Content uploaded by Jamaliah Jamil
Author content
All content in this area was uploaded by Jamaliah Jamil on Jun 11, 2020
Content may be subject to copyright.
1 | P a g e
BAHASA MELAYU, LEKSIKAL DAN LEKSIKOGRAFI DIALEK BUMIPUTRA BORNEO,
SABAH (DMB) LITERATUR TUNTAS PELESTARIAN SERTA INTEGRASI
Alice Alim1, Jamaliah Jamil2 & Ahmad Ezainuddin Badarudin3
Universiti Malaysia Sabah (Pusat Penataran Ilmu & Bahasa) 1
Universiti Teknologi Malaysia (UTM-MJIIT) 2&3
Abstract
The uniqueness of Malays was lies in the diversity of academic studies which extends from
the beginning of civilization the language of this country. Even less a vehicle for communication at the
scholars’ level specialization, Malay dialects continues its legacy through the works of researchers
associated with Malay Archipelago’s cultural, social and economic. Based on these facts, the authors
take the initiative to study Malay dialect from the perspective of society and ethnic groups in
Malaysia, especially in Borneo. The literature review is divided into four main scientific resource
frameworks titles: The Malay Archipelago, Dialectics of Linguistic and Semantics Studies, Malay
Dialects study through Ethnicity and State in Malaysia as well as the Issues and Discontinuities in the
Study of Indigenous Dialects in Malaysia. The scholarly findings conclude that the analysis of dialects
on local culture in Malaysia is still of essence and originality since no concrete studies have a
complete integration on dialectical culture with all ethnic groups in Malaysia which renders its
semantic and lexical document competitiveness, has a record of being accessible over time while
helping to uphold the Malay language to the global village and became one of the 'big data' latest
Information-Communication Technology trend.
Keywords: Malay Language, Borneo local dialects, indigenus dialect, KDMR dialects, Lexical,
Semantics, Lexicography, literature gaps, Kadazandusun, Chinese Peranakan and Baba Nyonya.
Abstrak
Keunikan Bahasa Melayu adalah terletak kepada kepelbagaian kajian akademik yang meluas
dari bermulanya ketamadunan bahasa Nusantara ini. Walaupun kurang menjadi wahana komunikasi
di peringkat pengkhususan kesarjaanaan Bahasa Melayu meneruskan legasi melalui karya-karya
ilmuan yang berkait rapat dengan budaya, sosial dan ekonomi masyarakat Melayu Nusantara.
Berdasarkan fakta ini, para penulis artikel mengambil inisiatif mengkaji Bahasa Melayu dari perspektif
masyarakat dan etnik di Malaysia khususnya di Sabah. Kajian literatur ini terbahagi kepada empat
kerangka sumber ilmiah utama iaitu Nusantara itu Bahasa Melayu, Dialek Leksikografi dan Kajian
Semantik, Kajian Dialek Bahasa Mengikut Etnik dan Negeri di Malaysia serta Isu-isu serta
Kelompangan Kajian Dialek Indigenus Di Malaysia. Dapatan akademik menyimpulkan bahawa kajian
dialek ke atas budaya setempat di Malaysia masih bersifat jumud dan keasabbiyahan kerana tidak
ada kajian yang benar-benar mengintegrasikan budaya dialek ke atas semua etnik di Malaysia
sehingga menjadi dokumen semantik dan leksikal berdaya saing, mempunyai rekod untuk diakses
dari masa ke semasa dalam usaha membantu memartabatkan bahasa Melayu ke kampong global dan
menjadi salah satu ‘big data’ kepesatan teknologi internet terkini.
Kata Kunci: Bahasa Melayu, Dialek Bumiputra Borneo, Dialek Indigenus, Dialek KDMR, Leksikal,
Semantik, Leksikografi, Kelompangan Kajian, Kadazandusun, Cina Peranakan, Baba & Nyonya.
To cited this article: Alice Alim, Jamaliah Jamil & Ahmad Ezainuddin Badarudin (2020). Bahasa
Melayu, Leksikal dan Leksikografi Dialek Bumiputra Borneo Sabah (DMB) Literatur Pelestarian
serta Integrasi. UMS & UTM Malaysia. Researchgate.net.
2 | P a g e
Nusantara itu Bahasa Melayu
Menurut Collins, J. T. (2005), Asmah Omar (2008), Awang Sariyan (2014), Chaiwat, M.
(2017) Bahasa Melayu Austronesia yang menjadi Lingua Franca kepulauan Nusantara sejak
berkurun, lama yang dianggarkan dituturkan oleh lebih 300 juta penduduk di Asia Tenggara serta
merupakan bahasa keempat atau kelima terpenting dunia selepas bahasa Mandarin, Inggeris dan
Urdu. Hari ini, Bahasa Melayu hari ini telah menjadi bahasa rasmi negara Indonesia, Malaysia,
Singapura dan Brunei Darussalam serta bahasa utama majoriti etnik dalam pelbagai dialek di
kepulauan Filipina, Borneo, Kalimantan, Kepulauan Sumatera temasuk pulau Bangka Belitung dan
Kepulauan Jawa kemudian tersebar ke Selatan Thailand, Kemboja serta kepulauan Pasifik. Cabang
bahasa Melayu Austronesia telah berkembang sejak empat dan lima ribu tahun dahulu menjadi
bahasa Polinesia yang bermula penyebarannya di Kepulauan Filipina meliputi Borneo Utara sehingga
ke Borneo Barat dan Kalimantan. Para penulis telah bersepakat bahawa Lingua Franca ini wujud
melalui kepelbagaian dialek dan leksikografi serta menjadi bahasa bumiputera di Kepulauan Borneo,
Kepulauan Filipina serta Kepulauan Papua New Guinea, Indonesia. Bahasa yang dituturkan oleh
komuniti Borneo juga dikenali sebagai bahasa Melayu Proto. UNESCO dalam tahun 1972 mentakrifkan
Melayu sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Madagaskar.
Wittman (1972) dalam artikel penulis Z. Ramli (2011) yang mengkaji bahasa Malagasi telah
mengaitkan penyebaran dialek Malayu yang dituturkan oleh etnik Sama-Bajaw berlaku seawal abad
ketujuh Masihi ketika berlaku migrasi serta penerokaan penempatan masyarakat awal Melayu di
Lautan Hindi pesat berkembang ketika zaman kegemilangan Kerajaan Srivijaya, Indonesia. Perkataan
Malagasi digunakan merujuk kepada bahasa serta masyarakat di Madagascar ketika itu. Bahasa ini
dipertuturkan lebih daripada 18 juta orang penduduknya. Dialek Malagasi tidak berkaitan dengan
dialek-dialek bahasa Afrika yang berdekatan dengan Madagascar, tetapi lebih menjurus kepada
bahasa ‘Malayu-Polynesia’ yang merupakan rumpun bahasa Austronesia. Dialek Malagasi ini banyak
dipertuturkan di Indonesia, Malaysia serta Filipina serta berkait rapat dengan rumpun bahasa yang
digunakan di kawasan penempatan Sungai Barito di Kalimantan Selatan. Dikatakan Ma’anyan atau
Ma’anjan atau Maanyak Dayak adalah bahasa Austronesia yang termasuk dalam Bahasa Barito Timur
yang dituturkan oleh sekitar 150,000 penduduk Ma’anyan iaitu sub kelompok orang Dayak yang
bermastautin di Kalimantan Tengah, Indonesia. Di dapati ada ada kesamaan leksikal tinggi dengan
yang lain bahasa di Barito Timur bahasa Paku (77%) atau Dusun Witu (75%).
Abdullah M.N.A., & Abdullah, M.Y (2017), M. Nor Azan A & Saini Ag. D (2018) telah
membahaskan bahawa Bahasa Melayu bukan sahaja menerima pengaruh Indo secara langsung tetapi
juga mengalami evolusi dengan menerima kemasukan kosa kata Indo-Eropah lain seperti Portugis,
Inggeris, Belanda yang merupakan hasil daripada kesan penjajahan. Bahasa Parsi juga tidak
ketinggalan dalam mewarnai kekayaan perbendaharaan kosa kata bahasa Melayu. Kekayaan bahasa
Melayu dapat dilihat dengan penerimaan dan asimilasi bahasa dari keluarga Darvidien seperti Tamul,
Sino Tibet, Cina serta dialek dari keluarga Semitik seperti bahasa Arab.
Musa H.H. (2008), Musa H, Rodi R.C, & Muhammad S.J.N. (2014), Melayu J.B (2014), Musa,
H. (2014) dan Jaafar S. (2015) menegaskan hasil kajian serta dapatan ahli akademik, bahasa Melayu
telah menjadi bahasa penyampaian ilmu pengetahuan melalui dialek, bahasa indigenus dan bahasa
tempatan di Malaysia serta seluruh Nusantara. Penggunaan bahasa pelbagai dialek etnik Malaysia
serta semangat kekitaan dalam menjalani kehidupan seharian atau program pendidikan secara
langsung dan tidak langsung telah membantu masyarakat atau komuniti setempat meningkatkan
kecekapan pembelajaran, pembinaan daya sumber manusia, pemupukan jati diri, integrasi,
perpaduan kaum, serta pemerkasaan sistem berfikir kebangsaan. Pandangan ini disokong oleh
Hassan A. (2009) yang menekankan bahawa bahasa indigenus atau bahasa dialek tempatanlah yang
menjadi penapis serta perisai untuk menangkis fahaman songsang globalisasi yang menghancurkan
tatasusila, amalan tradisi, akhlak murni serta merupakan nilai penting untuk menyemai rasa
tanggungjawab kekitaan, keakraban, kemesraan dan kasih sayang sesama penutur bahasa atau
dialek demi perpaduan, keharmonian, kestabilan politik masyarakat dan negara. Selain itu bahasa
indigenus dan dialek tempatan merupakan satu elemen utama yang mengungkap, menunjangi
pembangunan serta kemajuan sesuatu negara mengikut ketertibannya sendirilah yang mampu
menjamin kestabilan, ketekalan, keperkasaan dan kelangsungan sesebuah tamadun.
3 | P a g e
Perkembangan Bahasa Melayu sebagai wahana komunikasi di Asia Tenggara sudah lama
terbukti. Banyak literatur mengenai sejarah bahasa Nusantara di Indonesia, Malaysia, dan Brunei,
namun jarang mengetahui yang Singapura sebagai negara yang mengutamakan bahasa Inggeris
sebenarnya telah merekodkan perkembangan Bahasa, Kesusasteraan serta Persuratan Melayu di
negara berkenaan telah bermula seawal tahun 1299 serta berkembang dengan pesat sehingga tahun
1964 (Rahmat H: 2015). Usaha Ppengembangan Bahasa Melayu di Temasik dimainkan secara aktif
dengan penubuhan Universiti Nanyang atau Nantah. Dr. Lim Huan Boon, Dr. Yang Quee Yee dan Dr.
Goh Choo Keng antara Cendekiawan Bahasa Melayu berbangsa Cina yang berkelulusan dalam
Jurusan Ekonomi dan Sains Kimia menjadi pejuang Bahasa Melayu di Singapura. Menurut Hing, C.F
(2003). Kesemua mereka ini dilantik menjadi pensyarah pengajian Bahasa Melayu di Jabatan Bahasa
Moden Nantah seawal tahun 1960. Kemudian, legasi mereka diteruskan pula oleh Dr. Liaw Yock
Fang yang menguasai empat kategori linguistik penuh di universiti tersebut iaitu Linguistik Melayu
Indonesia, Kesusasteraan Melayu Klasik, Kesusasteraan Indonesia Moden serta pakar dalam
pendidikan dan pengajaran Bahasa Melayu-Indonesia.
Kajian yang dijalankan oleh Melebek, A.R., 2006 menekankan kajian perihal Bahasa Melayu
atau dialek Nusantara yang telah bertapak menjadi pesona kajian para sarjana di Eropah dan Barat.
Kajian Lingua Franca ini telah mula seawal abad kelima belas yang dipelopori oleh L.H Reland
(1676), William Masden (1754), Von Humboldt (1754), Casper Kern (1833), F. Wilhelm Schmidt
(1868) dan H. Geldern (1932). Para sarjana ini telah mendokumentasi banyak penulisan aspek dialek
Nusantara seperti fonem, fonologi, morfem, morfologi, frasa, sintaksis, kosa kata, semantic dan
sebagainya yang berkait rapat dengan kehidupan, budaya dan cara hidup rumpun Melayu di Asia
Tenggara. Malahan kamus tertua dari Indonesia adalah kamus tertua berbahasa Melayu, yang
disusun oleh Antonio Pigafetta di Brunei dan Tidore pada tahun 1521 (Collins J.T: 2012).
Profesor Awang Sariyan (2014) menekankan yang dunia Eropah sudah pun mengiktiraf
Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dengan memartabatkan bahasa Melayu Malaysia melalui
penawaran kursus Bahasa Melayu di peringkat universiti. Di antara Universiti yang melaksanakan
peranan aktif ialah Universiti Frankfurt, Jerman dengan memperkenalkan Program Bahasa Melayu
bermula pada tahun 2004, manakala Universiti La Rochelles yang pula melantik Dr. Laurent Metzger
sebagai Cendekiawan Bahasa Melayu di Peranchis yang memperkenalkan Kursus Bahasa ini di
universiti tersebut pada tahun 2002. Manakala di benua Oceania, Universiti Melbourne Australia
melalui usaha gigih Prof Alexandaar Adelaar, memperkenalkan variasi bahasa Melayu Malaysia pada
tahun 2005. Usaha yang sama telah dilakukan oleh Universiti Deakin pada tahun 2005, apabila
universiti tersebut menghantar pelajarnya ke Malaysia untuk mengikuti program bahasa Melayu di
Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pemartabatan Bahasa Melayu di peringkat global diperkukuhkan lagi dengan perlantikan
penyandang Kursi Pengajian Melayu di beberapa universiti terkemuka dunia seperti dalam jadual
berikut: Jadual 1: Penyandang Kursi Pengajian Melayu Dunia
Bilangan
Nama Kursi
Penyandang
1
Kursi Pengajian Melayu, Universiti Ohio di
Amerika Syarikat
Prof Dr Dato Mohd Salleh Haji Din
2
Kursi Pengajian Melayu, Universiti Leiden di
Netherlands
Prof Dr Mashudi Kader
3
Kursi Pengajian Melayu, Victoria University of
Wellington, New Zealand
Prof Othman Md Yatim
4
Kursi Pengajian Melayu, di Beijing Foreign
Studies University (BFSU), China
Prof Dr Awang Sariyan
5
Kursi Pengajian Melayu, Hankuk Universiti di
Korea Selatan
Prof Dr Zaharani Ahmad
Sumber: Hussin M.S.H. (2009): Senarai nama penyandang Kursi Pengajian Melayu di seluruh
dunia.
4 | P a g e
Dialek Leksikografi dan Kajian Semantik
Halliday (1994) ahli linguistik fungsional tersohor dalam artikel Aman, I. (2015) mengutarakan
tiga metafungsi utama dialek atau bahasa, iaitu interpersonal, ideasional, dan tekstual masing-masing
sebagai wahana interaksi, representasi, dan mesej. Walau bagaimanapun, secara lebih lazim dan
terperinci, bahasa juga lazim dimengerti sebagai wahana komunikasi, identiti, ideologi, representasi,
tindakan, sosialisasi, juga medium pembinaan modal insan dan masyarakat sesebuah negara.
Hassim S.Z.B. (2016) mendedahkan bahawa dialek bukan sahaja tergambar melalui
pertuturan yang diungkapkan oleh seseorang individu, malah, turut dilihat melalui tingkah laku atau
bahasa badan seseorang. Dialek atau bahasa pertuturan verbal serta bahasa melalui tingkah laku
yakni bukan verbal yang santun, adalah cerminan adab si penutur, santun serta mempunyai akhlak
yang baik. Dalam hidup bermasyarakat, kita perlu beradab sopan dengan diri sendiri dan orang lain.
Analisis tentang dialek atau lenggok bahasa bukan sahaja dapat diteroka melalui teks, ucapan,
persidangan, dan sebagainya. Malahan, analisis tentang dialek atau peristiwa bahasa turut dapat
diteroka melalui aktiviti kemasyarakatan dalam majlis. kesantunan pekerti, secara umumnya merujuk
kepada penggunaan dialek yang baik, sopan, beradab, memancarkan keperibadian mulia serta
menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan berbahasa
juga merupakan ciri kritikal ketamadunan sesuatu bangsa di dunia ini.
Sementalahan itu, Chin C.O. (2015) mentakrifkan leksikografi sebagai bidang linguistik
terapan yang mencakup kaedah dan teknik penyusunan kamus atau dikaitakan dengan leksem
sebagai satuan terkecil dalam leksikon yang berperanan sebagai input dalam proses morfologi atau
ringkasnya aktiviti yang bersangkutan dengan penyusunan kamus. Mis M.A (2011) dalam kajian
dialek berbahasa memperincikan bahawa dialek adalah bahasa tabii yang dipelajari oleh setiap insan
sejak lahir sebagai kanak-kanak, seperti bahasa Melayu dan dialek Melayu dipelajari oleh kanak-kanak
Melayu dan penduduk setempat, bahasa Mandarin oleh kanak-kanak Cina, bahasa English oleh
kanak-kanak Inggeris, Urdu oleh kanak-kanak India dan sebagainya. Kajian beliau disokong oleh
Samah A.A, Hanina, S.S.M.S, & Hamsan H (2015) yang menyatakan bahasa pribumi merujuk kepada
bahasa kumpulan etnik kepada sesuatu wilayah, penempatan yang diiktiraf kedaulatannya yang mana
masyarakat pribumi di Malaysia lazimnya dibahagikan kepada kategori Bumiputera dan Orang Asli.
Zainudin I.S. Jalaluddin N.H. & Bakar K.T.A. (2014) mendefiniskans leksikografi sebagai
aktiviti profesional dalam bidang akademik yang berkaitan dengan kamus, linguistik serta artikel atau
karya rujukan. Praktis leksikografi yang melibatkan teori penulisan, penerbitan serta melibatkan
penyelidikan kamus. Majoriti program berkaitan leksikografi yang ditawarkan serta diajar di peringkat
siswazah di kebanyakan universiti lebih mengutamakan aspek akademik yang berkaitan dengan
kamus. Para pelajar didedahkan dengan fundamental atau prinsip-prinsip penulisan, penyusunan entri
kamus beserta dengan pelbagai teori linguistik agar dapat membantu para siswazah menyusun atau
menyunting entri sejajar dengan kelangsungan pembelajaran sepanjang hayat yang menitikberatkan
peningkatan keilmuan linguistik siswazah serta peningkatan jati diri masyarakat.
Manakala semantik ialah kajian makna yang disampaikan melalui bahasa dan biasanya
dianggap sebagai salah satu daripada tiga cabang linguistik utama, bersama dengan fonologi, kajian
sistem bunyi, dan tatabahasa, yang meliputi kajian struktur kata (morfologi) dan kalimat struktur
(sintaks). Sedangkan bidang leksikal pula mengkaji morfologi perkataan, bentuk dan binaan
perkataan. Leksikal itu sendiri merupakan teori kepada kata-kata yang menjadi subjek analisis.
Zainudin I.S, Jalaluddin N.H & Ho I. (2011) antara pengkaji bahasa yang menguasai teori
Frame Semantics
yang dipelopori oleh Charles Fillmore di tahun 1982. Teori ini menjadi pilihan
penulis dalam analisis linguistik ke atas data korpus DBP-UKM yang mengandungi 5 juta patah
perkataan bahasa Melayu. Analisis frame semantics mengenal pasti makna ranah berdasarkan bukti
korpus bersama maklumat valensi yang membezakan setiap domain ranah itu.Teori ini menjelaskan
bahawa makna sesuatu perkataan dialek boleh dijelaskan mengikut maklumat konseptual yang sedia
ada yang berkaitan dengan ranah latar yang terlibat dengan melihat skematik serta struktur
konseptual atau aspek yang berkaitan dengan kepercayaan, amalan serta imej yang menjadi asas
interaksi yang bermakna dalam komunikasi harian etnik tertentu masyarakat. Setiap frame semantik
atau ranah ini mewakili satu pilihan linguistik yang merujuk kepada fenomena khusus dan menjadi
satu struktur kognitif pada tahun 1992.
Analisis para cendekiawan menemukan bahawa ‘
Frame Semantic
’ atau FS adalah teori yang
digunapakai untuk membantu para leksikografer dalam memberikan analisis yang komprehensif
mengenai entri kamus dwibahasa. Analisis FS praktikal dan langsung, menggunakan korpus sebagai
data yang disahkan serta mendedahkan latihan yang efektif kepada para pengkaji linguistik di
kalangan siswazah universiti.
5 | P a g e
Pengkaji Baharudin R, Jalaluddin N.H. & Ho-Abdullah I. (2013) mengukuhkan pendapat Teori
‘
Frame Semantic
’ yang telah diutarakan oleh Filmore Charles dengan menawarkan kaedah
pendekatan khusus berkaitan analisis semantik bahasa atau dialek peribumi dan banyak digunakan
oleh pengkaji bahasa-bahasa dunia sehingga hari ini. Potensi serta sumbangan teori ini kepada
analisis leksikal atau praktis leksikografi dapat dilihat melalui pelbagai projek leksikografi terutamanya
dalam laman sesawang bahasa Inggeris yang dikenali sebagai FrameNet.
Kajian Dialek Bahasa Mengikut Etnik dan Negeri di Malaysia
Jumlah kajian literatur berkenaan leksikal serta leksigorafi berkaitan Bahasa Melayu dalam
dialek tempatan atau peribumi masih tersangat kurang dari segi dapatan ilmiah terutamanya di Sabah
dan Sarawak. Kajian ke atas dialek serta leksikografi bahasa-bahasa tempatan di Kepulauan Borneo
perlu mempertimbangkan rentasan geo-sosial masyarakat memandangkan teori asal-usul
kependudukan masyarakan Borneo yang terdiri dari pelbagai latar budaya. Antara kajian ilmiah yang
diketengahkan adalah yang berkaitan dialek ialah kajian oleh Chin C.O (2015), Chuchu F. dan
Noorashid N. (2015). Perbandingan leksikal dialek juga dinyatakan oleh Tidung dalam bahasa
Dusunik, Murutik dan Patainik di Sabah (Mahali, S.N.H. :2019). Kajian berkaitan penggunaan bahasa
dan dialek tempatan masyarakat Tutong di Brunei Darussalam.
Penyelidikan terkini mencadangkan keperluan untuk menyelidiki daya hidup atau revitalisasi
bahasa dan dialek kumpulan kumpulan etnik bernatif bahasa Melayu seharusnya dikedepankan.
Kajian interaksi sosial dalam dialek kaum Bajau (Mahali, S.N. (2008, 2010) sebagai contoh mengupas
tentang keupayaan Bahasa Melayu sudah terbukti menjadi bahasa lingua franca atau kaedah
komunikasi antara masyarakat di kepulauan Melayu, termasuk kepulauan Borneo sejak zaman
lampau. Catatan pengembara awal dunia seperti Pigafetta dan Valentyn membuktikan bahawa
bahasa Melayu telah digunakan oleh penduduk di Nusantara dan seawal kedatangan Islam di Sabah
pada tahun 1408 (Mahali S.N.H:2012)
Kajian unik dialek Bahasa Melayu di kalangan etnik Peranakan di Malaysia seperti sistem
pertuturan komuniti Samsam, Bab & Nyonya, Jawi Peranakan di Melaka memperlihatkan asimilasi
dialek Siam, Cina, India dan Bahasa Melayu sendiri. Bahasa komunikasi Samsam dan Jawi
Peranakan dianggap dialek manakala system pertuturan Baba & Nyonya pula berstatus Kreol
(Mohamed N.& Yusoff O: 2010, Mohamed, N. 2006). Walaubagaimanapun, kajian oleh Hun P.G, &
Kaur C. (2014) ke atas identiti etnik minoriti di Malaysia iaitu etnik minoriti Cina Peranakan di
Kelantan serta Punjabi Sikh di Kuala Lumpur mendapati identiti mereka jauh berbeza daripada
stereotaip yang dikaitkan dengan kecinaan dan keindiaan dalam arus perdana. Identiti Cina
Peranakan Kelantan misalnya, lebih kuat dipengaruhi oleh elemen budaya dan bahasa tempatan
manakala identiti Punjabi Sikh lebih bertunjangkan elemen agama Sikh itu sendiri. Kajian lain oleh
Abdullah M.S.I.L (2014) yang juga berkaitan dengan jati diri komuniti Cina peranakan di Mukim Pasir
Mas, Kelantan menunjukkan kewujudan integrasi dialek pertuturan, sosial dan budaya dengan
tempatan. Amalgamasi dialek harian ini kemudiannya membina integrasi kaum yang harmoni antara
Cina Peranakan Kelantan, kaum Melayu, Cina dan Siam di negeri-negeri tersebut.
Manakala, Abdullah, S.N.H. & Sahok J (2019) yang mengkaji tentang leksikal sinonim dialek
Iban dan Salako yang terdapat dalam Bahasa Melayu Malaysia mendapati aspek kosa kata sama ada
leksikal mahupun sinonim dialek Iban dan Salako mempunyai keunikan yang tersendiri kerana,
keintelektualan akal budi masyarakat setempat yang menggunakan bahasa berhemah dapat
menggambarkan kesopanan atau kesantunan apabila mengujarkan sesuatu perkara. Sarawak
misalannya, yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan bahasa seperti bahasa Iban dan Salako yang
kemudiannya mewujudkan komunikasi silang budaya namun apabila kesemua etnik ini mementingkan
kesalingfahaman yang tinggi, komunikasi yang mantap boleh meminimumkan kesalahfahaman.
Kedua-dua dialek etnik ini apabila dikaji secara perbandingan rupanya mempunyai banyak perkataan
yang bersinonim dan kesinoniman ini pula secara tidak langsung memudahkan kedua-dua masyarakat
untuk berkomunikasi sesama sendiri dalam usaha melunaskan sebarang bentuk keperluan harian.
Kesinoniman dialek telah mengekalkan keharmonian interaksi sosial antara etnik.
Kajian tuntas berkaitan dialek bahasa Melayu dan bahasa Arab pula banyak dilaksanakan oleh
para siswazah di Universiti Putra Malaysia. Artikel-artikel berkaitan tatabahasa, semantik, fonetik,
leksikal dan leksigografi bahasa Melayu dan bahasa Arab boleh diakses penuh melalui ‘Proceedings of
the 5th Malaysia International Conference on Foreign Languages (MICFL 2015) yang diedit oleh Ang
Lay Hoon, Cécile Gabarre, Serge Gabarre, Miroslava Majtanova & Hazlina Abdul Halim.
6 | P a g e
Penelitian Sistematik Literatur Dialek & Bahasa Etnik Di Malaysia
Berikut disenaraikan kajian sistematik ke atas artikel-artikel berkaitan bahasa dan dialek etnik
masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dan di Sabah dan Sarawak secara khusus. Kajian literatur
sistematik ini mengambil kira artikel bermula tahun 2010 sehingga ke tahun 2020 menggunakan
platform Scopus dan GoogleScholars.
Jadual 2: Senarai Kajian Artikel Leksikal & Semantik Dialek Melayu di Malaysia
Penulis Artikel
Tajuk Artikel dan Tahun
Penerbitan
Fokus Dialek & Leksikal
Kajian
Mohamed N.& Yusoff O
(2010) Bahasa Hibrid dalam
Kalangan Samsam, Baba
Nyonya dan Jawi Peranakan
Asimilasi fonologi dialek
Samsam, Baba Nyonya dan
Peranakan Jawi di Melaka.
Mahali, S.N.H.
(2010) Perbandingan Dialek
Bajau Kota Belud dan Bajau
Semporna, Sabah.
Perbandingan Dialek Etnik
Bajau Kota Belud Dengan
Bajau Semporna di Sabah
Awal N.M, Aman .I & Jaafar M.
F.
(2013) Attitude, understanding
and identity of Negeri Sembilan
Malay dialect speakers.
Kajian ke atas dialek Negeri
Sembilan menggunakan Teori
NORM (Chambers & Trudgill
1990)
Mansor N., Mansor N. R., &
Abd Rahim N.O.R.M.A.L.I.Z.A.
(2013) Sustaining Coastal
Terengganu Malay Dialect: An
Analysis on The Linguistic
Features.
Kajian ke atas pelbagai leksikal
dialek komunikasi lisan di
Kuala Terengganu
Dayu, Sansalu
(2014). Persamaan dan
perbezaan sebutan dan makna
dalam pelbagai dialek bahasa
Kadazandusun
Kajian leksikografi ke atas 10
bahasa pertuturan & 27 Dialek
Kadazandusun
Faaizah N, Adam M & Mohd
Sharifudin Y.
(2014) Pemilihan bahasa
masyarakat Jahut di Pahang.
Kajian Dialek dan Emosi
Indigenus Jahut di Pahang
mengguna pakai Teori Tipologi
Keterancaman Bahasa.
Mansor, N., Ahmad, F,
Mahmor, N. A., & Yaakub, Y.
(2015) Kecik Konet: Feminin
Dan Maskulin Dalam Bahasa
Lisan Kedah.
Kajian dialek leksikal
pertuturan lisan di negeri
Kedah
Amir R.B.A.
(2015) Ranah Bahasa
Masyarakat Melayu Saribas di
Sarawak.
Mempericikan kajian dialek
leksikal etnik Saribas, Sarawak
Nurul Ain Ahmad
(2015) Aspek Leksikografi
Dialek Kelantan dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat
Perbandingan Leksikal & kosa
kata dialek Kelantan yang
diserap dalam Kamus Dewan
Malaysia
Kluge, A., & Choi, J. H
(2016). Bonggi language
vitality and local interest in
language-related efforts: A
participatory sociolinguistic
study
Kajian ke atas dialek Bonggi di
Pulau Banggi Sabah yang
diancam kepupusan
Noor Aina Dani & Syeril Patrisia
Kining
(2016) Impak Dialek Melayu
Sabah ke atas Bahasa Ibunda
Generasi Muda Etnik
Kadazandusun.
Penggunaan leksikal dialek
bumiputera Borneo ke atas
dialek Melayu Sabah
Kiting, R., Talin, R., & Mahali,
S. N.
(2016) Kajian Nilai Budaya
serta Pendidikan Melalui Dialek
Etnik KadazanDusun Sabah
Peranan bahasa KadazanDusun
dalam memperkasa budaya &
pendidikan etnik
KadazanDusun
7 | P a g e
Minah Sintian
Sintian, M., & Yusop, M. S.
Minah Sintian
(2015) Kata Ganti Nama Diri
Dalam Dialek Bunduliwan
(2016). Kepelbagaian Dialek
Dalam Keluarga Dusunik:
Analysis Ciri Leksikal.
(2017) Variasi Leksikal Dalam
Dialek Keluarga Dusun
Kajian Leksikal Dialek
Bunduliwan Borneo
Kepelbagaian serta analisis
leksikal, kosa kata, sebutan
dan tatabahasa dialek
KadazanDusun & Tiga rumpun
Dusunik di Sabah.
Muda N.B.
(2016) Penggunaan Bahasa
Suku Che Wong di Kuala
Gandah, Pahang Malaysia.
Kajian tentang dialek indigenus
Orang Asli di Pahang.
Jaafar M.F, Awal N.M, Mis M.
A, & Lateh, H.
(2016) Bahasa Sempadan
Malaysia-Thailand:
Pengekalan VS Peralihan
Bahasa.
Kajian perbandingan dialek
Melayu Kelantan dan dialek
Melayu Pattani dalam urusan
ekonomi dan perniagaan
Hijazi, M.H.A., Libin,L, Alfred
R, & Coenen F.
(2016) Bias aware lexicon-
based Sentiment Analysis of
Malay dialect on social media
data: A study on the Sabah
Language.
Kajian dialek Melayu Borneo
berasaskan Analisis Sentimen
dengan kaedah Bias Aware
Leksikon
Hamid N.A, & Jaafar S.R.S.
(2017) Asimilasi Homorganik
Nasal Dialek Melayu Saribas
Kajian linguistik dialek Melayu
Saribas Sarawak yang
dianalisis berlandaskan
geometri fitur Halle (1995)
Jalaluddin N.H, Halim M.H.A,
Radzi, H., & Kasdan, J
(2017) Penyebaran Dialek
Melayu Di Langkawi: Analisis
Geolinguistik
Kajian perbezaan leksikal,
leksikografi dan fonologi dialek
bahasa Melayu di Langkawi
Kedah
Ahmad, Z.
(2017) Kepelbagaian Dialek
Dalam Bahasa Melayu: Analisis
Tatatingkat Kekangan
Kajian leksikal dialektologi
generatif dengan kaedah teori
transformasi generatif ke atas
dialek Johor, Kedah, Perak,
Melaka, Kelantan & Sarawak
Jaafar M.F, Aman I, & Awal, N.
M.
(2017) Morfosintaksis Dialek
Negeri Sembilan dan Dialek
Minangkabau.
Kajian perbandingan bahasa &
sintaksis dialek antara Negeri
Sembilan dan dialek
Minangkabau
Hamid N.A, Aman, R, &
Shahidi, A.H.
(2017). Varian Dialek Melayu
Tioman-Aur-Pemanggil:
Analisis Linguistik Bandingan
Kajian Inovasi Sporadik leksikal
dialek Melayu di Pulau Tioman,
Aur & Pemanggil Johor
Zakaria R, Mansor N.R, Azmy
S.S., & Ahmad M.
(2018) . Change Factor of
Malay Dialect in The
Community: A Study in Besut
Terengganu
Kajian ke atas faktor-faktor
perubahan dialek komuniti
Melayu di Terengganu
Zailani S.A.B, Makhtar R.B, &
Yusop M.S.B
(2019) Pemilihan Bahasa
Dalam Masyarakat Semai Di
Hulu Selangor
Kajian dialek Indigenus Semai
di Selangor berdasarkan
Analisis Teori Domain Fishman
(1972)
M. Yusof M.N & Mahali, S.N.H
(2020) Pengaruh Dialek Melayu
Brunei dalam Dialek Melayu
Sabah
Mengetengahkan kaitan dialek
Melayu Brunei dengan dialek
Melayu Sabah
Sumber: Kajian Sistematik Literatur Alim, Jamil & Badarudin (2020)
8 | P a g e
Ahmad, Z. (2017) yang membuat kajian ke atas dialek Johor, Kedah, Perak, Melaka, Kelantan
dan Sarawak menggunakan pendekatan kekangan daripada Teeori Optimaliti. Kaedah ini disebut
sebagai dialektologi generatif yang menerangkan kepelbagaian dialek melalui penerapan kerangka
kerangka teori transformasi generatif iaitulah teori fonologi generatif. Bunyi likuida merupakan
sebahagian daripada inventori fonem konsonan dialek bahasa Melayu yang didapati dari kajian
tersebut.
Jaafar M.F, Aman I, & Awal N.M. (2017) pula membincangkan aspek sintaksis tentang
penggunaan kata milik, kata ganti nama dan kata bantu aspek dalam ayat. Pemilihan pelbagai aspek
sintaksis ini dilakukan berdasarkan klausa dan ayat yang digunakan oleh informan dalam perbualan.
Perbezaan serta persamaan dari aspek morfologi dan sintaksis antara dialek Minangkabau dan Negeri
Sembilan mendapati yang dari segi morfologi, dialek Minangkabau lazim menggunakan imbuhan yang
sama dengan yang dialek yang terdapat di Negeri Sembilan. Manakala, Zailani S.A.B, Makhtar R.B, &
Yusop M.S.B (2019) menganalisis Penerapan Teori Domain Fishman (1972) yang menjadi penanda
aras dalam menganalisis pemilihan dan penggunaan dialek bahasa di kalangan masyarakat Semai
mendapati bahawa masyarakat Semai masih lagi meletakkan bahasa Semai sebagai wahana utama
ketika berkomunikasi dalam mandala kekeluargaan.
Faaizah N, Adam M & Mohd Sharifudin Y (2014) pula memilih Teori Tipologi Keterancaman
Bahasa di kalangan komuniti indegenus Jahut di Pahang. Teori ini mengungkap penggunaan bahasa
serta emosi leksikal dialek Jahur berdasarkan soalan-soalan dari kerangka Teori Edward dan Model
Linguistik Sasse. Mansor N., Mansor N. R., & Abd Rahim N.O.R.M.A.L.I.Z.A. (2013) membuat kajian
ke atas leksikal dialek komunikasi lisan di Kuala Terengganu.
Hamid N.A, Aman R, & Shahidi A.H. (2017) pula mengkaji tentang inovasi sporadik bahasa
dalam kajian leksikal serta fonologi bahasa Melayu di Pulau Langkawi, Kedah. Inovasi menunjukkan
suatu peristiwa dalam sejarah perkembangan rumpun dialek atau bahasa. Hanya inovasi yang
menunjukkan peristiwa yang terjadi dalam sesuatu rumpun melalui perbandingan ciri fonologi untuk
tujuan klasifikasi leksikal. Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Halle pada tahun 1995 yang
kemudiannya dikenali sebagai Geometri Halle. Idea ini menerangkan kumpulan ciri khas yang
digunakan untuk menggambarkan fonem atau segmen yang dibentuk untuk subset. Model tersebut
sebenarnya adalah inovasi model yang telah disesuaikan daripada teori model dialek Chomsky dan
Halle (1968) serta model Sagey (1986).
Wado K, Hamid, Z, Hayeeteh P, & Binsama-ae S. (2017) pula menekankan pengajaran
Bahasa Melayu baku dalam kalangan komuniti yang mendiami kawasan sempadan seperti kajian ke
atas pengaruh dialek Patani di Selatan Thailand. Selain dari itu, Kuwing A (2016) yang menyelidiki
penggantian dan pelesapan fonem dan suku kata dialek Melayu Pattani di Selatan Thailand.
Isu-isu serta Kelompangan Kajian Dialek Indigenus Di Malaysia
Pengkaji bahasa Zainudin I.S., Jalaluddin N.H, & Abdullah I.H. (2014) menemukan masalah
padanan Dialek Melayu Borneo dalam kamus dewan yang boleh mengelirukan pengguna kamus
kerana kebanyakan kamus yang diterbitkan didapati hanya memberi padanan secara intuisi ataupun
berdasarkan maklumat yang diterjemahkan secara harfiah daripada perkataan asal Dialek Melayu
Borneo. Padanan Dialek Melayu Borneo seumpama ini telah menyebabkan kelompangan dalam dunia
penyeragaman Dialek Melayu Borneo dengan leksikal standard Bahasa Melayu kebangsaan. Siri
Kamus Istilah MABBIM oleh Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia sewajarnya
diterbitkan dalam bentuk digital untuk memudahkan akses kepada pengguna bahasa Melayu-
Indonesia di seluruh dunia.
Penambahbaikan kajian leksikografi dan leksikal dialek-dialek etnik di Sabah dan Sarawak
boleh dilaksanakan secara besar-besaran melalui penerbitan dialek ilmiah selain kamus sangat
membantu dalam menyebarluaskan pengetahuan serta penggunaan penggunaan dialek Melayu di
Sabah kepada segenap lapisan masyarakat pelbagai etnik agar wujud keseragaman fonetik, leksikal
dan tatabahasa yang boleh diterima pakai oleh segenap lapisan masyarakat Borneo demi memelihara
keunikan komunikasi dialek serta mampu menyatupadukan etnik Borneo itu sendiri.
9 | P a g e
Antara cabaran utama memartabatkan bahasa Melayu agar mapan bersaing dalam skala
yang besar ialah keperluan untuk berani meneroka dan menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan,
perkakasan, perisian, aplikasi dan lain-lain untuk pembangunan bahasa Melayu yang lebih proaktif
seiring dengan perkembangan dunia teknologi masa kini. Jika Bahasa Inggeris boleh tampil dengan
pelbagai aplikasi pemerkasaan pembelajaran seperti
Quillbot.com
,
Paraphrase-online.com
,
rewritertools.com
dan perisian penyelidikan seperti
Nvivo12
,
SmartPLS
,
IBM-SPSS
dan sebagainya,
kenapa tidak wujud usaha berterusan pemerkasaan Bahasa Melayu dalam dunia virtual sedangkan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu di peringkat maya dengan ICT agar menjadi saluran
penggunaan bahasa ini untuk meneruskan kesinambungan status sejarahnya sebagai bahasa lingua
franca pada masa hadapan. Pengumpulan istilah, kamus, ensiklopedia, bahan rujukan bahasa dan
persuratan, aplikasi mudah Bahasa Melayu perlu dipelbagaikan selain usaha meningkatkan kuantiti
serta kualiti kandungan bahan-bahan aplikasi maya. Pada peringkat penjayaan strategi, ada
keperluan kerjasama strategik atau sinergi dengan pusat penyelidikan, universiti, institusi termasuk
mewujudkan kumpulan pakar daripada kalangan generasi muda sebagai pemikir, pelapis dan
pencipta daripada berbagai-bagai latar belakang kelulusan malah dana khusus untuk menjayakan
agenda memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu di alam siber dan laman sesawang.
Dalam pada itu, cadangan pemerkasaan penggunaan leksikal dialek di sekolah-sekolah Sabah
dan Sarawak melalui platfom Komuniti Pembelajaran Profesional atau KPP (Mazlinda D, & Bakar
S.A.B.A. (2015), Jamian A.R.B (2017) & Ismail A, Yen L.H, & Abdullah A.G.K. (2017) perlu
perkasakan. KPP merujuk kepada warga akademik sekolah yang menyertai sesi pembelajaran
meningkatkan kebolehupayaan melatih murid sekolah melalui pelbagai strategi dan pendekatan.
Warga akademik merujuk kepada kelompok guru yang belajar serta menjadi murid. KPP ialah kaedah
berkesan untuk penambahbaikan kualiti pengajaran bahasa dan dialek oleh guru serta membantu
meningkatkan prestasi bahasa Ibunda di seluruh sekolah Malaysia.
Selain itu, kecelaruan dalam menggunakan Istilah DMS. Sebenarnya istilah DMS ini telah
rasmi digunakan untuk penyelidikan Dialek Melayu Sarawak DMS oleh pengkaji leksikal dan dialek
Sawek R.W.M.B.Y pada tahun 2015. Sawek telah menyediakan kertas kerja yang lengkap bertajuk
‘Integrasi Bahasa Melayu Standard Dalam Dialek Melayu Sarawak dan Bahasa Iban dan menggunakan
istilah DMS sebagai merujuk kepada Dialek Melayu Sarawak atau DMS. Kajian beliau juga berkisar
dengan Kata Kognat iaitu hubungan sebutan perkataan bahasa Iban dan DMS yang mirip kepada
bahasa Melayu Standard dan telah dipatenkan selaras dengan Senarai Kata Melayu Swadesh. Oleh
hal yang demikian dicadangkan singkatan bagi kajian dialek tempatan Sabah menggunakan singkatan
Dialek Melayu Borneo atau DMB.
Dapatan kajian oleh Sham F.M, Tan R, Adun M.N, Ishak A, Erman, H, Hasan, R & Bintang, H.
(2018) mendapati bahawa penggunaan bahasa Melayu masih belum dilaksanakan sepenuhnya dalam
urusan rasmi dan komunikasi di universiti awam Malaysia. Dicadangkan Bahasa Melayu perlu diangkat
sebagai bahasa perpaduan antara kaum untuk melestarikan warisan dan identiti bangsa. Yang
memburukkan keadaan ialah usaha pemartabatan Bahasa Melayu menghampiri kepupusan kerana
wujudnya krisis keyakinan serta jati diri (Adam S.D.S.: 2010) di kalangan rakyat Malaysia sendiri
sebagaimana ditegaskan oleh Hussin dalam nukilan Syarahan Raja Ali Haji (1995) yang mengatakan
kelas menengah Melayu baru yang majoritinya dididik dalam system kebangsaan di tahun-tahun
1970an serta dibendung oleh ekonomi terpimpin merasa kurang keyakinan ke atas dunia terbatas
yakni Bahasa Melayu serta merasa megah menguasai dunia terbuka yakni Bahasa Inggeris walhal
sikap jumud serta elitisnyalah telah membawa mereka ini kembali kepada mentaliti penjajahan
sebelum kemerdekaan. Namun keyakinan Harun K, Ismail K, Wahid L.A, Ismail Z, & Sabil A.M. (2018)
yang menegaskan bahawa Bahasa Melayu berpotensi global untuk setaraf dengan Bahasa Inggeris
jika Malaysia dan Indonesia mempunyai kesepakatan jitu. Para penulis ini mencadangkan bahawa
mesti ada Kerangka Standard Bahasa Melayu-Indonesia yang perlu dibangunkan serta dipelihara
bersama. Pembangunan kerangka ini adalah kritikal kerana bahasa Melayu masih belum mempunyai
kerangka global sebagaimana bahasa Inggeris yang sudah dikenali melalui kerangka IELTS dan CEFR.
Pembangunan kerangka standard ini disepakati oleh Takari, M. (2017) dan Sugono, D. (2017)
beranalisis bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa rasmi ASEAN jika dilihat dalam konteks
Melayu & Ekonomi di Asia Tenggara atau MEA. Telah terbukti, bahasa Melayu merupakan sarana
komunikasi kritikal dalam konteks perekonomian penduduk di benua Asia Tenggara.
10 | P a g e
Kekuatan Kelinguistikan, kesiapan dari sudut potensi kelinguistikan bahasa Nusantara ini,
misalnya kekayaan kosakata atau ungkapan, bidang pendidikan, akhlak, keilimuan, teknologi,
pertanian, perhutanan, bisnes, kesenian serta sosio budaya masyarakat serta jumlah penutur yang
ramai adalah faktor pertimbangan utama bahasa Melayu sepatutnya dijadikan bahasa rasmi di
peringkat ASEAN. Penulis optimis bahawa pembangunan kerangka Standard Bahasa Melayu-
Indonesia SBMI semestinya mampu memartabatkan bahasa Melayu-Indonesia ke persada global
kerana kerangka ini bukan sahaja dapat boleh dijadikan rujukan oleh penutur asal atau pengguna
bahasa Melayu-Indonesia tetapi boleh diambil sebagai peperiksaan serta kurikulum bagi mereka yang
mahu mempelajari Bahasa Melayu-Indonesia SBMI di seluruh pelusuk dunia.
Selain itu Bahasa Melayu-Indonesia SBMI ini telah pun memiliki tiga fundamental penting
untuk membangunkan kerangka SBMI, iaitu kedudukan bahasa Melayu di ASEAN, sejarah bahasa
Melayu, dan jumlah penutur bahasa Melayu-Indonesia yang melebihi 300 juta penutur. Oleh yang
demikian, badan-badan Kerajaan atau swasta di Malaysia mahupun di Indonesia yang terlibat dengan
pemerkasaan Bahasa Melayu-Indonesia perlu memulakan usaha membangunkan Kerangka Standard
Bahasa Melayu-Indonesia SBMI melalui memorandum persefahaman serta perlantikan jawatankuasa
kurikulum SBMI yang akan digunapakai seperti IELTS atau CEFR. Seharusnya perbezaan budaya,
keegoan negara masing-masing perlu dihapuskan sama sekali kerana pembangunan kerangka SBMI
inilah yang akan menambah nilai bahasa Melayu-Indonesia di peringkat antarabangsa serta dapat
dijadikan rujukan untuk menilai kompetensi penggunaan bahasa dalam kalangan penutur bahasa
Melayu-Indonesia, tetapi juga sebagai rujukan bagi membina kurikulum serta instrumen penilaian
dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu global serta bersifat universal.
Justeru itu, adalah menjadi kewajiban setiap warganegara Malaysia untuk menguasai bahasa
Melayu Standard, menjaga bahasa pertuturan dialek seharian serta mempunyai kemahiran berterusan
dalam menguasai sistem ejaan, peristilahan, kosa kata umum, sebutan, tatabahasa dan laras bahasa
Melayu. Hal ini selaras dengan peruntukan undang undang-undang yang mewajibkan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara. Pemartabatan bahasa Melayu
sebenarnya mampu dicapai melalui pemerkasaan dialek-dialek Melayu yang dituturkan oleh pelbagai
etnik di seluruh negara. Kajian keilmuan bahasa-bahasa pertuturan dialek boleh membantu
menambah serta mengintegrasikan kosa kata Kamus Dewan yang semestinya akan mengukuhkan
peranan Bahasa Melayu di peringkat Kebangsaan dan antarabangsa kerana bahasa Melayu bukanlah
sekadar menjadi pertuturan bahasa harian oleh masyarakat di Malaysia. Malahan, ianya telah lama
dinobatkan sebagai bahasa ilmu dalam perkembangan sejarah penulisan kitab-kitab ilmu sejak zaman
berzaman.
Kesimpulan dan Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan
Walau bagaimanapun, pengkaji berharap agar kajian berterusan dilaksanakan pada masa
hadapan berkaitan dialek-dialek bahasa Ibunda di seluruh Malaysia dari semasa ke semasa serta
merentasi pelbagai aspek ilmu linguistik. Hal ini penting untuk memelihara sesuatu bahasa dan
mengelakkannya daripada pupus di samping memperkayakan khazanah bahasa, sekali gus ia menjadi
sumbangan penting kepada dunia linguistik akademik serta kepada badan ilmu bahasa sejagat.
Dialek sangat dikenali untuk dinamakan sebagai bahasa ibunda dan berkaitan dengan penutur asli
atau masyarakat setempat dalam satu daerah atau wilayah. Dialek adalah salah satu warisan budaya
masyarakat jati negara yang unik sebagai orang asli negara ini dan wajar dipelihara dari generasi ke
generasi seterusnya.
Oleh itu, setiap individu, serta semua lapisan masyarakay di segenap peringkat, mesti
mempromosikan penggunaan dialek asli secara kolaboratif sebagai salah satu warisan dan budaya itu
harus dilestarikan. Keharmonian hubungan etnik boleh dicapai jika semua pihak yang terlibat dalam
operasi pengukuhannya memberikan kerjasama dan dapat berinteraksi dengan baik. Prinsip
kesepaduan yang diterapkan perlu merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Dalam
konteks hubungan etnik yang terhasil daripada proses amalgamasi menyumbang kepada wujudnya
percampuran budaya yang sangat unik antara kumpulan perhijrah minoriti dan kumpulan dominan.
Penyerapan dari segi bahasa dan budaya antara etnik telah membentuk satu budaya baharu yang
bersepadu. Kajian di masa hadapan perlu mengambil kira keperluan untuk mengintegrasikan semua
dialek yang ada di Malaysia melalui penyatuan semantik dan leksikal yang sistematik seperti
penyediaan kamus digital dialek-dialek Malaysia agar kelestarian etnik minoriti negara terus
berkekalan juga dikenali secara global.
11 | P a g e
Pengakuan & Penghargaan
Para penulis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada team perunding
penyelidikan LSA Academic House dari Kota Kinabalu, Sabah atas sumbangan idea, pengkaji dialek-
dialek Melayu Borneo khususnya dan para pengkaji tulen yang sungguh-sungguh mahu
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi Nusantara global. Penghargaan kepada
kerajaan Malaysia melalui sumbangan RM1000 BPN Covid19 (April-Mei 2020) yang telah membantu
meringankan beban penulis mengakses laman sesawang ilmiah berbayar. Sebarang cadangan
penambahbaikan artikel boleh diemail kepada ecila@ums.edu.my Semua penulis memberikan
sumbangan yang setara dalam penulisan artikel ini.
SENARAI RUJUKAN PENUH
Ahmad Z. (2017). Kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu: Analisis tatatingkat kekangan. e-
BANGI, 3(1).
Adam S.D.S. (2010). Perjuangan dan Cabaran Perlaksanaan Bahasa Kebangsaan, 1957-
1966. Malaysia Dari Segi Sejarah, Bil. 38, 2010, ms. 97-113.
Abdullah, M.S.I.L.(2014). Jati Diri Kaum dan Perpaduan: Kajian Kes Cina Perankan Kelantan di
Malaysia. Ethnic Identity and National Unity: A Case Study of Kelantan Peranakan Chinses In
Malaysia. Kajian Malaysia, 32(1), 119.
Abdullah M.N.A., & Abdullah, M.Y (2017). Keluarga Bahasa Indo-Malaynesia Dan Pengaruh Bahasa
Sanskrit Dalam Memperkayakan Perbendaharaan Kosa Kata Bahasa Melayu. Jurnal Kesidang, 2 (1),
77-95.
Abdullah, S. N. H., & Sahok, J. (2019). Sinonim Leksikal dalam Bahasa Iban dan Salako. Sains
Humanika, 11(2).
Al Nizar, F. (2014). Interferensi Fonologis dan Leksikal Bahasa Arab terhadap Bahasa Indonesia
dalam Terjemahan Buku Washoya Al-Abaa’Lil-Abnaa’. MODELING: Jurnal Program Studi PGMI, 1(1),
28-35.
Aman, I. (2015). Bahasa Melayu sebagai Wahana Komunikasi di Rantau ASEAN: Suatu
Perspektif. Sidang Editorial, 211.
Amir, R.B.A. (2015). Ranah Bahasa Masyarakat Melayu Saribas di Sarawak.
Asmah Haji Omar.(2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan.(2014). Peranan Bahasa dalam Pembinaan Insan dan Pembangunan Masyarakat.
Syarahan Tokoh Bahasa. Di Institut Alam & Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Awal N, Aman I, & Jaafar, M.F. (2013). Attitude, understanding and identity of Negeri Sembilan Malay
dialect speakers. Pertanika Journal of Social Science and Humanities, 21(SUPPL), 101-120.
Baharudin, R., Jalaluddin, N. H., & Ho-Abdullah, I. (2013). Sumbangan Framenet Kepada Leksikografi
Korpus: Kajian Kes Penyelisikan Makna Kata Kerja Melihat. GEMA Online® Journal of Language
Studies, 13(1).
Chaiwat, M. (2017). Minoriti Melayu di Bangkok dan kawasan sekitarnya: Antara survival dan
kejayaan/Chaiwat Meesantan (Doctoral dissertation, University of Malaya).
Chin, C.O. Definition of Object Language Based on the Component Analysis Theory of Meaning in
Malay Monolingual Dictionary.
Chin, C.O. (2015). Metabahasa dalam Kamus Ekabahasa Melayu Malaysia dan Indonesia (Doctoral
dissertation, Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi: Universiti Putra
Malaysia).
Chuchu, F. and Noorashid, N., 2015. Code choice within intercultural communication among ethnic
minority in Brunei. Indonesian Journal of Applied Linguistics, 5(1), pp.86-94.
12 | P a g e
Collins, J. T. (2005). Bahasa Melayu bahasa dunia: sejarah singkat. Yayasan Obor Indonesia.
Collins, J. T. (2012). Indonesian dictionaries and the on-line profile of Indonesian. Jurnal Linguistik
Indonesia, 30(2), 113-128.
Dayu, S. (2014). Persamaan dan perbezaan sebutan dan makna dalam pelbagai dialek bahasa
Kadazandusun [Similarity and differences in terms and meanings in various dialects of Kadazandusun
language]. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 134, 446-453.
Fadzil, M. Z. M., & Kiram, N. M. (2018). Akses Terbuka Sebagai Medium Pemartabatan Bahasa
Melayu. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 34(2).
Faaizah N., Adam, M., & Mohd Sharifudin, Y. (2014). Pemilihan bahasa masyarakat Jahut di
Pahang..
Hamid N. A., & Jaafar, S.R.S (2017). Asimilasi Homorganik Nasal Dialek Melayu Saribas
(Homorganic Nasal Assimilation in Saribas Malay Dialect). GEMA Online® Journal of Language
Studies, 17(2).
Harun K., Ismail K., Wahid L.A., Ismail Z., & Sabil A.M. (2018). Membangun Kerangka Standard
Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. Jurnal Melayu, 2(17).
Hassim, S. Z. B. (2016). Bahasa Cerminan Nilai Budi Dalam Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Di
Kelantan, Malaysia.
Hing, C. F. (2003). Sarjana Nantah dan Peranannya dalam Pengembangan Bahasa dan Sastera
Melayu. Sari, 21, 151-170.
Hijazi, M. H. A., Libin, L., Alfred, R., & Coenen, F. (2016, October). Bias aware lexicon-based
Sentiment Analysis of Malay dialect on social media data: A study on the Sabah Language. In 2016
2nd International Conference on Science in Information Technology (ICSITech) (pp. 356-361). IEEE.
Hussin, M. S. H. (2009). Upaya bahasa Melayu menongkah arus globalisasi.
Hun, P. G., & Kaur, C. (2014). Identiti etnik minoriti di Malaysia: Antara realiti sosial tafsiran autoriti
dan tafsiran harian. Akademika, 84(1&2).
Ismail, A., Yen, L. H., & Abdullah, A. G. K. (2017). Komuniti pembelajaran profesional dan efikasi
kendiri guru sekolah menengah di Pulau Pinang. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1), 1-12.
Jaafar, S. (2015). Penggunaan bahasa ibunda secara inklusif dalam pendidikan dengan rujukan
kepada Bahasa Melayu. In Seminar Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa. Kelantan:
Universiti Sains Malaysia.
Jaafar, M. F., Awal, N. M., Mis, M. A., & Lateh, H. (2016). Bahasa Sempadan Malaysia-Thailand:
Pengekalan VS Peralihan Bahasa (Border Language of Malaysia-Thailand: Language Maintenance
vs Language Shift). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 1-9.
Jaafar, M. F., Aman, I., & Awal, N. M. (2017). Morfosintaksis Dialek Negeri Sembilan dan Dialek
Minangkabau (Morphosyntax of Negeri Sembilan and Minangkabau Dialects). GEMA Online® Journal
of Language Studies, 17(2).
Jalaluddin, N. H., Halim, M. H. A., Radzi, H., & Kasdan, J. (2017). Penyebaran Dialek Melayu Di
Langkawi: Analisis Geolinguistik (The Distribution of Malay Dialects in Langkawi: A Geolinguistic
Analysis). GEMA Online® Journal of Language Studies, 17(4).
Jamian, A.R.B. (2017). Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional KPP Untuk Peningkatan
Kemahiran Guru Bahasa Melayu Mengajar Penulisan Karangan. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik, 4(3), 1-10.
Kiting, R., Talin, R., & Mahali, S. N. (2016). Nilai pendidikan Talaala dan impak kepada pembentukan
generasi muda Kadazandusun. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 9(2), 77-86.
Kluge, A., & Choi, J. H. (2016). Bonggi language vitality and local interest in language-related efforts:
A participatory sociolinguistic study.
13 | P a g e
Kuwing, A. (2016). Interferensi Fonologis Bahasa Melayu Pattani Dalam Berbahasa Indonesia
Mahasiswa Thailand Di Universitas Muhammadiyah Surakarta. Mabasan, 11(1).
M. Yusof M.N & Mahali, S.N.H. (2020). Pengaruh Dialek Melayu Brunei Dalam Dialek Melayu
Sabah. Jurnal Melayu, 19(1).
Mahadi M.B.H. (2005) Proses Pembentukan Kata Dialek Melayu Brunei Berdasarkan Teori Fonologi-
Morfologi Leksikal.
Mahali, S.N.H (2008). Interaksi Sosial dalam Isun-Isun Bajau (Social Interaction in Bajau Isun-
Isun). Akademika, 74(1).
Mahali, S.N.H. (2010). Perbandingan Dialek Bajau Kota Belud dan Bajau Semporna, Sabah. Jurnal
Melayu, 5.
Mahali, S. N. H. (2012). Language and Cultural interconnectedness between Bruneian Malay and
Sabah Malay Dialect: An Overview. In THE INTERNATIONAL (Vol. 9, No. 4, p. 227).
Mahali, S.N.H. (2019). Bahasa Tidung Pulau Sebatik: Satu Tinjauan Dini. MANU: Jurnal Pusat
Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 79-102.
Malina, D., & Bakar, S.A.B.A. (2015). Kesan Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional KPP
Terhadap Peningkatan Kemahiran Guru Mengajar Penulisan Karangan Bahasa Melayu.
Mansor N., Mansor N. R., & Abd Rahim N.O.R. M.A.L.I.Z.A. (2013). Sustaining Coastal Terengganu
Malay Dialect: An Analysis on The Linguistic Features. Journal of Sustainability Science and
Management, 8(1), 68-72.
Melebek, A.R., 2006. Sejarah bahasa melayu. Utusan Publications.
Melayu J.B (2014). Peranan Bahasa Melayu dan Legasi Sejarah Penubuhan Malaysia dalam
Penyemaian Cinta akan Negara Bangsa Malaysia. Sidang Editorial, 19.
Minah Sintian (2015) Kata Ganti Nama Diri Dalam Dialek Bunduliwan. Fakulti Bahasa dan Komunikasi,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Malaysia.
Minah Sintian. (2017). Variasi Leksikal Dalam Dialek Keluarga Dusun. Universiti Putra Malaysia.
Mis, M. A. (2011). Analisis pilihan bahasa sebagai lingua franca di Sarawak (Doctoral dissertation,
University of Malaya).
Mohamed, N., & Yusoff, O. (2010). Tinjauan identiti dan bahasa hibrid dalam kalangan Samsam,
Baba Nyonya dan Jawi Peranakan di Utara Semenanjung Malaysia. Sari-International Journal of the
Malay World and Civilisation, 28(2), 35-61.
Muda N.B. (2016) Penggunaan Bahasa Suku Che Wong di Kuala Gandah, Pahang Malaysia.
Musa H.H. (2008). Pemerkasaan Bahasa Melayu Di Arena Antarabangsa Demi Kemajuan Negara
Bangsa Malaysia di Persada Dunia. Persidangan Bahasa Melayu dalam Perspektif Antarabangsa.
Kuala Lumpur.
Musa, H., Rodi, R. C., & Muhammad, S. J. N. (2014). Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau Ini. Dalam
International Journal Of The Malay World and Civilization, 2(2), 3-19.
Musa, H. (2014). Teori Semangat Kekitaan (Assabiyah) Ibnu Khaldun dan Pemartabatan Bahasa
Melayu di Malaysia. Sidang Editorial, 247.
Mohd Nor Azan Abdullah & Saini Ag. Damit (2018). Leksis Periferal Indo-Arabo-Euro Dalam
Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Alam Nusantara. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah.
Universiti Malaysia Sabah.
Nurul Ain Ahmad. (2015) Aspek Leksikografi Dialek Kelantan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
University Putra Malaysia.
14 | P a g e
Noor Aina Dani & Syeril Patrisia Kining (2016). Impak Dialek Melayu Sabah ke atas Bahasa Ibunda
Generasi Muda Etnik Kadazandusun. International Journal of the Malay World and Civilisation ( Iman )
4(2), 2016: 45 - 55. (http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2016-0402-05).
Rahmat, H. (2015). Yang terukir: bahasa dan persuratan Melayu: sempena 50 tahun kemerdekaan
Singapura/editor, Dr Hadijah Rahmat. Majlis Bahasa Melayu Singapura,
Riyono, A. (2011). Variasi Fonologis dan Morfologis Bahasa Jawa di Kabupaten Pati.
Saeed I John (2015). Semantics. Centre for Language and Communication Studies, Trinity College
Dublin, Dublin, Ireland. Elsevier Ltd.
Samah, A. A., dan Hanina, S. S. M. S., & Hamsan, H. (2015). Modal Sosial Dalam Kalangan Suku
Kaum Orang Asli. Sidang Editorial, 156.
Sham F.M, Tan R, Adun M.N, Ishak A, Erman, H, Hasan, R & Bintang, H. (2018). Penggunaan
Bahasa Melayu dalam Pengurusan dan Pentadbiran di Universiti Kebangsaan Malaysia (Malay
Language usage in Management and Administration at Universiti Kebangsaan Malaysia). GEMA
Online® Journal of Language Studies, 18(1).
Sugono, D. (2017). Bahasa Indonesia Menuju Bahasa Internasional. FON: Jurnal Pendidikan Bahasa
dan Sastra Indonesia, 11(2).
Sawek,R.W.M.B.Y (2015). Integrasi Bahasa Melayu Standard Dalam Dialek Melayu Sarawak dan
Bahasa Iban.
Sintian, M., & Yusop, M. S (2016). Kepelbagaian Dialek Dalam Keluarga Dusunik: Analysis Ciri
Leksikal. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 4(1), 1-24.
Takari, M. (2017, November). Bahasa Melayu dalam Konteks MEA. In Seminar Bahasa Melayu
sebagaiBahasa ASEAN.
Wado, K., Hamid, Z., Hayeeteh, P., & Binsama-ae, S. (2017). Pengajaran bahasa Melayu baku dalam
kalangan komuniti perbatasan: Satu kajian pengaruh dialek Patani di Selatan Thailand (The teaching
of standard Malay in cross-border communities: An inquiry into the influence of the Patani dialect in
Southern Thailand). Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 11(11).
Zailani S.A.B, Makhtar R.B, & Yusop M.S.B (2019). Pemilihan Bahasa Dalam Masyarakat Semai Di
Hulu Selangor. e-Bangi, 16(9).
Zainudin I.S, Jalaluddin N.H & Ho I. (2011) Makna Dan Padanan Entri 'Membuat' Dalam Kamus
Dwibahasa Melayu-Inggeris: Satu Aplikasi Frame Semantics.
Zainudin, I. S., Jalaluddin, N. H., & Abdullah, I. H. (2014). Analisis Frame Semantics untuk Makna dan
Padanan Kamus Dwibahasa Melayu-Inggeris: Entri Kata Kerja" Mengambil"(A Frame Semantic
Analysis of Meaning and Equivalents in Malay-English Dictionaries: The Entry for the Verb"
Mengambil").
Zainudin, I. S., Jalaluddin, N. H., & Bakar, K. T. A. (2014). The use of corpus and Frame Semantics in
a lexicography class: Evaluating dictionary entries. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 116,
2316-2320.
Zainudin I.S, Jalaluddin N.H & Ho I. (2011) Makna Dan Padanan Entri 'Membuat' Dalam Kamus
Dwibahasa Melayu-Inggeris: Satu Aplikasi Frame Semantics.
Zakaria R, Mansor N.R, Azmy S.S, & Ahmad M (2018). Change Factor of Malay Dialect in the
Community: A Study in Besut, Terengganu. J Fundamental Applied Sciences. 10(3S), 922-935
Zuliskandar Ramli (2011) Alam Melayu Satu Pengenalan. Rumpun Melayu di Madagascar. Institute
Alam dan Tamadun Melayu.
15 | P a g e
BIBLIOGRAFI
Bahasa, T. R. P. (2007). Daripada Bahasa Ibunda kepada Bahasa Melayu. Penyelidikan bahasa,
kesusasteraan dan komunikasi, 1, 4164.
Bakar, A. F. A., & Subramaniam, V. (2015). Persembahan bahasa objek dalam Kamus Dewan dan
Kamus Besar Bahasa Indonesia. Issues in Language Studies, 4(2).
Chuchu, J. (2007) Bahasa Melayu Brunei dan Identiti: Hala Tuju Ke Depan. Masyarakat Linguistik
Indonesia 185.
Erniati (2019) Sistem Fonologi Bahasa Melayu Dialek Ambon. Kantor Bahasa Maluku Kompleks
Perkantoran LPMP Provinsi Maluku.
Fengling, L. (2017). A Comparative Study of Nida and Newmark’s Translation Theories. International
Journal of Liberal Arts and Social Science, 5(8), 31-39.
Kuwing, A. (2016). Interferensi Fonologis Bahasa Melayu Pattani Dalam Berbahasa Indonesia
Mahasiswa Thailand Di Universitas Muhammadiyah Surakarta. Mabasan, 11(1).
Sariyan, A., & Za’ba, P.K. Sekelumit Pengalaman Pengajaran Bahasa Melayu Kepada Penutur Asing
di Pihak Malaysia Dalam Upaya Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.
Sew, J. W. (2013). KE ARAH PENILAIAN, PERKEMBANGAN DAN PEMUPUKAN BAHASA MELAYU
SUPRANASIONAL. Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies, 31(2).
Stephen, J. (2011). English Loan Words in the Malay Print Media and Their Implications for English
Vocabulary Acquisition (Doctoral dissertation, ResearchSpace@ Auckland).