BookPDF Available

Monyet Bangkatan Di Hutan Bakau Sabah

Authors:
  • Sabah Forestry Department, Malaysia
  • Sabah Forestry Department

Abstract

This book was published to create awareness on the interesting behavior and ecology of the endemic proboscis monkey of Borneo and one of the iconic wildlife of Sabah. Listed as an endangered species under the IUCN Red List in 2015, the population of this primate is getting less and less (with the latest estimate in Sabah in 2018 stands at 4,566 individuals); the need to protect them and their habitat is crucial for their continuous survival. Although there were publications in English previously but this one was written in Malay to benefit the local communities and students in Sabah so that they are well-informed about this unique primate living harmoniously within the ~ 388,557 ha of totally protected mangrove ecosystems of Sabah.
i
Muka Depan (Cover)
ii
i
MONYET
BANGKATAN
DI HUTAN BAKAU SABAH
ii
Monyet bangkatan betina dewasa dengan anaknya. Kebiasaannya anak-anak monyet
bangkatan akan bersama ibunya sehingga 12 bulan. Selepas itu, anak bangkatan betina
akan terus berada dalam kumpulan sedia-ada manakala bangkatan jantan pula akan
meninggalkan kumpulan tersebut dan membentuk kumpulan bangkatan semua jantan.
iii
MONYET
BANGKATAN
DI HUTAN BAKAU SABAH
Joseph Tangah
&
Arthur Y.C. Chung
2021
iv
Diterbitkan oleh
Jabatan Perhutanan Sabah
Beg Berkunci No. 68
90009 Sandakan, Sabah, Malaysia
Tel: +6089-242500
Faks: +6089-671303
Laman sesawang:
http://www.forest.sabah.gov.my
© 2021 Jabatan Perhutanan Sabah
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan
mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa
jua bentuk dan cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Ketua Konservator Hutan, Jabatan
Perhutanan Sabah, Sandakan, Sabah.
Cetakan Pertama 2021
Monyet Bangkatan di Hutan Bakau Sabah
Oleh Joseph Tangah & Arthur Y.C. Chung
ISBN: 978-967-0180-25-0
Dicetak di Taiwan.
v
KANDUNGAN
Kata Alu-aluan vi
Penghargaan ix
BAB 1 Pengenalan 1
BAB 2 Kelakuan Sosial 13
BAB 3 Pemilihan Makanan
dan Pemakanan 21
BAB 4 Ancaman Kepupusan dan
Kepentingan Hutan Bakau 27
BAB 5 Pemeliharaan Monyet Bangkatan 49
Glosari 57
Bibliografi 58
Indeks 60
vi
KATA ALU-ALUAN
Monyet bangkatan atau monyet
Belanda merupakan spesies yang
endemik di Kepulauan Borneo.
Haiwan yang hidup beradaptasi
dalam persekitaran hutan bakau ini
dapat dirungkaikan dengan kupasan
dan catatan pola kelakuan haiwan
unik ini dalam kehidupan seharian
mereka. Sesungguhnya keunikan
haiwan primat ini sangat mencuit hati
sesiapa sahaja yang berpeluang
melihatnya, sama ada secara
berdepan mata mahupun hanya
melihatnya di kaca televisyen atau di
media sosial. Keunikan monyet
bangkatan amat ketara, khususnya
kebolehan haiwan ini menyesuaikan
diri dan hidup bertoleransi dengan persekitaran kawasan hutan bakau
yang agak melampau dan sukar. Tambahan pula, haiwan ini memiliki
sifat dan ciri kelakuannya yang amat pemalu, gaya dan cara
pemakanan herbivor, iaitu hanya memakan tumbuh-tumbuhan seperti
dedaun bakau muda, pucuk muda dan buah-buahan pokok bakau yang
belum matang.
Buku ini menjelaskan tentang apakah yang dimaksudkan
dengan kelakuan sosial dan struktur organisasi monyet bangkatan.
Terdapat gambar yang diambil sendiri oleh penulis dan gambar ini
turut diselitkan bagi membantu pembaca mendapat penerangan yang
lebih jelas.
vii
Selain itu, ulasan berkaitan sistem pengurusan dan kepentingan
pelbagai tumbuhan hutan bakau di Sabah yang mempengaruhi sistem
pemakanan monyet bangkatan juga diperihalkan sebagai pengetahuan
umum. Saya percaya dengan terbitnya buku ini diharapkan akan
menambah lagi koleksi ilmu pengetahuan mengenai dengan pola-pola
kehidupan sosial monyet bangkatan dalam ekosistem hutan bakau di
Sabah yang dapat dimanfaatkan oleh pelbagai pihak.
Frederick Kugan
Ketua Konservator Hutan
Jabatan Perhutanan Sabah
viii
Gelagat monyet bangkatan
yang sentiasa berwaspada.
ix
PENGHARGAAN
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ketua Konservator Hutan,
Jabatan Perhutanan Sabah, Encik Frederick Kugan kerana memberi
peluang kepada kami untuk berkongsi pengalaman dan serba sedikit
maklumat berkaitan primat monyet bangkatan yang mendiami
kawasan hutan bakau di Sabah. Setinggi-tinggi penghargaan kepada
Timbalan Ketua Konservator Hutan (Penyelidikan & Pembangunan),
selaku Ketua Pusat Penyelidikan Perhutanan Sepilok, Dr. Robert C.
Ong, Profesor Dr. Shigeyuki Baba (Pengarah Eksekutif ISME), Dr. Chan
Hung Tuck (Bendahari ISME), Nozomi Oshiro dan Mio Kezuka
(Sekretariat ISME) atas sokongan penuh terhadap penulisan buku ini.
Tidak juga dilupakan ucapan terima kasih kepada Prof. Dr. Henry
Bernard (UMS) atas sokongan beliau dalam misi penulisan buku yang
seumpama ini. Kami juga menghargai nasihat serta dorongan dari
pihak Dewan Bahasa dan Pustaka serta rakan-rakan setugas, Viviannye
Paul dan Maria Ajik, dalam usaha awal penulisan buku ini. Nurul
Aqidah Ibrahim dan Mohd. Jumri Abd. Hamid juga membantu dalam
penghasilan buku ini.
Nun jauh di lapangan sana, sekalung budi kami tujukan khas
kepada Jamiss Aribin, Dauni Seligi, Fabian Koret, Soinin Satman, Lajius
Ganang dan Charlesvyne Francis Xavier kerana telah banyak
membantu dalam pengambilan data-data fenologi tumbuhan bakau
dan cerapan kelakuan monyet bangkatan di lapangan meskipun
berhadapan dengan jutaan sang agas yang menjadi lumrah dalam
sesuatu ekosistem hutan bakau. Kepada semua teman-teman jauh dan
dekat, para pembaca di luar sana, khususnya yang secara tidak sengaja
terbaca buku ini, hargailah alam semula jadi, khususnya monyet
bangkatan yang masih wujud dalam persekitaran hutan bakau kita.
Joseph Tangah & Arthur Y.C. Chung
x
Gelagat amaran oleh monyet
bangkatan jantan.
xi
Bahagian belakang monyet bangkatan
yang seolah-olah memakai jaket.
xii
Hierarki adalah penting dalam kumpulan
monyet bangkatan satu jantan.
1
BAB 1 PENGENALAN
Monyet bangkatan ataupun monyet Belanda merupakan spesies yang
hanya ditemui di Kepulauan Borneo. Monyet ini memiliki hidung yang
besar dan mancung, berbulu kuning tua cerah, berperut besar dan
mempunyai ekor yang panjang. Monyet bangkatan biasanya boleh
ditemui di sepanjang muara sungai yang berhutan, seperti di
kebanyakan kawasan hutan bakau di negeri Sabah. Haiwan primat ini
sangat menarik kerana sifat pemalu dan gemar mempamerkan
pelbagai gelagat sosial dan kelakuan mereka yang unik.
Secara umum, ekosistem hutan bakau boleh dijumpai di
kawasan tropika dan subtropika, khususnya di kawasan tepi laut,
muara sungai dan di sekeliling pulau-pulau. Terdapat berbagai jenis
tumbuh-tumbuhan bakau, seperti dalam Jadual 1.1, yang boleh
dijumpai di negeri Sabah. Sebanyak 33 jenis bakau sebenar (true
mangrove) dan 40 jenis bakau sekutu (associate mangrove) di negeri
ini. Monyet bangkatan merupakan salah satu haiwan primat yang
telah sekian lama menjadi penghuni utama di kawasan hutan bakau,
selain beberapa primat yang lain, seperti kera, beruk, lotong kelabu
dan juga orang utan.
Dedaun pucuk-pucuk muda anak benih pokok bakau
juga sangat digemari oleh monyet bangkatan.
2
Jadual 1.1: Senarai umum tumbuhan bakau sebenar dan sekutu
di Sabah.
Spesis bakau sebenar
Spesis bakau sekutu
Spesis
Kaum
Spesis
Kaum
Aegiceras corniculatum
Primulaceae
1
Aganope heptaphylla
Fabaceae
Aegiceras floridum
Primulaceae
2
Aglaia cucullata
Meliaceae
Acanthus ebracteatus
Acanthaceae
3
Asplenium nidus
Aspleniaceae
Acanthus ilicifolius
Acanthaceae
4
Caesalpinia crista
Fabaceae
Acrostichum aureum
Pteridaceae
5
Calamus erinaceus
Arecaceae
Acrostichum speciosum
Pteridaceae
6
Calophyllum inophyllum
Calophyllaceae
Avicennia alba
Rhizophoraceae
7
Casuarina equisetifolia
Casuarinaceae
Avicennia marina
Rhizophoraceae
8
Cassine viburnifolia
Celastraceae
Avicennia officinalis
Rhizophoraceae
9
Cerbera manghas
Apocynaceae
Brownlowia argentata
Malvaceae
10
Cerbera odollam
Apocynaceae
Bruguiera parviflora
Rhizophoraceae
11
Croton heterocarpus
Euphorbiaceae
Bruguiera cylindrica
Rhizophoraceae
12
Crinum asiaticum
Amaryllidaceae
Bruguiera sexangula
Rhizophoraceae
13
Cryptocoryne ciliata
Araceae
Bruguiera gymnorrhiza
Rhizophoraceae
14
Dendrolobium umbellatum
Fabaceae
Bruguiera hainesii
Rhizophoraceae
15
Deris trifoliata
Fabaceae
Ceriops tagal
Rhizophoraceae
16
Dillenia suffruticosa
Dilleniaceae
Ceriops zippeliana
Rhizophoraceae
17
Dolichandrone spathacea
Bignoniaceae
Excoecaria agallocha
Euphorbiaceae
18
Excoecaria indica
Euphorbiaceae
Kandelia candel
Rhizophoraceae
19
Ficus microcarpa
Moraceae
Lumnitzera racemosa
Combretaceae
20
Flagellaria indica
Flagellariaceae
Lumnitzera littorea
Combretaceae
21
Heritiera globosa
Malvaceae
Nypa fruticans
Arecaceae
22
Heritiera littoralis
Malvaceae
Osbornia octodonta
Myrtaceae
23
Ilex cymosa
Aquifoliaceae
Rhizophora apiculata
Rhizophoraceae
24
Inocarpus fagiferus
Fabaceae
Rhizophora mucronata
Rhizophoraceae
25
Instia bijuga
Fabaceae
Rhizophora stylosa
Rhizophoraceae
26
Ipomea pes-caprae
Convolvulaceae
Sonneratia alba
Lythraceae
27
Lasia spinosa
Araceae
Sonneratia caseolaris
Lythraceae
28
Merope angulata
Rutaceae
Sonneratia ovata
Lythraceae
29
Milletia pinnata
Fabaceae
Sonneratia x hainanensis
Lythraceae
30
Morinda citrifolia
Rubiaceae
Scyphiphora hydrophyllacea
Rubiaceae
31
Oncosperma tigillarium
Arecaceae
Xylocarpus granatum
Meliaceae
32
Pandanus tectorius
Pandanaceae
Xylocarpus moluccensis
Meliaceae
33
Pluchea indica
Asteraceae
34
Pouteria obovata
Sapotaceae
35
Scaevola taccada
Goodeniaceae
36
Stenochlaena palustris
Blechnaceae
37
Talipariti tiliaceum
Malvaceae
38
Terminalia catappa
Combretaceae
39
Thespesia populnea
Malvaceae
40
Vitex pinnata
Lamiaceae
3
Monyet bangkatan juga
memakan bunga pokok nipah.
4
Nama monyet bangkatan dalam bahasa Inggeris ialah Proboscis
Monkey dan nama Latin ialah Nasalis larvatus. Monyet bangkatan
dikenali juga sebagai “Monyet Belanda” atau “Bayau” dalam kalangan
penduduk tempatan di negeri Sabah. Monyet bangkatan adalah
haiwan primat yang sangat unik dari segi penampilan dirinya yang
mempunyai bulu halus di bahagian atas kepala, bahu, lengan, kaki, dan
ekornya juga berwarna oren kecoklatan. Monyet bangkatan ini
mempunyai hidung yang besar dan menjulur panjang (khususnya
hidung monyet bangkatan jantan lebih besar dan terjulur lebih panjang
berbanding hidung monyet bangkatan betina), arboreal dan
mempunyai ekor yang panjang. Kelakuannya sangat menarik dan ia
adalah haiwan herbivor, iaitu haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan,
khususnya pucuk-pucuk daun muda, bunga muda dan buah yang
belum matang bagi spesis tumbuhan tertentu, contohnya, Rhizophora
spp., Bruguiera parviflora dan banyak lagi tumbuhan bakau yang lain.
Primat monyet bangkatan yang unik dan eksotik di Kepulauan Borneo
ini biasanya dijumpai di sepanjang sungai-sungai utama dan muara-
muara sungai yang kebanyakannya masih dipelopori oleh litupan hutan
tebal seperti tumbuh-tumbuhan bakau.
Hidung bangkatan jantan
dewasa yang bersaiz besar dan
terjulur ke bawah.
5
Monyet bangkatan jantan yang bertindak sebagai ketua
kumpulan sentiasa berwaspada terhadap segala ancaman dan
gangguan dalam kumpulannya. Persoalan mengapa hidung monyet
bangkatan jantan lebih besar dan terjulur lebih panjang berbanding
monyet bangkatan betina masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.
Beberapa andaian telah cuba dikupas satu persatu, misalannya hidung
yang besar dan panjang pada bangkatan jantan bertujuan untuk
dijadikan sebagai daya tarikan kepada bangkatan betina untuk
mengawan. Ini dapat dilihat pada beberapa kumpulan satu jantan di
mana bangkatan yang bersaiz besar dan hidung yang lebih besar
biasanya mempunyai anggota monyet bangkatan betina yang lebih
banyak dalam kumpulannya.
Monyet bangkatan jantan yang sedang
berehat di atas dahan pokok
Sonneratia caseolaris.
6
Keinginan untuk mempunyai baka yang lebih baik khususnya
pada primat bangkatan betina mungkin juga bersangkut paut dengan
persekitaran habitat semula jadi monyet bangkatan yang sentiasa
berada di kawasan hutan bakau dan berhampiran dengan pesisiran
pantai yang hangat dan panas. Dengan bentuk hidung yang bersaiz
besar ianya dapat membantu untuk menghilangkan haba dari dalam
badan melalui perpeluhan pada hidung monyet bangkatan tersebut.
Lazimnya, monyet bangkatan betina dewasa dalam kelompok
kumpulan satu jantan bertindak sebagai pelengkap dan pengerat
hubungan antara semua ahli dalam kumpulan satu jantan.
Monyet bangkatan yang sedang menikmati
pankek di pelantar makan khas.
7
Hutan bakau di negeri Sabah mempunyai keluasan lebih kurang
364,168 hektar dan kawasan ini adalah habitat semula jadi kepada
pelbagai flora dan fauna. Selain itu, hutan bakau juga memainkan
peranan yang sangat penting kepada kestabilan ekosistem kawasan
pesisiran pantai, termasuklah juga fungsinya yang bertindak sebagai
agen untuk memecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan
pukulan ombak lautan yang menerjah ke arah kawasan pesisiran
pantai dan muara sungai.
Pemandangan udara sebahagian daripada
hutan bakau Sepilok Laut di Sandakan.
8
Peranan saling bergantungan antara primat monyet bangkatan
dengan ekosistem hutan bakau amat ketara kerana sifat semula jadi
haiwan primat ini yang bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
di sepanjang sungai dan muara sungai yang kebanyakannya masih lagi
dipelopori oleh tumbuh-tumbuhan bakau. Monyet bangkatan kerap
kali melakukan pergerakan berulang-alik, iaitu dari suatu tempat
berhutan bakau ke arah tepian sungai ataupun muara sungai untuk
berehat dan seterusnya tidur pada setiap malam. Biasanya monyet
bangkatan akan bergerak kurang dari 5 km dari tepian sungai utama
yang masih berhutan. Monyet bangkatan juga mempunyai
keistimewaan pada struktur jari-jemarinya yang agak unik berbanding
dengan primat lain, seperti berkulit renang pada kedua-dua kaki dan
tangannnya. Struktur ini membolehkannya berenang dan bergerak
pantas di permukaan lantai hutan bakau yang berlumpur lembut atau
berenang untuk menyeberangi sungai.
Kebolehan melompat monyet bangkatan dengan
jangkauan 3-6 m amatlah menarik.
9
Apabila senja menyingsing, kumpulan monyet bangkatan
biasanya akan memilih pokok-pokok yang tinggi dan rimbun di
kawasan tebing sungai di hutan bakau untuk berehat dan
tidur.
10
Habitat semula jadi yang utama bagi monyet bangkatan di
negeri Sabah pada masa ini adalah seperti kawasan berhutan bakau,
paya gambut dan pesisiran pantai yang biasanya dipelopori oleh
jaringan sungai-sungai utama. Oleh itu, dianggarkan hanya terdapat
lebih kurang 10% sahaja daripada keluasan muka bumi negeri Sabah,
sesuai untuk habitat monyet bangkatan. Berdasarkan anggaran kasar
pada tahun 2008, jumlah taburan monyet bangkatan di negeri Sabah
adalah lebih kurang 6,000 ekor. Untuk rekod, lebih daripada 50%
populasi primat monyet bangkatan di negeri Sabah hanya terdapat di
kawasan perlindungan Ramsar Kinabatangan. Kawasan ini merupakan
habitat hutan bakau yang sangat penting di negeri Sabah.
Sungai Menanggul di Kinabatangan adalah antara lokasi yang
terpenting untuk populasi monyet bangkatan.
11
Monyet bangkatan jantan memperlihatkan tindakbalas
amaran terhadap gangguan di sekelilingnya.
12
Monyet bangkatan jantan sering memberikan reaksi
yang garang seolah-olah mengancam.
13
BAB 2 KELAKUAN
SOSIAL
Monyet bangkatan hidup secara sosial dalam kumpulan tertentu.
Secara umumnya terdapat dua kumpulan sosial primat monyet
bangkatan, iaitu kumpulan satu jantan (one male unit) ataupun
kumpulan harem dan kumpulan semua jantan. Kumpulan sosial
monyet bangkatan satu jantan ataupun kumpulan harem hanya akan
dipelopori oleh seekor monyet bangkatan dewasa jantan yang
dominan dan dianggotai oleh lebih dari satu monyet bangkatan
dewasa betina, beberapa juvana dan anak-anak monyet bangkatan
(offsprings). Monyet bangkatan betina dewasa dalam kumpulan satu
jantan ini biasanya bertindak sebagai pengerak utama dalam
kestabilan kumpulan satu jantan yang dipimpin oleh hanya seekor
monyet bangkatan jantan dewasa yang dominan. Kumpulan semua
jantan (all males unit) pula dianggotai oleh pelbagai peringkat umur
monyet bangkatan jantan dan biasanya membentuk suatu kumpulan
monyet bangkatan yang sangat longgar.
Terdapat juga hierarki kelakuan sosial antara monyet
bangkatan betina dalam suatu kumpulan satu jantan yang diketuai
oleh seekor monyet bangkatan jantan, khususnya yang berkaitan
dengan aktiviti mengawan. Biasanya monyet bangkatan jantan hanya
kekal dalam kumpulannya sehingga enam tahun sebelum diganti pula
oleh monyet bangkatan jantan lain yang lebih dominan. Sesi
pertarungan akan mengambil masa satu hingga dua minggu untuk
merebut kuasa sebagai ketua dalam sesuatu kumpulan harem monyet
bangkatan.
Bagi membolehkan mana-mana anggota monyet bangkatan
jantan daripada kumpulan semua jantan menguasai sesebuah
14
kumpulan satu jantan, sesi pertarungan untuk menduduki harem
tersebut akan berlaku dalam tempoh masa tiga hari hingga seminggu.
Ahli-ahli dalam kumpulan semua jantan yang ingin mencabar mana-
mana ketua kumpulan harem yang telah dikenalpasti akan melalui sesi
pertarungan yang agak sengit dan ganas sehingga mengambil masa
beberapa hari untuk selesai. Monyet bangkatan yang berjaya ataupun
menang dalam pertarungan akan terus menguasai kumpulan harem
tersebut untuk suatu tempoh masa yang tertentu. Monyet bangkatan
yang kalah akan diusir keluar daripada kumpulan harem dan akan
menyendiri atau bergabung secara longgar dengan kumpulan semua
jantan yang sedia ada.
Secara umumnya primat monyet bangkatan hanya aktif pada
waktu siang dan aktiviti harian yang dilakukan kebanyakannya berkait-
rapat dengan jalan-jalan air seperti sungai-sungai utama di kawasan
hutan bakau, khususnya kawasan yang masih mempunyai kepadatan
silara hutan bakau yang masih tebal. Keadaan ini secara tidak langsung
menjelaskan kelakuan harian sosial monyet bangkatan.
Pada umumnya, habitat hutan bakau yang mempunyai
rimbunan hutan bakau pelbagai jenis dan tebal akan lebih disukai. Ia
biasanya menjadi tumpuan monyet bangkatan untuk berehat,
berteduh, mencari makanan dan sebagainya. Keadaan ini dapat dilihat
apabila kawasan berhutan tebal ini seringkali dikunjungi dalam setiap
pergerakan harian kumpulan monyet bangkatan tersebut.
Monyet bangkatan yang dominan dalam kumpulan harem akan
mengawan dengan semua monyet bangkatan betina mengikut giliran
dan hierarki masing-masing. Monyet bangkatan jantan tersebut akan
berdepan dengan tugas yang agak berat jika kumpulan harem tersebut
mempunyai jumlah monyet bangkatan betina dewasa yang ramai. Oleh
demikian, akan wujud potensi untuk membentuk kumpulan harem
yang baharu apabila ahli-ahli kumpulan tersebut semakin besar dan
kumpulan harem yang baharu terbentuk ini pula akan dipimpin oleh
15
seekor monyet bangkatan jantan baharu yang dewasa dan dominan.
Ini jelas berlaku apabila monyet bangkatan juvana telah menjadi
dewasa dan berkeinginan untuk bersaing bagi mendapatkan pasangan
untuk mengawan, khususnya daripada kumpulan semua jantan.
Kumpulan semua jantan monyet
bangkatan seringkali memperlihatkan
tindakbalas yang mengancam dan
agresif apabila terdapat gangguan.
16
Kajian lapangan berkaitan kelakuan primat monyet bangkatan
melalui pemerhatian kelakuan dalam ekosistem hutan bakau telah
berjaya merekodkan sebanyak 35,878 jenis kelakuan sosial primat
monyet bangkatan dalam tempoh masa 12 bulan berturut-turut
melalui 5,760 aktiviti persampelan imbasan. Aktiviti utama monyet
bangkatan dalam landskap hutan bakau yang paling kerap dicatatkan
adalah kelakuan berehat seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual
2.1. Aktiviti berehat ini penting bagi monyet bangkatan kerana tempoh
masa untuk menghadamkan makanan yang terdiri daripada komponen
daun muda, pucuk, buah muda dan bunga daripada tumbuh-tumbuhan
bakau yang terkumpul dalam perut ruminen primat monyet bangkatan
mengambil masa yang agak lama untuk dihadamkan.
Jadual 2.1: Carta pola kelakuan sosial monyet bangkatan.
Secara umumnya peratusan aktiviti kelakuan primat monyet
bangkatan, adalah seperti berehat (32.6%), bergerak (18.8%), makan
(16.4%), mendandan (13.1%), bermain (7.2%), bergayut (4.3%),
mengugut (2.9%), melaung (2.1%), menyusu (1.2%), minum (1%),
mengawan (0.15%), kencing (0.14%) dan berak (0.01%). Aktiviti seperti
berehat, bergerak (untuk mencari sumber makanan) dan makan
adalah tiga jenis kelakuan utama dalam kehidupan seharian monyet
17
bangkatan. Manakala kelakuan mendandan (grooming), misalnya
mencari kutu, mengusap bulu badan dan membelai adalah antara
aktiviti yang keempat terbesar dalam pemerhatian kelakuan primat
monyet bangkatan di persekitaran hutan bakau.
Monyet bangkatan betina memperlihatkan
kelakuan mendandan, seperti mencari kutu.
18
Corak pergerakan monyet bangkatan sangatlah berbagai-bagai,
seperti berjalan di atas lantai hutan bakau yang bencah ataupun
berlumpur lembut dan kerap memanjat pokok-pokok bakau yang
tinggi bertujuan untuk mencapai dahan yang paling sesuai sebagai
tempat berehat, berteduh, mencari sumber makanan seperti daun
muda dan seterusnya tidur pada waktu malam.
Monyet bangkatan sangat pantas memanjat pokok-pokok
yang tinggi di hutan bakau..
19
Seperti haiwan yang lain, kelangsungan zuriat primat monyet
bangkatan dilakukan melalui proses persenyawaan. Lazimnya,
persenyawaan monyet bangkatan akan berlaku apabila kematangan
seks bangkatan betina mencapai umur lima tahun, iaitu apabila alat
kelaminnya mengalami perubahan warna kepada warna kemerah-
merahan. Aksi-aksi yang jelas sebelum aktiviti mengawan berlaku
biasanya, memperlihatkan peranan utama monyet bangkatan tersebut
yang saling bermuncung muka diikuti oleh kelakuan monyet bangkatan
jantan dewasa yang akan bersuara nyaring “ngwa-ngwa-ngwa” dan
monyet bangkatan betina pula akan bertindakbalas dengan
memperagakan punggungnya sebagai tanda isyarat sudah bersedia
untuk proses mengawan. Kelakuan mengawan antara monyet
bangkatan jantan dan betina yang pernah direkodkan biasanya akan
berlangsung selama lebih kurang 20 saat hingga 66 saat. Proses
persenyawaan ini akan bermula sebaik sahaja monyet bangkatan
jantan melekap di tubuh bahagian belakang monyet bangkatan betina.
Sementara itu, monyet bangkatan betina yang lain akan sabar
menunggu giliran masing-masing dalam aksi hebat semula jadi si
monyet bangkatan jantan.
Kelakuan mengawan yang ditunjukkan oleh
monyet bangkatan dewasa.
20
Monyet bangkatan sering memanjat pokok
bakau yang tinggi untuk mencari pucuk atau
daun muda sebagai sumber makanan.
21
BAB 3 PEMILIHAN MAKANAN
DAN PEMAKANAN
Monyet bangkatan dan kebanyakan haiwan primat yang lain di negeri
Sabah bergantung sepenuhnya kepada tumbuh-tumbuhan sebagai
asas sumber makanan bagi memenuhi keperluan diet mereka,
khususnya bekalan sumber nutrien dalam badan haiwan tersebut.
Monyet bangkatan juga banyak menghabiskan masa untuk makan dan
bergerak mencari makanan. Bagi haiwan primat seperti monyet
bangkatan, pemilihan makanan banyak dipengaruhi oleh bekalan
sumber makanan yang terdapat dalam sesuatu habitat. Tambahan
pula, monyet bangkatan mempunyai struktur usus dan perut ruminan
yang berbeza dengan primat lain. Terdapat ruang istimewa dalam
perut monyet bangkatan yang mengandungi selulosa dan berfungsi
khusus untuk merembeskan bakteria yang akan menyahtoksik
kandungan alkaloid dalam daun tumbuh-tumbuhan yang dimakan.
Namun, sistem penghadaman monyet bangkatan tidak mampu
memproses sumber makanan yang tinggi paras gulanya, seperti buah-
buah yang matang, kerana ia akan menyebabkan keracunan dalam
perutnya dan boleh mendatangkan kematian. Oleh yang demikian,
peranan monyet bangkatan untuk menyebarkan biji benih adalah
sangat minima. Tetapi peranan khusus dan sumbangan primat monyet
bangkatan ini diberikan untuk kesuburan tanah dalam habitat hutan
bakau melalui pembuangan najis dan air kencing di lantai hutan bakau.
Ini kerana primat monyet bangkatan sentiasa bergerak dari satu
tempat ke satu tempat yang lain dan secara tidak langsung
menyumbang kepada kelestarian dan kesuburan ekosistem lantai
hutan bakau dan sekitarnya.
22
Berikut adalah senarai beberapa spesies tumbuh-tumbuhan
bakau yang telah dikenalpasti sebagai sumber makanan utama primat
monyet bangkatan di negeri Sabah.
Jadual 3.1: Senarai spesies tumbuhan bakau sebagai sumber makanan
utama primat monyet bangkatan.
Nama saintifik
Nama tempatan
Bahagian tumbuhan
yang dimakan
Rhizophora apiculata
Bangkita
Pucuk, buah muda
Rhizophora mucronata
Bakau kurap
Pucuk, buah muda
Bruguiera parviflora
Lengadai
Pucuk, buah muda
Acrostichum aureum
Pakis piai
Spora, bunga, pucuk
Avicennia alba
Api-api
Pucuk, buah muda
Derris trifoliata
Deris
Pucuk, bunga
Ceriops tagal
Tengar
Pucuk, buah muda
Ceriops zippeliana
Tirog
Pucuk, buah muda
Xylocarpus moluccensis
Nyireh batu
Pucuk daun
Caesalpinia crista
Gorek
Pucuk daun
Talipariti tiliaceum
Bebaru
Daun muda, pucuk
Ficus microcarpa
Ara bakau
Pucuk daun
Acanthus ebracteatus
Akantus
Bunga
Nypa fruticans
Sonneratia caseolaris
Nipah
Perepat
Bunga muda
Daun muda, pucuk
23
Kelakuan monyet bangkatan betina yang sangat teliti juga telah
diperhatikan semasa memetik hujung daun muda pakis piai yang
berwarna kuning dan kehijauan yang mengandungi spora-spora halus
pada bahagian bawah permukaan daun pakis piai tersebut untuk
dimakan. Monyet bangkatan betina juga memakan buah muda
propagul dari spesies pokok bakau Bruguiera parviflora. Ketika air
surut penuh lautan, monyet bangkatan juga lebih cenderung berjalan
di lantai hutan bakau untuk memetik pucuk daun dan daun muda
anak-anak tumbuhan pokok bakau seperti Rhizophora apiculata yang
biasanya tumbuh secara merata dan bertaburan di hutan bakau.
Monyet bangkatan memakan
hujung pucuk muda daun piai yang
mempunyai spora-spora halus pada
permukaan daunnya.
24
Daun muda dan pucuk pokok Lengadai, Bruguiera parviflora,
turut menjadi sumber makanan monyet bangkatan.
25
Anak benih pokok Bangkita, Rhizophora apiculata, merupakan sumber daun
muda dan pucuk daun yang menjadi makanan utama monyet bangkatan.
26
Kelakuan berehat atau tidur monyet bangkatan
yang seolah-olah memikir tentang masa depannya.
27
BAB 4 ANCAMAN KEPUPUSAN
DAN KEPENTINGAN
HUTAN BAKAU
Salah satu penyebab utama kepupusan sesuatu organisma adalah
penyesaran kawasan semula jadi hutan bakau yang secara langsung
akan menyebabkan kehilangan kekal habitat flora dan fauna di mana
penyesaran itu terjadi. Kerosakan habitat ini seringkali dikaitkan
dengan pembukaan kawasan hutan bakau untuk tujuan perladangan,
kegiatan akuakultur, pembinaan infrastruktur dan pembukaan
kawasan penempatan manusia yang baharu. Suatu ketika dahulu,
monyet bangkatan juga sering diburu khususnya oleh masyarakat
bukan islam untuk tujuan komersial kerana mitos dan kepercayaan
dongeng bahawa daging primat monyet bangkatan yang dikatakan
berkhasiat. Keadaan seumpama ini seolah-olah menjadikan manusia
itu adalah ancaman utama kepada monyet bangkatan. Oleh yang
demikian, usaha berterusan amat diperlukan untuk mencegah
sebarang bentuk pemburuan haram dalam kawasan hutan bakau.
Aktiviti pembukaan hutan bakau secara besar-besaran juga perlulah
dikawal dan sebolehnya dielakkan daripada terus berlaku kerana apa
yang pasti primat monyet bangkatan tidaklah mampu untuk terus
hidup di kawasan yang terganggu. Sekiranya suatu kawasan hutan
bakau terpaksa juga dimusnahkan atas nama pembangunan, maka
wajarlah Kajian Impak Alam Sekitar ataupun EIA (Environmental Impact
Assessment) dilakukan untuk menyokong sebarang bentuk
pembangunan di kawasan hutan bakau tersebut.
28
Tebus guna kawasan hutan bakau untuk
kegiatan akuakultur sudah pasti menjejaskan
habitat dan populasi monyet bangkatan.
29
Ancaman lain yang agak minima dan telah dikenal pasti adalah
serangan haiwan pemangsa seperti harimau dahan (Neofelis diardi),
ular sawa (Phyton reticulatus) dan buaya tembaga (Crocodylus
porosus). Walaupun kejadian pemangsaan seperti ini jarang-jarang
berlaku, namun ia sedikit sebanyak mempengaruhi gelagat dan tingkah
laku primat monyet bangkatan yang mendiami kawasan-kawasan
berhutan tebal seperti kawasan hutan bakau. Oleh yang demikian,
adalah menjadi tanggungjawab semua agensi kerajaan yang berkaitan
untuk terus memperkasakan urustadbir pemeliharaan ekosistem hutan
bakau di negeri Sabah.
Lotong kelabu yang menjadi mangsa buaya
tembaga di Sungai Sibyte, Sandakan.
30
Hutan bakau juga penting untuk melindungi kawasan pantai
dan menstabilkan ekosistem sekitarnya. Ia melindungi pesisiran pantai
daripada kuasa fizikal, seperti ombak besar yang melanda pinggir
pantai dan angin pantai yang kencang. Litupan hutan bakau yang tebal
mampu menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai
penampan semula jadi terhadap ribut taufan yang kencang menerjah
ke tepian pantai. Terdapat banyak spesies udang, ketam, kerang dan
ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di kawasan hutan
bakau. Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya
merupakan tapak penting bagi burung-burung residen yang berhijrah
mencari makanan dan membuat sarang. Primat monyet bangkatan
pula penting dari segi nilai estatik dan merupakan ikon hidupan liar
bagi kawasan hutan bakau. Pokok bakau api-api, Avicennia alba dan
pokok bakau lengadai, Bruguiera parviflora menyediakan rimbunan
daun tebal pada bahagian atas pokok yang sangat baik untuk monyet
bangkatan berehat dan duduk di atas dahan pada siang hari dan tidur
pada waktu malam. Ekosistem hutan bakau juga amat mempengaruhi
kehidupan batu-batu karang di tepi-tepi pantai dengan cara
memerangkap sedimen, menapis kotoran seperti bahan-bahan
kumbahan dari daratan yang melalui sungai.
Monyet bangkatan betina dewasa yang
diserang oleh ular sawa di Labuk Bay
Proboscis Monkey Sanctuary.
31
Kelakuan sosial monyet bangkatan, seperti mendandan
dan berehat di dahan pokok Avicennia alba yang tinggi.
32
Kelakuan memakan daun muda oleh kumpulan monyet
bangkatan di atas pokok Bruguiera parviflora.
33
Selain itu, komuniti manusia yang tinggal di kawasan pesisiran
pantai menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot. Kayu
bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan, arang kayu dan
kayu api. Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau tengar
(Ceriops tagal) digunakan sebagai pewarna jaring, kain layar, pelekat
plastik dan bahan awet yang digunakan sebagai bahan ramuan dalam
memproses minuman. Hutan bakau di negeri Sabah juga merupakan
habitat penting sebagai tempat perlindungan beberapa spesies primat
yang lain, seperti lotong kelabu, monyet dan beruk.
Pemandangan perkampungan nelayan yang berhampiran
dengan muara sungai.
34
Kawasan perlindungan utama primat monyet bangkatan
meliputi kawasan hutan simpan bakau di seluruh negeri Sabah yang
kebanyakannya terdapat di kawasan pantai timur. Pengekalan habitat
hutan bakau di negeri Sabah merupakan langkah asas dalam
pemuliharaan primat monyet bangkatan. Tempat kediaman semula
jadi primat ini perlu dilindungi secara fizikal dan juga melalui undang-
undang yang jelas, seperti mana yang diperuntukkan dalam Enakmen
Hutan 1968 dan Enakmen Hidupan Liar 1997.
Komuniti biotik (organisma hidup) yang biasa terdapat di
kawasan hutan bakau adalah terdiri daripada berbagai tumbuhan dan
haiwan, seperti burung raja udang (Pelargopis amauroptera), burung
helang (Haliastur indus), ular bakau (Boiga dendrophila), memerang
(Aonyx cinerea), buaya tembaga (Crocodilus porosus), kerang (Anadara
granosa), lokan (Polymesoda expansa), ketam (Scylla serrata), udang
(Penaeus monodon) dan ikan (Toxotes chatareus, Periophthalmus spp.)
serta lain-lain hidupan kecil yang terapung, misalnya zooplankton
(Copepoda sp.). Beberapa jenis primat turut menghuni kawasan bakau
seperti orang utan (Pongo pygmaeus), bangkatan (Nasalis larvatus),
dan lotong kelabu (Trachypithecus cristata). Kesemua komuniti biotik
ini saling bergantungan antara satu sama lain dengan cara yang
tersendiri sehingga membentuk suatu jaringan pemakanan untuk
hidup dan digelar sebagai kitaran hidup di hutan bakau. Begitu jugalah
hubungannya dengan komponen-komponen abiotik (organisma tidak
hidup) seperti tanah lumpur, udara, dan gabungan air tawar dengan air
laut yang membentuk air payau.
Interaksi antara komponen-komponen biotik dan abiotik dalam
suatu ekosistem hutan bakau boleh menjelaskan lagi peranan tumbuh-
tumbuhan dan haiwan di kawasan tersebut. Sesungguhnya tumbuhan
bakau telah pun beradaptasi untuk hidup di persekitaran kawasan
yang melampau, seperti berair masin dan berlumpur. Ini diserasikan
dengan kebergantungan komuniti biotik seperti tumbuh-tumbuhan
terhadap bantuan air laut, angin dan ombak untuk mendapatkan
35
bekalan tenaga, air, dan zat-zat galian. Di samping itu, tumbuhan
bakau juga berupaya menyerap gas karbon dioksida dan menghasilkan
gas oksigen ke atmosfera melalui proses fotosintesis.
Reputan-reputan dan penguraian haiwan-haiwan, daun-daun,
ranting-ranting tumbuhan yang mati menjadi salah satu punca utama
zat-zat pemakanan bagi pertumbuhan hutan bakau. Kitaran zat yang
berlaku pada tumbuh-tumbuhan tersebut berlaku apabila dedaun dan
ranting-ranting kayu gugur dan mereput serta diuraikan oleh
organisma-organisma mikro seperti agen-agen pereputan, khususnya
fungi, di mana ianya akan diserap kembali oleh tumbuhan bakau
sebagai sumber nutrien. Sistem akar tumbuhan bakau telah
disesuaikan dengan persekitaran yang sentiasa terdedah kepada
pukulan ombak yang kuat dan juga tiupan angin kencang. Sistem akar
sebegini rupa menyediakan ruang penghidupan yang selesa kepada
hidupan laut, khususnya ikan, udang dan ketam. Organisma seperti ini
memerlukan habitat yang terlindung dari ancaman arus kuat bagi
memudahkannya memperolehi sumber keperluan makanan dan
seterusnya membiak. Jelas sekali bahawa ekosistem hutan bakau
sangat kaya dengan bahan-bahan makanan bagi organisma seperti ini,
kerana adanya reputan tumbuhan dan haiwan serta sisa-sisa bahan
yang dibawa oleh ombak.
Interaksi seumpamanya akan membina satu sistem rangkaian
ataupun jaringan di antara semua kumpulan biotik dan abiotik di
dalam sesebuah ekosistem hutan bakau. Sekiranya salah satu daripada
mana-mana kumpulan tersebut diganggu, diubah, ataupun
dihapuskan, maka kesan daripada tindakan negatif ini akan
memudaratkan keseluruhan ekosistem hutan bakau tersebut. Situasi
yang ketara dewasa ini ialah kegiatan penebus-gunaan kawasan tepi
pantai dan muara sungai yang sebahagian besarnya adalah hutan
bakau, sebagai kawasan perindustrian, perbandaran, perumahan,
pertanian dan juga kegiatan akuakultur. Eksploitasi hutan bakau yang
tidak terkawal juga menyumbang kepada kemusnahan ekosistem
36
bakau. Penuaian hasil hutan bakau untuk kegunaan arang kayu,
cerucuk, tanin, dan sebagainya perlulah dipantau dari semasa ke
semasa. Kegiatan akuakultur yang berleluasa seperti penternakan
udang merupakan ancaman yang paling tinggi terhadap kelestarian
hutan bakau, kerana ia akan mengorbankan ratusan hektar kawasan
hutan bakau untuk pembinaan kolam bagi penternakan udang harimau
dan udang kertas (seperti apa yang telah berlaku di daerah Pitas dan
Kudat pada sekitar tahun 2014 hingga 2016). Namun pulangan bagi
kegiatan seperti ini walaupun agak lumayan pada mulanya, hanya akan
bertahan di antara 1-5 tahun sahaja, kerana kolam-kolam tersebut
kelak akan secara perlahan-lahan mula tercemar dan dikhuatiri
penyakit mula merebak pada tahun-tahun seterusnya. Bagi
mengekalkan sumber pendapatan, kebiasaannya pengusaha atau
penternak akan memohon pula kawasan baru dalam hutan bakau dan
sudah tentu aktiviti seumpama ini akan mengakibatkan penyesaran
kawasan hutan bakau yang secara tidak langsung memusnahkan
ekosistem bakau sekiranya dibiarkan berleluasa dan tanpa kawalan
yang rapi.
Semua masalah tersebut adalah penyumbang utama kepada
kepupusan dan kemusnahan ekosistem bakau, yang lambat laun akan
mengancam kawasan persekitarannya, khususnya pendedahan kepada
hakisan pantai, tiupan angin kencang dan pukulan ombak yang kuat
serta fenomena air pasang surut lautan yang tidak menentu. Habitat
yang dahulunya sesuai untuk kehidupan organisma-organisma laut
juga akan terganggu dan seterusnya termusnah.
Oleh yang demikian, kesedaran dan tindakan yang lebih agresif
untuk memelihara sepenuhnya ekosistem hutan bakau di Sabah yang
merangkumi 60% daripada keluasan hutan bakau Malaysia (Peta 4.1),
perlulah diperhebatkan melalui aktiviti restorasi berterusan dan segala
usaha untuk menjaganya dengan penguatkuasaan undang-undang
(Enakmen Hutan 1968) yang lebih ketat dan aktiviti penyelidikan
saintifik haruslah disokong dan dibantu oleh semua pihak, kerana kita
37
semua sedia maklum bahawa ekosistem hutan bakau sangat rapuh dan
ianya tidak boleh dibangunkan dalam tempoh masa yang singkat
melainkan puluhan ribu tahun. Dengan yang demikian, secara tidak
langsung primat monyet bangkatan akan terus terpelihara dengan
wujudnya sistem pengurusan hutan mampan dan berkekalan terhadap
ekosistem hutan bakau di Sabah.
Peta 4.1: Peta menunjukkan kawasan Hutan Simpanan Kekal Negeri
Sabah yang menunjukkan kawasan Hutan Simpan Bakau yang terletak
di sepanjang pesisiran pantai, khususnya di pantai timur negeri Sabah.
38
Untuk rekod, tumbuh-tumbuhan bakau juga akan termusnah
secara perlahan-lahan apabila habitatnya terganggu seperti kejadian
mendapan pasir yang berlebihan di tebing sungai yang diakibatkan
oleh kegiatan pembangunan hiliran dan juga pengambilan pasir sungai
yang tidak terkawal. Contoh yang jelas adalah berlaku kematian
vegetasi hutan bakau dari spesies pokok Sonneratia caseolaris dan
Rhizophora apiculata di sepanjang Sungai Nabahan, Beaufort sejak
tahun 2015 sehinggalah sekarang. Oleh yang demikian, usaha Jabatan
Perhutanan Sabah untuk memulihkan kawasan tersebut adalah dengan
melakukan aktiviti pemulihan ataupun restorasi kawasan hutan bakau
dengan menjalankan aktiviti penanaman semula pokok-pokok bakau
yang sesuai, khususnya di kawasan mendapan pasir yang bencah di
sekitar muara sungai.
Pokok-pokok Sonneratia caseolaris yang mati akibat
mendapan pasir yang berlebihan.
39
Dedaun pokok-pokok Sonneratia caseolaris adalah sumber makanan utama
monyet bangkatan khususnya di muara Sg. Weston dan Sg. Nabahan tetapi
malangnya hampir semua pokok bakau tersebut telah mati akibat
mendapan pasir.
40
Untuk memastikan pengurusan berkekalan dan kesinambungan
kawasan hutan bakau di Sabah berterusan, maka adalah wajar semua
kawasan hutan bakau tersebut diwartakan sebagai kawasan Hutan
Simpanan Kekal yang tertakluk kepada Enakmen Hutan 1968. Pada
masa yang sama, Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah juga telah
menyediakan Pelan Tindakan Monyet Bangkatan bagi tempoh sepuluh
tahun (2019-2028) yang mana ianya akan memperkasakan lagi sistem
pengurusan berkekalan monyet bangkatan di Sabah.
Vegetasi bakau yang padat dan rimbun sangat
sesuai bagi menampung pertambahan populasi
monyet bangkatan di kawasan hutan bakau.
41
Jadual 4.2: Kelas-kelas Hutan Simpan di Sabah yang dipelopori Hutan
Bakau.
i.) Hutan Simpan Bakau (Kelas V)
42
ii.) Lain-lain hutan simpan (Kelas I Hutan Simpan Perlindungan, Kelas
IV Hutan Simpan Lipur, Kelas VI Hutan Simpan Dara dan Kelas VII
Hutan Simpan Hidupan Liar) di Sabah yang mengandungi vegetasi
hutan bakau.
43
44
Sistem akar jangkang pokok-pokok bakau sangat lasak dan berupaya
menjadi penampan yang baik terhadap terjahan ombak lautan.
45
Penanaman semula kawasan hutan bakau terganggu dengan spesies
bakau yang sesuai, seperti Rhizophora apiculata.
46
Kawasan mendapan pasir berlumpur bencah di muara Weston adalah
lokasi penanaman semula pokok-pokok bakau yang sedang giat
dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Sabah dengan kerjasama badan
antarabangsa, seperti International Society for Mangrove Ecosystems
(ISME).
47
Projek restorasi hutan bakau dengan kerjasama ISME yang melibatkan
para pelajar dari Jepun dan pelajar-pelajar dari universiti tempatan.
48
Kita seharusnya menjaga habitat bakau dengan baik supaya masa hadapan
monyet bangkatan yang unik ini akan terus terpelihara.
49
BAB 5 PEMELIHARAAN
MONYET BANGKATAN
Kesedaran awam terhadap pemeliharaan monyet bangkatan di negeri
Sabah perlulah ditekankan dan diperhebatkan lagi. Ini kerana aktiviti
pemeliharaan merangkumi pelbagai ceruk habitat yang bukan sahaja
dihuni oleh monyet bangkatan itu sendiri tetapi turut dihuni oleh
haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan penting yang lain. Keadaan
inilah yang akan membentuk suatu ekosistem hutan bakau yang unik.
Sejak tahun 1964, ahli zoologi Amerika bernama J.A. Kern
pernah mengatakan bahawa keadaan hutan rimba di Sabah ketika itu
yang amat sukar diharungi sudah cukup untuk meyakinkan bahawa
habitat primat monyet bangkatan sentiasa terpelihara dan tanpa
ancaman. Perkara ini memungkinkan kelestarian hidup primat monyet
bangkatan terus utuh pada ketika itu. Akan tetapi masa telah berubah
dengan begitu pantas sekali dan setelah lebih kurang 55 tahun selepas
itu, pada tahun 2020-2021 misalnya, kita telah menyaksikan pelbagai
perubahan yang sangat mendadak dari segi sosio-ekonomi, alam
semula jadi dan kewujudan penyakit berjangkit yang baharu, seperti
wabak Covid-19 yang telah mengheret bukan sahaja penduduk negeri
Sabah tetapi seluruh penduduk dunia ke arah hibernasi untuk
memerangi wabak berjangkit tersebut. Perkara seumpama ini secara
tidak langsung turut mempengaruhi tumpuan kita dalam aspek
pemeliharaan primat monyet bangkatan untuk tempoh 50 tahun akan
datang.
50
Secara umumnya, monyet bangkatan ialah spesies yang
dilindungi sepenuhnya dan telah dikategorikan oleh Kesatuan
Antarabangsa untuk Konservasi Alam Semula jadi ataupun IUCN
(International Union for Conservation of Nature) sebagai spesies yang
terancam. Monyet bangkatan juga turut disenaraikan dalam Apendiks
I, Konvensyen Perdagangan Antarabangsa bagi spesies fauna dan flora
yang terancam atau lebih dikenali sebagai CITES (Convention on
International Trade on Endangered Species of Flora and Fauna). Dalam
Enakmen Hidupan Liar (1997) pula, monyet bangkatan adalah spesies
yang dilindungi sepenuhnya. Usaha pemeliharaan monyet bangkatan
juga telah ditambah-baik dengan wujudnya Pelan Tindakan Monyet
Bangkatan untuk Sabah (Proboscis Monkey Action Plan for Sabah) bagi
tempoh 2019-2028. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar
Sabah mendapati terdapat pengurangan ketara populasi monyet
bangkatan iaitu daripada 6,000 individu pada tahun 2005, kepada
hanya sekitar 4,566 populasi monyet bangkatan pada akhir tahun
2018. Pengurangan ketara ini disebabkan antara lain ialah kemusnahan
habitat akibat tebus guna kawasan hutan bakau dan tanah pamah
untuk kegiatan pertanian, akuakultur, penempatan manusia dan
pembinaan infrastruktur, seperti lebuhraya Pan-Borneo yang
merentasi kawasan hutan bakau di daerah-daerah Pitas, Kudat, Kota
Marudu dan Tuaran. Kegiatan pembalakan di kawasan tanah pamah
juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pengurangan habitat
semula jadi bagi populasi primat monyet bangkatan.
Monyet bangkatan tidak boleh diburu, diternak atau dipelihara
dalam sangkar. Sekiranya mana-mana individu yang didapati memburu
dan membunuh monyet bangkatan, ianya disabitkan kesalahan di
bawah peruntukan undang-undang Seksyen 25 Enakmen Hidupan Liar
1997, dengan denda minima RM50,000 dan maksima RM250,000
berserta penjara tidak kurang enam bulan hingga lima tahun. Walau
bagaimanapun, terdapat pengecualian terhadap monyet bangkatan
yang dipelihara di dalam zoo seperti Zoo Lok Kawi yang bertujuan
sebagai pembelajaran. Santuari di Labuk Bay, Sandakan pula
51
memberikan konsep pemeliharaan yang terbaharu terhadap primat
monyet bangkatan kerana haiwan primat tersebut dibiarkan hidup liar
dan bergerak secara bebas dalam persekitaran semula jadi ekosistem
hutan bakau yang terkawal dengan keluasan lebih kurang 260 hektar.
Pengurusan santuari memberikan makanan seperti timun segar dan
roti pankek (diperbuat daripada tepung beras ataupun tepung gandum
dengan campuran sedikit air dan tanpa gula) setiap hari pada waktu
pagi (9:30 11:30 am) dan petang (2:30 4:30 pm) di kawasan
pelantar makan yang khas. Aktiviti memberi makan ini telah
menggalakkan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara yang
sedikit sebanyak dapat membantu dalam promosi pembelajaran dan
penerangan tentang kepentingan primat monyet bangkatan yang telah
beradaptasi dalam habitat istimewa, seperti ekosistem semula jadi
hutan bakau yang terpelihara.
Keadaan pelantar makan yang khas untuk primat monyet
bangkatan yang dikelilingi rimbunan tumbuh-tumbuhan bakau adalah
suatu konsep pemeliharaan yang sangat menarik. Untuk rekod,
biasanya kebanyakan orang yang tinggal di bandar-bandar, taman-
taman perumahan ataupun perkampungan moden, pengalaman kali
pertama mereka untuk melihat hidupan liar secara dekat hanya dapat
dilakukan di zoo. Oleh demikian kemudahan yang disediakan di Zoo
Lok Kawi, Penampang dan juga di Santuari Bangkatan Labuk Bay,
Sandakan, telah banyak membantu dalam memberikan ruang untuk
pendidikan, pembelajaran dan penerapan kesedaran tentang
kepentingan hutan bakau dan primat monyet bangkatan dalam
kegiatan pengurusan dan pemeliharaan alam sekitar. Perlu ditekankan
bahawa sistem urustadbir hidupan liar yang bukan sahaja merangkumi
monyet bangkatan tetapi primat lain yang juga menghuni habitat
hutan bakau di negeri Sabah, misalnya orang utan, lotong kelabu,
lotong merah, kera dan beruk, amatlah bergantung kepada dasar
pengurusan hutan bakau dan hidupan liar yang mampan dan teratur.
Ini penting agar hidupan liar primat di negeri Sabah akan terus
terlindung daripada segala ancaman kepupusan.
52
Monyet bangkatan di kawasan pelantar makan khas.
53
Orang utan memakan buah ara di kawasan habitat
monyet bangkatan.
54
Lotong merah turut menggunakan hutan
bakau untuk mencari makanan.
55
Lotong kelabu juga adalah penghuni hutan bakau
di Sabah.
56
Monyet ekor panjang yang turut menggunakan hutan
bakau untuk mencari makanan, seperti ketam bakau.
57
GLOSARI
adaptasi
arboreal
Covid-19 (Penyakit
Coronavirus 2019)
habitat
herbivor
kaum
Kumpulan satu jantan
penyesuaian oleh haiwan primat kepada
persekitarannya.
penyesuaian haiwan yang hidup di atas pokok.
sejenis coronovirus baharu yang menjadi
pandemik pada 2019. Dipercayai wabak
Covid-19 berjangkit dari individu ke individu
melalui titisan pernafasan atau sentuhan.
Setakat ini belum dipastikan sama ada ia juga
berjangkit kepada primat monyet bangkatan.
persekitaran yang menjadi tempat tinggal
flora, fauna dan pelbagai organisma yang lain.
haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan.
salah satu kategori pengelasan tumbuh-
tumbuhan ke dalam suatu kumpulan, yang
terdiri daripada genus dan spesies.
dikenali juga sebagai kumpulan harem adalah
sekumpulan monyet bangkatan yang diketuai
oleh hanya satu ekor monyet bangkatan
dewasa yang biasanya dianggotai oleh lebih
dari seekor monyet bangkatan betina dewasa.
Kumpulan semua
jantan
adalah sekumpulan monyet bangkatan yang
terdiri daripada semua monyet bangkatan
jantan pada peringkat umur juvana hingga
dewasa dan membentuk suatu kumpulan yang
agak longgar.
58
BIBLIOGRAFI
Bennett, L. E. & Gombek, F., 1993. Proboscis monkeys of Borneo.
Natural History Publication (Borneo) Sdn. Bhd. Kota Kinabalu. 54 ms.
Boonratana, R. 1993. The ecology and behaviour of the proboscis
monkey (Nasalis larvatus) in the Lower Kinabatangan, Sabah. Tesis
PhD. Faculty of Graduate Studies, Mahidol University, Thailand.
Matsuda, I. 2008. Feeding and ranging behaviors of proboscis monkey,
Nasalis larvatus in Sabah, Malaysia. Tesis PhD. Graduate School of
Environmental Earth Science, Hokkaido University, Japan.
Matsuda, I., Tuuga, A. & Higashi, S. 2009a. The feeding ecology and
activity budget of proboscis monkeys. American Journal of
Primatology, 71: 478-492.
Matsuda, I., Tuuga, A. & Higashi, S., 2009b. Ranging behavior of
proboscis monkeys in riverine forest with special reference to ranging
in inland forest. International Journal of Primatology, 30: 313-325.
Nilus, R., Chung, A.Y.C., Pereira, J.T., Sugau, J.B., Tangah, J., Sabran, S.
& Chong, R.F.Y. 2010. Mangroves of Sabah: an introduction to the flora
and fauna. Sabah Forestry Department, Sandakan, Sabah.
Sabah Forestry Department. 2020. Fact sheets of forest reserves in
Sabah. 6th edition. Sandakan, Sabah, Malaysia.
Sabah Wildlife Department. 2019. Proboscis Monkey Action Plan for
Sabah (2019-2028). Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Sha, J. C. M., Matsuda, I. & Bernard, H. 2011. The natural history of the
proboscis monkey. Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd. 126
ms.
59
Tangah, J. 2012. The ecology and behaviour of proboscis monkey
(Nasalis larvatus) in mangrove habitat of Labuk Bay, Sabah. Tesis PhD.
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.
Tangah, J., 2013. A note on the agonistic behaviour of proboscis
monkeys at Labuk Bay, Sandakan, Sabah. ISME/GLOMIS Electronic
Journal, 11(3), 811.
Tangah, J., 2014. A note on the sexual behaviour of proboscis monkeys
at Labuk Bay, Sandakan, Sabah. ISME/GLOMIS Electronic Journal, 12(1),
15.
Tangah, J., Chung, A.Y.C., Baba, S., Chan, H.T. & Kezuka, M. 2020.
Rehabilitation of mangroves in Sabah: the SFD-ISME collaboration
(2014-2019). Sabah Forestry Department, International Society for
Mangrove Ecosystems, and Tokio Marine & Nichido Fire Insurance Co.,
Ltd.
60
INDEKS
abiotik
34, 35
air payau
34
akuakultur
27, 28, 35,
36, 50
alkaloid
21
Amerika
49
ancaman
v, 5, 27,
29, 35, 36,
49, 51
ara
22, 53
arang kayu
33, 36
arboreal
4, 57
Avicennia alba
2, 22, 30,
31
baka
6
bakau sebenar
1, 2
bakau sekutu
1, 2
bakteria
21
Bayau
4
beras
51
berehat
5, 8, 9, 14,
16, 18, 30,
31
beruk
1, 33, 51
biotik
34, 35
Borneo
vi, 1, 4, 50,
58
Bruguiera parviflora
2, 4, 22,
23, 24, 30,
32
buaya tembaga
29, 34
burung
30, 34
Ceriops tagal
2, 22, 33
CITES
50
Covid-19
49, 57
diet
21
dominan
13, 14, 15
EIA
27
ekosistem
vii, ix, 1, 7,
8, 16, 21,
29, 30, 34,
35, 36, 37,
49, 51
Enakmen Hidupan
Liar
34, 50
Enakmen Hutan
34, 36, 40
gandum
51
habitat
6, 7, 10,
14, 21, 27,
33, 34, 35,
36, 38, 48,
49, 50, 51,
53, 57, 59
harem
13, 14, 57
harimau dahan
29
hidung
1, 4, 5, 6
hierarki
13
ikan
30, 33, 34,
35
ISME
ix, 46, 47,
59
IUCN
50
juvana
13, 15, 57
kaum
2, 57
kelakuan
v, vi, ix, 1,
4, 13, 14,
16, 17, 19,
23, 31, 32
kencing
16, 21
kepupusan
v, 27, 36,
51
kera
1, 51
kerang
30, 34
ketam
30, 34, 35,
61
56
Kinabatangan
10, 58
kolam
36
kutu
17
Labuk Bay
30, 50, 51,
59
Lok Kawi
50, 51
lokan
34
lotong kelabu
1, 29, 33,
34, 51, 55
lotong merah
51, 54
makanan
v, 14, 16,
18, 20, 21,
22, 30, 34,
35, 39, 51,
54, 56
memerang
34
mendandan
16, 17, 31
mendapan
38, 39, 46
mengawan
5, 13, 14,
15, 16, 19
Monyet Belanda
vi, 1, 4
najis
21
Nasalis larvatus
4, 34, 58,
59
nelayan
33
nipah
3, 22
nutrien
21, 35
orang utan
1, 34, 51,
53
pakis piai
22, 23
Pan-Borneo
50
pankek
6, 51
pasir
38, 39, 46
paya
10
Pelan Tindakan
Monyet Bangkatan
40, 50
pelancong
51
pembalakan
50
pemburuan
27
pemeliharaan
v, 29, 49,
50, 51
penghadaman
21
pertanian
35, 50
primat
vi, ix, 1, 4,
6, 8, 10,
13, 14, 16,
17, 19, 21,
22, 27, 29,
30, 33, 34,
37, 49, 50,
51, 57
propagul
23
Ramsar
10
restorasi
36, 38, 47
Rhizophora apiculata
2, 22, 23,
25, 38
ruminen
16
seks
19
selulosa
21
Sepilok Laut
7
Sonneratia caseolaris
2, 5, 22,
38, 39
sosial
v, vi, vii, 1,
13, 14, 16,
31
spora
22, 23
tanin
33, 36
tengar
22, 33
timun
51
udang
30, 34, 35,
36
ular bakau
34
ular sawa
29, 30
zoo
50, 51
zooplankton
34
zuriat
19
62
63
64
BOOK SPINE
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Article
Full-text available
We observed a unimale group (BE-Group) of proboscis monkeys (Nasalis larvatus) comprising an α-male, 6 adult females, and several immatures from May 2005 to May 2006. We followed the group for 2014h along the Menanggul River, Sabah, Malaysia (118°30′E, 5°30′N). Observations focused mainly on ranging behavior. We determined availability and seasonal changes in plant species consumed by the members of the group by vegetation surveys in a 2.15-ha area along 200–500m trails in the riverine forest. During the observation period, the group ranged ≤800m from the riverbank, within a total range of 138.3ha. The daily path length of the group ranged from 220 to 1734m (mean, 799m), and daily path length correlates negatively with fruit availability. The monkeys were apt to remain within a small range in fruit-abundant seasons. Because the monkeys preferred to feed on fruits of dominant plant species in the study area, their daily path length may decrease on days when they feed on fruits. The core areas of the group’s home range were along the river because the monkeys typically returned to riverside trees to sleep. The group most often used areas that were nearer the riverbank and where the availability of fruits was higher. The most frequently used grids were the ones where the group often had sleeping sites and crossed the river. Avoiding predation may be the main reason for river crossing and selecting particular sleeping sites; hence not only food availability but also the risk of predation appears to influence the ranging of the BE-Group.
Article
Full-text available
Thesis (doctoral)--Mahidol University, 1993. Includes bibliographical references (p. [239]-275).
Article
A group of proboscis monkeys (Nasalis larvatus) consisting of an alpha-male, six adult females, and several immatures was observed from May 2005-2006. We collected over 1,968 hr of focal data on the adult male and 1,539 hr of focal data on the six females in a forest along the Menanggul River, Sabah, Malaysia. Availability and seasonal changes in plant species consumed by the focal monkeys were determined by vegetation surveys carried out across an area of 2.15 ha along 200-500 m trails in riverine forest. A total of 188 plant species were consumed by the focal monkeys. The activity budget of members of our study group was 76.5% resting, 19.5% feeding, and 3.5% moving. Young leaves (65.9%) and fruits (25.9%) accounted for the majority of feeding time. Over 90% of fruit feeding involved the consumption of unripe fruits and in the majority of case both the fruit flesh and seeds were eaten. Although fruit eating was rare in some months, during other times of the year time fruit feeding exceeded the time devoted to young leaves. We found that monthly fruit availability was positively related to monthly fruit eating and feeding activity, and seasonal fluctuations in dietary diversity were significantly affected by fruit eating. These results suggest that fruit availability and fruit-eating behaviors are key factors that influence the activity budget of proboscis monkeys. Earlier assumptions that colobine monkeys are obligate folivores do not apply well to proboscis monkeys and certain other colobines. Our findings may help contribute to a better understanding of the dietary adaptations and feeding ecology of Asian colobines.
Proboscis monkeys of Borneo
  • L E Bennett
  • F Gombek
Bennett, L. E. & Gombek, F., 1993. Proboscis monkeys of Borneo. Natural History Publication (Borneo) Sdn. Bhd. Kota Kinabalu. 54 ms.
Feeding and ranging behaviors of proboscis monkey
  • I Matsuda
Matsuda, I. 2008. Feeding and ranging behaviors of proboscis monkey, Nasalis larvatus in Sabah, Malaysia. Tesis PhD. Graduate School of Environmental Earth Science, Hokkaido University, Japan.
Mangroves of Sabah: an introduction to the flora and fauna
  • R Nilus
  • A Y C Chung
  • J T Pereira
  • J B Sugau
  • J Tangah
  • S Sabran
  • R F Y Chong
Nilus, R., Chung, A.Y.C., Pereira, J.T., Sugau, J.B., Tangah, J., Sabran, S. & Chong, R.F.Y. 2010. Mangroves of Sabah: an introduction to the flora and fauna. Sabah Forestry Department, Sandakan, Sabah.
Proboscis Monkey Action Plan for Sabah
  • Sabah Wildlife Department
Sabah Wildlife Department. 2019. Proboscis Monkey Action Plan for Sabah (2019-2028). Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
The natural history of the proboscis monkey
  • J C M Sha
  • I Matsuda
  • H Bernard
Sha, J. C. M., Matsuda, I. & Bernard, H. 2011. The natural history of the proboscis monkey. Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd. 126 ms. 59
The ecology and behaviour of proboscis monkey (Nasalis larvatus) in mangrove habitat of Labuk Bay, Sabah. Tesis PhD
  • J Tangah
Tangah, J. 2012. The ecology and behaviour of proboscis monkey (Nasalis larvatus) in mangrove habitat of Labuk Bay, Sabah. Tesis PhD. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia.
A note on the agonistic behaviour of proboscis monkeys at Labuk Bay
  • J Tangah
Tangah, J., 2013. A note on the agonistic behaviour of proboscis monkeys at Labuk Bay, Sandakan, Sabah. ISME/GLOMIS Electronic Journal, 11(3), 8-11.