Conference PaperPDF Available

KARYA INDIE : SASTERA KONTEMPORARI BERNILAI PENDIDIKAN

Authors:

Abstract

Abstrak Perkembangan kesusasteraan Melayu kontemporari menyaksikan kemunculan pelbagai genre karya sastera. Karya Indie dilihat sebagai satu daripada karya sastera kontemporari yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Justeru, kajian ini menganalisis lima buah novel Indie Malaysia, iaitu Aku Rindu 90's (2012), Surat-Surat Untuk Kaherah (2013), Kunang Pesisir Morten (2015), Tuhan Jaga Dia Untukku (2017) dan Budak Kelas Belakang (2018) bagi melihat nilai pendidikan yang disampaikan penulis-penulis Indie dalam karya mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan perspektif kritikan realisme Georg Lukacs (1963). Analisis struktural berfokus digunakan untuk mengenal pasti pemikiran penulis-penulis Indie yang signifikan dan mempunyai nilai pendidikan. Tiga objektif ditentukan, iaitu untuk mengenal pasti nilai-nilai pendidikan yang disampaikan penulis Indie, menganalisis karya-karya Indie yang setanding dengan karya-karya sastera perdana serta untuk menentukan definisi baharu yang lebih tepat dan adil kepada karya-karya Indie. Dapatan kajian ini menunjukkan karya-karya Indie juga membawa pemikiran yang signifikan dan mempunyai nilai pendidikan yang berimpak kepada masyarakat. Karya-karya Indie juga didapati setanding dengan karya-karya sastera perdana dari aspek pemikirannya. Dapatan kajian ini turut menunjukkan penilaian dan definisi yang lebih positif dan adil harus diberikan kepada karya-karya ini. Keseluruhannya, dapatan kajian ini telah membuktikan karya-karya Indie sebagai karya sastera kontemporari yang harus diberi perhatian. Kata Kunci : karya Indie, pemikiran penulis, nilai pendidikan, perspektif kritikan realisme Georg Lukacs
KARYA INDIE : SASTERA KONTEMPORARI BERNILAI PENDIDIKAN
1Amir Asyraff Jamin & 2Mary Fatimah Subet
1,2Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Malaysia Sarawak
*asyraffjamin@gmail.com
sufatimah@unimas.my
Abstrak
Perkembangan kesusasteraan Melayu kontemporari menyaksikan kemunculan pelbagai
genre karya sastera. Karya Indie dilihat sebagai satu daripada karya sastera kontemporari
yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Justeru, kajian ini menganalisis lima buah
novel Indie Malaysia, iaitu Aku Rindu 90’s (2012), Surat-Surat Untuk Kaherah (2013), Kunang
Pesisir Morten (2015), Tuhan Jaga Dia Untukku (2017) dan Budak Kelas Belakang (2018)
bagi melihat nilai pendidikan yang disampaikan penulis-penulis Indie dalam karya mereka.
Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan perspektif kritikan realisme Georg Lukacs (1963).
Analisis struktural berfokus digunakan untuk mengenal pasti pemikiran penulis-penulis Indie
yang signifikan dan mempunyai nilai pendidikan. Tiga objektif ditentukan, iaitu untuk
mengenal pasti nilai-nilai pendidikan yang disampaikan penulis Indie, menganalisis karya-
karya Indie yang setanding dengan karya-karya sastera perdana serta untuk menentukan
definisi baharu yang lebih tepat dan adil kepada karya-karya Indie. Dapatan kajian ini
menunjukkan karya-karya Indie juga membawa pemikiran yang signifikan dan mempunyai
nilai pendidikan yang berimpak kepada masyarakat. Karya-karya Indie juga didapati setanding
dengan karya-karya sastera perdana dari aspek pemikirannya. Dapatan kajian ini turut
menunjukkan penilaian dan definisi yang lebih positif dan adil harus diberikan kepada karya-
karya ini. Keseluruhannya, dapatan kajian ini telah membuktikan karya-karya Indie sebagai
karya sastera kontemporari yang harus diberi perhatian.
Kata Kunci : karya Indie, pemikiran penulis, nilai pendidikan, perspektif kritikan realisme
Georg Lukacs
INDIE MASTERPIECES : CONTEMPORARY LITERATURE WITH EDUCATIONAL VALUE
Abstract
The growth of contemporary Malay literature witnessed the emergence of various genres of
literary works. Indie masterpieces is discovered asone of te contemporary literary works that
holding a place in poeple’s heart. Thus, this research analyses five Malaysian Indie novels,
Aku Rindu 90’s (2012), Surat-Surat Untuk Kaherah (2013), Kunang Pesisir Morten (2015),
Tuhan Jaga Dia Untukku (2017) and Budak Kelas Belakang (2018) to see the educational
value that Indie writers convey in their writings. A qualitative method was applied using the
critical realism perspective of Georg Lukacs (1963). Focused structural analysis is used to
determine significant thoughts of Indie writers with educational value. The objectives of this
research were to identify the educational valuesconveyed by the Indie writers in their writings,
to analyse Indie masterpieces that are in line with mainstream literary works and to establish
a precise and fair definition of Indie masterpieces. The findings of this research showed that
Indie masterpieces have significant thoughts as well as educational impact on society. Indie
masterpieces were also found to be in line with mainstream literary works on the thinking
aspects. The findings from this research also indicate that more positive and accurate
evaluations and definitions should be given to these masterpieces. Overall, the results of this
research have shown that Indie masterpieces as contemporary literary works should be
regarded.
Keywords : Indie masterpieces, writer’s thought, educational values, Georg Lukacs’ realism
criticism perspective
1.0 Pengenalan
Istilah Indie berasal daripada singkatan perkataan bahasa Inggeris independent’ yang
membawa maksud bebas atau merdeka. Dalam konteks sastera, Indie dianggap sebagai hasil
karya yang diterbitkan secara bukan arus perdana tetapi bersifat komersial (Hasyuda Abadi,
2016). Definisi ini adalah selari dengan definisi Indie dalam Cambridge Advanced Learner’s
Dictionary Fourth Edition (2013), iaitu sebagai music or films which are made by small
companies that are not owned by larger companies. Sementara Macmillan Dictionary pula
memberikan takrifan Indie sebagai, films and music are produced and sold by small
independent companies. Tori (2004) dalam Urban Dictionary pula mendefinisikan Indie
sebagai, terms of music it would be independent of major labels or mainstream stuff.
Definisi-definisi ini adalah selari dengan sejarah kemunculan aliran sastera Indie itu
sendiri yang dikatakan bermula sekitar tahun 1950-an atau 1960-an melalui kewujudan aliran
muzik Indie yang membawa idea untuk membebaskan diri daripada label rakaman komersial,
iaitu dengan mengambil pendekatan menghasilkan dan menerbitkan muzik secara sendiri
sehingga tertubuhnya beberapa syarikat penerbitan muzik Indie (Johnny Rogan, 1992). Aliran
sastera ini seterusnya berkembang sehingga menyaksikan kemunculan lebih banyak elemen
Indie lain termasuklah dalam sastera persuratan dan perbukuan.
Di Malaysia, gerakan buku Indie dikatakan bermula sekitar tahun 1998, iaitu semasa
zaman Reformasi sebagai medium alternatif untuk menyebarkan ideologi gerakan berkenaan
(Amir Asyraff & Mary Fatimah, 2018). Meskipun begitu, pihak Biro Tatanegara (2015)
mengatakan buku-buku Indie mula bertapak di negara ini sekitar tahun 2000 sementara mula
mencapai kemuncak popularitinya sekitar tahun 2013 (Amir Asyraff & Mary Fatimah, 2018)
dan berterusan sehingga ke hari ini. Justeru, buku atau karya Indie boleh dianggap sebagai
satu bentuk sastera kontemporari yang sedang berkembang dan semakin mendapat
perhatian dalam kegiatan kesusasteraan di negara ini. Karya-karya Indie juga dilihat semakin
mendapat tempat di hati masyarakat terutamanya generasi muda pada hari ini.
1.1 Permasalahan Kajian
Berdasarkan garis masa kemunculannya, karya-karya Indie masih dianggap sebagai bentuk
sastera baharu atau kontemporari dalam landskap kesusasteraan di Malaysia. Oleh yang
demikian, karya-karya Indie pada masa ini masih dianggap sebagai karya yang di luar
daripada kebiasaan yang terkandung melalui karya sastera perdana (Hasyuda Abadi, 2016).
Karya Indie turut dikatakan sebagai karya yang mengutamakan kebebasan berfikir dan
mengetengahkan idea yang tidak dikawal, memberontak, agresif serta tidak menepati hukum-
hakam penerbitan atau norma hidup.
Dalam pada itu, Md. Salleh Yappar dalam Hasyuda Abadi (2016) mengatakan,
kecenderungan masyarakat terhadap karya Indie boleh merosakkan bahasa Melayu dan jati
diri bangsa Melayu. Menurutnya lagi, karya-karya Indie adalah karya yang tidak menghiraukan
bahasa dan akal budi. Di samping itu, pada tahun 2015, karya-karya Indie pernah disarankan
supaya diharamkan oleh pihak kerajaan kerana penggiatnya dikatakan membawa pemikiran
baharu, membentuk masyarakat yang ekstrem, mengumpulkan pengikut senyap yang boleh
menjejaskan kedudukan kerajaan dalam pilihan raya serta dianggap sebagai gerakan yang
dominan di pihak pembangkang (Biro Tatanegara, 2015).
Justeru, kajian ini dilaksanakan bagi meneliti pemikiran dalam karya Indie untuk
dijadikan bukti atau hujah yang boleh digunakan untuk memperbetulkan persepsi semasa
seterusnya mengangkat karya-karya Indie sebagai karya yang mampu menyaingi kualiti
karya-karya serius lain atau dalam konteks kajian ini, mampu mendidik masyarakat
terutamanya generasi muda agar menjadi masyarakat yang progresif, berdaya saing,
dihormati dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah oleh dunia luar. Melalui
kajian ini juga, penilaian yang lebih positif dan adil akan dapat diberikan kepada karya-karya
Indie di samping dapat dijadikan sebagai panduan pembaca dalam memilih karya-karya Indie
yang berkualiti untuk dibaca.
1.2 Objektif Kajian
Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah;
i. Mengenal pasti nilai-nilai pendidikan yang disampaikan penulis Indie dalam
karya-karya Indie.
ii. Menganalisis karya Indie yang setanding dengan karya-karya sastera perdana
menggunakan perspektif kritikan realisme Georg Lukacs.
iii. Menentukan definisi baharu yang lebih tepat dan adil kepada karya-karya Indie
yang sedang berkembang sebagai cabang sastera baharu di Malaysia.
2.0 Tinjauan Literatur
Kajian ini dilaksanakan berpandukan kepada tinjauan literatur yang telah dilakukan terhadap
kajian-kajian sedia ada yang menjurus kepada karya-karya Indie dan juga terhadap kajian-
kajian yang menggunakan teori realisme dalam proses analisisnya.
2.1 Kajian Terhadap Karya-Karya Indie
Sebagai bentuk sastera baharu di negara ini, karya-karya Indie pada masa ini masih kurang
diteliti oleh pengkaji-pengkaji sastera di negara ini. Hal ini demikian kerana karya-karya jenis
ini masih lagi dianggap sebagai bentuk sastera baharu dalam kegiatan kesusasteraan di
Malaysia. Jika disingkap sejarahnya, karya atau buku-buku Indie hanya mula bertapak di
negara ini sekitar tahun 1998, iaitu sewaktu zaman reformasi dan hanya mula dikenali secara
lebih meluas dan popular sekitar tahun 2013 (Amir Asyraff & Mary Fatimah, 2018). Maka tidak
hairanlah bentuk sastera ini masih kurang diteliti oleh pengkaji-pengkaji sastera di negara ini.
Justeru, sehingga kini masih belum banyak kajian khusus yang meneliti bentuk sastera ini
dijalankan. Antara kajian sedia ada yang dikenal pasti mengkaji karya-karya Indie secara
khusus seperti; Analisis Stilistik Melalui Penggunaan Bahasa Dalam Novel Sastera Indie:
Karya Azwar Kamaruzaman (2018), Karya Indie: Konflik Remaja Perempuan (2018), Laporan
Awal: Sorotan Fenomena Buku Indie Di Malaysia (2016) dan kajian yang bertajuk Karya Indie:
Revolusi Penulis Generasi Baru (2016).
Kajian Analisis Stilistik melalui Penggunaan Bahasa Dalam Novel Sastera Indie: Karya
Azwar Kamaruzaman telah dijalankan oleh Mohd Khairul, Florence Gilliam dan Muhammad
Zaid (2018). Mereka telah menggunakan novel Indie berjudul Nasi Kangkang yang ditulis
Azwar Kamaruzaman sebagai data kajian. Hasil analisis yang dilakukan, mereka mendapati
penulis novel ini banyak menggunakan unsur diksi seperti slanga, dialek Utara, bahasa asing,
serta didapati gemar menggunakan gaya bahasa hiperbola dan simile.
Seterusnya, dalam kajian Karya Indie: Konflik Remaja Perempuan oleh Nor Hasimah,
Nordiana, Rafizah dan Marzalina (2018) pula, pengkajinya telah menggunakan novel So My
Liar (2012) karya Putraery Ussin bagi mengenal pasti ciri konflik yang sering berlaku dalam
diri seorang remaja perempuan serta kesannya terhadap sikap remaja. Berdasarkan analisis
yang dilakukan, mereka mendapati konflik selalunya berlaku akibat pertentangan pendapat,
persaingan dan rasa ingin bebas daripada peraturan. Akibat berkonflik, remaja dilihat
cenderung berubah sikap dan menjadi agresif yang dalam erti kata lainnya memberontak yang
seterusnya membawa kepada tindakan luar kawalan. Daripada kajian ini, pengkajinya
berpendapat, untuk mengatasi konflik sebegini, seseorang remaja mestilah mendekatkan diri
kepada Allah, bertindak secara rasional, bukan secara emosional. Setiap tindakan hendaklah
berlandaskan Islam. Kajian ini sedikit banyak telah memberi gambaran bahawa karya-karya
Indie adalah karya yang bersifat agresif dan membawa idea pembebasan.
Sementara dalam kajian yang bertajuk Laporan Awal: Sorotan Fenomena Buku Indie
Di Malaysia yang menggunakan buku berjudul Antithesis (2014) tulisan Benz Ali sebagai data
kajian pula, pengkajinya mendapati gaya penulisan buku Indie kebanyakannya bersifat
memberontak dan agresif. Pengkajinya turut menganggap karya-karya Indie sebagai karya
keluar daripada kebiasaan sastera arus perdana dengan tidak mengikuti etika penulisan dan
penerbitan yang sepatutnya. Dalam pada itu, kajian ini turut mendapati buku Indie telah
membawa satu kejutan budaya dan pemikiran yang dikhuatiri mampu meruntuhkan nilai-nilai
keagamaan dan budaya ketimuran serta mencabar sensitiviti masyarakat tempatan kerana
kebanyakan idea yang dibawa penulis Indie bersifat celaru dan berbaur agnostik dan narsistik.
Kajian ini telah dilaksanakan oleh Muhammad Rashidi dan Nur Hidayah (2016)
Manakala bagi kajian Karya Indie: Revolusi Penulis Generasi Baru yang dijalankan
oleh Nor Hasimah dan Melor Fauzita (2016) pula, data yang digunakan oleh mereka ialah
novel Kelabu (2011) tulisan Nadia Khan. Melalui kajian ini mereka mendapati isi atau plot
novel Kelabu ini terdiri daripada nasihat, catatan perjalanan, catatan diari, memberontak,
sarkastik, jenaka, maki hamun, menentang dan sebagainya. Novel ini turut dikenal pasti
membawa tema kehidupan remaja kota yang bebas dengan mengetengahkan persoalan
krisis identiti yang berlaku dalam diri seorang remaja. Dari aspek gaya bahasanya pula, Nadia
Khan telah menggunakan gaya bahasa yang agak santai, penggunaan bahasa basahan,
slanga, kependekan serta penggunaan bahasa Inggeris yang tidak mengikut ejaan sebenar
serta tidak dicondongkan. Secara keseluruhannya, mereka telah merumuskan bahawa karya
ini bersifat bebas dan tidak terikat dengan struktur penulisan novel yang sepatutnya
diamalkan. Mereka turut memberikan saranan agar pembaca berfikir secara rasional dan
bukannya beremosi berkenaan jalan cerita kerana setiap cerita mengandungi unsur-unsur
yang baik dan buruk yang boleh di ambil iktibar daripada setiap kejadian yang berlaku.
Melihat kepada kajian-kajian sedia ada ini, pengkaji berpendapat masih begitu banyak
kelompangan dalam kajian-kajian terhadap karya Indie yang perlu diisi dan ditekuni. Aspek
fokus kajian misalnya, pengkaji mendapati masih belum ada kajian yang mengarah kepada
pemikiran atau falsafah yang terkandung dalam karya-karya Indie serta kesannya terhadap
masyarakat pembaca. Kelompangan ini sepatutnya diisi dengan kajian-kajian ilmiah yang
sedemikian agar karya-karya Indie dapat dilihat daripada perspektif yang lebih luas dan
pelbagai. Dalam pada itu, sebagai menyahut seruan Lokman Hakim (2019), yang
berpendapat - estetika, falsafah dan juga kreativiti pengarang perlu dilihat tanpa prejudis,
maka pengkaji berasa karya Indie patut diberikan peluang yang sama seperti karya-karya
sastera perdana kerana jika dilihat kepada kajian-kajian lalu yang telah disenaraikan di atas,
pengkaji terdahulu lebih cenderung melihat karya-karya Indie daripada perspektif kelemahan
dan keburukannya semata-mata. Kecenderungan ini pada pandangan pengkaji bersifat tidak
adil dan seolah-olah prejudis terhadap karya Indie. Di samping itu, dari segi penilaiannya,
dapatan atau analisis yang dikemukakan hanyalah bersandar kepada sebuah karya atau buku
Indie sahaja sedangkan masih terdapat begitu banyak karya Indie yang bagus-bagus dan
berkualiti yang boleh dibuat kajian keatasnya. Pengkajian ilmiah terhadap buku dan karya
Indie seperti ini tidak sepatutnya disekat-sekat mahupun diletakkan had sedemikian. Pengkaji-
pengkaji seharusnya berlapang dada dalam meneruskan tradisi keilmuan tanpa sebarang
rasa prejudis mahupun keberpihakan seperti kata Lokman Hakim (2019), - estetika, falsafah
dan juga kreativiti pengarang perlu dilihat tanpa prejudis. Oleh itu, kajian ini akan berusaha
mengetengahkan estetika, falsafah dan kreativiti penulis-penulis Indie dalam membangunkan
dan menambah baik kehidupan masyarakat dengan mengemukakan nilai-nilai pendidikan
yang terkandung dalam karya-karya Indie. Nilai-nilai ini amatlah relevan ke arah melahirkan
masyarakat yang progresif, berdaya saing, dihormati dan disegani oleh segenap lapisan
masyarakat termasuklah oleh dunia luar.
2.2 Kajian Sastera Realisme
Realisme adalah sebuah aliran yang memfokuskan fungsi sosial kesusasteraan dalam
masyarakat (Gorky, 1934). Tegasnya lagi, - adalah menjadi kewajiban penulis realis untuk
menjadikan kegiataan kesusasteraan sesuai dengan aktiviti keseluruhan masyarakat.
Penulisan karya realis bukan hanya digerakkan oleh persekitaran dan lingkungan sosial
semata-mata tetapi turut bertujuan untuk menggerakkan lingkungan sosial mereka, iaitu bagi
menangani halangan atau permasalahan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka
(Karyanto,1997). Karya realis haruslah mampu memberi impak positif kepada masyarakat
dalam mengatasi masalah atau halangan-halangan dalam kehidupan (Gorky, 1934). Di sinilah
kekuatan dan estetika sesebuah karya realis, yang menurut Georg Lukacs (1963) sebagai -
seni yang indah adalah seni yang mengungkapkan kebenaran realiti serta sastera yang
mampu menjadi mekanisme ke arah pewujudan masyarakat tanpa penindasan dan
perbezaan melalui karya sastera (Pramoedya, 2003).
Penelitian karya sastera menggunakan teori realisme bukanlah suatu yang asing
dalam kegiatan kritikan mahupun apresiasi sesebuah karya. Namun dalam konteks sastera
Malaysia, aliran ini masih agak asing kerana baru sahaja keluar daripada fasa-fasa penyisihan
kerana pernah dianggap sebagai satu daripada manifestasi kepada protes yang diterajui Karl
Marx terhadap golongan dan sistem kapitalis (Asyraff Jamin, 2018). Aliran realisme abad ini
dilihat telah mula keluar daripada kolong-kolong perangkap ideologi dan agenda fahaman
Marxisme dan Komunisme (S. M. Zakir, 2018) dan sudah mulai diterima dalam kegiatan
kesusasteraan di negara ini. Antara kajian sedia ada yang didapati menggunakan aliran atau
teori ini sebagai sandaran dalam proses analisisnya seperti kajian yang bertajuk Realitas
Sosial Dalam Novel Kelomang Karya Qizink La Aziva (2017), Falsafah Pemikiran Hatta Azad
Khan Dalam Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat (2016), Corak Realisme Sosialis Dalam
Hikayat Kadiroen Karya Semaoen (2016) dan kajian tentang Realisme Dalam Cerpen-Cerpen
Dua Penulis Mahua Di Malaysia (2015).
Kajian Realitas Sosial Dalam Novel Kelomang Karya Qizink La Aziva mengupas realiti
sosial serta kaitannya dengan pemerintahan di Indonesia. Kajian yang dijalankan oleh Mega
Prayitna (2017) ini telah dapat mendeskripsikan hubung kait realiti sosial yang digambarkan
dalam novel Kelomang (2016) dengan realiti sosial masyarakat Indonesia. Kajian ini
menggunakan teori realisme sosial Georg Lukacs sebagai sandaran dalam proses
analsisnya. Hasil analisis, pengkajinya mendapati novel Kelomang membahaskan isu-isu
yang benar-benar terjadi dalam masyarakat seperti korupsi, politik, ekonomi, kebudayaan dan
kematian (pembunuhan). Hubung kait antara isu-isu ini dengan realiti sosial masayarakat
dapat dilihat menerusi bukti realisme yang dikemukan pengkajinya seperti catatan-catatan
berita di surat khabar dan termasuk portal berita dalam talian serta dokumen-dokumen rasmi
pihak berautoriti. Secara keseluruhannya, pengkajinya telah menyimpulkan bahawa novel
Kelomang adalah sebuah karya sastera yang digarap daripada kehidupan masyarakat sehari-
hari.
Bagi kajian Falsafah Pemikiran Hatta Azad Khan Dalam Kumpulan Drama Dunia
Belum Kiamat pula, pengkajinya telah mendapati pemikiran Hatta Azad Khan dalam
Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat (2013) menyentuh tiga aspek kemasyarakatan yang
terdiri daripada sosial, politik dan ekonomi. Dalam aspek sosial, Hatta Azad Khan telah
mengkritik stigma sosial masyarakat terhadap bidang drama dengan melihat pengajian
(ijazah) dalam bidang tersebut sebagai tidak menjamin masa depan dan pekerjaan. Sebagai
sebuah karya realis, Hatta Azad Khan menerusi drama tersebut berusaha mengubah cara
fikir masyarakat dengan mengetengahkan kelebihan, kepentingan termasuklah prospek
bidang berkenaan. Dari sudut ekonomi pula, pemikiran Hatta Azad Khan telah
mempersoalkan isu ketidakseimbangan ekonomi yang berasaskan kaum serta sejauh mana
penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang perniagaan. Untuk mengatasi persoalan
tersebut, Hatta Azad Khan berusaha menyuntik semangat masyarakat Melayu agar
melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang jelas mampu memperbaiki taraf hidup mereka
di samping dapat memecahkan diskriminasi dan dominasi berasaskan kaum dalam bidang
ekonomi. Menyentuh aspek politik pula, Hatta Azad Khan telah mengkritik sikap sesetengah
ahli politik yang sombong dan riak apabila sudah diangkat menjadi pemimpin. Hal ini jelas
tidak disenangi oleh masyarakat, justeru Hatta Azad Khan telah menyampaikan pemikiran
dengan menekankan karisma yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin, yang antaranya
haruslah menjaga hubungan baik dengan masyarakat, bukannya bersifat sombong, riak dan
lupa daratan. Kajian ini jelas menunjukkan penerapan unsur realisme dalam sesebuah karya
sastera, iaitu dengan menggambarkan realiti sosial yang bejat, kemudiannya menyalurkan
pemikiran untuk mengatasinya. Maka, pengkajinya menyimpulkan bahawa Kumpulan Drama
Dunia Belum Kiamat merupakan karya realis yang menyentuh kehidupan masyarakat secara
menyeluruh. Kajian ini telah dijalankan oleh Roslina Abu Bakar, Arba’ie Sujud dan Nurul
Ainabila (2016).
Seterusnya, dalam kajian Corak Realisme Sosialis Dalam Hikayat Kadiroen Karya
Semaoen yang dijalankan oleh Suyono Suyanto (2016), pengkajinya telah menganalisis karya
klasik Indonesia, Hikayat Kadiroen (1920) bagi mengenal pasti ciri realisme sosialis yang
terkandung dalam karya berkenaan. Dapatan kajian ini mendapati ciri realisme yang
terkandung dalam karya ini adalah kebanyakannya berakar daripada propaganda ideologi
Marxis. Pemikiran-pemikiran yang disampaikan dalam Hikayat Kadiroen mendukung ideologi
Marxis seperti pertembungan kelas sosial dan juga keberpihakan kepada masyarakat buruh
dan petani atau dalam konteks masa kini, masyarakat bawahan. Dapatan kajian ini
membuktikan bahawa Hikayat Kadiroen adalah sebuah karya yang mempunyai fungsi sosial
yang sangat besar impaknya kepada masyarakat. Karya ini cuba melawan diskriminasi yang
dilakukan oleh golongan kapitalis yang dilihat banyak menindas, meminggirkan dan
mempergunakan masyarakat buruh dan tani untuk keuntungan mereka semata-mata. Maka
pengkajinya menyimpulkan bahawa Hikayat Kadiroen sarat pemikiran yang berorientasikan
propaganda Marxis yang memperjuangkan kesejahteraan kehidupan masyrakat kebanyakan
yang tertindas oleh golongan kapitalis.
Akhir sekali, dalam kajian Realisme Dalam Cerpen-Cerpen Dua Penulis Mahua Di
Malaysia pula, pengkajinya telah melakukan penelitian terhadap realiti sosial kehidupan
masyarakat Cina di Malaysia. Dengan menggunakan teori atau perspektif realisme Georg
Lukacs, cerpen-cerpen tulisan Tou Ling dan Yun Lifeng telah dilihat sebagai cerminan kepada
kehidupan sosial masyarakat Cina Malaysia. Kajian ini difokuskan kepada persoalan seperti
budaya, pendidikan, ekonomi dan politik. Hasil kajian ini mendapati kedua-dua penulis
sememangnya banyak membicarakan unsur realisme yang benar-benar terjadi dalam
kehidupan masyarakat Mahua. Kebanyakan tulisan mereka berkisar tentang kebudayaan,
pendidikan, kewanitaan, pengaruh konfusianisme, gejala sosial, amalan rasuah, sekolah
persendirian Cina, serta hubungan masyarakat Cina dengan mayarakat lain pasca peristiwa
13 Mei. Sebagai kesimpulan, pengkajinya telah merumuskan bahawa karya-karya Tou Ling
dan Yun Lifeng adalah karya realis yang berimpak kepada masyarakat khususnya masyarakat
Cina dalam usaha menjadikan masyarakat lebih maju serta dapat mengecapi kesejahteraan
dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini telah dijalankan oleh Yau Chee Teng (2015).
Tuntasnya, kajian-kajian sedia ada yang telah diteliti ini telah memberi gambaran
kepada pengkaji tentang aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian dalam sesebuah kajian
sastera realisme. Aspek-aspek yang disebut dan dinyatakan dalam kajian-kajian tersebut
dapat menjadi panduan dan rujukan dalam merangka kajian yang bakal dilaksanakan ini di
samping dapat digunakan untuk mengesan kelompangan yang masih belum terisi dalam
kajian-kajian terdahulu termasuklah dalam karya-karya sastera yang akan dibahaskan. Dalam
pada itu, dapatan kajian-kajian sedia ada ini turut dapat dijadikan sebagai sumber untuk kajian
ini bagi mempastikan kajian ini tetap berada pada landasan yang sepatutnya seperti yang
telah ditentukan. Dapatan kajian ini kelak akan dapat dijadikan hujah untuk membukti karya-
karya Indie setanding dengan karya-karya serius lain kerana turut menawarkan pemikiran
yang berimpak positif kepada masyarakat sesuai dengan prinsip kesusasteraan dan juga
realisme itu sendiri.
3.0 Metodologi Kajian
Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan data korpus teks bertulis yang terdiri
daripada lima buah novel Indie, iaitu novel Aku Rindu 90’s (2012), Surat-Surat Untuk Kaherah
(2013), novel Kunang Pesisir Morten (2015), Tuhan Jaga Dia Untukku (2017) dan Budak
Kelas Belakang (2018). Analisis struktural berfokus digunakan bagi menganalisis kelima-lima
novel tersebut bagi mengenal pasti nilai-nilai pendidikan yang terkandung dalam novel-novel
Indie yang relevan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif, berdaya saing, dihormati
dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah oleh dunia luar.
Nilai-nilai pendidikan yang telah dikenal pasti daripada novel-novel tersebut
seterusnya akan dianalisis menggunakan perspektif realisme Georg Lukacs. Proses analisis
ini melibatkan proses analisis perbandingan realisme, yang mana data pemikiran yang telah
dikenal pasti akan dibandingkan dengan bukti-bukti realisme yang terdiri daripada dokumen
seperti dasar-dasar kerajaan, berita-berita daripada surat khabar, berita dalam talian, ucapan-
ucapan pemimpin dan juga jurnal-jurnal ilmiah yang relevan terhadap usaha membangunkan
dan menambah baik kehidupan masyarakat agar mampu menjadi masyarakat yang progresif,
berdaya saing, dihormati dan disegani. Analisis perbandingan realisme ini dilakukan bertujuan
untuk membuktikan hubung kait antara pemikiran penulis Indie dengan realiti sebenar yang
berlaku dalam masyarakat selari dengan prinsip realisme menurut Georg Lukacs (1963), iaitu
- sesebuah karya sastera adalah cerminan realiti sosial kehidupan sesebuah masyarakat.
Sebagai sebuah aliran sastera yang menekankan fungsi sosial sesebuah karya
sastera, realisme bukanlah aliran yang hanya melihat hubungan antara realiti sosial dengan
naratif karya sastera semata-mata, tetapi turut melihat kesannya terhadap kehidupan
masyarakat, seperti yang ditegaskan Gorky (1934), - sesebuah karya realis seharusnya
mampu memberi impak kepada masyarakat dalam mengatasi masalah atau halangan-
halangan dalam kehidupan sehari-hari. Di sinilah kesinambungan dalam proses analisis
perbandingan realisme mengikut perspektif kritikan realisme Georg Lukacs. Setelah
pemikiran penulis yang dikenal pasti dianalisis dan melalui proses perbandingan dengan
bukti-bukti realisme, barulah pemikiran penulis ini boleh diterima sebagai pemikiran realisme
yang berimpak kepada kehidupan seluruh masyarakat. Rajah 1 di bawah akan menerangkan
dengan lebih jelas tatacara analisis menggunakan perspektif kritikan realisme Georg Lukacs.
RAJAH 1 . Tatacara analisis
Keseluruhannya, metodologi yang diguna pakai dalam menjalankan analisis bagi
kajian ini amatlah sesuai, selari dan bertepatan dengan konteks kajian ini dilaksanakan. Dari
aspek teorinya pula, perspektif kritikan realisme Georg Lukacs amatlah relevan digunakan
kerana mengutamakan hubungan sesebuah karya sastera dengan masyarakat serta
sumbangannya kepada kehidupan masyarakat sehari-hari. Hal ini jelas sekali bertepatan
dengan tajuk, konteks dan objektif kajian yang telah ditentukan, iaitu bagi melihat pemikiran
penulis dalam usaha menerapkan nilai-nilai pendidikan kepada masyarakat. Oleh yang
demikian, kaedah yang digunakan ini diyakini dapat menjawab kesemua persoalan
seterusnya mencapai kesemua objektif yang telah ditentukan.
4.0 Nilai Pendidikan Dalam Karya Indie
Hasil analisis menggunakan perspektif realisme Georg Lukacs terhadap kelima-lima novel
Indie yang dikaji, pengkaji mendapati kesemua novel yang diteliti dalam kajian ini merupakan
karya realis yang sarat dengan pemikiran yang bernilai pendidikan ke arah melahirkan
masyarakat yang progresif, berdaya saing, dihormati dan disegani oleh segenap lapisan
masyarakat termasuklah oleh dunia luar. Nilai-nilai pendidikan yang disampaikan penulis-
penulis Indie dalam karya mereka ini didapati menyentuh seluruh aspek kehidupan dan dilihat
mampu menjadi mekanisme ke arah membangun dan menambah baik kualiti hidup
masyarakat.
Karya sastera daripada perspektif realisme Georg Lukacs, terlahir daripada proses
merenung, memerhati serta melalui proses interaksi antara penulis dengan persekitarannya
(Georg Lukacs, 1963). Oleh yang demikian, sesebuah karya sastera bukanlah sesuatu yang
lahir kosong tanpa makna, melainkan sebagai gambaran atau cerminan kehidupan
masyarakat yang benar-benar terjadi. Menurutnya lagi, karya sastera atau dalam konteks
aliran realisme disebutkan sebagai karya realis, adalah cerminan perjuangan masyarakat
yang ingin membebaskan diri daripada penderitaan dan halangan yang menyekat mereka
daripada menikmati kehidupan yang lebih baik. Maka, adalah menjadi kewajiban seseorang
penulis realis untuk menyalurkan pemikirannya agar dapat menjadi mekanisme untuk
menggerakkan persekitaran atau lingkungan sosialnya (masyarakat) untuk mengatasi
permasalahan dan halangan dalam menjalani kehidupan sehari-hari yang lebih sejahtera.
Oleh yang demikian, perbincangan ini akan membincangkan nilai-nilai pendidikan yang
relevan serta berupaya menggerakkan masyarakat untuk memahami, menilai dan seterusnya
bertindak ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang progresif,
berdaya saing, dihormati dan disegani serta mampu mengecapi kehidupan yang lebih baik
dan sejahtera.
Perbincangan ini dimulakan dengan kupasan nilai pendidikan yang disampaikan oleh
Wan Shafiq dalam karyanya Aku Rindu 90’s (2012). Sebagai sebuah karya realis yang
berhasrat mendidik masyarakat khususnya orang Melayu untuk terus mengamalkan gaya
hidup berteraskan budaya Melayu dan ajaran Islam, Wan Shafiq telah mengemukakan
perbandingan gaya hidup atau realiti sosial antara masyarakat pada dekad 90-an dengan
masyarakat zaman sekarang. Tulisnya;
Tahun itulah budaya-budaya 90-an masih giat diaplikasikan, contohnya bila
maghrib kanak-kanak yang bermain di luar rumah mula beransur pulang ke
rumah masing-masing. Tapi beza dengan hari ini, walaupun berstatus
kanak-kanak, namun tak ada kesedaran langsung. Malam mulalah mereka
keluar, umur 12, 13 tahun dah pandai lepak mamak, dah pandai shisha dah.
(Aku Rindu 90’s, hlm 92)
Petikan tersebut jelas menunjukkan gaya hidup masyarakat pada zaman 90-an yang
masing teguh mempraktikkan gaya hidup berteraskan budaya Melayu dan ajaran Islam
hinggakan perkara sekecil-kecil seperti pulang ke rumah sebelum waktu maghrib sangat
dititikberatkan terutamanya kepada kanak-kanak. Perkara ini daripada sudut pandang
realisme Georg Lukacs adalah bertepatan dengan ajaran Rasulullah seperti dalam sabdanya,
Jika malam datang menjelang, atau kalian berada di senja hari, maka tahanlah anak-anak
kalian kerana sesungguhnya ketika itu syaitan sedang bertebaran(Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim). Kemudian, daripada Jabir R.A. mengatakan, Rasulullah bersabda, Janganlah kalian
membenarkan anak-anak kalian di saat matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam
kerana syaitan berpecah jika matahari terbenam sampai hilang kegelapan malam”(Sahih
Muslim). Melalui analisis menggunakan perspektif realisme Georg Lukacs yang dilakukan ini
juga turut menemui alasan Sains mengapa kita dilarang untuk berada di luar rumah pada
waktu maghrib atau senja. Buktinya, H. Olsy Rachman (2011) dalam bukunya The Science of
Shalat menyatakan, Menjelang tiba waktunya memasuki solat maghrib, suasana alam akan
berubah menjadi warna kemerah-merahan bahkan berwarna merah. Menurutnya lagi, pada
waktu tersebut tenaga jin akan bertambah kerana mempunyai resonansi yang sama dengan
alam, selari dengan satu lagi sabda Rasulullah, Hendaklah kamu melindungi anak-anak
kamu menjelang maghrib kerana pada saat itu bangsa jin menyebar dan menyambar”.
Daripada sudut nilai pendidikannya, pemikiran Wan Shafiq ini sebenarnya bertujuan
untuk mendidik masyarakat agar kembali mengamalkan cara hidup yang berteraskan budaya
Melayu dan ajaran Islam dalam kehidupan mereka pada masa kini. Hal ini jelas terbukti
melalui perbandingan cara hidup masyarakat zaman kini dengan masyarakat 90-an yang jauh
lebih baik seperti yang telah dikemukannya. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pemikiran
yang dikemukakan Wan Shafiq sebenarnya adalah usaha untuk mendidik masyarakat supaya
mengubah cara hidup yang telah tergelincir daripada landasan budaya Melayu dan ajaran
Islam yang sepatutnya diamalkan.
Perbincangan ini seterusnya akan beralih kepada nilai pendidikan yang disampaikan
Maisarah Mansor dalam karyanya Surat-Surat Untuk Kaherah (2013). Sebagai sebuah karya
yang membicarakan persoalan realisme, Maisarah Mansor telah membangkitkan masalah
integrasi kaum yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tulisnya;
Katanya di sekolah rendah semua orang mengelak berkawan dengannya
kerana di anak kacukan India. Diskriminasi itu membuatkan dia berazam
untuk berjaya. Biarkan dia bergelut dengan dunia buku, berkawan dengan
ilmu. Menurut Madiah, ilmu sekurang-kurangnya tidak mengenal warna kulit.
Ilmu berkawan dengan sesiapa sahaja.
(Surat-Surat Untuk Kaherah, hlm 9)
Berdasarkan petikan di atas, Maisarah Mansor telah mendedahkan stigma perkauman
yang wujud dalam kalangan masyarakat sehingga menyebabkan berlakunya diskriminasi dan
penyisihan terhadap sesebuah kaum. Diskriminasi dan penyisihan digambarkan berlaku ke
atas kaum India hanya disebabkan warna kulit mereka. Lebih menyedihkan lagi, hal ini berlaku
dalam kalangan kanak-kanak. Jelas, masalah ini sememangnya sangat perlu untuk diatasi.
Pepatah mengatakan, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.”, maka pendekatan didikan
dan penerapan nilai-nilai perpaduan adalah cara yang paling tepat dan berkesan untuk
mengatasi masalah ini supaya tidak terus meruncing pada masa akan datang. Maisarah
Mansor dilihat sengaja membangkitkan senario negatif ini sebagai cara menjentik kesedaran
kepada masyarakat agar melihat permasalahan ini seterusnya bertindak mengatasinya.
Permasalah diskriminasi dan penyisihan ini daripada perspektif realisme Georg Lukacs
sememangnya telah berlaku berzaman lagi. Dasar Aparteid misalnya, menjadi bukti yang
jelas wujudnya diskriminasi yang disebabkan warna kulit. Aparteid adalah satu sistem yang
mengamalkan fahaman perkauman (Mohd Afendi & Junaidi, 2016). Pemerintah Afrika Selatan
telah melakukan penindasan dengan berleluasa terhadap masyarakat kulit hitam sehingga
ada antara mereka yang diperlakukan sebagai hamba kepada masyarakat kulit putih di Afrika
Selatan (Foreign Affairs Malaysia, 1981 dalam Mohd Afendi & Junaidi, 2016). Dalam konteks
masyarakat Malaysia pula, diskriminasi atau penyisihan dilihat berlaku terhadap masyarakat
India. Hal ini daripada sudut pandang pengkaji mungkin disebabkan ciri fizikal mereka, iaitu
warna kulit serta sejarah sosio-ekonomi masyarakat India semasa mereka mula-mula
berhijrah ke Tanah Melayu dahulu. Masyarakat India asalnya dibawa masuk oleh British
sebagai tenaga buruh dan ada juga antara mereka yang merupakan buruh tawanan dari
Bengkulu, Indonesia selepas Perjanjian Inggeris-Belanda dimeterai (Malaysia Kita, 2007).
Justeru, sejarah panjang mereka inilah yang telah sedikit banyak mempengaruhi penerimaan
masyarakat lain terhadap mereka.
Daripada sudut nilai pendidikannya, Maisarah Mansor sebenarnya mahu
menyedarkan dan mendidik masyarakat agar tidak melihat warna kulit dan status sosial dalam
pergaulan sosial sehari-hari. Apabila disebut mendidik, usaha ini haruslah dimulakan dari akar
umbinya, jika tidak masalah yang sama akan terus menjalar dan berterusan dari generasi ke
satu generasi yang lain seperti yang telah digambarkan Maisarah Mansor dalam petikan di
atas. Betapa pada usia sekecil itu lagi mereka telah memiliki stigma yang negatif seperti itu.
Maka pengkaji berpendapat pemikiran Maisarah Mansor ini dapatlah diterima sebagai nilai
pendidikan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa diskriminasi seperti itu
adalah suatu senario yang tidak sihat lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum.
Seterusnya, perbincangan ini akan membahaskan nilai pendidikan yang dibawa Raiha
Bahaudin dalam karyanya Kunang Pesisir Morten (2015). Karya Raiha Bahaudin ini amatlah
dekat dengan kehidupan sehari-hari masyarakat. Justeru, begitu banyak nilai pendidikan dan
kemasyarakatan yang dikenal pasti termuat di dalamnya. Antaranya seperti;
Hakikatnya, sehingga itu aku dan Dhiya langsung tidak menyedari rentetan
pertolongan mendadak daripada penduduk Cina Hokkien seberang sungai
bukanlah kebetulan semata-mata. Mereka rupa-rupanya telah mendengar
pertolongan Dhiya kepada keluarga Geok dan dengan pantas kisah luar
biasa itu berlegar di sekitar mereka. Jika Dhiya menyedari pertolongan
kecilnya dianggap begitu besar di kalangan komuniti Hokkien, pasti dia tidak
akan memandang enteng kebolehannya itu. Begitulah manusia. Sama ada
mereka Hokkien, Baba atau apa saja, kebaikan harus berlaku atas kebaikan.
Dan mereka di jalan Bunga Raya itu bangsa yang sememangnya diajar
untuk menjelaskan hutang. (Kunang Pesisir Morten, hlm 80)
Daripada petikan di atas, Raiha Bahaudin didapati memberi penegasan tentang
kebaikan yang sepatutnya berlaku tanpa mengira kaum, kepercayaan dan agama. Berbuat
baik akan memberikan penilaian yang baik di mata orang lain atau dalam konteks karya ini,
kaum lain di samping memberi keyakinan kepada mereka untuk bergaul. Daripada perspektif
realisme Georg Lukacs, hal ini adalah berkait rapat dengan resmi manusia yang suka akan
perkara yang baik-baik. Buktinya, dalam pantun Melayu lama sering kita dengari bait-bait yang
berbunyi; Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan
dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Pantun ini menjadi bukti realisme yang jelas
bagi menyokong prinsip atau nilai pendidikan yang dibawa Raiha Bahaudin dalam karyanya.
Daripada perspektif realisme Georg Lukacs dan berdasarkan pantun Melayu lama tersebut,
jelas membuktikan bahawa masyarakat sebenarnya sedari dahulu lagi telah berpesan-pesan
agar kita sentiasa berbuat baik sesama manusia.
Daripada sudut nilai pendidikannya, pemikiran yang dikemukakan Raiha Bahaudin ini
amatlah relevan dan sesuai ke arah mendidik masyarakat agar sentiasa berbuat baik dalam
kehidupan seharian. Raiha Bahaudin berusaha menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan berbuat baik sesama manusia tanpa mengira batas kaum, kepercayaan
mahupun agama dengan mengemukakan impak positif yang bakal dinikmati daripada
perbuatan tersebut. Dalam pada itu, pemikiran dan mesej yang disampaikan oleh Raiha
Bahaudin ini turut mampu mendidik masyarakat agar memelihara perpaduan masyarakat
yang sudah sedia terjalin. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa pemikiran yang dibawa oleh
Raiha Bahaudin di dalam karyanya ini sememangnya mempunyai nilai pendidikan yang
berimpak kepada masyarakat.
Seterusnya, perbincangan ini akan membahaskan nilai pendidikan yang terkandung
di dalam novel Tuhan Jaga Dia Untukku (2017) karya Khairul Hakimin Muhammad. Sebagai
sebuah karya realis yang memfokuskan kepada pembentukan masyarakat terutamanya
generasi muda dan belia ke arah menjadikan mereka sebagai masyarakat yang dihormati
kerana ketinggian sahsiah dan akal budinya, maka Khairul Hakimin Muhammad telah
membangkitkan persoalan atau masalah yang sering menjadi dilema dalam kehidupan pada
remaja. Tulisnya;
Semua pulang ke rumah ibu bapa masing-masing. Nurul tidak memandang
langsungke Aspura. Hatinya cukup membara dengan surat kecil itu.
Memang ya boleh menambah fitnah kepada dirinya. Itu pun sudahcukup
berjaga. Masih lagi ada yang suka mengurat hingga ke tahap menghantar
nota. Jika diketahui Ustazah Nora dan Cikgu Zul, pasti lebih parah. Lebih lagi
jika ditangkap, sudah pasti ibu bapa yang perlu hadir menerima sesi
kaunseling daripada warden dan guru disiplin. Itu pasti memalukan. Itulah
antara perkara yang paling ditakuti oleh ibu bapa jika menghantar anak-anak
ke sekolah berasrama.
(Tuhan Jaga Dia Untukku, hlm 50-51)
Selari dengan petikan tersebut, secara realitinya Malaysia sememangnya sedang
bergerak ke arah mencapai status negara maju seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020.
Sungguhpun begitu, usaha ke arah mencapai status tersebut bergantung kepada generasi
muda yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan rohani yang berteraskan kepada
kepercayaan kepada Tuhan seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Dasar Pembangunan Belia Negara (Siti Aisyah & Sidar, 2016). Hasrat ini tentunya sukar
dicapai sekiranya generasi muda ini tidak berada pada landasan yang diimpikan dengan
terlibat dengan tingkah laku negatif termasuklah permasalahan akhlak yang bercanggah
dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran Islam. Seperti yang ditulis Khairul Hakimin Muhammad
dalam petikan di atas, jelas Khairul Hakimin Muhammad berusaha mendidik generasi muda,
iaitu remaja sekolah daripada terjebak dengan permasalahan sosial seperti percintaan yang
selalunya menjadi punca kepada masalah sosial yang lebih parah seperti pergaulan bebas,
seks bebas, atau lebih teruk lagi mengundang masalah hamil anak luar nikah serta
pembuangan bayi. Masalah ini daripada perspektif realisme Georg Lukacs, lebih 300 orang
kanak-kanak dan remaja Melayu berumur antara 13 hingga 25 tahun telah didapati terlibat
dengan salah laku seksual dan seks bebas sehingga menyebabkan kehamilan dan
kesanggupan untuk melakukan pengguguran kandungan (Mohammad Shatar, 2003).
Sementara, dapatan kaji selidik oleh Durex dalam Siti Aisyah dan Sidar (2016) turut mendapati
remaja Malaysia yang berusia 18 tahun ke bawah kerap melakukan hubungan seks, iaitu
sebanyak 135 kali setahun. Fenomena buruk inilah yang mahu dicegah dan diatasi oleh
Khairul Hakimin Muhammad menerusi karyanya dengan berusaha mengatasi masalah ini
seawal mungkin bagi mengelakkan kesan-kesan yang lebih negatif berlaku kepada remaja
yang juga pewaris negara.
Daripada sudut nilai pendidikannya, Khairul Hakimin Muhammad berusaha mendidik
masyarakat dengan menekankan kepentingan menjaga maruah diri. Secara realitinya,
sebagai umat Islam sememangnya dituntut agar menjaga maruah dan kehormatan diri sesuai
dengan sabda Rasulullah, Sesungguhnya Allah S.W.T. senang dengan hamba-Nya yang
mukmin dan fakir namun tetap menjaga kehormatan dirinya serta menanggung nafkah
keluarganya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam pada itu, berdasarkan watak dan
latar masyarakat yang digunakan dalam karyanya, iaitu sekitar kehidupan remaja di sekolah
berasrama, maka idea Khairul Hakimin Muhammad ini turut boleh dianggap sebagai usaha
untuk mencegah natijah-natijah yang lebih parah. Khairul Hakimin Muhammad dengan tegas
menegah remaja daripada terlibat dengan budaya percintaan yang dikhuatiri boleh
menjerumus mereka kepada natijah yang lebih besar dan parah. Daripada perspektif realisme
Georg Lukacs, usaha mendidik yang dilakukan Khairul Hakimin ini selari dengan keperluan
negara yang memerlukan rakyat yang bermoral tinggi dan berakhlak terpuji bagi mendepani
cabaran globalisasi untuk mencapai status negara maju (Siti Aisyah & Sidar, 2016). Oleh yang
demikian, pemikiran Khairul Hakimin Muhammad ini dapatlah diterima sebagai nilai
pendidikan yang berupaya menggerakkan generasi muda terutamanya remaja agar sentiasa
menjaga maruah dan kehormatan diri serta mengelakkan diri daripada terjebak dengan
masalah sosial yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada diri, keluarga, masyarakat
dan negara.
Akhir sekali, perbincangan ini akan mengupas nilai pendidikan yang disampaikan
Emylia Mohd Nor dalam karyanya, Budak Kelas Belakang (2018). Naskhah karangan Emylia
Mohd Nor ini merupakan karya realis yang menekankan kepentingan pembangunan
kemahiran atau nilai tambah kepada generasi muda bagi mendepani kehidupan sehari-hari
yang semakin mencabar pada hari ini. Dalam karyanya ini, Emylia Mohd Nor menekankan
pentingnya penyemaian semangat keusahawanan kepada masyarakat sejak mereka
dibangku sekolah lagi. Idea ini dapat dilihat seperti dalam petikan di bawah;
Masa aku tingkat satu, ada ekspo keusahawanan. Setiap blok perlu
memikirkan cara untuk menjana dana untuk blok masing-masing. Blok aku
menjalankan perniagaan hiburan, rumah hantu.
(Budak Kelas Belakang,hlm 60)
Berdasarkan petikan di atas, Emylia Mohd Nor sebagai penulis realis dilihat begitu
peka akan kepentingan penyemaian budaya keusahawanan dalam kalangan generasi muda
atau dalam konteks karya tersebut, murid sekolah. Keusahawanan dalam kalangn
masyarakat secara realitinya adalah salah satu cara untuk menjanakan pendapatan yang
seterusnya akan menyumbang kepada pembangunan sesebuah masyarakat. Justeru, Emylia
Mohd Nor berusaha menyampaikan idea ini sebagai cara untuk mendidik dan memupuk minat
masyarakat agar menjadikan keusahawanan sebagai cara untuk menambah baik taraf
ekonomi dan status kehidupan. Daripada perspektif realisme Georg Lukacs, usaha Emylia
Mohd Nor ini adalah selari dan turut dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) menerusi pengenalan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam kurikulum di peringkat
sekolah rendah dan menengah. Salah satu daripada elemen yang diperkenalkan sebagai
EMK dalam kurikulum sekolah adalah keusahawanan. Penerapan emelen ini bertujuan
membentuk ciri-ciri usahawan dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya
dalam kalangan murid (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu
Tingkatan 3, 2019). Hal ini jelas menunjukkan bahawa KPM turut sama komited dalam usaha
menyemai budaya keusahawanan kepada murid sebagai nilai tambah dalam diri mereka. Nilai
tambah ini penting lebih-lebih lagi situasi ekonomi yang kurang menentu serta dalam
kerencaman revolusi Industri 4.0 pada masa ini. Justeru, penerapan budaya keusahawanan
sebagai nilai tambah dalam diri murid ini boleh dianggap sebagai mekanisme ke arah
mempersiapkan mereka bagi mendepani cabaran ekonomi yang serba mencabar seperti hari
ini. Hal ini daripada perspektif realisme Georg Lukacs, turut ditegaskan oleh Idris Jusoh (2016)
yang menyarankan agar masyarakat melakukan anjakan minda dengan mengubah cara
berfikir daripada pencari pekerjaan kepada penjana pekerjaan. Saranan ini merupakan bukti
realisme yang jelas sebagai daya tolak agar masyarakat berfikir lebih terkehadapan dengan
menjadikan bidang keusahawanan sebagai bidang keberhasilanutama ekonomi. Masyarakat
harus berani berubah dan mula melihat keusahawanan sebagai satu cara mencapai kejayaan
dan kemajuan.
Daripada sudut nilai pendidikannya, Emylia Mohd Nor sebenarnya mahu menjentik
kesedaran kepada masyarakat supaya sedar dan mula melihat kepentingan budaya
keusahawanan dalam kalangan generasi muda. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlahdari
rebungnya, maka penyemaian budaya dan elemen keusahawan sepatutnya dilakukan
bermula sejak dari mereka di bangku sekolah lagi. Hal ini bertujuan untuk menyediakan
mereka dengan kemahiran-kemahiran yang berguna bagi menempuh kehidupan yang lebih
mencabar selepas tamat persekolahan. Ketidaksediaan mereka dalam hal ini hanya akan
membuatkan mereka tercicir dan ketinggalan untuk merasai nikmat kemajuan yang sedang
rancak ketika ini. Oleh yang demikian, jelaslah pemikiran atau nilai pendidikan yang dibawa
oleh Emylia Mohd Nor dalam karyanya ini merupakan satu mekanisme ke arah melahirkan
generasi muda yang lebih bersedia, mampu bersaing dan terus hidup dalam kerencaman
pembangunan ekonomi dan pemodenan pada hari ini seterusnya untuk masa-masa akan
datang.
5.0 Penutup
Berdasarkan dapatan kajian yang dibincangkan, didapati kelima-lima novel Indie yang dikaji
dalam kajian ini sememangnya membawa pemikiran-pemikiran yang bernilai pendidikan yang
signifikan terhadap proses mendidik seterusnya menambahbaik kualiti hidup masyarakat.
Nilai-nilai pendidikan yang dikenal pasti ini dilihat mampu menjadi daya bagi menggerakkan
masyarakat bertindak memperbaikian kelemahan dan mengatasi permasalahan yang wujud
dalam kehidupan seharian mereka agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik
dan berkualiti. Memandang karya-karya ini daripada sudut pandang realisme Georg Lukacs,
karya-karya ini sememangnya menepati fungsi sosial kesusasteraan terhadap masyarakat
seperti yang ditegaskan oleh Gorky (1934). Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat karya-
karya Indie dapatlah diterima sebagai karya sastera kontemporari yang bernilai pendidikan
yang mampu memberi impak positif terhadap proses memperbaiki dan menambah baik
kehidupan masyarakat selari dengan gagasan estetika realisme yang sering dilaung-laungkan
oleh Pramoedya (2003) yang menekankan pewujudan masyarakat tanpa penindasan melalui
karya sastera.
Menjawab tentang permasalahan kajian pula, dapatan kajian yang telah dikemukakan
ini dapat digunakan untuk membidas kesemua dakwaan negatif yang sering dilemparkan
kepada karya-karya Indie. Dapatan kajian ini menjadi bukti bahawa karya-karya Indie tidaklah
membawa tema, persoalan ataupun pemikiran negatif yang berhaluan kiri seperti yang selalu
digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebelum ini. Dapatan daripada analisis
perbandingan realisme menggunakan perspektif realisme Georg Lukacs jelas membuktikan
bahawa pemikiran yang disampaikan dalam karya Indie sebenarnya selari dan bertepatan
dengan realiti sebenar kehidupan berdasarkan bukti-bukti realisme seperti dokumen-
dokumen seperti dasar-dasar kerajaan, ucapan-ucapan pemimpin negara, berita-berita
daripada akhbar dan portal berita dalam talian, jurnal-jurnal ilmiah dan juga karya-karya
seperti pantun lama yang menjadi cerminan akal budi masyarakat. Bukti-bukti realisme ini
menjadi bukti yang kuat untuk membidas dakwaan karya-karya Indie pemikiran berhaluan kiri
yang menentang dasar-dasar kerajaan atau membawa idea penentangan yang boleh
menggugat kedudukan kerajaan. Maka jelas, dakwaan yang selama ini dilemparkan kepada
karya-karya Indie adalah tuduhan yang tidak berasas.
Mengulas berkaitan tuduhan yang mendakwa karya-karya Indie sebagai karya yang
tidak menghiraukan bahasa dan akal budi pula, maka dapatan kajian ini sekali lagi dapat
digunakan sebagai hujah bagi menyangkalnya. Pemikiran-pemikiran penulis Indie yang diteliti
dalam kajian ini jelas membawa nilai-nilai pendidikan yang mampu membentuk masyarakat
yang lebih baik, berjati diri dan maju tanpa mengabaikan prinsip akal budi yang sepatutnya
diamalkan. Pemikiran-pemikiran penulis Indie dalam karya-karya yang dikaji semuanya
mengarah kepada usaha membangunkan dan menambah baik kualiti hidup masyarakat.
Justeru, definisi negatif yang selama ini membayangi karya-karya Indie haruslah segera
dipadam dan diberikan definisi yang lebih murni. Semua pihak sepatutnya sudah mula
berlapang dada menerima seterusnya mengiktiraf karya-karya Indie sebagai karya serius
yang setanding dengan karya-karya sastera perdana.
Besarlah harapan pengkaji agar dapatan kajian ini dapat dijadikan sebagai hujah dan
justifikasi dalam menilai karya-karya Indie di Malaysia di samping dapat menjadi panduan
kepada masyarakat pembaca dalam memilih karya-karya Indie yang bagus untuk dibaca.
Semoga dapatan kajian ini akan dapat mencerahkan pandangan kelam masyarakat terhadap
karya-karya Indie serta dapat membuka mata masyarakat bahawa karya-karya Indie juga
membawa pemikiran yang mampu mendidik masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik
dan sejahtera. Keseluruhannya, dapatan kajian ini telah membuktikan karya-karya Indie
sebenarnya mampu menyaingi malahan ada antaranya setanding dengan karya-karya
sastera perdana pelbagai genre di Malaysia.
Rujukan
Amir Asyraff Jamin & Mary Fatimah Subet. (2018). Menghapus Prejudis Perkauman Melalui
Karya Indie: Analisis Terhadap Novel Kunang Pesisir Morten. MALTESAS Multi-
Disciplinary Research Journal (MIRJO), Vol. 3, Issue 3. 53-68
Asyraff Jamin. (23 September 2018). Realisme: Aliran Sastera Yang Semakin Jernih.
Mingguan Malaysia.
Biro Tatanegara. (11 Mei 2015). Gerakan Indie di Malaysia. Didapati
daripada:https://archive.org/details/GerakanIndieDiMalaysia
Cambridge Advanced Learner’s Dictionary Fourth Edition. (2013). United Kingdom:Cambridge
University Press.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Tingkatan 3. (2019).
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Emylia Mohd Nor. (2018). Budak Kelas Belakang. Batu Caves: Komrad Buku.
Georg Lukacs. (1963). The Theory of The Novel. Terjemahan Anna Bostock. (1971). London:
The Merlin Press.
H. Olsy Rachman. (2011). The Science of Shalat. Jakarta: Qultum Media.
Hasyuda Abadi. (2016). Indie Dan Sastera Kreatif. Utusan Borneo.
Ibe Karyanto. (1997). Realisme Sosialis Georg Lukacs. Jakarta: PT Gramedia Pustaka
Utama.
Idris Jusoh. (15 April 2016). Pelan Tindakan Keusahawanan IPT Lahir Graduan Unggul. BH
Online. Didapati daripada: https://www.bharian.com.my/node/144039/amp
Johnny Rogan. (1992). Introduction: The Guiness Who's Who of Indie and New Wave Music.
London: Guiness Publishing.
Khairul Hakimin Muhammad. (2017). Tuhan, Jaga Dia Untukku. Bangi: Dubook Press Sdn.
Bhd.
Lokman Hakim. (2019). Sastera Melayu Kena Berdamai Dengan Sastera Dunia [Hantaran
Facebook]. didapati daripada :
https://www.facebook.com/1030146951/posts/10216722 546749282/?sfnsn=mo
Maisarah Mansor. (2013). Surat-Surat Untuk Kaherah. Petaling Jaya: Merpati Jingga
Maksim Gorky. (1934). Gorky On Soviet Literature. Didapati daripada:
http://soviethistory.msu.edu/1934-2/writers-congress/writers-congress-texts/gorky-on-
soviet-literature/
Malaysia Kita Edisi Terbaru. (2007). Kuala Lumpur: International Law Book Services
Mega Prayitna Putri. (2017). Realitas Sosial Dalam Novel Kelomang Karya Qizink La Aziva
(Kajian Realisme Sosialis Georg Lukacs). Jurnal Mahasiswa, 1-11. Surabaya:
Universitas Negeri Surabaya.
Mohammad Shatar Sabran. (2003). Pengenalan Kepada Masalah Sosial. Serdang: Universiti
Putra Malaysia.
Mohd Afendi Daud dan Junaidi Awang Besar. (2016). Mahathir dan Berakhirnya Dasar
Aparteid di Afrika Selatan. GEOGRAFIA Online, Malaysian Journal of Society and
Space 12 Issue 8. 123-134
Mohd Khairul Adenan, Florence Gilliam Kayad & Muhammad Zaid Daud. (2018). Analisis
Stilistik Melalui Penggunaan Bahasa Dalam Novel Sastera Indie: Karya Azwar
Kamaruzaman. Jurnal Kesidang, Volume 3 2018. 106-121.
Muhammad Rashidi dan Siti Nur Hidayah. (2016). Laporan Awal: Sorotan Fenomena Buku
Indie Di Malaysia.Didapatidaripada:http://www.jais.gov.my/sites/default/files/Laporan
%20awal _Fenomena%20Buku%20Indie.pdf
Nor Hasimah Ismail dan Melor Fauzita Md Yusoff. (2016). Karya Indie: Revolusi Penulis
Generasi Baru. Proceeding of ICECRS, 1. 565-570.
Nor Hasimah Ismail, Nordiana Ab. Jabar, Rafizah Mohd Rawian dan Marzalina Mansor.
(2018). Karya Indie : Konflik Remaja Perempuan. Journal of Islamic, Social,
Economics and Development, Volume 3: Issue: 11 [June 2018]. 106-116.
Pramoedya Ananta Teor. (2003). Realisme Sosialis dan Sastra Indonesia. Jakarta: Lentera
Dipantara.
Raiha Bahaudin. (2015). Kunang Pesisir Morten. Bangi: Nubook Press Sdn. Bhd.
Roslina Abu Bakar, Arba’ie bin Sujud dan Nurul Ainabila Shuhaimi. (2016). Falsafah Pemikiran
Hatta Azad Khan Dalam Kumpulan Drama Dunia Belum Kiamat. ‘Ulum Islamiyyah
Journal Vol. 18 (December) 2016. 67-89
S. M. Zakir. (2018, April). Konteks "Gedebe" dalam Pok Ya Cong Codei. Dewan Masyarakat,
pp. 38-41.
Siti Aisyah Yahya & Sidar Binti Masrun. (2016). Tahap Penghayatan Agama Dalam Kalangan
Remaja Hamil Tanpa Nikah. Jurnal Sains Sosial Jilid 1 2016, 17-35.
Suyono Suyanto. (2016). Corak Realisme Sosialis Dalam Hikayat Kadiroen Karya Semaoen.
ATAVISME, Vol. 19, No. 1, Edisi Juni, 2016. 75-87
Tori. (3 Januari 2004). Indie. Didapati daripada Urban Dictionary:
http://www.urbandictionary.com/define.php? term=indie
Wan Shafiq. (2012). Aku Rindu 90’s. Subang Jaya: Lejen Press Sdb. Bhd.
Yau Chee Theng. (2015). Realisme Dalam Cerpen-Cerpen Dua Penulis Mahua Di Malaysia.
Tesis Ijazah Sarjana Sastera. Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjung Malim.
Biodata Pembentang
Amir Asyraff Jamin merupakan pelajar Sarjana Sastera dalam bidang Sastera Moden di
Universiti Malaysia Sarawak. Bidang kajian yang ditekuni ialah kritikan sastera yang
memfokuskan karya-karya Indie sebagai cabang sastera baharu di Malaysia. Beliau juga aktif
dalam penulisan karya-karya kreatif seperti cerpen dan puisi termasuklah rencana-rencana
sastera dalam pelbagai media di Malaysia dengan nama pena Asyraff Jamin.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Menghapus Prejudis Perkauman Melalui Karya Indie: Analisis Terhadap Novel Kunang Pesisir Morten
Amir Asyraff Jamin & Mary Fatimah Subet. (2018). Menghapus Prejudis Perkauman Melalui Karya Indie: Analisis Terhadap Novel Kunang Pesisir Morten. MALTESAS Multi-Disciplinary Research Journal (MIRJO), Vol. 3, Issue 3. 53-68
Realisme: Aliran Sastera Yang Semakin Jernih
  • Asyraff Jamin
Asyraff Jamin. (23 September 2018). Realisme: Aliran Sastera Yang Semakin Jernih. Mingguan Malaysia.
The Theory of The Novel
  • Georg Lukacs
Georg Lukacs. (1963). The Theory of The Novel. Terjemahan Anna Bostock. (1971). London: The Merlin Press.
The Science of Shalat
  • H Olsy Rachman
H. Olsy Rachman. (2011). The Science of Shalat. Jakarta: Qultum Media.
Indie Dan Sastera Kreatif
  • Hasyuda Abadi
Hasyuda Abadi. (2016). Indie Dan Sastera Kreatif. Utusan Borneo.
Realisme Sosialis Georg Lukacs
  • Ibe Karyanto
Ibe Karyanto. (1997). Realisme Sosialis Georg Lukacs. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.
Pelan Tindakan Keusahawanan IPT Lahir Graduan Unggul
  • Idris Jusoh
Idris Jusoh. (15 April 2016). Pelan Tindakan Keusahawanan IPT Lahir Graduan Unggul. BH Online. Didapati daripada: https://www.bharian.com.my/node/144039/amp
Introduction: The Guiness Who's Who of Indie and New Wave Music
  • Johnny Rogan
Johnny Rogan. (1992). Introduction: The Guiness Who's Who of Indie and New Wave Music. London: Guiness Publishing.
Surat-Surat Untuk Kaherah. Petaling Jaya: Merpati Jingga Maksim Gorky
  • Lokman Hakim
Lokman Hakim. (2019). Sastera Melayu Kena Berdamai Dengan Sastera Dunia [Hantaran Facebook]. didapati daripada : https://www.facebook.com/1030146951/posts/10216722 546749282/?sfnsn=mo Maisarah Mansor. (2013). Surat-Surat Untuk Kaherah. Petaling Jaya: Merpati Jingga Maksim Gorky. (1934). Gorky On Soviet Literature. Didapati daripada: http://soviethistory.msu.edu/1934-2/writers-congress/writers-congress-texts/gorky-onsoviet-literature/
Realitas Sosial Dalam Novel Kelomang Karya Qizink La Aziva (Kajian Realisme Sosialis Georg Lukacs)
Malaysia Kita Edisi Terbaru. (2007). Kuala Lumpur: International Law Book Services Mega Prayitna Putri. (2017). Realitas Sosial Dalam Novel Kelomang Karya Qizink La Aziva (Kajian Realisme Sosialis Georg Lukacs). Jurnal Mahasiswa, 1-11. Surabaya: Universitas Negeri Surabaya.