ArticlePDF Available

PANDEMIK CORONAVIRUS (COVID-19): PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SECARA ATAS TALIAN SUATU KEPERLUAN DI MALAYSIA

Authors:
  • Kolej Komuniti Jerantut

Abstract

Penutupan institusi pendidikan tinggi dan sekolah disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini telah memberi kesan terhadap struktur Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) iaitu daripada kaedah PdP secara langsung di institusi kepada PdP secara atas talian secara sepenuhnya. Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP. KPT menerusi kenyataan media bertarikh 27 Mei 2020 memaklumkan bahawa semua aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan secara atas talian sehingga 31 Disember 2020. Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali beberapa kategori pelajar yang berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan serta penjarakan sosial. Justeru itu, semua pihak haruslah mempersiapkan diri bagi menghadapi norma baharu iaitu kaedah PdP secara atas talian secara menyeluruh semasa tempoh PKP ini demi kelangsungan proses PdP pelajar.
PANDEMIK CORONAVIRUS (COVID-19): PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
SECARA ATAS TALIAN SUATU KEPERLUAN DI MALAYSIA
Nor Fauziana binti Mohd Salleh
Kolej Komuniti Bentong
faiyna_1236@yahoo.com
PENGENALAN
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penularan wabak Coronavirus terbaru
yang ditemui di China iaitu Novel Coronavirus 2019 (COVID-19) di seluruh dunia boleh
menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Ianya juga menyebabkan spectrum gejala
daripada selsema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk Virus ini
merebak melalui titisan dari hidung atau mulut apabila seseorang yang dijangkiti COVID-
19 batuk atau bersin. Titisan ini merentasi objek dan permukaan di sekelilingnya. Orang
lain akan mendapat jangkitan COVID-19 dengan menyentuh objek atau permukaan ini,
kemudian menyentuh mata, hidung atau mulutnya. Sesorang itu juga boleh dijangkiti
COVID-19 jika mereka berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin
atau melepaskan titisan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi penularan
COVID-19 sebagai pandemik kerana ianya merupakan penyakit berjangkit yang
merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi
sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.
Pandemik COVID-19 ini memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan,
pendidikan, ekonomi, kewangan dan lain-lain sehingga mengakibatkan beberapa negara
termasuk Malaysia mengambil langkah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Rakyat dinasihatkan untuk terus kekal di rumah, bekerja dari rumah (Work From
Home), pergerakan di luar rumah dihadkan, memakai pelitup hidung dan mulut, kerap
cuci tangan, menjaga penjarakan sosial dan sebagainya sebagai langkah-langkah
pencegahan pandemik ini.
Penutupan institusi pendidikan tinggi dan sekolah disebabkan oleh pandemik
COVID-19 ini telah memberi kesan terhadap struktur Pembelajaran dan Pengajaran
(PdP) iaitu daripada kaedah PdP secara langsung di institusi kepada PdP secara atas
talian secara sepenuhnya. Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei
2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan
pengendalian aktiviti akademik di kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) semasa dan
pasca PKP. KPT menerusi kenyataan media bertarikh 27 Mei 2020 memaklumkan
bahawa semua aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan secara atas talian sehingga 31
Disember 2020. Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali
beberapa kategori pelajar yang berkeperluan untuk pulang ke kampus secara
berperingkat bagi melaksanakan PdP dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi
Standard (SOP) yang ditetapkan dan mengutamakan langkah keselamatan serta
penjarakan sosial.
Pelbagai aplikasi atau platform digital yang bersesuaian boleh digunakan seperti
Whatsapp, Google Classroom, Zoom, Webex, YouTube dan sebagainya untuk
meneruskan aktiviti PdP meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang diarahkan oleh kerajaan. Kaedah PdP secara atas talian ini menuntut komitmen
dan kerjasama daripada semua pihak terutamanya dari segi pengetahuan dan
kemahiran berkaitan teknologi maklumat, penyediaan peranti digital dan akses capaian
internet yang berkualiti serta penyediaan kaedah penilaian yang bersesuaian bagi
mengukur pencapaian pelajar. Justeru itu, semua pihak haruslah mempersiapkan diri
bagi menghadapi norma baharu iaitu kaedah PdP secara atas talian secara menyeluruh
semasa tempoh PKP ini demi kelangsungan proses PdP pelajar.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT OLEH INDIVIDU DI MALAYSIA
Menurut Ratheeswari, K. (2018), dalam era digital, penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi atau Information and Communications Technology (ICT) memberikan
peluang kepada pelajar untuk belajar dan mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang
diperlukan di alaf 21. Nsiah-Gyabaah, K. (2011) menyatakan bahawa tanpa
pengetahuan dan kemahiran berkaitan ICT, seseorang individu agak sukar untuk
bersaing dalam dunia moden ini. Dalam dunia moden ini, keperluan pekerjaan berubah
dan pekerja perlu mengembangkan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan oleh
pasaran pekerjaan.
Rajah 1: Penggunaan ICT oleh Individu di Malaysia, 2019 dan 2018
Statistik penggunaan ICT oleh individu di Malaysia bagi tahun 2019 dan 2018
(Rajah 1) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia ini menunjukkan
peningkatan peratusan penggunaan internet oleh individu iaitu sebanyak 3% daripada
81.2% pada tahun 2018 kepada 84.2% pada tahun 2019. Peratusan bagi penggunaan
komputer oleh individu juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1.6% daripada 70.5%
pada tahun 2018 kepada 72.1% pada tahun 2019. Namun begitu, penggunaan telefon
bimbit oleh individu masih kekal sebanyak 97.9% pada tahun 2018 dan 2019. Statistik ini
adalah hasil daripada Laporan Survei Penggunaan dan Capaian ICT oleh Individu dan
Isi Rumah 2019.
Daripada statistik tersebut, ianya jelas menunjukkan bahawa sekurang-
kurangnya 70% individu di Malaysia menggunakan ICT dalam kehidupan mereka
samada menggunakan internet, komputer atau telefon bimbit. Oleh yang demikian, PdP
secara atas talian adalah medium terbaik untuk memastikan kesinambungan proses
pembelajaran sewaktu pandemik COVID-19 ini melanda negara.
Peranan ibu bapa juga sangat penting untuk memantau perkembangan anak-
anak mengikuti kelas secara atas talian dan mengawal kandungan laman web yang
dilayari. Ibubapa juga merupakan guru terbaik di rumah untuk membantu anak-anak
dalam pembelajaran. Menurut Blanco et. al. (2013), ibubapa perlu merangka strategi
untuk menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan dan dinamik seterusnya
membawa kepada kemajuan kejayaan akademik anak-anak mereka.
PERANTI DIGITAL DAN CAPAIAN AKSES INTERNET YANG BERKUALITI
Pada masa kini, pelbagai peranti ICT ditawarkan dengan kos yang berpatutan.
Dengan adanya telefon bimbit, komputer, komputer riba, tablet, dan sebagainya yang
semakin mudah diakses dan paparan antara muka (interface) yang mesra pengguna,
ianya dapat menarik pelbagai lapisan masyarakat untuk menggunakan kemudahan ICT.
O'Connor (2017) menyatakan, hasil penyelidikan terdahulu menunjukkan bahawa kanak-
kanak kecil terlibat secara meluas dengan peranti-peranti ini. Sebagai contoh, sejak lahir
kanak-kanak telah didapati mengamati komunikasi berdasarkan skrin seperti panggilan
video dengan datuk dan nenek yang jauh (McClure et al., 2018), dan sebelum ulang
tahun pertama, mereka sudah mula menggunakan paparan antara muka pengguna
secara automatik hanya dengan sentuhan di peranti. Menurut Harrison (2018), kanak-
kanak kecil boleh mengakses gambar dan video, menavigasi Youtube, dan berinteraksi
serta melengkapkan beberapa permainan dan aplikasi digital yang sesuai dengan usia.
Ini jelas menunjukkan bahawa generasi Y dan generasi Z kebanyakannya terdedah
dengan kemudahan ICT sejak dari lahir lagi. Ini akan memudahkan mereka untuk
mengikuti pembelajaran secara atas talian.
Latihan untuk meningkatkan kemahiran ICT juga diperlukan di kalangan pelajar dan
pendidik. Warga pendidik terutamanya perlu mempersiapkan diri dan meningkatkan
penguasaan dan kemahiran dalam bidang ICT ini supaya kaedah PdP dapat dijalankan
secara berkesan dan efektif. Kemudahan dan fasiliti yang disediakan oleh institusi dan
ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memastikan kelestarian PdP secara
atas talian ini. Kebanyakan institusi pendidikan mempunyai platform pembelajaran atas
talian yang tersendiri yang mudah diakses oleh pelajar institusi masing-masing.
Sebagai contoh, CIDOS merupakan platform asas bagi pembelajaran, perbincangan
dan penilaian bagi kegunaan politeknik. Platform lain seperti Google Class Room,
Whatsapp, Telegram, Zoom, YouTube, Webex dan lain-lain juga boleh diakses dan
digunakan sebagai medium PdP secara atas talian.
Pelajar-pelajar boleh mengulangkaji pelajaran dengan menonton semula video
rakaman pendidik, mendapatkan maklumat daripada buku atau internet bagi
memperkukuhkan pengetahuan mereka. Komunikasi dua hala di antara pendidik dan
pelajar juga wujud melalui respons yang diterima secara live semasa sesi kuliah
berlangsung atau melalui perbincangan di ruangan chat, aplikasi Whatsapp, Telegram,
panggilan video atau panggilan telefon. Pelajar juga boleh mengulangkaji pelajaran
melalui medium TV Pendidikan di saluran TV terutamanya bagi pelajar-pelajar yang
akan menghadapi peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) dan Ujian Penilain Sekolah Rendah (UPSR).
Penilaian untuk mengukur tahap pencapaian pelajar juga boleh dilaksanakan melalui
kaedah atas talian. Contohnya, pelajar membuat rakaman video untuk membentangkan
tugasan yang diberikan secara individu. Markah akan diberikan oleh pendidik
berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan. Tugasan juga boleh dihantar melalui
medium yang bersesuaian mengikut kehendak pendidik. Soalan-soalan juga boleh
dibangunkan menggunakan aplikasi Kahoot, Google Form dan sebagainya untuk
melancarkan proses penilaian pelajar dan seterusnya meningkatkan keseronokan PdP
secara atas talian.
Rajah 2: Capaian ICT oleh isi rumah di Malaysia, 2019 dan 2018
Statistik capaian ICT oleh isi rumah di Malaysia bagi tahun 2019 dan 2018 (Rajah 2)
yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan peratusan capaian ICT bagi internet,TV berbayar dan radio. Manakala,
berlaku penurunan peratusan capaian ICT menggunakan televisyen, telefon talian tetap
dan komputer. Peratus capaian ICT menggunakan telefon bimbit adalah tidak berubah
bagi kedua-dua tahun.
Daripada statistik ini, ianya jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai alat yang
boleh digunakan untuk merealisasikan pembelajaran secara atas talian bergantung
kepada subjek atau program yang ditawarkan.
Syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi, TM dan sebagainya
menawarkan pelan telefon bimbit dan pakej data yang menarik untuk kegunaan individu.
Selain itu, syarikat-syarikat korporat juga menawarkan diskaun, pakej menarik serta
pemberian peranti secara percuma kepada pelajar dan guru melalui program
tanggungjawab sosial korporat mereka. Syarikat Apple sebagai contoh memperkenalkan
Apple Education Pricing khas kepada pelajar, pendidik dan staf di mana diskaun
diberikan sehingga RM 880 bagi peranti tertentu. Yayasan syarikat YTL pula
menawarkan telefon bimbit percuma kepada pelajar-pelajar daripada keluarga B40
menerusi program ‘Learn from Home Initiative’. Telefon bimbit yang diberikan ini
dilengkapi dengan 12 bulan pelan data YES 4G sebanyak 120 GB.
Walaubagaimanapun, bagi pelajar-pelajar yang berada di kawasan yang tiada liputan
internet atau tidak mempunyai kemudahan ICT di rumah, antara alternatif bagi
memastikan PdP terus berlangsung adalah:
1. Nota-nota kuliah dan tugasan dihantar melalui pos.
2. Pelajar perlu mencari inisiatif untuk ke pusat-pusat internet atau ke institusi
pengajian yang terdekat untuk menggunakan kemudahan ICT.
3. Lain-lain alternatif yang sesuai.
Jika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berterusan akibat pandemik COVID-
19, Wan, Ya Shin. (2020) menyatakan bahawa untuk mengurangkan jurang digital,
banyak negara telah mengambil langkah seperti menyebarkan peranti untuk
meningkatkan akses ke kelas dalam talian. Di Finland, beberapa negeri di China dan
United States, pelajar dapat meminjam alat digital dari sekolah untuk mengakses
platform pembelajaran dalam talian. Terdapat juga syarikat swasta yang telah
menyumbang peranti kepada kanak-kanak yang memerlukan.
Cara lain untuk memperluas jangkauan pelajaran digital adalah melalui televisyen.
Penggunaan saluran televisyen pendidikan harus diperluaskan lagi. Malaysia telah
memulakan inisiatif ini sejak 6 April. Pada masa ini, saluran televisyen pendidikan
ditayangkan selama dua slot satu jam di TV Okey setiap hari. Ini boleh diperluaskan lagi
untuk menyediakan lebih banyak kelas kepada kanak-kanak dari semua peringkat umur
dan sepanjang hari.
Menurut statistik capaian penggunaan ICT oleh isi rumah (Rajah 2) pada tahun 2019,
hanya 90.1% isi rumah mempunyai akses ke internet sementara hanya 71.3% isi rumah
mempunyai komputer. Sebagai perbandingan, isi rumah yang mempunyai akses ke
televisyen adalah 97.6%. Oleh itu, liputan pelajar melalui televisyen lebih luas daripada
platform dalam talian yang lain. Arahan dan bimbingan kepada ibubapa juga dapat dapat
disalurkan melalui telefon bimbit. Statistik menunjukkan bahawa 98.2% isi rumah
memiliki telefon bimbit.
Daripada suatu sudut, penutupan institusi pendidikan dalam tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan ini akan menyemarakkan lagi hubungan baik di antara ibu bapa
dan anak-anak (bonding time). Ibu bapa dapat membantu anak-anak mengendalikan
pembelajaran di luar kelas. Pembelajaran di luar kelas ini membantu kanak-kanak untuk
meneroka bidang yang mereka ingin tahu. Pembelajaran di luar kelas akan memberikan
kebebasan kepada kanak-kanak untuk meneroka perkara di luar buku teks mereka. Ia
secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran, membina karakter serta
memastikan pembelajaran yang menyeluruh tetap berlangsung walaupun berada di
rumah.
RUJUKAN
Blanco, Lucía & Martínez-González, Raquel-Amaya & Iglesias, Mª & Pérez, Mª. (2013).
The challenging role of educating children at home.
Harrison E and McTavish M. (2018) ‘i’Babies: Infants’ and toddlers’ emergent language
and literacy in a digital culture of iDevices. Journal of Early Childhood Literacy 18:
163-188.
McClure ER, ChentsovaDutton YE, Holochwost SJ, et al. (2018) Look At That! Video
Chat and Joint Visual Attention Development Among Babies and Toddlers. Child
Development 89: 27-36.
Nsiah-Gyabaah, K. (2011). The increasing demand for tertiary education in Ghana and
female participation. Journal of Polytechnics in Ghana, 5(1), 49-68.
(PDF) Perception of Secondary School Students towards ICT Education.
O'Connor J. (2017) Under 3s and Technology. In: Arnott L (ed) Digital Technologies and
Learning in the Early Years. London: SAGE, 87-98.
Ratheeswari, K.. (2018). Information Communication Technology in Education. Journal
of Applied and Advanced Research. 3. 45. 10.21839/jaar.2018.v3iS1.169.
Wan, Ya Shin. (2020). Education during COVID-19.
https://www.dosm.gov.my/
http://www.mohe.gov.my/media-kpt/kenyataan-media
http://www.myhealth.gov.my/wp-content/uploads/FAQ-COVID-19.pdf
https://www.undp.org/content/undp/en/home/coronavirus.html
... Pelajar-pelajar boleh mengulangkaji pelajaran dengan menonton semula video rakaman pendidik, mendapatkan maklumat daripada buku atau internet bagi memperkukuhkan pengetahuan mereka. Komunikasi dua hala di antara pendidik dan pelajar juga wujud (Salleh, 2020b). Pelajar menggunakan pembelajaran dalam talian untuk mendapatkan bahan pembelajar disamping dapat memuat turun bahan pembelajaran yang disediakan oleh pensyarah (Nawi & Isa Hamzah, 2013). ...
... Kebanyakan pelajar hanya menggunakan talian prabayar dengan bekalan data yang terhad. Ada juga dikalangan mereka yang mempunyai masalah dengan kemudahan ICT dirumah (Salleh, 2020b). Terdapat segelintir pelajar yang terpaksa berkongsi kemudahan yang ada dengan ahli keluarga yang lain dan akan menjadi lebih rumit sekiranya bertindih masa untuk kelas yang perlu dihari. ...
Article
KOMPILASI PELBAGAI ISU PENDIDIKAN
... Menurut Nor Fauziana (2020) dalam kajian yang dijalankan bertajuk Pandemik Coronavirus : Pembelajaran dan pengajaran secara atas talian suatu keperluan di Malaysia menyatakan kaedah pengajaran dan pembelajaran atas talian ini memerlukan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakannya. Guru terutamanya perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan teknologi maklumat. ...
... Teaching and learning in the online method require colossal commitment and cooperation from all parties. Teachers and students should be ready for knowledge and skills, information technology, provision of digital devices and access to quality internet access, and appropriate assessment methods to measure student achievement (Salleh, 2020). Other recent studies have revealed increased reports of loneliness, anxiety, and depression due to stay-at-home orders required to combat the COVID-19 pandemic. ...
Article
Full-text available
The COVID-19 pandemic has affected the education sector, primarily in vocational education. The pressure for practical assessment solutions of TVET students during a pandemic is the biggest challenge. Social change conditions significantly contribute to increased health problems, including mental and psychological illnesses such as mental disorders. This study aimed to identify the frequency of mental health, TVET students' perceptions and the relationship to online learning perceptions during the COVID-19 pandemic. The design of this study is quantitative survey research. Data was collected through a questionnaire form created on Google Form consisting of 41 questions. The questionnaire used a DASS-21 scale for the 21-item depression, anxiety, stress item and a Likert scale for students' perceptions of online learning. The total sample of respondents was 152 TVET students, with a response rate of 60.3%. This study was analyzed using Statistical Package for the social sciences (SPSS) version 23.0 to calculate the frequency, mean, percentage, standard deviation, t-test correlation and ANOVA test. The study results showed the frequency of mental health of TVET students at the level of disagreement (M = 1.05). The highest frequency of DASS-21 is Depression (M = 10.9). Respondents agreed (M = 3.51) that students' perceptions of online learning affected them. The highest frequency of online perception learning is factor three (M = 3.63), and the lowest frequency is factor two (M = 3.30). Finally, the study results found that a correlation analysis had no direct positive relationship (r = .177) between mental health and perceptions of online learning during the COVID-19 pandemic. Therefore, there is a need to consider educational policies towards a new norm in education to improve the mental health and perceptions of TVET students towards online distance learning.
... At the end of 2019, Malaysia and the rest of the world is expected to be hit by the Covid-19 outbreak. The World Health Organization (WHO) categorizes the COVID-19 transmission situation as a pandemic because it is an infectious disease that spreads through the human population and crosses vast areas across national and continental borders, even around the world (Salleh, 2020). Following the spread of the Covid -19 epidemic, the theme is Concerned Malaysia which carries the meaning that all Malaysians work together to fight the Covid-19 pandemic. ...
Conference Paper
Full-text available
From the perception of Art Appreciation, requires two main aspects, namely formalistic and content. These two aspects come together to form a work of art. The logo is one of the results of art in the form of digital art that are always used in graphic design. This paper is conducted to identify the visual characteristic of the Malaysian Independence Day logo. Researchers only chose Independence Day for the year 2020 to be analyzed because it is the logo for the current year and is the latest logo design created compared to the previous two years using the same logo. To achieve the purpose, this method of this study is qualitative, which is to use the study of art appreciation evaluation analysis in the context of form and content. It clearly shows the formalistic aspects used in translating the literal and implicit meanings in the Independence Day 2020 logo. This logo features various artistic elements of art and principles of design, as described in this study. It also gives sense to the events that took place during the year. This study has combined the theoretical aspects of Formalistic art with graphic design that is the study of the Independence Day logo. A logo can be considered successful if all sections of society understand it. This logo is created every year, according to the theme and identity of the country. The logo design refers to the symbolism of a multiracial society that is pluralistic and dignified the culture in this country. Through the analysis that has been made, the creation of the Independence Day 2020 logo can be accepted because the logo is simple and easy to understand by the community. The use of the right logo can change people's perception of something.
Article
Full-text available
Virus COVID-19 yang membawa kepada pandemik bukan sahaja memberi kesan terhadap sektor pekerjaan dan ekonomi, malahan sektor pendidikan juga turut terjejas. Kajian ini dilakukan bagi meneroka cabaran yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran atas talian. Kajian ini juga bertujuan bagi mengenalpasti kekangan dan isu yang dihadapi para pelajar yang menggunakan capaian internet untuk pembelajaran secara maya. Terdapat empat aspek yang dikaji iaitu aspek fizikal, pengetahuan ICT, capaian internet dan gaya pembelajaran. Kaedah pengumpulan data yang telah digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan dianalisa menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 12.0 secara deskriptif. Seramai 187 responden yang telah respon terhadap soal selidik. Responden terdiri daripada pelajar Programming Fundamentals Semester 2 dan 3 bagi Sesi 1 2021/2022 Politeknik Balik Pulau. Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini membuktikan bahawa tahap kesediaan pelajar Semester 2 dan Semester 3 di Politeknik Balik Pulau terhadap pembelajaran secara atas talian adalah tinggi bagi semua aspek iaitu aspek fizikal, aspek pengetahuan ICT, aspek capaian internet, dan aspek gaya pembelajaran. Kata kunci: Cabaran, pandemik Covid-19, pembelajaran atas talian
Technical Report
Full-text available
Article
Full-text available
The paste twenty-five years the use of ICT has fundamentally changed the practices and procedures of nearly all forms of endeavor within the all forms of educational institutions. ICT have become commonplace entities in all aspects of life. Education is the driving force of economic and social development in any country. Considering this, it is necessary to find ways to make education of good quality, accessible and affordable to all, using the ICT in education develops higher order skills. Through ICT provides enormous opportunity for all the teachers and benefit for every global learner. It is obvious that emphasis on ICT is crying need as it acts as an agent for education without compromising the quality. As we are in the 21 st century, various factors and many others are bringing strong forces to bear on the adoption of ICTs in education and contemporary trends suggest large scale changes in the way of education is planned and delivered as a consequence of the opportunities and affordance of ICT. ICT will be likely to have in coming years on what is learned, when and where learning will take place and how the learning occur. It is also necessary to sustain a high growth rate of our economy through the capacity building and knowledge empowerment of the learners and for promoting new upcoming multidisciplinary fields of knowledge. This paper highlights the impact of ICT in enhancing quality of education.
Article
Full-text available
Children today are growing up in a digital world that is changing and advancing at an unprecedented rate. While some adults may struggle to keep up with new technological gadgets, we find our very young may be quite at ease with the use of digital technologies, even before learning to speak. This study builds on a foundation of family literacy studies that looks at the literacies children are exposed to within their home environments. Given the influx of technology in children’s home environments, it is important to understand children’s digital literacy developments from a family literacy perspective. Studying two very young children and their families interacting with these new devices provides a deep and detailed look into how digital technologies might be influencing young children’s language and literacy development in first and second languages. Findings from this study can inform parents and educators of what, why and how young children interact and learn with digital devices.
Article
Although many relatives use video chat to keep in touch with toddlers, key features of adult-toddler interaction like joint visual attention (JVA) may be compromised in this context. In this study, 25 families with a child between 6 and 24 months were observed using video chat at home with geographically separated grandparents. We define two types of screen-mediated JVA (across- and within-screen) and report age-related increases in the babies' across-screen JVA initiations, and that family JVA usage was positively related to babies' overall attention during video calls. Babies today are immersed in a digital world where formative relationships are often mediated by a screen. Implications for both infant social development and developmental research are discussed.
The increasing demand for tertiary education in Ghana and female participation
  • K Nsiah-Gyabaah
Nsiah-Gyabaah, K. (2011). The increasing demand for tertiary education in Ghana and female participation. Journal of Polytechnics in Ghana, 5(1), 49-68.
Under 3s and Technology
  • J O'connor
O'Connor J. (2017) Under 3s and Technology. In: Arnott L (ed) Digital Technologies and Learning in the Early Years. London: SAGE, 87-98.