ArticlePDF Available

PANDANGAN SHAYKH ABDULLAH BIN BAYYAH TENTANG KONSEP KEAMANAN: KAJIAN TERHADAP BUKU KHITAB AL-AMNI FI AL-ISLAM

Authors:

Abstract

Pada era globalisasi, isu peperangan dan keganasan menjadi semakin kritikal sehingga menimbulkan ancaman kepada keamanan global. Antara sarjana Islam kontemporari yang menyeru kuat kepada keamanan dan perdamaian ialah Shaykh Abdullah bin Bayyah. Beliau giat mempromosikan keamanan melalui persidangan dan penulisan. Sehubungan itu, kajian ini memfokuskan kepada pandangan Shaykh Abdullah bin Bayyah terhadap konsep keamanan dan isu-isu hukum Islam yang melibatkan keamanan. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji telah meneliti buku Khitab al-Amn fi al-Islam wa Thaqafatu al-Tasamuh wa al-Wi'am yang merupakan subjek utama bagi kajian ini. Data kualitatif yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati, Shaykh Abdullah bin Bayyah mempunyai pandangan tersendiri dalam membincangkan keamanan. Beliau mengemukakan perluasan takrifan jenayah hirabah (rompakan), jenayah bughah (pemberontakan) dan jenayah melakukan kerosakan sebagai salah satu langkah counter-ideology bagi mengekang aktiviti keganasan yang semakin berleluasa pada zaman sekarang. Kata Kunci: keamanan, faham keganasan, faham pelampau agama, ideologi balas, wasatiyyah
Jurnal Peradaban, Jil. 11, 86-114 (2018)
__________________________________________
* Penulis untuk dihubungi:
mohdanuar@um.edu.my
eISSN 2636-9257 ©Pusat Dialog Peradaban
PANDANGAN SHAYKH ABDULLAH BIN
BAYYAH TENTANG KONSEP
KEAMANAN: KAJIAN TERHADAP BUKU
KHITAB AL-AMNI FI AL-ISLAM
Farah Khaledah Adam
Saiful Islam Nor Mohd Zulkarnain
Mohd Anuar Ramli*
* Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Abstrak
Pada era globalisasi, isu peperangan dan keganasan menjadi
semakin kritikal sehingga menimbulkan ancaman kepada keamanan
global. Antara sarjana Islam kontemporari yang menyeru kuat
kepada keamanan dan perdamaian ialah Shaykh Abdullah bin
Bayyah. Beliau giat mempromosikan keamanan melalui
persidangan dan penulisan. Sehubungan itu, kajian ini
memfokuskan kepada pandangan Shaykh Abdullah bin Bayyah
terhadap konsep keamanan dan isu-isu hukum Islam yang
melibatkan keamanan. Bagi mencapai objektif tersebut, pengkaji
telah meneliti buku Khitab al-Amn fi al-Islam wa Thaqafatu al-
Tasamuh wa al-Wi’am yang merupakan subjek utama bagi kajian
ini. Data kualitatif yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif.
Hasil kajian mendapati, Shaykh Abdullah bin Bayyah mempunyai
pandangan tersendiri dalam membincangkan keamanan. Beliau
mengemukakan perluasan takrifan jenayah hirabah (rompakan),
jenayah bughah (pemberontakan) dan jenayah melakukan
kerosakan sebagai salah satu langkah counter-ideology bagi
mengekang aktiviti keganasan yang semakin berleluasa pada zaman
sekarang.
Kata Kunci: keamanan, faham keganasan, faham pelampau agama,
ideologi balas, wasatiyyah
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
87
Abstract
In the era of globalization, the issue of war and terrorism are
becoming increasingly critical until these pose a threat to global
peace. Among the contemporary Islamic scholars who call for peace
is Shaykh Abdullah bin Bayyah. He is actively promoting peace
through conference and writing. In this regard, this study focuses on
the views of Shaykh Abdullah bin Bayyah on the concept of peace
and issues of Islamic law involving peace. In order to achieve this
objective, the researcher scrutinized the book Khitab al-Amn fi al-
Islam wa Thaqafatu al-Tasamuh wa al-Wi'am, which was the main
subject for this study. Qualitative data collected were analysed
using descriptive method. Therefore, the findings show that Shaykh
Abdullah ibn Bayyah has his own view in discussing peace. He
proposed an extension definition of the crime of hirabah (robbery),
crime of bughah (rebellion) and crime of damages as one of the
counter-ideological approach to curb the increasingly widespread
violence of the day.
Keywords: peace, terrorism, religious extremism, counter-ideology,
moderation
Pendahuluan
Keamanan merupakan satu wacana ilmu yang semakin berkembang
pasca peristiwa September 2011. Rentetan kemunculan kumpulan
dan tindakan keganasan yang bertopengkan agama Islam, para
sarjana kontemporari berusaha untuk menolak ideologi keras
tersebut dengan mengetengahkan gagasan perdamaian. Antaranya
ialah Shaykh Abdullah bin Bayyah yang mengarang buku Khitab al-
Amn fi al-Islam wa Thaqafatu al-Tasamuh wa al-Wi’am.
Di samping itu, perbincangan konsep keamanan juga
dibahaskan secara tidak langsung melalui cabang ilmu fiqh terutama
di bawah tema jihad yang merangkumi perbahasan fiqh jinayat.
Antara contoh karya tersebut ialah Fiqh al-Jihad karya Shaykh
Yusuf al-Qardawi yang membawa pemurnian berkenaan jihad dan
faham keganasan. Selain itu, terdapat karya-karya daripada tokoh
berpengaruh di dunia Islam seperti karya al-Jihad fi al-Islam: Kaifa
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
88
Tafhamuhu? Wa Kaifa Numarisuhu? yang dikarang oleh Shaykh
Muhammad Said Ramadan al-Buti dan al-Jihad fi al-Islam karya
Shaykh ‘Ali Jumu‘ah. Malah Shaykh Abdullah bin Bayyah juga
memiliki karya yang berkaitan iaitu Mafhum al-Jihad fi al-Islam dan
karya al-Irhab, al-Taskhis wa al-Hulul yang membincangkan
tentang keganasan dan faham keganasan.
Shaykh Abdullah bin Bayyah antara tokoh sarjana Islam
kontemporari yang giat aktif memperjuangkan seruan keamanan
melalui penulisan di samping juga aktif mengadakan forum
keamanan sama ada di negara Islam mahupun bukan Islam. Hal
sedemikian dapat dilihat Shaykh Abdullah bin Bayyah banyak
terlibat dengan program anjuran Forum Mempromosi Keamanan
dalam Masyarakat Muslim dan beliau sendiri merupakan Presiden
kepada forum tersebut. Di samping itu, pengalaman beliau yang
pernah menjawat sebagai Menteri pertama Kementerian Hal Ehwal
Islam Mauritania menjadikan titik tolak sebagai tokoh yang bergiat
di tengah masyarakat.
Namun, pengkaji melihat konsep keamanan yang dibawa oleh
Shaykh Abdullah bin Bayyah masih agak asing dan kurang
dibincangkan secara khusus dan terperinci tentang idea beliau.
Kekurangan perbincangan ini dilihat atas beberapa faktor. Pertama,
karya-karya Shaykh Abdullah bin Bayyah tidak masyhur dan masih
kurang dibincangkan dalam kalangan masyarakat mahupun ahli
akademik menyebabkan tiada publisiti walaupun tema perjuangan
beliau berkenaan keamanan diterima di peringkat antarabangsa
sama ada oleh muslim atau bukan Islam bahkan diiktiraf dalam
senarai tokoh muslim yang berpengaruh di dalam dunia Islam dari
tahun 2009 sehingga kini dalam senarai 30 tokoh Islam yang teratas
daripada 500 orang. Pada tahun 2016 beliau menduduki tangga ke-
23 dan naik ke kedudukan ke-9 pada tahun 2018 (Al-Khraisha,
2018).
Selain itu, faktor penggunaan bahasa Arab dalam laras
bahasa yang tinggi juga dilihat sebagai salah satu faktor kurangnya
perbahasan dan perbincangan terhadap karya beliau. Hal ini kerana,
seperti diketahui, Shaykh Abdullah bin Bayyah juga merupakan
seorang pakar bahasa dan sastera, jadi kepakaran dan kelebihan
yang ada itu, akan mempengaruhi corak penulisannya. Sebagai
contoh, karya beliau yang bertajuk Amali al-Dilalat wa Majali al-
Ikhtilafat ialah sebuah karya yang mempunyai perbahasan yang
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
89
tinggi berkenaan maqasid al-syariah dengan menggabungkan
pelbagai sudut pandang para fuqaha tentang ilmu ini. Begitu juga
dengan karya beliau yang berjudul Mashahid min al-Maqasid yang
turut membincangkan ilmu maqasid al-syariah. Perbahasan dalam
buku ini bukanlah satu perbincangan yang ringan dan boleh
difahami oleh semua lapisan masyarakat dengan mudah kerana
melibatkan wacana dalam disiplin ilmu peringkat lanjutan.
Kebanyakan karya Shaykh Abdullah bin Bayyah, sasarannya
adalah bukan kepada orang awam mahupun orang yang baru
berjinak dalam mengenali disiplin ilmu Islam. Sebaliknya, karya
Shaykh Abdullah bin Bayyah sesuai untuk pembacaan dan kajian
bagi golongan yang telah mempunyai asas dalam ilmu agama dan
mempunyai asas Bahasa Arab yang baik. Jadi, keadaan ini menjadi
antara faktor kurangnya pengetahuan dan makluman orang awam
terhadap karya beliau.
Shaykh Abdullah bin Bayyah mempunyai peranan yang
signifikan dalam mempromosikan keamanan sejagat serta dianggap
sebagai tokoh Islam semasa yang beraliran sederhana serta
dihormati oleh pelbagai aliran dalam Islam (Al-Khraisha, 2018).
Antara karya beliau yang membincangkan tentang keamanan ialah
Khitab al-Amn fi al-Islam wa Thaqafatu al-Tasamuh wa al-Wi’am.
Justeru, keamanan ialah satu topik yang penting pada masa kini.
Melihat kepada peperangan dan keganasan yang berlaku khususnya
di negara-negara Arab dan di negara minoriti Muslim, ia
memerlukan kepada satu penyelesaian tindakan yang bersifat
harmoni bagi menangani isu ini. Hal ini kerana, jika dibiarkan tanpa
sebarang tindakan dan langkah pencegahan, peratus kerosakan dan
kehilangan nyawa akan semakin meningkat serta manusia akan
saling berbunuhan tanpa sedikit pun rasa belas kasihan. Sedangkan
perkara ini dilarang sama sekali dalam Islam (Ramli et al. 2018).
Oleh itu, kajian ini menjelaskan latar belakang Shaykh Abdullah bin
Bayyah, karya beliau, Khitab al-Amn fi al-Islam dan pandangan
beliau tentang konsep keamanan.
Biografi Shaykh Abdullah bin Bayyah
Nama penuh beliau ialah Shaykh al-Allamah Abdullah bin Shaykh
al-Mahfuz bin Bayyah. Shaykh Abdullah bin Bayyah dilahirkan
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
90
pada tahun 1935 di Wilayah Tambda, Timur Mauritania yang
terletak di barat laut Afrika. Kini beliau telah menjangkau usia 83
tahun (Bayyah, 2018).
Shaykh Abdullah bin Bayyah dibesarkan dalam keluarga
yang mementingkan agama dan akademik. Buktinya, ayah beliau
sendiri Shaykh Mahfuz bin Bayyah merupakan guru pertama yang
telah mengajarkan ilmu syariah, bahasa Arab dan al-Quran sewaktu
beliau kecil kemudiannya menghantar beliau melanjutkan pelajaran
bidang kehakiman di Tunisia (Islam Affairs, 2015). Pendedahan dan
penguasaan Shaykh Abdullah bin Bayyah terhadap keilmuan Islam
adalah kukuh kerana guru beliau, Shaykh Mahfuz bin Bayyah
merupakan seorang sarjana Afrika Barat yang pakar fiqh Maliki di
zamannya. Shaykh Mahfuz merupakan Ketua Persidangan Ulama
Mauritania pertama yang ditubuhkan pasca kemerdekaan negara
Mauritania (Rahmah, 2018).
Setelah menamatkan pengajian di Tunisia, Shaykh Abdullah
bin Bayyah pulang ke tanah air dan beliau dilantik memegang
jawatan sebagai Ketua Hakim Syar‘i di Kementerian Kehakiman.
Kemudian beliau menjawat jawatan sebagai Naib Presiden
Mahkamah Rayuan, setelah itu menjadi Naib Presiden Mahkamah
Agung dan kemudian menjadi Ketua Jabatan Perundangan Islam
(Naqiuddin, 2016).
Kini, Shaykh Abdullah bin Bayyah memegang jawatan
Presiden bagi Muntada Ta‘ziz al-Silmi Fi al-Mujtama‘at al-
Muslimati atau Forum Promoting Peace in Muslim Societies dan
bergiat aktif mempromosikan tema keamanan terhadap pelosok
dunia sama ada di negara muslim atau sebaliknya (Forum For
Promoting Peace In Muslim Societies, 2017).
Latar Belakang Pendidikan
Meninjau daripada skop yang lebih luas, ketokohan dan keilmuan
Shaykh Abdullah bin Bayyah ialah hasil daripada latar belakang
pengajian yang tersusun dan bersistematik. Hasilnya membentuk
kesarjanaan Shaykh Abdullah bin Bayyah yang mampu menguasai
khazanah ilmu turath dan permasalahan semasa pada zaman ini.
Pada peringkat permulaan, Shaykh Abdullah bin Bayyah
mendapat pendidikan daripada bapanya sendiri iaitu Shaykh
Mahfuz bin Bayyah di pondok atau mahzarah yang didirikan oleh
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
91
bapanya sendiri. Kemudian, beliau mendalami ilmu bahasa Arab
dengan al-Allamah Muhammad Salim ibn al-Shin. Seterusnya turut
mendapat didikan daripada Shaykh Bayyah al-Salik al-Masumi
dalam ilmu ulum al-Quran (Bayyah, 2018).
Peringkat ini merupakan penguasaan beliau dalam sumber
teras keilmuan Islam seperti bahasa Arab, balaghah, syair-syair
Arab yang masyhur pada zaman sebelum Islam dan sebagainya.
Beliau turut mendalami ilmu-ilmu seperti fiqh, ulum al-Quran, teori
undang-undang serta turut menghafal al-Quran dengan menguasai
sepuluh jenis qiraat yang masyhur dan segala ilmu syariah (Forum
For Promoting Peace In Muslim Societies, 2017).
Pengajian Shaykh Abdullah bin Bayyah diteruskan lagi ke
peringkat yang lebih tinggi. Beliau melanjutkan pengajian dalam
bidang undang-undang di Fakulti Undang-undang di Tunisia. Beliau
turut menjalani latihan kehakiman sebagai persediaan untuk
pelaksanaan sistem kehakiman di Mauritania. Walaupun menjalani
latihan pada umur yang masih muda iaitu dalam lingkungan awal
20-an, Shaykh Abdullah berjaya menamatkan pengajian dengan
cemerlang (Bayyah, 2018).
Pengalaman Kerjaya dan Jawatan
Setelah menamatkan pengajian di Tunisia, Shaykh Abdullah bin
Bayyah menyandang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran
Mauritania. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau
adalah seperti yang tersenarai dalam Jadual 1 (al-Multaqa al-Fiqhi,
2017).
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
92
Jadual 1
Senarai jawatan yang pernah disandang oleh Shaykh Abdullah bin
Bayyah
Senarai Jawatan
Hakim di Mahkamah Tinggi Republik Islam Mauritania
Ketua Urusan Syariah di Kementerian Kehakiman
Timbalan Presiden Mahkamah Rayuan
Perunding Utama tentang Hal Ehwal Agama di Republik Islam
Mauritania
Menteri pertama Kementerian Hal Ehwal Islam. Shaykh
Abdullah bin Bayyah sendiri yang mencadangkan penubuhan
kementerian ini yang mana kemudiannya beliau dilantik
memegang jawatan ini.
Menteri Pendidikan Asas dan Hal Ehwal Agama
Menteri Sumber Manusia dalam masa yang sama memegang
jawatan Timbalan Perdana Menteri
Menteri Pembinaan dan Organisasi Parti Nasional. Kementerian
ini berfungsi untuk mengawasi Kementerian Penerangan dan
Kebudayaan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Hal
Ehwal Islam dan Kementerian Perkhidmatan Pos dan
Komunikasi.
Profesor pengajian pascasiswazah di Universiti King Abdul
Aziz, Jeddah
Presiden Forum Mempromosi Keamanan dalam Masyarakat
Muslim
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
93
Karya Penulisan
Shaykh Abdullah bin Bayyah bukan sahaja aktif menyampaikan
idea dan gagasan yang dipromosikan melalui forum-forum serta
persidangan, bahkan beliau merupakan sarjana yang turut
menyebarkan gagasan ideanya menerusi penerbitan buku dan
makalah. Setelah berkhidmat bersama kerajaan Mauritania dan
menjawat beberapa jawatan penting, Shaykh Abdullah mengambil
keputusan untuk meninggalkan arena politik. Tumpuan serta fokus
Shaykh Abdullah bin Bayyah beralih kepada bidang penulisan dan
pengajaran (Forum For Promoting Peace In Muslim Societies,
2017).
Secara umumnya, hasil karya beliau meliputi pelbagai cabang
ilmu Islam seperti usul al-fiqh, fiqh minoriti, maqasid Syariah,
muamalat, fatwa dan sebagainya. Antara karya-karya masyhur
Pengerusi Yayasan Al-Muwatta yang berpusat di Abu Dhabi
Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Global Pembaharuan dan
Rasionalisasi yang berpusat di London
Pengerusi Jawatankuasa Syariah Majlis Kewangan Islam
Perancis
Ahli Majlis Tertinggi di Pusat Pengajian Maqasid Syariah,
United Kingdom
Ahli Lembaga Penasihat Tertinggi Yayasan Tabah di Abu Dhabi
Ahli Pertubuhan Amal Islam Antarabangsa di Kuwait
Ahli Institut Al-Bayt, Jordan
Ahli Persidangan Dunia Islam di Karachi
Ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah
Mantan Naib Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
94
Shaykh Abdullah bin Bayyah adalah seperti yang tersenarai dalam
Jadual 2 (Bayyah, 2018).
Jadual 2
Senarai Hasil Karya Shaykh Abdullah bin Bayyah
Karya-Karya Shaykh Abdullah bin Bayyah
Taudi’ Aujah Ikhtilaf al-Aqwal fi Masa’il min Muamalat al-
Amwal.
Mashahid min al-Maqasid.
Maqasid al-Muamalat wa Marasid al-Waqi’at.
Hiwar an Bu’d Haula Huquq al-Insan fi al-Islam.
Khitab al-Amn fi al-Islam wa Thaqafat al-Tasamuh wa al-Wi’am.
Amali al-Dilalat wa Majali al-Ikhtilafat.
Sadd al-Dhara’i’ wa Tatbiqatuhu fi Majal al-Muamalat.
Fatawa Fikriah.
Itarat Tajdidiyah fi Huqul al-Usul.
Tanbih al-Maraji’ ‘ala Ta’sil Fiqh al-Waqi’.
Alaqah Maqasid al-Shari’ah bi Usul al-Fiqh.
Sina’ah al-Fatwa wa Fiqh al-Aqalliyyat.
Athar al-Maslahah fi al-Waqf.
Al-Burhan.
Al-Irhab: al-Tashkhis wa al-Hulul.
Dalil al-Maridh Lima Lahu ‘Inda min al-Ajr al-‘Aridh.
Adab al-Ikhtilaf.
Al-Bahth Haula al-Rukyah wa al-Hisab li Ithbat al-Saum wa al-
Iftar.
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
95
Jalb al-Masalih wa Dar’u al-Mafasid fi al-Ta’awun al-Iklimi wa
al-Duwali.
Mafhum al-Jihad fi al-Islam.
Waraqah Haul al-Irhab.
Ma’ayir al-Wasatiyah fi al-Fatwa.
Min Dawabit al-I’jaz al-‘Ilmi.
Al-Hukm al-Shari fi Badi Amaliyat al-Bursah.
Maalim wa Dawabit al-Tawasul Maa al-Akhar wa Wasa’iluhu
wa ‘Aliyatuhu.
‘Irdh li Muhadarah al-Maqasid fi al-Shari’ah.
Berdasarkan karya yang disenaraikan dalam Jadual 2, jelas
membuktikan bahawa Shaykh Abdullah bin Bayyah bukan sahaja
seorang sarjana yang ensiklopedik, bahkan beliau mampu
menguasai dan memahami pelbagai disiplin ilmu yang lain sehingga
dapat menghasilkan berbagai-bagai karya yang tersendiri.
Sumbangan dalam Mempromosikan Keamanan
Penglibatan Shaykh Abdullah bin Bayyah menyumbang banyak
kepada seruan keamanan dan kesederhanaan dalam beragama.
Beliau merupakan pengasas dan presiden kepada Global Center for
Renewal and Guidance. Pertubuhan ini berperanan sebagai pemikir
dalam menyusun strategi serta mencari penyelesaian kepada
masalah intelektual dan rohani yang dihadapi oleh umat Islam
seluruh dunia. Ketokohan Shaykh Abdullah bin Bayyah sebagai
seorang pemikir kontemporari yang kreatif dan mampu menguasai
teks turath Islam dengan baik menjadikannya sebagai seorang
sarjana yang mampu memberi penyelesaian yang terbaik kepada
permasalahan semasa (Forum For Promoting Peace In Muslim
Societies, 2017).
Beliau turut mengadakan jelajah bersama delegasi ke
Senegal, Mauritania dan Maghribi yang bertujuan untuk
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
96
mempromosikan dengan lebih lanjut tentang peri pentingnya
menangani isu faham pelampau dengan pendekatan keamanan dan
perdamaian kepada masyarakat Afrika. Perbincangan ini
diperkukuhkan lagi dengan menjalin kerjasama bersama Kesatuan
Afrika untuk menganjurkan persidangan bagi menyelesaikan isu
pertempuran antara umat beragama yang berlaku di Republik Afrika
Tengah. Persidangan ini turut merangka strategi jangka panjang
bagi mengatasi kemelut berkenaan (Forum For Promoting Peace In
Muslim Societies, 2017).
Melihat dalam konteks yang lebih luas, antara sumbangan
terbesar Shaykh Abdullah bin Bayyah kepada dunia Islam adalah
dengan menganjurkan Forum Mempromosikan Keamanan dalam
masyarakat Islam atau lebih dikenali sebagai Muntada Ta’ziz al-
Silm. Forum yang dipengerusikan sendiri oleh beliau. Ia disertai
lebih daripada 250 orang ulama dan pemikir Islam. Forum yang
berpangkalan di Abu Dhabi ini dianjurkan secara tahunan bermula
dari tahun 2014. Penganjuran kali yang keempat adalah pada tahun
2017 yang berlangsung pada 12-13 Disember 2017 di Abu Dhabi
(Rahmah, 2018).
Tujuan penganjuran forum ini adalah untuk mewujudkan
kembali nilai-nilai Islam yang selaras dengan keamanan dan
perdamaian. Di samping itu, forum ini bertujuan untuk menangani
isu-isu kritikal yang dihadapi pada masa kini selain membetulkan
konsep yang bertentangan dengan ajaran Islam yang benar. Selain
itu, forum ini juga berobjektifkan bagi mencari penyelesaian untuk
menangani fatwa-fatwa kontemporari yang tidak relevan dengan
senario semasa.
Kesinambungan daripada persidangan Forum
Mempromosikan Keamanan ini, tertubuhnya Majlis Hukama al-
Muslimin yang dianggotai oleh para ulama muktabar yang boleh
menyumbang idea bagi menangani pemikiran pelampau dan
pengganas. Majlis ini diketuai oleh Shaykh Abdullah bin Bayyah
sendiri bersama Shaykh al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyib dan
berpangkalan di Abu Dhabi (Naqiuddin, 2016). Penubuhan Majlis
ini beroperasi atas beberapa objektif:
i. Mengenal pasti keutamaan bagi umat menurut perspektif
syariat demi menguatkan nilai keamanan sejagat.
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
97
ii. Menguatkan jalinan kasih sayang antara pelbagai agama,
kaum dan mazhab demi mewujudkan kestabilan dan
keamanan.
iii. Berusaha mencari jalan keluar kepada krisis yang melanda
negara-negara Islam.
iv. Menguatkan lagi semangat kasih sayang, dialog dan manhaj
kesederhanaan.
v. Mengenal pasti ajaran melampau yang terpesong daripada
fahaman Islam yang benar dan sering menjadi pegangan
kumpulan pengganas serta menjawab segala penyelewengan
dan syubhah mereka.
Karya Khitab al-Amn fi al-Islam
Salah satu karya masyhur Shaykh Abdullah bin Bayyah yang
menjadi rujukan penting dalam literatur keamanan dalam Islam
ialah Khitab al-Amn fi al-Islam wa Thaqafat al-Tasamuh wa al-
Wi’am iaitu tuntutan keamanan dalam Islam serta budaya toleransi
dan harmoni. Buku berbahasa Arab setebal seratus muka surat ini
dikarang sendiri oleh Shaykh Abdullah dengan tujuan menyebarkan
nilai keamanan dan kemanusiaan kepada manusia sejagat. Pengkaji
menggunakan karya Khitab al-Amn fi al-Islam wa Thaqafat al-
Tasamuh wa al-Wi’am cetakan pertama iaitu pada tahun 1999
Masihi bersamaan 1419 Hijrah. Buku ini hanya mempunyai satu
jilid. Secara asasnya, buku ini dimulai dengan mukadimah daripada
Shaykh Abdullah bin Bayyah, disusuli dengan lima bab utama dan
diakhiri dengan penutup yang menyimpulkan secara menyeluruh
berkenaan konsep keamanan serta kepentingan mencapainya.
Perbahasan dalam buku ini diulas dengan mendatangkan ayat-ayat
hukum, hadis-hadis Nabi Muhammad SAW dan juga pendapat
ulama salaf sebagai pengukuh hujah yang dibawa.
Pada bahagian mukadimah, fokusnya lebih tertumpu kepada
sebab dan tujuan penulisan buku ini iaitu memberi kesedaran akan
kepentingan keamanan. Ringkasnya, ruang perbahasan buku ini
berkisar kepada empat perbincangan utama yang ingin ditekankan
oleh Shaykh Abdullah bin Bayyah. Ia meliputi kepentingan
keamanan kepada individu dan masyarakat, kedudukan syariat
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
98
Islam tentang keamanan dan kaitannya dengan iman serta cabaran
untuk mencapai keamanan pada masa kini yang terdedah kepada
pelbagai bentuk keganasan dan jenayah. Pada akhir pengenalan
buku ini, Shaykh Abdullah menegaskan sesiapa yang beramal
dengan Islam melalui tingkah laku dan kepercayaan, nescaya dia
tidak akan sesekali melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
keamanan. Begitu juga sekiranya setiap umat manusia bermula
daripada peringkat individu, masyarakat dan negara, jika semuanya
patuh kepada asas ketetapan Islam, maka akan tersebar keamanan,
ketenangan dan kelapangan dalam kehidupan seharian.
Pada bab pertama, Shaykh Abdullah memulakan perbahasan
dengan menghuraikan definisi keamanan. Menurut beliau,
keamanan ialah lawan kepada ketakutan. Keamanan merujuk
kepada keadaan bebas daripada berlakunya perkara yang tidak
diingini pada masa akan datang. Pada bab ini juga, turut
dibincangkan kaitan di antara keamanan dan maqasid syariah
bahawa keamanan merupakan sebahagian daripada maqasid syariah
yang perlu dijaga oleh setiap manusia. Selain itu, termasuk dalam
perbincangan bab pertama juga adalah berkenaan keamanan dan
kaitannya dengan syarat taklif sesuatu ibadat dan urusan muamalat.
Turut diberi penekanan ialah kepentingan kesatuan dalam
masyarakat bagi memupuk dan mencapai keamanan. Hal ini kerana
sesuatu perkara yang membawa kebaikan tidak akan mampu
dilaksanakan dalam keadaan yang tidak aman. Jadi, keamanan ialah
satu unsur yang paling penting dalam sesebuah negara di bawah
bidang kuasa pemerintah.
Pada bab kedua, perbahasan diteruskan lagi dengan
memfokuskan persoalan keamanan dalam ruang lingkup
kebudayaan. Menurut Shaykh Abdullah bin Bayyah, budaya aman
dan tenang dalam masyarakat hanya akan wujud dengan adanya
penetapan nilai dan batasan etika bagi mencapai keamanan dalam
jiwa manusia sekaligus mengelakkan kezaliman.
Pada bab ketiga, Shaykh Abdullah bin Bayyah membawakan
perbincangan tentang pensyariatan jenayah Islam dengan memberi
gambaran umum tujuan hukuman dalam Islam dan perbezaannya
dengan hukuman barat. Kemudian, perbahasan dikhususkan lagi
kepada bentuk-bentuk jenayah yang melibatkan masyarakat secara
umum yang akhirnya mengakibatkan kemusnahan. Beliau
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
99
mendatangkan perbahasan dalam kalangan ulama empat mazhab
utama.
Pada bab keempat, penekanan diberikan oleh Shaykh
Abdullah bin Bayyah tentang keamanan dua Tanah Suci iaitu
Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah serta
keamanan dalam mengerjakan haji. Menurut Shaykh Abdullah,
kedua-dua keamanan tersebut tidak akan dapat dicapai kecuali
dengan komitmen dan penglibatan pemerintah.
Manakala bab yang terakhir iaitu bab kelima, memfokuskan
dua isu. Isu yang pertama merujuk kepada cabaran dalam mencapai
dan mengekalkan keamanan pada zaman sekarang. Manakala isu
yang kedua pula ialah seruan dan cadangan Shaykh Abdullah bin
Bayyah untuk melaksanakan agenda keamanan dan perdamaian
secara kolektif. Hal ini merujuk kepada penglibatan daripada semua
pihak dan negara dalam menjayakan gagasan ini demi menjamin
keamanan sejagat.
Konsep Keamanan Menurut Shaykh Abdullah bin Bayyah
Istilah aman berasal daripada Bahasa Arab yang terbina daripada
gabungan huruf alif, mim dan nun yang kemudiannya menjadi akar
kata al-amn yang membawa maksud keamanan. Menurut Al-Raghib
al-Asfahani (2009), asal bagi maksud al-amn atau keamanan adalah
ketenangan diri dan hilangnya rasa takut. Pada asalnya, perkataan
al-amn, al-amanah dan al-aman ialah perkataan dalam bentuk kata
nama terbitan. Al-Amn boleh membawa dua maksud iaitu keadaan
manusia hidup dalam keadaan aman dan kadangkala juga membawa
maksud sesuatu yang manusia yakini ke atasnya. Selain itu, menurut
Abu alHusain Ahmad bin Faris bin Zakaria (1979), al-amn berasal
daripada huruf hamzah, mim dan nun yang merujuk kepada dua
maksud. Pertamanya membawa maksud ketenangan hati, manakala
yang kedua merujuk kepada sifat amanah iaitu jujur.
Bertitik-tolak daripada perkataan dalam Bahasa Arab ini,
kemudian al-amn dijadikan satu istilah yang diterima dalam Bahasa
Melayu. Aman ditakrifkan sebagai tidak ada sesuatu yang
membahayakan atau menakutkan. Aman juga turut membawa
maksud keadaan yang tenteram dan sentosa (Kamus Dewan, 2005).
Manakala perkataan keamanan merujuk kepada keadaan yang
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
100
aman, kesentosaan, ketenangan dan ketenteraman. Perkataan aman
dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai peace. Apabila diterjemah
kepada Bahasa Inggeris, peace menjadi satu istilah yang tersendiri
yang mempunyai pelbagai tafsiran makna. English Oxford Living
Dictionaries membahagikan keamanan kepada tiga definisi utama.
Pengkaji hanya menukilkan definisi pertama dan kedua kerana
berkaitan perbincangan. Definisi pertama merujuk kepada freedom
from disturbance; tranquility iaitu satu keadaan bebas daripada
segala gangguan. Definisi kedua dilihat dalam konteks perkaitannya
dengan peperangan iaitu a state or period in which there is no war
or a war has ended. Peace bermaksud satu tempoh yang tiada
peperangan atau peperangan telah berakhir. Keamanan dalam
konteks ini turut ditakrifkan sebagai a treaty agreeing peace
between warring states iaitu satu perjanjian mempersetujui
keamanan di antara negara-negara yang berperang.
Hasil daripada takrifan di atas, pengkaji dapat simpulkan
bahawa titik persamaan di antara ketiga-tiga definisi tersebut adalah
istilah aman merujuk kepada satu keadaan yang damai, tenang dan
tenteram. Hal ini bermaksud, dengan adanya keamanan, tidak akan
wujud bersamanya keadaan peperangan, keganasan, konflik,
pergaduhan dan permusuhan. Keamanan juga membawa erti satu
keadaan yang bebas daripada segala bahaya, baik terhadap nyawa
mahupun harta. Selain itu, keamanan juga bererti bebas daripada
segala gangguan fizikal dan mental.
Daripada sudut istilah siyasah, menurut Mustafa Mahmud
Manjud (1996) keamanan ini secara dasarnya meliputi banyak
pengertian. Disebabkan skop perbincangan definisi keamanan
adalah luas, jadi perlunya kepada pembatasan maksud supaya
keamanan itu dapat difahami dalam konsepnya yang sebenar.
Menurut beliau lagi, ahli bahasa menyimpulkan himpunan maksud
bagi keamanan adalah merujuk kepada hilangnya rasa takut.
Definisi ini juga adalah sama seperti definisi yang diberikan oleh al-
Asfahani iaitu asal bagi keamanan itu ialah ketenangan hati dan
hilangnya rasa takut.
Menurut Shaykh Abdullah bin Bayyah (1999), keamanan
ialah satu unsur penting dalam diri manusia. Dengan itu, beliau
mengaitkan konsep keamanan dengan lima daruriyat dalam
maqasid syariah yang utama iaitu menjaga agama, nyawa, akal,
harta dan keturunan. Penjagaan kepada lima perkara ini akan
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
101
membawa kepada penjagaan keamanan. Di samping itu, beliau juga
turut mengaitkan keamanan dengan syarat dipertanggungjawabkan
sesuatu ibadat. Ini bermaksud, apabila nyawa, harta dan keturunan
manusia terjamin dan aman, maka mereka mampu menjalankan
ibadat dengan baik dan sempurna. Menurut beliau lagi, syarat utama
untuk mencapai kenikmatan hidup bermasyarakat adalah dengan
mewujudkan suasana yang aman pada persekitaran sehingga
mampu bertukar manfaat dan bermuamalat dengan baik. Selain itu,
persekitaran itu juga akan mewujudkan hubungan kasih sayang dan
tolong-menolong dalam kalangan masyarakat baik di antara yang
kuat dan lemah, mahupun yang kecil dan besar.
Menerusi konsep keamanan juga, sesebuah negara akan
mampu mencapai kemajuan baik daripada sudut ekonomi,
pentadbiran, pendidikan dan hubungan antarabangsa yang
merupakan komponen dalam pembinaan tamadun sesebuah negara.
Disebabkan asas inilah, Islam menganjurkan sikap toleransi, kasih
sayang, kerjasama, perpaduan dan kesatuan yang akan
menyumbang kepada keamanan. Hasil daripada kerjasama antara
masyarakat ini akan wujudnya organisasi sosial yang akan
menyumbang kepada keamanan global dan sejagat.
Hal ini memperkukuhkan lagi kenyataan bahawa agama
merupakan faktor utama bagi kualiti pencapaian sesebuah tamadun.
Ia menekankan prinsip-prinsip penghayatan nilai kemanusiaan
sehingga mampu menentukan kualiti manusia baik di peringkat
individu mahupun kehidupan secara kolektif (Osman, 2017). Oleh
itu, konsep keamanan Islam yang dibawa oleh Shaykh Abdullah bin
Bayyah mampu membawa natijah ke arah pembinaan tamadun yang
mementingkan kestabilan politik, ekonomi, sosial serta persekitaran
manusia dan setempat.
Isu-isu Hukum Islam yang Berkaitan Keamanan
Berdasarkan karya Khitab al-Amn fi al-Islam, pengkaji mendapati
wujud beberapa isu hukum Islam yang dibawa oleh Shaykh
Abdullah bin Bayyah (1999) yang berkaitan dengan konsep
keamanan. Hasil daripada penelitian, antara isu yang dibawa adalah
berkaitan bab jenayah dan ibadat. Jika diteliti dalam bab jenayah,
Shaykh Abdullah mendatangkan isu berkenaan jenayah hirabah
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
102
(rompakan), bughah (pemberontakan) dan jenayah kerosakan di
muka bumi. Daripada tiga isu yang diberi, dua daripadanya iaitu
rompakan dan pemberontakan ialah contoh yang diterima oleh
semua mazhab manakala jenayah kerosakan di muka bumi ialah
pandangan khusus dalam mazhab Maliki sahaja. Seterusnya, dalam
bab ibadat, Shaykh Abdullah bin Bayyah mendatangkan satu isu
hukum Islam iaitu berkenaan keamanan dalam mengerjakan ibadat
haji. Perbincangan ini dibahaskan dalam fasal keempat iaitu
berkenaan ruang geografi keamanan. Dalam kajian ini, pengkaji
hanya membataskan aspek jenayah sahaja kerana melibatkan unsur-
unsur yang boleh menggugat keamanan masyarakat.
Isu-isu dalam Bab Jenayah
Jenayah Hirabah (rompakan)
Perbincangan tentang jenayah hirabah dalam karya ini didatangkan
dalam bentuk perbahasan antara empat mazhab yang utama iaitu
Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali. Perbahasan ini meliputi definisi
hirabah, unsur-unsur penting dalam jenayah hirabah, bentuk-bentuk
hukuman serta kaitannya dengan kemaslahatan keamanan
masyarakat (Bayyah, 1999).
Menurut mazhab Hanafi dan Hanbali, hirabah ditakrifkan
sebagai satu golongan perompak yang menyerang sesuatu kumpulan
atau individu dengan menggunakan senjata, di padang pasir dan
merampas harta-harta mereka. Pandangan ini turut diterima dalam
mazhab Syafi’i dengan tambahan syarat iaitu dengan jelas
menggunakan senjata, tetapi tidak mensyaratkan jenayah tersebut
hanya berlaku di padang pasir. Serangan bersenjata dikira sebagai
hirabah jika memenuhi kriteria walaupun tidak dilakukan di padang
pasir.
Pentakrifan mazhab Maliki lebih umum bahawa hirabah
adalah perbuatan menghalang manusia daripada melaksanakan
urusan. Hal ini, menurut mazhab Maliki, memadai dengan
perbuatan menghalang atau mengganggu ketenteraman orang ramai
tanpa perlu kepada ciri-ciri lain seperti yang disyaratkan dalam
mazhab Hanafi, Syafi’i dan Hanbali. Oleh itu, dapat dilihat di sini
bahawa mazhab Maliki lebih meluaskan takrifan dan konsep
jenayah hirabah berbanding tiga mazhab yang lain.
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
103
Di samping mendatangkan definisi hirabah bagi setiap
mazhab, Shaykh Abdullah bin Bayyah (1999) turut mendatangkan
lima sifat lain yang membolehkan sesuatu perbuatan tersebut dikira
sebagai jenayah hirabah. Ini bererti, kesemua lima sifat ini memadai
untuk diiktiraf perbuatan tersebut sebagai jenayah hirabah.
1. Perompak tersebut mestilah mengambil harta sama ada harta
orang muslim atau bukan muslim (yang mempunyai
perjanjian dengan negara Islam) dengan cara yang tidak
memungkinkan bagi pihak mangsa untuk mengelak daripada
memberi harta tersebut.
2. Perompak memberikan sesuatu yang memabukkan atau dadah
sebelum mengambil harta mereka.
3. Menculik kanak-kanak untuk dijadikan sebagai tebusan bagi
mengugut waris mereka supaya diberikan harta.
4. Melakukan serangan pada waktu siang atau malam di jalan
atau lorong yang sempit atau memasuki rumah mangsa dan
membunuh penghuni rumah untuk mengambil harta mereka.
5. Melakukan serangan dengan kekuatan dan kekerasan serta
mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan di atas, dikira sebagai
jenayah hirabah.
Oleh itu, daripada huraian takrifan di atas, Shaykh Abdullah
bin Bayyah (1999) menyimpulkan jenayah hirabah dalam satu
unsur asas iaitu menakutkan orang dalam perjalanan serta
mengganggu keselamatan manusia dengan cara menyerang mereka
dalam bentuk yang luar daripada kebiasaan. Serangan tersebut
berlaku sama ada di rumah mereka, jalan atau lorong yang sempit
dan ditinggalkan kemudian merompak harta, ataupun dengan cara
memberi dadah serta benda yang memabukkan sebelum mengambil
harta mereka. Rentetan itu, jenayah hirabah ini dianggap sebagai
jenayah am kerana melibatkan ancaman dan menggugat keamanan
masyarakat. Justeru, hukuman yang ditetapkan kepada jenayah ini
juga adalah setimpal dan bertepatan dengan jenayah tersebut.
Jika dilihat dalam konteks hukuman, terdapat perbezaan
pendapat dalam kalangan fuqaha terhadap ketetapan hukuman bagi
jenayah hirabah. Perbezaan pendapat tersebut terbahagi kepada dua
iaitu pendapat jumhur dan pendapat mazhab Maliki. Menurut
jumhur, ketetapan hukuman bagi jenayah hirabah adalah wajib
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
104
mengikut turutan seperti yang disebut dalam al-Qur’an Surah al-
Ma’idah 5:33:
Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi
Allah dan Rasul-Nya serta melakukan bencana kerosakan di
muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka
membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipasung
(kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong
tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas
sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya
mengganggu ketenteraman umum).
Ini bermaksud, bagi individu atau kumpulan yang melakukan
jenayah hirabah, wajib bagi mereka hukuman bunuh jika mereka
membunuh, dipasung jika membunuh dan merampas harta,
dipotong kaki dan tangan secara bersilang sekiranya merampas harta
sahaja dan dibuang negeri jika sekadar menakut-nakutkan tanpa
melakukan sebarang serangan. Mazhab Maliki pula melihat kepada
penetapan hukuman adalah bersifat pilihan, bukan wajib mengikut
turutan. Pilihan ini bergantung kepada ijtihad hakim dan pemerintah
dengan pertimbangan mampu membawa maslahah dan kebaikan
serta menolak kemudaratan.
Hasil daripada perbahasan definisi di atas, Shaykh Abdullah
bin Bayyah (1999) menyimpulkan bahawa jenayah hirabah ini
sebagai satu jenayah yang bersifat am kerana jenayah ini
memudaratkan masyarakat dan menggugat keamanan serta
keharmonian masyarakat awam.
Jenayah Bughah (Pemberontakan)
Shaykh Abdullah bin Bayyah memulakan perbincangan tentang
jenayah bughah dengan mendatangkan definisi daripada Ibn
Qudamah dan jumhur fuqaha. Menurut pendapat jumhur fuqaha,
bughah ialah satu golongan yang mempunyai kekuatan mengingkari
dan menentang pemerintah yang benar serta tidak taat kepada
arahan pemerintah tersebut (Abdullah Bin Bayyah, 1999).
Para fuqaha juga bersepakat terhadap syarat yang
membolehkan sesuatu perbuatan dikira sebagai bughah iaitu
perbuatan mengingkari pemimpin yang benar, mendesak supaya
pemimpin tersebut meletak jawatan dan golongan ini mempunyai
kekuatan untuk melakukan pemberontakan tersebut. Namun,
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
105
mereka berselisih pendapat pada maksud ‘mengingkari pemimpin’.
Perbahasan tentang isu ini dibahagikan kepada dua persoalan dan
perbincangan utama. Pertama, adakah perbuatan mengingkari
tersebut berlaku dengan cara membuat kekecohan serta huru-hara
sehingga boleh menggugat keamanan? Bermaksud, dengan jelas
menunjukkan penolakan terhadap pemimpin yang sedia ada yang
diangkat dan dilantik melalui bai’ah (janji). Persoalan kedua pula
adalah adakah memadai pemberontakan itu dengan hanya
menzahirkan penolakan tanpa menggugat keamanan?
Justeru, dua persoalan ini membawa kepada perbahasan yang
panjang antara ulama setiap mazhab. Secara ringkasnya, ada yang
berpendapat mengingkari pemimpin tersebut dimaksudkan sebagai
dengan jelas menzahirkan penolakan dengan kekerasan tanpa
melakukan sebarang pembunuhan. Manakala ada pendapat daripada
mazhab Maliki yang mengatakan bahawa bughah mestilah
sekumpulan manusia yang mempunyai kekuatan, menentang
pemimpin yang sedia ada. Jika yang menentang tersebut hanya
sekumpulan kecil seperti dalam lingkungan seorang hingga sepuluh
orang, ia tidak dikira sebagai mengingkari pemimpin.
Pengkaji melihat Shaykh Abdullah bin Bayyah (1999) lebih
cenderung kepada pandangan mazhab Maliki yang meluaskan
konsep bughah kepada konteks perbincangan yang lebih luas.
Mazhab Maliki juga tidak mensyaratkan pemberontakan dan
penolakan terhadap pemimpin tersebut mestilah sehingga pemimpin
tersebut meletak jawatan. Akan tetapi, memadai dengan sesiapa
sahaja yang mengingkari pemimpin, akan dikira sebagai
pemberontak. Secara khusus lagi, pemberontakan (bughah) di sisi
mazhab Maliki adalah setiap perbuatan mengingkari pemimpin atau
timbalannya walaupun pemimpin tersebut tidak adil dan fasiq sama
ada perbuatan tersebut dilakukan secara beramai-ramai mahupun
seorang individu. Mazhab Maliki juga tidak mengambil kira sama
ada pemimpin tersebut meletak jawatan atau tidak hasil daripada
pemberontakan tersebut. Oleh itu, hasil daripada perbuatan ini,
pemberontak akan dikenakan hukuman bunuh atau hukuman yang
dilihat sesuai oleh pemerintah berdasarkan pertimbangan maslahah
dan mafsadah.
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
106
Jenayah Kerosakan di Muka Bumi
Perbahasan jenayah kerosakan di muka bumi ini hanya terdapat
dalam perbahasan mazhab Maliki. Perbahasan jenayah dalam
konteks ini juga tidak meletakkan suatu had atau sempadan kepada
pentakrifannya. Ini bermaksud, definisinya diberi secara umum
bukan berasaskan kepada konsep komprehensif (jami’ dan mani’).
Oleh itu, jenayah kerosakan di muka bumi diertikan sebagai setiap
perbuatan yang membawa kepada fitnah dan ketakutan. Jenayah ini
membawa kepada penetapan hukuman yang berat berasaskan ijtihad
pemerintah (Abdullah Bin Bayyah, 1999).
Berasaskan definisi ini, didatangkan dua contoh jenayah
kerosakan di muka bumi. Pertama, sesiapa yang menghalalkan
darah dan harta manusia walaupun perbuatan tersebut tidak
membawa kepada mengganggu dan menggugat keamanan, contoh
ini dikira sebagai jenayah kerosakan di muka bumi. Contoh kedua,
pengintip yang mengintip sehingga membawa faedah dan peluang
kepada musuh, akan dikenakan hukuman bunuh walaupun pengintip
tersebut seorang yang muslim. Dalam permasalahan ini, dikenakan
hukuman bunuh kepada pengintip tersebut mengikut mazhab
Maliki. Berbeza dengan tiga mazhab yang lain, yang berpendapat
pengintip tersebut tidak boleh dibunuh.
Shaykh Abdullah bin Bayyah (1999) turut memasukkan
perbincangan tentang keganasan pada bahagian ini. Beliau
mentakrifkan keganasan sebagai setiap perbuatan keganasan yang
membawa kepada kemudaratan dan mengorbankan nyawa orang
awam yang tidak bersalah. Menurut beliau lagi, golongan yang
melakukan keganasan ini tiada padanya rasa sayang pada agama dan
negara.
Hasil daripada perkembangan ini telah menjadikan keganasan
sebagai jenayah hirabah khususnya dalam mazhab Maliki. Hal ini
kerana, seperti yang dibincangkan sebelum ini mazhab Maliki telah
meluaskan konsep hirabah sehingga menjadikan banyak jenayah
dikira sebagai jenayah hirabah.
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
107
Perkaitan Jenayah Hirabah, Bughah dan Jenayah Kerosakan di
Muka Bumi dengan Konsep Keganasan
Menurut Shaykh Abdullah bin Bayyah (1999), ketiga-tiga jenis
jenayah ini hakikatnya berada di bawah jarimah al-irhab iaitu dikira
sebagai tindakan keganasan. Antara faktor yang menyebabkan
Shaykh Abdullah mengkategorikan ketiga-tiga jenayah ini di bawah
istilah keganasan adalah kerana semua jenayah ini membawa
kepada tergugatnya keamanan dan keharmonian hidup manusia.
Shaykh Abdullah bin Bayyah (2007) mentakrifkan keganasan
daripada sudut bahasa sebagai perkara yang membawa kesulitan dan
ketakutan. Dapat difahami di sini, keganasan merupakan kata lawan
kepada keamanan yang bermaksud ketenangan diri dan hilangnya
rasa takut. Daripada segi istilah, Shaykh Abdullah mentakrifkan
keganasan sebagai perbuatan dan tindakan kekerasan yang
membawa kepada kerosakan di muka bumi serta menggugat
keamanan. Takrifan ini termasuk segala bentuk jenayah yang
disebutkan pada perbincangan jenayah hirabah dan bughah.
Oleh itu, pengkaji melihat bahawa Shaykh Abdullah bin
Bayyah menjadikan keamanan dan keganasan sebagai dua unsur
yang berkait namun keadaannya saling bertentangan. Maksudnya,
dengan terjaminnya keamanan dan keharmonian dalam hidup
masyarakat, maka perbuatan keganasan dan kerosakan dapat
dielakkan. Begitu juga sebaliknya, apabila keganasan, peperangan
dan kerosakan berleluasa di muka bumi, maka tidak akan wujud
keamanan dalam hidup masyarakat dan negara tidak akan menjadi
satu tempat yang selamat untuk didiami.
Shaykh Abdullah bin Bayyah bukan sahaja mampu
mengaitkan perbahasan tentang keamanan dan keganasan. Bahkan,
beliau mampu mendatangkan penyelesaian dengan membawa idea
segar yang mampu dilaksanakan bagi menjamin keamanan global
dalam dunia hari ini. Sebagai contoh, antara penyelesaian yang
paling ditekankan oleh Shaykh Abdullah bin Bayyah adalah dengan
melaksanakan gagasan keamanan secara kolektif. Tujuannya adalah
untuk menjamin jaringan keamanan global dan memastikan
manusia mampu hidup dalam keadaan tenang dan harmoni
walaupun berbeza agama, bangsa, kaum dan kepercayaan. Hal ini
kerana melalui gagasan keamanan secara kolektif ini, semua negara
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
108
akan bersatu padu dalam mempertahankan negara masing-masing,
serta mengelakkan daripada peperangan dan keganasan. Dengan
tercapainya keamanan, sesebuah negara akan mengecapi kemajuan
baik daripada sudut ekonomi, pentadbiran, politik dan sebagainya.
Antara penyelesaian lain yang turut dikemukakan oleh
Shaykh Abdullah bin Bayyah adalah dengan mengukuhkan
keamanan melalui gagasan yang dipimpin oleh beliau serta
kerjasama antarabangsa dengan diketuai oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB). Beliau menekankan bahawa, PBB selaku
badan berautoriti pada peringkat global memainkan peranan penting
dalam membangunkan peraturan dan undang-undang serta standard
tadbir urus yang sesuai. Walaupun peranan PBB sebagai sebuah
badan pengaman antarabangsa yang menjaga kemanan secara
global, tidak dinafikan terdapat beberapa isu keganasan yang
berlaku seperti krisis keganasan etnik di Arakan, Myanmar, usaha
PBB untuk menghentikannya adalah masih kurang efektif (Siti
Khalijah, 2016). Oleh sebab sedemikian, kerjasama ini berperanan
sebagai menambah baik keadaan politik, ekonomi dan sosial serta
mencegah keganasan daripada terus berleluasa.
Selain itu, Shaykh Abdullah turut mencadangkan supaya
mengutamakan penyelesaian konflik menurut perspektif Islam. Hal
ini kerana, menurut Islam, dalam menyelesaikan masalah perlu
kepada toleransi, perbincangan, dialog serta membetulkan salah
faham terhadap prinsip-prinsip asas dalam Islam yang telah disalah
tafsir. Bukannya keganasan ditangani dengan jalan peperangan
semata-mata. Shaykh Abdullah juga turut menggesa supaya sama-
sama menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang tidak
berkemampuan dan ditindas.
Seperti yang ditekankan oleh Nor (2017) bahawa konflik
yang wujud perlu dihentikan dengan pelbagai cara yang munasabah
agar ia tidak terus berpanjangan. Justeru, jelaslah di sini konsep
keamanan yang ditekankan oleh Shaykh Abdullah bin Bayyah
bukan sahaja mengambil kira suasana dan keadaan setempat. Malah,
konsep yang dibawa meliputi keamanan bersifat global dan
antarabangsa demi memastikan manusia dapat menjalankan
kehidupan baik daripada segi urusan ibadat mahupun muamalat
dalam keadaan tenang, aman dan damai.
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
109
Penutup
Tuntasnya, perjalanan kehidupan Shaykh Abdullah bin Bayyah serta
pengalaman beliau di dalam hal ehwal kenegaraan membentuk
keperibadian dan pola pemikiran beliau. Hal ini kerana, melalui
keperibadian beliau, gambaran umum terhadap pemikiran beliau
tentang konsep keamanan dapat diketahui. Selain itu, melalui karya
Khitab al-Amn fi al-Islam, dapat difahami bahawa Shaykh Abdullah
bin Bayyah melihat keamanan sebagai satu konsep dan
perbincangan yang penting pada masa kini. Tambahan pula, karya
ini mampu meningkatkan kesedaran manusia, khususnya umat
Islam terhadap kepentingan untuk mewujudkan ekosistem aman dan
damai dalam kehidupan bermasyarakat sama ada peringkat
tempatan, serantau ataupun global.
Dalam isu jenayah hirabah, Shaykh Abdullah bin Bayyah
berpendapat bahawa jenayah ini tidak hanya berlegar kepada satu
pentakrifan konsep yang kecil dan terhad. Menurut beliau, setiap
perbuatan keganasan yang membawa kepada mengganggu dan
menggugat keamanan, akan dikira sebagai satu jenayah. Pendapat
beliau ini adalah selari dengan pendapat mazhab Maliki. Tambahan
pula, berasaskan realiti semasa yang memperlihatkan pelbagai jenis
jenayah yang semakin berleluasa dan tidak terbendung. Berasaskan
senario ini, Shaykh Abdullah memasukkan jenayah-jenayah baharu
yang tidak ada ketetapan secara khusus dalam nas, sebagai salah
satu daripada jenayah hirabah. Sebaliknya, jika konsep dan
pentakrifan jenayah hirabah dikecilkan ruang perbahasannya, maka
konsep ini akan membawa kepada penyempitan dalam pemakaian
nas. Ini bermaksud, nas daripada al-Quran dan al-Sunnah dilihat
tidak mampu memberi penyelesaian terhadap isu dan keganasan
yang berlaku pada zaman sekarang. Tambahan yang lebih buruk
lagi, apabila sumber Islam ini sebaliknya dilihat sebagai suatu punca
keganasan seperti yang digunakan oleh golongan pelampau agama
(pengganas) walaupun pada dasarnya tindakan itu bertentangan
dengan Islam (Abdul Razak et al., 2018). Natijahnya, peperangan
dan keganasan akan berleluasa dan keamanan akan tergugat
disebabkan hukuman yang ringan tidak mampu mencegah
perbuatan keganasan ini. Umat Islam akan menjadi mangsa kepada
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
110
pertumpahan darah dan membawa kepada terkorbannya nyawa-
nyawa orang yang tidak bersalah.
Dalam perbahasan isu jenayah bughah, Shaykh Abdullah
sekali lagi mentarjih dan memilih pendapat daripada mazhab Maliki
yang turut meluaskan konsep mengingkari pemerintah sepertimana
meluaskan konsep hirabah. Menurut mazhab Maliki, untuk
dihukum sebagai bughah, memadai dengan sekumpulan manusia
yang mengingkari pemerintah dan bertujuan untuk memastikan
pemerintah tersebut meletak jawatan. Bughah tidak mensyaratkan
sama ada pemberontak tersebut seorang atau ramai (al-Zarqani,
2012). Oleh itu, dapat dilihat di sini bahawa indeks penetapan
jenayah di antara hirabah dan bughah adalah sama di sisi Shaykh
Abdullah. Hal ini bahawa setiap perbuatan yang dilihat mampu
memberi kesan kepada keamanan dan menggugat keharmonian
hidup, akan dikira sebagai satu jenayah yang berat. Hasilnya akan
dikenakan hukuman yang berat sebagai langkah mengekang jenayah
dan keganasan tersebut daripada berleluasa dan menjadi semakin
buruk.
Dalam isu jenayah kerosakan di muka bumi, Shaykh Abdullah
(cenderung kepada pendapat mazhab Maliki), beliau juga turut
mengiktiraf jenayah kerosakan di muka bumi sebagai salah satu
bentuk jenayah dalam perundangan Islam. Hal ini kerana, bentuk
jenayah ini hanya dipakai oleh fuqaha daripada mazhab Maliki.
Berdasarkan konsep jenayah ini, setiap perbuatan atau tindakan
yang boleh membawa kepada fitnah dan kerosakan, akan dikira
sebagai jenayah. Pelaku tersebut akan dikenakan hukuman yang
berat dan setimpal atas jenayah yang dilakukan. Justeru, perluasan
konsep jenayah daripada sudut mazhab Maliki, antara faktor lain
adalah melihat kepada kemaslahatan umat Islam pada zaman
sekarang. Hal ini bermaksud, berasaskan pertimbangan maslahah
dan mafsadah, kerosakan di muka bumi dikira sebagai salah satu
daripada bentuk-bentuk jenayah. Jika kerosakan di muka bumi tidak
diiktiraf sebagai satu jenayah dalam Islam, nescaya tindakan untuk
membendungnya tidak begitu diambil berat khususnya oleh
pemimpin negara. Akibatnya, keganasan akan berleluasa,
pertumpahan darah akan menjadi semakin serius dan umat Islam
akan saling berperang serta bermusuhan. Hal ini kerana, tidak ada
satu ketetapan hukuman yang berat dan serius daripada Islam
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
111
terhadap perbuatan tersebut melainkan hanya bergantung kepada
budi bicara pemimpin.
Sehubungan itu, pandangan Shaykh Abdullah bin Bayyah
(1999) tentang keamanan ini adalah sebagai gerak balas kepada
tindakan keganasan segelintir penganut Islam yang diatasnamakan
dengan jihad, namun tindakan mereka telah mencemarkan citra
Islam sebagai agama perdamaian dan rahmatan lil-alamin.
Pandangan beliau relevan sebagai ideologi-balas (counter-ideology)
terhadap pandangan kumpulan pelampau agama dan tindakan
keganasan. Di samping itu juga, seruan beliau kepada pembentukan
keamanan yang merentasi batasan kaum dan aqidah (ukhwah
bashariyyah) juga relevan dengan situasi politik global. Ini kerana
dengan gagasan ini, keamanan global dapat dicapai dalam
masyarakat dunia.
Rujukan
al-Asfahani, A. (2009). Mufradat Alfaz Al-Quran, Beirut, al-Dar al-
Shamiyah.
al-Khraisha, L., et al. (2017). The Muslim 500:The World’s 500
Most Influential Muslims 2018, Amman, Jordan: The Royal
Islamic Strategic Studies Centre.
Amal Madinah. (2017), Al-Imam Syeikh Abdullah bin Bayyah.
Diambil pada 20 Disember 2018 dari
https://sunnahmadinah.wordpress.com/2017/11/09/al-
imam-syeikh-abdullah-bin-bayyah/
Abdul Razak M.I., Rahim R.A.A, Ramli M.A, Kahal S.M, Ratha
R.A.M, (2018). Analisis fahaman ekstremis agama dan
media sosial di Malaysia. Asian Journal of Environment,
History and Heritage, 2, 91-103.
Bakar, O. (2017). Malaysia dari Perspektif Ketamadunan: Sebuah
Inspirasi dari Ibnu Khaldun. Jurnal Peradaban, (4), 1-18.
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
112
Bayyah, A. (1999). Amali al-Dilalat wa Majali al-Ikhtilafat, Arab
Saudi: al-Maktabah al-Makkiyyah & Dar Ibn Hazm.
Bayyah, A. (1999). Khitab al-Amn fi al-Islam wa Thaqafat al-
Tasamuh wa al-Wi’am, Arab Saudi: Akadimiyah Nayif al-
‘Arabiyah li al-‘Ulum al-Amaniah.
Bayyah, A. (2016). Mashahid min al-Maqasid, Arab Saudi: al-
Muwatta’ li al-Nashr.
Bayyah, A. (2016). Tanbih al-Maraji’ ‘ala Ta’sil Fiqh al-Waqi’, Abu
Dhabi: al-Muwatta’ li al-Nashr.
Bayyah, A. (2018). Tarjamah al-Allamah Abdullah bin Bayyah.
Diambil pada 20 Disember 2018 dari
http://binbayyah.net/arabic/archives/1417
English Oxford Living Dictionaries, Peace. Diambil pada 20
Disember 2018 dari
https://en.oxforddictionaries.com/definition/peace
Forum For Promoting Peace In Muslim Societies. (2017).
Biography H.E Shaykh Abdullah bin Bayyah. Diambil pada
20 Disember 2018 dari
http://peacems.com/?page_id=236&lang=en
Islam Affairs. (2015). Abu Dhabi’s Network of Political Sufism:
And its Implications on the Secutiy of Saudi Arabia.
Diambil pada 20 Disember 2018 dari
https://www.scribd.com/document/260515315/Abu-Dhabi-
s-Network-Of-Political-Sufism-And-Its-Implications-On-
The-Security-Of-Saudi-Arabia
Kamus Dewan. Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Manjud, M.M. (1996). Al-Ab’ad al-Siyasiyah Li Mafhum al-Amn
Fi al-Islam, Kaherah, Al-Ma’ahad al-Alami Li al-Fikr al-
Islami.
Pandangan Shaykh Abdullah Bin Bayyah Tentang Konsep Keamanan: Kajian Terhadap Buku
Khitab Al-Amni Fi Al-Islam
113
al-Multaqa al-Fiqhi. (2007), Tarjamah al-Shaykh al-Allamah
Abdullah bin Bayyah. Diambil pada 20 Disember 2018 dari
http://www.feqhweb.com/vb/t1545.html
Naqiuddin, A. (2016). Gagasan Pemikiran Syeikh Abdullah bin
Bayyah Terjemahan Artikel Pilihan, Selangor: Nur Fattah
Publication.
Nor, M.R.M & Jalani, H. (2017). Konflik Selatan Thailand: Peranan
Malaysia Sebagai Negara Jiran. Jurnal Hadhari, 9(1), 157-
169.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2018). Aman. Diambil pada 20
Disember 2018 dari
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=aman
Rahmah, U. (2016). Abdullah bin Bayah, Suara Moderat Islam dari
Afrika. Diambil pada 20 Disember 2018 dari
https://islami.co/abdullah-bin-bayah-suara-moderat-islam-
dari-afrika/
Rahmah, U. (2018). Abdullah bin Bayah: Pelopor Moderasi dan
Perdamaian. Diambil pada 20 Disember 2018 dari
https://bincangsyariah.com/khazanah/abdullah-bin-bayah-
pelopor-moderasi-dan-perdamaian/
Rahman, S.K.A & Mohamad M.N. (2016). Reaksi dunia dan
peranan PBB dalam menangani keganasan terhadap etnik
Muslim Rohingya. Islamiyyat The International Journal of
Islamic Studies, 38 (2), 165-174.
Ramli, M.A, Razak M.I.A, Rahim R.A.A, Salleh M.Y.Y, Hassan, P,
Jelani A.B & Zulkepli M.I.S. (2018). Terrorisme Tiada
Agama: Mencari Titik Perdamaian Antara Umat Beragama,
Penyelidikan Serantau Islam dan Alam Melayu. Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Jurnal Peradaban Jurnal Rasmi Pusat Dialog Peradaban
114
Zakaria, Abi al-Husain Ahmad bin Faris. (1979). Mu’jam Maqayis
al-Lughah, Beirut: Dar al-Fikr.
al-Zarqani, ‘Abd al-Baqi bin Yusuf bin Ahmad bin Muhammad.
(2012). Sharh al-Zarqani ‘ala Mukhtasar Sayyidi Khalil,
Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Mashahid min al-Maqasid, Arab Saudi: al-Muwatta' li al-Nashr
  • A Bayyah
Bayyah, A. (2016). Mashahid min al-Maqasid, Arab Saudi: al-Muwatta' li al-Nashr.
Tanbih al-Maraji' 'ala Ta'sil Fiqh al-Waqi
  • A Bayyah
Bayyah, A. (2016). Tanbih al-Maraji' 'ala Ta'sil Fiqh al-Waqi', Abu Dhabi: al-Muwatta' li al-Nashr.
Tarjamah al-Allamah Abdullah bin Bayyah
  • A Bayyah
Bayyah, A. (2018). Tarjamah al-Allamah Abdullah bin Bayyah. Diambil pada 20 Disember 2018 dari http://binbayyah.net/arabic/archives/1417
Abu Dhabi's Network of Political Sufism: And its Implications on the Secutiy of Saudi Arabia
  • Islam Affairs
Islam Affairs. (2015). Abu Dhabi's Network of Political Sufism: And its Implications on the Secutiy of Saudi Arabia. Diambil pada 20 Disember 2018 dari https://www.scribd.com/document/260515315/Abu-Dhabis-Network-Of-Political-Sufism-And-Its-Implications-On-The-Security-Of-Saudi-Arabia
Gagasan Pemikiran Syeikh Abdullah bin Bayyah Terjemahan Artikel Pilihan
  • A Naqiuddin
Naqiuddin, A. (2016). Gagasan Pemikiran Syeikh Abdullah bin Bayyah Terjemahan Artikel Pilihan, Selangor: Nur Fattah Publication.
Abdullah bin Bayah, Suara Moderat Islam dari Afrika
  • U Rahmah
Rahmah, U. (2016). Abdullah bin Bayah, Suara Moderat Islam dari Afrika. Diambil pada 20 Disember 2018 dari https://islami.co/abdullah-bin-bayah-suara-moderat-islamdari-afrika/
Abdullah bin Bayah: Pelopor Moderasi dan Perdamaian
  • U Rahmah
Rahmah, U. (2018). Abdullah bin Bayah: Pelopor Moderasi dan Perdamaian. Diambil pada 20 Disember 2018 dari https://bincangsyariah.com/khazanah/abdullah-bin-bayahpelopor-moderasi-dan-perdamaian/
Chapter
Full-text available
The advent of terrorism is synonymous with religious motives. Religion gets the blame and becomes a scapegoat in every act of terrorism, albeit in self-bombing or random shootings. The effect will trigger conflict and misunderstanding between religious people. This phenomenon, if not dealt with immediately, will create disharmony, especially in the relationship between religion. While basically, no religion permits terrorist activity. Even in Islam, there are strict rules whether in the context of peace or war. For example, in war conditions, the elderly, women and children as well as places of worship are protected and cannot be destroyed. Ironically, in acts of violence, targets are done regardless of gender, worshipping sanctums and wars. Suicide bombings victimise many lives and destroy many churches in the process. This situation is vehemently against the guidance of Islamic law. In this regard, this study will discuss terrorism by focusing on issues of self-suicide or suicide. To achieve that objective, the researcher will examine reported cases of bombings as well as analyse the Islamic legal perspective on self-bombing in particular in the context of Southeast Asia. The findings show that terrorism has no relationship with religion, it is even a deviation from religion. Keywords: terrorism, suicide, lone-wolf, peace, jihad
Article
Full-text available
Abstrak Secara asasnya penyebaran agama Islam di Nusantara sejak zaman awal telah berlaku dalam keadaan damai dan proses interaksi dengan golongan bukan Islam juga berlaku tanpa unsur keganasan dan ekstremisme. Namun begitu, kemunculan gerakan terrorisme global seperti al-Qaeda, Jemaah Islamiyyah dan terkini kumpulan Daesh akhirnya berjaya menyelinap masuk elemen ekstrem dan radikal ke dalam kehidupan beragama masyarakat Islam rantau ini termasuk di Malaysia. Berdasarkan hakikat tersebut, kajian ini menganalisis secara kritikal fahaman serta proses penyebaran ideologi kumpulan ekstremisme radikal khususnya Daesh di Malaysia dengan menumpukan terhadap aspek media sosial. Hasil kajian mendapati kumpulan Daesh menganut fahaman ekstremisme agama yang berbahaya serta telah menggunakan kemudahan media sosial sebagai medium penyebaran dakyah yang berkesan. Oleh itu, usaha melakukan counter-terrorism perlu memahami fahaman kumpulan Daesh serta strategi berkesan mengatasi peperangan ideologi mereka di media sosial. Kata Kunci: Ekstremisme agama, terrorisme, Daesh, media sosial, anti keganasan.