Content uploaded by Muaz Hairi
Author content
All content in this area was uploaded by Muaz Hairi on Jul 06, 2021
Content may be subject to copyright.
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
ULASAN 10 JURNAL BERKAITAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK.
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran kepada
kanak-kanak sejak dari peringkat bayi sehingga umur 6 tahun. Terdapat 10 jurnal yang dibuat
ulasan berkaitan dengan pengurusan kurikulum pendidikan awal kanak-kanak. Artikel
pertama yang diambil ialah “Efficacy of a comprehensive early childhood curriculum to
enhance children’s success”. Jurnal ini ditulis oleh Samuel L. Odom, Gretchen Butera, Karen
E. Diamond, Marci J. Hanson, Eva Horn, Joan Lieber, Susan Palmer, Kandace Fleming, dan
Janet Marquis. Jurnal ini telah diterbitkan pada 2019. Objektif kajian bagi jurnal ini ialah
mengenalpasti keberkesanan kurikulum Children’s School Success (CSS) kepada
perkembangan akademik dan sosial kanak-kanak yang berumur 4 tahun dan mendaftar di
dalam program prasekolah. Metodologi kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah
dijalankan secara reka bentuk eksperimen dan dijalankan dalam tempoh 5 tahun. Ia
melibatkan 10 guru yang mengajar di dalam bilik darjah yang berbeza di lima lokasi wilayah
di United States (California, Indiana, Kansas, Maryland dan West Virgina. Kajian ini dijalankan
di Head Start, prasekolah negeri dan swasta dan melibatkan kepada kanak-kanak yang lemah
dalam penguasaan akademik. Dapatan kajian menunjukkan CSS model mempunyai kesan
perkembangan yang positif kepada kanak-kanak. Ia dapat dilihat berkaitan peningkatan
pembendaharaan kata, sains, matematik dan social problem solving.
Jurnal kedua yang diambil ialah “A critical analysis of concepts associated with
sustainability in early childhood curriculum framework across five national contexts”. Jurnal ini
ditulis oleh Kassahun Weldemariam, Diane Boyd, Nicky Hirst, Barbara Maria Sageidet,
Jamison K. Browder, Leanne Grogan dan Fran Hughes. Jurnal ini telah diterbitkan pada tahun
2017. Objektif kajian bagi jurnal ini iaitu mengenalpasti kelestarian integrasi program dalam
kurikulum pendidikan awal kanak-kanak di Australia, England, Norway, Sweden dan USA dan
ia melibatkan kepada 4 aspek iaitu kelestarian, kehidupan kanak-kanak, hubungan
persekitaran dan manusia dan falsafah. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian ini
dijalankan berdasarkan analisis terhadap penyelidikan secara kolaboratif. Data kajian
dikumpul dari perbincangn Transnational Dialogues (TND) antara penggubal kurikulum
pendidikan awal kanak-kanak dan ia berlaku di Universiti Stavanger, Norway. Dapatan kajian
mendapati kerangka konsep dari Australia, Norway dan Sweden mempunyai kelestarian yang
baik. Berkaitan dengan kehidupan kanak-kanak, kerangka konsep Sweden lebih lengkap
berkaitan dengan peranan kanak-kanak di dalam masyarakat. Berkaitan dengan hubungan
persekitaran dan manusia, kerangka konsep Australia lebih menekan terhadap amalan
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
pribumi yang sejahtera. Berkaitan dengan falsafah, kesemua kurikulum mempunyai kaitan
dengan sosiobudaya dan pendekatan terhadap perkembangan kanak-kanak.
Jurnal ketiga yang diambil ialah “Maintaining professional standards in early childhood
teacher preparation: evaluating adaptions to fieldwork-based experiences during COVID-19”.
Jurnal ini telah ditulis oleh Larisa Callaway-Cole dan Ashley Kimble. Jurnal ini telah diterbitkan
pada tahun 2021. Objektif kajian bagi jurnal ini ialah mengenalpasti dan menilai penyesuaian
yang dibuat terhadap persiapan guru pendidikan awal kanak-kanak dalam program sarjana
muda ketika pendemik COVID-19. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian ini
menggunakan kaedah mixed-method approach. Data dikumpulkan dan dinilai berdasarkan
kepada permarkahan yang diberikan oleh tenaga pengajar kepada tugasan rancangan
mengajar, video dan bahan bantu mengajar yang disediakan oleh pelajar. Pelajar yang terlibat
di dalam kajian ini adalah pelajar sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak di Soth Central
University, dari tahun 1 hingga 3. Dapatan kajian mendapati pelajar belajar untuk membina
pengetahuan dan kemahiran kaedah pengajaran yang berkesan secara online kepada kanak-
kanak.
Jurnal yang keempat diambil ialah “Translating the implementation gap: Three
versions of early childhood curriculum leadership”. Jurnal ini ditulis oleh Daniel J.Castner. dan
diterbitkan pada tahun 2019. Objektif kajian bagi jurnal ini ialah mengenalpasti pendekatan
yang digunakan oleh guru pendidikan awal kanak-kanak untuk memastikan perlaksanaan
kepimpinan dalam kurikulum dan mengikut polisi pendidikan yang telah ditetapkan.
Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian ini menggunakan kajian kes naratif dan
melibatkan kepada pengalaman 4 orang guru dalam melaksanakan kurikulum. Responden
adalah guru yang mengajar dari peringkat tadika hingga darjah 3. Responden ini dipilih
berdasarkan prestasi kepimpinan yang profesional di sekolah. Dapatan kajian mendapati 1
dari 4 guru tersebut mempunyai latar belakang pendidikan di dalam kepimpinan dan beliau
dapat menerapkan kepimpinan dalam kurikulum di sekolah. Tiga guru yang berikutnya
menunjukkan tahap kepimpinan yang baik dan merasakan ia perlu diterapkan di dalam
kurikulum di sekolah.
Jurnal kelima yang digunakan ialah “Early childhood education curriculum choice:
Assessing the interplay between prior beliefs and evidence-based information”. Penulis bagi
jurnal ini ialah Sharon Ward dan Amanda Wilcox-Herzog. Jurnal ini telah diterbitkan pada
2019. Objektif kajian bagi jurnal ini ialah (i) mengenalpasti keberkesanan perpindahan
maklumat daripada risalah maklumat mengenai amalan bersesuaian perkembangan kepada
pelajar yang bekerja dalam bidang awal kanak-kanak tetapi tidak ada ilmu mengenainya (ii)
menilai hubungan antara kepercayaan tersirat mengenai pendidikan kepada kanak-kanak dan
maklumat di dalam risalah. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian ini dijalanakan
secara kuantitatif dan melibatkan kepada 209 orang pelajar. Responden dipilih berdasarkan
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
ciri-ciri berikut; (i) tidak mempunyai anak atau anak tiri (ii) tidak pernah mempunyai
pengalaman mengajar kanak-kanak (iii) tidak pernah ambil subjek Perkembangan Kanak-
kanak dan Manusia. Semua responden diberi tonton sebuah video mengenai kanak-kanak
dan projek sains dan diminta untuk menjawab soalan berdasarkan video tersebut. Responden
dipecahkan kepada dua kumpulan, iaitu satu kumpulan diberikan maklumat melalui risalah
mengenai amalan bersesuaian perkembangan dan satu kumpulan lagi tida diberikan.
Dapatan kajian mendapati bahawa kumpulan pelajar yang diberikan risalah maklumat
mengenai amalan bersesuaian perkembangan mempunyai pengetahuan dan boleh kaitakan
dengan video yang ditonton. Terdapat hubungan yang signifikan antara kepercayaan tersirat
mengenai pendidikan kepada kanak-kanak dan pemerolehan maklumat dari risalah.
Jurnal keenam yang diambil ialah “Early experinces matter: a relationships-based
curriculum for the birth-to-three age group”. Jurnal ini ditulis oleh Marjory Ebbeck, Sheela
Warrier dan Mandy Goh. Jurnal ini telah diterbitkan pada tahun 2017. Objektif kajian bagi
jurnal ini ialah mengenalpasti hubungan berdasarkan kurikulum dengan penglibatan aktif
kanak-kanak di peringkat bayi, kanak-kanak bertatih dan kanak-kanak yang berumur tiga
tahun. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian ini dijalankan melebihi satu tahun dan
menggunakan pendekatan pre and post-test design. Kanak-kanak pada setiap tahap umur
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan menerima pembelajaran berdasarkan
kurikulum dan satu kumpulan lagi pembelajaran tidak berasaskan kurikulum. Kajian ini
menggunakan Child Involvement Scale. Dapatan kajian bagi kajian ini ialah mendapati
pembelajaran yang berasaskan kepada kurikulum yang terancang dapat menarik kepada
penglibatan kanak-kanak kepada aktiviti pembelajaran yang dijalanakan.
Jurnal ketujuh yang dibuat ulasan ialah “Adapting to change; exploring early childhood
educators’ perceptions of a child-centered curriculum”. Penulis jurnal ini ialah Morten Greaves
dan Rima Bahous. Jurnal ini telah diterbitkan pada tahun 2020. Objektif kajian bagi jurnal ini
ialah mengenalpasti persepsi guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap perubahan
pendekatan berasaskan guru kepada pendekatan berasaskan kanak-kanak. Metodologi
kajian yang digunakan ialah kajian ini dijalankan terhadap guru yang bekerja di institusi swasta
pendidikan awal kanak-kanak di Lebanon. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dan
ditemubual secara individu dan kumpulan sebanyak dua pusingan. Dapatan kajian mendapati
bahawa guru menghadapi kesukaran untuk mengubah corak pengajaran mereka. Namun
begitu, pusingan kedua temubual bersama guru mendapati mereka mula untuk menyesuaikan
diri dengan corak pendekatan pengajaran yang baru.
Jurnal kelapan yang digunakan ialah “Neoliberalism and sociocultural specificities: a
discourse analysis of early childhood curriculum policies in Australia, China, New Zealand and
Singapore”. Penulis bagi jurnal ini ialah Vladlmir E. Martines-Bello, Maria del Mar Bernabe-
Villodre, Sara Lahuerta-Contell, Herminia Vega-Perona dan Mila Gimenez-Calvo. Jurnal ini
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
telah diterbitkan pada tahun 2021. Objektif kajian bagi jurnal ini ialah mengenalpasti persepsi
guru dan guru pelatih pendidikan awal kanak-kanak terhadap pedagogical content knowledge
(PCK) dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Metodologi kajian yang digunakan
ialah kajian ini dijalankan secara kualitatif dan menggunakan kaedah temubual, bermula
November 2017 sehingga May 2018. Ia melibatkan kepada 12 orang guru pendidikan awal
kanak-kanak yang mempunyai pengalaman mengajar selama 15 tahun dan 10 orang guru
pelatih. Dapatan kajian mendapati guru dan guru pelatih mempunyai kesukaran untuk
melaksanakan pedagogical content knowledge (PCK) dalam pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran. Kajian mencadangkan agar guru diberikan latihan yang secukupnya mengenai
PCK sebelum pelaksanaan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jurnal yang kesembilan dibuat ulasan ialah “Neoliberalism and sociocultural
specificities: a discourse analysis of early childhood curriculum policies in Australia, China,
New Zealand and Singapore”. Penulis bagi jurnal ini ialah Weipeng Yang, Peng Xu, Haidan
Liu dan Hui Li. Jurnal ini telah diterbitkan pada tahun 2020. Objektif kajian bagi jurnal ini ialah
(i) membuat analisis mengenai polisi pendidikan awal kanak-kanak yang melibatkan 4 buah
negara iaitu Australia, China, New Zealand dan Singapore (ii) mengenalpasti kesan
neoliberalisme dan kontekstualisasi kepada polisi pendidikan awal kanak-kanak di negara
yang terbabit dalam kajian.. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian ini dijalankan
secara wacana kualitatif analisis. Ia dijalankan berdasarkan analisis terhadap polisi
pendidikan awal kanak-kanak yang terdapat di 4 buah negara iaitu Australia, China, New
Zealand dan Singapore. Polisi bagi 4 buah negara tersebut ialah (1) Australia’s Belonging,
Being & Becoming: The Early Years Learning Framework (2) China’s Guidelines for
Kindergarten Education (3) New Zeland’s Te Whariki: He Whariki Matauranga mo nga
Mokopuna o Aotearoa Early Childhood Curriculum (4) Singapore’s Nurturing Early Learners:
A Curriculum Framework for Kindergantens. Dapatan kajian mendapati 4 buah negara iaitu
Australia, China, New Zealand dan Singapore telah menjalankan konsep neoliberalisme
dalam polisi pendidikan awal kanak-kanak. Ia digunakan sebagai kayu ukur untuk menjadikan
pengajaran dan pembelajaran terhadap kanak-kanak berkesan dari segi bermain secara
konstruktif, interaksi sosial dan penglibatan komuniti.
Jurnal kesepuluh yang dibuat ulasan ialah “Barriers to implementing a healthy habits
curriculum in early childhood education: perspective from childcare providers and teachers”.
Penulis bagi jurnal ini ialah Elizabeth Villegas, Carolyn Sutter, Brenda Koester & Barbara H.
Fiese. Jurnal ini telah diterbitkan pada tahun 2020. Objektif kajian bagi jurnal ini ialah (i)
mengenalpasti halangan dan keperluan utama yang diperlukan oleh pengasuh atau guru
dalam menyediakan makanan mengikut kepada kurikulum pemakanan yang sihat (ii) meminta
cadangan penambahbaikkan mengenai program pemakanan sihat yang sedia ada dari
pengasuh dan guru tadika. Metodologi kajian yang digunakan ialah 30 orang responden yang
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
ditemubual melalui Facebook dan email oleh Illinois Network of Child Care Resource and
Referral Agencies (INCCRRA). Individu yang ditemubual perlulah seorang guru tadika atau
pengasuh di taska. Dapatan kajian mendapati halangan utama bagi guru tadika atau
pengasuh di taska dalam penyediaan makanan berkhasiat kepada kanak-kanak ialah
pengurusan tingkahlaku, tidak mendapat kerjasama dari pihak ibu bapa, tidak mempunyai
masa yang mencukupi untuk penyediaan makanan kerana persiapan pelajaran dan kos
makanan sihat yang mahal. Dapatan kajian mencadangkan agar proses penyediaan makanan
sihat ini juga perlu diberikan pendedahan kepada ibu bapa supaya proses ini akan berterusan
di rumah dan sehingga kanak-kanak itu membesar ke peringkat dewasa.
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
RINGKASAN 10 JURNAL BERKAITAN PENGURUSAN KURIKULUM PAKK
No
Tajuk
Objektif
Kajian
Metodologi
Kajian
Dapatan
Kajian
1.
Samuel L. Odom, Gretchen Butera,
Karen E. Diamond, Marci J. Hanson, Eva
Horn, Joan Lieber, Susan Palmer,
Kandace Fleming, & Janet Marquis.
(2019). Efficacy of a comprehensive
early childhood curriculum to enhance
children’s success. Early Childhood
Special Education, Vol. 39(1) 19-31
- Mengenalpasti
keberkesanan
kurikulum Children’s
School Success
(CSS) kepada
perkembangan
akademik dan sosial
kanak-kanak yang
berumur 4 tahun dan
mendaftar di dalam
program prasekolah.
- Kajian ini dijalankan
secara reka bentuk
eksperimen dan
dijalankan dalam tempoh
5 tahun.
- Ia melibatkan 10 guru
yang mengajar di dalam
bilik darjah yang berbeza
di lima lokasi wilayah di
United States (California,
Indiana, Kansas,
Maryland dan West
Virgina.
- Kajian ini dijalankan di
Head Start, prasekolah
negeri dan swasta dan
melibatkan kepada
kanak-kanak yang lemah
- CSS model
mempunyai kesan
perkembangan yang
positif kepada
kanak-kanak.
- Ia dapat dilihat
berkaitan
peningkatan
pembendaharaan
kata, sains,
matematik dan social
problem solving.
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
dalam penguasaan
akademik.
2.
Kassahun Weldemariam, Diane Boyd,
Nicky Hirst, Barbara Maria Sageidet,
Jamison K. Browder, Leanne Grogan &
Fran Hughes. (2017). A critical analysis
of concepts associated with
sustainability in early childhood
curriculum framework across five
national contexts.
https://doi.org/10.1007/s13158-017-
0202-8
- Mengenalpasti
kelestarian integrasi
program dalam
kurikulum pendidikan
awal kanak-kanak di
Australia, England,
Norway, Sweden dan
USA.
- Ia melibatkan kepada
4 aspek iaitu
kelestarian,
kehidupan kanak-
kanak, hubungan
persekitaran dan
manusia dan falsafah.
- Kajian ini dijalankan
berdasarkan analisis
terhadap penyelidikan
secara kolaboratif.
- Data kajian dikumpul dari
perbincangn
Transnational Dialogues
(TND) antara penggubal
kurikulum pendidikan
awal kanak-kanak dan ia
berlaku di Universiti
Stavanger, Norway.
- Dapatan kajian
mendapati kerangka
konsep dari
Australia, Norway
dan Sweden
mempunyai
kelestarian yang
baik.
- Berkaitan dengan
kehidupan kanak-
kanak, kerangka
konsep Sweden
lebih lengkap
berkaitan dengan
peranan kanak-
kanak di dalam
masyarakat.
- Berkaitan dengan
hubungan
persekitaran dan
manusia, kerangka
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
konsep Australia
lebih menekan
terhadap amalan
pribumi yang
sejahtera
- Berkaitan dengan
falsafah, kesemua
kurikulum
mempunyai kaitan
dengan sosiobudaya
dan pendekatan
terhadap
perkembangan
kanak-kanak.
3.
Larisa Callaway-Cole & Ashley Kimble.
(2021). Maintaining professional
standards in early childhood teacher
preparation: evaluating adaptions to
fieldwork-based experiences during
covid-19. Early Childhood Education
Journal. https://doi.org/10.1007/s10643-
021-01227-9
- Mengenalpasti dan
menilai penyesuaian
yang dibuat terhadap
persiapan guru
pendidikan awal
kanak-kanak dalam
program sarjana muda
ketika pendemik
covid-19.
- Kajian ini menggunakan
kaedah mixed-method
approach.
- Data dikumpulkan dan
dinilai berdasarkan
kepada permarkahan
yang diberikan oleh
tenaga pengajar kepada
tugasan rancangan
- Dapatan kajian
mendapati pelajar
belajar untuk
membina
pengetahuan dan
kemahiran kaedah
pengajaran yang
berkesan secara
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
mengajar, video dan
bahan bantu mengajar
yang disediakan oleh
pelajar.
- Pelajar yang terlibat di
dalam kajian ini adalah
pelajar sarjana muda
pendidikan awal kanak-
kanak di Soth Central
University, dari tahun 1
hingga 3.
online kepada
kanak-kanak.
4.
Daniel J.Castner. (2019). Translating the
implementation gap: Three versions of
early childhood curriculum leadership.
Early Childhood Ecucation Journal, 48:
429-440
- Mengenalpasti
pendekatan yang
digunakan oleh guru
pendidikan awal
kanak-kanak untuk
memastikan
perlaksanaan
kepimpinan dalam
kurikulum dan
mengikut polisi
pendidikan yang telah
ditetapkan
- Kajian ini menggunakan
kajian kes naratif dan
melibatkan kepada
pengalaman 4 orang
guru dalam
melaksanakan
kurikulum.
- Responden adalah guru
yang mengajar dari
peringkat tadika hingga
darjah 3.
- Dapatan kajian
menunjukkan 1 dari
4 guru tersebut
mempunyai latar
belakang pendidikan
di dalam kepimpinan
dan beliau dapat
menerapkan
kepimpinan dalam
kurikulum di sekolah.
- Tiga guru yang
berikutnya
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
- Responden ini dipilih
berdasarkan prestasi
kepimpinan yang
profesional di sekolah.
menunjukkan tahap
kepimpinan yang
baik dan merasakan
ia perlu diterapkan di
dalam kurikulum di
sekolah.
5.
Sharon Ward & Amanda Wilcox-Herzog.
(2019). Early childhood education
curriculum choice: Assessing the
interplay between prior beliefs and
evidence-based information. Early
Childhood Education Journal, 47:409-
415
- Mengenalpasti
keberkesanan
perpindahan
maklumat daripada
risalah maklumat
mengenai amalan
bersesuaian
perkembangan
kepada pelajar yang
bekerja dalam bidang
awal kanak-kanak
tetapi tidak ada ilmu
mengenainya.
- Menilai hubungan
antara kepercayaan
tersirat mengenai
pendidikan kepada
- Kajian ini melibatkan
kepada 209 orang pelajar
- Responden dipilih
berdasarkan ciri-ciri
berikut; (i) tidak
mempunyai anak atau
anak tiri (ii) tidak pernah
mempunyai pengalaman
mengajar kanak-kanak
(iii) tidak pernah ambil
subjek Perkembangan
Kanak-kanak dan
Manusia.
- Semua responden diberi
tonton sebuah video
mengenai kanak-kanak
dan projek sains dan
- Dapatan kajian
mendapati bahawa
kumpulan pelajar
yang diberikan
risalah maklumat
mengenai amalan
bersesuaian
perkembangan
mempunyai
pengetahuan dan
boleh kaitakan
dengan video yang
ditonton.
- Terdapat hubungan
yang signifikan
antara kepercayaan
tersirat mengenai
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
kanak-kanak dan
maklumat di dalam
risalah.
diminta untuk menjawab
soalan berdasarkan
video tersebut.
- Responden dipecahkan
kepada dua kumpulan,
iaitu satu kumpulan
diberikan maklumat
melalui risalah mengenai
amalan bersesuaian
perkembangan dan satu
kumpulan lagi tida
diberikan.
pendidikan kepada
kanak-kanak dan
pemerolehan
maklumat dari
risalah.
6.
Marjory Ebbeck, Sheela Warrier &
Mandy Goh. (2017). Early experinces
matter: a relationships-based curriculum
for the birth-to-three age group. Early
Childhood Education Journal, 46:83-92
- Mengenalpasti
hubungan
berdasarkan
kurikulum dengan
penglibatan aktif
kanak-kanak di
peringkat bayi, kanak-
kanak bertatih dan
kanak-kanak yang
berumur tiga tahun.
- Kajian ini dijalankan
melebihi satu tahun dan
menggunakan
pendekatan pre and post-
test design.
- Kanak-kanak pada setiap
tahap umur dibahagikan
kepada dua kumpulan
iaitu satu kumpulan
menerima pembelajaran
berdasarkan kurikulum
- Dapatan kajian
mendapati
pembelajaran yang
berasaskan kepada
kurikulum yang
terancang dapat
menarik kepada
penglibatan kanak-
kanak kepada aktiviti
pembelajaran yang
dijalanakan.
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
dan satu kumpulan lagi
pembelajaran tidak
berasaskan kurikulum.
- Kajian ini menggunakan
Child Involvement Scale
7.
Morten Greaves & Rima Bahous. (2020).
Adapting to change; exploring early
childhood educators’ perceptions of a
child-centered curriculum. Early
Childhood Education Journal, 49:581-
592
- Mengenalpasti
persepsi guru
pendidikan awal
kanak-kanak terhadap
perubahan
pendekatan
berasaskan guru
kepada pendekatan
berasaskan kanak-
kanak.
- Kajian ini dijalankan
terhadap guru yang
bekerja di institusi swasta
pendidikan awal kanak-
kanak di Lebanon.
- Kajian ini dijalankan
secara kualitatif dan
ditemubual secara
individu dan kumpulan
sebanyak dua pusingan.
- Dapatan kajian
menunjukkan
bahawa guru
menghadapi
kesukaran untuk
mengubah corak
pengajaran mereka.
- Namun begitu,
pusingan kedua
temubual bersama
guru mendapati
mereka mula untuk
menyesuaikan diri
dengan corak
pendekatan
pengajaran yang
baru.
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
8.
Vladlmir E. Martines-Bello, Maria del
Mar Bernabe-Villodre, Sara Lahuerta-
Contell, Herminia Vega-Perona & Mila
Gimenez-Calvo. (2021). Pedagogical
knowledge of structured movement
sessions in the early education
curriculum: perception of teachers and
student teachers. Early Childhood
Education Journal, 49:483-492
- Mengenalpasti
persepsi guru dan
guru pelatih
pendidikan awal
kanak-kanak terhadap
pedagogical content
knowledge (PCK)
dalam pelaksanaan
pengajaran dan
pembelajaran.
- Kajian ini dijalankan
secara kualitatif dan
menggunakan kaedah
temubual, bermula
November 2017
sehingga May 2018.
- Ia melibatkan kepada 12
orang guru pendidikan
awal kanak-kanak yang
mempunyai pengalaman
mengajar selama 15
tahun dan 10 orang guru
pelatih.
- Dapatan kajian
mendapati guru dan
guru pelatih
mempunyai
kesukaran untuk
melaksanakan
pedagogical content
knowledge (PCK)
dalam pelaksanaan
pengajaran dan
pembelajaran.
- Kajian
mencadangkan agar
guru diberikan
latihan yang
secukupnya
mengenai PCK
sebelum
pelaksanaan dalam
pengajaran dan
pembelajaran.
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
9.
Weipeng Yang, Peng Xu, Haidan Liu &
Hui Li. (2020). Neoliberalism and
sociocultural specificities: a discourse
analysis of early childhood curriculum
policies in Australia, China, New
Zealand and Singapore. Early Child
Development and Care.
https://dio.org/10.1080/03004430.2020.
1754210
- Membuat analisis
mengenai polisi
pendidikan awal
kanak-kanak yang
melibatkan 4 buah
negara iaitu Australia,
China, New Zealand
dan Singapore.
- Tujuan kajian ini
dijalankan untuk
mengenalpasti kesan
neoliberalisme dan
kontekstualisasi
kepada polisi
pendidikan awal
kanak-kanak di
negara yang terbabit
dalam kajian.
- Kajian ini dijalankan
secara wacana kualitatif
analisis.
- Ia dijalankan
berdasarkan analisis
terhadap polisi
pendidikan awal kanak-
kanak yang terdapat di 4
buah negara iaitu
Australia, China, New
Zealand dan Singapore.
- Polisi bagi 4 buah negara
tersebut ialah (1)
Australia’s Belonging,
Being & Becoming: The
Early Years Learning
Framework (2) China’s
Guidelines for
Kindergarten Education
(3) New Zeland’s Te
Whariki: He Whariki
Matauranga mo nga
Mokopuna o Aotearoa
- Dapatan kajian
mendapati 4 buah
negara iaitu
Australia, China,
New Zealand dan
Singapore telah
menjalankan konsep
neoliberalisme
dalam polisi
pendidikan awal
kanak-kanak.
- Ia digunakan
sebagai kayu ukur
untuk menjadikan
pengajaran dan
pembelajaran
terhadap kanak-
kanak berkesan dari
segi bermain secara
konstruktif, interaksi
sosial dan
penglibatan
komuniti.
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
Early Childhood
Curriculum (4)
Singapore’s Nurturing
Early Learners: A
Curriculum Framework
for Kindergantens
10.
Elizabeth Villegas, Carolyn Sutter,
Brenda Koester & Barbara H. Fiese.
(2020). Barriers to implementing a
healthy habits curriculum in early
childhood education: perspective from
childcare providers and teachers. Early
Childhood Education Journal, 49:593-
606
- Mengenalpasti
halangan dan
keperluan utama yang
diperlukan oleh
pengasuh atau guru
dalam menyediakan
makanan mengikut
kepada kurikulum
pemakanan yang
sihat
- Meminta cadangan
penambahbaikkan
mengenai program
pemakanan sihat
yang sedia ada dari
pengasuh dan guru
tadika
- 30 orang responden yang
ditemubual melalui
Facebook dan email oleh
Illinois Network of Child
Care Resource and
Referral Agencies
(INCCRRA).
- Individu yang ditemubual
perlulah seorang guru
tadika atau pengasuh di
taska.
- Dapatan kajian
mendapati halangan
utama bagi guru
tadika atau
pengasuh di taska
dalam penyediaan
makanan berkhasiat
kepada kanak-kanak
ialah pengurusan
tingkahlaku, tidak
mendapat kerjasama
dari pihak ibu bapa,
tidak mempunyai
masa yang
mencukupi untuk
penyediaan
makanan kerana
AHMAD MUAZ BIN MUHD HAIRI
M20181000567
persiapan pelajaran
dan kos makanan
sihat yang mahal.
- Dapatan kajian
mencadangkan agar
proses penyediaan
makanan sihat ini
juga perlu diberikan
pendedahan kepada
ibu bapa supaya
proses ini akan
berterusan di rumah
dan sehingga kanak-
kanak itu membesar
ke peringkat
dewasa.