Content uploaded by Saifulazry Mokhtar
Author content
All content in this area was uploaded by Saifulazry Mokhtar on Jun 27, 2021
Content may be subject to copyright.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 178
INTERNATIONAL JOURNAL OF
EDUCATION, PSYCHOLOGY
AND COUNSELLING
(IJEPC)
www.ijepc.com
REKAYASA DAKWAH KBAT DALAM KALANGAN MAHASISWA
DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH MENERUSI KURSUS
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
THE ENGINEERING OF DAKWAH KBAT AMONG STUDENTS AT UNIVERSITY
MALAYSIA SABAH THROUGH THE
ETHICS AND CIVILIZATION COURSE
Saifulazry Mokhtar1*, Mohd Kamal Mohd Shah2*, Habibah @ Artini Ramlie3*, Irma Wani
Othman4, Romzi Ationg5, Mohd. Sohaimi Esa6, Syamsul Azizul Marinsah7
1
2
3
4
5
6
7
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
Email: saifulazry.mokhtar@ums.edu.my
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah
Email: mkamalms@ums.edu.my
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
Email: habibah_artini@ums.edu.my
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
Email: irma@ums.edu.my
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
Email: mrationg@ums.edu.my
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
Email: msohaimi@ums.edu.my
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
Email: syamsulazizul@ums.edu.my
*
Corresponding Author
Article Info:
Abstrak:
Article history:
Received date: 10.03.2021
Revised date: 15.04.2021
Accepted date: 15.05.2021
Published date: 31.05.2021
Dakwah merupakan satu usaha dalam memperbaiki tingkahlaku dari suatu keadaan
yang kurang baik kepada keadaan yang lebih baik. Pelaksanaan dakwah tersebut
perlu berteraskan kepada keadaan dan keselesaan golongan sasaran dakwah.
Pendekatan dakwah adalah berbeza antara satu golongan dengan golongan yang lain,
termasuklah golongan mahasiswa. Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) turut dituntut bagi melaksanakan dakwah dalam kalangan mahasiswa
kerana golongan ini mempunyai tahap berfikir yang tinggi. Kajian ini bertujuan
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 179
To cite this document:
Mokhtar, S., Mohd Shah, M. K.,
Ramlie, H., Othman, I. W., Ationg,
R., Esa, M. S., Marinsah, S. A.
(2021). Rekayasa Dakwah KBAT
Dalam Kalangan Mahasiswa Di
Universiti Malaysia Sabah Menerusi
Kursus Penghayatan Etika Dan
Peradaban. International Journal of
Education, Psychology and
Counselling6 (39), 178-193.
DOI: 10.35631/IJEPC.6390012
This work is licensed under CC BY 4.0
untuk melihat rekayasa dakwah dalam kalangan mahasiswa di Universiti Malaysia
Sabah menerusi kursus umum universiti iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban
(PEDP) dari sudut penerimaan dakwah dan keselesaan mereka dalam menerima
teguran dan nasihat. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang dijalankan
menerusi google form terhadap mahasiswa yang telah megambil kursus Penghayatan
Etika dan Peradaban (PEDP) pada semester lalu. Kajian mendapati majoriti
mahasiswa sangat bersetuju dengan pendekatan dan rekayasa dakwah yang
diaplikasikan oleh pensyarah dalam kursus Penghayatan Etika dan Peradaban.
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang diselitkan dengan unsur-unsur dakwah
membolehkan mahasiswa dapat menerima ilmu dengan mudah dan santai serta
meninggalkan kesan positif dalam kehidupan mereka. Kajian ini diharapkan agar
menjadi satu penanda aras dalam pelaksanaan dakwah pada era globalisasi kini
khususnya dalam rekayasa dakwah terhadap golongan mahasiswa.
Kata Kunci:
Rekayasa dakwah, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Dakwah golongan
mahasiswa, Universiti Malaysia Sabah, Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP)
Abstract:
Da'wah is an effort in improving behavior from a poor condition to a better situation.
The implementation of the da'wah should be based on the condition and comfort of
the da'wah target group. The approach of da'wah differs from one group to another,
including the students. The implementation of High-Level Thinking Skills (KBAT)
is also required in implementing da'wah among students because this group has a
high level of thinking. This study aims to look at the engineering of da'wah among
students at University Malaysia Sabah through the university's general course, The
Appreciation of Ethics and Civilization (PEDP) from the point of acceptance of
da'wah and their comfort in receiving feedback and advice. This study used the
questionnaire method conducted through google form to students who have taken the
Ethics and Civilization Appreciation course (PEDP) in the last semester. The study
found that most students strongly agreed with the approach and engineering of
da'wah applied by lecturers in the Ethics and Civilization Appreciation course.
Teaching and Learning (PdP) that is infused with elements of da'wah enables
students to receive knowledge easily and relax and leave a positive impact in their
lives. This study is expected to be a benchmark in the implementation of da'wah in
the current era of globalization, especially in the engineering of da'wah towards
students.
Keywords:
Da'wah engineering, High Level Thinking Skills (KBAT), Da'wah among students,
University Malaysia Sabah, Ethics and Civilization Appreciation (PEDP)
Pendahuluan
Pendidikan adalah satu proses penyampaian ilmu dari seorang individu kepada individu lain
bagi memastikan kelangsungan ilmu pengetahuan berterusan sehingga generasi seterusnya.
Pendidikan juga perlu kepada bentuk rekayasa yang digunakan oleh seseorang dalam
menyampaikan ilmu dan maklumat. Menurut Kamus Dewan (2015:1305), rekayasa
bermaksud penerapan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan,
mekanisme kerja dan lain-lain sebagai asas melaksanakan sesuatu. Rekayasa dakwah pula
membawa maksud penerapan unsur-unsur ilmu dakwah yang sesuai dengan keadaan, situasi
dan kehendak penerima dakwah agar dakwah yang dijalankan dapat diterima dengan hati
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 180
yang terbuka. Penerapan unsur-unsur ilmu atau rekayasa dakwah perlu dimiliki oleh setiap
pendakwah sebelum mereka turun ke kancah realiti kehidupan dakwah. Ia bertujuan supaya
agenda dan matlamat dakwah yang dibawa tersebut dapat diterima dan terkesan ke lubuk
sanubari golongan sasaran dakwahnya. Tanpa penguasaan rekayasa dakwah terlebih dahulu,
kemungkinan besar seseorang pendakwah itu tidak akan memperoleh kejayaan dan cita-cita
yang diigaukan.
Dakwah mempunyai pelbagai bentuk dan wajah sama ada secara terang ataupun sulit, secara
keras dan kasar ataupun secara lemah lembut, secara sindirian, kiasan, „street to point‟ dan
sebagainya berpaksikan kepada kehendak dan keupayaan seseorang pendakwah. Para
pendakwah seharusnya menggunakan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
sebagai strategi menarik minat golongan sasaran dakwahnya. Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) bermaksud keupayaan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan
berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Dewasa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem
pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai medium untuk menghasilkan
modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke 21 seterusnya
mampu bersaing di persada dunia. Galakkan ini sangat bertepatan dengan penekanan yang
dianjurkan oleh Islam iaitu keupayaan akal fikiran yang dijadikan elemen utama dalam
pembentukan pelajar yang bersifat holistik iaitu seimbang dalam kecemerlangan akademik
dan kemantapan akhlak.
Seperti yang kita maklum bahawa pembudayaan KBAT dalam pendidikan merupakan salah
satu daripada program yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi
melahirkan generasi yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta mampu
berkomunikasi sehingga ke peringkat global. Sejajar dengan program tersebut, pengkaji
berpendapat idea yang menarik ini dapat diteruskan dan diterapkan dalam kalangan
mahasiswa di seluruh universiti bagi meneruskan kelangsungan dan harapan kementerian
dalam proses kemenjadian pelajar suatu hari nanti. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) dalam kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti perlu diterapkan rekayasa dakwah
KBAT agar mahasiswa lebih terbuka untuk mengeksploitasi pemikiran dan ilmu pengetahuan
yang dipelajari seterusnya dapat mengadaptasikan nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan
seharian mereka.
Dalam kajian ini, pengkaji melihat rekayasa dakwah KBAT berdasarkan kursus wajib
universiti yang perlu diambil oleh setiap mahasiswa di setiap universiti termasuklah di
Universiti Malaysia Sabah iaitu Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP). Kursus
Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP) ini adalah satu kursus baharu yang menggantikan
kursus Hubungan Etnik sebelum ini. Kursus ini perlu diambil oleh setiap mahasiswa tanpa
mengira agama, etnik dan sebagainya. Dengan kepelbagaian etnik dalam kalangan mahasiswa
yang mengambil kursus ini, para pensyarah perlu bijak mengatur langkah dalam
menyampaikan ilmu seterusnya menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran dapat
dijalankan dengan lancar. Justeru, kajian ini turut mengkaji tahap keberkesanan rekayasa
dakwah KBAT dalam kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP) membantu
penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 181
Literatur Kajian
Amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan satu tuntutan masakini dalam
kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di abad ke 21. Kemahiran ini bertujuan memberi
peluang kepada pelajar terlibat untuk menggunakan kecerdasan mindanya dalam aktiviti yang
mereka lakukan seperti memerhati, berimaginasi dan meneroka berdasarkan keperluan dalam
menguji sikap berdikari pada peringkat perkembangan kehidupan. Terdapat beberapa kajian
yang telah dijalankan oleh sarjana berkaitan dengan pendekatan KBAT dalam pendidikan.
Kajian Mohd Syaubari dan Ahmad Yunus (2017) berkaitan dengan pelaksanaan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Islam membentuk penghayatan akidah
dalam kalangan pelajar di negeri Perak mendapati tahap penghayatan akidah pelajar
bersandarkan pengaplikasian KBAT di dalam PdP adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa
pengaplikasian KBAT dalam mata pelajaran Pendidikan Islam adalah sangat diperlukan pada
masa kini. Dalam kajian Nik Mohd Anuar dan Khadijah (2019) pula meninjau tahap
Pengetahuan dan Kesediaan Murid Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Mata
Pelajaran Pendidikan Islam Rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hasil kajian
beliau menunjukkan kefahaman dan kesediaan mengenai konsep KBAT dapat membantu
murid sekolah rendah mengukuhkan pengetahuan mereka dan dapat meningkatkan
pencapaian mereka dalam pembelajaran Pendidikan Islam.
Selain itu, kepentingan pelaksanaan pedagogi Pendidikan Islam melalui KBAT turut
digalakkan bagi memudahkan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Kajian Mohd Syaubari
(2018) membuktikan menerusi konteks falsafah ilmu yang bersifat akademik dianggap
eurosentrik dan mengabaikan paradigma tauhid sehingga memerlukan konsep-konsep asas di
dalam PdP untuk diteliti semula bagi melaksanakan agenda gagasan tranformasi Islamisasi
merentasi hubungan ilmu. Begitu juga dengan kajian Saipolbarin, Muhammad Taufiq, Nazri
& Taj Rijal (2019) berkaitan integrasi antara elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dan instrumen kit media dalam amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
guru-guru pelatih bahasa Arab UPSI. Kajian mereka mendapati integrasi penggunaan kit
media dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Arab dapat meransang aktiviti
KBAT dalam kalangan pelajar yang menjadi tunjang utama untuk menghasilkan
perkembangan pelajar sebagai fokus dalam Pendidikan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
dalam mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) di sekolah rendah juga ditekankan
oleh Mohamad Nurul Azmi, Nurzatulshima, Umi Kalthom dan Mohd Hazwan (2017). Kajian
mereka bertujuan untuk membincangkan kesediaan guru, masalah dan keperluan guru dalam
melaksanakan pengajaran mata pelajaran RBT melalui integrasi KBAT di peringkat sekolah
rendah. Hasil kajian beliau mendapati guru RBT perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran pedagogi KBAT dalam usaha untuk meningkatkan KBAT dalam
kalangan murid. Guru juga perlu memberikan sokongan dan perkembangan profesional yang
berterusan dalam pengkhususan mata pelajaran RBT agar guru-guru RBT dapat menguasai
pengetahuan kandungan dan pedagogi dari segi teori dan praktikal.
Pendekatan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga diperlukan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu kerana ia dapat membantu pelajar lebih berfikir dengan matang dalam
menguasai asas Bahasa Melayu. Kajian Chew dan Zul Hazmi (2018) mendapati tahap
penguasaan murid dalam aspek KBAT yang meliputi kekerapan dan keberkesanan dalam
pelaksanaan KBAT serta perbezaan amalan penyoalan KBAT dengan latar belakang
responden murid. Guru Bahasa Melayu (BM) di SJK khususnya perlu menggandakan usaha
dalam menyelesaikan masalah penguasaan asas Bahasa Melayu (BM) dalam kalangan murid
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 182
agar KBAT dapat diaplikasikan dalam PdPc dengan lebih lancar. Pendekatan KBAT juga
diperlukan dalam pembelajaran komponen sastera (KOMSAS) Bahasa Melayu di peringkat
menengah sepertimana kajian yang dijalankan oleh Nasyimah dan Zamri (2016). Kajian
tersebut bertujuan untuk mengkaji sikap dan kesediaan pelajar sekolah menengah terhadap
penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran komponen sastera
(KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dapatan kajian mereka mendapati KBAT
semakin diterima di sekolah dan pelajar menunjukkan kecenderungan untuk mempelajarinya
dengan lebih mendalam khususnya bagi mata pelajaran KOMSAS. Guru Bahasa Melayu juga
perlu mencipta suasana pembelajaran yang lebih kondusif menggunakan KBAT di dalam
bilik darjah supaya dapat meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari KOMSAS dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pelaksanaan KBAT dalam Pendidikan juga perlu dilihat dari sudut pandangan tokoh
pemikiran, sarjana dan pendidik itu sendiri dalam mengaplikasikan kaedah tersebut. Menurut
pandangan Ibn Khaldun berdasarkan kajian Mohd Syaubari Ahmad Yunus (2017) amalan
pelaksanaan yang mengintergrasikan KBAT ini telah merentasi keseluruhan mata pelajaran
bersumberkan kepada aras Taksonomi Bloom ubahan Anderson dan Krathwohl. Sebagai
contoh, pelaksanaan PdP Pendidikan Islam yang mengintergrasikan KBAT seharusnya
menitikberatkan panduan yang telah dibentuk oleh Ibn Khaldun bagi memastikan nilaian
penghayatan dan pengamalan oleh pelajar menepati kehendak yang ditetapkan berasaskan
acuan Falsafah Pendidikan Islam. Manakala menurut Imam al-Ghazali pula pendekatan
KBAT dalam Pendidikan adalah melangkaui dengan teori tradisional yang dipelopori oleh
Tyler, Taba, Dewey dan Bloom melalui pernyataan kurikulum adalah bersandarkan kepada
prinsip tujuan, kandungan, penyampaian dan penilaian (Mohd Syaubari & Ahmad Yunus,
2017). Walau bagaimanapun, fokus utama dalam kandungan kurikulum menurut Imam
Ghazali adalah bersandarkan kepada al-Quran dan Sunnah serta proses pendidikan yang
seharusnya dilakukan secara bersistem dengan tujuan untuk melahirkan perubahan yang
positif dalam setiap tingkah laku dan perwatakan pelajar. Dalam konteks amalan pengajaran
guru bersandarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menurut perspektif Imam
Ghazali menemui tiga kerangka utama dalam amalan pengajaran guru berteraskan elemen
KBAT iaitu kefahaman mengenai konsep ilmu dan kerangka, proses bagaimana pengajaran
dilaksanakan dan nilai di dalam pengajaran (Mohd Syaubari & Ahmad Yunus, 2016).
Manakala kajian yang dijalankan terhadap pelaksanaan amalan pengajaran guru bagi
peringkat sekolah menengah telah dilakukan oleh (Zuraidah, 2013) berkaitan kesediaan,
amalan dan strategi pengajaran pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM). Dapatan kajian beliau menunjukkan tahap kesediaan guru sangat tinggi dalam
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam KSSM dengan tidak ada
perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan tempoh pengalaman mengajar.
Dapatan beliau juga menunjukkan bahawa amalan strategi pengajaran yang digunakan oleh
guru adalah strategi pemusatan guru dan strategi pemusatan pelajar yang berteraskan amalan
pengajaran KBAT. Pendekatan KBAT dari persepsi pelajar juga turut dikaji bagi mengetahui
tahap penerimaan dan keberkesanaan kaedah tersebut dalam pendidikan. Menurut Sarimah,
Ab Halim, Mohd Aderi, Nurul Huda, Mohamad Maliki, Mohd Kashfi, Zahiah dan Mustafa
Kamal (2011) dalam kajiannya berkaitan persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran guru
pendidikan Islam di lima buah sekolah peringkat menengah di Selangor mendapati amalan
pengajaran guru berlandaskan KBAT berada pada tahap tinggi dengan komponen permulaan
pengajaran seperti item memperkenalkan tajuk pengajaran, memastikan pelajar dalam
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 183
keadaan bersedia, memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik, aspek penutup
dan rumusan berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa amalan guru pengajaran
yang berkesan mampu memberi keupayaan kepada pelajar untuk melakukan dan
mengaplikasikan KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Kajian berkaitan dakwah menerusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi turut dijalankan. Namun,
hasil sorotan tidak menemui kajian yang menjurus kepada dakwah menerusi KBAT tersebut.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa kajian yang melibatkan pendekatan dakwah terhadap
golongan-golongan tertentu oleh sarjana. Kajian yang dijalankan oleh Saifulazry, Kasoma
dan Habibah Artini (2019) adalah untuk mengenal pasti pendekatan pelaksanaan dakwah
JHEAINS di Penjara Sandakan. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa terdapat empat
pendekatan dakwah yang digunakan oleh JHEAINS dan pihak Penjara Sandakan untuk
mendidik dan mentarbiah banduan iaitu melalui Dacwah bi al-Nafs, Dacwah Fardiyyah,
Dacwah bi al-Ḥāl dan Dacwah al-cĀm. Manakala menerusi kajian Mohd Hamdan, Fariza dan
A'dawiyah (2018) pula melihat pendekatan dalam dakwah terhadap golongan generasi Z
menerusi konsep motivasi dan hubungannya dengan konsep al-Targhib dan al-Tarhib. Kajian
tersebut bertujuan mengkaji konsep motivasi dan hubungannya dengan konsep al-Targhib
dan al-Tarhib yang boleh diaplikasi kepada remaja ke arah meningkatkan kehidupan
beragama dan mencegah mereka daripada terlibat dalam salah laku. Hasil kajian ini
menunjukkan peneguhan pendekatan al-Targhib dan al-Tarhib terhadap remaja mampu
mendorong mereka ke arah kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran. Mereka
berpendapat bahawa unsur al-Targhib dan al-Tarhib ini sangat sesuai dengan fitrah manusia
yang menyukai motivasi dan dorongan serta takut pada gertakan dan amaran.
Metodologi Kajian
Kajian ini melibatkan dua kaedah iaitu kaedah soal selidik dan temu bual. Kaedah soal selidik
dijalankan ke atas 225 orang mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah yang telah mengambil
kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP) pada tahun pertama pengajian sama ada
pada semester pertama ataupun pada semester kedua menerusi google form. Memandangkan
seluruh dunia kini berhadapan dengan pandemik Covid-19, kaedah soal selidik dan temu bual
ini telah diterjemahkan ke dalam bentuk digital sesuai dengan perkembangan teknologi abad
ke 21. Hasil dapatan dari google form tersebut akan diterjemah ke dalam bentuk graf dan
carta pai bagi memudahkan data difahami. Manakala data dari temu bual yang dijalankan
akan dijadikan sebagai justifikasi kepada maklumat data soal selidik yang diperolehi. Selain
itu, kaedah temu bual digunakan bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelajar secara
keseluruhan terhadap rekayasa dakwah KBAT dalam kalangan mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Hasil temu bual ini
dijadikan sebagai bukti tahap keberkesanan rekayasa dakwah KBAT yang diaplikasikan oleh
pensyarah terhadap mahasiswa UMS menerusi kursus Penghayatan Etika dan Peradaban
(PEDP).
Perbincangan Dapatan Kajian
Bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan, pengkaji telah menjalankan soal selidik
terhadap 225 orang mahasiswa yang telah mengambil dan mengikuti kursus Penghayatan
Etika dan Peradaban (PEDP) di Universiti Malaysia Sabah. Berikut adalah hasil dapatan
kajian rekayasa dakwah KBAT dalam kalangan mahasiswa UMS yang dijalankan
berdasarkan umur responden.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 184
Rajah 1: Umur
Sumber: Kajian Rekayasa Dakwah KBAT Dalam Kalangan Mahasiswa di UMS Menerusi Kursus PEDP
Rajah 1 menunjukkan bilangan kelas umur responden yang terlibat dalam kajian ini. Graf
menunjukkan lingkungan kelas umur mahasiswa yang memberi respon terhadap soal selidik
yang dijalankan iaitu diantara 19 tahun sehingga 25 tahun. Mahasiswa yang berumur 21
tahun adalah mendominasi responden kerana lingkungan umur ini adalah umur normal bagi
seseorang pelajar yang bergelar siswazah. Berdasarkan graf tersebut, seramai 110 atau 48.9%
orang mahasiswa terdiri daripada mereka yang berumur 21 tahun, 74 atau 32.9% orang
mahasiswa dalam lingkungan umur 20 tahun, 16 orang yang berumur 22 tahun, 12 orang
mahasiswa yang berumur 23 tahun, 9 orang mahasiswa yang berumur 19 tahun, 3 orang
mahasiswa yang berumur 24 tahun dan seorang mahasiswa yang berumur 25 tahun. Dengan
berpandukan kepada tujuh peringkat umur mahasiswa tersebut, ia akan memberikan
pandangan dan pendapat yang berbeza terhadap rekayasa dakwah KBAT yang dijalankan
berdasarkan kepada kategori umur yang mereka miliki.
Persoalan pertama yang diajukan kepada mahasiswa adalah berkaitan dengan pendekatan
yang digunakan oleh pensyarah PEDP tersebut berunsurkan KBAT. Persoalan ini timbul
adalah kerana pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam satu-satu sesi pengajaran
dan pembelajaran adalah berbeza antara satu sama lain. Ia bergantung kepada sejauhmana
keupayaan dan kreativiti seseorang pensyarah tersebut dalam kuliah yang disampaikan.
Pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
adalah kelangsungan daripada Kemahiran Berifikir Aras Tinggi yang telah mahasiswa
pelajari sewaktu di alam persekolahan sebelum ini. Oleh itu, pengkaji mendapatkan
gambaran resonden berkaitan dengan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam
pendekatan yang digunakan oleh pensyarah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Hasil dapatan soal selidik yang dijalankan dalam
konteks pendekatan dakwah berteraskan KBAT adalah seperti Rajah 2.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 185
Rajah 2: Pendekatan Dakwah Berunsurkan KBAT
Sumber: Kajian Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa di UMS Menerusi Kursus PEDP
Berdasarkan kepada Rajah 2, seramai 210 orang mahasiswa atau 93.3% yang bersetuju
mengatakan bahawa pensyarah telah menggunakan rekayasa dakwah berunsurkan KBAT
sewaktu menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kursus Penghayatan Etika
dan Peradaban dalam kuliah. Hanya seramai 15 orang mahasiswa atau 6.7% sahaja
mahasiswa yang tidak bersetuju dengan mengatakan pendekatan yang digunakan oleh
pensyarah PEDP tidak berunsurkan KBAT. Terdapat pelbagai bentuk pendekatan dakwah
yang dibawa dan ditonjolkan oleh pensyarah dalam sesi kuliah yang disampaikan. Menurut
Sifaelfa (2021) dan Nur Syakirah (2021) berpendapat, pensyarah menggunakan pendekatan
yang baik dan mudah diterima oleh semua pelajar dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. Para mahasiswa berasa senang hati dengan
pendekatan yang telah diaplikasikan oleh pensyarah dalam pembelajaran. Permulaan kuliah
yang diawali dengan puji-pujian kepada pencipta dapat menarik minat pelajar untuk
memulakan kuliah dan sesi pembelajaran. Kaedah bertanyakan khabar pelajar, mengalu-
alukan kehadiran serta mendoakan yang baik-baik kepada pelajar menjadi satu tarikan kepada
pelajar dalam mempelajari topik pembelajaran. Walaupun ia merupakan perkara rutin bagi
setiap pensyarah, namun sebenarnya ia adalah satu bentuk rekayasa dakwah KBAT yang
dapat menarik mahasiswa untuk terus berada dalam sesi kuliah yang disampaikan.
Persoalan kedua yang dikaji adalah berkaitan dengan tahap keselesaan mahasiswa dengan
pendekatan dakwah yang digunakan oleh pensyarah. Berikut adalah hasil dapatan kajian
penerimaan mahasiswa dengan kaedah pensyarah PEDP.
14
211
050 100 150 200 250
Ya
Tidak
Rajah 3: Tahap Keselesaan Mahasiswa Dengan Pendekatan Dakwah Yang Digunakan
Sumber: Kajian Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa di UMS Menerusi Kursus PEDP
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 186
Rajah 3 menunjukkan hasil dapatan kajian berkaitan dengan penerimaan mahasiswa terhadap
pendekatan dakwah yang digunakan oleh pensyarah Penghayatan Etika dan Peradaban. Graf
menunjukkan bahawa seramai 211 atau 93.7% orang mahasiswa yang bersetuju dapat
menerima gaya dan persembahan pensyarah terhadap rekayasa dakwah yang dibawa oleh
pensyarah manakala seramai 14 orang mahasiswa atau 6.3% yang tidak bersetuju dengan cara
persembahan pensyarah dalam kuliah. Majoriti pelajar bersetuju dan senang menerima
pendekatan yang diaplikasikan oleh pensyarah. Menurut Tan (2021), Rafidah (2021) dan
Fernandez (2021) berpendapat, mereka suka dengan cara pembelajaran yang disampaikan
oleh pensyarah PEDP. Pendekatan yang bersahaja dan berkonsepkan ‘santai’ membuatkan
para pelajar senang menghadiri kuliah tersebut. Bagi Ezzah (2021) dan Mohd Dzul Ikram
(2021) pula berpendapat, gaya dan persembahan pensyarah dalam kuliah sangat mudah dan
senang difahami oleh pelajar. Oleh itu, pendekatan yang sesuai dan kreatif ini sangat sesuai
diamalkan dalam setiap kuliah agar pelajar dapat memberi tumpuan seterusnya menguasai isi
pembelajaran yang mereka pelajari.
Persoalan ketiga kajian ini adalah pendekatan nasihat yang digunakan oleh pensyarah PEDP
dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang disampaikan. Berikut adalah tahap
keselesaan mahasiswa dengan pendekatan nasihat yang digunakan oleh pensyarah PEDP.
Rajah 4: Tahap Keselesaan Pelajar Dengan Rekayasa Dakwah KBAT yang digunakan
Sumber: Kajian Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa di UMS Menerusi Kursus PEDP
Berdasarkan kepada Rajah 4, seramai 213 orang mahasiswa atau 94.7% selesa dengan
pendekatan nasihat yang diaplikasikan oleh pensyarah dalam kuliah Penghayatan Etika dan
Peradaban, manakala seramai 12 orang mahasiswa atau 5.3% mahasiswa yang tidak bersetuju
dengan pendekatan yang digunakan oleh pensyarah PEDP. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat majoriti pelajar yang selesa dengan nasihat dan teguran pensyarah dalam kuliah
PEDP sehingga pelajar tidak merasa bosan untuk menghadiri kuliah dan sentiasa menunggu
masa kuliah Penghayatan Etika dan Peradaban setiap minggu. Menurut Aisah (2021) dan Dg.
Nor Suziana (2021), pelajar sangat selesa belajar dan semangat untuk hadir ke setiap kali sesi
kuliah PEDP. Beliau berpendapat, kombinasi kehidupan semasa dan bentuk nasihat yang
sentiasa muncul dari patah perkataan pensyarah sangat disenangi oleh pelajar. Bagi Manisah
(2021), beliau sangat selesa menerima teguran yang dilakukan oleh pensyarah dan ia
menunjukkan pensyarah sangat menitikberatkan pelajar dalam setiap kuliah yang dijalankan.
Pemilihan pendekatan dakwah yang disukai oleh mahasiswa ketika pensyarah menyampaikan
kuliah PEDP menjadi persoalan keempat dalam kajian rekayasa dakwah KBAT ini. Rajah 5
adalah hasil dapatan kajian yang diberikan oleh mahasiswa.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 187
129
73
12 11
Rekayasa Dakwah yang disukai
Santai dan bersahaja
Nasihat
Menggunakan contoh
Memperingati kesalahan
Rajah 5: Rekayasa Dakwah Yang Disukai Oleh Mahasiswa
Sumber: Kajian Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa di UMS Menerusi Kursus PEDP
Rajah 5 menunjukkan bentuk rekayasa dakwah yang disukai dan disenangi oleh mahasiswa
ketika pensyarah menyampaikan kuliah PEDP. Terdapat empat bentuk rekayasa dakwah yang
diterimapakai oleh mahasiswa iaitu dengan cara santai dan bersahaja, menggunakan nasihat
yang lemah lembut, menegur dengan cara menggunakan contoh orang lain dan memperingati
kesalahan yang dilakukan. Menurut Saifulazry, Mohd Nur Hidayat, Abang Mohd Razif, Irma
Wani, Mohd Sohaimi, Romzi dan Siti Aidah (2021), sebelum seseorang itu melaksanakan
aktiviti dakwah atau pengajaran, mereka hendaklah terlebih dahulu membekalkan diri mereka
dengan kemahiran berkomunikasi dan rekayasa dakwah yang menarik. Berdasarkan rajah 5,
majoriti pelajar suka dan senang menerima pendekatan santai dan bersahaja iaitu seramai 129
orang mahasiswa atau 57.3%. Pendekatan ini disukai kerana pelajar kurang senang dengan
kuliah yang dijalankan dalam keadaan terlalu formal, komunikasi sehala, stress, tiada unsur
kecindan dan sebagainya.
Bentuk rekayasa dakwah yang kedua disukai oleh mahasiswa adalah menerusi nasihat yang
lemah lembut. Carta pai menunjukkan seramai 73 orang mahasiswa atau 32.4% senang
dengan pendekatan tersebut. Lemah lembut yang dimaksudkan di sini adalah penggunaan
komunikasi yang baik, teratur dan memberi penerangan kuliah dalam keadaan tenang dan
meninggalkan impak positif kepada pelajar. Menurut Aldo (2021), Mohammad Aiman (2021)
dan Matchandra (2021), pendekatan lemah lembut dalam penyampaian kuliah yang dilakukan
oleh pensyarah PEDP adalah rekayasa dakwah terbaik yang tunjukkan kepada mahasiswa.
Penggunaan komunikasi yang baik serta melibatkan interaksi dua hala telah menarik minat
pelajar untuk mengikuti kuliah yang dijalankan (Yeo, 2021) dan (Del Elfiero, 2021). Dengan
pendekatan ini para pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses
Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan seterusnya dapat memahami topik
pembelajaran dengan mudah.
Rekayasa dakwah seterusnya yang disukai oleh mahasiswa adalah menerusi kaedah menegur
dengan cara menggunakan contoh orang lain iaitu seramai 12 orang atau 5.3% dan
memperingati kesalahan yang dilakukan oleh mereka iaitu seramai 11 orang atau 4.9%.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 188
Menegur dengan cara menggunakan contoh orang lain di sini bermaksud pensyarah
menyatakan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh mahasiswa sebelum ini dengan
hukuman yang dikenakan ke atas mereka. Dengan contoh-contoh seperti ini, mahasiswa
dapat menjadikan contoh tersebut sebagai panduan agar mereka tidak melakukan kesalahan
yang sama. Menurut Mohammad Azhan (2021), Norasmiati (2021) dan Damia Nurnisa
(2021), perkara yang membuatkan pelajar seronok untuk belajar PEDP adalah pendekatan
pensyarah yang berhikmah dalam menegur pelajar, sentiasa mengingatkan pelajar terhadap
kesan-kesan melakukan kesalahan, mengajar secara santai dan padat, memberikan contoh-
contoh terkini yang dikaitkan dengan kehidupan serta berkonsepkan tenang dalam
penyampaian menjadikan pelajar tidak stress dan mudah untuk memberi perhatian dengan
apa yang disampaikan.
Selain itu, kajian ini turut melihat bentuk nasihat atau teguran yang mudah mahasiswa terima
sekiranya mereka melakukan kesalahan. Dapatan hasil kajian kelima ini adalah berdasarkan
kepada rajah 6 berikut.
Rajah 6: Nasihat Yang Mudah Diterima Oleh Mahasiswa
Sumber: Kajian Rekayasa Dakwah KBAT dalam Kalangan Mahasiswa di UMS Menerusi Kursus PEDP
Rajah 6 menunjukkan bentuk nasihat atau teguran yang mudah mahasiswa terima sekiranya
mereka melakukan kesalahan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa
kaedah dan cara yang sesuai dilaksanakan terhadap mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah
iaitu menerusi kaedah menegur terus kesalahan yang dilakukan, menegur secara kiasan,
menegur secara sindiran dan menegur mahasiswa yang melakukan kesalahan dengan cara
menyatakan kesan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Berdasarkan graf tersebut kaedah
menegur mahasiswa yang melakukan kesalahan dengan cara menyatakan kesan kesalahan
yang dilakukan oleh mereka adalah kaedah yang paling disukai oleh pelajar iaitu seramai 137
orang mahasiswa atau 60.9%. Kaedah kedua yang disenangi oleh mahasiswa adalah menerusi
kaedah menegur terus kesalahan yang dilakukan iaitu 20% atau seramai 45 orang mahasiswa.
Menegur secara kiasan pula adalah kaedah ketiga yang disukai oleh mahasiswa iaitu seramai
32 orang atau 14.2% manakala menegur secara sindiran merupakan pilihan kaedah terakhir
pelajar iaitu seramai 11 orang atau 4.9%.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 189
Menurut Mohammad Hafizan (2021) kaedah menegur dengan cara berhemah yang digunakan
oleh pensyarah sangat meninggalkan kesan dalam hati pelajar. Pelajar merasa senang dengan
kaedah teguran yang digunakan oleh pensyarah kerana teguran yang dilafazkan adalah secara
umum tanpa menyebut nama-nama individu yang terlibat secara langsung. Dengan kaedah
ini, pelajar tidak merasa malu kerana diaibkan namanya bahkan ia meninggalkan kesan yang
baik dalam diri pelajar. Manakala Nurul Nabilah (2021) dan Nur Asyiqin (2021) pula
berpendapat teguran secara santai dan bersahaja yang digunakan oleh pensyarah PEDP telah
memberikan impak yang besar ke dalam diri mahasiswa kerana teguran tersebut mempunyai
maksud tersirat dan mendalam.
Memandangkan kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP) ini adalah kursus umum
dimana pelajarnya terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama dan budaya, ia menuntut
pensyarah PEDP agar bijak dalam menyampaikan kuliah bagi menarik minat pelajar untuk
terus mendapatkan ilmu pengetahuan. Pendekatan ini juga merupakan rekayasa dakwah
KBAT yang perlu diamalkan oleh setiap pensyarah. Pengkaji turut mendapatkan pandangan
pelajar secara keseluruhannya berkaitan dengan rekayasa dakwah KBAT yang diaplikasikan
oleh pensyarah PEDP sama ada pelajar suka ataupun sebaliknya. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa seramai 225 orang pelajar suka dengan rekayasa dakwah KBAT yang
ditunjukkan oleh pensyarah dalam setiap kali kuliah yang dijalankan.
Kepelbagaian Rekayasa dakwah KBAT yang diaplikasikan oleh pensyarah menarik minat
pelajar untuk terus seronok dalam pembelajaran PEDP. Menurut Siti Noorsyahidah (2021),
Warren (2021) dan Kek (2021) berdedikasi dalam pembelajaran dan layanan sama rata
kepada semua mahasiswa menjadi satu aspek keseronokkan dalam mengikuti kelas
Penghayatan Etika dan Peradaban (PEDP). Menurut Nurhidayah (2021) dan Ng (2021)
rekayasa dakwah yang mereka sukai adalah penerapan nilai yang ada dalam setiap topik
dihuraikan dengan jelas dan dikaitkan dengan contoh-contoh semasa. Hal ini dapat menarik
minat pelajar dan memudahkan pelajar untuk memahami isi pembelajaran. Pendekatan ini
turut memberikan input yang sangat menarik kepada pelajar serta mencerna idea dan
pemikiran mahasiswa (Farahena, 2021).
Bagi pendapat Nur Izzah Syafiqah (2021) dan Azaredin (2021), rekayasa dakwah yang
mereka suka adalah pensyarah mengambil berat akan masalah-masalah pelajar. Pensyarah
menunjukkan sikap ambil tahu yang tinggi kepada pelajar-pelajarnya dengan memberikan
tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan individu dan berkumpulan. Pensyarah turut
mengingatkan pelajar pada setiap minggu sesi kuliah berkaitan tarikh penghantaran tugasan,
permasalahan yang timbul dalam topik PEDP dan sebagainya. Begitu juga pendapat Kimiko
Faith (2021), Mohammad Amilshahril Edzuan (2021) dan Nur Syakira (2021) dimana
rekayasa dakwah yang terkesan dihati mereka adalah apabila pensyarah sering menasihati
pelajar dan memahami keadaan pelajar dari semasa ke semasa. Rekayasa dakwah KBAT ini
sebenarnya adalah salah satu perkara yang menjadi kayu ukur kepada keberkesanan dakwah
yang dijalankan.
Kesimpulan
Pendekatan KBAT dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah sangat diperlukan
bagi melahirkan mahasiswa yang dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam kehidupan
mereka serta dapat membuat sesuatu keputusan dengan cepat dan tepat. Ia juga memudahkan
proses penyampaian ilmu kepada pelajar sekaligus mencapai objektif Pengajaran dan
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 190
Pembelajaran yang diharapkan. Kebijaksanaan pensyarah dalam mengaplikasikan rekayasa
dakwah KBAT yang pelbagai turut membantu mahasiswa lebih berdisiplin dan sentiasa
mengasah minda mereka untuk melakukan sesuatu perkara yang lebih cenderung ke arah
positif. Kejayaan dakwah tersebut dapat diukur dengan adanya komunikasi dua hala dimana
pensyarah selesa dengan proses pengajaran yang dijalankan manakala para pelajar senang
menerima ilmu yang disampaikan oleh pensyarah tersebut. Justeru, bagi memastikan
kejayaan dan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran, para pensyarah perlu lebih
kreatif dan inovatif dalam menarik minat mahasiswa ketika sesi kuliah berlangsung dengan
berteraskan kepada rekayasa dakwah KBAT agar objektif pembelajaran yang disarankan
tercapai.
Penghargaan
Manuskrip ini dihasilkan berasaskan dana Geran Penyelidikan Penerbitan sumbangan Global
Academic Excellence (GAE) (Kod Geran: TLS2102).
Bibliografi
Abdullah Nasih Ulwan. (2002). Pendidikan Anak-anak dalam Islam. Syed Ahmad Semait
(terj.) Singapura: Pustaka Nasional Pte.Ltd.
Aisah Malik. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 22 Tahun.
Aldo Olong. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21 Tahun.
Azaredin Othman. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 22
Tahun.
Chew Fong Peng & Zul Hazmi Hamad. (2018). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Bahasa Melayu Melalui Teknik Penyoalan. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. ISSN: 2180-4842. Vol. 8, Bil. 1 (Mei 2018): 1-12.
Damia Nurnisa Berhanuddin. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa
di Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Delfiero Eddie. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 23 Tahun.
Dg. Nor Suziana Harun@Said. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa
di Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Ezzah Raihanie Azamain. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 20
Tahun.
Farahena Rosmin. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21 Tahun.
Fernandez Balin Anak Siam. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa
di Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 23
Tahun.
Kamus Dewan. (2015). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kek Xin Jin. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21 Tahun.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 191
Kimiko Faith Jackson. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 22
Tahun.
Manisah Awang Kechil. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 22
Tahun.
Matchandra Abd Halik. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Mohamad Nurul Azmi Mat Nor, Nurzatulshima Kamarudin, Umi Kalthom Abdul Manaf dan
Mohd Hazwan Mohd Puad. (2017). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dalam Kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) Sekolah Rendah.
International Journal of Education and Training (INJET) 3(2) November: 1- 7 (2017).
Mohammad Amilshahril Edzuan Shajami. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan
Mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan
Peradaban. 21 Tahun.
Mohammad Azhan Arsad. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Mohammad Hafizan Suhaimi. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa
di Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 22
Tahun.
Mohd Aiman Abu Baharin. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Mohd Dzul Ikram Ahmad. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 24
Tahun.
Mohd Hamdan Abdullah, Fariza Md. Sham & A'dawiyah Ismail. (2018). Pendekatan
Motivasi dalam Dakwah Remaja. Jurnal Hadhari. 10 (1) (2018) 77-92. ISSN: 1985-
6830.eISSN: 2550-2271.
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2016). Elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) di dalam Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Menurut Imam
Ghazali. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. VOL.3, Bil 2 (2016): 80-91.
Mohd Syaubari Othman dan Ahmad Yunus Kassim. (2017). Isu dan Permasalahan (PDP)
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Amalan Pengajaran Guru
Menurut Pandangan Ibn. Khaldun. Journal of Human Capital Development. ISSN:
1985-7012 Vol. 10 No. 1 Jan - June 2017.
Mohd Syaubari Othman. (2018). Kepentingan Pelaksanaan Pedagogi Pendidikan Islam
melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat Memenuhi Aspirasi Falsafah
Pendidikan Islam. Jurnal „Ulwan. Jilid 1 2018: 58-69.
Nasyimah Ismail & Zamri Mahamod. (2016). Sikap dan Kesediaan Pelajar Sekolah
Menengah terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran KOMSAS
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. ISSN: 2180-4842. Vol. 6,
Bil. 2 (Nov. 2016): 59-67.
Ng Jia Xuan. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21 Tahun.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 192
Nik Mohd Anuar & Khadijah Abdul Razak. (2019). Pengetahuan dan Kesediaan Murid
Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. International Conference on Global
Education VII “Humanising Technology for IR 4.0”. Padang Panjang, 1–2 Julai.
Norasmiati Lyatinya. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Nur Asyiqin Tioh. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Nur Izzah Syafiqah Reduan. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Nur Syahira Arsad. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Nur Syakirah Suhaimi. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Nurhidayah Djahriansyah. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Nurul Nabilah Nahrawi. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 20
Tahun.
Rafidah Kamur. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 22 Tahun.
Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia & Habibah Artini Ramlie. (2019). Pendekatan Dakwah
JHEAINS terhadap Banduan di Penjara Sandakan: Satu Tinjauan Awal. Jurnal al-
Hikmah. 11(2) 2019: 68-87.
Saifulazry Mokhtar, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Abang Mohd Razif Abang Muis,
Irma Wani Othman, Mohd Sohaimi Esa, Romzi Ationg d& Siti Aidah Lukin@Lokin.
(2021). Analisis Prinsip-Prinsip Komunikasi Islam dalam Kitab al-Quran. International
Journal of Law, Government and Communication (IJLGC). Volume 6 Issue 23 (April
2021). 140-156.
Saipolbarin Ramli, Muhammad Taufiq Abdul Ghani, Nazri Atoh & Taj Rijal Muhammad
Romli. (2019). Integrasi Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Berasaskan
Kit Media dalam Amalan Pembelajaran dan Pemudahcaraan Guru Pelatih Bahasa Arab.
International Journal of Language Education and Applied Linguistics (IJLEAL). Vol. 9,
No. 1, 33-44.
Sarimah Mokhtar, Ab Halim Tamuri, Mohd Aderi Che Noh, Nurul Huda Hassan, Mohamad
Maliki Ali, Mohd Kashfi Mohd Jailani, Zahiah Haris@ Harith & Mustafa Kamal
Ahmad Kassim. (2011). Kajian Persepsi Pelajar Terhadap Personaliti dan Amalan
Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Selangor. Prosiding
Penyelidikan International Conference and Exhibition on Research Islamic and Arabic
Language Education. Bangi: Association of Malaysian Muslim Intellectual.
Sifaelfa Sokiong. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 20 Tahun.
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 178-193
DOI 10.35631/IJEPC.6390012
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 193
Siti Noor Syahidah Sahili. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21
Tahun.
Tan Zhe Cong. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21 Tahun.
Warren Jalit Anak Epit. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di
Universiti Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 20
Tahun.
Yeo Hui May. (2021). Rekayasa Dakwah KBAT dalam kalangan Mahasiswa di Universiti
Malaysia Sabah menerusi Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban. 21 Tahun.
Zuraidah Ramdzan@Ramban. (2013). Kesediaan, Amalan dan Strategi Pengajaran
Pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Satu (KSSR). Johor
Bharu. Universiti Teknologi Malaysia.