Content uploaded by Saifulazry Mokhtar
Author content
All content in this area was uploaded by Saifulazry Mokhtar on Apr 05, 2022
Content may be subject to copyright.
Content uploaded by Saifulazry Mokhtar
Author content
All content in this area was uploaded by Saifulazry Mokhtar on Apr 05, 2022
Content may be subject to copyright.
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 152
INTERNATIONAL JOURNAL OF
EDUCATION, PSYCHOLOGY
AND COUNSELLING
(IJEPC)
www.ijepc.com
ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PRINSIP
KOMUNIKASI DALAM KITAB AL-QURAN DAN VEDA
ANALYSIS OF EQUATIONS AND DIFFERENCES IN COMMUNICATION
PRINCIPLES IN THE QUR'AN AND VEDA
Saifulazry Mokhtar1*, Habibah @ Artini Ramlie2, Junaidah Januin3, Esther Jawing4, Abang Mohd
Razif Abang Muis5
1
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: saifulazry.mokhtar@ums.edu.my
2
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: habibah_artini@ums.edu.my
3
4
5
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: junaidah@ums.edu.my
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: estherjawing@ums.edu.my
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: amrazif@ums.edu.my
*
Corresponding Author
Article Info:
Article history:
Received date: 02.01.2022
Revised date: 05.02.2022
Accepted date: 01.03.2022
Published date: 15.03.2022
To cite this document:
Mokhtar, S., Ramlie, H., Januin, J.,
Jawing, E., & Abang Muis, A. M. R.
(2022). Analisis Persamaan Dan
Perbezaan Prinsip Komunikasi Dalam
Kitab Al-Quran Dan Veda.
International Journal of Education,
Psychology and Counseling, 7 (45),
152-165.
DOI: 10.35631/IJEPC.745012
Abstrak:
Disiplin ilmu komunikasi muncul sebagai satu subjek akademik di Barat dan
agak lambat berkembang dalam perspektif Islam. Kitab suci al-Quran dan
Kitab Veda sebenarnya banyak mengutarakan pendekatan komunikasi yang
berkesan, namun tidak banyak dikaji. Justeru, pengkaji dapati bahawa
kurangnya pengetahuan dalam prinsip komunikasi Islam dan Veda
menyebabkan penghayatannya tidak menyeluruh dalam kehidupan. Pengkaji
mengeluarkan beberapa prinsip komunikasi yang terdapat di dalam al-Quran
dan kitab Veda sebagai panduan kepada pembangunan masyarakat Islam dan
Buddha. Kajian ini menyumbang dapatan baharu dengan mempersembahkan
satu perbandingan di antara prinsip komunikasi Islam dalam al-Quran dan
prinsip komunikasi yang terdapat dalam Lapan Jalan Mulia menerusi kitab
Veda. Beberapa persamaan di antara kedua-dua bentuk prinsip komunikasi
tersebut akan diutarakan dalam kajian ini dan berdasarkan kepada ayat-ayat
suci al-Quran dan istilah yang terdapat dalam kitab Veda. Dapatan utama
dalam kajian ini ialah terdapat empat persamaan prinsip komunikasi Islam dan
Buddha serta sepuluh perbezaan prinsip komunikasi antara kedua-dua kitab
tersebut. Justeru, dapatan daripada kajian ini dapat memberi sumbangan baharu
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 153
This work is licensed under CC BY 4.0
kepada bidang ilmu komunikasi dengan menonjolkan signifikan prinsip
komunikasi Islam dan Buddha yang lebih efektif dalam kehidupan. Pengkaji
berharap agar dapatan ini dapat membantu masyarakat Islam dan Buddha
supaya lebih teliti dalam menutur kata-kata agar kehidupan bermasyarakat
lebih aman dan harmoni sejajar dengan masyarakat majmuk di Malaysia.
Kata Kunci:
Persamaan Prinsip Komunikasi, Perbezaan Prinsip Komunikasi, Prinsip
Komunikasi, Al-Quran, Kitab Veda
Abstract:
Discipline of communication science emerges as an academic subject in the
West and is relatively slow to develop in an Islamic perspective. The Holy
Book of the Quran and the Book of Veda highlights an effective approach to
communication, but not much has been studied. Thus, researchers have found
that the lack of knowledge in the principles of Islamic communication and
Veda has resulted in his appreciation of not being thorough in life. Researchers
issued several principles of communication found in the Quran and the book
of Veda as a guide to the development of Muslim and Buddhist communities.
This study contributed to the new findings by presenting a comparison between
the principles of Islamic communication in the Quran and the principles of
communication found in the Eight Noble Roads through the book Veda. Some
similarities between the two forms of communication principles will be
expressed in this study and based on the verses of the Quran and the
terminology found in the book Veda. Some similarities between the two forms
of communication principles will be highlighted in this study and based on the
verses of the Quran and the terminology found in the Book of Veda. The main
findings in this study are four similarities to Islamic and Buddhist
communication principles as well as ten differences in the principles of
communication between the two books. Thus, the findings from this study can
make a new contribution to the field of communication knowledge by
highlighting the significant of the principles of Islamic and Buddhist
communication that are more effective in life. Researchers hope that these
findings will help the Muslim community and Buddhists to be more thorough
in their speech to ensure a more peaceful and harmonious society in line with
the plural society in Malaysia.
Keywords:
Similarity Of the Principles of Communication, Differences in Principles
of Communication, The Principles of Communication, The Quran, The
Book of Veda
Pengenalan
Komunikasi merupakan satu aspek penting dalam pembangunan insan, pembangunan negara
dan pembangunan tamadun keseluruhannya. Kepentingannya tidak dapat disangkal
sehinggakan ia menjadi satu medium dalam menyebarkan maklumat ke seluruh pelosok dunia.
Namun begitu, pelbagai maklumat yang disampaikan itu tidak semestinya betul dan kadang
kalanya ia melencong jauh dari sasarannya. Bagi memastikan sesuatu ketepatan maklumat
yang diterima, satu disiplin ilmu komunikasi perlulah dikuasai terlebih dahulu sebelum proses
komunikasi itu bermula. Disiplin ilmu yang dimaksudkan adalah prinsip dalam komunikasi.
Ilmu komunikasi ini seringkali dikaji oleh para sarjana Barat sehinggakan timbulnya pelbagai
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 154
teori yang dicetuskan tersasar jauh dari landasan Islam. Pun begitu, kita masih lagi mempelajari
dan berpegang dengannya sehingga mengetepikan teori-teori asas komunikasi yang tercatat
dalam al-Quran. Tanpa adanya sarjana Islam yang mendalami ilmu komunikasi ini secara
khusus, maka sukarlah bagi kita untuk mengaplikasi komunikasi sebenar dalam kehidupan
seharian.
Setiap agama yang dianuti oleh masyarakat pasti telah mengatur prinsip-prinsip komunikasi
yang tersendiri dalam sesuatu proses komunikasi antara sesama manusia. Prinsip-prinsip
tersebut adalah demi memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat. Berdasarkan hakikat
yang berlaku dalam kehidupan manusia secara bermasyarakat, kita perlu mengetahui dan
mengaplikasikan prinsip-prinsip komunikasi tersebut dalam kehidupan seharian. Tanpa prinsip
komunikasi, manusia sering kali akan melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam tutur
katanya. Dengan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan, tanpa disedari, ia akan mengundang
sesuatu perkara yang tidak diundang. Islam telah mengatur prinsip-prinsipnya yang tersendiri
dalam sesuatu proses komunikasi yang berlangsung antara sesama manusia. Prinsip-prinsip
tersebut adalah demi memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat. Berdasarkan hakikat
yang berlaku dalam kehidupan manusia secara bermasyarakat, kita perlu mengetahui dan
mengaplikasikan prinsip-prinsip komunikasi tersebut dalam kehidupan seharian. Tanpa prinsip
komunikasi, manusia sering kali akan melakukan pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam tutur
katanya. Dengan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan, tanpa disedari, ia akan mengundang
sesuatu perkara yang tidak dirancang.
Pada era globalisasi ini masih lagi terdapat kekurangan dalam penulisan prinsip-prinsip
komunikasi berdasarkan kepada ayat-ayat al-Quran mahupun dalam kitab Veda. Kebanyakan
daripada sarjana hanya mengarapkan prinsip komunikasi secara umum tanpa disertakan dengan
dalil-dalil al-Quran yang menunjukkan kepentingan prinsip komunikasi tersebut dalam
kehidupan seharian. Bagi memastikan sesebuah komunikasi itu berkesan dan terkesan kepada
pendengar, komunikasi tersebut hendaklah dilakukan dengan menggunakan perkataan yang
baik, bijak dan pandai mengatur kata-kata, mengetahui situasi yang sesuai untuk meneruskan
komunikasi ataupun secara ringkasnya adalah dengan menggunakan prinsip-prinsip
komunikasi yang telah ditetapkan. Ini kerana, perkataan yang buruk atau yang tidak
bersesuaian itu akan mendatangkan musibah kepada diri pengucap sendiri. Untuk itu, ia
perlulah kembali kepada prinsip-prinsip komunikasi yang terdapat di dalam al-Quran agar apa
yang kita bicarakan akan mudah difahami dan diterima oleh masyarakat. Dengan sebab inilah,
pengkaji tertarik dan berminat untuk mengkaji dan meneliti prinsip komunikasi berdasarkan
ayat-ayat al-Quran dan kitab Veda untuk dijadikan sebagai satu disiplin ilmu komunikasi umat
Islam dan Buddha di Malaysia.
Tinjauan Literatur
Sebelum meneruskan perbincangan berkaitan dengan persamaan dan perbezaan prinsip
komunikasi dalam kitab al-Quran dan kitab Veda, pengkaji terlebih dahulu melakukan tinjauan
literatur berkaitan prinsip komunikasi Islam dan etika komunikasi dalam kitab Veda.
Berdasarkan kepada tinjauan yang dijalankan, pengkaji mendapati majoriti daripada kajian
berkaitan dengan prinsip komunikasi adalah dihasilkan oleh sarjana dari Indonesia sama ada
prinsip komunikasi berasaskan al-Quran mahupun dalam kitab Veda. Bagi tinjauan literatur
berkaitan prinsip komunikasi Islam, pengkaji telah menemui beberapa kajian antaranya kajian
yang dijalankan oleh Bahrudin (2010) berkaitan dengan prinsip-prinsip komunikasi dalam al-
Quran. Beliau mengutarakan bahawa corak hubungan masyarakat dalam konteks komunikasi
adalah sangat diperlukan bagi melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni, saling hormat
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 155
menghormati antara satu sama lain serta mengelakkan daripada berlakunya diskriminasi dalam
komuniti. Dalam mengekalkan perkara tersebut, masyarakat perlu mengamalkan prinsip
komunikasi seperti yang terdapat dalam al-Quran seperti qaulan balighan, qaulah masyhuran,
qaulan qaiyiman, qaulan ma’rufan, qaulan layyinan, qaulan sadidan dan sebagainya. Kajian
Bahrudin (2010) ini disokong kuat oleh kajian Muslimah (2016) di mana beliau menegaskan
bahawa dalam era reformasi kini rakyat Indonesia lebih bebas bersuara terhadap keseluruhan
aspek dalam kehidupan sama ada dari institusi keluarga mahupun dalam konteks pemerintahan.
Walaupun kebebasan bersuara itu dibenarkan oleh pemerintah, namun rakyat perlu mengetahui
dan mengikuti etika komunikasi menurut pandangan Islam yang telah digariskan dalam al-
Quran. Implementasi etika komunikasi ini dalam kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan
dan ia dapat melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan harmoni.
Selain itu, Hendra & Musliadi (2019) turut melakukan kajian berkaitan dengan “Prinsip dan
Unsur-unsur Komunikasi dalam Perspektif al-Quran”. Kajian mereka bertujuan untuk melihat
bentuk-bentuk prinsip dan unsur komunikasi yang dapat meninggalkan kesan positif kepada
pendengar serta dapat melembutkan hati pendengar yang keras. Hasil dapatan mereka
mendapati terdapat tiga prinsip yang ditekankan dalam al-Quran bagi tujuan menghasilkan
komunikasi yang berkesan iaitu qaulan masyuran, qaulan ma’rufan dan qaulan balighran.
Kajian Hakim (2020) pula menekankan aspek komunikasi massa dalam kehidupan di mana
beliau mengharapkan agar setiap individu konsisten dan bertanggungjawab dengan apa yang
mereka katakan. Ini kerana, kesalahan dan kesilapan komunikasi yang dilakukan oleh
seseorang dalam meninggalkan kesan yang besar terhadap masyarakat melainkan mereka
menggunakan prinsip-prinsip komunikasi yang tercatat dalam al-Quran. Dengan kajian yang
dijalankan, beliau berupaya untuk memperbetulkan pemahaman masyarakat agar
melaksanakan prinsip komunikasi dan informasi mengikut perspektif al-Quran agar ia dapat
melahirkan masyarakat Islam yang lebih beradab.
“Prinsip Komunikasi al-Quran dalam Menghadapi Era Medoa Baru” turut dijalankan oleh
Iskandar (2019). Dalam kajian beliau mendapati, terdapat empat tujuan utama media massa
Islam iaitu untuk menyampaikan dakwah, untuk menyampaikan sesuatu (tabligh), amar ma’ruf
nahi mungkar dan untuk memperbaiki akhlak. Bagi merealisasikan tujuan tersebut, umat Islam
perlu menggunakan prinsip-prinsip komunikasi yang lahir dari al-Quran seperti berkomunikasi
dengan cara dan peranan yang baik, maklumat dan informasi yang tepat, tanggungjawab dalam
memastikan maklumat, menyeru kepada Allah dengan cara yang terbaik serta elak dari
menggunakan komunikasi yang bercanggah dengan prinsip komunikasi Islam. Tinjauan
terakhir berkaitan dengan prinsip komunikasi Islam terarah kepada kajian yang dijalankan oleh
Lubi dan rakan-rakan (2017). Kajian mereka bertujuan untuk mengetahui bentuk penerapan
nilai komunikasi yang digunakan dalam menjayakan program KB di rantau Prapat Kec. Rantau
Selatan. Hasil kajian beliau mendapati penganjur program tersebut menerapkan prinsip-prinsip
komunikasi Islam yang baik dalam program yang dijalankan seperti bercakap dengan lemah
lembut, nasihat yang baik, dan sebagainya. Dengan menggunakan kaedah prinsip komunikasi
Islam sepenuhnya dalam program tersebut, maka tidak hairanlah jumlah peserta yang
mengikuti program KB tersebut meningkat setiap tahun.
Kajian berkaitan dengan prinsip komunikasi dalam kitab Veda turut dijalankan oleh pengkaji.
Walau bagaimanapun, hasil tinjauan literatur menemui satu kajian yang menjurus kepada etika
komunikasi dalam kitab Veda yang dijalankan oleh Suhardi & Awiyane (2018). Hasil kajian
beliau menunjukkan bentuk komunikasi dalam kitab Veda adalah terhad kepada jiran sahaja,
tetapi komunikasi yang lebih penting adalah komunikasi antara manusia dengan tuhan. Kajian
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 156
mereka turut mendapati komunikasi asas dalam Hindu adalah konsep keseimbangan antara
kehidupan rohani dan dunia. Komunikasi sesama manusia bermula daripada institusi keluarga,
masyarakat dan juga negara dapat mewujudkan masyarakat Hindu berfikir secara terbuka
dalam membentuk kehidupan yang sejahtera. Berdasarkan kepada literatur tersebut, kajian
berkaitan dengan persamaan dan perbezaan prinsip komunikasi antara dua kitab utama dalam
Islam dan Hindu belum pernah dijalankan. Lantaran itu, kajian ini sangat relevan dan sesuai
dikaji berdasarkan kepada tuntutan masyarakat multietnik bagi mewujudkan satu rumpun
masyarakat yang sentiasa menjaga tutur kata ketika berkomunikasi.
Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen di mana pengkaji melihat dan menganalisis
prinsip-prinsip komunikasi yang terdapat dalam kitab al-Quran dan kitab Veda. Kedua-dua
kitab ini merupakan kitab yang dijadikan sebagai sumber utama dan panduan bagi mereka yang
menganut agama Islam dan Buddha. Pengkaji turut menganalisis persamaan dan perbezaan
prinsip komunikasi yang terdapat dalam kedua-dua kitab tersebut sebagai rujukan dan panduan
kepada manusia dalam melaksanakan komunikasi sesama manusia.
Dapatan dan Perbincangan
Analisis Persamaan dan Perbezaan Prinsip Komunikasi dalam Kitab al-Quran dan Kitab
Veda
Sebagaimana yang diketahui bahawa setiap sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan itu pasti
mempunyai prinsip dan matlamat yang ingin dicapai. Sejauh mana pencapaian sesuatu objektif
tersebut, bergantung kepada sejauh mana pengaplikasiannya terhadap perkara tersebut. Ini
termasuklah dalam konteks komunikasi yang sering kita lakukan dalam kehidupan seharian.
Tanpa disedari bahawa komunikasi yang diperkatakan itu akan mengundang impak yang besar
dalam kehidupan seseorang. Lantaran itu, Allah SWT telah menggariskan beberapa prinsip
komunikasi kepada hamba-hambaNya menerusi firmanNya di dalam al-Quran sebagai
panduan dan rujukan manusia untuk berkomunikasi. Menurut Mokhtar dan rakan-rakan (2019),
mengetahui dan menguasai ilmu komunikasi yang berkesan adalah satu keperluan bagi seorang
Muslim. Selaku manusia, kita tidak sepatutnya memandang remeh dengan prinsip komunikasi
yang ada kerana dengan prinsip-prinsip tersebutlah kehidupan manusia di dunia ini berada
dalam keadaan aman dan damai.
Ajaran Buddha menggalakkan penganutnya agar sentiasa menjaga pertuturan dalam kehidupan
seharian kerana kebanyakan masalah berpunca daripada pertuturan yang salah ataupun lebih
tepat lagi adalah disebabkan daripada pertuturan yang kurang beradab. Menurut Darmayasa
(2001), dalam Nitisastra, Sargah V. bait 3 ada menyebut bahawa “kerana berbicara engkau
menemukan kebahagiaan, kerana berbicara engkau mendapat kematian, kerana berbicara
engkau akan menemukan kesusahan dan kerana berbicara pula engkau mendapat sahabat”. Sila
ataupun kelakuan moral yang diajar oleh Buddha mampu mengawal pertuturan dan perbuatan
fizikal seseorang. Tetapi sila hanya merupakan satu kaedah yang boleh digunakan untuk
mencapai samadhi atau penumpuan. Samadhi adalah cara untuk memperolehi panna,
kebijaksanaan sebenar yang menuju ke arah pembebasan minda iaitu matlamat akhir ajaran
Buddha. Maka, samma-vaca diwujudkan untuk memastikan penganut ajaran Buddha menjaga
pertuturan dalam kehidupan masing-masing. Dalam konteks ini pertuturan membawa maksud
menghormati kebenaran dan menghormati kebajikan orang lain. Pertuturan yang betul dalam
Lapan Jalan Yang Mulia ajaran Buddha ini, merangkumi empat elemen iaitu mengelakkan diri
daripada bercakap bohong, mengelakkan fitnah dan penyebaran khabar angin, mengawal diri
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 157
daripada mengeluarkan perkataan yang kasar dan tidak membuang masa dengan bercakap
kosong. Ini sepertimana yang dijelaskan dalam Bhagavadgita 17.15 iaitu: “Pertapaan suara
terdiri dari mengeluarkan kata-kata jujur, kata-kata yang menyenangkan, kata-kata yang
bermanfaat, tidak mengganggu orang lain dan juga membacakan sastera Veda secara teratur”
(AC, 2006).
Persamaan Prinsip Komunikasi dalam Kitab al-Quran dan Kitab Veda
Persamaan Prinsip Komunikasi dalam Kitab al-Quran dan Kitab Veda
Sumber: Kajian Penyelidikan (2021)
Bercakap Benar
Prinsip komunikasi pertama yang termaktub dalam kitab al-Quran dan Veda adalah bercakap
benar. Bercakap benar termasuk dalam sifat terpuji dan mahmudah yang perlu ada dalam setiap
diri seorang Muslim (Mokhtar dan rakan-rakan, 2021b). Ia merupakan satu prinsip yang
ditekankan dalam agama Islam dan Buddha. Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat-ayat al-
Quran yang dikaitkan dengan kepentingan bercakap benar termasuklah dalam firman Allah
SWT dalam Surah al-Ahzab (33:70) yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman,
bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala
perkara)”. Berdasarkan kepada dalil naqli tersebut jelas menunjukkan bahawa Islam sangat
mengutamakan prinsip bercakap benar dalam segala perkara yang dilakukan oleh umat Islam.
Hal ini turut disokong oleh Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Iman seseorang itu tidak
lurus kecuali hatinya lurus dan hatinya tidak lurus kecuali lidahnya lurus”.
Kedua-dua dalil ini jelas menyatakan kepada kita bahawa bercakap benar adalah suatu perintah
utama. Allah SWT memerintahkan hambanya supaya berkata benar dalam setiap apa yang
dilakukan atau diperkatakan. Kata-kata yang benar akan menyelamatkan kita dari segala
masalah. Manusia juga perlu berkata benar dalam apa jua keadaan, walaupun ketika marah dan
Prinsip Komunikasi
dalam Kitab al-Quran
Bercakap benar
*Tidak berkaitan dengan
sesuatu yang batil
*Tidak berbentuk cacian dan
kejian
Menggunakan bahasa dan
perkataan yang baik
*Mempunyai tujuan yang
baik
*Rancang idea sebelum
bertutur
Prinsip Komunikasi
dalam Kitab Veda
Mengelakkan diri daripada
bercakap bohong
Mengelakkan fitnah dan
penyebaran khabar angin
Mengawal diri daripada
menggunakan perkataan
yang kasar
Tidak membuang masa
dengan bercakap kosong
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 158
tidak menuruti hawa nafsu. Dalam ajaran Buddha pula, berbohong dianggap sebagai salah satu
tindakan jahat. Dalam kitab Dhammapada Kodha Vagga (XVII, 232) juga disebutkan tentang
perihal sentiasa menjaga ucapan dengan meninggalkan perbuatan jahatnya melalui ucapan
yang bermaksud: “Sebaiknya orang yang selalu menjaga ucapan, sebaiknya mereka boleh
mengendalikan ucapannya. Setelah meninggalkan perbuatan jahatnya melalui ucapan,
sebaiknya ia selalu mengembangkan perbuatan baiknya melalui ucapan”.
Menurut Jendra (1988), Bhagavan Satya Narayana telah memaparkan berkaitan dengan cara
pengendalian berbicara yang tepat iaitu: “Lidahmu bertanggungjawab pada empat kesalahan
besar bahwa; berdusta, membicarakan kesalahan orang, mencaci maki dan berbicara tidak
Susila”. Keempat kesalahan ini harus dihindari oleh setiap individu bagi menjaga hubungan
baik sesama masayarakat. Walau bagaimanapun, menurut Sudharta (2003), dalam Slokantara
Sloka 69 ada menyatakan bahawa: “ada lima bentuk kebohongan yang dianggap bukan dosa
apabila dilakukan oleh seseorang iaitu; ucapan yang menyebabkan orang tertawa, ucapan untuk
menyelamatkan jiwa, ucapan untuk menyelamatkan harta kekayaan, menyelamatkan anak dan
isteri dan juga pada waktu bersenggama atau bersetubuh, jika ucapan itu bohong, maka
kebohongan itu dibolehkan”.
Berdasarkan kepada ucapan tersebut jelas menunjukkan bahawa ucapan seseorang itu sangat
berkait rapat dengan tingkah laku individu tersebut. Seseorang individu yang baik sifatnya akan
sentiasa menjaga ucapannya dalam segenap sudut kehidupannya. Ini menunjukkan bahawa
ucapan yang baik akan keluar dari mulut orang yang baik begitu juga sebaliknya. Apabila
dilihat dalam hukum karma, terdapat empat aspek yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan
berbohong. Aspek pertama adalah apa yang diperkatakan oleh seseorang itu tidak sesuai
dengan apa yang dialaminya atau tidak sama dengan kejadian yang sebenar. Aspek yang kedua
pula ialah ucapan yang disampaikan oleh seseorang itu bertujuan untuk menipu orang lain.
Situasi ketiga pula ialah apabila seseorang itu menuturkan ucapan bohong sebagai satu
kebenaran dan yang terakhir adalah ucapan atau perkataan daripada seseorang yang berbohong
itu diterima sebagai satu kebenaran oleh orang lain. Menurut ajaran Buddha, sesiapa yang suka
berbohong semasa hidupnya akan mengalami kelahiran semula di alam yang rendah setelah
kematiannya. Oleh itu, ajaran Buddha amatlah menggalakan pertuturan yang berunsurkan
kebenaran semata-mata.
Berkomunikasi Dengan Fakta Yang Tepat
Persamaan seterusnya adalah berkaitan dengan prinsip komunikasi berbicara sesuatu perkara
yang mempunyai fakta tepat dan bukan berkaitan dengan sesuatu yang batil. Aspek perbicaraan
dan perkara yang dibahaskan juga termasuk aspek prinsip komunikasi dalam Islam dan
Buddha. Menerusi kitab al-Quran, prinsip komunikasi ini dijelaskan dalam (Surah al-Nisa’,
4:140) di mana dalam ayat tersebut Allah SWT menjelaskan kepada umat Islam bahawa jika
sekirangya mana-mana orang Islam yang mendengar orang kafir atau munafik memperkecilkan
ayat-ayat al-Quran atau membicarakan sesuatu yang bercanggah dengan syariat Allah maka
hendaklah mereka diam (tidak bergaul dengan perbahasan mereka) sehingga mereka merubah
topik perbincangan mereka kearah hal lain. Ini kerana, jika kamu tidak melakukan hal yang
sedemikian bererti kamu sama seperti mereka juga.
Namun, menurut Ali (1991) berpendapat dalam situasi sedemikian, kita juga perlu membantah
perbuatan mereka itu walaupun mereka tidak bersetuju kerana ia dapat menyelamatkan mereka
daripada mempersenda-sendakan kebenaran. Prinsip komunikasi ini turut ditegaskan oleh
baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 159
dengan Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah berkata-kata tentang kebaikan atau berdiam
diri sahaja” (Bukhari, Sahih,Kitab (78), Bab (31:6018). Berdasarkan hadis tersebut Rasulullah
SAW mengambil pendekatan untuk lebih banyak berdiam diri dan banyak bercakap mengikut
keperluan, sekalipun baginda berperanan sebagai rasul dan pemimpin tertinggi bagi umat
Islam. Sebarang bentuk komunikasi yang membawa kepada perkara-perkara batil adalah amat
dilarang oleh Islam. Malah perbuatan tersebut akan mengundang kepada kesusahan hidup
manusia sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak. Rasulullah SAW sebagai contohnya
adalah seorang yang tidak banyak bercakap melainkan kepada perkara yang bermanfaat sahaja.
Prinsip komunikasi kedua dalam kitab Veda menerusi pertuturan yang benar adalah
mengelakkan fitnah dan penyebaran khabar angin. Dalam elemen kedua ini, seseorang individu
dilarang mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa kepada perpecahan dan persengketaan
dalam masyarakat. Dalam ajaran Buddha, perbuatan fitnah atau menyebarkan khabar angin
merupakan dasa akusala kammapatha yang akan menimbulkan impak negatif apabila sering
dilakukan. Perbuatan fitnah juga sering dikaitkan dengan konsep Samphappalapa dan
perbualan kosong termasuk perbuatan jahat yang dilakukan melalui ucapan kasar
(Dhammananda, 2004). Ajaran Buddha amat menekankan penganutnya agar mengelakkan
fitnah dan penyebaran khabar angin kerana perbuatan sedemikian dapat menimbulkan
perpecahan, perselisihan, kemarahan, kesombongan, kedengkian, egoisme yang berlebihan dan
banyak lagi kesan negatif. Perbuatan menyebarkan satu kenyataan palsu juga boleh
merosakkan status orang lain. Justeru, ajaran Buddha mengajar penganutnya agar sentiasa
berwaspada dan berhati-hati terhadap setiap perkara yang diucapkan sehingga mampu
membezakan cara pengucapan yang akan mengganggu atau menggembirakan individu
tersebut. Untuk menghindari pembicaraan yang tidak bermanfaat seperti fitnah dan khabar
angin, seseorang itu perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menutur sesuatu perkara.
Menggunakan Bahasa Dan Perkataan Yang Baik
Persamaan prinsip komunikasi dalam al-Quran dan kitab Veda adalah menggunakan bahasa
dan perkataan yang baik serta mengawal diri daripada menggunakan perkataan yang kasar.
Prinsip komunikasi ini sebenarnya prinsip komunikasi asas yang ada dalam setiap agama.
Tidak ada satu agamapun yang membenarkan umatnya untuk bertutur dengan perkara-perkara
yang tidak baik kerana ia dapat merobohkan tembok persaudaraan dalam masyarakat. Menurut
Jendra (1993) bahasa mempunyai dua aspek yang disebut dengan struktur lahir dan batin. Ini
bermaksud bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dapat ditafsirkan dengan makna hakiki
ataupun membawa maksud sebaliknya.
Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menggesa untuk bertutur dengan menggunakan
bahasa dan perkataan yang baik tanpa mengira tempat dan keadaan. Islam juga amat
menitikberatkan penggunaan bahasa dan perkataan yang baik ketika berkomunikasi, khususnya
dalam keluarga. Individu yang datang daripada keluarga yang sopan biasanya akan
menggunakan bahasa yang baik manakala anak-anak yang dibesarkan dalam masyarakat atau
keluarga yang pincang lazimnya gemar menggunakan perkataan keji dan kotor seperti maki
hamun, kata-kata kesat, kata-kata lucah dan sebagainya. Prinsip komunikasi ini ditegaskan oleh
Allah SWT dalam firmannya (surah al-Isra’, 17:23), (surah al-Nisa’,4:8), (surah al-Isra’,
17:53), ( Surah al-Baqarah, 2:83), (surah al-Baqarah, 2:263) dan banyak lagi. Selain dari
galakan untuk berkomunikasi dengan bahasa dan perkataan yang baik, Allah SWT juga
menyuruh umat Islam supaya tidak menuturkan perkara-perkara yang berbentuk cacian dan
kejian ketika berkomunikasi. Hal ini telah Allah SWT rakamkan dalam (surah al-Humazah,
104:1) yang bermaksud:“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji”. Oleh itu,
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 160
elakkanlah diri dari berkata sesuatu yang batil kerana ia bukan mengundang sesuatu yang
berharga kepada penutur tetapi ia akan menambahkan lagi persengketaan dan permusuhan.
Selain itu, kita perlu mengawal diri daripada mengeluarkan perkataan yang kasar seperti
memaki hamun dan menghina. Maki hamun bermaksud kata-kata yang sangat kasar dan keji
(Kamus Dewan, 2015). Setiap ajaran termasuk ajaran Buddha menasihatkan penganutnya agar
sentiasa mengeluarkan perkataan yang sopan dan mesra dalam kehidupan seharian agar kita
dihormati dan disukai oleh masyarakat sekeliling. Hal ini kerana, perbuatan memaki hamun
dan mencaci ini akan menimbulkan rasa sakit hati, dendam dan kemarahan dalam diri
seseorang jika perkataan yang kasar dan keji itu disampaikan khas untuknya. Tidak ada seorang
manusia yang akan berasa gembira jika dirinya dimaki hamun dengan orang lain. Tambahan
pula, jika kita dimaki hamun dengan orang lain, kita akan mempunyai masalah dalam
mengawal pertuturan kita dalam perbualan tersebut kerana manusia akan cenderung untuk
membalas balik apa yang diucapkan kepadanya. Oleh itu, ajaran Buddha menyarankan agar
penganutnya sentiasa bersopan santun dalam pertuturan dan hanya membalas pertuturan yang
setimpal jika dimaki hamun oleh orang lain. Pertuturan yang berlebihan amatlah tidak
digalakkan kerana perbuatan itu akan membangkitkan isu pergaduhan kerana seperti yang kita
tahu, kebanyakan masalah bermula dari pertuturan yang tidak betul.
Bercakap Sesuatu Yang Mendatangkan Manfaat
Islam menyarankan agar umatnya sentiasa menjaga tutur katanya dalam komunikasi
termasuklah dalam perkara yang mahu dibicarakan. Bagi merealisasikan prinsip komunikasi
ini, al-Quran menegaskan agar orang Islam berkomunikasi dengan sesuatu perkara yang
mempunyai tujuan baik atau bermanfaat sahaja. Ini kerana, berbicara dengan sesuatu yang batil
atau tidak berguna akan mendatangkan kerugian kepada mereka sahaja di dunia dan di akhirat.
Hal ini telah Allah SWT nyatakan dalam al-Quran (surah al-Ma’idah, 5:2) dan (surah Ali-
cImran, 3:110). Selain itu, Islam juga mengajar umatnya agar merancang idea dahulu sebelum
berkomunikasi. Ini kerana dengan komunikasi yang terancang, seseorang itu tidak akan
membicarakan sesuatu yang bukan dari topik perbincangan atau dengan kata lainnya tidak
berbicara dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Komunikasi yang terancang dan
teratur dapat menggelakkan seseorang itu dari terjebak ke kancah fitnah dan dapat menghindari
dari wujud perselisihan faham antara satu sama lain. Menurut Mohammad (1996:93), maksud
teratur dalam komunikasi ialah mengutamakan yang lebih penting ketika berkomunikasi
manakala yang tidak atau kurang penting boleh dikemudiankan.
Menurut kitab Veda, elemen terakhir yang dinyatakan dalam aspek pertuturan yang benar ialah
tidak membuang masa dengan bercakap kosong. Perbuatan ini bukan sahaja membuang masa
tetapi juga akan merosakkan maruah orang lain kerana gosip boleh didefinisikan sebagai fakta
yang telah ditokok-tambah oleh orang lain. Lebih tepat lagi, gosip membawa maksud suatu
berita yang disebarkan tanpa ada kesahihannya atau berita yang tidak berlandaskan pada fakta
yang tepat. Perbualan kosong dan gosip juga mengakibatkan wujudnya perbuatan mengumpat
kerana mereka berbual tentang perkara-perkara buruk tanpa pengetahuan seseorang. Sejajar
dengan perkembangan teknologi zaman sekarang, masyarakat kini lebih gemar menokok-
tambah sesuatu fakta apabila mereka menyampaikannya kepada orang lain dengan tujuan ingin
menghiburkan diri sendiri dan orang lain. Perkara seperti ini akan merosakkan imej seseorang
kerana didorong oleh perasaan dengki. Ringkasnya, seseorang itu perlu mengelakkan diri
daripada melibatkan diri dalam perbualan kosong atau gosip dan perlu mendapatkan kepastian
tentang sesuatu perkara sebelum menyampaikannya kepada orang lain seperti yang diajarkan
dalam ajaran Buddha. Lebih baik kita meluangkan masa berbual tentang sesuatu yang lebih
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 161
bermakna seperti isu-isu semasa dan perkara-perkara akademik dan lain-lain. Contohnya
seperti, mengikuti ceramah-ceramah keilmuan dimana ia boleh mendatangkan banyak manfaat
berbanding dengan melepak di kedai makan sambil berbual kosong.
Berdasarkan dalil-dalil tersebut, sudah jelas kepada kita bahawa Islam dan Buddha amat
menyeru dan menyuruh manusia supaya sentiasa menjaga tutur kata semasa melakukan proses
komunikasi. Perintah dan suruhan ini tidak hanya tertumpu kepada sesama Muslim sahaja,
bahkan ia meluas sehingga kepada golongan bukan Muslim. Oleh itu, gunakanlah seluruh
prinsip-prinsip komunikasi yang telah diajar oleh agama dalam kehidupan agar dengan
pelaksanaan ini kita dapat mewujudkan sebuah masyarakat multietnik yang sejahtera serta
mewujudkan hubungan harmoni antara satu sama lain.
Perbezaan Prinsip Komunikasi dalam Kitab al-Quran dan Kitab Veda
Dalam kajian yang dijalankan terhadap kitab al-Quran dan Veda, pengkaji mendapati terdapat
beberapa perbezaan prinsip komunikasi dalam kedua-dua kitab tersebut. Perbezaan ini dilihat
dari sudut penekanan dan pelaksanaannya yang terkandung dalam kitab al-Quran dan Veda.
Secara umumnya, pengkaji mendapati prinsip komunikasi dalam al-Quran lebih banyak dan
terperinci berbanding dalam kitab Veda. Dalam al-Quran, pengkaji menemui sepuluh prinsip
komunikasi selain empat prinsip komunikasi yang sama antara al-Quran dan Veda, manakala
dalam kitab Veda hanya empat prinsip komunikasi sahaja yang ditekankan kepada penganut
Buddha. Perbezaan prinsip komunikasi tersebut adalah seperti rajah 2 berikut.
Rajah 2: Perbezaan Prinsip Komunikasi Dalam Kitab Al-Quran Dan Kitab Veda
Sumber: Kajian Penyelidikan (2021)
Bercakap Lemah Lembut
Islam menyarankan umatnya agar sentiasa bertutur dengan lemah lembut dalam proses
komunikasi yang dijalankan berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah cAli-Imran
(3:15). Pelaksanaan prinsip komunikasi secara lemah lembut ini tidak dikhaskan kepada
sesetengah golongan sahaja bahkan ia dituntut untuk setiap lapisan masyarakat. Menurut
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 162
Mokhtar dan rakan-rakan (2021a), bercakap dengan gaya bahasa yang lemah lembut dapat
melembutkan hati manusia walaupun ia sekeras batu. Ini jelas menunjukkan bahawa bercakap
dengan lemah lembut dapat menarik perhatian pendengar serta membuka hatinya untuk
menerima maklumat dan mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang. Menasihati seseorang
juga perlu dilaksanakan dengan cara berlemah lembut kerana ia menjadi satu daya tarikan
kepada pendengar. Dalam kajian Mokhtar dan rakan-rakan (2021c), pendekatan lemah lembut
dalam kaedah pengajaran menjadi tarikan pelajar terhadap subjek yang diajar oleh seseorang
pensyarah dan inilah kehebatan dari prinsip lemah lembut dalam komunikasi.
Berdialog Dengan Cara Yang Baik Dan Berhikmah
Prinsip komunikasi seterusnya adalah berdialog dengan cara yang baik dan berhikmah. Islam
mengajar umatnya untuk mengaplikasikan prinsip komunikasi ini berdasarkan kepada surah
al-Naḥl (16:125). Allah SWT mengutuskan nabi Muhammad SAW dan para nabi terdahulu
menggunakan prinsip berdialog dengan cara yang baik dan berhikmah ini terhadap bapa, kaum
kerabat, para musyrikin serta golongan-golongan yang jelas menentang Islam. Berdialog
dengan menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah SWT dapat menyelesaikan
masalah dan membuka fikiran untuk menerima dan menilai keabsahan mesej yang
disampaikan. Dalam melaksanakan pendekatan dialog ini, seseorang itu perlulah mengawal
emosi dan hawa nafsu mereka dari menutur dan mengeluarkan kata-kata yang kasar agar mesej
yang disampaikan itu dapat diterima baik oleh pendengar.
Nada Percakapan Yang Sesuai
Allah SWT mengajar hambanya untuk mengawal nada percakapan ketika melakukan
komunikasi sesuai dengan keadaan, masa dan tempat. Prinsip komunikasi ini telah dijelaskan
oleh Allah SWT dalam surah Taha (20:43-44) dan surah Luqman (31:19) sebagai panduan dan
rujukan umat Islam. dengan melaksanakan prinsip komunikasi ini, seseorang itu akan mudah
mendengar dan menerima mesej yang ingin disampaikan kepadanya kerana ia dilaksanakan
dengan penuh ‘kerahsiaan’. ‘Kerahsiaan’ di sini bermaksud nasihat dan teguran tersebut hanya
didengari olehnya sahaja serta dapat menjaga aibnya dari diketahui oleh orang lain.
Penggunaan nada yang terkawal juga akan memberikan nilai tambah kepada seseorang untuk
lebih selesa mendengar dan menerima mesej yang disampaikan.
Mendengar Dengan Baik
Mendengar dengan baik turut menjadi salah satu daripada prinsip komunikasi dalam Islam.
Menurut Mokhtar dan rakan-rakan (2021a), komunikasi tidak hanya tertumpu kepada lisan
semata-mata tetapi ia diukur dengan sejauhmana fokus seseorang yang mendengar komunikasi
tersebut. Bagi memastikan jaringan komunikasi mencapai tahap yang diinginkan, seseorang itu
perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan kepadanya sejajar dengan
kehendak Islam (surah al-Anfal, 8:21-22), (surah Luqman, 31:7) dan (surah al-Ancam, 6:36).
Tambahan pula, hanya pendengar yang fokus dan komited sahaja yang akan bertindak dan
memberi maklum balas dengan apa yang disampaikan kepadanya (Ahmad, 2001).
Jujur Dan Ikhlas Dalam Berkomunikasi
Prinsip komunikasi Islam yang seterusnya adalah jujur dan ikhlas dalam berkomunikasi. Setiap
manusia perlu menitipkan unsur-unsur jujur dan ikhlas dalam komunikasi yang digunakan pada
setiap ruang kehidupan. Melaksanakan komunikasi dengan jujur dan ikhlas ini dapat menepati
kehendak Islam serta memudahkan mesej data diterima baik oleh seseorang (surah al-Saff,
61:2-3). Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya mengaplikasikan prinsip komunikasi ini
dalam kehidupan kerana ia dapat mewujudkan hubungan baik antara satu sama lain. Mereka
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 163
yang mengabaikan prinsip komunikasi ini sudah pasti bicaranya tidak diterima oleh masyarakat
serta mengundang perpecahan dan perbalahan dalam komuniti.
Bersifat Rendah Diri
Allah SWT menciptakan setiap manusia dengan cara, bahan dan kaedah yang sama antara satu
sama lain. Allah SWT juga menganugerahkan akal terhadap manusia untuk mereka
memikirkan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Berdasarkan perkara tersebut jelas
menunjukkan bahawa setiap manusia itu adalah sama dan yang membezakan mereka adalah
amal dan taqwa (surah al-Hujurat, 49:12-13). Dengan kesamaan taraf manusia tersebut, maka
kita perlulah menanam sifat rendah diri ketika berbicara sesama manusia, apatah lagi dengan
pencipta. Sifat rendah diri dalam komunikasi dapat diterima baik oleh pendengar serta dapat
mengubah seseorang menjadi yang lebih baik (Ghullusy, 1978).
Berkomunikasi Secara Bersemuka
Berkomunikasi secara bersemuka juga merupakan salah satu dari prinsip komunikasi Islam
dalam kitab al-Quran. Prinsip ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam surah Maryam
(19:42-43) dan surah al-Ancam (6:74). Kedua-dua contoh prinsip komunikasi secara
bersemuka ini telah dizahirkan oleh nabi Ibrahim AS terhadap bapanya, Aazar dalam seruan
kembali kepada ajaran Islam. Implementasi komunikasi secara bersemuka ini adalah satu
bentuk medium komunikasi terbaik antara manusia kerana kita sedar dan tahu dengan siapa
kita berkomunikasi. Namun, dewasa ini, pelaksanaan dakwah dan penyebaran mesej menerusi
media sosial sedikit sebanyak mengurangkan keaslian mesej yang disampaikan kerana kita
tidak mengetahui siapakah yang menghantar mesej tersebut dan adakah maklumat yang
disampaikan tersebut tepat dan boleh dipercayai.
Tidak Mengecilkan Pandangan Orang Lain
Sebagai seorang manusia yang mempunyai hati dan perasaan, kita seharusnya mengambil kira
pandangan dan pendapat orang lain dalam aspek komunikasi. Prinsip tidak mengecilkan
pandangan orang lain turut dijadikan sebagai prinsip komunikasi dalam Islam. Sikap
mengecilkan pandangan orang lain dapat memutuskan hubungan baik antara satu sama lain
dan ia ditegah oleh Allah SWT (surah cAli Imran, 3:159). Prinsip komunikasi ini sebenarnya
telah dipraktikkan oleh para nabi terdahulu khususnya dalam menyebarkan risalah Islam serta
membawa masyarakat kembali kepada Allah SWT. Peristiwa mengambilkan pandangan orang
lain dalam pelbagai keadaan telah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW dalam peperangan
di mana baginda sendiri memohon pandangan para sahabatnya untuk mengatur strategi.
Menurut Mokhtar dan rakan-rakan (2021a), pandangan dan pendapat yang dicernakan oleh dua
orang adalah jauh lebih baik dari pendapat sendiri kerana ia akan memberikan pandangan yang
berbeza. Inilah pandangan yang disarankan oleh Allah SWT kepada umat Islam (surah Syura,
42:36).
Berdoa Dan Bertawakkal Kepada Allah SWT
Islam mengajar umatnya agar sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT dalam setiap
keadaan sama ada susah mahupun senang (surah al-cAraf, 7:55) dan ia adalah intipati rasa
syukur kepada Allah SWT. Konsep doa dan tawakkal adalah prinsip komunikasi Islam yang
perlu dirtanamkan dalam setiap diri manusia. Berdoa juga adalah bentuk komunikasi antara
manusia dengan Allah SWT bagi mengharapkan kebaikan, rahmat dan dipermudahkan
sebarang urusan. Islam menyarankan umatnya berdoa dan memohon kepada Allah SWT
dengan perkara kebaikan (surah Yunus, 11:84) kerana Allah SWT adalah penentu kepada doa
tersebut. Sirah nabi terdahulu juga banyak mengaplikasikan prinsip komunikasi ini dalam
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 164
kehidupan mereka seperti konsep doa dan tawakkal nabi Musa AS dalam dakwahnya kepada
Firaun (surah Taha, 20:25-28). Tahap kebergantungan seseorang Muslim dengan pencipta
sememangnya tidak dapat dinafikan dan inilah yang disarankan oleh Allah SWT kepada
seluruh hambanya.
Rumusan dan Cadangan
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, pengkaji telah menemui pelbagai prinsip
komunikasi dalam al-Quran dan kitab Veda. Prinsip-prinsip ini dipetik dari ayat-ayat al-Quran
dan kandungan dalam kitab Veda sebagai panduan kepada umat manusia yang menganut
agama masing-masing. Dapatan kajian menemukan beberapa persamaan dan perbezaan prinsip
komunikasi yang terkandung dalam kedua-dua kitab tersebut. Terdapat empat persamaan di
antara prinsip komunikasi dalam kitab al-Quran dan Veda iaitu bercakap benar, berkomunikasi
dengan fakta yang tepat, menggunakan bahasa dan perkataan yang baik dan bercakap sesuatu
yang mendatangkan manfaat. Namun, prinsip komunikasi dalam al-Quran telah diperincikan
lagi kepada sepuluh prinsip lain dan ia merupakan perbezaan di antara prinsip komunikasi
dalam al-Quran dan dalam kitab Veda. Sepuluh prinsip tersebut termasuklah bercakap lemah
lembut, berdialog dengan cara yang baik, nada percakapan yang sesuai, mendengar dengan
baik, mengotakan apa yang dikata, jujur dan ikhlas dalam berkomunikasi, bersifat rendah diri,
berkomunikasi secara bersemuka, tidak mengecilkan pandangan orang lain dan berdoa serta
tawakkal kepada Allah SWT. Maka dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa prinsip
komunikasi telahpun termaktub di dalam al-Quran dan Veda tersebut perlulah dilaksanakan
oleh manusia dalam mengatur tutur kata ketika memulakan proses komunikasi. Perkataan yang
baik akan membuahkan hasil yang baik, manakala perkataan yang buruk akan mengundang
musibah yang tidak diundang. Oleh itu, dengan melaksanakan prinsip komunikasi yang
digariskan dalam al-Quran dan kitab Veda dapatlah sesebuah masyarakat itu mewujudkan
hubungan baik antara mereka tanpa mengira bangsa dan agama.
Penghargaan
Jutaan terima kasih kepada pihak Universiti Malaysia Sabah dan Pusat Penataran Ilmu dan
Bahasa atas kelulusan geran Seed Money PPIB (TPB1907) bagi memudahkan kajian ini
dijalankan.
Rujukan
Al-Quran al-Karim.
AC, S. S. (2006). Bhaktivedanta Swami Prabhupada. Bhagavadgita Menurut Aslinya. Jakarta:
The Bhakti Vedanta Book Trust.
Ahmad, A. M. (2001). Santun Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali, A. Y. (1991). al-Qur’ān al-Kārim, Terjemahan dan Huraian Maksud. Jil.1. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahrudin. (2010). Prinsip-prinsip Komunikasi dalam al-Quran. Jurnal Ilmu Dakwah. Vol.4,
No. 15. 827-847.
Darmayasa. (2001). Nitisastra. Denpasar: Manikgeni.
Dhammananda, S. (2004). Keyakinan Umat Buddha. Jakarta: Yayasan penerbit Karaniya.
Ghullusy, A. A. (1978). al-Dakwah al-Islāmiyyah, Usuluha wa Wasāiluha. Kaherah: Dar al-
Kitab al-Misr.
Hakim, A. H. (2020). Prinsip-Prinsip Komunikasi dan Informasi dalam Perspektif al-Quran
Membangun Komunikasi Beradab. Jurnal Kajian Dakwah dan Kemasyarakatan. 24
(1). 2020. 13-33.
Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 152-165
DOI 10.35631/IJEPC.745012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 165
Hendra, T. & Musliadi, P. (2019). Prinsip dan Unsur-Unsur Komunikasi dalam Perspektif al-
Qur’an. Wardah. ISSN 1412-3711, e-ISSN 2503-3050. 12-31. 12-31.
Iskandar, I. (2019). Prinsip Komunikasi al-Quran dalam Menghadapi Era Media Baru. al-
Fanar: Jurnal Ilmu al-Quran dan Tafsir. Volume 2. No. 1. 55-74.
Jendra, I. W. (1993). Berbicara dalam Sastra Hindu. Jakarta: Pustaka Manikgeni.
Kamus Dewan. (2015). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lubi, L., Hasmawati, F. & Batubara, H. J. (2017). Penerapan Prinsip-Prinsip Komunikasi Islam
dalam Mensukseskan Program KB di Rantau Prapat Kec. Rantau Selatan Kabupaten
Labuhanbatu. al-Balagh: Vol. 1 No. 2 Julai - Disember 2017. 267-290.
Mohammad, F. (1996). Konsep Tutur Bicara dalam Islam. Johor Bahru: Jahabersa.
Mokhtar, S., Hajimin, M. N. H. H., Muis, A. M. R. A., Othman, I. W., Esa, M. S., Ationg, R.,
& Lukin, S. A. (2021a). Analisis Prinsip-Prinsip Komunikasi Islam dalam Kitab al-
Quran. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC). Vol.
6. Issue 23. April 2021. 140-156.
Mokhtar, S., Muda, N., Othman, I. W., & Esa, M. S. (2021b). Nilai Moral dalam Sajak ‘Ke
Makam Bonda’ Oleh Usman Awang: Satu Analisis Bahasa, Nilai dan Struktur serta
Kaitannya dengan Konsep Dakwah. International Journal of Education, Psychology
and Counselling (IJEPC). Vol. 6. Issue 41. (July 2021). 76-91.
Mokhtar, S., Shah, M. K. M., Ramlie, H., Othman, I. W., Ationg, R., Esa, M. S. & Marinsah,
S. A. (2021c). Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah Menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. International
Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC). Volume 6, Issue 39 (May
2021). 178-193.
Mokhtar, S., Thia, K. & Ramlie, H. (2019). Pendekatan Dakwah JHEAINS terhadap Banduan
di Penjara Sandakan: Satu Tinjauan Awal. Jurnal al-Hikmah. 11(2). 68-87.
Muslimah. (2016). Etika Komunikasi dalam Persfektif Islam. Sosial Budaya (e-ISSN 2407-
1684 | p-ISSN 1979-2603). Vol. 13, No. 2, Disember 2016. 115-125.
Sudharta, T.R. (2003). Slokantara: Untaian Ajaran Etika, Teks, Terjemahan dan Ulasan.
Surabaya: Paramita.
Suhardi, U. & Awiyane, W. T. (2018). Etika Komunikasi Dalam Veda (Tinjauan
Fenomenologi Pada Era Globalisasi). Jurnal Pasupati. Vol. 5 No. 1. Jan-Jun 2018. 61-
103.
Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran 30 juzu’. 2000. Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.