Experiment FindingsPDF Available

Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal

Authors:

Abstract

Gelandangan dan golongan miskin di bandar besar sering digambarkan sebagai seseorang, sekumpulan (sekeluarga), atau segolongan orang yang papa kedana, hidup merayau dari satu tempat ke satu tempat mengharapkan bantuan daripada pihak lain dengan mengemis, meminta sedekah, atau mencari sisa makanan di tong atau tempat buangan sampah. Gelandangan juga dikaitkan dengan masalah kebersihan dan kecantikan bandar terutama di kawasan tumpuan pelancong kerana dikatakan suka membuang sampah serta tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai. Konotasi ini juga melabelkan mereka dengan aktiviti mengemis dan meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan yang turut menyumbang pelbagai masalah sosial, isu keselamatan, serta menjejaskan imej bandar dengan pandangan yang kurang elok untuk dilihat oleh pelancong. Kajian ini mendalami isu dan faktor gelandangan serta sumbangan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Dapur Jalanan dalam membantu golongan ini. Data yang dikutip menggunakan soal selidik secara bersemuka. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 63.0 peratus fenomena gelandangan disebabkan tiada pekerjaan manakala bakinya hanya memperoleh pendapatan rendah secukup hidup. Sejumlah 53.4 peratus hidup bergelandangan di jalanan tanpa rumah manakala selebihnya menumpang rumah kenalan atau rumah sewa. Pelbagai bantuan memberi impak yang signifikan perlu diperluas dan diselaraskan agar segala bantuan lebih menjurus kepada kumpulan sasaran.
Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal.
Sintok, Kedah.
1
Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan Awal
Fuad Mohamed Berawi
&
Noor Amalina Ismail
Abstrak
Gelandangan dan golongan miskin di bandar besar sering digambarkan sebagai seseorang, sekumpulan
(sekeluarga), atau segolongan orang yang papa kedana, hidup merayau dari satu tempat ke satu tempat
mengharapkan bantuan daripada pihak lain dengan mengemis, meminta sedekah, atau mencari sisa
makanan di tong atau tempat buangan sampah. Gelandangan juga dikaitkan dengan masalah kebersihan dan
kecantikan bandar terutama di kawasan tumpuan pelancong kerana dikatakan suka membuang sampah serta
tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai. Konotasi ini juga melabelkan mereka dengan aktiviti mengemis
dan meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan yang turut menyumbang pelbagai masalah sosial,
isu keselamatan, serta menjejaskan imej bandar dengan pandangan yang kurang elok untuk dilihat oleh
pelancong. Kajian ini mendalami isu dan faktor gelandangan serta sumbangan organisasi bukan kerajaan
(NGO) yang dikenali sebagai Dapur Jalanan dalam membantu golongan ini. Data yang dikutip
menggunakan soal selidik secara bersemuka. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 63.0 peratus
fenomena gelandangan disebabkan tiada pekerjaan manakala bakinya hanya memperoleh pendapatan
rendah secukup hidup. Sejumlah 53.4 peratus hidup bergelandangan di jalanan tanpa rumah manakala
selebihnya menumpang rumah kenalan atau rumah sewa. Pelbagai bantuan memberi impak yang signifikan
perlu diperluas dan diselaraskan agar segala bantuan lebih menjurus kepada kumpulan sasaran.
Keywords: gelandangan; miskin bandar; organisasi bantuan gelandangan; Dapur Jalanan
1. PENGENALAN
Rumah vs. Gelandangan
Orang yang memiliki rumah ialah orang yang mempunyai kediaman dalam suatu ruang fizikal yang
menyediakan keperluan asas fisiologi, identiti, rasa keempunyaan, keselamatan, serta menyediakan
kesejahteraan emosi. Orang yang tidak memiliki rumah pula digelar gelandangan iaitu golongan orang
yang tiada tempat tinggal (rumah atau kediaman). Golongan ini biasanya dikaitkan dengan orang yang tiada
pendapatan (pekerjaan), tidak sempurna makan minum (makanan asasi), serta tiada keselamatan yang tetap,
wajar, dan mencukupi untuk memenuhi keperluan fisiologi yang paling asas. Gelandangan adalah masalah
global yang wujud di seluruh dunia termasuk di negara maju seperti Jerman, Amerika Syarikat, United
Kingdom, Kanada, Perancis, Itali, dan Jepun (Jadual 1.1).
Jadual 1.1 Taburan gelandangan tertinggi di 10 negara seluruh dunia 2004-2014 (orang).
Bil.
Negara
Jumlah
Tahun
Bil.
Negara
Tahun
1.
Nigeria
24,400,000
2007
6.
Haiti
2010
2.
Afrika Selatan
7,000,000
2007
7.
Venezuela
2012
3.
Rusia
5,000,000
2014
8.
India
2011
4.
Indonesia
3,000,000
2004
9.
Zimbabwe
2013
5.
China
2,579,000
2011
10.
Honduras
2013
Sumber: List of countries by homeless population (2017).
Gelandangan juga wujud di negara yang dianggap sebagai paling makmur seperti New Zealand, Norway,
Finland, Switzerland, dan Kanada (Jadual 1.2).
Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal.
Sintok, Kedah.
2
Jadual 1.2 Taburan gelandangan di 10 negara yang paling makmur* (orang).
Bil.
Negara
Jumlah
Bil.
Negara
Jumlah
1.
New Zealand
41,207
6.
Australia
105,237
2.
Norway
6,259
7.
Belanda
31,000
3.
Finland
7,200
8.
Sweden
34,000
4.
Switzerland
1,500
9.
Denmark
6,138
5.
Kanada
200,000
10.
United Kingdom
307,000
* Indeks Kemakmuran Institut Legatum London (2018).
Sumber: Martin (2018, Februari 12).
Gelandangan di Malaysia
Seperti negara lain, insiden gelandangan juga telah lama wujud di Malaysia. Golongan ini hidup merempat
dengan menumpang sama ada di pusat penempatan yang disediakan oleh agensi kerajaan, organisasi bukan
kerajaan (NGO), atau badan kebajikan. Terdapat gelandangan yang menghuni lorong di belakang bangunan
(Keluarga jalanan rasai nikmat raya, 2015, Julai 18), bangunan tinggal (Bangunan jadi rumah perlindungan,
2014, Julai 10), rumah terbiar, atau tidur di kaki lima (Azmi Anuar, 2012, Julai 26), malah bahkan tidur di
dalam kotak,sama ada secara tetap atau pun berpindah-randah. Lebih menyedihkan apabila terdapat
sekeluarga yang menghuni ruang di bawah jambatan bersama anak-anak (Amir Hafiz, 2014, Mei 19) atau
bayi yang masih kecil. Sebahagian gelandangan yang berpindah-randah lokasi harian juga tidak menentu
dari wakaf ke stesen bas atau teksi, dan juga kolong.
Badan atau pertubuhan yang membantu gelandangan
Sungguhpun insiden gelandangan sentiasa wujud, kebanyakan negara di dunia mempunyai pelbagai badan
atau pertubuhan yang membantu golongan kurang bernasib baik ini. Badan yang menyediakan khidmat
untuk membantu golongan yang tiada tempat tinggal ini merangkumi organisasi bukan kerajaan (NGO),
pertubuhan agama, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan korporat (swasta), pihak
berkuasa tempatan (PBT), dan juga individu yang menyediakan makanan, pakaian, perlindungan (tempat
tinggal atau katil untuk bermalam), kebersihan, perubatan, rujukan pekerjaan, dan khidmat nasihat (Rajah
1.1).
Rajah 1.1 Badan yang membantu gelandangan dan bentuk bantuan.
Organisasi bukan kerajaan (NGO)
Makanan
Pertubuhan agama
Pakaian
Agensi kerajaan
Perlindungan
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
Kebersihan
Badan korporat (swasta)
Perubatan
Pihak berkuasa tempatan (PBT)
Rujukan pekerjaan
Individu
Khidmat nasihat
Latar Belakang Kajian
Terdapat banyak badan dan organisasi yang membantu gelandangan di sekitar Kuala Lumpur ialah Kechara
Soup Kitchen, Pertiwi Soup Kitchen, Reach Out Malaysia, Anjung Singgah YKN, dan Archdiocesan Office
for Human Development. Bantuan yang diberikan ialah menyedia dan mengedarkan makanan, minuman,
perubatan, pendidikan, kaunseling, perlindungan untuk wanita dan kanak-kanak termasuk kanak-kanak
HIV, pesakit AIDS, program anak angkat, pakaian untuk keluarga miskin, serta menyediakan tempat tinggal
sementara. Antara organisasi yang aktif membantu gelandangan ialah Dapur Jalanan Kuala Lumpur
(DJKL).
Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal.
Sintok, Kedah.
3
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
Dapur Jalanan ini ditubuhkan di Kota Raya iaitu di Kelab Bangsar Utama, Kuala Lumpur pada tahun 2014
oleh sekumpulan anak-anak muda yang ingin membuat kerja kebajikan kepada masyarakat kerana
menyedari bahawa masih terdapat masalah kemiskinan tegar yang meruncing di terutama di pusat bandar.
Hasil daripada perbincangan dan perancangan maka tertubuhnya Dapur Jalanan yang didanai sepenuhnya
oleh orang ramai yang menyokong kerja bakti ini. Pertubuhan ini kemudiannya didaftar secara rasmi pada
Disember 2017 sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan mesyuarat agung pertama
diadakan di markas DJKL dengan moto Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa (Dapur Jalanan Kuala
Lumpur, 2018, Februari 24). Aktiviti Dapur Jalanan tertumpu di sekitar Pejabat Pos, Jalan Panggung Kuala
Lumpur. Ia pejabat pos tertua di Kuala Lumpur (yang diasaskan pada 1911) tetapi tidak beroperasi lagi.
Pada masa kini bangunan ini bertukar menjadi sebuah Restoran Malaya Hainan yang menyumbangkan
bekalan air bersih kepada aktiviti Dapur Jalanan Kuala Lumpur untuk mencuci pinggan mangkuk.
Pernyataan Masalah
Dari segi psikologi, keperluan manusia yang paling asas untuk terus hidup ialah makanan, pakaian, dan
tempat tinggal. Keperluan ini disebut sebagai keperluan fisiologi (Rajah 1.2) iaitu keperluan paling utama
yang mesti dipenuhi oleh manusia sebelum keperluan lain seperti keselamatan, kasih sayang, penghargaan,
dan kesempurnaan diri (Maslow, 1943).
Rajah 1.2 Hierarki keperluan Maslow.
Kegagalan memenuhi keperluan asas terutama makanan dan tempat tinggal menjadikan seseorang (atau
sekumpulan orang) terjebak dalam kelaparan dan gelandangan yang tidak mewajarkannya menjalani hidup
sebagai manusia normal. Fenomena kelaparan dan gelandangan terutama di kota besar adalah manifestasi
kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Islam menggalakkan setiap anggota masyarakat untuk saling membantu bukan saja dari segi spirituil tetapi
juga dari segi fizikal dan material demi kebaikan dan kemaslahatan bersama. Firman Allah dalam surah al-
Maaidah () 5:2
“... Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan kepada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat
azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)”
(al-Quran)
Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal.
Sintok, Kedah.
4
Objektif Kajian
Secara khususnya objektif kajian ini adalah:
1. Mengumpul maklumat demografi golongan gelandangan dan miskin tegar.
2. Menganalisis faktor dan masalah dihadapi oleh golongan gelandangan dan miskin tegar.
Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat yang penting kepada organisasi yang menguruskan
gelandangan terutama bagi menggalakkan penglibatan lebih banyak sukarelawan dalam menyumbang
kepada kerja-kerja kebajikan. Di samping itu diharap juga dapat memudahkan pihak organisasi menyelaras
dan mengagih tugas sukarelawan ke arah pengurusan yang lebih cekap dan berkesan. Selain itu diharapkan
kajian dapat mempromosikan kerja-kerja sukarela dan kebajikan masyarakat bagi melahirkan masyarakat
yang lebih sensitif dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Kajian ini juga diharap dapat
dijadikan panduan kepada penyelidik lain yang turut mengkaji isu dan permasalahan yang sama dan
menjadi asas kepada kajian-kajian lain pada masa hadapan.
2. SOROTAN KARYA
Umumnya fenomena gelandangan di Malaysia dikaitkan dengan masalah ketiadaan pekerjaan, kemiskinan,
pendapatan rendah, warga emas, sebatang kara, penagih dadah, ketagihan minuman keras, dan juga
masalah mental. Tinjauan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) mendapati isu gelandangan di Kuala Lumpur (Pelaksanaan zon sifar gelandangan,
2014, Julai 04), berpunca daripada:
bekas banduan
penagihan dadah/arak
ditinggalkan keluarga
penyakit melarat
ketidakupayaan mengurus diri
tiada pekerjaan
masalah mental/kemurungan
warga asing tiada pekerjaan
miskin
warga emas yang terabai
Kawasan yang menjadi tumpuan gelandangan pula tertumpu di sekitar;
Bank Negara
Jalan Tiong Nam (Chow Kit)
Bulatan Sultan Mohamad
Jalan Tuanku Abdul Rahman
Central Market
Masjid Jamek
Dataran Merdeka
Masjid Negara
Jalan Masjid India
Menara Maybank
Jalan Silang
Mydin Kotaraya
Terdapat sekurang-kurangnya 12 NGO yang aktif mengedar makanan kepada golongan gelandangan ini
mengikut hari, waktu, dan lokasi popular pengagihan makanan seperti;
Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee
Masjid Negara
Dataran Kota Raya
Pasar Seni
Kota Raya
Pudu Sentral
Masjid India
Stesen Bas Klang
Kajian Rafiza (2015) pula menunjukkan antara sebab utama gelandangan ialah ketiadaan pekerjaan, miskin
kerana pendapatan rendah, serta miskin, tua, dan hidup sebatang kara (Jadual 1.3).
Jadual 1.3 Sebab utama gelandangan.
Sebab gelandangan
Peratus
Sebab gelandangan
Peratus
Ketiadaan pekerjaan
46.6
Bekas banduan
1.2
Miskin berpendapatan rendah
17.7
Ketidakupayaan
1.1
Miskin, tua, dan sebatang kara
10.5
Lari dari rumah
1.0
Penagihan dadah
4.8
Masalah keluarga
0.6
Pengabaian
4.4
Kemurungan
0.5
Miskin dan Tua
3.6
Penagihan arak
0.5
Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal.
Sintok, Kedah.
5
Masalah mental
2.2
Warga asing terdampar
0.4
Sakit melarat
2.1
Penerimaan keluarga
0.2
Tiada tempat tinggal
1.9
Tidak dapat dikenal pasti
1.0
Jumlah
100.0
Terdapat pelbagai organisasi bantuan gelandangan secara berkala dan tidak berkala yang membantu
gelandangan merangkumi syarikat korporat, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, dan kerajaan
(kementerian) sendiri.
Organisasi bantuan gelandangan secara berkala
Antara organisasi dan pertubuhan yang memberi bantuan kepada gelandangan secara berkala ialah;
1. Kechara Soup Kitchen mengedarkan makanan, perubatan, dan kaunseling (Kechara, 2018).
2. Pertiwi Soup Kitchen mengedarkan makanan, minuman, perubatan, perlindungan kanak-kanak HIV+,
dan anak angkat (Pertiwi, 2018).
3. Reach Out Malaysia mengedarkan makanan, barangan rumah, sarapan untuk kanak-kanak yang
bersekolah, dan pakaian untuk keluarga miskin (Reach Out, 2012).
4. Anjung Singgah YKN menyediakan tempat tinggal sementara, makan, dan minum. (Yayasan
Kebajikan Negara, Malaysia, 2012).
5. Archdiocesan Office for Human Development menyediakan makanan, perlindungan untuk wanita dan
kanak-kanak, pendidikan, serta perlindungan kepada penghidap HIV dan pesakit AIDS (Archdiocesan
Office for Human Development, 2018).
6. Community Excel Service menyediakan makanan dan kemahiran hidup (Community Excel Service,
2018).
7. Grace Community Services Center menyediakan makanan, rumah anak yatim, anak mangsa penderaan
dan pengabaian ibu bapa, , minuman keras, penagihan dadah serta rumah perlindungan dan kaunseling
untuk gadis yang hamil di luar nikah (Grace Community Services Center, 2018).
8. PJ Care Home menyediakan perlindungan kepada gelandangan yang mengalami gangguan jiwa dan
pesakit mental yang tidak mempunyai tempat tinggal (PJ Caring Home, 2018).
9. Global Street Mission membantu pemulihan ketagihan arak, dadah, perlindungan kepada pesakit HIV,
pusat pemulihan perempuan, kanak-kanak mangsa penderaan, terabai, remaja bermasalah, rumah orang
tua, pusat meningkatkan kemahiran penghuni untuk berdikari, penginapan waktu malam, makanan,
kaunseling, serta kemudahan tempat mandi untuk golongan gelandangan termasuk juga pelacur
(Global Street Mission, 2018).
10. The Nasi Lemak Project menyediakan makanan dan minuman (Ahmad Hasif Ahmad Hilmi, 2014,
Disember 26).
Organisasi bantuan gelandangan secara tidak berkala
Antara organisasi dan pertubuhan yang memberi bantuan kepada gelandangan secara tidak berkala ialah;
1. Mercy Malaysia (MERCY) atau Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Relief
Society) menyediakan bantuan sukarelawan (Mercy Malaysia, 2018).
2. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengedar kit bantuan Ramadan kepada gelandangan (RNR konvoi
bantuan homeless beri bantuan kepada gelandangan, 2016, Julai 21).
3. Majlis Belia Malaysia (MBM) menganjurkan acara Midnite Run: Food for homeless dengan mengedar
makanan di sekitar KOMTAR Pulau Pinang, Masjid Kapitan Keling, dan Penang Road (Isu
gelandangan tiada berpenghujung, 2013, Februari 16).
4. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengedar makanan (Pertubuhan IKRAM Malaysia, 2016,
Februari 19).
5. Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Hulu Klang menyediakan makanan dan minuman
(Nik Hafizul Baharuddin, 2016, Oktober 31).
Badan korporat
Terdapat juga badan korporat yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat (corporate social
responsibility atau CSR).
1. Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengedar makanan dan minuman (Dr. Jessica Ong, 2013,
Januari 16).
Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal.
Sintok, Kedah.
6
2. Encorp Berhad (Encorp) menganjurkan program ‘A Night With Homeless’ dengan menyediakan
makanan, minuman, dan khidmat memotong rambut percuma (Nik Hafizul, 2016, Oktober 03).
3. KFC dan Pizza Hut bersama World Hunger Relief (WHR) mengedar makanan dan minuman iaitu nasi,
protein, sayur-sayuran, dan buah-buahan, serta minuman (A meal that made the homeless smile, 2015,
Julai 02).
Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan
Agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan atau GLC (Government-linked company) yang turut
membantu ialah:
1. Kementerian Wilayah Persekutuan
2. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
3. Malaysia Resources Corporation Bhd. (MRCB)
Ketiga-tiga agensi dan GLC tersebut bekerjasama membina Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang
terletak di Jalan Pahang, berkeluasan 1,319 meter persegi untuk gelandangan dengan kos RM3 juta sebagai
inisiatif tanggungjawab sosial korporat (Najib rasmi Pusat Transit Gelandangan, 2016, Februari 27).
Kerajaan
Jabatan atau kementerian kerajaan yang membantu golongan gelandangan ialah:
1. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menganjurkan program bantuan terhadap gelandangan pada
bulan puasa (Dr. Jessica Ong, 2013, Januari 16).
2. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menubuhkan Pusat Sehenti
Intervensi iaitu pusat bantuan dan perlindungan di Anjung Singgah dengan kerjasama Yayasan
Kebajikan Negara (YKN) (Dr. Jessica Ong, 2013, Januari 16).
3. Anjung Singgah mendapatkan lesen daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi melatih
gelandangan berdikari (Dr. Jessica Ong, 2013, Januari 16).
4. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)
pendidikan untuk kanak-kanak jalanan di sekitar Kuala Lumpur (Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih,
2017).
3. METODOLOGI KAJIAN
Kajian terhadap ini dijalankan dengan kerjasama Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL) yang dikendalikan
oleh sukarelawan yang menjalankan kerja bakti dengan menyediakan makanan kepada warga miskin
terutama gelandangan di sekitar Jalan Panggung, Kuala Lumpur pada setiap hari Ahad jam 5.00 petang.
Dapur Jalanan ini juga merupakan satu projek kemasyarakatan yang berbentuk aktiviti memerangi
kemiskinan tegar di bandar melalui kempen kesedaran. Jalan Panggung, Kuala Lumpur yang menjadi
tempat operasi terletak 100 meter dari Pasar Seni dan Petaling Street, menjadikan ia destinasi penyediaan
makanan yang mudah untuk dikunjungi kerana hampir semua kemudahan pengangkutan awam yang
tertumpu berhampiran dengan lokasi ini. Stesen LRT (light rail transit) Pasar Seni, laluan KTM (Kereta
Api Tanah Melayu), persinggahan bas dari destinasi utama seperti Seremban dan Rapid KL dari stesen
Masjid Jamek.
Teknik Kajian
Kaedah pengumpulan maklumat
Kajian ini mengumpul maklumat secara terus daripada responden menggunakan borang soal selidik
menggunakan kaedah tinjauan iaitu menjalankan sesi temu bual terhadap responden secara bersemuka bagi
mendapatkan kesan, pemahaman, dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi.
Instrumen kajian
Maklumat dianalisis, disusun, dan dipersembahkan dengan menggunakan (Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) dan MsExcell.
Skop Kajian
Responden kajian terdiri daripada gelandangan dan golongan miskin yang mendapatkan bantuan makanan
di Dapur Jalanan Kuala Lumpur (DJKL) iaitu sebuah organisasi sukarela yang digerakkan oleh semua
orang tanpa mengira bangsa. Teknik pensampelan yang digunakan ialah pensampelan rawak mudah selesa.
Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal.
Sintok, Kedah.
7
4. DAPATAN KAJIAN
Profil demografi responden
Kajian berjaya menemu bual sebanyak 73 orang responden dalam lingkungan umur antara 26 sehingga 75
tahun dengan taburan peratusan yang agak setara (Jadual 1.3). Dari segi tempat tinggal, 53.4 peratus
menyatakan yang mereka hidup gelandangan dengan tidur di jalanan disebabkan faktor seperti kekurangan
wang, dibuang keluarga, serta tiada rakan atau saudara mara untuk dihubungi. Sebanyak 17.8 peratus
menumpang di rumah kawan, 16.4 peratus tinggal di rumah atau bilik sewa yang murah, 6.8 peratus
menumpang di Pusat Transit Gelandangan, 5.4 peratus menumpang di rumah abang, kakak, atau saudara
(Jadual 1.4).
Jadual 1.3 Umur responden.
Umur
Peratus
26 35 tahun
15
36 45 tahun
27
46 55 tahun
26
56 65 tahun
25
66 75 tahun
27
Jumlah
100
Jadual 1.4 Tempat tinggal.
Tempat
Peratus
Jalanan
53.4
Rumah kawan
17.8
Rumah sewa/bilik
16.4
Pusat Transit Gelandangan
6.8
Rumah abang/kakak/saudara
5.4
Jumlah
100.0
Bilangan gelandangan lelaki melebihi perempuan iaitu 74 berbanding 26 peratus dengan kebanyakan
responden lelaki yang ditemui terdiri daripada mereka yang tiada pekerjaan. Sebanyak 53 peratus
gelandangan beragama Islam, 26 peratus Buddha, dan 21 peratus Kristian (Rajah 1.3), manakala 56 peratus
masih bujang, 21 peratus telah pun berkahwin, dan 23 peratus lagi duda atau janda (Rajah 1.4).
21
26
53
36
74
020 40 60 80
Kristian
Buddha
Islam
Perempuan
Lelaki
Rajah 1.3 Jantina dan agama (peratus).
Bujang; 56
Duda/janda;
23
Kahwin; 21
Rajah 1.4 Status perkahwinan (peratus).
Dari segi bangsa, gelandangan Melayu berjumlah 48 peratus, Cina 27, India 15 dan lain-lain 10 peratus
yang terdiri daripada pendatang Singapura, Indonesia, Vietnam, Myanmar, dan Bangladesh (Rajah 1.5).
Sebanyak 84 peratus gelandangan yang mendapatkan makanan daripada Dapur Jalanan adalah warganegara
Malaysia, 6 peratus warga Singapura, 5 peratus Vietnam, 3 peratus Indonesia, serta masing-masing 1
peratus dari Myanmar dan Bangladesh (Rajah 1.6).
10
15
27
48
010 20 30 40 50 60
Lain-lain
India
Cina
Melayu
Rajah 1.5 Bangsa gelandangan (peratus).
1
1
3
5
6
84
020 40 60 80 100
Bangladesh
Myanmar
Indonesia
Vietnam
Singapura
Malaysia
Rajah 1.6 Negara asal gelandangan (peratus).
Dari segi pendidikan, hanya 23 peratus gelandangan yang menerima formal manakala baki 77 peratus
tidak. Bagi mereka yang pernah mendapat pendidikan formal, sebanyak 74 peratus tidak menamatkan
Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal.
Sintok, Kedah.
8
persekolahan, manakala 14 peratus lagi berjaya menamatkan sijil Penilaian Menengah Rendah atau PMR,
dan 12 peratus Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM (Rajah 1.7). Seterusnya 50 peratus menyatakan mereka
mendapatkankan bantuan makanan daripada Dapur Jalanan adalah disebabkan kerana ketiadaan wang
untuk membeli makanan manakala 50 peratus lagi menyatakan bahawa makanan yang ada tidak mencukupi
(Rajah 1.8).
12
14
74
77
23
020 40 60 80 100
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Tidak menamatkan persekolahan
Tiada pendidikan formal
Pendidikan formal
Rajah 1.7 Tahap pendidikan formal (peratus).
50
50
010 20 30 40 50 60
Makanan tidak
mencukupi
Tiada wang
Rajah 1.8 Sebab mendapatkan bantuan (peratus).
Dari segi pekerjaan, sebanyak 63 peratus tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, 8.2 peratus bekerja secara
sambilan (tidak tetap), 5.5 peratus pencuci tandas, 4.1 peratus tukang cat, 2.7 peratus masing-masing
sebagai buruh kasar, pengumpul barang terpakai, pembantu restoran, pencuci pinggan, dan pembantu
rumah, manakala 1.4 lagi masing-masing sebagai penghantar surat, pemotong rumput, tukang gunting
rambut, dan tukang kasut (Jadual 1.5).
Jadual 1.5 Pekerjaan gelandangan dan golongan miskin sekarang (peratus).
Pekerjaan
Peratus
Pekerjaan
Peratus
Tiada pekerjaan
63.0
Pencuci pinggan
2.7
Pekerja sambilan
8.2
Pembantu rumah
2.7
Pencuci tandas
5.5
Penghantar surat
1.4
Tukang cat
4.1
Pemotong rumput
1.4
Buruh kasar
2.7
Tukang gunting rambut
1.4
Pengumpul barang terpakai
2.7
Tukang kasut
1.4
Pembantu restoran
2.7
Jumlah
100.0
5. RUMUSAN
Secara umum kajian ini merumuskan dapatan kepada dua iaitu sukarelawan dan gelandangan.
Sukarelawan
Kewujudan sukarelawan memberi manfaat yang besar kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk seperti:
1. Mengembang potensi diri dan pengalaman dari sudut kepemimpinan, kemahiran komunikasi, dan
bekerja berkumpulan dalam organisasi.
2. Memupuk sikap saling tolong menolong sesama manusia dengan membantu masyarakat yang kurang
upaya, serba kekurangan, dan terpinggir bagi menzahirkan keinsafan.
3. Membentuk generasi yang prihatin dan sanggup berkorban untuk pembinaan masyarakat dan negara
yang bersatu dan bersaudara.
Gelandangan
Dari satu aspek lagi, kewujudan gelandangan meninggalkan kesan negatif seperti:
1. Menjejaskan imej bandar dan negara terutama gelandangan yang ketagih minuman keras dan dadah.
2. Menambah beban tanggungan kerajaan dan negara untuk memberi bantuan kepada mereka.
3. Memburukkan isu dan masalah kesihatan dan kebersihan.
4. Melahirkan masyarakat yang tidak produktif, enggan berubah, dan tidak peduli dengan kemiskinan
mereka sendiri.
5. Kepincangan sosioekonomi yang tidak sekata antara golongan miskin dan kaya.
Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal.
Sintok, Kedah.
9
Implikasi Dasar
Terdapat banyak badan dan pertubuhan meliputi organisasi bukan kerajaan (NGO), pertubuhan agama,
agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan korporat (swasta), pihak berkuasa tempatan
(PBT), dan individu yang membantu golongan kurang bernasib baik ini. Hal ini menjadikan beberapa
daripadanya bertindan dan berlaku pembaziran, justeru satu badan penyelarasan adalah perlu sekurang-
kurang antara tiga pihak iaitu NGO, kerajaan, dan swasta bagi mencapai matlamat yang lebih optimum.
Cadangan
Satu penyelarasan antara sesama NGO perlu diteliti untuk mencapai impak yang lebih efisien dan optimum
agar tidak bertindih. Golongan sasaran perlu diperluas bukan hanya tertumpu kepada gelandangan tetapi
juga golongan bujang, ibu atau bapa tunggal, dan warga emas yang terpinggir, untuk menjalani hidup
seharian yang lebuh wajar. Kegagalan membantu golongan ini bukan saja merendahkan nilai ketamadunan
manusiawi, tapi boleh juga mengundang kemungkinan lebih besar seperti gejala jenayah, dadah, bahkan
pelacuran.
RUJUKAN
al-Quran.
A meal that made the homeless smile. (2015, Julai 02). KFC. Dicapai daripada https://kfc.com.my/bm/news/meal-made-homeless-
smile.
Ahmad Hasif Ahmad Hilmi. (2014, Disember 26). The Nasi Lemak Project: Effort to assist Malaysians in need. Dicapai daripada
http://news.iium.edu.my/2014/12/26/the-nasi-lemak-project-effort-to-assist-malaysians-in-need/.
Amir Hafiz Abd. Rahman. (2014, Mei 19). Syurga kami di bawah jambatan. Dicapai daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota
/20140519/wk_01/Syurga-kami-di-bawah-jambatan.
Archdiocesan Office for Human Development. (2018). Dicapai daripada https://www.aohd.org/.
Azmi Anuar. (2012, Julai 26). Keadaan memaksa gelandangan tidur di kaki lima. Dicapai daripada http://www.cpiasia.net/v3/index.
php/234-Columnists/azmi-anuar/2375-keadaan-memaksa-gelandangan-tidur-di-kaki-lima.
Bangunan jadi rumah perlindungan. (2014, Julai 10). Sinar Online. Dicapai daripada http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/
bangunan-jadi-rumah-perlindungan-1.298080.
Community Excel Service, (2018). Dicapai daripada http://ces.org.my/what-we-do/street-ministry/.
Dapur Jalanan Kuala Lumpur. (2018, Februari 24). Dicapai daripada https://d.facebook.com/story.php?story_fbid=145633636780435
8&id=3515 84344946238
Dr. Jessica Ong Hai Liaw. (2013, Januari 16). Pulihkan semangat golongan gelandangan, bantu mereka berdikari. Dicapai daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130116/re_07/Pulihkan-semangat-golongan-gelandangan-bantu-mereka-berdikari.
Global Street Mission. (2018). Dicapai daripada http://www.globalstreetmission.org/about.html.
Grace Community Services Center. (2018). Dicapai daripada http://gracecommunityservices.my/.
Isu gelandangan tiada berpenghujung. (2013, Februari 16). Majlis Belia Malaysia. Dicapai daripada http://belia.org.my/wp/2013/12/
20/isu-gelandangan-tiada-berpenghujung/.
Kechara. (2018). Dicapai daripada http://www.kechara.com/soup-kitchen/.
Keluarga Jalanan rasai nikmat raya. (2015, Julai 18). BH Online. Dicapai daripada https://www.bharian.com.my/node/68763.
List of countries by homeless population (2017). Wikipedia. Dicapai daripada https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_
homeless_ population.
Maslow, A. H. (1943). A theory of human motivation. Psychological Review, 50, 370-396.
Martin, W. (2018, Februari 12). Business Insider. Dicapai daripada https://www.independent.co.uk/travel/news-and-advice/richest-
happiest-healthiest-countries-world-new-zealand-norway-finland-switzerland-canada-travel-a8206711.html.
Mercy Malaysia. (2018). Dicapai daripada http://mercy.org.my/.
Fuad Mohamed Berawi & Noor Amalina Ismail. (2019). Gelandangan di Kuala Lumpur: Tinjauan awal.
Sintok, Kedah.
10
Najib rasmi Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. (2016, Februari 27). Kosmo Online. Dicapai daripada http://ww1.kosmo.com.
my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0227&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm.
Nik Hafizul Baharuddin. (2016, Oktober 31). Wanita Perkim dekati gelandangan. Utusan Online. Dicapai daripada http://www.utusan
.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/wanita-perkim-dekati-gelandangan-1.401628.
Pelaksanaan zon sifar gelandangan: Memperbetulkan persepsi masyarakat. (2014, Julai 04). Blog rasmi Menteri Wilayah Persekutuan.
Dicapai daripada http://officialkunan.blogspot.my/2014/07/pelaksanaan-zon-sifar-gelandangan.html.
Pertiwi. (2018). Dicapai daripada http://pertiwi.org.my/.
Pertubuhan IKRAM Malaysia. Dicapai daripada http://www.ikram.org.my/berita/item/2817-edar-makanan-untuk-gelandangan.html.
PJ Caring Home. (2018). Dicapai daripada http://pjcaringhome.org/.
Rafiza Mohamed. (2015). Gelandangan antara tret personaliti & religiositi, Kuala Lumpur: ITBM.
Reach Out. (2012). Dicapai daripada https://reachoutmy.wordpress.com/.
RNR konvoi bantuan homeless beri bantuan kepada gelandangan. (2016, Julai 21). Ikatan Muslimin Malaysia. Dicapai daripada
http://isma.org.my/v2/rnr-konvoi-bantuan-homeless-beri-bantuan-kepada-gelandangan/.
Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia. (2012). Dicapai daripada https://www.yknm.org/anjung-singgah-ykn.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Syurga kami di bawah jambatan
  • Amir Hafiz Abd
  • Rahman
Amir Hafiz Abd. Rahman. (2014, Mei 19). Syurga kami di bawah jambatan. Dicapai daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota /20140519/wk_01/Syurga-kami-di-bawah-jambatan.
Keadaan memaksa gelandangan tidur di kaki lima
  • Azmi Anuar
Azmi Anuar. (2012, Julai 26). Keadaan memaksa gelandangan tidur di kaki lima. Dicapai daripada http://www.cpiasia.net/v3/index. php/234-Columnists/azmi-anuar/2375-keadaan-memaksa-gelandangan-tidur-di-kaki-lima.
Majlis Belia Malaysia
  • Isu Gelandangan Tiada
  • Berpenghujung
Isu gelandangan tiada berpenghujung. (2013, Februari 16). Majlis Belia Malaysia. Dicapai daripada http://belia.org.my/wp/2013/12/ 20/isu-gelandangan-tiada-berpenghujung/.
Wanita Perkim dekati gelandangan. Utusan Online
  • Nik Hafizul Baharuddin
Nik Hafizul Baharuddin. (2016, Oktober 31). Wanita Perkim dekati gelandangan. Utusan Online. Dicapai daripada http://www.utusan .com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/wanita-perkim-dekati-gelandangan-1.401628.
  • Ikram Pertubuhan
  • Malaysia
Pertubuhan IKRAM Malaysia. Dicapai daripada http://www.ikram.org.my/berita/item/2817-edar-makanan-untuk-gelandangan.html. PJ Caring Home. (2018). Dicapai daripada http://pjcaringhome.org/.
Gelandangan antara tret personaliti & religiositi
  • Rafiza Mohamed
Rafiza Mohamed. (2015). Gelandangan antara tret personaliti & religiositi, Kuala Lumpur: ITBM. Reach Out. (2012). Dicapai daripada https://reachoutmy.wordpress.com/.