Available via license: CC BY 4.0
Content may be subject to copyright.
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 153
INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW,
GOVERNMENT AND COMMUNICATION
(IJLGC)
www.ijlgc.com
ISU DAN CABARAN DANA WAKAF ILMU UITM CAWANGAN
PERLIS
ISSUES AND CHALLENGES OF DANA WAKAF ILMU UITM PERLIS (DWIPs)
Noor Azura Zainuddin1, Hasyeilla Abd Mutalib2, Rusnadewi Abdul Rashid3, Nor Kartini Mohd
Rodzi4*, Nadiyah Hashim5
1
Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia
Email: noorazura@uitm.edu.my
2
Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia
Email: hasyeilla798@uitm.edu.my
3
Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia
Email: rusnadewi@uitm.edu.my
4
Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia
Email: norkartini@uitm.edu.my
5
Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Malaysia
Email: nadiyah@uitm.edu.my
*
Corresponding Author
Article Info:
Article history:
Received date: 01.04.2022
Revised date: 25.04.2022
Accepted date: 05.06.2022
Published date: 22.06.2022
To cite this document:
Zainuddin, N. A., Abd Mutalib, H.,
Rashid, R. A., Rodzi, N. K. M., &
Hashim, N. (2022). Isu Dan Cabaran
Dana Wakaf Ilmu Uitm Cawangan
Perlis. International Journal of Law,
Government and Communication, 7
(28), 153-165.
DOI: 10.35631/IJLGC.728012.
Abstrak:
Penubuhan dana wakaf di institusi pengajian tinggi semakin meningkat
dibangunkan oleh kebanyakkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta di
seluruh negara. Fenomena penubuhan dana wakaf ini telah mencetuskan
inovasi yang hebat dalam perkembangan wakaf di negara ini. Ia adalah selaras
dengan pelancaran Garis Panduan UniTP Purple Book yang telah
dikuatkuasakan penggunaannya pada Oktober 2016 oleh Kementerian
Pengajian Tinggi bagi membangunkan pusat pengurusan wakaf masing-
masing untuk menjana pendapatan. Sehubungan dengan itu, UiTM Cawangan
Perlis juga mengambil inisiatif menubuhkan Dana Wakaf Ilmu UiTM Perlis
(DWIPs). Justeru kajian ini mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh
DWIPs dalam membantu penjanaan pendapatan institusi pengajian tinggi.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan kajian kes di UiTM
Cawangan Perlis. Catatan pengalaman penulis dan rakan-rakan penulis yang
menerajui DWIPs dari awal penubuhan sehingga kini dianalisis dan dihuraikan
secara diskriptif dan komparitif. Dapatan kajian mendapati terdapat empat isu
dan cabaran iaitu kurang kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai
wakaf, masalah birokrasi pengurusan, kurang sumber tenaga dalam
pengurusan DWIPs serta halangan perundangan dan kewangan. Hasil dapatan
kajian ini diharap mampu memperkenalkan DWiIPs dengan lebih meluas
kepada warga UiTM dan mendapat perhatian oleh pihak pengurusan universiti.
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 154
This work is licensed under CC BY 4.0
Sehubungan dengan itu, ianya juga dapat meningkatkan jumlah kutipan dana
wakaf ilmu dan memberi manfaat kepada seluruh warga UiTM Cawangan
Perlis.
Kata Kunci:
Dana Wakaf, DWIPs, Isu dan Cabaran, UiTM Cawangan Perlis
Abstract:
The establishment of waqf funds in institutions of higher learning is
increasingly being developed by many public and private institutions of higher
learning throughout the country. The phenomenon of the establishment of waqf
funds has triggered great innovations in the development of waqf in the
country. It is in line with the launch of the UniTP Purple Book Guidelines that
has been enforced for use in October 2016 by the Ministry of Higher Education
to develop their respective endowment management centers to generate
income. In this regard, UiTM Perlis Branch took the initiative to establish the
UiTM Perlis Knowledge Endowment Fund (DWIPs). Thus, this study
examined the issues and challenges faced by DWIPs in helping the income
generation of higher learnings institutions. This study used a qualitative
method with a case study at UiTM Perlis Branch. The experience of the authors
and fellow authors who led DWIPs from the beginning of the establishment to
the present were analyzed and described descriptively and comparatively. The
findings of the study found that there are four issues and challenges, which are
lack of understanding and public awareness of waqf, management bureaucracy
problems, lack of energy resources in the management of DWIPs as well as
legal and financial barriers. The results of this study are intended to help spread
awareness of DWIPs among the staff and gain attention from the university
management. In relation to that, it can also increase the amount of knowledge
endowment fund collection and benefit all UiTM Perlis Branch staff.
Keywords:
Waqf Funds, DWIPs, Issues and Challenges, UiTM Perlis Branch
Pengenalan
Wakaf merupakan satu cara pengagihan harta yang diberikan kepada pihak tertentu dengan niat
yang tertentu untuk dimanfaatkan secara berterusan (Aslam, Dhaiyudeen, & Wan Mohar,
2015). Pengertian wakaf menurut Yayasan Wakaf Malaysia ialah apa-apa harta yang ditahan
hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan
wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk
mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T. (Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia, n.d.)
Selaras dengan usaha penubuhan dana wakaf di institusi pengajian tinggi, langkah yang perlu
diambil adalah untuk mencorak dan menyusun rangka pengurusan dana wakaf supaya dapat
menghasilkan manfaat yang maksima (sesuai dengan amalan suci wakaf tersebut). Ia selaras
dengan panduan hadis di bawah:
Abu Hurairah RA menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala)
amal perbuatannya kecuali tiga bentuk perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang
bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya”
(Hadis Riwayat Muslim)
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 155
Hadis di atas menjadi model kepada wakaf ilmu di sesebuah institusi pengajian. Elemen
sedekah jariah ialah dengan penubuhan sesebuah institusi pengajian yang dibina dan beroperasi
atas sumbangan wakaf. Bagi tujuan ini, pelbagai bentuk sumbangan wakaf yang boleh
dilaksanakan seperti wang tunai, buku, peralatan pengajian, tapak pusat pengajian dan
sebagainya. Sumbangan wakaf ini akan dapat membantu memenuhi keperluan dan kemudahan
bagi menuntut ilmu.
Elemen ilmu bermanfaat pula berkait rapat dengan institusi pengajian yang menjadi platform
asas penyebaran ilmu tersebut agar masyarakat mendapat manfaat. Manakala elemen anak
soleh terbentuk melalui institusi pengajian yang mampu melahirkan ramai cendekiawan yang
soleh dan solehah (anak-anak yang soleh). Seterusnya mereka akan terus menyumbang kepada
amalan sedekah jariah yang membentuk kitaran yang berterusan terhadap dana wakaf.
(Zainuddin, Sudin, Abd Mutalib, Harun, & Abdul Rashid, 2016).
Fenomena penubuhan dana wakaf ilmu telah mencetuskan inovasi yang hebat dalam
perkembangan wakaf di negara ini. Ia adalah selaras dengan pelancaran Garis Panduan UniTP
Purple Book yang telah dikuatkuasakan penggunaannya pada Oktober 2016 oleh Kementerian
Pengajian Tinggi bagi membangunkan pusat pengurusan wakaf masing-masing untuk menjana
pendapatan. Sehubungan dengan itu, UiTM Cawangan Perlis juga mengambil inisiatif
menubuhkan Dana Wakaf Ilmu UiTM Perlis (DWIPs). Justeru kajian ini mengenal pasti isu
dan cabaran yang dihadapi oleh DWIPs dalam membantu penjanaan pendapatan institusi
pengajian tinggi.
Melalui UniTP Purple Book (Enhancing University Income Generation Endowment & Waqf)
(2016) Kementerian Pendidikan Tinggi telah menubuhkan satu pasukan untuk melihat dan
mengkaji serta mencadangkan untuk menghasilkan satu garis panduan sebagai salah satu
kaedah atau cara untuk universiti awam di Malaysia menjana pendapatan mereka tanpa
bergantung kepada dana daripada kerajaan sahaja. Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi juga
telah menyediakan garis panduan mengenai cara pengurusan wakaf untuk universiti awam
seperti berikut:
• Pengurusan wakaf universiti mestilah dikendalikan oleh kakitangan yang kompeten,
terutamanya perlu ada pengurus berwibawa.
• Pengurusan wakaf universiti mesti membangunkan pelan strategik bagi aktiviti universiti
wakaf.
• Pengurusan wakaf universiti mesti mewujudkan garis panduan wakaf bagi universiti
untuk menggalakkan masyarakat memahami konsep wakaf.
• Menerangkan dan mendidik semua pihak yang berkepentingan, terutamanya ahli-ahli
daripada lembaga pengarah, kakitangan, pelajar, alumni dan masyarakat umum.
• Mengenalpasti dan membangunkan strategi untuk menggalakkan wakaf. Pendekatan
pemasaran strategik meningkatkan kesedaran masyarakat untuk berwakaf.
• Membangun dan mempromosi modul pendidikan untuk meningkatkan kesedaran dan
kefahaman dan penghayatan wakaf di kalangan orang ramai.
Garis Panduan UniTP Purple Book ini telah dikuatkuasakan penggunaannya pada Oktober
2016 dan kebanyakan Universiti Awam telah melaksanakan konsep wakaf pendidikan dengan
merujuk kepada garis panduan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi ini.
Walaupun garis panduan UniTP Purple Book disediakan untuk universiti awam, universiti
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 156
swasta juga boleh menggunapakai garis panduan ini berdasarkan kepada kesesuaian universiti
tersebut. Ini bermaksud garis panduan UniTP Purple Book boleh digunakan oleh universiti-
universiti di Malaysia tidak kira universiti awam atau swasta bagi memastikan governan wakaf
pendidikan dapat dilaksanakan dengan teratur dan sistematik. (Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia, n.d.)
Kajian Literasi
Wakaf bermaksud (a) menyerahkan hak milik apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau
kepentingannya; (b) menyerahkan manfaat atau kepentingan yang boleh dinikmati daripada
apa-apa harta; atau (c) menyumbangkan kepakaran dan perkhidmatan yang boleh dinikmati
manfaat atau kepentingannya (Enakmen Wakaf Selangor, 2015). Manakala pengertian wakaf
menurut Yayasan Wakaf Malaysia ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta
tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping
mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf
kepada Allah S .W.T. (Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia, n.d.). Enakmen Wakaf Selangor
(2015) juga memperuntukkan wakaf boleh diwujudkan dalam dua bentuk iaitu sama ada wakaf
am atau wakaf khas. Wakaf am merupakan mana-mana bentuk harta wakaf yang dibuat untuk
tujuan-tujuan kebajikan atau khairat umum tanpa menentukan mana-mana benefisiari khusus
ataupun tujuan-tujuan khusus yang tertentu. Sebagai contoh, seseorang mewakafkan tanahnya
untuk tujuan kebajikan umat Islam secara umum tanpa menetapkan sebarang syarat kepada
harta yang diwakafkan. Wakaf khas pula lebih bersifat khusus apabila pewakaf menentukan
manfaat wakaf yang dibuat untuk tujuan-tujuan khusus ataupun benefisiari-benefisiari tertentu.
Sebagai contoh, seseorang pewakaf akan menetapkan kepada siapakah wakafnya dibuat atau
untuk tujuan apakah wakafnya mesti dilaksanakan. Menurut Salleh & Abdul Rahman (2014),
wakaf khas merupakan wakaf yang popular di Malaysia. Pada masa kini kewujudan wakaf
seperti wakaf pendidikan, wakaf perubatan, wakaf tempat ibadat, wakaf untuk anak yatim dan
fakir miskin adalah dalam kategori wakaf khas.
Wakaf memainkan peranan penting dalam masyarakat Islam sebagai sokongan kepada
golongan pelajar miskin, anak yatim melalui penyediaan pendidikan, latihan dan aktiviti
perniagaan. Kewujudan wakaf pendidikan amat digalakkan, terutamanya di universiti awam
untuk menjana pendapatan tanpa bergantung kepada dana kerajaan. Sebahagian besar institusi
pendidikan di Asia Barat sejak dulu menggunakan harta yang diwakafkan untuk pengurusan,
perbelanjaan dan pembinaan universiti seperti Universiti Cordova di Andalus dan Universiti
Al-Azhar di Mesir. Pengasas Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia(USM), Prof Dr Muhammad Syukri Salleh, berkata wakaf
pendidikan bukan perkara baharu sebaliknya sudah lama diamalkan generasi dahulu yang
mewakafkan harta mereka kepada institusi pondok dan sekolah agama (Mohamad, 2019). Ali
dan Wahid (2014); Mahamood dan Ab Rahman (2015) menyatakan terdapat beberapa institusi
pengajian tinggi di Malaysia yang beroperasi berdasarkan kepada konsep wakaf universiti.
Sekurang-kurangnya lima universiti telah pun menjalankan operasinya berasaskan konsep
wakaf yang melibatkan pelbagai aktiviti, perkhidmatan kebajikan dan program akademik atau
profesional. Universiti tersebut adalah UPM (Universiti Putra Malaysia), UKM (Universiti
Kebangsaan Malaysia), UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), UIM (Universiti
Islam Malaysia) dan AiU (Albukhary Universiti Antarabangsa).
Lanjutan perkembangan wakaf pendidikan yang dapat membantu universiti untuk penjanaan
pendapatan maka kajian ini dilakukan. Kajian ini melihat kepada isu dan cabaran yang dihadapi
untuk membangunkan wakaf pendidikan berdasarkan kajian-kajian sebelum ini.
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 157
Kurang Kefahaman Dan Kesedaran Masyarakat Mengenai Wakaf Ilmu
Menurut Prof Dr Muhammad Syukri (Pengasas Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV) USM) di dalam Wacana Tadbir Urus Wakaf Pendidikan Tinggi di USM, Pulau
Pinang, amalan wakaf pendidikan mula berkurangan pada masa kini bahkan ada yang tidak
mengetahui mengenai wakaf pendidikan. Di kalangan masyarakat, apa yang lebih diketahui
adalah wakaf kubur dan masjid semata-mata sedangkan konsep wakaf itu luas selagi boleh
memberi manfaat kepada pewakaf. Antara sebab amalan ini berkurangan adalah kerana
terhentinya dakwah di kalangan masyarakat (Mohamad, 2019). Di sesetengah negara seperti
Algeria menunjukkan penerapan amalan pengurusan pengetahuan wakaf yang sederhana di
institusi wakaf Algeria (Laallam dan Kassim, 2021; Abd Jalil 2020). Hasil dapatan Khaled,
Ratih dan Risa (2021) menunjukkan tahap kesediaan berwakaf milenium Indonesia adalah
lebih rendah. Manakala Kamaruddin, Hanefah dan Masruki (2022) menyatakan amalan
pelaporan wakaf yang lemah apabila tiada laporan atau pendedahan kesedaran oleh pengurusan
wakaf. Menurut rekod dari Yayasan Waqaf Malaysia, hanya terdapat 335 pewakaf Wilayah
persekutuan yang membuat sumbangan wakaf tetap bulanan melalui skim potongan gaji
kepada Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Ini membuktikan bahawa tahap kesedaran rakyat
dalam berwakaf masih sederhana (e-Muamalat Portal Rasmi Muamalat dan Kewangan Islam
JAKIM, 2016). Terdapat kajian lain yang menyokong dapatan ini iaitu satu kajian kes di
Selangor yang menunjukkan tahap kefahaman dan kesedaran masyarakat masih sederhana
dalam berwakaf (Mohamad Suhaimi, Ahmad Sabri, Mohammad Kassim, & Rosli, 2017).
Begitu juga satu kajian kes di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
menunjukkan penurunan wakaf tunai pada tahun 2016 sehingga 2019 (Helmy, Md Sin, &
Hanafi, 2020).
Gambarajah 1: Prestasi Kutipan Wakaf Tunai 2012-2019 Di MAIPs
Sumber: Helmy, Md Sin, & Hanafi (2020)
Masalah Birokrasi Pengurusan
Terdapat perbezaan dan prosedur permohonan wakaf yang tidak standard di setiap negeri di
Malaysia (Mohd Puad, Jamlus Rafdi dan Shahar, 2014). Tambahan pula hasil dapatan oleh
Kamaruddin, Hanefah dan Masruki (2022) menunjukkan beberapa sebab amalan pelaporan
wakaf yang lemah semasa adalah saluran pelaporan terhad daripada pihak berkuasa negeri
kepada pihak berkuasa negara, kepelbagaian dalam struktur tadbir urus dan keengganan
pentadbiran wakaf untuk mendedahkan pelaporan wakaf. Menurut Usman dan Ab Rahman
(2021) amalan berwakaf di institusi pendidikan tinggi di Pakistan sebahagian besarnya terhad
kepada sektor swasta yang menghadapi pelbagai isu dan cabaran, termasuk kekurangan rangka
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 158
kerja undang-undang dan sokongan kerajaan. Kurangnya ketelusan terhadap wakaf telah
menghalang integriti dan prospek pertumbuhan berwakaf di Pakistan.
Kurang Kepakaran dan Sumber Tenaga Pengurusan Wakaf
Isu pengurusan berkaitan dengan kekurangan kakitangan terlatih di Jabatan Agama Islam
Negeri dalam mengendalikan aset wakaf dikenalpasti oleh Mohd Puad, Jamlus Rafdi dan
Shahar (2014). Abd Jalil (2020) juga menjelaskan isu ketidakcekapan pengurusan dan data
rekod yang tidak lengkap menjejaskan amalan wakaf di kebanyakan tempat di Malaysia.
Menurut (Mustaffa & Muda, 2014) pengurusan adalah aspek penting dalam wakaf di mana
tanpa pengurusan yang baik dan berhemah, maka wakaf tidak mampu berdaya saing dan
mencapai objektifnya dalam menjadi instrument penjana ekonomi umat Islam.
Halangan Perundangan dan Kewangan
Menurut Abd Jalil (2020) isu dan cabaran amalan wakaf yang dialami di kebanyakan tempat
adalah isu undang-undang dan kekurangan dana yang mencukupi (Abd Jalil, 2020; Mohd Puad,
Jamlus Rafdi dan Shahar, 2014). Antara halangan lain dalam melaksanakan wakaf pendidikan
di Malaysia ialah halangan perundangan (Muhamad Don, 2016). Sebagaimana kita maklum,
pelaksanaan wakaf di Malaysia tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri
di mana enakmen tersebut memperuntukkan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) selaku
pemegang tunggal wakaf di setiap negeri. Contohnya Sek. 89 Enakmen Pentadbiran Undang-
undang Islam Negeri Selangor Tahun 2003 telah memperuntukkan; “Walau apa pun apa-apa
peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana surat cara atau perisytiharan
yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi
pemegang amanah yang tunggal:
• semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas;
• semua nazar am; dan
• segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan
memajukan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak”.
Hal ini menjelaskan bahawa MAIN satu-satunya institusi di Malaysia yang dibenarkan
di sudut perundangan untuk menerima, mengumpul dan memanfaatkan dana wakaf untuk
kepentingan umat slam. Oleh itu, sesebuah Institusi Pengajian Tinggi perlu mendapat
kelulusan terlebih dahulu daripada Majlis Agama Islam Negeri masing-masing selaku
pemegang amanah tunggal wakaf seperti mana termaktub dalam undang-undang untuk
mewujud dan melaksanakan wakaf ilmu di institusi mereka.
Halangan perundangan ini, sebenarnya untuk menjaga maslahah umat Islam agar harta wakaf
dapat diurus tadbir dengan telus dan sempurna. Walau bagaimanapun, terdapat karenah
birokrasi yang agak rumit kerana setiap kutipan perlu diserahkan kepada pihak MAIN untuk
disimpan dan agak sukar untuk pihak universiti memohon untuk dikreditkan semula kepada
universiti. Tambahan pula pihak MAIN juga tidak terlepas dengan masalah pengurusan dan
kakitangan yang terhad dalam menguruskan hal ehwal wakaf (Muhamad Don, 2016).
Hasil dapatan Kamaruddin, Hanefah dan Masruki (2022) menunjukkan amalan pelaporan
wakaf yang lemah adalah ketiadaan piawaian pelaporan wakaf yang standard menyebabkan
pelaporan wakaf tidak dapat disediakan pada masa yang ditetapkan. Cabaran perundangan di
institusi wakaf di Republik Guinea adalah tiada undang-undang am yang dikodkan untuk
mentadbir hal ehwal wakaf secara komprehensif. Penubuhan entiti penyeliaan khusus dan
badan pengurusan yang kompeten adalah perlu untuk memastikan kelancaran dan
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 159
keberkesanan institusi wakaf di Republik Guinea (Sano dan Kassim, 2021). Selain itu,
Mohaiyadin dan Aman (2021) menyatakan terdapat beberapa cabaran dalam akauntabiliti dan
ketelusan pengumpulan dan pengagihan wakaf yang dihadapi oleh universiti awam yang telah
dikenal pasti.
Kajian berkenaan isu dan cabaran wakaf pendidikan adalah penting bagi penyelidik untuk
melihat jurang dan kelemahan dalam mengendalikan wakaf pendidikan di Malaysia. Artikel
ini juga berguna kepada organisasi wakaf di mana mereka boleh mempelajari isu dan cabaran
sedia ada dan cara untuk mengatasinya. Justeru kajian ini mengenal pasti isu dan cabaran yang
dihadapi oleh institusi wakaf dalam membantu penjanaan pendapatan institusi pengajian tinggi.
Antaranya adalah kurang kefahaman dan kesedaran masyarakat mengenai wakaf, masalah
birokrasi pengurusan, kurang sumber tenaga dalam pengurusan institusi wakaf serta halangan
perundangan dan kewangan.
Metodologi Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan strategi kajian-kajian kes di
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis. Kajian kualitatif melibatkan penakulan induktif
bagi memahami situasi tertentu termasuk sejarah dan pengalaman individu (Trochim, 2006).
Metod yang sering dikaitkan dengan reka bentuk kaedah kualitatif yang disesuaikan dari
bidang sains sosial seperti historiografi, etnografi, dan sosiologi kualitatif. Kajian kualitatif
juga adalah strategi kajian yang lazimnya menekankan kepada perkataan berbanding pengiraan
data yang dikumpul dan dianalisis (Bryman, 2008). Untuk mencapai objektif kajian, data-data
yang diperolehi dianalisis dokumen berbentuk deskriptif, ia berupa kata-kata lisan atau tulisan
tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984). Bagi
menghasilkan solusi kepada pihak pentadbir universiti, isu dan cabaran DWIPs dianalisis
dengan mengambil pandangan (Patton, 1990) yang melibatkan (a)hasil pemerhatian seperti
huraian terperinci tentang situasi, kejadian, interaksi, dan tingkah laku yang diamati di
lapangan.(b)hasil pembicaraan seperti kutipan langsung dari pernyataan orang tentang
pengalaman, sikap, keyakinan, dan pemikiran mereka dalam kesempatan temu bual mendalam.
(c) bahan tertulis seperti petikan atau keseluruhan dokumen, surat-menyurat, rakaman, dan kes
sejarah.
Dapatan dan Perbincangan
Berdasarkan kajian-kajian lepas dan selaras dengan pelancaran Garis Panduan UniTP Purple
Book yang telah dikuatkuasakan penggunaannya pada Oktober 2016 oleh Kementerian
Pengajian Tinggi bagi membangunkan pusat pengurusan wakaf universiti untuk menjana
pendapatan UiTM Cawangan Perlis juga mengambil inisiatif menubuhkan Dana Wakaf Ilmu
UiTM Perlis (DWIPs).
Penubuhan Dana Wakaf Ilmu Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis (DWIPs)
Dana Wakaf Ilmu UiTM Perlis (DWIPs) telah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Eksekutif
Universiti (MEU) Bil. 16/2017 pada 05 Julai 2017. DWIPs merupakan program infak melalui
wang tunai dengan niat wakaf untuk manfaat umum. Dana ini akan dikumpulkan ke dalam
Tabung Amanah (DWIPs), bertujuan mewujudkan suatu infrastruktur jangka panjang yang
lestari, bagi memenuhi sebahagian keperluan dan pembiayaan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
warga UiTM Perlis. (Giving @ UiTM Donation / Sadaqah Dana Pembangunan Ilmu UiTM
Perlis, n.d.)
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 160
Objektif Penubuhan DWIPs
• Menjadi penggerak dan penganjur kepada amalan sedekah jariah.
• Menyuburkan peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk melaksanakan aktiviti
kebajikan dan beramal jariah.
• Berperanan sebagai pemudah cara dalam pengumpulan dan pengurusan dana wakaf.
• Menjana pendapatan universiti dalam pengembangan hasil wakaf
Rukun Wakaf
• Pewakaf (Waqif): Staf UiTM, mahasiswa, alumni, masyarakat awam
• Harta Wakaf (Mauquf): Rumah kedai, Tanah ladang
• Penerima Manfaat (Maufquf Alaih): Warga UiTM Perlis
• Akad / Kontrak (Sighah): MOU antara UiTM dengan MAIPs bertarikh 8 Nov 2018
• Kebenaran oleh Majlis Agama Islam Negeri: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Perlis (MAIPs)
Medium Kutipan DWIPs
Kutipan DWIPs adalah melalui kaedah-kaedah berikut:
• Wang tunai melalui tabung-tabung kutipan di masjid dan tabung bergerak
• Bayaran Atas Talian
• Skim Potongan Gaji (SPG)
Proses Pelaksanaan DWIPs
Proses kutipan DWIPs adalah melalui proses-proses berikut:
Gambarajah 2: Proses Kutipan Wakaf Tunai DWIPs
Sumber: Carta Alir DWIPs (2017)
Jumlah Kutipan DWIPs Mengikut Tahun
Jumlah terkumpul kutipan DWIPs untuk tempoh 2019 sehingga 2021 berjumlah
RM66,632.08 ditunjukan dalam gambarajah 3.
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 161
Gambarajah 3: Prestasi Kutipan Wakaf Tunai DWIPs
Sumber: Laporan Kewangan DWIPs (2019-2020)
Projek Cadangan DWIPs
Pengagihan Manfaat DWIPs
Sejumlah dapatan manfaat DWIPs hasil dari pengembangan dana aset kekal akan
diagihkan secara terus sebanyak 60% dan pelaburan untuk aset baru akan dilakukan
sebanyak 40%. Ini adalah untuk memastikan aset wakaf sentiasa berkembang dari semasa
ke semasa untuk manfaat generasi akan datang.
Agihan 60% Manfaat DWIPs
Sejumlah 60% daripada manfaat wakaf pengembangan dana akan diagihkan secara terus
mengikut peratusan berikut:
• 30% untuk kakitangan dan pelajar
• 20% untuk fasiliti kampus
• 10% untuk pengurusan dana
Isu Dan Cabaran Dana Wakaf Ilmu UiTM Cawangan Perlis
Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai isu dan cabaran perlu ditempuhi bagi menjayakan
aktiviti wakaf di UiTM Perlis ini. Menerusi pengalaman penulis dalam penubuhan awal dan
operasi DWIPs bersama rakan-rakan penulis yang terlibat secara langsung, penulis mendapati
terdapat beberapa isu dan cabaran dalam melaksanakan wakaf DWIPs seperti berikut:
Kurang Kefahaman Dan Kesedaran Masyarakat Mengenai Wakaf
Aktiviti wakaf yang difahami oleh masyarakat hanyalah kefahaman yang asas sahaja.
Manakala elemen-elemen terperinci mengenai wakaf tidak dapat difahami dengan mendalam
di kalangan masyarakat. Apatah lagi dengan wakaf ilmu di institusi pengajian tinggi yang
dianggap sebagai jenama wakaf baru yang masih awal penubuhannya. Pihak pengurusan
universiti juga masih kurang memahami konsep wakaf ilmu dan sekaligus menyebabkan
governan wakaf tidak dapat dilakukan dengan cekap dan efisyen. Kurangnya promosi yang
menarik secara interaktif dan agresif juga menjadi faktor di atas. Bagi mengatasi masalah di
atas promosi berkala melalui media sosial telah dilakukan sejak penubuhan DWIPs. Oleh itu,
usaha secara agresif dan interaktif perlu dilakukan untuk memberi kefahaman dan kesedaran
berwakaf dengan lebih berkesan. Pihak-pihak yang berautoriti perlu memperkenalkan kaedah
bayaran mudah secara online, mengadakan lebih banyak aktiviti seperti karnival wakaf, hari
pelanggan, seminar dan lain-lain (Adeyemi, Ismail, & Hassan, 2016).
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 162
Manakala hasil kajian oleh Qurrata, Seprillina, Narmaditya and Hussain (2020) menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara media, keagamaan Islam, dan persepsi
sumbangan wakaf tunai. Sehubungan itu, institusi wakaf digesa menggunakan pelbagai media
untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Islam bagi meningkatkan penglibatan dalam
berwakaf. Seterusnya Qurrata, Narmaditya, Seprillina and Hussain (2019) menyatakan
pelaksanaan wakaf yang produktif menunjukkan hasil yang baik dalam mencapai keperluan
masyarakat setempat yang membawa kepada kesejahteraan ekonomi masyarakat. Model
pengurusan wakaf yang produktif dibahagikan kepada bahagian tertentu Mauquf’Alaih dan
Nazhir boleh dipertimbangkan untuk pembangunan perniagaan dan seterusnya menjana
pendapatan institusi pengajian tinggi.
Gambarajah 4: Poster, Facebook (FB) dan Derma/Sedekah DWIPs
Sumber: FB https://www.facebook.com/DWIPs-2153942464725372/ dan
https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AAR1/02/39
Masalah Birokrasi Pengurusan
Karenah birokrasi merupakan cabaran yang agak kompleks dalam pengurusan wakaf DWIPs
memandangkan wakaf ilmu di institusi pendidikan tinggi masih baru penubuhannya. UiTM
Cawangan Perlis merupakan universiti cawangan yang perlu merujuk kepada Universiti induk
yang menguruskan hal ehwal kewangan dan wakaf. Pendek kata, UiTM Perlis tidak diberi
autoriti untuk bergerak sendirian menguruskan hal ehwal wakaf ilmu. Banyak perkara perlu
melalui proses birokrasi yang panjang dan rumit dalam membuat keputusan termasuk
memohon pengecualian cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu diselaraskan
dengan universiti induk yang agak lambat memproses permohonan tersebut. Bagi mengatasi
masalah tersebut pihak DWIPs telah memohon pengecualian cukai melalui LHDN, namun
masih dalam proses di pihak atasan pentadbiran universiti untuk meluluskan permohonan
tersebut.
Kurang Kepakaran dan Sumber Tenaga Pengurusan Wakaf
Unit wakaf yang ditubuhkan di UiTM Perlis adalah merupakan satu unit kecil di bawah Unit
Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZSW). Unit ini diketuai oleh para pensyarah yang terlibat dengan
pelbagai tugas hakiki yang padat dalam pentadbiran dan pengajaran serta menerajui pelbagai
aktiviti kampus, persatuan dan kebajikan. Ahli jawatankuasa yang terlibat juga terdiri daripada
staf-staf pentadbiran dan akademik yang terdiri dari pelbagai fakulti dan bidang. Kesemua
mereka terlibat dengan tugas hakiki yang padat dalam pentadbiran dan akademik di universiti.
Oleh itu, dengan masa yang terbatas dan terhad, pihak jawatankuasa tidak dapat memberi
tumpuan yang khusus dan efisyen di dalam menguruskan unit wakaf DWIPs dengan lebih
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 163
cekap dan berkesan. Selain itu, kepakaran dalam bidang pelaburan, ekonomi dan pemasaran di
kalangan pengurus unit wakaf DWIPs dan di universiti juga masih kurang menonjol kerana
tidak begitu terdedah dengan dunia korporat yang sebenar. Menurut (Mustaffa & Muda, 2014)
Pengurusan adalah aspek penting dalam wakaf di mana tanpa pengurusan yang baik dan
berhemah, maka wakaf tidak mampu berdaya saing dan mencapai objektifnya dalam menjadi
instrument penjana ekonomi umat Islam. Bagi mengatasi masalah tersebut, Jawatankuasa
DWIPs telah dirombak dan digantikan dengan jawatankuasa yang baru.
Halangan Perundangan dan Kewangan
Antara halangan lain dalam melaksanakan wakaf pendidikan di Malaysia ialah halangan
perundangan. Sebagaimana kita maklum, pelaksanaan wakaf di Malaysia tertakluk kepada
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri di mana enakmen tersebut memperuntukkan Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN) selaku pemegang tunggal wakaf di setiap negeri. Halangan
perundangan ini, sebenarnya untuk menjaga maslahah umat Islam agar harta wakaf dapat
diurus tadbir dengan telus dan sempurna. Walau bagaimanapun, terdapat karenah birokrasi
yang agak rumit kerana setiap kutipan perlu diserahkan kepada pihak MAIN untuk disimpan
dan agak sukar untuk pihak universiti memohon untuk dikreditkan semula kepada universiti.
Tambahan pula pihak MAIN juga tidak terlepas dengan masalah pengurusan dan kakitangan
yang terhad dalam menguruskan hal ehwal wakaf. Memandangkan wakaf DWIPs masih baru
bertapak kurang dari 5 tahun penubuhannya, sumber kewangan yang digunakan untuk
menguruskan dana ini tidak diperuntukkan kerana pihak universiti juga mempunyai masalah
kewangan yang serius akibat dasar Kerajaan telah membuat keputusan memberhentikan
bantuan khususnya bantuan per kapita mulai 2002 yang lalu (Muhamad Don, 2016).
Oleh itu, jawatankuasa DWIPs terpaksa memohon bantuan dari Unit Zakat, Sedekah Dan
Wakaf UiTM serta Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi membantu mengadakan program kesedaran
berwakaf. Jawatankuasa DWIPs juga ada yang bermurah hati mengeluarkan duit poket sendiri
untuk membiayai perbelanjaan seperti membuat tabung kutipan di masjid dan tabung bergerak
serta membuat bahan risalah untuk edaran dan promosi.
Kesimpulan
Wakaf ilmu telah menunjukkan peranan dan kepentingannya sejak lebih seribu tahun yang lalu.
Daripada sistem wakaf ilmu ini, telah berjaya membangunkan masyarakat dan negara yang
ulung dan terbilang. Oleh itu, potensi wakaf ilmu yang agak baru di Malaysia harus diberi
perhatian yang serius oleh pihak kerajaan dan pentadbir universiti dalam memajukan bidang
ini setanding bidang-bidang yang lain juga. Segala cabaran atau halangan perlu dititikberatkan
untuk menguruskan wakaf ilmu agar hasrat pewakaf dapat dicapai dan dimanfaatkan sebaiknya
untuk masa akan datang. Sesebuah organisasi memerlukan tenaga pakar dalam hal ehwal wakaf
bagi memastikan kestabilan harta yang diwakafkan dapat dikembangkan melalui pelaburan
seterusnya manfaat tersebut dapat diagihkan dengan betul dan mengikut hukum Syarak.
Sehubungan itu, wakaf ilmu perlu memiliki governan yang teratur dan sistematik bagi
memastikan sistem pengurusan wakaf ilmu untuk Institusi Pengajian Tinggi dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur berlandaskan kehendak dan keperluan Syarak.
Rujukan
Abd Jalil, M. (2020). Issues and challenges of waqf practie in Malaysia: a review. Labuan E-
Journal of Muamalat and Society, 80-86.
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 164
Adeyemi, A. A., Ismail, N. A., & Hassan, S. S. (2016). An empirical investigation of the
determinants of cash waqf awareness in Malaysia. Intellectual Discourse (pp. 501-520).
Selangor: IIUM press.
Ali, S., & Wahid, H. (2014). Peranan dan kepentingan dana wakaf institusi pendidikan tinggi
di Malaysia. Kertas kerja Persidangan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9). Kuala
Terengganu, Terengganu.
Aslam, M. M., Dhaiyudeen, W., & Wan Mohar, H. (2015). Kelestarian program akademik dan
kewangan dalam pengajian tinggi Islam. Journal Of Asian Islamic Higher Institutions
(JAIHI), Vol 1 (1), 1-6.
Bryman, A. (2008). Social research methods. 3rd Edition. New York: Oxford University Press.
e-Muamalat Portal Rasmi Muamalat dan Kewangan Islam JAKIM. (24 8, 2016). Retrieved
from Kesedaran Wakaf Dalam Kalangan Umat Islam Masih Sederhana: http://e-
muamalat.islam.gov.my/en/bahan-ilmiah/petikan-akhbar-majalah/item/31-kesedaran-
wakaf-dalam-kalangan-umat-islam-masih-sederhana
Enakmen wakaf Selangor. (19 Oktober, 2015). Selangor.
Giving @ UiTM Donation / Sadaqah Dana Pembangunan Ilmu UiTM Perlis. (n.d.). Retrieved
fromhttps://uitmpay.uitm.edu.my/:
https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AAR1/02/39
Helmy, W. D., Md Sin, W. A., & Hanafi, A. G. (2020). Mengukur tahap keberkesanan wakaf
tunai bagi projek pembangunan wakaf Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu
Perlis: pusat perkhidmatan hemodialisis. Kuala Perlis: Kolej Universiti Islam Perlis.
Kamaruddin, M., Hanefah, M., & Masruki, R. (2022). Challenges and prospects in waqf
reporting pratices in Malaysia. Journal of Financial Reporting and Accounting.
Kementerian Pengajian Tinggi. (n.d.). Retrieved from http://dev.mohe.gov.my/:
http://dev.mohe.gov.my/muat-turun/awam/penerbitan/university-transformation-
programme/187-the-unitp-purple-
book?format=html&path=awam/penerbitan/university-transformation-programme
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (n.d.). Retrieved from http://dev.mohe.gov.my/:
http://dev.mohe.gov.my/muat-turun/awam/penerbitan/university-transformation-
programme/187-the-unitp-purple-
book?format=html&path=awam/penerbitan/university-transformation-programme
Khaled, N., Ratih, I., & Risa, S. (2022). Cash waqf from the milennials' perspective: a case of
Indonesia. ISRA International Journal of Islamic Finance, 14(1), 20-37.
Laallam, A., & Kassim, S. (2021). Knowledge management awareness and application in waqf
institutions: the perception of waqf employees in Algeria. 2021 International Congress
of Advanced Technology and Engineering(ICOTEN). Taiz, Yemen: IEEE.
Mahamood, S., & Ab Rahman, A. (2015). Financing universities through waqf, pious
endowment:is it possible? Humanomics, 31(4), 430-453.
Mohaiyadin, N., & Aman, A. (2021). Understanding the issues of waqf at public univeristy:
preliminary findings. International Journal of Islamic Thought, 95-108.
Mohamad Suhaimi, A. F., Ahmad Sabri, S., Mohammad Kassim, M. A., & Rosli, H. F. (2017).
Tahap kefahaman mengenai wakaf: kajian kes di Selangor. Proceeding of the 4th
International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017) (pp.
374-382). Selangor: e-ISBN: 978-967-2122-15-9.
Mohamad, N. I. (1 Julai, 2019). rencana agama. Retrieved from bhagama@bh.com.my:
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/07/579812/hidupkan-semula-
wakaf-pendidikan-contohi-universiti-al-azhar
Mohamed Nor, S., & Rosman, R. (2017). Cabaran dalam melaksanakan wakaf pendidikan bagi
institusi pengajian tinggi di Malaysia. e-Proceeding of the 4th International Conference
Volume 7 Issue 28 (June 2022) PP. 153-165
DOI 10.35631/IJLGC.728012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 165
on Masjid, Zakat and Waqf Management 2017 (IMAF-2017) . 4th & 5th December
2017, Bangi, Selangor, MALAYSIA (pp. 296-308). Bangi, Selangor: (e-ISBN 978-967-
13087-3-8).
Muhamad Don, M. (2016). Peranan wakaf untuk pembangunan pendidikan tinggi: sejarah
silam dan pelaksanaan di Malaysia. 3rd International Conference On Arabic Studies
and Islamic Civilization ICASIC 2016 (pp. 188-194). Pasir Gudang: e-ISBN 978-967-
0792-08-8.
Mustaffa, N., & Muda, M. Z. (2014). Educational waqf management in Malaysia’s higher
education institutions: review of literature. IJMS 21 (2) (pp. 63-81). Bangi, selangor:
UKM.
Patton, M. (1990). Qualitative evaluation and research methods(2nd ed.). Newbury Park, CA:
Sage Publications, Inc.
Portal Rasmi Yayasan Waqaf Malaysia. (n.d.). Retrieved from https://www.ywm.gov.my/:
https://www.ywm.gov.my/pengenalan-wakaf#pengertian-wakaf
Qurrata, V., Narmaditya, B., Seprillina, L., & Hussain, N. (2019). The implementation and
development of productive waqf in Indonesia: case at malang islamic hospital.
Humanities and Social Sciences Reviews, 7(4), 533-537.
Qurrata, V., Seprillina, L., Narmaditya, B., & Hussain, N. (2020). Media promotion, Islamic
religiosity and Muslim community towards charitable giving of cash waqf.
International Journal of Monetary Economics, 13(3), 296-305.
Salleh, M., & Abdul Rahman, N. (2014). Wakaf pendidikan di Malaysia: Satu tinjauan.
International Research Management and Innovation Conference(IRMIC2014). Kuala
Lumpur.
Sano, M., & Kassim, S. (2021). Waqf governance in the Republic of Guinea; legal framework,
issues, challenges and way forwad. ISRA International Journal of Islamic Finance,
13(2), 194-210.
Taylor, S., & R Bogdan. (1984). Introduction to qualitative Research methods: the search for
meanings. Second edition. Toronto: John WIley and Sons.
Trochim, W., & Donnelly, J. (2001). Research methods knowledge base. New York:
Macmillan Publishing Company, Atomic Dog Pub.
Usman, M., & Ab Rahman, A. (2021). Financing higher education thorugh waqf in pakistan:
issues and challenges. Jurnal Pengurusan, 62, 1-15.
Zainuddin, N., Sudin, S., Abd Mutalib, H., Harun, R., & Abdul Rashid, R. (2016). Model
pelestarian institusi pendidikan tinggi wakaf berdasarkan hadis. In R. S. al, Wakaf
Pendidikan Tinggi Prospek & Cabaran (pp. 85-94). Selangor: Institut Kajian Zakat
Malaysia (IKaZ), Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti
Teknologi MARA (UiTM).