Conference PaperPDF Available

PROFIL GELANDANGAN: SATU KAJIAN LITERATUR

Authors:
  • Universiti Melaka

Abstract

Abstrak Kertas kerja ini membincangkan gelandangan dan profil mereka secara umum. Gelandangan kini sudah boleh didapati di tempat-tempat tertentu di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur. Kebanjiran gelandangan seolah-olah terbentuk sebuah komuniti sendiri yang telah dikenalpasti mempunyai ciri-ciri tertentu. Punca mereka memilih untuk tidur di tepi-tepi premis atau bangunan disebabkan beberapa faktor. Faktor kemiskinan dikenalpasti sebagai faktor utama mengapa individu ramai hidup bergelandangan tanpa tempat tinggal. Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, kebanyakan gelandangan di Malaysia umumnya lelaki manakala di luar negara adalah wanita. Kebiasaannya gelandangan di Malaysia disebabkan oleh tiada pekerjaan, pengabaian keluarga (penyisihan keluarga seperti dihalau atau lari dari rumah), banduan dan ketagihan dadah. Manakala di luar negara adalah disebabkan masalah perumahan, selain beberapa faktor-faktor yang lain, umumnya wanita di luar negara menjadi gelandangan adalah disebabkan penderaan seksual dan fizikal. Abstract This paper discusses about the generally of homelessness and profiles. Today, homelessness are available in certain places around the capital, Kuala Lumpur. The increases number of people became homeless seems to have formed a community that has been identified with certain characteristics. There are several factors why they choose to sleep on the edges of premises or buildings. The poverty factor is identified as the main factor why many individuals live homelessness. Based on statistics reported by the Department of Social Welfare, most homeless in Malaysia are generally men while overseas are women. Typically, homelessness in Malaysia is caused by no employment, family neglect (family exclusion as evicted or run away from home), prisoners and drug addicts. While abroad is due to housing problems, as well as some other factors, most women abroad are becoming homeless due to sexual and physical abuse.
PROFIL GELANDANGAN: SATU KAJIAN LITERATUR
Farrah Wahida Mustafar, Faudziah Yusof, Mohd Taib Dora, Fazurah Mustaffa,
Mohammad Yasin Omar Mokhtar, Mohd Haiqal Mohd Hanafi,
Izzat Hafizuddin Osman, Amirul Naim Azmi
farrahwahida@kuim.edu.my
Kolej Universiti Islam Melaka
Abstrak
Kertas kerja ini membincangkan gelandangan dan profil mereka secara umum. Gelandangan kini
sudah boleh didapati di tempat-tempat tertentu di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur. Kebanjiran
gelandangan seolah-olah terbentuk sebuah komuniti sendiri yang telah dikenalpasti mempunyai ciri-
ciri tertentu. Punca mereka memilih untuk tidur di tepi-tepi premis atau bangunan disebabkan
beberapa faktor. Faktor kemiskinan dikenalpasti sebagai faktor utama mengapa individu ramai hidup
bergelandangan tanpa tempat tinggal. Berdasarkan statistik yang dilaporkan oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat, kebanyakan gelandangan di Malaysia umumnya lelaki manakala di luar negara adalah
wanita. Kebiasaannya gelandangan di Malaysia disebabkan oleh tiada pekerjaan, pengabaian keluarga
(penyisihan keluarga seperti dihalau atau lari dari rumah), banduan dan ketagihan dadah. Manakala di
luar negara adalah disebabkan masalah perumahan, selain beberapa faktor-faktor yang lain, umumnya
wanita di luar negara menjadi gelandangan adalah disebabkan penderaan seksual dan fizikal.
Kata Kunci: Gelandangan, Profil, Kemiskinan
Abstract
This paper discusses about the generally of homelessness and profiles. Today, homelessness are
available in certain places around the capital, Kuala Lumpur. The increases number of people became
homeless seems to have formed a community that has been identified with certain characteristics.
There are several factors why they choose to sleep on the edges of premises or buildings. The poverty
factor is identified as the main factor why many individuals live homelessness. Based on statistics
reported by the Department of Social Welfare, most homeless in Malaysia are generally men while
overseas are women. Typically, homelessness in Malaysia is caused by no employment, family
neglect (family exclusion as evicted or run away from home), prisoners and drug addicts. While
abroad is due to housing problems, as well as some other factors, most women abroad are becoming
homeless due to sexual and physical abuse.
Keywords: Homelessness, Profile, Poverty
1.0 PENGENALAN
Gambaran kemiskinan menghubungkan beberapa kata kunci seperti kekurangan, kesusahan, keperitan
dan kepayahan hidup yang dihadapi oleh seseorang individu, sebuah keluarga dan sebuah komuniti
(Kartini Aboo Talib@Khalid, 2016). Kemiskinan merupakan antara faktor tertinggi terjadinya
fenomena gelandangan ini. Isu gelandangan perlu diteliti dengan mendalam memandangkan ia
memberi impak kepada peningkatan kadar kemiskinan bandar yang berkait rapat dengan kos sara
hidup yang tinggi. Kemiskinan adalah salah satu sebab impak sosial pembangunan kerana
pembangunan dapat menyebabkan ketimpangan pendapatan antara penduduk (Nanang Martono,
2011). Definisi miskin bermaksud sesebuah isi rumah yang berpendapatan bulanan isi rumah adalah
kurang daripada PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan) iaitu pendapatan yang mencukupi bagi
membolehkan isi rumah berkenaan memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan
yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi di dalam masyarakat. Kemiskinan yang dikenalpasti di
Malaysia iaitu kemiskinan mutlak, kemiskinan tegar mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan
umumnya diukur berdasarkan pendapatan dan pemilikan harta namun seharusnya realiti kemiskinan
dilihat dari sudut dimensi pendidikan, kesihatan, pemilikan aset, tempat perlindungan, kecukupan
makanan dan pakaian (Siti Hadijah Che Mat, 2017). Usaha membasmi kemiskinan dibuat semenjak
Dasar Ekonomi Baru (DEB) digubal yakni daripada Rancangan Malaysia Pertama lagi dan DEB
mempunyai dua matlamat utama iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat (Lukman Z. Mohamad & Azmi Abdul Manaf, 2003).
Takrifan miskin adalah berdasarkan pendapatan bulanan minimum isi rumah sebanyak
RM760 ke bawah di Semenanjung, RM1050 ke bawah di Sabah dan RM910 ke bawah di Sarawak
manakala miskin tegar pula ialah RM460 ke bawah di Semenanjung, RM630 ke bawah di Sabah dan
RM590 ke bawah di Sarawak (Mohd Ayop Abd Razid, 2013). Insiden kemiskinan yang telah
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan penurunan daripada 1.7 peratus pada
2012 kepada 0.6 peratus pada 2014 seluruh Malaysia. Kemiskinan boleh diterangkan dengan keadaan
yang tidak adanya sumber untuk mencapai kesejahteraan hidup yang disebut sebagai tekanan
deprivasi fizikal (Laily Paim & Sharifah Azizah Haron, 2013).
Rafiza (2015) mengatakan terdapat dua ciri yang membezakan gelandangan dengan
masyarakat kota yang lain iaitu dari satu sudut mereka termasuk penduduk kota yang paling miskin
dan dari sudut yang lain pula mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Dalam Laporan
Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2011 mengatakan kemiskinan keluarga bukan hanya
bererti kesusahan dalam masa jangka pendek tetapi juga menggambarkan keadaan keluarga untuk
suatu jangka masa yang panjang. Isu gelandangan sekiranya tidak ditangani secara holistik boleh
menyebabkan masalah sosial yang mengganggu ekologi komuniti dan masyarakat. Berdasarkan hasil
kajian ke atas anak jalanan di Sabah menunjukkan kanak-kanak dari keluarga miskin banyak terlibat
dengan gejala sosial seperti merokok, pengambilan alkohol, menghidu gam dan penyalahgunaan
dadah (Mohd. Sharani Ahmad, Risalshah Latif & Wan Anor Wan Sulaiman, 2011). Dalam kajian
tersebut menunjukkan ibubapa miskin yang mempunyai pendidikan rendah dan menganggur sangat
memberi kesan dan pengaruh yang negatif kepada perkembangan sosial anak-anak. Lukman dan
Asyikin (2014) mengatakan golongan miskin tegar ialah ketidakupayaan individu atau isirumah
memperoleh pendapatan paling minimum untuk menjalani kehidupan. Di Kuala Lumpur, kawasan
yang sering menjadi tumpuan gelandangan dan seolah-olah sudah menjadi tempat tidur mereka
hampir setiap malam ialah sekitar Menara Maybank, Mydin Plaza Kotaraya, Pasar Seni, Jalan Chow
Kit, Bank Negara, Dataran Merdeka, Masjid Negara, Jalan Tun Abdul Rahman (sekitar Hotel Tune),
Segi College (Jalan Pudu). Manakala di Pulau Pinang, di sekitar bandaraya Georgetown, Pulau
Pinang, di Sabah pula terdapat di Tawau yang rata-ratanya warga asing yang tiada dokumen sah,
Sarawak pula di beberapa tempat di bandar Kuching, dan gelandangan di Johor Bahru dikatakan
rakyat tempatan yang bekerja di Singapura memilih untuk tidur di perhentian bas berdekatan
Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (Awani, 6 Febuari 2016).
2.0 SIAPA GELANDANGAN?
Gelandangan mempunyai pelbagai definisi dan pemaknaan tertentu berdasarkan latar belakang situasi
dan masalah yang dihadapi oleh golongan ini. Menurut Nur Syazwani (2016) mengatakan perkataan
gelandangan digunakan juga oleh negara jiran, Indonesia. Namun begitu, skop makna gelandangan di
Malaysia dan Indonesia tidak menunjukkan situasi yang sama apa yang berlaku terhadap golongan
tersebut walaupun menggunakan istilah yang sama.
Gelandangan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) bermaksud orang yang
pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap dan tidak tentu tempat kediamannya atau
pekerjaannya. National Survey of Homeless Assistance Providers and Clients (NSHAPC)
mentakrifkan gelandangan adalah golongan individu yang tinggal di sesuatu tempat perlindungan
kecemasan atau program perumahan peralihan. Gelandangan didefinisikan Jabatan Kebajikan
Masyarakat sebagai orang papa. Definisi orang papa ialah seseorang yang didapati mengemis di
sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan
kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu ataupun hingga mengadakan kacau
ganggu atau seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam sama ada atau tidak ia
mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak
dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.
Dalam Laporan Tahunan 2008, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(KPWKM) telah mengambil inisiatif untuk meminda Akta Orang-Orang Papa 1977 pada tahun 2008
bagi meningkatkan lagi kualiti penjagaan, perlindungan, pemulihan dan bantuan kepada orang-orang
papa di rumah kebajikan. Susulan itu, kerajaan pada 22 Ogos 2008 telah bersetuju supaya Rang
Undang-Undang Orang-Orang Papa (Pindaan) 2008 dibentangkan di Parlimen. Antara cadangan
pindaan Akta Orang-Orang Papa 1977 ini ialah memasukkan beberapa takrifan baru seperti Lembaga
Pelawat, majistret, pegawai kebajikan masyarakat, pegawai perubatan, penghuni dan pihak berkuasa
tempatan; memasukkan peruntukan mengenai penglibatan seseorang papa di rumah kebajikan dalam
aktiviti yang bersesuaian; mencadangkan peruntukan baru bagi membolehkan Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat memindahkan seseorang penghuni dari satu rumah kebajikan ke rumah
kebajikan yang lain; dan memberi perlindungan kepada mereka yang terlibat dalam penguatkuasaan
Akta Orang-Orang Papa daripada tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding perundangan jika
mereka bertindak dengan suci hati dan mengikut lunas undang-undang.
Gelandangan juga dikatakan perlu kepada penafsiran semula kerana gelandangan sebenarnya
bukan orang yang berkeliaran atau merayau-rayau di kaki lima bangunan atau di bandar besar tetapi
dikatakan sedang ‘menjalani’ kehidupan mengikut kemampuan yang ada dan berdasarkan realiti
hidup yang ditempuhi (Lukman Z. Mohamad & Shahrul Ashikin Shamsudin, 2014). Justeru itu,
menurut Lukman dan Asyikin (2014) mengatakan definisi gelandangan tidak ‘membuka pekung’ latar
belakang individu gelandangan yang masyarakat sudah sedia maklum sebagai golongan miskin atau
miskin tegar di negara ini. Menurut Rafiza (2015) mengatakan gelandangan ialah mereka yang tidak
mempunyai tempat tinggal dan mendiami kawasan-kawasan sekitar ibu kota sama ada di bawah
jambatan-jambatan, di kaki lima kedai, di celah-celah bangunan, di taman-taman bunga dan di
perhentian bas. Justeru, gelandangan umumnya menempati di kawasan bandar dan kota besar seperti
di bawah jambatan, bangunan terbiar, tempat awam seperti di kawasan perhentian pengangkutan
awam, di tepi-tepi bangunan premis perniagaan, masjid atau surau dan sebagainya.
3.0 PROFIL GELANDANGAN
Pada tahun 2016, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan 31.7 juta orang (16.4 juta lelaki dan 15.3
perempuan) dengan kadar taburan penduduk mengikut kumpulan umur bekerja iaitu 15 hingga 64
tahun meningkat 0.2 peratus pada 2016 berbanding 2015. Manakala penduduk yang berumur 65 tahun
dan lebih juga meningkat sebanyak 0.2 peratus bagi tempoh yang sama (Jabatan Perangkaan
Malaysia, 2016). Menurut laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),
pertumbuhan penduduk dan populasi di Malaysia adalah disebabkan urbanisasi dan proses
peningkatan industri seperti pengalaman yang berlaku antara 1970 dan 2010, peningkatan penduduk
dua kali ganda di bandar besar Kuala Lumpur, Georgetown dan Johor Bahru. Pelbagai usaha telah
dijalankan oleh kerajaan bagi memastikan isu gelandangan dapat diatasi. Bagi merealisasikan
matlamat ini, pelbagai usaha dijalankan dan atas dasar kemanusiaan, pertubuhan badan bukan
kerajaan turut membantu menghulurkan bantuan kepada gelandangan. Pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga
telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani isu golongan gelandangan dalam usaha
membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini. Kajian Profil Gelandangan di Kuala
Lumpur telah dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bermula 6 Mac hingga 12 Mei 2010.
Dalam kajian tersebut telah mengenalpasti latar belakang dan faktor yang menyebabkan mereka hidup
secara bergelandangan.
Namun, saban tahun jumlah gelandangan di seluruh Malaysia semakin bertambah. Jadual 1
menunjukkan peningkatan jumlah keseluruhan gelandangan atau orang papa iaitu pada tahun 2012
seramai 1223 orang, manakala tahun 2013 ialah 1048 orang, tahun 2014 pula ialah 1469 orang dan
tahun 2015 seramai 1527 orang.
Jadual 1 Jumlah Gelandangan Mengikut Tahun
Tahun
Jumlah (orang)
2015
1527
2014
1469
2013
1048
2012
1223
Sumber : Laporan Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (2015)
3.1 Gelandangan Berdasarkan Jantina
Dari segi sosio-demografi, gelandangan di Malaysia boleh dilihat kebanyakannya dalam kalangan
lelaki, walau bagaimanapun, berlaku peningkatan untuk jumlah gelandangan wanita (Nor Amalina
Mohd Adib, Zaliha Hussin & Yarina Ahmad, 2016). Dalam kajian yang sama dikatakan gelandangan
lelaki kebiasaannya tidur di jalanan, tempat pejalan kaki atau ‘kaki lima’ kedai berbanding
gelandangan perempuan yang menyewa bilik untuk lebih selamat. Namun, kini gelandangan
perempuan boleh dilihat tidur bersama-sama dengan gelandangan yang lain sehingga mereka
kelihatan seperti sebuah ‘keluarga’. Perbezaan peningkatan gelandangan wanita tentu sahaja boleh
diandaikan dengan suasana yang sedemikian, tidak mustahil mereka akan rasa selamat berada di
jalanan di samping kumpulan yang mereka anggap ‘sama’ ciri-cirinya iaitu gelandangan. Perasaan
malu tidak lagi menyelubungi mereka malah mereka boleh menonjolkan diri dikhalayak seperti ketika
mereka menerima bantuan dari sukarelawan.
Jadual 2: Kes Orang Papa Mengikut Kategori dan Jantina Tahun 2015
Kategori
Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Kanak-Kanak
80
94
174
Dewasa
923
430
1,353
Jumlah
1,003
524
1,527
Pengemis Tempatan
805
310
1,115
Pengemis Asing
198
214
412
Jumlah / Total
1,003
1,527
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (2015)
Jadual 2 di atas merupakan jumlah gelandangan mengikut jantina. Berdasarkan jumlah tersebut
menggambarkan bahawa jumlah lelaki jauh lebih ramai berbanding perempuan namun agak
membimbangkan jumlah gelandangan kanak-kanak tidak jauh beza antara jantina. Gelandangan
perempuan dikatakan semakin meningkat di Malaysia dan juga beberapa buah negara seperti India,
United States, Australia dan lain-lain (Nor Amalina Mohd Adib, Zaliha Hussin dan Yarina Ahmad,
2016). Di Malaysia, faktor dan jumlah gelandangan lelaki dan perempuan adalah berbeza. Justeru
terdapat banyak kajian di luar negara menggambarkan kebanyakan gelandangan adalah wanita kerana
wanita sangat mudah terdedah dan berpotensi untuk menjadi gelandangan berbanding di Malaysia.
Dalam kajian yang sama menunjukkan bahawa terdapat wanita yang bergelandangan adalah mangsa
kepada sindiket, keganasan domestik, pemerdagangan manusia dan sebagainya. Terdapat beberapa
kajian di Botswana, Ethiopia, Madagascar, Ghana, Bangladesh dan Indonesia membuktikan wanita
menghadapi masalah kemiskinan yang lebih serius berbanding ketua isi rumah lelaki. Fenomena
kemiskinan yang semakin tinggi di kalangan ketua isi rumah wanita menjelaskan faktor gender
sebagai faktor yang mempengaruhi kemiskinan. Ini menunjukkan bahawa gender memainkan peranan
yang penting dalam menentukan tahap ekonomi dan kemampuan sara diri bagi meneruskan
kehidupan. Pada tahun 2010, dalam kajian yang dijalankan oleh Baranowski dalam Krajewska dan
rakan-rakan menunjukkan gelandangan wanita sebanyak 19.8 peratus manakala lelaki pula 80.2
peratus yang berusia antara 51 hingga 60 tahun. Di United States kira-kira 60 peratus daripada
gelandangan wanita yang tiada tempat tinggal mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun, tetapi
hanya 65 peratus daripada mereka tinggal bersama dengan anak-anak mereka. Manakala 71 peratus
adalah wanita-wanita ini adalah ibu tunggal (Green Door, 2008).
3.2 Gelandangan Berdasarkan Umur
Penyelidikan pada orang dewasa yang kehilangan tempat tinggal yang dijalankan di England
mencadangkan bahawa terdapat faktor-faktor risiko yang berlainan dan pencetus ketiadaan tempat
tinggal untuk individu yang menjadi gelandangan semasa awal dewasa, pertengahan umur dewasa,
dan lewat usia. Mereka yang menjadi gelandangan pada awal dewasa adalah mereka yang telah
mengalami kerosakan rumah keluarga. Bagi mereka yang menjadi gelandangan dalam pertengahan
dewasa adalah mereka yang telah kematian ibu bapa, keretakan hubungan, atau kehilangan kerja dan
orang-orang yang menjadi gelandangan kira-kira lewat usia adalah mereka yang telah mengalami
kematian pasangan, persaraan, kehilangan perumahan yang berkaitan dengan pekerjaan, atau masalah
kesihatan mental atau kecacatan kognitif (Cohen CI, 1999).
Jadual 4: Kes Orang Papa mengikut Kumpulan Umur dan Kumpulan Etnik Tahun 2015
Melayu
Cina
India
Bumiputera
(Semenanjung)
Bumiputera
(Sabah)
Bumiputera
(Sarawak)
Lain-Lain
Bukan
Warganegara
Jumlah
5
0
1
0
0
0
0
19
25
5
2
2
0
0
0
0
33
42
3
4
0
0
0
0
0
17
24
17
2
0
0
0
0
1
27
47
25
0
0
0
0
0
0
11
36
55
8
3
0
0
0
1
107
174
14
3
5
0
0
0
1
9
32
186
41
59
0
5
4
4
143
442
147
77
90
0
1
1
5
88
409
184
89
72
0
2
3
7
61
418
29
10
7
0
0
0
2
4
52
560
220
233
0
8
8
19
305
1,353
615
228
236
0
8
8
20
412
1,527
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (2015)
Berdasarkan laporan statistik JKM dalam Jadual 4 menunjukkan kumpulan umur gelandangan pula,
yang paling tinggi ialah 30 hingga 39 tahun sebanyak 270 lelaki dan 172 perempuan, manakala 40
hingga 49 tahun sebanyak 295 lelaki dan 114 perempuan dan 50 hingga 59 tahun sebanyak 309 lelaki
dan 109 perempuan. Dalam kajian Mohd Suhaimi et al. (2016) mengatakan lebih dari separuh
gelandangan di Kem Desa Bina Diri (DBD) Jerantut berusia 50 tahun ke atas. Hal ini dikatakan
bahawa golongan ini sudah tidak bekerja yang tidak mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi
untuk menanggung kos sara diri yang semakin tinggi terutamanya di kawasan Bandar. Keperluan
kajian mengenalpasti tentang sosiodemografi gelandangan sangat penting bagi mengetahui faktor
yang paling mempengaruhi kepada penglibatan di Kem DBD bagi meningkatkan kualiti hidup. Kajian
di United Kingdom oleh Maureen (1997) di empat buah bandar menunjukkan kebanyakan
gelandangan adalah berusia melebihi 55 tahun. Pada tahun 2009, kadar kemiskinan menunjukkan
selari dengan peningkatan kumpulan umur (Saidatulakmal Mohd, 2014) dan hal ini bermakna
semakin tua seseorang individu, semakin mudah seseorang itu terdedah dan berada dalam kemiskinan.
Kesan kepada kualiti hidup yang sihat dan kesejahteraan hidup disebabkan oleh ketidakmampuan
mencapai tahap pendapatan yang bersesuaian memandangkan keterbatasan menjalani kehidupan
secara aktif.
3.3 Gelandangan Berdasarkan Negeri
Merujuk kepada Jadual 5, bilangan kes gelandangan di Selangor menunjukkan tertinggi iaitu
sebanyak 230 lelaki dan 183 perempuan, diikuti Pulau Pinang iaitu lelaki 196 orang dan 84
perempuan, manakala negeri ketiga tertinggi jumlah gelandangan ialah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur iaitu 146 lelaki dan 69 perempuan yang berjumlah 215 orang. Jumlah tertinggi gelandangan
pada tahun 2014 ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu seramai 424 orang, diikuti Selangor
364 orang, Pulau Pinang 176 orang dan Johor 138 orang. Peratusan penghuni atau pelatih di Kem
Desa Bina Diri pada tahun 2015 mengikut jantina lelaki 67.8 peratus (740 orang) manakala
perempuan 32.2 peratus (351 orang) yang keseluruhannya berjumlah 1091 orang.
Jadual 5 : Bilangan Kes Orang Papa Mengikut Negeri Dan Jantina Tahun 2015
Negeri
Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Johor
81
44
125
Kedah
33
20
53
Kelantan
43
27
70
Melaka
91
44
135
Negeri Sembilan
52
32
84
Pahang
27
5
32
Perak
32
0
32
Perlis
14
6
20
Pulau Pinang
196
84
280
Sabah
0
0
0
Sarawak
19
4
23
Selangor
230
183
413
Terengganu
33
5
38
W.P. Kuala Lumpur
146
69
215
W.P. Labuan
6
1
7
Jumlah
1,003
524
1,527
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (2015)
Negeri yang mencatatkan peratusan penduduk tertinggi pada tahun 2016 ialah Selangor (19.9 peratus)
dan Selangor menjadi negeri yang paling tinggi menjadi pilihan gelandangan kerana terdapat
gelandangan yang mempunyai beberapa sebab berhijrah dari kampung ke bandar dengan tujuan
memulakan kehidupan baharu dan mendapatkan pekerjaan. Begitu juga hal yang terjadi di Pulau
Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Namun disebabkan kos sara hidup yang terlalu
tinggi dan juga stigma yang terdapat kepada individu berkenaan menjadikan mereka sukar
mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Berdasarkan pemerhatian dan temubual yang dijalankan oleh
pengkaji, menurut hemat pengkaji seorang wanita yang berasal dari Pahang berketurunan Orang Asli,
datang ke Kuala Lumpur untuk bekerja setelah kematian kedua ibu bapanya. Namun disebabkan
stigma yang terdapat dalam masyarakat kota menjadikan mereka sebagai seseorang yang tidak layak
mendapat ganjaran yang setimpal. Tambahan pula, selain dari stigma kepada orang kampung yang
baru berhijrah ke bandar, dengan tidak mempunyai pendidikan dan kemahiran tertentu menyebabkan
beliau tidak tahu mengerjakan apa-apa selain bekerja sebagai pembantu. Oleh hal demikian,
kebanyakan gelandangan lebih selesa berada sesama kelompok atau komuniti mereka yang terbina
secara tidak langsung. Penemuan pengkaji selari dengan kajian yang dijalankan oleh Rafiza (2015)
dalam temubualnya kepada informan beliau pada tahun 2013 membuktikan gelandangan berasal dari
kampung dan berhijrah ke kota untuk mencari pekerjaan serta ada yang mengikut suami atau penjaga
mereka. Keadaan mereka bertambah teruk apabila mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan untuk
menampung kehidupan serta hilang tempat bergantung.
3.5 Gelandangan Berdasarkan Bangsa
Dalam Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2014 yang diterbitkan oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia (2015) mencatatkan bangsa Cina paling rendah kadar kemiskinan dan
ini mungkin disebabkan oleh pekerjaan yang banyak dan peluang perniagaan yang tinggi bagi
golongan Cina (Siti Hadijah Che Mat, 2017). Namun, dalam masalah gelandangan, merujuk kepada
Jadual 3 bangsa Cina juga merupakan jumlah yang agak besar iaitu sebanyak 228 orang. Jumlah yang
paling tinggi adalah Melayu iaitu 615 orang, diikuti bukan warganegara iaitu seramai 412 orang dan
India seramai 236 orang.
Jadual 3: Bilangan Kes Orang Papa Mengikut Etnik dan Jantina Tahun 2015
Bil.
Kumpulan Etnik
Jantina
Lelaki
Perempuan
Jumlah
1
Melayu
421
194
615
2
Cina
170
58
228
3
India
189
47
236
4
Bumiputera (Semenanjung)
0
0
0
5
Bumiputera (Sabah)
8
0
8
6
Bumiputera (Sarawak)
6
2
8
7
Lain-lain
11
9
20
8
Bukan warganegara
198
214
412
Jumlah
1,003
524
1,527
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (2015)
Jumlah gelandangan ini adalah pada tahun 2015 namun kini jumlahnya semakin meningkat.
Walaupun mereka datang dari pelbagai bangsa, makna tindakan mereka boleh diandaikan sama
seperti kajian pengertian hidup yang dijalankan oleh Farrah dan Faudziah (2015) mendapati
gelandangan mempunyai pengertian hidup yang sama. Budaya merupakan aspek penting dalam nilai
diri seseorang individu, jangkaan hidup dan keperluan (Markus & Kitayama, 1991). Budaya akan
memberikan individu maklumat tentang sekeliling, termasuklah apa itu kegembiraan dan bagaimana
untuk mencapainya (Constantine & Sue 2006; Uchida, Norasakkunkit & Kitayama 2004). Tambahan
lagi, budaya akan membentuk pengalaman yang spesifik terhadap individu berkaitan dengan
pengertian hidup. Kajian lain mendapati bahawa kehadiran pengertian hidup sangat berkait rapat
dengan kesejahteraan hidup di dalam budaya yang spesifik atau tertentu (Shek 1992). Menurut
Michael F. Steger (2007) budaya memainkan peranan dalam memberikan makna hidup kepada
manusia. Justeru bagi golongan gelandangan ini, budaya persekitaran yang membentuk corak
pemikiran dan motivasi dengan berfikiran positif bagi memenuhi keperluan sehariannya.
3.6 Status Perkahwinan
Kajian di luar negara menunjukkan kebanyakan gelandangan tidak berkahwin dan hal ini berbeza
dengan apa yang berlaku di dalam negara khususnya Malaysia. Laura (2010) pada ketika itu di
Florida dalam penyelesaian isu perumahan kepada gelandangan menunjukkan perbezaan jurang
jumlah gelandangan yang pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak serta tidak mempunyai
pasangan sangat ketara berbanding dengan gelandangan yang berkeluarga mempunyai anak.
Kebanyakan gelandangan tidak berkahwin (Krajewska-Kulak, 2016). Dalam kajian yang dijalankan
oleh Sharifah dan Alifatul (2012) yang dijalankan di beberapa kawasan Kuala Lumpur menunjukkan
dari 25 responden menunjukkan 13 orang bujang, empat orang tidak berkahwin namun mempunyai
anak. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh LPPKN terhadap orang bujang (yang tidak pernah
berkahwin) yang berusia antara 25 hingga 49 tahun mendapati bahawa faktor utama lelaki tidak
berkahwin adalah masalah kewangan, tiada pasangan yang sesuai dan mengutamakan kerjaya
manakala perempuan pula, faktor utama ialah tiada pasangan yang sesuai, masalah kewangan dan
mengutamakan kerjaya. Dalam hal ini dilihat bahawa, faktor sesebuah perkahwinan itu dilaksanakan
adalah disebabkan masalah kewangan. Masalah kewangan adalah faktor yang besar bagi gelandangan
justeru gelandangan kebanyakan tidak pernah berkahwin kerana kebanyakan dari mereka memang
dari awal sudah tidak mempunyai kewangan yang baik. Bagi yang pernah berkahwin dan bercerai,
mereka mempunyai masalah di pertengahan usia pernikahan dan kemudian akhirnya ke jalanan
disebabkan masalah kewangan yang tidak dapat ditangani. Dalam kajian yang dijalankan oleh Mohd
Suhaimi Mohamad (2016) menjelaskan majoriti gelandangan di Kem Desa Bina Diri (DBD) Jerantut
bujang dan tidak pernah berkahwin ataupun telah bercerai justeru tiada sokongan keluarga kerana
ketiadaan anak atau ahli keluarga yang dapat menjaga mereka apabila usia mereka meningkat.
4.0 KESIMPULAN
Kebanyakan gelandangan terbelenggu dalam masalah kemiskinan kerana tidak dapat mencari
pendapatan yang sesuai dengan kemahiran yang mereka ada. Dalam kajian yang dijalankan oleh
Baranowski mengatakan bahawa 46.2 peratus mengatakan mendapat pendidikan vokasional, 25.3
peratus mempunyai pendidikan di sekolah menengah dan 24.1 peratus hanya mendapat pendidikan
sekolah rendah. Farrah dan Faudziah (2015) mendapati dalam kajiannya responden mempunyai Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sahaja. Sharifah dan Alifatul
(2012) mengatakan kebanyakan gelandangan sekurang-kurangnya mempunyai pendidikan sekolah
rendah. Berdasarkan tahap pendidikan gelandangan, jenis pekerjaan gelandangan dijelaskan oleh
Elżbieta (2016) dalam kajiannya menunjukkan majoriti responden merupakan pengumpul besi buruk
sebanyak 68.6 peratus dan peminta sedekah sebanyak 54.4 peratus. Menurut Sharifah dan Alifatul
(2012) mengatakan kebanyakan gelandangan merupakan pembantu restoren, pengedar pamplet,
penjaga tempat letak kenderaan, pengumpul barang-barang kitar semula, pengawal keselamatan dan
pembantu kedai. Berdasarkan pembuktian ini, tahap pendidikan merupakan faktor yang boleh
diramalkan jenis pekerjaan gelandangan. Selain masalah sikap dan personaliti, faktor pengetahuan dan
kesihatan mental yang baik dapat membantu gelandangan memperkasakan diri dan boleh berdikari.
Ini adalah kerana bagi menjangkakan gelandangan mendapat pendapatan yang sesuai, perlu kepada
sebab untuk mereka mendapatkan pekerjaan yang sesuai.
Dalam teori lingkaran kemiskinan (vicious circle of poverty) iaitu teori lingkaran hubungan
sebab dan akibat terjadinya kemiskinan menunjukkan terdapat sebab dan akibat. Antara satu faktor
dengan faktor yang lain berkaitan dan boleh menyebabkan berlakunya kemiskinan. Namun
kemiskinan dikatakan berlaku bukan sahaja disebabkan faktor luaran, namun disebabkan faktor
penduduk itu sendiri (Nanang Martono, 2011). Hal ini dilatarbelakangi oleh mentaliti penduduk yang
malas bekerja dan sering mengharapkan bantuan dari orang lain serta sikap mudah pasrah. Kartini
(2016) mengatakan usaha untuk memformulasikan dasar membasmi kemiskinan harus melibatkan
kerajaan, sektor swasta melalui perlaksanaan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social
Responsibility), Badan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization), Persatuan Penduduk dan
sebagainya.
5.0 PENGHARGAAN
Kertas kerja ini merupakan peruntukan daripada Geran Penyelidikan Dalaman Fasa 2 2016 kod
rujukan GD/16/F1/12 di bawah kelolaan Unit Penyelidikan, Perundingan dan Inovasi (UPPI), Kolej
Universiti Islam Melaka. Jutaan terima kasih diucapkan di atas pembiayaan penerbitan kertas kerja
ini.
RUJUKAN
Astro Awani. (2016). Gelandangan di Johor Bahru bekerja di Singapura. Diperolehi dari
http://www.astroawani.com/videos/show/awani-7-45/gelandangan-di-johor-bahru-bekerja-di-
singapura-32736, dicapai pada 7 Julai 2017.
Buku Tahunan Perangkaan JKM 2015. Laporan Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat 2015.
Diperolehi dari www.jkm.gov.my, dicapai pada 12 Jun 2017.
Cohen CI. (1999). Aging and Homelessness. Gerontologist. 39: 5-14.
Constantine, M. G., & Sue, D. W. (2006). Factors Contributing to Optimal Human Functioning in
people of color in the United States. The Counseling Psychologist, 34: 228-244.
Elżbieta, K.K., Agnieszka, K.B., Cecylia, L., Andrzej, G., Mateusz, C., Bogusław, S., Marek, J. &
Wojciech, K. (2016). Attitudes of medical students towards homeless people. Probl Hig
Epidemiol, 97(4): 377-381.
Farrah, W.M. & Faudziah, Y. (2015). Pengertian Hidup Golongan Gelandangan: satu kajian di Kuala
Lumpur. Proceedings of USM International Conference on Social Sciences (USM-ICOSS)
2015, 27-28 Ogos 2015, Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang, 580-591.
Green, D. (2008). Family Homelessness Facts from Home through Community Partnership.
Diperolehi dari http://www.greendoors.org/facts/family-homelessness.php, dicapai pada 7
Julai 2017.
Jabatan Perangkaan Malaysia. Diperolehi dari www.statistical.gov.my, dicapai pada 8 Julai 2017.
Johnson, K.D., Whitbeck, L.B., Hoyt, D.R. (2005). Predictors of Social Network Composition among
Homeless and Runaway Adolescents. Journal of Adolescents, 28: 231-248.
Laporan Penemuan Utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) (2014). Kuala
Lumpur: Bahagian Kependudukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN).
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krajweska-Kulak E., Wejda U., Kulak-Bejda A., Lukaszuk C., Repka B., Gozowski A., Cybulski M.,
Stelcer B. & Jasinki M., (2016). Differing attitudes for various population groups towards
homeless people. Prog Health Sci 6(1): 57-62.
Kartini, A.T.@K. (2016). Dilema Kemiskinan: Falsafah, Budaya dan Strategi. Akademika, 86(2): 65-
78.
Laily, P. & Sharifah, A.H. (2013). Kemiskinan di Malaysia: Isu Fundamental dan Paparan Realiti.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Laura, A. (2010). Housing Needs of Homeless Families and Individuals in Florida. Florida:
University of Florida. http://www.shimberg.ufl.edu/publications/RMS_Homeless
_w_cover_v1.pdf, dicapai pada 5 Julai 2017.
Lukman, Z. M. & Asyikin, S.S. (2014). Gelandangan atau Lumpenproletariat? Memahami Masalah
Kemiskinan Bandar dan Fenomena Tidur di Kaki Lima Bangunan.Proceeding of the 50th
Anniversary Celebration International Conference, 15 Mei 2014.
Lukman, Z.M. & Azmi, A.M. (2003). Globalisasi di Malaysia. Selangor: Utusan Publications and
Distributors Sdn. Bhd.
Markus, H. R., & Kitayama, S. (1991). Culture and the Self: Implications for Cognition, Emotion, and
Motivation. Psychological Review, 98: 224-253.
Maureen, C. (1997). Homeless Truths: Challenging the Myths about older Homeless People. London:
Crisis UK. Diperolehi dari https://www.kcl.ac.uk/sspp/policyinstitute/scwru/pubs/pre2000/
crane1997HomelessTruths.pdf, dicapai pada 5 Julai 2017.
Michael, F.S., Yoshito, K., Satoshi, S. & Keiko, O. (2007). The Meaningful Life in Japan and the
United States: Levels and Correlates of Meaning in Life. Journal of Research in Personality
42: 660-678.
Mohd, A.A.R. (2013). Kejayaan Malaysia dalam Program Basmi Kemiskinan. Putrajaya: Bahagian
Penerbitan Dasar Negara.
Mohd., S.A., Risalshah, L. & Wan, A.W.S. (2011) Kanak-kanak jalanan di Sabah. Jurnal Kebajikan
Masyarakat, 37:41-52.
Mohd, S.M., Khaidzir, I., Nasrudin, S. & Nik, H. O. (2016). Hubungan di antara Kesihatan Mental
dengan Minat Kerjaya dalam kalangan Gelandangan di Kem Desa Bina Diri, Malaysia.
Akademika, 86(1): 11-19.
Nanang, M. (2011). Sosiologi Perubahan Sosial: Perspektif Klasik, Modern, Posmodern dan
Poskolobial. Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.
Nor, A.M.A., Zaliha, H. & Yarina, A. (2016). Homeless Women in Malaysia: Their Choice or
Victims of Situations. Journal of Education and Social Sciences, 5(3): 8-15.
Nur, S.A.B. (2016). Factors related to intention to quit of being homeless among
Homeless people in Kuala Lumpur, Malaysia. Tesis Sarjana. Universiti Putra Malaysia.
Rafiza, M. (2015). Gelandangan Antara Tret Personaliti dan Religiositi. Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan & Buku Malaysia.
Saidatulakmal, M. (2014). Poverty Issues among Malaysian Elderly. Proceeding of the Social
Sciences Research ICSSR, 9-10 Jun 2014, Kota Kinabalu, Sabah. 123-132.
Sarah, Y. & Hong, V. (2014). Homeless Service Utilization Report: Statistical Supplement, Hawai’i
FY 2013 (Issues 1-2). Hawai’i: University of Hawai’i.
Shek, D. T. L. (1992). Meaning in Life and Psychological Well-Being: An empirical study using the
Chinese version of the Purpose in Life Questionnaire. The Journal of Genetic Psychology, 153:
185-200
Siti, H.C.M. (2017). Kemiskinan di Perkampungan Nelayan Kuala Perlis (Siri Monograf Ekonomi).
Sintok, Kedah: UUM Press.
ResearchGate has not been able to resolve any citations for this publication.
Article
Full-text available
This chapter explores the concept of optimal human functioning among people of color and suggests implications for the field of applied psychology. Several major assumptions guide the authors' imagery. First, optimal human functioning among people of color may differ from the culture-bound goals of happiness, hope, subjective well-being, and self-determination posited by White EuroAmerican theorists and researchers. Second, definitions of optimal human functioning cannot be separated from the cultural context in which they arise. As a result, definitions from one culture may not be comparable to another. Third, optimal human functioning must consider a systemic perspective, in addition to focusing on the individual or self. Fourth, for people of color, overcoming adversity can provide valuable clues to optimal human functioning. Fifth, optimal human functioning may be discerned from studying cultural values of a group that seem to immunize them from stress and other forms of race-related adversities. Last, counseling psychology is uniquely positioned to play a leadership role within the larger field of applied psychology by helping to integrate cultural diversity into psychological theory, research and practice. (PsycINFO Database Record (c) 2012 APA, all rights reserved)
Article
Full-text available
People in different cultures have strikingly different construals of the self, of others, and of the interdependence of the 2. These construals can influence, and in many cases determine, the very nature of individual experience, including cognition, emotion, and motivation. Many Asian cultures have distinct conceptions of individuality that insist on the fundamental relatedness of individuals to each other. The emphasis is on attending to others, fitting in, and harmonious interdependence with them. American culture neither assumes nor values such an overt connectedness among individuals. In contrast, individuals seek to maintain their independence from others by attending to the self and by discovering and expressing their unique inner attributes. As proposed herein, these construals are even more powerful than previously imagined. Theories of the self from both psychology and anthropology are integrated to define in detail the difference between a construal of the self as independent and a construal of the self as interdependent. Each of these divergent construals should have a set of specific consequences for cognition, emotion, and motivation; these consequences are proposed and relevant empirical literature is reviewed. (PsycINFO Database Record (c) 2012 APA, all rights reserved)
Article
Full-text available
Aging homeless persons have been largely neglected in the gerontological and homeless literature. This article presents an overview of homelessness and aging within the context of a testable, provisional model for explaining homelessness in this population. The author proposes 16 individual and 5 structural and programmatic variables that contribute to the etiology and sustenance of homelessness among aging persons.
Article
Introduction: People who are homeless are most often unable to acquire and maintain regular, safe, secure, and adequate housing, or they lack a “fixed, regular, and adequate night-time residence”. Purpose: To assess the attitude of secondaryschool students, high-school students, university students, and working adults towards homeless people. Materials and methods: A survey of 420 randomly selected middle school students (n=120), high school students (n=100), university students (n=100), and working adults (n=100) was conducted. Nearly half of the participants reported a fear of homeless people. Results: According to the majority of respondents, a homeless person collects scrap metal and waste paper, and also begs. The first words that come to mind when a majority of people think of the homeless were: poor, unhappy, dirty, lonely, and smelly. The participants reported the main reasons for homelessness to be: joblessness, family problems, alcohol, helplessness, and avoiding work. The majority of respondents argued that social and legal problems are the main reasons that it is difficult for homeless people to extricate themselves from their situation. The groups surveyed had a variety of opinions about homelessness. According to most respondents, a homeless person is a poor, miserable, lonely, childless man with a vocational education who begs, collects scrap metal and waste paper, and is also usually dirty and smelly. Conclusions: In the survey groups, respondents’ opinions about homelessness varied.
Article
Culture supplies people with the provisions to derive meaning from life. However, no research has examined cultural variation in the two principal dimensions of meaning in life, presence of meaning and search for meaning. The present investigation adapted theories of self-concept and cognitive styles to develop a dialectical model of meaning in life, which predicted cultural differences in the tendency to experience search for meaning as opposed to, or harmonious with, presence of meaning. Using data from American (N = 1183) and Japanese (N = 982) young adults, mean levels and correlates of presence of meaning and search for meaning were examined. As predicted, Americans reported greater presence of meaning; Japanese reported greater search for meaning. In accordance with the model, search for meaning was negatively related to presence of meaning and well-being in the United States (opposed) and positively related to these variables in Japan (harmonious). Thus, the search for meaning appears to be influenced by culture, and search for meaning appears to moderate cultural influences on presence of meaning.
Article
The Chinese version of the Purpose in Life questionnaire (C-PIL) was administered to 2,150 Chinese secondary school students, along with other instruments assessing psychiatric symptoms and positive mental health. Total C-PIL and its two subscales, Quality of Existence (QEXIST) and Purpose of Existence (PEXIST), correlated significantly with all measures of psychological well-being. Relative to PEXIST scores, QEXIST scores were found to be more predictive of psychological well-being. Subjects with different existential status (defined by high vs. low levels of QEXIST and PEXIST) were associated with different degrees of psychological well-being. The concept of meaning in life, as indexed by the C-PIL, and the hypothesis that life meaning is related to psychological well-being require further elaboration and refinement.
Article
Recent research on the social support networks of homeless and runaway youth suggest the social networks of runaway youth are made up largely of transient deviant peer relationships. This paper examined social network characteristics of 428 homeless and runaway adolescents from small-to moderate-sized cities in four Midwestern states. We investigated size, homogeneity, and correlates of the composition of the instrumental and emotional support networks as reported by the adolescents. Results showed the networks are considerably heterogeneous, comprised of relationships from home and the street as well as family and non-related adults. Further, the composition of these networks is related to adolescent characteristics and experiences including sexual identity, abuse history, and street experience.
Attitudes of medical students towards homeless people
  • K K Elżbieta
  • K B Agnieszka
  • L Cecylia
  • G Andrzej
  • C Mateusz
  • S Bogusław
  • J Marek
  • K Wojciech
Elżbieta, K.K., Agnieszka, K.B., Cecylia, L., Andrzej, G., Mateusz, C., Bogusław, S., Marek, J. & Wojciech, K. (2016). Attitudes of medical students towards homeless people. Probl Hig Epidemiol, 97(4): 377-381.
Pengertian Hidup Golongan Gelandangan: satu kajian di Kuala Lumpur
  • W M Farrah
  • Y Faudziah
Farrah, W.M. & Faudziah, Y. (2015). Pengertian Hidup Golongan Gelandangan: satu kajian di Kuala Lumpur. Proceedings of USM International Conference on Social Sciences (USM-ICOSS) 2015, 27-28 Ogos 2015, Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang, 580-591.