Content uploaded by Irma Wani Othman
Author content
All content in this area was uploaded by Irma Wani Othman on Sep 22, 2021
Content may be subject to copyright.
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 85
INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW,
GOVERNMENT AND COMMUNICATION
(IJLGC)
www.ijlgc.com
SIGNIFIKASI PRINSIP HIDUP MERUJUK KETERKAITAN
AGAMA, BUDAYA, AMALAN KEPERCAYAAN DAN
WAWASAN DUNIA SECARA KESELURUHAN (WORLDVIEW):
MOTIF EKSPATRIASI AHLI AKADEMIK ISLAM DALAM
MEMBINA KERJAYA DI MALAYSIA
SIGNIFICANCE OF LIFE PRINCIPLES WITH REFERENCE TO RELIGIONS,
CULTURE, THE PRACTICE OF FAITH AND VISION OF THE WORLD AS A
WHOLE (WORLDVIEW): THE MOTIVE OF MUSLIM ACADEMICS IN
BUILDING UP A CAREER IN MALAYSIA
Irma Wani Othman1*, Romzi Ationg2*, Mohd Sohaimi Esa3*, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin4*
& Abang Mohd Razif Abang Muis5*
1
Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
Email: irma@ums.edu.my
2
Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
Email: mrationg@ums.edu.my
3
Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
Email: msohaimi@ums.edu.my
4
Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
Email: mnhidayath_h@ums.edu.my
5
Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning, Universiti Malaysia Sabah
Email: amrazif@ums.edu.my
*
Corresponding Author
Article Info:
Article history:
Received date: 15.01.2021
Revised date: 15.02.2021
Accepted date: 15.03.2021
Published date: 30.04.2021
Abstrak:
Dunia Islam dan signifikasi kerjaya terhadap ahli akademik ekspatriat Muslim
mempunyai kesalinghubungan dengan kepercayaan hidup individu untuk
menyumbang kepada masyarakat dan agama itu sendiri. Sebagai sebuah negara
yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia mempunyai keunikan
tersendiri apabila meletakkan penekanan dengan menawarkan program-
program pengajian berteraskan konsep keislaman yang berpandukan Al-Quran
dan Sunnah. Elemen menghidupkan konsep pembelajaran secara Islam berjaya
menarik komuniti ahli akademik ekspatriat Muslim untuk datang bekerja ke
Malaysia. Justeru itu kajian ini direka untuk mengenalpasti motif yang
dipertimbangkan oleh kelompok ekspatriat Islam apabila memilih destinasi
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 86
To cite this document:
Othman, I. W., Ationg, R., Esa, M. S.,
Hajimin, M. N. H. H., & Muis, A. M.
R. A. (2021). Signifikasi Prinsip
Hidup Merujuk Keterkaitan Agama,
Budaya, Amalan Kepercayaan dan
Wawasan Dunia Secara Keseluruhan
(Worldview): Motif Ekspatriasi Ahli
Akademik Islam dalam Membina
Kerjaya di Malaysia. International
Journal of Law, Government and
Communication, 6 (23), 85-103.
DOI: 10.35631/IJLGC.623006.
This work is licensed under CC BY 4.0
kerjaya di universiti awam Malaysia. Pendekatan kualitatif yang
mengutilasikan temu bual mendalam dilakukan ke atas 30 orang ekspatriat
Islam yang bertugas di empat universiti awam terpilih negara ini. Dengan
mengaplikasikan analisis tematik, hasil dapatan kajian mendapati tiga motif
utama yang menjadi pemangkin kedatangan ahli akademik ekspatriat Muslim
ke universiti awam Malaysia adalah 1) Prinsip hidup bertunjangkan Islam
sebagai agama kepercayaan; 2) Kecenderungan keluarga berada dalam
kehidupan majoriti masyarakat Islam dan 3) Kerjaya dalam konteks
keistimewaan penawaran konsep program pengajian Islam di universiti awam
Malaysia. Penemuan dapatan kajian ini bermanfaat bagi merangka dasar
pengantarabangsaan yang berlatarbelakang agama sebagai prinsip
pembangunan kerjaya. Hala tuju kajian ini boleh disebarluaskan kepada
penumpuan ke atas governan dan polisi universiti bertunjangkan pendidikan
tinggi Islam. Kesalinghubungan majoriti masyarakat Malaysia yang beragama
Islam mewajarkan universiti awam negara merancang secara strategik dan
bersifat kompetitif dalam memastikan pengajian Islam sebagai salah satu
komponen yang termaktub dalam agenda pendidikan tinggi negara.
Kata Kunci:
Pegangan Hidup; Agama Islam; Budaya dan Amalan Kepercayaan; Wawasan
Dunia Secara Keseluruhan; Kerjaya Ahli Akademik
Abstract:
The Islamic world and the significance of careers to Muslim expatriate
academics have a correlation with the individual’s living beliefs to contribute
to society and the religion itself. As a country that recognises Islam as the
official religion, Malaysia has its own uniqueness when it places emphasis by
offering study programmes based on the concept of Islam according to Quran
and Sunnah. The element of reviving the concept of Islamic learning succeeded
in attracting a community of Muslim expatriate academics to come and work
in Malaysia. Therefore, this study is designed to identify the motives
considered by Muslim expatriate groups when choosing a career destination in
Malaysian Public Universities. A qualitative approach that utilises in-depth
interviews was conducted on 30 Muslim expatriates working in four selected
public universities in the country. By applying thematic analysis, the results of
the study found that the three main motives that catalyses the arrival of Muslim
expatriate academics to Malaysian Public Universities are 1) The principle of
life based on Islam as a religion of faith; 2) The tendency of the family is in the
life of the majority of the Muslim community and 3) Career in the context of
the privilege of offering the concept of Islamic studies programmes in
Malaysian Public Universities. The findings of this study are useful for
formulating an internationalisation policy with a religious background as a
principle of career development. The direction of this study can be extended to
focus on university governance and policy based on Islamic higher education.
The interconnectedness of the majority Malaysians who are Muslim justifies
the country’s public universities to plan strategically and be competitive in
ensuring Islamic studies as one of the components enshrined in the national
higher education agenda.
Keywords:
Principle of Life, Religion of Islam, Culture and Practice of Beliefs,
Worldview, Academic Career
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 87
Pengenalan
Dasar pengantarabangsaan pengajian tinggi di seluruh dunia telah memberi ruang yang luas
bagi golongan akademik ekspatriat melebarkan sayap mereka ke serata pelusuk dunia
disebabkan oleh keperluan terhadap kepakaran bidang akademik mereka (Irma Wani, O., Mohd
Kamal, M. S., Muhammad Safuan, Y., Norazah, M. S., Hasbullah, A. & Herlina, J. (2017).
Dalam konteks pengurusan ekspatriat berdikari, pentakrifan ekspatriat merujuk kepada
individu yang berpakaran dalam bidang ilmu tertentu berhijrah ke negara lain, dengan status
bukan warga negara tersebut bagi tujuan membina kerjaya sebagai ahli akademik (Muhammad
Safuan, Y., Irma Wani, O., Norazah, M.S. & Rudie Adie, R. (2015). Fenomena globalisasi
meletakkan kebergantungan sistem pendidikan tinggi ke atas akademik ekspatriat berdikari,
lantas pemahaman berhubung motif kedatangan golongan tersebut dianggap kritikal.
Kesinambungan dari itu, penglibatan pihak pengurusan universiti secara aktif dalam pasaran
kerja global turut memperlihatkan peningkatan pengambilan akademik ekspatriat (Hasbullah,
A., Irma Wani, O., Norazah, M. S., Muhammad Safuan, Y., & Herlina, J., 2018). Dalam
konteks pengantarabangsaan ini, pihak universiti bakal memperolehi kebaikan dan manfaat
daripada tenaga pengajar luar negara yang berkhidmat. Ilmu, kemahiran, kepakaran, teknologi
dan cara pendekatan yang berbeza yang dibawa oleh ahli akademik daripada pelbagai negara
ini pastinya dapat membangunkan modal insan yang berkualiti tinggi untuk pembangunan
negara pada masa akan datang (Irma Wani, Muhammad Safuan, Hasbullah & Herlina, 2016;
Irma Wani, Muhammad Safuan, Hasbullah & Herlina, 2016).
Berdasarkan Jadual 1 menunjukkan peningkatan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi dalam
melaksanakan pelbagai usaha bagi menjayakan dasar pengantarabangsaan Institusi Pengajian
Tinggi negara. Rantaian usaha proaktif digarapkan dengan memfokuskan pencapaian status
Malaysia sebagai hab kegemilangan pendidikan di rantau Asia. Statistik Kementerian
Pengajian Tinggi dalam masa sedekad lalu mencatatkan peningkatan kehadiran jumlah
akademik ekspatriat di universiti awam Malaysia pada tahun 2010 iaitu seramai 1681 orang
akademik ekspatriat, dan seterusnya meningkat kepada 2712 orang akademik ekspatriat pada
tahun 2013. Manakala corak penurunan berlaku terhadap bilangan keseluruhan ekspatriat yang
bekerja di universiti awam Malaysia sepanjang tahun 2014 sehingga 2019 (MOHE, 2019).
Namun yang menariknya, bilangan ekspatriat yang beragama Islam memperlihatkan
peningkatan di beberapa universiti di negara ini. Perbincangan artikel ini merungkai motif di
sebalik kedatangan ahli akademik ekspatriat Muslim berkhidmat di Malaysia.
Jadual 1: Jumlah Kakitangan Akademik Ekspatriat di 20 buah universiti awam
Malaysia dari 10 Tahun Kebelakangan
Tahun
Jumlah
2010
2011
2012
2013
2014
2015
2016
2017
2018
2019
1681
1765
2151
2712
2430
2199
1719
1540
1452
1472
Sumber: http://www.mohe.gov.my/web_statistik/ (Dari Tahun 2010 sehingga 2019)
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 88
Sorotan Literatur
Pengurusan ekspatriat mengklasifikasi golongan tersebut kepada ekspatriat eksekutif yang
merujuk pekerja organisasi yang dihantar bagi tugasan khas ke luar negara dan ekspatriat
berdikari yang merujuk individu melakukan ekspatriasi di atas inisiatif mereka sendiri (Frose
dan Peltokorpi, 2013). Bagi kategori yang kedua, kehadiran golongan ekspatriat berdikari ke
sesebuah destinasi adalah bergantung kepada motif berbeza di mana ianya sentiasa berubah
berdasarkan keperluan semasa individu berkenaan. Motif ekspatriasi mempunyai
kesalinghubungan dengan pembangunan kerjaya ekspatriat (Muhammad Safuan, Irma Wani,
Norazah & Rudie, 2015; Abdien, 2019; Irma Wani, Muhammad Safuan, Mohd Sohaimi, Mohd
Azri & Budi, 2020). Namun begitu, pelbagai motif yang mendukung tindakan ke arah tata
tingkat kerjaya ekspatriat pastinya mampu memberi manfaat ke atas keseluruhan aspek
kehidupan mereka (Cao, Hirsci & Deller, 2012; Jiang & V Carpenter, 2013).
Menurut Stoermer, Lauring dan Selmer (2020) tiga aspek yang menjadi hala tuju ekspatriasi
golongan ekspatriat adalah berkaitan dengan 1) kemahiran dan kecekapan profesionalisme, 2)
peluang pengembangan kerjaya, dan 3) keharmonian kehidupan peribadi ekspatriat. Sementara
itu, Majid dan Kamarul (2018) berpandangan bahawa faktor-faktor seperti penyesuaian diri
dalam bidang kerjaya yang diceburi, kepuasan terhadap kerjaya yang dimiliki dan beban kerja
yang dipikul mampu memberi perbezaan ke atas pemilihan organisasi. Masih membicarakan
isu yang sama Muhammad Safuan, Irma Wani, Rudie and Norazah (2016) mendakwa
ekspatriat yang bijak mampu mencipta peluang untuk berekspatriasi dengan merancang
pembangunan kerjaya berdasarkan kesesuaian pengkhususan bidang kepakaran diri masing-
masing. Manakala kajian yang dilaksanakan oleh (Irma Wani, Norazah, Muhammad Safuan &
Nor Arifah, 2014; Irma Wani, 2014; Rudie, Irma Wani, Muhammad Safuan & Norazah, 2016;
Irma Wani, 2019b; Utami, Tobing, Paramu & Slamin, 2019) membuktikan kemahiran diri
seperti penguasaan pelbagai bahasa terutamanya bahasa negara tuan rumah membuka ruang
dan peluang untuk mengharungi pengalaman ekspatriasi yang lebih baik.
Seterusnya motif kekeluargaan menjadi antara keutamaan alasan yang dikemukakan oleh
ekspatriat dalam kajian Mayrhofer, Pernkopf dan Reiss, (2020) di mana pertimbangan
keputusan untuk berekspatriasi ke luar negara perlu mengambilkira implikasi ke atas
kesejahteraan ahli keluarga mereka. Dari perspektif tersebut, pihak signifikan yang terdiri dari
pasangan, anak-anak, ibu bapa, keluarga terdekat serta kenalan rapat menjadi indikator vital
dalam memengaruhi keputusan pemilihan negara destinasi. Berdasarkan penemuan kajian
Muhammad Safuan, Y., Nur Hidayah Iwani, M.K., Irma Wani, O. & Abu Bakar. A.H. (2018),
kecenderungan ekspatriat untuk berjaya melaksanakan tugasan antarabangsa mempunyai
perkaitan rapat dengan sistem sokongan pasangan dan ahli keluarga yang mengiringi eskaptriat
ke negara tuan rumah. Manakala Greenhaus & Powell (2012) pula mendapati kehadiran
pasangan suami atau isteri yang menemani ekspatriat untuk bertugas ke negara tuan rumah
merupakan elemen positif kejayaan kerjaya. Penurunan bilangan tugasan pra-matang turut
dikaitkan dengan hubungan kerja-keluarga di mana proses asimilasi pembudayaan ekspatriat
dibantu dengan sokongan padu dari keluarga yang menemani ekspatriat ke negara tuan rumah.
Dalam konteks kajian ini kehadiran golongan ekspatriat cuba dirungkai bersabit dengan motif
yang lebih bersifat peribadi, iaitu elemen-elemen keagamaan, prinsip pegangan hidup,
kepercayaan dan nilai-nilai murni diri menjadi tunggak pemilihan destinasi ekspatriasi.
Menurut Abu Bakar, Muda & Alias, 2008; Don, Abdullah & Ghani, 2010) motif pegangan
hidup difahami sebagai falsafah kehidupan seseorang yang ditanam dalam diri semenjak usia
muda serta menjadi panduan dalam menjalani kehidupan seharian (Muhammad Safuan et al.,
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 89
2016). Teras kehidupan tersebut dipengaruhi oleh latar belakang individu dibesarkan serta
penerima didikan agama daripada ibu bapa. Prinsip pegangan hidup mempunyai ikatan rapat
dengan kepercayaan agama yang menjadi pendoman ekspatriat dan tidak boleh sewenangnya
dipengaruhi dengan perkembangan semasa. Isu keagamaan menjadi suatu topik yang sensitif
dan patut mendapat keistemewaan dari segi privasi dan hak untuk menganuti serta
mengamalkan sesuatu agama.
Malahan menurut Muhammad Qarbawi (1980), pandangan seseorang berhubung wawasan
dunia secara keseluruhan (worldview) mempamerkan kepercayaan agama, amalan
pembudayaan dan pelbagai spektrum nilai-nilai murni kehidupan. Pandangan tersebut
disokong oleh (Tantawi, 1999) dengan menegaskan tata cara pegangan hidup seseorang terbit
secara suka rela serta lahir dari sifat yang telah sebati dengan jiwa tanpa sebarang unsur tekanan
atau paksaan. Mengkaji isu yang sama, Don, A.G, Abdullah, B. & A.B. Ghani, Z. (2010)
mendakwa tidak dapat dinafikan bahawa unsur luar berupaya untuk mempengaruhi falsafah
hidup seseorang, namun pengaruh tersebut tidak menjamin perubahan kepercayaan asas yang
tertanam dalam diri individu berkenaan. Ini kerana seseorang yang mempunyai worldview
terhadap erti kehidupan sukar untuk menukar paksi kepercayaan yang telah disemat dalam diri
untuk tempoh masa sekian lama.
Sementara itu, motif ekspatriasi yang dilingkungi oleh prinsip keagamaan yang merujuk
kepada komuniti akademik ekspatriat beragama Islam sentiasa dikaitkan dengan jihad untuk
berdakwah ke jalan Allah swt. Prinsip kehidupan keislaman yang dipegang teguh menjadi
faktor utama kriteria pemilihan organisasi dan negara yang bakal dipilih malahan menjadi
matlamat yang ingin dipenuhi. Bagi kalangan ekspatriat Islam amalan kehidupan adalah
berpandukan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Kerjaya ekspatriat dianggap sebuah landasan
penting bagi menyebarluas agama Islam selain dari memberikan manfaat kepada diri dan
keluarga. Konsep Islam sebagai sebuah agama yang Syumul menjadikan motif kedatangan
ekspatriat Islam ke negara tuan rumah berbeza sekiranya dibandingkan dengan kelompok
ekspatriat yang lain (Abu, 2002; Mat Nor, 2003; Wan Daud, 2002). Justeru peningkatan
kehadiran ekspatriat Islam ke Malaysia mendapat perhatian ramai pihak yang berminat untuk
mengetahui asas kepada pegangan hidup yang selaras falsafah didokong oleh universiti
berteraskan Islam di Malaysia adalah antara pendorong utama golongan tersebut.
Berdasarkan kupasan literatur yang dibincangkan di atas, motif di sebalik kedatangan ahli
akademik ekspatriat yang beragama Islam ke Malaysia mempunyai kesinambungan dengan
prinsip pegangan hidup. Perkara berkenaan merujuk kepada peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan yang memberikan pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi negara sejurus selepas
memperoleh kemerdekaan (Bari, 2005; Muhammad Safuan, Irma Wani, Norazah, Hasbullah,
Herlina & Rudy, 2017; Irma Wani, 2019a). Berpaksikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi
negara di dukung dengan komitmen Yang di-Pertuan Agong berperanan menjadi ketua agama
Islam, keseluruhan agenda negara yang merangkumi dasar awam dan perundangan
bertunjangkan prinsip Islam serta haruslah tidak bercanggah dengan ketinggian dan kedaulatan
Islam di Malaysia (Bari, 2005; IKIM, 2005).
Kecenderungan untuk melakukan keputusan berdasarkan motif-motif seperti 1) kemahiran dan
kecekapan profesionalisme, 2) peluang pengembangan kerjaya, 3) keharmonian kehidupan
peribadi ekspatriat, 4) penyesuaian diri dalam bidang kerjaya yang diceburi, 5) kepuasan
terhadap kerjaya yang dimiliki dan 6) beban kerja yang dipikul, akhirnya berpatahbalik kepada
persoalan asas prinsip pegangan kehidupan sebagai seorang muslim yang ingin digarap di
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 90
negara tuan rumah. Tuntasnya, kajian ini meneroka persoalan sama ada seseorang ekspatriat
menempoh pengalaman ekspatriasi dengan pelbagai motif berkaitan kerjaya, keluarga dan
sebagainya akan akhirnya meletakkan prinsip pegangan hidup sebagai faktor signikan.
Sekiranya andaian ini tepat, maka dapatan hasil kajian ini dikatakan menyokong tanggapan
umum bahawa keputusan ekspatriat akademik yang beragama Islam dipengaruhi oleh motif
prinsip pegangan hidup yang merupakan fenomena lazim yang didepani oleh majoriti
ekspatriat Islam semasa melakukan keputusan untuk berekspatriasi.
Metodologi Kajian
Penyelidikan kualitatif menjadi pilihan kajian ini dengan berfokuskan kepada reka bentuk
kajian kes berbentuk deskriptif. Yin, (2009) menekankan kelebihan menggunakan reka bentuk
kajian kes yang menjurus kepada keupayaan penyelidik untuk mendedahkan perkara-perkara
baru serta meneroka penjelasan berhubung sesuatu peristiwa yang melibatkan fenomena
tertentu. Manakala pelibatan responden dalam kajian ini adalah secara suka rela dan
merangkumi kaedah persampelan bertujuan yang meletakkan ciri-ciri seperti 1) ekspatriat
berinisiatif sendiri; 2) masih berada dalam kontrak perkhidmatan; 3) tidak berstatus dalam cuti
sabatikal mahupun cuti pengajian daripada universiti lain; dan 4) berkhidmat tidak kurang dari
setahun setahun dan tidak melebihi 10 tahun.
Menurut (Simons, 2009), kaedah temu bual berfungsi meneroka sesuatu fenomena (seperti
ekspatriasi dalam kalangan ekspatriat berdikar) dapat dilakukan dengan terperinci, terutama
apabila ekspatriasi berkenaan dikaitkan motif pembuatan keputusan yang dipertimbangkan
secara rasional. Justeru itu kaedah temu bual semi struktur yang diketengahkan dalam kajian
ini mampu memperoleh data empirikal secara komprehensif berbanding dengan kaedah
kuantitatif (Creswell, 2014) Dalam erti kata lain, kajian yang melibatkan 30 orang ahli
akademik ekspatriat dalam kalangan mereka yang beragama Islam telah meletakkan kelebihan
di pihak penyelidik dalam usaha merungkai motif pemilihan golongan tersebut berkhidmat di
salah sebuah dari empat universiti awam Malaysia yang berteraskan pendidikan Islam.
Daripada data empirikal yang diperolehi dari temu bual mendalam, data tersebut diproses
melalui kaedah analisis induktif menggunakan teknik mentranskrip, pengekodan
pengkategorian tema Eriksson and Kovalainen, 2016). Hasil daripada analisis tematik kajian
ini telah melahirkan beberapa motif yang boleh dikaitkan dengan kedatangan ahli akademik
Islam untuk berkhidmat di universiti awam Malaysia. Tiga tema utama timbul dari analisa
tematik yang merangkumi 1) Pegangan Hidup; 2) Keluarga; dan 3) Kerjaya. Jadual 2
menyenaraikan profil demografi informan kajian yang mengandungi variabel jantina, umur,
status perkahwinan dan tahap pendidikan informen kajian.
Reka bentuk kajian kes ini melibatkan tiga buah universiti awam yang mempunyai konsep
pengajian berlandaskan syariat Islam. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang
mana seramai 20 orang bersamaan 67.0 peratus merupakan informan kajian lelaki dan bakinya
seramai 10 orang bersamaan 33.0 peratus adalah informan kajian perempuan. Majoriti daripada
informan kajian yang terlibat adalah tergolong dalam lingkungan umur di antara umur 40
sehingga 49 tahun, iaitu seramai 10 orang yang mengambil 33.0 peratus dari peserta kajian
yang terlibat. Apabila melihat kepada informan kajian yang berusia 50 sehingga 59 tahun,
golongan tersebut mencatatkan seramai 9 orang, bersamaan 30.0 peratus. Informan kajian yang
berumur 60 tahun ke atas mencatatkan seramai 6 orang yang membawa kepada 20.0 peratus
penglibatan dalam penyelidikan ini. Manakala lingkungan informan kajian yang berusia 30
sehingga 39 tahun pula adalah seramai 5 orang, iaitu bersamaan 17.0 peratus. Majoriti informan
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 91
kajian adalah terdiri daripada mereka yang sudah berkahwin iaitu sebanyak 18 orang iaitu
mencakupi 60.0 peratus dari jumlah penyertaan peserta kajian. Manakala bakinya iaitu
sebanyak 40.0 peratus datangnya dari mereka yang berstatus bujang iaitu seramai 12 orang.
Seterusnya informan kajian yang terlibat di dalam kajian ini mempunyai tahap pendidikan
tertinggi di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah seramai 25 orang bersamaan 83.0
peratus dan bakinya 5 orang lagi adalah sebanyak 17.0 peratus iaitu pemegang Ijazah Sarjana
(Master).
Jadual 2: Profil Demografi Informan Kajian
Variabel
Kekerapan
Peratusan
(%)
Jantina
Lelaki
Perempuan
20
10
67.0
33.0
Umur (Tahun)
30-39
40-49
50-59
>60
5
10
9
6
17.0
33.0
30.0
20.0
Status
Bujang
Berkahwin
12
18
40.0
60.0
Tahap Pendidikan
Ijazah Sarjana (Master)
Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
5
25
17.0
83.0
Hasil Penyelidikan
Dengan mengaplikasikan analisis tematik, data yang diperolehi dari temu bual mendalam
menghasilkan tiga tema utama iaitu 1) Prinsip hidup bertunjangkan Islam sebagai agama
kepercayaan; 2) Kecenderungan keluarga berada dalam kehidupan majoriti masyarakat Islam
dan 3) Kerjaya dalam konteks keistimewaan penawaran konsep program pengajian Islam di
universiti awam Malaysia.
Prinsip Hidup Bertunjangkan Islam Sebagai Agama Kepercayaan
Motif ekspatriasi yang paling kerap dibicarakan oleh responden kajian yang melakukan
penghijrahan ke luar negara sering merujuk kepada prinsip hidup yang dikaitkan dengan
wawasan tentang dunia secara keseluruhan. Prinsip hidup yang dipegang oleh golongan
ekspatriat berkenaan merujuk kepada elemen-elemen keagamaan dan kepercayaan kepada
nilai-nilai murni dan jati diri yang menjadi panduan kehidupan seharian ekspatriat dan
keluarga.
Jadual 3: Prinsip Hidup Bertunjangkan Islam Sebagai Agama Kepercayaan
Universiti 1
Universiti 2
Universiti 3
Akademik Ekspatriat 1
Akademik Ekspatriat 2
Akademik Ekspatriat 4
Akademik Ekspatriat 5
Akademik Ekspatriat 6
Akademik Ekspatriat 12
Akademik Ekspatriat 14
Akademik Ekspatriat 15
Akademik Ekspatriat 16
Akademik Ekspatriat 17
Akademik Ekspatriat 21
Akademik Ekspatriat 23
Akademik Ekspatriat 24
Akademik Ekspatriat 27
Akademik Ekspatriat 28
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 92
Akademik Ekspatriat 8
Akademik Ekspatriat 9
Akademik Ekspatriat 10
Akademik Ekspatriat 20
Akademik Ekspatriat 29
Akademik Ekspatriat 30
Falsafah dan Hala Tuju Kehidupan Sebagai Seorang Muslim
Motif falsafah dan hala tuju kehidupan sebagai seorang Muslim yang melihat status Islam
dimartabatkan sebagai agama rasmi negara menjadi daya penarik utama majoriti dari
responden kajian ini melakukan ekspatriasi ke Malaysia (Muhammad Safuan et al., 2017; Irma
Wani, 2019a). Pegangan hidup ekspatriat yang berteraskan prinsip mengamalkan ciri-ciri
keislaman dalam diri dalam setiap aspek kehidupan mereka terbukti dengan pernyataan
responden seperti mana yang dijelaskan di bawah:
“Menganut agama Islam dalam sebuah negara Barat memerlukan kesabaran yang
tinggi dan pengorbanan yang besar. Maksud saya dalam menjalani kehidupan sebagai
seorang Muslim ada kalanya saya tidak dapat melunaskan tanggungjawab seperti solat
tepat pada waktunya disebabkan persekitaran yang tidak memahami agama kita.
Majoriti penduduk di negara asal saya beragama Kristian Khatolik. Justeru itu apabila
peluang terbuka untuk berhjrah ke luar negara, saya memilih untuk datang ke
Malaysia. Pemilihan Malaysia bertepatan dengan cita rasa diri saya. Negara yang
membangun dengan pembangunan namun tetap meletakkan agama sebagai
keutamaan. Ini mungkin dipengaruhi dengan majoriti rakyatnya yang beragama
Islam.” (Responden 10)
Pernyataan yang dikeluarkan oleh Responden 10 menjelaskan kesukaran beliau menjalani
kehidupan sebagai seorang Islam dengan pelbagai kekangan di negara Barat. Sebagai ekspatriat
berdikari peluang yang terbuka untuk membuat pemilihan ke atas destinasi yang dituju
menjadikan Responden 10 menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama.
Manakala kepercayaan terhadap agama Islam sebagai agama syumul dilihat daripada
pernyataan Responden 15 di mana falsafah dan hala tuju seorang Muslim dikaitkan dengan
iltizam diri untuk berusaha melahirkan insan profesional yang tidak tersasar untuk mendapat
keredaan Allah. Kepercayaan terhadap agama Islam ternyata jelas disampaikan melalui
responden seperti di bawah:
“Sebagai seorang pendidik sememangnya sifat semulajadi saya untuk mendidik anak
bangsa. Namun sifat tersebut sudah ditanam dalam diri semenjak kecil lagi. Didikan
sebagai seorang Islam mengajar kita untuk menjadikan setiap tindakan itu memberi
manfaat kepada orang lain.” (Responden 15)
Secara ringkasnya, motif ekspatriasi dalam kalangan ahli akademik Islam ke Malaysia yang
menghubungkan prinsip hidup bertunjangkan dipamerkan berdasarkan pernyataan-pernyataan
yang dikeluarkan oleh responden yang begitu berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan
percaya akan ganjaran yang akan diberikan oleh Allah S.W.T di atas setiap perkara baik yang
dilakukan (Don et al., 2010)
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 93
Kecenderungan Keluarga Berada dalam Kehidupan Majoriti Masyarakat Islam
Motif keluarga antara tema dominan yang dikeluarkan oleh responden kajian di mana
sebahagian besar mengatakan kecenderungan keluarga masing-masing untuk tinggal di negara
yang mempunyai majoriti penduduk Islam. Alasan yang diberikan berada dalam tonasi yang
hampir serupa iaitu prinsip dan moral kehidupan dapat dikekalkan dengan keberadaan mereka
dalam komuniti Islam. Justeru itu, jelas di sini mempamerkan keprihatinan ekspatriat
berhubung pilihan keluarga demi menjaga kesejahterahteraan terhadap setiap keputusan yang
melibatkan sesama mereka (Greenhaus & Powell, 2012; Muhammad Safuan, Nur Hidayah,
Irma Wani & Abu Bakar, 2018). Keutamaan meletakkan keluarga sebagai motif ekspatriasi
adalah jelas apabila 23 orang responden kajian menegaskan ukwah kekeluargaan yang kuat
bukan sahaja merujuk kepada pasangan dan anak-anak yang menemani ekspatriat ke negara
tuan rumah. Malahan pandangan dan keselesaan keputusan tersebut juga dijana dari pengaruh
ibu bapa, keluarga terdekat malahan kenalan rapat yang ditinggalkan di negara asal. Bukti
tersebut dalam dilihat dari tema-tema yang digarap seperti di bawah:
Jadual 4: Kecenderungan Keluarga Berada dalam Kehidupan Majoriti
Masyarakat Islam
Universiti 1
Universiti 2
Universiti 3
Akademik Ekspatriat 1
Akademik Ekspatriat 2
Akademik Ekspatriat 3
Akademik Ekspatriat 5
Akademik Ekspatriat 6
Akademik Ekspatriat 7
Akademik Ekspatriat 8
Akademik Ekspatriat 11
Akademik Ekspatriat 14
Akademik Ekspatriat 15
Akademik Ekspatriat 16
Akademik Ekspatriat 17
Akademik Ekspatriat 19
Akademik Ekspatriat 20
Akademik Ekspatriat 21
Akademik Ekspatriat 22
Akademik Ekspatriat 23
Akademik Ekspatriat 24
Akademik Ekspatriat 25
Akademik Ekspatriat 26
Akademik Ekspatriat 27
Akademik Ekspatriat 28
Akademik Ekspatriat 29
Seterusnya motif kekeluargaan menjadi antara keutamaan alasan yang dikemukakan oleh
ekspatriat dalam kajian Mayrhofer, Pernkopf dan Reiss (2020) di mana pertimbangan
keputusan untuk berekspatriasi ke luar negara perlu mengambilkira implikasi ke atas
kesejahteraan ahli keluarga mereka. Dari perspektif tersebut, pihak signifikan yang terdiri dari
pasangan, anak-anak, ibu bapa, keluarga terdekat serta kenalan rapat menjadi indikator vital
dalam memengaruhi keputusan pemilihan negara destinasi (Norazah, M. S., Irma Wani, O.,
Muhammad Safuan, Y., & Norbayah, M. S., 2014). Berdasarkan penemuan kajian Muhammad
Safuan et al., (2018), kecenderungan ekspatriat untuk berjaya melaksanakan tugasan
antarabangsa mempunyai perkaitan rapat dengan sistem sokongan pasangan dan ahli keluarga
yang mengiringi eskaptriat ke negara tuan rumah. Manakala Greenhaus dan Powell (2012) pula
mendapati kehadiran pasangan suami atau isteri yang menemani ekspatriat untuk bertugas ke
negara tuan rumah merupakan elemen positif kejayaan kerjaya. Penurunan bilangan tugasan
pra-matang turut dikaitkan dengan hubungan kerja-keluarga di mana proses asimilasi
pembudayaan ekspatriat dibantu dengan sokongan padu dari keluarga yang menemani
ekspatriat ke negara tuan rumah.
Saranan dan Pengaruh Ibu Bapa
Keputusan untuk memilih Malaysia sebagai destinasi penghijrahan mengambil kira pihak
signifikan yang paling rapat dalam kehidupan ekspatriat. Dalam konteks keluarga Islam, ibu
bapa diumpamakan tunggak pegangan dalam diri anak-anak dalam mencari keberkatan dalam
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 94
kehidupan dunia dan akhirat. Institusi kekeluargaan meletakkan restu ibu bapa di tempat yang
disanjungi, insan yang dikasihi dan dihormati. Justeru pengaruh ibu bapa ke atas keputusan
anak-anak mereka dikatakan hanyalah untuk kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan agama
mereka sendiri. Ini dibuktikan dengan pernyataan Responden 6 yang menegaskan motif
ekspatriasi ke negara yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik telah dipengaruhi oleh
kedua ibu bapanya.
“Boleh saya katakan pengaruh besar dalam keputusan untuk datang ke mari
datangnya dari ke dua ibu bapa saya. Walaupun mereka tidak pernah datang ke
Malaysia, namun ciri-ciri negara yang mereka maksudkan dalam nasihat mereka itu
lebih mirip kepada negara ini. Mereka bertegas dalam menyatakan kepentingan untuk
berada dalam komuniti yang melaungkan azan lima kali sehari, melaksanakan solat
berjemaah di masjid, mengagungkan hari perayaan Islam, mempunyai pemimpin dan
pemerintah negara yang mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Apa yang lebih
menambat hati mereka apabila Malaysia merupakan anggota aktif dalam OIC yang
menggambarkan perjuangan pemimpin negara ini dalam menegakkan ajaran Islam
serta membantu dunia Islam. Dengan mengikuti nasihat orang tua saya, saya
merasakan kelebihan yang saya ada sekarang sebenarnya berkat doa mereka yang
tidak putus-putus.” (Responden 6)
Berdasarkan pernyataan yang dikeluarkan oleh Responden 6 jelas memperlihatkan pengaruh
besar yang dimainkan oleh ibu bapa dalam menentukan bukan sahaja sahsiah diri ekspatriat
sebagai insan yang berhemah, tetapi juga berperanan untuk sama-sama memandu perjalanan
hidupnya sebagai seorang Muslim sejati. Keputusan untuk berekspatriasi dan destinasi
pemilihan negara tuan rumah turut memperlihatkan ketaatan ekspatriat terhadap saranan
daripada kedua ibu bapa (Richardson, 2006; Greenhaus & Powell, 2012). Dalam erti kata lain,
pedoman hidup yang menjadi pegangan ekspatriat dikaitkan dengan keakuran terhadap nasihat
ibu bapa di mana wujudnya fahaman keberkatan untuk diri sendiri, keluarga, masayarakat dan
ummah Islam sejagat. Penemuan berhubung perkara ini adalah sejajar dengan kajian Irma
Wani, (2019c) yang mengaitkan pengaruh didikan agama oleh ibu bapa ke atas kepatuhan
anak-anak dalam mengakuri saranan mereka.
Keperluan Pendidikan Islam dan Kebajikan Masa Depan Anak-Anak
Antara perkara yang diketengahkan sebagai motif ekspatriasi ke Malaysia adalah merujuk
kepada keperluan pendidikan Islam yang terjamin dan kebajikan masa depan anak-anak yang
lebih terpimpin. Penghuraian berhubung motif tersebut disampaikan oleh Responden 11
melalui pernyataan di bawah:
“Sebagai ibu bapa, kami bertanggungjawab penuh ke atas persekitaran anak-anak
kami dibesarkan. Mereka masih kecil dan pilihan sepenuhnya di atas bahu kami.
Pemilihan negara mana untuk saya berekspatriasi akan memberi kesan mendalam
terhadap pengaruh luar ke atas pergaulan sosial dan latar belakang persekolahan
mereka kelak. Saya mahu anak-anak saya berada dalam suasanamasyarakat yang
mendahulukan ajaran agama dan tidak terlalu terpengaruh dan terdedah dengan
gejala sosial yang kurang sihat. Saya mahu mengeliminasikan pendedahan kurang
wajar kepada anak-anak. Saya yakin itu yang paling penting saya lakukan semasa
anak-anak masih berada dalam kawalan kita sebagai ibu bapa. Malaysia mempunyai
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 95
sistem persekolahan yang berlandaskan pendidikan Islam sedari anak-anak masih di
peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat universioti. Itulah elemen yang menarik
perhatian saya untuk datang bekerja ke sini.” (Responden 11)
Memahami penjelasan yang diberikan oleh Responden 11, pengkaji mendapati usaha yang
dilakukan oleh responden untuk memilih destinasi tuan rumah bagi membina kerjayanya
adalah berkaitrapat dengan kesejahteraan kebajikan anak-anak yang mempunyai kelangsungan
dengan pendidikan Islam. Jelas dari sini motif berhubung kekeluargaan menjadi satu priority
dalam golongan ekspatriat Islam yang mahukan elemen kepercayaan agama disatukan bagi
mendapatkan kepuasan kehidupan dan kerjaya mereka (Andres, Moelker & Soeters, 2012;
Muhammad Safuan, Y., Irma Wani, O., Rudie Adie, R. & Norazah, M.S., 2016; De Sivatte,
Bullinger, Cañamero & Gomez, 2019).
Kebergantungan Sokongan Pasangan Hidup
Prinsip dan moral kehidupan ekspatriat Muslim dan pengaruh keluarga dalam memilih
destinasi masyarakat negara Islam merupakan intipadi ke atas kedatangan ekspatriat ke
Malaysia. Majoriti daripada pengungkapan yang diterima mengaitkan peranan dan pengaruh
keluarga dalam menekankan kepentingan berada dalam sebuah negara yang diduduki oleh
majoriti masyarakat beragama Islam (Herlina, J., Irma Wani. O., Norazah, M. S., Muhammad
Safuan, Y., & Hasbullah, A., 2018). Dalam konteks tersebut kebergantungan sokongan dari
pasangan hidup sentiasa menjadi keutamaan ekspatriat. Sekiranya pasangan mereka tidak
gembira untuk mengiringi ekspatriat ke negara tuan rumah maka isu tersebut berupaya
memberi impak yang negatif ke atas keseluruhan proses asimilasi dan kejayaan tugasan di luar
negara. Responden 25 merungkaikan dilema sebahagian dari rakan ekspatriat yang tidak
mendapat sokongan dari isteri mereka yang menjejaskan prestasi pekerjaan.
“Ini tidak berlaku ke atas diri saya. Tetapi pengalaman dari rakan-rakan terdahulu
yang terpaksa berhadapan dengan tugasan pra-matang telah banyak memberi iktibar
kepada saya agar mengambilkira pandangan pasangan masing-masing apabila
membuat sesuatu keputusan untuk bekerja ke luar negara. Selalunya apabila ketua
keluarga keluar bekerja, isteri ditinggalkan bersama anak-anak untuk menguruskan
hal keluarga. Secara rasional dalam dunia ekspatriat, para isteri yang akan
berhadapan dengan cabaran yang lebih besar. Asimilasi diri ke atas pembudayaan luar
sangat memberi tekanan kepada mereka sekiranya tidak cukup bersedia. Oleh itu
pandangan isteri dan anak-anak amat penting dalam menentukan negara mana yang
kita mahu bekerja memandangkan isteri adalah sokongan paling berharga bagi
ekspatriat. Bagi saya, pilihan isteri untuk saya memohon pekerjaan di negara Islam
meletakkan harapan isteri saya untuk memudahkan dirinya mengatur cara kehidupan
kamidi negara orang dengan lebih mudah. Dan saya bersetuju dan hormat dengan
kemahuan isteri saya kerana semuanya untuk kebaikan kami sekeluarga.” (Responden
25)
Melalui penerangan yang dikemukakan oleh Responden 25 di atas jelas memberi pemahaman
bahawa sokongan pasangan ekspatriat mampu menggubah pencapaian prestasi tugasan
antarabangsa yang digalas semasa berada di luar negara. Tanggungjawab pasangan ekspatriat
lebih meluas kerana terpaksa berhadapan dengan cabaran membina kehidupan menguruskan
anak-anak serta keluarga di satu persekitaran asing ketika ekspatriat bekerja. Malahan kejayaan
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 96
ekspatriat menjalankan tugasan banyak dipengaruhi dengan keupayaan isteri dan anak-anak
merasa selesa semasa di negara tuan rumah. Pasangan yang ideal merupakan individu yang
boleh menjadi sokongan, mempunyai kestabilan emosi, cekap menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru serta berfikiran terbuka terhadap perubahan hidup yang mereka lalui Makela,
Kansala dan Suutari (2011). Malahan kebanyakan tugasan pra-matang dihadapi oleh segelintir
ekspatriat membayangkan kepentingan pasangan ekspatriat dalam menanamkan nilai-nilai
positif dalam diri ekspatriat untuk melakukan tugasan dengan cemerlang, dan bukan sebaliknya
(Rudy Adie, Irma Wani, Norazah, Hasbullah, Herlina & Muhammad Safuan, 2017;
Muhammad Safuan et al., 2018).
Capaian Sumber Makanan Halal
Majoriti daripada responden yang ditemubual menyatakan kesyukuran mereka kerana berada
di sebuah negara yang tidak perlu gusar memikirkan tentang sumber mendapatkan makanan
halal di Malaysia. Ini kerana kerajaan Malaysia mempunyai organisasi yang cekap dan tegas
bagi memantau pengurusan amakanan halal bagi kesejahteraan penggunaan masyarakat
Islaam. Keyakinan ekspatriat terhadap reputasi Malaysia sebagai negara Islam menyebabkan
mereka tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran bekerja di sini seterusnya membawa bersama
keluarga untuk tinggal di Malaysia. Antara pernyataan responden kajian yang
membayarangkan isu capaian kepada sumber makanan halal diberikan dari Responden 30.
“Checklist saya yang paling atas adalah aksess kepada makanan halal di negara ini.
Saya pernah mengalami pengalaman yang menyeksakan apabila bertugas di negara
yang bukan Islam dan sentiasa mengahadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan
halal. Ini memberi kesan kepada isteri dan anak-anak yang sentiasa mengeluh serta
khuatir terhadap kesahihan makanan halal keran tiada sijil pengiktifan atau kelulusan
makanan halal yang dipamerkan di kedai-kedai makan atau pasar. Saya mendapati
Malaysia antara salah sebuah negara yang maju ke hadapan dalam pengurusan
makanan halal di mana saya harapkan banyak lagi negara boleh mencontohi cara
Malaysia memastikan kualiti dan pemantauan halal terjamin bagi masyarakat
berugama Islam.” (Responden 30)
Daripada pernyataan yang dikemukakan oleh responden di atas jelas memperlihatkan betapa
penting akses kepada makanan halal bagi golongan ekspatriat Islam. Pengurusan dan
pengendalian makanan halal di negara ini yang dilakukan dengan telus dan cekap telah
memberikan keyakinan yang tinggi kepada ekspatriat slam dalam memilih Malaysia sebagai
destina mereka datang bekerja ke mari. Tambahan lagi usaha Malaysia dalam mempromosikan
makana halal di peringkat dunia mendapat sokongan dari masyarakat Islam (Mansor, 2010).
Reaksi positif daripada masyarakat luar terhadap konsep menggalakan memilih dan
mengamalkan makanan yang berasakan produk halal telah mengangkat Malaysia sehingga
mendapat pengiktirafan sebagai Halal Hub di rantau Asia Tenggara (Abdul Rahman, 2010).
Kerjaya dalam Konteks Keistimewaan Penawaran Konsep Program Pengajian Islam
di Universiti Awam Malaysia
Peluang untuk membina kerjaya di sesebuah universiti yang menawarkan keunikan pelbagai
program pengajian yang berlandaskan syariat Islam menjadi alasan utama sebahagian besar
daripada responden kajian yang mahukan kepuasan kerjaya sebagai penganut Islam yang sejati.
Dari perspektif ekspatriat yang menganggap kerjaya merupakan jihad dalam kehidupan di
dunia dan sebagai pendidik pendakwahan yang paling berkesan diberikan melalui pelajar-
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 97
pelajar mereka. Justeru itu motif memilih Malaysia sebagai destinasi kerjaya dipengaruhi oleh
keistimewaan penawaran konsep program pengajian Islam di universiti awam Malaysia itu
sendiri.
Jadual 5: Kerjaya dalam Konteks Keistimewaan Penawaran Konsep Program
Pengajian Islam di Universiti Awam Malaysia
Universiti 1
Universiti 2
Universiti 3
Akademik Ekspatriat 1
Akademik Ekspatriat 2
Akademik Ekspatriat 4
Akademik Ekspatriat 5
Akademik Ekspatriat 7
Akademik Ekspatriat 9
Akademik Ekspatriat 10
Akademik Ekspatriat 11
Akademik Ekspatriat 12
Akademik Ekspatriat 13
Akademik Ekspatriat 14
Akademik Ekspatriat 15
Akademik Ekspatriat 16
Akademik Ekspatriat 17
Akademik Ekspatriat 19
Akademik Ekspatriat 20
Akademik Ekspatriat 21
Akademik Ekspatriat 22
Akademik Ekspatriat 24
Akademik Ekspatriat 25
Akademik Ekspatriat 27
Akademik Ekspatriat 28
Akademik Ekspatriat 29
Akademik Ekspatriat 30
Falsafah dan Hala Tuju Pendidikan Universiti
Submotif falsafah dan hala tuju pendidikan universitiyang berlandaskan syariat Islam menjadi
kecenderungan utama ekspatriat apabila membuat keputusan dalam memilih Malaysia sebagai
destinasi kerjaya. Menurut penjelasan Responden 4, keputusan untuk berhijrah ke negara ini
disebabkan oleh universiti yang menawarkan pekerjaan mempunyai visi, misi dan falsafah
berpandukan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan hidupnya. Perkara
tersebut dapat dirujuk melalui pernyataan berikut:
“Saya tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran pekerjaan dari universiti ini kerana
bukan sahaja ia merupakan satu-satunya universiti antarabangsa di negara ini yang
berlantarbelakangkan pengajian Islam sepenuhnya. Melalui visi universiti ini yang
memberi penekanan ke atas empat aspek iaitu Integrasi, Islamisasi,
Pengantarabangsaan dan Kecemerlangan adalah selari dengan matlamat peribadi
diri saya. Keunikan UIAM dipamerkan melalui penerapan pengajaran dan pendidikan
Islam menerusi perspektif agama ini sebagai agama syumul yang memberi manfaat
sejagat.” (Responden 4)
Berdasarkan pernyataan yang dikemukakan oleh Responden 4 di atas telah menggambarkan
keyakinan beliau terhadap reputasi universiti di negara ini yang meletakkan konsep pendidikan
Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai teras visi, misi dan falasafah
universitu itu sendiri. Malahan kehadiran ekspatriat Islam ke negara ini telah menyumbang
kepada peningkatan tinggi dalam jumlah keseluruhan ekspatriat di universiti awam Malaysia
(MOHE, 2019). Kekuatan yang ada pada falsafah universiti berpandukan kepada surah “Al-
Alaqayat” 1 hingga 5, yang membawa maksud “ilmu pengetahuan hendaklah disebarkan
dalam semangat Tauhid yang membawa kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta
dan Tuhan sekalian alam” (Abu Bakar et al., 2008; UIAM, 2020) antara penarik kuat kepada
ekspatriat Islam dalam memilih Malaysia.
Peluang Kerjaya di Universiti Islam Bertaraf Antarabangsa
Majoriti responden kajian ini akur dengan hakikat bahawa peluang kerjaya di sebuah universiti
Islam bertaraf antarabangsa merupakan peluang yang julung-julung kali boleh diterima dalam
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 98
kehidupan ekspatriat Muslim. Peluang keemasan tersebut tidak disia-siakan kerana
menyebarkan dakwah Islam melalui bidang pendidikan merupakan keistemwaan yang
diberikan hanya kepada golongan pendidik yang berkelayakan bukan sahaja dalam bidang
kepakaran masing-masing, malahan lebih ditekankan dengan konsep pengajaran berlandaskan
ajaran Al-Quran dan As-Sunnah (Muhammad Safuan et al.,2015; 2016; Irma Wani et al.,
2020). Melalui pernyataan yang dikeluarkan oleh Responden 7 membayangkan kesyukurannya
terhadap pelaung yang diberikan untuk berkhidmat di universiti Islam bertaraf anatarbangsa di
Malaysia.
“Saya pasti apa yang mendorong saya untuk bekerja di sini adalah dari kehendak saya
untuk mencipta peluang membangunkan kerjaya yang diaduni dengan kepercayaan
kepada agama kita sebagai umat Islam. Saya mempunyai kelayakan asas dalam bidang
pengajian Islam walaupun pengkhususan bidang phd saya dalam bidang Metafizik
Islam. Saya tidak mahu mensia-siakan kelayakan yang saya ada kerana niat saya untuk
menyumbang kepada pembangunan umat Islam sejagat. Namun untuk melakukannya
di negara saya yang tidak mengamalkan ajaran Islam telah menjadi suatu yang tidak
mungjkin terjadi. Penghijarahan saya ke sini membuka seluas-luas peluang kepada
saya untuk menumbang bakti kepada dunia akademik Islam” (Responden 7)
Berdasarkan daripada kenyataan yang dikongsi oleh Responden 7 kita dapat memahami hasrat
yang dizahirkan oleh beliau sebagai satu strategi membangunkan kerjaya yang bersesuaian
dengan bidang kepakaran yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat Islam. Tindakan untuk
berhujrah ke negara lain adalah berpunya dari dari sistem pendidikan universiti di negara
asalnya yang tidak membantu untuk mengutilasikan kepakaran yang dimiliki. Malahan
wujudnya amalan diskriminasi warna kulit dan pegangan agama menyukarkan ekspatriat Islam
untuk maju ke hadapan. Kekurangan sistem sokongan di negara sendiri telah memangkinkan
ekspatriat untuk mencipta peluang kerjaya di luar negara. Peluang yang diperolehi oleh
Responden 7 dianggap sebagai “peluang luar jangka” yang membawa keuntungan kepada
ekspatriat Islam seperti dirinya (Irma Wani, O., Norazah, M. S., Muhammad Safuan, Y. & Nor
Arifah, M.N., 2014; Irma Wani, Nur Hidayah, Bakar & Muhammad Safuan, 2018).
Wacana Rumusan dan Cadangan
Perbincangan dalam makalah ini secara umumnya membicarakan tentang perkaitan pegangan
hidup dan wawasan tentang dunia secara keseluruhan (worldview) ekspatriasi ahli akademik
Islam dalam membina kerjaya di Malaysia. Melalui motif sebenar golongan ekspatriat Islam
yang berkhidmat di universiti awam negara ini menjelaskan kepentingan prinsip hidup yang
dikaitkan dengan wawasan tentang dunia secara keseluruhan. Prinsip hidup yang dipegang oleh
golongan ekspatriat berkenaan merujuk kepada elemen-elemen keagamaan dan kepercayaan
kepada nilai-nilai murni dan jati diri yang menjadi panduan kehidupan seharian ekspatriat dan
keluarga. Perkara tersebut ditekankan melalui motif falsafah dan hala tuju kehidupan sebagai
seorang Muslim yang melihat status Islam dimartabatkan sebagai agama rasmi negara menjadi
daya penarik utama majoriti dari responden kajian ini melakukan ekspatriasi ke Malaysia.
Sementara itu, motif keluarga antara tema dominan yang dikeluarkan oleh responden kajian di
mana sebahagian besar mengatakan kecenderungan keluarga masing-masing untuk tinggal di
negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam. Keputusan untuk memilih Malaysia sebagai
destinasi penghijrahan mengambil kira pihak signifikan yang paling rapat dalam kehidupan
ekspatriat. Dalam konteks keluarga Islam, ibu bapa diumpamakan tunggak pegangan dalam
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 99
diri anak-anak dalam mencari keberkatan dalam kehidupan dunia dan akhirat. Institusi
kekeluargaan meletakkan restu ibu bapa di tempat yang disanjungi, insan yang dikasihi dan
dihormati.
Selain itu, antara isu yang diketengahkan adalah motif ekspatriasi ke Malaysia adalah merujuk
kepada keperluan pendidikan Islam yang terjamin dan kebajikan masa depan anak-anak yang
lebih terpimpin di mana pemilihan destinasi tuan rumah bagi membina kerjayanya adalah
berkaitrapat dengan kesejahteraan kebajikan anak-anak yang mempunyai kelangsungan
dengan pendidikan Islam. Jelas dari sini motif berhubung kekeluargaan menjadi satu prioriti
dalam golongan ekspatriat Islam yang mahukan elemen kepercayaan agama disatukan bagi
mendapatkan kepuasan kehidupan dan kerjaya mereka.
Tambahan lagi, prinsip dan moral kehidupan ekspatriat Muslim dan pengaruh keluarga dalam
memilih destinasi masyarakat negara Islam merupakan intipadi ke atas kedatangan ekspatriat
ke Malaysia. Majoriti daripada pengungkapan yang diterima mengaitkan peranan dan pengaruh
keluarga dalam menekankan kepentingan berada dalam sebuah negara yang diduduki oleh
majoriti masyarakat beragama Islam. Dalam konteks tersebut kebergantungan sokongan dari
pasangan hidup sentiasa menjadi keutamaan ekspatriat. Sekiranya pasangan mereka tidak
gembira untuk mengiringi ekspatriat ke negara tuan rumah maka isu tersebut berupaya
memberi impak yang negatif ke atas keseluruhan proses asimilasi dan kejayaan tugasan di luar
negara.
Manakala, pemahaman bahawa sokongan pasangan ekspatriat mampu menggubah pencapaian
prestasi tugasan antarabangsa yang digalas semasa berada di luar negara menjadi motif utama
untuk ekspatriat mengambilkira konsensus dari pasangan masing-masing sebelum sebarang
keputusan penghijrahan dilakukan. Dalam konteks tersebut, tanggungjawab pasangan
ekspatriat lebih meluas kerana terpaksa berhadapan dengan cabaran membina kehidupan
menguruskan anak-anak serta keluarga di satu persekitaran asing ketika ekspatriat bekerja.
Malahan kejayaan ekspatriat menjalankan tugasan banyak dipengaruhi dengan keupayaan
isteri dan anak-anak merasa selesa semasa di negara tuan rumah. Pasangan yang ideal
merupakan individu yang boleh menjadi sokongan, mempunyai kestabilan emosi, cekap
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru serta berfikiran terbuka terhadap perubahan hidup
yang mereka lalui
Ini berkaitan dengan isu seterusnya iaitu keyakinan ekspatriat terhadap reputasi Malaysia
sebagai negara Islam menyebabkan mereka tidak ragu-ragu untuk menerima tawaran bekerja
di sini seterusnya membawa bersama keluarga untuk tinggal di Malaysia. Dalam erti kata lain
pengurusan dan pengendalian makanan halal di negara ini yang dilakukan dengan telus dan
cekap telah memberikan keyakinan yang tinggi kepada ekspatriat Islam dalam memilih
Malaysia sebagai destina mereka datang bekerja ke mari. Reaksi kesyukuran mereka kerana
berada di sebuah negara yang tidak perlu gusar memikirkan tentang sumber mendapatkan
makanan halal di Malaysia memberi indikasi kerajaan Malaysia mempunyai organisasi yang
cekap dan tegas bagi memantau pengurusan makanan halal bagi kesejahteraan penggunaan
masyarakat Islam.
Seterusnya perbincangan berhubungan dengan pembangunan kerjaya ekspatriat beragama
Islam dikatakan lebih adil dan saksama di negara yang tidak mengamalkan diskriminasi warna
kulit atau agama telah menjadi alasan segelintir dari mereka melakukan penghijrahan ke
Malaysia. Selain itu dunia Islam sememangnya kekurangan identiti dan nilai kesarjanaan tinggi
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 100
dalam menghasilkan karya-karya sumber rujukan kepada bidang ilmu pendidikan Islam. Dari
perspektif berkenaan, kelebihan yang diperolehi di Malaysia dihargai sebagai peluang
keemasan membangunkan kerjaya sebagai sarjana Islam. Kelebihan berkhidmat di universiti
Islam bertaraf antarabangsa juga dianggap sebagai impian menjadi kenyataan dengan
kepelbagaian tenaga ekspatriat akademikIslam yang datang dari segala pelusuk dunia. Negara
mundur seperti Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Pakistan, Pakistan digandingkan dengan
sarjana dari negara maju seperti Perancis, Britain dan Amerika Syarikat bagi mendukung
falsafah, misi dan visi universiti menerapkan pendidikan Islam yang mengikut ajaran Al-Quran
dan As-Sunnah.
Seperkara lagi yang diberikan penekanan dalam perbincangan ini mengaitkan arah aliran
pengantarabangsaan sistem pendidikan tinggi di mana berlaku aliran kemasukan ahli akademik
Islam yang tinggi di Malaysia menjana manfaat kepada sistem pendidikan negara yang berjaya
mengumpulkan kemahiran dan ilmu baru pelbagai spektrum serta menyuburkan rangkaian
penyelidikan antarabangsa yang mantap. Keadaan sistem pendidikan tidak progresif
menyukarkan ramai ahli akademik Islam daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang pendidik di negara asal mereka. Kekurangan yang mengakibatkan penghijarahan
sarjana akademik keluar dari masalah sistem pendidikan di negara asal menjadi tren aliran
peningkatannbilangan golongan akademik berdikari berusaha mencari peluang untuk
meneruskan kerjaya di luar negara seperti di Malaysia.
Secara tuntasnya, jelas memperlihatkan bahawa motif yang dibincangkan berkelangsungan
bagi menjelaskan maksud sebenar yang membawa kepada pembuatan keputusan untuk
berekspatriasi bagi ekspatriat beragama Islam. Setiap dari motif menpamerkan perkara sebenar
yang mengambarkan apa yang dialami oleh responden sewaktu berada di negara asal. Perasaan
ketidakpuasan hati, kekecewaan dan keterpaksaan yang dialami di negara asal telah
meyakinkan responden yang terlibat di dalam kajian ini mengambil keputusan untuk
meninggalkan negara asalnya bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk diri dan
keluarga mereka. Hala tujuan kajian ini seterusnya boleh memfokuskan kepada kefahaman
secara terperinci berhubung faktor pemangkin kepada pengekalan golongan ekspatriat Islam di
Malaysia dan manfaat yang diperolehi oleh sistem pendidikan tinggi negara ini hasil dari
sumbangan mereka dalam dunia Islam.
Penghargaan
Manuskrip ini dihasilkan berasaskan dana geran penyelidikan Kajian Motif Kedatangan
Akademik Ekspatriat Islam ke Universiti Awam Malaysia: Signifikasi Pegangan Hidup dan
Pegangan Agama, serta Geran Penyelidikan Penerbitan sumbangan Global Academic
Excellence (GAE) (Kod Geran: TLS2111).
Rujukan
Abdien, M.K. (2019). Impact of Communication Satisfaction and Work-Life Balance on
Employee Turnover Intention. Journal of Tourism Theory and Research, 5 (2): 228-
238.
Abu Bakar, I., Muda, M. & Alias, M. (2008). Pembangunan Pengajian Tinggi Islam di
Malaysia. Universiti Sains Islam Malaysia.
Abu, A.R. (2002). Negara Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam: Suatu Analisis. Universiti
Malaya.
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 101
Andres, M., Moelker, R. & Soeters, J. (2012). The Work–Family Interface and Turnover
Intentions over the Course of Project-Oriented Assignments Abroad. International
Journal of Project Management, 30, 752-759.
Babbie E. (2017). The basics of social research (7th Ed.). Boston, MA: Cengage Learning.
Bari, A.A. (2005). Islam dalam Perlembagaan Malaysia. Petaling Jaya: Intel Multimedia and
Publication.
Cao, L., Hirsci, A. & Deller, J. (2012). Self-Initiated Expatriates and Their Career Success.
Journal of Management Development, 31(2), 159-172.
Chang, W.W, Yuan, Y.H. & Chuang, Y.T. (2013). The Relationship Between International
Experience and Cross-Cultural Adaptability. International Journal of Intercultural
Relations. 37, 268-273.
Creswell, J.W. (2014). Research design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods
Approaches. Sage, Oaks.
Dickmann, M. & Mills, T. (2010). The Importance of Intelligent Career and Location
Considerations Explorig The Decision To Go To London. Personnel Review, 39(1),
116-134.
De Sivatte, I., Bullinger, B., Cañamero, M., & Gomez, M.D.P.M. (2019). Children of
expatriates: key factors affecting their adjustment. Journal of Global Mobility: The
Home of Expatriate Management Research.
Don, A.G, Abdullah, B. & A.B. Ghani, Z. (2010). Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia:
Konsep dan Perlaksanaannya. Bangi: UKM.
Eriksson, P. & Kovalainen, A. (2016). Qualitative Methods in Business Research. 2nd ed.
London, Thousand Oaks, New Delhi and Singapore: Sage.
Froese, F.J and Peltokorpi, V. (2011). Cultural Distance and Expatriate Job Satisfaction.
International Journal of Intercultural Relations, 35, 49-60.
Greenhaus, J.H. & Powell, G.N. (2012). The Family-Relatedness of Work Decisions A
Framework and Agenda for Theory and Research. Journal of Vocational Behavior,
80,246-255.
Hasbullah, A., Irma Wani, O., Norazah, M. S., Muhammad Safuan, Y., and Herlina, J. (2018).
Financial Factor as the Catalyst in Choosing Destination to Further Studies Abroad for
International Students. Labuan e-Journal of Muamalat and Society. 12(2018):111-118.
Hasbullah, A., Irma Wani, O., Norazah, M. S., Muhammad Safuan, Y., and Herlina, J. (2018).
Financial Factor as the Catalyst in Choosing Destination to Further Studies Abroad for
International Students. Labuan e-Journal of Muamalat and Society. 12(2018):111-118.
Herlina, J., Irma Wani. O., Norazah, M. S., Muhammad Safuan, Y., and Hasbullah, A. (2018).
International Student Destination Choice: Institutional Influence. Labuan e-Journal of
Muamalat and Society. 12(2018):139-147.
IKIM. (2005). Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman
Islam Malaysia.
Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Mohd Sohaimi Esa, Mohd Azri Ibrahim &
Budi Anto Mohd Tamring, Mohd Kamal Mohd Shah. (2020). The Relevancy of Self
Development and Academic Expatriates’ Career in Public Universities of Malaysia.
International Journal of Education, Psychology and Counselling. 5 (37): 253-269.
Irma Wani, Othman. (2019). Identiti Budaya dan Semangat Patriotisma Negara Asal dalam
Pengekalan Akademik Eskpatriat di Universiti Awam Malaysia. International Journal
of Law, Government and Communication, 4(17): 144-158.
Irma Wani, Othman. (2019). Kemahiran Penggunaan Bahasa Sebagai Skil Universal dalam
Improvasi Keyakinan dan Keterampilan Jati Diri Akademik Ekspatriat di
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 102
Universiti Awam Malaysia. International Journal of Modern Trends in Social Sciences,
2(10): 91-106.
Irma Wani, Othman. (2019). Signifikasi Struktur Sosial Keluarga dan Hubungan Persahabatan
dalam Mempengaruhi Pengalaman Ekspatriasi Ahli Akademik
Universiti Awam Malaysia. International Journal of Politics, Public Policy and Social
Work, 1(3): 14-31.
Irma Wani, O., Nur Hidayah Iwani, M. K., Bakar, A. H. & Muhammad Safuan, Y. (2018). The
Internationalization of Malaysian Public Higher Education Institution: A Study of
Academic Expatriate Experiences. Labuan e-Journal of Muamalat and Society.
12(2018):129-138.
Irma Wani, O., Mohd Kamal, M. S., Muhammad Safuan, Y., Norazah, M. S., Hasbullah, A. &
Herlina, J. (2017). Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi: Amalan dan Cabaran.
Labuan e-Journal of Muamalat and Society. 11(2017): 98-108.
Irma Wani, O., Muhammad Safuan, Y., Hasbullah, A. & Herlina, J. (2016).
Mengantarabangsakan Pendidikan Tinggi: Universiti Dan Kewarganegaraan Global.
Journal of Global Business and Social Entrepreneurship. 3(5):107–118.
Irma Wani, O., Muhammad Safuan, Y., Hasbullah, A. & Herlina, J. (2016). Dinamisme
Pendidikan Tinggi: Pembinaan Modal Insan Antarabangsa. Journal of Education and
Social Sciences. 5(2):339-345.
Irma Wani, O., Norazah, M. S., Muhammad Safuan, Y. & Nor Arifah, M.N. (2014). Memanfaat
Pengalaman Akademik Ekspatriat: Dasar dan Polisi Pengantarabangsaan Universiti
Malaysia Sabah. Labuan e-Journal of Muamalat and Society. 8(2014): 58-72.
Irma Wani, Othman. (2014). Pengalaman Ahli Akademik Ekspatriat di Institusi Pengajian
Tinggi Awam Malaysia. Universiti Malaysia Sabah. PhD Thesis.
Irma Wani, Othman, Norazah, M.S. & Muhammad Safuan, Y. (2012). Kajian Eksploratif
Pengalaman Kerjaya Antarabangsa Ekspatriat Akademik di Institusi Pengajian Tinggi
Malaysia. Labuan e-Journal of Muamalat and Society. 6(2012): 45-63
Itani, S. Jarlstro, M. & Piekkari, R. (2015). The Meaning of Language Skills for Career
Mobility in The New Career Landscape. Journal of World Business: 368–378.
Jiang, N. & Vcarpenter, V. (2013). A Case Study of Issues Strategy Implementation in
Internationalization of Higher Education. International Journal of Educational
Management, 27(1), 4-18.
Majid Wahid Shaikh & Kamarul Zaman bin Ahmad. (2018). Factors Affecting Happiness of
Expatriate Academicians and Expatriate Non-Academicians in Dubai. International
Review of Advances in Business Management and Law IRAMBL, 1 (1): 1-12.
Mayrhofer, W., Pernkopf, K., & Reiss, L. (2020). The Meaning of Families and Their Impact
on the Expatriation and Repatriation Experiences of Self-Initiated Expatriates. Self-
Initiated Expatriates in Context: Recognizing Space, Time, and Institutions, 12 (18).
Mansor, F. (2010). Potensi Industri Halal Global. Dewan Ekonomi, 13-16.
Makela. L, Kansala. M. & Suutari, V. (2011). The Roles of Expatriates Spouses Among Dual
Career Couples. Cross Cultural Management: An International Journal, 18(2), 185-
197.
Mat Nor, N. (2003). Status Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam: Kajian Perbandingan
Dengan Konsep Negara Islam Menurut Siasah Syar’iyyah. Universiti Malaya.
Muhammad Safuan, Y., Nur Hidayah Iwani, M.K., Irma Wani, O. & Abu Bakar. A.H. (2018).
Pengaruh Keluarga dalam Memperkasa Keputusan Ekspatriasi Akademik Ekspatriat
Berdikari di Universiti Awam Malaysia. Labuan e-Journal of Muamalat and Society.
12(2018):158-168.
Volume 6 Issue 23 (April 2021) PP. 85-103
DOI 10.35631/IJLGC.623006
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 103
Muhammad Safuan, Y., Irma Wani, O., Norazah, M. S., Hasbullah, A. Herlina, J. & Rudy
Adie, R. (2017). Persekitaran Politik Sebagai Motif Ekspatriasi Akademik Ekspatriat
Berdikari di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Labuan e-Journal of
Muamalat and Society. 11(2017):59-67.
Muhammad Safuan, Y., Irma Wani, O., Rudie Adie, R. & Norazah, M.S. (2016). Masa Depan
Kerjaya, Perhubungan Kekeluargaan dan Pegangan Hidup Sebagai Motif Ekspatriasi
Akademik Ekspatriat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Labuan e-Journal of
Muamalat and Society. 10(2016):101-114.
Muhammad Safuan, Y., Irma Wani, O., Norazah, M.S. & Rudie Adie, R. (2015). Kerjaya dan
Ekonomi Sebagai Motif Ekspatriasi Ekspatriat Akademik di Institusi Pengajian Tinggi
Awam Malaysia. Labuan e-Journal of Muamalat And Society. 9(2015): 36-47.
Muhammad, Z. (1980). Pegangan Hidup Umat Islam. Kota Bharu: Dewan Pemuda Pas.
Ministry of Education (MOE). (2019). Statistik Perangkaan Ekspatriat Akademik di Malaysia
2011-2017. Diakses pada 10 Mac 2021, dari http://moe.gov.my/muat-
turun/awam/statistik/2017.
Nekman, N. A. (2007). Strategi Pemasaran Hab Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM). Universiti Malaya.
Norazah, M. S., Irma Wani, O., Muhammad Safuan, Y., dan Norbayah, M. S. (2014). Budaya
dan Pengembaraan Sebagai Pendorong Pemilihan Kerjaya di Universiti Malaysia
Sabah. Labuan e-Journal of Muamalat And Society. 8(2014): 73-86.
Richardson, J. (2006). Self-Directed Expatriation: Family Matters. Personnel Review, 35(4),
469-486.
Schoepp, K. and Forstenlechner, I. 2010. The Role of Family Considerations in An Expatriate
Majority Environment. Team Performance Management, 16(5/6), 309-323.
Rudy Adie, R., Irma Wani, O., Norazah, M.S., Hasbullah, A., Herlina, J. & Muhammad Safuan,
Y. (2017). Pengaruh Keluarga Terhadap Penyesuaian Persekitaran Kerjaya Ekspatriat
Akademik Antarabangsa: Kajian Kes Universiti Malaysia Sabah. Labuan e-Journal of
Muamalat and Society. 11(2017): 68-76.
Rudie Adie, R., Irma Wani, O., Muhammad Safuan, Y. & Norazah, M. S. (2016). Pendorong
Dominan dan Sub Dominan Kejayaan Kerjaya Ekspatriat Akademik Di Universiti
Malaysia Sabah. Labuan e-Journal of Muamalat and Society.10 (2016): 77-85.
Simons, H. (2009). Case Study Research in Practice. Los Angeles: Sage Publication Ltd.
Stoermer, S., Lauring, J. & Selmer, J. (2020). Job Characteristics and Perceived Cultural
Novelty: Exploring the Consequences for Expatriate Academics’ Job Satisfaction. The
International Journal of Human Resource Management, 1-27.
Tantawi, M. S. (1999). Islam itu Mudah dan Sederhana. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
http://www.iium.edu.my/. Diekses: 10 Januari 2021.
Utami, W., Tobing, D.S.K., Paramu, H. & Slamin. (2019). Expatriate Career Development:
Self Efficacy, Multicultural Personality, Collective Efficacy and Individual Expatriate
Performance. International Journal of Trade and Global Markets, 12(2), 187-198.
Wan Daud, W. M.N. (2002). Malaysia sebuah Negara Islam: Pencapaian dan Cabaran. Seminar
Memahami Malaysia sebagai Sebuah Negara Islam, 8(17).
Yin, R.K. (2009). Case study Research: Design and Methods 4th Edition. Thousand Oaks. C
A. Sage.