ArticlePDF Available

MENTAL HEALTH AND COVID-19 : TAFAKUR AS SELF CARE TECHNIQUE DURING PANDEMIC KESEJAHTERAAN MENTAL DAN COVID-19: TAFAKUR SEBAGAI TEKNIK PENJAGAAN DIRI SEMASA PANDEMIK

Authors:

Abstract

The COVID-19 pandemic has impacted people all around the world in a variety of ways. Due to many factors such as death, unemployment, quarantine, and more, this pandemic contributes to a rise in mental pressure and anxiety throughout society. Tafakur technique is a psychospiritual approach that can help people regulate their emotions and relax. It is also a sort of ibadah that helps people feel connected to Allah. Human senses are the primary gateway to receiving numerous stimuli from the environment. Several empirical studies have been conducted to explain the positive benefits on mental health that can be attained when a person connects with nature. He may profit in terms of psychology, benefits to nature, and performing ibadah to Allah if he has such link mixed with tafakur. Abstrak Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi impak dari pelbagai sudut kehidupan. Pandemik yang berpanjangan ini meningkatkan tekanan emosi dan kebimbangan dikalangan masyarakat akibat dari pelbagai punca seperti kematian, kehilangan pekerjaan, kuarantin dan sebagainya. Teknik tafakur adalah teknik psikopiritual yang dapat membantu individu untuk melakukan regulasi emosi, mencapai relaksasi dan juga salah satu bentuk ibadah untuk merasai kehambaan kepada Allah. Pancaindera manusia adalah pintu utama untuk seseorang individu menerima rangsangan persekitaran. Pelbagai kajian empirikal yang menghuraikan kesan positif untuk kesejahteraan mental apabila seseorang individu berhubung dengan alam semulajadi. Dengan berhubung dengan alam semulajadi digabungakna dengan aktiviti tafakur seseorang individu akan mendapat manfaat dari segi psikilogi, manfaat kepada alam dan juga salah satu bentuk ibadah kepada Allah.
Bil 20 Vol. I (2022)
ISSN: 1823-4313 / e-ISSN: 2785-9169
https://ejournal.kuipsas.edu.my//
91
MENTAL HEALTH AND COVID-19 : TAFAKUR AS SELF CARE
TECHNIQUE DURING PANDEMIC
KESEJAHTERAAN MENTAL DAN COVID-19: TAFAKUR SEBAGAI
TEKNIK PENJAGAAN DIRI SEMASA PANDEMIK
Nur Yani Che Hussin1, Muhammad Nubli Abdul Wahab2 & Norizan Yusof3
1Jabatan Pendidikan & Pembangunan Insan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad
Shah (UnIPSAS)
2Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
3Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Abstract
The COVID-19 pandemic has impacted people all around the world in
a variety of ways. Due to many factors such as death, unemployment,
quarantine, and more, this pandemic contributes to a rise in mental
pressure and anxiety throughout society. Tafakur technique is a
psychospiritual approach that can help people regulate their emotions
and relax. It is also a sort of ibadah that helps people feel connected
to Allah. Human senses are the primary gateway to receiving
numerous stimuli from the environment. Several empirical studies
have been conducted to explain the positive benefits on mental health
that can be attained when a person connects with nature. He may
profit in terms of psychology, benefits to nature, and performing
ibadah to Allah if he has such link mixed with tafakur.
Keywords: Mental Health, tafakur, COVID-19, nature, relaxation,
emotional regulation.
Abstrak
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi
impak dari pelbagai sudut kehidupan. Pandemik yang berpanjangan
ini meningkatkan tekanan emosi dan kebimbangan dikalangan
masyarakat akibat dari pelbagai punca seperti kematian, kehilangan
pekerjaan, kuarantin dan sebagainya. Teknik tafakur adalah teknik
psikopiritual yang dapat membantu individu untuk melakukan
regulasi emosi, mencapai relaksasi dan juga salah satu bentuk ibadah
untuk merasai kehambaan kepada Allah. Pancaindera manusia
adalah pintu utama untuk seseorang individu menerima rangsangan
persekitaran. Pelbagai kajian empirikal yang menghuraikan kesan
positif untuk kesejahteraan mental apabila seseorang individu
berhubung dengan alam semulajadi. Dengan berhubung dengan alam
semulajadi digabungakna dengan aktiviti tafakur seseorang individu
akan mendapat manfaat dari segi psikilogi, manfaat kepada alam dan
juga salah satu bentuk ibadah kepada Allah.
Kata Kunci: Kesejahteraan mental, tafakur, COVID-19, alam
semula jadi, relaksasi, regulasi emosi.
Perkembangan Artikel
Diterima: 24 Oktober 2021
Disemak: 15 Januari 2022
Diterbit: 30 Januari 2022
Penulis Utama:
Nur Yani Che Hussin
Jabatan Pendidikan &
Pembangunan Insan
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Islam Pahang
Sultan Ahmad Shah
E-mel:
nuryani@unipsas.edu.my
Bil 20 Vol. I (2022)
ISSN: 1823-4313 / e-ISSN: 2785-9169
https://ejournal.kuipsas.edu.my//
92
PENGENALAN
Bencana penyakit berjangkit, wabak, pandemik dan endemik boleh menyebabkan kematian
yang tinggi dan telah menyumbang kepada peningkatan kadar kematian global (Ingravallo,
2020). Penyakit berjangkit telah mengancam manusia sejak dahulu kala dan mempengaruhi
kehidupan manusia di seluruh dunia (Reperant & Osterhaus, 2017). COVID-19 yang
mulanya berasal dari Wuhan, China pada akhir 2019 dan kini telah merebak dengan pantas ke
seluruh dunia (Jacobsen, 2020). COVID-19 mempunyai virus yang sama keluarga sebagai
SARS dan sindrom pernafasan timur tengah coronavirus (MERS-CoV), yang merupakan
jangkitan zoonotik dianggap berasal daripada ular, kelawar, dan tenggiling di pasar basah
Wuhan (Giannis, Ziogas, & Gianni, 2020). Penyakit ini diisytiharkan sebagai kecemasan
kesihatan awam yang menjadi perhatian antarabangsa pada 30 Jan 2020, oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO, 2020). Virus tersebut telah cepat merebak ke seluruh dunia yang
membawa kepada jangkitan dan kematian yang amat tinggi. Pandemik COVID-19 yang
berlaku pada masa kini merupakan situasi bencana yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Cabaran yang amat besar yang menyebabkan ramai yang menderita akibat daripada
ketidakpastian dalam kehidupan, berjauhan dengan ahli keluarga, ketakutan terhadap
penyebaran jangkitan, kesusahan dan kesedihan akibat kematian dan terpaksa menjalani
kuarantin sendirian (Saladino, Algeri, & Auriemma, 2020).
Apabila berlakunya kecemasan kesihatan awam seperti pandemik COVID-19, tidak
dapat dielakkan mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental seseorang individu (El-Zoghby,
Soltan, & Salama, 2020). Reaksi psikologi terhadap pandemik termasuklah tekanan emosi,
kegelisahan, ketakutan, kekecewaan, kesepian, kemarahan, kebosanan, kemurungan dan
tekanan, telah meningkat dari masa ke masa (Sharma, Ho, & Ho, 2020). Gejala fizikal juga
berlaku termasuk perasaan berdebar-debar, insomnia, pening kepala, keletihan dan
sebagainya. Gejala yang tidak terkawal boleh membawa kepada penyakit mental yang lebih
serius (Mahmud, Talukder, & Rahman, 2020). WHO juga telah menyatakan kerisauan
terhadap kesihatan mental dan kesan psikososial disebabkan oleh wabak tersebut (WHO,
2020). Norma baharu dalam kehidupan seperti pengasingan diri dan kuarantin kendiri telah
mempengaruhi aktiviti, rutin, dan gaya hidup masyarakat yang telah menyebabkan
peningkatan kesunyian, kegelisahan, kemurungan, insomnia, penyalahgunaan dadah, alkohol,
dan bahaya diri atau tingkah laku bunuh diri (Venkatesh & Edirappuli, 2020). Terdapat juga
peningkatan kes keganasan rumah tangga dan penderaan terhadap kanak-kanak
(Abuhammad, 2021).
Selain itu juga pandemik COVID-19 semakin mencabar pada zaman media sosial dan
maklumat tanpa sempadan ini. Masyarakat dibebani dengan khabar angin dan maklumat
yang tidak sahih dan tidak dapat disahkan kebenarannya (Id et al., 2020). Khabar angin dan
berita palsu menimbulkan ketakutan, kegelisahan, dan tekanan dengan aliran berita yang tiba-
tiba dan hampir berterusan mengenai wabak setiap hari. Ini disertai juga cabaran salah
tanggapan mengenai penyakit ini. Faktor-faktor ini boleh memberi kesan psikologi kepada
pengguna media sosial, terutama yang mempunyai gangguan mental dan kegelisahan yang
sudah sedia ada (Ni et al., 2020). Kebimbangan dan kegelisahan yang semakin meningkat
berkaitan dengan COVID-19 telah membawa kepada pelbagai cadangan untuk rawatan diri
yang efektif dan rawatan kesihatan mental yang lebih menyeluruh (Horizon et al., 2020).
Pada masa yang sama, kebimbangan eksistensialis yang ditimbulkan oleh pandemik
menunjukkan pentingnya sumber keagamaan sebagai benteng membina daya tahan diri
daripada mengalami tekanan-tekanan mental (Egargo & Kahambing, 2020). Oleh itu, objektif
kajian ini ialah untuk meneroka teknik relaksasi dan regulasi emosi dalam menghadapi
tekanan semasa musim pandemik.
Bil. 20 Vol. 1 (2022) Jurnal al-Sirat
93
METODOLOGI
Artikel ini ditulis berdasarkan penyelidikan perpustakaan yang membincangkan tentang
Islam dan kesejahteraan mental, konsep tafakur dan peranannya dalam kesejahteraan mental
dan teknik tafakur sebagai teknik relaksasi dan regulasi emosi. Tinjauan literatur ini adalah
berdasarkan artikel kajian-kajian terdahulu yang diambil melalui carian di Google Scholar,
Scopus, ScienceDirect, Elsevier, SAGE Journal dan lain-lain sumber yang diakui
kesahan dan kebolehpercayaan artikel tersebut. Terdapat beberapa kata kunci yang
digunakan dalam pencarian artikel seperti ‘tafakur’,’kesejahteraan mental’, ‘Islam dan
kesejahteraan mental’ dan‘teknik relaksasi dan regulasi emosi’.
ISLAM DAN KESEJAHTERAAN MENTAL
Kesihatan mental dan kerohanian secara langsung berkaitan dengan asas kemampuan
manusia untuk mewujudkan tujuan kerohanian mereka yang memberi manfaat kepada
kesihatan mental (Brown et al., 2013).Semua manusia diciptakan untuk menempuh jalan
yang akhirnya akan memastikan keselamatan mereka di dunia dan akhirat dan kemampuan
mereka memperoleh keredaan Allah. Gaya hidup berlandaskan Islam adalah kemampuan
seseorang yang berjaya untuk terus berada di jalan ibadah (Farshoukh, 2017). Oleh itu, apa-
apa halangan yang menghalang kemampuan mereka untuk menempuh jalan ini dilihat boleh
memudaratkan fungsi manusia dan patut diberi perhatian. Ini termasuk perjuangan psikologi,
fizikal atau emosi yang menghalangi kemampuan kita untuk beribadah kepada Allah .
Islam menghargai pentingnya kesihatan mental dan kesejahteraan emosi. Dalam Islam,
kesihatan mental, serupa dengan kesihatan fizikal, adalah aspek yang sangat penting dalam
kesejahteraan seseorang, kerana ia penting untuk menjalani kehidupan yang sihat dan
seimbang (Koenig H.G., 2019). Para cendekiawan Muslim juga telah menekankan
pentingnya menjaga minda dan menekankan tentang kelestarian akal sebagai salah satu
elemen penting untuk semua individu untuk dilindungi. Fikiran yang sihat adalah penting
bagi seseorang untuk melaksanakan tanggungjawab duniawi dan agama. Sekiranya ia
diabaikan dan tidak dijaga, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan mental (Ariadi, 2019).
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Allah tidak
akan menurunkan sesuatu penyakit melainkan Dia akan menurunkan ubatnya”.
Riwayat al-Bukhari (5678)
Islam sentiasa berperanan penting dalam membantu umat Islam menghadapi peristiwa
kehidupan yang negatif, yang membantu mereka dalam pencegahan dan rawatan kejiwaan.
Dalam ajaran Islam jika seseorang mengalami perasaan negatif, adalah dianjurkan untuk
menguruskan pemikiran berserta dengan tindakan positif sebaik mungkin dan juga meminta
pertolongan profesional jika kes itu bersifat klinikal, sama seperti bentuk penyakit lain.
Menghidap penyakit jiwa tidak bermaksud seseorang individu itu berada jauh dari Allah
kerana ia adalah ujian dari Allah, seperti penyakit-penyakit fizikal lain (Ariadi, 2019). Allah
berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan
sabar dan salat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar. Al Baqarah :153
Bil. 20 Vol. 1 (2022) Jurnal al-Sirat
94
Dari perspektif kerohanian, al-Quran dan sunnah menerima kekuatan dan kelemahan
manusia, sebagai hamba-Nya manusia perlu mengakui kehebatan Allah dan tidak pernah
putus asa memohon pada rahmat-Nya. Mereka yang selalu mengingati Allah akan mendapat
kebahagiaan dan ketenangan (Ariadi, 2019).
KONSEP TAFAKUR UNTUK KESEJAHTERAAN MENTAL
Dalam bidang psikologi Islam, tafakur bolehlah dikatakan sebagai satu aktiviti atau kegiatan
berfikir secara mendalam yang melibatkan perasaan, persepsi, imaginasi spiritual yang mana
membentuk tingkah laku, kecenderungan, keyakinan, emosi dan pemikiran (Badri, 2000).
Ulama-ulama Islam mengatakan tafakur ialah sebagai bentuk motivasi dalam kehidupan yang
menambahkan keimanan (Hamzah Ya’kub, 1992). Islam menyatakan bahawa salah satu
tujuan menuntut ilmu adalah untuk mengenal Tuhan dan mendekatkan diri kepada Nya.
Dengan menuntut ilmu, manusia akan mengenal dirinya, mengenal persekitarannya dan juga
mengenal tuhannya . Teknik tafakur adalah teknik yang boleh diamalkan oleh umat Islam
dalam membentuk ketenangan emosi dan kesejahteraan diri (Ghazali, 2003).
Tafakur jika dilihat daripada aspek model personaliti psikologi Islam adalah
segalanya berasaskan dari al-Quran dan Sunnah. Gabungan antara data empirikal dan al-
Quran menghasilkan penemuan-penemuan ilmu. Konsep tafakur banyak dikupas oleh ahli
psikologi Islam iaitu al-Ghazali. Beliau meneroka persoalan-persoalan tentang tingkah laku
manusia berdasarkan sumber al-Quran (al- Ghazali, 1995). Al-Ghazali menekan empat unsur
utama struktur manusia yang membentuk tingkah laku, iaitu al-qalb, al-ruh, al-aql dan al-
nafs. Menurut al-Ghazali, keempat-empat unsur ini mempunyai makna jasmaniah dan makna
ruhaniah (Fariza Md Sham, 2016).
Akal yang dianugerahkan kepada manusia duduk di sisi yang sangat mulia dan
mempunyai kemampuan untuk berfikir, menghayati, memahami, merenung sesuatu perkara
(Amin, 2018). Potensi akal inilah yang membezakan tingkah laku-tingkah laku manusia
dengan manusia yang lain serta dengan makhluk-makhluk Allah yang lain (Ariadi, 2019).
Bertafakur dapat membantu manusia untuk meningkatkan potensi keimanan kepada Allah
dengan lebih baik dan sempurna, ini adalah kerana tafakur adalah salah satu bentuk ibadah
dalam Islam (Zuhby & Dahlan, 2021).
Cendekiawan Islam juga menyatakan kepentingan tafakur dari aspek pembentukan
perangai dan tingkah laku. Proses tafakur yang berlaku dalam minda individu, boleh
berkembang menjadi penggerak dan insentif kepada sesuatu tindakan dalam kehidupan
seharian (Hamdi Rahman, Mazlah, & Masthurhah, 2013). Manakala, tindakan tersebut, jika
diulang-ulang akan menjadi kebiasaan. Dengan bertafakur, individu tersebut akan
memperoleh ilmu yang meresap ke dalam hati. Hati, akan menggerakkan anggota tubuh
untuk melakukan sesuatu perbuatan yang mana perbuatan yang berulang-ulang akan
menghasilkan tingkah laku yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan dan mampu
menyelaraskan antara fikiran, perasaan dan tingkah lakunya secara harmoni. (Khaldun,
Dwi, & Lita, 2021).
Menurut Ibn al-Qayyim, setiap perkara yang dilakukan oleh seserang bermula dengan
pemikiran dalaman atau dialog dalaman dalam diri seseorang individu. Beliau menekankan
kepentingan mengawal pemikiran dalaman yang negatif. Pemikiran yang negatif yang
berulang-ulang serta tidak terkawal akan membentuk kepada tindakan dan juga tingkah laku
yang boleh dilihat oleh orang lain (Badri, 2000). Monolog dalaman yang buruk juga jika
tidak dikawal akan membentuk emosi yang tidak terkawal. Sebaliknya, jika pemikiran
dalaman sentiasa dipelihara dengan perkara-perkara yang baik, maka kekuatan kognitif akan
terbentuk dalam diri seseorang individu tersebut. Beliau juga percaya bahawa fizikal, emosi
dan kognitif adalah saling berkaitan (Hamzah Ya’kub, 1992).
Bil. 20 Vol. 1 (2022) Jurnal al-Sirat
95
Menurut al-Ghazali, di dalam bukunya Ihya Ulum Al Din, seseorang individu yang
ingin mengubah tingkah laku kepada yang lebih baik, perlu mengubah cara berfikir tentang
diri sendiri dan perlu memikirkan keadaan dirinya dalam situasi yang dikehendaki.
Seterusnya, individu tersebut perlu melakukan tingkah laku-tingkah laku yang baik tersebut
secara beransur-ansur sehinggalah tingkah laku tersebut menjadi sebati dalam dirinya (al-
Ghazali, 1995). Terdapat interaksi yang saling berkaitan dalam diri manusia di antara psiko
kognitif dan juga tingkah laku sebenar (Khaldun et al., 2021). Individu yang bertingkah laku
tertentu akan memberi kesan kepada caranya berfikir. Begitu juga sebaliknya, apabila cara
berfikir dan perasaan berubah, tingkah laku akan juga turut mengalami perubahan (Zuhby &
Dahlan, 2021).
Tafakur merangkumi aspek psikologi, kognitif dan juga spiritual individu dalam
kehidupan sehariannya, tambahan juga tafakur adalah salah satu bentuk ibadah kepada
muslim. Sambil merenung kejadian dan ciptaan tuhan, individu tersebut akan mengingati
Allah (Zuhby & Dahlan, 2021). Menurut Imam al-Ghazali juga, hati yang sentiasa bertafakur
akan mudah untuk mengesan bisikan-bisikan kejahatan yang melintasi minda. Segala bentuk
pemikiran negatif akan ditapis dan ditangkis oleh hati yang bertafakur (Badri, 2000).
PERINGKAT-PERINGKAT PENTING DALAM TAFAKUR
Proses tafakur secara asasnya melibatkan beberapa peringkat. Peringkat-peringkat tersebut
saling berkaitan di antara satu sama lain. Terdapat empat peringkat penting iaitu (Badri,
2000):
Peringkat pertama: Ianya berlaku apabila maklumat yang masuk secara langsung
melalui pancaindera iaitu melalui penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa.
Ianya juga boleh berlaku secara tidak langsung iaitu melalui imaginasi. Maklumat
hanya masuk kebahagiaan mental yang tiada kaitan dengan emosi dan juga aspek
sentimental. Pada peringkat ini, maklumat masuk secara langsung dan juga tidak
langsung melalui sensasi dan juga persepsi individu. Maklumat masuk secara
langsung melalui pancaindera individu yang terlibat. Maklumat juga boleh masuk
secara tidak langsung iaitu masuk melalui mediator selain pancaindera seperti
imaginasi individu.
Peringkat kedua: Berlaku apabila individu mula meneliti data yang diperoleh, menilai
kepada nilai estetik dan kualiti-kualiti tertentu. Ianya peringkat yang mana perubahan
daripada sensor dan persepsi semata-mata kepada peringkat yang menghargai tentang
kecantikan, kecemerlangan atau keindahan sesuatu perkara ataupun objek.
Peringkat ketiga: Penghargaan secara estetik terhadap alam semesta dan persekitaran
yang dikaitkan dengan ketuhanan.
Peringkat keempat: Kognitif spiritual, iaitu perasaan keagamaan yang mendalam yang
diikuti dengan tafakur yang mendalam yang telah menjadi sebati dengan diri individu
tersebut. Pada peringkat ini menjadikan individu tersebut takutkan dan cintakan Allah
yang tidak dapat dihuraikan melalui perkataan.
Bil. 20 Vol. 1 (2022) Jurnal al-Sirat
96
Peringkat
keempat
kognitif
spiritual
Peringkat ketiga
Penghargaan
secara aestatik
Peringkat kedua
Penghargaan kepada sesuatu
perkara
Peringkat pertama
Sensasi, persepsi dan imaginasi
Proses Tafakur (Badri, 2000)
TAFAKUR SEBAGAI TEKNIK RELAKSASI DAN REGULASI EMOSI SEMASA
PANDEMIK
Terdapat beberapa kajian secara saintifik yang melihat kesan melihat dan memerhati alam
semula jadi yang memberi manfaat kepada perubahan-perubahan fisiologi badan, psikologi
dan spiritual (Anderson et al., 2017). Ketika pandemik ini emosi seseorang sangat mudah
terganggu (Saladino et al., 2020). Salah satu cara untuk seseorang individu mengawal
kerisauan dan emosi yang tidak stabil ketika pandemik ialah dengan berhubung dengan alam.
Perhubungan dengan persekitaran semula jadi penting untuk kesihatan dan kesejahteraan
manusia. Alam semula jadi menjadikan seseorang itu lebih gembira dan berhubung dengan
alam menjadikan seseorang itu lebih mudah untuk mencapai ketenangan, badan menjadi lebih
mudah untuk mencapai kerehatan dan fokus akan meningkat (Nisbet, Zelenski, &
Grandpierre, 2019). Proses tafakur yang paling asas adalah berlaku melalui pancaindera.
Rangsangan deria adalah salah satu proses asas dalam tafakur. Deria menerima input-input
daripada alam sekeliling (Badri, 2000). Melalui aktiviti memerhati alam semula jadi, individu
menggunakan deria penglihatan untuk merenung dan memerhati objek di sekelilingnya yang
mana dapat memberi efek ketenangan emosi dan kegembiraan (Campillo, Ricarte, Ros,
Nieto, & Latorre, 2016). Dalam konteks tafakur visual, teknik ini menggunakan deria lihat
dan imaginasi terhadap imej-imej visual untuk merenung dan memerhati sesuatu perkara.
Bagaimanapun, matlamatnya bukan sahaja untuk menghayati objek dan keindahan alam
sahaja, malah ditambah dengan bermatlamatkan mendekatkan diri dan menghargai kebesaran
Allah (Badri, 2000). Tafakur merupakan juga suatu kesedaran untuk mendapatkan bukti
adanya Allah dan kekuasaan-Nya (Zuhby & Dahlan, 2021) . Aktiviti bertafakur menghayati
kebesaran Allah disusuli dengan menghayati alam semula jadi seperti langit, laut, gunung-
ganang, bukit-bukau dapat memberi ketenangan, meningkatkan ketakwaan dan keimanan
kepada Allah seterusnya dapat membantu merawat tekanan dan kegelisahan (Magfiroh,
2020).
Bil. 20 Vol. 1 (2022) Jurnal al-Sirat
97
Selain itu juga dengan bertafakur melalui mendengar bunyi-bunyian juga dapat
meningkatkan ketenangan dan mengurangkan kegelisahan ketika menghadapi waktu sukar
dimusim pandemik. Salah satu ciri-ciri golongan Ulul Albab ialah mereka yang sentiasa
mendengar perkara-perkara yang baik. Daripada perspektif Islam juga, deria pendengaran
adalah deria yang diberikan tumpuan yang mula-mula dirangsang selepas bayi dilahirkan.
Perbuatan azan dan iqamat di telinga bayi selain memastikan anak didengarkan dengan bunyi
dan perkataan elok dan baik ianya juga mempunyai pelbagai hikmah kepada fisiologi dan
psikologi bayi. (Mohamad, Mohd Yusoff, & Hasan Adli, 2013). Satu kajian oleh Noor
Ashikin dan rakan-rakan (2012) di dalam Mohamad et al., (2013) melaporkan mendengar
bacaan al-Quran berbanding muzik klasik mempunyai kesan terapi dan ketenangan kepada
seseorang individu. Selain itu, pendedahan kepada kepelbagaian biodiversiti merangsang
pancaindera dan termasuklah rangsangan auditori dengan mendengar kicauan burung, deruan
angin dan pelbagai bunyi-bunyian alam memberi kesan positif kepada psikologi seseorang
dan juga meningkatkan kasih sayang manusia kepada alam sekitar (Schebella, Weber,
Schultz, & Weinstein, 2019). Oleh itu, mendengar bunyi-bunyian alam, menghayati setiap
rangsangan auditori daripada alam semula jadi digabungkan dengan bertafakur kepada Allah
adalah sangat dianjurkan dalam Islam kerana sistem auditori mempunyai kaitan dengan
kawalan emosi (Magfiroh, 2020).
Seorang Muslim dapat mencapai tahap tafakur dengan mudah dengan mendengar
ayat-ayat al-Quran sama ada memahami makna atau sebaliknya. mendengar bacaan al-Quran
berbanding muzik klasik mempunyai kesan terapi dan ketenangan kepada seseorang individu
(Mohamad, Yusoff, & Durriyyah Sharifah Hasan Adli, 2013). Antaranya kajian yang pernah
dijalankan oleh Dr. Ahmed Elkadi yang mana sukarelawan-sukarelawan yang menyertai
kajian tersebut diukur tahap fisiologi badannya. Mereka ini diberi mendengar bacaan-bacaan
ayat Al Quran. Antara penemuan perubahan fisiologi ialah bacaan kelonggaran otot-otot
skeletal, pengurangan cas-cas elektrik pada otot, tahap perpeluhan yang berkurangan,
meningkatkan pengaliran darah, degupan jantung yang lebih stabil dan juga meningkatkan
suhu kulit (Elkadi, 1985). Selain itu juga, mendengar bacaan al-Quran juga memberi kesan
ketenangan jiwa, mengurangkan tekanan dan memberi kesan kepada peningkatan kesihatan
mental (Rahman et al., 2020) . Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, dapat membantu individu
untuk mencapai ketenangan emosi, kerehatan fizikal dan juga meningkatkan fokus.
Selain itu juga tafakur pertuturan adalah salah satu perkara yang penting. Pelbagai
kajian yang melihat kesan zikir kepada emosi, otak, partikel air dan juga kepada tumbuh-
tumbuhan (Iskandar & Mif Rohim Noyo Sarkun, 2016). Satu kajian dijalankan bagi melihat
kesan meditasi zikir kepada pesakit-pesakit yang menjalani pembedahan abdomen. dapatan
kajian menunjukkan pesakit yang mengamalkan meditasi zikir menunjukkan tahap kerisauan
yang lebih rendah berbanding yang tidak diberikan rawatan zikir (Soliman & Mohamed,
2013). Zikir yang dikombinasikan dengan latihan-latihan lain seperti latihan pernafasan juga
menunjukkan kesan yang amat positif kepada tahap fisiologi dan psikologi individu (Nubli &
Azham, 2015).
Tafakur dalam Islam juga melibatkan zikir-zikir memuji kebesaran Allah. Kajian
saintifik membuktikan ianya memberi implikasi yang positif kepada perubahan fisiologi dan
psikologi individu. Tafakur dalam Islam tidak hanya duduk sejenak dan diam, malah ianya
boleh dilakukan sama ada secara diam , bergerak atau digabungkan dengan zikir-zikir. Kesan
tafakur dan zikir secara saintifik memberi kesan kepada perubahan fisio-psikologi. Antara
kesannya ialah boleh mempengaruhi gelombang otak, getaran jantung, mengaktifkan saraf
anak dalam kandungan dan memberi kesan kepada tumbuh-tumbuhan (Iskandar & Mif
Rohim Noyo Sarkun, 2016). Secara keseluruhannya, proses tafakur dapat memberi kesan
yang signifikan terhadap perubahan- perubahan fizikal, minda dan hati berdasarkan pelbagai
kajian-kajian lepas mengenai kebaikan aktiviti, ibadah yang diamalkan dalam ajaran Islam.
Bil. 20 Vol. 1 (2022) Jurnal al-Sirat
98
Oleh itu dengan teknik tafakur ini, boleh dijadikan sebagai teknik relaksasi dan regulasi
emosi semasa musim pandemik ini.
KESIMPULAN
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan berpanjangan ini menyebabkan
peningkatan masalah tekanan, kegelisahan dan kerisauan. Kesan jangka panjang boleh
menyebabkan mengancam kesihatan mental masyarakat. Salah satu teknik yang dapat
memberi manfaat kepada kesejahteraan mental ialah teknik tafakur. Bertafakur di samping
menikmati dan menghargai alam semula jadi bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan,
kegelisahan dan kemurungan malah dapat meningkatkan keimanan, ketakwaan dan
menghargai kebesaran Allah. Dengan bertafakur bersama alam seseorang bukan sahaja
mendapat kesejahteraan psikologi malah aktiviti tersebut adalah salah satu bentuk ibadah
kepada Allah s.w.t.
RUJUKAN
Abuhammad, S. (2021). Violence against Jordanian Women during COVID-19 Outbreak.
International Journal of Clinical Practice, (October 2020), 17.
https://doi.org/10.1111/ijcp.13824
Al- Ghazali. (1995). Ihya Ulumuddin. Beirut: Dar Al Fikr.
Amin, M. (2018). Kedudukan Akal dalam Islam. Jurnal Pendidikan Agama Islam, 3(1), 79
92.
Anderson, A. P., Mayer, M. D., Fellows, A. M., Cowan, D. R., Hegel, M. T., & Buckey, J. C.
(2017). Relaxation with immersive natural scenes presented using virtual reality.
Aerospace Medicine and Human Performance, 88(6), 520526.
https://doi.org/10.3357/AMHP.4747.2017
Ariadi, P. (2019). Kesehatan Mental dalam Perspektif Islam. Syifa’ MEDIKA: Jurnal
Kedokteran Dan Kesehatan, 3(2), 118. https://doi.org/10.32502/sm.v3i2.1433
Badri, M. (2000). Contemplation An Islamic Psychospiritual Study (second). Kuala Lumpur:
Medeena Books.
Brown, D. R., Carney, J. S., Parrish, M. S., Klem, J. L., Brown, D. R., Carney, J. S.,
Klem, J. L. (2013). Assessing Spirituality : The Relationship Between Spirituality and
Mental Health Assessing Spirituality : The Relationship Between Spirituality and
Mental Health. Journal of Spirituality in Mental Health, 9637.
https://doi.org/10.1080/19349637.2013.776442
Campillo, E., Ricarte, J. J., Ros, L., Nieto, M., & Latorre, J. M. (2016). Effects of the Visual
and Auditory Components of a Brief Mindfulness Intervention on Mood State and on
Visual and Auditory Attention and Memory Task Performance. Current Psychology, 1
9. https://doi.org/10.1007/s12144-016-9519-y
Egargo, F. J., & Kahambing, J. G. (2020). Existential hope and humanism in COVID-19
suicide. Journal of Public Health, 43(2), 246247.
https://doi.org/10.1093/pubmed/fdaa171
El-Zoghby, S. M., Soltan, E. M., & Salama, H. M. (2020). Impact of the COVID-19
Pandemic on Mental Health and Social Support among Adult Egyptians. Journal of
Community Health, 45(4), 689695. https://doi.org/10.1007/s10900-020-00853-5
Elkadi, A. (1985). Health and Healing In the Quran. American Journal of Islamic Human
Sciences, 2(2).
Bil. 20 Vol. 1 (2022) Jurnal al-Sirat
99
Fariza Md Sham. (2016). Elemen Psikologi Islam dalam Silibus Psikologi Moden : Satu
Alternatif. Global Journal Al Thaqafah, 6(1), 7586.
Farshoukh, M. (2017). Prophetic Mental Health. Journal of Islamic Social Sciences and
Humanities, 17, 524.
Ghazali, A. (2003). Ringkasan Ihya Ulumuddin. Yogyakarta: Absolut.
Giannis, D., Ziogas, I. A., & Gianni, P. (2020). Coagulation disorders in coronavirus infected
patients : COVID-19 , SARS- CoV-1 , MERS-CoV and lessons from the past. Journal
of Clinical Virology, 127(April), 104362. https://doi.org/10.1016/j.jcv.2020.104362
Hamdi Rahman, M. ., Mazlah, Y., & Masthurhah, I. (2013). Model Penghayatan Solat
Berasaskan Kaedah Tafakur. Global Journal Al-Thaqafah, 3(2), 6578.
https://doi.org/10.7187/GJAT442013.03.02
Hamzah Ya’kub. (1992). Kebahagiaan ketenangan mukmin (2nd ed.). Surabaya: Surabaya
Bina Ilmu.
Horizon, D., Ike, H., City, N. Y., Yorkers, N., Sars, T., & Uk, M. H. (2020). The Mental
Health Consequences of COVID-19 and Physical Distancing The Need for Prevention
and Early Intervention. JAMA Internal Medicine, 180(6), 20202021.
https://doi.org/10.1002/da.20838
Id, J. G., Zheng, P., Jia, Y., Chen, H., Mao, Y., Chen, S., Dai, J. (2020). Mental health
problems and social media exposure during COVID-19 outbreak, (February), 110.
https://doi.org/10.1371/journal.pone.0231924
Ingravallo, F. (2020). Correspondence Death in the era of the. The Lancet Public Health,
5(5), e258. https://doi.org/10.1016/S2468-2667(20)30079-7
Iskandar, & Mif Rohim Noyo Sarkun. (2016). Pengaruh Zikrullah Pada Manusia Menurut
Perspektif Sains. Sains Humanika, 2(2012), 125132.
Jacobsen, K. H. (2020). Will COVID-19 generate global preparedness ? The Lancet,
6736(20), 1920. https://doi.org/10.1016/S0140-6736(20)30559-6
Khaldun, R., Dwi, D. A. N., & Lita, W. (2021). Trauma Healing Dengan Pelatihan Regulasi
Emosi dan Tafakur Untuk Meningkatkan Kesejahteraan Subjektif. Al Tazkirah, 10(1).
Koenig H.G., A. S. S. . (2019). Religiosity and Mental Health in Islam. Springer.
https://doi.org/10.1007/978-3-030-00512-2_5
Magfiroh, N. L. (2020). The Role Natural Tafakur Activities in Improving The Faith of
Student Islamic Boarding School Jagad Alimussirry. Journal Intelectual Sufism
Research, 2(2), 2933.
Mahmud, S., Talukder, M. U., & Rahman, S. M. (2020). Does ‘ Fear of COVID-19 ’ trigger
future career anxiety ? An empirical investigation considering depression from COVID-
19 as a mediator. International Journal of Social Psychiatry.
https://doi.org/10.1177/0020764020935488
Mohamad, S. P., Mohd Yusoff, Z., & Hasan Adli, D. S. (2013). Terapi Bunyi Melalui Bacaan
Al-Quran Bagi Masalah Emosi. International Journal, 5, 5372.
Mohamad, S. P., Yusoff, M. Y. Z. M., & Durriyyah Sharifah Hasan Adli. (2013). Terapi
Bunyi Melalui Bacaan Al-Quran Bagi Masalah Emosi, 5(2), 5372.
Ni, M. Y., Yang, L., Leung, C. M. C., Li, N., Yao, X. I., Wang, Y., … Liao, Q. (2020).
Mental Health , Risk Factors , and Social Media Use During the COVID-19 Epidemic
and Cordon Sanitaire Among the Community and Health Professionals in Wuhan ,
China : Cross-Sectional Survey Corresponding Author : Jmir Mental Health, 7, 5–10.
https://doi.org/10.2196/19009
Nisbet, E. K., Zelenski, J. M., & Grandpierre, Z. (2019). Mindfulness in Nature Enhances
Connectedness and Mood. Ecopsychology, 11(2), 8191.
https://doi.org/10.1089/eco.2018.0061
Bil. 20 Vol. 1 (2022) Jurnal al-Sirat
100
Nubli, M., & Azham. (2015). A Study of the Effect of Dzikr on the Psychology of Students
with Disciplinary Problem using Heart Rate Variability (HRV). International Journal
in Management and Social Science, 03(03), 5258.
Rahman, A., Noor, M., Hasan, A. Z., Saari, C. Z., Ridzuan, A. R., Sham, F., Suzana, H.
(2020). Critical Review Of Reciting al-Quran in Restoring The Resilience And Mental
Helath Among Quarantined COVID-19 Patiend. Journal of Critical Review, 7(05),
11261135.
Reperant, L. A., & Osterhaus, A. D. M. E. (2017). AIDS, Avian flu, SARS, MERS, Ebola,
Zika… what next? Vaccine, 35(35), 44704474.
https://doi.org/10.1016/j.vaccine.2017.04.082
Saladino, V., Algeri, D., & Auriemma, V. (2020). The Psychological and Social Impact of
Covid-19 : New Perspectives of, 11(October).
https://doi.org/10.3389/fpsyg.2020.577684
Schebella, M. F., Weber, D., Schultz, L., & Weinstein, P. (2019). The Nature of Reality :
Human Stress Recovery during Exposure to Biodiverse , Multisensory Virtual
Environments. International Journal of Environmental Research and Pulic Health, 1
24. https://doi.org/https://doi.org/10.3390/ijerph17010056
Sharma, V. K., Ho, R. C., & Ho, C. S. (2020). Observations : Brief Research Reports
Psychological Impact Of The Covid-19 Pandemic On Health Care Workers in
Singapore. Annals of Internal Medicine, 173(4), 317320.
Soliman, H., & Mohamed, S. (2013). Effects of Zikr Meditation and Jaw Relaxation on
Postoperative Pain, Anxiety and Physiologic Response of Patients Undergoing
Abdominal Surgery. Journal of Biology, 3(2), 2338.
Venkatesh, A., & Edirappuli, S. (2020). Social distancing in covid-19 Social distancing in
covid-19 : what are the mental health implications ?, 1379(April), 2020.
https://doi.org/10.1136/bmj.m1379
WHO. (2020). International Health Regulations.
Zuhby, N. El, & Dahlan, U. A. (2021). Tafakur Pandemi COVID 19 Perspektif Pendidikan
SIlam. Jurnal Pemikiran dan Pendidikan Islam, 1327.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Article
Full-text available
The recent Covid-19 pandemic has had significant psychological and social effects on the population. Research has highlighted the impact on psychological well-being of the most exposed groups, including children, college students, and health workers, who are more likely to develop post-traumatic stress disorder, anxiety, depression, and other symptoms of distress. The social distance and the security measures have affected the relationship among people and their perception of empathy toward others. From this perspective, telepsychology and technological devices assume important roles to decrease the negative effects of the pandemic. These tools present benefits that could improve psychological treatment of patients online, such as the possibility to meet from home or from the workplace, saving money and time and maintaining the relationship between therapists and patients. The aim of this paper is to show empirical data from recent studies on the effect of the pandemic and reflect on possible interventions based on technological tools.
Article
Full-text available
The paper was designed to examine the effect of reciting to the Quran in restoring the based on Resilience and Mental Health among Quarantined Covid-19 Patients. Reciting the Al Quran is a phenomenon that is currently shrouding the people around the world, including Malaysia, during the Covid 29 pandemic. The al-Quran has a unique power in changing an individual's inappropriate behaviour to appropriate behaviour. According to Azarpour, Moraditochaeeb, & Bozorgia, the al-Quran contains various elements needed by humankind, such as religious, social, economic, health, medical, scientific, political and other aspects, as a guide for achieving prosperity in this life and the afterlife, reciting the al-Quran daily showers a person with continuous serenity, which is a very effective therapy for a person facing pressures in life. The al-Quran also provides all the internal and external needs required by a person to face the various challenges in life. Reciting the al-Quran is not only advantageous to a person but listening to recitals can also provide serenity and blessings from Allah S.W.T.
Article
Full-text available
Background Due to the outbreak of COVID-19, the mental health of the people all around the world is severely disrupted. Aim The purpose of this study is to identify whether ‘Fear of COVID-19’ impacted on future workforces’ career anxiety at the first place and whether depression from COVID-19 has any indirect effect on ‘Fear of COVID-19’ and future workforces’ career anxiety. Method Based on three different scales related to ‘Fear of COVID-19’, depression and career anxiety, a structured questionnaire was developed and the survey data was collected for this study. Results The empirical result of the study reveals that, due to the outbreak of COVID-19 fear, the future workforce is getting anxious about their future career. Again, depression from COVID-19, caused by ‘Fear of COVID-19’, as a mediator, has a significant indirect impact on the relationship between ‘Fear of COVID-19’ and future career anxiety, resulting in a full mediation. This means, due to the outbreak of ‘Fear of COVID-19’ people are becoming depressed and anxious about their future career which is creating a long-term negative effect on human psychology. Conclusion These research findings will be a major tool for the policymakers, as well as the human resource planning professionals, to sketch plans after COVID-19 pandemic. This study is a novel work combining the concepts of fear and depression with career anxiety in a pandemic situation like COVID-19, and also assists future researchers in many folds.
Article
Full-text available
The psychological impact of outbreaks on individuals includes an intense and wide range of psychiatric morbidities. People are likely to experience feelings as; worry about being infected or getting sick, increased self-blame, and helplessness. This study aimed to assess the impact of COVID-19 on mental health and social support among Egyptian adults during the period of the pandemic. This is a cross-sectional observational study using an anonymous online questionnaire. The survey was conducted through a link shared on social networking sites. It was conducted from 2 May 2020 to 9 May 2020. The general populations of the Egyptian adults were included by using convenience and snowball sampling technique (510 adults). Impact Event scale mean 34.3 ± 15. About 211 (41.4%) suffered a severe impact. There was an increase in stress from work in 174 (34.1%), financial stress in 284 (55.7%), and stress from home in 320 (62.7%). Half of them felt horrified and helpless in 275 (53.9%), and 265 (52%) respectively, while 338 (66.3%) felt apprehensive. only 24.2% reported increased support from friends, while increased support from family members in 207 (40.6%). 46.5% shared their feelings with family members, while 176 (34.5%) shared with others. Caring for family members’ feelings increased in 330 (64.7%). Age and rural residency were negative predictors for the impact of event score, while female gender or presence of chronic condition was a positive predictor for the impact of event score. Covid-19 pandemic has a great psychological impact on adult Egyptians and affected social support.
Article
Full-text available
Huge citizens expose to social media during a novel coronavirus disease (COVID-19) outbroke in Wuhan, China. We assess the prevalence of mental health problems and examine their association with social media exposure. A cross-sectional study among Chinese citizens aged≥18 years old was conducted during Jan 31 to Feb 2, 2020. Online survey was used to do rapid assessment. Total of 4872 participants from 31 provinces and autonomous regions were involved in the current study. Besides demographics and social media exposure (SME), depression was assessed by The Chinese version of WHO-Five Well-Being Index (WHO-5) and anxiety was assessed by Chinese version of generalized anxiety disorder scale (GAD-7). multivariable logistic regressions were used to identify associations between social media exposure with mental health problems after controlling for covariates. The prevalence of depression, anxiety and combination of depression and anxiety (CDA) was 48.3% (95%CI: 46.9%-49.7%), 22.6% (95%CI: 21.4%-23.8%) and 19.4% (95%CI: 18.3%-20.6%) during COVID-19 outbroke in Wuhan, China. More than 80% (95%CI:80.9%-83.1%) of participants reported frequently exposed to social media. After controlling for covariates, frequently SME was positively associated with high odds of anxiety (OR = 1.72, 95%CI: 1.31–2.26) and CDA (OR = 1.91, 95%CI: 1.52–2.41) compared with less SME. Our findings show there are high prevalence of mental health problems, which positively associated with frequently SME during the COVID-19 outbreak. These findings implicated the government need pay more attention to mental health problems, especially depression and anxiety among general population and combating with “infodemic” while combating during public health emergency.
Article
Full-text available
Coronavirus disease 2019 (COVID-19) or severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 (SARS-CoV-2), a novel coronavirus strain disease, has recently emerged in China and rapidly spread worldwide. This novel strain is highly transmittable and severe disease has been reported in up to 16% of hospitalized cases. More than 600,000 cases have been confirmed and the number of deaths is constantly increasing. COVID-19 hospitalized patients, especially those suffering from severe respiratory or systemic manifestations, fall under the spectrum of the acutely ill medical population, which is at increased venous thromboembolism risk. Thrombotic complications seem to emerge as an important issue in patients infected with COVID-19. Preliminary reports on COVID-19 patients’ clinical and laboratory findings include thrombocytopenia, elevated d-dimers, prolonged prothrombin time, and disseminated intravascular coagulation. As the pandemic is spreading and the whole picture is yet unknown, we highlight the importance of coagulation disorders in COVID-19 infected patients and review relevant data of previous coronavirus epidemics caused by the severe acute respiratory syndrome coronavirus 1 (SARS-CoV-1) and the Middle East Respiratory Syndrome coronavirus (MERS-CoV).
Article
Tafakur is an activity of internal thinking that includes the processes and knowledge possessed by individuals in the cognitive aspect, involving feelings and emotions in the affective aspect, and specifically in this case the spiritual aspect. In the modern era, in increasing the faith of students, it does not have to be done with the activities of reciting the Islamic boarding school. The students' faith can be improved by learning or reciting the Qur'an in the wild. Learning in outside of Islamic boarding school can bring student integrated with nature. Nature will open the horizons of student's wider view. This method of learning with nature is expected to establish harmony between learning material inside Islamic boarding schools and outside Islamic boarding schools or that can be called natural meditation. The nature recitation activities to increase the students' faith carried out by Islamic Boarding School Jagad Alimussirry include material giving activities by presenters who are experts in their fields, nature exploring, obligatory prayers or sunnah in congregation, the cult of each group, and the night devotions.
Article
“We reveal from the Qur’an that which is healing and a mercy for the believers” Qur’an 17:82 This statement is a statement of fact, declared in the Qur’an and confirmed by the sayings and practices of Prophet Muhammad, (SAAS) The healing effect of the Qur’an is not limited to the ills of the society and the world. It extends to the human being and contributes to his physical and mental health and well-being. This question is: How does the Qur’an heal? and how does it promote health and well-being? The Qur’an achieves its healing and health promoting effect by utilizing three different approaches: the legal approach, the guiding approach, and the direct healing approach. The legal approach is through the provision of legislation prohibiting matters which are hazardous to health and enjoining matters which promote health. This legislation has a direct impact on the health of the individual. The guiding approach is through the provision of general rules and regulations which guide the individual in the conduct of his or her daily affairs. This guidance has an indirect positive effect on the health and wellbeing of the individual. The third approach is through the direct healing effect of the Qur’an on the various organs of the human body. The first two approaches, the legislation and guidance have been very much known and well understood for years, although some new discoveries have added an exciting twist in our understanding in these areas. The third approach, however, or the direct healing effect of the Qur‘an on the organs of the human body is a completely new field of discovery where many new exciting facts are just beginning to emerge and come closer to the level of our understanding. Let us review these three approaches in some detail: I Legislation: A few examples of health promoting legislation will be given just to make ...