Content uploaded by Mariam Abd Majid
Author content
All content in this area was uploaded by Mariam Abd Majid on Apr 15, 2020
Content may be subject to copyright.
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
Published by Faculty of Islamic Civilization Studies, KUIS
40
TREND DAN FAKTOR PERCERAIAN RUMAH TANGGA DI
NEGERI SELANGOR DARI TAHUN 2011 HINGGA 2015
Mariam binti Abd. Majid1 & Mohammad Syafirul Zarif Bin Saleh Hudin
1 Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS), Malaysia.
Correspondence Author: Mariam binti Abd. Majid. Jabatan Dakwah dan
Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor. Tel: (60)
0193501617. Email: mariam@kuis.edu.my
ABSTRAK
Perkahwinan merupakan suatu jalan suci yang mengikat pasangan suami dan isteri,
namun apabila ianya gagal dipertahankan, ramai pasangan mengambil keputusan
mengakhiri perkahwinan mereka dengan perpisahan atau perceraian rumah tangga.
Kajian ini dibuat bertujuan bagi mengenal pasti trend dan faktor perceraian rumah
tangga dalam kalangan pasangan suami isteri di Negeri Selangor dari tahun 2011
hingga 2015. Data kajian ini diperolehi menerusi metode dokumentasi dan
temubual. Trend perceraian dikemukakan dari tahun 2011 hingga 2015 mengikut
kategori jantina, umur perkahwinan serta umur suami dan isteri manakala faktor
perceraian dikemukakan berdasarkan data aduan di Jabatan Agama Islam Selangor.
Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif dan dikemukakan dalam bentuk
kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
kadar perceraian dari tahun 2011 hingga ke tahun 2015 yang direkod di Negeri
Selangor. Kes-kes perceraian pasangan suami berlaku adalah berbeza mengikut
kategori jantina, umur perkahwinan serta umur suami dan isteri. Pengabaian
tanggungjawab antara pasangan merupakan faktor paling tinggi berlakunya
perceraian rumah tangga dalam kalangan pasangan suami isteri di Negeri Selangor
diikuti dengan faktor masalah komunikasi, akhlak dan sosial, campurtangan pihak
ketiga, lemah didikan agama, ekonomi, seksual, kerjaya, kesihatan dan faktor yang
paling rendah ialah disebabkan perbezaan budaya. Pelbagai pendekatan dan
kerjasama semua pihak penting digembleng bagi membendung isu perceraian ini
daripada terus meningkat.
Kata kunci: Trend; perceraian; Perkahwinan; Selangor; Akhlak; Sosial
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
ISSN 0128-116X
VOL. 2, NO. 2, DEC 2017
41
(TREND AND MARRIAGE DIVORCE FACTOR IN SELANGOR
FROM 2011 TO 2015)
ABSTRACT
Marriage is a holy path that binds couples and spouses together. The happy knot
however, when failed to be protected, eventually drives pair to end their marriages
with separation or divorce. This study was aimed at identifying the trend and divorce
factors among couples in Selangor from 2011 to 2015. Data are acquired through the
method of documentation and interview. The divorce trend from 2011 – 2015 attained
are classified according to gender, marriage period and couple’s age while the reason
and factors data presented based on complaints at the Selangor Islamic Religious
Department. Data is then analyzed through quantitative study and presented in the
form of frequency and percentage. The results showed that there was an increase in
divorce rates from 2011-2015 and the cases varies according to gender, period of
marriage and also the couple’s age. Responsibility negligence among the couple is the
highest factor contribute to the divorce in Selangor, followed by miss-communication,
personal ethics, third party interference, low religion education, economy, sexual,
career, health. The most least is the cultural differences. Various approaches and
cooperation of all parties are needed to mobilize and to curb this divorce issue from
rising further.
Kata kunci: Trend; Divorce; Marriage; Selangor; Ethics, Social
Received: October 1, 2017 Accepted: November 2, 2017 Online Published: December 30, 2017
1. Pengenalan
Every Perkahwinan disyariatkan oleh Allah SWT dalam Islam bertujuan mencapai
beroleh kasih sayang dan rahmat. Firman Allah SWT dalam surah al-Rum, ayat 21
menjelaskan berkaitan tujuan perkahwinan iaitu:
Maksudnya:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT menciptakan pasangan bagi
manusia bertujuan mendapat ketenangan serta beroleh kasih sayang dan rahmat.
Pasangan suami dan isteri haruslah memainkan peranan dan bertanggungjawab
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
Published by Faculty of Islamic Civilization Studies, KUIS
42
masing-masing dalam usaha mencapai matlamat perkahwinan seperti yang dijelaskan
menerusi ayat tersebut di atas. Sifat mawaddah dan rahmah dalam rumah tangga
direalisasikan menerusi sikap saling menjaga, saling melindungi, saling membantu,
saling memahami hak dan kewajiban masing-masing.
Ikatan perkahwinan merupakan persetujuan berkaitan hak serta kewajipan
kedua pasangan suami dan isteri secara dua hala yang seimbang dan adil. Perkahwinan
adalah suatu lambang kehormatan dan kemuliaan yang memberi perlindungan kepada
pasangan suami dan isteri ibarat pakaian yang menutupi aurat dan member
perlindungan kepada manusia, harus saling menutupi kekurangan pasangannya dan
saling membantu untuk memberi perbuatan yang terbaik.
Rumahtangga dan sistem kekeluargaan merupakan asas kepada pembentukan
sebuah masyarakat yang baik dan harmoni. Ini kerana masyarakat yang baik jelas
terbina daripada keluarga yang terdidik dengan baik. Sebaliknya, perkahwinan yang
mereka nikmati akan bertukar menjadi duka dan kesedihan ekoran masalah
ketidaksefahaman yang berlaku dalam kalangan suami dan isteri seperti sikap suka
menyalahkan sesama sendiri dan cuba melepaskan tanggungjawab kepada salah
seorang daripada mereka. Oleh yang demikian, sekiranya ia tidak dapat ditangani
dengan bijak dan matang, dibimbangkan akan berlaku keruntuhan yang boleh
membawa perceraian. Demikianlah, masalah kepincangan yang berlaku dalam
masyarakat boleh menjadi salah satu faktor penyumbang terhadap berlakunya
keretakan sesebuah rumahtangga (Abe Sophian et.al, 2014).
Faktor kekukuhan ikatan kekeluargaan turut penting bagi menjamin
kelangsungan terhadap usaha melahirkan generasi masyarakat yang terdidik dengan
roh Islam yang mampu mengamalkan nilai-nilai rabbani dalam kehidupan mereka.
Sebaliknya konflik yang tercetus merupakan antara halangan dan cabaran bagi
pasangan suami dan isteri untuk mengekalkan kebahagian rumah tangga. Apabila
rumah tangga dibina gagal dipertahankan ramai pasangan mengambil keputusan
mengakhiri perkahwinan mereka dengan perpisahan atau bercerai (Raihanah
Abdullah, 2001). Perkahwinan yang diasaskan kepada syariat Islam berupaya
mewujudkan sebuah rumahtangga yang aman, damai dan tenteram.
2. Pernyataan Masalah
Isu perceraian ini sering dibincangkan dalam pelbagai media dan sesi diskusi ilmiah.
Statistik perceraian rumah tangga meningkat tahun demi tahun. Pada tahun 2007
statistik perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
adalah sebanyak 20,529. Ini bermakna sebanyak 56 pasangan yang bercerai setiap
hari. Pada tahun 2016 pula, sebanyak 48,077 kes perceraian melibatkan pasangan
beragama Islam direkodkan sejak Januari hingga Julai iaitu hampir 50,000. Timbalan
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun
berkata daripada jumlah itu, 3 negeri yang mencatatkan kes tertinggi adalah Selangor
(7,731) diikuti Sabah (6,638) dan Johor (4,700).
Perceraian sering berlaku apabila masalah yang dihadapi oleh sesebuah
perkahwinan menemui jalan buntu dan tidak mendapat sebarang penyelesaian atau
kedua-dua pihak gagal menyelamatkan ikatan perkahwinan mereka (Siti Zalikhah Md.
Nor, 2005). Dalam satu kajian yang dilakukan di Sabah mendapati bahawa pengabaian
tanggungjawab antara pasangan merupakan faktor dalaman paling utama berlakunya
perceraian (Sabariah Binti Baharum, 1989). Mahkamah Syariah Perlis merekodkan
bahawa antara punca utama berlaku perceraian adalah kerana tiada persefahaman
antara pasangan. Bagaimanapun alasan yang diberikan adalah tidak jelas
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
ISSN 0128-116X
VOL. 2, NO. 2, DEC 2017
43
memandangkan pasangan tersebut sebenarnya mempunyai alasan tersendiri yang
menyebabkan mereka perlu bercerai (Raihanah Hj. Abdullah, 2001).
Antara persoalan berkaitan perceraian timbul antaranya apakah usia muda
menjadi punca utama berlaku perceraian atau usia perkahwinan? Kajian Abe Sophia
mendapati golongan pasangan suami atau isteri yang berusia di antara usia 27-37
tahun adalah golongan tertinggi berlaku perceraian iaitu sebanyak 166 orang (47%).
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bahawa
kebanyakan kes perceraian yang direkodkan di Malaysia melibatkan usia perkahwinan
lima tahun ke bawah (Berita Harian, 2016).
Statistik dan faktor permasalahan perceraian yang berlaku dalam kalangan
pasangan suami dan isteri ini mungkin berbeza di antara satu tempat dengan tempat
yang lain. Justeru, artikel ini bertujuan mengemukakan trend perceraian rumah tangga
di Negeri Selangor berdasarkan usia suami dan isteri serta usia perkahwinan bagi
pasangan dari tahun 2011 sehingga tahun 2015. Selain itu, artikel ini turut
mengenengahkan faktor-faktor yang menyumbang kepada aduan perceraian dalam
kalangan pasangan suami dan isteri yang direkod di Jabatan Agama Islam Negeri
Selangor. Adalah diharapkan dapatan ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak bagi
merancang pelbagai usaha dalam menangani dan mengurangkan permasalahan
berkaitan perceraian rumah tangga di Negeri Selangor.
3. Faktor Perceraian Rumah Tangga
Terdapat beberapa kajian-kajian telah dilakukan menunjukkan wujudnya pelbagai
faktor berlakunya masalah perceraian rumah tangga antaranya kegagalan dalam
memahami tanggungjawab yang telah digariskan oleh Islam. Kajian bertajuk
“Masalah Perceraian di Kalangan Masyarakat Islam di Sabah: Satu Kajian di Daerah
Tawau”, membincangkan tentang isu perceraian yang berlaku dalam kalangan
masyarakat Islam di Daerah Tawau, Sabah. Kajian dilakukan bertujuan mencari antara
punca perceraian, kadar dan bilangan perceraian yang berlaku di mahkamah, kesan-
kesan daripada perceraian serta mencadangkan langkah bagi mengatasi masalah
perceraian dalam kalangan masyarakat Islam di Tawau, Sabah. Pengabaian
tanggungjawab didapati antara faktor berlaku masalah perceraian seperti suami
meninggalkan isteri tanpa berita (Sabariah Binti Baharum, 1989).
Majoriti orang-orang Melayu masa ini kurang mengambil berat tugas serta
tanggungjawab mereka untuk membina dan membentuk keluarga muslim yang
sebenar. Wujud pelbagai faktor yang telah, sedang dan akan menyebabkan mereka
lupa dan lalai terhadap tugas serta tanggungjawab tersebut (Saedah Siraj, 2001)
Kajian mendapati salah satu faktor menjadi sebab berlakunya perceraian
ialah wujudnya perasaan cemburu pasangan yang berlebihan (Roslee bin Haji Abbas,
1999). Fenomena ini menjadi lebih kronik apabila berlaku pergaduhan ekoran pihak
suami atau isteri tidak menjaga batasan dan bebas dalam pergaulan mereka sewaktu
keluar bekerja. Golongan isteri harus tahu mengimbangi tugasan di tempat kerja dan
peranan dalam rumah tangga. Kedudukan peranan golongan wanita bukan sahaja
diperlukan dalam kerjaya malahan juga diperlukan dalam rumah tangga (Rohaiza,
2011).
Perselisihan dan ketidak kesefahaman yang selalu berlaku di antara suami
dan isteri turut menjadi sebab berlakunya pertengkaran dan pergaduhan. Jika keadaan
ini sudah tidak dapat dielakkan, maka menjatuhkan talak adalah tindakan terakhir bagi
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
Published by Faculty of Islamic Civilization Studies, KUIS
44
memberi ketenangan dan juga kedamaian hati bagi kedua-dua belah pihak (Abdullah,
2013). Teknologi komunikasi maklumat (ICT) berperanan membangunkan dan
membina tamadun baru manusia sejagat namun sebaliknya memberi impak negatif
jika disalahgunakan (Zulkiple, 2001). Penyalahgunaan kecanggihan ICT seperti
penggunaan Facebook kini dikenalpasti sebagai salah satu punca timbulnya beberapa
kes perceraian. Menurut Peguam syarie daripada Jabatan Bantuan Guaman Kuching
Mohd Zamri Abdul Hazis, terdapat dua kes perceraian di Bintulu dan satu kes di
Kuching berlaku berpunca daripada penggunaan laman sosial iaitu Facebook. Menurut
beliau, perbuatan mendedahkan hal berkaitan rumah tangga di laman sosial seperti
Facebook bukan sahaja memalukan pihak lain (suami atau isteri) tetapi menjadi punca
yang mampu menjurus kepada keruntuhan perkahwinan (Abe Sophian et.al, 2014).
Pakar psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr
Mariani Mohd Nor berkata bahawa aplikasi seperti WhatsApp kini menjadi platform
bagi pasangan muda meluahkan perasaan marah apabila berhadapan konflik rumah
tangga (Berita Harian, 2016). Implikasinya, teknologi yang semakin berkembang ini
telah menjadi antara faktor yang menyumbang kepada pembentukan konflik dalam
rumahtangga.
Fasakh merupakan antara kaedah perceraian yang berlaku dalam kalangan
pasangan suami isteri. Kajian bertajuk “Fasakh di dalam Enakmen Undang-undang
Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Terengganu) Tahun 1985 di Mahkamah Tinggi
Syariah Terengganu” telah menganalisis kes-kes fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah
Terengganu dari tahun 2000 hingga 2009 serta faktor berlakunya fasakh dalam
kalangan masyarakat Islam di Terengganu. Kajian mendapati faktor utama berlakunya
kes fasakh adalah disebabkan penglibatan penggunaan dadah dan juga berlaku
poligami yang tidak direstui (Nur Juwariyah Binti Mohammed, 2011).
Selain itu, perceraian seringkali juga berlaku atas sebab-sebab yang remeh
dan sukar diterima akal seperti tiada keserasian dan berbeza fahaman politik, suami
keluar bekerja tidak tentu masa, pasangan terlalu cerewet dan sebagainya. Semua
masalah ini bermula daripada wujudnya perasaan pendam dan marah sehingga
menyebabkan pertengkaran dan pertelingkahan (Haji Mohd Saleh, 2009).
Kajian bertajuk “Kesan Pendapatan ke atas Kadar Perceraian Di Kalangan
Masyarakat Melayu di Kelantan” telah mengkaji kesan pendapatan ke atas kadar
perceraian dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri Kelantan. Objektif utama
kajian tersebut ialah melihat sejauh mana kesan pendapatan ke atas kadar perceraian.
Sebanyak 20 sampel kes di sembilan jajahan di Kelantan telah diambil dan dianalisis.
Dapatan kajian yang diperolehi mendapati terdapat hubung kait yang ketara di
antara pendapatan dengan kadar perceraian. Kajian ini mendapati golongan yang
berpendapatan rendah merupakan golongan yang teramai terlibat dengan perceraian
(Masnah Mohd Zain et.al, 2002). Perkembangan ekonomi yang berlaku secara tidak
langsung membawa kepada pertambahan bebanan, peranan serta komitmen yang
menyebabkan tekanan (Rohaiza, 2011). Tekanan yang dihadapi opeh pasangan suami
atau isteri jika tidak dapat dikawal boleh menjadi salah satu punca yang boleh
membibitkan keretakan dalam rumah tangga.
Pelbagai kaedah telah dilakukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh Malaysia bagi menangani masalah
perceraian ini antaranya kursus pra-perkahwinan, kursus pasca perkahwinan, program-
program, seminar dan forum berkaitan dengan kekeluargaan namun sehingga kini
masalah dan kadar perceraian didapati terus meningkat setiap tahun. Oleh yang
demikian, artikel ini bertujuan mengemukakan dapatan kajian berkaitan trend
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
ISSN 0128-116X
VOL. 2, NO. 2, DEC 2017
45
perceraian rumah tangga di Negeri Selangor berdasarkan usia suami dan isteri serta
usia perkahwinan bagi pasangan dan faktor-faktor yang menyumbang berlakunya
perceraian selama lima tahun bermula tahun 2011 hingga tahun 2015 di Negeri
Selangor Darul Ehsan.
4. Metodologi Kajian
Data bagi kajian ini didapati menerusi metode dokumentasi dan temubual. Dokumen
diperolehi menerusi dokumen manakala temu bual ini dilakukan bersama pegawai di
Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS serta mereka yang terlibat secara langsung
berkaitan kajian. Semua dokumen yang diperolehi dianalisis dan direkod dalam
bentuk fakta dan statistik manakala transkripsi temubual berkaitan maklumat kes-kes
aduan permasalahan rumah tangga di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dianalisis
secara manual.
5. Dapatan Kajian
Terdapat peningkatan jumlah kes perceraian yang berlaku dalam masyarakat dari
tahun ke tahun. Berikut adalah kes perceraian yang berlaku dari tahun 2011 sehingga
2015 di Negeri Selangor Darul Ehsan.
5.1 Statistik Kes Perceraian 2011-2015
Berikut adalah statistik dan trend kes perceraian rumahtangga yang direkod bermula
pada tahun 2011sehingga tahun 2015 di Negeri Selangor Darul Ehsan.
Jadual 1. Statistik Kes Perceraian Tahun 2011-2015 Di Selangor
TAHUN
JUMLAH PASANGAN BERCERAI
2011
5,694
2012
6,098
2013
6,083
2014
6,928
2015
8,167
Jumlah
32,970
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), 2017
Berdasarkan jadual 1, didapati terdapat peningkatan jumlah kes perceraian
yang didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bermula tahun 2011
sehingga 2015. Terdapat sebanyak 5,694 kes pasangan bercerai yang berlaku pada
tahun 2011. Bilangan kes perceraian ini telah meningkat secara mendadak pada tahun
2015 iaitu kepada sebanyak 8,167 kes. Bilangan ini menunjukkan bahawa sebanyak
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
Published by Faculty of Islamic Civilization Studies, KUIS
46
2,473 kes perceraian telah berlaku dan didaftarkan di JAIS Selangor sepanjang 5
tahun iaitu dari 2011 hingga pada tahun 2015.
5.2 Bilangan pasangan suami/isteri bercerai mengikut julat umur mengikut tahun
2011-2015
Data seterusnya mengemukakan bilangan pasangan suami atau isteri bercerai
mengikut julat umur pasangan selama 5 tahun bermula pada tahun 2011 sehingga
2015.
Jadual 2. Julat Umur Pasangan Suami/Isteri Bercerai Pada Tahun 2011
UMUR
JANTINA
JUMLAH
LELAKI
PEREMPUAN
18 kebawah
16 kebawah
2
2
17-20
87
87
19-20
21
21
21-25
309
576
885
26-30
1,085
1,367
2,452
31-35
1,243
1,272
2,515
36-40
1,070
952
2,022
41-45
816
587
1,403
46-50
538
419
957
51-55
331
230
561
56 keatas
317
166
483
Jumlah
5,730
5658
11,388
Peratus
50.30%
49.70%
100.00%
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), 2011
Berdasarkan jadual 2 diatas, bilangan pasangan suami atau isteri bercerai
yang direkodkan di JAIS Selangor pada tahun 2011, julat umur tertinggi pasangan
suami/isteri bercerai adalah berumur di antara 31-35 tahun iaitu sebanyak 22.3%
(2,515 orang ) daripada jumlah keseluruhan pasangan suami atau isteri yang bercerai
iaitu 11,388 orang pada tahun 2011.
Jadual 3. Julat Umur Pasangan Suami/Isteri Bercerai Pada Tahun 2012
UMUR
JANTINA
JUMLAH
LELAKI
PEREMPUAN
18 kebawah
16
16 kebawah
1
1
17-20
214
214
19-20
77
77
21-25
503
749
1,252
26-30
1,203
1,446
2,649
31-35
1,221
1,306
2,527
36-40
1,128
1030
2,158
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
ISSN 0128-116X
VOL. 2, NO. 2, DEC 2017
47
41-45
738
664
1,402
46-50
510
387
897
51-55
315
245
560
56 keatas
307
136
443
Jumlah
6,018
6178
12,196
Peratus
49.30%
50.70%
100.00%
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), 2012
Jadual 3 diatas menunjukkan bilangan pasangan suami atau isteri bercerai
yang direkodkan di JAIS Selangor pada tahun 2012, julat umur tertinggi pasangan
suami atau isteri bercerai adalah berumur di antara 26-30 tahun iaitu sebanyak 21.7%
(seramai 2,649 orang) berbanding julat umur tertinggi pada 2011 adalah pada usia 31-
35 tahun daripada jumlah keseluruhan pasangan suami atau isteri yang bercerai iaitu
12,196 orang pada tahun 2012 yang meningkat sebanyak 808 orang.
Jadual 4. Julat Umur Pasangan Bercerai Pada Tahun 2013
UMUR
JANTINA
JUMLAH
LELAKI
PEREMPUAN
18 kebawah
1
1
16 kebawah
4
4
17-20
485
485
19-20
92
92
21-25
776
942
1,718
26-30
1,055
1,054
2,109
31-35
1,215
1,279
2,494
36-40
843
749
1,592
41-45
657
648
1,305
46-50
578
443
1,021
51-55
319
256
575
56 keatas
268
145
413
Jumlah
5,804
6005
11,809
Peratus
49.10%
50.90%
100.00%
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), 2013
Pada tahun 2013, dapatan kajian dalam jadual 4 menunjukkan julat umur
tertinggi pasangan suami dan isteri yang bercerai adalah pada usia 31-35 tahun iaitu
sebanyak 21.1% (seramai 2,494 orang) berbanding julat umur tertinggi pada 2012
adalah pada usia 26-30 tahun. Pada tahun 2013 ini, jumlah mereka yang bercerai
menurun sedikit iaitu seramai 11,809 orang berbanding 12, 196 orang pada tahun
sebelumnya.
Jadual 5.: Statistik Perceraian Mengikut Umur Pada Tahun 2014
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
Published by Faculty of Islamic Civilization Studies, KUIS
48
UMUR
JANTINA
JUMLAH
LELAKI
PEREMPUAN
18 kebawah
4
4
16 kebawah
6
6
17-20
104
104
19-20
34
34
21-25
362
665
1,027
26-30
1,177
1,483
2,660
31-35
1,527
1,645
3,172
36-40
1,308
1,183
2,491
41-45
946
816
1,762
46-50
691
522
1,213
51-55
445
282
727
56 keatas
435
221
656
Jumlah
6,929
6927
13,856
Peratus
50.00%
50.00%
100.00%
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), 2014
Jadual 5 pula menunjukkan julat umur tertinggi pasangan suami/isteri
bercerai adalah kekal iaitu yang berumur di antara 31 hingga 35 tahun dengan jumlah
peratusan 22.9% atau seramai 3,172 orang. Pada tahun 2014 kadar mereka yang
bercerai meningkat secara mendadak dengan jumlah keseluruhan 13,856 orang iaitu
meningkat sebanyak 2,047 orang.
Jadual 6. Statistik Perceraian Mengikut Umur Pada Tahun 2015
UMUR
JANTINA
JUMLAH
LELAKI
PEREMPUAN
18 kebawah
16 kebawah
1
1
17-20
113
113
19-20
26
34
21-25
357
751
1,108
26-30
1,280
1,776
3,056
31-35
1,798
1,879
3,677
36-40
1,498
1,427
2,925
41-45
1,239
1021
2,260
46-50
880
638
1,518
51-55
491
347
838
56 keatas
561
251
812
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
ISSN 0128-116X
VOL. 2, NO. 2, DEC 2017
49
Jumlah
8,130
8204
16,334
peratus
49.80%
50.20%
100.00%
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), 2015
Berdasarkan jadual 6, pada tahun 2015, julat usia tertinggi perceraian adalah
juga golongan yang berumur 31 hingga ke 35 tahun sebanyak 22.5% (seramai 3,677).
Merujuk kepada dapatan statistik ini, mendapati hampir kesemua pasangan dalam
pelbagai peringkat julat umur berhadapan dengan isu perceraian. Kajian menunjukkan
bahawa julat usia pasangan suami dan isteri yang berisiko tinggi bercerai adalah
mereka yang berusia di antara 26 hingga 40 tahun manakala julat umur tertinggi yang
direkodkan adalah pasangan suami isteri yang berusia di antara 31 hingga 35 tahun.
Jadual menunjukkan bahawa, jumlah pasangan bercerai pada 2015 terus meningkat
naik dari tahun sebelumnya iaitu seramai 16,334 orang suami atau isteri. Ini
menjadikan tahun 2015 mencatatkan jumlah perceraian paling tinggi sepanjang lima
tahun dari 2011 sehingga 2015 iaitu peningkatan sebanyak 2,478 orang.
5.3 Kes Perceraian 2011-2015 Mengikut Usia Perkahwinan
Dapatan seterusnya akan mengemukakan kes perceraian yang direkodkan bermula
tahun 2011 hingga 2015 mengikut tempoh usia perkahwinan pasangan suami dan
isteri.
Jadual 7. Usia Perkahwinan Pasangan Bercerai Dari Tahun 2011-2015
TAHUN
<1
01-5
06-10
11-15
16-20
21-25
26>
2011
310
1,889
1,526
853
525
302
289
2012
339
2,031
1,514
971
653
291
299
2013
353
2,039
1,454
933
649
347
308
2014
412
2,437
1,675
939
673
399
393
2015
503
2,884
1,955
1,129
769
489
438
Jumlah
1,917
11,280
8,124
4,825
3,269
1,828
1,727
Peratus
5.81%
34.21%
24.64%
14.63%
9.91%
5.54%
5.24%
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Jadual 7 menunjukkan bahawa usia perkahwinan 1 hingga 5 tahun
merupakan usia perkahwinan yang tertinggi berhadapan dengan masalah perceraian
iaitu sebanyak 11,280 kes (34.21%) dari jumlah keseluruhan kes perceraian tahun
2011 hingga 2015.
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
Published by Faculty of Islamic Civilization Studies, KUIS
50
Usia perkahwinan pasangan 6 hingga 10 tahun merupakan usia perkahwinan
yang kedua tertinggi berhadapan dengan masalah perceraian iaitu sebanyak 8,2124 kes
(24.64%) dari jumlah keseluruhan kes perceraian tahun 2011 hingga 2015.
Diikuti pula dengan usia perkahwinan pasangan yang telah berkahwin selama
11 hingga 15 tahun merupakan usia perkahwinan ketiga tertinggi berhadapan dengan
perceraian iaitu sebanyak 4,825 kes dengan peratusan 14.63% .
Usia perkahwinan 16 hingga 20 tahun pula adalah usia perkahwinan keempat
tertinggi berhadapan dengan perceraian iaitu sebanyak 3,2629 kes (9.91%) dari jumlah
keseluruhan kes perceraian tahun 2011 hingga 2015.
Usia perkahwinan kurang dari setahun merupakan yang kelima tertinggi
berhadapan dengan masalah perceraian iaitu sebanyak 1,917 kes (5.81%) dari jumlah
keseluruhan kes perceraian tahun 2011 hingga 2015.
Usia perkahwinan terendah berlaku kes perceraian dalam tempoh lima tahun
bermula 2011 hingga 2015 adalah usia perkahwinan yang melebihi 26 tahun melayari
hidup berumahtangga. Iaitu 1,727 kes (5.24%) dari jumlah keseluruhan kes
perceraian.
Jadual di atas menunjukkan bahawa alam rumah tangga sentiasa berhadapan
dengan risiko berlaku perceraian namun data yang direkod menunjukkan bahawa
tempoh usia perkahwinan antara 5 hingga 10 tahun merupakan fasa berisiko dalam
menghadapi saat kemungkinan berlaku perceraian. Namun data ini turut menunjukkan
bahawa pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga juga berhadapan dengan
masalah perceraian ini.
5.4 Faktor Berlaku Perceraian Rumah Tangga
Berikut adalah faktor berlakunya perceraian rumah tangga berdasarkan aduan yang
direkodkan di Jabatan Agama Islam Selangor bermula tahun 2011 hingga 2015.
Faktor perceraian yang diajukan ke JAIS telah dikodkan mengikut kategori aduan.
Nombor
aduan
KATEGORI ADUAN
1
tidak bertanggungjawab
2
lemah didikan agama
3
campur tangan pihak ketiga
4
perbezaan budaya
5
masalah seksual
6
masalah ekonomi
7
masalah kerjaya
8
masalah kesihatan
9
masalah akhlak / sosial
10
masalah komunikasi
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
ISSN 0128-116X
VOL. 2, NO. 2, DEC 2017
51
Jadual 8 di bawah menunjukkan data aduan rumah tangga yang diterima dan
direkodkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sepanjang lima tahun
iaitu dari tahun 2011 hingga tahun 2015.
Jadual 8. Statistik Aduan Rumah Tangga Dari 2011 Sehingga 2015
Tahun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
No.
Aduan
2011
2,398
410
1,058
54
114
313
114
80
857
1,459
2012
2,279
577
964
41
118
230
108
76
973
1,458
2013
1,773
471
908
53
67
321
102
62
1,161
1,345
2014
2,211
486
891
38
96
238
56
61
951
1,608
2015
2,138
485
876
37
91
327
82
82
862
1,483
Jumlah
10,799
2,429
4,697
223
486
1,429
462
361
5,798
7,353
Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Berdasar jadual 8, pengabaian tanggungjawab antara pasangan merupakan
faktor paling tinggi direkod menjadi sebab aduan kes perceraian rumah tangga dalam
kalangan pasangan suami isteri di Negeri Selangor iaitu sebanyak 10,799 aduan telah
dikemukakan bermula tahun 2011 hingga tahun 2015. Tanggungjawab adalah sesuatu
yang penting dalam rumah tangga sama ada tanggungjawab seorang suami terhadap
isteri, begitu juga sebaliknya tanggungjawab isteri terhadap suaminya. Menurut
temubual bersama pegawai di JAIS, antara contoh pengabaian tanggungjawab ialah
tidak memberi nafkah dan sifat malas melaksanakan tanggungjawab di rumah.
Seterusnya, masalah komunikasi merupakan faktor kedua tertinggi aduan
dikemukakan iaitu sebanyak 7,353 aduan telah dibuat sepanjang lima tahun.
Temubual bersama pegawai di JAIS menjelaskan antara masalah-masalah dalam
komunikasi rumah tangga yang berlaku ialah selalu menggunakan bahasa-bahasa
kasar terhadap pasangan, tiada persefahaman antara pasangan, berlainan bahasa dan
sebagainya.
Masalah akhlak atau sosial turut diadu sebagai faktor ketiga tinggi
menyumbang kepada masalah keretakan rumah tangga. Sebanyak 4,798 aduan telah
dibuat berkaitan masalah akhlak atau sosial pasangan dalam tempoh 5 tahun iaitu
2011 hingga 2015. Masalah akhlak atau sosial adalah seperti pasangan suka berfoya-
foya, homoseksual, marah tanpa sebab, suka berbohong, penagih dadah, ketagih aksi
lucah, kaki botol dan sebagainya.
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
Published by Faculty of Islamic Civilization Studies, KUIS
52
6. Kesimpulan
Dapatan kajian yang dikemukakan dalam artikel ini menunjukkan berlaku peningkatan
bilangan kes perceraian yang berlaku dalam tempoh lima tahun bermula 2011
sehingga 2015 ini adalah suatu trend yang serius dan membimbangkan. Peningkatan
sebanyak 2,473 kes perceraian berlaku dalam tempoh selama 5 tahun. Usia pasangan
suami atau isteri dalam lingkungan 31 hingga 35 tahun adalah julat umur tertinggi
yang direkodkan bercerai manakala usia perkahwinan 1 hingga 5 tahun merupakan
fasa tertinggi berlakunya perceraian sepanjang tempoh 5 tahun bermula pada 2011
hingga 2015.
Pelbagai faktor didapati menjadi punca masalah keretakan rumah tangga
dalam kalangan pasangan suami dan isteri. Data kajian mendapati, pengabaian
tanggungjawab menjadi faktor utama aduan perceraian dikemukakan di JAIS dalam
tempoh 5 tahun bermula 2011 hingga 2015. Masalah komunikasi antara pasangan
suami dan isteri merupakan faktor kedua tinggi dan diikuti dengan permasalahan
akhlak pasangan yang menyumbang berlakunya keretakan dalam rumah tangga.
Faktor campurtangan pihak ketiga, lemahnya didikan agama, masalah ekonomi,
seksual, kerjaya, kesihatan serta perbezaan budaya adalah antara faktor lain yang turut
direkodkan sebagai penyumbang kepada berlakunya masalah perceraian rumah
tangga. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak perlu memberi tumpuan serius
terhadap isu perceraian dalam kalangan pasangan suami dan isteri yang terus
meningkat ini. Pendedahan khusus perlu diberikan terhadap usaha penyaluran ilmu
pengetahuan terutama ilmu agama, ilmu komunikasi rumah tangga, ilmu psikologi
dalam rumah tangga, pendidikan anak-anak bagi pasangan suami dan isteri.
Pengamalan serta meningkatkan amal ibadah yang betul adalah merupakan salah satu
kaedah efektif bagi membendung timbulnya masalah dalam rumah tangga sekaligus
perceraian dalam kalangan pasangan suami dan isteri.
Rujukan
Abdullah Abu Mat Suaud. (2013). Hakmu Muslimah: Menurut Undang-Undang
Keluarga Islam Serta Pelaksanaanya Di Mahkamah Syariah. Awal Hijrah
Enterprise.
Abe Sophian Abdul Rahman, Zuliza Mohd Kusrin Anwar & Fakhri Omar. (2014).
“Faktor Penceraian Di Mahkamah Syariah Bahagian Mukah, Sarawak dari
Tahun 2000 hingga 2010. Jurnal Islamiyyat. 36 (1) Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Berita Malaysia, 2016.
Masnah Mohd Zain, Mohd Zaki Zakaria, Norhayati Samba Mohamed, Roslina
Salwani Shukri, & Wan Murshida Wan Hashim. (2002). Kesan Pendapatan
ke Atas Kadar Perceraian di Kalangan Masyarakat Melayu di Kelantan.
Kelantan: UiTM.
Mohd Saleh Haji Ahmad. (2009). Perkahwinan Dan Perceraian Dalam Islam. Kuala
Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd.
Nur Juwariyah Binti Mohammed. (2011). Fasakh di dalam Enakmen Undang-undang
Pentadbiran Keluarga Islam (Negeri Terengganu) tahun 1985. Tesis
Disertasi, Fakulti Pendidikan, UTM.
AL-IRSYAD: JOURNAL OF ISLAMIC AND CONTEMPORARY ISSUES
ISSN 0128-116X
VOL. 2, NO. 2, DEC 2017
53
Raihanah Abdullah. (2001). Wanita, Perceraian dan Mahkamah Syariah Dalam
Wanita dan Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Ilmiah Publiser.
Rohaiza Abd.Rokis. (2013). “Islam And Modernity: A Case Of Muslim Female
Engineers In Malaysia”. Jurnal Of Islam In Asia. Spl. Issue. (2).
Roslee bin Haji Abbas. 1999. Faktor-faktor Penyebab Perceraian Keluarga. Jurnal
Kebajikan: Edisi Ke-21.
Sabariah Binti Baharum. (1989). Masalah Perceraian di Kalangan Masyarakat Islam
di Sabah:Satu Kajian di Daerah Tawau. t.tp: t.pt.
Saedah Siraj. (2001). Pendidikan Rumahtangga. Selangor Alam Pintar Enterprise.
Siti Zalikhah Md. Noor. (2005). Jika Sudah Habis Jodoh. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Temubual bersama Pegawai di Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS).
Zulkiple Abd. Ghani. (2001). Islam, Komunikasi dan Teknologi Maklumat. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
BIOGRAFI PENULIS
Mariam Abd. Majid, Profesor Madya di Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti
Pengajian dan Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(KUIS). Berkelulusan Sarjana Muda Usuluddin, Sarjana Usuluddin dan Doktor
Falsafah (Metodologi Dakwah) Universiti Malaya. Bidang kepakaran beliau ialah
Usuluddin, Metodologi Dakwah, Psikologi Dakwah dan Pemasaran Dakwah.