar terhadap topik atau unit tertentu di akhir kursus
atau program. Walau bagaimanapun ujian sumatif
tidak berupaya mengukur keseluruhan pencapaian
pelajar terutamanya berkaitan pencapaian kemahiran
generik (Azizi & Kamisah 2018). Penilaian formatif
pula merujuk kepada pentaksiran yang dilaksanakan
semasa atau sepanjang proses pembelajaran dan
instruksi bagi melihat perkembangan pelajar. Guru
atau pensyarah hendaklah memberi maklumbalas
segera dalam memperbaiki pencapaian pada domain
pengetahuan, psikomotor dan afektif mengikut hasil
pembelajaran (Azizi & Kamisah 2018). Pentaksiran
sumatif dan formatif mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing. Ia boleh dilaksanakan
serentak bagi mengimbangi antara satu sama lain.
DEFINISI DAN CIRI PENTAKSIRAN ALTERNATIF
Penilaian adalah suatu proses membuat
pertimbangan dan keputusan mengenai prestasi
pelajar (dan prestasi program) bersandarkan
kepada standard tanda aras yang dinyatakan oleh
kriteria prestasi dan sasaran prestasi bagi sesuatu
hasil pembelajaran berdasarkan bukti yang telah
6
Islāmiyyāt 43(1(
diperolehi daripada proses pentaksiran (MQA
2013). Pentaksiran pula merujuk kepada kaedah
pengumpulan data langsung dan tidak langsung
serta bukti pembelajaran pelajar yang dijalankan
secara sistematik, berterusan dan berulang dengan
menggunakan sumber yang pelbagai dan berbeza.
Data yang dikumpul, dianalisis dan dibincangkan
adalah bertujuan untuk mengetahui dan memahami
secara lebih mendalam mengenai apa yang pelajar
benar-benar tahu dan mampu lakukan supaya
maklum balas dapat disampaikan untuk tujuan
menambahbaik kualiti prestasi pelajar, kemajuan
pelajar, pengajaran staf akademik dan lain-lain (MQA
2013). Ringkasnya, pentaksiran adalah suatu proses
pengukuran dan penilaian secara bersistematik yang
melibatkan aktiviti pengumpulan, penganalisisan
dan penterjemahan tentang tahap pencapaian pelajar
terhadap objektif pembelajaran.
Pentaksiran alternatif bermaksud proses
pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi
keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan
pembelajaran untuk membantu pelajar meningkatkan
kebolehan dan membuat keputusan bagi membuat
penambahbaikan proses PdP serta mencapai
matlamat dalam pembelajaran (Gipps & Stotbart
2003; Mohd Haidzir & Norasmah 2019; Mohd
Haidzir et al. 2020). Dalam konteks pendidikan di
Malaysia, ia juga dikenali sebagai penilaian atau
pentaksiran berterusan dan ia mula ditekankan
secara serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) pada tahun 2011. Keseriusan KPM dalam
pelaksanaan pentaksiran alternatif berkait rapat
dengan penekanan dan usaha mentransformasikan
pentaksiran kepada pentaksiran berpusatkan pelajar
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025 (Azizi & Kamisah 2018). Biarpun pada
awalnya pentaksiran alternatif atau berterusan ini
ditekankan untuk pelajar peringkat persekolahan,
pelaksanaan di peringkat pengajian tinggi turut
dipergiatkan sejajar dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-
2025 terutamanya apabila kajian kebolehpasaran
graduan memperlihatkan kepentingan pengukuran
pencapaian kemahiran abad ke-21 dan kemahiran
generik graduan menjadi tumpuan dan pilihan bakal
majikan dalam menawarkan pekerjaan.
Gipps dan Stotbart (2003) menjelaskan
pentaksiran alternatif merujuk kepada kaedah
pengukuran selain kaedah peperiksaan seperti
pengukuran berasaskan pilihan jawapan. Ia
juga merujuk kepada kaedah pengukuran yang
menggunakan atau berbantukan alat teknologi.
Pentaksiran alternatif juga merujuk kepada
pendekatan yang menggabungkan aspek penilaian
sebagai sebahagian proses pengajaran dan
pembelajaran. Fokus utama yang pentaksiran
alternatif ialah pengukuran kepada kebolehan
(performance) yang ditunjukkan ataupun dicapai.
Antara kosa ilmu yang berkaitan dengan pentaksiran
alternatif adalah pengukuran kebolehcapaian
(performance assessment), pengukuran autentik
(authentic assessment), pengukuran secara
langsung (direct assessment) dan penilaian portfolio
(portfolio assessment) (Gipps & Stortbart 2003;
Fatemeh 2015). Menurut Azizi & Kamisah (2018)
dan Fatemeh (2015), pentaksiran alternatif merujuk
kepada kaedah pentaksiran dalam bentuk yang
bukan konvensional. Antara ciri-cirinya adalah:
1. Ia adalah sebahagian proses pembelajaran
kerana melihat perkembangan cara pelajar
belajar dan membina konstruk pengetahuan.
2. Ia menfokuskan pada meninjau kekuatan pelajar
bagi mempertingkatkan lagi dan kelemahannya
bagi memperbaiki.
3. Ia membuka peluang pembelajaran secara
bermakna. Pelajar mengasah kebolehan
menyelesaikan masalah, pemikiran tinggi dan
kreativiti.
4. Ia menunjukkan prestasi pencapaian dan
perkembangan pelajar
5. Ia melibatkan pembuktian hasil pembelajaran
seperti produk atau projek, prestasi dan
kemahiran proses.
6. Ia melibatkan maklumbalas pensyarah/guru
serta respons pelajar terhadap maklumbalas
tersebut.
Secara khususnya, ciri-ciri pembuktian
hendaklah sah, autentik, kecukupan, semasa
dan tekal. Sah merujuk kepada pembuktian
yang dikemukakan pelajar adalah relevan bagi
menggambarkan standard dan hasil pembelajaran.
Autentik pula bermaksud pembuktian yang
dikumpulkan dan dihasilkan adalah usaha pelajar
dan keaslian hasil kerja pelajar. Ciri kecukupan pula
ialah pembuktian yang menunjukkan hasil kerja dan
kemampuan pelajar yang mengikut kriteria atau
rubrik yang ditetapkan. Pembuktian yang semasa
(real-time) menunjukkan pelajar melaksanakan
dan menyelesaikan tugasan mengikut piawaian
semasa atau masa yang ditetapkan dan tekal
merujuk kepada pembuktian ketekalan perlakuan
dan keputusan. Sekalipun pentaksir orang berbeza,
mereka memberikan penilaian dan keputusan yang
sama (Gipps & Stortbart 2003; Fatemeh 2015; Azizi
& Kamisah 2018). Berdasarkan kajian-kajian di atas
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia
7
dapat dirumuskan bahawa matlamat dan falsafah
pendidikan dalam pengajian Islam menekankan
aspek pembinaan keilmuan dan potensi. Dalam
mengukur dua aspek tersebut, suatu kaedah penilaian
yang holistik dan berterusan perlulah digunakan
oleh pendidik bagi mengenalpasti kemampuan dan
pencapaian sebenar pelajar/murid sepanjang tempoh
pembelajaran.
AMALAN PENTAKSIRAN DI FPI
Fakulti Pengajian Islam (FPI) UKM merupakan
fakulti terawal ditubuhkan bagi pengajian tinggi
Islam awam di Malaysia iaitu pada 18 Mei 1970.
Penubuhannya bertujuan menyediakan peluang
pendidikan tinggi bagi pelajar lepasan sekolah
agama yang semakin bertambah (Mohd Roslan &
Wan Mohd Tarmizi 2011). Hal ini sejajar dengan era
kebangkitan Islam di Malaysia berikutan timbulnya
kesedaran golongan Melayu pertengahan dan trend
positif terhadap pendidikan Islam untuk anak-anak,
kerana kepercayaan bahawa pendidikan agama
menjadi benteng bagi mendepani masalah sosial.
FPI menawarkan lima program Pengajian Islam
di peringkat Sarjana Muda. Program Syariah serta
Usuluddin dan Falsafah mula ditawarkan pada tahun
1970, program Pengajian Arab dan Tamadun Islam
pula pada tahun 1974 manakala program Pengajian
Dakwah dan Kepimpinan dan program Pengajian
al-Quran dan al-Sunnah pada tahun 1979 (Ahmad
Sunawari & Zaizul 2012). Dalam usia fakulti ini
yang mencecah 50 tahun, program pengajian Islam
melalui fasa-fasa perubahan yang signikan dari
segi kurikulum, pendekatan PdP dan pentaksiran
bagi mempastikan daya saing dan kerelevanan
program serta kebolehpasaran graduannya.
Perubahan yang agak ketara boleh dilihat pada
tahun 2015, bermula dengan semakan kurikulum
program prasiswazah, penglibatan industri dalam
pengajaran dan pembelajaran, program mobiliti
pelajar ke luar negara bagi pemindahan kredit, serta
PdP berteraskan Amalan Pendidikan Berimpak
Tinggi (High Impact Educational Practices-HIEP).
Dari sudut pentaksiran pula, sebagaimana
amalan dalam bidang pengajian yang lain, program-
program pengajian Islam di UKM melaksanakan
kedua-dua pentaksiran formatif dan sumatif secara
bersama. Hal ini disebabkan ketidakupayaan
ujian sumatif untuk mengukur pencapaian pelajar
secara holistik terutamanya berkaitan pencapaian
kemahiran generik (Azizi & Kamisah 2018) justeru
gabungan kedua-duanya dapat mengimbangi
kebolehpercayaan pengukuran. Beberapa bentuk
tugasan diberikan kepada pelajar seperti penulisan
esei, penyediaan poster, pembentangan, kuiz
dan ujian pertengahan semester untuk mengukur
pencapaian dalam pembelajaran. Manakala
peperiksaan akhir dengan komposisi antara 30
hingga 70 peratus (berdasarkan Perkara 4.2
Peraturan-peraturan UKM-Pengajian Sarjana Muda
2020) dijadikan amalan tradisi bagi melengkapkan
penilaian pencapaian keseluruhan pelajar. Kajian ini
mendapati pada semester kedua sesi akademik 2012-
2013 empat kursus Bahasa Arab iaitu Maharat al-
Qiraat, Maharat al-Muhadathah wa al-Khatabah,
Maharat al-Kitabah dan Maharat al-Istima’wa al-
Fahm menggunakan penilaian berterusan sebagai
alternatif kepada peperiksaan akhir. Namun, kaedah
pentaksiran ini tidak dilaksanakan secara konsisten
pada sesi-sesi akademik berikutnya. Oleh itu, kajian
ini menganalisis perkembangan amalan pentaksiran
alternatif di FPI UKM dan mengenalpasti bentuk
penilaian yang digunakan di samping melihat
beberapa aspek cabaran dalam pelaksanaan serta
faktor perubahan.
METODOLOGI
Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan
menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data
dikumpulkan daripada proforma-proforma kursus
bagi semua program Sarjana Muda Pengajian
Islam di UKM, iaitu Program Usuluddin dan
Falsafah, Syariah, Pengajian Arab dan Tamadun
Islam, Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, serta
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah. Kursus-kursus
yang tidak menggunakan peperiksaan akhir
sebagai kaedah penilaian dijadikan sebagai subjek
kajian dan dianalisis secara deskriptif statistik
bagi mendapatkan jawapan tentang tahap amalan
pentaksiran alternatif dan bentuk-bentuk pentaksiran
yang digunakan bagi mengukur pencapaian hasil
pembelajaran kursus (HPK).
Limitasi dalam kajian ini ialah kursus-kursus
yang ditawarkan oleh semua program pengajian
pada Semester 2 sesi 2018/2019 dan Semester
1 sesi 2019/2020 bagi memenuhi satu pusingan
kurikulum program pengajian. Kursus-kursus
tersebut merangkumi kursus bertaraf wajib fakulti
(WF), teras program atau wajib jabatan (WJ) dan
elektif program (LJ) sahaja, manakala kursus-kursus
dalam kategori wajib universiti tidak dimasukkan
kerana ketidakcapaian sumber data selain faktor
pemantauan perlaksanaan PdP kursus-kursus ini
diuruskan oleh fakulti atau pusat perkhidmatan lain
di UKM.
8
Islāmiyyāt 43(1(
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Hasil dapatan kajian ke atas amalan pentaksiran
alternatif bagi lima program Sarjana Muda Pengajian
Islam di UKM pada semester 2 sesi akademik 2018-
2019 dan semester 1 sesi akademik 2019-2020
adalah sebagaimana berikut:
BILANGAN KURSUS YANG MELAKSANAKAN
PENTAKSIRAN ALTERNATIF
Kursus-kursus dalam program pengajian Islam
dikategorikan kepada empat, iaitu wajib universiti,
wajib Fakulti (WF), wajib jabatan/program (WJ)
dan elektif jabatan/program (LJ). Jumlah kursus WF
adalah sama bagi semua program iaitu 12 kursus.
Jumlah kursus WJ dan LJ yang ditawarkan pada
setiap semester berbeza antara program-program
pengajian kerana bilangan kursus elektif (LJ) tidak
sama. Program-program Syariah, Usuluddin dan
Falsafah serta Pengajian Arab dan Tamadun Islam
menawarkan kursus elektif yang banyak, manakala
Pengajian al-Quran dan al-Sunnah serta Pengajian
Dakwah dan Kepimpinan menawarkan jumlah
minima sahaja. Jumlah penawaran kursus serta
bilangan kursus per program yang menggunakan
pentaksiran alternatif berbanding dengan kursus-
kursus yang melaksanakan peperiksaan akhir dapat
ditunjukkan seperti di Jadual 1.
JADUAL 1. Jumlah penawaran kursus dan perlaksanaan pentaksiran alternative
Sya – Syariah; Usul- Usuluddin & Falsafah; Arab- Pengajian Arab & Tamadun Islam; DK- Pengajian Dakwah & Kepimpinan;
QS- Pengajian al-Quran & al-Sunnah
Sumber: Proforma kursus dan Senarai penawaran kursus semester 2 2018-2019 dan semester 1 2019-2020 (PPP/B/AK01/1/06)
Status Kursus Jumlah Kursus/Jenis
pentaksiran
Sem. 2 2018/2019 Sem. 1 2019/2020
Program Pengajian Program Pengajian
Sya Usul Arab DK QS Sya Usul Arab DK QS Jumlah
WF*
(dikira 1 kali)
Jumlah penawaran 7 7 7 4 4 5 5 5 8 8 12
Kursus Taksir Alternatif 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 1
WJ Jumlah penawaran 10 6 78 8 787 7 674
Kursus Taksir Alternatif 1 2 2 1 1 0 0 2 0 1 9
LJ Jumlah penawaran 17 14 13 9 8 18 14 15 9 4 121
Kursus Taksir Alternatif 2 1 1 0 0 0 4 6 0 0 7
Jumlah Kursus Pentaksiran Alternatif 4 4 4 2 2 0 4 8 0 1 29
Kursus tunggal bertaraf WF yang melaksanakan
pentaksiran alternatif ialah PPPY1122 Maharat al-
Muhadathah wa al-Khatabah iaitu kursus sepunya
bagi semua program pada semester 2, manakala
RAJAH 1. Jumlah kursus yang melaksanakan pentaksiran alternatif mengikut program pengajian
kursus WJ pula ialah Latihan Ilmiah yang dinilai
pada semester 2. Perbandingan tahap perlaksanaan
penilaian alternatif antara program-program
ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2.
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia
9
RAJAH 2. Perbandingan perlaksanaan pentaksiran alternatif antara Program-program pengajian
Program yang paling banyak melaksanakan
penilaian alternatif ialah Pengajian Arab dan
Tamadun Islam dengan jumlah 12 kursus (22%)
daripada 54 kursus yang ditawarkan. Pencapaian
program-program lain adalah: Syariah (6.3%),
Usuluddin & Falsafah (14.8%), Pengajian Dakwah
dan Kepimpinan (4.4%), Pengajian al-Quran dan
al-Sunnah (7.9%). Secara tuntas, tahap pengamalan
pentaksiran alternatif dalam pengajian Islam di
UKM masih rendah iaitu 14% atau 29 daripada 207
kursus yang ditawarkan sama ada bertaraf WF, WJ
dan LJ. Meskipun begitu, jumlah ini menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan berbanding 4
kursus pada sesi 2012-2013 di peringkat permulaan.
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa
faktor-faktor perlaksanaan pentaksiran alternatif
adalah untuk mengurangkan kesan negatif ujian
semasa peperiksaan seperti perasaan gemuruh, stress
dan rasa cemas. Ia juga membantu guru meninjau
perkembangan pengetahuan dan potensi pelajar,
guru/pensyarah boleh mengukur keberkesanan
pengajaran, pembelajaran berpusatkan pelajar
serta penekanan kepada kebolehan/kompetensi,
kemahiran abad ke-21 dan pemikiran kognitif
aras tinggi (Azizi & Kamisah 2018). Dalam
konteks perkembangan kaedah pentaksiran di
FPI, faktor perubahan juga disebabkan oleh
inisiatif pensyarah bagi memenuhi hasrat Pelan
Pembangunan Pendidikan Tinggi (2015-2025),
impak semakan kurikulum program pengajian,
pengenalan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)
Bersepadu (iCGPA) serta hasrat universiti dan
pengalaman pensyarah dalam mentransformasikan
pengajaran dan pembelajaran aktif. Kewujudan
Kerangka Pendidikan 4.0 UKM (2017) juga menjadi
pemangkin kepada perlaksanaan ini. Berdasarkan
kerangka tersebut, ciri-ciri pentaksiran alternatif
yang perlu dilaksanakan dalam sesuatu program
pengajian adalah dengan kaedah-kaedah berikut;
kaedah pentaksiran sahih atau autentik secara
menyeluruh; kaedah pentaksiran yang selari dengan
HIEP; kaedah bukan peperiksaan dan kaedah kreatif
yang sesuai dengan taksonomi hasil pembelajaran
kursus.
BENTUK DAN KAEDAH
PENTAKSIRAN ALTERNATIF
Setiap kursus menggunakan pelbagai kaedah
dalam menilai pencapaian pelajar bagi setiap hasil
pembelajaran kursus (HPK) malah penamaan kaedah
juga rencam dan sebahagiannya bersifat umum
seperti tugasan, laporan dan projek berkumpulan
atau projek individu. Penamaan umum ini bagi
mengelak kekerapan pindaan proforma kursus tetapi
diperincikan dalam pelaksanaan. Sebahagian kecil
kursus yang lain pula memperuntukkan pemberat
atau markah bagi komitmen dan kehadiran pelajar
ke kuliah dan tutorial serta partisipasi dan tindakan
pelajar semasa proses pembelajaran (assesment on
learning). Kaedah-kaedah yang dilaksanakan dalam
29 kursus pentaksiran alternatif dikategorikan kepada
sebelas tema utama sebagaimana ditunjukkan dalam
Rajah 3.
10
Islāmiyyāt 43(1(
RAJAH 3. Taburan Kaedah-kaedah Pentaksiran Alternatif di FPI
Sumber: Proforma Kursus Semester 2 2018-2019 dan Semester 1 2019-2020
Penulisan esei merangkumi penulisan artikel,
tugasan esei, laporan atau laporan penyelidikan bagi
kursus Latihan Ilmiah. Pembentangan pula sama
ada secara peer review, forum, wacana atau seminar.
Ulasan kandungan atau teks pula dilaksanakan
dalam bentuk ulasan buku, artikel, analisis teks
atau analisis dokumentari. Kebanyakan kaedah
kuiz pula dilakukan secara atas talian menerusi
kahoot atau sistem ifolio UKM yang membolehkan
pelajar mendapat maklumbalas pencapaian mereka
seusai menjawab. Rajah 3 di atas juga menunjukkan
dua kaedah yang paling kerap dilaksanakan bagi
menilai perkembangan dan pencapaian kognitif,
psikomotor dan afektif pelajar ialah penulisan esei
dan pembentangan. Ujian dan kuiz pula digunakan
untuk mengukur pengetahuan dan penguasaan
pelajar bagi beberapa topik yang terangkum dalam
satu-satu HPK.
CABARAN PELAKSANAAN DAN
KEPERLUAN BERUBAH
Pelaksanaan pentaksiran alternatif berdepan dengan
kekangan dan cabaran tertentu seperti kesediaan
guru, sikap guru, pengetahuan pentaksiran,
peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran,
bebanan guru serta pengaruh pihak berautoriti
(Mohd Haidzir & Norasmah 2019). Dalam konteks
FPI, isu utama ialah kesediaan dan sikap guru/
pensyarah untuk berubah dan melaksanakan
pentaksiran berterusan. Hal ini dipengaruhi oleh
faktor-faktor lain contohnya pengetahuan terkini
tentang pentaksiran dan keperluan Pendidikan 4.0.
Tidak dapat dinakan bahawa amalan pentaksiran
alternatif yang dilaksanakan secara berterusan ini
memerlukan komitmen yang tinggi dan peruntukan
waktu yang banyak untuk pensyarah menilai dan
memberi maklumbalas kepada pelajar sepanjang
PdP (Artika Rasul t.th). Apatah lagi pada masa yang
sama pensyarah tersebut mempunyai tanggungjawab
pentadbiran dan kerja-kerja penyelidikan serta
khidmat kepada pihak luar (Haziyah et al. 2020).
Pengajian Islam pada abad ke 21 berdepan dengan
perkembangan internet dan teknologi baharu, data
raya, kecerdasan buatan dan elemen-elemen yang
agak asing dan berbeza dengan tradisi pengajian
Islam. Ia mengubah cara hidup, cara bekerja dan
cara berhubungan satu sama lain (M.A. Ghufron
2018). Teknologi digital dan informasi telah menjadi
basis dalam kehidupan manusia yang menyebabkan
segala hal menjadi tanpa batas dan data tidak
bersempadan (unlimited). Implikasinya, rasional
dan kebebasan berkir menjadi dasar, nilai agama,
adab dan kemanusiaan semakin menipis bahkan
generasi yang terhasil rapuh kerana tidak memiliki
mentaliti dan nilai-nilai yang kuat lalu diibaratkan
sebagai generasi strawberi (Banu Prasetyo & Umi
Trisyanti 2018). Pendidikan kini berada pada masa
pengetahuan (knowledge age) dengan percepatan
peningkatan pengetahuan yang luar biasa. Oleh yang
demikian, kurikulum pengajian Islam juga perlu
berubah bagi berperanan dalam menjaga kualiti
manusia (pengguna teknologi) bahkan proaktif
dalam menyiapkan graduan yang berkualiti, adaptif
dan mampu bersaing secara global, dan menguasai
perkembangan teknologi (Hasan et al. 2018; Banu
& Umi Trisyanti 2018). Kurikulum seharusnya
lebih mempersiapkan pelajar dengan keterampilan
dalam kemahiran belajar dan berinovasi, kemahiran
menggunakan teknologi dan media maklumat,
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia
11
bersedia ke alam pekerjaan, dan berupaya
menggunakan keterampilan kemahiran kehidupan
untuk berjaya. Gaya kegiatan pembelajaran juga
perlu disesuaikan malah bahan pembelajaran harus
memberikan bentuk yang lebih autentik agar pelajar
dididik untuk dapat berkolaborasi menciptakan
solusi, memecahkan masalah pelajaran dengan
menggunakan sumber daya informasi yang tersedia.
Hal ini kerana, menurut Etistika Yuni et. al. (2016)
pada era IR4.0 ini “pembelajaran didenisikan
sebagai proses belajar yang dibangunkan oleh
pensyarah untuk mengembangkan kreativiti berkir
yang dapat meningkatkan kemampuan pelajar dalam
mengkonstruksi pengetahuan baru sebagai upaya
untuk meningkatkan penguasaan yang baik terhadap
bahan pelajaran”. Guru/pensyarah berperanan untuk
memberikan stimulus, bimbingan, pengarahan dan
dorongan kepada pelajar agar terjadi proses belajar.
Pembelajaran dalam denisi ini bukanlah sebuah
proses pembelajaran pengetahuan, sebaliknya
proses pembentukan pengetahuan oleh pelajar
melalui prestasi kognitifnya.
Panduan Pembelajaran Abad ke 21 di
peringkat pendidikan tinggi pula menekankan
penguasaan elemen 4C bagi pelajar iaitu Critical
Thinking & Problem Solving, Communication,
Collaboration dan Creativity pada semua peringkat
pengajian dan mesti diasah setiap penjuru kehidupan,
di kolej kediaman, dewan kuliah, merentasi aktiviti
kesukarelawanan dan keusahawanan dan juga di
padang sukan (Mohd Fairuz 2017: Ab Halim &
Nur Hanani 2017). Kemahiran yang perlu ialah
kemahiran penyelesaian masalah kompleks;
kemahiran komunikasi lisan dan bertulis dengan
berkesan termasuk kompetensi banyak bahasa yang
mengangkat pelajar di arena globalisasi; kemahiran
sebagai pemimpin dan ahli pasukan yang berkesan;
kepintaran emosi sebagai kunci kejayaan hubungan
sosial dan profesional; kebijakan merebut peluang,
kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan
cadangan dan berani ambil risiko.
Sehubungan dengan itu, Sigit (2018)
mencadangkan agar para pengajar subjek pengajian
Islam berubah dengan menyesuaikan diri dengan
perubahan dan tuntutan masyarakat serta berorientasi
pada masa depan serta bersedia mendepani sebarang
implikasinya. Bertahan dengan sistem lama boleh
menyebabkan pendidikan Islam semakin tertinggal,
bahkan sekiranya membenarkan kritikan pula ia
menunjukkan bahawa pendidikan Islam kurang
responsif terhadap dinamika perubahan sosial
masyarakat. Oleh itu, tiga perkara berikut mesti
dilakukan iaitu:
Pertama, mengubah mindset lama yang
terkongkong aturan birokrasi menjadi mindset
disruptif (disruptive mindset) yang memajukan
cara-cara yang korporat (respons yang cepat, tidak
terikat waktu dan tempat) bagi menghasilkan sistem
pengurusan yang efektif dan esien. Dalam konteks
pembelajaran, pengajar perlu lebih eksibel dalam
menjalankan tugas dan fungsinya, lebih proaktif
memberikan kemudahan, bimbingan, dan mendekati
kepada pelajar; tidak terikat dengan kewangan yang
menghentikannya berinovasi; memaksimakan fungsi
media sosial sebagai alat komunikasi yang efektif,
alat bantu kerja, dan inspirasi dalam berinovasi.
Pengajar juga harus berkir solutif jika dihadapkan
masalah, di samping tidak terkejut terhadap
perubahan kerana ia telah menjadi keperluan.
Pengajar juga berkir dan bertindak secara strategik
dengan sasaran yang realistik, eksibel, kontekstual,
dan futuristik dari segi orientasi kurikulum dan
visi pendidikan Islam serta program. Kedua,
melakukan self-driving agar mampu melakukan
inovasi-inovasi sesuai dengan tuntutan era 4.0.
Bidang pengajian Islam perlu diterajui pemimpin
atau pentadbir akademik bermental good driver
yang mahu membuka diri, cepat dan tepat membaca
situasi, berintegriti, tangkas dalam bertindak,
waspada terhadap segala kemungkinan buruk,
dan mampu bekerja efektif, inovatif, dan esien.
Ketiga, merekabentuk (reshape or create) terhadap
segenap aspek di dalamnya agar selalu kontekstual
terhadap tuntutan dan perubahan. Cara lama yang
masih baik dan relevan dipertahankan dan perlu
untuk dimodikasi sesuai dengan perubahan
dan perkembangan zaman. Manakala cara atau
sistem yang tidak mungkin dipakai lagi hendaklah
diganti dengan cara dan sistem yang baru seperti
penggunaan sistem digital dan model pembelajaran
terkini dengan sepenuhnya memanfaatkan teknologi
digital (Sigit 2018). Contohnya pembelajaran
pengajian Islam dicorakkan dengan bantuan
teknologi seperti e-learning, pembelajaran teradun
(blended learning) dan ipped learning. Meskipun
begitu, dalam keghairahan meraikan Revolusi
4.0, pengajian Islam perlu komited dengan teras
pengajiannya yang berasaskan didikan tauhid,
syariah dan akhlak (Ruzman et al. 2014) dan tujuan
pendidikan dalam Islam, iaitu membentuk akhlak
mulia, menyediakan bekal kehidupan dunia dan
akhirat secara seimbang, menumbuhkan ruh ilmiah
dan memuaskan rasa ingin tahu, serta menyiapkan
pelajar dari segi profesional dan teknikal supaya
dapat mencari rezeki dalam hidup dan hidup dengan
12
Islāmiyyāt 43(1(
mulia di samping persiapan mencari rezeki dan
pemeliharaan segi-segi kemanfaatan (Sigit 2018).
Kejayaan dan kemenjadian pendidikan Islam bukan
sekadar diukur dengan kebolehgajian graduan atau
jawatan yang disandang tetapi juga keupayaannya
beradaptif, bersosialisasi, menjaga tradisi kearifan
tempatan, bermasyarakat-berbangsa, bernegara serta
menjadi sumber modal insan yang andal (reliable)
dengan pengembangan ilmu pengetahuan bagi
kesejahteraan dan kebahagiaan masyarakat secara
seimbang dan harmonis (Hasan Subekti et al. 2018).
Bagi mencapai hasrat di atas, pengukuran kursus
berdasarkan elemen kognitif yang mengandungi
hafalan fakta tanpa makna sebagaimana warisan
dari sistem pendidikan tradisional perlu diubah.
Ini kerana pencapaian pelajar tidak lagi terikat
dengan bidang pengajian dan peperiksaan semata-
mata. Kebolehlenturan kognitif amat diperlukan
agar masalah kompleks ditangani secara agresif
dan holistik bagi melahirkan pelajar dan graduan
yang berkebolehan menangani masalah kompleks.
Mereka perlu dididik agar berupaya mengumpulkan
data yang autentik dari sumber terbuka dan tanpa
terhad, mempunyai kedalaman analisis dan
pengetahuan, mengambilkira pemegang taruh yang
pelbagai dan impak penyelesaian terhadap pelbagai
aspek seperti ekonomi, persekitaran, sosial,
politik, etika, kesihatan dan kelestarian (Haziyah
et al. 2020; Afendi 2021). Sehubungan dengan itu,
pentaksiran alternatif sangat wajar dipertimbangkan
kerana ia melihat perkembangan pelajar
membina pengetahuan dan mengasah kebolehan
menyelesaikan masalah dengan pemikiran tinggi
dan kreativiti. Walau bagaimanapun, tidak semua
kursus/subjek dalam pengajian Islam perlu
melaksanakan pentaksiran alternatif atau penilaian
secara berterusan. Sebahagian nature kursus lebih
sesuai diukur dengan penilaian sumatif (peperiksaan
akhir), manakala sebahagian yang lain wajar dinilai
secara campuran antara sumatif dan formatif. Hal
ini bergantung kepada hasil pembelajaran yang
ingin dicapai dari sesuatu kursus itu selain hasil
pembelajaran program.
Kajian juga mendapati PdP bagi kursus dan
program Pengajian Islam di FPI berpotensi untuk
mencabar kelaziman dan melakukan perubahan
khususnya melalui pelaksanaan pentaksiran
alternatif malah perlaksanaannya boleh dijalankan
dalam talian. Faktor krisis pandemik Covid-19
membuka peluang kepada pensyarah untuk
meneroka dan mempertingkatkan kemahiran dalam
pengajaran dan pentaksiran dalam talian. Kesukaran
dan kekangan untuk mengadakan peperiksaan akhir
secara bersemuka disebabkan oleh pandemik ini
telah mendorong pelaksanaan penilaian berterusan
dalam kursus dan sekaligus melaksanakan pelbagai
kaedah pentaksiran alternatif. Pada semester 2
sesi akademik 2019-2020, semua kursus yang
ditawarkan oleh Program Pengajian al-Quran
dan al-Sunnah melaksanakan kaedah pentaksiran
berterusan. Malah, pengurangan yang ketara berlaku
pada bilangan kursus dalam program yang lain yang
melaksanakan pentaksiran sumatif atau peperiksaan
akhir iaitu 17 kursus (FPI 2020). Perlaksanaan
pentaksiran alternatif di fakulti ini juga menunjukkan
perkembangan yang lebih memberangsangkan
pada semester 1, sesi 2020-2021 dengan 11 kursus
sahaja yang menjalankan peperiksaan akhir atas
talian. Manakala Program Pengajian al-Quran
dan al-Sunnah dan Program Pengajian Arab dan
Tamadun Islam menggunakan kaedah pentaksiran
alternatif sepenuhnya (FPI 2021). Sungguhpun
sebilangan pelajar yang telah kembali ke kampus,
namun masih ramai yang berada di rumah masing-
masing. Faktor jarak, akses internet, keselamatan
dan kesihatan menjadikan kaedah pentaksiran
alternatif menjadi pilihan pensyarah bagi mengukur
potensi dan pencapaian pelajar. Perkembangan ini
jelas menunjukkan kemampuan program Pengajian
Islam beradaptasi secara positif dengan perubahan
dan cabaran.
KESIMPULAN
Kajian menunjukkan bahawa kaedah pentaksiran
kursus-kursus pengajian Islam di UKM telah berubah
dari pentaksiran konvensional kepada pentaksiran
alternatif walaupun kadarnya masih rendah dan
tidak seimbang antara program-program pengajian
sebelum pandemik COVID 19 berlaku. Kewujudan
pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-
2025 dan Kerangka Pendidikan 4.0 UKM pada tahun
2017 dengan kriteria-kriteria yang digariskan itu
merupakan faktor pendorong kepada perubahan ini.
Bentuk penilaian yang digunakan pula bukan sahaja
terfokus kepada pembelajaran berasaskan aktiviti,
kerja lapangan, penulisan esei dan pembentangan
sebaliknya menjangkau penganjuran seminar dan
persidangan di samping penggunaan teknologi
seperti pembikinan video dan poster, penilaian
secara atas talian. Aktiviti-aktiviti ini mencirikan
amalan pendidikan yang berimpak tinggi sejajar
dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Amalan Pentaksiran Alternatif dalam Program Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia
13
Tinggi Negara. Pelaksanaan pentaksiran alternatif
ini memberi impak positif ke atas pembangunan
kemahiran insaniah pelajar serta penglibatan mereka
secara aktif dalam pengalaman pembelajaran.
Ringkasnya, banyak lagi kursus dalam program
pengajian Islam berpotensi untuk mengimplimentasi
kaedah pentaksiran alternatif tanpa mengabaikan
ciri-ciri teras tradisi pengajian Islam. Sehubungan
dengan itu, pensyarah perlu diberi pendedahan
terhadap pelbagai teknik pentaksiran alternatif
dan diberi latihan secukupnya. Galakan daripada
pengurusan fakulti juga seperti penyediaan
kemudahan PdP, penghargaan atau pengiktirafan
boleh menjadi pendorong kepada pelaksanaan
pentaksiran alternatif bahkan kriteria-kriteria
Pendidikan 4.0 yang lain. Hasil perbincangan ini
dapat menjadi amalan terbaik yang boleh dikongsi
dengan Institusi-institusi Pendidikan Islam yang
lain dalam menambahbaik proses pengajaran dan
pembelajaran yang sedia ada.
PENGHARGAAN
Makalah ini adalah satu daripada hasil penyelidikan
di bawah Geran Penyelidikan Khas Top Down UKM:
Pengajaran dan Pembelajaran GPK-P&P-2020-009
yang bertajuk Pembinaan Model Pentaksiran
Alternatif Digital dalam Pengajian Islam.
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin. 2017.
Pendidikan Abad ke-21 dalam Kepelbagaian Budaya:
Cabaran dan Harapan. Kertas kerja Seminar Pedagogi
Antarabangsa ke 8. Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas, Kuala Lumpur. https://www.researchgate.
net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_
ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_
Harapan. Diakses pada: 19 Januari 2020.
Afendi Ahmad. 2021. Integriti, kualiti dan peperiksaan
buka-buku. Astro Awani. 11 Februari. https://www.
astroawani.com/berita-malaysia/integriti-kualiti-
dan-peperiksaan-bukabuku-282454? [akses pada 1
Mac 2021]
Ahmad Sunawari Long, Zaizul Ab. Rahman. 2012.
40 Tahun Penyelidikan Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia. International
Journal of Islamic Thought. 1: 8-18
Artika Rasul bin Sulaiman. t.t. Tahap Kesediaan Guru
Pendidikan Islam Dalam Pentaksiran Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah Rendah.
Universiti Malaysia Pahang. http://umpir.ump.edu.
my/id/eprint/26899/1/ [akses 1 Mac 2021].
Azizi Alias, Kamisah Osman. 2018. Pentaksiran
Alternatif: Pembinaan dan Pelaksanaan Rubrik
dalam Pendidikan Sains. Bangi: Penerbit UKM.
Banu Prasetyo, Umi Trisyanti. 2018. Revolusi Industri
4.0 dan tantangan perubahan sosial. Prosiding
SEMATEKSOS 3 “Strategi Pembangunan Nasional
Menghadapi Revolusi Industri 4.0”. IPTEK
Proceeding Series. 5: 22-27.
Caroline Gipps, Gordon Stobart. 2003. Alternative
Assessment. International Handbook of Educational
Evaluation. 9: 549-575. Springer Link https://link.
springer.com/chapter/10. [akses pada 1 Mac 2021].
Etistika Yuni Wijaya, Dwi Agus Sudjimat, Amat Nyoto.
2016. Transformasi pendidikan abad 21 sebagai
tuntutan pengembangan sumber daya manusia di
era global. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan
Matematika. Universitas Kanjuruhan Malang.
263-278.
Fakulti Pengajian Islam UKM. Penawaran Kursus FPI
Semester 2 2018-2019 dan Semester 1 2019-2020
(PPP/B/AK01/1/06).
Fakulti Pengajian Islam. 2020. Senarai Jadual Waktu
Peperiksaan Akhir Berjadual Fakulti (Secara Atas
Talian dan Bawa Pulang) Semester II Sesi 2019-2020
Fakulti Pengajian Islam.
Fakulti Pengajian Islam. 2021. Senarai Jadual Waktu
Peperiksaan Akhir Berjadual Fakulti (Secara Atas
Talian dan Bawa Pulang) Semester 1 Sesi 2020-2021
Fakulti Pengajian Islam.
Fatemeh Ghanavati Nasab. 2015. Alternative versus
traditional assessment. Journal of Applied Linguistics
and Language Research 2(6): 165-178.
Hasan Subekti, Mohammad Tauq, Herawati Susilo
& Ibrohim, Hadi Suwono. 2018. Mengembangkan
literasi informasi melalui belajar berbasis kehidupan
terintegrasi STEM untuk menyiapkan calon guru
sains dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0:
revieu literature. Education and Human Development
Journal. 3(1): 81-90.
Haziyah Hussin, Najah Nadiah Amran, Zamzuri
Zakaria, Nur Farhana Abdul Rahman, ‘Adawiyah
Ismail, Md. Nor Abdullah& Salamiah Ab. Ghani.
2020. Perlaksanaan Pentaksiran Alternatif dalam
Program Sarjana Muda Pengajian Islam di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Kertas Kerja dibentangkan
dalam Kongres & Pertandingan Inovasi Pengajaran
dan Pembelajaran Persidangan (KNovasi) di Hotel
Tenera, Bangi, 5-6 Februari 2020.
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementeria Pengajian Tinggi.
2010. Hala Tuju Pengajian Islam di Malaysia. Bangi:
Penerbit UKM.
Joyce Gikandi. 2011. Achieving meaningful online
learning through effective formative assessment. In
Changing Demands, Changing Directions, edited
by G. Williams, P. Statham, N. Brown, B. Cleland.
Proceedings ascilite Hobart 2011, pp. 452-454.
14
Islāmiyyāt 43(1(
M.A. Ghufron. 2018. Revolusi Industri 4.0: tantangan,
peluang dan solusi bagi dunia pendidikan. Seminar
Nasional dan Diskusi Panel Multidisiplin Hasil
Penelitian & Pengabdian kepada Masyarakat, Jakarta,
2 Ogos 2018.
Malaysia Qualication Agency. 2013. Garis Panduan
Amalan Baik: Penilaian Pelajar. Selangor: Agensi
Kelayakan Malaysia. www.mqa.gov.my
Maziah Mohamad, Jamil Ahmad. 2014. Kesediaan
pensyarah mentranformasi pentaksiran program
prauniversiti: Satu Analisis faktor. Sains Humanika
2(4): 107-113.
Mohd Fairuz Mohd Yusof. 2017. Revolusi
Perindustrian Keempat / Industri 4.0 / IR 4.0. http://
mohdfairuzmohdyusof.blogspot.com/2017/11/
industri-40-ir-40-revolusi.html [akses pada 8/2/2020]
Mohd Haidzir Yusof@Jusoh & Norasmah Othman. 2019.
Isu dan permasalahan pentaksiran alternatif dalam
sistem penilaian di Malaysia. E-prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor. 337-349.
Mohd Huzaimi Abdul Manap, Zolkepli Haron &
Norasmah Othman. 2020. Penilaian Pelaksanaan
Program Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah
(PASR) di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Integrasi.
Jurnal Pendidikan Malaysia 45(1) Isu Khas: 9-16.
Mohd Roslan Mohd Nor & Wan Mohd Tarmizi Wan
Othman. 2011. Sejarah dan Perkembangan Pendidikan
Islam di Malaysia. Jurnal at-Ta’dib 6(1): 59-78.
Ruzman Md Noor, Rahimin Affandi Abd. Rahim,
Muhammad Kamil Abd Majid, Abdul Karim Ali, Nor
Adina Abdul Kadir, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar &
Norhidayah Yusof. 2014. Peranan Institut Pengajian
Tinggi Islam dalam pembangunan modal insan di
Malaysia: Satu analisis. Jurnal Kemanusiaan 12(1):
1-20.
Sigit Priatmoko. 2018. Memperkuat eksistensi pendidikan
Islam di era 4.0. TA’LIM Jurnal Studi Pendidikan
Islam 1(2): 1-19.
PENGARANG
Haziyah Hussin
Pusat Kajian Al-Quran & Al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
haziyah@ukm.edu.my
Najah Nadiah Amran
Pusat Kajian Al-Quran & Al-Sunnah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
najah@ukm.edu.my
Nur Farhana Abdul Rahman
Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
nfarhana@ukm.edu.my
‘Adawiyah Ismail
Pusat Kajian Dakwah & Kepimpinan
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
ada@ukm.edu.my
Zamzuri Zakaria
Pusat Kajian Syariah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
zamz@ukm.edu.my
... Antara elemen penting di dalam agenda Pendidikan 4.0 ialah pelaksanaan pentaksiran secara alternatif atau holistik (Hussin et al., 2020). Transformasi pentaksiran merupakan salah satu proses perubahan yang bertujuan untuk meningkatkan PdP (Abdul Manap et al., 2020). ...
... Ini menjelaskan penggunaan PdP 4.0 boleh dilaksanakan dan mempunyai potensi untuk dilaksanakan secara maksima, terutamanya dengan melaksanakan kaedah pentaksiran alternatif yang sahih dan boleh dipercayai. Ia juga meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dan pengalaman pembelajaran mereka serta mengurangkan keperluan pendidik untuk peperiksaan akhir untuk menilai hasil pembelajaran sesuatu program (Hussin et al., 2020). Secara asasnya, terdapat dua peranan utama penggunaan AI dalam pentaksiran: (i) menyediakan pemarkahan automatik dan (ii) meramal prestasi pelajar. ...
... Kesediaan dan sikap para pendidik memainkan peranan penting dalam melaksanakan pentaksiran alternatif ini kerana ianya memerlukan komitmen yang tinggi dan menuntut masa yang lama untuk mereka membuat penilaian serta memberikan maklumbalas kepada para pelajar semasa proses PdP berjalan (Hussin et al., 2020). Selain itu, dengan kurangnya pemahaman tentang pengetahuan asas mengenai AI, pendidik tidak dapat menggunakan sepenuhnya teknologi AI dalam pembelajaran, pengajaran serta penilaian. ...
Article
Full-text available
This article is a concept paper that discusses the challenges in using artificial intelligence to assess student performance in the 21st century. 21st century skills emphasize four learning skills namely creativity, critical thinking, collaboration and communication. This is in line with the goals of the Malaysian Education Development Plan (PPPM2013-2025) as well as the National Education Philosophy, the Malaysian Ministry of Education has introduced digital learning to provide relevant and quality education in preparation for producing students with high marketability and soft skills. Artificial intelligence (AI) is one of the elements emphasized in digital learning. Educators and students need to be prepared and skilled in applying AI technology to facilitate the teaching and learning process. However, there are several challenges faced by educators in realizing the use of AI, especially to assess student performance, including concerns about academic integrity, trust and authenticity. In addition, issues of privacy, data security and ethical regulations as well as the commitment and skills of educators are also discussed. Concerns about bias and lack of human factors in AI technology as well as accessibility and adaptation of curriculum and the lack of AI research studies in the field of education (AIEd) are also challenges in the implementation of AI. In addition, this article also comments on suggestions for improvements that can be made in facing and overcoming the challenges faced to sustain the use of AIEd in accordance with the aspirations of 21st century skills.
... To address this issue, the Islamic higher education system needs to review its curriculum and the teaching approaches adopted, including the means for measuring students' achievement. The field of Islamic studies in higher education institutions (HEIs) is also appropriately responsive and proactive to the latest educational needs in the IR4.0 era; it is prepared to face current challenges, whether anticipated or unforeseen, such as the COVID 19 pandemic (Hussin et al., 2021). The question that arises is the extent of the student's readiness to deal with the issue and how their potential can be harnessed to change their learning needs. ...
... The word comes from an act performed in assessment, where the teacher or lecturer as evaluator sits with the student and undertakes a process akin to the lecturer "doing" with the student and for the student and not to the student . Therefore, this assessment can be understood as a process performed by lecturers/teachers with students and is a systematic measurement and evaluation process that involves the activities of collection, analysis, and translating of a student's achievement level of learning objectives (Hussin et al., 2021). Alternatives to this assessment can be the variety used in the standardized appraisal process, also known as authentic, continuous, performance, and portfolio appraisal (Simonson et al., 2000). ...
... Another qualitative content analysis was conducted by Hussin et al (2021) on the performances of courses for all Bachelor of Islamic Studies programs at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). The study found that the forms and practices used include activity-based learning, fieldwork, essay writing and presentation, seminar organization, and the use of digital technology. ...
... Background of Study Online learning is not something new in the institutions of higher learning in Malaysia. However, when the Covid-19 pandemic struck, almost all courses at the university had to take place entirely online (Hussin et al., 2021). The courses of Islamic Education in public universities in Malaysia are compulsory in all programs of study, whether in the fields of science and technology, management sciences or social sciences. ...
... For Islamic education courses, lecturers found it difficult to teach students the movement of daily prayers and Quranic verses recitation (Nursyahidin et al., 2021, Yusuf et al., 2020. A study by Hussin et al (2021) found that the values of Islamic faith and morality were difficult to be instilled by the lecturers while students faced some difficulties understanding the lesson. Nevertheless, students were found not to ask teachers because of social stigma and low levels of self-efficacy toward online communication (Chung et al., 2020). ...
... The implementation of alternative assessment has a positive impact on the development of students' soft skills as well as their involvement actively in the learning experience [11]. Indirectly, this contributes to better results in students assessment. ...
Article
Full-text available
The Covid‐19 pandemic has led to widespread education institute closures and a shift to online learning. This situation has created significant challenges for students in terms of learning approach. This study compares polytechnic student’s achievement after transitioning from face‐to‐face to online learning because of the pandemic. The data analysis used both quantitative and qualitative measures. Data of student’s results from 2018 to 2022 was descriptively analyzed to obtain comparative results. Findings show that students' achievement during the face-to-face learning method (before and after the pandemic - Session June 2018, Dec 2018, June 2019, Dec 2019, and Session II: 2021/2022) was bell-shaped and skewed to the right where most students get a score below 3.49. However, this situation was different during the pandemic (Session June 2020, Dec 2020, and Session I: 2021/2022) where most students get a high score of 3.50 and above. This produces a graph that is bell-shaped and skewed to the left. This finding indicates that student’s achievement was found to be better during the implementation of online learning during the pandemic. Structured interviews with the lecturers were also conducted to obtain the validity of the data analysis findings. The results of this study realizing the potential of online learning to induce transformation in learning as well as assessment in response to the demands of a changing world.
... Kaedah interaktif ini selari dengan keperluan pendidikan sekarang yang lebih bercirikan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Pelajar mendemonstrasi kebolehan mereka dan menerima maklum balas daripada pensyarah melalui pentaksiran sahih (Hussin, Amran, Abdul Rahman, Ismail, & Zakaria 2021). Contoh yang dikemukakan juga akan dibincangkan dengan pensyarah dan pelajar perlu mempertahankan jawapan mereka berdasarkan hujah. ...
Article
Full-text available
Logic (Manṭiq) began to appear and has developed in Islamic society through the translation of Greek works into Arabic. This discipline which was considered as the basis of philosophy was also used by Islamic scholars in developing knowledge. Today, logic is offered as one of the courses for Usuluddin studies in the Institute of Higher Education (IHE). Based on previous studies, it was found that the students were still unable to understand and master this field of knowledge. Although some of them understand the theory, but their level of mastery needs to be improved. Thus, this study aims to identify the challenges faced by lecturers in the process of teaching and learning logic. In this study, the researcher used a qualitative approach by presenting a case study as a research design. Purposive sampling was used involving the university lecturers who teach Logic located in the Klang Valley. Data was obtained through semi-structured interviews and then analyzed using a thematic approach (thematic analysis). The results of the study show that the challenges faced by lecturers in teaching logic are more focused on the theoretical nature and difficulty to understand them. At the same time, lecturers need to be creative in presenting examples and addressing the issue of students’ limitations in understanding the relationship between logic and other sciences. This study also identified the need to diversify teaching methods among lecturers such as a blended learning approach as an effort to attract and encourage students to master the subject.
... After almost two decades of PSH implementation, complete feedback in the form of a formal study about the program implementation scenario is very necessary for the process of increasing the professionalism of this PSH (Ahmad et al., 2017). This is because the field of study in Higher Education Institutions should be responsive and proactive to the latest needs of education in the IR4.0 era and be ready to face the current challenges whether expected or unexpected such as the COVID 19 pandemic (Haziyah et al., 2021). This practice will make the community college always ready for any challenge in the implementation of PSH in the post-Covid 19 eras. ...
Chapter
Full-text available
Makalah membincangkan perkembangan kajian hadith di peringkat pengajian pascasiswazah di Malaysia sepanjang lima dasawarsa.
Article
Full-text available
Transformasi sistem pendidikan tinggi di Malaysia dalam abad ke-21 telah mencatatkan kemajuan yang ketara. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi), aspek pembangunan kurikulum yang holistik, bersepadu dan konstruktif telah digariskan sebagai lonjakan utama. Pelan berkenaan turut disokong Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi atau High-Impact Educational Practices (HIEP) bagi menghasilkan graduan holistik yang berilmu dan berakhlak sejajar dengan Falsafah Pendidikan Tinggi Kebangsaan. Namun, elemen holistik berkenaan kelihatan sangat subjektif dan menyukarkan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) membangunkan kurikulum bersepadu berpandukan aspirasi berkenaan. Justeru, kajian ini dikemukakan bagi membincangkan potensi pemerkasaan aspirasi HIEP melalui pengaplikasian Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan yang telah digagaskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2018. Dengan mengaplikasi metode analisis kandungan secara tematik, kajian berbentuk kualitatif ini meneliti tahap keselarian aspirasi 9 prinsip DPRK, 4 ciri teras HIEP dan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Hasil kajian mendapati, potensi pengintegrasian DPRK dalam konstruk HIEP adalah amat signifikan. Konstruk 9 prinsip DPRK yang menggariskan 46 amalan terbaik didapati sesuai disepadukan dalam aspirasi HIEP. Kesimpulannya, kajian ini mendapati DPRK wajar dimartabatkan sebagai modul pemerkasaan kualiti HIEP dan dipraktikkan secara rasmi dalam sistem pendidikan tinggi peringkat nasional dan global. [How to Cite: Zaman, R. K., Saleh, M., Hamid, N. S. A., Ibrahim, M. & Umar, A. (2024). Pemerkasaan Konstruk Amalan Pendidikan Berimpak Tinggi Berteraskan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan. RABBANICA - Journal of Revealed Knowledge, 5(2), 185-202]
Article
Full-text available
This paper seeks to promote the need for massive reform in the body of Islamic education. This reform is necessary for Islamic education to respond to the challenges and demands of the changing age. In addition, this paper also seeks to offer a solute offer to Islamic education in the face of the Industrial Revolution Era 4.0. As we all know, the era of 4.0 has a broad impact in all areas of life, not least in the field of education. The era that gave birth to this phenomenon disruption requires the Islamic education world to participate in adjusting. Islamic education graduates are now faced with new challenges, demands, and needs that have never existed before. So it is necessary to update and innovate the system, governance, curriculum, competence of human resources, facilities and infrastructure, culture, work ethic, and others. Otherwise, Islamic education will be increasingly lagging and obsolete. Therefore, it is necessary to find definite steps for Islamic education in order to remain competitive in this disruption era. Solutive step is to participate disruption themselves.
Article
Full-text available
An online course was studied to investigate how integration of formative assessment enhanced the course design to facilitate learner engagement with meaningful learning experiences within the context of ICT–related professional development for teachers. The study employed case study methodology. Participants included postgraduate students enrolled in an ICT-related online course and the course teacher within a New Zealand university. Based on the findings, integrating ongoing authentic assessment activities within teaching and learning processes engaged the students actively, and provided opportunities for ongoing monitoring and assessment. These in turn, elicited appropriate formative feedback to support and scaffold learning. These formative processes also fostered development of an effective online learning community. The interplay between formative processes and an interactive learning community sustainably fostered learners' engagement with critical learning experiences including active, interactive, contextual, collaborative, reflective, multidimensional perspectives, and self-regulated aspects of meaningful learning, which ultimately supported development of robust and transferable knowledge.
Pentaksiran Alternatif: Pembinaan dan Pelaksanaan Rubrik dalam Pendidikan Sains
  • Azizi Alias
  • Kamisah Osman
Azizi Alias, Kamisah Osman. 2018. Pentaksiran Alternatif: Pembinaan dan Pelaksanaan Rubrik dalam Pendidikan Sains. Bangi: Penerbit UKM.
Prosiding SEMATEKSOS 3 "Strategi Pembangunan Nasional Menghadapi Revolusi Industri 4.0
  • Umi Banu Prasetyo
  • Trisyanti
Banu Prasetyo, Umi Trisyanti. 2018. Revolusi Industri 4.0 dan tantangan perubahan sosial. Prosiding SEMATEKSOS 3 "Strategi Pembangunan Nasional Menghadapi Revolusi Industri 4.0". IPTEK Proceeding Series. 5: 22-27.
Alternative Assessment. International Handbook of Educational Evaluation
  • Caroline Gipps
  • Gordon Stobart
Caroline Gipps, Gordon Stobart. 2003. Alternative Assessment. International Handbook of Educational Evaluation. 9: 549-575. Springer Link https://link. springer.com/chapter/10. [akses pada 1 Mac 2021].
Transformasi pendidikan abad 21 sebagai tuntutan pengembangan sumber daya manusia di era global. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan Matematika
  • Dwi Agus Etistika Yuni Wijaya
  • Amat Sudjimat
  • Nyoto
Etistika Yuni Wijaya, Dwi Agus Sudjimat, Amat Nyoto. 2016. Transformasi pendidikan abad 21 sebagai tuntutan pengembangan sumber daya manusia di era global. Prosiding Seminar Nasional Pendidikan Matematika. Universitas Kanjuruhan Malang. 263-278.
  • Ukm Fakulti Pengajian Islam
Fakulti Pengajian Islam UKM. Penawaran Kursus FPI Semester 2 2018-2019 dan Semester 1 2019-2020 (PPP/B/AK01/1/06).
Alternative versus traditional assessment
  • Nasab Fatemeh Ghanavati
Fatemeh Ghanavati Nasab. 2015. Alternative versus traditional assessment. Journal of Applied Linguistics and Language Research 2(6): 165-178.
Revolusi Industri 4.0: tantangan, peluang dan solusi bagi dunia pendidikan
  • M A Ghufron
M.A. Ghufron. 2018. Revolusi Industri 4.0: tantangan, peluang dan solusi bagi dunia pendidikan. Seminar Nasional dan Diskusi Panel Multidisiplin Hasil Penelitian & Pengabdian kepada Masyarakat, Jakarta, 2 Ogos 2018.
Kesediaan pensyarah mentranformasi pentaksiran program prauniversiti: Satu Analisis faktor
  • Maziah Mohamad
  • Jamil Ahmad
Maziah Mohamad, Jamil Ahmad. 2014. Kesediaan pensyarah mentranformasi pentaksiran program prauniversiti: Satu Analisis faktor. Sains Humanika 2(4): 107-113.