Content uploaded by Kamarul Azmi Jasmi
Author content
All content in this area was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on Feb 28, 2020
Content may be subject to copyright.
Media sosial memainkan peranan yang amat signifikan dalam sistem pendidikan di negara Malaysia. Masyara-
kat marcapada ini lebih gemar untuk mencari maklumat dalam laman sosial berbanding mendapatkannya secara
bersemuka. Laman media sosial menyediakan pelbagai medium untuk berinteraksi dan berkomunikasi sambil belajar.
Namun begitu, kemudahan media sosial yang meluas ini disalah gunakan oleh segelintir masyarakat yang kurang ber-
tanggungjawab. Penggunaan media sosial yang tidak belandaskan nilai Islam mampu mendatangkan keburukan
kepada masyarakat. Integriti dalam penulisan maklumat di media sosial menjadi suatu perkara yang sering dipan-
dang remeh oleh sesetengah penulis. Oleh itu, penerapan nilai Islam penting bagi mencegah permasalahan ini
daripada terus menular dan melahirkan masyarakat yang kurang celik. Berdasarkan analisis kajian, terdapat empat
tajuk yang mengupas kaedah pengajaran melalui media sosial menurut perspektif Islam. Pertama sekali membin-
cangkan tentang media sosial sebagai medium penyebaran pengajaran. Seterusnya, penulisan ini mengupas tentang isu
penggunaan media sosial sebagai medium pengajaran. Penerapan nilai Islam dalam menyampaikan maklumat melalui
media sosial turut dikupas dengan lebih terperinci. Akhir sekali, artikel ini juga membincangkan tentang kepentingan dan
kebaikan menekankan nilai Islam dalam menyampaikan maklumat di media sosial. Kata Kunci: media sosial, nilai
Islam, pengajaran, perspektif Islam
Abdul Hamid, S. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan SOSIAL. Journal of Social Sciences and
Humanities, 1(October 2016), 214–226.
Adam, F., Ali, A. H., Mohamed Anuar, M., & Engku Ali, E. M. T. (2015). Jurnal Islam dan Masyarakat Kon-
temporari. Islam Dan Masyarakat Kontempo rari, 9(Januari 2015), 12–23.
Ahmad Termimi, M. A., Meeranghani, K. A., & Ramli, R. (2013). Akademi Pengajian Islam Universiti Ma-
laya, Kuala Lumpur. 455. Dakwah Siber: Etika Dan Akhlak, 22(May 2013), 455–485.
Chuah, K. (2013). Aplikasi Media Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris: Persepsi Pelajar Universiti. Is-
sues in Language Studies, 2(1–2013), 56–63.
Ibnu Khaldun, A. A. R., & Rosenthal, F. (1969). The Muqaddimah. In F. Rosenthal (Ed.), The Muqaddimah:
An Introduction to History. Princeton.
Ishak, M. S., Abu Hassan, M., Omar, S. Z., Bolong, J., & Abd Ghani, Z. (2011). Internet’s Islamic Infor-
mation Credibility Scale (IICS). Ulum Islamiyyah, 6(Januari 2011), 3–28.
Kubiszewski, I., Noordewier, T., & Costanza, R. (2011). Computers & Education Perceived credibility of In-
ternet encyclopedias. Computers & Education, 56(3), 659–667.
Mohd. Yusof, mohd. N., & Tahir, Z. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi. Kepentingan
Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA, 12(3), 10.
Shuhari, M. H., & Hamat, M. F. (2015). Nilai-Nilai Penting Individu Muslim Menurut Al-Ghazali. Jurnal
Islam Dan Masyarakat Kotemporari, 9(Januari 2015), 41–60.
Media Sosial dan Kaedah Pengajaran Menurut Islam
Noor Athirah Moktar
Areen Sherryna Abdul Halim
Kamarul Azmi Jasmi
Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, qamar@utm.my
Suggested Citation:
Moktar, Noor Athirah; Abdul Halim, Areen Sherryna; Jasmi, Kamarul Azmi (2019). “Media So-
sial dan Impak kepada Perkembangan Bahasa Menurut Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi (Ed.), Pro-
siding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb. Disember 2019 di
DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun
Islam, FSSK, UTM, p. 211-226.
Abstract
References
Sulaiman, A., Jamsari, E. A., & Mohd Talib, N. (2016). The Concept of Knowledge According to the Perspec-
tive of Syed Sheikh Ahmad al-Hadi. Konsep Ilmu Menurut Perspektif Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi The,
38(2), 93–102.
Abadi, Totok Wahyu, Sukmawan, Fandrian, & Utari, Dian Asha. (2016). Media sosial dan pengembangan
hubungan interpersonal remaja di Sidoarjo. KANAL: Jurnal Ilmu Komunikasi, 2(1), 95-106.
Abd. Majid, Siti Rohana. (2007). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah dalam Pendidikan Islam:
Kajian di Sekolah-Sekolah Menengah di Daerah Petaling, Selangor. (Sarjana), Universiti Malaysia, Kuala
Lumpur.
Abdul Halim, Zainab Zakirah, Azmi, Dania Salsabila, & Marni, Nurazmallail. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Trend Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains
Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM
Johor.
Abdul Razak, Ahmad Zabidi. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasi Terhadap Motivasi Pembelajaran.
Jurnal Pendidikan Islam, 31:, 3-19.
Abdullah, Murihah, Ilias, Mohd Faeez, Jasmi, Kamarul Azmi, Abdullah, Abdul Hafiz, & Rosman, Arieff Sal-
leh. (2016). Pembinaan Kemahiran Insaniah Guru Pendidikan Islam di Sekolah Melalui Amalan
Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 3(2-1), 56-72.
Abdullah, Zakaria. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Pendekatan Berpusatkan Pelajar dalam
Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan. (Doktor Falsafah), Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi, Selangor.
Abdullah, Zakaria, & Jasmi, Azmi Kamarul. (2018). PBP dalam Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Is-
lam. Skudai Johor: Penerbit UTM Press.
Ahmad, Norsidah, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2016). Pelaksanaan Program Kecemerlangan Pembangunan Sa-
hsiah Sekolah di Malaysia. Kertas kerja Dibentangkan di International Seminar on Islamic Studies and Re-
search (ICIER2016), Eagle Bay Hotel Langkawi.
Al-Bayhaqi, Ahmad. (2003). Sha‘b al-Iman (‘Abd al-‘Ali ‘Abd al-Hamid Hamid Ed. Vol. 1-14). Riyad: Mak-
tabah al-Rushd li al-Nashr wa al-Tauzi‘.
Al-Tirmidhi, Muhammad ‘Isa. (1998). Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi (Bashar ‘Awad Ma‘ruf Ed. Vol.
1-6). Beirut: Dar al-Girb al-Islami.
Amin, Mohd Hairudin, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2012). Seko lah agama di Malaysia: sejarah, isu & cabaran.
Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Press.
Amin, Mohd. Hairudin, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2011). Sekolah Agama: Penjana Generasi Berakhlak (Ed. 1.
ed.). Skudai Johor: Penerbit UTM.
Ayub, Muhammad Syazwan, Rozali, Amirul Azha, & Marni, Nurazmallail. (2019, 15 Disember 2019). Media
Sosial dan Kecanduan Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Azizan, Muhamad Ariffudin, Kariya, Muhammad Azizi, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Penyebaran Budaya Transeksual Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar
Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga,
UTM Johor.
Bohari, Nur Zu Ira, Tengku Kamarul Bahri, Tengku Nurul Hidayah, & Ruskam, Aminuddin (2012). Pen-
capaian Masyarakat Melayu dalam Bidang Sains dan Teknologi Sebelum Kedatangan Barat. Kertas kerja
Dibentangkan di Seminar National Fiqh Science snd Technology 2012, Dewan al-Marbawiy, UTM.
Budiman, Ahmad. (2017). Berita bohong (hoax) di media sosial dan pembentukan opini publik. Majalah Info
Singkat Pemerintahan Dalam Negeri Isu Aktual, 9.
Frank Wilkins, Luqman Hakeem, Batumalai, Pragathesh, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Dampak Positif Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Haronzah, Muhammad Fairman, Mani, Inthiran, & Wan Embong, Wan Hassan. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Facebook Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Hasbollah, Nur Syahirah, Md Rashid, Marjan, & Ihwani, Siti Suhaila. (2019, 15 Disember 2019). Media So-
sial dan Pelajar Universiti Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Idris, Mohd Rafizan, Abd Rashid, Ramayadi, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019). Ko nsep Amal Makruf dan Nahi
Mungkar untuk Pembentukan Masyarakat Cemerlang. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Institusi Is-
lam 2019, 5.01 Bangunan Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur.
Ilias, Mohd Faeez, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2012, 8-9 March 2012,). Aplikasi Bahan Bantu Mengajar
Rasulullah S.A.W. dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah Khususiah dari Perspektif Muhammad
Fu'ad Abdul Baqi dalam Kitab Al-Lu'lu' Wal Marjan. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar An-
tarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012], Le Grandeur Palm Resort, Senai.
Ismail, Mohd Shawal, Khor, Shaw Zhan, & Mohamad, Ahmad Marzuki. (2019, 15 Disember 2019). Media
Sosial dan Impak Psikologi Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Izzudin, Nik Muhammad, Kumaran, Pulavendran Vijaya, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember
2019). Media Sosial dan Impak kepada Perkembangan Bahasa Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan
di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan
Tenaga, UTM Johor.
Jasmi, Azmi Kamarul. (2016). Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. In Azmi Kamarul Jasmi (Ed.), En-
siklopedia Pendidikan Islam. Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam UTM & Persatuan Cendekiawan Pen-
didikan Islam (Malaysia).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2006). Pengertian Fitnah dan Kaedah Menangani Permasalahannya dalam masyarakat.
MINDA, 5, 5.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia: Satu Kajian
Kes. (PhD), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Retrieved from http://
dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:67877
Jasmi, Kamarul Azmi. (2015). Amar Makruf Nahi Mungkar. 1(Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Ma-
laysia), 11-13.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2016). Amar Makruf Nahi Mungkar. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklopedia Pen-
didikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 11-13). Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam, Universiti
Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017a). Amar Makruf Nahi Mungkar. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklopedia
Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 11-13). Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam, Universiti
Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017b). Pengajaran dan Pembelajaran. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklo pedia
Pendidikan Islam (Kedua ed., Vol. 1, pp. 181). Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam UTM & Persatuan
Cendekiawan Pendidikan Islam (Malaysia).
Jasmi, Kamarul Azmi , Lamat, Md Yusnan, Muhammad, Azhar, Mustari, Mohd. Ismail, Ismail, Muhamad
Faiz, & Ilias, Mohd Faeez. (2012, 08-09 March 2012). Aplikasi teknologi dalam Pengajaran dan Pem-
belajaran Pendidikan Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidi-
kan Islam [SEAPPI2012], Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru.
Jasmi, Kamarul Azmi, & Mohd Rashid, Nur Amirah. (2008). Kesan Negatif Globalisasi terhadap Wanita Islam
dan Penyelesaiannya. In Arieff Salleh (Ed.), Isu Wanita Dalam Perundangan Islam. Johor Bahru, Johor:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Jasmi, Kamarul Azmi, & Tamuri, Ab Halim. (2007a, 22-23 Ogos 2007). Guru Cemerlang dalam Sekolah
Berkesan. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Pendidikan Kebangsaan Halatuju dan Masa Depan Pen-
didikan Negara, Auditorium Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Jasmi, Kamarul Azmi, & Tamuri, Ab Halim. (2007b). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelaja-
ran. Skudai, Johor Bahru: Penerbit UTM.
Jasmi, Kamarul Azmi, Tamuri, Ab, Hamzah, Mohd, & Izham, Mohd. (2010). Faktor Pentadbir dan Pengetua
dalam kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam dan Guru di sekolah menengah: Satu kajian
kes. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(1), 13-20.
Jensani, Muhammad Khairul Nizam, Eswaran, Kumanan, & Mohd Noor, Sulaiman Shakib. (2019, 15 Disem-
ber 2019). Media Sosial dan Pembentukan Budaya Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Sem-
inar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tena-
ga, UTM Johor.
Johari, Muhammad Hazwan, Baharuddin, Amirul Syafiq, & Ihwani, Siti Suhaila (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Kelestarian Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains
Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM
Johor.
Kamal, Sara, Chu, Shu-Chuan, & Pedram, Mahmood. (2013). Materialism, Attitudes, and Social Media Usage
and Their Impact on Purchase Intention of Luxury Fashion Goods Among American and Arab Young
Generations. Journal of Interactive Advertising, 13(1), 27-40. doi:10.1080/15252019.2013.768052
Kamarudin, Muhamad Aiman, Mustafa Kamal, Muhamad Syakir, & Safar, Jimain (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Dakwah Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Manuty, Mohd Nor (2009). Islam dan Toleransi Budaya dalam Masyarakat Majmuk di Malaysia: Beberapa
Catatan. Kertas kerja Dibentangkan di Simposium Fiqh, Masyarakat Bukan Islam di Malaysia, Dewan
Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam. http://www.najahudin.com/muat%20turun/
Fiqh%20Bukan%20Islam%20&%20Perbandingan%20Agama/Islam%20Dan%20Toleransi%
20Budaya%20Dalam%20Masyarakat%20Majmuk%20Di%20Malaysia%20Beberapa%20Catatan.pdf
Mohamed, Hanafi. (1999). Tegakkan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. Kuala Lumpur: Hidayah Publishers.
Mohd Azmi, Mohamad Rafiuddin, Kamalanathan, Sasikumar, & Safar, Jimain. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Generasi Muda Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Mohd Rashid, Nur Amirah, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2006). Pengaruh Glo balisasi Terhadap Gaya Hidup
Pelajar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Saiden, Shahrulnizam, Aswan, Ruslan, & Marni, Nurazmallail. (2019). Peranan Non-Government Or-
ganisation (NGO) Dalam Komuniti Masyarakat Menurut Islam. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar
Institusi Islam 2019, 5.01 Bangunan Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur.
Muhammad Azrin, Muhammad Fiqri, Moorthy, Vishnukumar Krishna, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Perhubungan Sesama Manusia Menurut Islam. Kertas Kerja Diben-
tangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan
Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Munmun De Choudhury, Scott Counts, Eric Horvitz. (2013). Social Media as a Measurement Tool of De-
pression in Populations. Proceeding WebSci '13 Pro ceedings of the 5th Annual ACM Web Science
Conference, Pages 47-56.
Nazir, Muhammad Izzuddin, Che Noh, Muhammad Irfan Zikri, & Basiron, Bushrah. (2019, 15 Disember
2019). Media Sosial dan Wanita Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nor Jefri, Nurul lzzaty, Shaharin, Nuraisyah Syakirin, & Jasmi, Kamarul Azmi (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Pembentukan Masyarakat Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains
Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM
Johor.
Norazman, Hasan, Kumar, Krishanth, & Basiron, Bushrah. (2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Per-
pustakaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019
(SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nordin, Nur Hidayu, Mohammad, Nur Syuhada, & Mohamad, Ahmad Marzuki. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Instagram Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nurrizka, Annisa Fitrah. (2016). Peran Media Sosial di Era Globalisasi Pada Remaja di Surakarta Suatu Kajian
Teoritis dan Praktis Terhadap Remaja dalam Perspektif Perubahan Sosial. Jurnal Analisa Sosiologi, 5
(1), 28-37.
Putri, Wilga, Nurwati, Nunung, & Santoso, Meilanny. (2016). Pengaruh Media Sosial Terhadap Perilaku
Remaja. Prosiding Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat, 3(1), 1-154. doi:10.24198/
jppm.v3i1.13625
Rahim, Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. (2017). Penggunaan Media Sosial dan Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Terbentuknya Gerakan Sosial. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(2), 87-
101.
Ramiluddin. (2017). Konsep Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Drs. H. Rahman Kaoy.
Razali, Nurul Afiza, Hera, Noor, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Impak
Negatif Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019
(SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Rosli, Tasnim, Muniandy, Yogenathan, & Jasmi, Kamarul Azmi (2019, 15 Disember 2019). Media So sial dan
Impak Tingkah Laku Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manu-
sia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Samed, Murni Hayati , Salman, Maziah Mohd , & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019). Konsep Amar Makruf dan
Nahi Mungkar dalam Kerukunan Keluarga. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Institusi Islam 2019,
5.01 Bangunan Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur.
Sazali, Hanifah. (2010). Pendidikan Kanak-Kanak Menurut al-Qur'an: Perlaksanaan di Pusat Pra Sekolah di
Bandar Triang, Pahang. Jabatan al-Quran dan al-Hadith.
Seaman, Jeff, & Tinti-Kane, Hester. (2013). So cial Media dor Teaching and Learning. London, England: Pear-
son Learning Systems.
Sherlyanita, Astrid Kurnia, & Rakhmawati, Nur Aini. (2016). Pengaruh dan pola aktivitas penggunaan inter-
net serta media sosial pada siswa SMPN 52 Surabaya. Journal of Information Systems Engineering and
Business Intelligence, 2(1), 17-22.
Sidek, Baba. (2003). Globalisasi dan cabaran pendidikan. Suzalie Mohamad (pnyt.). Memahami Isu-Isu Pen-
didikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Suhid, Asmawati. (2005). Pemantapan Komponen Akhlak dalam Pendidikan Islam bagi Menangani Era Glob-
alisasi. Jurnal Kemanusiaan, 6(S), 95-104.
Tamuri, Ab. Halim , Yusopp, Adnan, Osman, Kamisah, Abdul Razak, Khadijah , Awaludin, Shahrin, & Abdul
Rahim, Zamri. (2004). Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke atas Pem-
bangunan Diri Pelajar. Retrieved from Bangi, Selangor:
Tamuri, Ab. Halim, & Nik Yusoff, Nik Mohd Rahimi. (2010). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidi-
kan Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Embong, Wan Hassan, & Safar, Ajmain. (2006). Pembangunan Software Dalam Mempertingkatkan
Pengajaran Dan Pembelajaran Akidah. Kertas kerja Dibentangkan di Wacana Pendidikan Islam (5),
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,.
Watie, Errika Dwi Setya. (2016). Komunikasi dan media sosial (communications and social media). Jurnal The
Messenger, 3(2), 69-74.
Yaacob, Hashim, & Othman, Abdul Jalil. (2007). Dunia Pendidikan dalam Era Globalisasi: Peranan dan
Cabaran. Masalah Pendidikan, 30(1), 143-149.
14
MEDIA SOSIAL DAN KAEDAH PENGAJARAN
MENURUT ISLAM
Noor Athirah Moktar
Areen Sherryna Abdul Halim
Kamarul Azmi Jasmi
Abstrak
Media sosial memainkan peranan yang amat signifikan dalam sistem pendidikan di negara
Malaysia. Masyarakat marcapada ini lebih gemar untuk mencari maklumat dalam laman
sosial berbanding mendapatkannya secara bersemuka. Laman media sosial menyediakan pelbagai
medium untuk berinteraksi dan berkomunikasi sambil belajar. Namun begitu, kemudahan media
sosial yang meluas ini disalah gunakan oleh segelintir masyarakat yang kurang bertanggungjawab.
Penggunaan media sosial yang tidak belandaskan nilai Islam mampu mendatangkan keburukan
kepada masyarakat. Integriti dalam penulisan maklumat di media sosial menjadi suatu perkara
yang sering dipandang remeh oleh sesetengah penulis. Oleh itu, penerapan nilai Islam penting
bagi mencegah permasalahan ini daripada terus menular dan melahirkan masyarakat yang kurang
celik. Berdasarkan analisis kajian, terdapat empat tajuk yang mengupas kaedah pengajaran
melalui media sosial menurut perspektif Islam. Pertama sekali membincangkan tentang media sosial
sebagai medium penyebaran pengajaran. Seterusnya, penulisan ini mengupas tentang isu penggunaan
media sosial sebagai medium pengajaran. Penerapan nilai Islam dalam menyampaikan maklumat
melalui media sosial turut dikupas dengan lebih terperinci. Akhir sekali, artikel ini juga membincangkan
tentang kepentingan dan kebaikan menekankan nilai Islam dalam menyampaikan maklumat di
media sosial.
Kata Kunci: media sosial, nilai Islam, pengajaran, perspektif Islam
PENGENALAN
Pada zaman yang moden ini, dunia internet tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat
dunia. Umum mengetahui bahawa internet dianggap sebagai sesuatu yang tidak asing lagi
dalam kehidupan masyarakat seharian. Hal ini demikian kerana, kemudahan internet yang
boleh merentasi masa dan tempat dengan laju dan kapasiti yang amat besar menjadikan
pemindahan maklumat berlaku dengan sekelip mata. Kecanggihan dunia teknologi kini,
menjadikan carian maklumat di internet boleh didapati dengan sangat pantas dengan hanya
masa satu saat. Perkongsian ilmu di internet juga tidak terhad kepada sesetengah tempat
sahaja namun perkongsiannya meluas hingga ke seluruh dunia (Kubiszewski, Noordewier,
& Costanza, 2011)(Jasmi, Kamarul Azmi & Mohd Rashid, 2008; Mohd Rashid & Jasmi,
2006; Nurrizka, 2016; Sidek, 2003; Suhid, 2005; Yaacob & Othman, 2007).
Individu boleh berinteraksi dengan individu lain yang tinggal di berlainan sempadan
dengan menggunakan internet tanpa menggunakan telefon berbayar degan percuma.
Kemudahan ini menjadikan pertukaran pendapat antara para ilmuwan dan cendekiawan
di serata dunia menjadi mudah. Bukan itu sahaja, perbincangan antarabangsa juga boleh
diwujudkan secara digital dengan ada nya kemudahan teknologi canggih video kamera.
Internet boleh digelar sebagai gedung ilmu kerana kuantiti ilmu yang boleh didapati di
internet sangat banyak dan tidak terkira. Hampir kesemua perkara yang menjadi tanda
persoalan boleh di cari faktanya di internet. Namun perkara ini tidak menghalang masyarakat
untuk menjadi malas dan percaya akan fakta yang didapati di internet secara membuta tuli
212
tanpa membuat perbandingan konten dan sebagainya. Hal ini kerana, kesahihan maklumat
yang terdapat di internet masih diragui sekiranya maklumat tersebut datang dari laman
sesawang yang tidak boleh dipercayai sumbernya (Budiman, 2017; Jasmi, Kamarul Azmi,
2006).
Internet yang serba boleh ini kebiasaannya digunakan melalui teknologi canggih seperti
komputer riba, tablet dan telefon pintar. Dengan wujudnya alatan yang serba canggih beserta
data internet yang pantas, penggunaannya dalam pelbagai transaksi, perkembangan politik,
pendidikan, keagamaan dan sosial tidak dapat disangkal lagi. Media sosial ini sekali gus
menjadi tempat untuk masyarakat tidak kira golongan umur dan pekerjaan untuk
berhubung dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas. Hal ini di sebabkan
penggunaan media sosial yang luas dan terbuka untuk mendapatkan dan berkongsi
maklumat (Abdul Halim et al., 2019; Ayub et al., 2019; Azizan et al., 2019; Frank Wilkins et
al., 2019; Haronzah et al., 2019; Hasbollah et al., 2019; Ismail et al., 2019; Izzudin et al., 2019;
Jensani et al., 2019; Johari et al., 2019; Kamarudin et al., 2019; Mohd Azmi et al., 2019;
Muhammad Azrin et al., 2019; Nazir et al., 2019; Nor Jefri et al., 2019; Norazman et al., 2019;
Nordin et al., 2019; Razali et al., 2019; Rosli et al., 2019).
Senario ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada perubahan cara pengajaran
dan pembelajaran (P&P) kepada yang lebih menarik dan berkesan. Kaedah pengajaran melalui
media sosial dan penggunaan internet terhadap anak didik menarik minat belajar mereka.
Namun begitu, penggunaan media sosial dan internet tanpa sekatan juga mampu mengundang
hal negatif dalam kalangan anak-anak. Dalam masa yang sama, penggunaan internet dalam
pembelajaran juga mengundang impak positif kepada prestasi akademik pelajar. Oleh itu,
artikel ini akan mengupas fungsi media sosial sebagai medium pembelajaran beserta isu
dan kepentingannya dalam proses P&P (Abadi et al., 2016; Putri et al., 2016; Rahim,
2017; Sherlyanita & Rakhmawati, 2016; Watie, 2016; Kamal et al., 2013; Munmun De
Choudhury, 2013; Seaman & Tinti-Kane, 2013).
MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PEMBELAJARAN
Perkembangan pesat dunia teknologi membolehkan maklumat diperoleh dengan cepat dan
pantas dengan hanya menggunakan peranti komputer yang mempunyai akses internet.
Kewujudan kemudahan ini membolehkan maklumat dapat diakses tidak kira masa dan
tempat. Kemudahan ini juga menyumbang kepada perubahan cara mengajar pendidik
kepada anak didik. Penggunaan media sosial ini juga menyebabkan cara pengajaran tidak
lagi tertumpu kepada buku teks sahaja malahan boleh menggunakan media sosial sebagai
bahan mengajar kepada murid. Tambahan pula, media sosial yang diperkaya dengan
animasi, audio dan video mampu menarik minat pelajar untuk berasa seronok dalam
mengajar. Hal ini meningkatkan fokus pelajar sewaktu proses P&P dijalankan dan
seterusnya menjadikan pembelajaran lebih efektif. Justeru, media sosial memainkan perana
penting dalam penyebaran maklumat dan pengajaran kepada masyarakat dan pelajar
khususnya.
E-Learning
E-learning ialah salah satu platform media sosial yang semakin meluas penggunaanya pada
abad ini. E-learning kerap digunakan oleh para pendidik terutamanya pensyarah dan juga
para siswa dan siswi di setiap universiti awam di Malaysia. E-learning kebiasaannya terdapat
di laman portal universiti yang diwujudkan dan dimiliki oleh setiap pelajar dan pensyarah
untuk kegunaan yang tertentu dan salah satunya ialah kegunaan dalam bentuk pengajaran.
Antara kegunaan E-learning ialah menyampaikan maklumat dan nota belajar khususnya kepada
para siswa dan siswi. Hal ini demikian kerana, kemudahan E-learning yang membolehkan
pelajar mengakses nota belajar di mana sahaja memudahkan pelajar untuk mengulang kaji
213
pelajaran tidak kira tempat dan masa. Bukan itu sahaja, E-learning membolehkan pensyarah
untuk menjalankan kuiz kepada pelajar secara online. Hal ini dapat menjimatkan masa
pengajaran yang terbuang semata-mata untuk menjalani kuiz. Pensyarah dapat menggunakan
masa yang sedia ada sepenuhnya bagi sesi pengajaran dengan efektif dan sistematik. E-
learning juga berupaya untuk membolehkan pelajar berinteraksi dan berbincang tentang
sesebuah topik melalui forum yang disediakan. Hal ini dapat membantu pelajar meningkatkan
pemahaman sesuatu topik itu dengan cara yang effisien dan mudah tanpa perlu bersemuka
di mana ini lebih memerlukan masa pelajar. Tambahan pula, pelajar universiti mempunyai
pelbagai aktiviti untuk dilakukan dan penjimatan masa dalam sesuatu aktiviti amatlah
mereka perlukan. Akhir sekali, E-learning ialah salah satu medium pembelajaran yang berkesan
bagi pelajar khususnya yang melanjutkan pelajaran di institusi menara gading. Kemudahan
dalam berkongsi maklumat dan perbincangan dapat dilakukan dengan pantas dan efektif
menjadikan medium ini cukup popular dalam kalangan warga universiti (Mohd. Yusof &
Tahir, 2017).
YouTube
Salah satu medium yang sering diakses oleh remaja pada masa kini ialah Youtube. Medium
ini berbentuk video beserta audio dan terdapat juga ruangan komen di bawah video
Youtube itu sendiri. Youtube masa kini banyak berbentuk hiburan, komersial dan banyak
lagi. Namun begitu, Youtube juga terdapat banyak video berilmiah yang di muatnaik oleh
Youtuber bertujuan untuk menyebarkan ilmu dan maklumat dengan lebih jelas dan padat.
Ia juga berkesan dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada golongan
muda khususnya. Hal ini demikian kerana, pelajar mudah untuk mendapatkan maklumat
secara berkesan dan pantas oleh kerana sifat Youtube yang boleh berhubung dengan laman
sosial yang lain seperti blog, wiki dan sebagainya. Hal ini juga sangat membantu pelajar
untuk mendapatkan penjelasan tentang sesuatu topik dengan lebih mendalam dan kesahihan
maklumat lebih di yakini.
Selain itu, Youtube juga berupaya untuk meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Hal
ini demikian kerana, Youtube dilengkapi dengan bantuan video dan audio untuk menjadikan
suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meriah. Perasaan bosan dan rasa mengantuk
sewaktu belajar dapat dielakkan dalam kalangan pelajar. Hal ini seterusnya mendorong
pelajar khususnya pelajar yang kurang minat belajar akan lebih giat mengakses Youtube
bagi meningkatkan pemahaman dan prestasi pembelajaran mereka. Oleh yang demikian,
Youtube memainkan peranan penting dalam menyampaikan pembelajaran dan pengajaran
P&P kepada pelajar dengan lebih efektif dan jelas.
Twitter
Twitter ialah satu media sosial yang kian digunakan oleh masyarakat marhaen pada zaman
ini. Media sosial yang membolehkan penggunanya menulis secara bebas atau lebih sinonim
tweet dan retweet pendapat masing-masing. Penggunanya didominasikan oleh gologan muda,
golongan dewasa yang memiliki profesion tinggi dan para influencer. Semua golongan tersebut
mempunyai akaun Twitter dan mempunyai agenda tersendiri dan sudah tentu salah satunya
ialah penyebaran dan pendapatan maklumat berilmiah. Pengguna Twitter sering berkongsi
maklumat berilmiah melalui bebenang yang mereka reka sendiri. Sebagai contoh, pengguna
Twitter yang berprofil tinggi Dr. Amalina Che Bakri, salah seorang daripada 10 doktor
pakar pelatih terbaik United Kingdom sering berkongsi maklumat hal dan isu kesihatan
kepada pengikutnya. Bukan itu sahaja, beliau juga sering memperbetul mitos kesihatan
yang menjadi ikutan rakyat Malaysia dan rajin membalas pertanyaan pengikutnya berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman yang beliau miliki.
214
Perkongsian tips bagaimana menjadi pelajar cemerlang dan amalan cara hidup sihat
kepada pengikutnya juga salah satu rutin harian beliau. Hal ini membantu pelajar untuk
mendapatkan sumber maklumat yang boleh dipercayai dengan cara yang lebih santai dan
pantas. Selain itu, Twitter juga membolehkan pelajar untuk berbincang dengan rakan-rakan
berkaitan dengan pelajaran. Hal ini demikian kerana, medium ini mempunyai ruangan tweet
yang boleh dibalas oleh sesiapa sahaja. Sekiranya dalam perbincangan mereka terdapat salah
faham tentang sesebuah topik, pensyarah ataupun sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan
tentang pembelajaran tersebut dapat membantu memperbetulkan pemahaman mereka.
Bukan itu sahaja, pelajar juga boleh memetik akaun pengguna Twitter yang arif tentang
topik perbincangan mereka untuk mendapatkan penjelasan terperinci beserta kesahihan
sumber tersebut dapat dipercayai. Hal ini semestinya menarik minat pelajar untuk belajar
kerana wujudnya medium yang pantas untuk mendapatkan maklumat tanpa perlu mengadakan
perjumpaan untuk perbincangan di mana hal ini sedikit memakan masa dan tenaga pelajar.
Sudah terang lagi bersuluh, Twitter juga medium yang berkesan bagi pelajar dan pendidik
untuk belajar dan menyampaikan ilmu yang berguna kepada masyarakat.
Facebook
Salah satu media sosial yang kebanyakkan pengguna dalam kalangan golongan dewasa ialah
Facebook. Facebook pada masa dahulu banyak digunakan oleh golongan muda. Namun
begitu, kewujudan Twitter dan Instagram menyebabkan golongan ini berganjak dari
Facebook untuk berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. Walau bagaimanpun, segelintir
golongan muda masih menggunakan media Facebook untuk tujuan belajar. Facebook
mempunyai ruangan share, komen dan status update. Ketiga-tiga elemen ini penting dalam
membantu penyebaran ilmu. Sebahagian penulis dan influencer banyak menulis karya, artikel
dan pendapat mereka tentang sesuatu isu melalui ruangan status update. Kebanyakkan artikel
berilmiah sering kali mendapat sambutan dan mendapat ribuan share. Hal ini sekali gus
membantu meningkatkan kesedaran para pengguna akan sesebuah isu.
Sebagai contoh isu baru-baru ini, isu penceramah Islam terkenal Dr Zakir Naik yang
dituduh cuba untuk mengancam isu perkauman di Malaysia melalui ceramah beliau yang
diadakan di negeri Kelantan. Namun begitu, salah faham tersebut berjaya dipintas oleh
seorang pengguna Facebook yang lantang menyuarakan pendapatnya tentang kesilapan
media akhbar dalam mentafsirkan ceramah Dr Zakir Naik melalui penulisannya di Facebook.
Penulisannya itu mendapat ribuan share dan persetujuan dari kebanyakkan pengguna Facebook
dan sekali gus membersihkan nama baik penceramah tersebut Hal ini dapat disimpulkan
bahawa Facebook berupaya untuk menyebarkan maklumat yang benar dalam masa yang
sama memberi pembelajaran kepada masyarakat dengan cara yang berkesan dan mampu
diterima oleh orang ramai.
Selain daripada itu, pelajar juga boleh belajar dan berbincang melalui media Facebook
tanpa perlu bersemuka. Hal ini demikian kerana, sebahagian pelajar mempunyai personaliti yang
pendiam dan pemalu untuk berinteraksi secara langsung. Mereka lebih selesa untuk berbincang
melalui media sosial untuk mereka mudah melontarkan idea dan pendapat dengan selesa.
Bukan itu sahaja, mereka pada masa yang sama boleh merujuk kesahihan maklumat dan
pendapat yang mereka suarakan melalui beberapa page Facebook yang menyediakan sumber
ilmiah yang berkualiti. Hal ini membantu pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan
pelajar lebih cekap dan berkesan. Oleh itu, Facebook juga satu media sosial yang mampu
membantu keberkesanan P&P bagi golongan pendidik dan pelajar sejurus dengan kecanggihan
teknologi masa kini.
215
ISU MEDIA SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENGAJARAN
Umum mengetahui penggunaan media sosial pada abad ini amatlah meluas dan tiada sekatan.
Pengguna media sosial yang terdiri daripada golongan umur yang berbeza menjadikan laman
sosial ini menjadi lebih menarik dan mendapat sambutan yang meriah kerana potensinya yang
serba boleh. Penyampaian maklumat dan pengajaran yang semuannya boleh dilakukan di
hujung jari ini menjadikan masyarakat tertumpu kepada laman sosial sepenuhnya termasuklah
golongan yang berkerjaya tinggi. Kemudahannya yang pelbagai tidak kira dalam perkongsian
ilmu, pendapat, transaksi, berita semasa dan banyak lagi menjadikan masyarakat obses dengan
media ini dan sanggup memakan masa yang lama berdamping dengan telefon pintar masing-
masing. Penggunaan media sosial yang tiada sekatan ini mengundang kebimbangan kepada
segelintir masyarakat. Keadaan ini mampu membawa unsur negatif dan pengaruh yang tidak
baik kepada masyarakat lebih-lebih lagi golongan remaja yang naif akan bahaya reality kehidupan
yang sebenar. Oleh itu, topic ini akan membincangkan isu media sosial sebagai medium
pengajaran bagi pendidik kepada anak-anak.
Kebebasan Dalam Menyampaikan Maklumat Ilmiah
Internet adalah satu platform komunikasi dan pencarian maklumat yang bukan asing lagi
dalam kalangan penduduk dunia pada masa ini. Kebolehan dalam menyampaikan mesej
merentasi sempadan tempat dan masa menjadikannya satu medium yang menjadi pilihan
nombor satu masyarakat dunia untuk berinteraksi antara satu sama lain. Internet juga
menjadi lebih menarik dengan menawarkan pelbagai bentuk maklumat baru seperti blog,
forum, wiki, chat, rangkaian sosial dan banyak lagi. Justeru, masyarakat lebih bebas dalam
menyuarakan pandangan masing-masing dan menyampaikan maklumat ilmiah secara
terbuka kepada masyarakat umum. Hal ini serba sedikit mendatangkan kebimbangan kepada
penulis dan ilmuan. Mereka bimbang akan adanya pihak yang kurang bertanggungjawab
dalam menyebarkan maklumat tanpa usul periksa daripada pihak yang arif khususnya maklumat
yang berkaitan keagamaan.
Seperti yang sudah sedia maklum, masyarakat Islam sangat menitik beratkan kandungan
maklumat keagamaan yang menyebabkan semua maklumat Islamiah itu adalah paling
berintegriti. Oleh itu, penyampaian berita dan ucapan yang dimuat naik di laman sosial
perlulah diselidiki terlebih dahulu kesahihannya dan penulis seharusnya lebih berhati-hati
dan peka akan hal ini. Nabi SAW memperingati umatnya supaya berhati-hati dalam
menyampaikan sesuatu berita sepertimana yang dinyatakan oleh hadis berikut:
!"#
$
%
&'#! #()
*+,-.#/
0,12345
Maksud: Abu Hurayrah RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang
terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa
diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh
perjalanan tujuh puluh tahun.”
(Al-Tarmidhi)
Berdasarkan hadis riwayat ini, jelaslah bahawa masyarakat memandang remeh perkataan yang
mereka ucapkan walhal hal ini boleh menjerumuskan mereka ke neraka. Hal ini demikian
kerana, penyampaian berita yang palsu dan tidak benar mampu mengundang pemasalah dan
musibah kepada masyarakat. Oleh itu, penyampaian maklumat haruslah benar dan tidak
direka semata-mata untuk meraih sambutan masyarakat dan kepentingan sendiri. Dengan
216
kewujudan internet yang luas dan terbuka, perkongsian maklumat palsu memang tidak dapat
dielakkan lagi dan kecuaian pengguna internet yang kurang teliti dalam mentafsir maklumat
boleh mengundang kepercayaan dan pemahaman yang terpesong. Oleh yang demikian, media
sosial masa kini tidak mempunyai rujukan yang teliti tidak lagi dapat dibendung kerana
penggunanya yang tiada sekatan di serata dunia (Chuah, 2013) .
Penerimaan Maklumat Berdasarkan Persepsi Individu
Ruang internet yang terbuka dan bebas menyebabkan pengguna mudah untuk mendapatkan
maklumat dari pelbagai sumber. Hal ini menyebabkan penumpukan maklumat yang berlebihan
dan menyukarkan pengguna untuk memilih maklumat yang terbaik untuk dijadikan rujukan.
Bukan itu sahaja, kekeliruan tentang intipati maklumat yang diperoleh dalam internet dalam
kalangan pengguna juga salah satu keburukan penggunaan internet sebagai tempat rujukan.
Apabila kecelaruan dan kekeliruan ini terjadi dalam kalangan pengguna, lebih-lebih
lagi bagi pengguna yang kurang arif dalam ilmu sastera, penulisan dan paling merisaukan
adalah ilmu keagamaan, mereka terdorong untuk mentafsir maklumat yang meraka dapati
dalam internet berdasarkan persepsi dan pendapat masing-masing. Pentafsiran yang salah
dan kurang tepat boleh mengundang akidah yang terpesong sekiranya maklumat tersebut
melibatkan keagamaan dan juga boleh mengundang salah faham tentang sesuatu pembelajaran.
Oleh yang demikian, Islam sangat meniti beratkan tentang sesuatu pembelajaran dan pengajaran
berguru antara guru dan murid. Hal ini demikian kerana, guru yang berilmu tinggu berupaya
untuk memberi tunjuk ajar kepada anak murid mereka secara langsung. Pemahaman yang
salah tentang sesuatu maklumat dalam kalangan pelajar dapat dibendung dengan adanya
guru yang lebih arif tentang hal tersebut.
Pendedahan Berlebihan akan Mengundang Perkara yang Lagha
Media baru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran pada abad ini sering kali
dikaitkan dengan internet. Internet kini mempunyai pelbagai medium pengajaran dalam masa
yang sama mampu berinteraksi dengan masyarakat secara online. Antaranya ialah Facebok,
Instagram dan Twitter yang mempunyai laman tersendiri yang direka oleh pengguna media
sosial itu sendiri yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat berilmiah. Bagi pelajar pula,
kebanyakkan mereka mempunyai akaun tersebut untuk mengikuti perkembangan rakan mereka
di laman sosial. Mereka juga menggunakan maklumat penting berkaitan pelajaran mereka di kelas.
Namun begitu, potensi akaun ini dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran
amatlah diragui. Hal ini demikian kerana laman sosial yang bersifat terbuka kepada hiburan
dan benda yang melalaikan menjadikan pengajaran kurang efektif. Hal ini menyebabkan
pelajar kurang fokus dalam memahami kandungan bahan mengajar. Pelajar juga cepat
merasa bosan untuk belajar apabila terus berhadapan dengan komputer sewaktu pelajaran
berlansung. Hal ini menyebabkan mereka beralih kepada ruangan chat dan berbual kosong
dengan sahabat mereka. Selain itu, pembelajaran yang menggunakan sumber internet juga
menyebabkan pelajar beralih ke laman web lain sebagai contoh Youtube, Netflix dan media
sosial yang lain. Oleh yang demikian, pendedahan media sosial yang berlebihan sewaktu
proses P&P amatlah tidak digalakkan (Abdul Hamid, 2016).
PENGGUNAAN INTERNET SEBAGAI MEDIUM
PEMBELAJARAN
Dalam era globalisasi kini, penggunaan media sosial iaitu internet sebagai medium pembelajaran
merupakan satu teknik yang amat efektif dalam menyampaikan sesuatu ilmu (Abd. Majid,
2007; Abdullah, Z. & Jasmi, 2018; Ilias & Jasmi, 2012; Jasmi, A. K., 2016; Jasmi, Kamarul
Azmi, 2017b; Jasmi, Kamarul Azmi et al., 2012; Jasmi, Kamarul Azmi & Tamuri, 2007b;
217
Tamuri, Ab. Halim & Nik Yusoff, 2010; Tamuri, Ab. Halim et al., 2004; Wan Embong &
Safar, 2006). Hal ini kerana, pembangunan pesat dunia menjadi kan dunia teknologi hanya
di hujung jari. Dengan satu klik, segala maklumat mengenai sesuatu pembelajaran sama ada
akademik mahupun bukan akademik boleh didapati. Media sudah semestinya memainkan
peranan yang signifikan terutamanya dalam penyebaran maklumat agama. Oleh yang
demikian, masyarakat Islam perlu sedar bahawa teknologi media sosial seperti internet adalah
merupakan satu cara yang amat mudah dalam penyebaran dakwah Islamiah (Ahmad
Termimi, Meeranghani, & Ramli, 2013). Namun begitu, nilai Islam perlu lah
dititikberatkan dalam menyebarkan maklumat terutamanya dakwah Islamiah bagi
mengelakkan penyelewengan sumber.
Menyampaikan Maklumat yang Benar (Al-Siddiq)
Al-Siddiq atau definisi lain merujuk kepada kekuatan mengenai sesuatu perkara seperti perkataan
dan sebagainya. Kekuatan yang dimaksudkan adalah kebenaran ke atas sesuatu perkara (Shuhari
& Hamat, 2015). Nilai Al-Siddiq merupakan satu nilai terpuji rasulullah SAW yang patut
di contohi oleh masyarakat zaman kini. Dalam konteks ini, kebenaran dalam menyampaikan
sesuatu maklumat amat penting bukan sahaja dalam bidang agama namun kesahihannya
amat penting. Hal ini terutama dalam menyampaikan maklumat dalam media sosial. Media
sosial yang mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat memudahkan penyampaian dan
pencarian sesuatu maklumat sama ada maklumat fakta mahupun palsu. Sebagai contoh,
terdapat segelintir penulis dalam media sosial yang menyalin maklumat daripada laman
sesawang lain tanpa membuat kajian dan penelitian. Golongan ini kebanyakannya tidak
mempunyai asas agama yang kukuh dan hanya berniat untuk menyiarkan maklumat untuk
meraih tontonan umum (Adam, Ali, Mohamed Anuar, & Engku Ali, 2015).
Islam amat menggalakkan umatnya untuk menanam sifat Al-Siddiq dalam menyampaikan
maklumat yang benar dan tidak menokok tambah sesuatu maklumat. Abdullah ibn `Umar
pernah menyuruh dua orang sahabatnya memberi perhatian kepada ungkapan yang membicarakan
tentang sifat Al-Siddiq ini. Satu athar daripada Ibn ‘Umar ada menjelaskan (Al-Bayhaqi,
2003: 4515):
6417+
89:
;<=>
?@A
B
89:
CDE
F!GHI((
JKL#("MN.O
Maksud: Abdullah ibn Umar berkata, “Ketahuilah bahawa antara tanda-tanda keimanan
ialah kamu mengutamakan sifat benar yang memberi mudarat kepadamu berbanding
dengan sifat dusta yang boleh memberi manfaat kepadamu
(Al-Bayhaqi)
Ungkapan di atas menerangkan bahawa sifat benar adalah tanda keimanan seseorang yang
mempunyai penghayatan akidah ketuhanan yang benar. Oleh yang demikian, dalam
menyampaikan maklumat kepada orang ramai adalah baik sekiranya masyarakat mengamalkan
sifat Al-Siddiq iaitu sifat yang berkait rapat dengan keikhlasan agar maklumat yang disampaikan
dapat dimanfaati dengan baik.
Penyampaian maklumat yang tidak berat sebelah (Adil)
Menurut Ibnu Khaldun(1969), dalam Islam, kejujuran, kebenaran mesej, keikhlasan dan
adil dalam menyampaikan maklumat adalah merupakan asas yang penting dalam komunikasi.
Perkara ini berkait rapat dengan penyampaian maklumat melalui media sosial. Hal ini
demikian kerana, penyampaian maklumat melalui media sosial merupakan komunikasi
218
tidak verbal namun melibatkan interaksi seseorang individu dengan individu lain melalui
penulisan. Dunia media sosial yang dibanjiri oleh pelbagai maklumat agama menimbulkan
kesukaran dalam memilih maklumat yang tepat dan sahih. Kredibiliti penulisan maklumat
atas talian hendaklah berasaskan kejujuran, tidak berat sebelah dari segi kontennya, kandungan
bermaklumat dan keaslian bagi penulisan Islam (Ishak, Abu Hassan, Omar, Bolong, & Abd
Ghani, 2011).
Adil dalam penulisan di media sosial atau dalam konteks ini merujuk kepada tidak berat
sebelah dalam menyampaikan fakta terutama yang melibatkan maklumat Islamiah. Pendakwah
siber boleh dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu kategori pertama ialah pendakwah tulen
iaitu pendakwah yang berkredibiliti dan mempunyai autoriti dalam bidang agama. Kategori
pendakwah kedua pula ialah golongan pendakwah tulen yang mengupas isu-isu Islam yang
dicerminkan melalui ketinggian ilmu agamanya namun masih belum dikenali oleh masyarakat
sejagat manakala kategori ketiga ialah golongan yang bukan merupakan agamawan tetapi
mempunyai minat dalam menyampaikan dakwah Islamiah dan menyebarkan maklumat
agama melalui laman sesawang (Adam et al., 2015).
Masyarakat hendaklah tidak menerima maklumat daripada pendakwah siber kategori
ketiga ini secara bulat-bulat dengan membuat penelitian dan perbandingan dengan sumber
lain. Hal ini kerana, pendakwah yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh kebiasaannya lebih
berat sebelah dalam menyampaikan konten dakwah. Mereka terlalu memberi fokus kepada
satu pihak sahaja tanpa membuat usulan konteks penyampaian. Oleh yang demikian, dengan
wujudnya pendakwah ‘ekspress’, amatlah penting bagi setiap individu untuk membuat
perbandingan dan penilaian maklumat yang diterima melalui media sosial agar maklumat
yang diterima adalah sahih kebenarannya.
Menyampaikan ilmu yang bermanfaat ( Tabligh)
Penggunaan internet mampu menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih baik
dan menarik. Hal ini kerana, kepelbagaian maklumat yang boleh diperolehi daripada
internet memudahkan sistem pengajaran. Namun begitu, kepelbagaian maklumat ini
adalah lebih baik sekiranya mempunyai konten yang bermanfaat. Dalam konteks ini, ilmu
yang bermanfaat tidaklah hanya menjurus kearah ilmu akademik sahaja tetapi, ilmu yang
dapat memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat. Sebagai analogi, ilmu yang
boleh diguna pakai dalam kehidupan harian yakni dapat memberi penambahbaikan untuk
aktiviti seharian seperti ilmu bercucuk tanam, memasak, membaik pulih peralatan rumah
dan sebagainya. Penerapan nilai Islam dalam perkongsian ilmu dalam laman sesawang juga
amat digalakkkan dan ditekankan dalam Islam. Hal ini jelas disebutkan dalam hadis nabi
di mana Rasulullah SAW bersabda bahawa ilmu yang bermanfaat adalah tergolong dalam
tiga amalan yang tidak akan terputus amalnya walaupun seseorang individu meninggal dunia.
Satu hadis ada menjelaskan :
P
QRS(TU
J
VLW)O
"#MXY9MN #
Z
[
#(
\G
]G L #
)YMY7 \
^>
[\
_XXYP1$` \"MNX\'\D
[ L #
)
O
aND
Maksud: Abu Hurairah RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang
manusia meninggal, terputuslah amalnya, kecuali dari tiga hal: sedekah jariyah, ilmu yang
bermanfaat, atmı anak soleh yang berdoa untuknya
(Muslim)
219
Oleh yang demikian, memang jelas terbukti ilmu yang bermanfaat adalah amat penting
dalam Islam seperti ilmu yang di kongsikan di media sosial. Perkara ini dapat mewujudkan
kerjasama dan interaksi pelbagai bangsa dalam bertukar pengetahuan dan kepakaran bagi
mempelajari sesuatu yang memberi manfaat (Sulaiman, Jamsari, & Mohd Talib, 2016).
KEBAIKAN PEMBELAJARAN MELALUI MEDIA SOSIAL
Medium teknologi yang digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran memberikan
impak yang besar dalam kalangan pelajar dan pendidik. Dalam mencapai hasrat wawasan
2020 dan mewujudkan negara yang maju dalam teknologi maklumat, para guru haruslah
peka dengan penggunaan internet dalam sistem pengajaran. Dengan wujudnya media sosial
seperti E-learning, streaming video, Facebook mahupun Youtube dapat memudahkan lagi
perkongsian dan pencarian sesuatu ilmu (Mohd. Yusof & Tahir, 2017). Namun begitu,
pengaruh negatif yang dibawa oleh media sosial juga boleh memberi impak yang tidak baik
kepada para pelajar. Walaubagaimanapun, dengan penerapan nilai-nilai Islam dalam
penggunaan media sosial dapat memberi banyak kebaikan dan faedah.
Kesahihan Sumber
Penerapan nilai Islam seperti etika dan disiplin dalam menyampaikan ilmu agama seperti
hadis dan ilmu al-Quran haruslah di penuhi terutama apabila disampaikan melalui media
sosial. Hal ini kerana, perkara ini adalah satu prinsip dakwah yang amat penting dalam
menyebarkan dakwah Islamiah bagi menolak segala bentuk kebatilan dan kepalsuan.
Kesahihan sumber dapat mengelakkan fitnah daripada berlaku di mana ia boleh menyebab
kan perpecahan umat dan komuniti.
Sebagai contoh, kadangkala terdapat berita yang tidak benar seperti menceritakan
tentang kemurtadan seseorang individu di mana kesahihannya masih tidak dapat dikenal
pasti. Namun begitu, perkara ini disiarkan di seluruh media dan menyebabkan pelbagai
komen mencaci maki individu tersebut terutama dalam dunia teknologi moden kini di
mana sesuatu berita dapat disebarkan dengan sepantas kilat. Hal ini menyebabkan tuduhan
kafir ke atas seseorang di buat dengan mudah tanpa sebarang usul periksa sedangkan
kebenaran masih belum jelas
(Ahmad Termimi et al., 2013). Perkara ini adalah sesuatu
yang perlu dipandang berat kerana Nabi SAW jelas menyebut tentang ancamannya dalam
hadisnya (Al-Tirmidhi, 1998: 2637):
NE
b#/
NcY92d
\
&'A+
e DRf gh
.D:
Maksud: Ibn ‘Umar RA menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda, “Mana-mana lelaki
yang berkata kepada saudaranya sebagai kafir, maka sesungguhnya selayaknya hukum jatuh
kafir akan tertimpa antara kedua-duanya.”
(Al-Tirmidhi)
Sekiranya sumber yang di sampaikan adalah jelas dan sahih faktanya, maka dakwah Islamiah
akan dapat di sebarkan dengan lebih meluas tanpa ragu akan sumber dan konten dakwah
tersebut. Tambahan pula, sesuatu ilmu yang disebarkan di media sosial di mana faktanya
diyakini dan tiada unsur fitnah dapat membangun dan membina masyarakat yang harmoni
dan bertamadun.
220
Pengajaran mudah di terima oleh semua lapisan masyarakat
Nilai Islam seperti adil dalam menyampaikan maklumat serta mengamalkan konsep amar
makruf dan nahi mungkar dalam memberi teguran dan nasihat amat digalakkan apabila
menggunakan media sosial (Mohamed, 1999; Ramiluddin, 2017; Idris et al., 2019; Jasmi,
Kamarul Azmi, 2015; Jasmi, K. A., 2016; Jasmi, Kamarul Azmi, 2017a; Samed et al., 2019).
Tidak salah untuk memberikan komen teguran ke atas seseorang individu yang melakukan
kesalahan di media sosial sedangkan perkara ini sememang digalakkan dalam Islam. Namun
cara seseorang individu membuat teguran amat penting. Teguran yang dibuat haruslah tegas
namun tidak mengaibkan individu lain dan hendaklah berhikmah yang menggambarkan
keindahan Islam dan keperibadian seorang muslim (Ahmad Termimi et al., 2013).
Kelebihan mengamalkan konsep amar makruf dan nahi mungkar dalam membuat komen
teguran di media sosial adalah ia lebih mudah diterima dan tidak menimbulkan pertelingkahan
masyarakat. Oleh yang demikian, keharmonian masyarakat dapat dikekalkan. Selain itu,
adil dalam memberi pandangan untuk sesuatu isu atau perkara juga amat penting supaya
pendapat yang diberikan mudah untuk di terima oleh semua lapisan masyarakat tidak kira
bangsa dan agama terutama negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama. Oleh itu, sensitiviti kaum dan agama perlu dijaga ketika menyampaikan hujah
mahupun pengajaran dalam media sosial. Oleh yang demikian, semua kaum dan agama
dapat menerima pengajaran yang disampaikan tanpa ada perasaan diskriminasi mahupun
perkauman. Keutuhan kaum juga dapat dikekalkan.
Ilmu dapat dimanfaatkan
Dalam menyampaikan ilmu di media sosial sebaik-baiknya tidak menggunakan perkataan
yang kesat. Hal ini demikian kerana, kebimbangan apabila ilmu yang disampaikan tidak
diberkati Allah SWT dan memberi pengaruh yang buruk terhadap golongan remaja.
Menurut Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, kira-kira 63 peratus belia
menghabiskan masa dengan melayari internet dan menggunakan media sosial. Oleh itu,
jelas menunjukkan bahawa belia adalah golongan paling mudah untuk terpengaruh dengan
maklumat yang disampaikan di media sosial. Penyampaian ilmu di media sosial adalah
lebih baiknya yang bermanfaat. Hal ini kerana, ilmu yang di manfaatkan dapat melahirkan
masyarakat yang celik akal berbanding ilmu yang menyebabkan lagha.
Antara contoh ilmu yang bermanfaat termasuk ilmu sekular, sejarah dunia, motivasi
dan juga ilmu agama. Ilmu sebegini dapat melahirkan masyarakat yang rajin berfikir dan
berpandangan jauh (Manuty, 2009; Bohari et al., 2012; Mohd Saiden et al., 2019). Sebagai
contoh, antara laman sosial yang menjadi kegemaran masyarakat kini adalah seperti Facebook,
Twitter dan Instagram. Melalui medium ini, seseorang boleh membuat perkongsian mengenai
pengalaman hidup dan menyampaikan maklumat-maklumat yang berguna kepada orang
lain. Sebagai contoh, para ilmuwan dan cendekiawan dunia sering membuat perkongsian
tentang sesuatu fakta melalui bebenang Twitter. Hal ini secara tidak langsung menarik minat
remaja yang suka melayari laman sosial untuk maklumat bermanfaat melalui bebenang ilmu.
Ilmu yang bermanfaat menjadikan seseorang individu untuk berfikiran terbuka dan berpandangan
jauh. Hal ini berikutan dengan maklumat yang berilmu dapat menjamin masyarakat yang
berfikiran selangkah kehadapan. Dalam menggamit wawasan 2020, masyarakat yang berilmu
menjadi penanda aras dalam membentuk sebuah negara yang maju dalam pelbagai sektor.
PENUTUP
Akhir kalam, penggunaan media sosial dalam menyebarkan pembelajaran, terdapat banyak
kelebihan kepada masyarakat masa kini. Pelbagai medium yang sedia ada di internet adalah
bertujuan untuk memudahkan proses P&P. Sebagai contoh, E-Learning, Facebook, Twitter dan
221
sebagainya. Semua media sosial ini berupaya menjadikan system P&P yang lebih efektif
(Abdul Razak, 2006; Jasmi, Kamarul Azmi & Tamuri, 2007a; Jasmi, Kamarul Azmi, 2010;
Jasmi, Kamarul Azmi et al., 2010; Sazali, 2010; Abdullah, Z., 2011; Amin, Mohd.
Hairudin & Jasmi, 2011; Amin, Mohd Hairudin & Jasmi, 2012; Abdullah, M. et al., 2016;
Ahmad & Jasmi, 2016). Namun begitu, terdapat juga unsur negative sekiranya penyebaran
ilmiah dilakukan melalui media sosial secara berleluasa. Salah satunya ialah, kebebasan dalam
menyampaikan maklumat di mana ini menyebabkan penyebaran ilmu yang palsu dan tidak
tepat. Selain itu, isu penerimaan maklumat berdasarkan persepsi individu boleh mengakibatkan
kecelaruan dan salah faham dalam mentafsir maklumat di internet. Pendeddahan berlebihan di
media sosial juga tidak bagus untuk proses P&P kepada murid. Oleh yang demikian, agama
Islam menerapkan nilai-nilai Islam dalam menyampaikan maklumat iaitu Al-Siddiq, adil
dan tabligh. Kesimpulannya, pembelajaran yang menerapkan unsur-unsur Islam adalah
sangat penting lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden ini.
RUJUKAN
Abdul Hamid, S. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan SOSIAL. Journal
of Social Sciences and Humanities, 1(October 2016), 214–226.
Adam, F., Ali, A. H., Mohamed Anuar, M., & Engku Ali, E. M. T. (2015). Jurnal Islam
dan Masyarakat Kontemporari. Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 9(Januari 2015),
12–23.
Ahmad Termimi, M. A., Meeranghani, K. A., & Ramli, R. (2013). Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 455. Dakwah Siber: Etika Dan Akhlak,
22(May 2013), 455–485.
Chuah, K. (2013). Aplikasi Media Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris : Persepsi
Pelajar Universiti. Issues in Language Studies, 2(1–2013), 56–63.
Ibnu Khaldun, A. A. R., & Rosenthal, F. (1969). The Muqaddimah. In F. Rosenthal (Ed.),
The Muqaddimah: An Introduction to History. Princeton.
Ishak, M. S., Abu Hassan, M., Omar, S. Z., Bolong, J., & Abd Ghani, Z. (2011). Internet’s
Islamic Information Credibility Scale (IICS). Ulum Islamiyyah, 6(Januari 2011), 3–
28.
Kubiszewski, I., Noordewier, T., & Costanza, R. (2011). Computers & Education
Perceived credibility of Internet encyclopedias. Computers & Education, 56(3), 659–
667.
Mohd. Yusof, mohd. N., & Tahir, Z. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial
Teknologi. Kepentingan Penggunaan Media Sosial Teknologi Maklumat Dalam
Pendidikan IPTA, 12(3), 10.
Shuhari, M. H., & Hamat, M. F. (2015). Nilai-Nilai Penting Individu Muslim Menurut
Al-Ghazali. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kotemporari, 9(Januari 2015), 41–60.
Sulaiman, A., Jamsari, E. A., & Mohd Talib, N. (2016). The Concept of Knowledge
According to the Perspective of Syed Sheikh Ahmad al-Hadi. Konsep Ilmu Menurut
Perspektif Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi The, 38(2), 93–102.
Abadi, Totok Wahyu, Sukmawan, Fandrian, & Utari, Dian Asha. (2016). Media sosial
dan pengembangan hubungan interpersonal remaja di Sidoarjo. KANAL: Jurnal Ilmu
Komunikasi, 2(1), 95-106.
Abd. Majid, Siti Rohana. (2007). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah dalam
Pendidikan Islam: Kajian di Sekolah-Sekolah Menengah di Daerah Petaling,
Selangor. (Sarjana), Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.
Abdul Halim, Zainab Zakirah, Azmi, Dania Salsabila, & Marni, Nurazmallail. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Trend Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja
222
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Abdul Razak, Ahmad Zabidi. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasi Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Islam, 31:, 3-19.
Abdullah, Murihah, Ilias, Mohd Faeez, Jasmi, Kamarul Azmi, Abdullah, Abdul Hafiz, &
Rosman, Arieff Salleh. (2016). Pembinaan Kemahiran Insaniah Guru Pendidikan
Islam di Sekolah Melalui Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. e-Jurnal
Penyelidikan dan Inovasi, 3(2-1), 56-72.
Abdullah, Zakaria. (2011). Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Pendekatan
Berpusatkan Pelajar dalam Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan.
(Doktor Falsafah), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
Abdullah, Zakaria, & Jasmi, Azmi Kamarul. (2018). PBP dalam Pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Skudai Johor: Penerbit UTM Press.
Ahmad, Norsidah, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2016). Pelaksanaan Program Kecemerlangan
Pembangunan Sahsiah Sekolah di Malaysia. Kertas kerja Dibentangkan di
International Seminar on Islamic Studies and Research (ICIER2016), Eagle Bay
Hotel Langkawi.
Al-Bayhaqi, Ahmad. (2003). Sha‘b al-Iman (‘Abd al-‘Ali ‘Abd al-Hamid Hamid Ed. Vol.
1-14). Riyad: Maktabah al-Rushd li al-Nashr wa al-Tauzi‘.
Al-Tirmidhi, Muhammad ‘Isa. (1998). Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi (Bashar
‘Awad Ma‘ruf Ed. Vol. 1-6). Beirut: Dar al-Girb al-Islami.
Amin, Mohd Hairudin, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2012). Sekolah agama di Malaysia:
sejarah, isu & cabaran. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Press.
Amin, Mohd. Hairudin, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2011). Sekolah Agama: Penjana
Generasi Berakhlak (Ed. 1. ed.). Skudai Johor: Penerbit UTM.
Ayub, Muhammad Syazwan, Rozali, Amirul Azha, & Marni, Nurazmallail. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Kecanduan Penggunaan Menurut Islam. Kertas
Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19),
DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Azizan, Muhamad Ariffudin, Kariya, Muhammad Azizi, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Penyebaran Budaya Transeksual Menurut
Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019
(SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Bohari, Nur Zu Ira, Tengku Kamarul Bahri, Tengku Nurul Hidayah, & Ruskam,
Aminuddin (2012). Pencapaian Masyarakat Melayu dalam Bidang Sains dan
Teknologi Sebelum Kedatangan Barat. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar
National Fiqh Science snd Technology 2012, Dewan al-Marbawiy, UTM.
Budiman, Ahmad. (2017). Berita bohong (hoax) di media sosial dan pembentukan opini
publik. Majalah Info Singkat Pemerintahan Dalam Negeri Isu Aktual, 9.
Frank Wilkins, Luqman Hakeem, Batumalai, Pragathesh, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Dampak Positif Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Haronzah, Muhammad Fairman, Mani, Inthiran, & Wan Embong, Wan Hassan. (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Facebook Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Hasbollah, Nur Syahirah, Md Rashid, Marjan, & Ihwani, Siti Suhaila. (2019, 15 Disember
2019). Media Sosial dan Pelajar Universiti Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
223
Idris, Mohd Rafizan, Abd Rashid, Ramayadi, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019). Konsep
Amal Makruf dan Nahi Mungkar untuk Pembentukan Masyarakat Cemerlang.
Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Institusi Islam 2019, 5.01 Bangunan Tun
Razak (SPACE), Kuala Lumpur.
Ilias, Mohd Faeez, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2012, 8-9 March 2012,). Aplikasi Bahan
Bantu Mengajar Rasulullah S.A.W. dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah
Khususiah dari Perspektif Muhammad Fu'ad Abdul Baqi dalam Kitab Al-Lu'lu' Wal
Marjan. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Antarabangsa Perguruan dan
Pendidikan Islam [SEAPPI2012], Le Grandeur Palm Resort, Senai.
Ismail, Mohd Shawal, Khor, Shaw Zhan, & Mohamad, Ahmad Marzuki. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Impak Psikologi Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Izzudin, Nik Muhammad, Kumaran, Pulavendran Vijaya, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Impak kepada Perkembangan Bahasa
Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga,
UTM Johor.
Jasmi, Azmi Kamarul. (2016). Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. In Azmi
Kamarul Jasmi (Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam. Skudai Johor: Fakulti
Tamadun Islam UTM & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam (Malaysia).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2006). Pengertian Fitnah dan Kaedah Menangani
Permasalahannya dalam masyarakat. MINDA, 5, 5.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di
Malaysia: Satu Kajian Kes. (PhD), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor. Retrieved from
http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manager/Repository/vital:67877
Jasmi, Kamarul Azmi. (2015). Amar Makruf Nahi Mungkar. 1(Johor Darul Takzim:
Universiti Teknologi Malaysia), 11-13.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2016). Amar Makruf Nahi Mungkar. In Kamarul Azmi Jasmi
(Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 11-13). Skudai Johor:
Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan
Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017a). Amar Makruf Nahi Mungkar. In Kamarul Azmi Jasmi
(Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 11-13). Skudai
Johor: Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia & Persatuan
Cendekiawan Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017b). Pengajaran dan Pembelajaran. In Kamarul Azmi Jasmi
(Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam (Kedua ed., Vol. 1, pp. 181). Skudai Johor:
Fakulti Tamadun Islam UTM & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam
(Malaysia).
Jasmi, Kamarul Azmi , Lamat, Md Yusnan, Muhammad, Azhar, Mustari, Mohd. Ismail,
Ismail, Muhamad Faiz, & Ilias, Mohd Faeez. (2012, 08-09 March 2012). Aplikasi
teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam
[SEAPPI2012], Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru.
Jasmi, Kamarul Azmi, & Mohd Rashid, Nur Amirah. (2008). Kesan Negatif Globalisasi
terhadap Wanita Islam dan Penyelesaiannya. In Arieff Salleh (Ed.), Isu Wanita
Dalam Perundangan Islam. Johor Bahru, Johor: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
224
Jasmi, Kamarul Azmi, & Tamuri, Ab Halim. (2007a, 22-23 Ogos 2007). Guru Cemerlang
dalam Sekolah Berkesan. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Pendidikan
Kebangsaan Halatuju dan Masa Depan Pendidikan Negara, Auditorium
Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Jasmi, Kamarul Azmi, & Tamuri, Ab Halim. (2007b). Pendidikan Islam: Kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran. Skudai, Johor Bahru: Penerbit UTM.
Jasmi, Kamarul Azmi, Tamuri, Ab, Hamzah, Mohd, & Izham, Mohd. (2010). Faktor
Pentadbir dan Pengetua dalam kecemerlangan Guru Cemerlang Pendidikan Islam
dan Guru di sekolah menengah: Satu kajian kes. Journal of Islamic and Arabic
Education, 2(1), 13-20.
Jensani, Muhammad Khairul Nizam, Eswaran, Kumanan, & Mohd Noor, Sulaiman
Shakib. (2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Pembentukan Budaya
Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga,
UTM Johor.
Johari, Muhammad Hazwan, Baharuddin, Amirul Syafiq, & Ihwani, Siti Suhaila (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Kelestarian Penggunaan Menurut Islam.
Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019
(SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Kamal, Sara, Chu, Shu-Chuan, & Pedram, Mahmood. (2013). Materialism, Attitudes,
and Social Media Usage and Their Impact on Purchase Intention of Luxury
Fashion Goods Among American and Arab Young Generations. Journal of
Interactive Advertising, 13(1), 27-40. doi:10.1080/15252019.2013.768052
Kamarudin, Muhamad Aiman, Mustafa Kamal, Muhamad Syakir, & Safar, Jimain (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Dakwah Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Manuty, Mohd Nor (2009). Islam dan Toleransi Budaya dalam Masyarakat Majmuk di
Malaysia: Beberapa Catatan. Kertas kerja Dibentangkan di Simposium Fiqh,
Masyarakat Bukan Islam di Malaysia, Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri
Selangor, Shah Alam.
http://www.najahudin.com/muat%20turun/Fiqh%20Bukan%20Islam%20&%2
0Perbandingan%20Agama/Islam%20Dan%20Toleransi%20Budaya%20Dalam
%20Masyarakat%20Majmuk%20Di%20Malaysia%20Beberapa%20Catatan.pdf
Mohamed, Hanafi. (1999). Tegakkan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. Kuala Lumpur:
Hidayah Publishers.
Mohd Azmi, Mohamad Rafiuddin, Kamalanathan, Sasikumar, & Safar, Jimain. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Generasi Muda Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Mohd Rashid, Nur Amirah, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2006). Pengaruh Globalisasi
Terhadap Gaya Hidup Pelajar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Saiden, Shahrulnizam, Aswan, Ruslan, & Marni, Nurazmallail. (2019). Peranan
Non-Government Organisation (NGO) Dalam Komuniti Masyarakat Menurut
Islam. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Institusi Islam 2019, 5.01 Bangunan
Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur.
Muhammad Azrin, Muhammad Fiqri, Moorthy, Vishnukumar Krishna, & Jasmi,
Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Perhubungan Sesama
Manusia Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
225
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga,
UTM Johor.
Munmun De Choudhury, Scott Counts, Eric Horvitz. (2013). Social Media as a
Measurement Tool of Depression in Populations. Proceeding WebSci '13
Proceedings of the 5th Annual ACM Web Science Conference, Pages 47-56.
Nazir, Muhammad Izzuddin, Che Noh, Muhammad Irfan Zikri, & Basiron, Bushrah.
(2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Wanita Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nor Jefri, Nurul lzzaty, Shaharin, Nuraisyah Syakirin, & Jasmi, Kamarul Azmi (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Pembentukan Masyarakat Menurut Islam. Kertas
Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19),
DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Norazman, Hasan, Kumar, Krishanth, & Basiron, Bushrah. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Perpustakaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di
Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti
Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nordin, Nur Hidayu, Mohammad, Nur Syuhada, & Mohamad, Ahmad Marzuki. (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Instagram Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nurrizka, Annisa Fitrah. (2016). Peran Media Sosial di Era Globalisasi Pada Remaja di
Surakarta Suatu Kajian Teoritis dan Praktis Terhadap Remaja dalam Perspektif
Perubahan Sosial. Jurnal Analisa Sosiologi, 5(1), 28-37.
Putri, Wilga, Nurwati, Nunung, & Santoso, Meilanny. (2016). Pengaruh Media Sosial
Terhadap Perilaku Remaja. Prosiding Penelitian dan Pengabdian kepada
Masyarakat, 3(1), 1-154. doi:10.24198/jppm.v3i1.13625
Rahim, Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. (2017). Penggunaan Media Sosial dan
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Terbentuknya Gerakan Sosial. Journal of Social
Sciences and Humanities, 12(2), 87-101.
Ramiluddin. (2017). Konsep Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Drs. H. Rahman
Kaoy.
Razali, Nurul Afiza, Hera, Noor, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Impak Negatif Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di
Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti
Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Rosli, Tasnim, Muniandy, Yogenathan, & Jasmi, Kamarul Azmi (2019, 15 Disember
2019). Media Sosial dan Impak Tingkah Laku Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Samed, Murni Hayati , Salman, Maziah Mohd , & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019). Konsep
Amar Makruf dan Nahi Mungkar dalam Kerukunan Keluarga. Kertas kerja
Dibentangkan di Seminar Institusi Islam 2019, 5.01 Bangunan Tun Razak
(SPACE), Kuala Lumpur.
Sazali, Hanifah. (2010). Pendidikan Kanak-Kanak Menurut al-Qur'an: Perlaksanaan di
Pusat Pra Sekolah di Bandar Triang, Pahang. Jabatan al-Quran dan al-Hadith.
Seaman, Jeff, & Tinti-Kane, Hester. (2013). Social Media dor Teaching and Learning.
London, England: Pearson Learning Systems.
Sherlyanita, Astrid Kurnia, & Rakhmawati, Nur Aini. (2016). Pengaruh dan pola aktivitas
penggunaan internet serta media sosial pada siswa SMPN 52 Surabaya. Journal of
Information Systems Engineering and Business Intelligence, 2(1), 17-22.
226
Sidek, Baba. (2003). Globalisasi dan cabaran pendidikan. Suzalie Mohamad (pnyt.).
Memahami Isu-Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman
Islam Malaysia.
Suhid, Asmawati. (2005). Pemantapan Komponen Akhlak dalam Pendidikan Islam bagi
Menangani Era Globalisasi. Jurnal Kemanusiaan, 6(S), 95-104.
Tamuri, Ab. Halim , Yusopp, Adnan, Osman, Kamisah, Abdul Razak, Khadijah ,
Awaludin, Shahrin, & Abdul Rahim, Zamri. (2004). Keberkesanan Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam ke atas Pembangunan Diri Pelajar. Retrieved from
Bangi, Selangor:
Tamuri, Ab. Halim, & Nik Yusoff, Nik Mohd Rahimi. (2010). Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wan Embong, Wan Hassan, & Safar, Ajmain. (2006). Pembangunan Software Dalam
Mempertingkatkan Pengajaran Dan Pembelajaran Akidah. Kertas kerja
Dibentangkan di Wacana Pendidikan Islam (5), Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia,.
Watie, Errika Dwi Setya. (2016). Komunikasi dan media sosial (communications and
social media). Jurnal The Messenger, 3(2), 69-74.
Yaacob, Hashim, & Othman, Abdul Jalil. (2007). Dunia Pendidikan dalam Era
Globalisasi: Peranan dan Cabaran. Masalah Pendidikan, 30(1), 143-149.