Content uploaded by Syarifah Hanum Ali
Author content
All content in this area was uploaded by Syarifah Hanum Ali on Jul 14, 2020
Content may be subject to copyright.
Politeknik Kota Kinabalu
No: 4 Jalan Politeknik
KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park
88460 Kota Kinabalu, SABAH
Tel: 088 – 401800
Faks: 088 – 499960
Laman Web master@polikk.edu.my
Cetakan pertama Disember 2019
Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam penerbitan ini tidak
dibenarkan ditiru, diterbit semula, disimpan dalam cara yang boleh
dipergunakan lagi, atau dipindah dalam mana-mana cara, baik dengan
cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakamanan atau
sebaliknya, tanpa izin bertulis daripada Politeknik Kota Kinabalu.
Diterbitkan oleh:
Politeknik Kota Kinabalu
No: 4 Jalan Politeknik
KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park
88460 Kota Kinabalu, SABAH
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
Abstrak
Abstract
i
ii
BAB SATU (PENGENALAN)
1.0 Pengenalan
1
1.1 Latar Belakang Kajian
5
1.2 Pernyataan Masalah
5
1.3 Kerangka Konseptual Kajian
6
1.4 Objektif Kajian
7
1.5 Skop Kajian
8
1.6 Kepentingan Kajian
8
1.7 Rumusan
10
BAB DUA (TINJAUAN LITERATUR)
2.0 Pengenalan
11
2.1 Kebolehkerjaan dalam Kalangan Graduan
11
2.2 Pembentukan Kerangka Kajian
13
2.2.1 Kemahiran Teknikal
14
2.2.2 Pengetahuan
15
2.2.3 Kemahiran Insaniah
17
2.2.4 Kepuasan Majikan
19
2.3 Rumusan
20
BAB TIGA (METODOLOGI)
3.0 Pengenalan
21
3.1 Rekabentuk Kajian
21
3.2 Populasi dan Persampelan
22
3.3 Pengumpulan Data
24
3.4 Rekabentuk Soal Selidik
24
3.4.1 Pengukuran Item
25
3.5 Rekabentuk Kualitatif
26
3.5.1 Pemilihan Responden
27
3.6 Kajian Rintis
27
3.6.1 Ujian kebolehpercayaan
28
3.7 Kesahan Instrumen Kajian
29
3.8 Proses Pengumpulan Data
30
3.9 Analisis Data
30
3.10 Rumusan
31
BAB EMPAT (DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASI)
4.0 Pengenalan
32
4.1 Kajian Rintis
32
4.2 Kebolehpercayaan
32
4.3 Demografik
33
4.3.1 Organisasi
33
4.3.2 Bidang
34
4.3.3 Gaji Permulaan
34
4.4 Analisis Deskriptif
35
4.4.1 Kemahiran
35
4.4.2 Pengetahuan
36
4.4.3 Kemahiran Insaniah
37
4.4.4 Kepuasan Majikan
38
4.5 Analisis Korelasi
39
4.6 Analisis Linear Regresi Mudah
41
4.6.1 Perhubungan Di Antara Kemahiran Dan Kepuasan
Majikan
41
4.6.2 Perhubungan Di Antara Pengetahuan Dan Kepuasan
Majikan
41
4.6.3 Perhubungan Di Antara Kemahiran Insaniah Dan
Kepuasan Majikan
42
4.7 Analisis Linear Regresi Berganda
42
4.7.1 Perhubungan Di Antara Kemahiran, Pengetahuan dan
Kemahiran Insaniah Dan Kepuasan Majikan
43
4.8 Analisis Data Kualitatif
44
4.8.1 Analisis Temubual Berstruktur Industri
44
4.5.2 Tema Analisis Kandungan
49
4.6 Rumusan
51
BAB LIMA (PERBINCANGAN)
5.0 Pengenalan
52
5.1 Pencapaian Objektif
52
5.1.1 Tahap Kemahiran Graduan Politeknik Kota Kinabalu
52
5.1.2 Tahap Pengetahuan Graduan Politeknik Kota Kinabalu
53
5.1.3
Tahap Kemahiran Insaniah Graduan Politeknik Kota Kinabalu
54
5.1.4Kekuatan Hubungan Konstruk Kemahiran,
Pengetahuan Dan Kemahiran Insaniah
Mempengaruhi Kepuasan Majikan Terhadap
Graduan Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
54
5.2 Sumbangan dan Impak kajian
56
5.2.1 Kementerian
56
5.2.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
57
5.2.3 Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
58
5.2.4 Industri dan Majikan
59
5.2.5 Pelajar
60
5.3 Batasan Kajian
60
5.4 Kajian Masa Depan
61
5.5 Rumusan
61
62
RUJUKAN
Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian
7
Rajah 2.2 Pembentukan Kerangka Kajian
14
Rajah 3.1 Reka bentuk pembangunan soal selidik
25
Rajah 3.2 Proses pembangunan soalan temu bual
26
SENARAI JADUAL
Jadual 3.1 Jadual penentuan Sampel Populasi
23
Jadual 3.3 Intrepretasi Julat Min
31
Jadual 4.1
Pengukuran Kebolehpercayaan Bagi Setiap
Pembolehubah
33
Jadual 4.2 Organisasi
34
Jadual 4.3 Bidang
34
Jadual 4.4 Gaji Permulaan Bulanan (termasuk elaun) Bagi
Graduan
Diploma Politeknik
35
Jadual 4.5 Tahap Kemahiran Bagi Graduan Diploma Politeknik
36
Jadual 4.6 Tahap Pengetahuan Bagi Graduan Diploma Politeknik
37
Jadual 4.7 Tahap Kemahiran Insaniah Bagi Graduan Diploma
Politeknik
38
Jadual 4.8Tahap Kepuasan Majikan Bagi Graduan Diploma
Politeknik
39
Jadual 4.9 Korelasi Pearson Matrik Bagi Pembolehubah Kajian
(n=308)
40
Jadual 4.10 Analisis Regresi Di Antara Kemahiran Dan Kepuasan
Majikan
41
Jadual 4.11 Analisis Regresi Di Antara Pengetahuan Dan
Kepuasan Majikan
42
Jadual 4.12 Analisis Regresi Di Antara Kemahiran Dan Kepuasan
Majikan
42
Jadual 4.13 Analisis Regresi Di Antara Reka Bentuk Pekerjaan
Dan Motivasi Ekstrinsik
43
Jadual 4.14: Maklumbalas Industri Terhadap Graduan Politeknik
Kota Kinabalu Berdasarkan Soalan “Adakah graduan
Politeknik Kota Kinabalu menepati keperluan di
organisasi tuan?”
45
Jadual 4.15: Maklumbalas Industri Terhadap Graduan Politeknik
Kota Kinabalu Berdasarkan Soalan : Kemahiran
“Pada pandangan Tuan/Puan, adakah kemahiran yang
dipelajari daripada sistem politeknik memenuhi
46
keperluan di organisasi tuan?”
Jadual 4.16: Maklumbalas Industri Terhadap Graduan Politeknik
Kota Kinabalu Berdasarkan Soalan : Pengetahuan
“Pada pandangan tuan/puan, adakah pengetahuan yang
dimiliki oleh graduan Politeknik dapat memenuhi
keperluan di organisasi tuan?”
47
Jadual 4.17: Maklumbalas Industri Terhadap Graduan Politeknik
Ko
ta Kinabalu Berdasarkan Soalan : Kemahiran
Insaniah “Pada pandangan tuan/puan, adakah
kemahiran insaniah yang dimiliki oleh graduan
Politeknik dapat memenuhi keperluan di organisasi
tuan?
48
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1: Borang Soal Selidik
66
Abstrak
Graduan yang dihasilkan oleh sistem pendidikan Malaysia haruslah dapat memenuhi
keperluan dan kehendak para majikan, ini termasuklah juga graduan yang dihasilkan
oleh Politeknik. Namun, sering dipersoalkan samada kemahiran dan pengetahuan
yang dimiliki oleh graduan ini dapat memenuhi kehendak majikan masa kini.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai kemahiran kebolehkerjaan pelajar
Politeknik Kota Kinabalu menurut perspektif majikan. Kajian ini telah dijalankan
dengan menggunakan protokol temu bual dan soal selidik ke atas majikan-majikan
yang mempunyai graduan politeknik sebagai tenaga kerjanya. Satu set soal selidik
digunakan sebagai instrumen kajian dengan empat konstruk mempunyai 26 item
yang menggunakan pengukuran skala likert, manakala protokol temuduga pula
menggunakan persampelan berstruktur. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian
adalah α > 0.6. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati graduan PKK memiliki
kemahiran, pengetahuan, kemahiran insaniah dan kepuasan majikan bagi memenuhi
kehendak majikan.
i
Abstract
Graduates produced by the Malaysian education system must meet the needs and
requirements of employers, including graduates of polytechnic. However, it is often
questioned whether the skills and knowledge of these graduates can meet the needs
of today's employers. The purpose of this study is to evaluate the employment skills
of Kota Kinabalu Polytechnic students according to the employers' perspective. This
study was conducted using interview protocols and questionnaires on employers that
has polytechnic graduates as their workforce. A set of questionnaires was used as a
study instrument with four constructs consisting of 26 items using Likert scale
measurement, while the interview protocol used structured sampling. The reliability
of the study instrument was α> 0.6. Data were analyzed using Statistical Package
for Social Science software. Overall, the findings show that PKK graduates have
high skills, technical and generic knowledge, and can meet the needs of their
employers.
ii
1
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Pelaburan dalam modal insan sangat kritikal untuk menjadikan ia sebuah negara maju
di Malaysia (Ramlee, 2013a). Di samping itu, Malaysia perlu meningkatkan modal
sosial dan kapasiti masyarakat. Raslan (2011) pula mengatakan perubahan landskap
geopolitik baharu di Malaysia menuntut kepada graduan untuk menghadapi saingan
global. Sifat retorik semata-mata adalah sia-sia. Dari aspek globalisasi, Malaysia telah
mengorak langkah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Agenda Wawasan
2020 merupakan misi nasional ke arah menjadikan Malaysia negara yang berstatus
maju menjelang tahun 2020 (Mahathir, 1990; Halimahton, 2011; Ramlee 2013b).
Wawasan 2020 memberi gambaran yang jelas bahawa kejayaan sesebuah negara tidak
hanya terletak kepada kebijaksanaan pemimpin mencipta wawasan dan gagasan tetapi
juga berperanan sebagai agen perubahan dengan menukar paradigma rakyat serta
menggerakkan pihak industri sebagai enjin pertumbuhan ekonomi untuk merealisasikan
Wawasan 2020 (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Walau bagaimanapun, untuk
memajukan Malaysia ke barisan hadapan dari aspek pengetahuan, pelaburan modal
insan adalah kritikal. Ekonomi yang berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) memerlukan
ramai pekerja yang kreatif dan inovatif (Ramlee, 2013a).
Selain daripada Wawasan 2020, kerajaan Malaysia turut tidak ketinggalan
terlibat sama dengan perkembangan revolusi perindustrian keempat. Salah satu
terjemahan kerajaan Malaysia dalam industri 4.0 adalah Transformasi Nasional 2050
(TN50). TN50 merangka satu sasaran jangka masa 30 tahun di mana satu usaha untuk
membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Pembentukan TN50
merupakan susulan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) dan wawasan 2020 (1991-2020).
Tujuan TN50 adalah menyasar menjadi antara negara teratas di dunia dalam aspek
ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. Bagi mencapai hasrat TN50, pelbagai usaha
2
dan strategik yang dirangka oleh kerajaan melalui dialog, wacana, penyelidikan dan
seminar. Usaha dan strategik ini diperlukan bagi mendapatkan maklum balas daripada
pelbagai pihak dalam masyarakat Malaysia.
Bagi mencapai hasrat Transformasi Nasional 2050 (TN50), pengetahuan dilihat
sebagai aset dan rujukan penting bagi memandu ke arah perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan. Justeru, pengurusan pengetahuan dan maklumat adalah elemen yang perlu
dititikberatkan oleh kerajaan bagi memandu pengetahuan dan maklumat digunakan
secara optimum. Komponen pengurusan pengetahuan iaitu proses, manusia dan
teknologi adalah pelengkap bagi menjayakan matlamat pengurusan pengetahuan
berkesan dalam pelaksanaan TN50. Penciptaan, pengumpulan dan perkongsian
pengetahuan adalah kitaran pengurusan pengetahuan yang lengkap melengkapi bagi
memastikan pengurusan pengetahuan yang elefektif. TN50 juga memerlukan
masyarakat yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional bagi memenuhi
keperluan negara pada menjelang tahun 2050. Justeru, Sistem Pendidikan dan
Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan salah pendidikan yang boleh
membantu menjayakan hasrat kerajaan melahirkan graduan yang boleh memenuhi
keperluan undustri 4.0 dan TN50.
Perdana Menteri dalam pembentangan rancangan pembangunan negara bagi
tempoh 2016 sehingga 2020 di Dewan Rakyat menegaskan Program Latihan Teknikal
dan Vokasional (TVET) menjadi wadah penting bagi meningkatkan tenaga kerja
mahir sebagai persediaan Malaysia menuju negara maju menjelang 2020. Sebanyak 1.5
juta pekerjaan baharu akan diwujudkan melalui Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11)
dan 60 peratus daripadanya memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang berkaitan
TVET. Pada masa yang sama, Bagi merealisasiakan enrolmen pendidikan tinggi kepada
sasaran 70% menjelang 2025, senario pertumbuhan ini memerlukan tambahan enrolmen
sebanyak 1.1 juta terutamanya dalam pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional
(TVET), Institusi pengajian swasta dan pembelajaran dalam talian. Aspirasi
kementerian adalah untuk mewujudkan sistem pendidikan tinggi terbaik yang
membolehkan Malaysia bersaing dalam ekonomi dunia. Justeru itu, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 dirangka bertujuan untuk
3
membangunkan sistem yang tidak hanya menumpu kepada laluan akademik biasa,
tetapi turut memberi penekanan kepada laluan TVET. Program Transformasi Ekonomi
atau Economic Transformation Program (ETP) adalah satu usaha komprehensif
Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan Negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari
RM 23,700 pada 2009 kepada lebih RM48,000 pada 2020 dan mewujudkan 3.3 juta
peluang pekerjaan. Program ini memfokuskan kepada 12 Bidang Ekonomi Utama
Negara atau National Key Economic Areas (NKEA).
Keupayaan memanipulasi pembangunan sumber manusia (modal insan) dengan
baik akan menyebabkan sesebuah negara mampu bersaing dengan negara maju yang
lain walaupun tidak mempunyai sumber fizikal yang baik (Rahmah, 2000). Maran et al.
(2009) menegaskan firma yang menyediakan latihan, pengetahuan, kemahiran dan
pendidikan kepada sumber manusia akan menyebabkan pencapaian syarikat menjadi
bertambah baik. Sesebuah organisasi yang memiliki sumber manusia (modal insan)
yang dapat menangani perubahaan persekitaran seperti k-ekonomi dan globalisasi akan
memudahkan matlamat sesebuah organisasi dicapai (Kamaruddin, 2010). Pendidikan
Teknikal dan Vokasional perlu mengintegrasikan elemen kemahiran kebolehkerjaan
dalam kurikulum supaya graduan releven dengan permintaan majikan dan industri
(Fitrisehara, 2008).
Penggunaan teknologi terkini, prestasi ekonomi yang agak sederhana dan
penciptaan peluang pekerjaan yang perlahan berbanding limpahan graduan telah
mewujudkan persaingan dalam kalangan graduan bagi mendapat pekerjaan (Ishak et al.,
2008). Penggunaan teknologi terkini juga akan memberi kesan kepada modal manusia
yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan agar dapat mencapai
matlamat Model Ekonomi Baru. Model Ekonomi baru ini mempunyai lapan inisiatif
dan salah satu inisiatif ialah pembangunan modal insan yang dapat membangunkan
tenaga kerja yang berkualiti. Tenaga kerja yang berkualiti ini mampu mengurangkan
kebergantungan kepada pekerja asing. Tenaga kerja yang berkualiti juga berkebolehan
membawa segala bentuk perubahaan suasana kerja di tempat kerja. Tenaga kerja ini
merupakan pekerja berpengetahuan (k-workers). Sistem pendidikan dan tenaga kerja
yang berkemahiran merupakan senjata utama bagi sesebuah negara menghadapi
persaingan di peringkat global (Ramlee, 2013b). Namun keupayaan mendapat
4
pekerjaan dalam kalangan siswazah serta kekurangan dan ketidakpadanan kemahiran
merupakan penghalang pembangunan modal insan di Malaysia (Ramlee, 2013a).
Tenaga kerja yang fleksibel, berkemahiran teknikal dan memiliki kemahiran
kebolehkerjaan yang tinggi seperti mempunyai pemikiran kreatif, kemahiran
menyelesaikan masalah serta kemahiran analitikal akan mempelopori pentas global
dunia pekerjaan serta menjadi pilihan majikan (Bagshaw, 1997; Jailani et al., 2007;
Mohd Salleh & Mohd Zaki, 2006; Mohd Salleh et al., 2008; dan Siti Zaleha et al.,
2007). Tenaga kerja yang mempunyai kemahiran kebolehkerjaan boleh mendepani
perubahan sosial dan keadaan ekonomi yang sentiasa berubah (Clark, 2011). Pekerja
atau pelajar yang menguasai kemahiran kebolehkerjaan berupaya melaksanakan tugas
dalam pelbagai situasi di alam kehidupan, pembelajaran dan pekerjaan seharian (Abd
Rahim & Ivan, 2007).
Oleh itu, kesan globalisasi dan k-ekonomi menuntut perubahaan sistem
pendidikan dan latihan teknik dan vokasional untuk menghasilkan modal insan yang
berkemahiran tinggi dan berkualiti (Md. Nor, 2011). Berdasarkan Transformasi
Nasional 2050 (TN50), menjelang tahun 2050 negara memerlukan tenaga kerja
berkemahiran tinggi daripada 37% kepada 55%. Justeru sebagai langkah untuk
merealisasi sasaran negara, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu
diarusperdanakan dan dipertingkatkan keupayaannya termasuk meningkatkan imej
TVET pada pandangan masyarakat (Ramlee, 2013). Kamaruddin (2010) serta Tan dan
Nor Hazwin (2010) mempersoalkan sama ada graduan-graduan yang dihasilkan oleh
institusi pengajian tinggi dapat memenuhi kehendak majikan pada masa kini. Persoalan
ini juga tidak terkecuali kepada graduan-graduan politeknik kementerian pengajian
tinggi Malaysia. Persoalan sekarang ialah, adakah graduan yang dihasilkan oleh
politeknik dapat memenuhi sumber tenaga kerja negara dan juga memenuhi pasaran
kerja semasa? Untuk memenuhi persoalan kajian ini maka kajian majikan ini dilakukan
untuk menjawab persoalan kajian tersebut.
Politeknik perlu memainkan peranan bagi menghasilkan graduan yang berilmu
dan berkemahiran tinggi bagi menangani perubahan ekosistem pengajian tinggi negara
(Fazlina, 2007). Oleh itu, untuk menjadi institusi pilihan dalam pendidikan teknik dan
5
vokasional, pihak pengurusan politeknik haruslah berusaha untuk menjadikan
politeknik sebagai satu institusi yang ulung dan seterusnya graduan yang dihasilkan
memenuhi kehendak majikan serta juga pasaran kerja pada masa kini. Graduan yang
diingini oleh majikan pada masa kini ialah tenaga kerja yang mempunyai kemahiran
teknikal dan kemahiran kebolehkerjaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menilai
kemahiran kebolehkerjaan pelajar politeknik Malaysia menurut kaca mata majikan.
1.1 Latar belakang Kajian
Pelbagai pihak mula mempersoalkan kualiti pendidikan di negara ini memandangkan
sejumlah besar graduan politeknik masih menganggur dan bekerja di luar bidang yang
dipelajari semasa di politeknik. Ada pihak yang menyalahkan graduan sendiri dan ada
pula yang menyalahkan pihak politeknik yang dikatakan tidak menyediakan kurikulum
yang bersesuaian dengan kehendak majikan. Justeru itu kajian ini dijalankan untuk
melihat permasalahan ini samada dari graduan ataupun sebaliknya. Sektor industri juga
digesa memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan Dasar Latihan Industri Institusi
Pengajian Tinggi (IPT) yang menggalakkan pihak berkenaan menyuntik input kepada
kurikulum politeknik dan bekerjasama untuk penempatan pelajar di syarikat tempatan
dan multinasional.
1.2 Pernyataan Masalah
Kajian Pengesanan Graduan menunjukkan pengangguran disebabkan oleh kurangnya
kemahiran yang diperlukan bagi menjamin kebolehpasaran pekerjaan (Esa et al., 2015).
Esa et al. (2014) juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar kejuruteraan mempunyai
kemahiran teknikal yang baik, namun kemahiran insaniah mereka tidak berada di tahap
yang sama. Ini adalah kerana mereka mempunyai kekurangan dari segi komunikasi,
keyakinan diri, dan penyesuaian diri di tempat kerja. Perkara ini perlu diberi perhatian
memandangkan para majikan memerlukan graduan yang menyerlah dalam kemahiran
insaniah yang merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, serta mempunyai sikap yang positif terhadap kerja (Hanapi &
Kamis, 2017; Leo, 2016; Machart, 2017).
Para pengkaji berpendapat ketidaksepadanan pengetahuan dan kemahiran yang
berlaku dalam kalangan graduan adalah jurang di antara kriteria yang diperlukan oleh
6
industri dengan pendidikan yang dilalui para graduan (Bilal & Ummah, 2016; Wesley
et al., 2017). Berdasarkan kajian Bilal dan Ummah (2016), terdapat kelompangan dari
segi pengetahuan teorikal dan praktikal dalam kalangan pelajar di sebuah universiti
semasa mereka menjalani latihan industri. Dapatan kajian Hanapi dan Kamis (2017)
pula menunjukkan ketidaksepadanan kemahiran teknikal dan kemahiran
kebolehpasaran menjadi antara penyebab berlakunya pengangguran dalam kalangan
graduan.
Kajian-kajian lepas pula sukar untuk menunjukkan satu persetujuan yang nyata
tentang kemahiran yang manakah yang menyumbang kepada kebolehpasaran (Suleman,
2016). Walaupun terdapat majikan yang menjadikan kemahiran interpersonal,
komunikasi dan bekerjasama dalam pasukan sebagai pilihan mereka, namun terdapat
juga majikan yang memberi keutamaan kepada kebolehan teknologi maklumat. Bagi
Kwok et al. (2014) pula, kemahiran generik dan kemahiran bukan generik memainkan
peranan yang sama penting dalam menentukan kebolehpasaran graduan. Justeru,
terdapat keperluan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kemahiran insaniah
bagi graduan politeknik.
1.3 Kerangka Konseptual Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keperluan dan persepsi majikan terhadap
pekerja separa mahir graduan politeknik. Penyelidik telah membuat klasifikasi item-
item berdasarkan aspek kemahiran, pengetahuan dan kemahiran insaniah yang
berdasarkan kajian literatur yang telah diperolehi melalui pengkaji lepas iaitu
Kamaruddin (2000), Sattar (2015), Yahya Buntat (2012) dan Yusof (2013). Rajah 1.1
menunjukkan kerangka konseptual yang menggambarkan item-item yang diperlukan
oleh majikan terhadap pekerjanya berdasarkan aspek kemahiran, pengetahuan dan
kemahiran insaniah.
7
Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran, pengetahuan dan
kemahiran insaniah dalam kalangan para majikan terhadap graduan politeknik
Malaysia. Oleh itu, secara khusus tujuan kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap kemahiran graduan Politeknik Kota Kinabalu berdasarkan
persepsi majikan.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan Politeknik Kota Kinabalu berdasarkan
persepsi majikan.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan Politeknik Kota Kinabalu
berdasarkan persepsi majikan.
4. Mengenal pasti kekuatan hubungan konstruk kemahiran, pengetahuan dan kemahiran
insaniah mempengaruhi kepuasan majikan terhadap graduan Politeknik Kota Kinabalu.
Kemahiran
Kemahiran Insaniah
Pengetahuan
KEPUASAN
MAJIKAN
8
1.5 Skop Kajian
Kajian ini adalah terhad kepada graduan Politeknik Kota Kinabalu. Responden kajian
meliputi graduan Politeknik Kota Kinabalu yang bergraduat pada sesi 2016/2017.
Hanya dua jenis instrumen yang digunakan iaitu protokol temu bual dan soal selidik.
Protokol temu bual dan soal selidik adalah berfokus kepada tahap kemahiran,
pengetahuan, dan kemahiran insaniah berdasarkan kepada persepsi majikan terhadap
graduan politeknik.
1.6 Kepentingan Kajian
Modal insan yang ingin dibangunkan adalah kemahiran kebolehkerjaan termasuklah
berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan
mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Pelajar atau
graduan yang berkualiti sangat penting dalam memastikan agenda kerajaan untuk
menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Dalam Pelan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017) menegaskan
peranan pendidikan sangat penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju
menjelang 2020 (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2017).
Berdasarkan tinjauan literatur, kemahiran kebolehkerjaan adalah merupakan
bidang kemahiran yang sangat berpengaruh dalam memastikan kejayaan dan kemajuan
sesebuah syarikat atau industri secara amnya. Sumber manusia yang berketrampilan dan
berkebolehan serta mahir dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan
adalah menjadi impian dan harapan pihak pusat pemberi latihan terhadap para
pelatihnya. Keupayaan para pelatih yang dihasilkan dalam memberi kepuasan kepada
majikan dan penerimaan baik para majikan terhadap tenaga kerja yang dihasilkan
adalah petanda baik bagi program yang dilaksanakan di Politeknik Kota Kinabalu.
9
Kemahiran kebolehkerjaan juga amat penting dalam menentukan pembangunan
lestari. Juruteknik dan Pembantu Teknikal yang bakal dilahirkan di Politeknik Kota
Kinabalu perlu mempunyai kemahiran kebolehkerjaan yang menepati dan dapat
mengadaptasikan diri dengan elemen sosial, ekonomi dan persekitaran di alam
pekerjaan. Ekonomi, persekitaran dan sosial yang berubah dan mencabar memerlukan
kemahiran bukan teknikal untuk menanganinya. Oleh itu kurikulum di Politeknik Kota
Kinabalu perlu peka dengan elemen ini untuk bersaing dengan graduan dari IPTA yang
lain dan yang lebih penting melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran
kebolehkerjaan.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu Kementerian Pendidikan Tinggi
amnya, Jabatan Pendidikan Politeknik, Politeknik Kota Kinabalu khususnya dalam
perancangan program. Dapatan kajian ini boleh dijadikan tanda aras bagi penggubalan
kurikulum di politeknik terutama elemen kemahiran kebolehkerjaan. Pihak industri juga
boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk pengetahuan tentang keperluan kemahiran
kebolehkerjaan dalam kalangan pekerja yang diambil bagi meningkatkan produktiviti
kerja dan seterusnya meningkatkan produktiviti syarikat. Pengurusan sumber manusia
yang lebih terancang dapat diolah dengan lebih teratur supaya pekerja yang
berkemahiran dapat digunapakai dengan lebih optimum. Kajian ini menjadi garis
panduan bagi pihak industri dalam merancang keperluan ekonomi di era globalisasi.
Hasil kajian ini juga berguna kepada pekerja atau graduan yang menceburi
bidang pekerja untuk meneliti dan mengaplikasikan elemen-elemen kemahiran
kebolehkerjaan yang dikaji dalam kajian ini. Mereka lebih bersedia untuk bersaing dan
adaptasi diri di alam pekerjaan yang berubah-ubah ekoran k-ekonomi dan globalisasi.
Hasilnya graduan lebih berkeyakinan dan berketrampilan serta mampu memperoleh
ganjaran yang lumayan daripada majikan. Kajian ini menyumbang kepada
penyelongkaran epistemologi baru dalam kemahiran kebolehkerjaan ke arah
pembangunan lestari. Ini membuka dimensi baru dalam bidang ilmu dalam kalangan
penyelidik-penyelidik di masa akan datang. Dengan itu kajian ini amat diperlukan untuk
dijalankan atas sebab faktor-faktor yang telah dibincangkan.
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat mengenai elemen-elemen
kemahiran kebolehkerjaan yang harus diberi perhatian dan perlu disepadu dalam
10
program di Politeknik Kota Kinabalu, serta elemen kemahiran kebolehkerjaan yang
diperlukan oleh pihak industri khususnya. Kajian ini juga boleh dijadikan penanda aras
bagi penggubalan kurikulum di politeknik terutama elemen kemahiran kebolehkerjaan.
Kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan panduan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum Politeknik dalam usaha mengenal pasti elemen-elemen kemahiran
kebolehkerjaan yang perlu dibekal kepada pensyarah kejuruteraan di politeknik. Selain
itu, kajian ini menghasilkan satu model persekitaran pembelajaran untuk pembangunan
kemahiran kebolehkerjaan pelajar politeknik yang berbeza dengan kajian terdahulu.
Bagi pihak majikan industri, dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan garis
panduan mengenai elemen-elemen kemahiran kebolehkerjaan yang telah diterapkan
oleh pensyarah-pensyarah di politeknik terhadap pelajar-pelajar. Ini dapat membantu
mereka merancang latihan-latihan bagi menambah kemahiran-kemahiran bagi
meningkatkan tahap keupayaan dan kecekapan tenaga kerja mereka. Hasil kajian ini
juga berguna kepada individu yang menceburi bidang pekerjaan membuat perbandingan
dan penilaian ke atas elemen kemahiran kebolehkerjaan yang diingini oleh majikan dan
yang perlu ada oleh setiap individu sebelum mereka menceburi sesuatu bidang
pekerjaan. Usaha ini diharapkan dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan
dengan lebih mudah serta mendapat gaji berdasar kepada pengetahuan dan kemahiran
yang mereka miliki. Akhir sekali dapatan kajian ini diharapkan dapat
menyumbangkan idea-idea, kefahaman mengenai konsep-konsep dan juga
pengembangan dalam bidang ilmu berkaitan dengan kemahiran kebolehkerjaan serta
kepentingannya terhadap dunia pekerjaan hari ini.
1.7 Rumusan
Bab ini mengandungi pengenalan kepada kajian yang ingin dilakukan oleh penyelidik
mengenai kebolehkerjaan dalam kalangan graduan politeknik di Malaysia. Ia juga
mengandungi latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, skop kajian,
kepentingan kajian yang berkaitan dengan kebolehkerjaan graduan politeknik.
11
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Berdasarkan tinjauan literatur, didapati para majikan menginginkan pekerja yang
mempunyai pelbagai kemahiran pekerjaan termasuk pengetahuan dan kemahiran
insaniah. Kebolehkerjaan graduan yang dihasilkan juga merupakan kayu pengukur
kepada kejayaan politeknik dan program yang diikuti oleh pelajar tersebut. Kajian ini
diharapkan dapat memberi maklumat dan menambah baik elemen-elemen
kebolehkerjaan yang harus diberi penekanan dalam melaksanakan program pengajian di
politeknik serta elemen-elemen kebolehkerjaan dari aspek pengetahuan, kemahiran dan
kemahiran insaniah yang diperlukan oleh pihak majikan dan industri seiring dengan
gagasan Revolusi Industri 4.0.
2.1 Kebolehkerjaan dalam Kalangan Graduan
Perkembangan dunia masa kini di era globalisasi, majikan tidak hanya mementingkan
kemahiran teknikal sahaja tetapi juga kepada pengetahuan dan kemahiran insaniah
terhadap kebolehkerjaan agar pekerja mereka dapat menyesuaikan diri dengan semua
jenis pekerjaan dan dalam masa yang sama memiliki “multi skills” (Butcher et al.,
2011). Graduan yang menganggur merupakan fenomena serius yang berlaku pada masa
kini. Perangkaan pasaran buruh menunjukkan bahawa keluaran institusi pengajian
tinggi tempatan masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun
keluaran sesuatu kumpulan pekerja itu melebihi daripada permintaan para majikan.
Antara faktor utama berlakunya fenomena ini adalah kerana graduan yang dihasilkan
masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan masa kini. Elemen-elemen yang perlu
ada bagi seorang graduan seperti kemahiran teknikal, pengetahuan dan kemahiran
insaniah merupakan aspek yang amat penting untuk ketrampilan seseorang pelajar
(Cremin Colin, 2010). Ketrampilan seseorang pelajar telah menjadi agenda penting
negara dan menjadi tanggungjawab instisusi-institusi pengajian tinggi bagi melahirkan
tenaga kerja yang mempunyai daya saing yang tinggi serta memenuhi keperluan
pasaran.
12
Kebolehkerjaan adalah kemahiran bukan teknikal yang sering dikaitkan dengan
sikap dan personaliti yang penting bagi seseorang graduan untuk mendapatkan kerja.
Penerapan elemen- elemen kebolehkerjaan seperti kemahiran, pengetahuan dan
kemahiran insaniah adalah perlu oleh tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk melahirkan tenaga mahir yang berkualiti dan diperlukan oleh
majikan. Elemen-elemen dalam kebolehkerjaan biasanya sering dikaitkan dengan
gambaran personal, sikap, tabiat, tingkah laku, gaya berkomunikasi, penyelesaian
masalah dan kemahiran membuat keputusan serta kebolehan mengorganisasikan.
Goodwin & Vicki (2012) pula mentakrifkan kebolehkerjaan sebagai satu set
pencapaian, kefahaman dan sifat peribadi yang membuatkan individu supaya lebih
mudah untuk mendapatkan pekerjaan dan berjaya dalam pekerjaan yang dipilih oleh
mereka.
Kebolehkerjaan didefinisikan sebagai seseorang yang berkebolehan untuk
mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan pelbagai pekerjaan dalam
satu-satu masa, bukan sahaja mereka dapat melaksanakan tugasan tersebut dengan
pantas dan cepat tetapi mereka dapat melaksanakan tugasan tanpa latihan yang lanjut
(Little & Brenda, 2011). Manakala Lowden et al., (2011) menyatakan kebolehkerjaan
ini merujuk kepada peribadi tertentu individu yang diperoleh dan digunakan dalam
profesion kerjaya mereka. Andrew & Russel (2011) menyatakan kebolehkerjaan adalah
satu set yang berkaitan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang perlu dimiliki bakal
pekerja untuk memastikan mereka mempunyai keupayaan di tempat kerja. Elemen-
elemen dalam kebolehkerjaan sangat penting dikuasai oleh pelajar untuk persediaan ke
alam pekerjaan. Menurut Little dan Brenda (2011) pelajar patut mempersiapkan diri
mereka dengan mempelbagaikan pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah yang
ada pada diri mereka sama ada dari segi teknikal ataupun kemahiran-kemahiran lain
yang boleh membantu mereka dalam kerjaya nanti.
Elemen-elemen dalam kebolehkerjaan dapat menguruskan kerjaya diri menuntut
setiap individu untuk berkebolehan berubah dengan pantas mengikut keperluan semasa,
fokus terhadap kualiti diri, kreatif dan sentiasa bertanggunjawab terhadap tugasnya.
Individu yang pandai menguruskan kerjayanya lebih berkeyakinan dalam suasana kerja
yang baharu (Redekopp et al., 2009). Ini adalah kerana dunia pekerjaan sekarang telah
13
menjadi kompleks terutama sekali kesan perubahan teknologi dan ekonomi. Pekerjaan
sekarang memerlukan keupayaan, kemahiran dan pengetahuan yang pelbagai. Individu
ini akan berhadapan dengan kurang pengalaman dalam menguasai teknologi terkini
dalam pasaran semasa (Mc Dermott, 2010). Kajian yang dijalankan oleh Noh (2010)
menyatakan bahawa penerapan yang dilakukan oleh tenaga pengajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran perlulah tinggi terutama yang melibatkan aspek
kemahiran dan pengetahuan. Penerapan yang dikaji dalam kajian ini adalah
pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah dalam kalangan graduan politeknik
Malaysia.
Menurut Pegg et al., (2012) latihan kemahiran adalah pekerja yang mempunyai
kemampuan menggunakan teknologi dan bahan baru secara optimum serta
menggunakan daya cipta dan inovasi secara berkesan. Bagi tujuan ini, adalah perlu bagi
sebuah negara membangunkan tenaga kerja yang bukan sahaja mempunyai kelayakan
akademik dan teknikal yang tinggi tetapi memperolehi kepelbagaian kemahiran dan
pengetahuan menggunakan ICT. Menurut Yahya (2010) berdasarkan Conference Board
of Canada, terdapat tiga elemen kemahiran kebolehkerjaan yang diperlukan oleh
majikan ialah kemahiran teknikal, pengetahuan dan kemahiran insaniah.
2.2 Pembentukan Kerangka Kajian
Kerangka kajian ini dibina berdasarkan konsep dan istilah yang dirujuk berdasarkan
kebolehkerjaan. Kerangka konseptual kajian akan menjana permasalahan kajian,
persoalan kajian, teknik pengumpulan dan analisis data serta bagaimana mengintergrasi
dapatan kajian (Abowitz & Toole, 2010). Kerangka konseptual kajian yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.2 bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran,
pengetahuan dan kemahiran insaniah graduan politeknik di Malaysia.
14
Rajah 2.2 Pembentukan Kerangka Kajian
2.2.1 Kemahiran Teknikal
Kemahiran teknikal adalah merujuk kepada kefahaman dan kecekapan dalam sesuatu
aktiviti yang khusus, terutamanya sesuatu yang melibatkan kaedah, proses, prosedur
dan teknik (Hellwig, 2010). Kemahiran teknikal juga merupakan suatu pengetahuan
yang khusus dan keupayaan analitikal dalam penggunaan alat-alat dan teknik dalam
disiplin tertentu seperti dalam kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, elektronik
mahupun sistem maklumat (Ramlee, 2016). Kemahiran dapat didefinisikan sebagai
Kemahiran Teknikal
• Kemahiran pengurusan maklumat
•
Kemahiran menggunakan komputer
dalam pemprosesan
• Kemahiran memilih peralatan/
teknologi
• Kemahiran berfikir secara kreatif dan
inovatif
• Kemahiran membuat keputusan
• Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran Insaniah
• Berdisiplin dalam menjalankan tugas
• Kebolehan komunikasi dengan baik
• Kebolehan bekerja secara berpasukan
• Kemahiran menguasai bahasa inggeris
• Ketelitian dalam tugasan
• Pengamalan nilai-nilai murni
• Kemahiran keusahawanan
Pengetahuan
•
Pengetahuan teknikal berdasarkan
keperluan kerja
• Pengetahuan mengaplikasi teknologi
•
Pengetahuan pengurusan tentang
organisasi
•
Pengetahuan berkaitan dengan bidang
tugas
KEPUASAN
MAJIKAN
15
kemampuan untuk mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan
pengetahuan yang khusus atau kebolehan mahupun kecekapan. Selain itu, kemahiran
turut dimaksudkan sebagai suatu seni, iaitu kebolehan atau teknik yang diperolehi
memalui latihan atau pengalaman khususnya yang mana melibatkan penggunaan
anggota badan.
Kemahiran ini diperlukan oleh majikan terhadap pekerjanya. Bagi memastikan
kemahiran teknikal itu relevan dengan perkembangan semasa, pendekatan dalam
pendidikan perlu bersifat ‘hands-on’. Oleh itu, kurikulum yang sesuai perlu dirangka
untuk meningkatkan tahap produktiviti pekerja di masa depan. Menurut beliau, salah
satu cara yang wajar ialah mendedahkan pelajar dengan ilmu teknologi dan kemahiran
yang berkaitan dengannya. Kemahiran analitikal akan mempelopori pentas global dunia
pekerjaan serta menjadi pilihan majikan (Mohd Salleh & Mohd Zaki, 2016). Tenaga
kerja yang mempunyai kemahiran kebolehkerjaan boleh mendepani perubahan sosial
dan keadaan ekonomi yang sentiasa berubah (Clark, 2011). Terdapat majikan yang
menganggap kompetensi akademik sahaja tidak mencukupi dan mula meminta institusi
pendidikan tinggi untuk menghasilkan graduan yang dilengkapi dengan pelbagai
elemen dalam kebolehkerjaan.
2.2.2 Pengetahuan
Pelbagai definisi pengetahuan diutara oleh sarjana dalam bidang perkongsian
pengetahuan. Pengetahuan ditakrif sebagai gabungan pengalaman, nilai, pembelajaran,
kemahiran maklumat dan pemahaman individu (Rajalakshmi & Banu, 2012; Babalola,
2016). Pengetahuan juga didefinisi sebagai pengalaman dan pemahaman individu yang
diterjemah ke dalam bentuk yang bermakna dan diguna oleh individu untuk
menjalankan tugas. Menurut Nonaka (2010) pengetahuan yang baharu dicipta boleh
diucap, dirumus, ditulis, dilukis dan dikumpul oleh individu. Pengetahuan ini boleh
disimpan dalam pelbagai format seperti dokumen, gambar dan video. Pengetahuan
dibahagi kepada dua iaitu pengetahuan tersirat dan tersurat. Pengetahuan tersirat
merupakan pengetahuan peribadi berasaskan pengalaman individu dan melibat faktor
seperti naluri, nilai peribadi dan kepercayaan Rosenberg et al., (2012). Sebagai contoh
di Institusi Pengajian Tinggi, pengetahuan tersirat yang dicipta oleh ahli akademik dan
tertanam dalam minda mereka adalah merupakan gudang modal intelek.
16
Dalam merekrut pekerja baharu, pasaran kerja sentiasa memberi penekanan
kepada pengalaman bekerja sebagai tambahan kepada kelayakan sijil. Maka, keperluan
latihan industri atau pengalaman bekerja menjadi asas dalam sesebuah institusi
pengajian tinggi Tickle & Louise (2013). Di Malaysia, sesebuah institusi pengajian
tinggi kini menyediakan pelajar dengan memberi peluang bagi menterjemah
pengetahuan yang diperolehi kepada amalan melalui latihan industri. Tempoh latihan
yang berlangsung kira-kira enam bulan bertujuan bagi membangunkan pengetahuan
seiring dengan kemahiran yang diperlukan oleh industri dan ini seolah-olah menjadi
peranan penting untuk menyediakan tenaga kerja yang berkualiti dan profesional pada
masa depan (Omar et. al., 2008). Pengetahuan adalah suatu perkara yang
sememangnya perlu ada apabila memperkatakan tentang tenaga pengajar, ini adalah
kerana sebagai tenaga pengajar yang baik dan mantap seharusnya memiliki
pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang diajar khasnya dan bidang-bidang yang
lain amnya (Yahya et. al, 2014).
Pengetahuan adalah satu aspek penting dalam meningkatkan pembangunan dan
produktiviti. Berdasarkan pendapat Ofsted (2010) yang menyatakan bahawa terdapat
dua kriteria penting dalam memastikan pembangunan ekonomi di Australia agar
sentiasa meningkat iaitu dengan meningkatkan lagi pengetahuan dan tahap kemahiran
dalam pekerjaan pada masa sekarang atau masa hadapan. Ekonomi yang berpandukan
pengetahuan akan menambahkan sumber-sumber pertumbuhan melalui aktiviti-aktiviti
yang dapat meningkatkan nilai ditambah dan dengan itu menyumbang kepada Faktor
Produktiviti Keseluruhan. Untuk mencapai tahap ini, pekerja perlu dilengkapkan
dengan kemahiran dan pengetahuan yang seterusnya akan meningkatkan kreativiti dan
inovasi untuk menanggung peningkatan ekonomi dalam era globalisasi dan liberalisasi
(Gunn, V. Bell, S dan Kafmann, 2010). Kebolehan untuk menghasilkan pengetahuan,
berkongsi pengetahuan sedia ada dan menerapkan pengetahuan berkaitan organisasi
kepada suasana baharu adalah kritikal (Ofsted, 2010).
Pengetahuan adalah penting untuk kewujudan sesebuah organisasi dan
pengiktirafan pengetahuan ini adalah pengurusan pengetahuan yang dianggap sebagai
proses mencipta dan menggunakan pengetahuan. Oleh itu, organisasi-organisasi
seharusnya menggunakan sumber-sumber pengetahuan ini untuk meningkatkan
17
produktiviti. Maka berdasarkan perkara ini dilihat bahawa kerajaan Malaysia telah
mempelbagaikan usaha agar rakyat menimba pengetahuan yang ada seperti
perlaksanaan K-Pekerja. Menurut Shury et al., (2010) menyatakan bahawa tahap
penguasaan yang luas membolehkan bukan sahaja seorang graduan itu berasa yakin,
malah keyakinan itu turut dapat dikongsi oleh rakan sekerja lain. Maka dengan ini, para
graduan dalam bidang teknikal dan vokasional memerlukan kepakaran yang tinggi
dengan ilmu pengetahuan yang luas. Terdapat tiga elemen yang merujuk kepada
kategori pengetahuan iaitu:
i. Maklumat yang diperolehi disimpan di dalam memori (declarative).
ii. Organisasi maklumat tersebut digunakan di dalam perkara-perkara yang
telah diketahui (procedural).
iii. Memahami tentang bagaimana, bila, dan mengapa maklumat digunakan
dan apakah kelemahannya (strategic).
2.2.3 Kemahiran Insaniah
Aspek kemahiran insan perlu diterap bagi melengkapi aspek kemahiran teknikal.
Kemahiran Insaniah adalah kemahiran generik. Kemahiran insaniah menjurus kepada
penguasaan seseorang dalam kemahiran yang terfokus kepada pembangunan
ketrampilan diri, personaliti dan kemanusiaan. Kemahiran insaniah yang dapat
menampil nilai personaliti yang tinggi seperti daya kepimpinan, kebolehan bekerjasama
secara berpasukan, pemikiran kritis, kemahiran menyelesai masalah, etika dan moral
professional. Selain daripada itu, kemahiran insaniah juga merangkupi komunikasi,
kebolehan untuk mengurus, bersifat fleksibel, mempunyai kesungguhan, jati diri,
sentiasa bersifat proaktif mengikut kehendak semasa (Paadi, 2014). Graduan lepasan
politeknik telah melalui satu fasa khusus dalam melengkapkan diri dengan kemahiran
teknikal berupa pengetahuan di dalam disiplin khusus sepanjang pengajian juga.
Berlandaskan kehendak industri, pelbagai usaha dijalankan dalam memperkasa
kurikulum pengajian bagi menambah baik kebolehpasaran dengan penekanan kepada
kemahiran generik.
18
Saunders dan Zuzel (2010) menegaskan bahawa kebolehpasaran graduan bukan
berpusat kepada kebolehan untuk mendapat pekerjaan. Apa yang lebih penting adalah
untuk graduan memindahkan dan mengaplikasikan pengetahuan daripada menara
gading kepada alam pekerjaan sebenar. Pada keseluhannya, para majikan meletakkan
tahap kepentingan yang tinggi terhadap keperluan graduan untuk menguasai tahap
pengetahuan, kemahiran insaniah serta keupayaan untuk bekerja dalam kumpulan (Al-
Mutairi et al., 2014). Kajian tracer study bagi graduan politeknik di Malaysia
menunjukkan tahap kebolehpasaran yang tinggi, iaitu pada tahap 80% (2014). Ini
merupakan tahap yang boleh dibanggakan, berbanding dengan pelbagai kajian di
beberapa negara lain yang mendapati para graduan mereka mengalami kesukaran untuk
memperoleh pekerjaan.
Kini, kemahiran generik menjadi keutaamaan di tempat kerja (Paadi, 2014).
Kewajaran untuk menguasai pengetahuan, kompetensi serta kebolehan untuk mengenal
pasti kemahiran generik menjadi keperluan bagi membentuk asas kepada
kebolehpasaran graduan (Adebakin et al., 2015; Makki et al., 2015; Hamilton et al.,
2015). Malah, pelbagai dapatan kajian telah juga menyarankan bahawa graduan perlu
memaksimakan tahap kebolehpasaran masing-masing dengan menyeimbangankan
kombinasi antara kemahiran teknikal dan kemahiran generik. Graduan juga perlu
mempersiapkan diri dengan ciri-ciri kesedaran dan minat terhadap kecerdasan emosi,
empati dan kemahiran kakitangan adalah aspek yang terdapat dalam kemahiran insaniah
(Hamilton et al., 2015; AL-Mutairi et al., 2014; McLean et al., 2015).
Kemahiran insaniah merupakan menggabung pengetahuan, kemahiran dan ciri-
ciri peribadi yang perlu di aplikasi oleh pekerja dalam kehidupan seharian (Tickle &
Louise, 2013). Aspek kemahiran insaniah perlu diterap bagi melengkapi aspek
kemahiran teknikal. Kemahiran insaniah menjurus kepada penguasaan seseorang dalam
kemahiran yang terfokus kepada pembangunan ketrampilan diri, personaliti dan
kemanusiaan. Kebanyakan kemahiran insaniah dapat menampil nilai personaliti yang
tinggi seperti daya kepimpinan, kebolehan bekerjasama secara berpasukan, pemikiran
kritis, kemahiran menyelesai masalah, etika dan moral professional (Lowden et al.,
2011). Kemahiran insaniah memfokus kepada pembangunan kendiri pelajar yang boleh
mendorong dan melahir minat, motivasi dan semangat dalam organisasi. Kemahiran
19
insaniah perlu diterap bagi melengkapi aspek kemahiran teknikal (Vathsala
Wickramasinghe & Lasantha Perera, 2010). Pihak pengurusan atasan perlu mengatur
program kemahiran insaniah secara berkala dan mengikut keperluan semasa pelajar.
Pada masa yang sama, persekitaran organiasi memerlukan program kemahiran insaniah
bagi memberi keyakinan diri dan motivasi kepada pelajar.
2.2.4 Kepuasan Majikan
Cabaran yang lebih besar lagi ialah untuk menyediakan modal insan yang benar-benar
diperlukan oleh industry dan menepati kepuasan majikan. Menurut Siti Zaleha et al.
(2017), matapelajaran yang ditawarkan oleh institusi pengajian di Malaysia perlulah
memenuhi keperluan industri. Seringkali dibangkitkan tentang graduan yang tidak
mempunyai cukup kemahiran dan tidak menepati kehendak industri yang bakal mereka
ceburi. Banyak dakwaan mengatakan bahawa graduan di Malaysia sukar mendapatkan
pekerjaan kerana tidak memenuhi keperluan majikan dari segi kemahiran (Siti Zaleha et
al., 2017). Pengangguran dalam kalangan graduan adalah fenomena di banyak negara
dan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi
yang perlahan, permintaan industri yang berubah di luar jangkaan dan graduan yang
dihasilkan tidak sepadan dengan permintaan industri.
Pendapat Marlina dan Shaharom (2016) menyatakan bahawa kajian yang telah
dijalankan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada tahun 2005 mendapati terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan siswazah gagal mendapatkan pekerjaan. Faktor
utama yang disenaraikan oleh majikan ialah kemahiran komunikasi, manakala
pencapaian akademik berada di tangga kelapan. Menurut Azah, Farah Liza dan Haryati
(2010), masalah pengangguran dalam kalangan graduan universiti sering dikaitkan
dengan isu kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi
pengajian itu sendiri. Kurikulum di institusi pengajian tempatan juga dikatakan tidak
memenuhi keperluan dan tuntutan pasaran kerja sektor swasta yang menyediakan 90
peratus peluang pekerjaan di negara ini. Masalah asas yang dihadapi graduan universiti
tempatan untuk mendapat pekerjaan ialah kelemahan berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris, menggunakan komputer, berinteraksi dengan kaum lain, berkerja secara
berpasukan serta kesanggupan mereka bekerja di luar waktu tugas rasmi
20
Kini, majikan bukan sahaja melihat kepada kelayakan akademik semata-mata
tetapi juga melihat kepada keupayaan atau kemahiran graduan dari aspek spiritual dan
keusahawanan. Azah et al. (2010) telah mengupas permasalahan isu kemahiran yang
perlu dimiliki oleh graduan di samping mempunyai kelulusan akademik yang baik.
Penemuan kajian mereka mendapati graduan yang mempunyai kemahiran insaniah
yang tinggi seperti berkebolehan bekerja sendiri, kemahiran teknologi maklumat,
kepimpinan, mudah menyesuaikan diri dan kemahiran intelektual telah membantu
graduan untuk mendapatkan pekerjaan dalam tempoh singkat. Menurut Gunn et al.,
(2010), kebolehpasaran graduan merujuk kepada kemahiran yang meliputi personaliti,
kemahiran interpersonal dan juga sikap dan tingkah laku yang baik. Ia menyatakan
bahawa dalam keadaan dunia pekerjaan yang sentiasa berubah, para majikan industri
memerlukan para pekerja yang lebih kreatif, fleksibel, dan mempunyai kemahiran
interpersonal yang tinggi. Banyak kajian kebolehpasaran graduan yang dijalankan oleh
para penyelidik terdahulu mendapati majikan memerlukan pekerja yang mempunyai
sikap positif, kemahiran efektif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran
membuat keputusan, kemahiran bekerja dalam kumpulan, berdaya usaha, interpersonal
dan juga kemahiran memimpin (Greenan, Wu, Ramlee, & Ncube, 2008; Kutscher,
2010; Lankard, 2014; Mobley, 2015).
2.3 Rumusan
Pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah perlu seiring dalam kebolehkerjaan
dan merupakan indikator yang penting dalam dunia pekerjaan hari ini. Para pekerja hari
ini tidak dapat dianggap lengkap atau tidak berketrampilan jika mereka hanya memiliki
kemampuan teknikal yang baik tanpa pengetahuan dan kemahiran kebolehkerjaan.
Dengan kemahiran kebolehkerjaan akan mendapat peluang pekerjaan lebih luas,
berkekalan dan seterusnya berjaya dalam pekerjaan. Dengan penerapan kemahiran
kebolehkerjaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan membantu pelajar
sebagai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan kelak.
21
BAB 3
METODOLOGI
3.0 Pengenalan
Bahagian ini menerangkan metodologi penyelidikan dan prosedur yang digunakan bagi
kajian yang dijalankan. Metodologi merupakan satu perkara yang penting dalam
menjalankan sesuatu penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan
kesahan yang tinggi. Menurut Mohd Majid (2010) metodologi merupakan kaedah yang
penting untuk memperoleh maklumat dan seterusnya mendapatkan keputusan dalam
sesuatu kajian. Sehubungan itu, bab ini memfokus kepada perbincangan mengenai
populasi, pengukuran, pembentukan soal selidik, pengurusan soal selidik dan data
analisis.
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini dijalankan melalui kaedah pendekatan kajian campuran (Mix Method) yang
bersifat penjelasan (Explanatory) (Cresswell, 2009; 2013; 2015). Pengumpulan data
dimulakan dengan kaedah kuantitatif dan disokong oleh dapatan dari kaedah kualitatif.
Pendekatan kualitatif dibangun bagi kajian dalam bidang sains sosial bertujuan
mengkaji fenomena sosial dan budaya (French 2010). Pendekatan ini sesuai diguna
sekiranya pengkaji mengetahui sesuatu fenomena (Creswell 2015; Norazah 2013;
Sekaran & Bougie 2013). Selain daripada itu, pendekatan ini juga boleh menjawab
persoalan yang berkaitan dengan hubungan konstruk dengan sokongan teori dan kajian
lampau (Mohd Bakhari, 2010). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bagi
menyokong data yang diperoleh daripada soal selidik dan seterusnya menyokong model
yang dibangunkan. Pendekatan gabungan penjelasan diguna kerana menyedia
kefahaman yang baik di samping menyedia bukti yang komprehensif menerusi
pengayaan maklumat serta mampu mengatasi kekurangan yang wujud selain dapat
meningkat kebolehgunaan dapatan kajian (Abbas Tashakkori & Charles Teddlie (2010).
Bagi pendekatan kajian kuantitatif, tinjauan kaji selidik dijalankan ke atas 1045 majikan
22
mengikut sektor industri di seluruh Malaysia. Kaedah kuantitatif menggunakan analisis
deskriptif kerana kajian ini dapat memperihal tentang sesuatu perkara dengan
mengambil kira pelbagai aspek dan faktor yang perlu dinilai. Mohd Majid (2010)
menjelaskan penyelidikan deskriptif adalah satu bentuk penyelidikan yang bertujuan
untuk mengumpul maklumat dan menerangkan apa yang sedang berlaku. Ini adalah
selaras dengan apa yang dinyatakan oleh Ahmad Munawar & Mohd Nor Shahizan
(2014) iaitu kajian berbentuk deskriptif dapat memberi gambaran atau maklumat
mengenai sesuatu keadaan pada suatu masa tertentu, di samping membantu membuat
perancangan pada masa akan datang. Ia sesuai digunakan dalam kajian ini kerana
dapatan kajian ini merupakan maklumat peristiwa yang sedang berlaku dan boleh
digunakan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan untuk masa akan datang.
Menurut Majid (2010), sesuatu penyelidikan berbentuk deskriptif dapat
menerangkan dan memperincikan sesuatu fenomema yang berlaku. Pendapat Al-
Mansor (2012) pula mendefinisikan statistik perihalan sebagai statistik yang
difokuskan kepada usaha menghurai, meringkas dan menerang data. Stastistik analisis
melibatkan transformasi data mentah kepada bentuk yang mengandungi maklumat
yang menerangkan satu set faktor di dalam sesuatu keadaan. Ini boleh dilaksanakan
dengan memanipulasikan data mentah yang dikumpul. Peratusan dan sisihan piawai
dihasilkan dalam bentuk graf, carta dan jadual.
Sementara itu, pendekatan kualitatif pula menggunakan instrumen temu bual
berstruktur. Sebanyak 5-6 syarikat dilihat sudah memadai untuk melengkapkan dapatan
kualitatif ini (Mohd Nordin, 2011). Oleh itu, kajian ini menggunakan kaedah temu bual
berstruktur bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas bagi menyokong dapatan
yang tidak diperolehi melalui data soal selidik. Justeru, gabungan kedua-dua kaedah
saling lengkap melengkapi antara satu sama lain kerana setiap kaedah mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing- masing (Creswell, 2014).
3.2 Populasi dan Persampelan
Dalam kajian ini, populasi adalah seramai 1422 majikan yang tersenarai dalam
direktori pengesanan graduan politeknik Malaysia. Kajian telah dilaksanakan secara
kuantitatif dengan membuat tinjauan ke atas sampel majikan graduan politeknik.
Penyelidik menggunakan teknik pensampelan rawak dalam pemilihan sampel kajian.
23
Pemilihan kaedah ini dibuat untuk memastikan sampel kajian dapat mewakili populasi
majikan di sesebuah politeknik. Jumlah saiz majikan adalah berdasarkan jadual
penentuan saiz sampel oleh Krejecie dan Morgan (1970) dengan aras keyakinan 95%
seperti di Jadual 3.1. Min sampel menyamai min populasi sebanyak 95% bermakna
kemungkinan penyelidik melakukan kesalahan dalam menganggarkan kesamaan min
sampel terhadap min populasi hanya 5% (Cohen, 2011). Sebagai contoh jika jumlah
populasi majikan adalah 100 maka sempel kajian adalah 80 sampel majikan sahaja.
Jadual 3.1 Jadual penentuan Sampel Populasi
(Sumber : Krejcie, R., & Morgan, D. (1970).
Justeru, kajian ini akan menggunakan 308 majikan yang telah dipilih secara
rawak mudah. Ini untuk memastikan sampel yang terpilih mewakili populasi industri
yang sebenar. Bagi pengumpulan data kualitatif melalui teknik temu bual, kajian ini
mengguna pensampelan bertujuan yang merupakan teknik persampelan bukan
kebarangkalian yang memilih sampel berdasarkan kepada kepenting dan tujuan kajian.
Teknik ini sesuai bagi memberi penekanan kawalan pemboleh ubah (Cohen, 2011).
Menurut Cresswell dan Clark (2011) teknik ini sama dengan teknik persampelan strata.
Pemilihan responden yang sesuai perlu kepada satu penilaian bagi memenuhi keperluan
maklumat yang dikehendaki iaitu pihak berkepentingan.
24
3.3 Pengumpulan Data
Kajian soal selidik yang dibentuk dari bahagian sebelum ini, digunakan sebagai alat
pengumpulan data. Borang soal selidik yang digunakan untuk kajian ini mengandungi
tiga bahagian utama. Bahagian A terdiri dari maklumat latar belakang syarikat,
Bahagian B pula mengenai maklumat umum graduan politeknik dan Bahagian C lebih
kepada penilaian aspek kemahiran, pengetahuan, kemahiran insaniah dan kepuasan
majikan. Soal selidik tersebut telah dihantar dan diemel kepada majikan dan dibuat
tindakan susulan melalui panggilan telefon untuk memastikan majikan benar-benar
menerima instrumen yang telah dihantar. Sampul surat bersetem dan beralamat
sendiri juga disediakan bagi tujuan penghantaran semula borang soal selidik yang
lengkap diisi. Untuk memastikan dapatan dari soal selidik tersebut kekal konsisten,
maklumbalas dan komen hasil dari temu bual berstruktur juga akan diambil kira
sebagai menyokong dapatan kepada soal selidik itu.
3.4 Rekabentuk Soal Selidik
Menurut Chua (2013), intrumen soal selidik popular bagi memperoleh data untuk tujuan
menghurai sikap, pandangan, kepercayaan, perasaan dan tingkah laku. Instrumen soal
selidik juga memudah responden memberi kerjasama berbanding dengan kaedah yang
lain (Babbie, 2010). Soal selidik juga merupakan mekanisme pengumpulan data yang
berkesan apabila pengkaji mengetahui apa yang diperlukan dan bagaimana mengukur
konstruk selain daripada data yang dikumpul adalah terkini dan fleksibel serta
melibatkan sampel yang besar (Sekaran & Bougie 2013). Meskipun Sekaran dan
Bougie (2013) menyarankan supaya penyelidik mengguna pakai instrumen sedia ada.
Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik yang
diadaptasi dari Franchak dan Smiley (1981), Jones (1981) dan NAIT Employer
Satisfaction Survey (2000). Bahasa dan susunan item walau bagaimanapun telah
dimodifikasi berasaskan kesesuaian persekitaran tempatan. Item baharu telah
dimurnikan kerana instrumen kajian terdahulu didapati tidak menyeluruh dalam aspek
pengukuran item. Pembangunan soal selidik dalam kajian ini dilakukan berdasarkan
reka bentuk Sekaran dan Bougie (2013) seperti pada Rajah 3.1.
25
Rajah 3.1 Reka bentuk pembangunan soal selidik
3.4.1 Pengukuran Item
Soal selidik dibentuk dengan mengambil kira semua pembolehubah yang
dibincangkan di dalam kajian literatur. Sebelum pengumpulan data dan kajian sebenar
dijalankan, pengenalan tentang tujuan kajian dinyatakan bersama di dalam borang
soal selidik yang telah diedarkan. Responden juga diberitahu bahawa semasa kajian
ini dijalankan, maklumat lain yang berkaitan juga akan dikumpulkan. Responden
diberi keyakinan bahawa maklumat yang diberikan akan digunakan hanya untuk
tujuan penyelidikan. Responden diminta memberi jawapan yang jujur dan secara
sukarela. Sumbangan penyertaan mereka amat dihargai dan juga penting bagi kajian
ini.
Instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah soal selidik yang
mengandungi empat konstruk dengan 26 item. Bahagian A soal selidik merangkumi
maklumat latar belakang syarikat atau responden yang mengandungi empat item.
Bahagian B iaitu berkaitan maklumat umum graduan dan mempunyai tujuh item.
Bahagian C berkaitan kemahiran, pengetahuan , kemahiran insaniah dan kepuasan
majikan mempunyai bilangan item keseluruhan sebanyak 26. Di bahagian yang
Tentukan jenis soal selidik & kaedah
pentadbiran
Kajian rintis dan tambah baik soalan
jika perlu untuk kajian sebenar
Periksa semula langkah dan tambahbaik
jika perlu
Tentukan susunan soalan
Tentukan perkataan dan ayat yang
sesuai bagi setiap soalan bagi setiap
Pastikan format jawapan bagi setiap
soalan
26
terakhir soal selidik, sebanyak empat belas item maklumat persepsi majikan terhadap
kemahiran generik graduan politeknik. Pembahagian item mengikut soal selidik yang
telah diadaptasi ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Item soal selidik ini diukur dengan
menggunakan Skala Likert. Penggunaan Skala Likert dipilih kerana mempunyai
kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi (Chua et al., 2013) Skala Likert yang
digunakan ialah (1) Sangat Rendah, (2) Rendah, (3) Sederhana, (4) Tinggi, dan (5)
Sangat Tinggi.
3.5 Rekabentuk Kualitatif
Temu bual merupakan perbualan dua hala bertujuan mengumpul data berdasarkan hala
tuju kajian (Chua, 2011). Ia adalah interaksi bersemuka antara penemubual dan
responden. Temu bual merupakan teknik bagi mendapat kefahaman melalui pertanyaan
soalan bagi menyokong dapatan yang diperoleh melalui pendekatan kuantitatif. Teknik
ini boleh memberi ruang kepada responden memberi pandangan yang tidak dapat
dinyata dalam soal selidik, mampu menjelas kekaburan selain daripada memasti
maklum balas boleh difahami yang jelas (Sekaran, 2013). Pembangunan soalan temu
bual dilakukan bersandarkan prosedur yang disediakan oleh pakar metodologi
penyelidikan bagi memastikan kebolehpercayaan dan kesahannya mempunyai kualiti
yang baik. Proses ini juga bertujuan mendapat maklumat dan kefahaman secara
terperinci dan mendalam melalui pertanyaan. Proses pembangunan soalan temu bual
berdasar kepada Creswell (2009) dan Chua (2012) seperti Rajah 3.2.
Rajah 3.2 Proses pembangunan soalan temu bual
27
3.5.1 Pemilihan Responden
Bagi pengumpulan data kualitatif melalui teknik temu bual, kajian ini menggunakan
persampelan bertujuan yang merupakan teknik persampelan bukan kebarangkalian yang
memilih sampel berdasarkan kepada kepenting dan tujuan kajian. Teknik ini sesuai bagi
memberi penekanan kawalan pemboleh ubah (Cohen, 2011). Menurut Cresswell dan
Clark (2011) teknik ini sama dengan teknik persampelan strata. Kesahan instrumen
untuk protokol temubual dilakukan secara bersemuka dengan responden, melalui
kaedah ini penyelidik dapat membuat pemerhatian terhadap orang yang ditemubual.
Penyelidik boleh melihat kepentingan sesuatu isu berdasarkan kepada reaksi dan
keikhlasan yang dipamerkan oleh responden (Sherri, 2014). Temu bual berstuktur boleh
mengurangkan bias kerana ia ringkas, ekonomik dan menjimatkan masa (Creswell,
2014).
Menurut Sauders et al. (2012) terdapat tiga jenis soalan temu bual iaitu temu
bual berstruktur, temu bual semi berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Kajian ini
memilih jenis semi berstruktur. Temu bual semi berstruktur merupakan temu bual yang
dijalankan secara formal dan dilaksana berdasarkan senarai soalan yang disedia.
Penyediaan soalan temu bual adalah penting bagi memperoleh maklumat yang
dikehendaki. Soalan temu bual dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada objektif.
Menurut Chua (2011) bahasa yang betul boleh menjamin keberkesanan dan kelancaran
sesi temu bual. Bahasa yang diguna harus difahami mengikut kemahiran dan dapat
ditafsir dengan tepat oleh responden. Justeru, aras bahasa yang diguna perlu difahami
oleh responden yang terdiri daripada pakar. Soalan yang dibina perlu diuji bagi
memasti kesahan soalan. Justeru, soalan temu bual diberi kepada pakar. Selepas
mendapat maklum balas, proses penambahbaikan soalan dari segi kandungan dan aras
bahasa dilakukan.
3.6 Kajian Rintis
Menurut Sherri (2014), kajian rintis mampu memberikan peluang kepada responden
untuk memberikan komen terhadap kekurangan, kekeliruan dan kekaburan bahasa
instrumen. Chua (2009) menyatakan kajian rintis berupaya meningkatkan kesahan
28
kandungan yang bertujuan memantapkan bahasa dan struktur ayat serta memastikan
penyataan yang dikemukakan menepati pengalaman responden. Hasil daripada kajian
rintis membolehkan penyelidik membuat pengubahsuaian daripada kelemahan yang
telah dikenal pasti. Menurut Douglas (2015), pengujian tahap kesahan instrumen adalah
penting untuk memastikan item yang dibuat adalah bersesuaian dengan responden yang
hendak diuji.
Menurut Mohd Najib (2003), kajian rintis diguna untuk menentukan kesahan
dan kebolehpercayaan instrumen, ia juga digunakan untuk menguji kaedah terbaik
mentadbir instrumen, mengenal sampel dan kesesuaian kaedah analisis. Dengan
menjalankan kajian rintis, item-item alat ukur dapat diuji nilai kesahan dan
kebolehpercayaan (Douglas, 2015). Oleh sebab itu, bagi memastikan instrumen kajian
yang digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan, satu kajian rintis telah
dijalankan sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Selepas penyemakan, pengubahsuaian
dan pemansuhan terhadap item-item soal selidik yang tidak bersesuaian telah dilakukan.
Bilangan responden dalam kajian ini adalah memadai kerana Douglas (2015)
menyatakan bilangan responden yang sesuai dalam kajian rintis bagi menentukan
kebolehpercayaan instrumen soal selidik ialah antara 25 hingga 100. Pendapat Gay
(2006) pula berpendapat, bagi kajian deskriptif sebanyak 10 peratus sampel yang
diperlukan daripada populasi kajian. Untuk kajian rintis, dicadangkan temu bual
dilakukan ke atas dua orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Data kajian rintis
soal selidik diproses dengan mengguna perisian komputer SPSS.
3.6.1 Ujian kebolehpercayaan
Ujian kebolehpercayaan digunakan untuk mengukur bagi memastikan konsisten atau
kestabilan skala (Sekaran & Bougie, 2013). Ukuran kebolehpercayaan yang
menggunakan koefisyen alpha Cronbach kemudiannya digunakan bagi mendapatkan
ukuran berbilang item untuk menjamin bahawa ukuran kajian mempunyai ciri
psikometrik yang diingini. Kebolehpercayaan menggambarkan darjah ketekalan
sesuatu pengukuran. Semakin hampir nilai koefisien alpha cronbach (α) dengan 1.
29
Maka nilai kekonsistenan kebolehpercayaan dalaman dan nilai-nilai di antara 0.6
hingga 0.7 boleh diterima dan nilai yang tinggi dari 0.8 boleh dianggap baik (Sekaran
& Bougie, 2013). Berdasarkan Hair et.al, (2014), nilai yang boleh diterima adalah
lebih daripada 0.50.
Kajian rintis telah dijalankan pada Mac 2017 ke atas 30 orang majikan disekitar
Kota Kinabalu. Menurut Gay (2006) bilangan minimun yang majikan adalah seramai
15 orang. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan bagi item-item
dalam soal selidik ini adalah tinggi dengan nilai alpha cronbach melebihi 0.7 (α > 0.7)
(Pekrun et al., 2011).
3.7 Kesahan Instrumen Kajian
Gay (2014) mendefinisikan kesahan isi kandungan sebagai darjah di mana ujian
pengukuran di dalam bidang kandungan yang dikaji. Kesahan isi kandungan
merangkumi kesahan item dan persampelan. Gay (2014) juga menyatakan bahawa
kesahan item akan menentukan sama ada item-item yang digunakan mewakili
pengukuran dalam bidang yang dikaji manakala kesahan persampelan menentukan
sejauh mana sampel yang diuji adalah baik dengan kandungan bidang. Sekiranya
tujuan kajian adalah untuk merumuskan mengenai kandungan bidang berdasarkan
pencapaian item yang diuji maka kesahan kandungan yang bersesuaian diperlukan.
Kesahan isi kandungan tidak dinilai menggunakan pengukuran kuantitatif dari perisian
komputer tetapi ianya dinilai oleh pakar- pakar. Menurut Cohen (2011) pula, kesahan
kandungan instrumen merujuk kepada sejauhmana instrumen yang digunakan mampu
mengumpul data yang diperlukan dalam kajian yang dijalankan. Pendapat ini adalah
selari dengan pendapat Mohd Majid (2000) yang menyatakan bahawa isu kesahan
penting untuk menunjukkan kajian yang dijalankan bukannya semata-mata untuk
memenuhi kehendak diri penyelidik, tetapi membenarkan penyelidik untuk menguji
keterangan data yang berbeza. Untuk mendapatkan kesahan, penyelidik perlu merujuk
kepada beberapa pakar untuk memperbaiki soal selidik yang telah dibina. Dalam kajian
ini untuk mendapatkan kesahan instrumen dari segi kesahan kandungan, bahasa dan
istilah serta kesahan luaran, penyelidik telah merujuk dan berbincang dengan beberapa
orang yang terdiri daripada pakar bidang dan pensyarah. Item-item yang kurang
30
menepati kandungan, struktur ayat, penggunaan bahasa dan istilah yang mengelirukan
telah digugurkan (Kamaruddin, 2010). Pertemuan dengan pakar dijalankan dalam
beberapa sesi dan item-item yang kurang menepati kandungan, struktur ayat,
penggunaan bahasa dan istilah yang mengelirukan digugurkan atau diubah bagi
memastikan maksud item tersebut tercapai.
3.8 Proses Pengumpulan Data
Soal selidik telah dihantar dan diemel sendiri oleh penyelidik dan dibuat susulan
melalui telefon bagi mendapatkan tindak balas yang baik. Menurut Sekaran & Bougie
(2013), soal selidik yang diselenggarakan secara bersemuka akan memberi reputasi
yang baik dan dapat memotivasi responden serta sekaligus dapat mengurangkan
kekeliruan semasa mengisi borang soal selidik tersebut.
Soal selidik yang dihantar disertakan dengan surat iringan yang mengandungi
kenyataan menyatakan kepentingan kajian dan jaminan kerahsiaan ke atas maklumat
yang diberi, supaya wujudnya kepercayaan antara responden dan penyelidik.
Sebanyak 1045 borang soal selidik telah dihantar kepada responden. Bagi
memaksimakan kadar maklum balas, penyelidik juga membuat panggilan telefon ke
sebahagian daripada responden sebagai peringatan. Akhirnya sebanyak 315 borang
soal selidik telah dikembalikan mengikut tempoh yang ditetapkan. Soal selidik
tersebut seterusnya digunakan untuk tujuan analisis.
3.9 Analisis Data
Kaedah kuantitatif yang digunakan bagi kajian ini yang merangkumi tinjauan soal
selidik. Data yang dikumpul telah di analisa menggunakan program SPSS 21 dengan
menggunakan statistik deskriptif seperti min dan sisihan piawai untuk menjawab setiap
persoalan kajian yang diutarakan di dalam Bab 1. Penggunaan jumlah skor digunakan
berbanding dengan skor individu. Ini disebabkan oleh kesahan dan ketepatannya adalah
lebih tinggi berbanding dengan skor secara individu (Creswell, 2014). Berdasarkan
Jadual 3.3, jika skor min sesuatu item menunjukkan julat di antara 1.00 sehingga
2.33 pengkaji mengandaikan bahawa item berada pada tahap rendah. Jika skor min
sesuatu item menunjukkan julat di antara 2.34 sehingga 3.67, pengkaji mengandaikan
bahawa item berada pada tahap sederhana dan sekiranya skor min sesuatu item
31
menunjukkan julat di antara 3.68 sehingga 5.00, pengkaji mengandaikan bahawa item
berada pada tahap tinggi dan sederhana.
Jadual 3.3 Intrepretasi Julat Min
Kod Kumpulan
Julat
Tahap
1
1.00-2.33
Rendah
2
2.34-3.67
Sederhana
3
3.68-5.00
Tinggi
Sumber : Wiersma (2000)
3.10 Rumusan
Bab ini telah menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan pensempelan, instrumen
kajian, prosedur pengumpulan dan penganalisisan data. Kajian ini merupakan satu
kajian penilaian yang menggunakan data-data kuantitatif dan kualitatif. Data yang
diperolehi dengan mengguna instrumen soal selidik serta protokol temu bual berstruktur
dianalisis dengan mengguna perisian SPSS dan secara pengekodan bagi menjawab
persoalan kajian seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 1.
32
BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN INTERPRETASI
4.0 Pengenalan
Di dalam bab ini akan menerangkan hasil dapatan daripada penyelidikan kajian ini. Bab
ini juga akan menerangkan kadar pulangan responden dan profile sampel dari respon
yang diberikan oleh majikan bagi menunjukkan purata berdasarkan populasi kajian.
SPSS 21 telah digunakan bagi menganalisis data ini.
4.1 Kajian Rintis
Bagi melihat kebolehpercayaan dan kesahan soalan yang diwujudkan oleh penyelidik
dari pemahaman dari rujukan yang diguna pakai. Penyelidik telah memilih dari 30
sampel bagi kajian rintis untuk melihat kebolehpercayaan soalan kaji selidik. Sampel
yang di pilih untuk kajian rintis ini terdiri dari kalangan majikan dari pelbagai sektor di
Kota Kinabalu.. Kajian rintis sangat penting sebagai tindakan awal sebelum sesuatu
kajian sebenar dijalankan. Menurut Mohammad Najib, (2003) sangat penting bagi
penyelidik mendapatkan sokongan daripada orang lain sebagai usaha meningkatkan
kesahan dengan membuat sorotan penulisan tentang gagasan psikologi dan tidak hanya
andaian sendiri sahaja.
4.2 Kebolehpercayaan
Bagaimana sekiranya timbang atau dacing yang digunakan menghasilkan berat yang
berbeza-beza semasa menimbang benda yang sama? Timbang tersebut dikatakan tidak
tekal. Ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pembolehubah atau gagasan adalah
pengertian bagi konsep kebolehpercayaan alat pengukuran. Menurut Mohd. Majid
Konting, (2005) alat pengukur yang mengukur sesuatu gagasan atau pembolehubah
dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, sebaliknya jika alat
pengukur itu berubah-ubah bagi mengukur gagasan atau pembolehubah yang sama
33
dikatakan tidak tekal dan seterusnya mempunyai kebolehpercayaan yang rendah.
Tujuan pengujian ini dilakukan bagi menguji kesesuaian dengan kajian yang dijalankan
oleh penyelidik.
Berdasarkan jadual 4.1 yang tertera di bawah keseluruhan nilai Cronbach’s
Alpha melebihi daripada .6. Oleh itu, menurut (Zaidatun dan Mohd Salleh, 2003) nilai
Cronbach’s Alpha yang melebihi .6 boleh diterima pakai sebagai kebolehpercayaan
yang baik. Oleh yang demikian kesemua soalan yang terdapat di dalam borang soal
selidik yang digunakan dalam kajian rintis akan digunapakai.
Jadual 4.1 Pengukuran Kebolehpercayaan Bagi Setiap Pembolehubah
Pembolehubah
Cronbach’s
Alpha
Cronbach’s Alpha
Berdasarkan
Strandard Item
Bilangan
Item
Kemahiran
0.902
0.913
7
Pengetahuan
0.835
0.858
4
Kemahiran Insaniah
0.892
0.899
7
Kepuasan Majikan
0.923
0.924
8
4.3 Demografik
Kajian ini dilakukan ke atas syarikat-syarikat di mana graduan Politeknik Kota
Kinabalu bekerja. Hasil daripada pemilihan secara rawak ke atas sampel kajian,
sebanyak 308 majikan telah menjawab soal selidik yang telah di transform dalam
bentuk Google Form kemudia diedarkan melalui pelbagai peranti maya seperti What’s
App, Telegram, Email dan Facebook.
4.3.1 Organisasi
Berdasarkan jadual 4.2 daripada saiz sampel 308 responden jika dilihat dari statistik
sebanyak 190 (61.7.8%) responden syarikat swasta dan 118 (38.3%) responden
organisasi kerajaan.
34
Jadual 4.2 Organisasi
Organisasi
Kekerapan
Peratusan (%)
Swasta
190
61.7
Kerajaan
118
38.3
Jumlah
308
100
4.3.2 Bidang
Berdasarkan jadual 4.3 daripada saiz sampel 308 responden jika dilihat dari statistik
telah menunjukkan setiap bidang yang terdapat di politeknik Malaysia. Jadual ini
menunjukkan perbandingan kekerapan dan peratusan bagi setiap bidang.
Jadual 4.3 Bidang
Bidang
Kekerapan
Peratusan (%)
Kejuruteraan Mekanikal
54
17.5
Kejuruteraan Elektrik
42
13.6
Kejuruteraan Awam
58
18.8
Kejuruteraan Petrokimia
11
3.6
Agro Teknologi
8
2.6
Teknologi Maklumat &
Komunikasi
5
1.6
Perdagangan
85
27.6
Pelancongan & Hospitaliti
25
8.1
Lain-lain
20
6.2
Jumlah
308.00
100
4.3.3 Gaji Permulaan
Berdasarkan jadual 4.4 daripada saiz sampel 308 responden jika dilihat dari statistik
telah menunjukkan setiap gaji bulanan termasuk elaun bagi graduan diploma Politeknik.
Jadual ini menunjukkan perbandingan kekerapan dan peratusan bagi setiap skala gaji
bulanan termasuk elaun bagi graduan diploma Politeknik.
35
Jadual 4.4 Gaji Permulaan Bulanan (termasuk elaun) Bagi Graduan Diploma
Politeknik
Gaji Permulaan
Kekerapan
Peratusan (%)
RM500 dan ke bawah
12
3.9
RM501 – RM1,000
63
20.5
RM1,001 – RM1,500
152
49.4
RM1,501 – RM2,000
47
15.3
RM2,001 - RM2,499
14
4.5
RM2,500 –RM3,500
7
2.3
RM3,501 dan ke atas
13
4.2
Total
308
100
4.4 Analisis Deskriptif
Statistik perihalan merangkumi kaedah untuk mengorganisasi, mempapar, menghurai,
dan menerangkan data (Lay dan Khoo, 2008). Menurut Coakes, Steed dan Price (2008)
digunakan untuk melihat secara keseluruhan pemerhatian terhadap data yang dikumpul
dengan mengira purata atau min kumpulan pembolehubah dan menggunakan analisis
statistik sisihan piawai dan varians.
4.4.1 Kemahiran
Semua pengukuran item Kemahiran menggunakan skala likert (1 - 5) yang mana 1
menunjukkan (sangat rendah) hingga 5 (sangat tinggi). Berdasarkan jadual yang tertera
di jadual 4.3084 skor min yang tinggi dan 4.0974 skor min yang rendah . Secara
keseluruhan purata sampel memilih jawapan pada skala likert di antara 3 dan 5 iaitu
kemahiran tahap tinggi graduan diploma politeknik. Keseluruhan pembolehubah
mempunyai sempadan sisihan piawai di antara 0.42794 hingga 0.72883. Jumlah
keseluruhan skor min 4.2018 dan sisihan piawai 0.44692.
36
Jadual 4.5 Tahap Kemahiran Bagi Graduan Diploma Politeknik
Item Soalan (Kemahiran) Min S.P
1
Kemahiran pengurusan maklumat
Information management skills 4.2403 .42794
2
Kemahiran menggunakan komputer dalam pemprosesan
maklumat
Computer skills to process information
4.0974 .72883
3
Kemahiran memilih peralatan/teknologi
Skills in choosing equipment/technology 4.3084 .46260
4
Kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif
Skills in creative and innovative thinking 4.2662 .44271
5
Kemahiran membuat keputusan
Skills in decision making 4.0552 .67545
6
Kemahiran menyelesaikan masalah
Skills in problem solving 4.1299 .64774
JUMLAH KESELURUHAN 4.2018 .44692
4.4.2 Pengetahuan
Semua pengukuran item Pengetahuan menggunakan skala likert (1- 5) yang mana 1
menunjukkan (sangat rendah) hingga 5 (sangat tinggi). Berdasarkan jadual yang tertera
di jadual 4.3429 skor min yang tinggi dan 4.0227 skor min yang rendah. Secara
keseluruhan purata sampel memilih jawapan pada skala likert di antara 3 dan 5 iaitu
tahap tinggi pengetahuan graduan diploma politeknik. Keseluruhan pembolehubah
mempunyai sempadan sisihan piawai di antara .43558 hingga .70559. Jumlah
keseluruhan skor min 4.2183 dan sisihan piawai .43043.
37
Jadual 4.6 Tahap Pengetahuan Bagi Graduan Diploma Politeknik
Item Soalan (Pengetahuan) Min S.P
1
Pengetahuan teknikal berdasarkan keperluan kerja
Technical knowledge based on job requirement
4.2760
.44773
2
Pengetahuan mengaplikasi teknologi
Knowledge on technology application
4.0227
.70559
3
Pengetahuan pengurusan tentang organisasi
Knowledge on information management
4.2532
.43558
4
Pengetahuan berkaitan dengan bidang tugas
Knowledge on job scope
4.3214
.46778
JUMLAH KESELURUHAN 4.2183 .43043
4.4.3 Kemahiran Insaniah
Semua pengukuran item Kemahiran Insaniah menggunakan skala likert (1- 5) yang
mana 1 menunjukkan (sangat rendah) hingga 5 (sangat tinggi). Berdasarkan jadual yang
tertera di jadual 4.3312 skor min yang paling tinggi dan yang paling rendah 3.8799.
Secara keseluruhan purata sampel memilih jawapan pada skala likert di antara 3 dan 5
iaitu tahap sederhana dan tinggi kemahiran insaniah graduan diploma politeknik.
Keseluruhan pembolehubah mempunyai sempadan sisihan piawai di antara .47140
hingga .76689. Jumlah keseluruhan skor min 4.2092 dan sisihan piawai .48487.
38
Jadual 4.7 Tahap Kemahiran Insaniah Bagi Graduan Diploma Politeknik
Item Soalan (Kemahiran Insaniah) Min S.P
1
Berdisiplin dalam menjalankan tugas
Dicipline in work task 4.3279 .59826
2
Kebolehan berkomunikasi dengan baik
Good communication skills 4.3344 .58358
3
Kebolehan bekerja secara berpasukan
Able to work in a team 4.3831 .56727
4
Kemahiran menguasai Bahasa Inggeris
Proficient in English Language 3.8799 .76689
5
Ketelitian dalam tugasan
Meticulous in task given 4.0877 .63716
6
Pengamalan nilai-nilai murni
Practise moral values 4.3312 .47140
7
Kemahiran keusahawanan
Entrepreneurship skills 4.1201 .69093
JUMLAH KESELURUHAN 4.2092 .48487
4.4.4 Kepuasan Majikan
Semua pengukuran item Kepuasan Majikan menggunakan skala likert (1 - 5) yang
mana 1 menunjukkan (sangat rendah) hingga 5 (sangat tinggi). Berdasarkan jadual yang
tertera di jadual 4.3344 skor min yang paling tinggi dan yang paling rendah 4.1006.
Secara keseluruhan purata sampel memilih jawapan pada skala likert di antara 3 dan 5
iaitu tahap sederhana dan tinggi kemahiran insaniah graduan diploma politeknik.
Keseluruhan pembolehubah mempunyai sempadan sisihan piawai di antara .57570
hingga .67016. Jumlah keseluruhan skor min 4.2169 dan sisihan piawai .42785.
39
Jadual 4.8 Tahap Kepuasan Majikan Bagi Graduan Diploma Politeknik
Item Soalan (Kepuasan Majikan) Min S.P
1
Kesediaan menjalankan tugas
Work readiness 4.2565 .64251
2
Kemampuan untuk adaptasi situasi bekerja
Abality to adapt work situation 4.2500 .57570
3
Tidak bertangguh dalam melaksanakan tugas
Fast action in performing task 4.2500 .60870
4
Menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang
Shows a good work performance 4.3344 .60550
5
Kemampuan untuk meletakkan keutamaan dalam tugas
Abality to prioritise the work 4.1786 .59086
6
Boleh dipertanggungjawabkan
Dependability 4.1006 .67016
7
Pelakuan kerja yang baik
Practise good work 4.2662 .60446
8
Kesediaan untuk berkerja keras
Willingness to work hard 4.2695 .58935
JUMLAH KESELURUHAN 4.2169 .42785
4.5 Analisis Korelasi
Korelasi merupakan ukuran kekuatan hubungan linear antara dua pembolehubah yang
dikaji. Pada kebiasaanya, kedua-dua pembolehubah tersebut diwakili dengan huruf x
dan y. Terdapat tiga jenis hubungan yang mungkin wujud antara pembolehubah x dan y
iaitu korelasi positif, korelasi linear negatif dan tiada korelasi.
Korelasi linear positif bermakna apabila nilai satu pembolehubah bertambah,
nilai bagi pembolehubah yang kedua turut bertambah secara linear. Ini juga bermakna,
apabila nilai satu pembolehubah menurun, nilai bagi pembolehubah yang kedua turut
menurun secara linear. Sebaliknya, korelasi linear negatif pula membawa maksud
apabila nilai satu pembolehubah bertambah, nilai bagi pembolehubah yang kedua akan
40
menurun secara linear. Ini juga bermakna, apabila nilai satu pembolehubah menurun,
nilai bagi pembolehubah yang kedua akan bertambah secara linear.
Korelasi hasil darab momen Pearson dapat memberi gambaran mengenai
hubungan linear antara dua pembolehubah selanjar. Koefisien bagi jenis korelasi ini
mempunyai magnitude antara -1 dan +1. Dalam hal ini, magnitude pada koefisien
menunjukkan kekuatan hubungan linear yang wujud antara dua pembolehubah
manakala tanda (+) atau (-) menunjukkan arah hubungan tersebut iaitu sama ada
korelasi linear positif atau korelasi linear negatif.
Jadual 4.9 Korelasi Pearson Matrik Bagi Pembolehubah Kajian (n=308)
1
2
3
4
1
1
.865**
.803**
.752**
2
.865
**
1
.764
**
.727
**
3
.803**
.764**
1
.892**
4
.752
**
.727
**
.892
**
1
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
*. Correlation is significant at the 0.05 level (1-tailed).
Berdasarkan Jadual 4.9 menunjukkan semua pembolehubah mempunyai
hubungan yang positif kerana nilai r berada dalam lingkungan +0.00 hingga +1.00.
Walaubagaimana pun, kekuatan perhubungan antara dua pembolehubah ini dilihat
berdasarkan nilai r. Berdasarkan Cohen, (2011) perhubungan atau korelasi yang lemah
bila nilai r = 0.10 hingga 0.29, perhubungan sederhana adalah di antara r = 0.30 hingga
0.49, dan perhubungan yang kuat adalah di antara r = 0.50 hingga 1.0. Kesimpulan
dapatan kajian ini menunjukkan setiap perhubungan antara pemboleh ubah adalah kuat
kerana nilai r di antara 0.865 hingga 0.727.
1
KEMAHIRAN
2
PENGETAHUAN
3
KEMAHIRAN INSANIAH
4
KEPUASAN MAJIKAN
41
4.6 Analisis Linear Regresi Mudah
Sub topik sebelumnya ada membincangkan mengenai ujian korelasi yang mana
digunakan untuk menentukan perhubungan di antara pemboleh ubah bersandar dan
tidak bersandar. Sebenarnya kajian ini tidak lengkap sepenuhnya jika sekadar
melakukan ujian korelasi sahaja. Analisis regresi penting untuk menentukan faktor
manakah yang menyumbang paling tinggi kepada pemboleh bersandar kajian.
Pemboleh ubah tidak bersandar ini menjadi faktor peramal kepada pemboleh ubah
bersandar. Sebelum regresi berganda dilaksana adalah lebih baik regresi linear mudah
dianalisis bagi membuktikan perhubungan antara pemboleh tidak bersandar dan
bersandar ini.
4.6.1 Perhubungan Di Antara Kemahiran Dan Kepuasan Majikan
Analisis ini dilaksanakan untuk melihat perhubungan di antara Kemahiran dan
Kepuasan Majikan. Di mana Kemahiran adalah pemboleh ubah tidak bersandar dan
Kepuasan Majikan pula pemboleh ubah bersandar.
Jadual 4.10 Analisis Regresi Di Antara Kemahiran Dan Kepuasan Majikan
PEMBOLEHUBAH
BERSANDAR
PEMBOLEHUBAH
TIDAK BERSANDAR
STD. COEFFICIENTS
BETA (Β)
KEPUASAN MAJIKAN
KEMAHIRAN
0.752*
R²
Adjusted R²
Sig. F
Sig.
0.566
0.560
398.767
0.000*
Nota: Tahap Signifikan: * p˂ 0.05
Berdasarkan Jadual 4.10 perhubungan pemboleh ubah Kemahiran dan Kepuasan
Majikan adalah β = 0.752 dan signifikan p ˂ 0.05.
4.6.2 Perhubungan Di Antara Pengetahuan Dan Kepuasan Majikan
Analisis ini dilaksanakan untuk melihat perhubungan di antara Pengetahuan dan
Kepuasan Majikan. Di mana Pengetahuan adalah pemboleh ubah tidak bersandar dan
Kepuasan Majikan pula pemboleh ubah bersandar.
42
Jadual 4.11 Analisis Regresi Di Antara Pengetahuan Dan Kepuasan Majikan
PEMBOLEHUBAH
BERSANDAR
PEMBOLEHUBAH
TIDAK BERSANDAR
STD. COEFFICIENTS
BETA (Β)
KEPUASAN MAJIKAN
PENGETAHUAN
0.727*
R²
Adjusted R²
Sig. F
Sig.
0.528
0.527
342.977
0.000*
Nota: Tahap Signifikan: * p˂ 0.05
Berdasarkan Jadual 4.11 perhubungan pemboleh ubah Pengetahuan dan Kepuasan
Majikan adalah β = 0.727 dan signifikan p ˂ 0.05.
4.6.3 Perhubungan Di Antara Kemahiran Insaniah Dan Kepuasan Majikan
Analisis ini dilaksanakan untuk melihat perhubungan di antara Kemahiran Insaniah dan
Kepuasan Majikan. Di mana Kemahiran Insaniah adalah pemboleh ubah tidak
bersandar dan Kepuasan Majikan pula pemboleh ubah bersandar.
Jadual 4.12 Analisis Regresi Di Antara Kemahiran Dan Kepuasan Majikan
PEMBOLEHUBAH
BERSANDAR
PEMBOLEHUBAH
TIDAK BERSANDAR
STD. COEFFICIENTS
BETA (Β)
KEPUASAN MAJIKAN
KEMAHIRAN INSANIAH
0.892*
R²
Adjusted R²
Sig. F
Sig.
0.795
0.794
1185.658
0.000*
Nota: Tahap Signifikan: * p˂ 0.05
Berdasarkan Jadual 4.12 perhubungan pemboleh ubah Kemahiran Insaniah dan
Kepuasan Majikan adalah β = 0.892 dan signifikan p ˂ 0.05.
4.7 Analisis Linear Regresi Berganda
Analisis regresi digunakan untuk membuat ramalan di mana pembolehubah yang
diramal dikenali sebagai pembolehubah bersandar yang ditentukan di paksi y. Manakala
pembolehubah yang digunakan untuk membuat ramalan dikenali sebagai pembolehubah
tidak bersandar dan ditentukan di paksi x. Menurut Lay dan Khoo, (2008) terdapat dua
43
jenis analisi regresi iaitu analisis regresi mudah dan analisis regresi berganda. Di mana,
analisis regresi mudah hanya terdapat satu pembolehubah bersandar dan satu
pembolehubah tidak bersandar. Manakala, analisis regresi berganda pula terdapat lebih
dari dua pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Analisis regresi berganda telah
digunakan untuk menganalisis hubungan langsung antara pemboleh ubah Kemahiran,
Pengetahuan dan Kemahiran Insaniah (pembolehubah tidak bersandar) dan Kepuasan
Majikan (pembolehubah bersandar).
4.7.1 Perhubungan Di Antara Kemahiran, Pengetahuan dan Kemahiran Insaniah
Dan Kepuasan Majikan
Bagi melihat perhubungan di antara antara pemboleh ubah Kemahiran, Pengetahuan
dan Kemahiran Insaniah (pembolehubah tidak bersandar) dan Kepuasan Majikan
(pembolehubah bersandar). Analisis regresi berganda akan dilaksanakan seperti yang
tertera di jadual berikutnya.
Jadual 4.13 Analisis Regresi Di Antara Reka Bentuk Pekerjaan Dan Motivasi
Ekstrinsik
PEMBOLEHUBAH
BERSANDAR
PEMBOLEHUBAH
TIDAK BERSANDAR
STD. COEFFICIENTS
BETA (Β)
KEPUASAN MAJIKAN
KEMAHIRAN
PENGETAHUAN
KEMAHIRAN INSANIAH
0.042
0.085
0.792*
R²
Adjusted R²
Sig. F
Sig.
0.800
0.798
406.137
0.000*
Nota: Tahap Signifikan: * p ˂ 0.05
Berdasarkan Jadual 4.13 perhubungan Kemahiran dengan Kepuasan Majikan
adalah β = 0.042 dan tidak signifikan p > 0.05, Pengetahuan dengan Kepuasan Kerja
adalah β = 0.085 dan tidak signifikan p > 0.05 dan Kemahiran Insaniah dengan
Kepuasan Majikan β = 0.792 signifikan kerana p < 0.05.
44
4.8 Analisis Data Kualitatif
Bahagian ini membincang analisis pendekatan kualitatif kajian melalui teknik temu
bual. Tujuan temu bual adalah bagi menyokong data daripada kuantitatif (soal selidik).
Analisis hasil temu bual hanya memfokus kepada 9 responden berdasarkan
keperluan kajian. Analisis temu bual dihenti setelah mendapati 17 responden bersetuju
menyokong 3 aspek iaitu kemahiran, pengetahuan , kemahiran insaniah dan dua soalan
tambah bagi memperkukuhkan dapatan selain daripada data yang diperoleh daripada 1
responden tersebut adalah hampir sama. Situasi ini dipanggil data bersifat tepu seperti
yang disaran oleh Bowen (2008).
Temu bual dijalankan dengan mengikut prosedur dan soalan yang ditetap.
Segala maklumat yang dirakam dan nota yang dicatit dipindah ke dalam ke borang
jadual maklum balas. Bagi tujuan analisis temu bual, jadual perbandingan kesemua
responden disediakan yang bertujuan memudahkan analisis temu bual. Analisis
dilakukan mengguna teknik analisis kandungan untuk mengenal pasti pola maklumat
bagi memenuhi tujuan kajian ini.
Analisis kandungan merupakan satu teknik yang boleh membuat kesimpulan
daripada teks yang diguna dalam pendekatan kualitatif (White & Marsh 2006; Creswell
2014). Ia merupakan teknik saintifik yang mempunyai prosedur khusus bertujuan
menyedia pandangan baharu, meningkat kefahaman pengkaji tentang fenomenon
tertentu atau menjelas tindakan yang praktikal. Selain daripada itu, analisis kandungan
boleh menganalisis pola maklumat dengan mengambil kira aspek objektif dan ciri
kualitatif daripada maklumat yang dikumpulkan (Marshall & Rodsman 1989). Analisis
kandungan digunakan untuk membuat perbandingan pandangan setiap konstruk dan
hubungan setiap konstruk. Analisis ini dengan menyenarai pendapat responden
mengikut konstruk dan hubungan konstruk.
4.8.1 Analisis Temubual Berstruktur Industri
Pendekatan analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data temubual. Menurut
Chua (2014), analisis kandungan merupakan kaedah analisis yang sering digunakan
dalam kajian kualitatif. Analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema,
45
konsep dan makna kajian. Dalam kajian temubual ini, analisis kandungan memerlukan
sistem pengkodan yang berkaitan dengan objektif dan persoalan kajian seperti di dalam
Jadual 4.8. Terdapat lima (5) soalan yang dikemukakan berkaitan dengan objektif dan
persoalan kajian kepada wakil setiap industri bagi mendapatkan maklumbalas mereka
terhadap graduan Politeknik Kota Kinabalu yang bekerja di syarikat mereka.
Jadual 4.14: Maklumbalas Industri Terhadap Graduan Politeknik Kota Kinabalu
Berdasarkan Soalan “Adakah graduan Politeknik Kota Kinabalu
menepati keperluan di organisasi tuan?”
Peserta kajian
Tema
Menepati Keperluan
Kesimpulan
Huraian dapatan
Peserta kajian 1
Setakat ini, kami mempunyai
pandangan yang positif terhadap
graduan politeknik kerana mereka
boleh dikatakan pekerja separa mahir
la.
Kenyataan disokong
Secara keseluruhannya, kesemua
peserta temu bual menyokong
pernyataan bahawa graduan
Politeknik dan kolej komuniti di
sekitar Kota Kinabalu menepati
kep
erluan di organisasi mereka.
Ini kerana kebanyakkan peserta
yang ditemu bual menyatakan
bahawa pelajar lepasan
politeknik dan kolej komuniti
mempunyai kemahiran teknikal
yang tinggi dan senang
menangkap apa yang diminta
oleh pihak atasan mereka. Salah
seor
ang peserta menyatakan
bahawa “ada seorang pelajar
lepasan Politeknik kini bekerja di
organisasi kami, beliau seorang
yang rajin dan sopan, sering
mendapat pujian dari tetamu kita,
beliau kini dinaik pangkat ke
penyelia pejabat depan, prestasi
memang baik
la”. Seorang lagi
peserta menekankan bahawa
“pelajar lepasan Politeknik dan
kolej komuniti memang cekap
dari segi “hands-on”. Mereka
cepat tangkap apa yang kami
suruh dan boleh buat benda
dengan berdikari. Namun dari
segi komunikasi pulak, ada
kurang sikit
, sebab kekadang
mereka malu untuk
berkomunikasi dan segan”. Dari
pernyataan yang dinyatakan oleh
peserta ini, boleh disimpulkan
bahawa pelajar politeknik dan
kolej komuniti hendaklah
ditingkatkan lagi dari segi
softskills dan komunikasi dua
hala. Supaya pelajar politeknik
dan kolej komuniti dapat
bersaing dengan pelajar dari
swasta bukan sahaja dari segi
teknik malah dari segi
komunikasi juga.
Peserta kajian 2
-boleh dikatakan 80% memenuhi
keperluan company saya
Kenyataan disokong
Peserta kajian 2
Setakat ini, ramai pelajar lepasan
Politeknik pernah kerja dengan saya
dan mereka memenuhi keperluan basic
syarikat saya
Kenyataan disokong
Peserta kajian 4
Ya! Memang tidak dinafikan pelajar
lepasan politeknik memang mendapat
pujian dari ketua jabatan saya la
Kenyataan disokong
Peserta kajian 5
Dari segi teknikal atau hands on
memang tiada masalah, Cuma dari segi
penulisan dan komunikasi dalam
English masih perlu ditingkatkan
Kenyataan disokong
Peserta kajian 6
Setakat ini, kami telah menerima lebih
kura
ng 10 orang pelajar lepasan
Politeknik. Boleh dikatakan 90% tidak
timbul massalah malah dapat
membantu dalam proses kerja seharian
di hotel saya. Saya akan terus
mengambil pelajar lepasan politeknik
pada masa akan datang
Kenyataan disokong
Peserta kajian 7
Pelajar lepasan politeknik memang
mempunyai kualiti yang tinggi, sebab
mereka dapat mempelajari sesuatu
benda dengan cepat berbanding pelajar
dari kolej lain
Kenyataan disokong
Peserta kajian 8
Ya! Ianya memenuhi keperluan harian
syarikat kami.
Kenyataan disokong
Peserta kajian 9
Pelajar lepasan Politeknik setakat ini
masih kami perlukan untuk mengisi
jawatan yang kosong ini. Sebab bagi
saya mereka sudah biasa traning di
institusi mereka dan mereka cepat
pelajari dan tangka papa yang
diaplikasikan di industri
Kenyataan disokong
46
Jadual 4.15: Maklumbalas Industri Terhadap Graduan Politeknik Kota Kinabalu
Berdasarkan Soalan : Kemahiran “Pada pandangan Tuan/Puan,
adakah kemahiran yang dipelajari daripada sistem politeknik
memenuhi keperluan di organisasi tuan?”
Peserta Kajian
Tema
Menepati Keperluan
Kesimpulan
Huraian dapatan
Peserta kajian 1
Memenuhi keperluan Encik. Setakat
ini Hotel kami mengambil 4 orang
pelajar lepasan politeknik kerja di
sini, mereka menunjukkan prestasi
yang baik dan ada yang telah naik
pangkat dalam masa setahun.
Kenyataan disokong
Kesimpulannya, kesemua peserta
temu bual bersetuju bahawa
kemahiran yang dipelajari oleh
graduan daripada system Politeknik
dan kolej komuniti adalah memenuhi
keperluan organisasi masing-masing.
Ini kerana kebanyakkan peserta temu
bual menyatakan bahawa graduan
politeknik dan kolej komuniti cepat
tangka papa yang disuruh oleh pihak
atasan mereka. Walaupun mesin,
peralatan dan prosedur kerja yang
berlainan, namun mereka dapat
belajar semua t
ersebut dengan cepat
dan pantas. Salah seorang peserta
menyatakan bahawa “pelajar lepasan
politeknik ini sangat bagus, kerana
kami tidak perlu membelanja duit
yang banyak untuk hantar mereka
pergi ke kursus atau bengkel yang
berkaitan dengan kerja kerana
s
esetengah mereka telah belajar
semasa mereka berada di politeknik
dan kolej komuniti”. Seorang lagi
peserta temu bual meyatakan bahawa
“pelajar lepasan graduan mempunyai
kemahiran yang berkenaan dengan
bidang bersiap sedia sebelum mereka
masuk kerja. Hal i
ni memudahkan
kita untuk emngambil mereka bekerja
di organisasi kita. Mereka mempunyai
ilmu pengetahuan dan teknik yang
berkenaan dan dapat memendekkan
tempoj percubaan mereka semasa
bekerja di organisasi kami”. Oleh itu,
maklumbalas daripada pihak majikan
atau industri adalah secara positif dan
kemahiran yang sediaada dengan
pelajar adalah memenuhi keperluan
pihak organisasi.
Peserta kajian 2
Boleh dikatakan 60% memenuhi
keperluan, yang 40% lagi mereka
kena updated skills and knowledge
la
Kenyataan disokong
dengan syarat
Peserta kajian 2
Setakat ini ianya memenuhi, ini
kerana syarikat kami hanya
menjalankan operasi secara kecil-
kecilan dan tidak memerlukan
teknologi yang canggih
Kenyataan disokong
Peserta kajian 4
Ya! Ianya memenuhi keperluan
syarikat kami. Tetapi dari segi social
mereka kena update skills la,
contohnya komunikasi dan
hospitality
Kenyataan disokong
Peserta kajian 5
Setakat ini, kemahiran yang mereka
sedia ada dapat membantu syarikat
kami dalam sebahagian operasi tapi
bukan menyeluruh
Kenyataan disokong
Peserta kajian 6
Kebanyakkan mesin yang kami
gunakan di kilang ini import,
sekiranya dapat, mereka hendaklah
updated ilmu dan skills yang sedia
ada la.
Kenyataan disokong
Peserta kajian 7
Ya! Memenuhi keperluan syarikat
kami. Terutamanya pelajar bernama
ikhwan graduan dari politeknik
menunjukkan prestasi yang sangat
baik dan mendapat pujian dari
customers
Kenyataan disokong
Peserta kajian 8
Berdasarkan pengalaman kami yang
lepas, kami pernah ambil pelajar
lepasa politeknik bekerja di
organisasi kami, beliau memang
menunjukkan prestasi yang baik dan
cepat tangka papa yang kami
perlukan. Tetapi sekrang beliau
pindah ke syarikat lain sudah.
Kenyataan disokong
Peserta kajian 9
Setakat ini, lebih dari sepuluh
pelajar lepasan politeknik telah saya
ambil sejak tahun 2007. So far
semuanya memenuhi keperluan
sayarikat kami la Encik.
Kenyataan disokong
47
Jadual 4.16: Maklumbalas Industri Terhadap Graduan Politeknik Kota Kinabalu
Berdasarkan Soalan : Pengetahuan “Pada pandangan tuan/puan,
adakah pengetahuan yang dimiliki oleh graduan Politeknik dapat
memenuhi keperluan di organisasi tuan?”
Peserta Kajian
Tema
Menepati Keperluan
Kesimpulan
Huraian dapatan
Peserta kajian 1
Ya! Ianya memenuhi, seperti yang
saya beritahu tadi, terdapat 4 orang
pelajar lepasan politeknik telah
bekerja di sini dan prestasi kerja
yang ditunjukkan memang baik
Kenyataan disokong
Secara kesimpulannya, kesemua
peserta kajian yang ditemubual setuju
dengan pengetahuan yang dimiliki
oleh graduan dapat memenuhi
keperluan di organisasi masing-
masing. Ini kerana pelajar – pelajar
lepasan Politeknik terdedah dengan
ilmu pengetahuan yang sedia ada.
Kebanyakkan peserta temubual
memberi pandangan yang positif dan
setuju dengan kenyataan yang
ditanya. Namun demikia
n, terdapat
beberapa cadangan yang dilontarkan
oleh beberapa buah syarikat
disamping mereka menyokong
pernyataan ini. Mereka berpandangan
bahawa pelajar politeknik tidak hanya
tertumpu di bahagian praktikal dan
ilmu pengetahuan, malah mereka juga
harus dib
eri pendedahan mengenai
softskills, contohnya cara membuat
catatan, berkomunikasi dan membuat
laporan keseluruhan mengenai kerja
seharian mereka. Salah seorang
peserta bercakap “bagi saya pelajar
lepasan politeknik memang
mempunyai ilmu dan kemahiran yang
tinggi, tetapi sekiranya mereka diberi
pendedahan mengenai softskills
contohnya cara penulisan laporan
berkesan, cara komunikasi dan
membuat nota peringatan, ini akan
lagi mempetingkatkan lagi kualiti
pelajar politeknik”.
Peserta kajian 2
Ya, pengetahuan yang dimiliki
memenuhi keperluan syarikat saya
Kenyataan disokong
Peserta kajian 2
Memang terbaik, lebih dari cukup
tuan.
Kenyataan disokong
Peserta kajian 4
Ya! Ianya memenuhi keperluan
syarikat kami. Tetapi dari segi social
mereka kena update skill
s la,
contohnya komunikasi dan
hospitality
Kenyataan disokong
Peserta kajian 5
Setakat ini, ilmu pengetahuan yang
mereka sedia ada dapat membantu
syarikat kami dalam sebahagian
operasi tapi bukan menyeluruh
Kenyataan disokong
Peserta kajian 6
Seperti yang saya beritahu tadi la,
Kebanyakkan mesin yang kami
gunakan di kilang ini import,
sekiranya dapat, mereka hendaklah
updated ilmu dan skills yang sedia
ada la.
Kenyataan disokong
Peserta kajian 7
Ya! Memenuhi keperluan syarikat
kami. Mereka dapat menunjukkan
ilmu pengetahuan yang tinggi.
Kenyataan disokong
Peserta kajian 8
Iya, ianya memenuhi keperluan
yang kami perlukan. Pelajar lepasan
politeknik memang mempunyai
ilmu pengetahuan yang tersedia.
Kenyataan disokong
Peserta kajian 9
Setakat ini, pelajar politeknik yang
saya ambil kerja di syarikat saya
mempunyai ilmu pengetahuan yang
sangat tinggi dan sekiranya ada ilmu
lain yang diperlukan kami akan beri
latihan juga.
Kenyataan disokong
48
Jadual 4.17: Maklumbalas Industri Terhadap Graduan Politeknik Kota Kinabalu
Berdasarkan Soalan : Kemahiran Insaniah “Pada pandangan
tuan/puan, adakah kemahiran insaniah yang dimiliki oleh graduan
Politeknik dapat memenuhi keperluan di organisasi tuan?
Peserta Kajian
Tema
Menepati Keperluan
Kesimpulan
Huraian dapatan
Peserta kajian 1
Bagi saya tiada masalah dari segi
kemahiran insaniah pelajar
politeknik. Ini kerana kemahiran
insaniah ini kebanyakkan dari kita
sendiri juga, kekadang bukan
semestinya dari Politeknik juga.
Kenyataan disokong
Secara kesimpulannya, lebih kurang
78% peserta temubual setuju dengan
kemahiran insaniah pelajar politeknik
adalah memuaskan dan cemerlang.
Manakala terdapat 22% peserta
kurang setuju dengan kemahiran
insaniah yang tersedia ada pada
lepasan pelajar politeknik. ini kerana
terdapat beberapa syarikat yang
ditemubualmereka tidak setuju atau
memberi pandangan yang bersifat
negative terhadap pelajar
politeknimterutama dari segi sikap
dan nilai-nilai moral itu kurang. Salah
seorang peserta temubual
memberitahu bahawa
“beliau tidak
setuju dengan kecekapan kemahiran
insaniah yang sedia ada dengan
pelajar lepasan politeknik. ini kerana
mereka sering lewat untuk
melaporkan diri semasa kerja. Selain
itu, mereka juga mempunyai masalah
berkomunikasi secara berkesan.
Mereka h
arus mempertingkatkan lagi
sikap ini supaya mereka dapat
bersaing dalam peluang kenaikan
pangkat dan juga pemberian bonus”.
Peserta kajian 2
Ya, kemahiran insaniah yang pelajar
politeknik miliki adalah memuaskan
dan boleh diaplikasi di politeknik.
Kenyataan disokong
Peserta kajian 2
Bagi saya, ianya memang
mencukupi dan setakat ini pelajar
politeknik yang saya terima
memang terbaik la
Kenyataan disokong
Peserta kajian 4
For my opinion, I think some aspect
from the soft skills prospection
should impro
ve especially
punctuality and communication.
Even though this is a small issues
for us, but it could affect their
performance and also your
institution reputation.
Kenyataan tidak
disokong
Peserta kajian 5
Setakat ini, kemahiran insaniah yang
mereka sedia ada dapat membantu
syarikat kami dalam sebahagian
operasi tapi bukan menyeluruh. Tapi
itu sudah memadai la
Kenyataan disokong
Peserta kajian 6
Kemahiran insaniah perlu
ditingkatkan lagi dari segi etika
pakaian dan ketetapan masa. Sebab
setakat ini terdapat pelajar lepasan
politeknik yang sering lambat untuk
punch card. Ini akan menyusahkan
nanti kenaikkan pangkat mereka dan
pemberian bonus.
Kenyataan tidak
disokong
Peserta kajian 7
Ya! Kemahiran insaniah pelajar
politeknik syarikat kami. Walaupun
bu
kan 100% tapi bagi saya lebih
90% la juga.
Kenyataan disokong
Peserta kajian 8
Iya, ianya memenuhi keperluan
yang kami perlukan. Pelajar
politeknik mempunyai kemahiran
insanioah yang tinggi dan sekiranya
ada peluang harus sentiasa
ditingkatkan lagi lah
Kenyataan disokong
Peserta kajian 9
Setakat ini, pelajar politeknik
mempunyai kemahiran insaniah
yang memuaskan, mahu cakap
100% tidak la juga, tetapi bagi saya
80% tu adalah juga. Boleh
dipertingkatkan lagi.
Kenyataan disokong
49
Jadual 4.18: Maklumbalas Industri Terhadap Graduan Politeknik Kota Kinabalu
Berdasarkan Soalan : Soalan 5: “Adakah dalam tempoh 5 tahun akan
datang Program politeknik yang berasaskan TVET masih lagi relevan
di organisasi tuan?”
Peserta Kajian
Tema
Menepati Keperluan
Kesimpulan
Huraian dapatan
Peserta kajian 1
Saya tidak pasti, sebab kita tidak
tahu apa yang akan datang pada 5
tahun akan datang dan polisi serta
technology apa yang akan ditukar
ganti
Kenyataan
tidakdisokong
Kesimpulannya, lebih dari 66%
peserta temub ual setuju dengan
program yang berasaskan TVET
masih releven pada masa 5 tahun
akan datang.
Walaubagaimanapun, terdapat
33% peserta temubual pelajar
tidak setuju dengan kenyataan ini.
Ini kerana mereka tidak pasti apa
perubahan dan perkembangan
yang akan berlaku pada 5 tahun
akan datang. Mereka tidak
memberi pandangan secara drastic
tetapi mereka akan teruskan
memantau perubahan ini.
Sebaliknya 66% peserta temubual
disoal mereka sangat yakin degan
system pengurusan politeknik,
kerana mereka percaya pihak
pe
ngurusan politeknik akan
senantiasa peka dengan isu-isu
perkembangan ini dan akan
senantiasa berubah ikut
perubahan arus zaman. Salah
seorang peserta yang setuju
dengan pernyataan ini
memberitahu “Saya rasa pelajar
politeknik yang berasaskan TVET
mesti ber
kualiti dan akan terus
menjadi rebutan banyak syarikat”
oleh itu, pengambilan pelajar
politekbnik di kalangan industry
masih lagi tinggi dan sangat
diperlukan
Peserta kajian 2
Bagi saya, politeknik mesti sentiasa
kemaskini segala maklumat dan
perkembanga
n industry. oleh itu,
saya pasti politeknik akan bekalkan
pelajar yang berkualiti
Kenyataan disokong
Peserta kajian 2
Saya rasa pelajar politeknik yang
berasaskan TVET mesti berkualiti
dan akan terus menjadi rebutan
banyak syarikat
Kenyataan disokong
Peserta kajian 4
Ya, masih lagi relevan, sebab
program akademik berasaskan
TVET ini akan terus berkembang
dan sentiasa menjadi rebutan
industry.
Kenyataan disokong
Peserta kajian 5
Bagi saya, susah untuk membuat
apa yang akan berlaku pada masa 5
tahu akan datang. Kita akan terima
jak la apa yang berlaku 5 tahun akan
datang.
Kenyataan tidak
disokong
Peserta kajian 6
Ya, program berasaskan TVET akan
terus menjadi cemerlang dan saya
rasa ia akan releven
Kenyataan disokong
Peserta kajian 7
Ianya akan menjadi releven
sekiranya program-
program yang
ditawarkan dikemaskini dan
mengikut arus perubahan dunia
industri
Kenyataan disokong
Peserta kajian 8
Ya, pelajar politeknik akan terus
menjadi tumpuan pengambilan
industry kerana pelajar politeknik
berkembang mengikut perubahan
Kenyataan disokong
Peserta kajian 9
Buat masa ini, ianya susah untuk
diramal kerana kita tidak tahu apa
perubahan yang berlaku pada masa
akan datang apatah lagi 5 tahun kan.
Kenyataan tidak
disokong
4.5.2 Tema Analisis Kandungan
Secara keseluruhannya, dapatan temubual berstruktur menunjukkan bahawa pihak
industri (majikan) mengetahui kewujudan Politeknik Malaysia amnya dan Politeknik
Kota Kinabalu khususnya. Pihak industri juga maklum bahawa Politeknik ialah sebuah
institusi yang membekalkan tenaga kerja separa professional dalam bidang teknikal
50
bagi memenuhi keperluan industri. Peserta dalam kajian temubual ini ialah terdiri dari
pemilik industri, penyelia kawasan dan penyelia teknikal. Mereka adalah individu yang
berhubung secara langsung dengan pelajar-pelajar politeknik yang berkerja di industri
tersebut. Mereka juga adalah individu yang bertanggungjawab menyelia dan memantau
kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja di industri tersebut. Ini bermakna, peserta
temubual adalah merupakan individu yang relevan dijadikan sebagai rujukan dalam
kajian ini.
Bagi aspek kemahiran pekerja dalam memenuhi keperluan industri, keseluruhan
peserta kajian menyatakan bahawa kemahiran yang dipelajari oleh graduan politeknik
semasa berada di politeknik telah diterima dengan baik. Buktinya dapat dilihat melalui
kecenderungan graduan politeknik mengaplikasikannya semasa bekerja. Industri turut
berpendapat bahawa graduan politeknik mampu menggalas tugas yang diberikan
kepada mereka. Mereka juga akan bertanya kepada penyelia sekiranya terdapat arahan
yang kurang jelas atau ingin mempelajari dengan lebih lanjut mengenai kemahiran
dalam tugasan yang diberikan kepada mereka.
Sementara itu, dari aspek pengetahuan graduan pula, pihak industri secara
keseluruhannya amat berpuas hati kerana menurut mereka mempunyai pengetahuan
asas yang boleh dikembangkan. Graduan juga tidak malu untuk belajar dan menimba
pengetahuan baru. Secara keseluruhannya, pihak industri berpuas hati dengan
pengetahuan asas yang dimiliki dan percaya graduan akan lebih maju kehadapan
sekiranya sikap yang ditonjolkan seperti ini diteruskan.
Dalam usaha melengkapkan diri untuk lebih maju, aspek kemahiran insaniah
tidak harus diabaikan. Setakat respon dari peserta temubual, mereka amat berpuas hati
dengan kemahiran graduan politeknik. Graduan politeknik mudah untuk bergaul,
ramah dan tidak sombong. Sikap mereka turut disenangi rakan sejawat dan majikan.
Penyelia juga berpuas hati dengan kemahiran insaniah yang ditunjukkan oleh graduan
politeknik.
51
4.6 Rumusan
Dalam bab ini menerangkan hasil dapatan daripada penyelidikan ini. Penyelidik telah
menerangkan tentang kadar pulangan respoden berdasarkan data demografi yang
diperolehi. Kaedah analisis kuantatif dan kualitatif digunakan bagi menguji keseluruhan
dapatan kajian ini
52
BAB 5
PERBINCANGAN
5.0 Pengenalan
Dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis data dinilai dan dirumus dalam bentuk
perbincangan. Menurut Chua (2013), perbincangan lazimnya merujuk kepada kajian
dengan merujuk kepada persoalan kajian dan hipotesis serta dibanding dengan kajian
lepas.
5.1 Pencapaian Objektif
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran, pengetahuan dan
kemahiran insaniah dalam kalangan para majikan terhadap graduan politeknik Malaysia.
Oleh itu, secara khusus tujuan kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti tahap kemahiran graduan Politeknik Kota Kinabalu
berdasarkan persepsi majikan.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan graduan Politeknik Kota Kinabalu
berdasarkan persepsi majikan.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran insaniah graduan Politeknik Kota Kinabalu
berdasarkan persepsi majikan.
4. Mengenal pasti kekuatan hubungan konstruk kemahiran, pengetahuan dan
kemahiran insaniah mempengaruhi kepuasan majikan terhadap graduan
Politeknik Kota Kinabalu.
5.1.1 Tahap kemahiran graduan Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
Dapatan menunjukkan bahawa para majikan sangat berpuas hati dengan tahap
kemahiran pada graduan Politeknik Kota Kinabalu di mana purata min menunjukkan
skor yang tinggi diberi oleh para majikan graduan iaitu 4.3048 skor min yang tinggi dan
4.1429 skor min yang rendah . Secara keseluruhan kesemua pengukuran item
53
Kemahiran menggunakan skala likert (1 - 5) yang mana 1 menunjukkan (sangat rendah)
hingga 5 (sangat tinggi). Berdasarkan dapatan kajian 4.3084 skor min yang tinggi dan
4.0974 skor min yang rendah . Secara keseluruhan purata sampel memilih jawapan pada
skala likert di antara 3 dan 5 iaitu kemahiran tahap tinggi graduan diploma politeknik.
Keseluruhan pembolehubah mempunyai sempadan sisihan piawai di antara 0.42794
hingga 0.72883. Jumlah keseluruhan skor min 4.2018 dan sisihan piawai 0.44692.
Kajian mendapati bahawa secara keseluruhannya kepuasan majikan terhadap
tahap kemahiran graduan PKK adalah tinggi iaitu nilai min melebihi 3.8. Dapatan ini
selari dapatan kajian Makki et al., (2015) yang merumuskan graduan yang
berkeupayaan menguasai kemahiran mampu memperoleh pekerjaan dan menepati
kehendak pekerjaan. Kemahiran dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk
mencapai dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang khusus
atau kebolehan mahupun kecekapan. Tenaga kerja yang mempunyai kemahiran
kebolehkerjaan boleh mendepani perubahan sosial dan keadaan ekonomi yang sentiasa
berubah (Clark, 2011).
5.1.2 Tahap pengetahuan graduan Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
Dapatan menunjukkan bahawa para majikan sangat berpuas hati dengan tahap
pengetahuan pada graduan Politeknik Kota Kinabalu di mana purata min menunjukkan
4.3429 skor min yang tinggi dan 4.0227 skor min yang rendah. Secara keseluruhan
purata sampel memilih jawapan pada skala likert di antara 3 dan 5 iaitu tahap tinggi
pengetahuan graduan diploma politeknik. Keseluruhan pembolehubah mempunyai
sempadan sisihan piawai di antara .43558 hingga .70559. Jumlah keseluruhan skor min
4.2183 dan sisihan piawai .43043.
Ini telah menyokong sorotan kajian lepas Andrew & Russel (2011) menyatakan
kebolehkerjaan adalah satu set yang berkaitan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang
perlu dimiliki bakal pekerja untuk memastikan mereka mempunyai keupayaan di
tempat kerja. Elemen-elemen dalam kebolehkerjaan sangat penting dikuasai oleh
pelajar untuk persediaan ke alam pekerjaan. Juga disokong dengan dapatan Little dan
Brenda (2011) pelajar patut mempersiapkan diri mereka dengan mempelbagaikan
pengetahuan, kemahiran dan kemahiran insaniah yang ada pada diri mereka sama ada
54
dari segi teknikal ataupun kemahiran-kemahiran lain yang boleh membantu mereka
dalam kerjaya nanti.
5.1.3 Tahap kemahiran insaniah graduan Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
Dapatan menunjukkan bahawa para majikan sangat berpuas hati dengan tahap
kemahiran insaniah pada graduan Politeknik Kota Kinabalu di mana purata min
menunjukkan 4.3312 skor min yang paling tinggi dan yang paling rendah 3.8799.
Secara keseluruhan purata sampel memilih jawapan pada skala likert di antara 3 dan 5
iaitu tahap sederhana dan tinggi kemahiran insaniah graduan diploma politeknik.
Keseluruhan pembolehubah mempunyai sempadan sisihan piawai di antara .47140
hingga .76689. Jumlah keseluruhan skor min 4.2092 dan sisihan piawai .48487.
Ini secara tidak langsung menyokong kajian yang dijalankan oleh Faridah et. al.,
(2010) di seluruh negara menunjukkan ketujuh-tujuh kemahiran insaniah yang di
kemukakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah selari dengan apa yang
dicadangkan oleh bakal-bakal majikan yang ditemu bual. Kemahiran berkomunikasi,
kemahiran kritis dan menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan,
pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika
dan moral profesional, dan kemahiran kepemimpinan adalah termasuk di bawah
naungan payung konsep kepintaran emosi yang diguna pakai oleh Noriah (2009).
Namun, bagi tujuan kajian ini, tumpuan hanya diberikan kepada empat kategori utama
iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan
masalah, kemahiran bekerja secara berpasukan dan juga etika moral dan professional.
5.1.4 Kekuatan Hubungan Konstruk Kemahiran, Pengetahuan Dan Kemahiran
Insaniah Mempengaruhi Kepuasan Majikan Terhadap Graduan Politeknik Kota
Kinabalu (PKK)
Berdasarkan analisis korelasi hasil dapatan kajian ini menunjukkan setiap perhubungan
antara pemboleh ubah adalah kuat kerana nilai r di antara 0.865 hingga 0.727. Ini telah
dibuktikan dengan analisis regresi mudah dengan dapatan yang diperolehi berdasarkan
nilai beta (β) dan kesignifikan perhubungan. Hasil dapatan kajian perhubungan
pemboleh ubah Kemahiran dan Kepuasan Majikan adalah β = 0.752 dan signifikan p ˂
0.05. Manakala hasil dapatan Pengetahuan dan Kepuasan Majikan adalah β = 0.727 dan
55
signifikan p ˂ 0.05 dan Kemahiran Insaniah dan Kepuasan Majikan adalah β = 0.892
dan signifikan p ˂ 0.05.
Manakala, analisis regresi berganda pula terdapat lebih dari dua pembolehubah
bersandar dan tidak bersandar. Analisis regresi berganda telah digunakan untuk
menganalisis hubungan langsung antara pemboleh ubah Kemahiran, Pengetahuan dan
Kemahiran Insaniah (pembolehubah tidak bersandar) dan Kepuasan Majikan
(pembolehubah bersandar). Dapatan kajian bagi perhubungan Kemahiran dengan
Kepuasan Majikan adalah β = 0.042 dan tidak signifikan p > 0.05, Pengetahuan dengan
Kepuasan Kerja adalah β = 0.085 dan tidak signifikan p > 0.05 dan Kemahiran Insaniah
dengan Kepuasan Majikan β = 0.792 signifikan kerana p < 0.05. Ini menunjukkan
hanya Kemahiran Insaniah sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan
Kepuasan Majikan.
Dengan ini kajian ini telah menyokong sorotan kajian Saunders dan Zuzel
(2010) menegaskan bahawa kebolehpasaran graduan bukan berpusat kepada kebolehan
untuk mendapat pekerjaan. Apa yang lebih penting adalah untuk graduan
memindahkan dan mengaplikasikan pengetahuan daripada menara gading kepada alam
pekerjaan sebenar. Pada keseluruhannya, para majikan meletakkan tahap kepentingan
yang tinggi terhadap keperluan graduan untuk menguasai tahap pengetahuan,
kemahiran insaniah serta keupayaan untuk bekerja dalam kumpulan (Al-Mutairi et al.,
2014). Kebanyakan kemahiran insaniah dapat menampil nilai personaliti yang tinggi
seperti daya kepimpinan, kebolehan bekerjasama secara berpasukan, pemikiran kritis,
kemahiran menyelesai masalah, etika dan moral professional (Lowden et al., 2011).
Kemahiran insaniah memfokus kepada pembangunan kendiri pelajar yang boleh
mendorong dan melahir minat, motivasi dan semangat dalam organisasi. Kemahiran
insaniah perlu diterap bagi melengkapi aspek kemahiran teknikal (Vathsala
Wickramasinghe & Lasantha Perera, 2010). Pihak pengurusan atasan perlu mengatur
program kemahiran insaniah secara berkala dan mengikut keperluan semasa pelajar.
Pada masa yang sama, persekitaran organiasi memerlukan program kemahiran insaniah
bagi memberi keyakinan diri dan motivasi kepada pelajar.
56
Ini juga menyokong kenyataan bahawa majikan bukan sahaja melihat kepada
kelayakan akademik semata-mata tetapi juga melihat kepada keupayaan atau kemahiran
graduan dari aspek spiritual dan keusahawanan. Azah et al. (2010) telah mengupas
permasalahan isu kemahiran yang perlu dimiliki oleh graduan di samping mempunyai
kelulusan akademik yang baik. Penemuan kajian mereka mendapati graduan yang
mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi seperti berkebolehan bekerja sendiri,
kemahiran teknologi maklumat, kepimpinan, mudah menyesuaikan diri dan kemahiran
intelektual telah membantu graduan untuk mendapatkan pekerjaan dalam tempoh
singkat. Menurut Gunn et al., (2010), kebolehpasaran graduan merujuk kepada
kemahiran yang meliputi personaliti, kemahiran interpersonal dan juga sikap dan
tingkah laku yang baik. Ia menyatakan bahawa dalam keadaan dunia pekerjaan yang
sentiasa berubah, para majikan industri memerlukan para pekerja yang lebih kreatif,
fleksibel, dan mempunyai kemahiran interpersonal yang tinggi. Banyak kajian
kebolehpasaran graduan yang dijalankan oleh para penyelidik terdahulu mendapati
majikan memerlukan pekerja yang mempunyai sikap positif, kemahiran efektif,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran bekerja
dalam kumpulan, berdaya usaha, interpersonal dan juga kemahiran memimpin
(Greenan, Wu, Ramlee, & Ncube, 2008; Kutscher, 2010; Lankard, 2014; Mobley,
2015).
5.2 Sumbangan dan Impak kajian
Kajian ini telah memberikan sumbangan dan impak yang tinggi kepada kelangsungan
sistem pendidikan di Politeknik Kota Kinabalu khususnya dan Politeknik Malaysia
umumnya. Kajian ini juga dapat dijadikan bukti bahawa sistem pendidikan TVET
adalah sangat relevan dengan kehendak dan keperluan pasaran kerja semasa. Tambahan
pula, data ini dapat dijadikan sumber sokongan kepada usaha untuk memperbadankan
Politeknik Malaysia agar usaha murni ini dapat direalisasikan dengan segera.
5.2.1 Kementerian
Dapatan kajian ini penting kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi bagi
memajukan sistem pendidikan di politeknik selaras dengan keperluan pasaran kerja
negara. Ianya juga:
57
1. Menyemarakkan lagi usaha kolaborasi dengan pihak industri agar produktiviti
graduan Politeknik Kota Kinabalu dapat dipertingkatkan dari semasa ke
semasa.
2. Seiring dengan hasrat kerajaan untuk memacu sistem pendidikan TVET negara
seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam pembentangan
Bajet 2015 yang lalu.
3. Membantu pihak kementerian mengenal pasti skop bidang tujahan yang
diperlukan oleh pihak industri agar kurikulum yang dibekalkan selari dengan
kehendak pasaran kerja semasa.
4. Membantu kementerian dalam mempersiapkan graduan politeknik agar seiring
dengan kehendak pihak industri
5. Melahirkan graduan yang berkualiti, holistik dan seimbang seperti mana yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan
Tinggi).
6. Merupakan ciri-ciri kebolehpasaran yang tinggi telah diberikan oleh para
majikan kepada graduan PKK sebagai peneraju sistem pendidikan TVET yang
memenuhi keperluan industri.
5.2.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
Kajian ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPMPT)
2015-2025 bagi lonjakan yang pertama dan ke empat. Lonjakan yang pertama ialah
Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang serta lonjakan yang ke empat
iaitu Graduan TVET yang Berkualiti. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan
bahawa garaduan Politeknik Kota Kinabalu adalah memenuhi keperluan pelan strategik
PPPM-PT dalam dua lonjakan yang dimaksudkan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) juga diselaraskan
bersama lima aspirasi yang dinyatakan dalam PPPM (PT) iaitu akses, kualiti, ekuiti,
uniti dan kecekapan. PPPM (PT) akan memberi kesan kepada pemegang taruh yang
berbeza iaitu pelajar dan ibubapa, pengurus IPT, staf IPT dan kumpulan industri. PPPM
58
(PT) mengambil kira atribut graduan dari segi etika dan rohani, emahiran kepimpinan,
identiti kebangsaan, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan. Kajian
menunjukkan para majikan memberikan purata yang tinggi kepada semua artibut.
Bagi menghadapi cabaran masa depan, sektor pendidikan diperlukan mengambil
langkah produktif dalam menyediakan graduan yang bermutu dari segi keterbukaan
kepada perubahan, idea-idea dan cara-cara baharu dalam melakukan sesuatu serta
mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah bagi memenuhi tuntutan-tuntutan masa
kini dan masa hadapan.
Kajian ini turut dipengaruhi oleh lonjakan yang ketiga iaitu pembelajaran
sepanjang hayat. Dapatan kajian juga menunjukkan kemahiran teknikal graduan
Politeknik Kota Kinabalu telah diperakui oleh para majikan seperti mana yang terdapat
dalam lonjakan yang ketiga ini iaitu perubahan global ke atas pasaran pekerjaan yang
menekankan proses pengembangan dan pembelajaran yang berterusan. Ianya
merupakan satu mekanisma yang dapat merangsang dan memperkasa individu secara
berterusan untuk mendapatkan ilmu, nilai, kemahiran dan pemahaman yang diperlukan
untuk kehidupan.
Selain itu, kajian ini juga dapat menyumbang kepada lonjakan yang keempat
iaitu graduan TVET yang berkualiti. Graduan TVET yang berkualiti merujuk kepada
kelayakan yang diiktiraf dan kompetensi yang memenuhi keperluan industri melalui
proses pendidikan berkaitan teknologi dan sains dan juga perolehan kemahiran
praktikal, sikap serta pemahaman ilmu berkaitan pekerjaan. Dapatan kajian ini juga
menunjukkan bahawa graduan PKK merupakan graduan TVET yang berkualiti. Hal ini
dapat dibuktikan menerusi item C4 iaitu secara keseluruhan, tahap kualiti kelayakan
graduan Politeknik Sultan Idris Shah dalam bidang pengkhususannya (major) lebih baik
berbanding dengan pekerja lain dalam tahap pendidikan yang setara.
5.2.3 Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
Bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan politeknik, program yang ditawarkan
perlu memenuhi kehendak pasaran dengan tumpuan kepada bidang tujahan yang
telah ditetapkan. Di samping itu, graduan politeknik perlu mempunyai ketrampilan,
kemahiran kebolehdapatan kerja (employability skills) dan kemahiran daya
59
keusahawanan yang mencukupi bagi mengekal kemampuan graduan politeknik merebut
peluang pekerjaan. Satu pendekatan baharu diperlukan bagi pembinaan ketrampilan
dan penerapan budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Selain itu, penawaran
program baharu perlu melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti industri dan badan
profesional bagi memenuhi kehendak industri.
Kebolehpasaran graduan PKK dapat dipertingkatkan dengan memantapkan
sesebuah program yang ditawarkan sama ada dapat memenuhi keperluan industri atau
tidak. Hubungan baik dan kolaborasi yang dijalankan antara pihak PKK dengan pihak
industri dapat memberi faedah yang baik terutamanya kepada para pelajar PKK. Pelajar
PKK mendapat ilmu tambahan yang tidak dipelajari semasa dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dan secara tidak langsung dapat menghubung kait apa yang dipelajari di
dalam kelas dengan menjalankannya secara hands-on. Tambahan pula pelajar-pelajar
diberi pendedahan dalam latihan industri selama 6 bulan sama ada dalam semester 4 tau
6 bagi setiap program pengajian. Di PKK, majoriti graduan daripada program-program
diploma memperolehi pekerjaan selepas tamat pengajian. Taburan dari pencapaian
validasi POLYPMO menunjukkan PKK memperolehi pencapaian melebihi 80%
graduan yang bekerja selepas 6 bulan tamat pengajian. Ini disebabkan faktor pasaran
kerja yang luas dan memenuhi kriteria industri seperti projek pembinaan, kilang-kilang,
syarikat-syarikat perniagaan dan lain-lain. Semua kurikulum bagi program-program ini
digubal bersesuaian dan relevan dengan keperluan pihak industri melalui jalinan
kolaborasi serta perbincangan semasa aktiviti seperti Pensyarah Pelawat Industri (PPI)
dan lawatan ke industri. Untuk memberi nilai tambah kepda pelajar PKK, mereka diberi
peluang untuk mengambil sijil profesional yang relevan dengan bidang mereka seperti
Green Card, Auto Cad, CCNA (Certificate CISCO Networking Association) dan lain-
lain lagi.
5.2.4 Industri dan Majikan
Hasil dari soal selidik yang dijalankan, kajian mendapati majoriti majikan bersetuju
untuk mengambil graduan PKK sebagai pekerja sekiranya terdapat kekosongan di
industri masing-masing. Hasil kajian menunjukkan tahap kualiti kelayakan graduan
PKK dalam bidang pengkhususan lebih baik berbanding pekerja lain dalam tahap
60
pendidikan yang sama adalah tinggi. Ini menunjukkan graduan Politeknik Kota
Kinabalu berdaya saing dan kemahiran yang diperolehi boleh dikatakan sertanding
dengan institusi yang lain. Secara keseluruhannya, graduan PKK diterima dengan baik
oleh pihak industri dan majikan.
Pihak industri dan majikan tentunya mengharapkan para pekerja mereka
mempunyai tahap kemahiran dan pengetahuan teknikal serta kemahiran generik yang
terbaik agar produktiviti syarikat akan meningkat naik atau bertambak baik. Justeru itu,
Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik perlu mengambil inisiatif yang
agresif untuk melahirkan graduan yang berdaya maju, berkualiti, berkemahiran dalam
bidang dan seimbang dalam pelbagai aspek.
5.2.5 Pelajar
Pelajar akan mendapat faedah yang berimpak tinggi dengan kajian ini sama ada ada dari
sudut potensi untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan pendapatan
bulanan. Kajian ini mendapati bahawa graduan PKK memiliki kemahiran, pengetahuan
teknikal dan generik dan yang tinggi. Ini adalah antara hasil usaha yang dilakukan oleh
pihak JHEP dalam menjalankan pelbagai aktiviti berdasarkan kemahiran generik seperti
yang telah digariskan oleh MQA. Para pelajar juga digalakkan berkomunikasi untuk
meningkatkan keyakinan serta menunjukkan daya kepimpinan masing-masing. Walau
bagaimanaun, masih terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan pada
kemahiran generik berdasarkan pandangan majikan. Usaha-usaha untuk meningkatkan
kamahiran generik perlu dilaksanakan bagi menjadikan para pelajar PKK bukan sahaja
berkemahiran tetapi mempunyai personaliti yang digemari oleh majikan.
5.3 Batasan Kajian
Melalui kajian ini, terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai batasan
kajian iaitu: 1. Sukar untuk menghubungi majikan kerana tidak mendapat kerjasama
daripada graduan di samping email yang tidak dikemas kini. 2. Nombor telefon graduan
yang telah tamat perkhidmatan. 3. Kekangan waktu dan bebanan tugas yang terlalu
banyak 4. Tiada peruntukan kewangan yang diberikan kepada pengkaji kerana ia
melibatkan kos telefon, minyak kenderaan dan sebagainya. 5. Jarak yang jauh di antara
61
politeknik dan industri. 6. Graduan telah berpindah tempat kerja. 7. Majikan tidak
memberikan maklum balas mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
5.4 Kajian Masa Depan
Dicadangkan agar kajian ini dijalankan dengan lebih sistematik supaya dapatan kajian
akan lebih tepat dan dipercayai. Syarat-syarat kajian boleh dikaji semula seperti faktor
tempoh percubaan pekerjaan, pengalaman bekerja (pernah bekerja/pertama kali
bekerja), sektor pekerjaan dan sebagainya kerana graduan telah bergraduat lebih tiga
tahun yang lalu. Terdapat perbezaan gaji permulaan pada graduan yang masih kekal
bekerja di tempat yang sama dengan graduan yang beberapa kali bertukar tempat kerja.
Seterusnya, dicadangkan agar kajian jurang antara kepuasan majikan dan
kemahiran sedia ada graduan dijalankan. Graduan perlu menilai keupayaan diri sendiri
(self review) tentang jenis kemahiran sedia ada mereka dan dalam masa yang sama
majikan juga akan menilai graduan. Perbezaan antara kedua-dua penilaian tersebut
dapat dikaji dan penambahbaikan boleh diambil dengan mengemaskini kandungan
kurikulum serta jenis aktiviti dan program yang dijalankan di PKK.
Cadangan berikutnya ialah dengan memperkemaskan instrumen soal selidik
mengikut beberapa bidang seperti kejuruteraan, teknologi maklumat, perdagangan,
perhotelan dan pelancongan, dan lain-lain bidang. Hasil penilaian majikan ke atas
soalan-soalan yang lebih cenderung ke arah bidang graduan dapat memberi gambaran
sebenar keperluan majikan kepada bakal pekerja dan mengikut kehendak semasa pihak
industri.
5.5 Rumusan
Keseluruhan kajian ini dapat mengambarkan kepuasan majikan terhadap graduan
Politeknik Kota Kinabalu. Kajian ini secara tidak langsung dapat digunakan sebagai
garis panduan untuk hala tuju yang diinginkan dan pemudahcara untuk membuat
penambaikan dari sudut kurikulum dan pihak yang terbabit.
62
RUJUKAN
Abbas Tashakkori & Charles Teddlie. (2010). Mixed Methods in Social & Behavioral
Research. (Vicki Knight, Ed.) (2nd ed.). United States of America: Sage
Publications.
Abowitz, D. A., & Toole, T. M. (2010). Mixed Method Research: Fundamental Issues
of Design, Validity, and Reliability in Construction Research. Journal of
Construction Engineering and Management. doi:10.1061/(ASCE)CO.1943-
7862.0000026
Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. (2014). Kaedah Penyelidikan
Islam:Perspektif Islam. (Ahmad Munawar Ismail, Ed.) (1st ed.). Bangi: Penerbit
UKM.
Al-Mansor Abu Said. (2012). Kaedah Penyelidikan Perniagaan (Cetakan Pe.).
Dawama Sdn.Bhd, Kompleks Dawama.
Bilal, M. N. M. & Ummah, M. A. C. S. 2016. A Case Study on the Impact of
Internship Training in Finding Successful Job Placements: With Special
Reference to South Eastern University of Sri Langka. Proceedings of the 3rd
International HR Conference, 3(1).
Butcher, Val, Smith, Judith, Kettle, Jane and Burton, Laila (2011). Review of good practice
in employability and Enterprise Development by Centres for Excellence in Teaching
and Learning. York: Higher Education Academy.
Bowen, G. A. (2008). Naturalistic inquiry and the saturation concept: A research note.
Qualitative Research, 8, 137-152. doi:10.1177/1468794107085301
Chua, Y. . (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan 1: Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-
Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.
Chua, Y. P. (2014). Asas Statistik Penyelidikan. (Y. P. Chua, Ed.) (3rd Editio).
McGraw-Hill.
Cremin Colin (2010) “Never employable enough: The (im) possibility of satisfying the
boss’s desire,” Organization, 17(2): pp. 131-149.
Creswell, J. W. (2014). Research Design:Qualitatitive, Quantitative and Mixed
Methods Approaches. (Thousand Oaks, Ed.) (3rd ed.). Sage Publications.
Creswell, J., & Clark, P. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Research
(2nd editio). SAGE Publications, Inc.
Coakes, S.J., Steed L. dan Price J.(2008). SPSS Version 15.0 for Windows Analysis
without Anguish. Milton, Australia: John Wiley & Son Australia, Ltd.
Cohen, M. (2011). Research Methods in Education. Routledge; 7 edition (April 28,
63
2011 ).
Douglas A. Lind, William G. Marchal, S. A. W. (2015). Statistical Technique in
Business & Economics. (Douglas Reiner, Ed.) (16th ed.). New York: McGraw-Hill
Education.
Esa, A., Selamat, A.S., Padil, S. & Jamaludin, J. (2014). Applications of soft skills in
engineering programme at polytechnic Malaysia. Procedia Social and Behavioral
Sciences, 140, 115-120.
Faridah Ibrahim, Normah Mustaffa, & Mus Chairil Samani. 2010.Hala tuju pengajian
komunikasi dan media di Malaysia.Kuala Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.
Gay et al. (2006). Perceptions of information and communication technology among
undergraduate management students in Barbados. , 2, 6-17. International Journal
of Education and Development Using Information and Communication
Technology (IJEDICT), 2, 6–17.
Goodwin & Vicki (2012) “North West Graduate Employability Programme.” York:
Higher Education Academy.
Gunn, V. Bell, S and Kafmann. (2010) Thinking strategically about employability and
graduate attributes: Universities and enhancing learning for beyond university.
Enhancement themes. Available at http://www.enhancementthemes.ac.uk/
documents/G21C/Employability_230210.pdf
Halimahton, M. S. (2011). Kepimpinan Instruksional Menjana Generasi Kreatif dan
Inovatif (pp. 1–25).
Hanapi, Z, & Kamis., A. (2017). Analisis perbandingan di antara industri, pensyarah
dan graduan terhadap kepentingan kemahiran teknikal dan kemahiran
kebolehkerjaan yang perlu dikuasai oleh graduan bidang elektrik di kolej
komuniti. Humanika, 9(1-5), 67–75.
Hair, F. ., Black, W. ., Babin, B. ., & Anderson, R. . (2010). Multivariate data analysis.
Upper Saddle River, Boston: Pearson.
Jabatan Perdana Menteri. (2010). Perspektif Wawasan 2020. Retrieved from
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/255-perspektif-
wawasan-2020.html
John W. Creswell. (2012). Educational Research, Planning, Conducting, and
Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Pearson.
Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). ACTIVITIES, 38, 607–610.
64
Kwok, D., Gujral, M. & Chan, J. (2014). Work readiness: a study of student intern’s
self-perception and supervisor evaluation. International Conference on Teaching
& Learning in Higher Education, National University of Singapore.
Lay Y. F dan Khoo C. H. (2008). Pengenalan Kepada Analisis Statistik Dalam
Penyelidikan Sains Sosial. Kota Kinabalu, Sabah: Venton.
Leo, M. (2016). Edu Advisor: What You Didn’t Know About Fresh Graduate
Unemployment in Malaysia. Available at https://eduadvisor.my/articles/what-
didnt-know-fresh-graduate-unemployment-malaysia-infographic/, accessed 19
March 2017.
Little, Brenda M. (2011) “Employability for the workers: What does this mean?,”
Education and Training, 53(1): pp. 57-66.
Lowden, Kevin, Hall, Stuart, Elliot, Dely, and Lewin, Jon (2011). Employers’
Perceptions of the Employability Skills of New Graduates. London: The Edge
Foundation.
Marshall, C., & Rossman, G. B. (1989). Designing Qualitative Research. Newbury
Park, CA: Sage.
Machart, R. (2017). The implementation of industrial training in tertiary education in
Malaysia: Objectives, realisations and outputs in the case of foreign language
students. International Review of Education, 63 (1), 103–122.
Mohd. Majid Konting .(2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur,
Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Noriah Mohd Ishak. (2009). Kepintaran emosi sebagai faktor peramal pencapaian
akademik pelajar IPTA: Implikasi terhadap kebolehpasaran.
Ofsted (2010) Good practice in involving employers in work-related education and
training.
Pegg, Ann, Waldcock, Jeff, Hendy-Isaac, Sonia and Lawton, Ruth (2012). Pedagogy for
Employability. York: Higher Education Academy
Ramlee Mustapha. (2013a). Transforming Education toward K-Economy in Malaysia.
International Journal for Educational Studies, 6(1). Retrieved from http://educare-
ijes.com/transforming-education-toward-k-economy-in-
malaysia/?s=Transforming+Education+toward+K-Economy+in+Malaysia
Ramlee Mustapha. (2013b). Transforming Education toward K-Economy in Malaysia.
International Journal of Education Studies.
Rosenberg, Stuart, Heimler, Ronald, and Morote, Elsa-Sofia (2012) “Basic
employability skills: a triangular design approach,” Education and Training,
54(1): pp. 7-20.
65
Sekaran, U. (2013). Research Methods for Business (4th ed.). Hoboken, New Jersey:
John Wiley & Sons.
Sherri L. Jackson. (2014). Research Methods: A Modular Approach (3rd ed.).
Shury,J, Winterbotham, M. Davies, B and Oldfield K with Spilsbury, M. and Constable,
S. (2010). National Employer Skills Survey for England 2009: Main report:
Evidence Report 23. IFF Research and UK Commission for Employment and
Skills
Suleman., F. (2016). Kebolehkerjaan skills of higher education graduates: little
consensus on a much-discussed subject. Procedia Social and Behavioral
Sciences, 228 (20), 169-174.
Tickle, Louise (2013). “Employability initiative winner: Edinburgh College of Art,”
The Guardian, 28 February.
Vathsala Wickramasinghe, Lasantha Perera, (2010) "Graduates', university lecturers'
and employers' perceptions towards employability skills", Education + Training,
Vol. 52 Issue: 3, pp.226-244, https://doi.org/10.1108/00400911011037355
Wesley, S. C., Jackson, V. P. & Lee, M. (2017). The perceived importance of core soft
skills between retailing and tourism management students, faculty and businesses.
Employee Relations, 39(1), 79-99.
White, M. D., & Marsh, E. E. (2006). Content analysis: A flexible methodology.
Library Trends, 55(1), 22-45
Zainudin Awang. (2012). Research Methodology and Data Analysis. (S. Dee Sega
Enterprise, Subang Jaya, Ed.). Shah Alam: Penerbit Uitm Press.
Zeyrek, E. Y., & Lester, D. (2008). Cronbach alpha reliability and concurrent validity
of the Collett-Lester Fear of Death Scale in a Turkish sample. Psychological
Reports, 102, 706–708. doi:10.2466/PR0.102.3.706-708
Zaidatun Tasir dan Mohd Salleh Abu. (2003). Analisis Data Berkomputer SPSS 11.5
for Windows. Universiti Teknologi Malaysia, Ampang, Kuala Lumpur: Venton
Publishing.
ppijppkk/kajianmajikan_v2
BAHAGIAN A: MAKLUMAT L ATAR BELAK ANG O RGANISASI
PART A: ORGANISATION BACKGROUND INFORMATION
Arahan : Sila lengkapkan SEMUA soalan dengan menandakan () pada pilihan jawapan yang disediakan.
Instructions: Please complete ALL the questions and tick () the options available.
A1. Nama organisasi:
Name of organisation:
A2. Status organisasi:
Status of organisation:
Swasta / GLC Kerajaan
Private / GLC Goverment
A3. Kluster organisasi:
Cluster of organisation:
Kejuruteraan Mekanikal Kejuruteraan Elektrik Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Petrokimia Agro Teknologi
Mechanical Engineering Electrical Engineering Civil Engineering Petrochemical Engineering Agro Technology
Teknologi Maklumat & Komunikasi Perdagangan Pelancongan & Hospitaliti Rekabentuk & Komunikasi Visual
Information Technology & Communication Commerce Tourism & Hospitality Design & Visual Communication
Lain – lain: ___________________________
Others : ___________________________
A4. Bilangan graduan politeknik dan kolej komuniti yang sedang bekerja di organisasi tuan/puan: ___________
Number of polytechnic and community college graduates currently employed in your organisation: __________
BAHAGIAN B: MAKLUMAT UMUM GRADUAN POLITEKNIK / KOLEJ KOMUNITI
PART B: POLYTECHNIC / COMMUNITY COLLEGE GRADUATE’S GENERAL INFORMATION
B1. Gaji permulaan bulanan (termasuk elaun) bagi graduan diploma politeknik dan kolej komuniti :
Starting salary for diploma polytechnic and community college graduates:
RM500 dan ke bawah
RM500 and below
RM1,001 – RM1,500
RM2,001 - RM2,499
RM501 – RM1,000 RM1,501 – RM2,000
RM2,500 –RM3,500
RM3,501 dan ke atas
RM3,501 and above
ppijppkk/kajianmajikan_v2
BAHAGIAN C: KEPUASAN MAJIKAN TERHADAP KEMAHIRAN, PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH
PART C: EMPLOYERS’ PERCEPTION REGARDING SKILLS, KNOWLEDGES AND SOFT SKILLS
Arahan : Dibawah merupakan pandangan terhadap graduan politeknik dan kolej komuniti yang bekerja di organisasi anda. Sila tandakan pilihan anda
mengikut skala 1 hingga 5 bagi setiap item.
Instructions: Below are the opinion of polytechnic and community college graduates who are working in your organisation. Please mark the
appropriate scale from 1 to 5 for each item.
1 2 3 4 5
Sangat rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi
Very low Low Moderate High Very high
Kemahiran
Skills
Sebagai majikan, adakah kemahiran graduan politeknik / kolej komuniti yang bekerja di organisasi tuan/puan memenuhi ciri-ciri
seperti berikut:
As an employer, do polytechnic / community colleges graduates’ skill fulfill the following criteria:
i. Kemahiran pengurusan maklumat
Information management skill
1
2
3
4
5
ii. Kemahiran menggunakan komputer dalam pemprosesan
maklumat
Using computer in processing information
1
2
3
4
5
iii. Kemahiran memilih peralatan / teknologi
Skill in choosing tools / technology
1
2
3
4
5
iv. Kemahiran berfikir secara inovatif
Skill in innovative thinking
1
2
3
4
5
v. Kemahiran berfikir secara kreatif
Skill in creative thinking
1
2
3
4
5
vi. Kemahiran membuat keputusan
Skill in decision making
1
2
3
4
5
vii. Kemahiran menyelesaikan masalah
Skill in problem solving
1
2
3
4
5
Pengetahuan
Knowledge
Sebagai seorang majikan, adakah pengetahuan graduan politeknik / kolej komuniti yang bekerja di organisasi tuan/puan memenuhi
ciri-ciri seperti berikut:
As an employer, do polytechnic / community colleges graduates’ knowledge fulfill the following criteria:
i. Pengetahuan teknikal berdasarkan keperluan kerja
Technical knowledge based on job requirement
1
2
3
4
5
ii. Pengetahuan mengaplikasi teknologi
Knowledge on technology application
1
2
3
4
5
iii. Pengetahuan pengurusan tentang organisasi
Knowledge on information management
1
2
3
4
5
iv. Pengetahuan berkaitan dengan bidang tugas
Knowledge on job scope
1
2
3
4
5
Kemahiran Insaniah
Soft Skills
Sebagai seorang majikan, adakah kemahiran insaniah graduan politeknik / kolej komuniti yang bekerja di organisasi tuan/puan
memenuhi ciri-ciri seperti berikut:
As an employer, do polytechnic / community colleges graduates’ softskills fulfill the following criteria:
i. Berdisiplin dalam menjalankan tugas
Discipline in performing task
1
2
3
4
5
ii. Kebolehan berkomunikasi dengan baik
Good communication skill
1
2
3
4
5
iii. Kebolehan bekerja secara berpasukan
Able to work in a team
1
2
3
4
5
iv. Kemahiran menguasai Bahasa Inggeris
Proficient in English Language
1
2
3
4
5
v. Ketelitian dalam tugasan
Meticulous in a task given
1
2
3
4
5
vi. Pengamalan nilai-nilai murni
Practise of moral values
1
2
3
4
5
vii. Kemahiran keusahawanan
Entrepreneurship skill
1
2
3
4
5
INDEK: