ArticlePDF Available

PERKONGSIAN CABARAN DALAMAN DAN LUARAN KLIEN WANITA BERPOLIGAMI OLEH KAUNSELOR MUSLIM DI PULAU PINANG MALAYSIA

Authors:

Abstract

Poligami merujuk kepada seorang lelaki yang mempunyai isteri lebih dari seorang. Manakala kajian mengenai cabaran yang dihadapi oleh isteri atau wanita yang berpoligami secara lebih mendalam dan terperinci masih lagi kurang dijalankan (Mohd Amirruddin, 2005; Jaymess, 2007). Jika isu poligami ini dibahaskan, ia membuatkan kaum lelaki menyenanginya, manakala wanita mencemuhnya (Zuhayati, 2010). Sehubungan itu, kajian ini berkaitan dengan poligami dan dikhususkan kepada wanita Islam yang berpoligami iaitu wanita yang berpoligami ingin dijalankan. Melalui poligami iaitu hidup bermadu pastinya akan mengalami pelbagai cabaran bagi seorang wanita. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji cabaran luaran dan dalaman yang dihadapi oleh wanita yang poligami secara lebih mendalam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dan reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk kajian kes dengan menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka (Kamarul Azmi, 2012; Kamarul Azmi, 2012; Rusli Ahmad et al., 2014). Sampel kajian adalah bertujuan. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada wanita Islam yang sedang bermadu di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan seorang responden yang merupakan isteri pertama sebagai kajian rintis. Seterusnya empat (4) orang responden sebenar yang terdiri daripada seorang isteri pertama, dua (2) orang isteri kedua dan seorang isteri ketiga. Hasil kajian mendapati terdapat dua (2) skop cabaran iaitu cabaran dalaman dan luaran. Didapati tiga (3) cabaran luaran yang dihadapi oleh responden iaitu aspek jasmani, aspek ekonomi dan aspek interaksi sosial. Manakala, cabaran dalaman terdapat tiga (3) aspek iaitu aspek emosi, aspek intelektual dan aspek rohani. Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengetahui dan memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang cabaran yang dihadapi oleh wanita yang bermadu terhadap kaunselor dan masyarakat. Selain itu, kajian ini perlulah diperluaskan lagi pada masa akan datang agar keluarga, kaunselor dan masyarakat mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu ini dengan harapan klien dalam golongan ini dapat dibantu dengan lebih berkesan. Kata kunci: Perkongsian, cabaran, cabaran dalaman, cabaran luaran, klien, poligami dan wanita.
1 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
PERKONGSIAN CABARAN DALAMAN DAN LUARAN KLIEN WANITA
BERPOLIGAMI OLEH KAUNSELOR MUSLIM DI PULAU PINANG MALAYSIA
Samsiah Jayos1
Nur Atikah Mohd Yadzi2
1jsamsiah@unimas.my
2nuratikah92@gmail.com
1&2 Program Kaunseling
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),
94300 Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia
ABSTRAK
Poligami merujuk kepada seorang lelaki yang mempunyai isteri lebih dari seorang. Manakala
kajian mengenai cabaran yang dihadapi oleh isteri atau wanita yang berpoligami secara lebih
mendalam dan terperinci masih lagi kurang dijalankan (Mohd Amirruddin, 2005; Jaymess,
2007). Jika isu poligami ini dibahaskan, ia membuatkan kaum lelaki menyenanginya,
manakala wanita mencemuhnya (Zuhayati, 2010). Sehubungan itu, kajian ini berkaitan
dengan poligami dan dikhususkan kepada wanita Islam yang berpoligami iaitu wanita yang
berpoligami ingin dijalankan. Melalui poligami iaitu hidup bermadu pastinya akan mengalami
pelbagai cabaran bagi seorang wanita. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji cabaran
luaran dan dalaman yang dihadapi oleh wanita yang poligami secara lebih mendalam. Kajian
ini menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dan reka bentuk kajian ini adalah reka bentuk
kajian kes dengan menggunakan kaedah temu bual secara bersemuka (Kamarul Azmi, 2012;
Kamarul Azmi, 2012; Rusli Ahmad et al., 2014). Sampel kajian adalah bertujuan. Responden
yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada wanita Islam yang sedang bermadu di sekitar
Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kajian ini melibatkan seorang responden yang merupakan
isteri pertama sebagai kajian rintis. Seterusnya empat (4) orang responden sebenar yang terdiri
daripada seorang isteri pertama, dua (2) orang isteri kedua dan seorang isteri ketiga. Hasil
kajian mendapati terdapat dua (2) skop cabaran iaitu cabaran dalaman dan luaran. Didapati
tiga (3) cabaran luaran yang dihadapi oleh responden iaitu aspek jasmani, aspek ekonomi dan
aspek interaksi sosial. Manakala, cabaran dalaman terdapat tiga (3) aspek iaitu aspek emosi,
aspek intelektual dan aspek rohani. Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk
mengetahui dan memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang cabaran yang dihadapi oleh
wanita yang bermadu terhadap kaunselor dan masyarakat. Selain itu, kajian ini perlulah
diperluaskan lagi pada masa akan datang agar keluarga, kaunselor dan masyarakat mendapat
pemahaman yang lebih mendalam mengenai isu ini dengan harapan klien dalam golongan ini
dapat dibantu dengan lebih berkesan.
2 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
Kata kunci: Perkongsian, cabaran, cabaran dalaman, cabaran luaran, klien, poligami dan
wanita.
PENGENALAN
Musdah (2000) menyatakan secara etimologi perkataan poligami berasal dari bahasa
Yunani yang merupakan gabungan dari dua perkataan. Pertama adalah poli dan polus yang
bermaksud banyak dan kedua pula adalah gamien dan gamos yang bermaksud perkahwinan.
Berdasarkan gabungan tersebut, dapat disimpulkan bahawa poligami bermaksud perkahwinan
yang banyak. Manakala secara terminologi poligami merupakan salah satu perkahwinan yang
satu pihak memiliki atau mengahwini beberapa lawan jenis dalam waktu yang sama. Selain
itu, berdasarkan Norsaadah et al., (2014, ms. 176), “poligami merupakan perkahwinan antara
lelaki dengan ramai wanita”. Selain itu, ada juga isteri yang sanggup untuk menerima
poligami dengan alasan untuk melatih diri tidak memiliki sifat dengki, melatih kesabaran dan
keikhlasan dalam berbagi kebahagiaan dengan wanita lain dan seterusnya melatih untuk hidup
sihat dan bersih. Mereka turut menyatakan kesan umum yang akan terjadi kepada pihak isteri
di mana suaminya melakukan perkahwinan poligami ialah akan muncul perasaan inferior
dalam diri si isteri kerana mereka akan menyalahkan diri sendiri bahawa mereka tidak mampu
untuk memenuhi keperluan suami (Idha, 2007; Rizki, 2008; Hafiz Firdaus 2012 & Irfan,
2014).
TEORI
Teori pemusatan (PCT) klien merupakan teori utama yang digunakan oleh pengkaji
dalam kajian ini. Melalui penggunaan teori ini, pengkaji dapat menerima maklumat-maklumat
daripada responden dengan baik dan seterusnya membuat kajian mengenai cabaran-cabaran
yang dihadapi oleh wanita bermadu. Menurut Melati et al., (2014), PCT diasaskan oleh Carl
Rogers. Ia menekankan tentang penerimaan dan kefahaman individu lain terhadap klien dan
dengan penerimaan dan kefahaman ini boleh membuatkan klien memahami masalah mereka
dan berkembang dengan menggunakan sumber-sumber diri. Beliau menganggap bahawa
3 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
individu tersebut juga dapat berkembang jika terdapat perasaan percaya-mempercayai,
hormat-menghormati yang boleh dirasai dan dialami oleh mereka terhadap individu lainnya.
Teori ini juga tidak menekankan sebarang teknik yang spesifik kerana berdasarkan
Rogers, prinsip teori iaitu keaslian atau tulen, empati dan penerimaan tanpa syarat merupakan
penggerak kepada perubahan. Pengkaji mengaplikasikan pendekatan teori ini semasa temu
bual dijalankan dengan kebolehan berkomunikasi, keaslian, memahami dengan empati dan
menerima tanpa sebarang syarat serta tanpa adanya prejudis terhadap responden. Pengkaji
ingin responden merasai kewujudan pengkaji semasa temu bual dijalankan agar responden
memberikan jawapan kepada persoalan kajian dengan penerokaan kendiri, keterbukaan
kendiri dan terhadap orang lain. Seterusnya, pendekatan teori ini ingin memupuk pendapat
bahawa responden ialah rakan kongsi penuh dalam hubungan dan bukanlah rakan yang
merendah diri. Oleh itu, kajian ini telah memfokuskan kepada teori pemusatan klien kerana
untuk memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat dan jawapan subjektif daripada
responden berdasarkan persoalan kajian.
Selain itu, Teori Heirarki Keperluan Maslow juga diguna pakai dalam kajian ini
merujuk Ridzuan Masri, Arman Ahmad, dan Razlina Abd Rani (2018) terutama dalam sub
sub tema yang melibatkan keperluan dari aspek rohani, social dan fisiologi atau jasmani klien
oleh kaunselor.
Rajah 1: Hierarki Keperluan Maslow
4 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
METODOLOGI
Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif (Kamarul Azmi, 2012). Analisa data
pula secara manual iaitu dari temu bual data diubah kepada transkrip dan kemudaiannya
diklasifikasi kepada tema, sub tema dan sub sub tema. Lokasi kajian iaitu di Pulau Pinang dan
sekitar Sarawak. Sampel kajian ini terdiri daripada empat (4) orang responden dan pengkaji
menggunakan pensampelan bertujuan. Menurut Cresswell (1998) dan Pupu (2009) sampel
dipilih secara bertujuan dan menurut tujuan kajian serta kaedah kualitatif ini menggunakan
sampel yang sedikit. Selain itu, bagi memperoleh maklumat berkualiti dalam kajian,
penyelidikan kualitatif tidak tertumpu pada pengumpulan maklumat yang banyak tetapi hanya
memberi tumpuan terhadap sampel yang kecil (Azizah, 2010). Bagi pemilihan sampel,
pengkaji telah menetapkan kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi untuk dijadikan sebagai
responden dalam kajian ini. Kriteria yang ditetapkan adalah responden mestilah seorang
wanita Islam. Kedua, kesemua responden mestilah wanita yang sedang bermadu atau
berkongsi suami. Berdasarkan Rusli et al., (2014) menyatakan pensampelan bertujuan adalah
merujuk kepada pengkaji telah mempunyai spesifik kriteria atau ciri-ciri untuk dijadikan
sebagai sampel kajian. Melalui pensampelan ini, pengkaji dapat mengetahui pendapat
individu yang disasarkan (Moleong, 2000). Selain itu, ciri lain responden yang telah ditemu
bual adalah daripada pelbagai status kedudukan sebagai isteri. Untuk responden pertama dan
ketiga adalah isteri pertama, responden kedua adalah isteri ketiga, responden keempat dan
kelima adalah isteri kedua.
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Pengkaji memilih 4 orang responden yang memiliki syarat-syarat yang telah
ditetapkan dalam kajian ini. Jadual di bawah merupakan ringkasan tentang latar belakang
utama responden yang terlibat.
Jadual 1: Demograhpi Responden Klien Wanita berpoligami
Bil.
Status
Umur
Tempoh
Tempoh
Jumlah
Pekerjaan
5 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
Kedudukan
Isteri
(Tahun)
Berkahwin
Bermadu
Anak
Responden
R1
3
45
17
17
1
Berniaga
R2
1
47
19
12
3
Berniaga
R3
2
42
15
15
2
Suri rumah
R4
2
42
17
17
2
Berniaga
Petunjuk: R = Responden
Merujuk dapatan dari kajian terdapat dua (2) tema cabaran iaitu cabaran luaran dan
dalaman. Berdasarkan dari Jadual 2 dan 3, berikut adalah perbincangan berkaitan dengan sub
tema dapatan kajian untuk kedua-dua tema tersebut. Kajian seumpama ini diluar negara
pernah dilakukan oleh Jaymess (2007) telah mengkaji mengenai kehidupan dua orang wanita
bermadu dalam empat aspek iaitu konflik, emosi, seksualiti dan persepsi dalam bermadu dan
berdasarkan kajian beliau, ia telah mengkaji dari aspek luaran dan juga dalaman. Dalam
kajian ini, saya fokuskan skop kajian untuk mengkaji cabaran wanita bermadu dalam aspek
luaran iaitu interaksi sosial dan status ekonomi manakala aspek dalaman adalah jasmani,
rohani, emosi, dan intelektual.
Berikut di bawah Jadual 2 yang menunjukkan tema, sub tema dan sub sub tema
cabaran klien wanita yang terlibat dengan poligami umtuk dapatan cabaran luaran klien
wanita berpoligami dan kupasan lebih mendalam akan disentuh dalam slot perbincangan ini.
Jadual 2: Cabaran Luaran Klien Wanita Berpoligami
Tema
Sub Tema
Sub Sub-Tema
Cabaran Luaran
1. Jasmani
1.Kesihatan
2. Ekonomi
1.Status kewangan keluarga
2.Perbelanjaan harian
3.Kerja untuk tampung keluarga
3. Interaksi Sosial
1.Hubungan dengan suami
2.Hubungan dan interaksi dengan anak-anak
3.Hubungan dan interaksi dengan isteri lain
4.Hubungan dengan anak tiri
6 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
Sub Tema 1: Jasmani
Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat satu sahaja tahap kesihatan fizikal
yang dialami oleh responden iaitu sihat tubuh badan. Dalam Falen, (2008) ada menyentuh
perihal kesejahteraan kesihatan bagi penganut agama yang ingin berkahwin lebih dari satu.
Kesihatan amat penting supaya suami dapat memberikan nafkah zahir dan batin yang terbaik
buat isteri-isteri.
Sebaliknya, wanita yang tidak sihat terutama dalam memenuhi nafkah batin suaminya
boleh membenarkan suaminya berkahwin lain. Selain, kesihatan mental juga tidak kurang
penting dalam berpoligami kerana sebarang cabaran yang dihadapi akan dapat diatasi oleh
minda seterusnya membawa kepada konsep redha dan pasrah dalam jiwa seseorang wanita
yang bermadu ini. Kebiasaannya jika kesihatan fizikal yang baik, maka akan positif apa yang
seseorang itu fikir, maka akan positif natijah yang akan datang (Idha, 2007; Irfan, 2014).
Sub Tema 2: Ekonomi
Dapatan kajian ini mendapati terdapat beberapa cabaran ekonomi kewangan dalam
keluarga yang bermadu antaranya adalah status kewangan, suami, isteri, suami dan isteri yang
menguruskan kewangan keluarga dan isteri bekerja untuk tampung keluarga. Menurut Nur
Zahidah & Raihanah (2011), kecukupan pendapatan dan kekukuhan sistem ekonomi adalah
berkait rapat dengan aspek kesejahteraan keluarga terutama dalam memernuhi lima (5)
keperluan kehidupan yang dinyatakan dalam teori Maslow di atas. Oleh itu, untuk memenuhi
asas-asas penting kehidupan keluarga atau keperluan keluarga seperti pendapatan yang stabil,
ekonomi yang kukuh, tempat penginapan yang sejahtera, pendidikan dan sokongan keluarga
adalah penting dalam mendapatkan kebahagian sesebuah keluarga yang mengamalkan
poligami dalam kehidupan mereka.
Ini disokong oleh Azizah yang dipetik daripada Raihanah (1997), perkahwinan
poligami di kalangan masyarakat dikatakan mempunyai fungsinya yang tersendiri iaitu untuk
tujuan ekonomi, politik, demografi dan sosio-budaya. Perkahwinan poligami dalam
masyarakat dijadikan sebagai sumber ekonomi iaitu bagi menambahkan pendapatan keluarga
kerana dengan adanya isteri-isteri ini, ia akan dijadikan tenaga kerja bagi menambahkan
pendapat. Tambahan lagi, beliau menyatakan oleh sebab fungsi ekonomi seperti ini, maka
tidak adalah timbul perasaan hasad dengki dan cemburu dalam kalangan isteri-isteri kerana
7 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
berpoligami tidak berasaskan kepada perasaan kasih dan sayang. Tambahan lagi, Rizki
Zulaikha Parlina (2008) menyatakan apabila berpoligami, suami sering mengabaikan dan
tidak dipenuhi hak-hak isteri seperti pengabaian ekonomi dalam pemberian nafkah untuk anak
dan isteri. Ini membuatkan isteri yang hidup dalam poligami perlu memenuhi keperluan
ekonomi keluarga mereka sendiri.
Seterusnya, Falen (2008) menyatakan melalui perkahwinan dapat mengembangkan
dan mengekalkan harta dan kekayaan. Oleh itu dengan mempunyai isteri-isteri yang ramai
dapat menyumbang dengan mejadikan mereka buruh atau bekerja serta mempunyai anak yang
ramai juga adalah untuk memastikan ekonomi keluarga terjamin. Walaubagaimana pun,
berdasarkan Leli Nurohmah (2003) ada menyatakan masalah ekonomi juga sering berlaku di
dalam keluarga yang berpoligami. Masalah ekonomi yang dimaksudkan adalah berupa
pengabaian kepada keperluan ekonomi ataupun kewangan terhadap isteri dan anak-anak.
Sub Tema 3: Interaksi sosial
Dapatan kajian ini mendapati terdapat empat jenis cabaran dalam interaksi sosial iaitu
hubungan dengan suami, anak-anak, isteri lain dan juga anak tiri. Perhubungan yang baik
dalam sesebuah keluarga amat penting bagi menjamin kesejahteraan dan kebahagian dalam
rumah tangga tambahan lagi bagi keluarga yang berpoligami.
Bukan sahaja hubungan baik dengan suami dan anak-anak perlu dijaga tetapi
hubungan antara sesama isteri yang lain juga perlu dipertimbangkan yang ada disentuh dalam
Leli Nurohmah (2003); Mohd Amirruddin (2005); Mohd Zariat (2008); Karim Hilmi, Juhan
& Mohd Puzhi (2008) untuk mewujudkan perkahwinan yang bahagia walaupun berpoligami,
setiap isteri perlulah saling faham-memahami dan hormat-menghormati antara satu sama lain
supaya dapat menjalani kehidupan berkeluarga dengan suasana yang normal seperti orang
lain. Poligami ini ada dalam Islam dan Rasullulah S.A.W. sendiri terlibat dengan poligami,
yang merupakan Sunnah kepada umat Islam jika mengamalkannya. Sesungguhnya, poligami
walaupun sentiasa menjadi isu hangat dan kekadang dipandang jenkil oleh sesetengah pihak,
tetapi ada banyak hikmahnya dan jawapan kenapa Allah S.W.T. membenarkannya (Rizki,
2008; Karim Hilmi, Juhan & Mohd Puzhi, 2008).
8 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
Seterusnya, berikut pula merujuk Jadual 3 yang menunjukkan tema, sub tema dan
sub sub tema cabaran klien wanita yang terlibat dengan poligami umtuk dapatan cabaran
dalaman klien wanita berpoligami dan perbincangan lebih mendalam akan disentuh dalam
bahagian ini.
Jadual 3: Cabaran Dalaman Klien Wanita Berpoligami
Tema
Sub Tema
Sub Sub-Tema
Cabaran Dalaman
1. Emosi
1. Marah
2. Sakit Hati
3. Cemburu
4. Takut
5. Malu
6. Gembira
7.Dihargai
2.Pemikiran
1. Agama
2. Jodoh
3. Anak-anak
4.Prinsip hidup
5. Tidak boleh hidup kalau tidak ada suami
3.Rohani
1.Penerimaan untuk bermadu
2. Tindakan untuk hadapi bermadu
3. Pasrah
4. Redha
Sub Tema 1: Emosi
Berikut perbincangan berhubung cabaran emosi yang dihadapi oleh para responden
dalam kajian ini apabila mereka bermadu. Antara dapatan sub sub tema bagi tema cabaran
emosi ialah marah, sakit hati, cemburu, takut, malu, gembira dan dihargai. Hasil dapatan yang
diperoleh dalam kajian ini adalah bertetapan dengan kenyataan yang dibuat oleh Nurul Adni
(2012) yang menyatakan bahawa apabila suami berkahwin lagi, maka sebenarnya wanita
tersebut sedang menuju siri-siri cabaran perasaan yang rumit lagi mencabar antaranya adalah
marah, sakit hati, cemburu, takut, malu, gembira, dihargai, dan sayang. Perasaan-perasaan
yang dirasai oleh responden adalah berdasarkan pengalaman yang dilalui sepanjang
responden hidup dalam keluarga bermadu. Ada responden yang merasai perasaan yang sama
dengan responden yang lain dan juga sebaliknya.
9 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
Seterusnya, dalam (Rizki Zulaikha 2008; Lathifah Nur Lailiyah et. Al., 2015)
menyatakan interaksi isteri sesama suami mengalami masalah apabila suami secara senyap-
senyap berkahwin lagi tanpa pengetahuan si isteri dan ini telah menyebabkan keharmonian
rumah tangga juga terganggu. Selain itu, keluarga merupakan tempat untuk anak belajar
berinteraksi tetapi apabila interaksi antara kedua orang tua bermasalah maka interaksi
bersama anak-anak juga turut terganggu. Seterusnya, kebanyakan isteri pertama tidak dapat
membina dan mencipta hubungan yang baik sesama madunya kerana ketidaksetujuan
berpoligami, timbul perasaan benci terhadap madunya dan masing-masing tidak mahu
berbaik. Tetapi ada juga yang dapat membina hubungan baik sesama madunya apabila suami
mereka dapat menciptakan suasana yang harmoni dalam keluarga.
Manakala berdasarkan Jankowiak, Sudakov, dan Wilreker (2005) dalam kajian lain
yang menyatakan keluarga yang berpoligami adalah tidak stabil kerana factor seksual dan
faktor emosi tetapi bukan kerana faktor ekonomi.
Sub Tema 2: Intelektual
Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat beberapa jenis pemikiran bagi
responden menerima amalan berpoligami, membuat keputusan untuk terus berpoligami dan
apa yang difikirkan dalam meneruskan kehidupan berpoligami tersebut. Ini bersamaan dengan
dapatan beberapa kajian lain antaranya jenis pemikirannya adalah agama, jodoh, anak-anak,
prinsip hidup dan pasrah dan redha (Jankowiak, Sudakey & Wilreker, 2005; Jaymess, 2007).
Ahmad, Juhan & Mohd (2008) menyatakan Islam tidak melarang umatnya untuk berpoligami
jika takut berlaku zalim atau tidak adil. Ini kerana berpoligami memang tidak dilarang tetapi
Islam juga tidak mengajaknya secara mutlak tanpa batasan. Dalam Islam lelaki dibolehkan
untuk berpoligami ada dinyatakan di dalam Al-Quran Surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud :
‘Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa
yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri
10 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-
hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk
mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.’
(Surah An-Nisa’:3)
Dapatan berhubung agama oleh Haron (2007) dengan mengemukakan hasil dapatan
daripada kajian beliau yang menyatakan kebanyakan isteri menerima untuk berpoligami atau
bermadu adalah kerana dalam ajaran agama yang membenarkan poligami tersebut.
Sub Tema 3: Rohani
Seorang perunding motivasi kaunseling, Hushim Salleh menyatakan wanita bermadu
mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghadapi cabaran kerana wanita yang mengambil
keputusan untuk bermadu perlu mempunyai jati diri dalaman dan rohani yang kuat serta sabar
dalam menangani dugaan hidup. Beliau menyatakan bagi isteri tua, kesabaran adalah aspek
yang penting untuk meneruskan rumah tangga dan bagi isteri muda pula, menyibukkan diri
dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan mereka sibuk kerana mereka telah memilih
untuk melalui dugaan hidup yang mencabar dengan meneruskan berhubungan walaupun
lelaki tersebut telah beristeri. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa kebahagiaan rumah
tangga adalah bermula daripada hati dan juga tubuh badan yang sihat (Zuhayati, 2010),
Hal ini kerana apabila hati berasa sakit pastinya akan menjejaskan kesihatan jasmani
dan beliau menyarankan agar hidup dengan aktiviti yang bermanfaat (Zuhayati, 2010).
Seterusnya, Irfan Fahmi (2014) menyatakan perempuan menerima dan membuat keputusan
untuk menjalankan perkahwinan poligami adalah kerana berlandaskan agama. Kenyatakan
beliau disokong oleh Setiati & Hamzah (2007) yang mengemukakan hasil dapatan daripada
kajian beliau yang menyatakan kebanyakan isteri menerima untuk berpoligami atau bermadu
adalah kerana agama.
11 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
KESIMPULAN
Kesimpulannya, suami perlu pandai serta berhikmah jika ingin berjaya
mengendalikan rumah tangga yang lebih daripada seorang isteri poligami atau bermad, ini
kerana bermadu tidak semanis madu” yang dalam perkataan madu tersebut dari segi Bahasa.
Ianya boleh jadi racun dan dapat membunuh kebanyakan wanita dan institusi rumah tangga.
Bukan calang-calang wanita yang boleh hidup dengan berpoligami dan berkongsi suami
dengan wanita lain. Seseorang yang hidup berpoligami harus menempuh pelbagai cabaran
yang bukan hanya satu sudut malah, pelbagai sudut yang telah dibincangkan dalam dapatan
kajian ini. Semoga maklumat yang dikongsikan dalam kajian ini dapat dijadikan panduan
yang terbaik buat wanita dan pasangan yang memilih untuk berpoligami dalam hidup serta
ahli masyarakat secara langsung dan tidak langsung. Selain buat kaunselor yang sedang dan
akan mengendalikan sesi kaunseling bersama klien kategori ini.
DAFTAR PUSTAKA
Ahmad, K. H., Juhan, C. Y., & Mohd, P. U. (2008). Poligami: Kesenangan atau
kesengsaraan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.
Azizah Hamzah. (2010). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal Pengajian
Media Malaysia 6 (1).
Cresswell, J. (1998). Research Design: Qualitative & Quantitative Approaches. Thousand
Oaks, CA: Sage Publications.
Falen, D. J. (2008). Polygyny and Christian marriage in Africa: The case of Benin. Africa
Studies Review, 51 (2), 51-75.
Hafiz Firdaus Abdullah. (2012). 202 Pelajaran Berkenaan Poligami. Johor Baru, Malaysia:
Perniagaan Jahabersa.
Haron Din (2007). Islam: Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia. Kuala Lumpur: PTS
Millennia Sdn. Bhd.
Idha Aprilyana Sembiring. (2007). Berbagai-bagai faktor penyebab poligami di kalangan
pelaku poligami di Kota Medan. Jurnal Equality, 12(2), 112-119.
12 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
Irfan Fahmi. (2014). Proses pengambilan keputusan menjadi isteri kedua dalam perkahwinan
poligami pada wanita berpendidikan tinggi. Psympathic, Jurnal Ilmiah Psikologi Juni,
1 (2), 231-243.
Jankowiak, W., Sudakov, M., & Wilreker, B. C. (2005). Co-wife conflict and co-operation.
Ethnology. 44 (1), 81-98.
Jaymess, C. G. (2007). Kehidupan dua orang wanita bermadu (Degree’s thesis). Universiti
Malaysia Sarawak.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif.
Johor Bahru: Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Penyelidikan Kualitatif dalam Sains Sosial. Johor Bahru:
Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Karim Hilmi Farhat Ahmad, Juhan Che Yaman dan Mohd Puzhi Usop (2008). Poligami:
Kesenangan atau kesengsaraan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.
Lathifah Nur Lailiyah, Ayunda Hardiyanti, Jauharotun Nafi’ah dan Risyda Zakiyah Hanim
(2015). Emosi. Universitas Jember.
Leli Nurohmah. (2003). Poligami, saatnya melihat realitas. Jurnal Perempuan, 31, 31-45.
Melati Sumari., Ida Hartina Ahmed Tharbe, Norfaezah Md Khalid, & Azmawaty Mohamad
Nor (2014). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.
Mohd Amirruddin Basri. (2005). Kajian tentang poligami di kalangan lelaki pertengahan
umur (Degree’s thesis). Universiti Malaysia Sarawak.
Mohd Zariat Abdul Rani. (2008). Poligami dan gender dalam Tok Guru. Karya Shahnon
Ahmad dan Pujangga Melayu karya Mohd. Affandi Hassan. Akademika 74, 3-20.
Moleong, J. L. (2000). Metodologi Penelitian Kualitatif (Edisi Revisi). Bandung: PT. Remaja
Rosdakarya.
Musdah Mulia. (2000). Pandangan Islam tentang poligami. Jakarta: Lembaga Kajian Agama
dan Gender dengan Persekitaran Solidaritas Perempuan dan The Asia Foundation.
Norsaadah Din., Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail, & Ahmad Nazeer Zainal Arifin.
(2014). Membina perkahwinan berdaya tahan sepanjang hayat melalui pendekatan Al-
Quran dan Al-Sunah. Jurnal Pengajian Islam, Akademi Islam Kuis, 7(1), 174-187.
Nurul Adni Adnan. (2012, February 27). Poligami: Bersedia hadapi ombak
perasaan~Cahaya hati menuju Ilahi [Web log post]. Retrieved from http://sisi-
kehidupan.blogspot.my/2012/02/poligami-bersedia-hadapi-ombak-perasaan.html.
13 | JURNAL AT-TAUJIH BIMBINGAN DAN KONSELING ISLAM
Vol. 3 No. 1 Januari-Juni 2020 (http://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/Taujih)
Nur Zahidah Jaapar & Raihanah Azahari. (2011). Model keluarga bahagia menurut Islam.
Jurnal Fiqh, (8), 25-44.
Pupu Saeful Rahmat. (2009). Penelitian kualitatif. Equilibrium, 5 (9), 1-8.
Ridzuan Masri, Arman Ahmad, dan Razlina Abd Rani (2018). Teori Maslow Dalam Konteks
Memenuhi Keperluan Asas Pekerja Dan Peranannya Dalam Meningkatkan Prestasi
Organisasi: Kajian Dan Perspektif Islam. ISSN 1985-6830 eISSN 2550-2271.Jurnal
Hadhari 10 (1). Mukasurat 1-27.
Rizki Zulaikha Parlina. (2008). Interaksi sosial dalam keluarga yang berpoligami. Universitas
Sumatera Utara.
Rusli Ahmad, Hasbee Usop, Azman Ismail, Sopian Bujang, & Nur Naha Abu Mansor (2014).
Conducting Research in Social Sciences and Management Studies: Practical and a
step-by-step guide.Malaysia: RS Publishing House.
Setiati, E., & Hamzah, M. (2007). Hitam putih poligami: Menelaah perkahwinan poligami
sebagai sebuah fenomena. Jakarta: Cisera Publishing.
Zuhayati Yazid (2010, February 15). Sukarnya berbahagi suami. http://Utusan_Malaysia.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Article
Full-text available
ABSTRAK Teori hierarki keperluan Maslow yang menerangkan aras keperluan manusia telah digunapakai secara meluas dan diterima dalam dunia akademik dan pengamal pengurusan organisasi moden untuk meningkatkan prestasi organisasi. Walaupun begitu, ianya tidak langsung memiliki unsur-unsur yang bersifat pembinaan aspek kerohanian. Justeru, kajian konseptual ini bertujuan untuk meneruskan legasi dan usaha Islamisasi ilmu dengan memilih teori hierarki keperluan Maslow iaitu tingkat keperluan asas untuk dibincang, dibahas dan dihubungkan dengan kerangka ilmu-ilmu Islam sedia ada. Analisis terhadap ilmu moden dibincangkan melalui perbincangan dari sudut tasawwur Islam. Kajian ini juga mengemukakan idea Islamisasi melalui tiga (3) pendekatan utama dalam teori Maslow iaitu pengetahuan.
Article
Full-text available
This study focused on the decision-making process became the second wife in a polygamous marriage by highly-educated women along with the factors that influence it. This study is a qualitative approach with subjects were 3 women aged 30-55 years old with minimum education level was undergraduate and serves as a second wife. From the interviews analysis, it concluded that the decision-making process undertaken by subjects were very diverse and complicated. All subjects through every stage of the decision making process vary depending on the obstacles and problems that they faced. The main factors that affect the subjects in the decision became the second wife is a factor of circumstances, in particular subjects who came from descended polygamy marriage and belief factor, that being the second wife is the providence of God that must be accepted. Suggestions for further research are expected to perform data retrieval from significant others who know the decision-making process taken by the subject
Conference Paper
Full-text available
Penyelidikan kualitatif mempunyai bentuk data yang tersendiri yang berbeza dengan penyelidikan kuantitatif. Data kualitatif ialah dalam bentuk temubual, pemerhatian, dan analisis dokumen. Nota lapangan dan diari pengkaji merupakan penyokong utama dalam mengesahkan kerja-kerja lapangan yang dijalankan dalam kajian kualitatif. Artikel ini cuba mengupas dengan mendalam bentuk data, kekekuatan dan kelemahan metodologi bagi setiap data yang dikumpul, serta proses pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif. (PDF) Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif. Available from: https://www.researchgate.net/publication/293097563_Metodologi_Pengumpulan_Data_dalam_Penyelidikan_Kualitatitif [accessed Dec 28 2018].
Article
Full-text available
Conventional wisdom holds that the polygynous family system is as sexually and emotionally satisfying as a monogamous one. Ethnographic accounts of 69 polygynous systems, however, provide compelling evidence that the majority of co-wives in a polygynous family prefer pragmatic co-operation with one another while maintaining a respectful distance. Moreover, there often is a deep-seated feeling of angst that arises over competing for access to their mutual husband. Co-wife conflict in the early years of marriage is pervasive, and often marked by outbursts of verbal or physical violence. Co-wife conflict may be mitigated by social institutions, such as sororal polygyny and some form of "social security" or helath care. Material wealth may be divided more or less equally, but as a husband's sexual attention (a primary source for increased fertility) and affection cannot always be equitably distributed, there is ongoing and contentious rivalry among co-wives.
Article
Since the arrival of European missionaries in Africa, there has been charged debate over people’s marriage choices. This article outlines the major elements in the academic, theological, and popular discourses on marriage in Africa, focusing on two topics: the conceptual divide between monogamous Christian marriage and African polygyny, and the claim that women automatically prefer monogamy. By comparing the assumptions in the literature with ethnographic data from the Republic of Benin, this article demonstrates that marital choices cannot necessarily be predicted by a person’s gender and rarely are characterized by a definitive conceptual divide. Instead, personal motives related to economics, prestige, and competition for power are the main factors in marriage choices.
Article
Polygamy is about marrying more than a woman. Poligamy isnot a new matter in society because married more than a woman have been conducted since ahead and still take place till now. When a husband decided to married another women, there will be a reason followed his action. From age to age, many reasons why a husband chose for polygamy and all the reasons are depend on the need of the society. Using empirical method, this research found that the reason that someone chose polygamy has been changed and friction adapted by requirement society and the growth of the epoch.
Poligami: Kesenangan atau kesengsaraan
  • K H Ahmad
  • C Y Juhan
  • P U Mohd
Ahmad, K. H., Juhan, C. Y., & Mohd, P. U. (2008). Poligami: Kesenangan atau kesengsaraan. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.
Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya
  • Azizah Hamzah
Azizah Hamzah. (2010). Kaedah kualitatif dalam penyelidikan sosiobudaya. Jurnal Pengajian Media Malaysia 6 (1).
202 Pelajaran Berkenaan Poligami
  • Abdullah Hafiz Firdaus
Hafiz Firdaus Abdullah. (2012). 202 Pelajaran Berkenaan Poligami. Johor Baru, Malaysia: Perniagaan Jahabersa.