Content uploaded by Saifulazry Mokhtar
Author content
All content in this area was uploaded by Saifulazry Mokhtar on Apr 07, 2022
Content may be subject to copyright.
Content uploaded by Saifulazry Mokhtar
Author content
All content in this area was uploaded by Saifulazry Mokhtar on Apr 05, 2022
Content may be subject to copyright.
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 96
INTERNATIONAL JOURNAL OF
EDUCATION, PSYCHOLOGY
AND COUNSELLING
(IJEPC)
www.ijepc.com
IMPLIKASI PdPr MENERUSI ONLINE SEMASA PANDEMIK
COVID-19: SATU TINJAUAN TERHADAP PERSEPSI GURU-
GURU DI SEKOLAH SEKITAR DAERAH KOTA KINABALU,
SABAH
IMPLICATIONS OF ONLINE LEARNING DURING THE COVID-19 PANDEMIC:
A SURVEY ON THE PERCEPTION OF TEACHERS IN SURROUNDING
SCHOOLS DISTRICT OF KOTA KINABALU, SABAH
Saifulazry Mokhtar1*, Irma Wani Othman2*, Habibah @ Artini Ramlie3, Sarinab Ariffin @ Eduny 4
1
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: saifulazry.mokhtar@ums.edu.my
2
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: irma@ums.edu.my
3
4
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: habibah_artini@ums.edu.my
Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak, Sandakan, Sabah, Malaysia
Email: nimskief@yahoo.com
*
Corresponding Author
Article Info:
Article history:
Received date: 31.12.2021
Revised date: 25.01.2022
Accepted date: 28.02.2022
Published date: 15.03.2022
To cite this document:
Mokhtar, S., Othman, I. W., Ramlie,
H. A., & Ariffin @ Eduny, S. (2022).
Implikasi PdPr Menerusi Online
Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-
Guru Di Sekolah Sekitar Daerah Kota
Kinabalu, Sabah. International
Journal of Education, Psychology and
Counseling, 7 (45), 96-111.
Abstrak:
Pendidikan merupakan satu aspek terpenting dalam proses kelangsungan
penerapan ilmu kepada para pelajar, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-
19. Tanpa ilmu pengetahuan yang secukupnya sudah pasti mereka akan hanyut
dibawa arus gelombang dunia yang tiada sempadan. Ilmu yang mantap akan
dapat memacu seseorang pelajar untuk sentiasa berada tepat pada landasannya
serta dapat membina landskap kehidupan dengan baik. Justeru, kajian ini
dijalankan adalah bertujuan untuk melihat implikasi PdPr menerusi online
semasa penularan pandemik Covid-19 tinjauan terhadap persepsi guru-guru di
sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan
metodologi kuantitatif berdasarkan soal selidik yang diedarkan menerusi
Google Form. Terdapat seramai 255 responden dalam kalangan guru-guru di
sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu telah meluangkan masa untuk turut serta
memberikan pandangan dan persepsi mereka dalam kajian ini. Hasil dapatan
kajian menemui terdapat sembilan implikasi positif PdPr menerusi online
seperti lebih baik dilaksanakan PdPr online dari tiada kelas, ibu bapa banyak
membantu pelajar dalam PdPr, pelajar dapat mengaplikasikan teknologi dalam
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 97
DOI: 10.35631/IJEPC.745008
This work is licensed under CC BY 4.0
pendidikan dengan baik dan sebagainya. Kajian ini turut mendapati lapan
implikasi negatif dalam PdPr secara atas talian berdasarkan kepada maklum
balas guru-guru di sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu. Implikasi negatif
yang utama adalah pelajar tidak mempunyai kemudahan secukupnya untuk
turut serta dalam PdPr kerana tidak mempunyai gajet, tidak mempunyai data
yang mencukupi, jaringan telekomunikasi yang tidak menentu serta masalah
sosio ekonomi keluarga. Dapatan ini jelas menggambarkan situasi sebenar
tahap pencapaian dan penglibatan pelajar semasa pelaksanaan PdPr secara
online. Semoga hasil dapatan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia khasnya membuat penstrukturan semula kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara online pada masa akan datang bagi
memastikan tidak ada pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran harian.
Kata Kunci:
Implikasi PdPr, Dalam Talian, Pandemik Covid-19, Persepsi Guru, Sekolah
Abstract:
Education is one of the most important aspects of the process of insulation of
knowledge to students, not to mention in the covid-19 pandemic situation.
Without adequate knowledge, they would have drifted away with the waves of
a borderless world. Strong knowledge will be able to spur a student to stay on
track and to be able to build a good life landscape. Therefore, this study is
aimed at looking at the implications of PdPr through online during the Covid-
19 pandemic survey on the perception of teachers in schools around the district
of Kota Kinabalu, Sabah. The study used quantitative methodology based on
questionnaires distributed through Google Form. There were 255 respondents
among the teachers in schools around Kota Kinabalu district who took the time
to participate in the study. The findings show that there are nine positive
implications of PdPr through online such as better implemented PdPr online
than no classes, parents help students in PdPr, students can apply technology
in Education well and so on. The study also found eight negative implications
in online PdPr based on the feedback of teachers in schools around Kota
Kinabalu district. The main negative implication is that students do not have
sufficient facilities to participate in PdPr because they do not have gadgets, do
not have enough data, uncertain telecommunication networks and family
socio-economic problems. This finding clearly illustrates the actual situation
of student achievement and involvement during the implementation of PdPr
online. Hopefully, the findings of this study will help the Ministry of Education
specially to restructure the online teaching and learning methods in the future
to ensure that no students are left behind in daily lessons.
Keywords:
PdPr Implications, Online, Covid-19 Pandemic, Perception Of Teachers,
Schools
Pengenalan
Bagi memastikan kelangsungan pendidikan dalam era pandemik Covid-19, pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyarankan setiap guru di Malaysia melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr) menerusi online bagi melestarikan pendidikan
dalam kalangan pelajar. Kecaknaan ini telah dibuktikan dengan adanya Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 2020 yang bertujuan untuk memberikan garis
panduan kepada semua pihak pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi menggelakkan
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 98
pelajar keciciran dalam pelajaran terutama kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan
awam pada tahun semasa (Mokhtar & rakan-rakan, 2021a). Saranan utama dari pihak KPM
dalam kelangsungan pengajaran dan pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) penularan pandemik Covid-19 adalah menerusi pelaksanaan PdPr secara atas talian
menerusi kaedah yang bersesuaian dengan keadaan guru dan pelajar.
Pihak KPM tidak ada pilihan lain dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran ketika PKP
melainkan dengan kaedah PdPr secara online. Saranan melaksanakan PdPr adalah satu
perkongsian idea yang baik dan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa yang
menerapkan penggunaan teknologi dalam pendidikan selaras dengan pendidikan abad ke-21.
Ia juga bertujuan untuk turut serta dengan pihak kerajaan bagi mengawal dan melandaikan
lekuk penularan virus Covid-19 dalam kalangan masyarakat. Walaupun terdapat pelbagai
kekangan dan halangan yang dihadapi oleh pelajar dalam menyahut hasrat KPM tersebut
menerusi PdPr, namun ia tetap diteruskan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat
pandangan dan persepsi para guru di sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah terhadap
proses PdPr yang mereka jalankan selama PKP dilaksanakan. Hasil kajian ini dapat
mempotretkan realiti sebenar PdPr yang dilalui oleh guru dan pelajar dalam mengaplikasikan
saranan KPM khususnya di daerah Kota Kinabalu, Sabah.
Tinjauan Literatur
Pandemik Covid-19 telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap landskap
kehidupan kita hari ini, khususnya dalam bidang pendidikan. Corak pembelajaran turut
menempa dan berubah hampir 100% daripada bersemuka secara fizikal kepada penggunaan
online sepenuhnya. Pengadaptasian ini telah memberikan impak terhadap masyarakat
khususnya kepada golongan pelajar yang masih berusaha menuntut ilmu bagi mengejar cita-
cita yang diidamkan. Kajian terhadap tinjauan Prospek Pengajaran dan Pembelajaran Online
Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pandemik Covid-19 di Sandakan, Sabah
(Mokhtar & rakan-rakan, 2021c) serta kajian terhadap resolusi yang diambil oleh pihak KPM
bagi memastikan kesinambungan pendidikan pelajar-pelajar sepanjang tempoh PKP (Mokhtar
& rakan-rakan, 2021b) telah dijalankan bagi melihat keupayaan pengajaran dan pembelajaran
secara atas talian mengikut lokasi yang dipilih. Pembelajaran secara online dapat memberikan
tambah nilai kepada pelajar yang menggunakan kaedah perantis adalah lebih baik dari sudut
reka bentuk, susun atur, pilihan warna serta semua pautannya berfungsi berbanding pelajar
yang menggunakan kaedah tradisional (Sidin & Mohamad, 2007). Pendekatan Kaedah
Interaktif dalam Pendidikan Islam juga dilihat suatu tuntutan dalam pendidikan masa kini
kerana ia mampu memberi kefahaman yang gitu kepada pelajar secara langsung (Moharam &
rakan-rakan, 2021).
Skop pembelajaran secara online ini sebenarnya dapat diklasifikasikan kepada dua bentuk
pembelajaran dalam talian iaitu secara bersemuka (Synchronous Learning) ataupun secara
tidak bersemuka (Asynchronous Learning). Ia dapat diaplikasikan menerusi keupayaan guru
dan pelajar yang mempunyai sumber kemudahan internet yang mencukupi. Menurut Ismail
(2020), terdapat banyak Learning Tools yang boleh diaplikasi mengikut keperluan
pembelajaran seperti Microsoft Teams, Facebook Live atau Google Classroom serta Google
Meet, Big Blue Button, Zoom dan sebagainya (Aripin & Bunyamin, 2020). Bagi memastikan
kaedah pembelajaran secara online atau PdPr yang berkesan, terdapat beberapa faktor yang
perlu diambil kira seperti pembinaan kawalan persekitaran, kepentingan interaksi secara
interaktif, latihan yang efektif dan berkesan, akses capaian teknologi yang maksimum, tahap
piawaian yang standard, jaminan kualiti sumber yang tidak terhad serta sokongan institusi
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 99
pendidikan yang menjalankan kaedah pembelajaran atas talian (Razak, 2020). Dalam pada
masa yang sama juga, para pendidik juga perlulah menggunakan seluruh kreativiti dan
kemahiran yang mereka perolehi untuk berinteraksi dan menarik minat pelajar dalam
melaksanakan proses PdPr dengan mengadaptasi kaedah Open and Distance Learning (ODL)
sebagai medium pembelajaran alternatif (Sabran, 2020).
Tidak dinafikan juga bahawa pembelajaran secara online ini mengandungi kekangan dan
halangan dalam pelaksanaannya. Masalah dan kekangan berkaitan dengan mendapatkan
jaringan internet juga bukanlah satu isu yang baharu khususnya bagi mereka yang berada di
kawasan yang jauh dengan bandar. Bahkan, sebelum pandemik Covid-19 ini menular lagi,
kawasan-kawasan yang terletak jauh dari pusat bandar, pedalaman dan kawasan pulau yang
tidak mempunyai rangkaian internet yang baik turut dibahaskan dalam sidang parlimen dan
pihak kerajaan telah mengambil inisiatif bagi melandaikan masalah ini ke sekitar negeri Sabah
dan Sarawak (Berita Harian, 2020) serta merapatkan jurang perbezaan antara rakyat dalam isu
capaian internet di antara golongan miskin dan sederhana dapat di atasi (Sinar Harian, 2020).
Selain itu, kekangan utama dalam pelaksanaan PdPr secara online turut melibatkan ketiadaan
gajet, ketiadaan data internet, tiada liputan internet, faktor keberadaan pelajar di kawasan luar
bandar serta tahap sosio ekonomi keluarga yang tidak menentu (Mokhtar & rakan-rakan,
2021a).
Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada tinjauan kajian lepas, kajian berkaitan dengan
Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan Terhadap
Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah belum pernah
dijalankan. Walaupun terdapat beberapa kajian berkaitan dengan pembelajaran secara online,
namun ia tidak melibatkan persepsi dan pandangan guru terhadap isu tersebut. Sememangnya
pihak KPM sangat menitik beratkan proses PdPr semasa penularan Covid-19 dengan
mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 2020 sebagai satu
tanda aras terhadap pelaksanaan dan kelangsungan pengajaran dan pembelajaran semasa
wabak Covid-19 menular di negara kita (Mokhtar & rakan-rakan, 2021b). Pihak KPM turut
menggerakkan semua organisasi pendidikan di setiap negeri yang berada di Malaysia sama ada
di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Majlis
Guru-guru Besar (MGB) untuk meneruskan kelangsungan pendidikan ini dengan berpaksikan
kemahiran dan kreativiti guru menerusi online dan sebagainya. Pendekatan ini merupakan
elemen-elemen merentas kurikulum alaf ke-21 yang telah diterapkan oleh KPM sebelum
penularan Covid-19 lagi (Mokhtar & rakan-rakan, 2019).
Metodologi Kajian
Metodologi Kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan dua kaedah campuran
iaitu kaedah soal selidik dan temu bual. Kaedah soal selidik telah dijalankan ke atas 255 orang
responden secara rawak yang terdiri daripada barisan guru-guru yang mengajar di sekolah
sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini juga melibatkan guru-guru yang mengajar di
sekolah menengah dan sekolah kebangsaan sama ada sekolah tersebut berada dalam kawasan
bandar, luar bandar dan pinggir bandar menerusi soal selidik dalam Google Form. Pengisian
soal selidik ini telah dijalankan selama sebulan bermula 1 Disember 2021 sehingga 31
Disember 2021. Pendekatan soal selidik menerusi Google Form ini adalah sejajar dengan
perkembangan teknologi masa kini serta dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dalam
kalangan masyarakat. Hasil dapatan maklum balas dari Google Form tersebut telah diterjemah
ke dalam bentuk carta pai dan graf bagi memudahkan data difahami. Manakala data dari temu
bual yang dijalankan akan dijadikan sebagai justifikasi kepada maklumat data soal selidik yang
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 100
diperolehi (Mokhtar & rakan-rakan, 2021d) bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan
persepsi guru-guru terhadap implikasi PdPr menerusi online semasa penularan pandemik
Covid-19 khususnya di sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah.
Dapatan dan Perbincangan
Kajian ini melibatkan guru-guru yang mengajar di sekolah sekitar Kota Kinabalu, Sabah.
Berdasarkan Rajah 1, 49.4 % responden adalah dari sekolah yang berada di kawasan bandar
Kota Kinabalu manakala 44.3 % responden pula adalah mereka yang berkhidmat di sekolah
sekitar kawasan luar bandar Kota Kinabalu. Hanya 6.3% sahaja responden yang mengajar di
kawasan pinggir bandar Kota Kinabalu yang terlibat dalam kajian ini.
Rajah 1: Lokasi Sekolah
Sumber: Kajian Lapangan 2021
Secara keseluruhannya, terdapat seramai 255 orang responden yang telah memberikan
kerjasama dalam menjayakan kajian ini dengan melibatkan 41 buah sekolah sekitar daerah
Kota Kinabalu, Sabah. Jika diperincikan dengan lebih mendalam, terdapat 17 buah sekolah
dalam kategori kawasan bandar yang terlibat dalam memberikan maklum balas dengan soal
selidik yang diedarkan menerusi Google Form. Manakala jumlah sekolah dalam kategori luar
bandar pula adalah sebanyak 13 buah sekolah dan hanya terdapat sebuah sekolah dalam
kategori pinggir bandar. Secara kasarnya, hasil kajian yang dijalankan ini dapat
menggambarkan dapatan sebenar lokasi dan kedudukan sekolah terhadap maklum balas proses
PdPr ketika berlakunya pandemik Covid-19 khususnya di daerah Kota Kinabalu, Sabah.
Hasil dapatan kajian terhadap mata pelajaran yang diajar oleh responden menunjukkan guru-
guru terdiri daripada mereka yang mengajar pelbagai mata pelajaran sama ada subjek teras
mahupun elektif. Kepelbagaian mata pelajaran yang diajar oleh responden ini dapat mewakili
keseluruhan permasalahan, cabaran dan kekangan guru-guru dalam melaksanakan PdPr secara
online ketika penularan pandemik Covid-19. Berdasarkan kepada maklum balas dari responden
berkaitan dengan pelaksanaan PdPr semasa pandemik Covid-19, 100% daripada guru-guru di
sekolah sekitar Kota Kinabalu, Sabah melaksanakan PdPr seperti mana yang di sarankan oleh
pihak KPM. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Kota Kinabalu, pihak sekolah dan guru-guru telah melakukan pelbagai inisiatif bagi
memastikan kesinambungan dan kelangsungan pendidikan dapat disampaikan kepada para
pelajar semasa berlakunya penularan wabak Covid-19 di daerah Kota Kinabalu, Sabah.
Pelbagai medium dan wahana selaras dengan kepesatan perkembangan teknologi telah
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 101
digabung jalin bagi mandapatkan satu ramusan yang sesuai untuk disajikan kepada pelajar
hanya semata-mata membekalkan mereka ilmu pengetahuan yang secukupnya.
Rajah 2: Pendekatan PdPr semasa Covid-19
Sumber: Kajian Lapangan 2021
Dengan berpandukan kepada hasil dapatan kajian yang dijalankan, terdapat pelbagai
pendekatan dan kaedah yang telah digunakan oleh guru-guru ketika PdPr semasa PKP
penularan Covid-19 di sekolah sekitar Kota Kinabalu, Sabah seperti yang tertera dalam Rajah
2. Manhaj atau medium yang digunakan oleh guru-guru dalam memastikan PdPr terlaksana
kepada para pelajar adalah menerusi aplikasi WhatsApp, Telegram, Google Meet, Google
Classroom, pelantar Delima, Webex dan sebagainya. Berdasarkan kepada Rajah 2 di atas jelas
menunjukkan bahawa majoriti daripada guru-guru menggunakan aplikasi WhatsApp dan
Telegram sebagai medium utama dalam PdPr. Dapatan menunjukkan seramai 222 (87.1%)
guru-guru yang menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai medium utama dalam pelaksanaan
PdPr manakala penggunaan aplikasi Telegram pula adalah seramai 130 (51%). Dapatan ini
juga menggambarkan pelaksanaan PdPr secara tidak bersemuka (Asynchronous Learning)
lebih mendominasi pembelajaran secara bersemuka (Synchronous Learning) di daerah Kota
Kinabalu.
Selain itu, terdapat juga guru-guru di daerah Kota Kinabalu yang menggunakan medium
pembelajaran PdPr secara bersemuka dengan menggunakan aplikasi Google Meet iaitu seramai
111 orang atau 43.5%. Namun, medium PdPr ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan
dalam kalangan pelajar kerana ia memerlukan data yang lebih untuk mengikuti kelas online
menerusi Google Meet tersebut. Menurut Benedict (2021), kaedah pengajaran PdPr secara
online memang banyak diperkenalkan semasa penularan Covid-19. Namun, secara individunya
tidak semua pelajar dapat belajar secara online kerana kekangan gajet dan ketiadaan internet
terutamanya di luar bandar. Tambahan beliau lagi, dengan keadaan ibu bapa pelajar yang
bekerja sendiri dan terpaksa menggunakan kemudahan telefon serta tidak mampu untuk
menyediakan gajet dan internet menjadi penghalang kepada pelajar untuk mengikuti PdPr.
Dengan kekangan tersebut sedikit sebanyak telah meninggalkan perasaan stress dengan jumlah
kehadiran pelajar yang mengecewakan setiap kali PdPr dijalankan.
Bagi merealisasikan hasrat dan harapan KPM semasa berlakunya penularan Covid-19, guru-
guru yang berada di kawasan luar bandar Kota Kinabalu perlu mencari inisiatif lain dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya. Ini kerana, terdapat beberapa
halangan yang dihadapi oleh pelajar untuk mengikuti PdPr secara online seperti mana yang di
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 102
sarankan oleh pihak KPM terutamanya bagi pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar Kota
Kinabalu. Antara pendekatan yang diambil oleh guru untuk menggantikan PdPr secara online
adalah menerusi penyediaan modul pembelajaran dan kaedah masteri (Ling, 2021). Menurut
Muris (2021), Sulaiman (2021) & Gaham (2021), penyediaan modul pembelajaran kepada
pelajar adalah satu pendekatan yang diaplikasikan oleh mereka dalam PdPr semasa pandemik
Covid-19. Kaedah ini lebih sesuai digunakan oleh guru-guru yang mengajar di sekolah
kawasan luar bandar Kota Kinabalu dan memastikan kelangsungan ilmu dalam setiap diri
pelajar berbanding menerusi PdPr secara online.
Walau bagaimanapun, terdapat juga dalam kalangan guru-guru yang menyediakan modul
terarah (Jumaring, 2021) dan penyediaan modul secara digital (Ismail, 2021). Bagi Samsudin
(2021) pula, melaksanakan kaedah gabungjalin ketika PdPr iaitu pelajar yang mempunyai
kemudahan yang cukup akan belajar secara online manakala bagi pelajar yang tidak
mempunyai kemudahan online akan bergantung kepada modul pembelajaran yang disediakan
oleh guru. Menurut Kiang (2021), guru-guru terpaksa pergi ke rumah pelajar untuk menghantar
dan mengambil modul atau kertas soalan bagi memastikan mereka dapat mengikuti PdPr
sebaiknya ketika penularan pandemik Covid-19. Usaha sebegini perlu dilaksanakan oleh guru-
guru bagi memastikan pelajarnya dapat mengikuti PdPr walaupun tidak melaksanakan secara
online atas kekangan dan halangan yang dihadapi.
Rajah 3: Maklum balas PdPr
Sumber: Kajian Lapangan 2021
Kajian turut melihat maklum balas dari kalangan pelajar dalam PdPr menerusi pandangan dan
persepsi guru-guru yang mengajar mereka. Rajah 3 di atas menunjukkan hasil dapatan kajian
yang dijalankan iaitu sebanyak 69.4% pelajar yang memberikan maklum balas yang baik dalam
PdPr yang dijalankan. Manakala sebanyak 30.6% pelajar yang tidak memberikan respon baik
dengan PdPr yang dilangsungkan oleh guru-guru. Menurut Edwin (2021) & Asimin (2021),
antara faktor utama yang menyumbang kepada maklum balas yang tidak baik dalam PdPr
adalah tiadanya motivasi belajar dalam kalangan pelajar. Selain itu, terdapat juga sesetengah
pelajar yang tidak menunjukkan minat yang baik semasa PdPr dijalankan (Ping, 2021). Faktor
ini sekaligus meruntun hasrat murni guru-guru untuk meneruskan PdPr dan membimbing
pelajar untuk terus maju dalam pelajaran.
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 103
Rajah 4: Kehadiran Pelajar Ketika PdPr
Sumber: Kajian Lapangan 2021
Pengkaji turut mendapatkan prospek guru-guru terhadap kehadiran pelajar dalam PdPr di
sekolah-sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah. Berdasarkan rajah 4 di atas, jelas
menunjukkan sebanyak 54.1% pelajar tidak hadir dalam PdPr yang dijalankan oleh guru-guru
dan hanya sebanyak 45.9% sahaja pelajar yang sering mengikuti kelas online. Menurut Ghazali
(2021), kehadiran pelajar dalam PdPr secara online sangat mengecewakan. Ini kerana, mereka
tidak hadir ke kelas PdPr bukan disebabkan oleh sikap malas atau tidak minat untuk belajar
tetapi ketidakhadiran mereka adalah disebabkan oleh masalah kemudahan dan peralatan
semasa kelas PdPr seperti tiadanya gajet sendiri, data yang tidak mencukupi serta kadar
jaringan telekomunikasi yang sangat lemah.
Rajah 5: Purata Kehadiran Pelajar dalam PdPr
Sumber: Kajian Lapangan 2021
Apabila dilihat menerusi anggaran purata kehadiran pelajar dalam PdPr mengikut subjek-
subjek yang diajar oleh guru, hanya 23.9% pelajar yang kerap hadir 81-100% kehadiran dalam
PdPr yang dijalankan. Manakala peratusan purata kehadiran antara 61-80% pula adalah
sebanyak 24.3%. Secara keseluruhannya, purata kehadiran pelajar dalam PdPr semasa
pandemik Covid-19 adalah pada tahap sederhana iaitu sebanyak 29% antara 41-60%. Selain
itu, data turut menunjukkan bahawa purata kehadiran pelajar yang tidak hadir dan lemah (0-
40%) dalam PdPr turut memaparkan momentum yang tinggi iaitu sebanyak 22.4%. Jika
dirumuskan di sini berkaitan dengan purata pelajar yang tidak mengikuti PdPr di daerah Kota
Kinalabu adalah sangat merungsingkan berbanding dengan mereka yang mengikuti PdPr
secara berkala dan istiqamah iaitu sebanyak 51.4%. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 104
pelaksanaan PdPr semasa penularan Covid-19 tidak mendapat sambutan yang baik dalam
kalangan pelajar-pelajar di sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah.
Rajah 6: Pencapaian Pelajar selepas PdPr
Sumber: Kajian Lapangan 2021
Setelah PdPr dijalankan, para pelajar akan dikehendaki untuk menjawab soalan dan latihan
bagi pengukuhan kepada apa yang mereka pelajari ketika dalam kelas online secara bersemuka
(Synchronous Learning). Dalam pada itu, pengkaji cuba mendapatkan maklum balas dari
kalangan guru-guru berkaitan tahap kepuasan hati dengan pencapaian pelajar dalam jawapan
dan latihan yang diberikan selepas PdPr dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan 64.7%
daripada responden tidak berpuas hati dengan tahap pencapaian pelajar selepas PdPr dijalankan
dan hanya sebanyak 35.3% sahaja guru-guru yang berpuas hati dengan keputusan dan
pencapaian pelajar.
Rajah 7: Tahap Sebenar Pencapaian Pelajar dalam PdPr
Sumber: Kajian Lapangan 2021
Dalam persoalan berkaitan dengan tahap sebenar pencapaian pelajar dalam PdPr semasa
Covid-19 di sekolah-sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, 63.1% guru-guru mengatakan
bahawa mereka tidak dapat memastikan tahap pencapaian sebenar pelajar dalam PdPr yang
dijalankan. Ini kerana, ramai dalam kalangan pelajar yang menjawab soalan dengan tepat serta
jauh berbeza dengan pembelajaran secara fizikal di dalam bilik darjah. Menurut Lee (2021),
terdapat segelintir dari pelajar yang menjawab soalan dengan bantuan ibu bapa, merujuk buku
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 105
teks atau mencari jawapan dari internet bagi menjawab soalan yang diberikan oleg guru-guru.
Selain itu, terdapat juga segelintir ibu bapa yang membantu pelajar untuk menjawab soalan
latihan dan peperiksaan dengan memberikan jawapan terus tanpa memberi tunjuk ajar terlebih
dahulu. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tahap pencapaian sebenar pelajar dalam PdPr sangat
sukar untuk diukur dan ditentukan melainkan dengan menguji mereka semula dalam bilik
darjah.
Persepsi Guru terhadap Implikasi PdPr Menerusi Online semasa pandemik Covid-19
Secara keseluruhannya, terdapat dua bentuk implikasi PdPr secara online menurut pandangan
guru-guru di sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah iaitu implikasi positif dan negatif.
Terdapat sembilan bentuk persepsi positif dan lapan bentuk persepsi negatif yang telah
dizahirkan oleh guru-guru dalam pelaksanaan PdPr secara online. Berikut adalah dapatan
kajian implikasi PdPr terhadap pelajar menurut persepsi guru.
Sumber: Kajian Lapangan 2021
Rajah 8: Implikasi Positif PdPr
Sumber: Kajian Lapangan 2021
Rajah 8 di atas menunjukkan hasil dapatan kajian berkaitan dengan persepsi guru-guru di
sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu terhadap implikasi PdPr menerusi online semasa
pandemik Covid-19. Terdapat Sembilan implikasi positif yang telah dicetuskan menerusi
kaedah PdPr secara online. Implikasi positif pertama PdPr secara online adalah ibu bapa
banyak membantu dalam PdPr anak-anaknya. Graf menunjukkan seramai 179 orang guru atau
(70.2%) bersetuju ibu bapa sangat memberikan komitmen yang tinggi dalam PdPr secara
online. Menurut Gunting (2021) tahap keprihatinan ibu bapa yang tinggi dalam memastikan
PdPr anak-anak mereka mengikuti kelas PdPr adalah satu bukti yang mengatakan ibu bapa
sangat memberikan kerjasama penuh pelaksanaan PdPr online tersebut. Implikasi positif kedua
PdPr secara online adalah lebih baik ada PdPr secara online daripada tiada kelas semasa
pandemik Covid-19. Dapatan kajian menunjukkan 164 orang guru atau (64.3%) bersetuju
untuk meneruskan PdPr secara online walaupun mereka ketahui bahawa sambutan PdPr dalam
kalangan pelajar kurang memberangsangkan. Dengan kekangan dan masalah yang dihadapi
oleh pelajar seperti tidak mempunyai peranti, tiada gajet, data tidak mencukupi serta liputan
jaringan rendah, saranan KPM untuk melaksanakan PdPr secara online tetap dijadikan medium
dalam melestarikan perkembangan ilmu dalam diri pelajar.
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 106
Selain itu, PdPr secara online juga dapat memberikan implikasi positif terhadap pelajar dengan
mengaplikasi teknologi dalam pendidikan dengan baik. Terdapat seramai 157 orang guru di
sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu atau (61.6%) mengatakan bahawa pembelajaran secara
online dapat memberikan kemahiran yang tinggi dalam pengetahuan pelajar. Pelajar dapat
mengetahui dan mengaplikasi pelbagai bentuk perisian dan aplikasi sewaktu pelaksanaan PdPr
secara online. Menurut Shang Ni (2021), pelaksanaan PdPr secara online dapat menjadikan
pelajar mahir menggunakan gajet dan aplikasi teknologi untuk memperolehi ilmu pengetahuan.
Pelajar juga dapat mengambil peluang untuk belajar menggunakan teknologi terkini walaupun
usia masih muda (Lumbidau, 2021). Dengan kemahiran ini sudah pasti pelajar dapat
menambah ilmu pengetahuan dalam teknologi serta dapat membiasakan mereka dengan
teknologi sedia ada. Para pelajar juga dapat menggunakan teknologi tersebut untuk mencari
maklumat dan ilmu berkaitan dengan pelajaran yang mereka ikuti.
Implikasi positif dalam PdPr secara online seterusnya adalah pelajar dapat menghasilkan
tugasan dengan baik. Seramai 39 orang guru atau (15.3%) dalam kalangan mereka mengatakan
hasil tugasan pelajar ketika PdPr online adalah lebih baik daripada tugasan pelajar ketika
Pegajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) secara bersemuka. Persepsi ini hanya berlaku ke atas
pelajar yang sering mengikut PdPr semasa dijalankan, manakala pelajar-pelajar yang tidak
dapat mengikuti PdPr tersebut tidak menunjukkan perubahan dalam tugasan yang
dilaksanakan. Implikasi-implikasi positif yang lain ketika pelaksanaan PdPr secara online
adalah ia memberikan kesan positif kepada pelajar dan guru (13.7%) dalam proses
menyampaikan ilmu, pelajar lebih mudah untuk belajar secara online berbanding dalam bilik
darjah (12.2%), pelajar lebih seronok belajar secara online berbanding secara fizikal (12.2%),
pelajar hadir kelas tepat pada masa yang ditetapkan (10.2%) dan keputusan pelajar sangat baik
dalam PdPr sebanyak (7.8%).
Rajah 9: Implikasi Negatif PdPr
Sumber: Kajian Lapangan 2021
Pelaksanaan PdPr secara online turut mengundang implikasi negatif menurut pandangan guru-
guru di sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah. Berdasarkan rajah 9 di atas, implikasi
negatif yang utama dalam pelaksanaan PdPr secara online adalah pelajar tidak dapat mengikuti
kelas PdPr disebabkan oleh tiada gajet, tiada talian telefon atau masalah ekonomi. Dapatan
kajian menunjukkan seramai 188 orang responden atau (73.7%) mengaitkan masalah ini timbul
dalam kalangan pelajar-pelajar di daerah Kota Kinabalu. Menurut Mohammad (2021), kaedah
PdPr kurang berkesan kerana capaian internet yang lemah dan ketiadaan peranti yang
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 107
bersesuaian untuk mengikuti PdPr. Bagi Ayub (2021) & Juil (2021) pula berpendapat, pelajar
terpaksa berkongsi gajet dengan adik beradiknya yang lain serta kekangan untuk membeli data
bagi tujuan PdPr menjadi penghalang utama bagi pelajar dalam kalangan keluarga yang tidak
mempunyai ekonomi yang kukuh. Penggunaan gajet yang tidak terkawal juga akan
menyebabkan pelajar terdedah kepada info dan aplikasi yang tidak sesuai seperti permainan
atas talian dan sebagainya (Kian, 2021).
Selain itu, pelajar juga tidak menyiapkan latihan dan kerja rumah yang diberikan semasa PdPr
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Data menunjukkan seramai 170 orang responden atau
(66.7%) berpendapat PdPr yang dijalankan semasa pandemik Covid-19 menyukarkan pelajar
untuk menyiapkan latihan dan menghantar tugasan pada minggu pembelajaran tersebut. Hal
ini disebabkan oleh ada dalam kalangan pelajar tidak memahami sepenuhnya cara dan teknik
untuk menjawab tugasan yang diberikan oleh guru tersebut. Menurut James (2021), terdapat
sesetengah daripada pelajar-pelajar menganggap PdPr semasa PKP itu sebagai cuti sekolah.
Keadaan ini telah menyebabkan keputusan pelajar dalam PdPr tidak sama dengan keputusan
mereka seperti di dalam bilik darjah. Situasi ini dibuktikan dengan seramai 166 orang guru
yang turut memberikan pendapat sedemikian. Antara penyebab terjadinya implikasi ini adalah
semasa PdPr dijalankan, tugasan dan latihan tersebut telah dijawab oleh ibu bapa, bukan pelajar
itu sendiri yang menjawabnya (Abdullah, 2021) dan (Yassun, 2021). Pelajar tidak faham
sepenuhnya apa yang diajar oleh guru ketika PdPr berlangsung kerana arahan tugasan hanya
berdasarkan video rakaman dan hanya menerusi aplikasi whatapps dan telegram sahaja.
Persepsi guru-guru terhadap implikasi negatif pelaksanaan PdPr secara online adalah PdPr
secara online menyukarkan pelajar dan guru untuk menyampaikan ilmu. Data menunjukkan
seramai 110 orang responden atau (43.1%) bersetuju pelaksanaan PdPr ini memerlukan masa
untuk diaplikasikan sepenuhnya dalam pendidikan. Menurut Ismail (2021) & Timan (2021)
berpendapat PdPr memberikan banyak implikasi negatif terhadap pencapaian dan pemahaman
pelajar disebabkan oleh tiada komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Jika pelaksanaan
PdPr tersebut menggunakan kaedah pembelajaran secara Synchronous Learning pasti implikasi
ini akan mendatangkan kesan yang baik. Namun, kekangan dan halangan dari sudut kedudukan
ekonomi dan lokasi penempatan pelajar yang jauh dari jaringan telekomunikasi membatasi
komunikasi ini. Situasi ini menggambarkan penguasaan komunikasi pelajar tidak berkesan,
pelajar tidak berkeyakinan untuk memberikan pendapat serta idea pelajar yang tidak bernas
(Ahmad Ali, 2021). Pelajar juga tidak menunjukkan minat yang baik ketika PdPr atas talian
dijalankan. Persepsi ini dipersetujui oleh 91 orang dari responden dengan mengatakan pelajar
seperti acuh tidak acuh untuk mengikuti PdPr yang dijalankan. Pelajar juga kerap kali lewat
masuk ke dalam kelas online menyebabkan pelajar tersebut akan banyak bergantung kepada
internet dalam menjawab latihan yang diberikan. Menurut Fung (2021) kebanyakkan pelajar
bergantung 100% dengan telefon bimbit dan kurang menggunakan idea sendiri dalam
menjawab soalan dan akhirnya mereka tidak dapat berfikir secara kreatif dan kritis.
Implikasi negatif seterusnya adalah ibu bapa tidak membantu sepenuhnya dalam PdPr pelajar
iaitu sebanyak (35.5%). Realitinya, PdPr secara online sangat memerlukan sokongan dan
dokongan dari pihak ibu bapa. Ini kerana, semasa tempoh PKP pelajar berada di rumah
bersama-sama ibu bapa masing-masing. Justeru, ibu bapa menjadi penggerak dan pencetus
kepada permulaan PdPr anak-anak mereka setiap hari. Menurut Halim (2021) berpendapat,
pada peringkat awal pelaksanaan PdPr dalam tempoh PKP, ibu bapa sangat teruja membantu
anak-anaknya dalam PdPr, namun lama kelamaan, mereka merasa jemu dan membiarkan
sahaja anak-anaknya dalam PdPr. Hal ini akan memberikan ruang dan peluang kepada pelajar
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 108
yang rajin dan berdisiplin sahaja yang akan dapat manfaat lebih dalam PdPr yang dijalankan
(John, 2021) manakala pelajar yang malas dan tidak berdisiplin akan ketinggalan dalam
pelajarannya. Selain itu, menurut Tshin (2021) ibu bapa yang bekerja tidak dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak khususnya dalam PdPr dan menyerahkan sepenuh
kepercayaan mereka terhadap anak-anaknya. Maka tidak hairanlah, majoriti pelajar yang
menghantar kerja atau latihan pada setiap minggu adalah pelajar yang sama (Sukudan, 2021).
Kesimpulan
Implementasi kaedah pembelajaran PdPr secara online semasa pandemik Covid-19 ini ada
kelebihan dan ada kekurangannya kepada pelajar. Pelajar yang mempunyai kemudahan yang
cukup, lengkap dan sempurna akan mendapat imbalan yang sangat baik dari PdPr secara online
tersebut. Manakala bagi pelajar-pelajar yang tidak mempunyai insfrastruktur yang lengkap
untuk mengikuti pembelajaran secara online akan memberi tekanan kepada mereka untuk
bersaing dalam menuntut ilmu pengetahuan. Jika pelajar mempunyai kemudahan yang
mencukupi sekalipun, namun tidak mempunyai jaringan telekomunikasi yang baik juga tetap
akan jadi penghalang dalam pelaksanaan PdPr secara online. Persekitaran kawasan Kota
Kinabalu yang di kelilingi laut turut memberi impak kepada kesukaran untuk mendapat
jaringan internet yang baik ketika PdPr berlangsung. Justeru, seluruh pihak dan kementerian
yang berkaitan perlulah membuat penambahbaikan dalam pelbagai aspek bagi melestarikan
kelangsungan PdPr ini tercapai untuk setiap pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar juga perlu
meningkatkan tahap disiplin diri serta mengubah sikap untuk terus berusaha dalam pelajaran
agar PdPr secara online yang dijalankan dapat memberikan nilai tambah kepada pengetahuan
sedia ada pelajar.
Penghargaan
Jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Malaysia Sabah dan Pusat Penataran Ilmu dan
Bahasa atas kelulusan geran Skim Dana Khas (SDK0259-2020) bagi memudahkan kajian ini
dijalankan.
Rujukan
Abdullah, N. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.
Ahmad Ali, H. R. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 15 Disember 2021.
Aripin, M.A., & Bunyamin, M.A.H. (2020). 17 April. Transformasi Pendidikan dalam Krisis
Pandemik Covid-19. https://malaysiagazette.com/2020/04/17/transformasi-
pendidikandalam-krisis-pandemik-covid-19/. Tarikh Capaian 22 April 2020.
Asimin, H. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 11 Disember 2021.
Ayub, A. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan
Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Temu
bual. 13 Disember 2021.
Benedict, P. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 15 Disember 2021.
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 109
Berita Harian. 15 April 2020. COVID-19: Guru mampu cari kaedah PdP terbaik, kreatif.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677581/covid-19-guru-
mampucari-kaedah-pdp-terbaik-kreatif. Tarikh Capaian 22 April 2020.
Edwin, W. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.
Fung, Y. V. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.
Ganam, R. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 11 Disember 2021.
Ghazali, S. F. M. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 11 Disember 2021.
Gunting, N. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.
Halim, R. A. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.
Ismail, H. (2020). Covid-19 Pemangkin Perubahan dalam Pendidikan.
https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/covid-19-pemangkinperubahan-
dalam-pendidikan/. Tarikh Capaian 22 April 2020.
Ismail, M. F. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.
Ismail, M. H. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 11 Disember 2021.
James, A. B. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 14 Disember 2021.
John, M. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan
Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Temu
bual. 13 Disember 2021.
Juil, F. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan
Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Temu
bual. 14 Disember 2021.
Jumaring, S. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.
Kian, L. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan
Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Temu
bual. 14 Disember 2021.
Kiang, J.C.H. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 11 Disember 2021.
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 110
Lee, T. Y. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan
Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Temu
bual. 13 Disember 2021.
Ling, L. K. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 16 Disember 2021.
Lumbidau, J. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 14 Disember 2021.
Mohammad, M. N. H. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19:
Satu Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 12 Disember 2021.
Moharam, M.M.H., Mokhtar, S., & Thia, K. (2021). Pendekatan Kaedah Interaktif dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Abad Ke-21 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Daerah Kota Kinabalu. Prosiding 5th International Conference on Teacher
Learning and Development (ICTLD) 2021. 03 - 05 August 2021. 408-418.
Mokhtar, S., Othman, I. W., Abu Bakar, A. L., & Esa, M. S. (2021b). Kelangsungan Pengajaran
dan Pembelajaran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Penularan Covid-19 Menerusi
Online: Satu Resolusi Kementerian Pendidikan Malaysia. Journal of Information
System and Technology Management, 6 (23), 34-46.
Mokhtar, S., Shah, M.K.M., Ramlie, H.A, Othman, I. W., Ationg, R., Esa, M. S. & Marinsah,
S. A. (2021d). Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah Menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. International
Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC). Volume 6 Issue 39 (May
2021). 178-193.
Mokhtar, S., Thia, K., Othman, I.W., & Moharam, M.M.H. (2021a). Prospek dan Cabaran
Implementasi Dakwah dalam Media Kontemporari: Satu Analisis. Prosiding 5th
International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021. 03 -
05 August 2021. 408-418.
Mokhtar, S., Thia, K., Othman, I.W., & Moharam, M.M.H. (2021c). Prospek Pengajaran dan
Pembelajaran Online Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pandemik
Covid-19 di Sandakan, Sabah: Cabaran dan Signifikan. Prosiding 5th International
Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021. 03 - 05 August
2021. 348-359.
Mokhtar, S., Thia, K., Ramlie, H.A., & Muis, A.M.R.A (2019). Falsafah Pendidikan Islam
Merentas Kurikulum Alaf Ke-21. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian
Kemanusiaan Kali ke-2. 19 September 2019. Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu.
Muris, J. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan
Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Temu
bual. 11 Disember 2021.
Ping, Y.F. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan
Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Temu
bual. 14 Disember 2021.
Sabran, M.S. (2020). Berita Harian. 24 Mac. Covid-19: Kreatif Laksanakan Pembelajaran,
Pengajaran dalam Talian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/03/668855/covid-19-
kreatiflaksanakan-pembelajaran-pengajaran-dalam-talian. Tarikh Capaian 22 April
2020.
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 96-111
DOI 10.35631/IJEPC.745008
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 111
Shamsudin, N.Q. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.
Shang Ni, I. L. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 14 Disember 2021.
Sidin, R., & Mohamad, N.S. (2007). ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam
Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 139-152.
Sinar Harian. 22 April 2020. PKP: Guru Semakin Jinak dengan Pendidikan Digital.
https://www.sinarharian.com.my/article/80070/BERITA/Nasional/PKP-Gurusemakin-
jinak-dengan-pendidikan-digital.
Sukudan, A. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.
Sulaiman, E. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 15 Disember 2021.
Timan, R. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu Tinjauan
Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Temu
bual. 11 Disember 2021.
Tshin, L. Y. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.
Yassun, R. (2021). Implikasi PdPr Menerusi Online Semasa Pandemik Covid-19: Satu
Tinjauan Terhadap Persepsi Guru-Guru di Sekolah Sekitar Daerah Kota Kinabalu,
Sabah. Temu bual. 13 Disember 2021.