ArticlePDF Available

USAHAWAN BERPENGETAHUAN (K-ENTREPRENEUR) DALAM EKONOMI GIG - Info Usahawan, MASMED Universiti Teknologi MARA, Edisi 21 (Dec 2020) ISSN: 1823-6421

Authors:

Abstract

Apakah ekonomi gig? Ekonomi gig adalah suatu sistem pasaran bebas di mana pekerjaan sementara atau sambilan menjadi norma dan tidak terikat dengan komitmen jangka masa panjang dengan majikan. Tenaga kerja dalam ekonomi gig lebih dikenali sebagai pekerja bebas (freelancer), kontraktor persendirian, pekerja berasaskan projek, sementara atau separuh masa. Setiap rakyat Malaysia yang berpengetahuan-mahasiswa dan graduan institusi pengajian tinggi khususnya-boleh menjana pendapatan dengan menawarkan kemahiran digital dan bukan digital dalam ekonomi gig seperti perkhidmatan e-panggilan (e-hailing), penghantaran makanan, penyewaan ruang seperti Airbnb, pencipta kandungan (content creator), termasuk penjanaan pendapatan sebagai seorang pempengaruh (influencer) seperti YouTuber.
USAHAWAN BERPENGETAHUAN (K-ENTREPRENEUR) DALAM EKONOMI GIG
Nur Aliah Mansor1, Arbaiah Abdul Razak2, Rizalniyani Abdul Razak3
1FACULTY OF HOSPITALITY, TOURISM AND WELLNESS, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN, KOTA BHARU,
KELANTAN, MALAYSIA
2INDEPENDENT SCHOLAR
3FACULTY OF BUSINESS AND FINANCE, UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN, KAMPAR, PERAK, MALAYSIA
*Email Penulis:aliah.m@umk.edu.my
Page 12 INFOUSAHAWAN
P
andemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi tekanan dan risiko pada
ekonomi individu, syarikat dan negara. Ramai yang hilang sumber pendapatan dan pekerjaan dalam
tempoh wabak koronavirus ini melanda sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang semakin besar
khususnya di kalangan usahawan kecil dan sederhana. Kadar pengangguran juga dijangkakan akan
meningkat sekiranya keadaan ekonomi Malaysia dan dunia tidak pulih dalam jangka masa terdekat. Bagi
mengecilkan jurang ekonomi, rakyat mencari peluang alternatif untuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan
dan berterusan. Dengan perkembangan teknologi digital, peluang pekerjaan alternatif secara dalam talian menjadi
lebih banyak dan mencetuskan peningkatan aktiviti ekonomi gig. Pada tahun 2020, kerajaan Malaysia telah
memperuntukkan geran sebanyak RM75 juta bagi merancakkan ekonomi gig dan membimbing rakyat Malaysia
menjana pendapatan dalam talian [1].
A
pakah ekonomi gig? Ekonomi gig adalah suatu sistem pasaran bebas di mana pekerjaan sementara atau
sambilan menjadi norma dan tidak terikat dengan komitmen jangka masa panjang dengan majikan. Tenaga
kerja dalam ekonomi gig lebih dikenali sebagai pekerja bebas (freelancer), kontraktor persendirian, pekerja
berasaskan projek, sementara atau separuh masa. Setiap rakyat Malaysia yang berpengetahuan
mahasiswa dan graduan institusi pengajian tinggi khususnya – boleh menjana pendapatan dengan menawarkan
kemahiran digital dan bukan digital dalam ekonomi gig seperti perkhidmatan e-panggilan (e-hailing), penghantaran
makanan, penyewaan ruang seperti Airbnb, pencipta kandungan (content creator), termasuk penjanaan pendapatan
sebagai seorang pempengaruh (influencer) seperti YouTuber.
Rajah 1 Aktiviti sektor ekonomi gig
Sumber : https://assets.nst.com.my/images/articles/26CM021Aa1_1582709756.jpg
Sebagai contoh, pekerjaan sebagai YouTuber rata-rata menerima gajiyang lumayan berdasarkan jumlah tontonan
video. Bagi sejuta tontonan untuk satu klip video, seorang YouTuber atau pemilik saluran akan menerima USD1,000
(lebih kurang RM4,000)[2]. Modal utama usahawan YouTube ini adalah kandungan video yang kreatif dan menarik.
Pencipta kandungan (content creator) adalah salah satu contoh pekerja berpengetahuan (knowledge worker, k-
worker) [3] dalam ekonomi gig. Siapakah k-worker? K-worker adalah seseorang yang menjana intelek [4] dan buah
fikiran sebagai aset utama dalam pekerjaan mereka. Sebelum era ekonomi digital, k -worker adalah daripada
kalangan pekerja profesional seperti doktor dan peguam. Kini dalam ekonomi digital, k-worker adalah pekerja yang
menawarkan sebarang bentuk kemahiran dan pengetahuan seperti merekabentuk laman web, pengaturcaraan
(programming) komputer dan terjemahan. Kemahiran dan pengetahuan ini menjadi aset penting untuk menjana
sumber pendapatan dan membuka peluang laluan kerjaya baharu sebagai usahawan berpengetahuan (knowledge
Kerajaan
Malaysia
menggalakka
n pekerja
ekonomi gig
termasuk k-
entrepreneur
untuk
mendaftar
dan
mencarum
dengan
PERKESO
agar hak
sebagai
pekerja bebas
dapat
dilindungi.
dalam
ekonomi gig.
Page 13
NO ISSN : ISSN 1823-6421
entrepreneur, k-entrepreneur). Kewujudan platform digital telah memudahkan dan
meluaskan akses pekerja bebas dan sambilan kepada sektor ekonomi gig.
Rajah 2 Usahawan berpengetahuan (k-entrepreneur)
Sumber : https://images.techhive.com/images/article/2015/08/thinkstockphotos-473466988
-100606488-large.jpg
Khusus dalam konteks institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia, strategi untuk
menyediakan pelajar sebagai usahawan berpengetahuan dalam sektor ekonomi gig perlu
dipertingkatkan. Kurikulum keusahawanan di IPT yang telah ditawarkan sejak lebih 20
tahun lalu telah berjaya melahirkan ramai usahawan graduan. Seterusnya, pengetahuan
keusahawanan ditambah dengan kemahiran digital dijangkakan dapat membangunkan lagi
sahsiah pelajar untuk menjadi lebih berdikari (self-sufficient) sebagai pekerja ekonomi gig.
Strategi IPT seperti UMK dan UniMAP menubuhkan pusat ekonomi gig bersama
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) adalah contoh inisiatif siapsiaga ekonomi
gig. Sejak tahun 2016, MDEC telah melancarkan Global Online Workforce (GLOW) [5]
bagi membimbing k-entrepreneur dan pada Ogos 2020, MDEC melancarkan Gerakan
#SayaDigital bagi menyediakan rakyat Malaysia menghadapi lonjakan digital dengan lebih
berstruktur [6].
K
erajaan Malaysia menggalakkan pekerja ekonomi gig termasuk k -entrepreneur
untuk mendaftar dan mencarum dengan PERKESO agar hak sebagai pekerja
bebas dapat dilindungi. Perlindungan pekerja bukan sahaja dari segi
keselamatan diri malah perlu mencakupi harta intelek kandungan yang telah
dicipta dan dipasarkan dalam ekonomi gig. Pertumbuhan ekonomi gig dan industri
penciptaan kandungan digital disasarkan akan menjadi lebih agresif dan dinamik pasca
pandemik COVID-19 disebabkan amalan norma baharu. Oleh itu, pelajar IPT khususnya
perlu mengambil peluang dalam ekonomi gig dan merapatkan jurang status ekonomi
rakyat Malaysia amnya.
Rujukan
[1] Mohd Yassin, M. (2020, June 5). Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA). Dipetik dari https://www.pmo.gov.my/2020/06/teks-ucapan-pelan-jana
-semula-ekonomi-negara-penjana/
[2] Ahmad, Z. R. (2020). Youtuber dan Revolusi Industri 4.0. Dipetik dari https://
www.astroawani.com/berita-malaysia/klwbc-2020-youtuber-dan-revolusi-industri-
40-250865
[3] Saludin M. N., Othman, N. A. & Mahmud, N. A. (2006). Sumbangan k-ekonomi
dan k-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat, National Student
Development Conference, Malaysia.
[4] Turriago-Hoyos, A., Thoene, U. & Arjoon, S. (2016). Knowledge Workers and
Virtues in Peter Druckers Management Theory, SAGE Open, 6(1).
[5] Global Online Workforce. Dipetik dari https://glowmalaysia.com/
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Article
Full-text available
The fallout of the 2008 global financial crisis and frequent disregard for labor, environmental, and social standards have instilled new vigor into the study of ethics and virtues. In the contemporary knowledge society, the issue of which virtues the modern day workforce needs to possess is of crucial significance. This study specifies the virtues laid out in the management theory of Peter Drucker (1909-2005), focusing upon the conceptual category of the knowledge worker as the primary unit of the contemporary information and innovation-based knowledge society. The idea and role of intellectual virtues are not yet fully developed in the literature, especially as those identified in this article are the source of critical and creative thinking. This intervention, therefore, identifies prudence, effectiveness, excellence, integrity, and truthfulness as the knowledge worker’s intellectual virtues, whereas practical wisdom, responsibility, cooperation, and courage are seen to constitute the knowledge worker’s moral character.
Conference Paper
Full-text available
Sumbangan k-ekonomi dan k-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat Saludin, Mohamad Nasir and Othman, Nurul Ashirah and Mahmud, Nur Azimah (2006) Sumbangan k-ekonomi dan k-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted) [img] PDF (Fulltext) 96Kb Abstract Malaysia kini telah menuju ke arah globalisasi tidak kira samada dari aspek eonomi, pendidikan, budaya dan politik. Sejajar dengan perkembangan terkini teknologi menjadi rujukan dan penggunaan penambahan ilmu dalam memajukan negara. Oleh itu sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik dalam meningkatkan keupayaan dan kemampuannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat menyelusuri cabaran-cabaran pada abad ke-21. Usaha-usaha peningkatan kualiti dan produktiviti perlu ditingkatkan lagi pada masa hadapan kerana negara akan memasuki era K-ekonomi dan K-Worker. Era k-ekonomi k-worker ialah merupakan era dimana teknologi menjadi penghubung kepada penyampaian ilmu dan perluasan ilmu. Dalam era ini ilmu menjadi asas inovasi yang mana akan menentukan keupayaan daya saing negara. Ilmu juga menjadi punca utama penambahan nilai produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Oleh itu pengumpulan, penyaluran dan penjanaan ilmu menjadi aktiviti terpenting samada diperingkat angensi mahu pun seluruh negara. Dalam usaha kerajaan meningkatkan pendidikan ke arah pendidikan berteknologi pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang merujuk kepada pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi samada secara formal di sekolah, pusat latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Dalam perbincangan ini kita akan membincangkan pendidikan itu bukan sahaja di sekitar pendikan sekolah,yang memerlukan guru yang menggunakan teknologi sahaja namun ia juga membincangkan pendidikan maya di mana ilmu dan pembelajaran di perolehi melalui teknologi terkini. Bukan sahaja mereka yang bergelar pelajar boleh menimba ilmu namun para pekerja juga boleh menambah ilmu untuk peningkatan produktiviti dan pengeluaran. Ini lath yang dikatakan pembelajaran sepanjang hayat. Dan ini lah juga yang mengaitkan k-ekonomi dan k-worker dengan pendidikan. Dalam perbincangan ini, akan dibincangkan definisi dan kosep pembelajaran sepanjang hayat dan pendidikan berterusan dalam era berteknologi. Diikuti dengan perkembangan kekonomi dan k-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat, kemudian melihat kepada perancangan k-ekonomi&k-worker dalam pendidikan, kesan-kesan k-ekonomi&k-worker dalam pembelajaran sepanjang hayat dan kesimpulan. Item Type: Conference or Workshop Item (Paper) Uncontrolled Keywords: Pembelajaran sepanjang hayat; k-ekonomi; k-worker Subjects: L Education > L Education (General) Divisions: School of Graduate Studies ID Code: 379 Deposited By: Pn Haliza Zainal Deposited On: 16 Feb 2007 06:53 Last Modified: 01 Jun 2010 02:43 Repository Staff Only: item control page
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
  • M Mohd Yassin
Mohd Yassin, M. (2020, June 5). Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Dipetik dari https://www.pmo.gov.my/2020/06/teks-ucapan-pelan-jana -semula-ekonomi-negara-penjana/
Youtuber dan Revolusi Industri 4.0
  • Z R Ahmad
Ahmad, Z. R. (2020). Youtuber dan Revolusi Industri 4.0. Dipetik dari https:// www.astroawani.com/berita-malaysia/klwbc-2020-youtuber-dan-revolusi-industri-40-250865