ArticlePDF Available

Implementasi Konsep Al-Falah Dalam Aspek Keusahawanan Islam Menurut Perspektif Al-Qurtubi: Satu Analisis

Authors:

Abstract

Aspek keusahawanan merupakan satu elemen yang menjadi rebutan dalam pekerjaan dewasa ini. Dalam mengejar kemewahan dunia, manusia seringkali terlepas pandang dengan ketentuan dan tuntutan Ilahi. Mereka harus sedar bahawa matlamat utama dalam keusahawanan bukanlah kekayaan dan kemewahan, sebaliknya rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk melihat saranan dan pandangan al-Qurtubi dalam konsep al-Falah menerusi aspek keusahawanan serta mengaitkan pandangan tersebut dengan realiti kehidupan masyarakat hari ini. Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi analisis dokumen berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan konsep al-Falah dalam bidang keusahawanan. Dapatan kajian menemui lima konsep yang telah disarankan oleh al-Qurtubi bagi merealisasikan konsep al-Falah dalam keusahawanan menurut Islam. Konsep al-Falah tersebut termasuklah al-Rizqun al-Halal, qanāᶜah, taufik, saᶜādah dan Jannah. Bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam keusahawanan ini maka kita perlu mengaplikasikan konsep al-Falah dalam setiap transaksi perniagaan yang kita jalankan sama ada dari aspek perkataan, perbuatan dan sebagainya. Pelaksanaan konsep al-Falah tersebut perlulah dilunaskan selari dan sejajar dengan kelima-lima aspek tersebut kerana tanpa adanya salah satu unsur tersebut dalam bidang keusahawanan, maka konsep al-Falah tidak akan tercapai.
144
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
IMPLEMENTASI KONSEP AL-FALAH DALAM ASPEK
KEUSAHAWANAN ISLAM MENURUT PERSPEKTIF
AL-QURTUBI: SATU ANALISIS
IMPLEMENTATION OF THE CONCEPT OF AL-FALAH IN THE ASPECT OF
ISLAMIC ENTREPRENEURSHIP ACCORDING TO THE PERSPECTIVE OF AL-
QURTUBI: AN ANALYSIS
Saifulazry Mokhtar1
Irma Wani Othman2*
Kasoma Thia3*
1 Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: saifulazry.mokhtar@ums.edu.my
2 Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: irma@ums.edu.my
3 Sekolah Menengah Tebobon, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Email: dr.asaif7782@yahoo.com.my
* Corresponding Author
Article history
To cite this document:
Received date
:
01-08-2021
Mokhtar, S., Othman, I. W., & Thia, K. (2021).
Implementasi Konsep Al-Falah Dalam Aspek
Keusahawanan Islam Menurut Perspektif Al-
Qurtubi: Satu Analisis. International Journal of
Accounting, Finance and Business (IJAFB), 6 (37),
144 - 156.
Revised date
:
23-08-2021
Accepted date
:
25-10-2021
Published date
:
30-11-2021
___________________________________________________________________________
Abstrak: Aspek keusahawanan merupakan satu elemen yang menjadi rebutan dalam pekerjaan
dewasa ini. Dalam mengejar kemewahan dunia, manusia seringkali terlepas pandang dengan
ketentuan dan tuntutan Ilahi. Mereka harus sedar bahawa matlamat utama dalam
keusahawanan bukanlah kekayaan dan kemewahan, sebaliknya rahmat dan keberkatan dari
Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk melihat saranan dan pandangan al-Qurtubi dalam
konsep al-Falah menerusi aspek keusahawanan serta mengaitkan pandangan tersebut dengan
realiti kehidupan masyarakat hari ini. Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi analisis
dokumen berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan konsep al-Falah
dalam bidang keusahawanan. Dapatan kajian menemui lima konsep yang telah disarankan
oleh al-Qurtubi bagi merealisasikan konsep al-Falah dalam keusahawanan menurut Islam.
Konsep al-Falah tersebut termasuklah al-Rizqun al-Halal, qanāᶜah, taufik, saᶜādah dan
Jannah. Bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam keusahawanan ini maka kita perlu
mengaplikasikan konsep al-Falah dalam setiap transaksi perniagaan yang kita jalankan sama
ada dari aspek perkataan, perbuatan dan sebagainya. Pelaksanaan konsep al-Falah tersebut
perlulah dilunaskan selari dan sejajar dengan kelima-lima aspek tersebut kerana tanpa adanya
salah satu unsur tersebut dalam bidang keusahawanan, maka konsep al-Falah tidak akan
tercapai.
Kata Kunci: Implementasi, Konsep al-Falah, Keusahawanan Islam, al-Qurtubi.
145
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
Abstract: The entrepreneurial aspect is an element of the work today. In the pursuit of world
luxuries, humans are often overlooked by Divine provisions and requirements. They should be
aware that the main goal in entrepreneurship is not wealth and luxury, but rather mercy and
blessings from Allah SWT. This study aims to look at the recommendations and opinions of al-
Qurtubi in the concept of al-Falah through the aspect of entrepreneurship as well as to link
that view to the reality of today's society. This study was carried out using document analysis
methodology based on previous studies related to the concept of al-Falah in entrepreneurship.
The findings found five concepts that have been suggested by al-Qurtubi to realize the concept
of al-Falah in entrepreneurship according to Islam. The concept of al-Falah includes al-Rizqun
al-Halal, qanācah, taufik, sacādah and Jannah. To achieve success and excellence in this
entrepreneurship, we need to apply the concept of al-Falah in every business transaction that
we conduct either in terms of words, deeds and so on. The implementation of the concept of al-
Falah should be in line with all five aspects because without one of these elements in the field
of entrepreneurship, the concept of al-Falah would not be achieved.
Keywords: Implementation, Concept of al-Falah, Islamic Entrepreneurship, al-Qurtubi.
Pengenalan
Setiap manusia mengharapkan kejayaan dan kesempurnaan dalam setiap perkara yang mereka
tempuhi dalam kehidupan sama ada dalam bidang pendidikan, perniagaan, pertanian,
pensyarikatan dan sebagainya. Matlamat ini merupakan impian dan cita-cita tinggi yang pasti
menjadi tonggak utama seseorang itu menceburi bidang tersebut. Dalam artikel ini, penulis
akan mengetengahkan satu konsep berkaitan dengan keusahawanan Islam menurut pandangan
al-Qurtubi menerusi konsep al-Falah. Sebelum mengupas lanjut berkaitan pandangan al-
Qurtubi dalam konsep al-Falah, terlebih dahulu penulis membicarakan sedikit latar belakang
al-Qurtubi sebagai permulaan perbincangan. Menurut al-Dahabiy (2005), nama penuh al-
Qurtubi ialah al-Imam Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakar bin Farh al-
Anshoriy al-Khazrajiy al-Andalusiy al-Qurtubi al-Mufassir. Panggilan al-Qurtubi tersebut
adalah sempena dengan tempat kelahiran beliau iaitu Cordoba yang berada di daerah Andalusia.
Imam al-Qurtubi telah menghasilkan banyak karya termasuklah pengarang kepada kitab tafsir
al-Jami’ Li Ahkam al-Quran. Pandangan dan pengetahuan al-Qurtubi terhadapi Islam amat
mendalam sehinggakan beliau dijadikan pakar rujuk dalam selok belok keagamaan. Dalam
menelusuri aspek ekonomi, khususnya berkaitan dengan keusahawanan Islam, al-Qurtubi telah
memperkenalkan konsep al-Falah sebagai indikator kepada tahap pencapaian dan
kecemerlangan seseorang usahawan tersebut.
Secara umumnya, konsep al-Falah ini melibatkan dua aspek utama yang perlu difahami oleh
setiap manusia iaitu hubungan antara manusia dengan pencipta (vertikal) dan hubungan antara
manusia dengan manusia lain (horizontal). Bagi menjaga dan memastikan hubungan vertikal
ini terlaksana, seseorang itu perlu melaksanakan ibadah, menjaga akhlak, akidah, syariat serta
segala suruhan dan perintah Allah SWT. Oleh itu, seseorang usahawan perlulah mengutamakan
dahulu tanggungjawabnya sebagai khalifah berbanding dengan tanggungjawabnya sesama
manusia. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud: Peniaga-peniaga yang jujur
dan amanah (akan ditempatkan) beserta dengan para nabi, siddiqin dan syuhada” (Hadis
riwayat Tirmizi). Berdasarkan kepada hadis tersebut jelas menggambarkan bahawa
melaksanakan sifat jujur dan amanah dalam proses jual beli itu adalah satu perintah Allah SWT
dan peniaga yang mengamalkan sifat tersebut akan bahagia selamanya di syurga kelak bersama
146
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
golongan kekasih Allah iaitu para nabi, siddiqin dan syuhada. Menurut Muhammad Baqir al-
Sadr, seorang individu usahawan yang bertakwa akan melihat kegiatan keusahawanan sebagai
satu sumbangan kepada ummah dan mereka berkerja didorong oleh keyakinan kepada ajaran
agama (Haneef, M.A., 1995) serta mengidamkan rahmat dan keberkatan Allah SWT semata-
mata.
Dalam hubungan horizontal pula, seseorang usahawan itu juga perlu mempamerkan hubungan
yang baik sesama peniaga ataupun kepada pelanggannya. Mereka perlu bersangka baik, saling
bantu membantu, berkerjasama dalam setiap perkara. Menurut Hamed, A.B. (1995),
membentuk jaringan antara usahawan dengan masyarakat adalah amat perlu khususnya
jaringan peribadi usahawan. Dengan implementasi sikap yang baik, sudah tentu niat dan
matlamat dalam perniagaan yang dijalankan akan mendapat keberkatan dari Allah SWT. Para
peniaga juga perlu meninggalkan perbuatan-perbuatan yang jauh menyimpang dari kehendak
Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW dalam aktiviti keusahawanan. Dewasa ini, kita dapat
lihat bahawa aspek perniagaan dan keusahawanan menjadi fokus utama masyarakat dalam
menjana sumber kewangan. Mereka seringkali keliru dengan niat dan matlamat utama yang
hendak mereka capai sehinggakan mereka melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya
dalam aktiviti perniagaan yang mereka jalankan tersebut. Niat dan matlamat utama mereka
seolah-olah inginkan keuntungan semata-mata tanpa melihat kepada saranan Islam
terhadapnya. Pelbagai penipuan, pembohongan dan pengubahsuaian berlaku semasa mereka
melakukan transaksi jual beli. Justeru, satu kajian rinci berkaitan dengan matlamat utama dalam
keusahawanan atau al-Falah perlu diketengahkan kepada masyarakat agar bidang
keusahawanan ini menjurus kepada kehendak Islam sepenuhnya.
Kajian Literatur
Sebagaimana yang kita maklum bahawa konsep keusahawanan Islam adalah sebahagian
daripada sistem dan perniagaan ekonomi Islam. Aspek ekonomi sangat dekat dengan kehidupan
manusia. Ia merupakan penentu kepada landskap kehidupan seseorang sama ada berada dalam
golongan mewah, sederhana ataupun miskin. Dengan kepentingan tersebut sudah pasti terdapat
banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan ekonomi, keusahawanan dan yang
berkaitan dengannya. Sebelum penulis menjalankan kajian ini, satu analisis sorotan kajian perlu
dijalankan bagi memastikan kerelevanan kajian yang akan disajikan. Kajian Usop, R. et. al.
(2019) bertujuan mengkaji pengamalan perniagaan etika Islam dalam kalangan usahawan Islam
khususnya di negeri Terengganu. Kajian mereka tertumpu kepada Syarikat Noor Arfa Holdings
Sdn. Bhd. Hasil kajian mereka mendapati Syarikat Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd mempunyai
sistem etika yang merupakan gabungan pelbagai elemen termasuk iman dan ketuhanan.
Pematuhan dan amalan nilai-nilai ini menjadikan mereka berbeza daripada usahawan lain.
Kajian berkaitan dengan pembudayaan usahawan dalam Islam turut dijalankan oleh Hamid,
S.A., & Ahmad, K. (2016) bagi melihat teori dan aplikasi yang diamalkan oleh usahawan Islam.
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memfokuskan pembudayaan keusahawanan dalam
Islam. Hasil kajian tersebut mendapati huraian pembudayaan usahawan dalam Islam adalah
berasaskan piawaian yang telah ditetapkan oleh al-Quran dan Hadith serta pandangan
intelektual Islam. Selain itu, pembudayaan falsafah keusahawanan Islam turut diadaptasi dalam
diri usahawan berlandaskan kepada Rabbani kerana perlaksanaan aktiviti juga merupakan
sebahagian daripada syariat Islam. Dengan pembudayaan tersebut, personaliti usahawan Islam
sangat menyerlah dalam diri mereka dengan mengandungi ciri-ciri yang dinamik dan
147
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
berkompitensi serta menekankan kesepaduannya dengan elemen-elemen spiritual sepertimana
yang dicorakkan oleh Rasulullah SAW.
Dalam merealisasikan ciri-ciri akhlak seseorang usahawan yang berjaya, seseorang itu perlu
memiliki akhlak sepertimana yang di citrakan oleh al-Quran dan al-Sunah. Menurut Nadzri, S.
& Yaacob, S. E. (2019) dalam kajiannya bertajuk Ciri-Ciri Akhlak Usahawan Muslim Berjaya
dan Hubungannya dengan Cara Pengembangan Harta serta Matlamat Hidup Menurut
Perspektif al-Quran’ bertujuan mengkaji ciri-ciri orang yang berjaya menurut al-Quran dan
menghubungkaitkannya dengan akhlak usahawan Muslim serta menerangkan konsep matlamat
hidup dan cara berkembangnya harta menurut al-Quran. Hasil kajian beliau mendapati
matlamat utaman kehidupan orang-orang Muslim menurut al-Quran adalah untuk mencapai
kebahagian di dunia dan akhirat secara seimbang. Oleh itu, seorang usahawan yang berjaya
perlu mempunyai akhlak-akhlak orang yang mulia seperti taat dan patuh kepada perintah Allah
SWT, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, amanah, menjauhi riba, banyakkan sedekah,
tidak melakukan kezaliman, jihad melalui harta benda, pemurah dan sentiasa bertaubat.
Kajian berkaitan Islam dalam budaya keusahawanan turut dijalankan oleh Hamid, S. A., et. al.
(2018). Kajian tersebut bertujuan mengkaji pengaruh Islam dalam kalangan usahawan Melayu
MARA negeri Kedah yang diklasifikasikan sebagai telah berjaya. Hasil kajian beliau
mendapati, elemen ajaran Islam merupakan pengaruh yang sangat besar dalam aktiviti
keusahawanan dan landskap kehidupan mereka. Pelaksanaan nilai Islam yang bersifat syumul
dan holistik dalam keusahawanan, pengaplikasian model motivasi yang berteraskan Islam, serta
tahap keyakinan yang tinggi terhadap agama Islam telah merubah wajah hasil usaha perniagaan
mereka. Penerapan nilai spiritual yang mantap dalam diri usahawan juga mampu menjadi motif
asas dalam menggerakkan jiwa dan psikologi usahawan bagi mencerminkan ciri-ciri
keusahawanan sebenar menurut Islam.
Aqbar, K., et.al. (2020) turut menjalankan kajian berkaitan dengan Konsep al-Falah dalam
Islam dan Implementasinya dalam Ekonomi. Kajian tersebut bertujuan untuk mengetahui
epistemologi dan konsep al-Falah dalam Islam serta implementasi konsep al-Falah dalam
mikro dan makro ekonomi. Hasil kajian beliau mendapati menurut epistemologi Islam, konsep
al-Falah dalam ekonomi adalah satu bentuk kebahagiaan, keberuntungan, kegembiraan dan
kesejahteraan yang dirasakan oleh seseorang usahawan, sama ada dari sudut zahir dan batin.
Namun, matlamat utama dalam konsep al-Falah tersebut adalah kebahagiaan di akhirat dengan
menerapkan nilai-nilai ibadah dalam transaksi keusahawanan yang dijalankan.
Dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia hari ini, transaksi perniagaan juga telah
berubah wajah dengan berpaksikan kepada e-dagang. Kajian Potensi dan Cabaran Perniagaan
e-Dagang Pasca Covid-19 turut dijalankan oleh Baharun, M. T., & Balwi, (2021) di mana
mereka cuba mengetengahkan e-dagang sebagai alternatif yang terbaik dalam usaha mencari
mata pencarian pasca Covid-19, khususnya kepada usahawan Muslim. Hasil kajian beliau
mendapati, potensi perniagaan secara e-dagang dalam era pandemik ini adalah satu rahmat bagi
usahawan bagi meluaskan lagi pasaran perniagaannya serta mampu memaksimumkan
pencapaian matlamat keusahawanan dalam Islam. Walaupun terdapat pelbagai cabaran dalam
menjalankan perniagaan secara e-dagang seperti cabaran persaingan antara peniaga, ilmu
pengetahuan, masalah disiplin, serta komitmen usahawan, namun ia bukanlah satu faktor yang
dapat mematahkan semangat usahawan Muslim dalam mengejar matlamat utama dalam
keusahawanan.
148
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
Metodologi Kajian
Kajian ini dijalan berdasarkan analisis dokumen dimana penulis merujuk kepada artikel-artikel
jurnal berkaitan dengan bidang keusahawanan dan khususnya dalam aspek al-Falah. Data-data
diambil menerusi pendapat dan pandangan al-Qurtubi terhadap konsep al-Falah dalam
keusahawanan Islam. Pandangan tersebut juga diperkukuhkan lagi dengan dalil dari al-Quran
dan hadis sebagai penguat kepada pandangan beliau serta melihat konsep tersebut menurut
pandangan Islam.
Dapatan Kajian
Keusahawanan merupakan satu inovasi untuk mencipta sesuatu yang baharu secara kreatif. Ia
bertujuan untuk mencipta sebuah kejayaan iaitu kekayaan terhadap seseorang individu serta
memberikan nilai tambah kepada masyarakat. Menurut Abdullah, S & Ariffin, K.H.K. (2010)
pula melihat keusahawanan adalah sebahagian aktiviti yang berkaitan dengan perkembangan
ekonomi dan perdagangan. Ia juga mempunyai objektif untuk kesejahteraan ummah yang
dituntut oleh agama melalui penggemblengan sepenuh daya dan tenaga, bertemakan kebajikan
dan kebaikan bagi memenuhi fitrah keperluan kehidupan.
Manakala seorang usahawan Muslim pula dapat ditakrifkan sebagai individu yang bersedia
untuk menyumbang modal, kepakaran dan kemahiran melalui pembangunan kreativiti dan
inovasi dengan memastikan tindakan dan keputusan yang diambil adalah selari dengan
ketetapan Allah SWT (Salleh, M.S., (1999). Dari perspektif seorang tokoh ekonomi Islam
kontemporari dalam ‘Economic Enterprise in Islam’ iaitu Siddiqi (1979), mendefinisikan
usahawan sebagai seseorang yang mempunyai kemahiran dan keupayaan dalam
menggabungkan pelbagai faktor pengeluaran yang diperlukan bagi menghasilkan keperluan.
Usahawan juga menanggung risiko terhadap kegagalan dalam memenuhi sesuatu yang
diharapkan disebabkan oleh kehendak pasaran. Mereka berusaha mencari pendapatan bagi
kehidupan yang baik melalui perusahaan perniagaan dan dengan usaha ini juga mereka
menyumbang kepada masyarakat”. Pengertian usahawan oleh Siddiqi ini jelas mengaitkan
usahawan dengan aspek pengeluaran, risiko dan juga pasaran bersesuaian dengan matlamat
sebagai seorang ahli ekonomi.
Menurut Lambing, P.A., & Kuehl, C.R. (2007), usahawan berjaya disifatkan memiliki daya
saing yang tinggi, bijak memanfaatkan peluang yang ada, bertindak dan merangka strategi
berdasarkan keperluan dan realiti semasa, berkebolehan, mempunyai sifat berani, keteguhan
hati dan mempunyai kreativiti yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa, seseorang usahawan itu
perlu memiliki ilmu pengetahuan berkaitan perniagaan yang baik bagi menjamin kejayaan
dalam bidang ini, selaras dengan kehendak Islam. Budaya keusahawanan Islam adalah selari
dengan nilai-nilai Islam dan harus diterap serta diamalkan untuk mengubah persepsi terhadap
amalan dalam bidang perniagaan serta perlu menghayati nilai-nilai yang wujud dalam
keusahawanan itu sendiri (Ghani, A.M. A & Sarif, S., 2005). Keusahawanan Islam yang gitu
pasti dapat membawa pengamalnya supaya lebih peka kepada peranan mereka untuk
memakmurkan dunia dengan cara yang halal dan diredai oleh penciptanya (Alias, A. & Ibrahim,
M. D., 2002) serta melaksanakan kerja dengan penuh amanah dan memberikan hak kepada
orang yang berhak (Bakar, I. A., 1997).
Menerusi keusahawanan juga, seseorang itu perlu mencari seseorang yang dapat dijadikan
sebagai contoh untuk diikuti dan menjadikan dia sebagai idola, contoh, ikutan dalam
berinteraksi dan berurusan dengan orang lain (Muda, N., et.al., 2021). Oleh itu, sebagai seorang
149
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
Muslim, kita perlu menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh yang tepat untuk
diteladani. Sebagai seorang pendakwah yang sentiasa membenarkan seruan Ilahi, kita perlu
untuk bersaing dengan mereka yang bukan beragama Islam dengan menggunakan medium yang
terbaik dalam bidang keusahawanan sehingga mereka tidak dapat memperlekehkan
pelaksanaan usahawan Muslim (Mokhtar, S., et.al., 2021e). Konsep persaingan dalam
perniagaan Islam harus dilakukan secara sihat, saling bekerjasama dalam menuju
kecemerlangan. Perlumbaan dan persaingan dalam perniagaan harus ditujukan ke arah
mencapai setinggi-tinggi kebaikan (Ali, M., 2004), bukan sekadar mendapat keuntungan
lahiriah semata-mata.
Menurut al-Qurtubī (1967), konsep al-Fala merangkumi lima prinsip iaitu rezeki yang halal,
qanāᶜah (bersyukur atau reda dengan apa yang diperolehi), taufik (petunjuk), saᶜādah
(kebahagian) dan Jannah (syurga).
1. Rezeki yang halal
Menurut al-Qurtubi, aspek utama dan penentu kepada kejayaan seseorang dalam aspek
keusahawanan Islam adalah memperoleh rezeki yang halal. Dewasa ini, ramai dalam kalangan
masyarakat di Malaysia khasnya menjadikan perniagaan sebagai salah satu pekerjaan untuk
mendapatkan rezeki dan mata pencarian harian. Tidak kiralah perniagaan yang mereka jalankan
tersebut sama ada secara kecil-kecilan atau secara besar-besaran. Dengan kecanggihan
teknologi masa kini serta penularan wabak Covid-19, konsep perniagaan juga telah berubah
wajah dari bentuk fizikal kepada bentuk maya. Pada dasarnya, Islam tidak menyekat dan
melarang aktiviti perniagaan tetapi hendaklah bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak
Allah SWT. Ini kerana, dengan kecanggihan teknologi juga telah tercetusnya pelbagai jenayah
dan perkara-perkara yang tidak baik dalam kalangan masyarakat hari ini. Penipuan dan
pembohongan menerusi aktiviti perniagaan juga berlaku sehinggakan hilangnya keberkatan
dalam mencapai matlamat utama keusahawanan.
Allah SWT telah mengutuskan nabi Muhammad SAW sebagai seorang rasul dan nabi ikutan
kepada umat akhir zaman. Apabila dilihat dalam sirah nabi Muhammad SAW, baginda sendiri
terkenal dengan seorang saudagar dan tokoh usahawan yang berjaya. Baginda telah
mengaplikasikan seluruh adab, konsep dan kaedah berniaga yang dikehendaki oleh Allah SWT
sebagai ikutan kepada umatnya. Mendapatkan rezeki yang baik dari usaha perniagaan adalah
sangat dititik beratkan oleh Islam dalam melahirkan seorang usahawan Islam yang berjaya.
Penerapan rezeki yang halal ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan
termaktub dalam hadis nabi SAW sebagai asas dalam mencapai konsep al-Falah. Di antara
firman Allah SWT dalam menyeru keutamaan mencari rezeki yang halal adalah menerusi surah
al-Mukminun ayat 51 yang bermaksud: “Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang
baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh”.
Rasulullah SAW turut menegaskan kepada umatnya agar sentiasa memastikan rezeki yang
diperolehi tersebut melalui jalan yang halal dan baik. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah SWT Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah
SWT telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang
disampaikan kepada para nabi. Kemudian baginda membaca firman Allah, “Wahai Rasul-
rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh”. Dan
firman Allah SWT lagi, “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang
baik-baik yang telah kami anugerahkan kepadamu”. Kemudian baginda menceritakan seorang
150
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadah
tangannya ke langit dan memohon doa, “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku”. Akan tetapi
makanannya haram, minumannya haram, dan dia diberi makan dengan yang haram, maka
bagaimana mungkin doanya dimakbulkan?” (Riwayat Muslim, 1015).
Apabila dilihat dalam konsep sumber rezeki pula, terdapat pelbagai bentuk sumber rezeki yang
Allah SWT kurniakan kepada hamba-hambanya. Sumber rezeki tidak hanya terbatas kepada
wang ringgit semata-mata bahkan ia juga dapat dizahirkan dalam bentuk material, harta,
kesihatan, kebahagiaan, kelapangan waktu, ketenangan hati dan kecerdasan fikiran. Bayangan
sumber rezeki ini adalah anugerah Allah SWT kepada hambanya sama ada ia sebagai satu ujian
dalam kehidupan ataupun satu rahmat dalam menuju kebahagiaan di akhirat. Hakikat kekayaan
seseorang itu bukan diukur dengan banyaknya rezeki yang mereka perolehi, tetapi ia dilihat ke
mana rezeki tersebut disalurkan dan dimanfaatkan. Rezeki yang baik adalah rezeki yang
dipenuhi dengan keberkatan, diperolehi dengan jalan yang baik serta dimanfaatkan sesuai pada
tempatnya. Nilai keberkatan rezeki juga tidak bergantung kepada kandungan kuantiti rezeki
yang diperoleh tetapi ia berdasarkan kepada rezeki tersebut diambil. Islam mengajar umatnya
agar menitikberatkan sumber rezeki dalam proses mencari rezeki untuk diri sendiri, keluarga
dan masyarakat. Penghasilan rezeki yang sedikit dan halal serta dibaluti dengan keberkatan dari
Allah SWT adalah jauh lebih baik dari memperoleh rezeki yang banyak tetapi hasil dari cara
yang haram dan jauh dari rahmat Allah SWT. Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya
menerapkan nilai iltizam yang padu dalam hati untuk mencari rezeki yang bersih lagi halal
sejajar dengan perintah Allah SWT.
Selain itu, bagi memperoleh rezeki yang halal juga, al-Qurtubi menyarankan seseorang Muslim
untuk mengutamakan adab dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan termasuklah menerusi
keusahawanan. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh mereka sebelum menjalankan
aktiviti keusahawanan adalah memperbetulkan niat tujuan mereka bekerja iaitu sebagai ibadah
dan bekerja kerana Allah SWT. Rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada seseorang
manusia itu terdapat pelbagai bentuk seperti mendapat pendapatan yang lumayan, kenaikan
pangkat dan ada juga yang diberikan kesihatan yang baik walaupun gaji yang diperolehinya
tidak seberapa. Dalam konteks keusahawanan, kita dapat lihat rezeki yang halal apabila
seseorang itu bersifat jujur dan amanah dalam perniagaan yang dijalankan selaras dengan
kaedah jual beli yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW.
Menurut perspektif Islam, rezeki yang halal tersebut adalah rezeki yang diperolehi dengan cara
yang baik, dijalankan dengan proses muamalat yang dibenarkan serta digunakan pada jalan
yang tepat dan dikehendaki oleh Islam. Islam melarang keras umatnya untuk mendapatkan
rezeki dari hasil kejahatan, kemaksiatan, kekerasan, perjudian, pemalsuan dan perbuatan-
perbuatan yang jelas melanggar hak-hak seorang Muslim. Ini kerana, seseorang yang
mendapatkan rezeki secara haram akan memberi kesan kepada diri dan keluarganya serta
mereka akan mendapat kemurkaan dari Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram, maka neraka lebih layak
baginya” (Riwayat Thabrani).
Selain mendapatkan sumber rezeki yang halal, seseorang usahawan itu juga perlu menjual
barang dagangan yang halal serta jauh dari perkara-perkara yang diragui (syubhah). Menurut
asy-Syarkani, M. (2012), perniagaan yang dibenarkan oleh syarak mestilah memenuhi syarat-
syarat tersebut iaitu memenuhi syarat dan rukun jual beli, tiada unsur penipuan dan spekulasi,
151
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
barang dagangan yang halal, tiada unsur riba serta tidak menimbulkan kemudaratan kepada
orang ramai. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya yang halal itu jelas
dan yang haram itu jelas. Dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat
(samar-samar) yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. Maka siapa yang takut terhadap
syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang
terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan
(Riwayat Bukhari dan Muslim). Hal ini juga telah ditegaskan oleh al-Qardawi (1994) kerana
kehidupan manusia pada hari ini seringkali bercampur aduk antara persoalan halal haram
sehinggakan mereka mengamalkan kedua-duanya sekali dalam kehidupan. Oleh itu, seorang
usahawan itu perlulah meletakkan nilai halal sebagai indikator utama dalam aktiviti
keusahawanan yang dijalankan serta menjauhi seluruh perkara-perkara yang haram.
2. Qanāᶜah (bersyukur atau reda dengan apa yang diperolehi)
Elemen kedua dalam konsep al-Falah menurut al-Qurtubi adalah bersyukur atau reda dengan
apa yang diperoleh. Sifat syukur adalah satu sifat yang tinggi nilainya serta amat sukar untuk
dilaksanakan oleh semua insan. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang
bermaksud: Dan ingatlah juga, tatkala Tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu
bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari
(nikmatku), maka sesungguhnya azabku sangat pedih” (Surah Ibrahim:7). Jika diselami secara
mendalam, konsep syukur ini sangat luas pengertiannya. Bersyukur bukan hanya kerana
mendapat hasil jualan yang lumayan semata-mata tetapi ia berlaku dalam pelbagai keadaan.
Bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah SWT berikan termasuk dalam perbincangan ini
kerana dengan kesihatan yang baik, seseorang itu dapat menjalankan aktiviti perniagaan mereka
seharian. Nikmat kesihatan juga merupakan salah satu dari kayu ukur dalam memastikan
kejayaan dalam perniagaan yang dijalankan.
Sebagai seorang Muslim, kita disarankan agar sentiasa menerapkan nilai syukur dalam segenap
ruang kehidupan. Dalam perniagaan misalnya, keuntungan dan kerugian itu adalah perkara
biasa yang pasti akan ditempuhi oleh setiap usahawan. Nilai keuntungan dan kerugian itu adalah
ujian dari Allah SWT kepada setiap hambanya. Bagi mereka yang merasakan bahawa nilai
keuntungan itu satu nikmat yang kekal, dan nilai kerugian itu adalah bencana kehidupan, maka
itu adalah satu tanggapan yang salah. Allah SWT mampu merubah suatu keadaan itu dengan
sekelip mata sahaja bersandarkan kepada nilai syukur yang mereka ada. Allah SWT berfirman
yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman,
maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan mereka dengan kehidupan yang baik; dan
sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih dari apa
yang mereka telah kerjakan” (Surah al-Nahl:97).
Berdasarkan kepada ayat surah al-Naḥl di atas, Allah SWT menjanjikan bahawa sesiapa yang
beramal soleh, maka Allah SWT akan memberi ganjaran kepada mereka dengan kehidupan
yang baik, yang merangkumi ketenangan jiwa, rezeki yang halal, qanāah dan kebahagiaan (Ibn
Kathīr, 2006 & Hamka, 1983). Manakala menurut Hamka (1987), sesiapa yang bermodalkan
iman dan amal soleh pasti mendapat ganjaran berlipat kali ganda dan jika sebaliknya akan
menyesal dan mendapat kerugian yang besar. Oleh hal yang demikian, seseorang usahawan itu
perlulah menjadikan sifat qanāah (bersyukur) ini sebagai salah satu daripada sifat utama dalam
diri agar ketelusan hati dalam melaksanakan aktiviti perniagaan tepat mengikut kehendak
agama.
152
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
3. Taufik (petunjuk)
Elemen ketiga dalam konsep al-Falah menurut al-Qurtubi adalah taufik (petunjuk). Untuk
mencapai petunjuk ini seseorang usahawan itu perlulah sentiasa merapatkan diri dengan Allah
SWT dalam setiap masa dan keadaan. Dalam mengecapi kebahagiaan dan kesenangan dalam
aktiviti keusahawanan, seseorang itu perlu memohon kepada Allah SWT agar diberikan
petunjuk dan inayah serta jalan yang terbaik dalam membuat sebarang urusan. Dengan
bergantung harap sepenuhnya kepada Allah SWT, hidayah dan petunjuk itu akan dapat
dikecapi. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT dimana tidak ada seorang
pun yang akan memperolehi hidayah melainkan hanya dari Allah SWT sahaja. Allah SWT
menyarankan kepada setiap hambanya agar sentiasa memohon hidayah dan petunjuk
kepadanya bagi mengukuhkan tahap keimanannya, meningkatkan amal soleh, memperbaiki
tutur bicara serta memperoleh akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan
akhirat.
Begitu jugalah dengan seorang usahawan yang menginginkan agar dirinya berjaya dan diberi
hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertakwa, dapat menjalani kehidupan ini
dengan baik, selamat, hati yang tenang serta terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka
mintalah hanya kepada Allah SWT menerusi doa dan bukan bergantung harap kepada yang lain
darinya. Sebagai seorang Muslim juga, kita digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat
dalam kehidupan seharian bagi memperoleh petunjuk dan keberkatan hidup. Melaksanakan
solat-solat sunat seperti tahajjud, hajat, istikharah dan dhuha dapat menguatkan lagi hubungan
dengan Allah SWT serta memudahkan seseorang itu mendapat petunjuk darinya.
4. Saᶜādah (kebahagiaan)
Elemen keempat dalam konsep al-Falah menurut al-Qurtubi adalah Saᶜādah (kebahagiaan).
Kebahagiaan yang dimaksudkan oleh al-Qurtubi ini bukanlah kebahagiaan di dunia semata-
mata bahkan kebahagiaan ini meliputi kebahagiaan di akhirat kelak. Setiap manusia pasti
mengejar kebahagiaan hidup sewaktu masih bernafas di dunia walaupun ia hanya seketika.
Dalam mencapai nilai kebahagiaan hidup, seseorang itu perlu kepada konsep muhasabah diri
kerana kehidupan ini hanya sementara dan tidak kekal selamanya (Mokhtar, S. et.al., 2021a).
Dalam konsep muhasabah diri ini, seseorang itu perlulah memeriksa dan mengenal pasti
keaiban atau kelemahan yang ada pada dirinya (Suhid, A., 2009). Tujuan utama Islam
menyarankan umatnya untuk sentiasa melakukan muhasabah diri adalah kerana mereka dapat
mengenal pasti amalan yang baik dan buruk yang telah mereka lakukan, seterusnya
memperbaiki segala amalan buruk tersebut mengikut akhlak yang dikehendaki oleh Allah
SWT.
Nilai kepercayaan kepada agama merupakan suatu pegangan dan pedoman yang mempunyai
peranan besar dalam mencorakkan kehidupan manusia terutamanya ajaran agama Islam
(Mokhtar, S., et.al., 2021d). Bagi mencapai kesenangan dan kebahagian di dunia serta mendapat
keberkatan dari Allah SWT, seseorang usahawan itu perlulah sentiasa mengutamakan tatacara
perniagaan yang tepat serta tidak terlalu mengikut kemahuan dunia. Firman Allah SWT yang
bermaksud; Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah
(bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan bermegah-megah di antara
kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba
membanyakkan harta benda dan anak pinak, (semua itu terhad waktunya) samalah seperti
hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan
153
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang
tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning, akhirnya ia menjadi hancur bersepai,
dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi
golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar
serta keredaan Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan
ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya” (Surah al-Hadid:20).
Menurut al-Ṭabari (2001), ayat di atas menggambarkan kehidupan di dunia di mana
kesenangannya adalah sedikit dan tidak kekal berbanding kesenangan di akhirat yang bersifat
kekal bagi mereka yang bertakwa dengan menunaikan perintah dan menjauhi larangan Allah
SWT. Selain itu, Allah SWT juga menjanjikan bahawa orang yang beriman dan yakin dengan
kekuasaan-Nya akan diselamatkan daripada kepayahan dan kesempitan yang dialaminya di
dunia dan di akhirat (al-Ṭabarī, 2001 & Ibnu Kathīr, 2006). Walaupun ia dilihat mudah serta
mampu dilalui oleh mereka yang percaya terhadap ganjaran yang lebih besar dalam kehidupan
akhirat berbanding dengan ganjaran duniawi, namun hakikatnya ia adalah satu tugas yang sukar
untuk dilaksanakan. Begitu juga sekiranya seseorang peniaga yang sedang menghadapi saat-
saat kesukaran dan kesusahan, maka kerohanian Islam lah yang dapat membantu mereka untuk
mewarnai kebahagiaan dalam kehidupan.
5. Jannah (syurga)
Syurga (Jannah) adalah destinasi terakhir setiap umat Islam dan ia juga adalam matlamat
terakhir dalam konsep al-falah menurut al-Qurtubi. Setiap manusia yang hidup di dunia ini
pasti menginginkan kehidupan yang bahagia di akhirat kelak. Sebagai seorang Muslim, sudah
pasti mereka akan mengharapkan syurga yang kekal abadi setelah berada di sana nanti. Menurut
Muis, A.M.R.A, et.al. (2021), setiap Muslim, tanpa mengira pangkat dan darjat, yang dapat
menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah SWT, manusia dan makhluk-makhluk lain,
berpeluang untuk masuk ke syurga. Tiket utama untuk menjejaki kaki ke syurga Allah SWT
adalah taat dan patuh pada setiap syariatNya serta meninggalkan seluruh laranganNya.
Walaupun ia kelihatan mudah, namun sebenarnya ia sangat sukar untuk dilaksanakan bagi
mereka yang tidak mampu mengawal hawa nafsunya. Setiap sesuatu yang dilakukan oleh
seseorang itu mempunyai niat atau tujuan sama ada ianya baik mahu pun tidak. Namun, hanya
tujuan yang baik sahaja yang akan diterima oleh Allah SWT (Mokhtar, S. et.al., 2021b).
Al-Jannah juga merujuk kepada suatu tempat yang telah disediakan oleh Allah SWT bagi
hamba-hambaNya yang bertakwa sebagai ganjaran kepada mereka di atas keimanan dan amalan
soleh yang mereka lakukan (Sabiq, S., t.th) sewaktu menjadi khalifah di atas muka bumi. Istilah
al-Jannah merupakan istilah yang popular dalam perbahasan mengenai syurga dan seisinya.
Selain sinonim dengan salah satu dari nama syurga, al-Jannah juga merupakan istilah yang
paling banyak diungkap dalam al-Quran yang dikaitkan dengan syurga serta menjadi istilah
utama yang dikenali oleh ulama kalam dalam membicarakan berkaitan syurga Allah SWT.
Dalam menetapkan nama syurga ini, ulama kalam berbeza pandangan dari sudut jumlah syurga
tersebut. Menurut al-Laqqani (t.th), ada sesetengah ulama kalam mengatakan jumlah nama-
nama syurga ada empat, tujuh dan ada yang mengatakan jumlah nama-nama syurga ada lapan.
Menurut al-Jaizi (1986) dalam kitabnya cAqidah al-Mu’min, senarai nama-nama syurga yang
dinyatakan oleh ulama kalam adalah seperti al-Firdaus, cAdn, al-Khuld, al-Nacim, al-Ma’wa,
cAliyah, dar al-Salam, dar al-Jalal, cIlliyyin, dar al-Mazid, dar al-Muttaqin, dar alMuqamah
dan dar al-Qarar. Di dalam syurga tersebut terdapat pelbagai kenikmatan yang tidak pernah
154
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati dan
fikiran manusia Ayub, H. (1994).
Dalam konteks keusahawanan pula, seseorang yang mahu menikmati syurga abadi perlulah
melaksanakan seluruh adab dan etika dalam urusan jual beli seperti yang termaktub dalam al-
Quran serta yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW. Para usahawan juga hendaklah sentiasa
memperbaharui niat ketika menjalankan urusan jual beli dengan ikhlas kerana Allah SWT dan
bukan dengan menginginkan keuntungan yang besar. Mereka juga perlu menjauhkan diri dari
perbuatan menipu dan berbohong kepada pelanggan dengan barang dagangan yang mereka jual.
Dengan mengaplikasikan seluruh saranan Allah SWT dan mencontohi keusahawanan
Rasulullah SAW, seseorang usahawan Islam itu pasti dapat menempa kejayaan dengan
menghuni salah satu dari syurga Allah SWT kelak.
Penutup
Dalam mencapai sebuah kehidupan yang penuh dengan rahmat dan diberkati, kita seharusnya
memiliki matlamat dan cita-cita yang diidamkan. Kejayaan atau al-Falah dalam konteks
keusahawanan menurut al-Qurtubi dapat dilihat menerusi lima aspek tersebut yang menjadi
indikator kepada kejayaan di dunia dan akhirat. Kelima-lima aspek tersebut perlulah
digembleng selari tanpa meninggalkan salah satu daripadanya kerana ia pasti akan pincang.
Dengan pelaksanaan konsep al-Falah tersebut dalam keusahawanan, sudah pasti seluruh
kehidupan kita akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Meninggalkan konsep al-Falah
ini adalah merupakan satu kerugian yang sangat besar bagi seseorang usahawan. Ruang dan
peluang yang Allah SWT berikan kepada seseorang itu tidak akan diberikan berulang kali.
Sebagai seorang usahawan, mereka seharusnya bijak dalam mengimbangi tuntutan dunia dan
tuntutan akhirat agar matlamat akhir seorang insan bahagia di syurga idaman. Semoga dengan
mengaplikasikan konsep al-Falah menurut al-Qurtubi ini dalam konsep keusahawanan dapat
melahirkan satu generasi usahawan Muslim yang meneruskan legasi Rasulullah SAW dalam
kehidupan.
Penghargaan
Manuskrip ini dihasilkan berasaskan dana Geran Penyelidikan Penerbitan sumbangan Global
Academic Excellence (GAE).
Rujukan
Al-Quran.
Abdullah, S., & Ariffin, K.H.K. (2010). Keusahawanan Islam. Kangar: Penerbitan Universiti
Malaysia Perlis.
al-Dahabiy, M.H. (2005). Al-Tafsir Wal Mufassirun. Jilid 2. Kairo: Darul Hadis.
Alias, A., & Ibrahim, M.D. (2002). Keusahawanan Islam. Selangor. Prentice Hall.
al-Jaizi, A.B.J. (1986), cAqidah al-Mu’min. Jeddah: Dar al-Syuruq li al-Nashr wa al-Tauzi wa
al-Tibacah.
al-Laqqani, I. (t.th.) Jawharah al-Tawhid ma‘a Hashiatuha Tuhfah al-Murid. Qaherah:
Matbacah al-Istiqamah.
al-Qardawi, Y. (1994). al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. Cet. 15. Beirut: al-Maktab al-Islami.
al-Qurtubi. (1967). Tafsir al-Qurubi: al-Jamic li-ahkam al-Quran. Volumes 19-20. al-Jamic li-
ahkam al-Quran.
155
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
Aqbar, K., Iskandar, A., & Yunta, A.H.D. (2020). Konsep al-Falah dalam Islam dan
Implementasinya dalam Ekonomi. Bustanul Fuqaha: Jurnal Bidang Hukum Islam. Vol. 1,
No. 3 (2020). 516-531.
Asy-Syarkani, M. (2012). Sepuluh Amalan Murah Rezeki. Batu Caves: Al-Hidayah
Publications
Ayub, H. (1994), Tabsit al-cAqa’id al-Islamiyyah. ed.6. T.tp.: Dar al-Tauzi wa al-Nashr wa al-
Islamiyyah.
Baharun, M.T., & Balwi, M.A.W.F.M. (2021). Potensi dan Cabaran Perniagaan E-Dagang
Pasca Covid-19: Suatu Cadangan Penyelesaian. Journal of Islamic Management and
Finance. Vol 1 No. 1 (2021). 1-12.
Bakar, A.I. (1997). Ciri-ciri Usahawan Islam. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.
Ghani, A.M.A., & Sarif, S. (2005). Penerapan Budaya Keusahawanan dalam Masyarakat
Islam. Prosiding Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan. Kuala Lumpur.
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Hamed, A.B. (1995). The Personal Network of Small Firm Entrepreneurs in Malaysia: An
Exploratory Study. Unpublished Ph.D. Thesis. University of Glasgow.
Hamid, S.A., & Ahmad, K. (2016). Pembudayaan Usahawan dalam Islam: Teori dan Aplikasi.
International Journal of Islamic Business (IJIB). VOL 1 Issue 1. 1-12.
Hamid, S.A., Sa’ari, C.Z., Rahman, M.N.A., & Ishak, M.S. (2018). Islam dalam Budaya
Keusahawanan: Kajian Terhadap Usahawan Melayu Berjaya di Negeri Kedah. Jurnal
Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Special Issue (2018). 496-505.
Hamka. (1983). Tafsir al-Azhar. Juzuk 30. Jakarta: Penerbit Pustaka Panjimas.
Hamka. (1987). Tafsir al-Azhar. Juzuk 28. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Haneef, M. A. (1995). Contemporary Islamic Economic Thought: A Selected Comparative
Analysis. UK: Alhoda.
Hashim, M.A.H. (2004). Bisnes: Satu Cabang Jihad. Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.
Ibnu Kathīr. (2006). Tafsīr Ibnu Kathīr. Bayrūt. Dār al-Kutub al-Ilmiyyah.
Lambing, P.A., & Kuehl, C.R. (2007). Entrepreneurship. 4th Edition. University of Missouri:
Pearson.
Mokhtar, S., Hajimin, M. N. H., Muis. A. M. R. A., Othman, I. W., Esa, M. S., Ationg, R. &
Lukin, S. A. (2021b). Analisis Prinsip-Prinsip Komunikasi Islam dalam Kitab al-Quran.
International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC). Volume 6 Issue
23 (April 2021). 140-156.
Mokhtar, S., Muda, N., Othman, I. W., & Esa, M. S. (2021a). Nilai Moral dalam Sajak Ke
Makam Bonda’ oleh Usman Awang: Satu Analisis Bahasa, Nilai dan Struktur Serta
Kaitannya dengan Konsep Dakwah. International Journal of Education, Psychology and
Counseling, 6 (41), 76-91.
Mokhtar, S., Othman, I. W., Ationg, R., & Esa, M.S. (2021d). Implementasi Dakwah Terhadap
Etnik Sungai di Sabah: Satu Analisis Awal. Journal of Islamic, Social, Economics and
Development (JISED), 6(40). 164 178.
Mokhtar, S., Shah, M. K. M., Ramlie, H., Othman, I. W., Ationg, R., Esa, M. S., & Marinsah,
S. A. (2021c). Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah Menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. International Journal
of Education, Psychology and Counselling (IJEPC). Volume 6 Issue 39 (May 2021). 178-
193.
156
Volume:6 Issues: 37 [November, 2021] Special Issues pp. 144 - 156]
International Journal of Accounting, Finance and Business (IJAFB)
eISSN: 0128-1844
Journal website: www.ijafb.com
Mokhtar, S., Thia, K., Othman, I. W., & Moharam, M.M.H. (2021e). Prospek dan Cabaran
Implementasi Dakwah dalam Media Kontemporari: Satu Analisis. Proceedings 5th
International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD) 2021. 408-418.
03 - 05 August 2021.
Muda, N., Mokhtar, S., Othman, I. W., Zulhaimi, N. A., Ationg, R., Esa, M. S., & Majumah,
A. S. A. R. (2021c). Qudwah dan Uswah Acuan al-Quran dalam Kepimpinan Pendidikan.
Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6(38), 135-146.
Muis, A.M.R.A., Esa, M. S., Ibrahim, M.A., Othman, I.W., Mokhtar, S., Ationg, R., & Shah,
M. K. M. (2021). Elemen Sepunya Kepemimpinan dan Kepengikutan dalam Pembangunan
Insan Berteraskan Islam. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED),
6(38). 119-134.
Nadzri, S., & Yaacob, S.E. (2019). Ciri-Ciri Akhlak Usahawan Muslim Berjaya dan
Hubungannya dengan Cara Pengembangan Harta serta Matlamat Hidup Menurut
Perspektif al-Quran. Journal of Contemporary Islamic Law. Vol. 4(1): 8-17.
Sabiq, S. (t.th). al-Aqa’id al-Islamiyyah. Beirut: Dar al-Fikr.
Salleh, M.S. (1999). Usahawan Islam: Erti dan Strategi. Seminar Usahawan Islam. Anjuran
Muslim Students Association, Universiti Sains Malaysia, Kedah. 5 Oktober.
Siddiqi, M.N. (1979). The Economics Enterprise in Islam. New Delhi: Markazi Maktaba Islami.
Suhid, A. (2009). Pendidkan Akhlak dan Adab Islam, Konsep dan Amalan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors. Sdn. Bhd.
Tafsir Pimpinan al-Rahman kepada pengertian al-Quran 30 juzu’. (2000). Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.
Usop, R., Zainol, F.A., Nordin, N., Wahab, N.A., & Masud, W.H. (2019). Amalan Etika
Perniagaan Islam dalam kalangan Usahawan Islam: Kajian Kes di Syarikat Noor Arfa
Holdings Sdn. Bhd. Journal of Management and Operation Research. (JoMOR). 2019, Vol
1, Issue 2. 1-4.
Article
Full-text available
Alms is one of the flexible and universal instruments of Islamic finance. It cannot be outlined and determined to whom to give and what form of alms is most suitable. Indeed, alms can be given in any form, to whom they are desired and can be carried out at anytime and anywhere. Alms is also one of the most demanded worships in Islam. This is clearly evidenced by the existence of verses of the Quran and hadiths that speak of the advantages of those who do alms. Alms is also a key indicator in the concept of al-Falah of Islamic entrepreneurship as applied by the Prophet PBUH and his companions. Thus, this study is aimed at revealing the veil of alms culture as one of the approaches in the concept of al-Falah Islamic entrepreneurship today. This study uses the method of analyzing documents by looking at the verses of the Quran and hadiths as well as past studies related to the concept of alms in the scope of Islamic entrepreneurship. The findings of the study found six forms of alms that have been used by Islam such as saying tasbih, tahlil and tahmid, doing good deeds and preventing disobedience, saying hello, working and providing nafkah to the family, easing the burden of others and visiting the sick. This study also discussed the priorities of those who are entitled to receive alms as well as the wisdom and advantages of those who give alms. Therefore, the cultural relationship of alms is very close to the concept of al-Falah in Islamic entrepreneurship and should be applied by every Muslim entrepreneur.
Article
Full-text available
This article focuses on a balanced, integrated, and blended effort in facing the continuation of the endemic era of COVID-19 in the economic sector engaging entrepreneurs and cooperatives. The purpose of the discussion is to identify the dispute over the role, government efforts, and MEDAC's strategy in assisting entrepreneurs and cooperatives to maintain a stable momentum in their businesses. This paper attempts to address the following issues: (i) Visibility of MEDAC's role and responsibilities (ii) Immediate priority for the target group affected by the Covid-19 pandemic (iii) Financial aid channelled to reach the target group and the effect of cash flow on aid recipients, and (iv) Introduction and implementation of the Cooperative Intervention Plan. This paper uses secondary sources, such as study results published in journals, scholarly literature, internet news sources, and public forums, to employ a qualitative methodology. According to the findings of the study, the government's approach provides assistance to entrepreneurs particularly the B40 group, the disabled, the urban poor, rural communities, inland communities, and indigenous people who have been impacted by COVID-19, where it has a positive impact that leads to the implementation of a comprehensive transformation for sustainable economic growth. The goal of the study is to determine the drastic steps that must be made in the era of the endemic Covid-19 in order to create a holistic and hospitable entrepreneurial environment to support the nation's inclusive, sustainable, and knowledge-driven entrepreneurship development plan.
Article
Full-text available
Aktiviti dakwah adalah satu amalan mulia yang dituntut oleh Allah SWT dan disarankan oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan. Walaupun ia merupakan satu sunnah yang sangat diutamakan, namun masyarakat seringkali memandang enteng dalam pelaksanaanya. Sebagai seorang pendakwah yang berkaliber, beliau perlulah terlebih dahulu menyiapkan diri dan mendalami ilmu dakwah sebelum melaksanakan tuntutan mulia tersebut serta memastikan dakwah yang dilaksanakan tersebut tepat dan berkesan. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan ilmu dakwah terhadap pendakwah masa kini menurut perspektif Muhammad al-Ghazali dalam Kitab Fiqh al-Sirah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen iaitu merujuk kepada Kitab Fiqh al-Sirah karangan Muhammad alGhazali. Hasil dapatan kajian menemukan tujuh kepentingan ilmu dakwah yang harus diketahui oleh pendakwah masa kini iaitu seseorang yang berketurunan mulia, mempunyai sifat sabar yang tinggi, seorang yang bijak dan pintar, mempunyai sumber kewangan yang baik, mempunyai akhlak yang mulia, bersikap peramah dan berhati luhur serta memperbanyakan waktu muhasabah diri. Dengan mengaplikasikan kaedah dan manhaj dakwah yang disarankan oleh Muhammad al-Ghazali sudah pasti aktiviti dakwah yang dijalankan oleh seseorang pendakwah itu akan membuahkan hasil seperti yang diidamkan. Semoga dengan penerapan rekayasa dakwah ini dapat dijadikan sebagai menu utama dalam landskap dakwah masa kini.
Article
Full-text available
Isu penyalahgunaan dadah di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Peningkatan yang sangat ketara ini telah membimbangkan banyak pihak sehingga ia telah meliputi kehidupan seharian masyarakan Islam. Penggunaan Syabu dalam masyarakat Islam di Sandakan, Sabah sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk merungkai penyalahgunaan dadah jenis Syabu (Methamphetamine) secara spesifik di daerah Sandakan, Sabah dengan mensasarkan golongan masyarakat Islam tempatan menerusi faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang dalam penggunaan Syabu dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah ini dalam kalangan masyarakat Islam di Sandakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Berdasarkan kajian yang dijalankan, faktor yang menyumbang kepada penyalahgunaan dadah ini didorong besar oleh faktor sosiodemografi seseorang, faktor ekonomi dan kekurangan penekanan terhadap didikan agama Islam. Faktor sosial juga memainkan peranan di mana faktor rakan sebaya mendorong penyalahgunaan dadah dalam kalangan mereka yang terlibat. Kesan daripada penyalahgunaan dadah ini menyebabkan peningkatan kadar jenayah, menjejaskan kesihatan dan keruntuhan institusi keluarga. Bagi mengatasi penyalahgunaan Syabu ini semakin berleluasa, terdapat tujuh langkah yang diketengahkan oleh pengkaji sebagai usaha membendung penularan virus ini dalam landskap kehidupan masyarakat Islam di Sandakan khususnya, dan keluarga Malaysia amnya.
Article
Full-text available
Kepelbagaian etnik di Malaysia menunjukkan munculnya aneka adat dan budaya yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Setiap etnik mempunyai adat dan ritual tersendiri dalam kehidupan mereka sama ada ia sejajar dengan kehendak Islam ataupun sebaliknya. Sebagai seorang pendakwah, kita seharusnya menggunakan implementasi dakwah yang penuh berhikmah agar seruan Islam yang dibawa mendapat tempat di hati mereka. Salah satu dari indikator kejayaan aktiviti dakwah adalah dengan mempunyai pengetahuan awal berkaitan landskap kehidupan mereka termasuklah etnik Sungai. Walaupun jumlah populasi mereka tidaklah seramai etnik yang lain, namun tanggungjawab menyeru mereka kepada Islam tidak boleh disisihkan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat landskap kehidupan etnik Sungai, reaksi etnik Sungai terhadap ajaran Islam, faktor-faktor etnik Sungai memeluk Islam dan implementasi dakwah yang sesuai dilaksanakan terhadap etnik Sungai di Sabah. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan merujuk kajian lepas berkaitan dengan etnik Sungai serta menjalankan temu bual semi sturktur terhadap sembilan individu yang berbangsa Sungai sebagai pendokong kepada fakta yang diperolehi. Dapatan kajian mendapati kaedah mendekati etnik Sungai dengan penuh hikmah seperti mendalami landskap kehidupan seharian mereka, mujadalah, dakwah bil lisan dan dakwah cAm merupakan implementasi dakwah yang berkesan. Kaedah pendekatan dakwah yang sesuai dapat menarik minat etnik Sungai untuk mendalami agama Islam dengan lebih mendalam.
Conference Paper
Full-text available
Pelaksanaan dakwah Islamiah adalah satu tuntutan yang diperintahkan oleh Allah SWT terhadap seluruh umat Islam sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Walaupun pelaksanaan ini diwajibkan ke atas para rasul, namun ia sangat dituntut untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mengikut peredaran masa. Kaedah pelaksanaan dakwah juga perlu sejajar dengan kecanggihan dan kepantasan teknologi kini di mana ia harus merentas inovasi dalam agen penyebaran dakwah. Walau bagaimanapun, pelaksanaan dakwah dalam era globalisasi ini tidak semudah yang disangka kerana kepantasan teknologi dan media kontemporari yang sangat meluas tanpa ada sempadan. Senario ini menggambarkan bahawa pendekatan dakwah dalam media kontemporari kini tidak terlepas daripada menghadapi cabaran yang harus ditempuhi oleh setiap pendakwah. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis prospek dan cabaran implementasi dakwah menerusi media kontemporari sebagai kayu ukur kepada kejayaan dakwah masa kini. Tahap keterbergantungan yang tinggi terhadap media massa telah memberi satu tamparan hebat kepada para pendakwah untuk menyebarkan risalah yang benar dan menangkis segala bentuk penyebaran maklumat palsu khususnya yang berkaitan dengan Islam. Kajian ini melibatkan analisis dokumen khususnya kepada artikel-artikel jurnal yang berkaitan dengan impak teknologi massa serta buku-buku yang berkaitan dengan media kontemporari. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai prospek dan cabaran yang perlu dihadapi oleh pendakwah masa kini seperti menyiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi maklumat, menyekat kemunculan ustaz dan ustazah 'maggi', kebanjiran maklumat berkaitan isu-isu agama dan sebagainya. Kajian ini diharapkan berupaya dijadikan sebagai aspirasi kepada pendakwah masa kini sebagai persediaan awal sebelum mereka terjun ke bidang dakwah menerusi media kontemporari. Katakunci: Prospek dakwah, media kontemporari, dakwah media, cabaran dakwah, implementasi dakwah 1. Pengenalan Kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi moden telah menyebabkan banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan manusia pada hari ini sama ada dari segi ekonomi, pendidikan, pentadbiran, komunikasi dan sebagainya. Perubahan-perubahan yang berlaku seiring dengan peredaran zaman sekaligus mempengaruhi corak kehidupan sosial manusia serta menimbulkan banyak isu yang perlu ditangani. Bidang dakwah juga tidak ketinggalan mengalami perubahan sama ada dari segi peranannya medium dakwah yang digunakan. Penggunaan internet yang meluas dengan kehebatan dan kecanggihan teknologi semasa
Article
Full-text available
Abstrak: Rekayasa bahasa dalam sebuah sajak sangat tinggi nilainya. Adakala bahasa yang dicoretkan dalam bait-bait sajak menjurus kepada makna tersurat dan tersirat. Pengolahan makna dan maksud bahasa tersebut sebenarnya bergantung kepada kefahaman pengarang sajak dan penghayatan oleh pendengarnya. Bahasa dalam sajak sememangnya mempunyai nilai moral yang berguna buat khalayak pembaca serta memacu ke arah penerapan nilai dakwah dalam kehidupan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat nilai moral dalam sajak "Ke Makam Bonda" dari aspek bahasa, nilai dan struktur menerusi teori relevans. Selain itu, pengkaji turut melihat hubungan antara bahasa, nilai dan struktur dalam bait-bait sajak tersebut dikaitkan dengan unsur-unsur dakwah sehingga ia mendatangkan kesedaran kepada pendengar. Hasil dapatan kajian mendapati penggunaan bahasa, penerapan nilai serta penyusunan struktur yang sistematik apatah lagi diimplementasikan sajak tersebut ke genre lagu bercorakkan nasyid tradisional menambahkan lagi
Article
Full-text available
Da'wah is an effort in improving behavior from a poor condition to a better situation. The implementation of the da'wah should be based on the condition and comfort of the da'wah target group. The approach of da'wah differs from one group to another, including the students. The implementation of High-Level Thinking Skills (KBAT) is also required in implementing da'wah among students because this group has a high level of thinking. This study aims to look at the engineering of da'wah among students at University Malaysia Sabah through the university's general course, The Appreciation of Ethics and Civilization (PEDP) from the point of acceptance of da'wah and their comfort in receiving feedback and advice. This study used the questionnaire method conducted through google form to students who have taken the Ethics and Civilization Appreciation course (PEDP) in the last semester. The study found that most students strongly agreed with the approach and engineering of da'wah applied by lecturers in the Ethics and Civilization Appreciation course. Teaching and Learning (PdP) that is infused with elements of da'wah enables students to receive knowledge easily and relax and leave a positive impact in their lives. This study is expected to be a benchmark in the implementation of da'wah in the current era of globalization, especially in the engineering of da'wah towards students.
Article
Full-text available
Komunikasi adalah satu elemen penting dalam kehidupan manusia. Setiap manusia sudah pasti akan melakukan komunikasi sama ada secara lisan ataupun bukan lisan. Namun, ada dalam kalangan masyarakat hari ini tidak mengendahkan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi ketika berlangsungnya komunikasi. Mereka petah berkata-kata dan bebas berbicara sehinggakan menimbulkan fitnah serta penyebaran maklumat yang tidak benar dari fakta asal. Sepertimana yang selalu diingatkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, ‘tidak pasti jangan kongsi’. Berdasarkan kepada pernyataan inilah, satu analisis prinsip komunikasi dalam al-Quran perlu dilakukan bagi menzahirkan perintah Allah dalam etika berkomunikasi khususnya kepada umat Islam. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 19 corak komunikasi yang terdapat dalam al-Quran dan pengkaji telah mengklasifikasikan prinsip komunikasi tersebut kepada dua bentuk yang utama iaitu komunikasi bi al-Lisan dan komunikasi bi al-Hal. Dengan berteraskan kepada prinsip komunikasi ini dalam kehidupan, sudah pasti masyarakat akan hidup dalam aman dan harmoni selaras dengan kehendak Allah.
Article
Full-text available
The study aims to: (1) know the epistemology and concept of al-fala>h in Islamic perspective; (2) know the implementation of al-fala>h concept in micro and macroeconomic. The study uses a qualitative-descriptive approach with library research technique. The results showed that in Islamic epirstemology, al- al-fala>h defined as all forms of happiness, luck, success and prosperity that is perceived by a person, both born and inner, which it can be feeled in the world and in the hereafter, from all sides and dimensions (comprehensive) in all aspects of life. The concept of al-fala>h demands a muslim to be oriented to the community in every activity, where the hereafter becomes the ultimate goal of the process in the world continuously, while the material facilities in the world can be maximised to maximize the implementation of worship to God more perfectly. Al-fala>h is a multidimensional concept that has implications on the aspects of individual behaviour (micro) and collective behavior (macro), namely survival, freedom of desire, strength and self-esteem and spirituality.
Article
Full-text available
Personaliti usahawan adalah bersifat universal yang merentasi ras, budaya, mahupun batasan geografikal. Bagi individu yang tidak terlibat dalam bidang keusahawanan, kehadiran sifat-sifat tersebut dijangka boleh membantunya menjadi pekerja yang berjaya jika dia menceburi bidang ini. Secara psikologi, pelbagai elemen tersebut mungkin timbul secara semula jadi ataupun dibentuk melalui pengalaman seseorang. Konsep personaliti usahawan Islam bukan sekadar mengandungi ciri-ciri yang telah dinyatakan di atas, malahan ia turut menekankan kesepaduannya dengan elemen-elemen spiritual. Justeru, fokus kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh Islam dalam kalangan usahawan Melayu MARA negeri Kedah yang diklasifikasikan sebagai telah berjaya. Data yang diperolehi melalui kaedah temu bual dan soal selidik. Hasil kajian mendapati, elemen ajaran Islam mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam aktiviti keusahawanan dan kehidupan mereka. Atas dasar ajaran Islam yang bersifat syumul dan holistik, pembangunan model motivasi yang berlandaskan Islam diyakini dapat dipraktikkan secara universal. Selain itu, elemen spiritual tersebut juga mampu menjadi motif asas dalam menggerakkan jiwa dan psikologi individu demi menjamin kelangsungan aktiviti keusahawanan dan seterusnya meningkatkan prestasi ekonomi
Article
Wabak Covid-19 telah diisytiharkan sebagai pandemik berikutan penularannya yang semakin meningkat saban hari. Hal ini secara tidak langsung memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kesannya, kebanyakan daripada rakyat Malaysia, khususnya usahawan, kehilangan punca pendapatan dalam tempoh Covid-19 ini. Oleh yang demikian, makalah ini dihasilkan bagi mengetengahkan e-dagang sebagai alternatif yang terbaik dalam usaha mencari mata pencarian pasca Covid-19, khususnya kepada usahawan Muslim. Data-data yang diperoleh melalui kajian perpustakaan, akan digunakan untuk menganalisis potensi dan cabaran pelaksanaan perniagaan secara e-dagang kepada usahawan Muslim. Hasil daripada kajian mendapati bahawa, potensi perniagaan secara e-dagang adalah peluang dan pasarannya yang lebih luas, serta mampu memaksimumkan pencapaian matlamat keusahawanan dalam Islam. Manakala cabaran utama yang perlu diatasi untuk pelaksanaan perniagaan secara e-dagang pula ialah cabaran persaingan antara peniaga, ilmu pengetahuan, masalah disiplin, serta komitmen usahawan.
Article
ABSTRAK. Keusahawanan adalah sebahagian daripada sistem dan perniagaan ekonomi Islam. Islam menggesa para pengikutnya untuk sentiasa berusaha menjadi usahawan yang kreatif dan inovatif. Objektif kajian ini adalah mengkaji pengamalan perniagaan etika Islam di kalangan usahawan Islam khususnya di negeri Terengganu. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kajian kes yang dijalankan ke atas usahawan Islam iaitu Syarikat Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd untuk berkongsi amalan mereka dalam perniagaan etika Islam ideal. Penemuan kajian ini menunjukkan bahawa Syarikat Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd mempunyai sistem etika yang merupakan gabungan pelbagai elemen termasuk iman dan ketuhanan. Pematuhan dan amalan nilai-nilai ini menjadikan mereka berbeza daripada usahawan lain. Kata kunci: Usahawan Islam, Keusahawanan, Etika, Etika Perniagaan Islam Pendahuluan Etika merupakan sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan, berikutan etika memberi panduan serta sebagai pengawal tingkah laku seseorang usahawan (Norita Deraman et al., 2010:26). Menurut (Nor Aishah, 2013:364-366) konsep etika dalam perniagaan telah diperkenalkan sejak tahun 1970-an dengan perbincangannya boleh dilihat dari pelbagai perspektif yang melibatkan elemen pekerja, syarikat dan masyarakat. Etika juga boleh diertikan sebagai satu set prinsip-prinsip moral yang dapat membezakan apa yang zahirnya betul dan apa yang zahirnya salah (Beekun, 1998:2). Secara ringkasnya, berdasarkan pendapat Abuznaid (2009:280) etika perniagaan Islam merujuk kepada ditakrifkan sebagai kod prinsip-prinsip moral yang telah ditetapkan oleh sumber ilmu Islam yang utama iaitu al-Quran dan Sunnah. Perbincangan etika dalam Islam cukup diberi perhatian secara mendalam, Islam memberikan garis panduan secara khusus dalam melahirkan seorang usahawan mukmin yang beretika seperti perbuatan baik ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW serta para sahabat (Tunggak & Salamon, 2011:57). Menurut Mohd Nizho Abdul Rahman & Mohd Shukri Hanapi (2008:1) peranan terpenting etika perniagaan dalam Islam adalah untuk memastikan setiap manusia yang berkecimpung dalam bidang perniagaan itu mengelakkan diri dari segala sifat terkeji (mazmumah) dan menghiasinya dengan sifat-sifat yang terpuji (mahmudah), sekali gus bersifat menjamin kemaslahatan manusia dengan memelihara dari segala unsur yang boleh mencetuskan pergaduhan, perbalahan, pertikaian, penindasan dan rasa ketidakpuasan dalam urusan perniagaan. Justeru, asas sumber etika Islam berakar umbi kan epistemologi ilmu Islam yang berpandukan al-Quran dan al-Hadis yang dengan mudah mampu merasionalkan akhlak (Barjoyai Bardai, 2000:8). Akhirnya, agama Islam memberi penekanan kepada etika di dalam keusahawanan supaya umat Islam menjadi usahawan yang lebih berdaya saing dalam suasana perniagaan yang sihat (Tunggak & Salamon, 2011:76). Allah SWT berfirman yang bermaksud: