ArticlePDF Available

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS KANAK-KANAK 5+ DAN 6+ TAHUN

Authors:

Abstract

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak dan adakah faktor jantina mempengaruhi perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak yang berumur dari lima hingga enam tahun. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang mana telah dijalankan di sebuah tadika di Kuala Lumpur. Ia telah melibatkan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 18 orang perempuan. Berpandukan satu set senarai semak yang telah diubahsuai, pengkaji telah menilai tahap kemahiran menulis responden melalui hasil lembaran kerja yang telah disediakan oleh pengkaji. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min adalah min=4.25, sp=0.49. Manakala bagi faktor jantina pula menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak. Hal ini kerana tidak ada perbezaan yang signifikan pada skor lelaki (min=2.91, s.p=0.28) dan perempuan (min=2.94, s.p=0.23; t=0.28; df=,28 p=0.77 iaitu lebih daripada 0.05). Hal ini memberikan kesimpulan bahawa penilaian awal perlu dijalankan ke atas kanak-kanak supaya tahap kemahiran literasi mereka boleh dikenal pasti sejak awal lagi. Implikasi kajian pula menunjukkan skala yang telah diubahsuai ini dapat digunakan untuk melihat tahap kemahiran menulis kanak-kanak tidak kira bahasa yang digunakan oleh mereka. Abstract The aim of this study are to identify the mastery level of children's writing skills and identify whether gender factor will affect the difference in the mastery level of writing skills of children aged five to six years. This study was done quantitatively at the chosen preschool in Kuala Lumpur which is has involved a total of 30 respondents consisting of 12 males and 18 females. Based on a set of modified checklist, the researcher has evaluated the mastery level of writing skills of the respondents through the results of worksheets provided by the researcher. The results showed that the mastery level of children's writing skills is at a high level with a mean value of mean = 4.25, sp = 0.49. As for the gender factor, it showed that there is no significant difference between gender and the mastery level of children's writing skills. This is because there is no significant difference in the scores of males (mean = 2.91, s.p = 0.28) and scores of females (mean = 2.94, s.p = 0.23; t = 0.28; df =, 28 p = 0.77 which is more than 0.05). This concluded that early assessment should be conducted on children so that their level of literacy skills can be identified from the outset. The implications of this study show that this modified scale can be used to see the level of children's writing skills regardless of their use language.
Jurnal Kesidang
Kesidang Journal
Volume 5 2020: 99-111
99
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS KANAK-KANAK 5+ DAN 6+
TAHUN
Ahmad Muaz Muhd Hairi
Nik Nur Syazwani Ibrahim
Aziyati Zahirah Asnil Aimi
Kolej Universiti Islam Melaka
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak
dan adakah faktor jantina akan mempengaruhi perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis
kanak-kanak yang berumur dari lima hingga enam tahun. Kajian ini adalah berbentuk
kuantitatif yang mana telah dijalankan di sebuah tadika di Kuala Lumpur serta telah melibatkan
seramai 30 orang responden yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 18 orang perempuan.
Berpandukan satu set senarai semak yang telah diubahsuai, pengkaji telah menilai tahap
kemahiran menulis responden melalui hasil lembaran kerja yang telah disediakan oleh
pengkaji. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak adalah
berada pada tahap tinggi dengan nilai min adalah min=4.25, sp=0.49. Manakala bagi faktor
jantina pula menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap
penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak. Hal ini kerana tidak ada perbezaan yang
signifikan pada skor lelaki (min=2.91, s.p=0.28) dan perempuan (min=2.94, s.p=0.23; t=0.28;
df=,28 p=0.77 iaitu lebih daripada 0.05). Hal ini memberikan kesimpulan bahawa penilaian
awal perlu dijalankan ke atas kanak-kanak supaya tahap kemahiran literasi mereka boleh
dikenal pasti sejak awal lagi. Implikasi kajian pula menunjukkan skala yang telah diubahsuai
ini dapat digunakan untuk melihat tahap kemahiran menulis kanak-kanak tidak kira bahasa
yang digunakan oleh mereka.
Kata kunci: penguasaan, kemahiran menulis, kanak-kanak
Abstract
The aim of this study are to identify the mastery level of children’s writing skills and identify
whether gender factor will affect the difference in the mastery level of writing skills of children
aged five to six years. This study was done quantitatively at the chosen preschool in Kuala
Lumpur which is has involved a total of 30 respondents consisting of 12 males and 18 females.
Based on a set of modified checklist, the researcher has evaluated the mastery level of writing
skills of the respondents through the results of worksheets provided by the researcher. The
results showed that the mastery level of children's writing skills is at a high level with a mean
value of mean = 4.25, sp = 0.49. As for the gender factor, it showed that there is no significant
difference between gender and the mastery level of children's writing skills. This is because
there is no significant difference in the scores of males (mean = 2.91, s.p = 0.28) and scores of
females (mean = 2.94, s.p = 0.23; t = 0.28; df =, 28 p = 0.77 which is more than 0.05). This
concluded that early assessment should be conducted on children so that their level of literacy
skills can be identified from the outset. The implications of this study show that this modified
scale can be used to see the level of children's writing skills regardless of their use language.
Keywords: mastery, writing skills, children
Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak 5+ Dan 6+ Tahun
Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nik Nur Syazwani Ibrahim, Aziyati Zahirah Asnil Aimi
100
PENGENALAN
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan sistem pendidikan dan penjagaan kanak-kanak dari usia lapan
tahun oleh individu selain ahli keluarga dalam persekitaran yang berbeza dengan rumah mereka (Follari,
2015). Persekitaran ini akan dapat membantu kanak-kanak berkembang dari segi kebolehan, minat,
budaya, nilai, bahasa dan keterampilan diri. Menurut Merrell (2016), kanak-kanak juga akan
mempelajari kemahiran membaca seperti mengenal bunyi huruf, menyebut perkataan, ritma, suku kata
dan banyak lagi. Jangkaan dan keperluan terhadap perkembangan literasi telah menjadi keutamaan
dalam kalangan kanak-kanak (Lindsey, 2016). Oleh itu, penekanan terhadap penguasaan kemahiran
literasi adalah penting dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Francesconi dan Heckman
(2016), pendidikan seawal usia kanak-kanak adalah berkesan dalam membantu membina kemahiran
untuk alam dewasa kelak. Tambahan lagi, salah satu kemahiran yang paling sukar untuk dipelajari oleh
kanak-kanak adalah kemahiran untuk menulis (Merrell, 2016).
Oleh yang demikian, penulisan merupakan salah satu kemahiran literasi yang penting kepada
kanak-kanak. Kanak-kanak juga perlu menguasai tulisan tangan bagi membantu mereka menguasai
pembelajaran sepanjang usia mereka. Selain untuk tujuan pendidikan, tulisan tangan juga boleh
menyampaikan mesej atau berkomunikasi dalam bentuk bertulis. Menurut Lust dan Donica seperti
dinyatakan dalam Tse, Siu, dan Li-Tsang (2019), tulisan tangan merupakan bentuk yang signifikan
kepada komunikasi bertulis sepanjang hidup mereka. Kanak-kanak yang menguasai tulisan tangan
dengan baik akan cenderung untuk berjaya pada masa hadapan.
Tulisan tangan menunjukkan sejauh mana kanak-kanak boleh melaksanakan perwakilan
simbolik bahasa di dalam konteks persekitaran (Rubin & Carlan seperti dinyatakan dalam Tse et al.
2019). Kanak-kanak yang menguasai tulisan tangan akan dapat berfungsi dengan sebaiknya di dalam
persekitaran mereka. Antara penulisan tangan terawal yang akan diajarkan kepada kanak-kanak adalah
kemahiran menulis nama. Apabila kanak-kanak mampu menulis nama mereka sendiri, mereka dapat
menyampaikan mesej kepada orang lain selain membolehkan mereka mengenali diri mereka sendiri.
Seperti yang dinyatakan oleh Haney di dalam Tse et al. (2019), kanak-kanak kebiasaannya bermotivasi
untuk mempelajari menulis nama sendiri dan ianya dikaitkan dengan keyakinan dan perwakilan diri
mereka.
Penulisan tangan bagi nama kanak-kanak juga akan dapat menggambarkan kemahiran literasi
mereka. Diamond et al. dan Welsch di dalam Tse et al. (2019) mengatakan penulisan nama kanak-kanak
berkait rapat dengan kemahiran literasi awal mereka seperti menamakan huruf. Kajian ini akan melihat
aspek perkembangan tulisan tangan kanak-kanak. Berdasarkan hasil kerja Hildreth yang terdahulu,
Lieberman telah membangunkan skala 16 markah untuk menilai kemahiran menulis nama kanak-kanak
di antara umur tiga hingga enam (Tse et al., 2019) dan skala itu telah diadaptasi untuk disesuaikan
dengan kajian ini.
TINJAUAN LITERATUR
Kemahiran menulis kanak-kanak mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan literasi awal. National
Reading Panel (2000) menyarankan lima komponen kemahiran literasi awal kanak-kanak iaitu; (i)
prinsip abjad; (ii) kesedaran fonemik; (iii) fonetik; (iv) pembendaharaan kata; dan (v) kefahaman teks.
Beaty (2013) dan Mahzan (2012) menyarankan kemahiran literasi awal kanak-kanak berkaitan dengan
kebolehan mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kesemua kemahiran ini penting bagi
menyediakan kanak-kanak untuk kejayaan mereka di masa hadapan (Crowther, 2011).
Dalam kajian ini, literasi awal yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah berkaitan dengan tahap
perkembangan kemahiran menulis kanak-kanak. Kemahiran menulis kanak-kanak merupakan proses
pembelajaran yang memerlukan latihan serta panduan daripada guru atau ibu bapa. Kebolehan kanak-
kanak untuk dapat menulis dengan baik dan teratur perlulah diberikan latihan awal kepada mereka sejak
dari kecil lagi. Ini kerana kemahiran menulis ini ada kaitan dengan latihan pra-menulis, latihan
kemahiran motor halus dan latihan koordinasi mata dan tangan. Jika perkara ini dapat dimulakan pada
peringkat awal kepada kanak-kanak, ia dapat membantu kepada kanak-kanak tersebut untuk menguasai
kemahiran menulis pada umur yang sepatutnya. Perkara ini disokong oleh kajian lepas dimana
sepatutnya kanak-kanak prasekolah sudah dapat menguasai menulis huruf dengan betul
Jurnal Kesidang
Kesidang Journal
Volume 5 2020: 99-111
101
(Puranik dan Lonigan, 2011), menulis nama (Diamond dan Baroody, 2013), menyebut perkataan dan
melukis sesuatu gambar yang bermakna (Bourke, 2014).
Kemahiran menulis dan kemahiran membaca perlu diajar dan dilaksanakan bersama. Ini kerana
jika salah satu kemahiran tersebut tidak dapat dikuasai oleh kanak-kanak, ia akan menyebabkan mereka
mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran literasi. Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak
boleh membaca dengan baik tetapi tidak mahir untuk menterjemahkan perkataan tersebut ke dalam
bentuk tulisan, ia akan membantutkan proses kanak-kanak tersebut untuk membina perkataan dan
menulis ayat mudah. Kajian lepas mendapati golongan dewasa yang menamatkan persekolahan di
peringkat yang lebih tinggi adalah dari golongan yang menunjukkan tahap penguasaan membaca dan
menulis yang baik semasa mereka masih kanak-kanak (Kutner, Greenberg, Jin Boyle, Hsu, & Dunleavy,
2007).
REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian yang dipilih oleh pengkaji adalah berbentuk kuantitatif. Instrumen yang digunakan
oleh pengkaji di dalam kajian ini ialah senarai semak. Penilaian tahap kemahiran menulis kanak-kanak
yang ingin dikaji memerlukan pelaksanaan aktiviti, proses pemerhatian dan merekodkan di dalam
senarai semak. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk (i) mengenalpasti tahap penguasaan
kemahiran menulis kanak-kanak dan (ii) mengenalpasti perbezaan tahap penguasaan kemahiran
menulis kanak-kanak mengikut jantina.
Borang senarai semak ini tertumpu kepada tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak
di tadika. Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 18 orang perempuan.
Ini melibatkan kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun merangkumi bangsa Melayu, Cina, India dan
lain-lain bangsa. Semua kanak-kanak yang menjadi responden bagi kajian ini akan menerima arahan
dan latihan yang sama serta mengikut standard yang telah ditetapkan. Kaedah ini dipilih oleh pengkaji
kerana melalui cara kanak-kanak menjawab soalan yang diberikan, ia mampu memberikan hasil
dapatan data yang tepat dan jitu. Soalan yang telah dibina adalah berdasarkan jenis soalan yang
memerlukan jawapan yang ditulis oleh murid. Responden hanya diminta untuk menulis jawapan pada
ruang yang disediakan.
Tadika yang dipilih oleh pengkaji adalah tadika di dalam bandar. Kebanyakan kanak-kanak
di tadika ini berasal daripada keluarga yang berpendidikan dan telah dipilih secara rawak. Walaupun
begitu, kajian ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang bersekolah di tadika ini untuk mengkaji potensi
kemahiran menulis mereka. Kemahiran menulis kanak-kanak diuji berserta dengan kemahiran
membaca dan kemahiran mendengar. Permulaan proses latihan untuk kajian dijalankan oleh guru,
guru akan mengedarkan lembaran kerja kepada kanak-kanak. Selepas itu, guru akan menerangkan
arahan yang perlu dibuat oleh kanak-kanak di dalam lembaran kerja tersebut. Guru juga perlu
menyebut perkataan dan nombor di hadapan kanak-kanak dan selepas itu kanak-kanak perlu menulis
perkataan atau nombor yang disebut oleh guru. Setelah tugasan tersebut diselesaikan oleh kanak-
kanak, lembaran kerja ini akan dikutip semula oleh guru. Akhir sekali, pengkaji akan menilai
kemahiran menulis kanak-kanak menggunakan senarai semak berdasarkan hasil lembaran kerja
kanak-kanak.
DAPATAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-
kanak. Segala bentuk data maklumat yang diperolehi dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada
analisis borang soal selidik ke atas 30 orang kanak-kanak di Kuala Lumpur. Perbincangan telah
ditumpukan untuk menjawab objektif-objektif yang terdapat dalam kajian:
i. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak.
ii. Mengenalpasti perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak mengikut jantina.
Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak 5+ Dan 6+ Tahun
Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nik Nur Syazwani Ibrahim, Aziyati Zahirah Asnil Aimi
102
Komponen I: Maklumat diri responden
Komponen ini akan menjelaskan beberapa maklumat mengenai responden yang terlibat secara
deskriptif:
Umur
Dalam kajian ini, terdapat 6 orang kanak-kanak berusia enam tahun (20%) manakala yang selebihnya
adalah 24 orang kanak-kanak berusia lima tahun (80%) yang terlibat. Bilangan dan peratusan bilangan
responden mengikut umur adalah seperti di dalam Jadual 4.1 dan Rajah 4.1
Umur
Kekerapan
Peratus
(%)
5 tahun
24
80
6 tahun
6
20
Jadual 4.1: Bilangan responden mengikut umur (N=30)
Rajah 4.1
Jantina
Berdasarkan dapatan kajian ini, terdapat 12 orang kanak-kanak lelaki (40%) dan 18 orang kanak-kanak
perempuan (60%) yang terlibat. Bilangan dan peratusan bilangan mengikut jantina adalah seperti di
dalam Jadual 4.2 dan Rajah 4.2
Jantina
Kekerapan
Peratus
(%)
Lelaki
12
40
Perempuan
18
60
Jadual 4.2: Bilangan responden mengikut jantina (N=30)
Jurnal Kesidang
Kesidang Journal
Volume 5 2020: 99-111
103
Rajah 4.2
Keturunan
Dalam kajian ini, majoriti responden (80%) adalah kanak-kanak berbangsa Melayu iaitu seramai 24
orang. Hanya seorang responden (3.3%) mewakili cina dan india manakala sebanyak (13.3%) iaitu
seramai 4 orang responden mewakili bangsa lain. Bilangan dan peratusan bilangan mengikut bangsa
dapat dilihat seperti di dalam Jadual 4.3 dan Rajah 4.3
Kekerapan
Peratus
(%)
24
80
1
3.3
1
4
3.3
13.3
Jadual 4.3: Bilangan responden mengikut bangsa (N=30)
Rajah 4.3
Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak 5+ Dan 6+ Tahun
Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nik Nur Syazwani Ibrahim, Aziyati Zahirah Asnil Aimi
104
Komponen II: Objektif kajian
Komponen II ini akan menumpukan kepada objektif-objektif kajian yang dijelaskan pada pengenalan.
Kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah yang dikategorikan kepada tiga tahap iaitu tahap tinggi,
tahap sederhana dan tahap rendah berdasarkan intepretasi skor min pada Jadual 4.4. Tahap kemahiran
menulis kanak-kanak dinilai berdasarkan 10 item yang dijalankan di dalam ‘Aktiviti Mari Menulis’ dan
kemudian ia direkodkan di dalam senarai semak yang telah diadaptasi.
Skor
Min
Tahap
Interpretasi
1.00
2.33
Rendah
Kurang mahir di
dalam kemahiran
menulis
2.34
3.66
Sederhana
Mahir di dalam
kemahiran menulis
3.67
5.00
Tinggi
Sangat mahir di
dalam kemahiran
menulis
Jadual 4.4: Interpretasi skor min dan tahap kemahiran menulis kanak-kanak.
Dapatan objektif kajian (i): Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak.
Bahagian ini adalah untuk membincangkan hasil kajian berkaitan dengan tahap penguasaan kemahiran
menulis kanak-kanak yang dikategorikan kepada tiga tahap berdasarkan intepretasi skor min pada
Jadual 4.5.
Nilai
min
Kekerapan
Peratusan
(%)
Tahap
<2.33
0
0
Rendah
2.331-
3.66
2
2.7
Sederhana
>3.661
28
93.3
Tinggi
Jadual 4.5: Tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak (N=30)
Berdasarkan jadual 4.5, secara keseluruhan hasil analisis menunjukkan majoriti responden iaitu seramai
28 orang (93.3%) mempunyai tahap penguasaan kemahiran menulis yang tinggi. Manakala hanya 2
orang responden sahaja (2.7%) berada pada tahap sederhana dan tiada seorang pun yang mempunyai
tahap penguasaan menulis yang rendah. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan kemahiran menulis
kanak-kanak adalah berada pada tahap tinggi dengan nilai min adalah min=4.25, sp=0.49.
Bagi mendapatkan perbandingan skor min, setiap item di dalam senarai semak telah dianalisis.
Dapatan yang diperolehi menunjukkan kesemua item berada pada tahap tinggi dengan purata min=4.26.
Jurnal Kesidang
Kesidang Journal
Volume 5 2020: 99-111
105
Nilai
Min
Frekuensi
Peratus
Tahap
>
2.33
1
3.3
Rendah
2.34
-
3.66
4
13.3
Sederhana
>
3.67
25
83.3
Tinggi
Jadual 4.6: Tahap kemahiran menulis kanak-kanak di dalam latihan menyambungkan garisan putus-
putus.
Berdasarkan jadual 4.6, hasil analisis menunjukkan kanak-kanak tadika iaitu seramai 25 orang (83.3%)
mempunyai kemahiran untuk menyambungkan garisan putus-putus adalah di tahap tinggi. Manakala
seramai 4 orang kanak-kanak tadika (13.3%) berada pada tahap sederhana dan hanya satu orang kanak-
kanak tadika (3.3%) di tahap rendah. Secara keseluruhan, tahap pencapaian kanak-kanak tadika bagi
latihan menyambungkan garis putus-putus adalah berada di tahap tinggi (min = 4.10, sp = 0.758).
Nilai
Min
Frekuensi
Peratus
Tahap
<
2.33
2
6.7
Rendah
>
3.67
28
93.3
Tinggi
Jadual 4.7: Tahap kemahiran menulis kanak-kanak di dalam latihan menulis huruf.
Berdasarkan jadual 4.7, hasil analisis menunjukkan kanak-kanak tadika iaitu seramai 28 orang (93.3%)
di dalam latihan menulis huruf berada di tahap yang tinggi. Manakala seramai 2 orang kanak-kanak
tadika (6.7%) berada di tahap rendah. Secara keseluruhan, tahap pencapaian kanak-kanak tadika bagi
latihan menulis huruf adalah berada di tahap tinggi (min = 4.43, sp = 0.817).
Nilai
Min
Frekuensi
Peratus
Tahap
>
2.33
1
3.3
Rendah
2.34
-
3.66
1
3.3
Sederhana
>
3.67
28
93.3
Tinggi
Jadual 4.8: Tahap kemahiran menulis kanak-kanak di dalam latihan menulis dua suku kata.
Berdasarkan jadual 4.8, hasil analisis menunjukkan kanak-kanak tadika iaitu seramai 28 orang (93.3%)
di dalam latihan menulis dua suku kata adalah di tahap tinggi. Manakala hanya satu orang kanak-kanak
tadika (3.3%) berada pada tahap sederhana dan rendah. Secara keseluruhan, tahap
Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak 5+ Dan 6+ Tahun
Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nik Nur Syazwani Ibrahim, Aziyati Zahirah Asnil Aimi
106
pencapaian kanak-kanak tadika bagi latihan menulis dua suku kata adalah di tahap tinggi (min = 4.40,
sp = 0.723)
Nilai
Min
Frekuensi
Peratus
Tahap
2.34
-
3.66
2
6.7
Sederhana
>
3.67
28
93.3
Tinggi
Jadual 4.9: Tahap kemahiran menulis kanak-kanak di dalam latihan menulis perkataan.
Berdasarkan jadual 4.9, hasil analisis menunjukkan kanak-kanak tadika iaitu seramai 28 orang (93.3%)
di dalam latihan menulis perkataan berada di tahap yang tinggi. Manakala seramai 2 orang kanak-kanak
tadika (6.7%) berada di tahap rendah. Secara keseluruhan, tahap pencapaian kanak-kanak tadika bagi
latihan menulis perkataan adalah berada di tahap tinggi (min = 4.33, sp = 0.606).
Nilai
Min
Frekuensi
Peratus
Tahap
2.34
-
3.66
1
3.3
Sederhana
>
3.67
29
96.7
Tinggi
Jadual 4.10: Tahap kemahiran menulis kanak-kanak di dalam latihan menulis nombor
Berdasarkan jadual 4.10, hasil analisis menunjukkan kanak-kanak tadika iaitu seramai 29 orang (96.7%)
di dalam latihan menulis nombor berada di tahap yang tinggi. Manakala hanya satu orang kanak-kanak
tadika (3.3%) berada di tahap sederhana. Secara keseluruhan, tahap pencapaian kanak-kanak tadika
bagi latihan menulis nombor adalah berada di tahap tinggi (min = 4.53, sp = 0.571).
Nilai
Min
Frekuensi
Peratus
Tahap
>
2.33
2
6.7
Rendah
2.34
-
3.66
6
20
Sederhana
>
3.67
22
73
Tinggi
Jadual 4.11: Tahap kemahiran menulis kanak-kanak di dalam latihan menulis huruf di atas buku garis
tiga
Berdasarkan jadual 4.11, hasil analisis menunjukkan kanak-kanak tadika iaitu seramai 22 orang (73%)
di dalam latihan menulis huruf di atas buku garis tiga adalah di tahap tinggi. Manakala seramai 6 orang
kanak-kanak tadika (20%) pada tahap sederhana dan hanya dua orang kanak-kanak tadika (6.7%)
berada di tahap rendah. Secara keseluruhan, tahap pencapaian kanak-kanak tadika bagi menulis huruf
di atas buku garis tiga adalah di tahap tinggi (min = 4.13, sp = 0.973).
Jurnal Kesidang
Kesidang Journal
Volume 5 2020: 99-111
107
Nilai
Min
Frekuensi
Peratus
Tahap
>
2.33
1
3.3
Rendah
2.34
-
3.66
5
16.7
Sederhana
>
3.67
24
80
Tinggi
Jadual 4.12: Tahap kemahiran menulis kanak-kanak di dalam latihan menulis perkataan di atas buku
garis tiga
Berdasarkan jadual 4.12, hasil analisis menunjukkan kanak-kanak tadika iaitu seramai 24 orang (80%)
di dalam latihan menulis perkataan di atas buku garis tiga adalah di tahap tinggi. Manakala seramai 5
orang kanak-kanak tadika (16.7%) pada tahap sederhana dan hanya seorang kanak-kanak tadika (3.3%)
berada di tahap rendah. Secara keseluruhan, tahap pencapaian kanak-kanak tadika bagi menulis
perkataan di atas buku garis tiga adalah di tahap tinggi (min = 4.10, sp = 0.803).
Nilai
Min
Frekuensi
Peratus
Tahap
>
2.33
1
3.3
Rendah
2.34
-
3.66
6
20
Sederhana
>
3.67
23
76.7
Tinggi
Jadual 4.13: Tahap kemahiran menulis kanak-kanak di dalam latihan menulis nama sendiri
Berdasarkan jadual 4.13, hasil analisis menunjukkan kanak-kanak tadika iaitu seramai 23 orang (76.7%)
di dalam latihan menulis nama sendiri adalah di tahap tinggi. Manakala seramai 6 orang kanak-kanak
tadika (20%) pada tahap sederhana dan hanya seorang kanak-kanak tadika (3.3%) berada di tahap
rendah. Secara keseluruhan, tahap pencapaian kanak-kanak tadika bagi latihan menulis nama sendiri
adalah di tahap tinggi (min = 4.06, sp = 0.827).
Dapatan objektif kajian (ii): Mengenalpasti perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis
kanak-kanak mengikut jantina.
Konstruk
Faktor
Min
s.p
t
Sig.
Tahap
penguasaan
menulis
Lelaki
2.91
0.28
0.28
0.77
Perempuan
2.94
0.23
Jadual 4.14: Perbezaan tahap penguasaan kemahiran menulis mengikut jantina (N=3
Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak 5+ Dan 6+ Tahun
Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nik Nur Syazwani Ibrahim, Aziyati Zahirah Asnil Aimi
108
Ujian t sampel bebas telah dilaksanakan untuk membandingkan sama ada terdapat perbezaan tahap
penguasaan kemahiran menulis antara lelaki dengan perempuan. Hasil menunjukkan tidak ada
perbezaan yang signifikan pada skor lelaki (min=2.91, s.p=0.28) dan perempuan (min=2.94, s.p=0.23;
t=0.28; df=,28 p=0.77 iaitu lebih daripada 0.05). Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan
bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara jantina dengan tahap penguasaan kemahiran menulis
kanak-kanak.
RUMUSAN
Berdasarkan objektif kajian yang pertama iaitu untuk mengenal pasti tahap penguasaan menulis kanak-
kanak. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan menulis kanak-kanak adalah pada tahap
yang tinggi. Hal ini kerana nilai min bagi tahap penguasaan menulis kanak-kanak yang tinggi adalah
sebanyak 4.25. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tiada tahap penguasaan yang rendah di
kalangan kanak-kanak yang terlibat dalam kajian ini.
Kajian yang telah dijalankan juga mendapati bahawa tahap penguasaan kanak-kanak bagi
latihan menyambung garis putus-putus juga berada pada tahap yang tinggi. Nilai min yang ditunjukkan
daripada kajian ini adalah sebanyak 4.10. Kajian yang telah dijalankan turut menguji tahap penguasaan
kanak-kanak dalam latihan menulis huruf. Dapatan menunjukkan bahawa tahap penguasaan dalam
latihan menulis huruf juga berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min sebanyak 4.43.
Tahap penguasaan kanak-kanak bagi latihan menulis dua suku kata menunjukkan skor nilai min
sebanyak 4.40. Oleh itu, tahap penguasaan kanak-kanak bagi latihan menulis dua suku kata berada di
tahap yang tinggi. Tambahan lagi, skor min bagi tahap penguasaan latihan menulis perkataan adalah
4.33. Tahap penguasaan bagi item ini juga berada pada tahap yang tinggi.
Item-item lain di dalam kajian yang telah dijalankan juga menunjukkan tahap penguasaan yang
tinggi seperti item latihan menulis nombor, latihan menulis huruf di atas buku garis tiga dan latihan
menulis nama sendiri. Nilai min bagi latihan menulis nombor adalah 4.53 dan nilai min bagi latihan
menulis huruf di atas buku garis tiga adalah 4.13. Manakala nilai min bagi latihan menulis nama sendiri
adalah 4.06.
Seterusnya, objektif kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti perbezaan tahap penguasaan
kemahiran menulis kanak-kanak mengikut jantina. Dapatan yang diperolehi daripada hasil kajian yang
telah dijalankan menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan di antara skor bagi kanak-
kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.
PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan yang diperolehi di dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa perbincangan
yang dapat dibuat. Analisis bagi objektif pertama iaitu untuk mengenal pasti tahap penguasaan
kemahiran menulis kanak-kanak menunjukkan telah mencapai pada tahap yang tinggi.
Hal ini boleh dikaitan kerana terdapat beberapa item dalam senarai semak ‘Aktiviti Mari
Menulis’ yang telah digunakan semasa kajian dijalankan, memerlukan bantuan dan sokongan daripada
guru untuk memastikan kanak-kanak boleh melakukan aktiviti tersebut. Dapatan ini disokong oleh
Graham (2018), yang menyatakan dalam komuniti menulis di sekolah, guru ataupun rakan sebaya
adalah seseorang yang akan bertindak sebagai mentor. Selain itu juga, kajian oleh Rashidah &
Masronnieka (2015) juga boleh menyokong dapatan kajian ini yang menyatakan bimbingan daripada
guru berperanan besar bagi membolehkan murid prasekolah mempelajari kemahiran menulis serta
membantu mereka memperbaiki kekemasan tulisan mereka.
Keduanya, kebolehan kanak-kanak untuk dapat menulis dengan baik dan teratur perlulah
diberikan latihan awal kepada mereka sejak dari kecil lagi. Ini kerana kemahiran menulis ini ada kaitan
dengan latihan pra-menulis, latihan kemahiran motor halus dan latihan koordinasi mata dan tangan. Jika
perkara ini dapat dimulakan pada peringkat awal kepada kanak-kanak, ia dapat
Jurnal Kesidang
Kesidang Journal
Volume 5 2020: 99-111
109
membantu kepada kanak-kanak tersebut untuk menguasai kemahiran menulis pada umur yang
sepatutnya. Perkara ini disokong oleh kajian lepas dimana sepatutnya kanak-kanak prasekolah sudah
dapat menguasai menulis huruf dengan betul (Puranik dan Lonigan, 2011), menulis nama (Diamond
dan Baroody, 2013), menyebut perkataan dan melukis sesuatu gambar yang bermakna (Bourke, 2014).
Perbincangan seterusnya yang dapat pengkaji rumuskan berdasarkan kajian ialah kemahiran
membaca dan kemahiran menulis perlu diajar dan diterapkan bersama. Ini kerana jika salah satu
kemahiran tersebut tidak dapat dikuasai oleh kanak-kanak, ia akan menyebabkan mereka mengalami
kesukaran untuk menguasai kemahiran literasi. Sebagai contoh, jika seorang kanak-kanak boleh
membaca dengan baik tetapi tidak mahir untuk menterjemahkan perkataan tersebut ke dalam bentuk
tulisan, ia akan membantutkan proses kanak-kanak tersebut untuk menulis perkataan. National
Governors Association Center for Best Practices and Council of Chief State School Officers (2010)
menyatakan penting untuk kanak-kanak menguasai kemahiran literasi sepenuhnya terutamanya di
peringkat prasekolah. Penyataan ini menyokong bahawa kemahiran membaca dan menulis itu perlu
dikuasai kedua-duanya oleh kanak-kanak terutamanya di peringkat prasekolah.
Dalam Teori Perkembangan Robert Havighurst yang dikemukakan pada tahun 1952, beliau
telah membahagikan tugas perkembangan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama adalah melibatkan
peringkat umur kanak-kanak dari peringkat bayi hingga enam tahun. Pada peringkat tersebut, Robert
menyatakan kanak-kanak usia lima tahun dan enam tahun telah bersedia untuk belajar tentang tanda-
tanda yang mewakili huruf dan perkataan. Ini dapat menyokong bahawa kemahiran membaca dan
kemahiran menulis perlu seiring untuk meningkatkan kemahiran literasi kanak-kanak.
Bagi objektif kajian kedua pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara jantina
dengan tahap penguasaan kemahiran menulis kanak-kanak. Kajian ini didapati konsisten dengan
analisis kajian Tse, et. al (2019) yang menunjukkan bahawa tiada perbezaan jantina dalam kemahiran
menulis nama Chinesse. Tse, et. Al berpendapat kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan
mempunyai potensi kebolehan menulis yang sama. Kajian tersebut bertentangan dengan kajian Kim,
Al Otaiba, Wanzek, & Gatlin (2015) yang telah membukti bahawa kanak-kanak perempuan
menghasilkan teks yang baik dan berkualiti berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini berlaku kerana
didapati faktor latihan menulis yang diperolehi oleh kanak-kanak perempuan adalah lebih banyak
berbanding kanak-kanak lelaki yang hanya menulis tanpa latihan yang berterusan (Kim, Al Otaiba,
Wanzek, & Gatlin, 2015).
Hal ini menjelaskan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran
menulis seseorang kanak-kanak itu. Banyak kajian dan teori perkembangan awal kanak-kanak
menyatakan kanak-kanak berlainan jantina yang berada di peringkat umur sama mempunyai kebolehan
pengetahuan yang lebih kurang sama dan tidak berbeza antara satu sama lain.
IMPLIKASI
Kajian ini membolehkan pengkaji melihat sejauh mana kemahiran penulisan tangan kanak-kanak di
area bandar. Selain daripada kemahiran penulisan, pengkaji dapat melihat bagaimana kanak-kanak
menulis atau membentuk sesuatu huruf dengan betul. Skala yang diadaptasi juga merupakan skala untuk
melihat penulisan kanak-kanak dalam Bahasa Cina yang turut diubahsuai daripada skala untuk Bahasa
Inggeris. Hal ini menunjukkan bahawa skala ini dapat digunakan untuk melihat tahap kemahiran kanak-
kanak tidak kira bahasa yang digunakan oleh mereka.
Seperti yang dinyatakan oleh Diamond et al. dan Welsch di dalam Tse et al. (2018), penulisan
nama kanak-kanak berkait rapat dengan kemahiran literasi awal mereka seperti menamakan huruf.
Apabila kanak-kanak mampu menulis sendiri huruf di dalam nama mereka, ia akan membantu kanak-
kanak mengenal pasti huruf tersebut sekiranya mereka berjumpa dengan huruf tersebut di dalam
persekitaran mereka.
Hasil daripada kajian ini juga menunjukkan bahawa penilaian awal perlu dijalankan ke atas kanak-
kanak supaya tahap kemahiran literasi mereka boleh dikenal pasti sejak awal lagi. Penguasaan
Tahap Penguasaan Kemahiran Menulis Kanak-Kanak 5+ Dan 6+ Tahun
Ahmad Muaz Muhd Hairi, Nik Nur Syazwani Ibrahim, Aziyati Zahirah Asnil Aimi
110
tulisan tangan sejak awal akan membantu kanak-kanak mengenal lebih banyak huruf dan mampu
menulisnya dengan baik (Tse et al., 2019). Kemahiran ini akan membantu kanak-kanak bagi
pembelajaran seumur hidup mereka.
KESIMPULAN
Penulisan merupakan salah satu kemahiran literasi yang penting kanak-kanak. Penguasaan tulisan
tangan juga akan membantu pembelajaran kanak-kanak serta dapat membantu penyampaian mesej atau
komunikasi bertulis. Penguasaan tulisan tangan yang baik akan membantu kanak-kanak mencapai
kejayaan pada masa hadapan. Kanak-kanak yang menguasai kemahiran tulisan tangan dengan baik juga
akan lebih mudah memahami cetakan dan tulisan dalam persekitaran mereka. Hal ini kerana tulisan
merupakan perwakilan bahasa dan berfungsi bagi menyampaikan maklumat.
Tahap kemahiran literasi kanak-kanak juga dapat dilihat melalui penguasaan tulisan tangan
kanak-kanak. Kemahiran awal iaitu penulisan nama kanak-kanak juga berkait rapat dengan kemahiran
literasi awal mereka. Melalui penulisan nama juga akan membantu kanak-kanak menguasai nama serta
bunyi huruf. Oleh yang demikian, tahap penguasaan penulisan kanak-kanak yang tinggi akan membantu
kanak-kanak lebih menguasai kemahiran literasi awal, memahami persekitaran mereka dan seterusnya
membantu dalam mencapai kejayaan pada masa akan datang.
Jurnal Kesidang
Kesidang Journal
Volume 5 2020: 99-111
111
Rujukan
Beaty, J. J. (2013). Preschool appropriate practices: Environment, curriculum, and development.
Cengage Learning.
Bourke, L., Davies, S. J., Summer, E., & Green, C. (2014). Individual differences in the development
of early writing skills: Testing the unique contribution of visuo-spatial working memory. Reading
and writing: An Interdisciplinary Journal, 27(2), 315-335.
Crowther, I. (2011). Creating effective learning environments (3rd ed.). Ontario: Nelson Education Ltd.
Diamond, K. E., & Baroody, A. E. (2013) Associations among name writing and alphabetic skills in
prekindergarten and kindergarten children at risk of school failure. Journal of Early Intervention,
35(1), 20-39.
Follari, L. (2015). Foundations and Best Practices in Early Childhood Education: History, Theories,
and Approaches to Learning (3rd ed.). Pearson Education.
Francesconi, M. & Heckman, J.J. (2016). Child Development and Parental Investment: Introduction.
The Economic Journal, 126:F1-F27.
Graham, S. (2018). A Revised Writer(s)-Within-Community Model of Writing. Educational
Psychologist, 53:4, 258-279. Diambil daripada https://www.tandfonline.com/loi/hedp20
Kim, Y.-S., Al Otaiba, S., Wanzek, J., & Gatlin, B. (2015). Toward an understanding of dimensions,
predictors, and the gender gap in written composition. Journal of Educational Psychology,
107(1), 7995.
Kutner, M., Greenberg, E., Jin, Y., Boyle, B., Hsu, Y., & Dunleavy, E. (2007). Literacy in everyday
life: Results from the 2003 National Assessment of Adult Literacy (NCES 2007-480).
Washington, DC: National Center for Education Statistics, U.S. Department of Education.
Lindsey, M.D. (2016). The Interrelationship of Pre-Kindergarten Writing and an Early Childhood Play
Environment. Oklahoma State University.
Mahzan Arshad. (2012). Pendidikan literasi awal kanak-kanak: Teori dan amali. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Merrell, S.D. (2016). The Effects of the Image-Making within the Writing Process on Kindergarten
Writing. Minnesota: Hamline University.
National Governors Association Center for Best Practices and Council of Chief State School Officers.
(2010). Common core state standards for English language arts and literacy in history/social
studies, science, and technical subjects: About the standards. Washington, DC: Authors.
National Reading Panel. (2000). Teaching children to read: An evidence-based assessment of the
scientific research literature on reading and its implications forreading instruction. NIH
Publication No. 00-4769. Washington, DC: National Institute of Child Health and Human
Development, National Institutes of Health.
Rashidah, E. & Masronnieka E. (2015). Aplikasi Teknik Genggaman Pensel Tripod Berpostur Untuk
Meningkatkan Kekemasan Tulisan Murid Prasekolah. Asian Education Action Research Journal
(AEARJ),4.
Puranik, C. S., Lonigan, C. J. (2011). From scribbles to scrabble: Preschool children’s developing
knowledge of written language. Reading and Writing: An Interdisciplinary Journal, 24(5), 567-
589.
Tse, L. F. L., Siu, A. M. H. & Tsang, C. W. P (2019). Assessment of early handwriting skill in
kindergarten children using a Chinese name writing test. Reading and writing, 32(2), 265284.
Diambil daripada https://link.springer.com/article/10.1007/s11145-018-9861-6
Article
Full-text available
This article presents a revised version of the writer(s)-within-community model of writing. Writing is conceptualized as a social activity situated within specific writing communities. Writing in these communities is accomplished by its members. The model proposes that writing is simultaneously shaped and bound by the characteristics, capacity, and variability of the communities in which it takes place and by the cognitive characteristics, capacity, and individual differences of those who produce it. The model further proposes that writing development is a consequence of participation in writing communities and individual changes in writers’ capabilities, which interact with biological, neurological, physical, and environmental factors. This newer version of the model places a greater emphasis on communication and the reader. It expands the description of a writing community to include the social, cultural, political, institutional, and historical influences that shape it. It further describes the tenets that underlie the operation of the model.
Article
Full-text available
We had three aims in the present study: (1) to examine the dimensionality of various evaluative approaches to scoring writing samples (e.g., quality, productivity, and curriculum based writing [CBM]) , (2) to investigate unique language and cognitive predictors of the identified dimensions, and (3) to examine gender gap in the identified dimensions of writing. These questions were addressed using data from second and third grade students (N = 494). Data were analyzed using confirmatory factor analysis and multilevel modeling. Results showed that writing quality, productivity, and CBM scoring were dissociable constructs, but that writing quality and CBM scoring were highly related (r = .82). Language and cognitive predictors differed among the writing outcomes. Boys had lower writing scores than girls even after accounting for language, reading, attention, spelling, handwriting automaticity, and rapid automatized naming. Results are discussed in light of writing evaluation and a developmental model of writing.
Article
Full-text available
The purpose of this study was to concurrently examine the development of written language across several writing tasks and to investigate how writing features develop in preschool children. Emergent written language knowledge of 372 preschoolers was assessed using numerous writing tasks. The findings from this study indicate that children possess a great deal of writing knowledge before beginning school. Children appear to progress along a continuum from scribbling to conventional spelling, and this progression is linear and task dependent. There was clear evidence to support the claim that universal writing features develop before language-specific features. Children as young as 3 years possess knowledge regarding universal and language-specific writing features. There is substantial developmental continuity in literacy skills from the preschool period into early elementary grades. Implications of these findings on writing development are discussed.
Article
This article introduces the EJ Feature on Child Development by reviewing the literature and placing the contributions of the articles in the Feature in the context of a vibrant literature.
Article
Associations among children's writing and alphabetic skills were examined in a sample of 502 prekindergarten children who were at risk of academic failure because they came from poor families, spoke a language other than English at home, or had an identified disability. In this sample of children at risk of school failure, 16% had an identified disability and an Individualized Education Plan (IEP). Children's name writing skills in prekindergarten were compared with their letter knowledge and word decoding skills in prekindergarten and kindergarten. Two writing scores reflected the overall quality of children's writing and children's use of letters. By the end of prekindergarten, almost half of children wrote their first names correctly, and two thirds used only letters when writing their name. Children's name writing in prekindergarten was associated, concurrently, with letter and word decoding skills. Children's use of letters when writing their name in prekindergarten predicted growth of emergent literacy skills related to letter knowledge and to decoding and identifying words, even if the name was not written entirely correctly. While children who had an IEP had, on average, slightly lower levels of achievement than their peers, the pattern of associations among variables was similar for all children. Results are discussed in relation to the use of writing as a tool that teachers and interventionists can use in understanding and promoting children's early literacy skills.
Preschool appropriate practices: Environment, curriculum, and development
  • J J Beaty
Beaty, J. J. (2013). Preschool appropriate practices: Environment, curriculum, and development. Cengage Learning.
Individual differences in the development of early writing skills: Testing the unique contribution of visuo-spatial working memory. Reading and writing
  • L Bourke
  • S J Davies
  • E Summer
  • C Green
Bourke, L., Davies, S. J., Summer, E., & Green, C. (2014). Individual differences in the development of early writing skills: Testing the unique contribution of visuo-spatial working memory. Reading and writing: An Interdisciplinary Journal, 27(2), 315-335.
Creating effective learning environments
  • I Crowther
Crowther, I. (2011). Creating effective learning environments (3 rd ed.). Ontario: Nelson Education Ltd.
Literacy in everyday life: Results from the
  • M Kutner
  • E Greenberg
  • Y Jin
  • B Boyle
  • Y Hsu
  • E Dunleavy
Kutner, M., Greenberg, E., Jin, Y., Boyle, B., Hsu, Y., & Dunleavy, E. (2007). Literacy in everyday life: Results from the 2003 National Assessment of Adult Literacy (NCES 2007-480).
The Interrelationship of Pre-Kindergarten Writing and an Early Childhood Play Environment
  • M D Lindsey
Lindsey, M.D. (2016). The Interrelationship of Pre-Kindergarten Writing and an Early Childhood Play Environment. Oklahoma State University.