Content uploaded by Saifulazry Mokhtar
Author content
All content in this area was uploaded by Saifulazry Mokhtar on Oct 24, 2021
Content may be subject to copyright.
PENGENALAN
Salah satu daripada program yang dijalankan oleh pihak penjara
dalam Fasa Pengukuhan Sahsiah ialah Program Pendidikan dan
Bimbingan. Dalam Program Pendidikan dan Bimbingan ini, pihak
penjara telah menyediakan satu modul kerohanian yang perlu
dipelajari oleh semua banduan. Ia bertujuan untuk menambahkan
lagi penguasaan ilmu fardu ain dan ilmu-ilmu berkaitan agama dalam
diri setiap banduan dan seterusnya merealisasikan kemantapan dan
keberkesanan penghayatan Islam dalam kehidupan mereka, sama ada
ketika menjalani hukuman lebih-lebih lagi selepas mereka dibebaskan.
Menurut Imam al-Ghazali, tujuan pendidikan Islam itu diajarkan
adalah untuk membawa individu ke arah pemantapan iman, pemikiran
logik dan mampu membentuk disiplin diri. Tujuan akhirnya ialah untuk
mendekatkan diri kepada Allah SWT bagi mencapai kebahagiaan di
dunia dan akhirat (Ghazali, 2001). Oleh itu, Jabatan Penjara Malaysia
mengambil langkah yang terbaik dalam usaha mentarbiah dan
mendidik para penghuni di penjara.
Bab
17
ANALISIS MODUL KEROHANIAN
JABATAN PENJARA MALAYSIA DAN
IMPAKNYA TERHADAP BANDUAN
Saifulazry bin Mokhtar, Kasoma ia, Habibah @ Artini binti Ramlie &
Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
Peradaban dan Isu-isu Semasa
258
Bagi mentarbiah dan mendidik banduan tersebut, pihak penjara
telah menyediakan satu modul kerohanian yang meliputi pelbagai
khazanah ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Dalam modul kerohanian
ini, terdapat empat aspek utama yang ditekankan kepada semua individu
termasuklah aspek al-Quran dan hadis, aspek akidah, aspek feqah dan
aspek sirah dan akhlak. Justeru, pengkaji akan menganalisis kesemua
modul tersebut mengikut aras kesesuaian, penekanan tajuk, peruntukan
masa serta teknik dan kaedah pengajaran yang dirancang. Pengkaji
juga akan melihat secara rinci berkaitan strategi pelaksanaan program,
kaedah pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya keberhasilan
strategi dan isi penyampaian tersebut menerusi pelaksanaan Program
Halaqah. Program Halaqah yang dijalankan di Penjara Sandakan adalah
sangat efektif kepada para banduan, tambahan lagi dengan adanya
Modul Kerohanian. Program Halaqah ini memberi kesan yang sangat
positif kepada semua banduan. Majoriti daripada banduan tidak
mempunyai asas agama yang kukuh serta tiada penghayatan agama
dalam kehidupan mereka sebelum mereka melangkah kaki ke penjara.
Dengan adanya Modul Kerohanian yang dirangka dan dibentuk, maka
perjalanan proses pengajaran dan penyebaran ilmu agama kepada
banduan menjadi semakin terancang dan memberikan impak yang
ketara kepada banduan.
KAJIAN-KAJIAN BERKENAAN MODUL PEMULIHAN
Penulis telah melakukan beberapa tinjauan terhadap kajian yang
berkaitan dengan tajuk kajian. Dalam tinjauan pertama berkaitan dengan
modul kerohanian, penulis menemui satu kajian bertajuk “Penilaian
Modul Pemulihan Penagih Dadah Melalui Pendekatan Modul Isra’: Satu
Pendekatan Analisis Naratif “ yang dijalankan oleh Mansor Abu Talib et al.
(2018). Kajian tersebut bertujuan untuk membincangkan penilaian secara
analisis naratif tentang keberkesanan Modul Isra’ yang telah dijalankan
kepada klien-klien di pusat CCRC yang terpilih. Dapatan kajian beliau
menunjukkan bahawa modul dan kandungan program Isra’ adalah baik.
Namun, terdapat ruang penambahbaikan dari segi pelaksanaan program
Modul Isra’. Hasil kajian beliau turut mendapati pelaksanaan merupakan
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
259
isu yang paling ketara dan perlu dipandang serius bagi memastikan Modul
Isra’ mencapai objektifnya. Selain itu, kepakaran dan latihan modul
secara komprehensif perlu diberikan kepada semua tenaga pengajar
bagi memastikan Modul Isra’ dapat difahami dan dilaksanakan secara
mendalam dan holistik.
Seterusnya, satu kajian berteraskan Modul Kerohanian Pemulihan
Akhlak Remaja telah dijalankan oleh Haslinda Hj. Masian (2016)
di Baitul Ehsan, Daerah Sabak Bernam, Selangor. Kajian tersebut
dijalankan untuk mengetahui keberkesanan modul kerohanian yang
telah dilaksanakan di Baitul Ihsan dalam proses pemulihan akhlak remaja
perempuan yang telah terlanjur melakukan salah laku seksual, akan
tetapi mereka mengulangi perbuatan mereka selepas mereka keluar dari
pusat pemulihan tersebut. Kajian beliau ini telah dibuat di salah sebuah
rumah perlindungan wanita di Daerah Sabak Bernam. Berdasarkan
kepada artikel beliau, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk
mengenal pasti persepsi dan minat pelatih terhadap modul kerohanian
pemulihan akhlak remaja di Baitul Ihsan, seterusnya mengetahui tahap
penghayatan agama dalam kalangan pelatih ketika mengikuti modul
kerohanian pemulihan di Baitul Ihsan dan permasalahan pelatih ketika
melaksanakan modul kerohanian pemulihan akhlak.
Bagi kajian yang dijalankan oleh Khairul Hamimah (2012) pula
adalah berkonsepkan “Nilai-nilai Islam dalam Program Pemulihan
Banduanita di Penjara.” Kajian tersebut dijalankan untuk meneroka
pengalaman banduanita yang tinggal di dalam penjara tentang
pengisian program keagamaan untuk merawat dan memulihkan akhlak
mazmumah mereka sebelum ini. Kajian ini mendapati bahawa masalah
sosial yang dihadapi oleh banduanita berpunca daripada kurangnya
pengetahuan agama, selain daripada faktor-faktor penolaknya
meliputi ketakstabilan sosioekonomi dan tekanan gaya hidup moden.
Kajian ini turut mendapati Program Halaqah sebagai rawatan teras
bagi banduanita beragama Islam berjaya mencapai objektifnya.
Kejayaan program ini berteraskan lima modul iaitu modul akidah
bagi menanam rasa kebertuhanan (God-consciousness), modul fekah
yang menekankan solat sebagai sumber ketenangan, modul al-Quran
sebagai prasyarat melakukan ibadat, modul hadis menyuburkan rasa
Peradaban dan Isu-isu Semasa
260
bertanggung jawab atas setiap apa yang dilakukan dan modul sirah dan
akhlak menyasarkan sirah Nabi Muhammad SAW dan kisah Saidina
Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khatab.
Bagi kajian Muhammad Rashid Rajuddin dan Dayana Farzeeha
Ali (2009) yang bertajuk “Persepsi Pelatih-pelatih Lelaki Sekolah Henry
Gurney, Telok Mas Melaka terhadap Program Latihan Kemahiran
Vokasional yang Dijalankan,” mereka mendapati terdapat pelbagai
faktor yang mempengaruhi persepsi pelatih-pelatih Sekolah Henry
Gurney, Telok Mas, Melaka terhadap kepentingan latihan kemahiran
vokasional yang dijalankan. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor minat,
kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam
menentukan masa depan pelatih, keyakinan pelatih terhadap latihan
kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya serta suasana
pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan
tenaga pengajar.
Seterusnya menurut Mustapha bin Awang (2004) dalam kajiannya
yang bertajuk “Usaha-usaha Pemurnian Akidah Islam: Analisis Khusus
terhadap Usaha-usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
Pusat Pemurnian Akidah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Hulu
Yam Baru Selangor,” beliau telah mengkaji tentang usaha-usaha yang
dilakukan oleh JAKIM dan Pusat Pemurnian Akidah Jabatan Agama
Islam Selangor terhadap pemurnian dan pemulihan akidah pelatih.
Pelbagai pendekatan dan aktiviti yang dijalankan dalam proses memberi
bimbingan dan memulihkan pelatih agar mereka dapat kembali ke
pangkal jalan.
Tinjauan terakhir penulis adalah tertumpu kepada kajian yang
dijalankan oleh Ranita Manap et al. (2018), iaitu “Program Kerohanian
Mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam (IPTI) di Malaysia”. Sistem
pendidikan seharusnya dapat melahirkan modal insan yang seimbang
dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang
berteraskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bagi
menyempurnakan hasrat tersebut, Institusi Pengajian Tinggi Islam
Malaysia (IPTI) telah mengambil langkah bijak dengan menyediakan
pelbagai jenis program kerohanian bagi mahasiswa yang mengikuti
pengajian di institusi mereka. Walau bagaimanapun, program ini tidak
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
261
pernah dinilai untuk mengenal pasti akan keberkesanannya terhadap
mahasiswa. Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dijalankan,
penulis tidak mendapati kajian yang sama telah dilakukan. Bagi
meneruskan usaha oleh pengkaji terdahulu, penulis telah memilih
untuk melakukan kajian terhadap analisis Modul Kerohanian Jabatan
Penjara Malaysia dan impaknya terhadap banduan, sama ada kesan
positif mahupun negatif.
MODUL KEROHANIAN SEBAGAI KAEDAH PEMULIHAN
Metodologi kajian yang digunakan adalah secara kaedah kualitatif
dengan menggunakan pendekatan pertanyaan naturalistik (naturalistic
inquiry) atau dikenali sebagai konstruktif (constructionism) dengan
menggunakan pendekatan analisis naratif, iaitu modul kerohanian
Jabatan Penjara Malaysia yang dijadikan sebagai sumber utama
penyebaran ilmu agama kepada banduan. Penulis melakukan analisis
secara rinci seluruh tajuk yang terdapat dalam modul tersebut sebagai
kayu ukur kepada keberkesanannya terhadap golongan banduan.
Modul pertama yang digarapkan dalam Modul Kerohanian ini
ialah modul al-Quran dan hadis. Modul ini perlu dihabiskan dalam
tempoh 24 minggu di mana 12 minggu pengajaran berteraskan modul
al-Quran dan 12 minggu lagi berteraskan modul hadis. Pengajaran
modul ini dilaksanakan selama satu jam secara bergilir-gilir bermula
dengan modul al-Quran, hadis dan begitulah seterusnya. Setiap modul
yang disediakan ini telah dilengkapi dengan rancangan pengajaran yang
dicadangkan. Segala peralatan yang diperlukan, objektif pengajaran,
aktiviti-aktiviti pengajaran, langkah-langkah pelaksanaan dan peranan
tenaga pengajar telah direncanakan dalam modul tersebut. Tenaga
pengajar hanya perlu melaksanakannya berdasarkan perancangan yang
telah ditetapkan berpaksikan kemahiran yang mereka miliki.
Modul al-Quran
Al-Quran merupakan kitab Allah yang diturunkan kepada umat manusia
sebagai panduan hidup di dunia dan akhirat. Membaca al-Quran amat
Peradaban dan Isu-isu Semasa
262
dituntut dalam Islam. Umat Islam dituntut supaya membaca al-Quran
dengan betul mengikut hukum-hukum tajwid untuk memperoleh pahala
dan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Ilmu tajwid bermaksud suatu
ilmu untuk mengetahui cara melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan
betul. Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardu kifayah, manakala
mempraktikkannya dalam bacaan adalah fardu ain. Pembacaan al-
Quran merupakan sesuatu ilmu yang diwarisi secara turun-temurun
secara mushāfahah (mulut ke mulut). Ia bermula dari Nabi Muhammad
SAW yang menerima bacaannya dari Malaikat Jibrail a.s. Kemudian,
diwariskan pembacaan tersebut kepada para sahabat dan tabiin
sehinggalah sampai kepada kita hari ini. Namun, kaedah pengajaran
dalam mempelajari ayat-ayat al-Quran adalah pelbagai. Justeru, di sini
penulis menganalisis kaedah dan tajuk perbincangan al-Quran tersebut
berdasarkan modul al-Quran dan hadis.
Dalam modul al-Quran, penekanan yang diberikan adalah
dari sudut hukum tajwid sahaja. Bagi tajuk pertama, modul ini
menyentuh berkaitan dengan Hukum Nūn Sakīnah, Tanwīn, Mim dan
Nūn Mushaddah. Pelaksanaan tajuk ini adalah pada minggu pertama,
bulan pertama. Antara objektif proses pengajaran dan pembelajaran
tersebut adalah untuk menjelaskan Nūn Sakīnah, Tanwīn serta Mim
dan Nūn Mushaddah, menghuraikan hukum-hukum yang lahir dari Nūn
Sakīnah dan Tanwīn serta penghuni boleh menjelaskan hukum Nūn
dan Mim Mushaddah. Bagi minggu ketiga bulan pertama pula, tajuk
yang dibincangkan adalah mengenal hukum Iẓhār Ḥakīkī. Penekanan
yang diberikan dalam tajuk ini ialah berkaitan pengertian Iẓhār Ḥakīkī,
pengenalan huruf-huruf Iẓhār serta mengapa hukum tersebut menjadi
Iẓhār. Dalam melaksanakan proses pengajaran ini, penghuni akan
dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan kepada jumlah
penghuni dan seterusnya mencari hukum-hukum Iẓhār Ḥakīkī yang
terdapat di dalam al-Quran. Kemudian, ketua atau wakil penghuni akan
membentangkan hasil perbincangan tersebut.
Proses pengajaran dan pembelajaran modul al-Quran seterusnya
berlaku pada minggu kelima, bulan kedua iaitu di bawah tajuk mengenal
hukum Idghām. Dalam tajuk ini, penekanan akan diberikan berkaitan
pengertian Idghām dan hukumnya, pengenalan huruf-huruf Idghām,
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
263
mengapa ia dibaca Idghām, bahagian-bahagian Idghām dan empat
kalimah di dalam al-Quran yang dibaca dengan Iẓhār walaupun bertemu
huruf Idghām. Objektif pembelajaran ini adalah untuk menjelaskan
hukum Idghām dalam al-Quran dan penghuni boleh menyebut hukum
Idghām dengan betul. Seterusnya pengajaran dan pembelajaran modul
al-Quran diteruskan lagi pada minggu ketujuh, bulan kedua. Pada
minggu ini, penghuni akan mempelajari tajuk mengenal hukum Ikhfā’
Ḥakīkī. Antara perincian yang dibincangkan dalam tajuk ini adalah
berkaitan dengan pengertian Ikhfā’ Ḥakīkī dan hukumnya, pengenalan
huruf-huruf Ikhfā’ Ḥakīkī serta mengapa ia dibaca dengan Ikhfā’
Ḥakīkī. Pengajaran ini bertujuan untuk memastikan penghuni dapat
menjelaskan hukum Ikhfā’ Ḥakīkī dalam al-Quran serta boleh menyebut
hukum Ikhfā’ Ḥakīkī dengan betul.
Pada minggu kesembilan bulan kedua, penghuni akan
membincangkan tajuk baharu iaitu mengenal hukum Iqlāb dan Wājibul
Ghunnah (Nūn dan Mim Mushaddah). Dalam tajuk kali ini, penghuni
akan mempelajari pengertian Iqlāb dan Wājibul Ghunnah serta hukum
bacaannya. Selain itu, penghuni juga akan diperkenalkan dengan huruf-
huruf Iqlāb dan Wājibul Ghunnah, mengapa ia dibaca dengan hukum Iqlāb
dan Wājibul Ghunnah serta bacaan Iqlāb dan Wājibul Ghunnah. Proses
pengajaran ini mengharapkan agar penghuni dapat menjelaskan hukum
Iqlāb dan Wājibul Ghunnah dalam al-Quran serta boleh menyebut hukum
Iqlāb dan Wājibul Ghunnah dengan baik. Bagi minggu ke-11, bulan ketiga ,
penghuni akan mempelajari tajuk mengenal Hukum Mim Sakīnah.
Tenaga pengajar akan menerangkan hukum Mim Sakīnah dan hukum-
hukum yang lahir daripada Mim Sakīnah. Kemudian, tenaga pengajar
akan membahagikan penghuni kepada beberapa kumpulan yang sesuai
berdasarkan jumlah penghuni, seterusnya menyuruh kumpulan tersebut
menjawab soalan yang diberikan berdasarkan kepada perbincangan
dan penerangan yang telah diberikan. Tenaga pengajar akan membuat
kesimpulan dari hasil perbincangan tersebut.
Tajuk mengenal Hukum Ikhfā’ S hafawī, Iẓhār Shafawī dan Idghām
Mithlain pula diajarkan kepada penghuni pada minggu ke-13 bulan
keempat. Dalam minggu ini, penghuni akan ditekankan berkaitan
pengertian kepada hukum-hukum tersebut, pengenalan huruf-huruf
Peradaban dan Isu-isu Semasa
264
Ikhfā’ Shafawī, Iẓhār Shafawī dan Idghām Mithlain, mengapa ia dibaca
sedemikian dan cara bacaannya. Penghuni diharapkan agar dapat
menjelaskan hukum bacaan Ikhfā’ Shafawī, Iẓhār Shafawī dan Idghām
Mithlain dalam al-Quran serta boleh menyebut hukum Ikhfā’ Shafawī,
Iẓhār Shafawī dan Idghām Mithlain dengan betul dan jelas. Pengajaran
modul al-Quran yang seterusnya bertajuk mengenal hukum-hukum
Mad. Tajuk ini akan diajar oleh tenaga pengajar pada minggu ke-
15 bulan keempat. Antara perbincangan yang ditekankan dalam
pengajian ini adalah pengenalan kepada hukum Mad, hukum-hukum
yang lahir daripada Mad serta bahagian-bahagian Mad. Bahagian-
bahagian Mad yang dibincangkan pada sesi ini adalah Mad Aṣlī / Mad
Ṭabicī dan Mad Farcī.
Perbincangan berkaitan Mad Farcī diteruskan lagi pada minggu
ke-17 bulan kelima, iaitu mengenal Hukum Mad Farcī yang wajib dibaca
melebihi dua harakat. Untuk itu, perbincangan dikhususkan kepada
beberapa hukum bacaan Mad sahaja iaitu Mad Badal, Mad cIwaḍ, Mad
Ṣillah Qaṣīrah dan Mad Tamkīn. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran
ini penghuni dapat membezakan antara keempat-empat hukum Mad
tersebut dan menjelaskannya satu persatu. Pada minggu ke-19 bulan
kelima, penghuni akan mempelajari tajuk mengenal Hukum Mad Wājib
Muttaṣil, Mad Jāiz Munfaṣil, Mad Ṣillah Ṭawilah, Mad Līn, Mad cĀriḍ
Li al-Sukūn dan Mad Farqi. Walaupun terdapat banyak bentuk Mad
yang akan dipelajari oleh penghuni, tetapi skop perbincangan hanya
tertumpu kepada pengenalan hukum sahaja. Penghuni hanya perlu
memahami kesemua hukum tersebut dan menjelaskannya serta perlu
tahu membezakan di antara keenam-enam hukum Mad tersebut.
Bagi tajuk mengenal Hukum Mad Lāzim Kalimī Muthaqqal, Ḥarfī
Muthaqqal, Kalimī Mukhaah dan Ḥarfī Mukhaaf pula akan dipelajari
oleh penghuni pada minggu ke-21 bulan keenam. Penekanan tajuk ini
adalah berkisarkan kepada pengenalan hukum-hukum Mad tersebut
sahaja. Antara objektif yang digarapkan dalam tajuk ini ialah penghuni
dapat menjelaskan dan membezakan antara Hukum Mad Lāzim Kalimī
Muthaqqal, Ḥarfī Muthaqqal, Kalimī Mukhaah dan Ḥarfī Mukhaaf,
manakala tajuk terakhir dalam modul al-Quran ialah mengenal Waqaf
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
265
dan Ibtidā’. Tajuk ini diajarkan kepada penghuni pada minggu ke-23
bulan keenam. Dalam tajuk terakhir ini, penekanan diberikan kepada
pengenalan Waqaf dan Ibtidā’, jenis-jenis Waqaf serta tanda-tanda
Waqaf. Penghuni dikehendaki memahami sepenuhnya jenis-jenis Waqaf
ini dan dapat membezakan keenam-enam jenis Waqaf tersebut.
Demikianlah analisis modul al-Quran yang telah penulis
sorotkan dari Modul Kerohanian tersebut. Penulis mendapati kesemua
tajuk perbincangan yang dimuatkan dalam modul tersebut tertumpu
kepada bidang tajwid dan hukum bacaan sahaja. Pengkaji juga dapati
proses pengajaran antara satu tajuk dengan tajuk yang lain adalah
hampir sama, iaitu menggunakan kaedah perbincangan dan penemuan.
Untuk itu, secara rumusannya perbincangan tajuk dan penekanan
bab dalam Modul al-Quran ini sangat baik dan tepat dengan tahap
pendidikan penghuni.
Modul Hadis
Kelas pengajian Modul Hadis dimulakan pada minggu kedua bulan
pertama iaitu selepas tajuk pertama dari Modul al-Quran. Tajuk pertama
dari Modul Hadis ini ialah Hadis Nabawi dan Hadis Qudsi. Dalam tajuk
ini penghuni akan mempelajari pengertian Hadis Nabawi dan Hadis
Qudsi serta perbezaan antara keduanya dan ayat al-Quran. Tenaga
pengajar akan memberikan bimbingan kepada penghuni sehingga
mereka dapat memahami dan mengenal pasti di antara Hadis Nabawi,
Hadis Qudsi dan ayat al-Quran. Pada minggu keempat bulan pertama
pula penghuni akan didedahkan dengan tajuk perbezaan di antara Hadis
Sahih, Hadis Dhaif dan Hadis Mauduc. Dalam tajuk ini, tenaga pengajar
akan membahaskan tentang pengertian Hadis Sahih, Hadis Dhaif dan
Hadis Mauduc. Selain itu, mereka juga akan dijelaskan dengan perbezaan
di antara Hadis Sahih, Hadis Dhaif dan Hadis Mauduc tersebut.
Seterusnya pada minggu keenam bulan pertama, penghuni masih
lagi dihidangkan dengan tajuk dari bidang Hadis. Namun, pada kali ini
penghuni akan mempelajari istilah-istilah dalam hadis. Penghuni akan
mempelajari pengertian Sanad, pengertian Matan dan pengertian Rawi.
Penghuni dikatakan dapat menguasai isi pembelajaran sekiranya mereka
Peradaban dan Isu-isu Semasa
266
dapat mengklasikasikan Sanad, Matan dan Rawi dalam sesuatu hadis
yang diberikan kepadanya. Imam-imam hadis yang masyhur merupakan
tajuk hadis yang terakhir dalam bidang hadis. Tajuk ini akan dipelajari
oleh penghuni pada minggu kelapan bulan kedua. Di antara imam-
imam yang akan dipelajari oleh penghuni adalah seperti Imam Bukhari,
Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam Nasai dan Imam
Ibnu Majah. Penghuni akan mengetahui sejarah latar belakang setiap
imam-imam hadis tersebut satu persatu sehingga dapat menjelaskannya
kembali dalam sesi pembentangan.
Setelah penghuni mempelajari sejarah hadis, istilah hadis dan
kategori hadis, maka pada minggu seterusnya iaitu minggu kesepuluh
sehingga minggu ke-24, penghuni akan mempelajari pula hadis-hadis
pilihan. Dalam Modul Hadis ini terdapat lapan buah hadis pilihan
yang perlu diketahui dan difahami oleh setiap penghuni. Tajuk hadis
pilihan pertama ialah ‘Amar Macrūf Nahī Mungkar’. Tenaga pengajar
akan memberikan sebuah hadis berkaitan dengan Amar Macruf Nahī
Mungkar dan mengajarkannya kepada semua penghuni. Penghuni
akan mempelajari pengertian Amar Macruf Nahī Mungkar, huraian
hadis tersebut serta pengajaran daripada hadis Amar Macruf Nahī
Mungkar. Hadis pilihan kedua pula ialah ‘Memilih Sahabat’. Tajuk ini
akan dikupas oleh tenaga pengajar pada minggu ke-12 bulan ketiga.
Pada sesi pengajaran ini, penghuni akan mengetahui huraian dari hadis
Memilih Sahabat, ciri-ciri persahabatan dalam Islam serta pengajaran
dari hadis. Untuk mengukur keupayaan penghuni dalam penguasaan
tajuk ini, penghuni perlu dapat menghuraikan tujuan bersahabat serta
dapat menjelaskan ciri-ciri sahabat yang baik dalam Islam.
Bagi minggu ke-14 bulan keempat, tajuk hadis pilihan ialah
‘Tolong Menolong’. Penghuni akan mempelajari huraian dari sebuah
hadis berkaitan tolong menolong, balasan berkaitan di antara orang
Islam dan lain-lain, balasan kepada orang yang menolong, memudahkan
urusan orang lain, menutupi rahsia, larangan menuduh dan mengaibkan
orang lain, menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu serta tidak
menangguhkan amalan kebaikan. Penghuni juga perlu mengetahui
pengajaran hadis dan menjelaskan setiap perbuatan di dunia ada
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
267
balasannya di akhirat kelak. ‘Persaudaraan Islam’ adalah hadis pilihan
keempat yang perlu diketahui oleh setiap penghuni dalam proses
pembelajaran ini. Hadis ini akan diajarkan kepada penghuni pada
minggu ke-16 bulan keempat. Antara perincian tajuk ini ialah penghuni
perlu memahami huraian Hadis, hubungan di antara orang Islam,
larangan-larangan nabi yang boleh memutuskan persaudaraan Islam,
orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain dan pengajaran dari
hadis. Penghuni juga perlu mengetahui konsep persaudaraan dalam
Islam serta hak-hak dan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Proses pengajaran dalam Modul Hadis diteruskan lagi pada
minggu ke-18 bulan kelima di bawah tajuk ‘Tanggungjawab’. Dalam
tajuk ini, penghuni akan mempelajari huraian hadis berkisarkan
tanggungjawab, hak-hak makhluk, hukuman kepada mereka yang tidak
menunaikan tanggungjawab dan kesimpulan hadis. Tenaga pengajar
juga akan memastikan penghuni dapat menjelaskan tanggungjawab
mereka sebagai khalifah di muka bumi serta menghuraikan balasan-
balasan kepada sesiapa yang menakan hak-hak makhluk yang lain. Pada
minggu yang ke-20 bulan kelima, penghuni akan mempelajari satu lagi
tajuk dalam Modul Hadis iaitu ‘Amalan yang Disukai Allah SWT’. Hadis
ini turut menghuraikan tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah
seperti menunaikan solat pada waktunya, berbuat baik kepada kedua
ibu bapa dan berjihad sabilillah. Penghuni dikehendaki mengetahui
pengajaran yang terdapat dalam hadis tersebut serta mengetahui
ganjaran bagi setiap amalan yang disukai oleh Allah SWT.
Bagi memantapkan lagi iman penghuni, tenaga pengajar akan
mengupas tajuk ‘Perkara yang Merosakkan Iman’. Tajuk ini akan
dipelajari oleh setiap penghuni pada minggu ke-22 bulan keenam.
Dalam tajuk ini, penghuni akan mempelajari amalan-amalan yang perlu
dijauhi oleh setiap individu supaya ia tidak merosakkan iman seseorang.
Antara amalan-amalan yang boleh merosakkan iman seseorang adalah
seperti syirik kepada Allah, amalan minum arak, amalan riba, lari dari
peperangan dan menuduh perempuan baik melakukan zina. Tajuk
terakhir dalam Modul Hadis ini ialah ‘Golongan yang Dikasihi oleh
Allah SWT’. Para penghuni akan mempelajari tajuk ini pada minggu
ke-26 minggu keenam. Terdapat banyak golongan yang dikasihi oleh
Peradaban dan Isu-isu Semasa
268
Allah terhadap hamba-hambanya. Golongan tersebut ialah imam yang
adil, pemuda yang sentiasa beribadah kepada Tuhannya, seorang yang
hatinya sentiasa teringat ke masjid, dua orang saudara yang berkasih
sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita
yang mempunyai kedudukan dan rupawan untuk melakukan zina
tetapi lelaki itu berkata, “Aku takut kepada Allah SWT.”, seorang lelaki
yang bersedekah dengan senyap-senyap sehingga tangan kirinya tidak
tahu apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seorang lelaki yang
menyebut dan mengingati Allah lalu berlinangan air matanya.
Demikianlah analisis pengkaji terhadap penekanan tajuk dalam
Modul Hadis ini. Pengkaji dapati Modul hadis ini telah menyentuh lima
kategori hadis iaitu hadis Qudsi, hadis Nabawi, hadis Mauduc, hadis Dhaif
dan hadis Sahih. Kelima-lima kategori hadis ini dihuraikan mengikut
pengenalan kepada hadis tersebut, Sanad hadis, Matan hadis dan Rawi
hadis. Perbincangan berkaitan imam-imam hadis pula, penghuni akan
mempelajari enam orang imam hadis yang terkemuka iaitu Imam
Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam Nasai
dan Imam Ibnu Majah. Dalam pengenalan hadis pula, penghuni akan
mempelajari lapan bentuk hadis pilihan yang berlainan tajuk. Kesemua
tajuk hadis tersebut adalah berkaitan dengan hubungan sesama
manusia. Pengkaji amat setuju dengan pemilihan tajuk dalam hadis
pilihan tersebut kerana ia bertepatan dan bersesuaian dengan kehidupan
penghuni. Pengkaji juga mengharapkan agar proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut dilakukan dengan sebaik mungkin agar memberi
kesan dan impak yang positif terhadap diri penghuni dan seterusnya
dilaksanakan kepada masyarakat setempat.
Modul Akidah
Akidah bermaksud satu ikatan yang kukuh mengandungi keyakinan
yang penuh serta kepercayaan hakiki terhadap Allah SWT melalui
konsep ‘uluhiyyah’ dan ‘rubbubiyah’ yang dikaitkan dengan iman dan
keimanan. Akidah dapat merungkaikan teka-teki kehidupan dan
mentafsirkan kepada manusia tentang rahsia kehidupan dan kematian
serta menjawab persoalan-persoalan abadi manusia. Akidah ini bukanlah
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
269
rekaan Islam dan juga bukan ciptaan Nabi Muhammad SAW, sebaliknya
ia adalah ketetapan yang diutuskan kepada keseluruhan para nabi
bersamanya serta diturunkan untuknya kitab-kitab samawi sebelum
dicemari oleh penyelewengan serta perubahan. Menurut Asmawati
Suhid [8], istilah akidah berasal daripada kata dasar caqada dalam bahasa
Arab. Dari segi bahasa ia membawa maksud simpulan atau ikatan. Dari
segi istilah pula, akidah bermaksud kepercayaan atau keimanan kepada
hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang
pasti dan hakiki lagi kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh Islam.
Oleh itu, akidah ialah keimanan dan kepercayaan yang kukuh terhadap
Allah SWT iaitu Tuhan yang wajib disembah dan tidak ada Tuhan yang
layak disembah melainkan Dia.
Menurut Mohammad Zaini Yahya (2000), Islam juga memaparkan
akidah ini dengan paparan baharu sesuai dengannya sebagai risalah yang
dikehendaki oleh hikmah Allah untuk menjadi penutup segala risalah
ketuhanan dan matlamat setiap insan sehingga dikiamatkan oleh-Nya
dunia ini. Setiap manusia yang bergelar Muslim wajib mempercayai
bahawa Allah SWT ada menurunkan wahyu kepada para nabi dan
Rasul-Nya, yang kemudian dihimpunkan dalam satu kumpulan yang
bernama Kitab. Kegunaannya ialah untuk membimbing manusia
dalam menempuh kehidupan di dunia serta mencari bekalan untuk
kembali ke akhirat kelak. Akidah Islam bermaksud keyakinan hati dan
pengiktirafan penuh terhadap kesemua rukun iman yang utama. Akidah
ialah ilmu yang menyelidiki dan memeriksa kepercayaan seseorang
berkaitan dengan ketuhanan, kerasulan dan perkara-perkara samciyyāt
berserta dalil-dalilnya. Akidah yang betul seharusnya selari dengan
kehendak al-Quran, sunah dan logik akal sebagaimana rman Allah
SWT dalam al-Quran.
Modul Akidah adalah pecahan sebahagian modul dari Modul
Kerohanian. Dalam Modul Akidah ini, pemilihan tajuk adalah tertumpu
kepada perbincangan berkaitan perkara asas dalam Rukun Iman.
Penghuni diberi tempoh selama 23 minggu untuk menghabiskan
modul ini iaitu empat kali dalam sebulan selama lima bulan dan tiga
kali bagi bulan keenam. Dalam Modul Akidah ini, penghuni akan
mempelajari pelbagai tajuk yang berkaitan dengan iman. Namun, ada
Peradaban dan Isu-isu Semasa
270
juga sesetengah tajuk yang diberi penekanan yang lebih dan diulang
beberapa minggu. Pada minggu pertama hingga ketiga bulan pertama,
penghuni akan mempelajari Modul Akidah di bawah tajuk ‘Syahadah
dan Iman’. Walaupun tajuk ini dilaksanakan pada tiga minggu, tetapi
topik perbincangannya adalah berbeza antara satu sama lain. Pada
minggu pertama, penghuni akan mempelajari ilmu berkaitan antara
Syahadah, Iman dan Kufur. Penghuni diajar dan dibimbing agar
dapat menyebut lafaz-lafaz syahadah, hubungan antara syahadah
dan iman serta menjelaskan perkara-perkara yang boleh merosakkan
iman. Pada minggu kedua pula, penghuni akan mempelajari konsep
tuntutan syahadah dalam kehidupan serta kelebihan dan kepentingan
mengulangi syahadah, manakala pada minggu ketiga, tenaga pengajar
akan mengupas tajuk berkaitan perkara-perkara yang membatalkan
syahadah dan kesan terbatalnya syahadah. Penghuni perlu menguasai
kesemua tajuk pembelajaran tersebut untuk diterapkan dalam diri dan
kehidupan seharian mereka agar kehidupan mereka sentiasa dipayungi
rahmat dan keberkatan Allah SWT.
Seterusnya pada minggu keempat bulan pertama, tenaga
pengajar akan menerapkan ilmu yang berkisar kepada ‘Keperluan
Manusia kepada Iman’. Dalam tajuk ini perincian tajuk dikhususkan
kepada panduan dalam kehidupan dunia dan akhirat, mengawal
tingkah laku serta benteng ketika menghadapi kesusahan. Hasil dari
pengajaran ini, penghuni akan dapat menerangkan peranan iman dalam
kehidupan, peranan iman dalam mengawal tingkah laku serta peranan
iman sebagai benteng ketika menghadapi kesusahan. Tajuk ‘Hikmah
dan Kelebihan Orang yang Beriman’ akan dipelajari oleh penghuni
pada minggu kelima bulan kedua. Antara topik yang dikupas dalam
tajuk ini ialah kelebihan orang yang beriman di sisi Allah SWT dan di
sisi manusia serta contoh-contoh orang yang beriman. Pengajaran ini
akan menghasilkan nilai murni yang baik dalam diri penghuni seperti
sentiasa taat kepada Allah dan sentiasa mempertingkatkan takwa
kepada Allah. Antara kesemua tajuk yang dipelajari oleh penghuni,
tajuk ‘Iman Motivasi ke arah Kehidupan Cemerlang’ adalah tajuk
yang paling kerap dibincangkan. Tajuk ini akan diajar oleh tenaga
pengajar selama empat minggu, bermula minggu keenam bulan kedua
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
271
sehinggalah minggu kesembilan bulan ketiga. Perincian tajuk juga
berbeza antara keempat-empat minggu tersebut.
Pada minggu keenam, penghuni akan mempelajari konsep sifat
amanah dan ikhlas dalam kerja. Penghuni juga perlu mengetahui
dan menjelaskan kesan-kesan sifat tidak amanah dalam sesuatu
pekerjaan yang dilaksanakan. Minggu ketujuh pula menekankan
perbincangan berkaitan dengan kesan iman sebagai asas sifat tidak
mudah putus asa dan kecewa serta hubung kait antara iman dengan
ketenangan jiwa. Perbahasan berkaitan dengan reda dan bertawakal
serta menjauhkan penyelewengan kerana takut balasan Allah akan
dipelajari oleh penghuni pada minggu kelapan. Penghuni juga perlu
mampu mengaitkan hubungan iman dengan konsep reda dan tawakal
dan mampu menjelaskan peranan iman dalam menjauhkan sebarang
penyelewengan. Penghuni diharapkan agar sentiasa mempertingkatkan
reda dan tawakal dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
Tajuk perincian terakhir dalam ‘Iman Motivasi ke arah Kehidupan
Cemerlang’ ialah segera bertaubat dan menahan nafsu. Tajuk ini akan
dikupas oleh tenaga pengajar pada minggu kesembilan. Tajuk ini
menekankan dan menjelaskan hubungan iman dengan taubat serta
hubungan iman dengan menahan nafsu. Penghuni perlu memahami
konsep iman ini secara mendalam kerana semua kesalahan dan
kesilapan yang mereka lakukan sebelum ini tidak berlandaskan iman
yang kental dalam dirinya. Bagi minggu ke-10 dan ke-11 bulan ketiga,
penghuni akan membicarakan tajuk ‘Beriman kepada Allah SWT’. Pada
minggu kesepuluh, penekanan hanya diberikan kepada hubungan
manusia dengan rukun-rukun iman, manakala minggu berikutnya
berkaitan dengan Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Kedua-dua tajuk
ini sebenarnya menguatkan lagi kefahaman dan keyakinan diri para
penghuni kepada rukun iman yang pertama. Penghuni akan sentiasa
mentauhidkan Allah dan sentiasa meyakini Allah Maha Esa pada setiap
masa dan ketika.
Tajuk seterusnya yang akan dipelajari oleh penghuni ialah
‘Beriman dengan Malaikat’. Tajuk ini akan berlangsung selama tiga
minggu berturut-turut, iaitu pada minggu ke-12 bulan ketiga dan
minggu ke-13 dan ke14 bulan keempat. Pada kelas pertama, penghuni
Peradaban dan Isu-isu Semasa
272
akan dihidangkan dengan tajuk bentuk kejadian dan sifat malaikat.
Penekanan diberikan kepada bentuk kejadian malaikat serta sifat-
sifat yang ada pada setiap malaikat. Minggu ke-13 pula melibatkan
perbincangan berkaitan perbezaan antara malaikat, manusia dan jin dan
minggu ke-14 mengisahkan hikmah ber iman dengan malaikat. Penghuni
perlu mengetahui tajuk ini dengan jelas kerana dengan tahap keyakinan
dan kefahaman yang tinggi terhadap beriman kepada malaikat, maka
peratusan untuk melakukan perbuatan terkutuk amat rendah. Hal ini
demikian kerana setiap kali mereka cuba untuk melakukan sesuatu
perkara yang tercela itu, pasti mereka akan merasakan bahawa para
malaikat sentiasa mencatat amalannya itu.
Antara keenam-enam rukun iman, hanya beriman kepada
kitab-kitab Allah sahaja yang dipelajari untuk satu minggu iaitu pada
minggu yang ke-15 bulan keempat. Tenaga pengajar memberikan
penekanan yang jitu kepada al-Quran sebagai kitab yang terakhir. Tiga
kitab Allah yang lain disentuh oleh tenaga pengajar secara ringkas
sahaja. Hasil dari pengajaran tersebut, penghuni dapat menjelaskan
sejarah al-Quran sebagai kitab yang terakhir serta hikmah beriman
dengan kitab-kitab Allah. Pada minggu ke-16 bulan keempat dan
minggu ke-17 dan ke-18 bulan kelima, modul menetapkan tajuk
‘Beriman kepada Rasul’ untuk diajar kepada penghuni. Pada minggu
ke-16, penghuni akan mempelajari tajuk tanda-tanda kerasulan
dan tugas-tugas bagi Rasul. Minggu seterusnya, tenaga pengajar
akan menyampaikan ilmu berkisar kepada rasul-rasul yang bergelar
Ulul cAzmi dan minggu terakhirnya tajuk sifat-sifat yang wajib dan
mustahil bagi seseorang Rasul.
Tiga minggu berikutnya iaitu minggu ke-19, ke-20 dan ke-21,
penghuni akan berbincang berkaitan tajuk ‘Beriman kepada Hari
Akhirat’. Dalam ketiga-tiga minggu ini, banyak perkara yang berkaitan
dengan hari akhirat dibincangkan. Penghuni akan mengetahui tentang
perhimpunan di Bumi Mahsyar dan menghitung segala amalan manusia
ketika hidup serta konsep syafaat. Selain itu, penghuni juga akan
mempelajari tentang pembalasan pahala dan dosa serta syurga dan
neraka pada minggu berikutnya. Pada minggu ke-21, tenaga pengajar
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
273
akan menjelaskan tentang hikmah beriman dengan Hari Akhirat. Tajuk
yang terakhir dalam Modul Akidah ini ialah ‘Beriman kepada Qada’ dan
Qadar’. Tajuk ini akan dikupas oleh tenaga pengajar selama dua minggu,
iaitu pada minggu ke-22 dan ke-23 bulan keenam. Dalam tajuk ini,
para penghuni akan mempelajari tentang hubungan Qada’ dan Qadar
dengan kehidupan manusia dan hubungan doa dengan Qada’ dan Qadar.
Penghuni perlu memahami dan menjelaskan peranan usaha, doa dan
hubungannya dengan Qadar baik dan buruk.
Begitulah analisis pengkaji terhadap Modul Akidah dalam Modul
Kerohanian, Program Pendidikan dan Bimbingan ini. Jika diimbas
sepintas lalu, kebanyakan daripada tajuk perbincangan adalah berkisar
kepada Rukun Iman. Penghuni akan mempelajari dan mendengar
kupasan serta huraian terperinci daripada setiap rukun dalam Rukun
Iman dari tenaga pengajar. Bagi Rukun Iman yang mempunyai banyak
perbahasannya seperti beriman dengan malaikat, beriman kepada rasul
dan beriman kepada Hari Akhirat, maka perbahasan mengenainya akan
dilanjutkan sehingga tiga minggu.
Modul Feqah
Modul keempat yang terkandung dalam perbincangan Modul
Kerohanian ialah Modul Feqah. Melihat kepada pentingnya pengetahuan
kepada ilmu Feqah dalam kehidupan dan betapa luasnya skop bidang
ilmunya, maka perbincangan telah diklasikasikan kepada beberapa
pecahan. Dalam modul ini terdapat enam pecahan kepada Modul Feqah
iaitu bidang Ibadah, Munakahat, Jenayah, Muamalat, Sembelihan dan
Pemakanan serta Pengurusan Jenazah. Pecahan tersebut dapatlah
digambarkan seperti Rajah 17.1 berikut.
Peradaban dan Isu-isu Semasa
274
Rajah 17.1 Pecahan Modul Feqah
Sumber : Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia
Berdasarkan kepada Rajah 17.1 tersebut jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai bidang
yang perlu dipelajari oleh setiap penghuni yang sedang menjalani hukuman dipenjara. Walau
bagaimanapun, sesi pembelajaran tersebut telahpun dirangka dan ditetapkan masanya untuk
dilaksanakan. Bagi bidang Ibadah, penekanan terhadap tajuk solat diulang sebanyak lapan
minggu berdasarkan tajuk yang berbeza-beza. Ibadah ialah penyembahan yang dilakukan
dengan jalan tunduk dan merendahkan diri serendah-rendahnya, yang dilakukan dengan hati
yang ikhlas, dari seorang hamba terhadap Tuhannya menurut cara-cara yang ditentukan oleh
syarak. Pada minggu pertama bulan pertama, penghuni akan mempelajari tajuk solat dalam skop
(Masbūk). Penghuni akan didedahkan dengan pengertian Masbūk, perbezaan antara Masbūk
dan Muwāfiq, tanda Masbūk, kewajipan makmum yang Masbūk dan contoh solat Masbūk dalam
solat fardu dan solat Jumaat.
Seterusnya pada minggu kedua hingga keempat bulan pertama, tenaga pengajar akan
mengetengahkan tajuk Solat Musafir. Pada mulanya, pengajar akan membahaskan tajuk solat
Qasar iaitu berkaitan dengan pengertiannya, takrif solat Qasar serta syarat-syarat solat Qasar.
Minggu berikutnya pula, penghuni akan disajikan pula dengan tajuk Solat Jamac Takdim.
Dalam tajuk ini penghuni akan diterangkan tentang pengertian Solat Jamac Takdim serta syarat-
syarat Jamac Takdim. Bagi Solat Jamac Takhir pula mereka akan mempelajarinya pada minggu
keempat. Setelah menghabiskan tajuk solat Musafir, penghuni akan mempelajari pula Solat
Jumaat dan perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari Jumaat serta solat-solat sunat.
Proses pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan pada minggu kelima dan keenam bulan
kedua. Dalam tajuk solat Jumaat tersebut, penghuni akan diterangkan berkaitan dengan syarat-
syarat wajib Solat Jumaat, syarat sah Solat Jumaat dan keuzuran Solat Jumaat. Bagi minggu
berikutnya, pembelajaran meliputi perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari Jumaat serta
solat-solat sunat. Tenaga pengajar turut menggalakkan penghuni untuk melaksanakannya
seperti yang telah mereka pelajari.
Penghuni juga berpeluang untuk mempelajari tajuk solat ketika uzur. Penghuni akan
turut mempelajari asas kewajipan solat serta cara dan kaedah dalam menunaikan solat bagi
orang-orang yang uzur dan sakit. Walaupun seseorang itu sakit, mereka tidak terlepas dari
tuntutan melakukan solat. Namun, Allah tetap menilai solat itu sekalipun tidak dilakukan secara
berdiri. Perbincangan topik ini dapat penghuni ketahui pada minggu ketujuh bulan kedua. Tajuk
terakhir dalam bidang solat yang akan dipelajari oleh semua penghuni ialah solat berjamaah.
Dalam tajuk minggu kelapan ini, penghuni akan berpeluang menimba ilmu berkaitan pengertian
solat berjamaah, hukum solat berjamaah, syarat sah solat berjamaah, syarat sah menjadi imam
serta kedudukan antara imam dan makmum. Memahami dan mendalami tajuk ini perlu ada pada
setiap individu penghuni kerana kekuatan solat berjamaah itu jauh lebih baik dari solat yang
dilakukan secara bersendirian.
Rajah 17.1 Pecahan Modul Feqah
Sumber : Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia
Berdasarkan kepada Rajah 17.1 tersebut jelas menunjukkan
bahawa terdapat pelbagai bidang yang perlu dipelajari oleh setiap
penghuni yang sedang menjalani hukuman dipenjara. Walau
bagaimanapun, sesi pembelajaran tersebut telah pun dirangka dan
ditetapkan masanya untuk dilaksanakan. Bagi bidang Ibadah, penekanan
terhadap tajuk solat diulang sebanyak lapan minggu berdasarkan
tajuk yang berbeza-beza. Ibadah ialah penyembahan yang dilakukan
dengan jalan tunduk dan merendahkan diri serendah-rendahnya, yang
dilakukan dengan hati yang ikhlas, daripada seorang hamba terhadap
Tuhannya menurut cara-cara yang ditentukan oleh syarak. Pada minggu
pertama bulan pertama, penghuni akan mempelajari tajuk solat dalam
skop (Masbūk). Penghuni akan didedahkan dengan pengertian Masbūk,
perbezaan antara Masbūk dan Muwāfiq, tanda Masbūk, kewajipan
makmum yang Masbūk dan contoh solat Masbūk dalam solat fardu dan
solat Jumaat.
Seterusnya pada minggu kedua hingga keempat bulan pertama,
tenaga pengajar akan mengetengahkan tajuk Solat Musafir. Pada
mulanya, pengajar akan membahaskan tajuk solat Qasar, iaitu berkaitan
dengan pengertiannya, takrif solat Qasar serta syarat-syarat solat
Qasar. Minggu berikutnya pula, penghuni akan disajikan pula dengan
tajuk Solat Jamac Takdim. Dalam tajuk ini penghuni akan diterangkan
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
275
tentang pengertian Solat Jamac Takdim serta syarat-syarat Jamac
Takdim. Bagi Solat Jamac Takhir pula mereka akan mempelajarinya pada
minggu keempat. Setelah menghabiskan tajuk solat Musar, penghuni
akan mempelajari pula Solat Jumaat dan perkara-perkara yang sunat
dilakukan pada hari Jumaat serta solat-solat sunat. Proses pengajaran
dan pembelajaran ini akan dilakukan pada minggu kelima dan keenam
bulan kedua. Dalam tajuk Solat Jumaat tersebut, penghuni akan
diterangkan berkaitan dengan syarat-syarat wajib Solat Jumaat, syarat
sah Solat Jumaat dan keuzuran Solat Jumaat. Bagi minggu berikutnya,
pembelajaran meliputi perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari
Jumaat serta solat-solat sunat. Tenaga pengajar turut menggalakkan
penghuni untuk melaksanakannya seperti yang telah mereka pelajari.
Penghuni juga berpeluang untuk mempelajari tajuk solat ketika
uzur. Penghuni akan turut mempelajari asas kewajipan solat serta cara
dan kaedah dalam menunaikan solat bagi orang-orang yang uzur dan
sakit. Walaupun seseorang itu sakit, mereka tidak terlepas dari tuntutan
melakukan solat. Namun, Allah tetap menilai solat itu sekalipun tidak
dilakukan secara berdiri. Perbincangan topik ini dapat penghuni ketahui
pada minggu ketujuh bulan kedua. Tajuk terakhir dalam bidang solat
yang akan dipelajari oleh semua penghuni ialah solat berjamaah. Dalam
tajuk minggu kelapan ini, penghuni akan berpeluang menimba ilmu
berkaitan pengertian solat berjemaah, hukum solat berjemaah, syarat
sah solat berjemaah, syarat sah menjadi imam serta kedudukan antara
imam dan makmum. Memahami dan mendalami tajuk ini perlu ada
pada setiap individu penghuni kerana kekuatan solat berjemaah itu jauh
lebih baik daripada solat yang dilakukan secara bersendirian.
Setelah lapan minggu mempelajari tajuk solat, kini para penghuni
akan dihidangkan pula dengan tajuk puasa. Perbincangan berkaitan
tajuk puasa ini akan berlangsung selama dua minggu iaitu pada minggu
kesembilan dan kesepuluh bulan ketiga. Pada pertemuan pertama tajuk
ini, tenaga pengajar akan membincangkan tentang hukum puasa, syarat
wajib puasa, syarat-syarat sah puasa dan rukun puasa. Pada minggu
berikutnya, perbincangan diperluaskan lagi dengan membahaskan
perkara-perkara yang membatalkan puasa, hari-hari yang diharamkan
puasa, perkara-perkara yang sunat dilakukan ketika puasa serta hari-hari
Peradaban dan Isu-isu Semasa
276
yang disunatkan untuk berpuasa. Proses pengajaran dan pembelajaran
ilmu diteruskan lagi pada minggu ke-11 dan ke-12 minggu ketiga. Pada
kali ini, penghuni akan diajar tajuk zakat. Pada minggu ke-11, penghuni
akan mengetahui berkaitan hukum mengeluarkan zakat, pembahagian
zakat serta zakat Fitrah atau zakat Badan (Abdan). Selepas mempelajari
asas zakat tersebut, penghuni akan memperluaskan lagi dapatan ilmu
zakat seperti zakat harta (Amwal), Asnaf zakat dan golongan yang haram
mendapatkan harta zakat.
Pada minggu ke-13 dan ke-14 bulan keempat pula, perbincangan
akan ditumpukan kepada tajuk Haji dan Umrah. Perbincangan ilmu
kali ini tidaklah dilakukan secara mendalam seperti dalam tajuk-tajuk
yang lain. Hal ini demikian kerana kedua-dua tajuk tersebut termasuk
dalam rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan haji ke Mekah bagi
yang mampu. Atas dasar itulah, perbincangan ini hanya berkisarkan
kepada syarat-syarat wajib haji, rukun haji dan wajib haji, manakala
tajuk umrah pula berkisar kepada rukun umrah, wajib umrah, cara-cara
mengerjakan umrah, Dam, jenis-jenis Dam dan hikmah Dam. Setelah
selesai membincangkan tentang bidang ibadah, pengkaji meneruskan
perbincangan menerusi bidang Munakahat dalam modul Feqah ini.
Dalam bidang Munakahat ini, pengkaji dapati ia dilaksanakan dalam
empat minggu berturut-turut, iaitu bermula minggu ke-15 sehingga
minggu ke-18. Tajuk yang dikupas dalam keempat-empat minggu
tersebut ialah ‘Munakahat dan Kekeluargaan Islam’. Walaupun
tajuk tersebut sama dalam empat minggu tersebut, tetapi skop
perbincangannya adalah berbeza.
Pada perbincangan pertama, penghuni akan mempelajari
berkaitan hukum nikah, rukun nikah dan perempuan yang haram
dinikahi. Bagi minggu keduanya pula, penghuni ditekankan
tentang konsep Mahar atau Mas Kahwin, Tanggungjawab Suami,
Tanggungjawab Isteri dan Tanggungjawab Bersama. Minggu seterusnya
skop perbincangan ditumpukan kepada tanggungjawab anak terhadap
ibu bapa, hubungan dengan jiran dan masalah-masalah pasangan yang
baharu kahwin dan mendirikan rumah tangga. Minggu terakhir dalam
bidang Munakahat ialah berkaitan mengenali kelemahan dan kekuatan
diri, poligami dan keharusannya, talak, hukum talak dan bentuk-bentuk
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
277
ungkapan talak. Bidang Pengurusan Jenazah pula akan dijelaskan oleh
tenaga pengajar kepada penghuni selama tiga minggu bermula minggu
ke-19 hingga ke-21. Pada minggu pertama perincian tajuk ditumpukan
kepada persediaan sebelum mati, adab menziarahi dan hak-hak jenazah,
manakala minggu keduanya pula penghuni akan mempelajari tajuk
mandi jenazah, iaitu cara memandikan jenazah dan siapa yang berhak
memandikan jenazah serta cara-cara untuk mengafankan jenazah. Pada
minggu ke-21, penghuni akan diajarkan tajuk berkaitan solat jenazah,
syarat-syarat dan rukun solat jenazah, perkara-perkara yang berkaitan
dengan solat jenazah dan cara untuk mengebumikan jenazah.
Penekanan terhadap bidang Muamalat tidaklah diberikan
tumpuan seperti bidang-bidang yang lain sebelum ini. Bidang Muamalat
ini akan diajarkan kepada penghuni pada minggu yang ke-22 minggu
keenam. Perincian bidang ini ditumpukan di bawah tajuk jual beli.
Skop perbincangannya termasuklah denisi jual beli, rukun-rukun
dan syarat-syarat jual beli dan jenis-jenis jual beli sama ada jual beli,
secara batil dan jual beli Fasid. Satu lagi bidang yang kurang diberi
penumpuan dalam modul Feqah ini ialah bidang jenayah. Bidang ini
akan dipelajari oleh penghuni pada minggu ke-23 berkisarkan kepada
Undang-undang Jenayah. Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
penghuni akan diajar berkaitan hukuman Qisas, Hudud dan Takzir.
Penghuni juga akan dibimbing untuk bertaubat dari kesalahan yang
telah mereka lakukan sebelum ini, dan berazam dengan penuh tekad
untuk tidak melakukannya lagi pada masa akan datang
Bidang terakhir yang dikupas dalam modul Feqah ini ialah bidang
Sembelihan dan Pemakanan. Bidang ini juga diberikan keutamaan kerana
sesi pembelajaran akan berlangsung sebanyak dua minggu bermula pada
minggu ke-23 dan minggu ke-24. Walaupun penekanannya kepada dua
minggu, tetapi tajuk perincian terbahagi kepada tiga. Dua tajuk akan
dipelajari pada minggu ke-24 dan satu tajuk pada minggu ke-23. Pada
minggu ke-23 tersebut, penghuni akan mempelajari tajuk korban.
Perbincangan berkaitan korban ini hanya tertumpu kepada konsep korban,
hikmah korban dan kelebihan ibadah korban. Bagi minggu terakhir
dalam Modul Feqah ini, dua bidang tajuk akan dipelajari oleh semua
penghuni iaitu sembelihan dan pemakanan. Dalam tajuk sembelihan,
Peradaban dan Isu-isu Semasa
278
skop perbincangannya adalah seperti haiwan yang boleh disembelih,
hukum dan dalil sembelihan, rukun dan syarat sah sembelihan, perkara-
perkara yang makruh semasa penyembelihan dan hikmah penyembelihan.
Perincian tajuk pemakanan pula adalah perbincangan berkaitan dengan
konsep halal dan cara-cara pengendalian makanan halal.
Demikianlah sorotan dan analisis pengkaji dalam modul Feqah
ini. Berdasarkan kepada pecahan bidang yang diperuntukkan dalam
Modul Feqah tersebut, pengkaji amati terdapat banyak ilmu berkaitan
Feqah yang telah dipelajari oleh penghuni. Modul yang dicadangkan
tersebut tidak tertumpu kepada sebahagian bidang sahaja tetapi
mencakupi keseluruhan bidang dalam Feqah. Penguasaan sepenuhnya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya terhadap tajuk-
tajuk utama dalam bidang Feqah ini akan dapat menghasilkan dan
membuahkan penghuni yang celik dalam bidang Feqah. Seterusnya
dengan ilmu tersebut juga dapat mendidik penghuni menjadi seorang
manusia yang berguna dan berjasa pada masa akan datang.
Modul Sirah dan Akhlak
Modul terakhir yang digarapkan oleh Jabatan Penjara Malaysia dalam
Modul Kerohanian ini ialah Modul Sirah dan Akhlak. Sirah dari segi
bahasa bermaksud perjalanan, keadaan dan situasi seseorang. Ia berasal
daripada perkataan ‘sāra’, ‘yasīru’ yang bermakna berjalan. Dari sudut
istilah pula, sirah membawa erti perjalanan hidup, iaitu keadaan hidup
Rasulullah SAW daripada zaman kelahirannya sehinggalah kepada
kewafatan Baginda SAW dan juga perkembangan Islam itu sendiri.
Sirah Rasulullah SAW adalah sesuatu yang amat penting bagi setiap
orang Islam. Ia menggambarkan keseluruhan kehidupan manusia yang
paling disayangi oleh Allah SWT dan merupakan kekasihnya. Semua
insan yang ingin mencapai kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat
mesti mencontohi kekasih Allah SWT ini. Sirah dapat membuka minda
masyarakat tentang Islam secara hakiki dan membentuk jiwa yang kasih
dan cintakan Rasulullah SAW.
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
279
Akhlak pula merupakan anugerah Allah untuk menjaga
kesejahteraan dan kesempurnaan nikmat Allah terhadap manusia.
Melanggar adab dan panduan yang digariskan oleh Islam akan
mengundang masalah, kesempitan dan kepincangan hidup. Setiap
adab dan peraturan yang digariskan oleh syarak adalah untuk faedah
dan kebaikan manusia itu sendiri. Allah sebagai pencipta manusia
amat arif tentang kelemahan dan keperluan manusia untuk mencapai
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Menurut Asmawati Suhid (2009),
istilah akhlak berasal daripada bahasa Arab yang diambil daripada
perkataan Khulūq yang boleh didenisikan sebagai perangai atau tingkah
laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Berdasarkan kepada
pengertian tersebut, akhlak merupakan perangai, tabiat, maruah dan
agama yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang.
Rasulullah SAW berperanan sebagai contoh, ikutan, idola dan teladan
yang baik bagi umat manusia. Manusia sebagai khalifah Allah di muka
bumi ini diberikan akal kiran dan hawa nafsu. Namun, hawa nafsu
manusia lebih cenderung kepada kejahatan dan perlu dibendung. Dalam
modul ini, penekanan bidang pengajian tidaklah seperti mana bidang-
bidang yang lain. Hal ini demikian kerana dalam modul ini, penghuni
akan mempelajari bidang tajuk secara berselang-seli bermula dari bidang
sirah, akhlak dan begitulah seterusnya.
Pada setiap minggu ganjil iaitu minggu pertama, ketiga, kelima,
ketujuh dan seterusnya sehinggalah sampai minggu ke-23, penghuni
akan menimba ilmu di bawah tajuk Sirah, manakala pada minggu
genap pula, mereka akan mengikuti kelas dalam bidang Akhlak.
Bermakna, penghuni akan mempelajari 12 tajuk dalam setiap bidang
Sirah dan Akhlak dalam tempoh enam bulan pengajian. Penekanan
dan pembahagian tajuk dalam kedua-dua bidang ini merupakan suatu
keutamaan ilmu yang perlu dikuasai oleh setiap insan, termasuklah
kepada penghuni. Daripada 12 minggu yang diperuntukkan dalam
bidang Sirah ini, 10 minggu daripadanya berkaitan sejarah Rasulullah
SAW dan dua minggu berikutnya berkenaan sejarah Abu Bakar al-
Siddiq dan Umar al-Khattab. Dalam bidang Sirah Rasulullah SAW,
skop perbincangan berkisarkan kepada sejarah hidup Rasulullah,
aktiviti dakwah Rasulullah semasa hidupnya, peperangan yang disertai
Peradaban dan Isu-isu Semasa
280
Rasulullah serta kewafatan Baginda. Bagi tajuk dalam bidang akhlak
pula, perbincangan tertumpu kepada ilmu yang menguji tahap keimanan
seseorang. Kemantapan ilmu di hati akan menzahirkan sifat-sifat yang
terpuji dalam kehidupan. Lantas, tajuk-tajuk sedemikian telah dipilih
bagi menambahkan dan memperkukuhkan penguasaan dan pengamalan
ilmu dalam diri setiap penghuni.
Hasil pemerhatian dan analisis penulis terhadap modul Sirah
dan Akhlak tersebut, penulis dapati kebanyakan tajuk yang perlu
dipelajari oleh penghuni adalah bersesuaian dan bertepatan dengan
pengajiannya. Namun, terdapat beberapa tajuk yang pengkaji rasakan
tidak begitu sesuai, bahkan waktu itu perlu digantikan dengan tajuk
yang lebih efektif bagi diri penghuni. Tajuk-tajuk tersebut seperti
‘Tindakan Baginda SAW selepas Berhijrah ke Madinah, Pembukaan Kota
Makkah, Pemerintahan al-Khulafā’ al-Rāshidūn (Abu Bakar al-Siddiq)
dan Pemerintahan al-Khulafā’ al-Rāshidūn (Umar al-Khattab).
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN MODUL KEROHANIAN
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan di dunia ini, setiap perancangan
yang dilakukan oleh seseorang ataupun sesebuah organisasi pasti tidak
sempurna sepenuhnya. Namun begitu, manusia digesa oleh Allah Yang
Maha Esa untuk melakukan perancangan atas setiap perkara yang
hendak dilakukan, sama ada perkara yang kecil, mahupun yang besar.
Merancang untuk melakukan sesuatu itu merupakan satu wadah yang
dapat mengundang keberkatan dan keredaan Allah SWT, sekalipun
perancangan itu tidak tercapai sepenuhnya (Surah Āli-cImrān, 3:54).
Berdasarkan kepada dalil tersebutlah, pihak Jabatan Penjara Malaysia
telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan satu modul yang boleh
diguna pakai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun,
penerbitan modul ini masih lagi di peringkat awal dan masih boleh
diubah suai bagi menghasilkan satu modul yang berkesan. Perbincangan
berkaitan dengan kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam modul
tersebut telah dikupas oleh penulis seperti perbincangan berikut.
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
281
Kelebihan Modul Kerohanian
Berdasarkan kepada dapatan kajian, penggunaan Modul Kerohanian
ini adalah jelas lebih baik dan berkesan berbanding proses pengajaran
dan pembelajaran sebelum ini iaitu sebelum Modul Kerohanian ini
diwujudkan. Terdapat beberapa kelebihan dan keistimewaan yang
penulis temui dalam Modul Kerohanian tersebut iaitu:
i) Penyelarasan dan Perancangan Pengajaran yang Strategik
Penyediaan Modul Kerohanian yang lengkap dengan rancangan
pengajaran yang dicadangkan cukup membuktikan bahawa pihak
Jabatan Penjara Malaysia melakukan penyelarasan dan perancangan
pengajaran yang strategik. Penyediaan rancangan pengajaran yang
lengkap dengan kaedah, cara dan aktiviti-aktiviti dalam proses
pengajaran jelas menggambarkan keprihatinan pihak penjara
mengutamakan pendidikan kepada penghuni. Ia juga merupakan salah
satu keberkesanan dalam melaksanakan tuntutan dakwah Islamiah.
ii) Pecahan Bidang yang Sesuai
Berdasarkan kepada analisis yang telah pengkaji jalankan, jelas
menunjukkan sekali lagi kebijaksanaan pihak penjara mengatur dan
menitikberatkan proses pendidikan rohani dan jasmani terhadap
penghuni penjara. Kepelbagaian tajuk perbincangan dalam bidang
keagamaan menunjukkan penghuni perlu menguasai ilmu-ilmu
tersebut tanpa tertumpu kepada satu bidang sahaja. Perkara ini dapat
diperhatikan dalam bidang Feqah misalnya, penghuni berpeluang
mendalami ilmu berkaitan Ibadah, Muamalat, Munakahat, Jenayah,
Pengurusan Jenazah serta Sembelihan dan Pemakanan. Walaupun
perbincangannya tidaklah mendalam dan terperinci tetapi setidak-
tidaknya penghuni pernah mempelajari ilmu-ilmu tersebut ketika
berada di dalam penjara.
Peradaban dan Isu-isu Semasa
282
iii) Penghuni akan Mempelajari Semua Bidang dalam Satu Minggu
Selain itu, pengkaji juga mendapati bahawa setiap penghuni akan
mempelajari semua bidang dalam satu minggu kecuali bidang Sirah dan
Akhlak yang dilaksanakan secara bergilir-gilir. Hal ini menunjukkan
penghuni akan belajar tentang modul al-Quran, Hadis, Akidah, Feqah,
Sirah atau Akhlak dalam masa seminggu. Kepelbagaian tajuk yang
dibincangkan pada setiap minggu cukup bagi masyarakat mengetahui
bahawa penghuni turut berpeluang mendalami ilmu-ilmu agama
dan bukan sekadar menjalani hukuman. Hal ini sekali gus memberi
tanggapan awal bahawa setiap penghuni akan mempelajari selok-belok
ilmu agama sebagai asas keutuhan iman.
Kelemahan Modul Kerohanian
Di samping melihat kepada kelebihan dan keistimewaan dalam
Modul Kerohanian, penulis juga mengesan beberapa kelemahan
yang berselindung di sebalik modul tersebut. Kelemahan-kelemahan
tersebut bukanlah satu kesilapan yang besar. Ia cuma dilihat dari sudut
pendekatan dakwah dan keutamaan ilmu yang perlu diketahui oleh
setiap penghuni sahaja. Antara kelemahan-kelemahan yang diperoleh
dari Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia tersebut ialah;
i) Aras Tajuk Terlalu Tinggi
Setelah pengkaji meneliti dan melihat secara mendalam terhadap Modul
Kerohanian tersebut, terdapat beberapa tajuk yang begitu sukar untuk
dipelajari oleh penghuni. Tajuk-tajuk tersebut merupakan tajuk yang
berada pada aras pemikiran yang tinggi. Antara tajuk tersebut adalah
seperti Hadis Nabawi, Hadis Qudsi, Hadis Sahih, Hadis Dhaif, Hadis
Mauduc dan istilah-istilah dalam Hadis. Oleh itu, tajuk-tajuk sedemikian
boleh digantikan dengan tajuk yang lebih relevan dengan tahap
pendidikan penghuni kerana kebanyakan daripada penghuni rata-rata
mempunyai tahap pendidikan agama yang rendah. Bagi mendapatkan
tajuk yang sukar dipelajari oleh banduan pula , pengkaji turut mengajukan
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
283
soalan kepada mereka. Hasilnya, terdapat beberapa tajuk yang sukar
dikuasai oleh mereka kerana terlalu tinggi dan mendalam.
ii) Tidak Dapat Dilaksanakan Sepenuhnya
Sepanjang kajian yang penulis laksanakan, terdapat satu lagi kelemahan
dalam modul tersebut, iaitu proses pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang dengan rapi tetapi tidak dapat dilaksanakan dengan
sepenuhnya. Sebagai contoh, ketika pengubahsuaian surau dijalankan
di Penjara Sandakan, proses pengajaran dan pembelajaran ini terhenti
untuk beberapa ketika. Penulis berpandangan, sekiranya proses ini
terhenti seketika, maka amat sukar bagi penghuni untuk mempelajari
kesemua tajuk yang ada dalam modul tersebut. Tambahan lagi,
perancangan tersebut telah ditetapkan selama 24 minggu iaitu selama
enam bulan. Sekiranya masalah ini berterusan, penulis merumuskan
bahawa aktiviti dakwah Islamiah tidak dapat dilaksanakan seperti mana
yang dirancang.
iii) Kekangan Masa Tidak Mencukupi
Selain itu, kekangan masa selama satu jam yang diperuntukkan kepada
penghuni dalam setiap kelas pengajian tidak mencukupi. Hal ini
terkesan apabila pengkaji membuat analisis terhadap Modul Kerohanian
tersebut. Sebagai contoh, bagi tajuk ‘Mengenal Hukum Mad Wājib
Muttaṣil, Mad Jāiz Munfaṣil, Mad Ṣillah Ṭawīlah, Mad Līn, Mad cĀriḍ Li
al-Sukūn dan Mad Farqi yang dilaksanakan pada minggu ke-19 modul al-
Quran. Bebanan tajuk yang terlalu banyak menyukarkan bagi penghuni
untuk memahami sepenuhnya tajuk berkenaan dalam tempoh satu jam.
Tajuk-tajuk lain yang pengkaji dapati tidak sesuai dilaksanakan dalam
tempoh satu jam kerana mempunyai penjelasan dan huraian yang
terperinci adalah seperti Mengenal Hukum Nūn Sakīnah, Tanwīn, Mim
dan Nūn Mushaddah, Mengenal Hukum Ikhfā’ Shafawī, Iẓhār Shafawī
dan Idghām Mithlain, Mengenal Hukum Mad Lāzim Kalimī Muthaqqal,
Ḥarfī Muthaqqal, Kalimī Mukhaah dan Ḥarfī Mukhaaf, Perbezaan di
antara Hadis Sahih, Hadis Dhaif dan Hadis Mauduc, Imam Hadis yang
Peradaban dan Isu-isu Semasa
284
Masyhur. Golongan yang Dikasihi Allah SWT, Perkara-perkara Sunat
pada Hari Jumaat dan Solat-solat Sunat serta Peperangan-peperangan
Penting Sepanjang Hayat Rasulullah SAW.
iv) Masalah bagi Banduan yang Singkat Hukumannya
Dengan melihat kepada tempoh seseorang penghuni berada dalam
program Pendidikan dan Bimbingan ini selama enam bulan, maka
penulis terkir bagaimana pula sekiranya seseorang banduan yang
dipenjarakan dengan tempoh hukuman yang singkat?. Hal ini demikian
kerana seseorang banduan yang telah dijatuhkan hukuman terhadapnya
akan menjalani Fasa Orientasi terlebih dahulu selama dua bulan,
seterusnya mereka memasuki fasa kedua iaitu Fasa Pengukuhan Sahsiah
ini selama enam bulan. Sekiranya seseorang banduan yang dijatuhkan
hukuman penjara selama enam bulan, maka dia akan mengikuti Fasa
Orientasi selama dua bulan dan bakinya iaitu empat bulan lagi dalam
Fasa Pengukuhan Sahsiah. Bermakna, banduan tersebut hanya akan
mempelajari kelas agama selama empat bulan dan tidak sempat
menghabiskan keseluruhan modul tersebut. Bagaimana pula sekiranya
tajuk yang menjadi asas dalam pegangan agama dibincangkan pada dua
bulan terakhir Fasa Pengukuhan Sahsiah?. Sudah tentu penghuni tidak
dapat mempelajarinya walhal ia merupakan tajuk yang penting dalam
pengukuhan iman seseorang seperti tajuk adab pergaulan, aurat lelaki
dan perempuan dan sebagainya.
KESIMPULAN
Dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dakwah khasnya, seseorang itu
perlu menguasai strategi perancangan yang baik bagi memastikan
keberkesanan dalam berdakwah. Begitu juga dalam proses pengajaran
dan pembelajaran sama ada di sekolah, masjid, penjara dan sebagainya.
Hal ini demikian kerana menguasai gaya pembelajaran akan memudahkan
lagi proses penyebaran dan penguasaan ilmu kepada penuntut. Untuk
itu, tenaga pengajar haruslah mengetahui dan memiliki sepenuhnya
gaya pembelajaran sebelum melaksanakan proses pengajaran dan
Analisis Modul Kerohanian Jabatan Penjara Malaysia dan Impaknya terhadap Banduan
285
pembelajaran kepada penghuni. Persediaan yang rapi serta perancangan
yang strategik akan membuahkan hasil yang lumayan kepada penghuni
penjara. Justeru, mengaplikasikan sepenuhnya ilmu dakwah terhadap
penghuni di institusi penjara adalah salah satu daripada kreativiti dan
keupayaan seseorang pendakwah. Penggabungjalinan yang baik antara
ilmu dan pengalaman akan menzahirkan penghuni yang bermutu tinggi,
berilmu pengetahuan serta bersahsiah terpuji.
RUJUKAN
al-Quran al-Karim.
Akmal Hj Mohd Zain. (1999). Asas pengetahuan agama Islam: Tauhid, feqah dan
akhlak. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan akhlak dan adab Islam : Konsep dan amalan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Ghazali Darusalam. (2001). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Haslinda Hj. Masian. (2016). Modul kerohanian pemulihan akhlak remaja di
Baitul Ehsan Daerah Sabak Bernam, Selangor.
Khairul Hamimah Mohamad Jodi, Mohd Fauzi Hamat & Hadenan Towpek.
(2012). Nilai-nilai Islam dalam program pemulihan banduanita di
penjara. Jurnal Usuluddin, 35, 99–116.
Mansor Abu Talib, Mohd Roslan Rosnon, Farhana Sabri & Maziatul Akmal
Khairuzaman. (2018). Penilaian modul pemulihan penagih dadah
melalui pendekatan modul Isra’: Satu pendekatan analisis naratif.
Mohammad Zaini Yahya. (2000). Pengantar pengetahuan Islam. Selangor: Bangi
Utama Book Marketing.
Muhammad Rashid Rajuddin & Dayana Farzeeha Ali. (2009). Persepsi pelatih-
pelatih lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka terhadap
program latihan kemahiran vokasional yang dijalankan.
Mustapha bin Awang. (2004). Usaha-usaha pemurnian akidah Islam: Analisis
khusus terhadap usaha-usaha Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) dan Pusat Pemurnian Akidah Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) di Hulu Yam Baru, Selangor.
Ranita Manap, Norziah Othman, Siti Nurashidah Roslan, Khairunnisa Ismail
& Aimi Fadzirul Kamarubahrin. (2018). Program kerohanian mahasiswa
Institut Pengajian Tinggi Islam (IPTI) di Malaysia. 5th International
Research Management and Innovation Conference (5th IRMIC 2018).