Content uploaded by Ida Puteri Bt. Mahsan
Author content
All content in this area was uploaded by Ida Puteri Bt. Mahsan on Mar 02, 2021
Content may be subject to copyright.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
41
EKSPRESI SENI DAN KOMUNIKASI VISUAL MURID
BERKEPERLUAN KHAS DALAM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN
SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH
Expression of Art and Visual Communication among Special Needed Students of Visual
Arts Education Subjects in Primary Schools
Ida Puteri Mahsan1*
1Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong
Malim, Perak, Malaysia
idaputeri@fskik.upsi.edu.my1
*Corresponding Author
Received: 17 Disember 2020; Accepted: 19 Januari 2021; Published: 26 Februari 2021
To cite this article (APA): Mahsan, I. P. (2021). Expression of art and visual communication among special
needed students of visual arts education subjects in primary schools. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan, 10(1), 41-54. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.1.4.2021
To link to this article: https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.1.4.2021
ABSTRAK
Ekspresi seni dapat dilihat melalui gambar atau visual yang dijadikan sebagai media untuk melakukan
identifikasi dan eksplorasi perasaan. Komunikasi visual yang wujud dalam karya murid berfungsi
menyampaikan informasi secara visual dengan memaparkan suatu gambar, tanda atau simbol. Aktiviti
menggambar, mewarna dan membina objek memberi peluang kepada luahan ekspresi dalam seni. Kaedah ini
dilihat mempunyai nilai yang signifikan untuk dijadikan medium dalam meningkatkan kebolehan
berkomunikasi apabila murid dan guru membuat diskusi tentang emosi yang diterjemahkan dalam lukisan.
Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah, murid telah didedahkan dengan aktiviti seni
seumpama ini termasuklah murid berkeperluan khas (MBK). Artikel ini bertujuan mengkaji persepsi guru dan
aplikasi seni sebagai salah satu medium ekspresi diri dan komunikasi dalam bilik darjah. Hasil karya murid
MBK yang mempunyai masalah pembelajaran, autisma dan cacat pendengaran dikaji dari aspek ekspresi seni
termasuklah penggunaan warna, garisan, bentuk, komposisi, visual, dan teknik yang bersesuaian dengan tema
yang diberikan. Reka bentuk kajian kualitatif digunakan melalui instrumen temu bual dan analisis dokumen.
Seorang guru PSV dan lima orang murid MBK dibawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dijadikan
informan kajian. Hasil kajian menunjukkan komunikasi visual secara semiotik dapat membantu guru dan murid
dalam meningkatkan interaksi sosial di bilik darjah. Kajian juga membuktikan bahawa bidang seni yang dilihat
dari aspek seni sebagai medium komunikasi dan ekspresi diri merupakan salah satu teknik yang boleh
digunakan dalam membentuk modal insan yang lebih kreatif, inovatif dan produktif terutamanya bagi golongan
kurang upaya.
Kata Kunci: ekpresi seni, komunikasi visual, guru PPKI, murid berkeperluan khas, pendidikan seni visual
ABSTRACT
Artistic expressions can be seen through images or visuals that are used as a medium to
perform identification and exploration of feelings. Visual communication that exists in the
work of students serves to convey information visually by displaying a picture, sign or
symbol. The activities of drawing, coloring and designing objects provide opportunities for
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
42
expression in art. This method is seen to have significant value to be used as a medium in
improving the ability to communicate when students and teachers discuss the emotions
translated in the drawing. In the subject of Pendidikan Seni Visual (PSV) for primary
schools, students have been exposed to such art activities including students with special
needs . This article aims to examine teachers' perceptions and the application of art as one of
the mediums of self-expression and communication in the classroom. The work of special
needs students with learning disabilities, autism and hearing impairment is studied from the
aspect of artistic expression including the use of colors, lines, shapes, compositions, visuals,
and techniques appropriate to the given theme. Qualitative study design is used through
interview instruments and document analysis. A teacher and five special needs students under
the Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) from one of primary school in Perak were
used in this study as informants. The results show that semiotic visual communication can
help teachers and students in improving social interaction in the classroom. Studies also
prove that the field of art seen from the aspect of art as a medium of communication and self-
expression is one of the techniques that can be used in forming a more creative, innovative
and productive human capital, especially for the disabled.
Keywords: arts expression, visual communication, PPKI teachers, special needs student,
visual arts education
PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan
sesebuah negara. Proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah
merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara. Pendidikan juga merupakan asas
pembentukan negara bangsa yang bersatu padu. Melalui pendidikan, individu berpeluang
meningkatkan kualiti hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya, serta aktif menyumbang
kepada pembangunan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2012a). Perubahan
sistem pendidikan negara bersifat menyeluruh. Bidang kesenian tidak terkecuali dalam
menyumbang ke arah pembangunan modal insan selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Fungsi Jabatan Pendidikan Khas termasuklah memperluas
akses dan ekuiti pendidikan kepada murid berkeperluan khas (MBK) melalui Sekolah
Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan
Inklusif serta memperkasa strategi pengoperasian Sekolah Pendidikan Khas, PPKI dan
Program Pendidikan Inklusif (KPM, 2012b)
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga masyarakat dan negara kepada setiap golongan masyarakat. PPKI
bertujuan menyediakan peluang MBK untuk mengikuti program pendidikan yang menjurus
kepada peningkatan potensi sedia ada bagi melahirkan kumpulan separuh mahir dan
seterusnya menjadi aset kepada negara (KPM, 201b)
Kanak-kanak ini juga dikatakan berbeza daripada kanak-kanak biasa dari aspek
mental, sensori, komunikasi, tingkah laku sosial, atau fizikal (Jamila, 2005). Perbezaan ini
menyebabkan satu bentuk pendidikan yang diubahsuai diberikan kepada kanak-kanak ini
supaya mereka mampu berkembang dalam kebolehan sendiri. Kaedah pengajaran dan
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
43
pembelajaran yang sesuai memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
kemahiran berfikir, pembentukan tingkah laku positif, memberi keyakinan diri serta
meningkatkan pencapaian akademik murid bermasalah pembelajaran (Hussein et al., 2020).
Alat bantu mengajar yang bersesuaian amat diperlukan oleh MBK terutama dalam membantu
mereka memahami konsep-konsep tertentu. Pembinaan alat bantu mengajar yang tepat serta
betul cara penggunaannya diharap dapat meningkatkan pencapaian MBK dalam menguasai
sesuatu kemahiran mata pelajaran (Siti Fatimah & Mustafa, 2018).
Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bertujuan memberi peluang kepada
murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Tajuk-
tajuk yang terdapat dalam dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Pendidikan Khas bagi mata pelajaran PSV adalah menggambar, corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Aktiviti yang dijalankan bagi
menggambar adalah melukis secara spontan untuk menghasilkan imej. Murid perlu
menghasilkan gambar dengan teknik gosokan dan gurisan menggunakan media kering seperti
arang dan krayon. Selain itu, murid mengenal dan mewarna bentuk organik dan geometrik
menggunakan warna sekunder dan tertier. Manakala bagi tajuk membentuk dan membuat
binaan pula, murid akan menghasilkan binaan model seperti kenderaan, bangunan, haiwan,
perabot atau tumbuhan. Aktiviti yang dilakukan ini memberi peluang kepada murid untuk
melakukan ekspresi diri melalui teknik dan media yang diberikan oleh guru. Guru perlu
sentiasa memberi peluang kepada murid untuk bebas membuat eksplorasi pada warna dan
imej-imej mengikut kreativiti masing-masing. Murid akan menjalani situasi komunikasi
secara visual apabila mereka diberi ruang untuk menggambarkan sesuatu tema. Ia
diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi peluang kepada murid
mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan
membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri
sendiri, peka tentang perasaan dan memiliki konsepsi diri. John A. Micheal dalam bukunya
“Art and Adolescense” mempunyai dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu pendekatan
secara logik dan pendekatan secara psikologi. Kajian ini lebih sesuai dengan pendekatan
secara psikologi kerana pendekatan ini mengandungi perkara-perkara yang lebih menjurus
kepada perasaan peribadi dan emosi dalam menghasilkan sesuatu karya. Aspek formalistik
tidak akan diambilkira dan tidak memerlukan pemahaman secara intelek. Pendekatan ini akan
meninggalkan pengalaman yang mendalam dan berpanjangan kepada pelukis kerana ia
melibatkan personaliti pelukis itu sendiri.
Seterusnya, tidak dapat dinafikan pendidikan seni adalah mata pelajaran yang bersifat
multidisiplin yang dapat diterapkan bermula dari prasekolah, dalam mata pelajaran
matematik dan pendidikan sains, pendidikan bahasa dan pendidikan khas (Penketh, 2016).
Setiap murid memerlukan peluang untuk belajar dan melibatkan diri dalam bidang seni
(Malley & Silverstein 2014; Uzunboylu et al., 2017). Selain itu, ia juga merupakan bidang
yang boleh menyumbang kepada individu berkeperluan khas dari segi sosialisasi dan
perkembangan akademik.
Permasalahan Kajian
Guru yang mengajar MBK sememangnya berhadapan dengan pelbagai masalah antaranya
ialah apabila murid kurang mempunyai kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri yang
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
44
rendah. Sebahagian daripada MBK tidak menguasai kemahiran-kemahiran seperti
komunikasi, menyelesaikan masalah, kemahiran tingkah laku, bekerja berkumpulan, asas
akademik, interpersonal, komputer, pengurusan masa, mengurus diri, tidak yakin, mengikut
arahan, pengurusan personaliti dan integrasi sosial (Hiller et al., 2007; Lee et al., 2011; Shier
et al., 2009; Singley & Susan, 2003; Zainudin et al., 2009). Isu-isu seumpama ini boleh
menyebabkan murid ini dipinggirkan daripada masyarakat dan sukar menyesuaikan diri
dengan gaya hidup yang penuh dengan cabaran. Kemahiran berkomunikasi dan keyakinan
diri amat penting untuk memastikan kehidupan seharian dapat diuruskan dengan sebaik-
baiknya. Selain itu, kajian oleh Hussein et al. (2020) menyatakan pelbagai masalah dihadapi
oleh murid dalam kategori bermasalah pembelajaran. Secara umumnya mereka
mengalami kelewatan perkembangan pemikiran, ingatan, daya tumpuan, koordinasi,
komunikasi, membaca, menulis, mengeja dan mengira serta kemahiran sosial dan
kematangan emosi.Mata pelajaran PSV adalah salah satu mata pelajaran yang boleh
menggalakkan murid untuk berkomunikasi apabila guru dan murid berkolaborasi
menjalankan aktiviti hands-on dengan menggunakan pelbagai jenis media dan bebas
membuat aktiviti ekspresif.
Namun demikian, silibus Pendidikan Seni di Malaysia lebih banyak berfokus kepada
menghasilkan karya seni, bukan seni sebagai kaedah pengluahan emosi kanak-kanak (Kamal
et al., 2013). Aktiviti menggambar, melakar, mewarna dan membuat binaan yang terdapat
dalam kurikulum PSV dapat mewujudkan luahan emosi dan ekspresi diri yang dapat
membantu proses komunikasi murid bergantung kepada peranan guru. Selain itu, kepentingan
Pendidikan Seni dalam program pendidikan khas adalah bagi meningkatkan kemahiran motor
kasar dan motor halus, kemahiran persepsual-motor dan kreativiti seni. Seni sebagai medium
peluahan dan ekspresi murid bermasalah pembelajaran juga diberi tempat dalam kurikulum
ini (Osman & Ahmed, 2007). Suasana pembelajaran yang kondusif, aktif dan menyeronokan
harus sentiasa diwujudkan agar murid lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah dan
melibatkan diri dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah secara total. Kajian
terhadap peranan mata pelajaran PSV dalam mengadaptasikan seni sebagai salah satu bentuk
kaedah ekpresi diri di kalangan MBK masih kurang dijalankan. Kajian ini dapat membantu
memberi panduan khasnya kepada guru yang mengajar MBK bagi mata pelajaran PSV dari
aspek apresiasi dan ekspresi seni dalam memperbaiki kemahiran komunikasi secara visual.
Objektif Kajian
i. Mengkaji persepsi guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) terhadap
peranan seni sebagai medium ekspresi diri dan komunikasi visual bagi murid
berkeperluan khas (MBK) dibawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di
sekolah rendah.
ii. Menganalisa hasil karya murid berkeperluan khas (MBK) dari aspek bentuk dan
makna melalui penggunaan warna, garisan, bentuk, komposisi, visual, dan teknik
yang bersesuaian dengan tema yang diberikan.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
45
Kajian Literatur
Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan oleh manusia bagi tujuan ekspresi antaranya
ialah melalui lisan, perasaan dan emosi, tulisan dan bahasa penciptaan dan penghasilan
pergerakan (Nafishah et al., 2019). Selain itu , menurut Day dan Hurwitz (2012) , keupayaan
kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor
kasar dan motor halus serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif
bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Ekpresi, kreativiti dan
inovasi merupakan komponen yang sangat penting dalam pendidikan seni. Kreativiti
merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak berasaskan logik biasa kerana
logik bersifat ‟penilaian‟ (judgemental). Tetapi itu tidakbermakna kreativiti tidak
memerlukan pemikiran kreatiff dan analitis. Kreativiti tahap tinggi amat memerlukan
pemikiran logik-kritis kerana idea yang asli belum tentu boleh berjaya jika ia dipasarkan
(Mohd Azhar et al., 2006).
Melalui seni juga, kemahiran komunikasi dan persepsi dibina untuk menyampaikan
mesej. Proses pembinaan kemahiran yang tinggi bergantung kepada interaksi individu itu
sendiri. Kemahiran yang tinggi pula dikaitkan dengan kreativiti. Lukisan dan catan
menggabungkan ekspresi dan emosi kepada seseorang apabila ia dihasilkan dengan
menggunakan warna dan berus cat. Ia tidak terbatas dengan sebarang gaya, imej atau stail.
Namun demikian, apabila aktiviti seni dijalankan dalam kelas, guru perlu menjadi fasilitator
untuk memberi panduan yang lengkap dari aspek tema, teknik, media dan makna hasil seni.
Murid pendidikan khas sememangnya memerlukan sokongan yang lebih terperinci di setiap
proses penghasilan.
Pemantauan yang terperinci perlu dijalankan oleh guru dengan meninjau ekspresi dan
luahan emosi dalam karya yang dihasilkan. Setiap karya yang terhasil oleh kanak-kanak
membuka rangsangan tindakan artistik dalam pengajaran oleh guru (Ramli & Musa,
2020). Lukisan merupakan salah satu medium yang boleh menyalurkan emosi kanak-kanak
kerana ia lebih dilihat sebagai medium pengluahan emosi kanak-kanak . Kaedah ini dilihat
mempunyai nilai yang signifikan untuk dijadikan medium dalam meningkatkan kebolehan
berkomunikasi apabila murid dan guru membuat diskusi tentang emosi yang diterjemahkan
dalam lukisan. Aktiviti seni juga boleh dijadikan sebagai terapi diri.Terapi seni dapat
membantu menstimulasi bahagian otak yang tidak berkembang dan membantu anak autisme
dalam mengekspresikan kecekapan non verbal (Nas Norziela, 2018). Terapi seni juga
bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan penyembuhan pada individu dengan
menggunakan peralatan seni yang dapat diberikan pada semua usia, keluarga, dan kelompok
(Malchiodi, 2005). Fareez dan Mohd Zahuri (2019) menyatakan terapi seni juga merupakan
alat fleksibel yang dapat membantu individu dari aspek bantuan emosi, merawat trauma,
menyelesaikan masalah dan meningkatkan kesejahteraan hidup. Dari aspek diri pula, terapi
seni menurut Rifa (2014) merupakan suatu bentuk terapi dengan menggunakan gambar
sebagai media untuk mengembangkan perilaku positif yang bersifat interpersonal dan
intrapersonal yang berhubungan dengan sosialisasi individu dan dapat menghubungkan dunia
dalam diri kanak-kanak dengan dunia luaran (Mcniff, 1994). Peralatan seni yang variasi
membolehkan pelbagai pergerakan tubuh badan termasuklah pergerakan tangan dan kaki.
Garisan, bentuk dan simbol dalam lukisan menjadi salah satu media komunikasi bagi murid
yang tidak mempunyai keyakinan diri untuk berkomunikasi secara verbal. Proses
menghasilkan karya seni boleh dijalankan bermula dengan imitasi, manipulasi, ketepatan,
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
46
artikulasi dan naturalisasi yang selaras dengan elemen-elemen psikomotor seperti yang
terdapat dalam kajian Talib et al. (2016).
Teori Scaffholding oleh Vygotsky bersesuaian dengan kajian ini. Murid lebih banyak
belajar ketika berkolaborasi dengan orang lain yang mempunyai pelbagai kemahiran dan
pengetahuan yang lebih luas (Uduafemhe, 2015). Teori ini menyarankan guru menolong
murid menguasai sesuatu tugas atau konsep dengan memberikan sokongan. Sokongan ini
boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti garis panduan, dokumen tugasan, papan cerita,
atau membuat diskusi di dalam proses pdpc. Kajian ini juga menggunakan teori-teori lukisan
kanak mengikut Mc Fee seperti Teori "Naive Realisme", Teori "Intellectualist", Teori
"Perceptual Development", Teori "Haptic & Visual” dan Teori "Age - Based concepts of
developmental". Teori "NaiveRealisme" menjelaskan bahawa apa yang dilihat oleh kanak-
kanak sama seperti yang tergambar di otaknya. Oleh itu apa yang di lukisnya sama seperti
yang di lukis oleh orang dewasa tetapi orang dewasa melukis dengan lebih matang mengikut
kematangan otot-ototnya. Teori "Intellectualist" memberitahu kita bahawa kanak-kanak
melukis menurut apa yang mereka tahu, kenal biasa dengan rupa dan rasanya. Mc Fee
menjelaskan lagi bahawa kanak-kanak berkomunikasi juga melalui lukisannya. Oleh itu
konsep ini menguatkan hujah beliau bahawa kanak-kanak melukis dari apa yang mereka tahu
atau kenali.
Teori persepsi pula menyatakan bahawa kanak-kanak melukis dari apa yang dilihat.
Menurut beliau proses pengamatan/persepsi bermula dengan "undifferentiated wholes" dan
"receeds more details". Tetapi kanak-kanak dan orang dewasa berbeza dari segi persepsi
mereka. Matlamat penghasilan karya seni memberi peluang kepada individu mencipta ruang
yang membolehkannya meluahkan diri dalam spektrum ekspresi yang luas. Ekspresi seni ini
mempunyai ciri-ciri projektif kerana ia datang dari diri sendiri. Intergrasi dari proses
transformasi tenaga kreatif dan kreativiti yang dapat memulih adalah asas kepada dinamik
kesihatan (Mcniff, 1994). Melalui seni kemahiran komunikasi dan persepsi dibina untuk
menyampaikan mesej. Proses pembinaan kemahiran yang tinggi bergantung kepada interaksi
individu itu sendiri. Kemahiran yang tinggi pula dikaitkan dengan kreativiti. Lukisan dan
catan menggabungkan ekspresi dan emosi kepada seseorang apabila ia dihasilkan dengan
menggunakan warna dan berus cat. Ia tidak terbatas dengan sebarang gaya, imej atau stail.
Namun demikian, apabila aktiviti seni dijalankan di dalam bilik darjah, guru perlu
menjadi fasilitator untuk memberi panduan yang lengkap dari aspek tema, teknik, media dan
makna hasil seni. MBK sememangnya memerlukan sokongan yang lebih di setiap proses
penghasilan. Pemantauan yang terperinci perlu dijalankan oleh guru dengan meninjau
ekspresi dan luahan emosi dalam karya yang dihasilkan. Lukisan merupakan salah satu
medium yang boleh menyalurkan emosi kanak-kanak (Norasmah, 2013) kerana ia lebih
dilihat sebagai medium pengluahan emosi kanak-kanak. Kaedah ini dilihat mempunyai nilai
yang signifikan untuk dijadikan medium dalam meningkatkan kebolehan berkomunikasi
apabila murid dan guru membuat diskusi tentang emosi yang diterjemahkan dalam lukisan.
Peralatan seni yang variasi membolehkan pelbagai pergerakan tubuh badan termasuklah
pergerakan tangan dan kaki. Garisan, bentuk dan simbol dalam lukisan menjadi salah satu
media komunikasi bagi murid yang tidak mempunyai keyakinan diri untuk berkomunikasi
secara verbal.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
47
Teori Komunikasi Visual
Ada dua bentuk simbol bahasa yakni verbal dan bukan verbal. Manusia mempunyai fikiran,
perasaan, dan perbuatan yang diluahkan melalui ungkapan kata-kata yang disebut verbal.
Apabila kata-kata diucapkan maka ia dipanggil verbal vokal, apabila ditulis ia dipanggil
verbal visual dan apabila dikomunikasikan melalui bahasa gambar ia dipanggil sebagai
visual.
Lukisan boleh didefinisikan sebagai proses interaktif verbal dan nonverbal atau,
dengan kata lain, melalui mod penghasilan ayat yang berbeza, membina makna, dan teori.
Mendengar membantu penyelidik dalam memahami bagaimana kanak-kanak
mengekspresikan sosioemosi mereka dan bagaimana kanak-kanak bertindak balas untuk
mentafsirkan emosi mereka. (Zakaria et al., 2021). Salah satu elemen dalam teori komunikasi
visual adalah semiotik. Semiotik boleh didefinisikan sebagai ilmu tentang tanda-tanda atau
simbol. Ia berfungsi menyampaikan mesej atau informasi secara visual yang memaparkan
suatu gambar, tanda atau simbol yang dapat ditafsirkan dengan mudah. Analisis semiotik
menurut Stokes (2003) bermula dengan pendefinisian objek analisis dan pengumpulan teks
(kumpulan tanda) yang akan dianalisis. Seterusnya, tanda-tanda yang tampak dalam hasil
karya yang dikaji akan disenaraikan. Analisis semiotik dalam kajian ini akan dilakukan
terhadap tanda-tanda tersebut akan meliputi analisis dimensi elemen fizikal yang terdiri dari
garisan, bentuk, warna, komposisi gambar, dan tulisan. Penggunaan teori semiotik yang
semakin meluas ke pelbagai disiplin ilmu, memberikan sumbangan keilmuan terhadap
kepelbagaian ilmu dalam dunia pendidikan. Dalam hal ini ilmu semiotik lebih
memperhatikan makna mesej dan cara mesej disampaikan melalui tanda-tanda (Danesi,
2004).
METODOLOGI
Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kajian kes dimana ianya dijalankan di sebuah
sekolah rendah yang mempunyai PPKI di daerah Batang Padang, Perak. Pemilihan
rekabentuk kajian kes adalah kerana ianya memberi tumpuan dalam mendapatkan maklumat
sesuatu yang mendalam dalam kejadian pada masa yang tertentu. Kajian kes adalah
merupakan satu strategi reka bentuk kajian yang paling berkesan untuk memahami hal-hal
yang sebenar, realiti sosial dan persepsi yang wujud tanpa diganggu oleh pengukuran formal
atau soalan-soalan yang ditentukan terlebih awal. Proses penerokaan ini akan mendedahkan
cerita utama yang didedahkan oleh mereka yang benar-benar terlibat berkaitan dengan
peristiwa sebenar, dalam keadaan sebenar (Guba & Lincoln, 1989). Pemilihan pendekatan
kualitatif digunakan untuk menjawab persoalan yang memerlukan jawapan kepada
bagaimana dan apa yang berlaku, tajuk yang berbentuk penerokaan dan kajian yang
memerlukan jawapan secara terperinci seperti yang dinyatakan oleh Creswell (2007).
Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan dengan menggunakan guru seni
program PPKI yang mempunyai pengalaman mengajar MBK mata pelajaran PSV. Pengkaji
menggunakan instrumen temubual tidak berstruktur untuk mendapatkan data yang lebih
terbuka, subjektif dan fleksibel tentang ekspresi seni dan komunikasi visual MBK bagi mata
pelajaran PSV. Instrumen ini digunakan bagi mendapatkan data tentang persepsi guru
terhadap mata pelajaran PSV sebagai medium ekspresi dan komunikasi di dalam bilik darjah.
Guru perlu menjelaskan sejauh mana aktiviti seni seperti melakar, mewarna dan membuat
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
48
binaan yang dijalankan dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi dalam proses ekpresi
diri dikalangan MBK. Pengkaji juga menggunakan dokumen analisis yang terdiri daripada
hasil karya murid guru tersebut untuk melihat ekspresi seni dari aspek warna, garisan, bentuk,
komposisi, visual dan sebagainya. Murid yang terlibat adalah MBK yang mempunyai
masalah pembelajaran, autisma dan cacat pendengaran dibawah PPKI. Dokumen ini
bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri hasil karya murid tersebut dari aspek bentuk dan
makna amnya.
DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian menunjukkan beberapa hasil karya murid pendidikan khas yang
dibahagikan kepada tiga kategori iaitu autistik, cacat pendengaran dan masalah pembelajaran.
Peringkat umur murid tersebut adalah 7-14 tahun. Menurut guru seni, projek seni yang
dijalankan ini bertujuan untuk membina kreativiti murid dalam mengadaptasi pengalaman
mereka dalam bentuk visual 2 dimensi dan 3 dimensi. Selain itu projek seni membolehkan
guru menilai sejauh mana sensitiviti murid dalam kehidupan seharian. Guru beranggapan
fungsi seni dalam pendidikan boleh menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan estetik.
Selain itu, ekspresi yang diluahkan dalam projek seni membantu perkembangan
personaliti dan memberi kepuasan diri kepada murid. Ia secara tidak langsung dapat
mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih aktif dan tidak membosankan.
Karya seni yang dihasilkan ini juga dapat membantu guru untuk memahami isi hati murid
melalui imej-imej dan sapuan warna yang dipersembahkan. Komunikasi visual yang wujud
membolehkan guru mengenalpasti sejauh mana pemahaman murid terhadap situasi tema yang
diberikan. Rajah 1 menunjukkan hasil karya murid autistik yang bertajuk Kampung Halaman.
Kanak-kanak autistik mempunyai ciri-ciri yang unik dan pelbagai. Autisma adalah sejenis
gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam
komunikasi dan kemahiran sosial, sama ada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak
berkembang.
Namun demikian, aktiviti seni yang dijalankan ini dapat memberi petunjuk sejauh
mana pemikiran murid ini dalam memahami situasi dan tema yang diberikan. Pengkaji
berpendapat, murid ini mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Suasana kampung halaman
yang dipamerkan kelihatan jelas dan relevan terutama dari aspek senibina rumah. Komposisi
gunung ganang, tumbuh-tumbuhan dan figura manusia dari pelbagai pergerakan telah
mewujudkan suatu suasana masyarakat kampung yang meriah. Objek yang di lukisnya sama
seperti yang di lukis oleh orang dewasa tetapi orang dewasa melukis dengan lebih matang
mengikut kematangan otot-ototnya. Keunikan lukisan ini dapat dilihat dari segi olahan imej-
imej alam semulajadi iaitu imej matahari, awan, rumput dan gunung ganang dengan gayanya
yang tersendiri. Selain itu, kelihatan imej-imej rumah-rumah yang padat, kereta dan figura
manusia secara orang lidi. Imej-imej rumah yang dilukis sememangnya jelas menggambarkan
bentuk senibina rumah kampung yang terletak dihadapan gunung ganang. Pengkaji
berpendapat, imej-imej rumah yang padat boleh menggambarkan kepadatan penduduk yang
tinggi di kawasan kampung murid tersebut. Ini juga berdasarkan imej-imej orang lidi yang
kelihatan ramai. Secara amnya, imej orang lidi yang digambarkan boleh dianggap sebagai
simbol atau ringkasan untuk melukis figura manusia. Lukisan ini juga menunjukkan murid
juga melukis melalui gambaran yang diberi oleh guru dan melalui buku-buku rujukan. Selain
itu imej kereta yang digambarkan jelas menggambarkan struktur sebuah kereta yang hampir
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
49
lengkap. Warna biru yang digunakan dan sedikit merah telah digunakan pada imej rumah dan
rumput-rumput. Kategori warna biru adalah warna sejuk yang memberi representasi tentang
ketenangan dan kestabilan. Didalam lukisan tersebut murid tidak menggunakan warna yang
pelbagai. Ini mungkin disebabkan oleh tahap kreativiti mewarna yang terhad atau murid
tersebut lebih fokus kepada kualiti dan ekspresi garisan yang dirasakan telah mencukupi.
Selain itu, situasi ini mungkin berlaku disebabkan murid dan guru tidak mempunyai alatan
mewarna yang pelbagai.
Rajah 1. Lukisan Kampung Halaman murid autistik.
Seterusnya, Rajah 2 menunjukkan hasil karya seni murid kategori masalah
pembelajaran. Tajuk projek yang diberikan adalah Rumah Saya. Murid ini telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan dan projek ini dijalankan dalam beberapa minggu. Guru telah
memberi tunjuk ajar tentang asas bagaimana membina rumah dengan menggunakan media
kotak, kertas warna dan cat air. Murid sememangnya telah menunjukkan sifat kerjasama
dalam kumpulan dan berupaya membuat perkembangan idea dengan menambah objek-objek
di sekitar binaan rumah tersebut tanpa disuruh oleh guru. Projek seumpama ini boleh
menguatkan daya imaginasi dalam menghasilkan bentuk-bentuk 3 dimensi yang mempunyai
pelbagai sudut pandangan. Membina seni 3 dimensi memerlukan daya imaginasi yang tinggi
dan kebolehan dalam memilih bahan dan media yang sesuai untuk menghasilkan binaan yang
berdiri teguh. Projek seumpama ini dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran asas
psikomotor merangkumi menguasai proses bertanya dan menjawab soalan mengenai bahan-
bahan dan alatan yang diperlukan, berpartisipasi dalam perbincangan dan melaksanakan
tugas dalam kumpulan. Apabila murid dan guru berkolaborasi dalam proses penghasilan
karya, pelbagai idea akan dapat dijana dan dikongsi bersama. Ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan daya kreativiti murid dan mengeratkan hubungan interaksi sosial di kalangan
murid dan guru. Kombinasi warna yang digunakan termasuklah warna primer dan warna
sekunder. Warna primer ialah merah, biru dan kuning manakala warna sekunder adalah
warna hijau, ungu dan jingga. Ini menunjukkkan murid mempunyai kreativiti dalam membuat
eksplorasi campuran warna yang pelbagai termasuklah warna sejuk dan warna panas. Murid
juga telah menunjukkan minat dalam mengaplikasi warna dan berjaya mewujudkan pelbagai
warna dari sudut pandangan yang berbeza. Secara keseluruhannya, projek seumpama ini
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
50
Rajah 2. Karya binaan Rumah Saya murid masalah pembelajaran.
Seterusnya Rajah 3 pula merupakan hasil karya pelajar cacat pendengaran. Murid ini
telah diberikan tugasan untuk meniru imej haiwan yang telah disediakan oleh guru. Projek ini
diberikan kepada murid dengan tujuan memperkenalkan murid dengan beberapa ciri-ciri
haiwan yang berbeza. Melalui lukisan ini, murid dapat memahami dengan lebih mendalam
bentuk haiwan dari aspek rupa, bentuk dan warna. Projek ini mampu membantu murid yang
mengalami masalah kurang pendengaran untuk mengenal objek dan berinteraksi dengan alam
sekitar. Lukisan yang dihasilkan oleh murid ini kelihatan jelas dan terperinci melalui garisan
yang dihasilkan. Pengolahan garisan, warna dan ruang yang teratur mempamerkan ketelitian
murid yang baik. Guru beranggapan murid yang mengalami kurang pendengaran tidak
mempunyai masalah dari aspek memahami dan mengadaptasi lukisan dengan betul dan
tersusun. Bentuk dan struktur haiwan yang dilukis adalah hampir lengkap.
Murid mampu membuat perbezaan haiwan yang boleh bergerak atas air dan haiwan
yang tidak boleh. Melalui Rajah 3 juga, imej itik kelihatan lebih dominan dengan penggunaan
warna panas iaitu kuning dan skala yang lebih besar dan terperinci. Pengkaji beranggapan
murid mempunyai lebih banyak pengalaman melihat haiwan tersebut dalam kehidupan
seharian. Manakala warna yang digunakan pada ayam jantan dan betina kelihatan agak
minimal dan pudar. Ini berkemungkinan murid kurang jelas dengan warna yang ada pada
haiwan tersebut. Kesemua projek seni yang dijalankan merangkumi pergerakan refleksi,
pergerakan asas, kemampuan persepsi, dan pergerakan fizikal dan mental. Aktiviti lukisan
merupakan aktiviti yang terbaik bagi MBK dalam menimba ilmu pengetahuan, membentuk
keperibadian, meluahkan emosi dan meningkatkan kemahiran psikomotor. Guru memainkan
peranan yang sangat penting dalam menyediakan pelbagai aktiviti seni dalam membentuk
modal insan yang berkualiti.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
51
Rajah 3. Lukisan haiwan murid cacat pendengaran.
PERBINCANGAN
Kajian ini mendapati bahawa ekspresi seni dan komunikasi visual sentiasa wujud apabila
murid didedahkan dengan sebarang aktiviti menghasilkan karya seni tidak kira sejauh mana
bakat yang ada pada diri mereka. Hasil karya seni bagi murid bekeperluan khas bukanlah
dilihat dan dinilai dari aspek formalisitik, tetapi ia akan dihayati dari aspek bentuk dan makna
yang subjektif. Unsur-unsur semiotik yang merujuk kepada tanda dan simbol, memainkan
peranan sebagai alat komunikasi bagi murid untuk menyampaikan mesej, penceritaan dan
menunjukkan pemahaman terhadap sesuatu perkara melalui visual. Kajian ini mengenalpasti
persepsi guru dan peranan guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran PSV di bilik
darjah. Kajian ini juga mendokumentasikan tiga karya MBK yang mempunyai tiga jenis
ketidakupayaan iaitu murid autistik, masalah pembelajaran dan cacat pendengaran. Murid
autistik dapat dilihat sebagai murid yang mempunyai keunikan tersendiri. Ini berdasarkan
kepada definisi autisma iaitu gangguan autistik yang didefinisikan sebagai gangguan
perkembangan dengan tiga ciri utama, iaitu gangguan pada interaksi sosial, gangguan pada
komunikasi, dan keterbatasan minat serta kemampuan imajinasi (Ginanjar, 2007). Oleh itu,
kanak-kanak autisme mengalami perkembangan komunikasi yang amat terhad. Mereka sering
menunjukkan emosi melalui tingkah laku dan pergerakan tubuh badan. Melalui aktiviti
hands-on iaitu menggambar, mewarna dan melakar yang dijalankan dalam mata pelajaran
PSV, murid autistik mendapat peluang untuk membuat ekspresi dan meluahkan emosi
melalui media lukisan seperti pensel, dan campuran warna.
Dapatan kajian ini menunjukkan lukisan yang dihasilkan oleh murid autistik
mengenai Kampung Saya menepati tema yang diberikan, namun stail yang dipersembahkan
mempunyai keunikan dan gaya yang tersendiri. Pergerakan garisan dan bentuk yang
dihasilkan ini menggambarkan ekspresi murid tersebut. Garisan yang dilakarkan
menggabungkan visual garisan yang lurus dan melengkung menunjukkan murid tersebut
mempunyai kebolehan dan daya kreativiti dalam mencipta imej. Murid juga pandai mengolah
komposisi ruang dalam rekaletak. Keseluruhan komposisi kelihatan menggambarkan suasana
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
52
Kampung Halaman yang meriah dan padat. Ini menunjukkan murid mempunyai pengalaman
yang banyak tentang tema yang diberikan. Merujuk kepada teori persepsi yang menyatakan
bahawa kanak-kanak melukis dari apa yang dilihat. Proses pengamatan/persepsi bermula
dengan "undifferentiated wholes" dan "receeds more details". Pengkaji berpendapat murid ini
tidak mempunyai masalah dalam mengadaptasi pengalaman dalam kehidupan seharian
bersama keluarga di kawasan kampung kerana mempunyai pengalaman menetap di kawasan
kampung.
Murid kelihatan memberikan persepsi yang positif terhadap tema yang diberikan
apabila murid lebih banyak menggunakan warna sejuk iaitu warna biru yang sering dikaitkan
dengan ketenangan dan kestabilan. Merujuk kepada Teori "NaiveRealisme" yang dirujuk
dalam kajian ini iaitu kanak-kanak melukis sama seperti yang tergambar di otaknya. Apa
yang di lukisnya sama seperti yang di lukis oleh orang dewasa tetapi orang dewasa melukis
dengan lebih matang mengikut kematangan otot-ototnya. Murid autistik ini telah
menterjemahkan imaginasinya tentang tema yang diberikan dengan gaya yang tersendiri.
Persepsi setiap audien yang menghayati karya seni seumpama ini adalah berbeza. Namun
pengkaji berpendapat murid telah berjaya merakamkan situasi kampung halaman dengan
jelas melalui imej-imej yang terdapat dalam lukisan beliau yang bertepatan dengan tema yang
diberikan dengan gaya yang tersendiri.
Seterusnya murid yang mempunyai masalah pembelajaran telah menjalankan projek
secara berkumpulan untuk membuat binaan Rumah Saya. Golongan murid terdiri dari tiga
orang murid yang kurang kebolehan dalam membaca, mengira dan menghafal. Guru sentiasa
memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk membuat sebarang eksplorasi bentuk dan
warna kepada binaan. Pengetahuan asas telah diberikan dari aspek bentuk rumah dan warna
yang bersesuaian. Namun demikian, guru tetap memberi kebebasan kepada murid untuk
menambah sebarang bentuk dan warna kepada binaan tersebut. Ini secara tidak langsung
memberi motivasi kepada murid untuk meluahkan idea, membuat perbincangan dalam
kumpulan, berkongsi pendapat dan bekerjasama bersama ahli kumpulan untuk menyiapkan
binaan. Walaupun murid ini bukanlah kategori murid yang normal, guru tetap mengambil
inisiatif untuk menerapkan konsep pembelajaran berpusatkan pelajar agar potensi dan
keunikan bakat setiap murid dapat dicungkil.
Seterusnya bagi murid cacat pendengaran, guru berhadapan dengan masalah
komunikasi secara verbal yang ketara kerana guru tidak mempunyai kepakaran dalam
penggunaan bahasa isyarat. Guru hanya mampu menunjukkan arahan secara gerak tubuh
badan. Guru perlu menggalakkan murid untuk mengamati gambar yang diberikan dan
melukis apa yang dapat dilihat pada gambar. Pengkaji berpendapat, murid juga berusaha
untuk melukis melalui pengalaman beliau sendiri melihat haiwan tersebut secara realiti. Ini
kerana murid tinggal di kawasan perkampungan. Keseluruhannya, guru yang terlibat telah
menggunakan pelbagai strategi pembelajaran dan pengajaran mengikut kemampuan setiap
MBK ini. Latar belakang kehidupan dan pengalaman yang diperoleh oleh murid tersebut juga
banyak mempengaruhi kemahiran dan kreativiti dalam diri murid tersebut. Peranan guru
adalah amat penting dalam mengenal dan memahami kemampuan fizikal dan mental murid
dengan lebih mendalam agar setiap murid diberi peluang untuk berkarya mengikut tahap
yang tertentu.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
53
KESIMPULAN
Kajian ini dapat menggambarkan ekspresi seni yang dilihat dari aspek seni sebagai medium
komunikasi merupakan salah satu strategi yang boleh digunakan dalam membentuk modal
insan yang lebih kreatif, inovatif dan produktif terutamanya bagi golongan kurang upaya
termasuklah MBK. Kepelbagaian teknik dan media yang digunakan dalam aktiviti seni
mampu meransang kreativiti murid untuk membantu mengembangkan komunikasinya dan
membantu dalam mengendali proses berfikir. Mengintegrasikan seni ke dalam tetapan
pendidikan umum dan khas untuk memudahkan ekspresi diri, memberi emosi dan
meningkatkan pelbagai kemahiran sememangnya mendapat perhatian para pendidik di abad
ini. Oleh yang demikian, mata pelajaran PSV, mampu dijadikan sebagai tunjang untuk
memberi lonjakan paradigma bagi melahirkan semua golongan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada agama, bangsa dan negara.
RUJUKAN
Creswell, J. W. (2007). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (2nd ed.).
Sage.
Fareez, & Mohd Zahuri, K. (2019). Seni sebagai terapi banduan melalui program kreatif seni di penjara
Malaysia. KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 7, 105-113.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/2867
Ginanjar, A. S. (2007). Memahami spektrum autistik secara holistik. Makara Seri Sosial Humaniora, 11(2), 87-
99. https://doi,org/:0.7454/mssh.v11i2.121
Guba, E. G., & Lincoln, Y. S. (1989). Fourth generation evaluation. Sage Publication
Hiller, Ashleigh, Campbell, Heather, Mastriani, Karen, Izzo, Margo Vreeburg, Kool-Tucker, Andrea, K.,
Cherry, Laura, & Beversdorf, D. O. (2007). Two-year evaluation of a vocational support program for
adults on the autism spectrum. Career DevelopmentfFor Exceptional Individuals, 30(1), 35-47.
https://doi.org/10.1177/08857288070300010501
Hussein, H., Nachiappan, S., Masran, M. N., & Mohammad Khasnan, S. S. (2020). Analisis pemupukan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah pendidikan khas masalah pembelajaran.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(2), 34-47.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol9.2.4.2020
Jamila K. A. Mohamed. (2005). Pendidikan khas. PTS Professional
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012a). Laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/1821-l-a-pelan-pembangunan-
pendidikan-2013-2025/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012b). Bahagian pendidikan khas.
https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-dan-unit/bahagian-pendidikan-khas
Lee, M., Abdullah, Y., & Mey, S. C. (2011). Employment of people with disabilities in Malaysia: Drivers and
inhibitors. International Journal of Special Education, 26, 112-124.
Malchiodi, C. A. (2005). Expressive therapies. Guilford.
Malley, S. M., & Silverstein, L. B. (2014). Examining the intersection of arts education and special education.
Arts Education Policy Review, 115(2), 39-43.
Mcniff, S. (1994). Art as medicine: Creating a therapy of the imagination. Shambhala
Mohd Azhar, A. H., Mohd Koharuddin, B., & Muhamed Fauzi, O. (2006). Reka cipta dan inovasi dalam
perspektif kreativiti. Universiti Teknologi Malaysia
Nafishah, M. N., Abdul, H. H., & Siti Hayati, M. Y. (2019). Ekspresi karya seni visual murid di sekolah
bimbingan jalinan kasih. Jurnal IPDA, 26(1).
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/ipda/article/view/8207
Nas Norziela, N. (2018). Terapi seni ekspresif. https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-
alaysia/20180129/281951723250397
Osman, H., & Ahmad, G. I. (2007). Ke arah peningkatan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni dalam
pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Masalah Pendidikan, 30(1).
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol.10 (1), 2021 (41-54)
(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)
https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK
54
Penketh, C. (2016). Special educational needs and art and design education: Plural perspectives on exclusion.
Journal of Education Policy, 31(4), 432-442.
Program Pendidikan Khas Integrasi. Kementerian Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/en/muat-
turun/pendidikankhas/program-pendidikan-khas-integrasi
Ramli, M. F., & Musa, R. (2020). Ekplorasi seni visual melalui aktiviti lakaran asas terhadap kanak-kanak
prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(1), 35-47.
https://doi.org/10.37134/jpak.vol9.1.4.2020
Shier, Micheal, Graham, John, R., & Jones, M. E. (2009). Barriers to employment as experienced by disabled
people: A qualitative analysis in Calgary and Regina, Canada. Disability & Society, 24(1), 63-75.
Singley, & Susan, G. (2003). Barriers to employment among long-term beneficiaries: A review of recent
international evidence (M. o. S. Development, Trans.). Centre for Social Research and Evalution.
Siti Fatimah, S., & Mustafa, C.O. (2018). Masalah pengajaran guru dalam program pendidikan inklusif di
sekolah. Asian People Journal, 1(2), 243-263.
Stokes, J. (2003). How to do media and cultural studies. Sage Publication.
Talib, Noraini., Mohd Yassin., Siti Fatimah., M. Nasir., & M. Khalid. (2016). Mengkaji pentaksiran
pengaturcaraan komputer berdasarkan penyelesaian masalah kreatif menggunakan pendekatan
“grounded theory”. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 5, 25-38.
Uduafemhe., E. M. (2015). Comparative effects of scaffolding and collaborative instructional approaches on
secondary school students’ psychomotor achievement in basic electronics in north-central Nigeria.
IOSR Journal of Engineering (IOSRJEN), 5(6), 23-31.
Uzunboylu., Hüseyin., Bicen., Ayla., Vehapi., & Shemsedin. (2017). The analysis of research problems
regarding physical education lecture. PONTE International Scientific Researchs Journal, 73.
10.21506/j.ponte.2017.5.22.
Zainudin, M. I., Noraini, S., & Ramlee, M. (2009). Kurikulum pendidikan vokasional murid bermasalah
pembelajaran (MP). Diges Pendidik, 9(2), 89-99.
Zakaria, M. Z., Yunus, F., & Mohamed, S. (2021). Drawing activities enhance preschoolers socio emotional
development. Southeast Asia Early Childhood Journal, 10(1), 18-27.
https://doi.org/10.37134/saecj.vol10.1.2.2021