Content uploaded by Kamarul Azmi Jasmi
Author content
All content in this area was uploaded by Kamarul Azmi Jasmi on Feb 28, 2020
Content may be subject to copyright.
Media sosial merupakan salah satu teknologi komunikasi yang merupakan keperluan dalam kehidupan seharian
masyarakat pada abad ini. Media sosial memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan kita. Penggunaan
media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan memberi impak yang besar kepada perkembangan bahasa. Perkem-
bangan bahasa merujuk kepada penguasaan sesuatu bahasa. Hakikatnya, media sosial memberi kesan yang besar kepada
perkembangan bahasa sama ada kesan baik ataupun kesan buruk. Antara kesan positif ialah penguasaan lebih daripada
satu bahasa, penggunaan bahasa pengantar yang berbeza, pengukuhan kosa kata adalah antara impak positif media
sosial. Namun begitu, media sosial juga memberi kesan buruk terhadap perkembangan bahasa. Antaranya.
penggunaan bahasa rojak, penggunaan bahasa kasar, dan menggugatkan akidah. Media sosial dapat me-
nyumbang besar kepada perkembangan bahasa sekiranya tidak disalahgunakan. Kata Kunci: Media Sosial, Im-
pak Positif, Impak Nagatif, Bahasa, Islam
Ab Halim, Fazlinda, & Muslaini, Mohammad Siraj Munir. (2018). Impak Media Sosial Terhadap Tingkah
Laku Sosial Pelajar di Kolej Vokasional. Online Journal for TVET Practioners, 3(1).
Abadi, Totok Wahyu, Sukmawan, Fandrian, & Utari, Dian Asha. (2016). Media sosial dan pengembangan
hubungan interpersonal remaja di Sidoarjo. KANAL: Jurnal Ilmu Komunikasi, 2(1), 95-106.
Abdul Halim, Zainab Zakirah, Azmi, Dania Salsabila, & Marni, Nurazmallail. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Trend Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains
Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM
Johor.
Abdullah, Nurul Effa Atiekah, & Abdullah, Berhanundin. (2019). Peranan Wanita Muslimah dalam Dakwah
kepada Keluarga dan Masyarakat. Jurnal Islam dan Masyarakat Ko ntempo rari, 20(1)(Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin), 16-27.
Ahmad, Selmah, Basiron, Bushrah, Mustari, Mohd Ismail, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2008). Peranan Wanita
dalam Berdakwah. In Kamarul Azmi Jasmi & Mohd Ismail Mustari (Ed.), W anita dalam Dakwah dan
Pendidikan (pp. 141-160). Universiti Teknologi Malaysia Press: Skudai, Johor Bahru.
Al-Banna, Hasan. (1986). Allah di dalam Akidah Islamiah (Alwi Hasan, Trans.). Kuala Lumpur: Dewan
Pustaka Islam.
Al-Basri, Muhammad Hasan. (2011). Ilmu Hikmah: Menyelami Samudera Ilmu Menuju Mutiara Kebijaksa-
naan. 19.
Al-Tirmidhi, Muhammad ‘Isa. (1998). Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi (Bashar ‘Awad Ma‘ruf Ed. Vol.
1-6). Beirut: Dar al-Girb al-Islami.
Amir, Siti Norain, Johari, Siti Hawa, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2015). Gugatan Akidah: Bertawakal kepada
Selain Allah SWT. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Pemantapan Akidah 2015, Dewan Kuliah Kha-
dijah.
Anwar, Fahmi. (2017). Perubahan dan permasalahan media sosial. Jurnal Muara Ilmu Sosial, Humaniora, dan
Seni, 1(1).
Media Sosial dan Impak kepada Perkembangan Bahasa Menurut Islam
Nik Muhammad Izzudin Nik Lah
Pulavendran Vijaya Kumaran
Kamarul Azmi Jasmi
Suggested Citation:
Nik Lah, Nik Muhammad Izzudin; Kumaran, Pulavendran Vijaya; Jasmi, Kamarul Azmi (2019).
“Media Sosial dan Impak kepada Perkembangan Bahasa Menurut Islam” in Jasmi, Kamarul Azmi
(Ed.), Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb. Disember
2019 di DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi
Tamadun Islam, FSSK, UTM, p. 195-210.
Abstract
References
Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, qamar@utm.my
Awang, Abdul Hadi. (2007). Akidah Muslim. Batu Caves, Selangor: PTS Islamika / PTS Publications & Dis-
tributors.
Awang, Ramli. (2012). Akidah dalam Kehidupan Muslim. Skudai Johor: Penerbit UTM Press.
Ayub, Muhammad Syazwan, Rozali, Amirul Azha, & Marni, Nurazmallail. (2019, 15 Disember 2019). Media
Sosial dan Kecanduan Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Ayun, Primada Qurrota. (2015). Fenomena remaja menggunakan media sosial dalam membentuk identitas.
Jurnal Channel, 3(2), 1-16.
Azizan, Muhamad Ariffudin, Kariya, Muhammad Azizi, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Penyebaran Budaya Transeksual Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar
Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga,
UTM Johor.
Azman, Munirah. (2018). Kesan negatif budaya ikut trend media sosial. Retrieved from https://
www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/kesan-negatif-budaya-ikut-trend-media-sosial-1.714782
Azmi, Wan Hussain (1989, June, 1989). Metodologi Dakwah dalam Dunia Moden. Dakwah.
Budiman, Ahmad. (2017). Berita bohong (hoax) di media sosial dan pembentukan opini publik. Majalah Info
Singkat Pemerintahan Dalam Negeri Isu Aktual, 9.
Doni, Fahlepi Roma. (2017). Perilaku Penggunaan Media Sosial Pada Kalangan Remaja. Indo nesian Journal
on Software Engineering, 3(2), 15-23.
Frank Wilkins, Luqman Hakeem, Batumalai, Pragathesh, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Dampak Positif Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Hamzah, Halipah (2012). Pemikiran dakwah Syed Qutb berdasarkan Tafsir Fi Zilal Al-Quran / Halipah Ham-
zah. Esteem Academic Jo urnal, 8(2), 106-117.
Haronzah, Muhammad Fairman, Mani, Inthiran, & Wan Embong, Wan Hassan. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Facebook Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Hasbollah, Nur Syahirah, Md Rashid, Marjan, & Ihwani, Siti Suhaila. (2019, 15 Disember 2019). Media So-
sial dan Pelajar Universiti Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Hassan, Mohd. Kamal. (1984). Penghayatan Islam dalam Mempelajari dan Mengembangkan Ilmu. Petaling
Jaya: Universiti Islam Antarabangsa.
Hassan, Zulkefli, & Suyurno, S. Salahudin. (2012). Asas Komunikasi Dakwah.
Huijie Lin, Jia Jia, Liqiang Nie, Guangyao Shen, Tat-Seng Chua. (2016). What Does Social Media Say about
Your Stress? Proceedings of the Twenty-Fifth International Joint Conference on Artificial Intelligence,
3775-3781.
Huijie Lin, Jia Jia, Quan Guo, Yuanyuan Xue, Qi Li, Jie Huang, Lianhong Cai, Ling Feng. (2014). User-Level
Psychological Stress Detection from Social Media Using Deep Neural Network. Proceedings of the
2014 ACM Conference on Multimedia.
Ibrahim, Awang Yahya. (2004). Ilmu Pengetahuan dan Tujuan Pendidikan Mengikut Pandangan Islam. Bru-
nei: Pusat Dakwah Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.
Idris, Mohd Rafizan, Abd Rashid, Ramayadi, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019). Konsep Amal Makruf dan Nahi
Mungkar untuk Pembentukan Masyarakat Cemerlang. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Institusi Is-
lam 2019, 5.01 Bangunan Tun Razak (SPACE), Kuala Lumpur.
Ina Fauzia. (2015). Prinsip dan Ajaran Islam dalam Ilmu Pengetahuan. Retrieved from http://
inafauzia95.blogspot.my/2015/05/prinsip-dan-ajaran-islam-dalam-ipteks.htm
Iskandar, Norlaila, Basari, Mohd Don, Humairah, Nur, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2015). Gugatan Akidah:
Mencela Para Sahabat. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Pemantapan Akidah 2015.
Ismail, Ahmad Munawar. (2009). Pengaruh Akidah Terhadap Penghayatan Akhlak Pelajar-Pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Di Malaysia. (Doktor Falsafah), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ismail, Ahmad Munawar, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2016). Akidah dan Akhlak dalam Pendidikan Islam.
Skudai, Johor: Penerbit UTM Press.
Ismail, Mohd Shawal, Khor, Shaw Zhan, & Mohamad, Ahmad Marzuki. (2019, 15 Disember 2019). Media
Sosial dan Impak Psikologi Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Jalal, Burhanudin. (2017). Dakwah. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam (Kedua ed.,
Vol. 1, pp. 39-40). Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017). Remaja dan Kehidupan Berbatasan dalam Beragama. In Azmi Kamarul Jasmi
(Ed.), Siri 4 Remaja Hebat: Batasan Dan Halangan Kecemerlangan Remaja Muslim. Skudai Johor:
Penerbit UTM Press.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2002). Paradigma Al-Imam al-Nawawi Dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks
Terhadap Kitab Riyad al-Solihin: Universiti Malaya: Projek Sarjana.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2015). Amar Makruf Nahi Mungkar. 1(Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Ma-
laysia), 11-13.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2016a). Amar Makruf Nahi Mungkar. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklo pedia
Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 11-13). Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam, Universiti
Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2016b). Ilmu. In Azmi Kamarul Jasmi (Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam. Skudai
Johor: Fakulti Tamadun Islam UTM & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam (Malaysia).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017a). Amar Makruf Nahi Mungkar. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklopedia
Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 11-13). Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam, Universiti
Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017b). Ilmu. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklo pedia Pendidikan Islam (Kedua
ed., Vol. 1, pp. 85-87). Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam UTM & Persatuan Cendekiawan Pen-
didikan Islam (Malaysia).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2018). Karekter 7B Mukmin Cemerlang. Jurnal Tinta Artikulasi Membina Ummah
(TAMU), 4(1), 1-22.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2020). Pembangunan Insan Soleh Menurut Perspektif Imam al-Nawawi. Skudai Johor:
Penerbit UTM Press.
Jasmi, Kamarul Azmi , Mustari, Mohd Ismail, & Muhammad, Azhar. (2008). Wanita dalam Dakwah dan Pen-
didikan. Johor Bahru, Johor: Universiti Teknologi Malaysia Press.
Jasmi, Kamarul Azmi, Mustari, Mohd Ismail, & Md Saleh @ Masrom, Siti Fauziyani. (2004, 25-27 September
2004). Pengaruh Pemikiran al-Nawawi dalam Metodologi Pendidikan dan Pendakwahan Terhadap Guru
-guru Takmir di Negeri Johor. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid,
Asiania Resort, Langkawi.
Jasmi, Kamarul Azmi, & Suratman, Azmi Shah. (2007). Pembangunan Modal Insan yang Sempurna Menurut
Perspektif Al-Imam-Al-Nawawi.
Jasmi, Kamarul Azmi, & Tamuri, Ab Halim. (2011). Dasar Akidah Muslim. Skudai Johor: Penerbit UTM.
Jensani, Muhammad Khairul Nizam, Eswaran, Kumanan, & Mohd Noor, Sulaiman Shakib. (2019, 15 Disem-
ber 2019). Media Sosial dan Pembentukan Budaya Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Sem-
inar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tena-
ga, UTM Johor.
Johari, Muhammad Hazwan, Baharuddin, Amirul Syafiq, & Ihwani, Siti Suhaila (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Kelestarian Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains
Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM
Johor.
Kamal, Sara, Chu, Shu-Chuan, & Pedram, Mahmood. (2013). Materialism, Attitudes, and Social Media Usage
and Their Impact on Purchase Intention of Luxury Fashion Goods Among American and Arab Young
Generations. Journal of Interactive Advertising, 13(1), 27-40. doi:10.1080/15252019.2013.768052
Kamarudin, Muhamad Aiman, Mustafa Kamal, Muhamad Syakir, & Safar, Jimain (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Dakwah Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Masyhur, Mustafa. (1985). Al-Dakwah al-Fardiah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Mat Yusoff, Rabiatul ‘Adawiyah, Abdullah Hamami, Nurul Faridah, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2012, 22 Sep-
tember 2012). Adab Percakapan dan Perkembangan Bahasa Anak-anak. Kertas Kerja Dibentangkan di
Seminar Pertama Sains, Teknologi dan Manusia, Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Uni-
versiti Teknologi Malaysia.
Mohamed, Ahmad Kilani, Muhammad, Azhar, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2003a, 16 October 2003). Kema-
hiran Membaca dalam Bahasa Arab, Huraian daripada Segi: Teori, Contoh serta Pengalaman Pengajaran
di Universiti Teknologi Malaysia. Kertas Kerja Dibentangkan di Wacana Pendidikan Islam Peringkat Ke-
bangsaan [Siri Ketiga], Hotel Alison Klana, Seremban, Negeri Sembilan.
Mohamed, Ahmad Kilani, Muhammad, Azhar, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2003b). Permasalahan Pengajaran
Nahu Bahasa Arab Kepada Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM. Kertas
Kerja Dibentangkan di Fourth International Seminar on LSP in Practise: Responding to Challenges,
Fakulti Pengurusan dan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamed, Hanafi. (1999). Tegakkan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. Kuala Lumpur: Hidayah Publishers.
Mohd Azmi, Mohamad Rafiuddin, Kamalanathan, Sasikumar, & Safar, Jimain. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Generasi Muda Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Moktar, Noor Athirah, Abdul Halim, Areen Sherryna, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Kaedah Pengajaran Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains
Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM
Johor.
Muhamad Shukri, Abdul Salam. (2004). Panduan Mengajar Akidah Kanak-kanak. Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Muhammad Azrin, Muhammad Fiqri, Moorthy, Vishnukumar Krishna, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Perhubungan Sesama Manusia Menurut Islam. Kertas Kerja Diben-
tangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan
Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Muna, Resti Fauzul, & Astuti, Tri Puji. (2014). Hubungan antara kontrol diri dengan kecenderungan
kecanduan media sosial pada remaja akhir. Empati, 3(4), 481-491.
Munmun De Choudhury, Scott Counts, Eric Horvitz. (2013). Social Media as a Measurement Tool of De-
pression in Populations. Proceeding WebSci '13 Proceedings of the 5th Annual ACM Web Science
Conference, Pages 47-56.
Muslim, al-Hajjaj. (t.th.). Sahih Muslim (Vol. 1-8). Beirut: Dar al-Fikr.
Mustafah, Che Su, & Megat Ibrahim, Nan Zakiah. (2014). Persepsi dan Penggunaan Media Sosial dari Per-
spektif Ibu Bapa: Satu Analisis Kualitatif. Jurnal Komunikasi (Malaysian Journal o f Communication),
20(Special Issue), 43-74.
Mustari, Mohd Ismail, Jasmi, Kamarul Azmi, Muhammad, Azhar, & Yahya, Rahmah. (2012, 8-9 March
2012). Model Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar An-
tarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam [SEAPPI2012], Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor
Bahru.
Mustari, Mohd, Muhammad, Azhar, Noor, Mohd, Shakib, Sulaiman, Mohamed, Ahmad Kilani, Abdullah,
Abdul Hafiz, . . . Marni, Nurazmallail. (2006). Pemetaan Dakwah di Negeri Joho r: Kajian Lokasi,
Metodologi & Pengaplikasiannya di Skudai, Kulai, Pasir Gudang dan Johor Bahru. Retrieved from Johor
Bahru, Johor: http://eprints.utm.my/2769/1/75203.pdf
Nazir, Muhammad Izzuddin, Che Noh, Muhammad Irfan Zikri, & Basiron, Bushrah. (2019, 15 Disember
2019). Media Sosial dan Wanita Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nor Jefri, Nurul lzzaty, Shaharin, Nuraisyah Syakirin, & Jasmi, Kamarul Azmi (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Pembentukan Masyarakat Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains
Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM
Johor.
Norazman, Hasan, Kumar, Krishanth, & Basiron, Bushrah. (2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Per-
pustakaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019
(SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nordin, Nur Hidayu, Mohammad, Nur Syuhada, & Mohamad, Ahmad Marzuki. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Instagram Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nugraha, Mukhlas. (2017). Konsep Ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah dan Kepentingan Amalannya dalam
Kurikulum Pendidikan Islam. TAFHIM: IKIM Journal o f Islam and the Contemporary World, 10,
103–149.
Nurrizka, Annisa Fitrah. (2016). Peran Media Sosial di Era Globalisasi Pada Remaja di Surakarta Suatu Kajian
Teoritis dan Praktis Terhadap Remaja dalam Perspektif Perubahan Sosial. Jurnal Analisa So siologi, 5
(1), 28-37.
Omar, Nizaita (2006). Perkembangan Ilmu Perubatan: Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam. Jurnal
Pengajian Umum Bil., 7.
Pandie, Mira Marleni, & Weismann, Ivan Th J. (2016). Pengaruh Cyberbullying di Media Sosial terhadap per-
ilaku reaktif sebagai pelaku maupun sebagai korban cyberbullying pada siswa kristen SMP Nasional
Makassar. Jurnal Jaffray, 14(1), 43-62.
Primack, Brian A., Shensa, Ariel, Escobar-Viera, César G., Barrett, Erica L., Sidani, Jaime E., Colditz, Jason B.,
& James, A. Everette. (2017). Use of multiple social media platforms and symptoms of depression and
anxiety: A nationally-representative study among U.S. young adults. Co mputers in human behavior,
69, 1-9. doi:10.1016/j.chb.2016.11.013
Putri, Wilga, Nurwati, Nunung, & Santoso, Meilanny. (2016). Pengaruh Media Sosial Terhadap Perilaku
Remaja. Prosiding Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat, 3(1), 1-154. doi:10.24198/
jppm.v3i1.13625
Putri, Wilga Secsio Ratsja, Nurwati, Nunung, & Budiarti, Meilanny (2016). Pengaruh media sosial terhadap
perilaku remaja. Prosiding Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat, 3(1).
Rahim, Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. (2017). Penggunaan Media Sosial dan Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Terbentuknya Gerakan Sosial. Jo urnal of Social Sciences and Humanities, 12(2), 87-
101.
Rahmadini, Yulia, & Halim, Rizal Edy. (2018). The Influence o f So cial Media To wards Emo tions, Brand Re-
lationship Quality, and Word of Mouth (WOM) on Concert’s Attendees in Indonesia. Kertas Kerja Diben-
tangkan di MATEC Web of Conferences.
Rahman, Abd Zaharuddin (2010). Mutiara Akidah & Ibadat. Selangor: Group Buku Karangkraf Sdn Bhd.
Ramiluddin. (2017). Konsep Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Drs. H. Rahman Kaoy.
Razali, Nurul Afiza, Hera, Noor, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Impak
Negatif Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019
(SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Rosli, Tasnim, Muniandy, Yogenathan, & Jasmi, Kamarul Azmi (2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan
Impak Tingkah Laku Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manu-
sia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Sabiq, Sayid. (1994). Akidah Islam Pola Hidup Manusia Beriman (Vol. 2). Kyodo Printing Co (S'pore) Pte
Ltd 112 Neythal Road, Jurong Town. Singapore 2262: Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura.
Seaman, Jeff, & Tinti-Kane, Hester. (2013). So cial Media dor Teaching and Learning. London, England: Pear-
son Learning Systems.
Sherlyanita, Astrid Kurnia, & Rakhmawati, Nur Aini. (2016). Pengaruh dan pola aktivitas penggunaan inter-
net serta media sosial pada siswa SMPN 52 Surabaya. Journal of Information Systems Engineering and
Business Intelligence, 2(1), 17-22.
Sholeh, Khudori (2007). Pokok Pikiran Tentang Paradigma Integrasi dan Agama dalam Intelektualisme Islam :
Melacak Akar-akar Integrasi Ilmu dan Agama. Malang: LKQS UIN Malang.
Suardani, A., Ardana, K., & Putra, Adnyana. (2013). Pengaruh Model Pembelajaran SQ4Rterhadap Ket-
erampilan Membaca dalam Pembelajaran Bahasa Indonesia Siswa Kelas V Sd Gugus I Denpasar Se-
latan. Mimbar PGSD, 1(1), 1-10.
Sulaiman, Nurul Hidayah, Kamaruddin, Nor Kamilah, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2015). Gugatan Akidah:
Mengingkari dan Mencela Rasulullah. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Pemantapan Akidah 2015.
Suliman, Muhammad Qutaibah, Muhammad Shah, Muhammad Inamul Hasan, & Mohd Nor, Sulaiman
Shakib. (2015). Gugatan Akidah: Reda dengan Kekafiran. Kertas kerja Dibentangkan di Seminar
Pemantapan Akidah 2015, Dewan Kuliah Khadijah.
Taher, Tarmizi (2002). Menyegarkan Akidah Tauhid Insani: Mati di Era Klenik. Jakarta: Gema Insan Press.
Ujang, Zaini. (2009). Menghayati Budaya Ilmu, Faham Ilmu, Amalan dan Panduan (2nd Ed.). Selangor: Pen-
erbit UTM.
Wan Daud, Wan Mohd. Nor. (1990). Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun. Jurnal Pendidikan
Islam, 3(1), 51-67.
Wan Embong, Wan Hassan. (2014). Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Akidah Tingkatan 4: Kajian ke atas
Guru-guru Cemerlang Pendidikan Islam di Daerah Johor Bahru. (Doktor Falsafah Hard Copy), Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Watie, Errika Dwi Setya. (2016). Komunikasi dan media sosial (communications and social media). Jurnal The
Messenger, 3(2), 69-74.
Yani, H.A. 160 Materi Dakwah Pilihan. Jakarta: Gema Insani.
Yusuf, Nashruddin (2011). Perspektif Islam tentang Pengintegrasian ilmu Akhlak Dalam Pembelajaran Ilmu
Sains dan Penerapannya di Lembaga Pendidik Islam. (Journal), Universitas Negeri Sultan Syarif Kasim
Riau, Lembaga Penelitian dan Pengabdian. (Vol 14, No.2)
Zaidan, Abdul Karim. (2002). Islam dan Dakwah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Ari, L. G. B. T. D., & Osial, K. O. S. (2018). M Emahami K Onsep L Esbian , G Ay , B Iseksual D An T
Ransgender. (November), 7–8.
Chuah, K. (2014). Aplikasi Media Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris
Ѵ
: Persepsi Pelajar Universiti. (July
2013). https://doi.org/10.33736/ils.1680.2013
Fauzi, N. (2017). Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia Tanpa Sempadan
Ѵ
: Suatu Kebaikan Atau
Keburukan
Ѵ
? Ketua Penolong Pengarah Program Litigasi.
Jalal, B., Ismail, A. S., & Ghani, S. A. (2018). Pendekatan Dakwah untuk Cabaran Masa Depan
Ѵ
: Satu Soroton.
4(1).
Kajian, S., Perspektif, D., & An, A.-Q. U. R. (2015). No Title. (September), 14–25.
Nahar, N., Sangi, S., Baniear Salvam, D. A., Rosli, N., & Abdullah, A. H. (2018). Impak Negatif Teknologi
Moden Dalam Kehidupan Dan Perkembangan Kanak-Kanak Hingga Usia Remaja (Negative Impact
of Modern Technology To the Children’S Life and Their Development). UMRAN - International
Journal of Islamic and Civilizational Studies, 5(1), 87–99. https://doi.org/10.11113/
umran2018.5n1.181
Pengaruh pemikiran liberal dalam media sosial. (2017). (September), 292–311.
Perlakuan, B., Najib, M., Ibrahim, M., & Ahmad, K. (n.d.). Hadis-Hadis Sahih.
Syuhaidi, M., & Bakar, A. (2018). Aliran Pertuturan Bahasa Rojak Dalam Kalangan Pengguna. (June). https://
doi.org/10.13140/RG.2.2.21870.92485
Zakariya, N., & Mohamad, A. B. U. D. (n.d.). Media Sebagai Wasilah Dakwah.
Hadis http://www.islam.gov.my/e-hadith/658-tuntutlah-ilmu; https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-
hadith/1122-irsyad-al-hadith-siri-ke-109-kelebihan-menuntut-ilmu; https://muftiwp.gov.my/ms/
artikel/irsyad-al-hadith/2348-irsyad-al-hadith-siri-ke-259-diam-daripada-kebenaran-syaitan-bisu
13
MEDIA SOSIAL DAN IMPAK KEPADA
PERKEMBANGAN BAHASA MENURUT ISLAM
Nik Muhammad Izzudin Nik Lah
Pulavendran Vijaya Kumaran
Kamarul Azmi Jasmi
Abstrak
Media sosial merupakan salah satu teknologi komunikasi yang merupakan keperluan dalam
kehidupan seharian masyarakat pada abad ini. Media sosial memainkan peranan yang sangat
besar dalam kehidupan kita. Penggunaan media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan memberi
impak yang besar kepada perkembangan bahasa. Perkembangan bahasa merujuk kepada penguasaan
sesuatu bahasa. Hakikatnya, media sosial memberi kesan yang besar kepada perkembangan bahasa
sama ada kesan baik ataupun kesan buruk. Antara kesan positif ialah penguasaan lebih daripada
satu bahasa, penggunaan bahasa pengantar yang berbeza, pengukuhan kosa kata adalah antara
impak positif media sosial. Namun begitu, media sosial juga memberi kesan buruk terhadap
perkembangan bahasa. Antaranya. penggunaan bahasa rojak, penggunaan bahasa kasar, dan
menggugatkan akidah. Media sosial dapat menyumbang besar kepada perkembangan bahasa
sekiranya tidak disalahgunakan.
Kata Kunci: Media Sosial, Impak Positif, Impak Nagatif, Bahasa, Islam
PENGENALAN
Bahasa dilihat sebagai tunjang dan identiti sesuatu bangsa (Mat Yusoff et al., 2012; Mohamed,
A. K. et al., 2003b, 2003a; Mustari, M. I. et al., 2012; Suardani et al., 2013). Bahasa dan
manusia tidak dapat dipisahkan seperti isi dengan kuku. Bahasa digunakan untuk tujuan
komunikasi agar dapat menyampaikan maklumat ataupun sesuatu keinginan. Peribahasa,
‘Bahasa Jiwa Bangsa’ senantiasa diuar-uarkan di media arus perdana untuk memupuk jati
diri dalam kalangan masyarakat Malaysia sekali gus membuktikan bahawa bahasa mampu
mengangkat martabat sesuatu bangsa di mata dunia .
Dewasa ini, perkembangan teknologi berlaku dengan begitu pesat sehingga perhubungan antara
manusia hanya berada di hujung jari. Perkembangan teknologi ini membawa perubahan drastik
dalam komunikasi harian dengan adanya penularan akses kepada internet. Pada alaf digital ini,
keperluan media sebagai medium perantaraan oleh masyarakat untuk mengetahui maklumat terkini
dan tujuan komunikasi tidak dapat dinafikan. Hubungan rapat antara media dan komunikasi
amat ketara dalam perkongsian dan penyebaran maklumat, menyebabkan perhubungan sesama
manusia lebih pantas dan efektif (Huijie Lin, J. J., Quan Guo, Yuanyuan Xue, Qi Li, Jie
Huang, Lianhong Cai, Ling Feng, 2014; Huijie Lin, J. J., Liqiang Nie, Guangyao Shen, Tat-
Seng Chua, 2016; Kamal et al., 2013; Munmun De Choudhury, 2013; Primack et al., 2017;
Rahmadini & Halim, 2018; Seaman & Tinti-Kane, 2013; Watie, 2016).
Media sosial semakin menarik perhatian masyarakat kini berbanding media cetak mahupun
penyiaran televisyen dan radio (Ab Halim & Muslaini, 2018; Abadi et al., 2016; Anwar,
2017; Ayun, 2015; Azman, 2018; Budiman, 2017; Doni, 2017; Muna & Astuti, 2014;
Mustafah & Megat Ibrahim, 2014; Nurrizka, 2016; Pandie & Weismann, 2016; Putri, W.
et al., 2016; Putri, W. S. R. et al., 2016; Rahim, 2017; Sherlyanita & Rakhmawati, 2016).
Kecenderungan golongan remaja terhadap media sosial dan kemudahan akses kepada media
sosial, menyumbang kepada kepesatan teknologi media sosial. Golongan remaja lebih gemar
196
menggunakan media sosial mungkin kerana ia memberikan banyak faedah dalam aktiviti
pembelajaran terutamanya bahasa. Hal ini didorong oleh kepelbagaian bentuk maklumat
seperti gambar, video serta animasi. Pengguna menggunakan bahasa teknologi maklumat
dan komunikasi sebagai medium baru untuk memberitahu pendapat masing-masing. Oleh
hal yang demikian, para pengguna media sosial yang berlatar belakang lebih dari satu bahasa
akan menyebabkan perubahan dalam komunikasi digital seharian. Dunia siber tanpa sempadan
ini memberi ruang kepada mereka untuk meluahkan pandangan dan memberi komen menerusi
medium yang ideal seperti Facebook dan Whatsapp. Oleh itu, kajian tentang impak media
sosial kepada perkembangan bahasa adalah satu kajian yang menarik.
DEFINISI MEDIA SOSIAL
Media sosial merupakan media yang digunakan atas talian, dengan memberi peluang kepada
pengguna untuk membuka laman web peribadi dan kemudian berhubung dengan masyarakat
sedunia. Media tradisional seperti surat khabar dan penyiaran televisyen memberi kekangan
kepada para pengguna untuk memberikan pendapat dan pandangan bebas terhadap sesuatu
isu atau berita yang disiarkan. Lantaran itu, media sosial yang berasaskan internet menjadi
medan kepada pengguna untuk berhibur dengan melemparkan pendapat dan maklum balas
secara terbuka, serta berkongsi maklumat dalam masa yang singkat tanpa batasan. Jaringan
sosial yang sangat digemari oleh masyarakat kini ialah Whatsapp, Facebook, Instagram, dan
Twitter. Pengguna aplikasi sosial sebegini boleh boleh sentiasa memuat naik gambar ataupun
status terkini mereka. Media sosial juga digunakan untuk tujuan mempromosikan produk
dan memudahkan urusan jual beli secara talian. Ciri media sosial yang tidak menghalang
sesiapa untuk berhibur menyebabkan media sosial berkembang dengan pesat dan memuat
turun aplikasi laman sosial dalam telefon pintar sudah menjadi satu kewajipan (Abdul Halim
et al., 2019; Ayub et al., 2019; Azizan et al., 2019; Frank Wilkins et al., 2019; Haronzah et al.,
2019; Hasbollah et al., 2019; Ismail, M. S. et al., 2019; Jensani et al., 2019; Johari et al., 2019;
Kamarudin et al., 2019; Mohd Azmi et al., 2019; Moktar et al., 2019; Muhammad Azrin et
al., 2019; Nazir et al., 2019; Nor Jefri et al., 2019; Norazman et al., 2019; Nordin et al., 2019;
Razali et al., 2019; Rosli et al., 2019).
PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan bahasa merujuk kepada sejauh mana seseorang itu ataupun sesebuah masyarakat
itu menguasai sesuatu bahasa. Penguasaan bahasa adalah dari segi ejaan, tatabahasa, struktur
ayat dan gaya bahasa. Perkembangan bahasa boleh dinilai berdasarkan pertuturan dan penulisan.
Perkembangan bahasa yang baik merujuk kepada kepetahan berbahasa yang baik, penggunaan
kosa kata yang baik, sebutan perkataan yang betul, penulisan yang mantap, kesopanan bertutur
dan sebagainya. Perkembangan bahasa dititikberatkan untuk menjaga identiti bangsa dan negara.
IMPAK POSITIF MEDIA SOSIAL KEPADA PERKEMBANGAN BAHASA
Impak positif penggunaan media sosial terhadap perkembangan bahasa menurut Islam adalah
seperti penguasaan lebih daripada satu bahasa oleh masyarakat, penggunaan bahasa pengantar
yang berbeza dalam kehidupan, meningkatkan kosa kata dan penerapan nilai murni dalam
percakapan.
Penggunaan Lebih daripada Satu Bahasa oleh Masyarakat
Penggunaan media sosial memberi impak positif yang besar terhadap perkembangan bahasa.
Antara impak yang jelas kelihatan adalah penguasaan lebih daripada satu bahasa oleh masyarakat.
Penguasaan bahasa yang berlainan oleh sebilangan masyarakat pada zaman kini merupakan
satu impak positif daripada media sosial. Hal ini demikian kerana penguasaan bahasa merupakan
197
elemen yang penting dalam meluaskan ilmu pengetahuan. Kebanyakkan masyarakat pada
zaman kini menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa yang berbeza. Hal ini juga berpunca
daripada perubahan yang dibawa oleh media sosial.
Penguasaan bahasa yang berlainan mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat
seperti meningkatkan peluang pekerjaan, memudahkan komunikasi dengan bangsa yang
berbeza, memudahkan urusan seseorang untuk menuntut dan sebagainya Penguasaan bahasa
yang berbeza meningkatkan peluang pekerjaan kerana pada zaman kini, syarat-syarat penerimaan
pekerja adalah menguasai dua bahasa yang berbeza. Oleh itu, penguasaan bahasa yang berbeza
dapat memberi kelebihan kepada seseorang ketika memohon pekerjaan. Pada zaman modenisasi
kini, penerokaan terhadap ilmu yang baru berkembang dengan pesat segaris dengan keperluan
manusia. Kebanyakkan ilmu yang diterokai pada zaman kini adalah terdiri daripada hasil
selidik oleh pelbagai bangsa yang menggunakan bahasa yang berbeza.
Justeru, perkongsian ilmu hasil daripada kaji selidik memerlukan penguasaan bahasa
komunikasi yang berbeza untuk memudahkan perkongsian ilmu daripada bangsa-bangsa
yang berlainan. Selain itu, dengan penguasaan bahasa yang berbeza, kefahaman seseorang
terhadap sesuatu bidang ilmu akan lebih menjadi lebih mendalam seterusnya dapat di amalkan
dalam kehidupan seharian. Pertukaran ilmu sangat penting kepada dunia kerana tanpa perkongsian
ilmu, sesetengah negara akan ketinggalan daripada aspek penggunaan teknologi, perubatan, dan
sebagainya. Aplikasi media sosial seperti Whatapps membantu dalam menyampaikan maklumat
ringkas dengan cepat. Manakala, dari aspek bahasa, twitter pula digunakan untuk menerima
informasi tentang definisi perkataan (Chuah, 2014). Oleh itu, terbukti bahawa media sosial
berperanan membantu dalam perkembangan bahasa. Selain itu, Islam turut mengalakkan
umatnya untuk menuntut ilmu sama ada ilmu akhirat mahupun duniawi (Jasmi, Kamarul
Azmi, 2002; Jasmi, Kamarul Azmi & Suratman, 2007; Jasmi, Kamarul Azmi, 2017b,
2018, 2020). Satu hadis ada menjelaskan (Al-Tirmidhi, 1998: 2646):
!"#
$
% &
'()*+
,-#
$
.)
/
0)1
Maksud: Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh
satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan
untuk menuju ke Syurga”
(Muslim)
Hadis ini menjelaskan tentang galakkan menuntut ilmu dan juga ganjaran yang Allah
SWT kurniakan kepada penuntut ilmu. Allah SWT turut mengangkat darjat orang Islam
yang menuntut ilmu. Allah SWT turut berfirman dalam al-Quran,
ﳆ
ﳇ
ﳈ
ﳉ
ﳊ
ﳋ
ﳌ
ﳍ
ﳎ
ﳏ
ﳐ
ﳑ
ﳒﳓ
ﳔ
ﳕ
ﳖ
ﳗ
ﳘ
ﳙ
ﳚ
ﳛ
ﳜ
ﳝ
ﳞ
ﳟ
ﳠﳡ
ﳢ
ﳣ
ﳤ
ﳥ
ﳦ
Maksud: Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari
tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah
198
melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka
bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman antara kamu, dan orang
yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan
(ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Mujadalah, 58:11)
Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis ini, dapat di simpulkan bahawa penguasaan lebih
daripada satu bahasa amat penting dalam Islam. Hal ini kerana bahasa merupakan kunci
bagi menuntut ilmu. Untuk menguasai bahasa yang berbeza, latihan dan amalan juga perlu
dilakukan secara berterusan kerana ilmu ini ibarat seperti pokok. Jika tidak diamalkan,
maka tidak akan berbuah. Seperti doa merupakan senjata orang mukmin, ilmu itu pula
adalah cahaya kehidupan.
Penggunaan Bahasa Pengantar yang Berbeza dalam Kehidupan Seharian
Sejak teknologi telefon pintar diperkenalkan di seluruh dunia, media sosial menjadi platform
yang penting dalam berkomunikasi. Antara contoh media sosial yang acap kali digunakan
pada zaman kini adalah seperti Whatapp, Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.
Peningkatan penggunaan media sosial ini memberi sedikit sebanyak ilmu tentang bahasa
yang berbeza. Dengan pertambahan ilmu bahasa yang berlainan, penggunaan bahasa pengantar
yang berbeza dalam kehidupan semakin meningkat.
Penguasaan ilmu bahasa dan penggunaan bahasa pengantar yang berbeza amat penting
kepada Islam. Penggunaan bahasa pengantar yang berbeza memberi kelebihan kepada Islam
dalam menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam. Sebelum ini, kesalahan-kesalahan
dalam bahasa terkadang menimpa para aktivis dakwah seterusnya menyebabkan kegagalan
kerja dakwah itu sendiri (Kajian, Perspektif, & An, 2015). Selain itu, dalam usaha para
pendakwah yang ingin menyampaikan ajaran serta nilai-nilai murni Islam, segala pesanan-
pesanan dakwah tersebut mampu diterjemahkan atau dapat ditransformasikan daripada
kata-kata kepada nyata. Menerusi pendekatan ini golongan sasaran akan merasakan lebih
bermakna dan ilmu yang diperoleh itu benar-benar membawa makna dalam diri(Jalal,
Ismail, & Ghani, 2018).
Penggunaan bahasa pengantar yang berbeza turut dapat memudahkan komunikasi antara
dua bangsa yang berbeza atau lebih seterusnya dapat mencapai kesefahaman dalam sesuatu
perbincangan. Pada masa kini, bahasa Urdu merupakan bahasa yang acap kali digunakan
dalam dakwah. Dengan penggunaan bahasa pengantar yang berbeza seperti bahasa Inggeris,
Hangeul, mandarin, Arab dan sebagainya, dakwah dan input berkaitan dengan agama Islam
dapat disampaikan kepada bangsa yang lain dengan lebih jelas seterusnya memudahkan
urusan dan meningkatkan kerja dakwah. Media dalam Islam juga banyak membantu
pendakwah dalam memahami sasaran dakwahnya (Zakariya & Mohamad, n.d.). Dakwah
merupakan satu seruan untuk mengajak manusia ke arah kebenaran dan kebaikan.
Terdapat banyak ayat al-Quran yang menerangkan tentang kefardhuan berdakwah.
Antaranya, Allah SWT berfirman:
ﲖ
ﲗ
ﲘ
ﲙ
ﲚ
ﲛ
ﲜﲝ
ﲞ
ﲟ
ﲠ
ﲡﲢ
ﲣ
ﲤ
ﲥ
ﲦ
ﲧ
ﲨ
ﲩ
ﲪ
ﲫ
ﲬ
ﲭ
ﲮ
Maksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan
itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui
199
akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang
yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah al-Nahl, 16:125)
Dakwah merupakan satu kewajipan kepada seorang muslim. Sebilangan ulama fiqh’
berpendapat bahawa dakwah merupakan fardhu kifayah. Jika tiada seorang muslim pun
yang melakukannya, maka akan mendapat dosa. Dakwah merupakan tindakan yang
mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh manusia serta mengajak mereka melakukan
kebaikkan. Dakwah merupakan tugas yang dipandang mulia oleh Allah S.W.T. Allah
SWT memerintahkan umat Islam untuk berdakwah melalui firman-Nya dalam al-Quran,
ﲆ
ﲇ
ﲈ
ﲉ
ﲊ
ﲋ
ﲌ
ﲍ
ﲎ
ﲏ
ﲐﲑ
ﲒ
ﲓ
ﲔ
ﲕ
Maksud
:
Dan hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta
melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian
ialah orang yang berjaya.
(Surah Ali ‘Imran, 3:104)
Dalam ayat al-Quran ini, Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk mengamalkan
amar makruf dan nahi mungkar (Idris et al., 2019; Jasmi, Kamarul Azmi, 2015, 2016a,
2017a; Mohamed, H., 1999; Ramiluddin, 2017). Dakwah bukan saja terbatas untuk orang
bukan Islam, bahkan dakwah juga boleh dilakukan kepada orang Islam juga. Dakwah
dapat menguatkan lagi keimanan dan kefahaman mereka tentang Islam. Rasulullah SAW
turut memerintahkan umatnya untuk melakukan dakwah. Satu hadis menjelaskan
(Muslim, t.th.: 49):
2
314
5
6
$
78
#9:;*&<=*&> &
?8
@
%ABCD#DEFG!HI<AJKELHDEFG!HI<AJKEMNOMP
QREJ"
S'T
Maksud: Tariq bin Shihab RA berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang
siapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya.
Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka
dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.
(Muslim)
Kesimpulannya, penggunaan bahasa pengantar yang berbeza amat penting dalam penyebaran
dakwah dalam Islam serta memudahkan komunikasi dengan bangsa yang berlainan (Abdullah
& Abdullah, 2019; Ahmad et al., 2008; Azmi, 1989; Hamzah, 2012; Hassan, Z. & Suyurno,
2012; Jalal, 2017; Jasmi, Kamarul Azmi et al., 2004; Jasmi, Kamarul Azmi et al., 2008;
Kamarudin et al., 2019; Masyhur, 1985; Mustari, M. et al., 2006; Yani; Zaidan, 2002). Bahasa
memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan mesej dakwah dengan lebih tepat
200
dan jelas seterunya menyumbang kepada kejayaan dalam berdakwah. Allah SWT juga
menjadikan manusia berbangsa-bangsa untuk saling kenal mengenali. Justeru, perkongsian
ilmu bahasa yang berbeza haruslah kerap dilakukan.
Meningkatkan Kosa Kata
Selain itu, media sosial juga turut beperanan dalam meningkatkan serta menambahkan
pemahaman terhadap kosa kata atau istilah dalam Islam. Melalui penggunaan media sosial
seperti Whatapps, Twitter, Facebook dan sebagainya, pertukaran maklumat yang berbentuk
ilmiah akan berlaku. Antara istilah yang sering digunakan adalah seperti istilah hukum
tajwid, bidang ilmu dan sebagainya. Interaksi perbincangan mengenai hal agama Islam juga
sering berlaku di media sosial. Hal ini dapat menambahkan maklumat mengenai Islam
kepada masyarakat umum. Antara perbincangan yang sering berlaku ialah seperti hukum
solat, hukum puasa, perkara penting sebelum menunaikan haji, perdebatan mengenai hukum
Islam dan sebagainnya. Hal ini dapat membantu umat Islam yang musykil dalam sesuatu
perkara yang melibatkan Islam untuk mendapat penerangan dengan lebih terperinci.
Penyebaran hadis palsu sering berlaku dalam media sosial, namun demikian, dengan
adanya ahli dalam bidang hadis, penyebaran hadis-hadis palsu dapat dicegah melalui media
sosial. Penyebaran hadis palsu perlu dihentikan kerana barang siapa berdusta atas nama
Rasulullah maka mendapat tempat di neraka. Rasulullah turut mengalakkan umatnya
untuk menuntut ilmu agama. Terdapat sebuah hadis Rasulullah yang mengalakkan
umatnya untuk menuntut ilmu (Jasmi, Kamarul Azmi, 2016b, 2017b) sebagaimana yang
dijelaskan dalam hadis sebelum ini (Al-Tirmidhi, 1998: 2646).
Hadis diatas menjelaskan bahawa menimba ilmu pengetahuan sangat penting dalam
kehidupan. Rasulullah sangat mengalakkan umatnya untuk menimba ilmu (Al-Basri,
2011; Hassan, M. K., 1984; Ibrahim, 2004; Ina Fauzia, 2015; Nugraha, 2017; Omar, 2006;
Sholeh, 2007; Ujang, 2009; Wan Daud, 1990; Yusuf, 2011). Pepatah ada mengatakan
bahawa sesiapa yang ingin memasuki syurga, perlu dengan ilmu, siapa ingin menakluki
dunia perlukan ilmu. Justeru, ilmu merupakan kunci kehidupan manusia. Selain itu, melalui
media sosial juga, nilai-nilai murni dalam kehidupan dapat disampaikan dalam kehidupan.
Nilai-nilai murni merupakan satu ungkapan, perbuatan atau tingkah laku yang baik yang
disukai oleh masyarakat. Media sosial boleh dijadikan platform untuk menyampaikan
berita-berita atau kisah-kisah yang mengandungi nilai-nilai murni untuk dijadikan pengajaran.
Kepentingan nilai-nilai murni kepada kehidupan ialan dapat menjamin keamanan dan
kesejahteraan hidup. Tanpa nilai murni, kehidupan manusia akan menjadi kucar dan jenayah
akan berleluasa.
Kesimpulannya, media sosial beperanan penting dalam memberi maklumat penting
mengenai Islam serta menambahkan kefahaman mengenai agama Islam seterusnya membantu
dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat samada Islam mahupun
masyarakat bukan Islam.
IMPAK NEGATIF MEDIA SOSIAL KEPADA PERKEMBANGAN
BAHASA
Media sosial merupakan satu platform untuk berkomunikasi dan berinteraksi sesama manusia.
Akan tetapi, media sosial juga boleh mendatangkan impak negatif kepada perkembangan
bahasa sekiranya disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Antara impak
negatif daripada media sosial ialah;
201
Penggunaan Bahasa Rojak
Para pengguna media sosial menggunakan bahasa rojak semasa meluahkan pendapat, memberi
komen dan juga semasa menghantar mesej. Bahasa rojak didefinisikan sebagai cantuman
pelbagai bahasa dalam satu pertuturan. Bahasa rojak yang biasa digunakan oleh masyarakat
Malaysia ialah bahasa rojak Melayu-Inggeris. Penggunaan bahasa Melayu rojak yang semakin
popular adalah sejenis kehilangan bahasa, menyebabkan kekuatan bahasa itu terhakis jika
tidak dikawal. Dalam menghadapi dunia globalisasi ini, penggunaan bahasa Melayu yang
betul kini dilihat semakin diketepikan. Golongan remaja lebih mengutamakan kandungan
mesej dan kepantasan penghantaran mesej berbanding penggunaan bahasa yang betul dari
segi ejaan, tatabahasa, struktur ayat, gaya bahasa dan sebagainya. Keadaan ini diburukkan
lagi dengan penggunaan kata singkatan atau akronim. Lazimnya, huruf vokal atau konsonan
akan digugurkan semasa menaip mesej. Rakyat Malaysia dilihat bergelut dengan bahasa
rojak apabila menggunakannya secara meluas dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak
pendapat tentang perkembangan bahasa rojak. Menurut Marie-Laure Ryan (1999) yang
menyatakan bahawa penghasilan variasi bahasa yang tersendiri disebabkan kerana pengguna
dunia siber kini suka menggunakan mod tulisan daripada mod lisan(Syuhaidi & Bakar, 2018).
Bertitik tolak daripada itu martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan
tergugat dan seterusnya warganegara Malaysia tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Hal
ini dapat menimbulkan kesalahfahaman lantas mendorong kepada pertelingkahan kerana
keberkesanan komunikasi terjejas. Mutu penggunaan bahasa Melayu akan merosot sekali
gus menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa
undang-undang dan budaya. Secara holistik, penghayatan rakyat Malaysia terhadap bahasa
Melayu akan berkurang.
Selain itu, media sosial juga memberi kesan kepada kanak-kanak. Dewasa ini, kebanyakkan
ibu bapa kerap memberi anak-anak mereka mengunakan telefon pintar. Penggunaan telefon
pintar tanpa kawalan akan memberi kesan negatif terhadap daya pemikiran dan pertuturan
kanak-kanak dan juga menyebabkan otot-otot dan kesihatan kanak-kanak menjadi lemah
(Nahar, Sangi, Baniear Salvam, Rosli, & Abdullah, 2018). Kanak-kanak ibarat seperti kain
putih. Ibu bapa yang perlu mencorakkannya. Tambahan pula, kanak-kanak yang berusia
bawah tiga tahun melakukan proses permerhatian untuk belajar tentang kehidupan dunia
ini. Sekiranya ibu bapa mengucapkan perkataan yang buruk, maka anak-anak mereka akan
turut mengucapkan perkataan yang tidak sepatutnya.
Penggunaan Bahasa Kasar dan Lucah
Saban hari kita dapat melihat laman sosial dibanjiri oleh kata-kata kesat, jijik dan lucah (Jasmi,
Kamarul Azmi, 2017). Hal ini berlaku apabila sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab
menggunakan media sosial untuk tujuan mengutuk seseorang ataupun menghina tanpa
mempedulikan sensitiviti orang lain. Kata-kata kesat juga digunakan untuk meluahkan
kemarahan apabila wujudnya pertelingkahan antara dua individu ataupun kumpulan.
Bahasa kasar juga digunakan dalam penyebaran fitnah di media sosial. Kata-kata yang
pantang ataupun haram digunakan dalam pertuturan seharian, mengotori media sosial.
Contohnya, perkataan yang berhubung kait dengan anggota badan atau anggota sulit. Hal
ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan emosi. Hakikatnya, kebebasan
penggunaan media sosial tidak harus disalahgunakan dan diambil kesempatan kerana hal
ini melanggar undang-undang negara dimana jika disabit kesalahan, tertuduh akan menghadapi
hukuman. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Kita sebagai pengguna media sosial seharusnya memahami bahawa menyentuh sensitiviti
pihak lain adalah salah di sisi undang-undang. Kita harus berhati-hati dalam pemilihan
perkataan apabila hendak berkongsi pendapat di laman sosial. Kita patut memastikan bahasa
yang ditapis dimuat naik di media sosial agar tidak menjatuhkan maruah diri sendiri dan
202
masyarakat. Media sosial bukanlah tempat untuk melemparkan pendapat sewenang-wenangnya,
malah kita haruslah boleh berfikir akan akibatnya sebelum bertindak.
Selain itu, media sosial turut menjadi platform untuk menyebarkan fitnah. Sebagai
contohnya, para ibu bapa yang menetap di kampung kebanyakkannya tidak menguasai
bahasa kedua terutamanya bahasa Inggeris. Apabila sesuatu informasi dalam bahasa Inggeris di
sebarkan, seseorang akan memanipulasikan maklumat ini untuk menyebarkan fitnah dengan
menggunakan ibu bapa sebagai saluran fitnah. Ibu bapa tidak dapat memastikan ketulenan
atau kesahihan sesuatu berita atau maklumat yang dibaca di media sosial(Fauzi, 2017).
Akibatnya, sesebuah institusi atau masyarakat akan menerima kesan yang buruk atas
penyebaran fitnah tersebut.
Mengugatkan Akidah Islam dengan Menggunakan Perkataan yang Boleh
Mendatangkan Kekufuran Kepada Islam
Islam merupakan agama yang syummul. Hal ini demikian bermaksud Islam merupakan agama
yang sempurna yang melengkapi kehidupan manusia sama ada dari segi luaran mahupun dalam.
Islam merupakan agama yang penuh berdisplin dan sangat menitik beratkan segala tindakan.
Mengucap sesuatu perkataan yang mengugatkan akidah Islam boleh mendatangkan
kekufuran (Al-Banna, 1986; Awang, A. H., 2007; Awang, R., 2012; Ismail, A. M., 2009;
Ismail, A. M. & Jasmi, 2016; Jasmi, Kamarul Azmi & Tamuri, 2011; Muhamad Shukri,
2004; Rahman, 2010; Sabiq, 1994; Taher, 2002; Wan Embong, 2014) seperti perkataan
yang terkandung bertawakkal kepada selain Allah SWT (Amir et al., 2015), menela para
Nabi Muhammad (Sulaiman et al., 2015) dan sahabatnya (Iskandar et al., 2015), dan
memperkatakan sesuatu yang menunjukkan keredaan kepada kekafiran (Suliman et al.,
2015). Media sosial asalnya merupakan satu platform untuk berhubung sesama manusia.
Akan tetapi, media sosial tidak mempunyai tapisan untuk menapis ideologi yang
bercanggah dengan Islam daripada tersebar.
Sebagai contoh, media sosial sering menjadi medium bagi masyarakat Barat bahkan
juga sebilangan masyarakat Islam yang kurang kefahaman tentang agama Islam untuk
menyebarkan ideologii Barat seperti ideologi liberal. Ideologi liberal merupakan ideologi
yang memperjuangkan hak kebebasan manusia seperti pemakaian, perkahwinan, amalan
agama, jantina manusia dan banyakkan lagi. Melalui kajian, kumpulan belia berisiko tinggi
untuk terpengaruh dengan pemikiran liberal yang mempunyai rangkaian yang saling
membantu sama ada dari sudut sokongan moral dan pendapat yang saling menyokong
antara satu sama lain (Pengaruh pemikiran liberal dalam media sosial, 2017). Berdasarkan
pemerhatian, aplikasi twitter merupakan platform utama untuk menyampaikan ideologi
liberal kerana kebanyakkan penggunanya adalah golongan remaja. Ideologi liberal kian
tersebar luas melalui media sosial dengan memanipulasikan hujah untuk meraih sokongan.
Sebagai contohnya, kebelakangan ini, ideologi liberal yang memperjuangkan hak
masyarakat yang mengamalkan hubungan songsang lesbian, gay, bisexual dan trans-sexual
(LGBT) semakin hangat berleluasa. Perkembangan isu ini semakin berleluasa apabila
golongan ini diberi pendedahan hak mereka seperti yang berlaku di negera Barat terutama
Amerika Syarikat yang menghalalkan perkahwinan sesama jenis(Ari & Osial, 2018). Hal
ini bercanggah dengan agama Islam yang mengharamkan amalan LGBT tersebut. Lebih
menduka citakan lagi, terdapat sebilangan masyarakat Islam yang menyokong amalan ini
dengan memberi alasan bahawa “kubur manusia lain-lain”. Walhal dalam al-Quran Allah
SWT berfirman tentang amalan ini. Allah S.WT berfirman,
203
ﲤ
ﲥ
ﲦ
ﲧ
ﲨ
ﲩ
ﲪ
ﲫ
ﲬ
ﲭ
ﲮ
ﲯ
ﲰ
ﲱ
ﲲ
ﲳ
ﲴ
ﲵ
ﲶ
ﲷ
ﲸﲹ
ﲺ
ﲻ
ﲼ
ﲽ
ﲾ
Maksud: Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
"Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang
pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk
memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini
adalah kaum yang melampaui batas.
(Surah al-A’raf, 7:80)
Ayat diatas menjelaskan bahawa hubugan songsang merupakan satu perbuatan yang
hina. Allah SWT juga melaknat hambanya yang melakukan hubungan songsang. Sebagai
contoh, Allah SWT mendatangkan bala terhadap kaum nabi Luth yang mengamalkan
amalan songsang dengan menterbalikkan negeri mereka. Antara hukuman terhadap pelaku
dan orang yang mengajak melakukan perbuatan tersebut adalah dijatuhkan hukum bunuh
(Perlakuan, Najib, Ibrahim, & Ahmad, n.d.).
Secara kesimpulannya, media sosial merupakan satu medium yang mampu
memesongkan akidah serta mendapat laknat daripada Allah SWT dan Rasulullah sekiranya
tidak digunakan dengan betul.
RUMUSAN
Secara kesuluruhannya, kita dapat merumuskan bahawa media sosial menyumbang kepada
perkembangan bahasa jika digunakan dengan cara yang betul. Kita sebagai pengguna
media sosial harus sentiasa berhati-hati dan menggunakan bahasa yang sebaik mungkin
untuk mengekalkan keharmonian masyarakat.
RUJUKAN
Ab Halim, Fazlinda, & Muslaini, Mohammad Siraj Munir. (2018). Impak Media Sosial
Terhadap Tingkah Laku Sosial Pelajar di Kolej Vokasional. Online Journal for
TVET Practioners, 3(1).
Abadi, Totok Wahyu, Sukmawan, Fandrian, & Utari, Dian Asha. (2016). Media sosial
dan pengembangan hubungan interpersonal remaja di Sidoarjo. KANAL: Jurnal
Ilmu Komunikasi, 2(1), 95-106.
Abdul Halim, Zainab Zakirah, Azmi, Dania Salsabila, & Marni, Nurazmallail. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Trend Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Abdullah, Nurul Effa Atiekah, & Abdullah, Berhanundin. (2019). Peranan Wanita
Muslimah dalam Dakwah kepada Keluarga dan Masyarakat. Jurnal Islam dan
Masyarakat Kontemporari, 20(1)(Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti
Sultan Zainal Abidin), 16-27.
Ahmad, Selmah, Basiron, Bushrah, Mustari, Mohd Ismail, & Jasmi, Kamarul Azmi.
(2008). Peranan Wanita dalam Berdakwah. In Kamarul Azmi Jasmi & Mohd
Ismail Mustari (Ed.), Wanita dalam Dakwah dan Pendidikan (pp. 141-160).
Universiti Teknologi Malaysia Press: Skudai, Johor Bahru.
Al-Banna, Hasan. (1986). Allah di dalam Akidah Islamiah (Alwi Hasan, Trans.). Kuala
Lumpur: Dewan Pustaka Islam.
204
Al-Basri, Muhammad Hasan. (2011). Ilmu Hikmah: Menyelami Samudera Ilmu Menuju
Mutiara Kebijaksanaan. 19.
Al-Tirmidhi, Muhammad ‘Isa. (1998). Al-Jami‘ al-Kabir - Sunan al-Tarmidhi (Bashar
‘Awad Ma‘ruf Ed. Vol. 1-6). Beirut: Dar al-Girb al-Islami.
Amir, Siti Norain, Johari, Siti Hawa, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2015). Gugatan Akidah:
Bertawakal kepada Selain Allah SWT. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar
Pemantapan Akidah 2015, Dewan Kuliah Khadijah.
Anwar, Fahmi. (2017). Perubahan dan permasalahan media sosial. Jurnal Muara Ilmu
Sosial, Humaniora, dan Seni, 1(1).
Awang, Abdul Hadi. (2007). Akidah Muslim. Batu Caves, Selangor: PTS Islamika / PTS
Publications & Distributors.
Awang, Ramli. (2012). Akidah dalam Kehidupan Muslim. Skudai Johor: Penerbit UTM
Press.
Ayub, Muhammad Syazwan, Rozali, Amirul Azha, & Marni, Nurazmallail. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Kecanduan Penggunaan Menurut Islam. Kertas
Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19),
DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Ayun, Primada Qurrota. (2015). Fenomena remaja menggunakan media sosial dalam
membentuk identitas. Jurnal Channel, 3(2), 1-16.
Azizan, Muhamad Ariffudin, Kariya, Muhammad Azizi, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Penyebaran Budaya Transeksual Menurut
Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019
(SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Azman, Munirah. (2018). Kesan negatif budaya ikut trend media sosial. Retrieved from
https://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/kesan-negatif-budaya-ikut-trend-
media-sosial-1.714782
Azmi, Wan Hussain (1989, June, 1989). Metodologi Dakwah dalam Dunia Moden.
Dakwah.
Budiman, Ahmad. (2017). Berita bohong (hoax) di media sosial dan pembentukan opini
publik. Majalah Info Singkat Pemerintahan Dalam Negeri Isu Aktual, 9.
Doni, Fahlepi Roma. (2017). Perilaku Penggunaan Media Sosial Pada Kalangan Remaja.
Indonesian Journal on Software Engineering, 3(2), 15-23.
Frank Wilkins, Luqman Hakeem, Batumalai, Pragathesh, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Dampak Positif Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Hamzah, Halipah (2012). Pemikiran dakwah Syed Qutb berdasarkan Tafsir Fi Zilal Al-
Quran / Halipah Hamzah. Esteem Academic Journal, 8(2), 106-117.
Haronzah, Muhammad Fairman, Mani, Inthiran, & Wan Embong, Wan Hassan. (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Facebook Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Hasbollah, Nur Syahirah, Md Rashid, Marjan, & Ihwani, Siti Suhaila. (2019, 15 Disember
2019). Media Sosial dan Pelajar Universiti Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Hassan, Mohd. Kamal. (1984). Penghayatan Islam dalam Mempelajari dan
Mengembangkan Ilmu. Petaling Jaya: Universiti Islam Antarabangsa.
Hassan, Zulkefli, & Suyurno, S. Salahudin. (2012). Asas Komunikasi Dakwah.
205
Huijie Lin, Jia Jia, Liqiang Nie, Guangyao Shen, Tat-Seng Chua. (2016). What Does
Social Media Say about Your Stress? Proceedings of the Twenty-Fifth International
Joint Conference on Artificial Intelligence, 3775-3781.
Huijie Lin, Jia Jia, Quan Guo, Yuanyuan Xue, Qi Li, Jie Huang, Lianhong Cai, Ling Feng.
(2014). User-Level Psychological Stress Detection from Social Media Using Deep
Neural Network. Proceedings of the 2014 ACM Conference on Multimedia.
Ibrahim, Awang Yahya. (2004). Ilmu Pengetahuan dan Tujuan Pendidikan Mengikut
Pandangan Islam. Brunei: Pusat Dakwah Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam.
Idris, Mohd Rafizan, Abd Rashid, Ramayadi, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019). Konsep
Amal Makruf dan Nahi Mungkar untuk Pembentukan Masyarakat Cemerlang.
Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Institusi Islam 2019, 5.01 Bangunan Tun
Razak (SPACE), Kuala Lumpur.
Ina Fauzia. (2015). Prinsip dan Ajaran Islam dalam Ilmu Pengetahuan. Retrieved from
http://inafauzia95.blogspot.my/2015/05/prinsip-dan-ajaran-islam-dalam-
ipteks.htm
Iskandar, Norlaila, Basari, Mohd Don, Humairah, Nur, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2015).
Gugatan Akidah: Mencela Para Sahabat. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar
Pemantapan Akidah 2015.
Ismail, Ahmad Munawar. (2009). Pengaruh Akidah Terhadap Penghayatan Akhlak Pelajar-
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Di Malaysia. (Doktor Falsafah), Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Ismail, Ahmad Munawar, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2016). Akidah dan Akhlak dalam
Pendidikan Islam. Skudai, Johor: Penerbit UTM Press.
Ismail, Mohd Shawal, Khor, Shaw Zhan, & Mohamad, Ahmad Marzuki. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Impak Psikologi Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Jalal, Burhanudin. (2017). Dakwah. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklopedia
Pendidikan Islam (Kedua ed., Vol. 1, pp. 39-40). Skudai Johor: Fakulti Tamadun
Islam, Universiti Teknologi Malaysia.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017). Remaja dan Kehidupan Berbatasan dalam Beragama. In
Azmi Kamarul Jasmi (Ed.), Siri 4 Remaja Hebat: Batasan Dan Halangan
Kecemerlangan Remaja Muslim. Skudai Johor: Penerbit UTM Press.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2002). Paradigma Al-Imam al-Nawawi Dalam Pembangunan Insan:
Satu Kajian Teks Terhadap Kitab Riyad al-Solihin: Universiti Malaya: Projek
Sarjana.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2015). Amar Makruf Nahi Mungkar. 1(Johor Darul Takzim:
Universiti Teknologi Malaysia), 11-13.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2016a). Amar Makruf Nahi Mungkar. In Kamarul Azmi Jasmi
(Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 11-13). Skudai Johor:
Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan
Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2016b). Ilmu. In Azmi Kamarul Jasmi (Ed.), Ensiklopedia
Pendidikan Islam. Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam UTM & Persatuan
Cendekiawan Pendidikan Islam (Malaysia).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017a). Amar Makruf Nahi Mungkar. In Kamarul Azmi Jasmi
(Ed.), Ensiklopedia Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 11-13). Skudai
Johor: Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia & Persatuan
Cendekiawan Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES).
206
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017b). Ilmu. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklopedia
Pendidikan Islam (Kedua ed., Vol. 1, pp. 85-87). Skudai Johor: Fakulti Tamadun
Islam UTM & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam (Malaysia).
Jasmi, Kamarul Azmi. (2018). Karekter 7B Mukmin Cemerlang. Jurnal Tinta Artikulasi
Membina Ummah (TAMU), 4(1), 1-22.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2020). Pembangunan Insan Soleh Menurut Perspektif Imam al-
Nawawi. Skudai Johor: Penerbit UTM Press.
Jasmi, Kamarul Azmi , Mustari, Mohd Ismail, & Muhammad, Azhar. (2008). Wanita
dalam Dakwah dan Pendidikan. Johor Bahru, Johor: Universiti Teknologi Malaysia
Press.
Jasmi, Kamarul Azmi, Mustari, Mohd Ismail, & Md Saleh @ Masrom, Siti Fauziyani.
(2004, 25-27 September 2004). Pengaruh Pemikiran al-Nawawi dalam Metodologi
Pendidikan dan Pendakwahan Terhadap Guru-guru Takmir di Negeri Johor. Kertas
Kerja Dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid, Asiania Resort,
Langkawi.
Jasmi, Kamarul Azmi, & Suratman, Azmi Shah. (2007). Pembangunan Modal Insan yang
Sempurna Menurut Perspektif Al-Imam-Al-Nawawi.
Jasmi, Kamarul Azmi, & Tamuri, Ab Halim. (2011). Dasar Akidah Muslim. Skudai Johor:
Penerbit UTM.
Jensani, Muhammad Khairul Nizam, Eswaran, Kumanan, & Mohd Noor, Sulaiman
Shakib. (2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Pembentukan Budaya
Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan
Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga,
UTM Johor.
Johari, Muhammad Hazwan, Baharuddin, Amirul Syafiq, & Ihwani, Siti Suhaila (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Kelestarian Penggunaan Menurut Islam.
Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019
(SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Kamal, Sara, Chu, Shu-Chuan, & Pedram, Mahmood. (2013). Materialism, Attitudes,
and Social Media Usage and Their Impact on Purchase Intention of Luxury
Fashion Goods Among American and Arab Young Generations. Journal of
Interactive Advertising, 13(1), 27-40. doi:10.1080/15252019.2013.768052
Kamarudin, Muhamad Aiman, Mustafa Kamal, Muhamad Syakir, & Safar, Jimain (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Dakwah Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Masyhur, Mustafa. (1985). Al-Dakwah al-Fardiah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Mat Yusoff, Rabiatul ‘Adawiyah, Abdullah Hamami, Nurul Faridah, & Jasmi, Kamarul
Azmi. (2012, 22 September 2012). Adab Percakapan dan Perkembangan Bahasa
Anak-anak. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Pertama Sains, Teknologi dan
Manusia, Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi
Malaysia.
Mohamed, Ahmad Kilani, Muhammad, Azhar, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2003a, 16
October 2003). Kemahiran Membaca dalam Bahasa Arab, Huraian daripada Segi:
Teori, Contoh serta Pengalaman Pengajaran di Universiti Teknologi Malaysia. Kertas
Kerja Dibentangkan di Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan [Siri
Ketiga], Hotel Alison Klana, Seremban, Negeri Sembilan.
Mohamed, Ahmad Kilani, Muhammad, Azhar, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2003b).
Permasalahan Pengajaran Nahu Bahasa Arab Kepada Pelajar Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Pengajian Islam) UTM. Kertas Kerja Dibentangkan di Fourth
207
International Seminar on LSP in Practise: Responding to Challenges, Fakulti
Pengurusan dan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamed, Hanafi. (1999). Tegakkan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar. Kuala Lumpur:
Hidayah Publishers.
Mohd Azmi, Mohamad Rafiuddin, Kamalanathan, Sasikumar, & Safar, Jimain. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Generasi Muda Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Moktar, Noor Athirah, Abdul Halim, Areen Sherryna, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Kaedah Pengajaran Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Muhamad Shukri, Abdul Salam. (2004). Panduan Mengajar Akidah Kanak-kanak. Pahang:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Muhammad Azrin, Muhammad Fiqri, Moorthy, Vishnukumar Krishna, & Jasmi,
Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Perhubungan Sesama
Manusia Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi
dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga,
UTM Johor.
Muna, Resti Fauzul, & Astuti, Tri Puji. (2014). Hubungan antara kontrol diri dengan
kecenderungan kecanduan media sosial pada remaja akhir. Empati, 3(4), 481-491.
Munmun De Choudhury, Scott Counts, Eric Horvitz. (2013). Social Media as a
Measurement Tool of Depression in Populations. Proceeding WebSci '13
Proceedings of the 5th Annual ACM Web Science Conference, Pages 47-56.
Muslim, al-Hajjaj. (t.th.). Sahih Muslim (Vol. 1-8). Beirut: Dar al-Fikr.
Mustafah, Che Su, & Megat Ibrahim, Nan Zakiah. (2014). Persepsi dan Penggunaan
Media Sosial dari Perspektif Ibu Bapa: Satu Analisis Kualitatif. Jurnal Komunikasi
(Malaysian Journal of Communication), 20(Special Issue), 43-74.
Mustari, Mohd Ismail, Jasmi, Kamarul Azmi, Muhammad, Azhar, & Yahya, Rahmah.
(2012, 8-9 March 2012). Model Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Kertas
Kerja Dibentangkan di Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam
[SEAPPI2012], Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor Bahru.
Mustari, Mohd, Muhammad, Azhar, Noor, Mohd, Shakib, Sulaiman, Mohamed, Ahmad
Kilani, Abdullah, Abdul Hafiz, . . . Marni, Nurazmallail. (2006). Pemetaan
Dakwah di Negeri Johor: Kajian Lokasi, Metodologi & Pengaplikasiannya di Skudai,
Kulai, Pasir Gudang dan Johor Bahru. Retrieved from Johor Bahru, Johor:
http://eprints.utm.my/2769/1/75203.pdf
Nazir, Muhammad Izzuddin, Che Noh, Muhammad Irfan Zikri, & Basiron, Bushrah.
(2019, 15 Disember 2019). Media Sosial dan Wanita Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nor Jefri, Nurul lzzaty, Shaharin, Nuraisyah Syakirin, & Jasmi, Kamarul Azmi (2019, 15
Disember 2019). Media Sosial dan Pembentukan Masyarakat Menurut Islam. Kertas
Kerja Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19),
DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Norazman, Hasan, Kumar, Krishanth, & Basiron, Bushrah. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Perpustakaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di
Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti
Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nordin, Nur Hidayu, Mohammad, Nur Syuhada, & Mohamad, Ahmad Marzuki. (2019,
15 Disember 2019). Media Sosial dan Instagram Menurut Islam. Kertas Kerja
208
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Nugraha, Mukhlas. (2017). Konsep Ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah dan Kepentingan
Amalannya dalam Kurikulum Pendidikan Islam. TAFHIM: IKIM Journal of Islam
and the Contemporary World, 10, 103–149.
Nurrizka, Annisa Fitrah. (2016). Peran Media Sosial di Era Globalisasi Pada Remaja di
Surakarta Suatu Kajian Teoritis dan Praktis Terhadap Remaja dalam Perspektif
Perubahan Sosial. Jurnal Analisa Sosiologi, 5(1), 28-37.
Omar, Nizaita (2006). Perkembangan Ilmu Perubatan: Sebelum dan Selepas Kedatangan
Islam. Jurnal Pengajian Umum Bil., 7.
Pandie, Mira Marleni, & Weismann, Ivan Th J. (2016). Pengaruh Cyberbullying di Media
Sosial terhadap perilaku reaktif sebagai pelaku maupun sebagai korban
cyberbullying pada siswa kristen SMP Nasional Makassar. Jurnal Jaffray, 14(1), 43-
62.
Primack, Brian A., Shensa, Ariel, Escobar-Viera, César G., Barrett, Erica L., Sidani, Jaime
E., Colditz, Jason B., & James, A. Everette. (2017). Use of multiple social media
platforms and symptoms of depression and anxiety: A nationally-representative
study among U.S. young adults. Computers in human behavior, 69, 1-9.
doi:10.1016/j.chb.2016.11.013
Putri, Wilga, Nurwati, Nunung, & Santoso, Meilanny. (2016). Pengaruh Media Sosial
Terhadap Perilaku Remaja. Prosiding Penelitian dan Pengabdian kepada
Masyarakat, 3(1), 1-154. doi:10.24198/jppm.v3i1.13625
Putri, Wilga Secsio Ratsja, Nurwati, Nunung, & Budiarti, Meilanny (2016). Pengaruh
media sosial terhadap perilaku remaja. Prosiding Penelitian dan Pengabdian kepada
Masyarakat, 3(1).
Rahim, Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. (2017). Penggunaan Media Sosial dan
Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Terbentuknya Gerakan Sosial. Journal of Social
Sciences and Humanities, 12(2), 87-101.
Rahmadini, Yulia, & Halim, Rizal Edy. (2018). The Influence of Social Media Towards
Emotions, Brand Relationship Quality, and Word of Mouth (WOM) on Concert’s
Attendees in Indonesia. Kertas Kerja Dibentangkan di MATEC Web of
Conferences.
Rahman, Abd Zaharuddin (2010). Mutiara Akidah & Ibadat. Selangor: Group Buku
Karangkraf Sdn Bhd.
Ramiluddin. (2017). Konsep Amar Ma'ruf Nahi Mungkar Menurut Drs. H. Rahman
Kaoy.
Razali, Nurul Afiza, Hera, Noor, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2019, 15 Disember 2019).
Media Sosial dan Impak Negatif Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di
Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3, N29, Fakulti
Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Rosli, Tasnim, Muniandy, Yogenathan, & Jasmi, Kamarul Azmi (2019, 15 Disember
2019). Media Sosial dan Impak Tingkah Laku Menurut Islam. Kertas Kerja
Dibentangkan di Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19), DP3,
N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM Johor.
Sabiq, Sayid. (1994). Akidah Islam Pola Hidup Manusia Beriman (Vol. 2). Kyodo Printing
Co (S'pore) Pte Ltd 112 Neythal Road, Jurong Town. Singapore 2262: Pustaka
Nasional Pte Ltd Singapura.
Seaman, Jeff, & Tinti-Kane, Hester. (2013). Social Media dor Teaching and Learning.
London, England: Pearson Learning Systems.
209
Sherlyanita, Astrid Kurnia, & Rakhmawati, Nur Aini. (2016). Pengaruh dan pola aktivitas
penggunaan internet serta media sosial pada siswa SMPN 52 Surabaya. Journal of
Information Systems Engineering and Business Intelligence, 2(1), 17-22.
Sholeh, Khudori (2007). Pokok Pikiran Tentang Paradigma Integrasi dan Agama dalam
Intelektualisme Islam : Melacak Akar-akar Integrasi Ilmu dan Agama. Malang:
LKQS UIN Malang.
Suardani, A., Ardana, K., & Putra, Adnyana. (2013). Pengaruh Model Pembelajaran
SQ4Rterhadap Keterampilan Membaca dalam Pembelajaran Bahasa Indonesia
Siswa Kelas V Sd Gugus I Denpasar Selatan. Mimbar PGSD, 1(1), 1-10.
Sulaiman, Nurul Hidayah, Kamaruddin, Nor Kamilah, & Jasmi, Kamarul Azmi. (2015).
Gugatan Akidah: Mengingkari dan Mencela Rasulullah. Kertas Kerja Dibentangkan
di Seminar Pemantapan Akidah 2015.
Suliman, Muhammad Qutaibah, Muhammad Shah, Muhammad Inamul Hasan, &
Mohd Nor, Sulaiman Shakib. (2015). Gugatan Akidah: Reda dengan Kekafiran.
Kertas kerja Dibentangkan di Seminar Pemantapan Akidah 2015, Dewan Kuliah
Khadijah.
Taher, Tarmizi (2002). Menyegarkan Akidah Tauhid Insani: Mati di Era Klenik. Jakarta:
Gema Insan Press.
Ujang, Zaini. (2009). Menghayati Budaya Ilmu, Faham Ilmu, Amalan dan Panduan (2nd
Ed.). Selangor: Penerbit UTM.
Wan Daud, Wan Mohd. Nor. (1990). Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan
Tamadun. Jurnal Pendidikan Islam, 3(1), 51-67.
Wan Embong, Wan Hassan. (2014). Keberkesanan Pengajaran Pendidikan Akidah
Tingkatan 4: Kajian ke atas Guru-guru Cemerlang Pendidikan Islam di Daerah Johor
Bahru. (Doktor Falsafah Hard Copy), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Watie, Errika Dwi Setya. (2016). Komunikasi dan media sosial (communications and
social media). Jurnal The Messenger, 3(2), 69-74.
Yani, H.A. 160 Materi Dakwah Pilihan. Jakarta: Gema Insani.
Yusuf, Nashruddin (2011). Perspektif Islam tentang Pengintegrasian ilmu Akhlak Dalam
Pembelajaran Ilmu Sains dan Penerapannya di Lembaga Pendidik Islam. (Journal),
Universitas Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Lembaga Penelitian dan Pengabdian.
(Vol 14, No.2)
Zaidan, Abdul Karim. (2002). Islam dan Dakwah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Ari, L. G. B. T. D., & Osial, K. O. S. (2018). M Emahami K Onsep L Esbian , G Ay , B
Iseksual D An T Ransgender. (November), 7–8.
Chuah, K. (2014). Aplikasi Media Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris : Persepsi
Pelajar Universiti. (July 2013). https://doi.org/10.33736/ils.1680.2013
Fauzi, N. (2017). Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia Tanpa Sempadan : Suatu
Kebaikan Atau Keburukan ? Ketua Penolong Pengarah Program Litigasi.
Jalal, B., Ismail, A. S., & Ghani, S. A. (2018). Pendekatan Dakwah untuk Cabaran Masa
Depan : Satu Soroton. 4(1).
Kajian, S., Perspektif, D., & An, A.-Q. U. R. (2015). No Title. (September), 14–25.
Nahar, N., Sangi, S., Baniear Salvam, D. A., Rosli, N., & Abdullah, A. H. (2018). Impak
Negatif Teknologi Moden Dalam Kehidupan Dan Perkembangan Kanak-Kanak
Hingga Usia Remaja (Negative Impact of Modern Technology To the Children’S
Life and Their Development). UMRAN - International Journal of Islamic and
Civilizational Studies, 5(1), 87–99.
https://doi.org/10.11113/umran2018.5n1.181
Pengaruh pemikiran liberal dalam media sosial. (2017). (September), 292–311.
Perlakuan, B., Najib, M., Ibrahim, M., & Ahmad, K. (n.d.). Hadis-Hadis Sahih.
Syuhaidi, M., & Bakar, A. (2018). Aliran Pertuturan Bahasa Rojak Dalam Kalangan
210
Pengguna. (June). https://doi.org/10.13140/RG.2.2.21870.92485
Zakariya, N., & Mohamad, A. B. U. D. (n.d.). Media Sebagai Wasilah Dakwah.
Hadis http://www.islam.gov.my/e-hadith/658-tuntutlah-ilmu;
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1122-irsyad-al-hadith-siri-
ke-109-kelebihan-menuntut-ilmu; https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-
hadith/2348-irsyad-al-hadith-siri-ke-259-diam-daripada-kebenaran-syaitan-bisu