Conference PaperPDF Available

Abstract

Penghinaan agama khususnya terhadap agama Islam sejak akhir-akhir ini seolah-olah menjadi satu trend di media sosial. Unit Pemantauan lsu Hina Agama, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) melaporkan bahawa terdapat 431 aduan berkaitan penghinaan terhadap Islam di media sosial sehingga 30 Jun 2020. JAKIM turut mengenal-pasti sebanyak 83 pautan yang menghina agama Islam. Walaupun tindakan undang-undang telah diambil terhadap pesalah yang melakukan penghinaan agama sekitar tahun 2019 namun, isu ini masih sukar dibendung. Justeru, satu pendekatan yang lebih jitu dan efektif perlu dibina. Untuk tujuan itu, sebagai langkah permulaan, kajian ini cuba mengenal pasti tema-tema penghinaan agama Islam yang terdapat dalam media sosial. Metode kajian yang digunakan adalah analisis kandungan terhadap akaun sosial media Facebook dan Twitter yang telah dikenal pasti mengandungi mesej penghinaan agama Islam. Terdapat pelbagai tema yang telah ditemui menerusi kajian analisis kandungan terhadap beberapa akaun sosial media Facebook dan Twitter ini. Penghinaan-penghinaan terhadap agama Islam ini dibuat dengan mengaibkan serta mempersendakan beberapa elemen yang terdapat dalam ajaran Islam. Hasil kajian lanjut kepada tema-tema ini akan menyumbang kepada usaha mengatasi isu penghinaan agama Islam yang semakin berleluasa kesan daripada kelemahan sistem perudangan dan tiadanya modul khusus berkaitan pencegahan penghinaan Islam di Malaysia.
Cetakan Pertama / First Printing, 2020
Hak Cipta / Copyright Akidah and Religion Studies Programme, FKP, USIM, 2020
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama
ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada Penerbit terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by
any means, electronic or mechanical including photocopy, recording or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from Publisher.
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Akidah and Religion Studies Programme
Faculty of Leadership and Management
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Nilai, Negeri Sembilan D.K, MALAYSIA
Tel: +606-798 8000/5522 Fax: +606-798 8204
E-mel: helpdesk@usim.edu.my | Website: www.usim.edu.my
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
E-PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, RELIGIONS AND SOCIAL
SCIENCES (SIGMA10) / Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu
Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri Ahmad
Graphic Designer: Al Imran Azmi
eISBN 978-967-440-842-8
Disclaimer: The views and opinions expressed in this E-Proceedings are those of the authors and do
not necessarily reflect the official policy or position of Akidah and Religion Studies Programme, Faculty
of Leadership and Management, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan D.K,
MALAYSIA
E-PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL
CONFERENCE ON AQIDAH, RELIGIONS
AND SOCIAL SCIENCES (SIGMA10)
Editors
Mohd Radhi Ibrahim
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali
Rosidayu Sabran
Nik Suhaida Nik Abdul Majid
Najib Sheikh Abdisamad
Mohd Hamidi Ismail
Yuseri Ahmad
Akidah and Religion Studies Programme
Faculty of Leadership and Management
Universiti Sains Islam Malaysia
242
TEMA PENGHINAAN AGAMA ISLAM DI MEDIA SOSIAL: SATU
TINJAUAN AWAL
Themes of Religious Blasphemy in Social Media: A Preliminary Study
*Roslizawati Mohd Ramly, Eizan Azira Mat Sharif, Marina Munira Abd Mutalib, Mohd Rosmizi
Abd Rahman & Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Mohd Razali.
Universiti Sains Islam Malaysia
*roslizawati@usim.edu.my
Abstrak
Penghinaan agama khususnya terhadap agama Islam sejak akhir-akhir ini seolah-olah menjadi satu trend di
media sosial. Unit Pemantauan lsu Hina Agama, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) melaporkan bahawa
terdapat 431 aduan berkaitan penghinaan terhadap Islam di media sosial sehingga 30 Jun 2020. JAKIM turut
mengenal-pasti sebanyak 83 pautan yang menghina agama Islam. Walaupun tindakan undang-undang telah
diambil terhadap pesalah yang melakukan penghinaan agama sekitar tahun 2019 namun, isu ini masih sukar
dibendung. Justeru, satu pendekatan yang lebih jitu dan efektif perlu dibina. Untuk tujuan itu, sebagai langkah
permulaan, kajian ini cuba mengenal pasti tema-tema penghinaan agama Islam yang terdapat dalam media
sosial. Metode kajian yang digunakan adalah analisis kandungan terhadap akaun sosial media Facebook dan
Twitter yang telah dikenal pasti mengandungi mesej penghinaan agama Islam. Terdapat pelbagai tema yang
telah ditemui menerusi kajian analisis kandungan terhadap beberapa akaun sosial media Facebook dan Twitter
ini. Penghinaan-penghinaan terhadap agama Islam ini dibuat dengan mengaibkan serta mempersendakan
beberapa elemen yang terdapat dalam ajaran Islam. Hasil kajian lanjut kepada tema-tema ini akan menyumbang
kepada usaha mengatasi isu penghinaan agama Islam yang semakin berleluasa kesan daripada kelemahan sistem
perudangan dan tiadanya modul khusus berkaitan pencegahan penghinaan Islam di Malaysia.
Kata kunci: penghinaan agama Islam, media sosial, Malaysia
PENDAHULUAN
Penghinaan terhadap agama Islam dan juga Nabi Muhammad secara hakikatnya bukanlah perkara yang baru.
Al-Quran merekodkan bahawa mesej yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah diperlecehkan dan
dipersendakan oleh para musyrikin Makkah (al-An’am 6:10). Nabi Muhammad SAW juga telah dituduh sebagai
pendusta, penyair, tukang sihir, tidak siuman dan sebagainya ( al-Anbiya’, 21:5, al-Haqqah, 69: 40-42, al-
Zariyat, 51: 52, al-Hijr15: 6 dan al-Furqan, 25: 6). Manakala pada kurun ke-14, ketika Raja Bizantum berdialog
dengan cendekiawan Islam, beliau telah memperlekehkan Nabi Muhammad SAW dan membuat tuduhan melulu
bahawa Islam meluas melalui mata pedang (Muhammad As’ad, 2014).
Manakala dalam perkembangan semasa, masyarakat dunia telah beberapa kali dikejutkan dengan isu
penghinaan terhadap agama Islam dan masyarakat Muslim sama ada melalui media cetak dan media sosial. Pada
tahun 2005, penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW telah dimuatkan dalam majalah Jylland-
Postem di Denmark dan diulang tayang penerbitannya di beberapa media di Eropah
<http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/4693292.stm>.Pada tahun 2012, sebuah filem parodi yang bertajuk
Innocence of Muslims telah mencabar umat Islam seluruh dunia. Video yang berdurasi selama 20 minit ini telah
dihasilkan oleh Sam Bassile, seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi. Video itu telah
TEMA PENGHINAAN AGAMA ISLAM DI MEDIA SOSIAL: SATU TINJAUAN AWAL
243
mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana telah menghina Nabi Muhammad SAW sebagai
seorang yang tidak bermoral (kasanova).
1
Selanjutnya, penerbitan majalah Charlie Hebdo pada tahun 2015 di Perancis yang memomokkan wadah
“kebebasan bersuara” telah mencetuskan kemarahan umat Islam sekali lagi. Majalah ini juga telah yang
memaparkan karikatur Nabi Muhamad SAW yang berbaur kebencian dan penghinaan. Walaupun menerima
tentangan umat Islam seluruh dunia, penerbitan karikatur ini akan terus diulang terbit atas pelbagai alasan untuk
kebebasan bersuara dan sentimen sekularisme. <https://www.nytimes.com/2020/09/01/world/europe/charlie-
hebdo-cartoons-trial-
france.html#:~:text=Charlie%20Hebdo%20last%20published%20a%20cartoon%20of%20the,to%20publish%
20other%20cartoons%20of%20Muhammad%20since%20then.>. Kes-kes ini semua memaparkan realiti
sebenar sikap sebahagian penduduk dunia terhadap Islam dan umat Islam.
Di Malaysia penghinaan terhadap agama Islam turut berlaku walaupun Islam diiktiraf sebagai satu-satunya
agama rasmi negara atau agama bagi Persekutuan. Pengiktirafan ini telah termaktub dalam Perkara 3(1)
Perlembagaan Persekutuan. Penghinaan terhadap agama Islam seolah-olah menjadi satu tren di media sosial
sejak akhir-akhir ini. Buktinya, Unit Pemantauan lsu Hina Agama, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
melaporkan bahawa terdapat 431 aduan berkaitan penghinaan terhadap Islam di media sosial sehingga 30 Jun
2020. Di samping itu, JAKIM turut mengenal-pasti sebanyak 83 pautan yang menghina agama Islam (Mohd
Ridzuan Abu Hassan, 2020).
Walaupun terdapat peruntukan undang-undang seperti Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan 233 Akta
Komunikasi, namun begitu isu ini amat sukar untuk dibendung. Sehingga 31 Oktober 2019, daripada 34 kes
penghinaan agama yang dilaporkan hanya tiga kes sahaja yang telah disabitkan kesalahan dan hukuman.
Sementara selebihnya masih dalam siasatan ataupun diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut
(https://www.astroawani.com/berita-malaysia/34-kes-hina-agama-direkod-tahun-ini-221402).
Sehingga tahun 2020, kes-kes penghinaan terhadap agama Islam masih berlaku dan telah mencetuskan
kemarahan umat Islam di Malaysia. Media melaporkan pada bulan Februari seorang pemuda telah dibelasah
kerana memuat naik video memijak al-menghina al-Quran di Facebook
(https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/656066/suspek-pijak-al-quran%C2%A0hina-islam-direman-
tiga-hari). Jelasnya, isu agama merupakan satu isu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian
masyarakat majmuk di Malaysia. Demi menjaga sensitiviti ini dan dalam usaha untuk memupuk keharmonian
dalam kalangan warga Malaysia, kesemua pihak yang bertanggungjawab sewajibnya memainkan peranan yang
aktif dalam membendung perkara ini.
Justeru itu, satu pendekatan yang lebih jitu dan efektif perlu dibina. Untuk tujuan itu, sebagai langkah
permulaan, kajian ini akan cuba mengenal pasti tema penghinaan agama Islam di media sosial.
KONSEP PENGHINAAN AGAMA
Menurut Kamus Bahasa Melayu, perkataan penghinaan adalah merupakan kata terbitan yang merujuk kepada
perbuatan atau hal menghina (http://prpm.dbp.gov.my/). Manakala perkataan hina bersinonim dengan perkataan
keji, tercemar, tercela, kotor dan buruk ((http://prpm.dbp.gov.my/). Dalam erti kata yang lain, perbuatan
menghina adalah merupakan suatu perbuatan yang jelik dan negatif. Sifat menghina ini juga sebenarnya
bukanlah sesuatu yang baik kerana secara fitrahnya umat manusia dijadikan dalam keadaan menyukai kebaikan
dan keindahan, bukannya menyukai perkara-perkara yang jelik dan negatif.
1
Di dalam Kamus Meriam Webster, casanova digambarkan sebagai lelaki yang tidak bermoral, bergaul bebas dan tidak
setia (a lover who is promiscuous and unscrupulous lover). Ia diambil daripada nama Giacomo Casanova (1725-1798M)
yang terkenal sebagai lelaki yang tidak bermoral (Andrew Milner, 2019)
E-PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, RELIGIONS AND SOCIAL SCIENCES (SIGMA10)
244
Dalam Bahasa Arab penghinaan agama atau al-istihzā’ bi al-dīn merujuk kepada perbuatan mengejek dan
mencemuh agama. Menurut Ibn Manzūr lafaz istihzā’ (kata asal huzū’) bermaksud sukhriyyah iaitu ejekan atau
cemuhan (Mohamad Azri & Mohd Al Adib, 2017). Dalam Al-Quran dapat ditemui penggunaan perkataan
istihzā’ dan sukhriyyah untuk menjelaskan peristiwa penghinaan yang dilakukan oleh umat terdahulu kepada
para Rasul. Firman Allah SWT surah al An’am :10;






Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olokkan beberapa orang rasul sebelum mu, lalu orang-
orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-
olokkan itu.
Terdapat juga penggunaan perkataan arādhilunā, yang bermaksud orang-orang yang hina, yang digunakan bagi
menggambarkan penghinaan kepada para pengikut Nabi calayhi al-Salām. Dalam Surah Hud, ayat 27, firman
Allah SWT:










 





Maksudnya: Maka berkatalah ketua-ketua yang kafir dari kaumnya: Kami tidak memandangmu (wahai Nuh)
melainkan sebagai seorang manusia seperti kami; dan kami tidak nampak golongan yang mengikutmu
melainkan orang-orang kami yang miskin hina, lagi berfikiran singkat; dan kami juga tidak memandang kamu
(semua) mempunyai sebarang kelebihan yang mengatasi kami, bahkan kami menganggap kamu orang-orang
pendusta.
Dari sudut definisi perundangan, terdapat enam peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan (2010) yang
berkaitan dengan hal ehwal Islam iaitu Perkara 3 (1), Perkara 8, Perkara 11, Perkara 12 (4), Perkara 121 (1A)
dan Perkara 160 (2). Namun begitu, tiada peruntukan dalam perlembagaan yang secara jelas membincangkan
berkaitan kesalahan penghinaan terhadap agama Islam. Hanya Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan
yang mungkin boleh dilihat berkaitan dengan halangan daripada sebarang perkara yang boleh menghina Islam.
Melalui Perkara 11, terdapat beberapa negeri yang telah mengadakan undang-undang untuk menyekat
pengembangan agama-agama lain kepada orang-orang Islam.
Undang-undang yang dirujuk bagi kes penghinaan agama adalah peruntukan yang berkait dengan Akta
Penyalahgunaan Media dan juga Akta yang berkait dengan keselamatan dan kesejahteraan sosial. Jelasnya, dari
aspek perundangan sivil, penghinaan agama boleh didakwa kerana ianya merupakan kesalahan yang
membabitkan kepentingan awam dan keselamatan negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai
rakyat berbilang kaum, agama dan budaya, wajib mempunyai peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang
yang dapat mengelakkan daripada berlakunya perselisihan dan konflik dalam kalangan rakyat Malaysia.
Jika dirujuk kepada undang-undang Syariah di Malaysia, terdapat enakmen khusus berkaitan kesalahan
menghina agama Islam. Menurut kajian oleh Mohamad Azri & Mohd Al Adib (2017) peruntukan undang-
undang Syariah tersebut adalah tidak bertentangan dengan maksud perbuatan menghina agama Islam seperti
yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis. Kesalahan menghina agama Islam dalam enakmen jenayah Syariah
secara umumnya dihuraikan dan diperincikan seperti berikut:
1. Menghina, mencerca, mengajuk-ajuk, mengejek-ejek dan mengolok-olokkan. atau menyebabkan Islam
dipandang hina sama ada secara lisan, tulisan, gambar, lukisan, perkataan yang dapat didengar dan
dibaca, isyarat dan perbuatan atau menghina dengan cara apa jua pun.
2. Mempersenda, mempermain, mengajuk-ajuk, mengolok-olok, mencemuh dan merendah-rendahkan
perkara berikut: amalan, upacara dan istiadat berkaitan Islam, undang-undang berkaitan Islam yang
TEMA PENGHINAAN AGAMA ISLAM DI MEDIA SOSIAL: SATU TINJAUAN AWAL
245
sedang dikuatkuasakan, mazhab yang sah dan muktabar, fatwa dan para pegawai agama, guru agama
dan imam yang dilantik.
3. Menghina, meniru, mempersenda, mencerca, mengajuk-ajuk, mengejek-ejek dan mengolok-olokkan al-
Quran dan Hadis serta ayat-ayat berkaitan dengan agama samada melalui kata-kata, perkataan, lisan
dan perbuatan atau dengan cara apa jua pun.
4. Memusnahkan, merosakkan, mencemarkan, membinasakan, meroboh, mengubah, memindahkan surau
dan masjid serta apa jua kemudahan yang terdapat padanya dengan tujuan untuk menghina, merendah,
mempersenda, mencela dan mengeji agama Islam atau dengan niat atau tujuan apa sekalipun.
5. Turut dianggap sebagai kesalahan menghina agama adalah dakwaan seseorang Muslim bahawa dia
telah keluar dari Islam.
Media sosial secara umumnya digunakan sebagai satu platform untuk menyampaikan maklumat. Media sosial
merujuk kepada perkhidmatan aplikasi ataupun mana-mana rangkaian internet yang digunakan sebagai platform
untuk masyarakat awam berkomunikasi di alam maya. Antara aplikasi media sosial yang popular di Malaysia
adalah Facebook, Instagram dan Twitter. Oleh itu, istilah penghinaan agama Islam di media sosial merujuk
kepada perbuatan yang bertujuan merendahkan-rendahkan, memburukkan dan menjatuhkan martabat dan
kemuliaan agama Islam melalui penghantaran apa sahaja bentuk mesej di laman sosial. Jelasnya, motif
penghinaan agama adalah untuk menyakitkan hati orang lain dan membuat provokasi yang boleh menggugat
ketenteraman awam. Namun begitu, konsep penghinaan agama dalam kertas kerja ini tidak merangkumi
dakwaan atau cubaan untuk meninggalkan agama Islam.
SOROTAN KAJIAN LALU
Kajian lalu berkaitan penghinaan terhadap agama Islam di Media Sosial masih tidak banyak ditemui. Namun
begitu, terdapat satu kajian awal yang ditulis oleh Muhammad Faisal Ashaari et al., (2014) berkaitan provokasi
dan penghinaan secara melampau terhadap agama Islam di Facebook yang dilakukan oleh golongan yang
diistilahkan sebagai cyberterror /pelampau agama. Melalui kajian kes yang dilakukan terhadap akaun Facebook
golongan murtad di Malaysia dan Singapura, pengkaji mendapati bahawa golongan cyberterror tersebut
menyerang aspek akidah (Allah SWT, Nabi Muhammad dan al-Quran), Syariat Islam dan juga pemikiran Islam.
Islam didakwa sebagai agama yang menganjurkan keganasan, zalim serta penyebab kepada kemunduran. Di
antara motif serangan adalah untuk menimbulkan salah faham, dan kekacauan serta menghina agama lain.
Pengkaji seterusnya menyarankan supaya isu itu ditangani melalui proses interaksi harian dan dialog. Walau
bagaimanapun pendekatan dialog dilihat masih belum mampu untuk menangani isu ini dengan berkesan.
Sementara itu usaha untuk menangani isu penghinaan terhadap agama Islam dari perspektif undang-
undang dapat dilihat dalam kajian yang dilakukan oleh Mohamad Azri & Mohd Al Adib (2017). Tujuan kajian
adalah menjelaskan kekaburan maksud matan undang-undang Syariah yang membabitkan kesalahan menghina
agama Islam. Kajian telah dilaksanakan secara komprehensif dengan membuat analisis kandungan enakmen
syariah Islam seluruh negara. Walau bagaimanapun, Mohammad Azri dan Mohd Al Adib mendakwa bahawa
peruntukan undang-undang Syariah sedia ada tidak menyatakan secara jelas kesalahan berkaitan penghinaan
terhadap Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Justeru, peruntukan undang-undang Syariah sedia ada masih
perlu dinilai dan dibuat penambah baikan. Namun begitu, undang-undang Syariah dalam konteks Malaysia
hanya terpakai kepada umat Islam sahaja dan bukan kepada semua.
Jelasnya di sini, kajian terhadap isu penghinaan agama di media sosial adalah sesuatu yang imperatif
dalam usaha membanteras dan mencegah perbuatan memburuk-burukan agama Islam oleh pihak dan individu
yang tidak bertanggung jawab. Oleh itu, masih terdapat kelompangan dalam aspek perancangan, pendidikan,
dan penguatkuasaan dalam mencegah daripada berlakunya penghinaan terhadap agama Islam ini.
E-PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, RELIGIONS AND SOCIAL SCIENCES (SIGMA10)
246
METODOLOGI
Kajian ini adalah kajian kualitatif. Metode kajian yang digunakan adalah mengenal- pasti tema-tema penghinaan
agama di media sosial Facebook dan Twitter berdasarkan kepada laporan akhbar tempatan.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian telah diambil dari beberapa keratan akhbar dalam talian bagi tujuan mengenal pasti tema
penghinaan agama Islam.
Akhbar Suara Sarawak (2020, Mac 10) telah melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun telah
ditangkap susulan bertindak mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Kristian di akaun media sosial
Facebook. Selain dari itu, saspek juga telah menghina Sultan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada laman
yang sama. Kes disiasat di bawah seksyen 298 Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia 1988.
Bernama (2019, Mac 7) telah melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan pemilik akaun media
sosial Twitter berusia 43 tahun yang didakwa memuat naik komen yang tidak baik atau jelik terhadap agama
Islam dan Nabi Muhammad SAW. Polis juga menahan pemilik laman media sosial Facebook yang berusia 28
tahun yang didakwa melakukan kesalahan yang sama. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan
rangkaian, dan lain-lain serta di bawah seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama, menyebabkan
suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan
pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan). Polis juga telah menahan tiga individu kerana disyaki
menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah.
Satu lagi tangkapan telah dilakukan ke atas Pemuda Bersatu Negeri Sembilan yang memilik akaun media sosial
Twitter kerana menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Harian Metro (2019, Ogos 12) melaporkan polis telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di Kulim, Kedah
berhubung dengan isu penghinaan terhadap agama Islam berkaitan sambutan Aidiladha serta ibadah korban dan
solat yang dilakukan oleh umat Islam di akaun Facebook. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun
Keseksaan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) (2019, April 30) telah melaporkan menyoal-siasat
dua individu di Semporna, Sabah dan di Kajang, Selangor yang menggunakan akaun media sosial Facebook
untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Aisyah RA serta kesucian agama Islam. Mereka
memuat naik kandungan-kandungan bersifat tidak baik/jelik dan menghina dengan niat untuk mengganggu dan
menyakitkan hati orang lain.
Bernama (2020, Februari 27) telah melaporkan seorang penganggur berusia 26 tahun dari Parti Raja , Johor,
telah dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan atas kesalahan menghina Allah, Nabi Muhammad SAW
dan Islam melalui Whatsapp. Saspek melakukan tindakan tersebut kerana tertekan.
Buletin (Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) (2019, Mac 9) telah melaporkan seorang pemilik laman
media sosial Facebook telah dijatuhkan hukuman 10 tahun dan 10 bulan kerana memuat naik komen berbentuk
penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Beliau telah memuat naik komen bersifat
sensitif dan boleh menggugat keharmonian rakyat. Pihak polis telah memfailkan pertuduhan terhadap tiga
individu yang memiliki akaun media sosial Facebook dan Twitter kerana memuat naik komen berbentuk
penghinaan terhadap agama Islam serta Nabi Muhammad SAW.
TEMA PENGHINAAN AGAMA ISLAM DI MEDIA SOSIAL: SATU TINJAUAN AWAL
247
Utusan Borneo Online (2019 Oktober 17) telah melaporkan polis telah menahan seorang ejen pelancongan
kerana disyaki menghina agama Islam di akaun media sosialnya, Twitter. Satu lagi pemilik akaun Facebook
telah memuat naik gambar khinzir dengan cop halal dalam tulisan jawi telah ditahan. Terdapat juga kes pada
bulan Februari 2020 di mana seorang pemuda memuat naik video memijak al-Quran di Facebook
(https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/02/656066/suspek-pijak-al-quran%C2%A0hina-islam-direman-
tiga-hari).
Jelasnya, berdasarkan kepada laporan akhbar tersebut adalah didapati bahawa isu penghinaan terhadap agama
Islam di Malaysia adalah berada pada tahap yang membimbangkan, Manakala tema utama penghinaan di media
sosial yang dikenal pasti adalah penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan agama Islam. Adalah tidak jelas
apakah yang dimaksudkan dengan penghinaan agama Islam. Namun, berdasarkan kepada laporan akhbar
terdapat kemungkinan bahawa penghinaan terhadap Islam berkait dengan aspek ketuhanan, kitab suci dan
perayaan dalam agama Islam. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Muhammad Faisal Ashaari et al., (2014)
yang mengatakan bahawa golongan pelampau agama lazimnya menjadikan Nabi Muhammad SAW dan ajaran
Islam sebagai objek serangan dan hinaan.
Penemuan tema penghinaan terhadap Allah SWT yang merupakan Tuhan yang disembah bagi umat Islam dan
Nabi Muhammad juga menyokong dapatan kajian oleh Mohamad Azri & Mohd Al Adib (2017) bahawa masih
terdapat kelemahan dan kelompangan dalam sistem perundangan sedia ada. Natijahnya, kedua perkara yang
sangat dimuliakan oleh orang Islam ini sewenang-wenangnya dihina dan dicela oleh individu yang tidak
bertanggungjawab tanpa rasa takut dan bimbang akan dikenakan tindakan undang-undang.
KESIMPULAN
Penghinaan terhadap agama Islam telah berlaku secara berleluasa di dalam masyarakat dunia hari ini termasuk
negara Malaysia. Kajian awal ini telah membuktikan bahawa individu yang tidak bertanggungjawab telah
menjadikan agama Islam dan Nabi Muhammad sebagai tema utama penghinaan terhadap agama Islam di media
sosial . Walaupun mereka yang terlibat dengan isu penghinaan agama Islam ini adalah segelintir sahaja, tetapi
apa yang lebih membimbangkan ialah isu ini jika dibiarkan akan menggugat kestabilan dan keharmonian
masyarakat berbilang agama di Malaysia. Tambahan pula perundangan sedia ada masih tidak berupaya untuk
mengatasi isu penghinaan agama Islam dengan lebih efisien di negara ini. Justeru, satu pelan tindakan yang
lebih efektif perlu difikirkan dan dibina sebagai upaya untuk membantu pihak berwajib membanteras
penghinaan agama Islam di media sosial.
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim.
(2010). Perlembagaan Persekutuan.
Bernama (2019, Mar 7) Pengguna media sosial didakwa hina nabi ditahan. Dipetik dari
https://www.malaysiakini.com/news/466883
Bernama (2020, February 27) Penganggur dipenjara, hina Allah, Nabi dan Islam melalui Whatsapp. Dipetik
dari https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/ penganggur-dipenjara-hina-allah-nabi-dan-islam-
melalui-whatsapp/4408920.html
Besant, Annie W. (1932) The Life and Teachings of Muhammad. Madras: Theosophical Publication House.
E-PROCEEDINGS OF THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, RELIGIONS AND SOCIAL SCIENCES (SIGMA10)
248
Buletin TTKM (2019, Mar 9) ‘Ayea Yea’ mengaku Hina Nabi & Islam, dipenjara 10 tahun 10 bulan. Dipetik
dari https://ttkm.com.my/2019/03/09/ayea-yea-mengaku-hina-nabi-islam-dipenjara-10-tahun-10-bulan/
Durant, William J. & Durant, Ariel. (1967) The Story of Civilization. New York: Simon & Schuster.
Hart. Michael H. (1978) The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. New York: Hart
Publishing Company.
Martin Asser (2010) What the Muhammad Cartoons Portray
<http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/4693292.stm>
Milner, Andrew (2019). Giacomo Casanova was the Adventurer, Libertine and Child Molester.
https://allthatsinteresting.com/giacomo-casanova
Mohamad Azri, & Mohd Al Adib. (2017). Analisis Matan Undang-undang Syariah Negeri Berkaitan Kesalahan
Menghina Agama Islam di Malayisa. Journal of Contemporary Islamic Law, 2(1).
http://www.ukm.my/jcil
Mohd Ridzuan Abu Hassan. (2020). Jakim kenal pas 431 aduan , 83 pautan hina Islam di media sosial. Sinar
Harian, 19.
Muhammad Faisal Ashaari, Maimunah Kahal, & Anuar Puteh. (2014). Cyberterror Terhadap Islam Menerusi
Group Facebook ‘Murtads in Malaysia and Singapore.’ dalam Anuar Puteh & Ahmad Irdha Moktar
(Ed.), Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014; Dakwah & Etnik: Perspektif Multi-disiplin (pp.
113). Pusat Kajian Dakwah Orang Asli dan Pribumi, UKM, Bangi Selangor.
Muhammad As’ad (2014) Pengabdian al-Qur’an tentang Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW: Suatu
Kajian Tafsir Maudu’i. Tesis Sarjana. Fakultas Usuluddin, Filsafat & Usulussin, Universitas Islam
Negeri, Alauddin Makassar
Naziry Harizan (2020, Mar 10) Polis tahan lelaki hina agama di media sosial. Dipetik dari
https://suarasarawak.my/2020/03/10/polis-tahan-lelaki-hina-agama-di-media-sosial/
Nor Farhani Che Ad (2019, Ogos 12) Suspek hina Islam ditahan. Dipetik dari
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/485370/suspek-hina-islam-ditahan
Norimitshu Onishi (2019, September 1) https://www.nytimes.com/2020/09/01/world/europe/charlie-hebdo-
cartoons-trial-
france.html#:~:text=Charlie%20Hebdo%20last%20published%20a%20cartoon%20of%20the,to%20publ
ish%20other%20cartoons%20of%20Muhammad%20since%20then.
Suruhanjaya Komunikasi dan Mulmedia Malaysia (MCMC) (2019, April 30) Hina Islam, Nabi Muhammad
SAW Dan Isteri: Dua Individu Disoal-Siasat. Dipetik dari https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-
releases/hina-islam-nabi-muhammad-saw-dan-isteri-dua-indivi
Utusan Borneo Online (2019 October 17) Hina agama: Ejen Pelancongan ditahan. Dipetik dari
https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/17/hina-agama-ejen-pelancongan-ditahan
482
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, RELIGIONS AND SOCIAL
SCIENCES (SIGMA10) COMMITTEE MEMBERS
Patron
Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Kasmani
Advisor
Dr. Mohd Rosmizi Bin Abd Rahman
Director
Prof. Madya Dr. Mohamed Mihlar Abdul Muthaliff
Deputy Director I
Dr Ahmad Najaa Mokhtar
Deputy Director II
Nur Husnatul Nasihah bt Jannatul Habib
Secretary I
Dr. Marina Munira Binti Abdul Mutalib
Secretary II
Nabihah Afiqah bt Zulkifli
Treasurer
Dr. Roslizawati binti Mohd Ramly
En. Muin bin Yahaya
Izzul Amzar bin Safaruddin
Multimedia Unit
Prof. Madya Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
Dr Mohd Nashief Disomimba
Dr Nouna Sammari
483
En. Ali Imran Azmi
En. Mohd Firdaus Muhd Ramli
En. Shaiful Sharizal bin Mohd Sadi
Tunku Mohd Hashrig Bakar
En. Kamarul Shah Kashah
En. Kamarul Amri Kamarulzaman
Mohd Aizuddin bin Mohamad Ares
Siti Aishah bt Ba’ain
Abstract, Paperwork dan Proceedings Unit
Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim
Dr. Wan Mohd. Fazrul Azdi Wan Razali
Dr Rosidayu Sabran
Dr Nik Suhaida bt Nik Abdul Majid
Dr. Najib Sheikh Abdisamad
Dr. Mohd Hamidi Ismail
Ustaz Yuseri bin Ahmad
Registration, Souvenir & Certificate Unit
Dr. Ros Aiza Binti Mohd Mokhtar
Puan Norita Mohd Noor
Puan Zunita bt Abdul Hamid
Cik Wan Norliyana Wan Zulkifli
Puan Nurzilawaty Mohd Zaidin
Puan Norrufadhilah Shahari
Sponsorship Unit
Dr. Ahmad Najaa b. Mokhtar
Dr. Eizan Azira bt. Mat Sharif
Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali
484
We would like to thank all who participated in the
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, RELIGIONS AND SOCIAL
SCIENCES (SIGMA10)
Acknowledgement is gratefully made to all presenters, authors, committee members,
participants and the Faculty of Leadership and Management, Universiti Sains Islam Malaysia.
May Allah The Most Wise reward and include all good endeavours in the Mīzān al-asanāt.
And may Allah the Most Compassionate deliver us all from the hardships caused by Covid-19
pandemic. Amin.
Ayea Yea' mengaku Hina Nabi & Islam, dipenjara 10 tahun 10 bulan
  • Ttkm Buletin
Buletin TTKM (2019, Mar 9) 'Ayea Yea' mengaku Hina Nabi & Islam, dipenjara 10 tahun 10 bulan. Dipetik dari https://ttkm.com.my/2019/03/09/ayea-yea-mengaku-hina-nabi-islam-dipenjara-10-tahun-10-bulan/
What the Muhammad Cartoons Portray
  • Martin Asser
Martin Asser (2010) What the Muhammad Cartoons Portray <http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/4693292.stm>
Giacomo Casanova was the Adventurer
  • Andrew Milner
Milner, Andrew (2019). Giacomo Casanova was the Adventurer, Libertine and Child Molester. https://allthatsinteresting.com/giacomo-casanova
Analisis Matan Undang-undang Syariah Negeri Berkaitan Kesalahan Menghina Agama Islam di Malayisa
Mohamad Azri, & Mohd Al Adib. (2017). Analisis Matan Undang-undang Syariah Negeri Berkaitan Kesalahan Menghina Agama Islam di Malayisa. Journal of Contemporary Islamic Law, 2(1). http://www.ukm.my/jcil
Jakim kenal pas 431 aduan , 83 pautan hina Islam di media sosial
  • Abu Mohd Ridzuan
  • Hassan
Mohd Ridzuan Abu Hassan. (2020). Jakim kenal pas 431 aduan, 83 pautan hina Islam di media sosial. Sinar Harian, 1-9.
Cyberterror Terhadap Islam Menerusi Group Facebook 'Murtads in Malaysia and Singapore
  • Maimunah Muhammad Faisal Ashaari
  • Kahal
Muhammad Faisal Ashaari, Maimunah Kahal, & Anuar Puteh. (2014). Cyberterror Terhadap Islam Menerusi Group Facebook 'Murtads in Malaysia and Singapore.' dalam Anuar Puteh & Ahmad Irdha Moktar (Ed.), Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014;
Hina agama: Ejen Pelancongan ditahan
  • Utusan Borneo Online
Utusan Borneo Online (2019 October 17) Hina agama: Ejen Pelancongan ditahan. Dipetik dari https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/17/hina-agama-ejen-pelancongan-ditahan
Eizan Azira bt. Mat Sharif Prof. Madya Dr
  • Dr
Dr. Eizan Azira bt. Mat Sharif Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali