Conference PaperPDF Available

Tuntutan Kesihatan Mental Menurut Maqasid Al-Sunnah

Abstract

Kesihatan mental adalah sesuatu yang dititikberatkan oleh Kementerian Kesihatan sehingga melahirkan Dasar Kesihatan Mental Negara dengan 9 dasarnya yang jelas. Namun begitu, kesedaran ke arah kesihatan mental masih rendah dalam masyarakat. Masih ramai yang tidak menyedarinya, menafikannya, tidak terbuka, malah berfikiran negatif tentangnya. Ini adalah cabaran yang perlu ditangani segera dalam proses melahirkan generasi yang sihat mental dan fizikal. Oleh itu, penulisan ini dengan menggunakan kaedah analisis akan mengkaji tentang tuntutan kesihatan mental menurut maqasid al-sunnah. Analisis terhadap hadis-hadis yang berkaitan menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah menggariskan dengan jelas beberapa tuntutan yang perlu dilakukan untuk memastikan umat Islam mencapai kesihatan mental yang optimum Kata kunci : Kesihatan Mental, Maqasid al-Sunnah, Kesihatan Fizikal, Hati, Ibadah PENDAHULUAN Kesihatan mental adalah sesuatu yang perlu diambil berat untuk masyarakat dan pihak berwajib. Ia merupakan asas kepada kesejahteraan seseorang individu untuk berinteraksi dengan orang lain, menyedari keupayaan diri, mampu mengendalikan tekanan dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Namun begitu tidak ramai di kalangan masyarakat yang mengetahui, mengambil berat ataupun befikiran terbuka terhadap isu ini, malah mempunyai pandangan yang negatif tentangnya. Kajian pernah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik terhadap 30 orang pelajar UKM yang berumur di antara 20-25 tahun dari pelbagai jantina, bangsa, agama, status perkahwinan dan status hubungan ibu bapa. Data yang perolehi menunjukkan bahawa tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental adalah rendah iaitu 25 orang (83.3%) dan hanya 5 orang (16.7 %) daripada keseluruhan responden yang mempunyai tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental adalah tinggi (Intan Nurhaila 2011). Hakikatnya, kesihatan mental adalah sesuatu yang sangat penting kerana manusia diciptakan oleh Allah Taala daripada dua unsur yang utama iaitu fizikal (jasmani) dan spiritual (roh). Oleh itu kedua-dua unsur ini perlu diisi dan tidak boleh dibiarkan kekosongan, malah kedua-duanya saling berkait-rapat antara satu sama lain. Islam mempunyai penyelesaian kepada perkara ini. Selain daripada ayat al-Quran, hadis-hadis Rasulullah SAW juga mengandungi hikmah yang tidak terhingga dalam membantu manusia memperolehi kesihatan mental yang optimum. Terdapat banyak rahsia dan hikmah di sebalik tuntutan hadis-hadis baginda terhadap manusia dalam misinya melahirkan umat yang sihat mental dan fizikal.
1
TUNTUTAN KESIHATAN MENTAL MENURUT MAQASID AL-SUNNAH
Rosni binti Wazir
Pensyarah
Jabatan al-Quran dan al-Sunnah
Fakulti Pengajian Peradaban Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
rosni@kuis.edu.my
Abstrak
Kesihatan mental adalah sesuatu yang dititikberatkan oleh Kementerian Kesihatan sehingga
melahirkan Dasar Kesihatan Mental Negara dengan 9 dasarnya yang jelas. Namun begitu,
kesedaran ke arah kesihatan mental masih rendah dalam masyarakat. Masih ramai yang
tidak menyedarinya, menafikannya, tidak terbuka, malah berfikiran negatif tentangnya. Ini
adalah cabaran yang perlu ditangani segera dalam proses melahirkan generasi yang sihat
mental dan fizikal. Oleh itu, penulisan ini dengan menggunakan kaedah analisis akan
mengkaji tentang tuntutan kesihatan mental menurut maqasid al-sunnah. Analisis terhadap
hadis-hadis yang berkaitan menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah menggariskan
dengan jelas beberapa tuntutan yang perlu dilakukan untuk memastikan umat Islam
mencapai kesihatan mental yang optimum
Kata kunci : Kesihatan Mental, Maqasid al-Sunnah, Kesihatan Fizikal, Hati, Ibadah
PENDAHULUAN
Kesihatan mental adalah sesuatu yang perlu diambil berat untuk masyarakat dan pihak berwajib. Ia
merupakan asas kepada kesejahteraan seseorang individu untuk berinteraksi dengan orang lain, menyedari
keupayaan diri, mampu mengendalikan tekanan dan dapat menjalani kehidupan dengan baik. Namun begitu
tidak ramai di kalangan masyarakat yang mengetahui, mengambil berat ataupun befikiran terbuka terhadap
isu ini, malah mempunyai pandangan yang negatif tentangnya.
Kajian pernah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik terhadap 30 orang pelajar UKM yang berumur di
antara 20-25 tahun dari pelbagai jantina, bangsa, agama, status perkahwinan dan status hubungan ibu bapa.
Data yang perolehi menunjukkan bahawa tahap pengetahuan mengenai kesihatan mental adalah rendah
iaitu 25 orang (83.3%) dan hanya 5 orang (16.7 %) daripada keseluruhan responden yang mempunyai tahap
pengetahuan mengenai kesihatan mental adalah tinggi (Intan Nurhaila 2011).
Hakikatnya, kesihatan mental adalah sesuatu yang sangat penting kerana manusia diciptakan oleh Allah
Taala daripada dua unsur yang utama iaitu fizikal (jasmani) dan spiritual (roh). Oleh itu kedua-dua unsur
ini perlu diisi dan tidak boleh dibiarkan kekosongan, malah kedua-duanya saling berkait-rapat antara satu
sama lain.
Islam mempunyai penyelesaian kepada perkara ini. Selain daripada ayat al-Quran, hadis-hadis Rasulullah
SAW juga mengandungi hikmah yang tidak terhingga dalam membantu manusia memperolehi kesihatan
mental yang optimum. Terdapat banyak rahsia dan hikmah di sebalik tuntutan hadis-hadis baginda terhadap
manusia dalam misinya melahirkan umat yang sihat mental dan fizikal.
2
MAQASID AL-SUNNAH
Istilah maqasid al-sunnah ialah satu istilah yang baru digunakan mutakhir ini oleh ulama kontemporari
walaupun perbincangan ‘maqasidiyyahatau melihat kepada objektif tertinggi secara umum telah banyak
dibicarakan oleh para ulama sebelum ini. Menurut Rizalman (2016) kebanyakan ulama menfokuskan
kepada penulisan maqasid al-syariah berbanding maqasid-maqasid yang lain. Imam al-Ghazali, Imam
Syatibi, Ibn Asyur dan Ahmad Raisuni merupakan antara tokoh yang membuka ruang kepada penulisan
maqasid al-syariah (Yusuf, 1994).
Sunnah dari sudut bahasa bermaksud jalan yang diikuti (Ibn Manzur, t.t). Dari sudut istilah pula bermaksud
percakapan, perbuatan, taqrir atau hal yang didiamkan, akhlak, sifat kejadian serta seluruh perkhabaran
tentang Nabi Muhammad SAW (Manna’ al-Qattan, 1992). Manakala, perkataan maqasid ( ) adalah
merupakan jama’ kepada perkataan maqsad () yang bererti pegangan, punca, sasaran, keadilan dan
kesederhanaan (Ibn Manzur, t.t).
Definisi yang diberikan oleh al-Fayruz Abadi (1997) kepada perkataan maqsadatau maqasid boleh
membawa erti “maksud” atau “tujuan” dalam bahasa Melayu. Asal perkataan tersebut dalam bahasa Arab
ialah qasdun. Perkataan ini membawa pelbagai makna antaranya menuju, arah, berjalan lurus atau
memecahkan. Perkataan al-qasd pula bererti tongkat. Tongkat memberi banyak faedah kepada manusia
iaitu dapat membantunya dan menuntunnya ketika berjalan.
Maqasid al-sunnah secara istilahnya seperti tidak pernah ditulis dalam apa-apa karya sebelum ini melainkan
Dr. Ahmad al-Raysuni dalam bukunya Maqasid al-Maqasid (Ahmad Al-Raysuni, 2013). Jika ada yang
membincangkannya sebelum ini, masih berlindung di bawah maqasid al-syariah seperti perbincangan
maqasid al-ibadah daripada perspektif sunnah dan sebagainya (Abdul Hadi Awang, 2018). Namun jika
diteliti, maqasid al-sunnah boleh didefinisikan sebagai tujuan yang ingin direalisasikan sunnah dalam
kehidupan manusia (Mahmud al-Dusari, 2018). Tujuan ini pula dapat dikategorikan kepada umum dan
khusus. Tujuan umum bererti objektif yang ingin direalisasikan demi kebaikan manusia di dunia dan akhirat
daripada sejumlah hukum-hakam syarie. Oleh itu, objektif seperti kebebasan, keadilan, bertolak ansur, tidak
membebankan dan memudaratkan, meraikan keadaan setempat, menjaga kehormatan manusia serta
meneguhkan keamanan dan keselamatan merupakan tujuan teras yang diambil kira. Inilah yang dinamakan
ulama sebagai maqasid umum (Nuruddin al-Khadami, 1998).
Maqasid al-sunnah yang bersifat khusus pula bererti tujuan yang ingin direalisasikan oleh sunnah melalui
cara khusus dalam kehidupan. Sebagai contoh peraturan yang ditetapkan sunnah dalam jual beli, pinjaman,
perlaburan, hal ehwal rumah tangga, politik dan sebagainya. Tujuan ini direalisasikan melalui hukum tafsili
atau hukum yang jelas (Aqilah Husain, 2011). Perbahasan tentang maqasid al-sunnah bukan bererti terdapat
perbezaan antara maqasid al-sunnah dan maqasid al-syariah tetapi ia merupakan suatu usaha untuk
menumpukan perbahasan tujuan pensyariatan dari sudut sunnah nabi yang mulia. Hal ini dapat menjelaskan
keluasan dan kesyumulan sunnah dalam setiap sendi syariat. Oleh itu, boleh dikatakan perbincangan tentang
maqasid al-sunnah ialah perbincangan yang sama terkandung dalam maqasid syariah secara umum.
KEPENTINGAN MAQASID AL-SUNNAH
Maqasid sangat penting untuk dikaji kerana maqasid adalah ruh kepada amalan. Bahkan teori ini terpakai
untuk semua perkara yang dilakukan oleh umat Islam. Setiap perkara perlu kepada ruhnya seperti ruh al-
Quran adalah maqasidnya. Begitu juga ruh al-Sunnah itu adalah maqasidnya (al-Raysuni, 2013). Maqasid
al-sunnah membuktikan kesempurnaan dan kelestarian syariat Islam yang terkandung dalam sunnah.
Kesempurnaannya kerana ia dibina atas tujuan yang mulia pada hukum-hukum kuliyyat dan juzi’yyat.
Peredaran zaman, kemajuan tamadun dan perkembangan penemuan memerlukan suatu konsep yang
3
membolehkan perundangan relevan setiap masa dan zaman. Tiada sangsi lagi jika suatu perundangan itu
terbina atas nilai murni, bertunjangkan kebaikan dan berpaksikan maqasidiyyah ia akan sempurna dan
lestari.
Imam Ibn Qayyim (2013) menyatakan bahawa Allah SWT itu bersifat Maha Bijaksana, mustahil
mensyariatkan sesuatu yang sia-sia dan tidak mengandungi kebaikan dan hikmah. Oleh itu, setiap suruhan
dan ketetapan Allah SWT bersumberkan kebijaksanaan-Nya yang agung. Hal ini telah dibuktikan melalui
Firman Allah SWT dan Sabda Rasulullah SAW. Selain itu, maqasid al-sunnah membolehkan pengkelasan
kedudukan kebaikan dan kerosakan serta peringkat sesuatu amalan dari sisi syariat dan keadaan semasa.
Hal ini penting ketika berlaku pertembungan atau percanggahan hukum. Perkara ini dikuatkan sebagaimana
pernyataan Ibn Taimiyyah (1987) yang direkodkan dalam kitab Qaidah fi al-Mahabbah. Beliau menyatakan
bahawa seorang mukmin itu harus mengetahui sesuatu kerosakan yang berlaku serta menilainya dari al-
Quran dan Sunnah sepertimana dia mengetahui kebaikan yang berlaku bersumberkan al-Quran dan hadis.
Seterusnya membezakan antara suruhan yang bersifat al-kainah atau kejadian dan suruhan yang
dikehendaki untuk dilakukan. Kesemua ini membolehkan beliau mengutamakan hukum yang
mengandungi kebaikan yang lebih banyak dan keburukan yang lebih sedikit. Jika dinilai antara dua perkara
yang buruk maka dipilih yang paling kurang buruknya dan penilaian yang sama pada perkara kebaikan.
Sesungguhnya jika hamba itu tidak mengetahui ketetapan Allah terhadapnya nescaya percakapan dan
perbuatannya dalam kejahilan. Sesiapa yang beribadah kepada Allah dalam keadaan jahil nescaya dia akan
ditimpa kerosakan.
Seterusnya, Maqasid al-sunnah penting kerana memberi manfaat dalam penetapan hukum pada perkara
yang baharu. Sebagai contoh qiyas furu’ keatas usul yang diketahui illahnya. Melalui konsep ini pekara
yang tidak berlaku pada zaman Nabi SAW dapat ditentukan hukumnya dengan melihat kepada illah atau
persamaan dan maqasidnya. Contohnya penagihan dadah. Dadah di dalam Islam menyamai istilah khamr
atau arak yang digunakan untuk semua bahan yang memabukkan, mengkhayalkan, menjadi punca
penagihan, pergantungan, perubahan tingkah laku dan sebagainya. Perubahan ini berhubung rapat dengan
fungsi akal yang tidak dapat berjalan secara sempurna. Perkataan khamr berasal daripada perkataan
yakhmur, maksudnya menutup, menyembunyi atau melindungi. Oleh itu khamr merujuk secara meluas
kepada fungsi kehidupan atau biologi sesuatu bahan yang boleh menutup, menyembunyi atau
menghilangkan fungsi yang biasa dialami oleh seseorang yang normal. Dalam hal ini dikaitkan khusus
dengan keadaan fikiran dan akal (DZulkifli Abdul Razak, 1998).
Akhir sekali, maqasid al-sunnah penting dari sudut rohani kerana menambahkan ketenangan hati terhadap
sunnah nabi dan hukum-hakamnya. Sesuatu perbuatan yang diketahui qasd (tujuan), illah (persamaan) dan
kedudukan akan menyebabkan hati merasa aman dan tenteram dibandingkan dengan perbuatan yang tidak
diketahui statusnya. Ia pasti menyebabkan hati tidak tenteram dan penuh syak wasangka. Andai sesuatu
hukum ditentukan melalui maqasid al-sunnah yang merupakan ruh atau intipati kepada sunnah nescaya
tiada lagi ruang bagi keraguan dan kegelisahan. Ibn Qayyim (2013) menyatakan: “Al-Quran dan sunnah
Nabi SAW penuh dengan penentuan hukum melalui kebijaksanaan dan kemaslahatan serta penekanan
kepada tujuan hukum-hakam yang menjadi sebab disyarakkan sesuatu hukuman. Andai al-Quran dan
sunnah itu umpama seratus atau dua ratus perkara, nescaya kami akan kuasai semuanya. Namun ianya
bertambah kepada ribuan perkara dengan jalan yang pelbagai”.
Maqasid al-sunnah mempunyai peranan yang penting dalam keilmuan Islam. Peranan ini pula dapat dilihat
lagi dari sudut dharuriyyah atau keperluan, hajiyyah atau kemahuan dan tahsiniyyah atau kelengkapan
hidup manusia. Bagi aspek keperluan kehidupan, ia dapat dilihat pada dharuriyyat khams atau ‘keperluan
yang lima’ iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga keturunan, menjaga akal dan menjaga harta
(Mahmud al-Dusairi, 2018). Kesimpulannya, maqasid al-sunnah merupakan elemen yang penting dalam
pensyariatan dan bimbingan buat umat baginda nabi SAW.
4
KESIHATAN MENTAL RAKYAT MALAYSIA
Dasar Kesihatan Mental Negara
Kerajaan Malaysia telah menggariskan 9 dasar yang jelas berkaitan dengan kesihatan yang dinyatakan
dalam Dasar Kesihatan Mental Negara, iaitu :
1. Mudah diperolehi dan saksama
Menentukan supaya penjagaan kesihatan mental mudah diperolehi secara sama rata dan adil bagi
setiap segmen masyarakat dari segi geografi dan keupayaan ekonomi
2. Kelengkapan / Komprehensif
Menentukan penjagaan dan perkhidmatan kesihatan mental yang lengkap dan menyeluruh meliputi
aktiviti-aktiviti promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan.
3. Kesinambungan dan integrasi
Perkhidmatan kesihatan mental akan disediakan pada peringkat Penjagaan Kesihatan Primer.
Program dan aktiviti kesihatan mental akan diintegrasikan ke dalam program yang telah disediakan
melaluisistem penjagaan kesihatan primer.
4. Kerjasama pelbagai sektor
Kementerian Kesihatan akan memainkan peranan utama bagi memudahkan kerjasama di kalangan
pelbagai sektor melalui pelbagai program dan aktiviti kesihatan mental yang diperlukan oleh
mereka dan membolehkan mereka melibatkan diri dalam masyarakat yang lebih bermakna.
5. Penglibatan masyarakat
Masyarakat akan terlibat di dalam perancangan, pengurusan dan penilaian aktiviti-aktiviti yang
berasaskan komuniti bagi menentukan hak, kebanggaan dan penerimaan aktiviti-aktiviti ini.
6. Sumber manusia dan latihan
Perancangan dan pembangunan sumber manusia dalam kesihatan mental bagi memenuhi keperluan
negara akan menjadi pelaburan utama dalam sektor kesihatan.
7. Piawaian dan pemantauan
Perkhidmatan kesihatan mental wajib menyediakan penjagaan dan piawaian berkualiti tinggi
dengan program penentu kualiti dalaman yang tersedia. Ia juga akan mematuhi piawaian yang
terkandung di dalam resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Perlindungan Hak orang yang
menghidap penyakit-penyakit mental.
8. Penyelidikan
Penyelidikan dan pembangunan akan terus dilaksanakan dan dibiayai oleh sektor awam dan swasta.
9. Perundangan
Hak dan kebebasan orang-orang yang mengalami masalah kesihatan mental dan gangguan mental
mesti diberi jaminan dan perlindungan melalui perundangan.
Kesihatan Mental Rakyat Malaysia
Pada tahun 2015, National Health And Morbidity Survey melakukan kajian terhadap tahap kesihatan mental
di kalangan orang dewasa. Reponden seramai 29,460 orang dan berusia 16 tahun ke atas telah dipilih dari
pelbagai latar belakang dan peratusan respon yang diterima adalah 82% Berikut adalah hasil keputusan
tinjauan tersebut yang melibatkan tiga isu utama kesihatan mental iaitu Depression, Anxiety and Stress di
kalangan dewasa.
Kesihatan mental paling tinggi adalah melibatkan responden berumur 16-19 tahun iaitu sebanyak 34.7%
diikuti dengan 20-24 tahun iaitu 32.1% dan 25-29 tahun iaitu 30.5%. Negeri yang paling tinggi adalah
Sabah dan WP Labuan iaitu 42.9%, WP Kuala Lumpur 39.8% dan Kelantan 39.1%. Dari segi gender pula,
wanita mencatatkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 30.8% berbanding lelaki 27.6%. Secara umumnya,
masalah mental ini adalah lebih tinggi bagi dewasa yang lebih muda umurnya.
5
Masalah kesihatan mental ini lebih tinggi di kalangan Bumiputera lain-lain iaitu 41.1% yang diikuti oleh
etnik yang lain sebanyak 27.8%, India 28.9%, Melayu 28.2% dan Cina 24.2%. Dari segi status perkahwinan
pula, responden yang bujang adalah paling tinggi 32.1% diikuti dengan janda/duda/bercerai sebanyak
29.3% dan status berkahwin 29.3%. Kajian juga menunjukkan keluarga yang berpendapatan rendah lebih
berisiko mengalami masalah kesihatan mental berbanding yang lebih tinggi pendapatan.
Data menunjukkan pertambahan dari 10.7% pada 1996 kepada 29.2% pada 2015 dengan gender
perempuan, dewasa yang muda, bumiputera lain-lain, tahap pendapatan yang rendah mempunyai risiko
mengalami masalah kesihatan mental.
National Health And Morbidity Survey sekali lagi melakukan kajian pada 2017 tetapi melibatkan pelajar
sekolah menengah di seluruh Malaysia yang berumur sekitar 13-17 tahun. Seramai 212 buah sekolah dari
seluruh Malaysia melibatkan 27,497 soal selidik diedarkan. Keseluruhan respon yang diterima adalah
89.2%. Berikut adalah hasil keputusan tinjauan tersebut yang melibatkan tiga isu utama kesihatan mental
iaitu Depression, Anxiety and Stress di kalangan remaja :
a) Depression : 18.3%
Negeri yang mencatat peratusan tertinggi adalah Selangor dengan 22.6%. Lokasi sekolah di pinggir
bandar mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 19.2%. Remaja lelaki adalah lebih mengalami depresi
dengan 18.9% berbanding remaja perempuan. Pelajar tingkatan 1 (13 tahun) paling tinggi dengan
21.4%. Manakala etnik yang paling tinggi depresi adalah India dengan 33.1%. Punca utama yang
dikenalpasti adalah perceraian ibu bapa iaitu sebanyak 30.1%. Bagi remaja yang merasa kesunyian
sepanjang masa dalam tempoh 12 bulan, 46.7% menujukkan tanda-tanda depresi; remaja yang merokok
sekali atau lebih dalam masa sehari dalam tempoh 30 hari adalah 29.7%; mengambil arak sekali atau
lebih dalam masa sehari dalam tempoh 30 hari adalah 36.6%; mengambil dadah 60.3%; melakukan
hubungan seks 35.5%; mangsa buli 35.0% sama ada fizikal 37.7% atau verbal 24.6%.
b) Anxiety : 39.7%
Negeri yang mencatat peratusan tertinggi adalah Sabah dengan 39.7%. Lokasi sekolah di bandar
mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 40.1%. Remaja perempuan adalah lebih mengalami anxiety
dengan 42.3% berbanding remaja lelaki. Pelajar tingkatan 1 (13 tahun) paling tinggi dengan 41.9%.
Manakala etnik yang paling tinggi anxiety adalah Bumiputera Sabah dengan 47.3%. Punca utama yang
dikenalpasti adalah perceraian ibu bapa iaitu sebanyak 50.1%. Bagi remaja yang merasa kesunyian
sepanjang masa dalam tempoh 12 bulan adalah 63.8% menujukkan tanda-tanda anxiety; remaja yang
merokok sekali atau lebih dalam masa sehari dalam tempoh 30 hari adalah 47.3%; mengambil arak
sekali atau lebih dalam masa sehari dalam tempoh 30 hari adalah 52.5%; mengambil dadah 74.3%;
melakukan hubungan seks 52.1%; mangsa buli 58.5% sama ada fizikal 58.9% atau verbal 49.7%.
c) Stress : 9.6%
Negeri yang mencatat peratusan tertinggi adalah Selangor dengan 12.5%. Lokasi sekolah di bandar
mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 10.3%. Remaja perempuan adalah lebih mengalami anxiety
dengan 10.3% berbanding remaja lelaki. Pelajar tingkatan 1 (13 tahun) paling tinggi dengan 11.0%.
Manakala etnik yang paling tinggi stress adalah India dengan 15.3%. Punca utama yang dikenalpasti
adalah perceraian ibu bapa iaitu sebanyak 14.9%. Bagi remaja yang merasa kesunyian sepanjang masa
dalam tempoh 12 bulan 28.8% menujukkan tanda-tanda stress; remaja yang merokok sekali atau lebih
dalam masa sehari dalam tempoh 30 hari adalah 13.7%; mengambil arak sekali atau lebih dalam masa
sehari dalam tempoh 30 hari adalah 17.4%; mengambil dadah 26.8%; melakukan hubungan seks
17.2%; mangsa buli 19.1% sama ada fizikal 18.7% atau verbal 13.7%.
Kesimpulannya bagi remaja antara 13 hingga 17 tahun, negeri yang paling tinggi untuk depression dan
stress adalah Selangor, manakala Sabah adalah untuk anxiety. Lelaki lebih tinggi pada depression dan
perempuan pada anxiety dan stress. Remaja tingkatan 1 adalah paling tinggi untuk ketiga-tiganya. Etnik
india paling tinggi untuk depression dan stress, manakala etnik Bumiputera Sabah untuk anxiety.
6
Depression, anxiety dan stress adalah paling tinggi untuk responden yang merasa kesunyian, merokok,
mengambil alkohol, mengambil dadah, salah laku seksual dan mangsa buli.
Rawatan dan Pemulihan
Rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah melalui kaunseling dan psikoterapi. Sesi kaunseling yang
diberikan akan membantu pesakit mengelpasti punca dan masalah yang dihadapi. Pesakit juga dibimbing
tentang cara menguruskan mental dengan baik, sama ada ia berkaitan dengan motivasi diri, hubungan
dengan keluarga atau pasangan, cara menguruskan tekanan di tempat kerja dan lain-lain. Ia juga membantu
pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala
penyakit. Pesakit juga dibekalkan dengan ubat sama ada untuk mengurang, menghapuskan gejala penyakit
sehingga pesakit dapat mengendalikan penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubat akan mengambil
masa yang lama sebagaimana rawatan fizikal seprti darah tinggi dan kencing manis (Mohd Nasir, 2016).
PEMERKASAAN KESIHATAN MENTAL MENURUT SUNNAH
Kesihatan Mental Menurut Sunnah
Sekiranya melihat kepada maqasid al-syariah, kesihatan mental ini berada di bawah kategori keperluan
asas (dharuriyyat) iaitu hifz al-‘aql yang mesti dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya. Kesihatan mental
adalah sebahagian daripada kesihatan fizikal yang merupakan satu nikmat daripada Allah SWT. Nabi SAW
bersabda :


















Maksudnya : Sesiapa di antara kamu yang bangkit pada waktu pagi dalam keadaan sihat
tubuh badan dan aman pada dirinya, serta memiliki makanan pada hari itu, maka seolah-
olah dia diberi segala nikmat dunia (Hadis Riwayat al-Tirmidhi).
Rasulullah SAW sebagai seorang yang paling sihat dan kuat mental telah menunjukkan kepada kita bahawa
ia boleh dicapai dengan menumpukan kepada 5 aspek yang utama (a) rohani yang perlu diisi dengan
pengabdian kepada Allah (b) amalan minda atau akal yang perlu diisi dengan pengetahuan (c) amalan
fizikal yang perlu diisi dengan riadah (d) amalan pemakanan yang perlu diisi dengan perkara yang halal
dan (e) gaya hidup yang perlu diisi dengan amalan yang sihat.
Peranan Hati
Untuk memahami maqasid al-sunnah di sebalik tuntutan penjagaan mental ini, harus difahami juga bahawa
manusia diperlengkapkan oleh Allah Taala dengan senjata yang ampuh bernama hati. Ia adalah anggota
yang kecil tetapi mampu mengendali dan mengorganisasikan semua organ dan tubuh badan yang lain.
Sabda Nabi SAW :


Maksudnya : …sesungguhnya dalam tubuh terdapat seketul daging, jika ia baik, maka
baiklah keseluruhan jasad. Tetapi jika ia rosak, maka rosaklah keseluruhan jasad.
Ketahuilah bahawa ia adalah hati (Hadis Riwayat al-Bukhari)
7
Terdapat sebuah hadis Rasulullah SAW yang menekankan tentang peranan hati sebagai neraca kepada
kebaikan dan keburukan :






 















.
Maksudnya : Dari Nawwas bin Sam’an RA dari Rasulullah SAW, beliau bersabda:
Kebaikan adalah akhlak yang baik, dan dosa adalah apa yang terasa menganggu jiwamu dan
engkau tidak suka jika diketahui manusia (Hadis Riwayat Muslim).








 
















 






















Maksudnya : Dan dari Wabishah bin Ma’bad RA dia berkata: “Saya mendatangi Rasulullah
SAW lalu beliau bersabda: Engkau datang untuk bertanya tentang kebaikan? Saya
menjawab: Ya. Baginda bersabda : Mintalah pendapat dari hatimu, kebaikan adalah apa yang
jiwa dan hati tenang kerananya, dan dosa adalah apa yang terasa mengganggu jiwa dan
menimbulkan keragu-raguan dalam dada, meskipun orang-orang memberi fatwa kepadamu
dan mereka membenarkannya (Hadis Riwayat Ahmad)
Hadis di atas menunjukkan peranan hati yang sangat besar dalam membantu manusia memilih di antara
kebaikan atau keburukan. Oleh itu dalam isu kesihatan mental ini, apa sahaja cara yang ingin dicapai,
seseorang itu perlu memastikan hatinya adalah sihat, bersih dan ikhlas kerana ia adalah neraca kepada jalan
mana yang ingin dipilih selepas ini. Seseorang itu hendaklah menjauhi perkara terlarang dan haram kerana
ia akan merosakkan “neraca” hati, malah merupakan dorongan yang paling kuat ke arah gangguan mental.
Kesihatan Rohani dan Jiwa
Kepercayaan yang positif serta ketenangan yang diperoleh dari kerohanian banyak menyumbang kepada
kesejahteraan jiwa dan pandangan hidup yang positif. Mempercayai dan meyakini tentang kewujudan Yang
Maha Kuasa menjadikan seseorang itu sentiasa bersyukur, bertawakal dan redha. Manusia menjadi lebih
bersyukur di saat bahagia dan tenang serta rasa ada tempat berdoa di kala mengalami duka nestapa.
Gabungan kukuh antara kesihatan emosi dan rohani menerbitkan kecergasan positif yang bersandarkan
kepada nilai-nilai baik seperti kejujuran, bertanggungjawab, berpandangan jauh, boleh bekerjasama, adil
dan mengambil berat (http://www.myhealth.gov.my/).
Boleh difahami di sini bahawa perkara pertama yang mesti dicapai oleh memperolehi mental yang sihat
adalah rohani dan jiwa yang sihat. Bagi seseorang yang melakukan sesuatu yang mencemarkan rohani dan
jiwa, kecenderungan untuk mendapat gangguan pada mental adalah tinggi. Ia adalah sebagaimana yang
dinyatakan dalam laporan yang dibentangkan sebelum ini iaitu remaja yang merokok adalah 47.3% akan
cenderung mengalami anxiety; yang mengambil arak pula 52.5%, yang mengambil dadah adalah 74.3%
dan salah laku seks pula adalah 52.1%. Data ini menunjukkan kaitan rapat di antara salah laku dalam
agama Islam dengan kemungkinan untuk mengalami gangguan mental. Oleh kerana itu Nabi SAW telah
menunjukkan kepada umatnya jalan terbaik untuk memperolehi ketenangan jiwa dan kesihatan mental
adalah menjauhi perkara yang haram dan terlarang.
8
Selain daripada menjauhkan diri dari perkara yang haram, perkara utama yang mesti dilakukan untuk
kesihatan rohani dan jiwa adalah amalan ibadah yang merangkumi solat, puasa, menunaikan zakat dan
berzikir.
Solat sebagai amalan yang paling utama menunjukkan hubungan seorang hamba dengan Tuhannya.
Hubungan yang terbina membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan yang tenang dan aman.
Berdasarkan pada banyak firman-Nya, Allah SWT memberikan satu jaminan kepada orang yang melakukan
solat dengan tekun, bersungguh-sungguh dan khusyuk bahawa dia tidak akan terjerumus kepada perbuatan
yang keji dan mungkar. Jika dikaitkan dengan kesihatan jiwa, mereka yang sedang mengalami sakit jiwa
seperti kemurungan dan tekanan adalah golongan yang terdedah kepada perlakuan negatif seperti
mencederakan diri dan bunuh diri. Melalui amalan ibadah solat, perbuatan buruk ini dapat dihalang dengan
melakukan solat yang khusyuk dan bersungguh-sungguh serta melakukannya dengan penuh keikhlasan
(Mohd Nasir 2017). Hadis Nabi SAW yang menggalakkan umatnya bersolat, terutama solat qiyamullail :

Maksudnya : Hendaklah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan amalan orang-
orang yang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam itu mendekatkan diri
kepada Allah, menutup segala dosa, menghilangkan penyakit kepada tubuh badan dan
menjauhi kekejian (Hadis Riwayat al-Tirmidhi).
Puasa juga mendidik manusia dari sudut kesihatan jiwa. Perasaan marah, dendam, dengki dan benci menjadi
punca kepada masalah jiwa. Jiwa yang dipenuhi perasaan-perasaan negatif ini tidak mungkin dapat
membuahkan sikap bekerjasama, toleransi, berkasih sayang dan bertimbang rasa dalam masyarakat. Tetapi
melalui ibadah puasa yang dijalani, selain bermatlamatkan mencapai ketakwaan kepada Allah SWT, puasa
juga dapat membentuk jiwa yang sabar, meraih sifat ihsan, berkasih sayang sesama makhluk dan hormat
menghormati. Melalui puasa, muslim diajar supaya bersabar. Bersabar menunggu masa berbuka, bersabar
menahan diri dari makan dan minum, bersabar untuk tidak mencampuri isteri di siang hari dan bersabar
menghadapi kelaparan dan kedahagaan puasa itu sendiri. Peranan puasa juga jelas disebutkan oleh
Rasulullah SAW agar orang yang berpuasa sentiasa sabar dalam menghadapi provokasi dari orang lain
yang mengajak kepada persengketaan dan pergaduhan. Sabda Baginda :



















Maksudnya : Puasa adalah perisai. Dan apabila seorang dari kamu sedang berpuasa, maka
jangan melakukan kelucahan dan kekacauan. Sekiranya dia diancam oleh seseorang atau
ingin membunuhnya maka katakanlah “aku adalah orang yang sedang berpuasa.” (Hadis
Riwayat al-Bukhari).
Maka, puasa adalah satu amalan yang dapat mendidik manusia untuk mengamalkan sifat-sifat mahmudah
dan membuang sifat-sifat mazmumah. Sifat-sifat mazmumah seperti benci, marah dan dendam adalah sifat-
sifat yang mendorong sesorang untuk melakukan kezaliman dan kejahatan jika tidak ditangani dengan
betul. Sifat-sifat buruk ini boleh menyebabkan berlaku tekanan perasaan, kemurungan dan ketakutan
(anxiety) yang menyumbang kepada jiwa yang kacau dan bercelaru. Oleh yang demikian, puasa adalah
salah satu cara yang ditunjukkan oleh Islam dalam menangani sifat-sifat negatif ini (Mohd Nasir 2013).
Zakat pula satu terapi rohani yang membebaskan manusia dari menjadi hamba harta. Ikatan yang kuat antara
amalan berzakat, bersedekah dan mengeluarkan harta kepada jalan Allah SWT dengan penyucian jiwa dari
noda dan dosa serta berupaya menghindari penyakit jiwa dan akhlak buruk yang berkaitan dengan
pemilikan harta seperti kedekut, tiada belas ihsan, tiada simpati, tamak, pentingkan diri sendiri, memiliki
harta secara haram, terlibat dengan riba, perjudian, penipuan dan menzalimi orang lain. Kesan dari
9
menunaikan zakat, sedekah dan jariah pula, Allah SWT akan memberikan ketenangan, kententeraman jiwa
dan rahmat-Nya kepada orang yang menunaikannya (Mohd Nasir 2013). Sabda Nabi SAW :

































Maksudnya : Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk
membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan
yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang
menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang
makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah
ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain (Hadis Riwayat Abu Daud)
Selain daripada ibadah di atas, zikir juga merupakan terapi rohani yang sangat besar manfaatnya. Selain
melahirkan jiwa yang sihat, ia mampu memberikan ketenangan dan ketenteraman hati yang bukan sedikit
kepada pengamalnya. Ini adalah kondisi jiwa yang tidak mudah terjerumus ke dalam perkara yang negatif
dan berdosa. Amalan ini amat dititikberatkan oleh baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya :



Maksudnya : Mahukah kamu aku khabarkan akan suatu amal kebajikan yang paling baik
bagi kamu, paling meningkatkan kedudukan kamu, paling disenangi oleh Tuhanmu,
bahkan lebih baik daripada menafkahkan emas dan perak dan lebih mulia daripada perang
dengan musuh kamu, baik ketika kamu kalah atau ketika kamu menang? Jawab mereka:
"Mahu, wahai Rasulullah". Sabda Baginda: Berzikirlah kepada Allah sebanyak-
banyaknya.(Hadis Riwayat Muslim)
Kesihatan Minda
Manusia telah dianugerahkan oleh Allah SWT kekuatan akal yang mampu membezakannya dengan
binatang, malah melayakkannya bergelar khalifah di dunia ini. Banyak sekali ayat-ayat al-Quran yang
menyebut tentang akal atau minda seperti lafaz-lafaz tafakkur”, nazar”, “tabaṣṣur”, tadabbur”,
tafaqquh”, “tadhakkur”, “i‘tibar”, “ta‘aqul” dan “tawassum. Malah, banyak sekali ayat-ayat yang
mengajak manusia berfikir dan menempelak mereka yang tidak mahu menggunakan akal dalam mencari
kebenaran. Isyarat yang diberikan oleh Allah Taala melalui firman-Nya menunjukkan pentingnya cara
berfikir seseorang dalam membentuk gaya hidupnya, sama ada positif atau negatif. Boleh difahami bahawa
proses kognitif memainkan peranan sangat penting dalam mengatur kecemasan dan kebahagiaan pada
seseorang (Ahmad Rusydi, 2012).
Namun begitu, apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran positif? Pemikiran positif adalah cara
pemikiran yang menumpukan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan. Ia termasuk melihat kepada
10
aspek positif bagi setiap keadaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik bagi sesuatu perkara
(http://www.myhealth.gov.my/).
Ahmad Rusydi (2012) telah melakukan beberapa sorotan tentang kesan-kesan buruk yang terhasil daripada
pola pemikiran negatif seperti (a) rasa tidak punya harapan hidup (hopelessness), sehingga membawa
kepada bunuh diri (b) penghubung kepada simptom-simptom depressi dan stress yang kronik (c) gangguan
tidur atau insomnia (d) kehidupan tidak lancar kerana lebih berpusatkan kepada masalah yang ada (e)
kepuasan yang diri rendah (f) kesihatan diri yang rendah (g) hubungan sosial yang rendah dan bermasalah
Manakala pemikiran yang positif pula dapat memberi kesan seperti (a) perasaan lebih rileks dan dapat
mengawal stress dengan lebih baik (b) perasaan lebih optimis dalam menghadapi kehidupan (c) melakukan
sebarang aktiviti atau kerja dengan lebih baik (d) tahap kepuasan diri adalah tinggi (e) kesihatan diri lebih
tinggi (f) mempunyai hubungan sosial yang lebih baik.
Nabi Muhammad SAW mengajar umatnya supaya bersangka baik dengan Allah Taala yang merupakan
salah satu daripada bentuk pemikiran positif :

Maksudnya : Sesungguhnya berprasangka baik kepada Allah bagian dari ibadah kepada Allah
(Hadit Riwayat Abu Daud)
Baginda juga memotivasi manusia untuk bersikap optimis dan menjauhkan diri dari berburuk sangka pada
Allah Taala. Ini kerana sifat postif dan optimis akan mendorong manusia untuk melakukan kebaikan dan
sentiasa bersemangat melakukannya. Islam melarang manusia untuk merasa terlalu bersalah sehingga
melahirkan prasangka kepada Allah SWT. Sabda baginda dalam sebuah hadis qudsi :



Maksudnya : Aku adalah sesuai dengan sangkaan hambaku dan Aku akan selalu
bersamanya. Selama dia mengingat-Ku maka Aku akan mengingatnya di dalam diri-Ku.
Dan apabila dia mengingat-Ku dengan begitu banyaknya, maka Aku akan mengingatnya
lebih banyak darinya. Dan apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan
mendekatinya sehasta. Dan apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan
mendekatinya sedepa. Dan apabila dia mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan
mendekatinya dengan berlari (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Konsisten atau istiqamah dalam melakukan kebaikan juga salah satu dari bentuk pemikiran positif. Nabi
SAW ingin menyampaikan bahawa tidak salah kalau berdikit-dikit untuk melakukan kebaikan, yang
penting adalah istiqamah kerana akan membuka jalan kepada ibadah-ibadah yang lain pula. Hadis riwayat
Aisyah RA :










Maksudnya : Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang paling berterusan
dilakukan meskipun sedikit (Hadis Riwayat al-Bukhari).
11
Selain itu manusia juga perlu mengekalkan sifat positif dalam menempuh kehidupan seharian yang penuh
mencabar. Sifat yang paling positif pada keadaan ini adalah bersabar.





























Maksudnya : Sungguh menakjubkan keadaan seorang mukmin. Seluruhnya urusannya itu baik. Ini
tidaklah didapati kecuali pada seorang mukmin. Jika mendapatkan kesenangan, maka ia bersyukur.
Itu baik baginya. Jika mendapatkan kesusahan, maka ia bersabar. Itu pun baik baginya (Hadis
Riwayat Muslim).
Sebagaimana yang dicadangkan oleh ilmuan yang memahiri ilmu psikologi manusia, salah satu cara untuk
konsisten dengan pemikiran dan minda yang positif adalah mencari kawan yang positif. Ia adalah tepat
sebagaimana saranan baginda Rasulullah SAW bahawa seseorang manusia itu adalah cerminan saudaranya
yang lain, sama ada memilih sahabat yang baik atau buruk, ia akan menggambarkan siapa diri kita :




Maksudnya : Seorang mukmin itu adalah cerminan saudaranya yang mukmin (Hadis
Riwayat Abu Daud)






































Maksudnya: Daripada Abu Musa r.a, nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Perumpamaan
bersahabat dengan orang baik atau orang jahat itu seperti berkawan dengan seorang yang
membawa wangian kasturi atau berkawan dengan seorang tukang besi. Pembawa wangian
kasturi itu sama ada ia memberikannya kepadamu atau kamu membeli wangian tersebut
darinya ataupun (paling tidak) kamu akan dapat menghidu wangian haruman tersebut.
Manakala tukang besi pula, sama ada ia membakar pakaian kamu, atau kamu (hanya) akan
mendapat bau yang busuk darinya (Muttafaq alayhi).
Dalam menjalani kehidupan seharian, manusia sememangnya tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, itu
adalah lumrah. Manusia perlu rasional dan bersedia menerima kelemahan tersebut seadanya serta berusaha
untuk mengulanginya lagi. Sabda Nabi SAW : 
Maksudnya : Semua manusia melaukukan kesalahan. Dan sebaik-baik yang berbuat salah
adalah bertaubat (Hadis Riwayat al-Tirmidhi).
Hadis-hadis yang dinyatakan di atas serta banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita maqasid
yang terkandung di dalamnya. Bagaimana Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita cara untuk
memperolehi kuasa pemikiran yang positif yang sekaligus menjamin kesihatan mental umat Islam.
12
Kesihatan Fizikal
Kesihatan fizikal sangat berkait rapat dengan kesihatan mental. Seseorang yang menghadapi penyakit
fizikal berkemungkinan besar individu tersebut akan menghidapi penyakit daripada aspek mental seperti
pesakit merasai ragu dengan masa depannya, mula tidak bersemangat untuk membuat perancangan
apatahlagi untuk merealisasikannya kerana merasakan tidak cukup sihat untuk melakukannya. Penyakit itu
mula menyelubungi mentalnya dan merasakan tiada alasan lagi untuk hidup yang akhirnya membawa
kepada kesan yang tidak baik seperti bunuh diri (Norliah, 2017).
Bagi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan mental juga akan memberi kesan yang besar kesihatan
fizikalnya. Kesan yang akan dapat dilihat adalah gangguan pada imun tubuh. Hal ini kerana pengidap
penyakit mental ini biasanya akan kurang selera makan dan peningkatan hormon stress yang boleh
membawa kepada serangan jantung atau strok atau penyakit lain (Norliah, 2017).
Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam penjagaan mental melalui kesihatan fizikal. Baginda terbukti
sebagai seorang yang sihat sebagaimana sebuah hadis riwayat daripada Anas bin Malik RA :

Maksudnya : Dikurniakan kepada baginda kekuatan tiga puluh lelaki yang sihat (Hadis
Riwayat al-Bukhari).
Baginda juga pernah mengalahkan seorang lelaki yang paling kuat di Madinah, ia sebagaimana
diriwayatkan oleh Abu Jaafar bin Muhammad RA : 
Maksudnya : Rukanah (orang yang paling kuat di Madinah) pernah bergusti dengan Nabi
SAW dan baginda berjaya mengalahkannya (Hadis Riwayat Abi Daud)
Kesihatan yang diperolehi oleh baginda datangnya dari amalan pengurusan diri yang bersih dan suci, amalan
pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat serta amalan hidup fizikal yang cergas dan sihat.
Untuk penjagaan kesihatan diri, baginda menitik-beratkan kepada 10 perkara yang asas dan terangkum
dalam sunan fitrah iaitu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saydatina Aisyah RA iaitu menggunting
misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, mencuci antara ruas
jari dan hujungnya, mencabut bulu ketiak, mencukur buku kemaluan, intinjak dan berkumur. Baginda juga
mementingkan pemilihan makanan yang sihat sebagaimana yang terdapat dalam ayat al-Quran dan hadis
baginda seperti susu, madu, kurma dan habbatussauda’.
Dalam kehidupan seharian, baginda SAW membina kecergasan fizikal dengan tiga perkara utama (a)
melakukan senaman gerak badan (b) berjalan dengan cepat dan cergas (c) berjihad fisabilillah (Fauzi Yusoh,
2018). Terdapat athar yang menyebut bahawa baginda pernah berlumba kuda dengan sahabat sejauh 8 batu,
berenang, memanah dan lain-lain. Baginda juga banyak berjalan kaki ke tempat-tempat yang ingin dituju
dengan cepat dan cergas. Ia boleh dilihat sebagaimana hadis riwayat Saidina Ali RA :

Maksudnya : Apabila berjalan, langkahan baginda SAW adalah cergas dan kuat seperti
gaya orang berjalan turun dari tempat tinggi (Hadis Riwayat al-Tirmidhi).
Baginda Rasulullah juga menjaga kesihatan dengan menjaga waktu tidurnya. Fauzi Yusoh (2018) membuat
analisa tentang gaya tidur baginda yang merangkumi 3 perkara yang utama (a) qaylulah (tidur sedikit di
13
waktu tengahari (b) tidur awal malam dan bagun awal pagi (c) posisi tidur mengiring di sebelah kanan
dengan berwuduk. Hadis riwayat Anas RA : 
Maksudnya : Berqaylulah kerana sesungguhnya syaitan itu tidak mengamalkan qaylulah.
Satu kajian memetik pandangan yang menyentuh tentang kelebihan qaylulah ini yang mampu
meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti serta kreativiti untuk menyelesaikan masalah yang lebih
tinggi dan ia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat (a) panjang iaitu melebihi 30 minit (b) sederhana
iaitu antara 5 hingga 30 minit (c) singkat iaitu kurang dari 5 minit. Namun yang terbaik adalah sekitar 15
hingga 20 minit dan waktu yang paling utama adalah selepas gelincir matahari sekitar pukul 1.00-3.00
petang (Fauzi Yusoh, 2018)
Nabi SAW juga tidur awal malam dan menjauhi daripada merugikan masa dengan perkara yang tidak
berfaedah selepas waktu isyak. Hadis riwayat Abu Barzah :

Maksudnya : Rasulullah SAW melarang (makruh) tidur sebelum solat Isyak dan
bersembang selepasnya (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Biasanya baginda juga akan bagun awal setelah berqiyamullail. Hadis riwayat Aisyah RA :

Maksudnya : Menjadi kebiasaan Rasulullah SAW bagun daripada tidur ketika ayam
berkokok awal pagi (Hadis Riwayat al-Bukhari).
Begitu juga dengan hadis masyhur riwayat al-Bukhari yang menceritakan tentang posisi tidur baginda
dengan mengiring di sebelah kanan serta dalam keadaan berwuduk. Sunnah Nabi Muhammad SAW yang
ditunjukkan melalui cara baginda menjaga tidur menunjukkan untuk memastikan mental yang sihat, kualiti
tidur hendaklah dijaga.
Nabi SAW menunjukkan kepada kita bahawa untuk memastikan mental sihat, kesihatan fizikal adalah
sangat penting. Ia merupakan sesuatu yang dipersetujui oleh amalan kesihatan moden sebagaimana yang
dipetik dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia : Kesihatan mental merupakan satu konsep
yang memerlukan keseimbangan di antara aspek fizikal, psikologi, kerohanian dan sosial. Kesemua aspek
ini, ada salingkaitannya yang boleh mempengaruhi kebolehan seseorang bertindakbalas dengan cara yang
sesuai dan sewajarnya. Kesihatan mental tidak boleh dipisahkan daripada kesejahteraan fizikal. Kesihatan
serta penyakit mental dan fizikal merupakan sebahagian daripada kehidupan kehidupan yang penting dan
saling bergantungan antara satu sama lain. Jelasnya di sini, sebarang penyakit atau gangguan fizikal boleh
memberi kesan emosi terhadap individu dan ahli keluarganya (http://www.myhealth.gov.my/.)”.
KESIMPULAN
Jelas bagi umat Islam, Rasulullah SAW telah menggariskan panduan yang cukup bermakna dalam
membantu manusia memperolehi kesihatan, sama ada fizikal atau mental. Terapi yang ditunjukkan di dalam
hadis-hadis baginda ternyata mempunyai hikmah dan rahsia yang sangat besar. Manusia diberikan satu alat
yang mampu menguruskan semua organ yang lain iaitu hati. Perelokkan hati, maka akan eloklah perjalanan
organ yang lain. Manusia juga tidak akan mampu memperolehi mental yang sihat tanpa rohani yang sihat.
Maka digariskan beberapa amalan yang mampu menyucikan jiwa manusia, sama ada melibatkan
hubungannya dengan Allah, hubungannya dengan manusia dan hubungannya dengan harta. Rasulullah
14
SAW juga menjaga emosi dan minda umatnya agar sentiasa positif sama ada kepada Allah SWT atau
manusia dan makhluk lain di sekelilingnya. Kesihatan mental juga diperolehi dengan menjaga kesihatan
fizikal sama ada dari segi pemakanan atau cara hidup. Ini adalah fakta yang dipersetujui oleh majoriti pakar
ilmu moden. Inilah yang dikatakan ilmu yang dimiliki oleh baginda mendahului masa dan zaman.
RUJUKAN
Ahmad al-Raysuni. (2013). Maqasid al-Maqasid al-Ghayat al-‘Ilmiyyah wa al-‘Amaliyyah li Maqasid al-
Shari‘ah. Beirut: al-Shabkah al-‘Arabiyyah li al-Abhas wa al-Nashr.
Ahmad Rusydi (2012), Husn Al-Zhann: Konsep Berpikir Positif Dalam Perspektif Psikologi Islam Dan
Manfaatnya Bagi Kesehatan Mental, Proyeksi, Vol. 7 (1) 2012, 1-31
Al-Fayruz Abadi. (1997). al-Qamus al-Muhit. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi.
Aqilah Husain. (2011). Al-Wasatiyyah fi al-Sunnah al-Nabawiyyah. Beirut: Dar Ibn Hazm.
Dzulkifli Abdul Razak. (1998). Dadah: Pandangan Islam. Pulau Pinang: Pusat Racun Negara.
Fauzi Yusoh, Mohd Nasir Abdul Majid dan Zahari Mahad Musa (2018), “Pemakanan Penjagaan Kesihatan
Berasaskan Amalan Gaya Hidup Sihat Rasulullah SAW : Analisis Nas-Nas Berkaitannya” dalam
Isu-isu Semasa Islam dan Sains, Universiti Sains Islam Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/315456905_KESIHATAN_FIZIKAL_DAN_MENTAL.
Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (2013). Miftah Dar Saadah. Jeddah: Majma’ al-Fiqh al-Islami
Ibn Taimiyyah. (1987). Qaidah fi al-Mahabbah. Kaherah: Maktabah Turath Islami.
Ibn Taimiyyah. (2005). Majmu’ al-Fatawa. Iskandariah: Dar al-Wafa’
Mahmud Ibn Ahmad al-Dusairi. (2018). Al-Maqasid al-Azimah li al-Sunnah an-Nabawiyyah. Al-Alukah
al-Syariyyah.: https://www.alukah.net/sharia/0/125565/#_ftn13.
Mahmud Ibn Ahmad al-Dusairi. (2018). Al-Maqasid al-Azimah li al-Sunnah an-Nabawiyyah. AlAlukah al-
Syariyyah.: https://www.alukah.net/sharia/0/125565/#_ftn13.
Mohd Nasir bin Masroom (2016), Aplikasi Modul Terapi Jiwa Dalam Kalangan Pesakit Mental dan
Faedahnya Terhadap Kesihatan Jiwa, Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Tamadun Islam, Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Nasir bin Masroom dan Wan Ismail Wan Dagang (2013), Peranan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa
Seminar Falsafah Sains dan Teknologi (16 Mei 2013), Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor
Bahru.
National Health & Morbidity Survey 2015 : Non Communicable Disease, Risk Factors & Other Health
Problems (Volume II), Institute For Public Health, Kementerian Kesihatan Malaysia.
National Health and Morbidity Survey 2017 : Adolescent Mental Health, Institute For Public Health,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Norliah binti Lasemang (2017), Technical Report, Kesihatan Mental & Fizikal, Universiti Malaysia Sabah
Nur al-Din al-Khadami. (1998). Al-Ijtihad al-Maqasidi. Qatar: Riasah al-Mahakim Syariyyah.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Al-Wasatiyyah fi al-Sunnah al-Nabawiyyah
  • Aqilah Husain
Aqilah Husain. (2011). Al-Wasatiyyah fi al-Sunnah al-Nabawiyyah. Beirut: Dar Ibn Hazm.
  • Dzulkifli Abdul Razak
Dzulkifli Abdul Razak. (1998). Dadah: Pandangan Islam. Pulau Pinang: Pusat Racun Negara. Fauzi Yusoh, Mohd Nasir Abdul Majid dan Zahari Mahad Musa (2018), "Pemakanan Penjagaan Kesihatan Berasaskan Amalan Gaya Hidup Sihat Rasulullah SAW : Analisis Nas-Nas Berkaitannya" dalam Isu-isu Semasa Islam dan Sains, Universiti Sains Islam Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/315456905_KESIHATAN_FIZIKAL_DAN_MENTAL.
Miftah Dar Saadah. Jeddah: Majma' al-Fiqh al-Islami Ibn Taimiyyah
Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (2013). Miftah Dar Saadah. Jeddah: Majma' al-Fiqh al-Islami Ibn Taimiyyah. (1987). Qaidah fi al-Mahabbah. Kaherah: Maktabah Turath Islami. Ibn Taimiyyah. (2005). Majmu' al-Fatawa. Iskandariah: Dar al-Wafa'
Aplikasi Modul Terapi Jiwa Dalam Kalangan Pesakit Mental dan Faedahnya Terhadap Kesihatan Jiwa
  • Mohd Nasir Bin Masroom
Mohd Nasir bin Masroom (2016), Aplikasi Modul Terapi Jiwa Dalam Kalangan Pesakit Mental dan Faedahnya Terhadap Kesihatan Jiwa, Tesis Ijazah Kedoktoran, Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.
Risk Factors & Other Health Problems (Volume II), Institute For Public Health, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Utm Johor Fakulti Tamadun Islam
  • Bahru
Mohd Nasir bin Masroom dan Wan Ismail Wan Dagang (2013), Peranan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa Seminar Falsafah Sains dan Teknologi (16 Mei 2013), Fakulti Tamadun Islam, UTM Johor Bahru. National Health & Morbidity Survey 2015 : Non Communicable Disease, Risk Factors & Other Health Problems (Volume II), Institute For Public Health, Kementerian Kesihatan Malaysia. National Health and Morbidity Survey 2017 : Adolescent Mental Health, Institute For Public Health, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Lasemang Norliah Binti
Norliah binti Lasemang (2017), Technical Report, Kesihatan Mental & Fizikal, Universiti Malaysia Sabah Nur al-Din al-Khadami. (1998). Al-Ijtihad al-Maqasidi. Qatar: Riasah al-Mahakim Syariyyah.