ArticlePDF Available

Hunayn Bin Ishaq: Tokoh Non Muslim Era Kegemilangan Zaman Abbasiyah

Authors:

Abstract

ABSTRAK Kolaborasi antara Muslim dan non-Muslim dalam memajukan sains dan teknologi pada era 'Abbasiyah telah dikenal pasti berlaku sejak peringkat awal lagi, iaitu peringkat pemindahan ilmu dari tamadun lain ke dalam tamadun Islam. Peranan Muslim amat tidak dinafikan lagi, tetapi peranan non-Muslim turut perlu diakui hakikat kebenarannya. Mendahului sumbangan dan ketokohan sarjana non-Muslim tersebut ialah satu nama besar, iaitu Hunayn bin Ishaq. Beliau merupakan seorang tokoh yang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam dunia penterjemahan dan perubatan di barat mahupun di timur. Beliau telah banyak berjasa menterjemahkan karya-karya asli dari tokoh-tokoh zaman Yunani seperti Plato, Galen, Descorides, Hippocrates, Aristotle, Euclid dan ramai lagi. Hunayn telah dilantik oleh khalifah al-Makmun sebagai pengarah pertama Bayt al-Hikmah, iaitu institusi penting yang menjalankan penterjemahan, penyelidikan dan inovasi daripada pelbagai cabang keilmuan pada zaman tersebut. Selain itu, beliau turut menyumbangkan jasa yang besar dalam bidang perubatan. Berlatar belakangkan daripada keluarga ahli perubatan kimia terkenal di Hirah, Hunayn terus meminati bidang ini dengan menuntut ilmu perubatan dari tokoh-tokoh perubatan terkenal di Baghdad. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan mata dan memperkenalkan ilmu perubatan Oftamologi. Beliau akhirnya dilantik sebagai doktor peribadi yang berkhidmat kepada khalifah al-Mutawakkil. Akhirnya, sehingga kini kita dapat menyaksikan begitu banyak karya yang telah dihasilkan oleh Hunayn bin Ishaq walaupun sebahagian daripadanya telah hilang.
Journal of Human Development and Communication
Volume 3 (Special Issue), 2014 [17-26]
Hunayn Bin Ishaq: Tokoh Non Muslim Era Kegemilangan
Zaman Abbasiyah
Ammar Badruddin Bin Romli
*
Politeknik Ungku Omar
ABSTRAK
Kolaborasi antara Muslim dan non-Muslim dalam memajukan sains dan
teknologi pada era ‘Abbasiyah telah dikenal pasti berlaku sejak peringkat
awal lagi, iaitu peringkat pemindahan ilmu dari tamadun lain ke dalam
tamadun Islam. Peranan Muslim amat tidak dinafikan lagi, tetapi peranan
non-Muslim turut perlu diakui hakikat kebenarannya. Mendahului
sumbangan dan ketokohan sarjana non-Muslim tersebut ialah satu nama
besar, iaitu Hunayn bin Ishaq. Beliau merupakan seorang tokoh yang
mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam dunia penterjemahan dan
perubatan di barat mahupun di timur. Beliau telah banyak berjasa
menterjemahkan karya-karya asli dari tokoh-tokoh zaman Yunani seperti
Plato, Galen, Descorides, Hippocrates, Aristotle, Euclid dan ramai lagi.
Hunayn telah dilantik oleh khalifah al-Makmun sebagai pengarah pertama
Bayt al-Hikmah, iaitu institusi penting yang menjalankan penterjemahan,
penyelidikan dan inovasi daripada pelbagai cabang keilmuan pada zaman
tersebut. Selain itu, beliau turut menyumbangkan jasa yang besar dalam
bidang perubatan. Berlatar belakangkan daripada keluarga ahli perubatan
kimia terkenal di Hirah, Hunayn terus meminati bidang ini dengan
menuntut ilmu perubatan dari tokoh-tokoh perubatan terkenal di Baghdad.
Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan mata dan
memperkenalkan ilmu perubatan Oftamologi. Beliau akhirnya dilantik
sebagai doktor peribadi yang berkhidmat kepada khalifah al-Mutawakkil.
Akhirnya, sehingga kini kita dapat menyaksikan begitu banyak karya yang
telah dihasilkan oleh Hunayn bin Ishaq walaupun sebahagian daripadanya
telah hilang.
Kata kunci: Non-muslim; Hunayn; oftamologi; Bayt al-Hikmah.
*
E-mail: ammar@puo.edu.my
Ammar Badruddin Bin Romli / Hunayn Bin Ishaq: Tokoh Non Muslim Era...
18
1.0 PENGENALAN
Kebangkitan kerajaan Abbasiyyah pada tahun 750M merupakan kelahiran
sebuah kuasa besar dalam sejarah pemerintahan Islam. Pemerintah-pemerintah
kerajaan Abbasiyyah telah memberikan perhatian besar terhadap perkembangan
ilmu pengetahuan saintifik. Bermula dari era pemerintahan khalifah al-Mansur
(754M-775M) lagi, sarjana didorong agar memulakan usaha-usaha penggalian
pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti perubatan, falsafah,
fizik, astronomi, optik dan matematik melalui kerja penterjemahan.
Beberapa sumber rujukan telah berbeza-beza pendapat dalam menyatakan
tempoh usaha penterjemahan yang telah dilakukan oleh tokoh-tokoh pada
zaman pemerintahan Abbasiyyah. Sebagai contoh, Syed Hossein Nasr melalui
tulisannya di dalam buku berjudul Islamic Science: an Illustrated Study menyatakan
tempoh tersebut adalah 150 tahun, iaitu bermula pada abad kelapan masihi
hingga abad kesepuluh masihi. Walau bagaimanapun, pengkaji lain seperti
Young dan Iqbal menyatakan tempoh gerakan penterjemahan tersebut ialah
selama 300 tahun dan tiga abad meliputi tempoh penterjemahan karya penting
tamadun terdahulu, seperti karya Hippocrates, Aristotle, Theophratus, Euclid,
Ptolemy, Dioscorides dan Galen.
Penggunaan kertas secara besar-besaran yang dipelopori oleh masyarakat Arab
amat membantu dalam menggalakkan kerja penterjemahan. Goroni (2005: 2)
berpendapat, hal ini dikukuhkan lagi dengan bukti penemuan kilang-kilang
kertas yang dibina di Samarkand pada tahun 751 M dan di Baghdad pada tahun
793 M dibawah pemerintahan khalifah Harun al-Rasyid (786M-809M).
Aktiviti penterjemahan membuktikan sarjana sains yang menterjemahkan
manuskrip lama daripada pelbagai bahasa seperti Yunani, Parsi, Sanskrit dan
Syria ke dalam bahasa Arab (Goroni, 2005: 2). Di antara tokoh-tokohnya ialah
doktor peribadi kepada khalifah al-Mu’tasim, iaitu Salmawayh bin Bunan. Selain
itu, nama lain adalah seperti Jurjis bin Jibra’il bin Bakhtiashu’ yang merupakan
individu yang bertanggungjawab mengendalikan hospital di Jundishapur dan
dilantik sebagai doktor peribadi kepada beberapa orang khalifah Abbasiyyah.
Nama-nama besar lain yang terlibat secara langsung dalam aktiviti
penterjemahan ini adalah seperti Yahya bin Batriq, Ibn Sahda dan Ayyub al-
Ruhawi.
Namun, tokoh paling terkemuka dalam aktiviti penterjemahan ini ialah Abu
Zayd Hunayn bin Ishaq al-‘Ibadi. Beliau amat dikenali dalam kalangan sarjana
timur dan barat atas sumbangan dan ketokohannya membangunkan tamadun
Islam pada era pemerintahan kerajaan Abbasiyyah.
Journal of Human Development and Communication
Volume 3 (Special Issue), 2014 [17-26]
19
2.0 LATAR BELAKANG PERIBADI
Hunayn bin Ishaq dikenali juga sebagai Hunein. Dalam bahasa Syria
Hunein Bit Ishak, manakala bahasa Arab ialah 'Abū Zayd Hunayn ibn 'Ishāq al-
'Ibādī. Hunayn dikenali dalam bahasa Latin sebagai Johannitius Onan (Nasr,
1968: 195). Dilahirkan pada tahun 809M di Hirah, iaitu selatan negara Iraq.
Beliau merupakan seorang penganut agama Nestorian Kristian terkenal
dan berpengaruh serta memainkan peranan sebagai sarjana, doktor dan saintis
pada zamannya.
Beliau sangat berminat dalam bidang penterjemahan terutama melibatkan karya-
karya manuskrip sains dan perubatan Yunani. Hal ini ditambah dengan
kebolehan dan keistimewaan Hunayn yang dapat menguasai empat bahasa iaitu
Arab, Syria, Yunani dan Parsi dengan amat baik. Oleh yang demikian, beliau
banyak menghasilkan pelbagai karya dan buku-buku yang bermutu serta
digunakan sehingga sekarang. Menurut Abdul Nasser Kaadan (t.th.:21-29),
Hunayn telah menterjemah lebih 112 buah karya dari tamadun Yunani
disamping 30 buah karya asli yang telah dihasilkannya sendiri. Beberapa orang
pengkaji berbeza pendapat dalam menyatakan tahun beliau meninggal dunia.
Menurut Ibn al-Nadim, beliau meninggal dunia pada tahun 873M, manakala
menurut Ibn Abi Usaybi’ah pula ialah pada tahun 877M (Roziah; Siti
Nooranizah, 2009; 176).
3.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Hunayn merupakan seorang tokoh perubatan dan sains terbaik pada zaman awal
Abbasiyah. Beliau telah menuntut ilmu perubatan di sebuah sekolah perubatan
awal di Jundishapur dan kemudiannya ke Baghdad di bawah seliaan Yuhanna
bin Masawayh (murid kepada Jibra’il bin Bakhtishu) ketika usia yang masih
muda (Nasr, 1968: 195). Akibat minat yang mendalam terhadap ilmu perubatan
lama, Hunayn telah melakukan banyak kajian intensif terhadap manuskrip
perubatan Yunani dengan melakukan penterjemahan daripada bahasa Yunani
kepada bahasa Arab dan Syria seperti karya dalam bidang astronomi yang
terkenal berjudul al-Majisti terjemahan dari manuskrip Yunani tulisan Ptolemy
yang berjudul Megale Syntaxis Mathematike.
Menurut catatan Ibn al-Nadim dari kitabnya al-Fihrist, seorang gurunya yang
bernama Yuhanna bin Masawayh telah merendah-rendahkan bakat Hunayn
ketika dia menuntut ilmu perubatan di Baghdad. Yuhanna jelas berang dengan
sikap Hunayn yang suka bertanya lalu menyindirnya supaya tidak melibatkan diri
dalam bidang perubatan, sebaliknya gurunya itu menyarankan agar beliau
Ammar Badruddin Bin Romli / Hunayn Bin Ishaq: Tokoh Non Muslim Era...
20
mengikuti jejak langkah bapanya sebagai peniaga ubat di bandar Hirah sahaja.
Hunayn yang kecewa dengan kata-kata gurunya itu telah menanam azam dan
tekad untuk keluar merantau untuk belajar dan mendalami ilmu dalam bidang
perubatan sehingga berjaya digelar doktor perubatan yang terkenal. Beliau telah
pergi ke Alaxandria dan mempelajari bahasa dan peradaban Yunani di sana
selama dua tahun. Namun begitu, menurut Nasr (1968: 44), Hunayn telah
mengembara ke Anatolia bagi menyempurnakan pengetahuan Yunani beliau.
Beliau kemudiannya mempelajari bahasa Arab di Basrah daripada gurunya yang
terkenal, iaitu Khalil bin Ahmad al-Faraheedi dan akhirnya berjaya mencapai
cita-citanya dan pulang kembali ke Baghdad pada tahun 826M setelah menguasai
bahasa Yunani dan Arab dengan baik. Sebagai penganut Nestorian Kristian juga,
beliau turut menguasai bahasa Syriac yang dahulunya pernah digunakan di Syria,
Lebanon, Jordan dan Iraq (O Leary, 1979: 114).
4.0 PENGALAMAN
Sekembalinya dari Baghdad, beliau berkhidmat di bawah Jibra’il bin Bakhtiyashu’
(ketika itu doktor peribadi khalifah al-Ma’mun) dengan menterjemah beberapa
karya Galen. Kegigihan beliau dalam penterjemahan telah menarik minat Jibra’il
untuk memperkenalkannya kepada keluarga Musa bin Shakir, iaitu hartawan dan
pencinta manuskrip Yunani. Keluarga ini kemudiannya mengupah Hunayn
merantau ke tanah jajahan Byzantium untuk mendapatkan buku-buku dan
manuskrip. Hasilnya beliau berjaya membawa pulang buku-buku falsafah, muzik
dan juga perubatan ke Baghdad.
Memandangkan keluarga hartawan Musa bin Shakir mempunyai hubungan yang
akrab dengan khalifah pada ketika itu, beliau telah diperkenalkan kepada khalifah
al-Makmun iaitu sebelum kematian Jibra’il bin Bakhtiyashu’ pada tahun 828M
(O Leary, 1979: 115).
Dorongan besar daripada khalifah Abbasiyah telah menambah semangat
Hunayn untuk terus gigih dalam kerja-kerja penterjemahan khususnya di dalam
bidang falsafah, sains dan perubatan. Pada tahun 830M, Hunayn telah dilantik
oleh Khalifah al-Makmun sebagai Pengarah di Bayt al-Hikmah iaitu sebuah
pusat pengajian, pendidikan, perpustakaan, penterjemahan, penyelidikan dan
pembelajaran pelbagai cabang ilmu termasuk sains, falsafah, perubatan dan
kejuruteraan yang terletak di kawasan istana pada ketika itu. Pada mulanya,
Hunayn hanya ditugaskan sebagai kakitangan pembantu bekas gurunya, iaitu
Yuhanna bin Masawayh sahaja. Beliau hanya diamanahkan melaksanakan
tugasan yang mudah seperti membancuh ubat sahaja, namun selepas beberapa
tempoh kepakarannya mula terserlah. Beliau akhirnya telah dilantik sebagai
Journal of Human Development and Communication
Volume 3 (Special Issue), 2014 [17-26]
21
pengarah di institusi tersebut (Roziah; Siti Nooranizah, 2009: 178). Hunayn telah
dibantu oleh beberapa tokoh penterjemah lain seperti rakan sepengajian beliau
ketika di Jundishapur, iaitu Salmawayh bin Bunan (doktor peribadi khalifah al-
Mu’tasim) dan rakan beliau Thabit bin Qurrah. Mereka giat menterjemahkan
manuskrip-manuskrip sains Yunani yang didapati dari pelbagai negeri seperti
Mesir, Syria dan Palestin sehingga empayar Rom melalui wakil yang dihantar
oleh khalifah al-Makmun (O Leary, 1979: 115).
5.0 KEPERIBADIAN HUNAYN
Walaupun bukan seorang muslim, Hunayn mempunyai keperibadian yang baik
dan dihormati oleh khalifah serta masyarakat Islam disekelilingnya, namun
cabaran dan liku-liku hidup Hunayn yang penuh ranjau dan duri menjadikan
dirinya lebih tabah.
Khalifah al-Mutawakil telah menawarkannya ganjaran yang besar sebagai upah
kepadanya bagi menghasilkan sejenis racun untuk membunuh musuh politik
khalifah. Akibat keengganannya, beliau telah dipenjarakan. Khalifah al-
Mutawakil kemudiannya mengakui bahawa tindakannya sebelum ini adalah
untuk menguji pegangan dan integriti Hunayn dan baginda kagum dengan
pendirian teguh Hunayn tersebut lalu melantiknya sebagai doktor peribadi yang
berkhidmat dengan baginda.
Rentetan daripada itu, sejarawan Perancis telah menggelarkannya sebagai ‘Tokoh
Agung di Abad Kesembilan’ (Hitti, 1949: 118).
6.0 KARYA TERJEMAHAN
Hunayn telah menyumbangkan jasa yang besar sebagai seorang tokoh
penterjemah manuskrip lama yang gigih, jujur dan teliti dalam setiap aspek
tugasannya. Menurut Emilie (1996: 65), Hunayn telah memulakan kerja
penterjemahan sejak berusia tujuh belas tahun lagi dibawah pemantauan Ibn
Masawayh. Hunayn akan merantau ke setiap pelosok dunia untuk mencari dan
mengumpul koleksi manuskrip asli. Seterusnya, beliau akan membandingkan
keaslian setiap koleksi manuskrip yang dimilikinya bagi mengenal pasti
keabsahan dan ketulenan manuskrip tersebut. Justeru, hasil karya terjemahan
Hunayn menjadikannya amat bernilai dan sukar ditandingi oleh penterjemah-
penterjemah lain pada zamannya. Beliau telah menghabiskan masa selama 50
tahun bersama pelajarnya melaksanakan tugas sebagai penterjemah untuk
pelbagai karya agung Yunani dari tokoh-tokoh penting seperti Hippocrates,
Ammar Badruddin Bin Romli / Hunayn Bin Ishaq: Tokoh Non Muslim Era...
22
Aristotle, Galen, Discorides, Euclid, Ptolemy serta pengkritik-pengkritik mereka
seperti Oribasius dan Paulus Aeginata.
Peranan besar Hunayn ialah sebagai penterjemah utama kepada karya Galen. Di
antara karya-karya manuskrip Galen tersebut ialah De sectis, Ars medica, De pulsibus
ad tirones, De pulsibus (four treatises), De typis (febrium), De crisibus, De diebus decretoriis,
Summaria Alexandrinorum dan Methodus Medendi. Karya ini turut meliputi tujuh
karya asli Galen yang hilang, namun hanya dapat dijumpai dalam Bahasa Arab
sahaja (O Leary, 1979: 116).
Abdul Nasser Kaadan menerusi artikelnya tentang Hunayn telah menyenaraikan
112 buah kitab yang diterjemah ke dalam bahasa Arab. Di antara karya
termasyhur beliau ialah Kitab al-Madkhal ila al-Mantiq, Kitab Jawami’ Aflathun,
Kitab al-Akhlaq, Kitab fi al-Asma’ al-Tibbiyah, Kitab al-Burhan, Kitab al-Hilah li hifz
al-Sihah, Kitab al-Tiryak ila Qaysar, Kitab al-Adwiyah al-Muqabalah li al-Adawa’,
Maqalah fi Afdal Hay’at al-Badan dan Maqalah fil al-Awram.
Selain itu, beliau telah menterjemahkan manuskrip asli karya tokoh Yunani lain
antaranya seperti terjemahan Jawami’ al-Iskandariyyin dari Summaria
Alexandrinorum karya Galen yang telah dijadikan panduan oleh para pengamal
perubatan untuk menjalankan pemeriksaan penyakit. Karya Ptolemy iaitu Megale
Syntaxis Mathematike dalam bidang astronomi turut diterjemahkan oleh beliau
dengan dibantu Thabit bin Qurrah dan kemudiannya karya tersebut dikenali
sebagai al-Majisti (Nasr, 1976: 97).
7.0 KAEDAH PENTERJEMAHAN
O leary (1979: 116) menyatakan kebanyakan kaedah penterjemahan yang
dilaksanakan Hunayn adalah dengan menterjemahkan manuskrip dari bahasa
Yunani ke bahasa Syria terlebih dahulu sebelum dibantu oleh rakan-rakan dan
pelajarnya untuk menterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Sebagai contoh, pada
kebiasaannya Hunayn menterjemah buku-buku perubatan dan astronomi ke
dalam bahasa Syria terlebih dahulu, kemudiannya beliau akan meminta
penterjemah lain untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab. Kaedah ini
telah diaplikasi ke atas karya asli Aristotle yang bertajuk Hermeneutica. Pada
mulanya beliau menterjemahkan ke dalam bahasa Syria sebelum diambil alih
oleh anak dan anak saudaranya, iaitu Ishak bin Hunayn dan Hubaysh al-‘Asam
untuk diterjemahkan ke bahasa Arab. Walau bagaimanapun, bagi buku falsafah
biasanya beliau terjemahkan terus ke dalam bahasa Arab.
Journal of Human Development and Communication
Volume 3 (Special Issue), 2014 [17-26]
23
Terdapat juga kes-kes lain apabila salah seorang pelajarnya yang bernama Istafan
bin Basil menterjemahkan karya Discorides dalam bidang botani ke dalam
bahasa Syria, kemudian diterjemah semula ke dalam bahasa Arab oleh gurunya
Hunayn.
Mereka melakukan terjemahan yang tepat dan teliti dari manuskrip asal serta
memainkan peranan utama dalam kebangkitan usaha memahami keilmuan dari
tamadun Yunani (Nasr, 1968: 44). Pada awal usaha penterjemahan tersebut,
Hunayn mengunakan kaedah penterjemahan secara salinan sama, namun
menukarkannya kepada kaedah penterjemahan secara semantik (Goroni, 2005:
4). Walau bagaimanapun, kerja penterjemahan bukanlah sesuatu yang mudah
apabila terdapat perkataan-perkataan yang sukar diterjemahkan dan Hunayn
terpaksa mencari perkataan-perkataan lain yang hampir untuk diterjemahkan
serta diikuti nota kaki bagi menjelaskan maksud asal kehendak manuskrip
tersebut (Kaadan t.th.: 34).
Usaha penterjemahan Hunayn selalunya dibantu oleh pelajarnya, iaitu anaknya
sendiri Ishak bin Hunayn, anak saudaranya Hubaysh ibn al-Hasan al-‘Asam,
pembantunya ‘Isa bin Yahya bin Ibrahim, ‘Isa bin Ali dan Musa bin Khalid, serta
ramai saintis terkemuka yang pernah menuntut ilmu daripadanya dan
diantaranya ialah Istafan bin Basil (O Leary, 1979: 117).
8.0 KARYA ASLI
Selain memainkan peranan sebagai penterjemah tersohor, beliau turut
berperanan sebagai penulis yang produktif. Buktinya, Hunayn telah
menghasilkan lebih 36 buku karya asli dalam pelbagai disiplin sains di mana 21
daripadanya adalah buku berkaitan perubatan. Hasil kajian beliau telah banyak
membantu meningkatkan aplikasi kepada teori perubatan semasa serta kaedah
pengajarannya kepada bakal doktor.
Ibn al-Nadim melalui kitabnya al-Fihrist telah menyenaraikan sebanyak 30 karya
asli Hunayn. Di antaranya ialah Kitab Ahkam al-I’rab ‘ala Madhahib al-Yunaniyyin,
Kitab al-Masa’il fi al-Tibb li al-Muta’allimin, Kitab al-Hammam, Kitab cIlaj al-Ayn,
Kitab Taqasim cIlal al-Ayn, dan Kitab al-Adab al-Falasifah.
Karya yang berjudul al-Masa’il merupakan karya agung beliau yang banyak
mempengaruhi dunia perubatan apabila karya tersebut telah didokumentari,
diringkas dan ditafsirkan oleh sarjana perubatan sehingga menjadi rujukan oleh
doktor-doktor perubatan pada zaman Renaissanse di Eropah. Ia disusun
berdasarkan soal jawab perubatan yang jelas dan mudah. Beliau telah
Ammar Badruddin Bin Romli / Hunayn Bin Ishaq: Tokoh Non Muslim Era...
24
menghuraikan beberapa prinsip kesihatan utama seperti udara yang dihirup,
makanan dan minuman, kerja dan rehat, perkumuhan serta tindak balas psikik.
Beliau yang turut pakar dalam bidang perubatan mata itu telah menghasilkan
kajian yang diberi nama al-Ashr Maqalat fi al-Ayn atau di negara Barat lebih
dikenali sebagai ‘Ten Treatises on Ophthalmology’. Kajian mendalam beliau itu secara
keseluruhannya menjelaskan bagaimana penyakit ketarak dan tumor atau
ketumbuhan dalam mata berlaku di samping menerangkan cara
penyembuhannya melalui kaedah pembedahan mata. Karya ini adalah ulasan dan
hasil penelitian beliau sendiri terhadap karya Galen yang berjudul De placitis
Hippocratis at Platonis dan sebuah lagi karya yang berjudul De Usu Partium.
Persembahan dan penerangan daripada buku tersebut yang jelas dan sistematik
telah menyebabkan ianya menjadi rujukan kepada pengamal perubatan generasi
selepasnya. Ianya telah disemak dan disahkan oleh seorang tokoh orientalis Barat
bernama Meyerhof yang mendapati karya tersebut sebagai karya perubatan optik
yang paling sistematik dan tertua di dunia.
Karya yang mengandungi 10 buah makalah ini membahaskan tentang tabiat
mata, otak, saraf dan roh mata, simptom-simptom sakit mata, jenis-jenis ubat
dan penawar mata disamping beberapa makalah tentang cara penjagaan mata
yang betul. Selain itu juga, Hunayn turut mengesyorkan lebih 44 jenis ubat
dengan menerangkan tentang kaedah penyediaan, teknik, bahan-bahan yang
digunakan serta dos-dos ramuannya dalam sesuatu bancuhan (Roziah; Siti
Nooranizah, 2009: 182).
9.0 RUMUSAN DAN PENUTUP
Sejarah tamadun Islam telah memperlihatkan peranan besar tokoh bukan Islam
seperti Hunayn bin Ishaq mencorak pembangunan ilmu sains dan perubatan
dalam tamadun Islam pada zaman tersebut. Peranan mereka tetap diiktiraf dan
dihargai oleh khalifah yang memerintah, malah ada dalam kalangan mereka yang
dilantik memegang jawatan-jawatang penting seperti doktor peribadi kepada
khalifah, pengarah hospital, penasihat khalifah dan ketua bagi Bayt al-Hikmah.
Gandingan tokoh bukan Islam tersebut dengan sarjana Islam seperti Abu ‘Abd
Allah Muhammad bin Ibrahim al-Fazari, Abu Sahl al-Fadl b. Nawbakh dan Abu
‘Uthman Sa’id b. Ya’qub al-Dimishqi telah membuktikan semangat toleransi
agama amat subur demi kepentingan ilmu pengetahuan. Justeru, peranan tokoh
non-muslim ini haruslah diiktiraf sebagai tokoh besar yang banyak mencorak
keilmuan sehingga dapat dimanfaatkan oleh umat generasi selepas mereka.
Journal of Human Development and Communication
Volume 3 (Special Issue), 2014 [17-26]
25
Umat Islam hari ini diseru agar mencontohi kegigihan ulama-ulama dahulu
dalam menuntut dan menyebarkan ilmu pengetahuan untuk kepentingan
masyarakat. Pelbagai kemudahan rujukan hasil peninggalan ulama terdahulu
dalam pelbagai bidang keilmuan khususnya dalam bidang sains harus
dimanfaatkan dengan sebaiknya serta diaplikasi dan dikembangkan agar
berkesinambungan untuk generasi akan datang. Kemunduran umat pada hari ini
dalam sains dan teknologi perlu diatasi segera dan ianya bukan mustahil kerana
bukti yang jelas dan nyata bahawa umat Islam terdahulu pernah mengalami
kegemilangan dan akhirnya menjadi contoh kepada dunia Barat pada hari ini.
RUJUKAN
Abdul Nasser Kaadan, & Nazem Mahrouseh. Hunayn Ibn-Ishaq. Articles in
International Society for the History of Islamic Medicine.
http://www.ishim.net/articles.htm [12 Mac 2011].
Emilie Savage. (1996). Medicine. Dlm. Roshidi Rashed. Encyclopedia of The History
of Arabic Science. St. Ives. Great Britain: Clays Ltd
Gorini, Rosanna. (2005). The Process of Origin and Growth of the Islamic
Medicine: The Role of the Translators. A Glimpse on the Figure of Hunayn
bin Ishaq. Journal of the International Society for the history of Islamic Medicine, 4(7).
Hitti, P. K. (1949). The Arabs - A Short History. Chicago: Gateway.
Ibn al-Nadim. (1997). Al-Fihrist. Tunis: Dar al-Ma’rifah.
Ibn Kathir. (2005). Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir. Terj. Zaidah Mohd Nor [et
al.]. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Nurhakim. (2008). Jatuhnya Sebuah Tamadun. Selangor: PTS Islamika
Nasr, Seyyed Hossein. (1968). Science And Civilization In Islam. Cambridge:
Harvard University Press.
O Leary, D. L. (1979). How Greek Science Passed to the Arabs. London; Rautledge
& Kegan Ltd. http://www.aina.org
Roziah Sidik, & Siti Nooranizah. (2009). Hunayn Ibn Ishaq: Ketokohan dan
Sumbangan. Dlm. Tokoh-tokoh Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam. Bangi:
UKM.
Ammar Badruddin Bin Romli / Hunayn Bin Ishaq: Tokoh Non Muslim Era...
26
Tschanz, DW. (2003). Hunayn bin Ishaq: The great Translator. Journal of the
International Society for the History of Islamic Medicine, 2(3), 39-40.
http://www.ishim.net/ishimj/3/09.pdf [2 Mac 2011].
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Article
Abu Zayd Hunayn bin Ishaq al Ibadi ranks as the finest medical and scientific mind of the early Abassid era. Born in 809 to an apothecary in Al Hirah, Hunayn went to Baghdad to study medicine as a young man. There he enrolled in the earliest known private medical school in Islam under the direction of Yuhanna bin Masawayh. Desiring greater access to the Classical World's knowledge of the healing arts, Hunayn intensified his study of Greek. After mastering the available Greek medical texts, Hunayn undertook a program of private translation of these works into Arabic. At the same time, the Abassid caliphs, in particular Al-Ma'mun, initiated a policy of rendering Greek clas-sics on science, engineering and medicine into Arabic in order to make them available to a wider audience. When word of Hunayn's personal efforts reached Al-Ma'mun in 830, the physician was placed in charge of the Bayt al Hikmah, the Abassid supported institu-tion for translation and the promotion and dissemina-tion of classical writings. Hunayn quickly established himself as a careful, reliable and scholarly translator. Traveling widely, Hunayn gathered a collection of the best preserved Greek manuscripts. Prior to undertaking translations, he would compare these manuscripts to one another to obtain the best reconstruction of the original text.
Medicine. Dlm. Roshidi Rashed. Encyclopedia of The History of Arabic Science
  • Emilie Savage
Emilie Savage. (1996). Medicine. Dlm. Roshidi Rashed. Encyclopedia of The History of Arabic Science. St. Ives. Great Britain: Clays Ltd
The Process of Origin and Growth of the Islamic Medicine: The Role of the Translators. A Glimpse on the Figure of Hunayn bin Ishaq
  • Rosanna Gorini
Gorini, Rosanna. (2005). The Process of Origin and Growth of the Islamic Medicine: The Role of the Translators. A Glimpse on the Figure of Hunayn bin Ishaq. Journal of the International Society for the history of Islamic Medicine, 4(7).
The Arabs -A Short History
  • P K Hitti
Hitti, P. K. (1949). The Arabs -A Short History. Chicago: Gateway.
Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir. Terj. Zaidah Mohd Nor
  • Ibn Kathir
Ibn Kathir. (2005). Sejarah Tamadun Islam Ibn Kathir. Terj. Zaidah Mohd Nor [et al.]. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Mohamad Nurhakim
Mohamad Nurhakim. (2008). Jatuhnya Sebuah Tamadun. Selangor: PTS Islamika Nasr, Seyyed Hossein. (1968). Science And Civilization In Islam. Cambridge: Harvard University Press.
How Greek Science Passed to the Arabs. London; Rautledge & Kegan Ltd
  • D L Leary
O Leary, D. L. (1979). How Greek Science Passed to the Arabs. London; Rautledge & Kegan Ltd. http://www.aina.org
Hunayn Ibn Ishaq: Ketokohan dan Sumbangan. Dlm. Tokoh-tokoh Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam
  • Roziah Sidik
  • Siti Nooranizah
Roziah Sidik, & Siti Nooranizah. (2009). Hunayn Ibn Ishaq: Ketokohan dan Sumbangan. Dlm. Tokoh-tokoh Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam. Bangi: UKM.