Available via license: CC BY 4.0
Content may be subject to copyright.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 198-207
DOI 10.35631/IJEPC.6390013
Special Issue: Perspectives and Practices of Education Sustainability at Malaysian Higher Learning Institutions
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 198
INTERNATIONAL JOURNAL OF
EDUCATION, PSYCHOLOGY
AND COUNSELLING
(IJEPC)
www.ijepc.com
PEMAHAMAN TERHADAP KURSUS MASYARAKAT DAN
KEBUDAYAAN MALAYSIA DALAM KALANGAN PELAJAR
DIPLOMA PELBAGAI ETNIK DI UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS (UPSI)
THE UNDERSTANDING OF MALAYSIAN SOCIETY AND CULTURE COURSE
AMONG MULTI ETHNIC DIPLOMA STUDENTS AT UNIVERSITI PENDIDIKAN
SULTAN IDRIS (UPSI)
Norshahrul Marzuki Mohd Nor1*, Mohamad Basri Jamal2*, Khairul Gufran Kaspin3*, Muhammad
Hasbi Abdul Rahman4, Mazdi Marzuki5, Habibah @ Artini Ramlie6
1
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Email: norshahrul@fsk.upsi.edu.my
2
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Email: basri.jamal@fsk.upsi.edu.my
3
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Email: ghufran@fsk.upsi.edu.my
4
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Email: muhar@fsk.upsi.edu.my
5
6
Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Email: mazdi@fsk.upsi.edu.my
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
Email: habibah_artini@ums.edu.my
*
Corresponding Author
Article Info:
Article history:
Received date: 10.03.2021
Revised date: 15.04.2021
Accepted date: 15.05.2021
Published date: 31.05.2021
Abstrak:
Kebelakangan ini sering kali berlaku perselisihan faham berkaitan
pemahaman budaya dan amalan dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia
sehingga menimbulkan kemarahan. Keadaan ini jika tidak diselesaikan akan
menyebabkan ketegangan etnik dan boleh menganggu gugat keamanan
negara. Melalui Kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia yang
ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kepada pelajar
peringkat Diploma, pengkaji ingin mengenal pasti tahap pemahaman pelajar
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 198-207
DOI 10.35631/IJEPC.6390013
Special Issue: Perspectives and Practices of Education Sustainability at Malaysian Higher Learning Institutions
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 199
To cite this document:
Mohd Nor, N. M., Jamal, M. B.,
Kaspin, K. G., Rahman, M. H. A.,
Marzuki, M., & Ramlie, H. (2021).
Pemahaman Terhadap Kursus
Masyarakat dan Kebudayaan
Malaysia dalam Kalangan Pelajar
Diploma Pelbagai Etnik di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
International Journal of Education,
Psychology and Counselling 6 (39),
198-207.
DOI: 10.35631/IJEPC.6390013
This work is licensed under CC BY 4.0
terhadap kursus ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan pemahaman pelajar
terhadap Kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia adalah sangat tinggi
dengan purata min 4.21 ke atas. Majoriti memberikan respon sangat setuju
bahawa kursus ini dapat memberikan pemahaman yang jelas kepada mereka
mengenai kepelbagaian budaya yang ada. Kursus ini juga membantu pelajar
mengenali masyarakat pelbagai etnik dengan penuh keyakinan.
Kata Kunci:
Kursus Masyarakat dan Kebudayaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abstract:
Recently, there have been frequent misunderstandings regarding the
understanding of culture and practices in the multi-ethnic society in Malaysia,
which has caused anger among them. If this situation is not resolved, it will
cause ethnic tensions and could disrupt national security. Through the
Malaysian Society and Culture course offered at Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) to Diploma level students, the researcher wanted to identify the
level of students' understanding of this course. The research findings
indicated that students' understanding in the Malaysian Society and Culture
course was very high with an average mean of 4.21 and above. Majority of
students stating strongly agree that this course can give them a clear
understanding of the cultural diversity that exists besides this course can help
students get to understand the multi-ethnic society with confidence.
Keywords:
Malaysian Society and Culture Course, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengenalan
Budaya serta masyarakat merupakan lambang kepada identiti sesebuah negara. Malaysia
mempunyai kepelbagaian etnik menjadikannya sebuah negara yang unik. Masyarakat dan
kebudayaan menjadi agenda untuk memupuk semangat kesatuan dalam masyarakat Malaysia
bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman dan progresif. Dalam konteks ini, rakyat
Malaysia harus menerima kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan yang wujud di sekeliling
untuk sama-sama berjuang memastikan negara dapat berkembang sebagai sebuah negara
maju yang dinamik.
Pemahaman tentang konsep masyarakat dan kebudayaan adalah amat penting untuk
mengekalkan kestabilan negara (Abdul Rahim, Mohd Najib & Anis Ayuni, 2010). Justeru
penekanan kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan sehingga kini adalah salah satu
usaha kerajaan yang penting untuk merealisasikan aspirasi negara bagi meningkatkan
perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat negara ini. Pusat
pendidikan tinggi dilihat dapat memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar yang
menjadi pelapis pemimpin masa hadapan yang terdiri daripada pelbagai kaum yang ada di
Malaysia terutamanya dalam menggalakkan integrasi pelbagai kaum yang ada (Ezhar &
Madiha, 2015). Pendidikan adalah tunjang kepada perpaduan negara, maka tidak dapat
dinafikan pusat pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pembinaan dan
pembentukan keharmonian masyarakat yang seterusnya mampu memberikan kesan besar
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 198-207
DOI 10.35631/IJEPC.6390013
Special Issue: Perspectives and Practices of Education Sustainability at Malaysian Higher Learning Institutions
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 200
kepada pembangunan negara ke arah negara yang mampan (Mohd Rizal & Thay, 2012).
Kepentingan pendidikan dalam mewujudkan integrasi yang lebih kukuh hasil pemahaman
mengenai budaya dan masyarakat mampu memastikan keamanan yang ada kini terus
dikekalkan dengan mengambil kira sejarah kemerdekaan lalu sebagai asas dan juga
perlembagaan negara (Ramlee, Norzaini, Faridah, Abdul Razak & Maimun Aqsha, 2009).
Malah lebih awal sebelum ini, penyelarasan kepentingan etnik berdasarkan aspirasi negara
pernah digambarkan sebagai prasyarat bagi merealisasikan wawasan negara (Mohamed
Mustafa, 2014). Keadaan ini pastinya memerlukan pendekatan pengajaran yang sesuai dalam
memastikan pemahaman pelajar menerima kepelbagaian budaya (Mansor, Azlina & Mohd
Mahadee, 2016). Matlamatnya adalah memupuk semangat cintakan negara dan bersikap
rasional dalam membentuk hubungan kaum yang ada berpaksikan nilai-nilai moral untuk
mengekalkan kesepaduan sosial yang dinikmati sehingga kini (Azat, 2011). Bagaimanapun,
tanpa menyentuh tentang pendekatan pengajaran, dalam kajian ini pengkaji ingin mengenal
pasti tahap pemahaman pelajar Diploma pelbagai etnik terhadap Kursus Masyarakat dan
Kebudayaan Malaysia sama ada dapat memberikan kesan yang baik dan memberikan
pemahaman yang jelas mengenai kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan di Malaysia atau
sebaliknya.
Secara umumnya, Kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia yang ditawarkan kepada
pelajar Diploma di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membincangkan perkembangan
masyarakat Malaysia. Tema utamanya mencakupi perkara-perkaa berikut iaitu:
i. Sejarah perkembangan masyarakat dan kebudayaan di Malaysia
ii. Latar belakang masyarakat Malaysia
iii. Pembentukan masyarakat Malaysia pasca merdeka serta keunikan masyarakat
Malaysia
iv. Identiti masyarakat dan kebudayaan di Malaysia serta cabaran yang dihadapinya
Manakala antara topik-topik yang dibincangkan dalam kursus tersebut adalah seperti berikut:
i. Latar belakang masyarakat dan kebudayaan Malaysia: Pembentukan masyarakat
majmuk di Malaysia. Topik ini melihat sejarah masyarakat dan budaya di Malaysia.
ii. Pembentukan masyarakat Malaysia pasca merdeka: Asas pembentukan masyarakat,
Perlembagaan 1957 dan Dasar Kebudayaan Malaysia. Topik ini akan mendedahkan
pelajar dengan pembentukan masyarakat Malaysia.
iii. Keunikan masyarakat dan kebudayaan Malaysia: Pembentukan dan perkembangan
sistem kebudayaan yang merangkumi juga sistem politik, ekonomi, pendidikan dan
agama. Topik ini adalah berkaitan dengan keunikan masyarakat dan budaya di
Malaysia.
iv. Identiti masyarakat dan kebudayaan di Malaysia: Pembinaan dan pembentukan
identiti masyarakat dan kebudayaan di Malaysia, isu, cabaran dan impak. Pelajar akan
didedahkan dengan identiti masyarakat dan kebudayaan di Malaysia.
v. Cabaran masyarakat dan kebudayaan di Malaysia: Isu-isu dalam pendidikan,
kebudayaan dan ekonomi. Topik ini adalah berkaitan isu-isu di dalam pendidikan,
kebudayaan dan ekonomi.
vi. Kesimpulan: Merumuskan kepentingan memahami keunikan dalam konteks yang
sebenar. Pelajar akan didedahkan kepentingan memahami keunikan masyarakat dan
kebudayaan di dalam konteks yang sebenar.
(Pro Forma Kursus HNS 2042 Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia, UPSI 2021).
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 198-207
DOI 10.35631/IJEPC.6390013
Special Issue: Perspectives and Practices of Education Sustainability at Malaysian Higher Learning Institutions
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 201
Sorotan Literatur
Perkataan ‘masyarakat’ seperti yang dijelaskan dalam Kamus Dewan (2015) adalah satu
kumpulan tertentu yang hidup bersama dengan aturan tertentu yang telah dipersetujui oleh
mereka. Dalam konteks ini, masyarakat melibatkan individu, keluarga, dan kumpulan yang
ada dalam sesebuah masyarakat yang didiami melalui hubungan bersemuka. Daripada
pergaulan ini, terbina pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti kegiatan gotong-
royong, bersama-sama merayakan sesuatu perayaan melalui rumah terbuka, berkumpul
menyambut pembesar yang datang berkunjung, menghadiri majlis perkahwinan, membantu
golongan yang ditimpa malapetaka, menziarahi jiran yang sakit tenat atau yang telah
meninggal dunia. Pola hubungan sosial ini adalah satu manifestasi kepada kehidupan antara
sama lain yang boleh memberikan kebaikan hasil daripada jalinan kerjasama yang wujud
dalam masyarakat tersebut. Melalui kekerapan pergaulan ini, masyarakat dapat membina satu
kesepaduan sebagai satu unit sosial yang utuh. Kesatuan yang ada dalam masyarakat mampu
membentuk kepelbagaian dalam membangunkan sebuah negara bangsa dengan kukuh. Apa
yang jelas adalah konsep masyarakat sebenarnya membawa penyatuan bangsa kepada
kewujudan bangsa baharu yang boleh bertolak ansur dan boleh diklasifikasikan sebagai
kesepaduan organik, terutamanya di kawasan bandar atau penempatan tersusun (Blackshaw,
2010).
Manakala konsep budaya yang perlu difahami ialah perlakuan yang menjadi amalan dalam
kehidupan masyarakat yang wujud di sesuatu tempat sebagai amalan yang menjadi rutin
kepada kehidupan harian mereka. Newmark (1988) mentakrifkan budaya sebagai: ‘...the way
of life and its manifestations that are peculiar to a community that uses a particular language
as its means of expression’. Hal ini menjelaskan bahawa bahasa merupakan cara berhubung
dengan manusia dan kehidupannya ialah budaya. Dalam keadaan ini, budaya meliputi cara
bercakap, cara makan, cara berpakaian, cara berhubung, adat resam yang diamalkan, agama
dan sebagainya sebagai satu kaedah dalam kehidupan seharian. Oleh itu, jelaslah bahawa
budaya merupakan satu kegiatan yang boleh dilakukan mewakili tempat, agama dan
masyarakat yang ada serta menjadi pegangan kepada sesuatu masyarakat. Para sarjana sains
sosial dan kajian kemanusiaan menegaskan bahawa kebudayaan tidak wujud jika tidak ada
masyarakat. Pendapat ini berasaskan fakta sejagat bahawa manusia sebagai anggota
masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menokok tambah dan melestarikan
budaya serta telah menurunkannya daripada generasi kepada generasi untuk jutaan tahun
dalam peradaban manusia sedunia. Proses mewariskan budaya melibatkan interaksi dua
generasi; pertama, generasi yang menurunkan budaya dan kedua, generasi yang menerima
budaya (Ezhar & Madiha, 2015).
Dalam konteks Malaysia, konsep kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan yang ada
menjadi tonggak kepada kekuatan negara. Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat
pelbagai budaya, maka setiap bangsa atau ras dalam sistem sosial Malaysia pastinya berbeza
antara satu sama lain dari segi latar belakangnya termasuklah perbezaan adat dan budaya
kerana berbeza budaya dan kepercayaan. Dengan perantara bahasa Melayu sebagai
penghubung kepada kepelbagaian budaya yang ada, masyarakat berbilang bangsa mampu
tinggal dalam satu tempat dengan menjadikan budaya dominan iaitu budaya Melayu sebagai
model penghubung kepada kepelbagaian budaya yang ada (Cho Minsung & Puteri Roslina,
2016). Perkembangan ini jelas memperlihatkan budaya merupakan satu cara kehidupan yang
pelbagai dalam konteks Malaysia, tetapi asasnya ialah penerimaan budaya tersebut dalam
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 198-207
DOI 10.35631/IJEPC.6390013
Special Issue: Perspectives and Practices of Education Sustainability at Malaysian Higher Learning Institutions
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 202
masyarakat sebagai satu asas pembinaan negara bangsa (Hamidah, Norlin & Nor Akmar,
2011). Justeru pendedahan awal mengenai masyarakat dan kebudayaan Malaysia kepada
pelajar akan mampu membantu mereka dalam mengendalikan kehendak kepelbagaian
masyarakat dan kebudayaan yang ada di Malaysia.
Objektif Kajian
Beberapa objektif telah dikenal pasti dalam melaksanakan kajian ini. Antaranya termasuklah
yang berikut:
i. Untuk mengenal pasti tahap pemahaman pelajar mengenai konsep kepelbagaian
masyarakat dan kebudayaan.
ii. Untuk mengenal pasti tahap pemahaman pelajar dari segi mengenali secara terbuka
masyarakat dan kebudayaan Malaysia.
Metodologi
Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah analisis
statistik deskriptif bagi mengetahui tahap pemahaman pelajar peringkat Diploma di Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap Kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Bagi
mengumpulkan data dalam kajian, instrumen yang digunakan ialah set soal selidik. Set soal
selidik disediakan mengandungi dua bahagian; Bahagian A yang berkaitan latar belakang
responden; dan Bahagian B yang mengandungi soalan berkaitan pemahaman pelajar
mengenai kursus tersebut. Bahagian B ini dibahagikan pula kepada dua bahagian kecil. Setiap
satu bahagian mengandungi lima soalan yang dikemukakan dengan kesemuanya
mengandungi sepuluh soalan.
Menurut Saunders, Lewis dan Thornhill (2007), metod soal selidik merupakan kaedah yang
paling sesuai dalam mengkaji hal-hal berkaitan pengukuran terhadap sesuatu perkara seperti
pengetahuan, sikap, kefahaman, penglibatan dan sebagainya. Malah soal selidik bersifat
praktikal dan berkesan dalam mengawal jumlah sampel kajian yang besar. Oleh itu, semua
soalan yang dibentuk adalah dengan menggunakan skala pengukuran Likert untuk mengukur
tahap pemahaman pelajar UPSI terhadap Kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia yang
mempunyai lima skala iaitu Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat
Tidak Setuju. Daripada jumlah populasi seramai 600 orang pelajar Diploma, sebanyak 560
orang atau 93.3% pelajar telah menjawab soal selidik secara atas talian sebagai responden.
Dapatan Kajian
Bahagian A: Profil Responden
Dapatan dari bahagian A menunjukkan jumlah pelajar lelaki yang terlibat sebagai responden
ialah 139 orang atau 25%, berbanding dengan pelajar perempuan sejumlah 421 orang atau
75%.
Jadual 1: Jantina
Jantina
Jumlah
Peratus
Lelaki
139
25%
Perempuan
421
75%
Jumlah
560
100%
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 198-207
DOI 10.35631/IJEPC.6390013
Special Issue: Perspectives and Practices of Education Sustainability at Malaysian Higher Learning Institutions
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 203
Seterusnya pula dari segi bangsa, majoriti responden terdiri daripada Bumiputera Melayu
iaitu 371 orang atau 66.3%, Bumiputera Sabah 65 orang atau 11.6%, Bumiputera Sarawak 22
orang atau 3.9%, Cina 20 orang atau 3.6%, India 49 orang atau 8.8%, dan lain-lain 33 orang
atau 5.9%. Jadual 2: Bangsa
Bangsa
Jumlah
Peratus
Bumiputera Melayu
371
66.3%
Bumiputera Sabah
65
11.6%
Bumiputera Sarawak
22
3.9%
Cina
20
3.6%
India
49
8.8%
Lain-lain
33
5.9%
Jumlah
560
100%
Dari segi agama pula, sejumlah 430 orang pelajar beragama Islam atau 76.8%, diikuti dengan
Kristian 71 orang atau 12.7%, agama Buddha 41 orang atau 7.3%, agama Hindu 12 orang
atau 2.1% dan lain-lain 6 orang atau 1.1%.
Jadual 3: Agama
Agama
Jumlah
Peratus
Islam
430
76.8%
Kristian
71
12.7%
Buddha
41
7.3%
Hindu
12
2.1%
Lain-lain
6
1.1%
Jumlah
560
100%
Bahagian B: Pemahaman Pelajar Mengenai Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia
Bahagian ini merupakan fokus kajian iaitu pemahaman pelajar mengenai masyarakat dan
kebudayaan Malaysia hasil daripada mengikuti Kursus Masyarakat dan Kebudayaan
Malaysia. Dalam bahagian ini terdapat dua persoalan utama yang menjadi kepada pokok
perbincangan kajian ini, iaitu:
i. Pemahaman terhadap kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan.
ii. Pemahaman dari segi mengenali secara terbuka masyarakat dan kebudayaan
Malaysia.
Di bawah persoalan utama tersebut, terdapat lima soalan dikemukakan untuk dinilai oleh
pelajar sama ada mereka bersetuju atau tidak hasil daripada pengalaman mereka mengikuti
kursus ini.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 198-207
DOI 10.35631/IJEPC.6390013
Special Issue: Perspectives and Practices of Education Sustainability at Malaysian Higher Learning Institutions
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 204
Jadual 4: Pemahaman Terhadap Kepelbagaian Masyarakat dan Kebudayaan di
Malaysia
Bil
Pemahaman terhadap
kepelbagaian masyarakat
dan kebudayaan di
Malaysia
SS
5
S
4
TP
3
TS
2
STS
1
Min
1.
Membantu mengenali budaya
dan masyarakat luar daripada
lingkungan masyarakat
sendiri.
38.8%
55.5%
3.4%
0.7%
1.6%
4.29
2.
Memberi pendedahan baharu
yang lebih sistematik dan
terarah kepada kepelbagaian
budaya di Malaysia.
41.6%
52.1%
3.8%
0.9%
1.6%
4.31
3.
Memperbetulkan salah faham
mengenai masyarakat dan
budaya lain.
45.4%
47.7%
4.6%
0.9%
1.4%
4.35
4.
Memupuk kerjasama dalam
menjalankan kegiatan dan
tugasan yang diberikan secara
lebih rapat lagi dalam
mengenali budaya dan
masyarakat.
48.8%
45.9%
2.9%
0.7%
1.8%
4.39
5.
Membuka minda mempelajari
budaya yang boleh digunakan
dalam masyarakat sendiri.
45.7%
49.3%
2.5%
0.5%
2.0%
4.36
Berdasarkan Jadual 4, untuk pernyataan pertama iaitu ‘Membantu mengenali budaya dan
masyarakat luar daripada lingkungan masyarakat sendiri’, seramai 38.8% orang pelajar
sangat setuju dengan pernyataan ini, 55.5% setuju, 3.4% tidak pasti, 0.7% tidak setuju dan
1.6% sangat tidak setuju dengan nilai min 4.29. Untuk pernyataan kedua iaitu ‘Memberi
pendedahan baharu yang lebih sistematik dan terarah kepada kepelbagaian budaya di
Malaysia’, seramai 41.6%orang pelajar sangat setuju, 52.1% setuju, 3.8% tidak pasti, 0.9%
tidak setuju dan 1.6% sangat tidak setuju dengan nilai min 4.31. Respon yang diperoleh
menunjukkan kursus ini memberi pendedahan baharu yang lebih sistematik dan terarah
kepada kepelbagaian budaya di Malaysia menerusi penglibatan dengan kegiatan masyarakat
dan kebudayaan misalnya. Untuk pernyataan ketiga iaitu ‘Memperbetulkan salah faham
mengenai masyarakat dan budaya lain’, seramai 45.4% orang pelajar sangat setuju, 47.7%
orang setuju, 4.6% tidak pasti, 0.9% tidak setuju dan 1.4% sangat tidak setuju dengan nilai
min 4.35. Respon ini menunjukkan kursus ini membantu pelajari memahami budaya dan
masyarakat lain dengan lebih meluas tanpa wujud salah faham mengenai amalan dan perkara-
perkara yang mereka lakukan di samping boleh memperbetulkan salah faham pelajar
mengenai masyarakat dan budaya dengan lebih jelas dan bersifat lebih akademik, terutama
daripada persepektif masyarakatnya sendiri.
Bagi pernyataan keempat iaitu ‘Memupuk kerjasama dalam menjalankan kegiatan dan
tugasan yang diberikan secara lebih rapat lagi dalam mengenali budaya dan masyarakat’,
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 198-207
DOI 10.35631/IJEPC.6390013
Special Issue: Perspectives and Practices of Education Sustainability at Malaysian Higher Learning Institutions
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 205
seramai 48.8% sangat setuju dengan pernyataan ini, 45.9% setuju, 2.9% tidak pasti, 0.7%
tidak setuju dan 1.8% sangat tidak setuju dengan nilai min 4.39. Keadaan ini menjelaskan
melalui kursus yang mereka ikuti, pelajar dapat mengenali budaya lain dengan lebih rapat di
samping menjelaskan mengenai budaya mereka kepada pelajar-pelajar lain menerusi sikap
saling memahami dan hormat-menghormati. Untuk pernyataan terakhir dalam konstruk ini
iaitu ‘Membuka minda mempelajari budaya yang boleh digunakan dalam masyarakat
sendiri’, seramai 45.7% orang pelajar sangat setuju, 49.3% setuju, 2.5% tidak pasti, 0.5%
tidak setuju dan 2.0% sangat tidak setuju dengan nilai min 4.36. Respon ini menunjukkan
Kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia membuka minda pelajar dalam mempelajari
budaya lain dalam masyarakat.
Jadual 5: Pemahaman dari Segi Mengenali Secara Terbuka Masyarakat dan
Kebudayaan Malaysia.
Bil
Pemahaman dari segi
mengenali secara terbuka
masyarakat dan
kebudayaan Malaysia
SS
5
S
4
TP
3
TS
2
STS
1
Min
1.
Memberikan maklumat
baharu yang lebih jelas
mengenai budaya dan
masyarakat lain yang ada di
Malaysia, tanpa dipengaruhi
oleh mana-mana unsur
negatif
41.8%
50.7%
5.4%
0.5%
1.6%
4.31
2.
Pendedahan secara langsung
atau tidak langsung dengan
rakan-rakan pelbagai etnik
memberikan pengalaman
penting dalam memahami
kepelbagaian masyarakat dan
kebudayaan di Malaysia.
43.6%
48.4%
5.4%
1.1%
1.6%
4.31
3.
Lebih bersedia untuk
berbincang dengan
masyarakat luar dengan
pengetahuan yang diperoleh.
28.6%
55.2%
13.8%
1.1%
1.4%
4.08
4.
Dapat membawa maklumat
mengenai budaya dan
masyarakat sendiri kepada
masyarakat lain yang ada di
Malaysia untuk mereka lebih
mengenalinya.
34.3%
55.7%
7.1%
1.3%
1.6%
4.20
5.
Memberikan pendedahan
mengenai adat dan budaya
yang sebenar tanpa
dipengaruhi oleh unsur
negatif.
40.2%
52.5%
5.4%
0.4%
1.6%
4.29
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 198-207
DOI 10.35631/IJEPC.6390013
Special Issue: Perspectives and Practices of Education Sustainability at Malaysian Higher Learning Institutions
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 206
Berdasarkan Jadual 5, untuk pernyataan pertama dalam konstruk ‘Pemahaman Dari Segi
Mengenali Secara Terbuka Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia’ iaitu ‘Memberikan
maklumat baharu yang lebih jelas mengenai budaya dan masyarakat lain yang ada di
Malaysia, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana unsur negatif’’, seramai 41.8% orang pelajar
sangat setuju, 50.7% setuju, 5.4% tidak pasti, 0.5% tidak setuju dan 1.6% sangat tidak setuju
dengan nilai min 4.31. Untuk pernyataan kedua iaitu ‘Pendedahan secara langsung atau tidak
langsung dengan rakan-rakan pelbagai etnik memberikan pengalaman penting dalam
memahami kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan di Malaysia’, seramai 43.6% orang
pelajar sangat setuju, 48.4% setuju, 5.4% tidak pasti, 1.1% tidak setuju dan 1.6% sangat
tidak setuju juga dengan nilai min yang sama dengan pernyataan pertama iaitu 4.31. Untuk
pernyataan ketiga iaitu ‘Lebih bersedia untuk berbincang dengan masyarakat luar dengan
pengetahuan yang diperole’, seramai 28.6% orang pelajar sangat setuju dengan pernyataan
tersebut, 55.2% setuju, 13.8% tidak pasti, 1.1% tidak setuju dan 1.4% sangat tidak setuju
dengan nilai min 4.08. Respons ini menunjukkan kursus ini membantu pelajar untuk bersedia
memberikan maklumat yang benar mengenai kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan
Malaysia
Manakala untuk pernyataan keempat iaitu ‘Dapat membawa maklumat mengenai budaya dan
masyarakat sendiri kepada masyarakat lain yang ada di Malaysia untuk mereka lebih
mengenalinya’, seramai 34.3% orang pelajar sangat setuju, 55.7% setuju, 7.1% tidak pasti,
1.3% tidak setuju dan 1.6% tidak setuju dengan nilai min 4.20. Bagi pernyataan terakhir iaitu
‘Memberikan pendedahan mengenai adat dan budaya yang sebenar tanpa dipengaruhi oleh
unsur negatif’, seramai 40.2% pelajar sangat setuju, 52.5% setuju, 5.4% tidak pasti, 0.4%
tidak setuju dan 1.6% sangat tidak setuju dengan nilai min 4.29. Secara keseluruhannya,
dapatan kajian menunjukkan kursus Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia dapat
memberikan pemahaman dari segi kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan yang ada di
Malaysia kepada pelajar peringkat Diploma yang mengikuti kursus tersebut. Keadaan
tersebut meningkatkan pemahaman pelajar terhadap aspek masyarakat dan budaya sebagai
salah satu usaha untuk memastikan keharmonian dapat terus dikekalkan pada masa akan
datang. Kursus ini juga ternyata mampu memberikan input berguna dalam memberikan
maklumat mengenai kepelbagaian masyarakat dan kebudayaan Malaysia.
Kesimpulan
Pemahaman yang jelas tentang masyarakat dan kebudayaan Malaysia dapat menjadikan
pelajar lebih matang dalam pergaulan dalam kalangan pelbagai etnik dan budaya yang ada di
Malaysia. Pelajar akan dapat memahami cara hidup masyarakat dengan lebih baik dan
mampu memberikan maklumat kepada keluarga dan masyarakat yang masih tidak jelas
mengenai sesuatu budaya yang ada di Malaysia. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat
menyelesaikan masalah hubungan kaum dan membantu mewujudkan suasana yang harmoni
di dalam negara (Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional (JPNIN), 2013). Pemahaman
terhadap kursus juga akan membantu pelajar untuk memahami budaya serta
mengembangkannya dalam memastikan penyatuan budaya berkonsep Malaysia di samping
memberikan kesan yang baik kepada keamanan negara serta membangunkannya sebagai
sebuah negara maju yang dinamik (Rohaty, Salasiah & Elis Johannes, 2011). Justeru kursus
ini penting dalam usaha memberikan pengetahuan serta pemahaman yang betul mengenai
kepelbagaian masyarakat di Malaysia dalam kalangan pelajar pelbagai etnik di UPSI agar
saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam membina negara bangsa Malaysia.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 198-207
DOI 10.35631/IJEPC.6390013
Special Issue: Perspectives and Practices of Education Sustainability at Malaysian Higher Learning Institutions
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 207
Penghargaan
Manuskrip ini dihasilkan berasaskan dana Geran Penyelidikan Penerbitan sumbangan Global
Academic Excellence (GAE) (Kod Geran: TLS2102).
Bibliografi
Abdul Rahim Hamdan, Mohd Najib Ghafar & Anis Ayuni. (2010). Fostering inter group
contacts among multiracial students In Utm. Proceedings International Conference on
Learner Diversity, ICELD 2010. Bangi: UKM.
Azat Khairi. (2011). Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke Arah Pemantapan
Perpaduan Sebuah Negara Bangsa. Sociohumanika.
Blackshaw, T. (2010). The Concept in Community Studies. London: Sage Publication.
Cho Minsung & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2016). Penterjemahan Budaya Bukan
Kebendaan Dalam Teks Terjemahan Bahasa Korea-Bahasa Melayu. Jurnal Melayu,
160-175.
Ezhar Tamam & Madiha Hashmi. (2015). Predicting interethnic bridging social capital in
youth ethnic-diversity engagement: the role of interethnic interaction and intercultural
sensitivity. International Journal of Adolescence and Youth DOI:
10.1080/02673843.2015.1024697.
Hamidah Abd Rahman, Norlin Ahmad & Nor Akmar Nordin. (2011). Kajian Tinjauan
Hubungan Etnik Dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu Di Kampus Johor Bahru,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). January 2011 Jurnal Teknologi 54(1)
DOI:10.11113/jt.v54.99
Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN). (2013). Kajian Sistem Pemantauan
Hubungan Etnik di Malaysia. Bangi: Selangor
Kamus Dewan. (2015). (4th. ed). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mansor Mohd Noor, Azlina Abdullah & Mohd Mahadee Ismail. (2016). Mengurus dan
Memahami Hubungan Etnik di Universiti Awam Malaysia. Research Journal of
Social Sciences (3), 59-65.
Mohd Rizal Mohd Said & Thay Cheow Yin. (2012). Tahap Hubungan Etnik: Kajian di
Kalangan Pelajar yang Mengikuti Kursus Sarjana Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup), sesi Pengajian 2007-2008, Semester 2 di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, 6
(Jun), 59-72.
Mohamed Mustafa Ishak (2014). Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa Dalam
Masyarakat Pelbagai Etnik. Sintok: UUM Press.
Newmark, P. (1988). A Textbook of Translation. Londong: Prentice Hall International.
Pro Forma Kursus HNS 2042 Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia 2021. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Ramlee Mustapha, Norzaini Azman, Faridah Karim, Abdul Razak Ahmad & Maimun Aqsha
Lubis. (2009). Social Integration among Multiethnic Students at Selected Malaysian
Universities in Penisular Malaysia: A Survey of Campus Social Climate. AJTLHE,
1(1), 35-44.
Rohaty Mohd. Majzub, Salasiah Hashim & Elis Johannes, H.S. (2011). Cultural awareness
among preschool teachers in Selangor, Malaysia. Procedia - Social and Behavioral
Sciences 15, 1573-1579.
Saunders, M., Lewis, P., & Thornhill, A. (2007). Research methods for business students, 4th
edition. London: Prentice Hall.