Kajian ini mengkaji persaingan ideologi sekali gus kandungan propaganda yang terdapat dalam karya sastera berupa teks drama semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Teks drama yang digunakan dalam kajian ini ialah Kami, Perempoean karya Asia Poetera (dalam Dewan Kesenian Jakarta, 2018) dan Pandu Partiwi karya Merayu Sukma (dalam McGlynn, dkk (eds.), 2006). Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini
... [Show full abstract] ialah teori hegemoni dan ideologi yang ditawarkan oleh Gramsci. Dalam dua teks sandiwara semasa pendudukan Jepun tersebut dapat ditemukan persaingan ideologi antara ideologi nasionalisme Asia dengan ideologi kolonialisme Barat. Selain itu, terdapat pula persaingan ideologi antara ideologi humanisme dengan ideologi nasionalisme. Muatan propaganda Jepun dalam teks drama Kami, Perempoean dan Pandu Partiwi bertumpu pada seruan untuk bergabung dengan pelbagai organisasi yang diwujudkan oleh pemerintahan tentera Jepun. Selain itu, dalam dua karya tersebut terdapat sentimen anti-Barat dan penekanan pada kepentingan tertentu yang berkaitan dengan Jepun.Kata kunci: ideologi, persaingan, Jepun, teks drama, propaganda.