Content uploaded by Rohaizat Ibrahim
Author content
All content in this area was uploaded by Rohaizat Ibrahim on Oct 16, 2020
Content may be subject to copyright.
‘
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION IN
SOUTHEAST ASIA REGION (ICSAR) 9TH 2019
“Affirmation of The Identity of Special Education Science to
Support The Implementation of Inclusive Education”
Sunday, 24 March 2019
At Universitas Pendidikan Indonesia
Editor:
Sunardi
Endang Rochyadi
Setyo Wahju Wibowo
Euis Heryati
Een Ratnengsih
Mohd Hanafi Mohd Yasin
Mohd Mokthar Tahar
Sopingi
Layout:
Ana Fatimatuzzahra
Ika Karlina
Nita Nitiya Intan Tanbrin
Weni Winarti
Copyright © 2019 by Special Education, Postgraduate School,
Universitas Pendidikan Indonesia
Special Education, Postgraduate School, Universitas Pendidikan Indonesia
International Conference on Special Education in Southeast Asia Region (ICSAR) 9th
2019: Affirmation of The Identity of Special Education Science to Support The
Implementation of Inclusive Education : Special Education, Postgraduate School,
Universitas Pendidikan Indonesia, 2019.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION IN SOUTHEAST ASIA REGION 9TH SERIES 2019
Konferensi Internasional Pendidikan Khusus Wilayah Asia Tenggara Seri Ke-9 2019
viii
59. IMPAK PENDIDIKAN LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (TVET) DI BAWAH
PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) ANJURAN LANGKAWI
TOURISM ACADEMY@KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI TERHADAP REMAJA AWAL
DEWASA GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) MASALAH
PEMBELAJARAN 400
Nor Asfarul Lall Azwan Haris, Nor Maizura Ibrahim
60. MI IKAT MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHASILKAN MI DALAM KALANGAN
MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN 407
Norasima Binti Abu Bakar, Nor Asiah Binti Nasir, Suraya Binti Bai
61. WORK-ORIENTED VOCASSIONAL PROGRAM FOR DEAF STUDENTS AT SLBN B
GARUT INDONESIA 413
Putri Handriani, Endang Rochyadi, Yuyus Suherman
62. DEVELOPMENT OF EMBROIDERING SKILL PROGRAM FOR MILD MENTAL
RETERDATION STUDENTS 418
Riska Pertiwi Wulandari, Sunardi, Endang Rochyadi
63. THE EFFECT OF VOCATIONAL COMPETENCE AND EMPLOYABILITY SKILLS ON
WORK READINESS OF VOCATIONAL STUDENTS 424
Fitri Verlianti, Amir Machmud
64. CHILDREN WITH DOWN SYNDROME’S SKILL AS A WAITER 430
Noviana Tejasentosa, Hidayat
65. THE ROLE OF BANDUNG RESOURCE CENTER TO SUPPORT INCLUSIVE
EDUCATION 436
Thufaila Ariib Naafia, Musjafak Assjari, Tjutju Soendari
66. PENERAPAN ASAS KEUSAHAWANAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN TERHADAP MURID BERKEPERLUAN KHAS DENGAN
MENGGUNAKAN TEORI THORNDIKE 440
Siti Nabila Aishah Ibrahim
67. ISU DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KERJAYA MURID BERKEPERLUAN KHAS
PEMBELAJARAN 444
Rohaizat Ibrahim, Mohd Hanafi Mohd Yassin
68. KEBERKESANAN PROGRAM TRANSISI DALAM MENINGKATKAN PELUANG
PEKERJAAN PELAJAR ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)
449
Tan Meng Wei
69. COACHING IN PRESCHOOL SPECIAL EDUCATION 461
Sefiah Ab Kahar @ Abdul Kahar, Miller Yang, George Thomas
THEME 4
GUIDANCE AND COUNSELING FOR SPECIAL NEED CHILDREN
INTERNATIONAL CONFERENCE
ON SPECIAL EDUCATION IN SOUTHEAST ASIA REGION
9TH SERIES 2019
444
ISU DALAM PROGRAM PENDIDIKAN KERJAYA MURID
BERKEPERLUAN KHAS PEMBELAJARAN
ISSUS IN THE CARIEER EDUCATION PROGRAM OF STUDENT WITH LEARNING
DISABILITIES
Rohaizat ibrahim,mohd hanafi mohd yasin
Ask Malawa – Kota Kinabalu , Fakulti Pendidikan- UKM Bangi
E-mail: rohaizat82@yahoo.com
Abstrak: Program Pendidikan Kerjaya merupakan program penting dalam membimbing semua murid
di negara ini untuk memilih bidang pendidikan yang berdasarkan minat dan keupayaan mereka
malahan, dapat memandu mereka ke arah profesional pilihan. Namun begitu, Program Pendidikan
Kerjaya yang sedia ada masih tidak dapat membantu Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran untuk
membuat pemilihan yang tepat dalam bidang kerjaya mereka. Justeru, objektif kajian ini ialah untuk
mengenalpasti isu dalam Program Pendidikan Kerjaya bagi Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran.
Temubual berstruktur ini dijalankan ke atas 3 orang peserta kajian yang pakar dalam bidang Pendidikan
Khas. Dapatan analisis kualitatif menunjukkan bahawa ketiadaan Ujian Psikometrik adalah isu penting
yang menyebabkan Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran sukar untuk mengumpul maklumat tentang
diri mereka agar dapat disesuaikan dengan bidang kerjaya yang dipilih. Seterusnya, keterhadan
maklumat tentang pendidikan dan kerjaya juga merupakan isu dalam Program Pendidikan Kerjaya
Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran. Terakhir adalah isu kesukaran Murid Berkeperluan Khas
Pembelajaran dalam membuat keputusan kerjaya. Lanjutan daripada isu yang telah dibincangkan, maka
beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memastikan Program Pendidikan Kerjaya Murid
Berkeperluan Khas Pembelajaran dapat selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Kata Kunci: Program Pendidikan Kerjaya, Murid Berkeperluan Khas, Ujian Psikometrik, Maklumat
Kerjaya dan Kemahiran Membuat Keputusan
Abstract: The Career Education Program is an important program in guiding all students in the
country to choose areas of education based on their interests and abilities, to guide them towards the
choice of professionals. However, the existing Career Education Program is still unable to assist the
Learning Disabilities to make the right choice in their careers. Therefore, the objective of this study is
to identify the issues in the Career Education Program for Learning Disabilities. The structured
interview was conducted on 3 study participants specializing in Special Education. Qualitative analysis
finds that the absence of Psychometric Test is an important issue that makes Learning Disabilities to
gather information about themselves so that they can be tailored to the chosen career field.
Furthermore, the availability of information on education and careers is also an issue in the Career
Education Program for Learning Disabilities. Lastly is the issue of difficulty Learning Disabilities in
making career decision. In addition to the issues discussed, several suggestions have been proposed to
ensure that the Career Education Program for Learning Disabilities is in line with the requirements of
the Malaysia Education Blueprint 2013-2025.
Keywords: Career Education Program, Learning Disabilities, Psychometric, Career Information dan
Decision Making.
PENDAHULUAN
Murid Berkeperluan Khas Pembelajaran (KP) didefinisikan sebagai murid yang telah dikenal pasti
dan disahkan oleh pakar perubatan sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah neurologi, iaitu
berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat. Mereka
juga mempunyai kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan
kefahaman, penggunaan bahasa lisan atau bertulis. Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan
mereka untuk mendengar, berfikir, bertutur, membaca, menulis, mengeja atau mengira (Bahagian
Pendidikan Khas 2015a). Selain itu, Bahagian Pendidikan Khas juga mengkategorikan KP sebagai
kanak-kanak Disleksia, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), Slow Learner, Autisme,
Sindrom Down dan Terencat akal ringan. Berdasarkan kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa
KP mempunyai satu atau kepelbagaian kecacatan tetapi masih boleh diajar dan mendapat manfaat
daripada sistem pendidikan negara.
Bagi memantapkan kehidupan KP, kerajaan mula menambah baik program pendidikan kerjaya
KP dengan menekankan kepada bidang pendidikan
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION IN SOUTHEAST ASIA REGION 9TH SERIES 2019
Seminar Internasional Pendidikan Khas. Rantau Asia Tenggara Seri Ke-9, 2019
445
vokasional. Antara inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia termasuklah menubuhkan
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indah Pura (Jamila 2009). Selain itu, kerajaan juga
telah memperuntukkan sebanyak 488 juta kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat bagi meningkatkan pendidikan vokasional, menubuhkan bengkel terlindung serta
kemahiran kebolehkerjaan kepada KP di Malaysia (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat 2006).
Namun, inisiatif kerajaan tidak memberi impak yang memberangsangkan apabila enrolmen
pelajar termasuk KP yang mendaftar dalam bidang pendidikan vokasional amat kritikal jika
dibandingkan dengan negara serantau. Jadual 1.0 menunjukkan enrolmen pelajar vokasional
termasuk KP pada peringkat menengah.
Jadual 1. Enrolmen Pelajar Vokasional Pada Peringkat Menengah
Negara Peratus
Indonesia 53
Thailand 45
Korea 25
Singapura 25
Malaysia 5
Sumber: Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional 2011
Atas kesedaran ini, kerajaan mula merombak program pendidikan kerjaya KP dengan
memastikan bidang pendidikan vokasional mempunyai laluan pendidikan lanjutan yang jelas serta
menyediakan mereka ke arah kerjaya pilihan malahan, program pendidikan kerjaya yang baharu ini
juga menyediakan KP yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran
yang diiktiraf oleh industri, agensi kelayakan, badan-badan standard pekerjaan dan institusi
pengajian tinggi (Bahagian Pendidikan Khas 2013).
Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah bekerjasama dengan Institut Latihan
Kemahiran Swasta bagi melaksanakan Program Buying Seats. Sebanyak 6 buah Institut Latihan
Kemahiran Swasta (ILKS) telah dipilih untuk menjalankan Program Buying Seat. Matlamat program
ini adalah untuk memberi peluang kepada KP menimba ilmu pendidikan kerjaya di institusi swasta.
Pada masa yang sama, program ini juga dapat menyediakan peluang kepada KP untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas tamat pengajian di ILKS (Bahagian Pendidikan Khas
2013).
Walaupun terdapat banyak kebaikan yang diperoleh melalui program pendidikan kerjaya KP
namun sumbangan program pendidikan kerjaya kepada kehidupan KP masih lagi rendah. Hal ini
terbukti apabila Laporan Pencapaian Dasar 1% Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam
kepada Orang Kurang Upaya (2013) menunjukkan hanya 1,754 sahaja yang berjaya mengisi
pekerjaan di kementerian berbanding dengan 60,000 OKU yang boleh bekerja (Cheong & Sharifah
2013). Ini menunjukkan wujudnya keperluan untuk mengenalpasti isu dalam Program Pendidikan
Kerjaya KP di sekolah menengah. Malah, Hoover (2016) berpendapat bahawa langkah ini adalah
salah satu strategi awal untuk memberi kehidupan yang lebih sejahtera kepada KP kelak.
METODOLOGI
Dalam konteks kajian ini, isu dalam Program Pendidikan Kerjaya KP diperoleh melalui kaedah temu
bual berstruktur. Seramai 3 orang peserta kajian yang pakar dalam bidang pendidikan khas telah
dipilih bagi memberikan pandangan tentang isu yang ada dalam Program Pendidikan Kerjaya KP.
Tipikalnya, kriteria pemilihan peserta kajian bergantung pada objektif kajian. Namun, Adler dan
Ziglio (1996) telah menggariskan kriteria dalam pemilihan peserta kajian, iaitu individu mestilah
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi tentang isu yang hendak dikaji, berkhidmat sekurang-
kurangnya 5 tahun dan ke atas, berkebolehan dan bersedia dalam memberi idea, kesanggupan untuk
komited serta mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Sementara dalam kajian ini, kriteria
pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan seperti yang berikut:
1. Terdiri daripada pakar bidang pendidikan khas
2. Terdiri daripada penggubal dasar
3. Mempunyai sekurang-kurangnya 15 tahun pengalaman bekerja
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION IN SOUTHEAST ASIA REGION 9TH SERIES 2019
Seminar Internasional Pendidikan Khas. Rantau Asia Tenggara Seri Ke-9, 2019
446
Seterusnya, format protokol temu bual berstruktur ini terbahagi kepada empat bahagian utama.
Bahagian pertama ialah penerangan tentang diri pengkaji serta tujuan kajian dijalankan, manakala
bahagian kedua pula ialah pertanyaan tentang latar belakang seperti umur, jumlah tahun berkhidmat,
penerangan tentang jawatan semasa dan tahap pendidikan tertinggi peserta kajian. Soalan-soalan ini
hanya bertujuan untuk membina hubungan antara pengkaji dengan peserta kajian. Soalan yang
berikutnya pula, pertanyaan menjurus kepada isu dalam Program Pendidikan Kerjaya KP. Semua
temu bual untuk soalan ini dirakam dan dianalisis.
Bagi protokol temu bual, kajian ini melaksanakan kesahan mengikut pandangan Creswell
(2008). Pengkaji memulangkan transkrip temu bual kepada peserta kajian untuk melakukan strategi
member check. Sehubungan dengan itu, setiap peserta kajian berpeluang untuk melihat dan membuat
pengubahsuaian kepada transkrip yang diperoleh daripada hasil temu bual, malahan pengkaji juga
mengadakan sesi perbincangan dengan peserta kajian agar deskripsi yang dilakukan menepati realiti
sebenar kajian malah, pemurnian dan penambahbaikan transkrip dibuat berdasarkan saranan peserta.
Seterusnya, seramai tiga orang pakar yang terdiri daripada Professor dalam bidang kualitatif dan
bidang pendidikan khas membuat pengesahan terhadap tema yang dibina hasil daripada temu bual
yang dijalankan. Bagi tujuan menentukan kebolehpercayaan temu bual, kajian ini telah menggunakan
formula yang telah dicadangkan oleh Yin (2003) bagi memperoleh Indeks Persetujuan Koefisien
Cohen Kappa (K).
Dapatan menunjukkan keseluruhan nilai persetujuan pakar ialah K=0.82 seperti yang
dipaparkan dalam Jadual 4.3. Menurut Landis dan Koch (1977), nilai di bawah 0.41 menunjukkan
darjah persetujuan yang lemah, manakala nilai 0.41 hingga 0.74 menunjukkan darjah persetujuan
sederhana dan nilai yang melebihi 0.75 ialah persetujuan yang kuat. Maka, tema yang dibina dalam
kajian ini mempunyai tahap konsistensi yang tinggi.
Meskipun terdapat pelbagai cara untuk menganalisis data kualitatif namun peraturan yang tetap
masih belum ditemui sehingga kini (Johnson dan Christensen 2004). Oleh itu, Creswell (2008) telah
menyenaraikan empat langkah utama dalam menganalisis data kualitatif iaitu (i) mengumpulkan
semua maklumat untuk dianalisis (ii) membaca transkripsi temu bual (iii) proses pengekodan data
dan (iv) pembentukan tema.
Sebelum pengekodan data, pengkaji melakukan pembacaan bagi meningkatkan kefahaman,
mengorganisasikan data dan memastikan data yang diperoleh mencukupi. Setelah itu, pengkaji
mula menyediakan transkrip hasil daripada temu bual yang dijalankan. Selepas itu, proses
penyaringan data mula dilakukan setelah transkripsi disemak dan disahkan oleh panel pakar. Setiap
baris transkripsi dibaca dan diteliti agar dapat membuat pemilihan data yang bermakna dan
mengabaikan data yang tidak bermakna. Data bermakna ini dilabelkan dan dikenali sebagai proses
pengekodan data.
Seterusnya, pengkaji membuat analisis kod dengan mengumpulkan kod dalam kumpulan yang
sama dan mengenal pasti kewujudan kod terbaharu hasil daripada transkripsi temu bual. Proses
pengekodan berhenti sekiranya terdapat tiga hingga empat tema terhasil seperti yang dicadangkan
oleh Creswell (2008).
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Data yang diperoleh menunjukkan isu penting dalam Program Pendidikan Kerjaya KP.
Dapatan 1
Ujian Psikometrik KP (BP)
Ungkapan yang boleh dipetik berkaitan dengan ujian psikometrik adalah seperti berikut:
“…murid kita tiada ujian psikometrik. Malah, ujian sedia ada pun hanya sesuai untuk murid
tipikal. Ayatnya panjang dan mengelirukan untuk mereka.” RA(1)I-18/11 (96)
“…murid kita ini tak tahu personaliti mereka sendiri. Kalau kita tak bagi tu, saya tak nampak
murid kita boleh pergi jauh…” RB(1)I-3/11 (41)
“…mesti kena ada inventori minat. Rasionalnya, inventori ini dapat membantu murid untuk
pilih kursus dan bidang kerjaya yang sesuai …” RC(1)I- 7/11(121)
Dapatan 2
Maklumat Pendidikan dan Kerjaya
Ungkapan yang timbul telah diperincikan dan isu lain yang terhasil berkaitan dengan Program
Pendidikan Kerjaya KP (BP) ialah maklumat kerjaya.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION IN SOUTHEAST ASIA REGION 9TH SERIES 2019
Seminar Internasional Pendidikan Khas. Rantau Asia Tenggara Seri Ke-9, 2019
447
“…Lagi satu, pilihan dan peluang pendidikan vokasional yang ada tidak ditonjolkan
kepada mereka” RA(1)I-18/11(69)
“…Benda ini tidak terbuka. Pihak kementerian sendiri tidak dapat senaraikan pusat
pendidikan yang boleh berikan mereka kemahiran. Hakikatnya, pengetahuan ini penting agar
dapat menjana masa depan mereka…” RB(1)I-3/11(168)
“…Sekiranya diteliti, kurikulum murid tipikal memang disediakan dengan maklumat
kerjaya, tapi perkara yang sebaliknya berlaku kepada murid pendidikan khas. Walhal, mereka
lagilah memerlukan pengetahuan ini…” RC(1)I-7/11(54)
Dapatan 3
Kemahiran Membuat Keputusan
Antara contoh ungkapan dalam kemahiran membuat keputusan ialah:
“…Kita susah untuk beri mereka peluang dalam membuat keputusan. Saya percaya, bila kita
bagi mereka peluang membuat keputusan, kita akan nampak murid-murid ini sebenarnya tak
ada masalah…” RA(1)I-18/11(114)
“…Saya perhati murid-murid ini tidak diberi kebebasan untuk mengeluarkan idea
mereka. Segalanya telah ditentukan oleh ibu bapa ataupun guru mereka. Situasi begini
seharusnya tidak berlaku kerana mereka juga mempunyai hak yang sama seperti kita…”
RB(1)I-3/11(135)
“…Masalahnya sekarang, kita tak pernah nak kenal mereka, kita suruh mereka buat benda
yang kita suka, bila ini berlaku, mereka akan mula memberontak dan terjadilah masalah…”
RC(1)I-7/11(147)
Perbincangan
Sesi temu bual yang dijalankan terhadap pakar dalam bidang pendidikan khas telah berjaya
memperoleh 3 isu utama dalam Program Pendidikan Kerjaya KP iaitu Ujian Psikometrik, Maklumat
Kerjaya dan Kemahiran Membuat Keputusan.
Ujian Psikometrik
Ujian psikometrik yang berpusatkan KP menjadi isu penting dalam Program Pendidikan Kerjaya KP.
Malah peserta kajian turut bersetuju bahawa ketiadaan Ujian Psikometrik menyebabkan KP
mengalami masalah dalam membuat pemilihan bidang kerjaya yang sesuai dengan diri mereka. Ini
selari dengan dapatan kajian Rowe et al. (2015) yang menekankan kepada penggunaan ujian
psikometrik kepada KP malah beliau turut percaya bahawa hasil ujian tersebut dapat membantu KP
mengetahui tentang potensi, keistimewaan, kelebihan dan kekurangan diri. Melalui kebolehan
mengenal pasti diri, KP boleh membuat penambaikan terhadap diri sendiri.
Maklumat Pendidikan dan Kerjaya
Seterusnya, peserta kajian berpendapat bahawa KP mempunyai keterhadan maklumat alternatif
tentang bidang pendidikan dan kerjaya yang disediakan untuk mereka. Maklumat-maklumat
pendidikan dan kerjaya yang tepat sangat penting disampaikan kepada KP. Ini selaras dengan
pandangan Cawthon dan Cole (2010) yang menyatakan bahawa KP yang tidak terdedah kepada
pilihan pendidikan dari awal usia akan mengalami masalah dalam meramal kejayaan kerjaya mereka
malahan aktiviti ini amat diperlukan pada semua peringkat perkembangan KP bagi mendidik mereka
untuk tidak bergantung kepada ibu bapa dan rakan-rakan dalam membuat keputusan. Ini
mengukuhkan lagi dapatan kajian Moore dan McNaught (2014). Beliau mendapati pengetahuan
dalam maklumat pendidikan dan kerjaya boleh membantu KP dari segi menentukan arah tuju
kerjaya, memilih bidang pendidikan dan latihan serta meluaskan peluang.
Kemahiran Membuat Keputusan
Kajian ini mendapati KP tidak diberi peluang untuk membuat keputusan dalam pemilihan pendidikan
dan kerjaya mereka. Hakikatnya, kemahiran membuat keputusan merupakan salah satu perkara yang
perlu dilakukan oleh semua KP (Field, Sarver dan Shaw 2013). Tambahan lagi, keputusan
pendidikan yang telah ditetapkan oleh KP akan menjadi satu motivasi dirinya untuk menentukan hala
tuju masa depan kerjaya yang diceburinya (Abdul Hanit 2010). Malahan, seseorang KP juga dapat
membuat penilaian terhadap kemampuan serta kebolehan diri untuk mencapai matlamat kerjayanya.
INTERNATIONAL CONFERENCE ON SPECIAL EDUCATION IN SOUTHEAST ASIA REGION 9TH SERIES 2019
Seminar Internasional Pendidikan Khas. Rantau Asia Tenggara Seri Ke-9, 2019
448
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Secara keseluruhannya, Program Pendidikan Kerjaya adalah sangat penting bagi KP untuk
merangsang dan menggalakkan mereka dalam mencari maklumat, memproses maklumat dan
mengintegrasikan maklumat. Malah, kandungan pendidikan kerjaya juga perlulah terancang dan
sistematik. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi, kegagalan KP akan berterusan dari tahun ke tahun
kerana mereka dipercayai melalui kehidupan yang tidak seiring dengan murid-murid tipikal. Dengan
itu, wujud keperluan untuk membangunkan program pendidikan kerjaya bagi KP pada peringkat
sekolah menengah rendah lagi. Dalam masa yang sama, program pendidikan kerjaya yang
berasaskan ujian psikometrik visual juga perlu diguna pakai bagi membolehkan semua KP
memperoleh maklumat tentang kelebihan dan kekurangan diri mereka sendiri. Selain itu, KP perlu
didedahkan dengan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi agar mereka dapat mengakses
laman web pendidikan dan pekerjaan. Penerokaan maklumat pendidikan dan kerjaya melalui system
elektronik dapat memudahkan KP memperoleh maklumat yang terkini. Terakhir, aktiviti lawatan
kerjaya juga dapat membantu KP dalam membuat keputusan pendidikan dan pekerjaan yang paling
sesuai dengan diri mereka.
RUJUKAN
Abdul Hanit. (2010). Program Perkembangan Kerjaya Remaja. Terengganu: Penerbit Universiti
Malaysia Terengganu.
Adler, M. & Ziglio, E. (1996). Gazing into the oracle the Delphi method and its application
to social policy and public health. London: Jessica Kingsley Publisher.
Bahagian Pendidikan Khas. (2015a). Maklumat Pendidikan Khas. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Penerangan tentang garis panduan pelaksanaan 1AGENDA-
Transformasi Pendidikan Vokasional: Kolaborasi dengan institusi pendidikan vokasional
awam dan swasta dan industri. Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kompleks Kerajaan Persekutuan, Putrajaya., 19 Julai.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (2011). Pembangunan Modal Insan: Pelaksanaan
transformasi pendidikan vokasional. Kertas Kerja Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet. Kompleks
Kerajaan Persekutuan, Putrajaya., 22 September.
Cawthon, S. W., & Cole, E. V. (2010). Postsecondary students who have a learning disability:
Student perspectives on accommodations access and obstacles. Journal of Postsecondary
Education and Disability. 23(2): 112-128
Cheong, L.S. & Sharifah, Z.S.Y. (2013). Effective Transitional Plan from Secondary Education to
Employment for Individuals with Learning Disabilities: A Case Study. Journal of Education
and Learning 2(1): 104–17
Creswell, J. W. (2008). Designing and Conducting Mixed Methods Research. Thousand Oaks, CA:
Sage Publications, Inc.
Field, S., Sarver, M. D. & Shaw, S. F. (2013). Self-Determination A Key to Success in Postsecondary
Education for Students with Learning Disabilities. Remedial and Special Education 24 (6): 339-
349.
Hover, A. 2016. The Role of The Community In Transition To The Adult World for Students with
Disabilities. American Secondary Education 44(2): 21-30.
Jamila, K.A.M. (2009). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (2006). Putrajaya: Kementerian
Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Moore, M. & McNaught, J. (2014). Virginia’s Self-Determination Project: Assisting Students with
Disabilities to Become College and Career Ready. Journal of Vocational Rehabilitation 40:
247–254
Rowe, D.A., Mazzoti, V.L., Hirano, K. & Alverson, C. Y. (2015). Assessing Transition Skills in the
21st Century. Teaching Exceptional Children 47 (6): 301-309
Yin, R.K. (2003). Case Study Research: Design and Methods. Ed. ke-3. Thousand Oaks: Sage
Publication.
725